1 00:00:12,095 --> 00:00:14,515 Selamat pagi, Garden City. 2 00:00:14,515 --> 00:00:18,185 Saya J.R. Bonner memainkan anda muzik country sepanjang masa. 3 00:00:18,185 --> 00:00:22,981 Sekarang, lagu lama yang terkenal dijamin buat jantung berdegup kencang. 4 00:00:22,981 --> 00:00:25,943 "That's All It Took" oleh Gram Parsons. 5 00:00:31,740 --> 00:00:32,824 Selamat pagi, sayang. 6 00:00:33,617 --> 00:00:34,618 Tidur lena? 7 00:00:35,285 --> 00:00:36,286 Okey. Awak? 8 00:00:37,829 --> 00:00:40,541 Berjaga sepanjang malam. Pinggul sakit lagi. 9 00:01:27,462 --> 00:01:30,257 SEKOLAH TINGGI SPIRO T. AGNEW TEMPAT ASAL BULLDOG YANG MELAWAN 10 00:01:42,728 --> 00:01:44,938 - Selamat pagi, Sergei. - Selamat pagi, Cliff. 11 00:01:46,315 --> 00:01:47,316 Ada brownie hari ini. 12 00:01:48,150 --> 00:01:49,151 Ia sedap. 13 00:01:50,068 --> 00:01:51,778 Awak bertuah, Cliff. 14 00:01:52,779 --> 00:01:56,450 EN. SERGEI BEZUKHOV PELAJARAN HARI INI: ASAS VOLTAN 15 00:01:56,450 --> 00:02:00,871 Ini ialah diagram tiga dimensi medan elektrik. 16 00:02:00,871 --> 00:02:03,290 Siapa boleh beritahu saya apa itu voltan? 17 00:02:04,708 --> 00:02:06,001 KEDAI ELEKTRIK 18 00:02:07,628 --> 00:02:08,669 Harry? 19 00:02:17,930 --> 00:02:21,892 Voltan ialah perbezaan potensi antara dua titik dalam medan elektrik. 20 00:02:25,270 --> 00:02:27,481 Baiknya. Lihat apa seseorang buat untuk saya. 21 00:02:28,065 --> 00:02:31,109 - Bahagian tepinya rosak. - Apa nama perisa ini? 22 00:02:32,402 --> 00:02:34,029 Pusaran mentega kacang. 23 00:02:34,029 --> 00:02:35,113 Awak suka? 24 00:02:35,739 --> 00:02:36,740 Ya. 25 00:02:37,241 --> 00:02:38,450 Sangat sedap. 26 00:02:38,450 --> 00:02:42,412 Terima kasih. Di Hari Jurugambar Terlebih Nilai, saya beli tuala untuk kepala awak. 27 00:02:51,046 --> 00:02:54,466 Saya membuat keputusan untuk berpaling tadah... 28 00:02:55,676 --> 00:02:58,929 kepada Kesatuan Soviet pada 1995, 29 00:03:00,138 --> 00:03:06,019 selepas bertahun-tahun tak berpuas hati dan kecewa 30 00:03:06,895 --> 00:03:09,731 dengan NASA dan kerajaan Amerika. 31 00:03:11,441 --> 00:03:16,655 Program angkasa yang saya sertai pada 1966 telah berubah selama bertahun-tahun, 32 00:03:16,655 --> 00:03:22,995 hargai keuntungan melebihi nyawa manusia, dan lebih berdedikasi sebarkan propaganda... 33 00:03:22,995 --> 00:03:25,038 Tak dijangka, bukan? 34 00:03:26,373 --> 00:03:28,917 Mereka fikir dia mati dalam pengeboman yang dah lama berlaku. 35 00:03:29,793 --> 00:03:31,545 Pengeboman di Houston. Ingat? 36 00:03:32,254 --> 00:03:35,090 Saya bersembunyi selama lapan tahun... 37 00:03:35,090 --> 00:03:39,511 - Ya, saya ingat. - ...supaya tak mengganggu 38 00:03:39,511 --> 00:03:42,264 kerja bersejarah yang Roscos... 39 00:03:58,238 --> 00:04:01,491 BEKAS PENGARAH MEMALUKAN KEMBALI KE NASA 40 00:04:44,368 --> 00:04:45,410 En. Bezukhov? 41 00:04:48,080 --> 00:04:49,081 En. Bezukhov? 42 00:04:55,170 --> 00:04:59,216 Jadi, macam yang kamu boleh nampak, arusnya tak selalu tetap. 43 00:04:59,716 --> 00:05:02,010 Polis menahan sekumpulan penunjuk perasaan 44 00:05:02,010 --> 00:05:05,097 supaya kereta Madison boleh memasuki kampus. 45 00:05:05,097 --> 00:05:07,850 Walaupun ada yang mendesak supaya Madison ditahan, 46 00:05:07,850 --> 00:05:11,395 Pentadbir NASA, Eli Hobson mengeluarkan kenyataan yang 47 00:05:11,395 --> 00:05:15,399 dia menganggap Madison sebagai individu penting dalam usaha M-7 48 00:05:15,399 --> 00:05:17,401 untuk mendapatkan asteroid Goldilocks. 49 00:05:39,298 --> 00:05:41,216 DEWAN BANDAR RAYA 6.5 KILOMETER ZOO GARDEN CITY 3.3 KILOMETER 50 00:05:42,384 --> 00:05:44,178 SELATAN - ANTARA NEGERI IOWA 51 00:06:04,323 --> 00:06:06,950 LEGASI 52 00:07:03,340 --> 00:07:06,760 DEMI UMAT MANUSIA 53 00:07:36,498 --> 00:07:37,833 Panggang Itali. 54 00:07:44,256 --> 00:07:46,133 Hei, terima kasih sebab luangkan masa. 55 00:07:50,596 --> 00:07:51,889 Ya, dengar. 56 00:07:52,556 --> 00:07:57,144 Tak kira apa pun, Ed, saya, hargai awak tetap dengan pendirian. 57 00:07:57,144 --> 00:07:59,104 Awak tak berpaling tadah macam mereka. 58 00:07:59,104 --> 00:08:02,524 Tapi apabila awak jumpa saya dan cakap awak dan Dev Ayesa nak berbincang, 59 00:08:02,524 --> 00:08:04,902 saya mula terfikir jika awak memang komited dengan tujuan kami. 60 00:08:05,485 --> 00:08:08,280 Sebabnya tak penting. Marikh yang penting. 61 00:08:08,989 --> 00:08:10,073 Perjuangan ini belum selesai. 62 00:08:10,073 --> 00:08:14,161 Saya nampak macam mereka dah buat keputusan dan minta kami hentikannya. 63 00:08:14,161 --> 00:08:18,790 Kadangkala bergantung kepada beberapa orang sedar mengetuai yang lain. 64 00:08:18,790 --> 00:08:20,083 Sedar? 65 00:08:20,876 --> 00:08:23,587 Kita berdua sependapat yang Dev memang tak guna. 66 00:08:23,587 --> 00:08:24,838 Itu tak dapat dinafikan. 67 00:08:27,841 --> 00:08:28,926 Tapi dia bijak. 68 00:08:30,511 --> 00:08:33,138 Dengar apa yang kami nak cakap. 69 00:08:34,681 --> 00:08:35,933 Boleh saya bantu? 70 00:08:35,933 --> 00:08:39,186 Tempat ini ditutup serta merta atas arahan komander pangkalan 71 00:08:39,186 --> 00:08:41,395 kerana melanggar piagam M-7. 72 00:08:41,395 --> 00:08:45,150 Ordinan 3.57, melarang penjualan barang seludup. 73 00:08:45,150 --> 00:08:46,401 Aduhai, Palmer! 