1 00:00:06,041 --> 00:00:08,041 {\an8}SEBELUM INI 2 00:00:08,916 --> 00:00:10,500 Gunung sebenarnya sama macam manusia. 3 00:00:10,500 --> 00:00:14,000 Dengan nyanyian yang tepat, setiap satu akan membalas dengan nyanyian, 4 00:00:14,000 --> 00:00:16,250 mendedahkan tempat untuk melombong, bina terowong 5 00:00:16,250 --> 00:00:18,375 dan tempat yang tak patut disentuh. 6 00:00:21,000 --> 00:00:21,958 Ayah... 7 00:00:21,958 --> 00:00:23,833 Ia lebih daripada yang kita bayangkan. 8 00:00:23,833 --> 00:00:26,166 - Raja Durin, ada... - Cukup! 9 00:00:26,166 --> 00:00:27,416 Tahan Elf ini. 10 00:00:28,375 --> 00:00:30,916 Elrond rapat dengan saya 11 00:00:30,916 --> 00:00:34,250 seolah-olah berkongsi rahim ibu yang sama. 12 00:00:34,250 --> 00:00:36,041 Berani betul! 13 00:00:36,041 --> 00:00:38,166 Kamu libatkan ibu kamu 14 00:00:38,166 --> 00:00:41,333 untuk mempertahankan keputusan yang mengkhianati kaum sendiri? 15 00:00:41,333 --> 00:00:43,625 Tidak! Ayah yang khianati kaum kita! 16 00:00:43,625 --> 00:00:46,041 Ayah cemari mahkota di kepala ayah! 17 00:00:49,875 --> 00:00:51,250 Jangan ambil. 18 00:00:51,250 --> 00:00:52,750 Ia bukan lagi milik kamu. 19 00:00:55,125 --> 00:00:57,458 Kamu datang dari dalam kegelapan. 20 00:00:57,458 --> 00:01:00,083 Kepada kegelapanlah nyah kamu pulang! 21 00:01:04,833 --> 00:01:07,625 Malam tadi, awak dapat lagi mimpi itu, bukan? 22 00:01:07,625 --> 00:01:10,000 Dalam mimpi itu, ada benda menyerupai dahan. 23 00:01:10,000 --> 00:01:11,375 Di bawah bintang-bintang. 24 00:01:14,125 --> 00:01:15,500 Nampaknya kita diekori. 25 00:01:17,625 --> 00:01:19,583 Saya menemuinya dalam buku Sadoc. 26 00:01:19,583 --> 00:01:21,541 Saya rasa ia boleh tunjuk arah. 27 00:01:21,541 --> 00:01:23,583 Selamat datang ke Rhûn. 28 00:01:23,583 --> 00:01:25,500 Kenapa awak memandangnya macam itu? 29 00:01:25,500 --> 00:01:27,041 Macam awak pernah melihatnya. 30 00:01:27,041 --> 00:01:28,416 Hanya dalam mimpi. 31 00:01:34,458 --> 00:01:35,625 Siapakah nama awak? 32 00:01:35,625 --> 00:01:37,208 Saya ada banyak nama. 33 00:01:38,291 --> 00:01:39,541 Di mana Halbrand? 34 00:01:39,541 --> 00:01:42,500 Dia dah pergi, dan mungkin takkan kembali. 35 00:01:42,500 --> 00:01:45,583 Tapi jika dia kembali, jangan pedulikan dia. 36 00:01:45,583 --> 00:01:49,833 Elrond maklumkan beta yang rakan kamu itu, tak seperti yang dia dakwa. 37 00:01:49,833 --> 00:01:51,083 Dia bukan yang saya sangka. 38 00:01:51,083 --> 00:01:52,666 Dia Sauron. 39 00:01:52,666 --> 00:01:55,916 Ia sepatutnya diserahkan kepada Lord Celebrimbor. 40 00:01:56,500 --> 00:02:00,291 Dia perlu tahu bahawa Halbrand ialah Sauron. 41 00:02:00,291 --> 00:02:03,333 Maaf, tuan, tapi ada utusan datang. 42 00:02:03,833 --> 00:02:05,416 Tuan mahu benarkan dia masuk? 43 00:03:20,291 --> 00:03:24,583 Gulai ekor tikus... 44 00:03:24,583 --> 00:03:26,041 Nanti dulu. 45 00:03:26,041 --> 00:03:27,750 - Ia mahal sangat. - Apa? 46 00:03:28,625 --> 00:03:30,333 Kita bukannya miskin. 47 00:03:30,333 --> 00:03:33,291 Awak yang kata kita patut berjimat cermat. 48 00:03:33,291 --> 00:03:36,375 Atau mungkinkah awak terkecuali? 49 00:03:42,416 --> 00:03:44,041 Suami awak putera raja. 50 00:03:45,583 --> 00:03:47,583 Tapi sekarang awak tersisih. 51 00:03:51,625 --> 00:03:54,625 Hati saya milik Dwarf kesayangan saya. 52 00:03:56,791 --> 00:04:01,791 Lombong baiduri pun saya sanggup lepaskan jika saya tak dapat memiliki hatinya. 53 00:04:08,708 --> 00:04:10,458 Tapi bagus juga kalau kita ada baiduri. 54 00:04:10,458 --> 00:04:12,375 Betul, saya setuju. 55 00:04:14,083 --> 00:04:16,083 Awak dah cuba cakap dengan ayah awak... 56 00:04:16,083 --> 00:04:19,500 Disa, awak pun tahu dia tak mahu jumpa saya. 57 00:04:19,500 --> 00:04:20,875 Bukan itu maksud saya. 58 00:04:21,000 --> 00:04:23,666 Kenapa saya yang perlu ajak dia berjumpa? 59 00:04:23,666 --> 00:04:25,125 Dia yang tak mengaku saya anak! 60 00:04:25,625 --> 00:04:28,125 Kerasnya kepala dia macam batu. 61 00:04:28,125 --> 00:04:30,458 Bata pun lagi mudah dipecahkan. 62 00:04:31,291 --> 00:04:32,458 Lagi mudah kalau... 63 00:04:32,458 --> 00:04:33,541 Disa? 64 00:04:34,833 --> 00:04:35,833 Jaga-jaga. 65 00:04:38,666 --> 00:04:40,791 Jaga-jaga! 66 00:04:40,791 --> 00:04:42,000 Disa! 67 00:05:25,541 --> 00:05:26,750 Durin. 68 00:05:28,708 --> 00:05:29,708 Tidak. 69 00:05:31,541 --> 00:05:32,666 Tidak. 70 00:07:15,500 --> 00:07:19,125 Bumi ini akan mengurniai abang 71 00:07:19,125 --> 00:07:22,750 bunga yang mekar sekali lagi. 72 00:07:29,041 --> 00:07:30,500 Abang. 73 00:07:44,291 --> 00:07:45,541 Lord Celebrimbor. 74 00:07:47,416 --> 00:07:49,333 Kenapa tak khabarkan ketibaan tuan? 75 00:07:52,125 --> 00:07:53,333 Tuan bawa berita? 76 00:07:53,333 --> 00:07:55,625 Saya terima tetamu yang tak disangka. 77 00:07:58,666 --> 00:08:00,666 Dia dah kembali? 78 00:08:04,291 --> 00:08:07,083 Galadriel? 