1 00:00:06,041 --> 00:00:07,041 SEBELUM INI 2 00:00:07,041 --> 00:00:08,958 Abang saya terkorban semasa memburu Sauron. 3 00:00:08,958 --> 00:00:10,375 Saya galas tanggungjawabnya. 4 00:00:11,708 --> 00:00:14,916 Tanda itu membuktikan yang Sauron berjaya melarikan diri. 5 00:00:14,916 --> 00:00:16,750 Tapi persoalannya, di mana? 6 00:00:16,750 --> 00:00:17,833 Kejahatan sudah tiada. 7 00:00:17,833 --> 00:00:19,375 Tapi kenapa ia masih terasa di sini? 8 00:00:19,500 --> 00:00:23,333 Wira-wira ini akan diberikan laluan merentasi laut 9 00:00:23,333 --> 00:00:26,541 ke Tanah Abadi Valinor. 10 00:00:30,083 --> 00:00:31,333 Awak pembolos, bukan? 11 00:00:31,333 --> 00:00:33,625 Saya perlu pulang ke Buana Tengah. 12 00:00:33,625 --> 00:00:35,416 Adakah itu lambang raja orang awak? 13 00:00:35,416 --> 00:00:36,541 Kami tiada raja. 14 00:00:36,666 --> 00:00:37,916 Awak tak macam yang awak kata. 15 00:00:37,916 --> 00:00:41,041 Orang awak tiada raja, kerana awaklah raja mereka. 16 00:00:41,041 --> 00:00:42,708 Ikutlah saya ke Buana Tengah. 17 00:00:42,708 --> 00:00:45,125 Kita boleh tebus kesilapan nenek moyang kita. 18 00:00:45,125 --> 00:00:47,958 Hati-hati. Saya bukan wira yang awak cari. 19 00:00:49,833 --> 00:00:51,458 Kau ingat lagi aku? 20 00:00:51,458 --> 00:00:52,625 Tidak. 21 00:00:54,208 --> 00:00:58,250 Selepas Morgoth tewas, aku bunuh Sauron. 22 00:00:58,250 --> 00:00:59,250 Aku tak percaya. 23 00:01:00,791 --> 00:01:02,416 Saya rasa dia tanggungjawab saya. 24 00:01:02,416 --> 00:01:04,333 - Awak memang macam itu. - Tidak. 25 00:01:04,333 --> 00:01:06,750 Dia boleh jatuh di mana saja, tapi dia jatuh di sini. 26 00:01:06,875 --> 00:01:10,750 Orang asing ini bukan Manusia, bukan Elf... 27 00:01:11,416 --> 00:01:12,333 Dia berbeza. 28 00:01:14,416 --> 00:01:15,708 Patah balik! 29 00:01:17,916 --> 00:01:19,166 Ini cara kita bantu dia. 30 00:01:20,625 --> 00:01:23,250 Dia nak kita bantu dia cari bintang itu. 31 00:01:25,250 --> 00:01:27,666 - Kamu nak ke mana? - Saya nak bantu kawan saya. 32 00:01:27,666 --> 00:01:31,458 Awak kawan saya paling akrab di dunia yang luas ini. 33 00:01:31,458 --> 00:01:33,041 Ada apa-apa lagi yang awak ingat? 34 00:01:33,041 --> 00:01:37,791 Saya dah makin ingat tapi saya perlu pergi ke Rhûn untuk ingat semula semuanya. 35 00:01:38,666 --> 00:01:40,666 Bunyinya macam pengembaraan yang menarik. 36 00:01:42,625 --> 00:01:45,875 Cahaya Eldar makin malap. 37 00:01:45,875 --> 00:01:49,958 Walau apa jua yang kami buat, ia makin cepat merosot. 38 00:01:49,958 --> 00:01:53,958 Jika Elf tinggalkan Buana Tengah, binasalah semuanya, 39 00:01:53,958 --> 00:01:57,541 bukan saja kaum kita, tapi semua kaum. 40 00:02:00,791 --> 00:02:04,916 Kita di ambang penciptaan kuasa baru. 41 00:02:04,916 --> 00:02:07,166 Bukan untuk mengarah, tapi menguasai minda. 42 00:02:07,166 --> 00:02:09,416 Tiba-tiba saja, kalian berkawan rapat. 43 00:02:09,416 --> 00:02:11,916 Saya cuma beri bantuan setakat yang saya mampu. 44 00:02:13,375 --> 00:02:15,083 Raja Benua Selatan tak wujud. 45 00:02:15,083 --> 00:02:16,250 Susur galurnya berakhir. 46 00:02:16,250 --> 00:02:17,708 Siapakah nama awak? 47 00:02:17,708 --> 00:02:19,666 Saya ada banyak nama. 48 00:02:20,666 --> 00:02:24,083 Sauron hidup disebabkan awak! 49 00:02:34,250 --> 00:02:36,541 Galadriel, di mana Halbrand? 50 00:02:36,541 --> 00:02:39,125 Dia dah pergi, dan mungkin takkan kembali. 51 00:02:40,125 --> 00:02:42,708 Tapi jika dia kembali, jangan pedulikan dia. 52 00:02:42,708 --> 00:02:44,708 Apa yang berlaku di sungai itu? 53 00:03:52,583 --> 00:03:54,958 Seperti biasa, selepas tewas... 54 00:03:56,958 --> 00:04:00,625 kejahatan muncul dalam bentuk lain dan berkembang semula. 55 00:04:03,583 --> 00:04:05,125 Morgoth dah tiada. 56 00:04:05,791 --> 00:04:08,833 Dia tinggalkan kita, bersendirian dalam keaiban. 57 00:04:10,083 --> 00:04:13,250 Tapi hari ini, era baru bermula. 58 00:04:14,125 --> 00:04:15,166 Bawah pimpinanku. 59 00:04:16,000 --> 00:04:17,875 Tuan baru kamu. 60 00:04:19,000 --> 00:04:20,458 Sauron. 61 00:04:22,791 --> 00:04:27,375 {\an8}FORODWAITH ZAMAN KEDUA BERMULA 62 00:04:28,708 --> 00:04:32,750 Dengan bermulanya zaman baru ini, aku bawakan wawasan baru. 63 00:04:34,750 --> 00:04:37,583 Laluan kepada penaklukan yang tak terbatas. 64 00:04:37,583 --> 00:04:40,333 Kerana aku mencari sejenis kuasa baru. 65 00:04:41,791 --> 00:04:44,958 Yang bukan untuk mengarah, tapi untuk menguasai minda. 66 00:04:47,041 --> 00:04:49,125 Kuasa Alam Ghaib. 67 00:04:49,958 --> 00:04:54,833 Yang akan kita guna untuk memperhambakan penghuni Buana Tengah. 68 00:04:56,458 --> 00:04:58,083 Ramai Orc akan mati. 69 00:05:00,916 --> 00:05:06,208 Tapi daripada kekacauan itu, kita akan bina dunia yang aman sejahtera. 