74 00:08:46,401 --> 00:08:49,738 - Semua orang sedang berseronok. - Baiklah, beredar. 75 00:08:50,405 --> 00:08:52,533 Ini memang melampau. Awak memang keji 76 00:08:52,533 --> 00:08:54,409 cuba gunakan kuasa dengan perkara remeh. 77 00:08:54,409 --> 00:08:58,747 Hantar aduan bertulis formal kepada penyelia awak, si keji. 78 00:08:58,747 --> 00:09:00,582 Aduhai! Saya tahu mereka anggap mogok itu serangan peribadi. 79 00:09:00,582 --> 00:09:03,669 Tapi perincian keselamatan begini, ia keterlaluan. 80 00:09:03,669 --> 00:09:05,337 Ia mengarut sebenarnya. 81 00:09:06,296 --> 00:09:08,465 - Siapa pegawai pelapor awak? - Awak tak boleh ke mana-mana 82 00:09:08,465 --> 00:09:11,385 tanpa seseorang periksa lencana pengenalan, tanya tujuan awak. 83 00:09:11,385 --> 00:09:13,095 Ia taktik menakutkan. Secara perspektifnya. 84 00:09:13,929 --> 00:09:15,639 Pastikan kami sentiasa patuh. 85 00:09:16,139 --> 00:09:18,433 Sebab itu saya cakap awak perlu dengar cakap dia. 86 00:09:18,934 --> 00:09:20,060 Entahlah. 87 00:09:22,479 --> 00:09:23,730 Apa itu? 88 00:09:27,568 --> 00:09:29,570 Hei! Apa yang sedang berlaku? 89 00:09:32,197 --> 00:09:33,198 Hei, Sam. 90 00:09:33,699 --> 00:09:37,619 Arahan pihak atasan. Mereka tutup akses sub paras empat dan lima. 91 00:09:38,245 --> 00:09:39,246 "Keselamatan kru." 92 00:09:39,246 --> 00:09:43,208 Ya. Nampak macam takut pekerja biasa macam kami cari tempat lain untuk beroperasi. 93 00:09:43,208 --> 00:09:44,293 Betul. 94 00:09:44,293 --> 00:09:46,753 Kunci pendawaian keras juga dipasang pada lif. 95 00:09:46,753 --> 00:09:49,965 Nampaknya komander suci kita belajar daripada rakan sekerjanya 96 00:09:49,965 --> 00:09:52,718 dan ikut peraturan Soviet. 97 00:09:52,718 --> 00:09:54,678 Apabila ragu, ambil tindakan disiplin. 98 00:09:55,721 --> 00:09:57,389 Kamu boleh naik guna lif ini. 99 00:09:57,389 --> 00:09:58,473 Terima kasih, Sparks. 100 00:10:06,565 --> 00:10:08,483 Baiklah. Saya akan dengar apa yang awak nak cakap. 101 00:10:14,281 --> 00:10:15,449 Bagaimana penerimaan Massey? 102 00:10:17,159 --> 00:10:18,285 Ragu. 103 00:10:18,285 --> 00:10:21,205 Tapi, awak tak ragu? 104 00:10:21,205 --> 00:10:23,165 Ya, tapi dia individu penting untuk semua ini. 105 00:10:23,165 --> 00:10:25,667 Tiada sesiapa akan setuju jika dia menolak. 106 00:10:25,667 --> 00:10:27,961 Sampai masanya nanti, kita perlu sependapat tentang... 107 00:10:29,671 --> 00:10:30,672 Apa ini? 108 00:10:33,133 --> 00:10:35,010 - Kel. - Dev! 109 00:10:35,010 --> 00:10:37,095 Saya berlatih helah silap mata baru. 110 00:10:37,095 --> 00:10:38,180 Baiklah. 111 00:10:40,057 --> 00:10:41,391 Kel, apa, 112 00:10:42,100 --> 00:10:43,936 Hei, apa kamu buat di sini? 113 00:10:43,936 --> 00:10:45,270 Jangan cakap ayah lupa. 114 00:10:46,104 --> 00:10:47,564 Tak, sudah tentu tidak. 115 00:10:48,774 --> 00:10:52,319 Saya bawa Hopper ke Kawah Korolev untuk aktifkan S.E.E.K.E.R saya. 116 00:10:52,319 --> 00:10:56,698 Saya dah cakap akan pergi selama tiga hari dan ayah cakap akan jaga Alex. 117 00:10:56,698 --> 00:10:58,408 Ya, sudah tentu. 118 00:11:01,245 --> 00:11:03,163 Baiklah. Peluk mak. 119 00:11:06,458 --> 00:11:08,085 - Mak sayang kamu. - Sayang mak. 120 00:11:09,294 --> 00:11:12,631 Kamu akan berseronok dengan datuk kamu sepanjang ketiadaan mak. 121 00:11:15,926 --> 00:11:20,722 Ini ubatnya. Ini jadualnya. Serta senarai peraturan keluarga kami. 122 00:11:21,849 --> 00:11:23,267 Aduhai, Kel! 123 00:11:23,267 --> 00:11:24,476 Tak boleh makan kerak. 124 00:11:25,143 --> 00:11:28,063 Ini mengarut. Patutlah budak ini takut dengan bayang-bayangnya sendiri. 125 00:11:29,064 --> 00:11:33,235 Serius? Ayah nak beri pendapat tentang teknik keibubapaan sekarang? 126 00:11:33,235 --> 00:11:35,237 Ayah tak pernah jaga Alex. 127 00:11:35,237 --> 00:11:39,199 Hei. Ayah besarkan dua anak. Termasuk kamu, ingat? 128 00:11:39,199 --> 00:11:42,703 - Alex berbeza. - Ya. Mungkin kamu patut, 129 00:11:42,703 --> 00:11:44,788 mungkin bawa dia bersama kamu. 130 00:11:44,788 --> 00:11:47,124 Pemburuan metana penuh dengan penggerudian dan bahan letupan. 131 00:11:47,124 --> 00:11:49,001 Bukan tempat yang sesuai untuk kanak-kanak tujuh tahun, okey? 132 00:11:49,001 --> 00:11:51,753 Lagipun ayah tiada kerja di sini. 133 00:11:51,753 --> 00:11:54,047 Jadi, saya berikan ayah tugas baru. 134 00:11:54,047 --> 00:11:55,883 Berjaya atau gagal, ingat? 135 00:11:55,883 --> 00:11:58,051 Itu nasihat yang teruk. 136 00:11:59,219 --> 00:12:01,513 Tapi okey. Mari lakukannya. 137 00:12:02,222 --> 00:12:05,100 Dev, saya akan hubungi awak apabila sampai di Kawah Korolev. 138 00:12:06,101 --> 00:12:07,102 Semoga berjaya. 139 00:12:08,061 --> 00:12:09,271 Hei, mak. 140 00:12:10,439 --> 00:12:12,024 Mak akan pulang, bukan? 141 00:12:12,024 --> 00:12:14,026 Sudah tentu mak akan pulang. 142 00:12:15,777 --> 00:12:17,863 Tiga hari. Berseronoklah. 143 00:12:18,530 --> 00:12:19,531 Baiklah. 144 00:12:22,868 --> 00:12:24,161 Kita perlukan pengasuh budak. 145 00:12:25,495 --> 00:12:26,663 Ya. 146 00:12:28,081 --> 00:12:31,793 {\an8}NASA PUSAT ANGKASA LEPAS MOLLY COBB 147 00:12:42,054 --> 00:12:43,055 Tuan-tuan. 148 00:12:45,098 --> 00:12:46,099 Masuk. 149 00:12:49,937 --> 00:12:51,522 Ada pengawal peribadi? 