79 00:08:22,500 --> 00:08:25,083 Bukankah ini benih yang kamu semai? 80 00:08:28,291 --> 00:08:33,125 Tiga cincin untuk raja Elf di bawah langit. 81 00:08:33,916 --> 00:08:38,375 Tujuh untuk pembesar Bangsa Dwarf di kerajaan batu. 82 00:08:38,375 --> 00:08:43,541 Sembilan untuk Manusia yang akan mati. 83 00:08:56,958 --> 00:08:58,583 Seranglah Mordor dari arah utara. 84 00:08:58,583 --> 00:09:02,000 Kita masuk dari sini, di antara Ered Lithui dan Ephel Arnen. 85 00:09:02,583 --> 00:09:05,416 Kita patut serang Adar dari arah timur. 86 00:09:06,666 --> 00:09:08,833 Di manakah Sauron? 87 00:09:08,833 --> 00:09:13,083 Menurut pengintip, Sauron dilihat menuju ke Mordor. 88 00:09:13,916 --> 00:09:17,500 Kami percaya dia mahu tumpaskan Adar dan ambil alih tenteranya. 89 00:09:17,500 --> 00:09:19,375 Kalau kita cepat bertindak, 90 00:09:19,375 --> 00:09:22,541 kita mungkin dapat tumpaskan kedua-duanya serentak. 91 00:09:22,541 --> 00:09:24,958 Tapi apa kata Komander Tentera Utara? 92 00:09:25,916 --> 00:09:27,125 Galadriel? 93 00:09:31,416 --> 00:09:33,791 Kita patut hantar kapal ke Anduin, 94 00:09:34,625 --> 00:09:37,500 dan serang Mordor dari barat. 95 00:09:42,416 --> 00:09:43,958 Buat persiapan sekarang. 96 00:09:52,250 --> 00:09:54,375 Sesiapa pun boleh nampak 97 00:09:54,375 --> 00:09:57,458 yang fikiran kamu dah melayang jauh. 98 00:09:57,458 --> 00:09:59,500 Apa yang kamu fikirkan? 99 00:10:01,375 --> 00:10:03,625 Sauron mungkin dah ke Mordor 100 00:10:05,625 --> 00:10:07,791 tapi dia mungkin takkan kekal di sana. 101 00:10:09,875 --> 00:10:11,458 Kenapa kamu kata begitu? 102 00:10:12,041 --> 00:10:13,166 Sauron... 103 00:10:15,000 --> 00:10:17,791 tak anggap dirinya raja tanah gersang, 104 00:10:18,958 --> 00:10:20,750 tapi raja segenap Buana Tengah. 105 00:10:23,416 --> 00:10:26,000 Dia mahu memerintah bukan hanya dengan menakluknya, 106 00:10:26,500 --> 00:10:31,000 tapi dengan memutarbelitkan fikiran orang agar patuh kepadanya. 107 00:10:31,583 --> 00:10:33,333 Jadi, bukan tentera yang dia perlukan, 108 00:10:35,333 --> 00:10:36,583 tapi Cincin. 109 00:10:37,333 --> 00:10:40,583 Tapi untuk mendapatkannya, dia perlukan bantuan Celebrimbor. 110 00:10:40,583 --> 00:10:45,666 Sauron berseorangan, tanpa tentera atau sekutu. 111 00:10:46,208 --> 00:10:49,916 Eregion dilindungi dua sungai 112 00:10:49,916 --> 00:10:55,250 dan tembok batu Dwarf setebal sepuluh kaki yang panjangnya berbatu-batu perjalanan. 113 00:10:56,916 --> 00:11:01,625 Jangan khuatir. Celebrimbor dan rahsia kemahirannya 114 00:11:02,416 --> 00:11:03,416 selamat. 115 00:11:22,208 --> 00:11:27,708 Percayalah, ada kejahatan tersembunyi yang cuba memperdaya Celebrimbor. 116 00:11:28,708 --> 00:11:32,250 Sauron dah pun mulakan rancangannya. 117 00:11:32,833 --> 00:11:33,958 Patik pasti. 118 00:11:35,666 --> 00:11:36,875 Kenapa? 119 00:11:39,916 --> 00:11:42,500 Sejak patik pakai Cincin ini, patik rasa... 120 00:11:44,166 --> 00:11:45,375 patik nampak... 121 00:11:46,541 --> 00:11:48,750 bayangan alam ghaib... 122 00:11:50,916 --> 00:11:54,541 yang mengganggu fikiran patik sepanjang masa tanpa dapat disekat. 123 00:11:56,041 --> 00:11:58,458 Kamu percaya Cincin itu mengembalikan keupayaan kamu 124 00:11:58,458 --> 00:12:01,416 untuk melihat masa depan? 125 00:12:04,291 --> 00:12:05,875 Tuanku pula bagaimana? 126 00:12:10,375 --> 00:12:12,541 Beta nampak gunung-ganang runtuh. 127 00:12:13,583 --> 00:12:18,375 Air makin mengering dan awan gelap berkepul-kepul di menara putih. 128 00:12:18,375 --> 00:12:21,291 - Kalau begitu, hantarlah patik ke Eregion. - Galadriel... 129 00:12:21,291 --> 00:12:24,625 - Jika Sauron di sana, patik... - Jangan bersemuka dengannya sekali lagi. 130 00:12:26,875 --> 00:12:31,125 Khabarnya kalau Penyemu itu berjaya memperoleh kepercayaan mangsanya, 131 00:12:31,125 --> 00:12:34,500 dia berupaya membentuk pemikiran mangsa itu. 132 00:12:35,083 --> 00:12:39,208 Lalu memperdaya bukan saja hati dan fikiran, bahkan mata dan telinga. 133 00:12:39,208 --> 00:12:41,708 Untuk mengubah dunia mereka. 134 00:12:43,041 --> 00:12:45,250 Kamu pernah menjadi mangsanya. 135 00:12:48,250 --> 00:12:49,208 Betul. 136 00:12:50,791 --> 00:12:52,208 Dia baca fikiran patik. 137 00:12:53,875 --> 00:12:55,333 Tapi patik juga baca fikirannya. 138 00:12:56,416 --> 00:12:58,541 Sebab itulah patik harus bersemuka dengannya. 139 00:12:59,416 --> 00:13:01,708 Kerana patik saja yang mampu membunuhnya. 140 00:13:01,708 --> 00:13:04,208 Kamu pernah anggap dia sebagai kawan. 141 00:13:04,208 --> 00:13:06,458 - Halbrand bukan... - Sauron. 142 00:13:07,875 --> 00:13:09,750 Kamu tak boleh buat berseorangan. 143 00:13:12,125 --> 00:13:14,958 Bagaimana jika patik berteman? 144 00:13:21,458 --> 00:13:25,291 EREGION WILAYAH ELF JAUHARI 145 00:13:38,750 --> 00:13:43,166 Lord Celebrimbor tak benarkan tuan masuk. 146 00:13:44,000 --> 00:13:46,708 Boleh saya bercakap terus dengannya? 