70 00:05:06,833 --> 00:05:11,791 Kita tidak akan lagi diburu sebagai syaitan yang menghancurkan Buana Tengah. 71 00:05:11,791 --> 00:05:17,041 Sebaliknya, kita akan diangkat sebagai penyelamat benua ini. 72 00:05:17,041 --> 00:05:22,416 Dengan menyatukan semua makhluk bawah pemerintahanku! 73 00:05:22,416 --> 00:05:24,250 Sauron tipu! 74 00:05:30,166 --> 00:05:31,666 Kalau kamu sangsi, kamu yang rugi. 75 00:05:34,375 --> 00:05:37,833 Ke mana lagi kamu mahu pergi? Valar takkan memaafkan kamu. 76 00:05:38,333 --> 00:05:40,500 Elf takkan mengalu-alukan kamu. 77 00:05:40,500 --> 00:05:41,958 Manusia... 78 00:05:43,333 --> 00:05:47,083 Manusia hanya akan rasa takut dan jijik terhadap kamu. 79 00:05:47,583 --> 00:05:52,750 Bangsa jijik dan hina yang hanya layak diburu dan dibunuh. 80 00:06:28,708 --> 00:06:34,583 Aku sajalah peneraju masa depan kamu dan hidup kamu bergantung pada aku! 81 00:06:38,083 --> 00:06:40,500 Siapa yang berani bantah cakap aku? 82 00:07:04,416 --> 00:07:05,875 Daulat Lord Sauron! 83 00:07:07,500 --> 00:07:09,416 Raja Petaka yang baru. 84 00:10:49,166 --> 00:10:51,000 Daulat Adar! 85 00:10:51,958 --> 00:10:53,333 Daulat Adar! 86 00:10:54,375 --> 00:10:58,833 Anak-anakku... kamu kini bebas. 87 00:10:58,833 --> 00:11:17,291 Hidup Adar! Hidup Adar! Hidup Adar! 88 00:16:23,875 --> 00:16:25,875 Saudara, jalan itu boleh membawa maut. 89 00:16:28,375 --> 00:16:29,791 Ia sesuailah untuk saya. 90 00:16:30,541 --> 00:16:33,166 Sepasukan Orc serang Manusia. 91 00:16:33,166 --> 00:16:34,750 Nasib baik kami terselamat. 92 00:16:34,750 --> 00:16:37,041 Mungkin mangsa yang maut itu lebih bernasib baik. 93 00:16:40,458 --> 00:16:42,083 Saya tahu awak dah menderita. 94 00:16:42,083 --> 00:16:43,750 Mata awak menggambarkannya. 95 00:16:44,583 --> 00:16:46,666 Satu kehidupan baru sedang menunggu. 96 00:16:46,666 --> 00:16:48,583 Awak cuma perlu berpaling ke arahnya. 97 00:16:51,166 --> 00:16:52,541 Jata itu. 98 00:16:54,166 --> 00:16:55,625 Ia lambang apa? 99 00:16:55,625 --> 00:16:58,375 Ia lambang kerabat bangsawan yang sudah tiada. 100 00:16:59,583 --> 00:17:00,833 - Mereka keluarga awak? - Tidak. 101 00:17:02,375 --> 00:17:03,708 Kami berkhidmat untuk mereka. 102 00:17:04,625 --> 00:17:06,000 Jadi, kenapa awak memakainya? 103 00:17:06,125 --> 00:17:09,000 Ia peringatan kepada saya bahawa masa depan penuh ketidakpastian. 104 00:17:09,125 --> 00:17:12,250 Nasib boleh berubah walaupun bagi mereka yang berkuasa. 105 00:17:15,500 --> 00:17:16,500 Bunyinya membimbangkan. 106 00:17:17,333 --> 00:17:18,833 Ia juga memberikan harapan. 107 00:17:18,833 --> 00:17:21,666 Satu laluan mungkin tersekat, 108 00:17:23,208 --> 00:17:24,583 tapi pasti ada laluan lain, 109 00:17:25,375 --> 00:17:28,458 yang biasanya akan membawa kita ke tempat lebih baik. 110 00:17:30,708 --> 00:17:32,208 Tempat yang membahagiakan. 111 00:17:35,458 --> 00:17:40,208 Orang kata ada tempat untuk kami tuju di seberang laut. 112 00:17:40,958 --> 00:17:42,250 Untuk kami cari laluan lain. 113 00:17:42,958 --> 00:17:44,583 Mungkin juga kehidupan baru. 114 00:17:44,583 --> 00:17:46,208 Ikutlah kami, kalau awak nak. 115 00:17:47,541 --> 00:17:49,875 Tapi jalanlah terus, 116 00:17:51,375 --> 00:17:52,875 kalau awak mahu menempah maut. 117 00:17:58,833 --> 00:18:00,333 Pilihan di tangan awak. 118 00:18:53,375 --> 00:18:55,541 - Awak tak apa-apa? - Tidak. 119 00:18:55,541 --> 00:18:57,083 Dapat mimpi ngeri lagi? 120 00:18:58,541 --> 00:19:00,083 Apa yang menghantui awak? 121 00:19:04,041 --> 00:19:05,250 Saya telah berlaku jahat. 122 00:19:07,500 --> 00:19:11,500 Kita semua pernah melakukan kesalahan yang kita enggan akui. 123 00:19:15,291 --> 00:19:16,708 Kesalahan saya terlalu besar. 124 00:19:18,791 --> 00:19:20,416 Cuba maafkan diri sendiri. 125 00:19:20,416 --> 00:19:24,291 Awak masih hidup pun kerana awak pilih kebaikan. 126 00:19:24,916 --> 00:19:26,541 Tapi esok bagaimana pula? 127 00:19:26,541 --> 00:19:28,500 Pilihlah sekali lagi. 128 00:19:30,041 --> 00:19:33,041 Lusa pilih lagi, tulat pun. 129 00:19:33,875 --> 00:19:36,708 Sehingga ia menjadi tabiat awak. 130 00:19:49,083 --> 00:19:50,291 Pegang sesuatu. 131 00:19:51,083 --> 00:19:53,458 Tolong! 132 00:20:03,958 --> 00:20:05,083 Tolong! 133 00:21:28,833 --> 00:21:29,833 Di sini. 134 00:21:48,958 --> 00:21:50,583 Nasib kita tak tentu. 135 00:21:51,500 --> 00:21:54,791 Jika awak sabut, timbul, jika batu, tenggelam. 136 00:22:50,458 --> 00:22:53,208 Elrond, berhenti, serahkan kepada saya! 137 00:23:21,875 --> 00:23:24,125 Kita bukan mahu menghina, Komander Galadriel, 138 00:23:24,750 --> 00:23:27,500 tapi Bentara Elrond arahkan kami supaya bawa puan kepadanya. 