150 00:12:53,357 --> 00:12:54,358 Saya bertuah. 151 00:12:56,610 --> 00:12:58,403 Saya nak periksa jika awak selesakan diri. 152 00:12:59,279 --> 00:13:00,280 Okey. 153 00:13:01,448 --> 00:13:03,158 - Terima kasih. - Bagus. 154 00:13:03,909 --> 00:13:05,577 Kita akan mulakan tak lama lagi. 155 00:13:05,577 --> 00:13:09,540 Saya fikir mungkin saya, patut tunjukkan bilik persidangan. 156 00:13:32,521 --> 00:13:35,941 - ...siapa yang datang. - Margo Moscow? 157 00:13:39,903 --> 00:13:41,196 Nuri! Oh Tuhan. 158 00:13:42,155 --> 00:13:44,116 Gembira jumpa awak. 159 00:13:45,117 --> 00:13:46,118 Helo. 160 00:13:47,035 --> 00:13:48,036 Saya... 161 00:13:49,121 --> 00:13:50,831 Saya dengar awak pengurus projek. 162 00:13:51,373 --> 00:13:52,457 Tahniah. 163 00:13:53,667 --> 00:13:54,668 Ya. 164 00:13:56,211 --> 00:13:57,754 Maaf, saya dah lewat. 165 00:14:05,220 --> 00:14:06,221 Dia sangat sibuk. 166 00:14:06,972 --> 00:14:07,973 Boleh kita teruskan? 167 00:14:12,436 --> 00:14:15,689 Kita di persimpangan, semua. Jadi, saya akan cakap dengan jelas. 168 00:14:15,689 --> 00:14:18,400 Asteroid ini sangat penting untuk negara kita 169 00:14:18,400 --> 00:14:21,236 untuk biarkan satu lagi masalah macam mogok itu berlaku lagi. 170 00:14:21,737 --> 00:14:24,531 Keselamatan perlu tegas mulai sekarang. 171 00:14:24,531 --> 00:14:27,743 Saya serahkan kepada jurutera projek Kesatuan Soviet 172 00:14:27,743 --> 00:14:33,457 untuk Misi Pengambilan 2003LC, Margo Madison, untuk beri taklimat. 173 00:14:34,458 --> 00:14:35,459 Cik Madison. 174 00:14:35,459 --> 00:14:39,379 Saya tahu kita berbeza pendapat tapi saya hargai kamu datang. 175 00:14:39,379 --> 00:14:42,257 Jika Sam tak paksa, pasti saya takkan datang. 176 00:14:42,257 --> 00:14:45,761 Sama. Saya benar-benar harap ini bukan situasi manipulasi kejam 177 00:14:45,761 --> 00:14:48,096 macam yang awak buat untuk tamatkan mogok kami. 178 00:14:48,096 --> 00:14:52,184 Ia perkembangan malang dan sukar untuk kita semua. 179 00:14:52,184 --> 00:14:53,644 Tapi ia penting. 180 00:14:53,644 --> 00:14:55,229 Mogok itu perlu ditamatkan 181 00:14:55,229 --> 00:14:58,398 jika kita nak ikut garis masa diberikan untuk dapatkan asteroid itu. 182 00:14:58,398 --> 00:15:01,985 Tapi kamu berempat tunjukkan yang kamu ada prinsip, 183 00:15:03,153 --> 00:15:06,532 keberanian dan takkan berundur di bawah tekanan. 184 00:15:06,532 --> 00:15:08,909 Tak perlu berdolak-dalik dan terus terang saja. 185 00:15:08,909 --> 00:15:10,661 - Ayuh. - Baiklah. 186 00:15:10,661 --> 00:15:13,372 Saya nak minta kamu buat sesuatu yang tak pernah dibuat 187 00:15:13,372 --> 00:15:15,123 oleh sesiapa dalam sejarah manusia. 188 00:15:15,999 --> 00:15:19,086 Untuk kepentingan Marikh, penerokaan angkasa lepas manusia dan diri kamu, 189 00:15:19,086 --> 00:15:22,673 sebab akhirnya ia akan buat orang-orang teruk di Bumi sedar. 190 00:15:24,383 --> 00:15:25,759 Apa yang awak nak kami buat? 191 00:15:29,137 --> 00:15:34,059 Enjin Ranger hanya boleh beri sedikit perubahan kepada trajektori asteroid. 192 00:15:34,059 --> 00:15:36,395 Cukup untuk membawanya 193 00:15:38,146 --> 00:15:39,231 menghampiri Marikh. 194 00:15:40,649 --> 00:15:43,694 Apabila ia dah berada di sana, Ranger sekali lagi akan membakar... 195 00:15:43,694 --> 00:15:45,863 ...selama tepat 20 minit. 196 00:15:45,863 --> 00:15:49,032 Apabila masanya tiba, kita akan perlahankan pergerakan asteroid. 197 00:15:49,032 --> 00:15:52,119 Cukup untuk graviti Marikh mengubah trajektorinya 198 00:15:52,119 --> 00:15:53,787 untuk tambah kelajuannya ke arah Bumi. 199 00:15:53,787 --> 00:15:56,915 Melainkan Ranger membakar selama 25 berbanding 20 minit. 200 00:15:56,915 --> 00:15:59,459 Itu akan lebih memperlahankan asteroid 201 00:15:59,459 --> 00:16:02,129 dan membolehkannya ditarik oleh graviti Marikh sepenuhnya 202 00:16:02,129 --> 00:16:03,922 berbanding hanya mengubah arahnya. 203 00:16:03,922 --> 00:16:06,967 Ia akan membawanya ke orbit tetap di sekeliling Planet Merah. 204 00:16:06,967 --> 00:16:08,051 BUMI - MARIKH - MATAHARI 205 00:16:08,051 --> 00:16:09,178 Di tempat sepatutnya. 206 00:16:09,928 --> 00:16:11,513 Tapi, bagaimana nak lakukannya? 207 00:16:12,014 --> 00:16:15,601 Lembah Kegembiraan jauh dari kuasa pengkomputeran 208 00:16:15,601 --> 00:16:17,144 NASA atau Roscosmos. 209 00:16:17,144 --> 00:16:19,521 Jadi, kita akan kendalikan arahan pembakaran di Bumi. 210 00:16:20,105 --> 00:16:25,611 NASA akan gabungkan data kepada Ops-Kom di Lembah Kegembiraan. Kemudian sampaikan... 211 00:16:25,611 --> 00:16:29,114 ...dengan sistem komunikasi selamat kita menggunakan antena jalur-S berarah. 212 00:16:29,114 --> 00:16:33,577 {\an8}Ranger akan menerima isyarat, mengesahkan keasliannya dengan kotak diskriminator 213 00:16:33,577 --> 00:16:35,287 {\an8}untuk pastikan ia datang daripada kita. 214 00:16:35,287 --> 00:16:36,371 COMSAT OPS KOM - RANGER 215 00:16:36,371 --> 00:16:38,123 Kita perlu godam Comsat. 216 00:16:39,124 --> 00:16:42,127 Atau mungkin kawal susunan antena satelit secara fizikal. 217 00:16:43,045 --> 00:16:44,421 Walaupun itu tak mustahil, 218 00:16:44,421 --> 00:16:47,674 kita masih perlukan Ops-Kom untuk beritahu bila Ranger sampai ke tempat pembakaran. 219 00:16:47,674 --> 00:16:48,884 Melainkan bina kita punya sendiri. 