147 00:13:46,708 --> 00:13:48,083 Dia sibuk. 148 00:13:48,083 --> 00:13:50,583 Tapi dia ucap selamat jalan kepada tuan. 149 00:13:51,166 --> 00:13:52,833 Awak mahu saya pergi? 150 00:13:55,125 --> 00:13:57,750 Pembesar Eregion yang mahu tuan pergi. 151 00:14:00,166 --> 00:14:02,375 Rasanya saya nak tunggu di sini. 152 00:14:06,625 --> 00:14:08,375 Manalah tahu kalau dia tukar fikiran. 153 00:14:23,791 --> 00:14:24,625 Dia dah pergi? 154 00:14:24,625 --> 00:14:27,208 Tidak. Dia enggan pergi, tuan. 155 00:14:30,625 --> 00:14:32,291 Suka hati dialah. 156 00:14:32,291 --> 00:14:36,458 Saya dah janji dengan Galadriel untuk tak berurusan dengannya lagi. 157 00:14:40,708 --> 00:14:42,125 Ada apa lagi? 158 00:14:42,125 --> 00:14:44,375 Saya rasa dia cedera, tuan. 159 00:14:45,708 --> 00:14:46,916 Biarkan saja. 160 00:14:48,583 --> 00:14:49,583 Nanti dia beredarlah. 161 00:14:50,541 --> 00:14:53,541 Utusan akan bawa berita dari Lindon bila-bila masa. 162 00:16:13,541 --> 00:16:18,500 CARAS GAER RHÛN BARAT 163 00:18:23,250 --> 00:18:25,708 Khabar apa yang rerama putih bawa? 164 00:18:26,291 --> 00:18:28,291 Pengaruh Sauron makin meluas. 165 00:18:29,041 --> 00:18:33,541 Orang kata dia menyamar untuk memperdaya musuhnya. 166 00:18:33,541 --> 00:18:34,583 Apa pula khabar Istar? 167 00:18:35,583 --> 00:18:41,375 Pencari garam dan pencuri mûmakil ada bercerita. 168 00:18:42,375 --> 00:18:48,375 Cerita tentang lelaki tua selekeh yang mengembara dengan dua hafling. 169 00:18:48,375 --> 00:18:50,375 Dia sesat, dan lemah. 170 00:18:50,375 --> 00:18:52,666 Tapi itu cuma sekarang. 171 00:18:52,666 --> 00:18:55,916 Kita perlu buru dia sebelum dia tahu guna kuasanya. 172 00:18:56,833 --> 00:19:00,666 Mungkin orang-orang yang aku korbankan untuk bawa kau ke sini 173 00:19:00,666 --> 00:19:05,416 sepatutnya dikorbankan untuk pacal yang lebih berguna. 174 00:19:11,375 --> 00:19:12,916 Tuan. 175 00:19:12,916 --> 00:19:15,750 Pengesan jejak kita sudah kembali. 176 00:19:19,208 --> 00:19:20,541 Kau dah jumpa dia? 177 00:19:20,541 --> 00:19:23,833 Aku bukan saja jumpa, aku tahu cara untuk menangkapnya. 178 00:19:23,833 --> 00:19:29,541 Sembuhkan kami kalau tuan mahu aku serahkan Istar. 179 00:19:30,125 --> 00:19:35,166 Kenapa kau fikir manusia fana macam kau 180 00:19:35,166 --> 00:19:37,458 boleh menewaskan Istar 181 00:19:37,458 --> 00:19:41,833 sedangkan pengikut aku yang paling berkuasa pun tak mampu? 182 00:19:42,583 --> 00:19:47,666 Dia akan tunduk kepada aku, kerana jika dia enggan, 183 00:19:47,666 --> 00:19:51,666 aku akan sembelih rakan-rakan haflingnya. 184 00:19:55,291 --> 00:19:58,041 Bagaimana dengan Doderick? 185 00:20:00,458 --> 00:20:01,750 Doderick? 186 00:20:01,750 --> 00:20:04,458 Baiklah, nama lain pula. Andwise pula? 187 00:20:05,083 --> 00:20:08,791 Nama itu bagus, tapi ia tak sesuai dengan saya. 188 00:20:10,166 --> 00:20:11,208 Saya tahu. 189 00:20:12,125 --> 00:20:13,000 Fredagard. 190 00:20:15,750 --> 00:20:16,833 Cubalah faham. 191 00:20:17,958 --> 00:20:20,166 Nama tak boleh diberi sesuka hati. 192 00:20:21,500 --> 00:20:22,833 Ia hak kita. 193 00:20:24,333 --> 00:20:25,875 Ia sebati dengan diri kita. 194 00:20:27,916 --> 00:20:33,125 Apabila ia disebut, hati kita rasa bahagia. 195 00:20:34,291 --> 00:20:36,000 Awak akan mendengarnya suatu hari nanti. 196 00:20:38,333 --> 00:20:39,375 Saya pasti. 197 00:20:40,875 --> 00:20:42,291 Kita akan tahu diri sebenar awak. 198 00:20:44,916 --> 00:20:46,000 Betul tekaan saya! 199 00:20:46,000 --> 00:20:47,625 Buku ini kata, arah timur laut 200 00:20:47,625 --> 00:20:50,125 akan memendekkan jarak perjalanan sampai separuh. 201 00:20:51,083 --> 00:20:52,708 Di sana. Ayuh! 202 00:21:08,791 --> 00:21:10,708 Kalau boleh, saya nak elak laluan itu 203 00:21:10,708 --> 00:21:12,833 kerana kita akan kehabisan air pada hari pertama 204 00:21:12,833 --> 00:21:15,125 dan mati akibat cuaca panas pada hari kedua. 205 00:21:16,583 --> 00:21:18,666 Tapi mungkin saya saja yang begitu? 206 00:21:23,041 --> 00:21:24,708 Bagaimana dengan Doderick? 207 00:21:26,166 --> 00:21:27,791 Awak dah sarankan nama itu. 208 00:21:30,208 --> 00:21:31,375 Mana ada. 209 00:21:31,375 --> 00:21:33,166 - Ada. - Ada tadi. 210 00:21:37,458 --> 00:21:39,375 Apa yang kamu dapat kali ini? 211 00:21:40,291 --> 00:21:43,208 Saya cuma dapat kala jengking dan serumpun kaktus. 212 00:21:43,833 --> 00:21:47,208 Kala jengking itu sengat saya, saya terjatuh dan... 213 00:21:47,208 --> 00:21:50,000 - Saya terduduk atas kaktus itu. - Awak jumpa kaktus itu. 214 00:21:51,375 --> 00:21:56,000 Tak bolehkah awak guna kuasa untuk menjelmakan air? 215 00:21:58,500 --> 00:22:02,041 Dia takut hilang kawalan sekali lagi kalau dia buat tanpa gand. 216 00:22:02,583 --> 00:22:05,000 Baiklah, jom kita cari gand. Ada banyak ranting di sini. 217 00:22:05,541 --> 00:22:07,041 Ia bukan ranting sembarangan. 218 00:22:07,541 --> 00:22:08,750 Diam. 219 00:22:10,875 --> 00:22:11,875 Kenapa? 220 00:22:14,083 --> 00:22:16,916 Bisikan bayu. Kalian dengar tak? 221 00:22:18,541 --> 00:22:20,333 - Bunyinya seakan-akan... - Telapuk. 222 00:23:32,083 --> 00:23:34,958 Mereka belum pergi jauh. Naik kuda! 223 00:23:45,541 --> 00:23:47,000 Mereka siapa? 224 00:23:48,791 --> 00:23:49,916 Saya tak tahu. 225 00:23:51,083 --> 00:23:52,541 Mereka ikut jejak kita. 226 00:23:53,416 --> 00:23:55,583 Jadi, kita patut cari laluan lain. 227 00:23:59,000 --> 00:24:00,333 Kita dah jumpa. 228 00:24:08,375 --> 00:24:09,583 Jangan melencong! 229 00:24:10,541 --> 00:24:13,041 - Jangan jalan bersendirian! - Jangan jalan bersendirian! 230 00:24:33,250 --> 00:24:35,833 Semua pokok di taman layu sejak gempa bumi itu. 231 00:24:35,833 --> 00:24:37,666 Bukan saja di taman. 232 00:24:37,666 --> 00:24:42,041 Desas-desus mengatakan yang ia petanda buruk bagi dunia Dwarf. 233 00:24:43,166 --> 00:24:47,125 Ada orang kata dunia kita dilaknat apabila putera kita alu-alukan Elf itu. 234 00:24:47,125 --> 00:24:49,875 Jangan-jangan kamu cuma reka cerita. 235 00:24:49,875 --> 00:24:51,416 - Taklah. - Mana ada. 236 00:24:51,416 --> 00:24:54,083 Bagus. Kerana khabar angin umpama burung tiung. 237 00:24:54,083 --> 00:24:58,250 Nyanyiannya indah dari jauh, tak mengenyangkan jika dilihat dari dekat. 238 00:24:58,958 --> 00:25:00,291 Jadi, khabar itu palsu? 239 00:25:00,958 --> 00:25:03,083 Tiada bencana yang akan menimpa? 240 00:25:04,500 --> 00:25:07,041 Itulah yang kita akan buktikan. 241 00:25:18,833 --> 00:25:20,458 - Raja Durin. - Raja Durin. 242 00:25:20,458 --> 00:25:21,833 Disa. 243 00:25:23,375 --> 00:25:24,916 Narvi, berikan laporan. 244 00:25:26,333 --> 00:25:27,333 Tuanku. 245 00:25:28,875 --> 00:25:31,958 Baru-baru ini, sebuah gunung berapi meletus. 246 00:25:32,625 --> 00:25:36,833 Walaupun ia terletak jauh di selatan, 247 00:25:36,833 --> 00:25:39,625 kesan gegarannya 248 00:25:39,625 --> 00:25:44,208 tersebar menerusi teras bumi sampai ke sini, 249 00:25:44,208 --> 00:25:46,208 hingga meruntuhkan lubang cahaya kita 250 00:25:47,125 --> 00:25:50,666 dan akibatnya, kita tak dapat lagi bertani. 251 00:25:54,208 --> 00:25:56,958 Jadi, penyelesaian terbaik 252 00:25:56,958 --> 00:25:59,708 adalah dengan memulakan kerja pembaikan lubang cahaya 253 00:25:59,708 --> 00:26:02,250 dan membina lubang baru, tapi... 254 00:26:02,250 --> 00:26:07,208 Semua penggema batu gagal mencari laluan selamat untuk digali. 255 00:26:07,208 --> 00:26:09,041 Ya, benar katanya. 256 00:26:11,791 --> 00:26:15,291 Tapi dengan perkenan tuanku, kami akan cari cahaya. 257 00:26:15,291 --> 00:26:16,625 Beta perkenankan. 258 00:27:23,375 --> 00:27:25,166 Selama sembilan abad, 259 00:27:27,000 --> 00:27:32,375 penggema batu kita mengukuhkan hubungan suci kita dengan batu-batuan ini. 260 00:27:34,041 --> 00:27:38,791 Selama itu, tak pernah sekalipun 261 00:27:38,791 --> 00:27:44,875 ia gagal melengkapkan keperluan kita. 262 00:27:48,541 --> 00:27:52,916 Tapi kini, entah kenapa, 263 00:27:55,708 --> 00:27:57,500 hubungan itu terputus. 264 00:27:57,500 --> 00:28:01,583 Khazad-dûm sudah jatuh dalam cengkaman kejahatan. 265 00:28:01,583 --> 00:28:03,541 Galilah dengan berhati-hati. 266 00:28:18,875 --> 00:28:20,208 Disa. 267 00:28:22,125 --> 00:28:23,291 Tunggu dulu. 268 00:28:32,875 --> 00:28:34,791 Kamu betul-betul mahu ayah tanya? 269 00:28:36,208 --> 00:28:39,041 Tentang cucu ayah? Mereka sihat. 270 00:28:39,041 --> 00:28:41,125 Memanglah mereka rindukan ayah, tapi... 271 00:28:41,125 --> 00:28:44,416 Janganlah mengeruhkan keadaan. 272 00:28:45,458 --> 00:28:48,125 Kebetulan pula saya juga sering kata begitu kepadanya. 273 00:28:49,958 --> 00:28:53,000 Durin tentu tahu ayah cuma marah hingga terlepas kata! 274 00:28:53,000 --> 00:28:56,166 Jika itu cara ayah minta maaf, sampaikanlah sendiri kepada suami saya. 275 00:28:56,166 --> 00:28:58,458 Kenapa ayah yang perlu minta maaf? 276 00:28:59,666 --> 00:29:01,500 Dia yang buat salah! 277 00:29:02,958 --> 00:29:04,125 Dia memang... 278 00:29:04,125 --> 00:29:07,125 Degil macam keldai? 279 00:29:08,458 --> 00:29:11,041 Itu satu lagi persamaan ayah dengannya. 280 00:29:12,250 --> 00:29:14,541 Kamu mungkin anggap ia "kedegilan," 281 00:29:15,625 --> 00:29:18,291 tapi sesetengah Dwarf anggap ia "kekuatan." 282 00:29:19,375 --> 00:29:24,875 Agaknya kita memang kena kuat untuk menahan rasa sakit hati. 283 00:29:26,375 --> 00:29:30,833 Untuk membalut luka di hati dengan ketat hingga sukar jantung berdegup. 284 00:29:33,041 --> 00:29:34,291 Ya, benar. 285 00:29:38,000 --> 00:29:39,416 Benar cakap kamu. 286 00:29:45,166 --> 00:29:47,875 Patutlah gunung-ganang sunyi sepi. 287 00:29:47,875 --> 00:29:50,875 Raja kita sendiri tuli terhadap kesedihan anaknya sendiri. 288 00:29:50,875 --> 00:29:52,375 Lancangnya mulut kamu, Disa! 289 00:29:52,375 --> 00:29:55,291 Ayah nak tunjuk kekuatan sebenar? 290 00:29:56,166 --> 00:29:58,041 Suruh anak ayah datang. 291 00:30:00,208 --> 00:30:01,541 Dia pasti setuju. 292 00:30:03,166 --> 00:30:07,458 Kalau ayah mahu tunggu dia datang sendiri, sampai bila-bila pun 293 00:30:07,458 --> 00:30:09,375 ayah dan dia takkan berdamai. 294 00:30:16,083 --> 00:30:17,416 Tiada cahaya matahari. 295 00:30:19,333 --> 00:30:20,625 Satu lagi jalan buntu. 296 00:30:21,416 --> 00:30:25,875 Nampaknya terpaksalah kita kerja sepanjang malam. Buat sajalah. 297 00:30:27,416 --> 00:30:31,583 Kaki melecet, ya? Jangan segan, patik pun ada. 298 00:30:32,375 --> 00:30:35,416 - Yakah? - Ya, semasa patik lima tahun! 299 00:30:37,000 --> 00:30:38,541 Tangan anak raja. 300 00:30:38,541 --> 00:30:40,708 Selama ini dia gilap permata saja. 301 00:30:42,500 --> 00:30:45,291 Jangan sedih, tuanku, 13 jam saja lagi. 302 00:30:45,291 --> 00:30:48,541 Sebab dialah kita dalam kesusahan sekarang. 303 00:30:48,541 --> 00:30:49,750 Juga sebab ayahnya. 304 00:30:54,208 --> 00:30:57,958 Kalau awak sentuh saya lagi, saya akan gigit sampai putus. 305 00:31:20,916 --> 00:31:22,083 Bagaimana lombong itu? 306 00:31:26,458 --> 00:31:27,458 Lebih kurang saja. 307 00:31:30,625 --> 00:31:32,041 Mana anak-anak kita? 308 00:31:32,041 --> 00:31:34,333 Mereka kata mereka tak lapar, sekali lagi. 309 00:31:34,791 --> 00:31:36,041 Saya faham. 310 00:31:36,833 --> 00:31:39,125 Roti kita rasa macam roti tahun lepas. 311 00:31:39,125 --> 00:31:40,791 Ia memang roti tahun lepas. 312 00:31:42,416 --> 00:31:45,083 Kenapa tak tukar dengan bijian segar di kerajaan atas tanah? 313 00:31:45,791 --> 00:31:47,416 Bijaknya idea itu! 314 00:31:47,416 --> 00:31:51,125 Adakah orang di Dimrill Dale yang boleh pujuk ayah awak supaya buat begitu? 315 00:31:51,125 --> 00:31:53,708 - Tolonglah jangan. - Biar saya fikir sekejap... 316 00:31:53,708 --> 00:31:54,916 Saya dah kata jangan. 317 00:31:54,916 --> 00:31:57,583 Tundukkan ego dan pergi minta maaf! 318 00:31:57,583 --> 00:32:00,541 - Tak senang hati saya dibuatnya. - Bagus! Dengar kata hati awak! 319 00:32:00,541 --> 00:32:01,875 Saya memang dengar. 320 00:32:02,583 --> 00:32:05,125 Ia masih kata saya betul. 321 00:32:05,125 --> 00:32:08,541 Kalau dia tak usir Elrond dari sini, 322 00:32:08,541 --> 00:32:10,708 bekalan makanan kita pasti melimpah-ruah! 323 00:32:10,708 --> 00:32:12,875 Awak fikir makanankah puncanya? 324 00:32:15,958 --> 00:32:18,791 Gunung-ganang dah tak bersuara. 325 00:32:25,000 --> 00:32:26,750 Saya takut, Durin. 326 00:32:29,541 --> 00:32:30,833 Saya takut. 327 00:32:31,750 --> 00:32:34,916 Disa, mari sini. 328 00:32:42,000 --> 00:32:43,416 Kita bangsa Dwarf. 329 00:32:44,541 --> 00:32:45,958 Kita akan cari penyelesaiannya. 330 00:32:48,458 --> 00:32:50,083 Itu memang sifat kita. 331 00:32:51,375 --> 00:32:52,541 Tapi bagaimana? 332 00:33:17,166 --> 00:33:21,333 Semua surat yang kita hantar kepada Celebrimbor tak berjawab. 333 00:33:21,333 --> 00:33:23,458 Sauron mungkin dah berada di Eregion. 334 00:33:24,750 --> 00:33:27,750 Tuanku setuju untuk hantar saya bersama satu pasukan kecil 335 00:33:28,583 --> 00:33:30,791 untuk memastikan Celebrimbor dan kotanya selamat. 336 00:33:32,916 --> 00:33:34,708 Sertailah saya. 337 00:33:37,708 --> 00:33:40,250 Galadriel, awak selalu kata 338 00:33:42,125 --> 00:33:43,416 yang saya cuma tahu berpolitik. 339 00:33:43,416 --> 00:33:45,750 Sebab itulah tuanku percayakan awak. 340 00:33:47,375 --> 00:33:48,833 Dia yakin dengan kesungguhan awak. 341 00:33:48,833 --> 00:33:52,416 Anjing pun sama, tapi ia takkan patuh secara membabi buta. 342 00:33:59,416 --> 00:34:01,250 Dia enggan hantar saya tanpa awak. 343 00:34:03,833 --> 00:34:05,000 Tapi kenapa? 344 00:34:05,750 --> 00:34:08,166 - Awak tahu sebabnya. - Tapi awak tahukah? 345 00:34:10,166 --> 00:34:15,083 Tuanku percaya jika saya berhadapan dengan Musuh bersendirian, 346 00:34:16,291 --> 00:34:18,041 saya akan terpedaya olehnya. 347 00:34:18,583 --> 00:34:20,000 Kenapa tuanku fikir begitu? 348 00:34:20,000 --> 00:34:21,041 Sudahlah, Elrond. 349 00:34:23,375 --> 00:34:25,291 Awak pernah ingkar perintah raja dulu. 350 00:34:25,291 --> 00:34:26,875 Kenapa tak buat lagi sekali? 351 00:34:28,458 --> 00:34:29,791 Kerana dia betul kali ini. 352 00:34:31,000 --> 00:34:32,375 Sauron pergunakan saya. 353 00:34:33,000 --> 00:34:37,041 Seperti tok dalang yang mengawal boneka, saya patuh kepadanya secara paksa. 354 00:34:38,916 --> 00:34:40,916 Awak tak dipaksa pun. 355 00:34:43,083 --> 00:34:44,875 Sauron selami hati awak, 356 00:34:44,875 --> 00:34:48,000 menilai setiap niat yang terpendam di lubuk paling dalam 357 00:34:49,208 --> 00:34:51,375 dan membentuk dirinya supaya memenuhi kehendak awak. 358 00:34:51,375 --> 00:34:53,458 Raja yang akan bawa awak menuju kejayaan. 359 00:34:53,458 --> 00:34:56,250 Awak puaskan hatinya dan berterima kasih kepadanya. 360 00:34:56,250 --> 00:34:58,250 Sekarang, tuanku pula jadi mangsanya, 361 00:34:58,250 --> 00:34:59,791 termasuklah semua Elf di Lindon. 362 00:35:00,958 --> 00:35:04,291 Sebab itulah awak perlu bantu kami untuk bebas daripada kekusutan ini. 363 00:35:04,291 --> 00:35:06,041 Kita takkan dapat bebas. 364 00:35:06,041 --> 00:35:08,041 Kekusutan ini binaannya. 365 00:35:09,416 --> 00:35:11,958 Selagi awak di dalamnya, awak takkan jumpa jalan pulang. 366 00:35:13,333 --> 00:35:16,625 - Dia tentu mahu awak di Eregion... - Elrond, tolonglah. 367 00:35:18,833 --> 00:35:20,791 Saya tak mahu diperdaya sekali lagi. 368 00:35:22,500 --> 00:35:23,875 Saya enggan. 369 00:35:46,041 --> 00:35:48,500 Dia tak pernah pergi, Galadriel. 370 00:35:50,416 --> 00:35:52,750 Dengan memakai cincin itu, 371 00:35:53,750 --> 00:35:56,583 awak bersubahat dengannya. 372 00:35:58,291 --> 00:36:00,083 Saya tak mahu terlibat. 373 00:36:01,708 --> 00:36:03,208 Dulu awak pernah berjanji, 374 00:36:04,875 --> 00:36:08,458 "Sekiranya ada khabar" tentang ancaman terbukti benar, 375 00:36:09,666 --> 00:36:11,833 awak akan menghapuskannya. 376 00:36:14,583 --> 00:36:16,833 Kalau awak hargai persahabatan kita, 377 00:36:19,708 --> 00:36:20,708 tolong pergi dari sini. 378 00:36:49,166 --> 00:36:50,875 Kamu tak mahu hidup dengan keindahan? 379 00:36:51,958 --> 00:36:54,791 Tuan Círdan, saya sangsi terhadap Cincin itu. 380 00:36:54,791 --> 00:36:57,583 Di manakah keindahannya kalau ia disuntik unsur kejahatan? 381 00:36:58,125 --> 00:36:59,541 Tapi ia masih cantik. 382 00:37:01,416 --> 00:37:02,583 Tidak bagi saya. 383 00:37:02,583 --> 00:37:05,416 Sanggupkah kamu bakar puisi Rúmil 384 00:37:05,416 --> 00:37:07,166 hanya kerana Rúmil kaki mabuk? 385 00:37:13,250 --> 00:37:14,625 Rúmil kaki mabuk? 386 00:37:16,916 --> 00:37:19,541 Jangan pula tanya tentang Daeron. 387 00:37:20,500 --> 00:37:21,791 Dia lagi teruk. 388 00:37:23,041 --> 00:37:24,791 Tapi suaranya, 389 00:37:24,791 --> 00:37:29,750 suaranya saja mampu mengalirkan air mata suria yang panas membara. 390 00:37:32,875 --> 00:37:34,375 Nilailah karyanya, 391 00:37:36,375 --> 00:37:38,875 tapi hak untuk menghukum bukan hak kita, 392 00:37:38,875 --> 00:37:41,833 ia hak sang pencipta yang maha kuasa. 393 00:37:41,833 --> 00:37:43,791 Saya tak mampu buat. 394 00:37:45,958 --> 00:37:47,458 Itu namanya merendah diri 395 00:37:47,458 --> 00:37:49,791 dan ia amat sukar bagi kebanyakan orang. 396 00:37:49,791 --> 00:37:52,250 Tapi itulah sudut pandangan yang paling hakiki. 397 00:38:03,458 --> 00:38:07,125 Alangkah bahagianya jika saya mampu reda seperti tuan. 398 00:38:09,541 --> 00:38:10,791 Kamu mampu. 399 00:38:17,625 --> 00:38:20,958 Kita belum betul-betul faham cincin-cincin itu. 400 00:38:20,958 --> 00:38:24,875 Tapi lihatlah kekuasaannya ke atas semua makhluk. 401 00:38:31,250 --> 00:38:35,833 Kalau ia jatuh ke tangan Sauron, kejahatan akan menular ke seluruh alam, 402 00:38:35,833 --> 00:38:38,750 lalu menguasai fikiran dan hati setiap makhluk. 403 00:38:39,291 --> 00:38:43,166 Sebab itulah, ia perlu berada dalam jagaan Elf. 404 00:38:45,666 --> 00:38:49,458 Ketakutan kamu terhadap kuasanya memang wajar, Elrond. 405 00:38:51,875 --> 00:38:56,875 Tapi jangan sampai kamu takut menggunakan ke arah kebaikan. 406 00:38:59,666 --> 00:39:02,000 Kerana pemilik Cincin ini sekarang bukan musuh kamu... 407 00:39:04,125 --> 00:39:08,083 Tapi rakan-rakan yang kamu kasihi. 408 00:39:08,708 --> 00:39:12,708 Jika kamu percaya mereka sudah terpesong, jangan tinggalkan mereka, 409 00:39:12,708 --> 00:39:17,875 tapi bukalah mata luas-luas dan pimpin mereka... 410 00:39:18,541 --> 00:39:22,208 Sebelum kejahatan menyelubungi seluruh Buana Tengah 411 00:39:22,208 --> 00:39:24,625 dan mengaburkan pandangan mata hati kita semua. 412 00:39:57,500 --> 00:39:58,916 Awak perlu berehat. 413 00:40:00,833 --> 00:40:03,291 Tak boleh, saya... 414 00:40:09,958 --> 00:40:11,166 Bangun! 415 00:40:14,833 --> 00:40:17,416 Apa awak buat? Patah balik! 416 00:40:17,416 --> 00:40:19,500 Saya nampak tadi. Saya tak tipu. Ayuh. 417 00:40:19,500 --> 00:40:21,291 Poppy, dia tak bernafas! 418 00:40:23,666 --> 00:40:25,833 Lihatlah! Ya! Nori, saya nampak sekarang! 419 00:40:26,541 --> 00:40:27,958 Nampak apa? 420 00:40:27,958 --> 00:40:29,583 Air. 421 00:40:31,458 --> 00:40:35,375 Bagaimana orang yang dah lama tak makan 422 00:40:35,375 --> 00:40:37,750 boleh jadi seberat ini? 423 00:40:41,000 --> 00:40:42,458 Cepat! 424 00:40:45,041 --> 00:40:46,416 Tolonglah! 425 00:40:47,166 --> 00:40:48,291 Cepat, Poppy! 426 00:41:04,625 --> 00:41:05,708 Cepatlah! 427 00:41:15,541 --> 00:41:16,583 Saya dah dapat. 428 00:41:26,291 --> 00:41:27,541 Cepat. 429 00:41:31,166 --> 00:41:32,333 Cepat. 430 00:41:33,916 --> 00:41:35,416 Awak akan selamat. 431 00:41:40,541 --> 00:41:42,083 Syukurlah, awak masih hidup. 432 00:41:42,083 --> 00:41:44,916 Kami ingat awak dah mati tadi. 433 00:41:51,000 --> 00:41:53,583 Jangan risau, kita takkan kehilangan satu sama lain. 434 00:41:57,875 --> 00:42:00,208 Sebaknya, tapi air mata saya dah kering. 435 00:42:29,833 --> 00:42:30,875 Kenapa? 436 00:42:32,625 --> 00:42:34,000 Mungkinkah... 437 00:42:34,000 --> 00:42:39,041 Ia sama macam tongkat sakti dalam mimpi saya. 438 00:42:40,000 --> 00:42:41,166 Nori... 439 00:43:05,791 --> 00:43:07,708 Kami minum air saja. 440 00:43:23,583 --> 00:43:24,916 Apa awak buat? 441 00:43:24,916 --> 00:43:25,875 Nori, tunduk! 442 00:44:18,541 --> 00:44:20,500 Tidak! Hentikannya! 443 00:44:26,458 --> 00:44:28,291 Kenapa dia tak hentikannya? 444 00:44:28,916 --> 00:44:30,291 Dia gagal! 445 00:44:39,250 --> 00:44:40,416 Tolong! 446 00:44:42,083 --> 00:44:43,500 Nori! 447 00:44:45,958 --> 00:44:47,708 Saya datang sekarang! 448 00:44:53,125 --> 00:44:57,458 Pegang kuat-kuat! 449 00:45:05,000 --> 00:45:06,208 Nori! 450 00:45:07,166 --> 00:45:08,750 Nori! 451 00:45:20,666 --> 00:45:22,083 Ia dah hilang. 452 00:45:24,833 --> 00:45:26,083 Betulkah? 453 00:45:39,875 --> 00:45:41,750 Saya menggelarnya ithildin. 454 00:45:41,750 --> 00:45:44,375 Ia diperbuat daripada serpihan mithril. 455 00:45:44,375 --> 00:45:48,208 Kalau tanpa cahaya bulan, ia tak kelihatan. 456 00:45:49,125 --> 00:45:50,125 Ya. 457 00:45:51,916 --> 00:45:53,125 Hampir tak kelihatan. 458 00:45:59,750 --> 00:46:02,375 Pelawat tadi, adakah dia... 459 00:46:03,791 --> 00:46:05,958 Malam ini sejuk, tuan. 460 00:46:06,833 --> 00:46:09,000 Tuan mahu saya bawakan dia selimut? 461 00:47:07,791 --> 00:47:10,875 Saya tak tahu tujuan awak datang, 462 00:47:12,875 --> 00:47:16,250 tapi kalau awak enggan pergi, saya terpaksa menggunakan kekerasan. 463 00:47:18,208 --> 00:47:19,833 Saya tak boleh jumpa awak lagi. 464 00:47:23,333 --> 00:47:24,750 Dia kata awak akan kata begitu. 465 00:47:29,375 --> 00:47:32,583 Galadriel? Awak jumpa dia? 466 00:47:34,083 --> 00:47:35,125 Awak tak jumpakah? 467 00:47:35,666 --> 00:47:36,583 Belum lagi. 468 00:47:37,750 --> 00:47:39,500 Sejak dia pergi ke Lindon. 469 00:47:40,416 --> 00:47:42,500 Jadi, awak tak tahu apa yang berlaku? 470 00:47:43,875 --> 00:47:45,166 Kepada Cincin itu? 471 00:47:48,375 --> 00:47:49,750 Kenapa dengannya? 472 00:47:51,833 --> 00:47:52,833 Ia berkuasakah? 473 00:47:55,208 --> 00:47:56,750 Awak patut tanya dia. 474 00:47:57,250 --> 00:47:58,416 Dia tiada di sini. 475 00:47:59,541 --> 00:48:00,416 Tapi awak ada. 476 00:48:00,416 --> 00:48:02,041 Bagaimana pula dengan Raja Agung? 477 00:48:02,041 --> 00:48:04,916 Tentu baginda akan hantar khabar... 478 00:48:06,958 --> 00:48:08,250 Begitu, ya? 479 00:48:10,166 --> 00:48:13,375 Kisah begini terlalu kerap berlaku. 480 00:48:16,375 --> 00:48:19,666 Si lebah bekerja keras mengumpul madu di dalam sepah. 481 00:48:20,833 --> 00:48:24,750 Kemudian, mereka datang, habis semua madunya dirampas 482 00:48:25,708 --> 00:48:27,458 dan sepahnya dibuang. 483 00:48:30,666 --> 00:48:32,416 Saya kagum dengan kesabaran awak. 484 00:48:34,541 --> 00:48:36,083 Awak nak ke mana? 485 00:48:36,083 --> 00:48:38,500 Tiada gunanya saya di sini jika saya tak dialu-alukan. 486 00:48:40,791 --> 00:48:41,791 Nanti dulu. 487 00:48:55,458 --> 00:48:57,583 Halbrand. Saya mahu tahu. 488 00:48:58,916 --> 00:49:02,833 Cincin itu berkesankah? 489 00:49:11,708 --> 00:49:13,291 Ia sangat ajaib. 490 00:49:17,041 --> 00:49:18,625 Kemudian, Elf... 491 00:49:18,625 --> 00:49:19,708 Ya. 492 00:49:24,708 --> 00:49:26,916 Lindon pula? 493 00:49:26,916 --> 00:49:28,000 Ya. 494 00:49:35,041 --> 00:49:36,958 - Awak menangis? - Tidak. 495 00:49:42,583 --> 00:49:44,208 Saya gembira. 496 00:49:46,125 --> 00:49:49,083 Awak takkan dapat bayangkan 497 00:49:51,791 --> 00:49:53,291 perasaan saya. 498 00:49:53,291 --> 00:49:55,708 Setelah berabad-abad lamanya, 499 00:49:55,708 --> 00:49:58,375 saya akhirnya berjaya hasilkan sesuatu. 500 00:50:01,166 --> 00:50:02,875 Saya akan buka botol dari Zaman Pertama. 501 00:50:05,166 --> 00:50:08,291 Saya dah lama menyimpannya. 502 00:50:13,875 --> 00:50:15,125 Celebrimbor... 503 00:50:21,625 --> 00:50:22,958 Kita kawankah? 504 00:50:24,916 --> 00:50:26,250 Sudah tentu. 505 00:50:27,791 --> 00:50:28,833 Kenapa? 506 00:50:28,833 --> 00:50:30,791 Kerana kepura-puraan tak patut wujud 507 00:50:30,791 --> 00:50:33,791 antara mereka yang kerja serapat kita berdua. 508 00:50:37,208 --> 00:50:40,958 Namun, ada banyak lagi yang awak tak tahu, 509 00:50:42,500 --> 00:50:43,666 dan yang saya mahu kongsi. 510 00:50:45,458 --> 00:50:46,458 Malangnya... 511 00:50:49,291 --> 00:50:50,750 Awak takut. 512 00:50:52,458 --> 00:50:55,333 Tengoklah. Saya tak pernah dapat berahsia dengan awak. 513 00:50:56,958 --> 00:50:58,125 Kalau begitu... 514 00:51:02,750 --> 00:51:04,083 Jangan bimbang. 515 00:51:07,333 --> 00:51:10,583 Kongsilah rahsia apa saja, saya akan terima dengan hati terbuka. 516 00:51:13,166 --> 00:51:15,375 Saya bukan datang untuk meraikan Cincin Elf itu. 517 00:51:17,291 --> 00:51:21,041 Tapi untuk minta awak buat Cincin untuk Manusia. 518 00:51:22,500 --> 00:51:23,833 Cincin untuk Manusia? 519 00:51:24,791 --> 00:51:26,208 Awak selamatkan Elf. 520 00:51:28,166 --> 00:51:29,291 Elf bukan Manusia. 521 00:51:30,916 --> 00:51:31,875 Manusia tamak. 522 00:51:34,208 --> 00:51:36,958 Kebarangkalian mereka menyeleweng terlalu tinggi 523 00:51:37,625 --> 00:51:39,291 Tapi kalau saya mahu bina Cincin lagi, 524 00:51:39,291 --> 00:51:41,208 Dwarf takkan bekalkan mithrilnya. 525 00:51:41,208 --> 00:51:43,916 Dwarf juga sedang menghadapi masalah mereka sendiri. 526 00:51:43,916 --> 00:51:46,125 Masalah apa? Apa maksud awak, Halbrand? 527 00:51:48,625 --> 00:51:50,625 Nama saya bukan Halbrand. 528 00:51:52,375 --> 00:51:53,291 Apa? 529 00:51:53,291 --> 00:51:56,000 Apabila Galadriel tahu perkara sebenar, dia usir saya. 530 00:51:57,250 --> 00:51:59,416 Sekarang, saya takut kalau awak juga akan usir saya. 531 00:52:03,250 --> 00:52:06,166 Jadi, awak bukan raja, bukan? 532 00:52:06,958 --> 00:52:09,500 Tidak, saya bukan raja. 533 00:52:10,708 --> 00:52:12,500 Juga bukan Orang Selatan. 534 00:52:13,166 --> 00:52:16,041 Manusia fana pun bukan. 535 00:52:20,000 --> 00:52:21,000 Awak apa? 536 00:52:22,458 --> 00:52:28,083 Ada kuasa di dunia ini yang tak terjangkau dek kejahatan, 537 00:52:28,708 --> 00:52:32,375 dan kadangkala, mereka hantar bantuan 538 00:52:33,500 --> 00:52:34,791 dalam bentuk utusan khas. 539 00:52:34,791 --> 00:52:40,541 Utusan yang bawa bimbingan untuk golongan bijak pandai. 540 00:52:44,500 --> 00:52:46,708 Bimbingan yang bagaimana? 541 00:52:48,083 --> 00:52:50,333 Kebangkitan Mordor baru permulaannya. 542 00:52:50,333 --> 00:52:53,750 Pada saat ini, Buana Tengah berada dalam keadaan yang sangat genting. 543 00:52:54,458 --> 00:52:56,791 Tak lama lagi, semua kerajaan akan tumbang. 544 00:52:58,208 --> 00:53:02,500 Bukan saja Elf, tapi juga Dwarf dan Manusia. 545 00:53:04,541 --> 00:53:06,291 Kuasa gelap makin kuat. 546 00:53:07,333 --> 00:53:10,583 Cincin Azmat itulah harapan terakhir untuk kita mengembalikan sinar cahaya. 547 00:53:13,791 --> 00:53:15,250 Kita berdua ada tugas. 548 00:53:21,625 --> 00:53:24,375 Takkanlah saya mahu percaya 549 00:53:24,375 --> 00:53:28,500 yang awak utusan yang dihantar oleh Valar... 550 00:53:38,708 --> 00:53:39,916 Halbrand? 551 00:53:42,250 --> 00:53:43,250 Halbrand! 552 00:54:01,750 --> 00:54:02,916 Halbrand! 553 00:54:31,208 --> 00:54:34,583 Saya telah harungi debu dan gurun di kejauhan, 554 00:54:37,250 --> 00:54:43,041 untuk mencari jauhari yang boleh menyelamatkan Buana Tengah. 555 00:54:45,541 --> 00:54:47,958 Ribut akan melanda, Celebrimbor. 556 00:54:50,250 --> 00:54:53,375 Saya boleh curahkan ilmu yang tiada sesiapa tahu. 557 00:54:53,958 --> 00:54:57,166 Saya boleh cungkil bakat terhebat awak. 558 00:54:57,958 --> 00:55:00,125 Apabila tugas kita selesai, 559 00:55:00,125 --> 00:55:05,458 dunia tidak akan lagi memandang awak hanya sebagai cucu Fëanor, 560 00:55:06,041 --> 00:55:08,333 dan sebaliknya mengiktiraf awak sebagai... 561 00:55:14,291 --> 00:55:16,708 Adiraja Cincin. 562 00:55:41,958 --> 00:55:43,666 Awak tak perlu tunduk kepada saya. 563 00:55:44,416 --> 00:55:46,500 Tapi saya dah nampak bentuk asal awak. 564 00:55:49,833 --> 00:55:51,000 Berdiri. 565 00:55:53,708 --> 00:55:55,416 Tugas kita bermula sekarang. 566 00:55:56,666 --> 00:55:58,500 Awak siapa? 567 00:55:58,500 --> 00:55:59,666 Rakan setugas. 568 00:56:02,125 --> 00:56:04,958 Tak lebih, tak kurang. 569 00:56:07,000 --> 00:56:08,875 Pembawa anugerah. 570 00:56:11,375 --> 00:56:12,916 Annatar. 571 00:56:14,708 --> 00:56:16,166 Annatar. 572 00:56:19,958 --> 00:56:21,666 Betara Anugerah. 573 00:56:38,500 --> 00:56:39,583 Tuanku panggil patik. 574 00:56:40,416 --> 00:56:42,125 Ada perintah baru, komander. 575 00:56:42,916 --> 00:56:47,541 Kamu akan meninggalkan Eregion subuh nanti bersama lima Elf yang gagah berani. 576 00:56:48,708 --> 00:56:49,708 Patik... 577 00:56:51,708 --> 00:56:54,541 Menjunjung kasih kerana ubah fikiran. 578 00:56:54,541 --> 00:56:56,708 Kamu tak perlu ucap kepada beta. 579 00:56:59,833 --> 00:57:00,916 Elrond. 580 00:57:05,250 --> 00:57:08,458 Gembiranya saya kerana awak sanggup sertai saya. 581 00:57:11,208 --> 00:57:13,708 Kamu dah salah faham, Galadriel. 582 00:57:14,875 --> 00:57:17,791 Elrond bukan pergi sebagai ahli pasukan kamu. 583 00:57:18,541 --> 00:57:20,208 Dia yang akan mengetuainya. 584 00:57:58,458 --> 00:58:00,958 Itu apa? Ia daripada Elrond? 585 00:58:01,916 --> 00:58:04,708 Ia jemputan... 586 00:58:06,250 --> 00:58:08,916 daripada Lord Celebrimbor. 587 00:58:08,916 --> 00:58:12,041 Dia jemput Bangsa Dwarf ke Eregion. 588 01:00:10,208 --> 01:00:12,208 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 589 01:00:12,208 --> 01:00:14,291 Penyelia Kreatif Bima Gasendo