139 00:23:53,833 --> 00:23:54,875 Benarkah? 140 00:23:59,833 --> 00:24:01,000 Tuanku. 141 00:24:05,250 --> 00:24:07,708 Bentara Elrond simpan tiga Cincin. 142 00:24:08,875 --> 00:24:12,708 Cincin itu boleh hentikan kemerosotan kuasa Elf dan menyelamatkan kaum kita. 143 00:24:12,708 --> 00:24:16,416 Kita akan bincang tentang Cincin itu apabila kamu jawab soalan beta. 144 00:24:17,291 --> 00:24:21,125 Elrond maklumkan beta yang rakan kamu, si Halbrand itu, 145 00:24:21,125 --> 00:24:22,958 bukan seperti yang dia dakwa. 146 00:24:22,958 --> 00:24:26,791 Tapi kamu rahsiakan maklumat ini daripada Elrond dan Celebrimbor. 147 00:24:27,291 --> 00:24:29,125 Benarkah? 148 00:24:34,750 --> 00:24:35,750 Benar. 149 00:24:37,666 --> 00:24:39,208 Siapakah dia? 150 00:24:40,083 --> 00:24:41,458 Dia bukan orang yang saya sangka. 151 00:24:42,333 --> 00:24:44,500 Sebab itulah patik bertindak sedemikian. 152 00:24:44,500 --> 00:24:47,666 Kenapa kamu banyak berdolak-dalik? 153 00:24:49,416 --> 00:24:50,750 Tuanku. 154 00:24:53,125 --> 00:24:56,416 Ketahuilah yang patik takkan sengaja membahayakan nyawa kaum kita. 155 00:24:57,166 --> 00:25:01,958 Beta akan percaya apabila beta yakin kamu tidak lagi berbohong. 156 00:25:03,041 --> 00:25:05,875 Jadi, siapakah Manusia itu? 157 00:25:09,458 --> 00:25:10,958 Dia bukan Manusia. 158 00:25:13,166 --> 00:25:17,166 Dia cuma menyamar sebagai Manusia. 159 00:25:19,458 --> 00:25:24,458 Manusia yang menyenangkan untuk menyembunyikan dirinya yang sebenar. 160 00:25:29,750 --> 00:25:31,041 Dia Sauron. 161 00:25:44,208 --> 00:25:45,291 Sanggup awak buat begitu? 162 00:25:48,000 --> 00:25:49,333 Dalam ramai-ramai elf. 163 00:25:49,333 --> 00:25:52,125 Dia tipu saya. Saya diperdaya! 164 00:25:52,125 --> 00:25:56,416 Tidak, Galadriel, hati awak buta, dikaburi ego yang tinggi melangit. 165 00:25:56,416 --> 00:25:58,083 Awak tak sedarkah awak lemah, Elrond? 166 00:25:58,083 --> 00:25:59,000 Diam! 167 00:25:59,000 --> 00:26:01,750 Apa lagi akan jadi kepada kami selepas awak gagal di Khazad-dûm? 168 00:26:01,750 --> 00:26:02,666 Awak kawan saya. 169 00:26:02,666 --> 00:26:04,125 Diam! 170 00:26:07,375 --> 00:26:10,458 Cincin itu. Tunjukkan kepada beta. 171 00:26:10,458 --> 00:26:12,500 Kami tak berani guna, tuanku. Dia dah cemari... 172 00:26:12,500 --> 00:26:13,958 Dia tak sentuh pun, tuanku. 173 00:26:13,958 --> 00:26:17,333 Dia dan Celebrimbor kerja bersama. Entah sejauh mana pengaruhnya. 174 00:26:17,333 --> 00:26:20,208 Apabila daun emas terakhir gugur kelak, 175 00:26:20,208 --> 00:26:24,583 beta wajib memaklumkan Lindon yang masa kita di sini sudah berakhir, 176 00:26:24,583 --> 00:26:28,291 dan Elf harus meninggalkan tanah ini selama-lamanya. 177 00:26:28,291 --> 00:26:32,000 Sekarang, kamu kata musuh kita yang paling licik bangkit semula. 178 00:26:32,708 --> 00:26:35,541 Jika kita pergi sekarang, penduduk Buana Tengah 179 00:26:35,541 --> 00:26:39,333 akan menderita bawah pemerintahan kuku besi Raja Petaka. 180 00:26:40,000 --> 00:26:43,375 Cincin itu sajalah harapan terakhir kita. 181 00:26:43,375 --> 00:26:45,958 Malah, ia mungkin harapan terakhir Buana Tengah. 182 00:26:45,958 --> 00:26:49,083 Kita perlu ambil risiko itu. 183 00:26:49,708 --> 00:26:51,416 Serahkannya kepada beta. 184 00:26:54,083 --> 00:26:55,000 Tuanku, 185 00:26:55,958 --> 00:26:58,708 kuasa Sauron belum sekuat itu. 186 00:26:58,708 --> 00:27:01,250 Tapi Cincin itu mungkin boleh menguatkannya. 187 00:27:01,250 --> 00:27:03,208 Cincin itu harus dimusnahkan. 188 00:27:03,208 --> 00:27:07,375 Kedudukan kamu tak membenarkan kamu buat keputusan itu, 189 00:27:07,375 --> 00:27:11,041 kedudukan yang kamu pertaruhkan jika kamu ingkar perintah beta. 190 00:27:12,333 --> 00:27:14,333 Cincin itu, Elrond. 191 00:27:16,833 --> 00:27:19,541 Ini perintah raja kamu. 192 00:27:19,541 --> 00:27:21,375 Beta takkan ulang perintah ini. 193 00:27:21,375 --> 00:27:23,166 Patuhi perintahnya. 194 00:27:23,166 --> 00:27:24,416 Boleh awak kata begitu? 195 00:27:24,416 --> 00:27:26,833 Itu saja caranya. Patuhi perintahnya! 196 00:27:43,375 --> 00:27:44,708 Tak boleh. 197 00:27:50,291 --> 00:27:51,750 Awak pun tahu. 198 00:27:52,958 --> 00:27:53,958 Tangkap dia! 199 00:27:56,291 --> 00:27:57,583 Elrond, jangan! 200 00:28:05,458 --> 00:28:08,166 Cari dia. Cari semua cincin itu. 201 00:28:08,166 --> 00:28:09,458 Sekarang! 202 00:28:31,458 --> 00:28:32,958 Jalan! Cepat! 203 00:28:43,333 --> 00:28:45,291 Pantas sikit, tuanku. 204 00:28:55,375 --> 00:28:56,875 Nah, rasakan. 205 00:28:56,875 --> 00:28:59,250 Selamat datang ke Mordor. 206 00:28:59,250 --> 00:29:02,125 Kalau kamu rajin kerja, kenyanglah perut kamu. 207 00:29:02,125 --> 00:29:05,416 Kalau kamu malas, nahaslah kamu nanti. 