220 00:16:49,384 --> 00:16:50,385 Kita punya sendiri apa? 221 00:16:50,385 --> 00:16:51,929 Ops-Kom kita sendiri. 222 00:16:51,929 --> 00:16:53,805 Supaya kita boleh hantar isyarat sendiri. 223 00:16:53,805 --> 00:16:55,390 Jika diskriminator beri kebenaran, 224 00:16:55,390 --> 00:16:57,851 ia akan menghantar arahan kepada sistem kawalan enjin, 225 00:16:57,851 --> 00:16:59,895 dan Ranger akan memulakan pembakaran untuk Bumi. 226 00:17:01,772 --> 00:17:04,358 Satu-satunya cara kita boleh panjangkan pembakaran adalah dengan kawal 227 00:17:04,358 --> 00:17:06,818 kotak diskriminator pada Ranger. 228 00:17:06,818 --> 00:17:07,903 Betul cakap dia. 229 00:17:07,903 --> 00:17:10,739 Jika isyarat masuk tiada paket pengesahan yang betul, 230 00:17:10,739 --> 00:17:12,699 sistem komunikasi Ranger takkan mengecamnya. 231 00:17:12,699 --> 00:17:15,827 Jadi, paling penting untuk semua ini adalah kotak diskriminator. 232 00:17:16,369 --> 00:17:18,997 Akhir sekali, apabila Ranger dilancarkan dalam dua hari, kita perlu seseorang 233 00:17:18,997 --> 00:17:21,208 daripada kru mereka untuk menukarnya dengan kotak kita. 234 00:17:22,125 --> 00:17:23,377 Pengintip. 235 00:17:25,337 --> 00:17:26,338 Atau pengintip wanita. 236 00:17:29,132 --> 00:17:32,886 Sam, apabila masanya tiba, awak tukar diskriminator itu dengan salinan kita. 237 00:17:32,886 --> 00:17:34,930 Okey. Biar saya cuba faham. 238 00:17:34,930 --> 00:17:38,058 Awak nak saya tukar komponen penting misi 239 00:17:38,058 --> 00:17:40,894 di tengah kapal, dikelilingi oleh kru. 240 00:17:42,187 --> 00:17:44,982 - Baiklah. Tiada masalah. - Jika kita nak jayakannya, 241 00:17:44,982 --> 00:17:47,317 kita perlu buat sesuatu yang kita tak selesa buat. 242 00:17:47,317 --> 00:17:51,655 Walaupun boleh buat, saya dilarang jadi kru semula. Selepas mogok itu. 243 00:17:52,155 --> 00:17:53,574 Jangan putus asa. 244 00:17:55,617 --> 00:17:56,618 Dia digugurkan. 245 00:17:57,661 --> 00:17:59,288 Sekejap. Saya nak ubah keputusan. 246 00:17:59,997 --> 00:18:03,458 Tuan, itu Sam Massey. Dia antara ketua mogok. 247 00:18:03,458 --> 00:18:05,961 Saya kenal dia. Saya yakin awak tahu yang 248 00:18:05,961 --> 00:18:09,423 jika saya nak disiplinkan, turunkan pangkat atau hukum penganjur mogok, 249 00:18:09,423 --> 00:18:12,509 saya akan dedahkan diri kepada saman dan masalah PR di Bumi. 250 00:18:14,553 --> 00:18:15,637 Tak. Saya masih tak... 251 00:18:15,637 --> 00:18:18,182 Ravi. Apa pendapat awak? 252 00:18:18,182 --> 00:18:20,684 Awak komander Ranger, ini kru awak. 253 00:18:22,686 --> 00:18:25,272 Massey pernah sertai Kronos. Kita boleh guna pengalamannya. 254 00:18:26,398 --> 00:18:28,859 Jika dia boleh ubah sikapnya. 255 00:18:32,154 --> 00:18:33,238 Baiklah. 256 00:18:33,906 --> 00:18:35,032 Kita kekalkan dia. 257 00:18:35,908 --> 00:18:40,537 Niat Massey baik. Paling penting, ia peluang kedua. 258 00:18:43,540 --> 00:18:46,502 Tapi saya nak awak ikut mereka. Perhatikan semuanya. 259 00:18:47,586 --> 00:18:48,587 Baiklah. 260 00:18:52,132 --> 00:18:55,052 Kita perlukan jurutera hebat untuk bina bilik kawalan kita. 261 00:18:55,052 --> 00:18:56,428 Rich mungkin boleh. 262 00:18:56,428 --> 00:19:00,098 Kita perlukan jurutera elektrik untuk bekalan kuasa Ops-Kom. 263 00:19:00,098 --> 00:19:03,143 - Edmondson yang terbaik. - Sparks? Dia boleh buat? 264 00:19:03,143 --> 00:19:05,812 - Saya boleh tanya. - Baiklah. Paling penting. 265 00:19:05,812 --> 00:19:07,439 Jika kita nak bina Ops sendiri, 266 00:19:08,482 --> 00:19:10,150 kita perlukan alatan yang betul. 267 00:19:10,150 --> 00:19:12,027 Konsol, pemproses, pelayan, geganti komunikasi... 268 00:19:12,027 --> 00:19:16,198 NASA ada banyak alat lebih. Setiap alatan ada sandaran. 269 00:19:16,198 --> 00:19:18,951 Tapi semuanya disimpan di Phoenix, dengan keselamatan ketat. 270 00:19:18,951 --> 00:19:21,286 Kita perlu cari cara untuk bawa semua itu ke sini tanpa dikesan. 271 00:19:23,247 --> 00:19:24,706 Rasanya saya kenal orang yang boleh tolong. 272 00:19:25,499 --> 00:19:26,708 Okey, bagus. 273 00:19:27,626 --> 00:19:28,961 Jadi, kita akan lakukannya? 274 00:19:35,759 --> 00:19:38,679 NASA - PENTADBIRAN AERONAUTIK DAN ANGKASA KEBANGSAAN 275 00:19:53,694 --> 00:19:54,987 Ia berjalan lancar. 276 00:19:56,196 --> 00:19:57,197 Rasanya. 277 00:19:59,533 --> 00:20:02,202 Eli memang kelakar. 278 00:20:03,996 --> 00:20:04,997 Dia berniat baik. 279 00:20:09,084 --> 00:20:10,586 Keluarga awak sihat? 280 00:20:10,586 --> 00:20:14,464 Javier sihat? Dia masih main piano? Kali terakhir saya nampak... 281 00:20:14,464 --> 00:20:17,342 Mari, faham sesuatu. 282 00:20:19,928 --> 00:20:22,055 Apabila melibatkan kerja, 283 00:20:22,055 --> 00:20:24,266 saya akan sokong awak apabila saya fikir awak betul. 284 00:20:24,266 --> 00:20:26,768 Saya akan menentang jika saya fikir awak salah. 285 00:20:28,145 --> 00:20:31,064 Tapi awak tak boleh tanya tentang keluarga atau anak saya lagi. 286 00:20:32,441 --> 00:20:33,442 Faham? 287 00:20:53,712 --> 00:20:55,255 Alex, ini datuk. 288 00:20:56,298 --> 00:20:57,758 Hei. Bagaimana? 289 00:20:57,758 --> 00:21:01,345 Hebat. Kami berseronok bersama. 290 00:21:01,345 --> 00:21:04,765 Dia bantu saya cantas pokok beri biru dan limau kumkuat. 291 00:21:04,765 --> 00:21:07,559 Joanna. Saya sangat berterima kasih. 292 00:21:08,268 --> 00:21:11,438 Alex. Ayuh. Masa untuk beredar. 293 00:21:12,439 --> 00:21:15,234 - Di mana dia? - Dia di belakang sana. 294 00:21:19,154 --> 00:21:20,322 Dia ada di sana tadi. 295 00:21:22,491 --> 00:21:23,492 Alex. 296 00:21:24,993 --> 00:21:25,994 Alex. 297 00:21:28,455 --> 00:21:30,415 Baiklah. Awak ke arah sana. Saya ke arah sini. 298 00:21:32,084 --> 00:21:33,085 Alex. 299 00:21:34,002 --> 00:21:35,295 Alex. 300 00:21:37,130 --> 00:21:38,298 Alex? 301 00:21:38,298 --> 00:21:39,383 Alex. 302 00:21:39,967 --> 00:21:40,968 Alex! 303 00:21:46,139 --> 00:21:47,850 Ini Ed Baldwin. Saya mencari... 304 00:21:47,850 --> 00:21:48,934 Dah jumpa! 305 00:21:52,062 --> 00:21:54,857 Alex! Kamu tak boleh hilangkan diri begitu saja. 306 00:21:54,857 --> 00:21:56,108 Apa yang kamu fikirkan? 307 00:21:57,192 --> 00:21:58,235 Ke mana kamu pergi? 308 00:21:58,861 --> 00:22:00,571 Saya cari datuk. 309 00:22:01,071 --> 00:22:02,072 Apa? 310 00:22:03,532 --> 00:22:05,284 Saya cari datuk. 311 00:22:10,497 --> 00:22:11,498 Hei. 312 00:22:12,082 --> 00:22:13,458 Hei. 313 00:22:14,751 --> 00:22:15,752 Baiklah. Tak mengapa. 314 00:22:17,504 --> 00:22:18,505 Jangan takut. 315 00:22:20,966 --> 00:22:21,967 Hei. 316 00:22:24,970 --> 00:22:26,054 Ayuh. 317 00:22:28,015 --> 00:22:29,600 ...yang dah... 318 00:22:45,240 --> 00:22:46,283 Sekejap. 319 00:22:49,411 --> 00:22:51,580 - Di dalam. - Baiklah, puan. 320 00:23:47,845 --> 00:23:50,556 Entahlah. Dengar, untuk ambil semua itu dari Phoenix, 321 00:23:50,556 --> 00:23:53,517 bukan saja saya perlu masuk ke kargo modul tanpa dikesan, 322 00:23:53,517 --> 00:23:57,062 saya perlu melepasi pemeriksaan keselamatan baru ketat di bawah. 323 00:23:58,939 --> 00:24:01,233 Apa? Maksudnya awak tak boleh buat atau tak nak buat? 324 00:24:01,233 --> 00:24:05,279 Orang saya boleh masuk Phoenix. Tapi bawa ia ke dok memunggah di bawah, 325 00:24:05,279 --> 00:24:08,615 pasti ada masalah. Semua ini ditanda sebagai keselamatan tinggi. 326 00:24:08,615 --> 00:24:12,202 Jika saya sampai di dok, mereka akan simpan ia di tempat simpanan. 327 00:24:12,202 --> 00:24:14,288 Saya tiada akses. Tiada sesiapa ada akses. 328 00:24:15,706 --> 00:24:17,332 Mungkin ada cara lain. 329 00:24:17,332 --> 00:24:19,918 Tapi saya tak tahu. 330 00:24:20,419 --> 00:24:23,755 Ia nampak berisiko. Apa yang saya buat sekarang berisiko rendah. 331 00:24:24,256 --> 00:24:26,133 Masa saya suntuk. 332 00:24:26,133 --> 00:24:28,552 Apabila saya pulang ke Bumi, saya nak bersama keluarga, 333 00:24:28,552 --> 00:24:30,053 ada duit yang banyak. 334 00:24:31,096 --> 00:24:34,933 Awak berfikiran sempit, Dale. Bekas rakan kongsi saya, dia berfikiran sempit. 335 00:24:34,933 --> 00:24:37,394 Sentiasa risau kami akan hilang apa yang kami bina. 336 00:24:37,394 --> 00:24:40,105 Dia sentiasa bertahan. Sama macam apa awak buat sekarang. 337 00:24:40,105 --> 00:24:43,817 Jika saya biarkan dia buat semua keputusan, kami masih bekerja dalam garaj. 338 00:24:43,817 --> 00:24:47,654 Tapi kami berubah daripada hanya ada bernilai beberapa ribu dolar. 339 00:24:48,864 --> 00:24:50,073 Saya bernilai bilion sekarang. 340 00:24:52,826 --> 00:24:59,249 Jadi, saya nak tanya awak, Miles, awak nak jadi jutawan atau bilionair? 341 00:25:03,587 --> 00:25:06,340 - Bilionair? - Saya perlu yakinkan dia. 342 00:25:07,716 --> 00:25:09,218 Ya, lebih baik ambil Alex daripada Joanna. 343 00:25:10,469 --> 00:25:13,639 Dia budak yang baik. Sangat bijak. 344 00:25:13,639 --> 00:25:14,723 Ya. 345 00:25:16,558 --> 00:25:19,353 Hei, kamu berdua nampak serasi. 346 00:25:20,312 --> 00:25:21,813 Kami masih belum rapat. 347 00:25:22,689 --> 00:25:25,234 Suatu hari nanti. Saya dan ayah juga pernah bertengkar. 348 00:25:25,901 --> 00:25:27,319 Dia jurutera, bukan? 349 00:25:27,319 --> 00:25:29,071 Ya. Dia suka bina sesuatu. 350 00:25:29,071 --> 00:25:31,281 Dia ada banyak model. Simpan semuanya dalam bilik. 351 00:25:31,281 --> 00:25:34,868 Saya pun suka membina. Ia, sangat menenangkan. 352 00:25:34,868 --> 00:25:39,373 Dia ada kapal angkasa Gemini berada di atas roket Titan II. 353 00:25:39,373 --> 00:25:41,124 Saya tahu itu kegemarannya. 354 00:25:41,124 --> 00:25:44,419 Jadi, semasa dia keluar, saya turunkannya dari rak, 355 00:25:44,419 --> 00:25:46,630 bermain dengannya semasa dia tiada. 356 00:25:47,506 --> 00:25:48,674 Tapi suatu hari, 357 00:25:50,175 --> 00:25:51,718 saya pecahkannya. 358 00:25:52,302 --> 00:25:54,972 - Dia sangat marah. - Sudah pasti. 359 00:25:55,973 --> 00:25:58,392 Tapi kemudian dia keluar dan beli kit model baru. 360 00:25:58,892 --> 00:26:01,520 Dia buat saya bina semula satu demi satu, 361 00:26:01,520 --> 00:26:03,647 sementara dia memerhati dan beri arahan. 362 00:26:05,983 --> 00:26:07,067 Saya rasa 363 00:26:08,151 --> 00:26:10,112 sangat rapat dengan dia hari itu. 364 00:26:11,572 --> 00:26:13,782 - Indahnya. - Selepas siap, 365 00:26:13,782 --> 00:26:16,869 itu kali pertama dia beritahu saya tentang burung yang terbang terbalik. 366 00:26:18,287 --> 00:26:19,288 Apa? 367 00:26:19,288 --> 00:26:22,207 Setiap musim sejuk awak akan nampak kawanannya terbang ke utara. 