208 00:29:07,625 --> 00:29:13,291 Kamu, mahukah kamu bersumpah setia kepada Adar, Bapa Kudus kaum Uruks? 209 00:29:20,166 --> 00:29:22,833 Ini bukan lagi Benua Selatan! 210 00:29:22,833 --> 00:29:26,916 Di Mordor ini, tunduk kalau tak mahu mati. 211 00:29:26,916 --> 00:29:31,000 Kamu pula. Mahukah kamu bersumpah setia kepada Adar? 212 00:29:47,166 --> 00:29:48,583 Aku akan uruskan yang ini! 213 00:29:53,833 --> 00:29:57,791 Raja Benua Selatan menyerah diri, Bapa Kudus. 214 00:29:57,791 --> 00:30:00,208 Dia mahu berunding. 215 00:30:06,583 --> 00:30:08,291 Bebaskan orang-orang aku. 216 00:30:12,625 --> 00:30:13,916 Jika tak, orang kau akan mati. 217 00:30:17,416 --> 00:30:19,916 Orang aku tewaskan penduduk benua ini. 218 00:30:21,291 --> 00:30:23,916 Termasuklah Elf yang membantu mereka. 219 00:30:23,916 --> 00:30:28,458 Malah, sekutu mereka dari seberang laut. 220 00:30:35,166 --> 00:30:37,375 Semua kaum dah tewas di tangan kami. 221 00:30:39,125 --> 00:30:40,208 Ada satu lagi. 222 00:30:41,666 --> 00:30:46,750 Selepas Galadriel tewas, dia telah mendapatkan sekutu baru. 223 00:30:47,333 --> 00:30:52,166 Dia ahli sihir lama yang mengarahkan Elf supaya menempa senjata baru. 224 00:30:54,875 --> 00:30:56,666 Yang kau ceritakan itu. 225 00:30:57,916 --> 00:30:59,750 Kuasa menguasai minda. 226 00:31:01,791 --> 00:31:03,375 Kau ingat kata-kata itu? 227 00:31:04,041 --> 00:31:07,083 Kuasa yang membolehkan dia menggunakan anak-anak kau 228 00:31:07,083 --> 00:31:09,416 hamba dalam pasukan tenteranya seperti dulu. 229 00:31:10,500 --> 00:31:13,541 Bebaskan aku dan aku akan beritahu lokasi ahli sihir itu 230 00:31:14,750 --> 00:31:19,208 supaya kau boleh bunuh dia dan hapuskan kejahatannya. 231 00:31:20,958 --> 00:31:24,083 Tidak, tuanku. 232 00:31:25,625 --> 00:31:29,583 Sekarang, beritahu aku semua yang kau tahu tentang ahli sihir itu 233 00:31:31,375 --> 00:31:33,625 sebelum aku kelar leher kau. 234 00:31:35,000 --> 00:31:39,208 Kalau aku mati, semua pengetahuan aku akan terkubur. 235 00:31:41,958 --> 00:31:43,375 Kau tak boleh bunuh aku. 236 00:31:45,541 --> 00:31:48,541 Tapi kelak, kau akan merayu agak dibunuh. 237 00:31:56,250 --> 00:31:57,625 Tuanku. 238 00:31:59,625 --> 00:32:01,833 Kata-katanya itu, Bapa Kudus, 239 00:32:01,833 --> 00:32:06,500 Sauron takkan kembali, bukan? 240 00:32:06,500 --> 00:32:07,583 Tidak. 241 00:32:08,416 --> 00:32:10,083 Sauron dah mati. 242 00:32:10,083 --> 00:32:11,583 Melutut, manusia jijik! 243 00:33:30,375 --> 00:33:31,916 Saya kenal riak wajah itu. 244 00:33:37,583 --> 00:33:40,625 Malam tadi, awak dapat lagi mimpi itu, bukan? 245 00:33:41,833 --> 00:33:45,541 Kalau awak ceritakannya kepada saya, mungkin saya boleh... 246 00:33:46,666 --> 00:33:48,375 cuba cari jawapannya. 247 00:33:48,375 --> 00:33:51,583 Ia mungkin petunjuk kepada benda yang kita akan jumpa... 248 00:33:52,458 --> 00:33:54,333 di tempat gugusan bintang itu. 249 00:33:57,291 --> 00:33:59,250 Saya rasa panas. Itu saja. 250 00:34:21,708 --> 00:34:24,125 Aduhai. Biar betul. 251 00:34:25,833 --> 00:34:27,166 Pohon batu. 252 00:34:29,250 --> 00:34:30,666 Kita pusing-pusing saja rupanya. 253 00:34:30,666 --> 00:34:35,500 Tentu ada kuasa jahat di sini yang mengelirukan kita. 254 00:34:35,500 --> 00:34:37,500 Mengaku sajalah. Kita dah sesat. 255 00:34:37,500 --> 00:34:39,708 Orang bodoh saja yang cemas, Nori. 256 00:34:39,708 --> 00:34:42,125 Orang pandai akan bersabar. 257 00:34:42,125 --> 00:34:44,875 Kita tak makan sejak bekalan siput kita habis. 258 00:34:44,875 --> 00:34:46,583 Tiada makanan langsung di sini. 259 00:35:07,500 --> 00:35:09,333 Tidak. 260 00:35:10,083 --> 00:35:11,000 Bolehlah. 261 00:35:11,541 --> 00:35:14,750 Ia mungkin membantu. Belum cuba, belum tahu. 262 00:35:14,750 --> 00:35:17,458 Awak dah lupakah kali terakhir saya melakukannya? 263 00:35:23,708 --> 00:35:24,708 Undur lagi. 264 00:35:33,791 --> 00:35:35,166 Undur lagi, Nori. 265 00:35:43,250 --> 00:35:44,333 Dah cukup jauh? 266 00:36:37,291 --> 00:36:40,375 Awak berjaya. Ini cukup untuk kita makan berhari-hari. 267 00:36:58,541 --> 00:36:59,541 Janganlah sedih sangat. 268 00:36:59,541 --> 00:37:02,458 Awak hasilkan makanan seperti yang saya minta. 269 00:37:03,125 --> 00:37:04,416 Tiada sesiapa yang cedera. 270 00:37:04,416 --> 00:37:05,708 Saya gagal kawal diri. 271 00:37:06,583 --> 00:37:09,041 Kalau begitu, belajarlah kawal diri. 272 00:37:11,625 --> 00:37:16,416 Dalam mimpi itu, ada benda menyerupai... dahan. 273 00:37:17,750 --> 00:37:19,041 Di bawah bintang-bintang. 274 00:37:19,750 --> 00:37:21,583 Apabila saya cuba mencapainya... 