368 00:26:22,749 --> 00:26:25,919 - Awak tahu sebab ia terbang terbalik? - Tak tahu. 369 00:26:26,503 --> 00:26:28,255 Sebab ia nak lihat ke mana yang ia dah pergi, 370 00:26:28,255 --> 00:26:30,340 sebab itulah cara ia tahu ke mana arah tujuannya. 371 00:26:34,761 --> 00:26:35,762 Saya sukakannya. 372 00:26:37,764 --> 00:26:40,350 Suatu hari nanti, Alex kecil itu akan ingat awak 373 00:26:40,350 --> 00:26:42,269 dengan cara sama saya mengingati ayah saya. 374 00:26:42,769 --> 00:26:43,896 Jadilah diri awak. 375 00:26:45,355 --> 00:26:46,440 Kongsi minat awak. 376 00:26:48,192 --> 00:26:49,818 Itulah hadiah terbaik saya pernah dapat. 377 00:27:16,637 --> 00:27:17,721 Helo, Cik Rosales. 378 00:27:22,559 --> 00:27:24,269 Mungkin awak tak ingat. Saya... 379 00:27:24,269 --> 00:27:25,437 Tak, saya ingat awak. 380 00:27:26,271 --> 00:27:28,315 - Apa awak buat di sini? - Maaf, tapi... 381 00:27:28,941 --> 00:27:30,609 Maaf sebab buat awak terkejut, tapi... 382 00:27:33,362 --> 00:27:34,571 Awak tak sepatutnya berada di sini. 383 00:27:34,571 --> 00:27:35,656 Tolonglah. 384 00:27:37,699 --> 00:27:39,284 Tolonglah, sekejap saja. 385 00:27:41,245 --> 00:27:43,372 Awak saja yang mungkin faham. 386 00:27:49,461 --> 00:27:52,130 Saya merayu padanya untuk rekaan enjin itu, 387 00:27:53,674 --> 00:27:56,885 tapi dia tak nak tolong, tak kira betapa teruk saya merayu. 388 00:27:58,387 --> 00:28:02,057 Tak mungkin kami mampu buat pelancaran pada 1994 tanpanya. 389 00:28:04,101 --> 00:28:07,896 Saya, diberitahu oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri 390 00:28:07,896 --> 00:28:14,152 untuk jumpa dia di persidangan KKA untuk buat apa saya supaya dapat rekaan... 391 00:28:16,864 --> 00:28:18,365 tapi saya menolak. 392 00:28:21,743 --> 00:28:24,705 Pegawai saya hantar dua lelaki ke biliknya. 393 00:28:24,705 --> 00:28:30,586 Mereka ugut laporkan Margo ke FBI melainkan dia beri kerjasama. 394 00:28:31,336 --> 00:28:34,298 Tapi, dia tetap tak nak beri rekaan enjin itu. 395 00:28:35,757 --> 00:28:36,758 Jadi, 396 00:28:38,427 --> 00:28:41,430 waktu itulah mereka mula cekik saya di depan dia. 397 00:28:45,434 --> 00:28:46,435 Oh Tuhan. 398 00:28:48,937 --> 00:28:50,606 Margo tak beritahu awak tentangnya? 399 00:28:56,904 --> 00:28:57,988 Dia... 400 00:28:58,572 --> 00:29:02,492 Dia korbankan semuanya begitu juga kehormatannya untuk selamatkan nyawa saya. 401 00:29:07,706 --> 00:29:09,208 Selama lapan tahun... 402 00:29:12,211 --> 00:29:14,087 dia biar kami fikir yang dia dah mati. 403 00:29:16,423 --> 00:29:19,510 Selama lapan tahun dia tak cuba hubungi kami 404 00:29:19,510 --> 00:29:21,553 - untuk beritahu yang dia selamat... - Bagaimana... 405 00:29:21,553 --> 00:29:23,639 - ...yang dia masih hidup. - Bagaimana dia nak beritahu? 406 00:29:27,976 --> 00:29:32,064 Pembelot ialah tahanan yang dimuliakan di Kesatuan Soviet. Burung dalam sangkar. 407 00:29:32,064 --> 00:29:34,274 Saya tahu... 408 00:29:37,486 --> 00:29:38,487 Saya cuma... 409 00:29:43,492 --> 00:29:46,954 Saya tak tahu cara untuk maafkan dia. 410 00:29:54,503 --> 00:29:55,504 Saya faham. 411 00:30:00,592 --> 00:30:02,970 Tapi di mana awak hari ini tanpa dia? 412 00:30:05,848 --> 00:30:07,015 Fikirlah. 413 00:30:09,309 --> 00:30:11,353 Dia percayakan awak, Aleida. 414 00:30:12,855 --> 00:30:14,398 Sama macam yang dia beritahu saya. 415 00:30:16,483 --> 00:30:19,069 Tolonglah. 416 00:30:19,820 --> 00:30:21,363 Bantu saya bercakap dengan dia. 417 00:30:58,066 --> 00:31:00,819 - Datuk? - Ya, datuk fikir kamu dah tidur. 418 00:31:02,404 --> 00:31:04,656 Saya takut. 419 00:31:04,656 --> 00:31:05,741 Kamu takut? 420 00:31:06,909 --> 00:31:09,328 Tak perlu takutkan apa-apa. Kamu selamat di sini. 421 00:31:11,663 --> 00:31:13,498 Hei, apa yang kamu takutkan? 422 00:31:19,171 --> 00:31:21,215 Kamu tak takut pada datuk, bukan? 423 00:31:26,178 --> 00:31:27,179 Hei... 424 00:31:28,931 --> 00:31:30,682 Datuk sayang kamu. 425 00:31:30,682 --> 00:31:33,769 Tapi datuk macam beruang. 426 00:31:35,979 --> 00:31:38,524 Datuk macam beruang? 427 00:31:42,194 --> 00:31:43,946 Mungkin betul. 428 00:32:02,422 --> 00:32:06,051 Semasa ibu kamu sebaya kamu, dia juga takutkan gelap. 429 00:32:06,802 --> 00:32:08,971 Kamu tahu apa yang datuk selalu buat untuk dia? 430 00:32:08,971 --> 00:32:10,097 Apa? 431 00:32:10,722 --> 00:32:12,349 Datuk selalu bacakan cerita untuknya. 432 00:32:14,309 --> 00:32:16,144 Nak datuk bacakan cerita untuk kamu? 433 00:32:28,699 --> 00:32:31,076 Ini kisah tentang kelasi. 434 00:32:31,952 --> 00:32:35,372 Tapi di tanah asing, jauh dari rumah. 435 00:32:36,832 --> 00:32:38,584 Namanya Jake Holman. 436 00:32:44,965 --> 00:32:45,966 "Bab satu. 437 00:32:47,009 --> 00:32:49,803 'Helo, kapal,' Jake Holman berbisik perlahan. 438 00:32:50,429 --> 00:32:51,555 Kapal itu tertidur. 439 00:32:52,347 --> 00:32:53,390 Tak dengar suaranya. 440 00:32:54,057 --> 00:32:57,144 Dia turunkan bag kanvas besar yang berusia 30 tahun ke tanah 441 00:32:57,144 --> 00:33:00,689 dan berdiri dalam bayang-bayang bulan pada dinding bata 442 00:33:00,689 --> 00:33:03,066 dan buat kali pertama, memandang lama padanya. 443 00:33:04,401 --> 00:33:07,112 Ia nampak kukuh dan besar, 444 00:33:07,112 --> 00:33:10,449 di pinggir sungai gelap yang bergelombang, 445 00:33:10,449 --> 00:33:13,202 dan ia serba boleh. 446 00:33:13,202 --> 00:33:17,039 Putih kecuali di cerobong asap di bahagian belakang, 447 00:33:17,039 --> 00:33:20,626 yang sangat tinggi, setinggi dua tiang. 448 00:33:21,543 --> 00:33:26,840 Empat kabel tegang dicondongkan dari tiang seperti panji maypole. 449 00:33:26,840 --> 00:33:29,635 Ada senjata berpelindung yang gempal pada bahagian terbukanya 450 00:33:29,635 --> 00:33:33,722 dan stereng dua kali ganda tinggi manusia di bahagian belakang terbukanya. 451 00:33:34,681 --> 00:33:37,768 Tapi, rupanya nampak macam rumah berbanding kapal. 452 00:33:37,768 --> 00:33:40,687 Tingkap langsir perseginya dan pintu skrin 453 00:33:40,687 --> 00:33:44,566 membuka galeri dek utama seperti beranda yang panjang dan sempit 454 00:33:45,275 --> 00:33:49,530 Di dek rel paip bot pula, kajang putih yang tegang. 455 00:33:49,530 --> 00:33:51,240 Ia selepas tengah malam. 456 00:33:51,240 --> 00:33:54,034 {\an8}Semuanya tidur di bawah sana, semua kecuali jam tangan." 457 00:33:54,034 --> 00:33:55,994 {\an8}KAWAH KOROLEV 458 00:33:55,994 --> 00:33:58,080 {\an8}6,375 KILOMETER DARI PANGKALAN LEMBAH KEGEMBIRAAN 459 00:36:17,177 --> 00:36:19,555 Awak boleh duduk. 460 00:36:33,318 --> 00:36:35,445 Mereka beritahu saya awak berada di sini. 461 00:36:38,657 --> 00:36:39,992 Kerusi berbeza. 462 00:36:53,547 --> 00:36:54,673 Apa yang awak jumpa? 463 00:36:59,803 --> 00:37:00,804 Ia... 464 00:37:02,514 --> 00:37:04,850 vektor negeri yang dikemas kini dari stesen pengesanan kami. 465 00:37:07,186 --> 00:37:09,438 Nampaknya ada kelainan dari cara yang kita ramalkan 466 00:37:09,438 --> 00:37:11,481 dan apa yang rangkaian nampak. 467 00:37:16,236 --> 00:37:17,362 Biar saya lihat. 468 00:37:32,002 --> 00:37:37,925 Saya akan periksa semua angka itu malam ini dan beritahu pendapat saya. 469 00:37:39,301 --> 00:37:40,302 Terima kasih. 470 00:37:58,570 --> 00:38:01,031 Baiklah, mari imbas semula rancangan sekali lagi. 471 00:38:01,031 --> 00:38:02,658 Selepas apa yang berlaku di loji minyak, 472 00:38:02,658 --> 00:38:06,119 kamu tahu mereka ada tempat pemeriksaan keselamatan di seluruh pangkalan, 473 00:38:06,119 --> 00:38:08,455 termasuk dok memunggah. 474 00:38:08,455 --> 00:38:12,292 Tiada apa atau sesiapa masuk atau keluar tanpa diperiksa. 475 00:38:12,292 --> 00:38:15,337 Jadi, kita tak boleh masuk begitu saja dan ambil alatan itu dari rak, 476 00:38:15,337 --> 00:38:18,048 kita perlu jadi lebih bijak. 477 00:38:18,048 --> 00:38:21,468 Kita akan palsukan permohonan untuk semua yang diperlukan dalam senarai. 478 00:38:21,468 --> 00:38:22,886 Orang saya di pemunggah kargo Phoenix 479 00:38:22,886 --> 00:38:26,181 akan tukar bungkusan dengan sesuatu yang kurang menarik perhatian. 480 00:38:27,099 --> 00:38:28,100 Semua alat elektronik yang kita perlukan, 481 00:38:28,100 --> 00:38:30,602 semuanya ada dalam bekas yang dilabel sebagai bijirin, kapas 482 00:38:30,602 --> 00:38:32,104 dan susu terhidrat. 483 00:38:32,104 --> 00:38:35,357 Setiap seorang daripada kita akan dapat kod bar hijau dan kuning. 484 00:38:36,900 --> 00:38:40,070 Semua pegawai keselamatan tak guna itu bekas tentera. 485 00:38:40,571 --> 00:38:42,656 Jadi, sentiasa peka dan ikut rancangan. 486 00:38:49,454 --> 00:38:50,455 Sekejap. 487 00:38:53,083 --> 00:38:54,501 Borang permohonan. 488 00:39:12,227 --> 00:39:14,146 Awak perlu buka kotak ini. 489 00:39:39,630 --> 00:39:42,132 Saya tak tahu jika saya boleh kekal tenang, Miles. 490 00:39:42,132 --> 00:39:44,718 - Awak memang berani, tak guna! - Terima kasih, kawan. 491 00:39:44,718 --> 00:39:47,763 Ilya selalu cakap, "Sentiasa bersedia untuk kemungkinan." 492 00:40:11,495 --> 00:40:13,497 Baiklah. Nampak macam Krismas di sini. 493 00:40:13,497 --> 00:40:15,541 Selamat datang ke Ops-Kom 2, tuan-tuan. 494 00:40:15,541 --> 00:40:17,376 Saya lebih suka "Ops Hantu." 495 00:40:17,376 --> 00:40:18,836 Bunyinya lebih menarik. 496 00:40:18,836 --> 00:40:20,629 Apa? Di mana ia? 497 00:40:23,382 --> 00:40:24,758 Biar betul? 498 00:40:25,843 --> 00:40:27,678 Aduhai, tolonglah! 499 00:40:27,678 --> 00:40:29,972 Ia sepatutnya ada di sini. Apa... 500 00:40:32,683 --> 00:40:35,310 Saya rasa sepatutnya bukan hanya ada bertih jagung di dalamnya. 501 00:40:38,146 --> 00:40:39,523 Apa yang sepatutnya ada di dalamnya? 502 00:40:40,691 --> 00:40:41,692 Diskriminator. 503 00:40:46,238 --> 00:40:47,322 - Tak guna! - Okey. 504 00:40:47,322 --> 00:40:49,324 Jadi, jika tiada di sana, di mana? 505 00:40:49,324 --> 00:40:51,285 {\an8}AWAS ALATAN SENSITIF ELEKTROSTATIK 506 00:40:51,285 --> 00:40:52,369 {\an8}SULIT 507 00:41:00,836 --> 00:41:03,046 Ia ada di sana, tapi ia dihantar ke bilik simpanan terkawal. 508 00:41:04,548 --> 00:41:06,550 Pasti orang saya di Phoenix tertukar kotak-kotaknya. 509 00:41:06,550 --> 00:41:09,595 Ya. Mujurlah ia cuma nampak macam kesilapan penghantaran. 510 00:41:10,429 --> 00:41:13,891 Kita boleh dapat akses padanya? Mungkin pecahkan kunci atau sesuatu? 511 00:41:13,891 --> 00:41:15,726 Tak boleh, ia elektronik. Ia sangat rumit. 512 00:41:15,726 --> 00:41:18,228 Tak mungkin kita boleh melepasinya. 513 00:41:18,228 --> 00:41:19,771 Mungkin ada cara lain, tapi... 514 00:41:19,771 --> 00:41:21,857 Tak, ia terlalu kecil. 