275 00:37:27,708 --> 00:37:30,708 Apa? Apa berlaku selepas itu? 276 00:37:33,625 --> 00:37:36,458 Sesetengah perkara mungkin tak patut dikongsi. 277 00:37:38,208 --> 00:37:42,208 Awak dah kongsi pun tadi. 278 00:37:42,208 --> 00:37:45,000 Jadi, sia-sia saja kalau awak cuba berahsia sekarang, bukan? 279 00:37:45,000 --> 00:37:49,458 Tapi mungkin bestari tak perlu sentiasa ikut peraturan. 280 00:38:01,166 --> 00:38:03,791 - Kakinya bergerak dalam kerongkong. - Itu bahagian paling enak. 281 00:38:03,791 --> 00:38:04,916 Ia menari-hari. 282 00:38:05,708 --> 00:38:08,875 Saya dan Poppy selalu menyanyi lagu kumbang 283 00:38:08,875 --> 00:38:11,166 untuk mengiringi kumbang semasa ia... 284 00:38:16,291 --> 00:38:17,500 Yalah. 285 00:38:18,958 --> 00:38:21,666 Harfoot memang wajar merindui kampung halamannya. 286 00:38:23,083 --> 00:38:24,958 Saya dah agak pengalaman ini sukar, tapi... 287 00:38:28,416 --> 00:38:29,625 Saya... 288 00:38:31,750 --> 00:38:33,250 Tak sangka dugaannya berbeza. 289 00:38:34,500 --> 00:38:39,541 Aneh, bukan? Segala yang ditinggalkan boleh menjadi beban paling berat. 290 00:38:43,166 --> 00:38:44,750 Saya juga rindukan kampung halaman. 291 00:38:46,666 --> 00:38:48,291 Awak bukan ingat pun. 292 00:38:48,791 --> 00:38:49,791 Tak juga. 293 00:38:53,250 --> 00:38:56,250 Kadangkala, ia muncul sepintas lalu. 294 00:38:56,875 --> 00:39:01,041 Membuatkan saya rindu pada perasaan yang namanya pun saya tak ingat. 295 00:39:04,500 --> 00:39:05,750 Tapi saya pasti ia wujud. 296 00:39:08,375 --> 00:39:10,083 Di sebalik matahari yang terbenam. 297 00:39:30,250 --> 00:39:31,875 Nampaknya kita diekori. 298 00:40:21,000 --> 00:40:22,791 Ayuh, tuanku. 299 00:40:24,041 --> 00:40:27,625 Raja pun tak boleh hidup tanpa makanan. 300 00:40:29,333 --> 00:40:30,750 Ceritalah kepada kami. 301 00:40:32,666 --> 00:40:37,583 Beritahu Waldreg segala yang kau tahu tentang Sauron. 302 00:40:44,750 --> 00:40:48,291 Kau tentu suka diseksa. 303 00:40:56,750 --> 00:41:00,208 Selepas Bapa Kudus bebaskan aku, aku akan bunuh kamu. 304 00:41:00,708 --> 00:41:03,541 Adar pun tak ingat kau ada di sini. 305 00:42:31,416 --> 00:42:35,833 LINDON LABUAN KELABU 306 00:43:25,916 --> 00:43:26,916 Sempurna. 307 00:43:27,416 --> 00:43:30,666 Kesempurnaan hanya wujud di Valinor. 308 00:43:30,666 --> 00:43:32,250 Terima kasih, Tun Círdan. 309 00:44:17,125 --> 00:44:18,875 Kamu boleh keluar sekarang. 310 00:44:26,666 --> 00:44:28,083 Tun Círdan. 311 00:44:36,458 --> 00:44:39,041 Maafkan saya kerana datang mengejut, 312 00:44:40,416 --> 00:44:42,166 tapi saya keseorangan sekarang. 313 00:44:42,166 --> 00:44:45,125 Tuan Elf paling tua yang paling bijaksana. 314 00:44:45,875 --> 00:44:48,583 Elf sedang diuji ujian terbesar pada kala ini. 315 00:44:50,625 --> 00:44:53,250 Nampaknya kamu bawa sesuatu. 316 00:44:53,250 --> 00:44:56,166 Sesuatu yang takkan dapat disorok. 317 00:44:57,041 --> 00:44:58,250 Apa yang kamu bawa? 318 00:45:04,500 --> 00:45:07,583 Ia sepatutnya diserahkan kepada Lord Celebrimbor. 319 00:45:07,583 --> 00:45:09,375 Dia perlu tahu 320 00:45:09,375 --> 00:45:12,000 bahawa Halbrand ialah Sauron. 321 00:45:12,000 --> 00:45:13,750 Pergi cepat, 322 00:45:14,333 --> 00:45:16,791 dan jangan percaya sesiapa yang kamu jumpa. 323 00:45:17,416 --> 00:45:18,666 Menjunjung perintah, tuanku. 324 00:45:31,958 --> 00:45:35,166 Patik mahu berterima kasih kerana percayakan patik dengan Cincin itu. 325 00:45:35,166 --> 00:45:36,666 Percaya? 326 00:45:38,291 --> 00:45:39,791 Dengar sini baik-baik, komander. 327 00:45:40,625 --> 00:45:43,875 Matlamat kita sekarang sama 328 00:45:44,375 --> 00:45:47,250 hanya kerana perbuatan kamu buat kita tersepit. 329 00:45:47,958 --> 00:45:51,375 Kerana kamu, musuh kita masih hidup. 330 00:45:52,291 --> 00:45:55,291 Kerana kamu juga, kita terpaksa menguji kuasa Cincin itu. 331 00:45:55,291 --> 00:45:56,875 Beta sepatutnya tangkap kamu 332 00:45:56,875 --> 00:45:59,291 dan humban kamu ke Ettenmoors kerana perbuatan kamu. 333 00:45:59,291 --> 00:46:00,416 Kenapa tuanku tak buat? 334 00:46:03,708 --> 00:46:05,333 Beta masih mempertimbangkannya. 335 00:46:14,916 --> 00:46:16,666 Patik bersumpah, tuanku, 336 00:46:18,208 --> 00:46:22,541 patik akan hapuskan dia supaya dapat membetulkan keadaan. 337 00:46:25,541 --> 00:46:28,125 Beta tahu, sebab itulah kamu di sini. 338 00:46:33,250 --> 00:46:35,625 Tuanku, kami tak jumpa Cincin-cincin itu. 339 00:46:36,625 --> 00:46:39,208 Kami dah cari di seluruh pesisiran pantai, 340 00:46:40,000 --> 00:46:41,375 tapi masih gagal menemuinya. 341 00:46:42,291 --> 00:46:44,125 - Mungkin dia dah... - Tidak. 342 00:46:45,166 --> 00:46:46,416 Elrond masih hidup. 343 00:46:48,041 --> 00:46:49,666 Perluas kawasan pencarian. 344 00:46:50,166 --> 00:46:53,833 Tempatkan askar di setiap jeti. Jangan biar dia terlepas. 345 00:46:58,583 --> 00:47:00,458 Dia takkan cuba lari. 346 00:47:02,250 --> 00:47:03,458 Apa maksudnya? 347 00:47:04,583 --> 00:47:06,875 Dia kata Cincin itu perlu dimusnahkan. 348 00:47:07,500 --> 00:47:09,833 Elrond tentu akan cari orang yang dia percaya. 349 00:47:10,541 --> 00:47:13,208 Orang yang lebih tua, lebih arif... 350 00:47:14,500 --> 00:47:16,500 Apabila dia bersuara, semua orang patuh. 351 00:47:17,625 --> 00:47:19,250 Termasuklah tuanku. 352 00:47:19,833 --> 00:47:23,041 Orang yang boleh mengubah keadaan supaya memihak kepadanya. 353 00:47:28,958 --> 00:47:30,458 Tuan lihatlah sendiri. 354 00:47:32,291 --> 00:47:34,208 Saya pernah lihat hasil kerja Celebrimbor. 355 00:47:35,625 --> 00:47:37,625 - Dia sangat mahir. - Benar. 356 00:47:38,458 --> 00:47:42,458 Dia pernah kata yang dia mahu menghasilkan objek yang amat berkuasa, 357 00:47:42,458 --> 00:47:45,166 hingga boleh mengubah hati penyimpannya. 358 00:47:47,000 --> 00:47:49,666 Jika benarlah kata kamu 359 00:47:49,666 --> 00:47:53,875 bahawa Cincin ini buat Elf saling bermusuhan, 360 00:47:56,583 --> 00:47:58,291 maka, tercapailah sudah impiannya. 361 00:47:59,750 --> 00:48:03,041 Mungkin bukan kemahiran Celebrimbor yang buat mereka bercakaran. 362 00:48:04,375 --> 00:48:06,125 Jika kata-kata kamu tadi benar, 363 00:48:07,083 --> 00:48:11,166 ini bermakna Sauron tak terlibat dalam penghasilan ketiga-tiga Cincin ini. 364 00:48:11,833 --> 00:48:13,250 Dia licik. 365 00:48:14,041 --> 00:48:16,458 Cincin itu mungkin cuma helah. 366 00:48:16,458 --> 00:48:19,916 Cara untuk mencapai matlamat lebih besar yang kita belum tahu. 367 00:48:25,666 --> 00:48:27,291 Apa yang kamu mahu saya buat? 368 00:48:28,666 --> 00:48:30,541 Cincin itu perlu dimusnahkan. 369 00:48:31,666 --> 00:48:34,541 Tapi zaman peradaban Elf akan berakhir. 370 00:48:37,333 --> 00:48:41,625 Kita akan terpaksa meninggalkan Buana Tengah. 371 00:48:42,666 --> 00:48:43,791 Sanggupkah kamu pergi? 372 00:48:43,791 --> 00:48:48,083 Jika keengganan saya membolehkan musuh bermaharajalela, maka... 373 00:48:49,375 --> 00:48:50,375 Saya sanggup. 374 00:48:51,583 --> 00:48:53,333 Ayah kamu tentu bangga. 375 00:49:05,125 --> 00:49:06,708 Dulu, pernah ada satu pertempuran. 376 00:49:08,416 --> 00:49:11,583 Senjata untuknya dibina daripada batuan kerak benua ini. 377 00:49:11,583 --> 00:49:14,500 Sehingga hari ini, di pertemuan laut dan darat benua kita, 378 00:49:14,500 --> 00:49:17,375 kesannya di dasar laut amat dalam 379 00:49:17,375 --> 00:49:20,250 dan hanya Manwë tahu di mana ia berakhir. 380 00:49:20,250 --> 00:49:25,666 Jika ketiga-tiga Cincin ini dibuang ke dalamnya, ia... 381 00:49:38,375 --> 00:49:39,916 Biar patik jumpa dia dulu. 382 00:49:41,166 --> 00:49:42,583 Patik mohon perkenan, tuanku. 383 00:49:44,000 --> 00:49:47,541 Izinkan patik berbincang dengan kawan patik buat kali terakhir. 384 00:49:48,958 --> 00:49:50,541 Buat cepat. 385 00:49:58,541 --> 00:49:59,625 Elrond? 386 00:50:01,708 --> 00:50:03,500 Saya nak minta awak serahkannya. 387 00:50:04,000 --> 00:50:07,000 Kalau saya gagal, Raja Agung akan tangkap awak. 388 00:50:12,125 --> 00:50:14,083 Saya terlalu kerap gagal kebelakangan ini. 389 00:50:15,583 --> 00:50:17,250 Bantulah saya supaya berjaya kali ini. 390 00:50:20,583 --> 00:50:25,000 Saya sepatutnya percayakan awak kerana awak percayakan saya. 391 00:50:26,666 --> 00:50:30,500 Tapi kalau kita berdua tak yakin dengan Cincin itu, hancurlah semuanya. 392 00:50:33,000 --> 00:50:34,625 Dengan tiga cincin, keseimbangan ada. 393 00:50:35,958 --> 00:50:36,958 Ingat lagi kalimat itu? 394 00:50:37,708 --> 00:50:39,500 Kita sama-sama pilih jalan ini. 395 00:50:41,500 --> 00:50:44,208 - Tidak, awak yang pilih untuk saya. - Elrond... 396 00:50:44,208 --> 00:50:46,125 Kenapa awak tak berani memikirkan 397 00:50:46,125 --> 00:50:47,708 yang mereka mungkin menyeleweng? 398 00:50:50,083 --> 00:50:51,583 Kerana hati saya yakin 399 00:50:52,833 --> 00:50:55,666 bahawa Cincin-cincin itu tak dipengaruhi sesiapa. 400 00:50:56,458 --> 00:50:57,541 Betulkah awak yakin? 401 00:51:00,083 --> 00:51:04,375 Galadriel, cahaya Valinor melimpahi awak, 402 00:51:05,041 --> 00:51:06,666 tapi awak tak mengendahkannya. 403 00:51:08,083 --> 00:51:12,375 Adakah itu kerana awak menentang kejahatan dan bukan kerana awak tergoda olehnya? 404 00:51:12,375 --> 00:51:15,583 Awak tak nampakkah? Semua ini mungkin rancangannya. 405 00:51:15,583 --> 00:51:17,708 Saya yakin saya betul pada waktu itu 406 00:51:19,666 --> 00:51:23,666 dan masa akan mendedahkan sama ada saya bodoh atau bijak. 407 00:51:26,625 --> 00:51:29,083 Berapa lama masa yang awak ada? 408 00:51:31,791 --> 00:51:33,208 Mana Círdan? 409 00:51:33,916 --> 00:51:35,916 Awak bertindak kerana terpaksa, Galadriel. 410 00:51:38,708 --> 00:51:40,083 Saya pun sama. 411 00:51:40,083 --> 00:51:41,416 Elrond. 412 00:51:42,708 --> 00:51:44,541 Di mana Cincin-cincin itu? 413 00:53:14,500 --> 00:53:15,666 Poppy! 414 00:53:19,166 --> 00:53:20,708 Kuih madu. 415 00:53:20,708 --> 00:53:22,708 Gembiranya saya. 416 00:53:26,916 --> 00:53:28,666 Bagaimana semua orang? 417 00:53:30,291 --> 00:53:31,416 Macam biasa. 418 00:53:31,416 --> 00:53:33,375 Mak awak suruh saya buat kerja awak, 419 00:53:33,375 --> 00:53:35,208 tapi ayah awak kata saya tak perlu buat. 420 00:53:38,916 --> 00:53:40,333 Awak cari kami. 421 00:53:41,000 --> 00:53:44,125 Tak susah pun. Awak belum pergi jauh. 422 00:53:44,125 --> 00:53:45,583 Ya, kerana kami dah sesat. 423 00:53:45,583 --> 00:53:47,000 Sekarang baru awak mengaku. 424 00:53:47,000 --> 00:53:49,166 Tapi jangan risau. Tengoklah. 425 00:53:51,208 --> 00:53:52,916 Saya menemuinya dalam buku Sadoc. 426 00:53:52,916 --> 00:53:55,500 Harfoot dah sampai ke sini suatu masa dulu. 427 00:53:55,500 --> 00:53:57,208 Tengok, ada amaran. 428 00:53:57,208 --> 00:54:00,750 "Jangan lupa baris lagu kalau tak mahu sesat barat." 429 00:54:00,750 --> 00:54:02,791 Lagu? Lagu apa? 430 00:54:02,791 --> 00:54:03,916 Cuba teka. 431 00:54:03,916 --> 00:54:08,125 Menyanyilah kepadaku Dunia di sana 432 00:54:09,458 --> 00:54:11,875 - Lagu kelana? - Saya rasa ia boleh tunjuk arah. 433 00:54:11,875 --> 00:54:13,583 Nenek moyang kita dah lama berkelana. 434 00:54:13,583 --> 00:54:15,791 Laluan ini tentu penting bagi mereka. 435 00:54:15,791 --> 00:54:17,625 Kita patut cuba panjat. 436 00:54:18,500 --> 00:54:23,666 "Pohon batu... Sinar di menara, bukan tempatku." 437 00:54:30,125 --> 00:54:31,125 Itu. 438 00:54:36,375 --> 00:54:38,208 "Lepas mata api." 439 00:54:40,916 --> 00:54:42,666 "Beralaskan pasir hitam." 440 00:54:45,916 --> 00:54:49,291 "Kutinggalkan semuanya untuk entah ke mana." 441 00:55:07,125 --> 00:55:09,541 Selamat datang ke Rhûn. 442 00:55:10,708 --> 00:55:13,125 Ayuh. Tunggu apa lagi? 443 00:55:14,125 --> 00:55:15,625 Kita baru saja bermula. 444 00:55:23,041 --> 00:55:24,708 Kenapa awak memandangnya macam itu? 445 00:55:26,833 --> 00:55:28,000 Macam apa? 446 00:55:28,583 --> 00:55:30,458 Macam awak pernah melihatnya. 447 00:55:33,333 --> 00:55:34,750 Hanya dalam mimpi. 448 00:57:14,916 --> 00:57:16,416 Aku pernah jadi macam kau. 449 00:57:20,958 --> 00:57:22,958 Pada awal Zaman Terawal. 450 00:57:27,666 --> 00:57:32,125 Morgoth sendiri pilih tiga belas daripada kami 451 00:57:32,125 --> 00:57:34,041 sebagai penerima kuasa. 452 00:57:36,000 --> 00:57:37,416 Satu kelahiran baru. 453 00:57:41,708 --> 00:57:45,166 Sebaliknya, aku dihumban ke puncak gelap yang terpencil. 454 00:57:45,166 --> 00:57:47,541 Dirantai dan dilupakan. 455 00:57:49,208 --> 00:57:53,916 Setelah lama berlapar dan dahaga... 456 00:57:56,958 --> 00:57:58,166 Aku nampak akhirnya. 457 00:58:01,333 --> 00:58:02,875 Wajah pembantunya. 458 00:58:05,375 --> 00:58:07,083 Wajah Sauron. 459 00:58:09,291 --> 00:58:11,708 Indah sungguh wajahnya. 460 00:58:14,166 --> 00:58:17,375 Dia tawarkan wain semerah gerhana, 461 00:58:20,666 --> 00:58:24,208 dan di puncak gelap yang terpencil itu, 462 00:58:26,125 --> 00:58:27,166 aku meneguknya. 463 00:58:27,583 --> 00:58:28,958 Aku minum sampai habis. 464 00:58:33,791 --> 00:58:35,708 Orang kau dah dibebaskan. 465 00:58:38,791 --> 00:58:41,000 Sekarang, aku mahu tahu semuanya tentang Sauron. 466 00:58:46,375 --> 00:58:48,875 Sauron kembali dalam bentuk baru. 467 00:58:50,625 --> 00:58:54,083 Aku belum pasti bentuknya. 468 00:58:54,083 --> 00:58:55,833 Kalau begitu, apa gunanya kau bagi aku? 469 00:58:56,750 --> 00:58:58,833 Aku ada sesuatu yang kau tiada. 470 00:58:58,833 --> 00:59:00,416 Kepercayaan kaum Elf. 471 00:59:01,416 --> 00:59:02,875 Bebaskan aku. 472 00:59:04,541 --> 00:59:06,458 Aku boleh jumpa mereka dan cari dia 473 00:59:07,041 --> 00:59:09,750 supaya kau boleh suruh orang-orang kau bunuh dia. 474 00:59:26,625 --> 00:59:30,208 Adakah kau bersumpah setia kepada Adar, 475 00:59:30,875 --> 00:59:33,125 Bapa Kudus kaum Uruks? 476 00:59:40,750 --> 00:59:42,125 Ya. 477 00:59:44,791 --> 00:59:46,250 Melutut. 478 01:00:02,625 --> 01:00:04,000 Sekarang, lafazkannya. 479 01:00:07,500 --> 01:00:10,333 - Aku bersumpah... - Sujud kepada aku. 480 01:00:26,000 --> 01:00:28,458 Aku bersumpah untuk berkhidmat kepada Pemerintah Mordor. 481 01:00:31,875 --> 01:00:33,541 Hingga ke hujung hayatku, 482 01:00:35,875 --> 01:00:36,916 dan hayatnya. 483 01:00:52,625 --> 01:00:54,750 Apa kau buat? Berambus. 484 01:00:58,500 --> 01:01:00,666 Ekori setiap langkahnya. 485 01:01:02,833 --> 01:01:04,833 "Aku akan bunuh kau." 486 01:01:06,375 --> 01:01:08,416 Begitu, ya, tuanku? 487 01:01:09,625 --> 01:01:11,541 Daulat tuanku. 488 01:01:35,541 --> 01:01:38,208 Elf sekalian! 489 01:01:38,208 --> 01:01:44,291 Sudah lama kita menghuni Buana ini 490 01:01:46,458 --> 01:01:51,833 Akhirnya tibalah masa 491 01:01:51,833 --> 01:01:57,458 Kita menuju ke Valinor 492 01:01:57,458 --> 01:02:07,750 Elf sekalian! 493 01:02:07,750 --> 01:02:10,666 Salju turun 494 01:02:10,666 --> 01:02:16,750 Dedaunan berguguran... 495 01:02:19,333 --> 01:02:29,375 Elf sekalian! 496 01:02:30,000 --> 01:02:32,958 Gugur di muara 497 01:02:32,958 --> 01:02:39,041 Lalu dibawa arus 498 01:02:44,791 --> 01:02:48,625 Cahaya Eldar sudah malap. 499 01:02:49,166 --> 01:02:52,416 Seperti haruan yang pulang ke lubuk, 500 01:02:53,250 --> 01:02:58,708 kita juga harus pulang ke tanah air agar tak lenyap ditelan kegelapan malam. 501 01:02:58,708 --> 01:03:01,166 Maka, saat ini menandakan 502 01:03:01,750 --> 01:03:06,208 yang masa kita di Buana Tengah sudah berakhir. 503 01:03:31,833 --> 01:03:35,750 Kesempurnaan tiada di Valinor, tuanku. 504 01:03:37,458 --> 01:03:38,750 Ia ada di sini. 505 01:03:39,458 --> 01:03:42,625 Celebrimbor telah membawanya ke Buana Tengah. 506 01:03:55,458 --> 01:03:56,750 Tidak! 507 01:04:23,208 --> 01:04:24,708 Galadriel. 508 01:04:28,500 --> 01:04:29,750 Jangan. 509 01:07:37,083 --> 01:07:40,333 Cincin baru ini menakjubkan. 510 01:07:41,750 --> 01:07:43,583 Ya, benar. 511 01:07:43,583 --> 01:07:47,958 Saya cuma harap ia berkuasa supaya kita dapat menggunakannya. 512 01:07:49,208 --> 01:07:52,541 Maaf, tuan, tapi ada utusan datang. 513 01:07:53,375 --> 01:07:55,041 Dengan khabar dari Lindon? 514 01:07:55,041 --> 01:07:58,708 Tidak, tuan. Dia datang dari Benua Selatan. 515 01:07:58,708 --> 01:08:01,375 Katanya dia mahu berunding. 516 01:08:29,250 --> 01:08:31,958 Tuan mahu benarkan dia masuk? 517 01:09:07,708 --> 01:09:09,833 Beta nampak gunung-ganang runtuh. 518 01:09:10,833 --> 01:09:12,291 Air makin mengering. 519 01:09:13,083 --> 01:09:16,083 Awan gelap. Berkepul-kepul di menara putih. 520 01:09:17,958 --> 01:09:20,833 MUSIM INI DALAM THE LORD OF THE RINGS THE RINGS OF POWER 521 01:09:21,750 --> 01:09:22,666 Ribut bakal melanda. 522 01:09:23,708 --> 01:09:24,833 Bersiap sedialah. 523 01:09:24,833 --> 01:09:27,750 Aku tunggu kedatanganmu. 524 01:09:34,666 --> 01:09:36,125 Sesuatu buat mereka terjaga. 525 01:09:36,125 --> 01:09:38,583 Bukan sesuatu. Seseorang. 526 01:09:39,625 --> 01:09:43,541 Orang kata dia menyamar untuk memperdaya musuhnya. 527 01:09:43,541 --> 01:09:46,000 - Awak siapa? - Annatar. 528 01:09:46,500 --> 01:09:47,875 Betara Anugerah. 529 01:09:49,666 --> 01:09:53,625 Sauron berseorangan, tanpa tentera atau sekutu. 530 01:09:54,625 --> 01:09:57,625 Bukan tentera yang dia perlukan, tapi Cincin. 531 01:09:59,166 --> 01:10:03,541 Tujuh Cincin, Tujuh Bangsa Dwarf. Kuasa setiap satunya saling berkait. 532 01:10:06,375 --> 01:10:08,791 Awak selamatkan Elf. Buat Cincin untuk Manusia 533 01:10:08,791 --> 01:10:11,333 Kita tak boleh beri Cincin kepada Manusia. 534 01:10:11,333 --> 01:10:14,375 Kemungkinan mereka gila kuasa terlalu besar. 535 01:10:15,875 --> 01:10:18,958 Ciptaan agung memerlukan pengorbanan. 536 01:10:22,166 --> 01:10:24,166 Dengan memakai Cincin itu, 537 01:10:24,166 --> 01:10:26,833 awak bersubahat dengannya. 538 01:10:26,833 --> 01:10:28,166 Tanggalkan Cincin itu. 539 01:10:32,333 --> 01:10:34,500 Aku akan pastikan dia tewas. 540 01:10:35,250 --> 01:10:37,250 Tidak! Inilah yang Sauron nak! 541 01:10:39,833 --> 01:10:42,416 Saya rasa saya wajib melakukan sesuatu yang istimewa. 542 01:10:42,416 --> 01:10:44,541 Awak perlu tenang ketika bencana melanda. 543 01:10:46,583 --> 01:10:48,958 Boleh awak ajar sihir ini kepada saya? 544 01:10:48,958 --> 01:10:50,666 Hanya jika awak benar-benar layak. 545 01:10:57,458 --> 01:11:01,041 Sauron bangkit di barat. Bestari Puaka di timur. 546 01:11:01,041 --> 01:11:04,083 Semua penghuni Buana Tengah dalam bahaya. 547 01:11:04,583 --> 01:11:06,666 Sanggupkah awak biar mereka menjadi mangsa? 548 01:11:07,333 --> 01:11:08,791 Kita boleh berjaya bersama. 549 01:11:08,791 --> 01:11:11,041 - Tiada yang terpesong. - Tiada yang bersendirian. 550 01:11:15,833 --> 01:11:18,041 Saya perlukan kapak awak. Sekarang. 551 01:11:20,875 --> 01:11:23,416 Celebrimbor, kita ada tugas penting. 552 01:13:13,791 --> 01:13:15,791 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 553 01:13:15,791 --> 01:13:17,875 Penyelia Kreatif Bima Gasendo