515 00:41:21,857 --> 00:41:23,025 Apa yang terlalu kecil? 516 00:41:23,025 --> 00:41:24,193 Bolong masuk. 517 00:41:24,193 --> 00:41:27,654 Luasnya 12 inci. Kita takkan muat. 518 00:41:46,048 --> 00:41:47,883 Dengar. Hei. 519 00:41:50,385 --> 00:41:52,346 Tak mengapa jika kamu tak nak buat. 520 00:41:53,472 --> 00:41:55,641 Tak mengapa. Saya nak buat. 521 00:41:56,183 --> 00:41:57,184 Kamu pasti? 522 00:41:58,727 --> 00:41:59,728 Kamu memang pasti? 523 00:42:04,399 --> 00:42:05,400 Okey. 524 00:42:25,587 --> 00:42:26,964 Dia takkan apa-apa. 525 00:42:34,304 --> 00:42:35,848 Kamu nampak plat itu, Alex? 526 00:42:36,515 --> 00:42:38,642 Agak gelap. 527 00:42:43,522 --> 00:42:44,731 Ini dungu. 528 00:42:48,443 --> 00:42:50,112 Saya dah masuk! 529 00:42:50,112 --> 00:42:52,906 Okey, kawan. 530 00:42:52,906 --> 00:42:56,451 Lihat sekeliling dan periksa jika kamu boleh nampak kotak itu. 531 00:42:57,077 --> 00:42:58,704 Okey, 532 00:43:00,247 --> 00:43:02,040 Kenapa? 533 00:43:02,040 --> 00:43:05,794 Ada rak dan kotak itu di bahagian atas. 534 00:43:06,503 --> 00:43:08,172 Okey. Kamu boleh capai? 535 00:43:08,172 --> 00:43:09,590 Tak boleh. 536 00:43:12,593 --> 00:43:13,594 Tak guna! 537 00:43:14,386 --> 00:43:16,805 Baiklah. Keluarlah semula. 538 00:43:16,805 --> 00:43:18,807 Kita akan cari cara lain untuk masuk. 539 00:43:18,807 --> 00:43:21,351 Rasanya saya boleh capai jika saya panjat sedikit. 540 00:43:23,395 --> 00:43:25,606 Okey, tapi, hati-hati, Alex. 541 00:43:25,606 --> 00:43:26,899 Ia mungkin sukar... 542 00:43:28,358 --> 00:43:29,359 Alex? 543 00:43:30,652 --> 00:43:32,196 Alex, kamu okey? 544 00:43:46,168 --> 00:43:47,753 Hebat. 545 00:43:47,753 --> 00:43:49,171 Lihatlah itu. 546 00:43:52,549 --> 00:43:54,927 - Itu pun dia. - Hei, si kecil. 547 00:43:56,553 --> 00:43:57,763 Lihatlah kamu. 548 00:43:57,763 --> 00:43:58,847 Hei... 549 00:43:59,473 --> 00:44:01,892 Kamu budak yang berani. Kamu tahu? 550 00:44:01,892 --> 00:44:03,477 Kamu budak yang berani. 551 00:44:04,478 --> 00:44:08,607 Pencapaian awak sangat hebat, si kecil. 552 00:44:08,607 --> 00:44:10,400 Betul. 553 00:44:10,400 --> 00:44:12,152 Ya, memang betul. 554 00:44:20,661 --> 00:44:22,871 (10 MALAM) 555 00:45:40,991 --> 00:45:43,702 RESTORAN FRANK 556 00:45:55,297 --> 00:45:57,299 Restoran dah nak tutup. Awak perlu beredar. 557 00:45:58,967 --> 00:46:01,053 Okey, terima kasih. 558 00:46:02,596 --> 00:46:04,431 Bersimpati tentang kawan awak. 559 00:46:05,557 --> 00:46:08,977 Jika awak ada di sini esok, singgahlah untuk istimewa pelanggan awal. 560 00:46:09,895 --> 00:46:11,188 Okey. 561 00:47:17,212 --> 00:47:18,380 Sergei. 562 00:47:25,220 --> 00:47:26,263 Margo. 563 00:47:37,191 --> 00:47:38,192 Saya... 564 00:47:39,401 --> 00:47:41,278 Saya gembira awak datang. 565 00:47:41,278 --> 00:47:43,405 - Saya, - Tak boleh buat begini, Sergei. 566 00:47:44,323 --> 00:47:47,117 Awak ada kehidupan di sini sekarang dan saya ada kehidupan di sana. 567 00:47:47,117 --> 00:47:48,410 Tak. 568 00:47:48,410 --> 00:47:49,912 Awak tak faham. 569 00:47:49,912 --> 00:47:52,456 Ia sukar untuk sementara, tapi akhirnya saya mula... 570 00:47:52,456 --> 00:47:54,791 Awak tak selamat, Margo. 571 00:47:58,128 --> 00:48:03,258 Wanita yang awak kenal sebagai Irina Morozova, ketua Roscosmos, 572 00:48:04,593 --> 00:48:06,428 dia ketua saya di Jawatankuasa Keselamatan Negeri. 573 00:48:07,304 --> 00:48:08,764 Sejak awal lagi. 574 00:48:08,764 --> 00:48:12,851 Selama bertahun-tahun lalu, dia yang hantar saya ke Amerika Syarikat, 575 00:48:13,685 --> 00:48:16,396 orang yang musnahkan hidup kita. 576 00:48:24,238 --> 00:48:26,156 Awak tak boleh pulang ke sana, Margo. 577 00:48:34,331 --> 00:48:35,624 Ranger, Lembah Kegembiraan. 578 00:48:35,624 --> 00:48:37,459 Kita tunjukkan pembakaran pelepasan yang bagus. 579 00:48:37,459 --> 00:48:39,127 Tiada sisa penting. 580 00:48:39,127 --> 00:48:41,880 Terima. Pra-penilaian disahkan ditutup. 581 00:48:42,673 --> 00:48:44,675 Pembakaran pelepasan lengkap. 582 00:48:44,675 --> 00:48:50,264 Trajektori untuk pemintasan 2003LC berada pada sasaran, semua. 583 00:48:50,264 --> 00:48:53,141 Sinclair, periksa semula sudut hubungan permukaan. 584 00:48:53,141 --> 00:48:55,686 Pastikan kita tak perlu tingkatkan ketegangan kabel. 585 00:48:56,854 --> 00:49:00,065 Terima. Sepatutnya tiada masalah, tapi saya akan periksa lagi. 586 00:49:02,651 --> 00:49:05,237 Menerima kamu berlima dengan Frekuensi Sangat Tinggi. 587 00:49:06,822 --> 00:49:10,576 Sebenarnya, beritahu saya apabila awak dah dapat kemas kini semula segera. 588 00:49:13,537 --> 00:49:16,331 Doppler menunjukkan kadar penutupan 12 meter per saat. 589 00:49:17,416 --> 00:49:20,002 Dapat? Pembimbing dan terima. 590 00:49:24,423 --> 00:49:26,508 Ya. Kawalan ditukar kepada automatik. 591 00:49:26,508 --> 00:49:27,926 Terima, Lembah Kegembiraan. 592 00:49:27,926 --> 00:49:30,345 Sila sahkan jalur-S, komunikasi. 593 00:49:33,390 --> 00:49:36,894 Mengesahkan RTS... 594 00:49:41,190 --> 00:49:44,109 RTS jalur-S pada 1.53. 595 00:49:44,109 --> 00:49:47,905 KOSONGKAN KAWASAN TINDANAN KOMUNIKASI 596 00:50:14,890 --> 00:50:16,058 Tak guna! 597 00:51:42,144 --> 00:51:44,146 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid