1 00:00:10,053 --> 00:00:13,014 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:18,144 --> 00:00:19,479 Sebelum ini dalam You. 3 00:00:22,523 --> 00:00:24,025 Apa yang kamu buat, Love? 4 00:00:24,108 --> 00:00:27,111 Theo akan alihkan perhatian kamu daripada Henry. 5 00:00:28,404 --> 00:00:30,364 Saya tak boleh pendam perasaan. 6 00:00:30,448 --> 00:00:33,493 Saya akan melayannya agar ia terkawal. 7 00:00:33,576 --> 00:00:35,536 Tapi pastikan ia tahu peraturannya. 8 00:00:36,204 --> 00:00:39,123 Sekarang, saya ada kamu, Marienne. 9 00:00:40,124 --> 00:00:42,543 Kali ini, ia pasti berbeza. 10 00:01:21,124 --> 00:01:24,418 Saya memang cuai. 11 00:01:26,295 --> 00:01:27,130 Okey. 12 00:01:29,465 --> 00:01:33,302 Inilah yang saya ketahui tentang kamu beberapa hari ini, Marienne. 13 00:01:34,762 --> 00:01:37,056 Kamu suka benda yang beri kamu perasaan. 14 00:01:37,140 --> 00:01:41,853 Kamu ganjil dan berjiwa seni. Kamu tak suka semuanya berjalan lancar. 15 00:01:41,936 --> 00:01:44,730 Kamu sukakan ketaksempurnaan. 16 00:01:44,814 --> 00:01:46,566 Gandingan yang tak dijangkakan. 17 00:01:46,649 --> 00:01:51,154 Kamu mendalam, penuh rasa hormat, sukakan tradisi, 18 00:01:51,988 --> 00:01:54,157 tapi sukakan cabaran. 19 00:01:56,659 --> 00:02:00,496 Kamu selesa dalam keadaan huru-hara, tapi bukanlah sebab kamu sukanya. 20 00:02:07,170 --> 00:02:10,173 Kamu menjaga buku, seni dan minda anak muda, 21 00:02:10,256 --> 00:02:12,550 tapi siapa yang jaga kamu? 22 00:02:15,595 --> 00:02:18,723 Tak. Bukan ini sebabnya saya datang. 23 00:02:18,806 --> 00:02:22,935 Saya ke sini untuk tahu sebabnya saya ke sini. 24 00:02:23,019 --> 00:02:25,563 Kenapa kamu, Marienne? 25 00:02:27,315 --> 00:02:30,193 Jadi, saya perlu tinggalkan semuanya seperti sedia kala. 26 00:02:33,112 --> 00:02:36,824 Saya suka mengekori kamu. Kamu menarik dan tak boleh dijangka. 27 00:02:36,908 --> 00:02:40,703 Keinginan saya untuk mengekori kamu telah dipenuhi, 28 00:02:40,786 --> 00:02:44,415 tapi disebabkan saya ada kesedaran dan saya nak mengatasi keinginan itu, 29 00:02:44,498 --> 00:02:45,958 saya tanya sekali lagi 30 00:02:46,042 --> 00:02:48,377 kenapa saya tertarik kepada kamu? 31 00:02:48,753 --> 00:02:50,963 Bagus! Ya, sudah tentu. 32 00:02:52,256 --> 00:02:53,341 Alamak! 33 00:02:56,177 --> 00:02:57,637 Baiklah. 34 00:02:58,095 --> 00:02:58,930 Okey. 35 00:02:59,764 --> 00:03:03,267 - Okey, bagus. - Kamu balik awal. Anehnya. 36 00:03:05,353 --> 00:03:07,980 Ya, saya tahu tempat itu. 37 00:03:09,899 --> 00:03:12,401 Okey. Ya, bagus. Jumpa di sana. 38 00:03:14,320 --> 00:03:16,864 Kenapa tiba-tiba saja kamu berubah? 39 00:03:16,948 --> 00:03:21,285 Saya harap kamu tak buat seks punggung dengan sesiapa. Kasihan Peach. 40 00:03:21,994 --> 00:03:25,039 Kamu sengaja mengusik saya. 41 00:03:34,465 --> 00:03:37,051 Gincu. Kamu nak keluar berjanji temukah? 42 00:03:49,397 --> 00:03:50,898 Isteri saya. 43 00:03:50,982 --> 00:03:52,108 Padan muka saya. 44 00:03:52,191 --> 00:03:55,736 KAMU DALAM PERJALANAN PULANG? 45 00:03:55,820 --> 00:03:58,656 BEKERJA LEWAT. NANTI SAYA PULANG 46 00:03:59,407 --> 00:04:00,950 Ayah masih bekerja. 47 00:04:05,997 --> 00:04:09,875 SAYA DAH BELI BAHAN UNTUK MAKANAN KEGEMARAN AWAK SEBAB SAYA ISTERI TERBAIK 48 00:04:10,835 --> 00:04:13,087 Dia isteri terbaik. 49 00:04:13,587 --> 00:04:15,715 Saya pula menghendap orang. 50 00:04:16,966 --> 00:04:20,052 Bermakna, kamu tak berbaloi. 51 00:04:20,720 --> 00:04:22,972 Kamu hanya cinta sementara. 52 00:04:33,316 --> 00:04:35,401 KENAPA KAMU TAK NAK CAKAP DENGAN SAYA? 53 00:04:45,786 --> 00:04:47,204 UJIAN KEHAMILAN 54 00:04:58,841 --> 00:05:00,426 - Ayah, apa…? - Hai. 55 00:05:00,509 --> 00:05:03,929 Bagaimana dengan Tokyo? Ayah kata nak balik bulan depan. 56 00:05:04,013 --> 00:05:06,349 Kerja kami dah habis, jadi… 57 00:05:06,432 --> 00:05:10,561 Baguslah ayah dah boleh menugaskan kerja. 58 00:05:11,145 --> 00:05:11,979 Terima kasih. 59 00:05:13,105 --> 00:05:16,025 Ayah terlupa untuk tidur di sana atau… 60 00:05:16,108 --> 00:05:18,194 Penerbangan ayah lama, Theo. 61 00:05:18,277 --> 00:05:20,946 - Saya gembira ayah dah pulang. - Ayah juga. 62 00:05:21,405 --> 00:05:23,616 Kamu nak tanya kenapa saya di sini? 63 00:05:25,368 --> 00:05:26,494 Sudah tentu. 64 00:05:27,620 --> 00:05:28,454 Sudah tentu. 65 00:05:29,622 --> 00:05:32,958 - Apa yang berlaku di kolej? - Saya nak bercuti sebentar. 66 00:05:33,042 --> 00:05:37,213 Saya tak dapat lupakan segala yang dah berlaku kebelakangan ini. 67 00:05:37,797 --> 00:05:38,964 Tak apa. 68 00:05:39,465 --> 00:05:41,384 Ayah faham. 69 00:05:41,467 --> 00:05:45,596 - Kita boleh pergi makan. - Tak boleh. Ayah ada kerja. 70 00:05:46,180 --> 00:05:47,848 Ya. Sudah tentu. 71 00:05:52,353 --> 00:05:53,771 KEPUTUSAN DALAM SATU MINIT 72 00:06:07,535 --> 00:06:10,079 SAYA PERLUKAN BANTUAN KAMU 73 00:06:12,581 --> 00:06:17,211 SAYA TAK BOLEH BERCAKAP DENGAN KAMU. KITA TAK BOLEH BERJUMPA LAGI 74 00:06:26,512 --> 00:06:31,058 Ingat lagi semasa kita buatkan Maserati ayah berlanggar? Badan kita luka-luka. 75 00:06:31,142 --> 00:06:34,895 Kita memendam derita dan tak beritahu dia. 76 00:06:34,979 --> 00:06:36,689 Sekarang, itulah perasaan saya. 77 00:06:36,772 --> 00:06:41,402 Namun sekarang, saya tak boleh salahkan orang lain. 78 00:06:43,946 --> 00:06:47,950 Saya berlaku curang terhadap teman sejiwa saya. Apa masalah saya, Forty? 79 00:06:48,033 --> 00:06:52,413 Jika kamu ada di sini, kamu akan ketawa. Kamu kata saya akan jadi ibu yang teruk. 80 00:06:52,496 --> 00:06:56,917 Mungkin saya sedang hamilkan anak kedua dan saya tak boleh beritahu sesiapa… 81 00:06:58,043 --> 00:06:59,587 yang saya tak mahukannya. 82 00:07:00,379 --> 00:07:02,590 HELO? 83 00:07:03,340 --> 00:07:06,677 Jangan fikir bukan-bukan. Itu bukan anak Theo. 84 00:07:07,386 --> 00:07:09,430 Tak mungkin. Saya tak rasa begitu. 85 00:07:19,648 --> 00:07:20,608 Apa yang saya buat? 86 00:07:20,691 --> 00:07:24,945 Telefon kamu di dalam bilik tidur saya sebab kamu dah mati. 87 00:07:25,029 --> 00:07:29,450 Tiada sesiapa akan baca mesej ini. Jadi, kenapa saya mengaku? 88 00:07:32,995 --> 00:07:34,997 KALENDER HUJUNG MINGGU WANITA DAN WAIN DOTTIE 89 00:07:35,080 --> 00:07:36,874 Bercakap tentang ibu yang teruk… 90 00:07:38,417 --> 00:07:42,046 Bercakap tentang itu… Saya tak nak tahu tentang Dottie dan perkara kegemarannya. 91 00:07:42,838 --> 00:07:45,758 Saya harap kamu ada di sini. Saya perlukan kamu. 92 00:08:10,449 --> 00:08:12,535 Ya Tuhan. Theo, jangan! 93 00:08:13,452 --> 00:08:16,705 Apa ini? Apa yang kamu buat? 94 00:08:16,789 --> 00:08:20,167 Saya nak menarik perhatian kamu. Ini perbuatan romantik. 95 00:08:20,251 --> 00:08:21,210 Apa maksud kamu? 96 00:08:21,293 --> 00:08:22,920 Menurut drama komedi romantik 97 00:08:23,003 --> 00:08:26,006 generasi kamu, inilah yang lelaki buat untuk dapatkan gadis itu. 98 00:08:26,090 --> 00:08:29,885 Pertama sekali, saya taklah setua itu. Ini bukan permainan, Theo. 99 00:08:29,969 --> 00:08:33,222 Okey, maafkan saya. Saya tak tahu nak buat apa. 100 00:08:34,139 --> 00:08:37,768 Namun, kamu tak pedulikan saya. Saya perlukan nasihat kamu 101 00:08:37,851 --> 00:08:40,854 sebab kamu satu-satunya orang yang saya percayai. 102 00:08:43,649 --> 00:08:44,858 Ayah saya dah balik. 103 00:08:44,942 --> 00:08:48,195 Dia dah pun berkurung di pejabatnya. 104 00:08:48,279 --> 00:08:49,321 Saya… 105 00:08:51,115 --> 00:08:54,618 Entahlah. Saya tak tahu nak buat apa. 106 00:08:57,621 --> 00:08:59,582 Keadaan dia tak begitu baik. 107 00:08:59,665 --> 00:09:04,461 Ya. Ayah kamu sedang bersedih, Theo. Keadaan ini takkan berakhir. 108 00:09:04,545 --> 00:09:06,589 Saya hantar mesej kepada mendiang adik saya. 109 00:09:08,215 --> 00:09:09,508 - Mari sini. - Apa? Tak. 110 00:09:09,592 --> 00:09:11,635 Pergilah jaga ayah kamu. 111 00:09:11,719 --> 00:09:15,598 Saya tahu dia teruk, tapi cubalah faham perasaannya. 112 00:09:16,307 --> 00:09:17,933 Pasti dia ada sebabnya. 113 00:09:18,809 --> 00:09:22,229 Okey. Boleh saya tanya satu perkara lagi? 114 00:09:24,565 --> 00:09:25,524 Baiklah. 115 00:09:25,608 --> 00:09:28,027 Kamu fikirkan saya semasa berasmara dengan suami kamu? 116 00:09:28,110 --> 00:09:31,071 - Biar betul? - Saya hanya fikirkan kamu. 117 00:09:31,155 --> 00:09:33,741 Kamu perlu pergi. Pergi jaga ayah kamu. 118 00:09:35,492 --> 00:09:37,661 Patutkah saya dapat nasib ini? 119 00:09:39,538 --> 00:09:42,625 Adakah bayi baru ini satu kurniaan atau hukuman? 120 00:09:42,708 --> 00:09:44,960 Ia kedengaran teruk. Saya terukkah? 121 00:09:45,044 --> 00:09:48,005 Kenapa saya lakukannya jika saya bahagia, Forty? 122 00:09:51,592 --> 00:09:53,719 - Kamu perlukan bantuan? - Tak. 123 00:10:00,893 --> 00:10:01,894 Sedapnya bau. 124 00:10:04,188 --> 00:10:05,981 Saya tak layak dapat dia. 125 00:10:07,608 --> 00:10:09,109 Saya tak layak dapat dia. 126 00:10:09,193 --> 00:10:11,779 Dia masak untuk saya sepanjang hujung minggu 127 00:10:11,862 --> 00:10:16,408 dan saya pula tunggu dia pergi agar saya boleh ekori kamu. 128 00:10:17,826 --> 00:10:19,036 Rasalah. Sedia? 129 00:10:20,120 --> 00:10:21,038 Ya. 130 00:10:31,048 --> 00:10:33,676 Kamu menarik perhatian saya. 131 00:10:33,759 --> 00:10:36,220 Namun, Love ialah teman sejiwa saya, 132 00:10:36,762 --> 00:10:38,013 ibu kepada anak saya, 133 00:10:38,639 --> 00:10:39,932 cinta hidup saya. 134 00:10:40,015 --> 00:10:43,811 Tugas saya sebagai suami dan ayah adalah mengekal keadaan ini. 135 00:10:53,278 --> 00:10:54,363 Saya bahagia. 136 00:10:54,863 --> 00:10:56,198 Tentulah kamu bahagia. 137 00:10:57,116 --> 00:10:59,451 Kamu hanya fikirkan isteri kamu. 138 00:11:00,536 --> 00:11:03,372 Sepanjang masa. 139 00:11:09,128 --> 00:11:10,337 Hei, kamu okey? 140 00:11:12,464 --> 00:11:13,549 Ya. 141 00:11:14,133 --> 00:11:14,967 Ya. 142 00:11:21,598 --> 00:11:24,143 Bagaimana kamu jadikannya begitu lembap? 143 00:11:27,771 --> 00:11:29,106 Tunjukkan kepada saya. 144 00:11:30,190 --> 00:11:32,067 Ya. Begitulah. 145 00:11:53,380 --> 00:11:54,298 Nikmatnya. 146 00:11:55,549 --> 00:11:56,633 Nikmatnya. 147 00:12:03,474 --> 00:12:06,560 Terima kasih sebab sudi berjumpa saya. 148 00:12:06,643 --> 00:12:10,022 Siaplah kamu jika kamu masih tak faham kata-kata saya. 149 00:12:11,023 --> 00:12:12,441 Saya bergurau saja. 150 00:12:13,817 --> 00:12:17,237 Saya andaikan masalah dulu dah selesai. 151 00:12:18,071 --> 00:12:20,824 Saya harap kamu beritahu saya sebelum kamu upah penyiasat 152 00:12:20,908 --> 00:12:23,660 untuk menyiasat kes isteri kamu yang telah ditutup. 153 00:12:23,744 --> 00:12:26,413 - Itukah yang kamu percaya? - Apa yang dia jumpa? 154 00:12:26,497 --> 00:12:29,708 Dia beritahu kamu yang anak jiran ialah pengedar dadah? 155 00:12:31,210 --> 00:12:32,294 Kamu nak tengok? 156 00:12:36,131 --> 00:12:36,965 Bacalah. 157 00:12:37,633 --> 00:12:41,637 Apa yang menarik dalam hasil siasatannya? 158 00:12:41,720 --> 00:12:45,599 Saya tertarik dengan jiran kamu, pembuat roti itu. 159 00:12:45,682 --> 00:12:47,559 Quinn daripada keluarga Quinn di LA. 160 00:12:47,643 --> 00:12:51,396 Bermakna, dia mungkin ada penyiasatnya sendiri yang tahu rancangan kamu. 161 00:12:51,480 --> 00:12:55,651 Bapanya orang Republikan yang paling suka membuat tuntutan. 162 00:12:55,734 --> 00:12:57,986 Ray Quinn sentiasa menang. 163 00:12:58,070 --> 00:13:01,156 - Saya tak pernah langgar undang-undang. - Kamu tersilap langkah. 164 00:13:01,240 --> 00:13:04,493 Saya cuma nak siasat pembunuh isteri saya. 165 00:13:04,993 --> 00:13:07,871 Kamu faham perkara yang akan berlaku apabila orang di sini tahu 166 00:13:07,955 --> 00:13:09,665 kamu sedang siasat mereka? 167 00:13:11,041 --> 00:13:12,459 Mereka akan buat bising. 168 00:13:12,543 --> 00:13:14,127 - Bagus. - Ia tak bagus. 169 00:13:14,211 --> 00:13:17,422 Saya baru habiskan enam bulan cuba untuk bersihkan imej syarikat ini 170 00:13:17,506 --> 00:13:20,551 daripada hubungan sulit dan pembunuhan. 171 00:13:20,634 --> 00:13:22,427 - Ia berbeza. - Saya tak nak hantar kamu 172 00:13:22,511 --> 00:13:25,931 kembali ke Tokyo dan habiskan enam bulan lagi menyelesaikan masalah kamu. 173 00:13:26,014 --> 00:13:30,227 Ia hal yang berbeza! Ini bukan tentang syarikat. 174 00:13:30,310 --> 00:13:35,065 Sebab kamu dan syarikat yang saya lindungi tak sama? 175 00:13:42,573 --> 00:13:44,533 Dengar sini, saya… 176 00:13:44,616 --> 00:13:48,579 Saya faham kamu sedang bersedih. Itu munasabah. 177 00:13:49,162 --> 00:13:51,748 Bersedih. Namun, hal ini? 178 00:13:53,500 --> 00:13:56,962 Ia menjejaskan kamu dan semua pekerja kamu. 179 00:13:57,045 --> 00:13:59,298 Kamu akan musnahkan hidup tanpa sebab 180 00:13:59,381 --> 00:14:04,511 sebab kesalahan orang di sini cuma memakai pakaian sukan walaupun tak bersukan. 181 00:14:05,220 --> 00:14:07,848 Sudahlah. Kamu faham? 182 00:14:16,023 --> 00:14:18,025 LADANG ANGGUR CASA GAIA 183 00:14:34,207 --> 00:14:35,626 Baiklah. 184 00:14:38,170 --> 00:14:39,046 Terima kasih. 185 00:14:47,012 --> 00:14:49,139 RAHSIA KEGEMBIRAAN 186 00:14:49,222 --> 00:14:53,477 Mungkin saya akan dapat jawapan hujung minggu ini. Harapnya begitulah. 187 00:14:53,560 --> 00:14:55,604 Mengubah hidup adalah keghairahan saya. 188 00:14:55,687 --> 00:14:59,566 Sebab itu saya beli Ladang Anggur Casa Gaia dan saya nak jadikannya hab 189 00:14:59,650 --> 00:15:00,776 untuk perubahan 190 00:15:00,859 --> 00:15:04,446 dan wain organik biodinamik yang bagus. 191 00:15:04,529 --> 00:15:06,990 Sudah tentu Dottie berkawan dengan Sherry 192 00:15:07,074 --> 00:15:08,951 dan sejuta pengikutnya. 193 00:15:09,034 --> 00:15:11,078 Banyak peluang untuk menjual wain. 194 00:15:11,161 --> 00:15:15,165 Mereka bakal mengalami detik perubahan dalam hidup mereka. 195 00:15:15,248 --> 00:15:18,710 Persidangan Wanita Mengoptimumkan Keibuan dan Perniagaan 196 00:15:18,794 --> 00:15:22,339 akan menentukan masa depan wanita. Tanda pagar "W.O.M.B". 197 00:15:22,422 --> 00:15:24,800 Saya lemas dalam estrogennya. 198 00:15:24,883 --> 00:15:26,343 Sekarang, mari ucap selamat. 199 00:15:26,426 --> 00:15:28,679 Demi kewanitaan, keibuan 200 00:15:28,762 --> 00:15:30,889 dan semangat keusahawanan. 201 00:15:30,973 --> 00:15:34,184 Berhenti. Ya! 202 00:15:34,267 --> 00:15:37,896 Sempurna. Saya akan hantarnya kepada kamu melalui AirDrop. 203 00:15:37,980 --> 00:15:40,065 Internet akan gempar apabila kamu siarkannya. 204 00:15:40,691 --> 00:15:43,318 - Terima kasih sebab datang. - Hei, Sherry. 205 00:15:43,402 --> 00:15:45,612 - Sayang. - Hai, mak. 206 00:15:46,697 --> 00:15:50,492 - Kamu dah upah pengasuh? - Ya. 207 00:15:50,575 --> 00:15:54,329 Ini berlaku pada masa yang sesuai. Kamu kelihatan penat. 208 00:15:54,413 --> 00:15:55,372 Ia dah bermula. 209 00:15:55,455 --> 00:15:58,125 Saya belum sampai ke bilik saya lagi, tapi terima kasih. 210 00:15:58,208 --> 00:16:03,171 Percayalah. Menjelang Isnin, kamu akan bertenang. Nak sikit? 211 00:16:03,880 --> 00:16:05,090 Tak. 212 00:16:05,966 --> 00:16:07,342 Kamu tak mengandung, bukan? 213 00:16:07,426 --> 00:16:10,971 - Kawal diri. Dia boleh hidu ketakutan. - Saya sedang menyahtoksikkan. 214 00:16:11,722 --> 00:16:13,807 Yakah? Ya Tuhan. 215 00:16:14,224 --> 00:16:18,145 - Anak Joe atau anak jiran kamu? - Perlahankan suara mak. 216 00:16:18,228 --> 00:16:21,606 Mak perlu bermula. Kita akan berbual nanti. 217 00:16:21,690 --> 00:16:24,151 Pakailah gincu. Muka kamu pucat. 218 00:16:26,611 --> 00:16:29,698 Seronoknya semasa saya berpura-pura jadi anak yatim. 219 00:16:36,079 --> 00:16:37,581 DI LADANG ANGGUR DOALAH UNTUK SAYA 220 00:16:41,918 --> 00:16:44,212 Muka serius kamu semasa bekerja tak tunjuk apa-apa. 221 00:16:52,846 --> 00:16:55,057 Maafkan saya. Di mana Narnia? 222 00:16:55,140 --> 00:16:58,310 Di bahagian sastera kanak-kanak. Nampak pokok itu? 223 00:16:58,393 --> 00:16:59,936 - Terima kasih. - Ya. 224 00:17:06,568 --> 00:17:10,322 Kamu keluar semasa bertugas? Adakah ini peluang keemasan kita? 225 00:17:14,201 --> 00:17:15,285 Hei, Dante. 226 00:17:15,368 --> 00:17:19,414 Marienne minta saya uruskan notis buku lambat. 227 00:17:19,498 --> 00:17:21,333 Adakah ia di atas meja ini? 228 00:17:21,416 --> 00:17:23,668 Pejabat dia. Dia akan balik dalam sejam. 229 00:17:23,752 --> 00:17:26,379 Saya rasa dia maksudkan semasa dia keluar. 230 00:17:26,963 --> 00:17:28,548 Rajin betul kamu… 231 00:17:28,632 --> 00:17:32,636 selepas ambil tiga jam menyusun buku dari satu troli pagi ini. 232 00:17:34,596 --> 00:17:35,430 Terima kasih. 233 00:17:46,900 --> 00:17:48,026 Okey. 234 00:17:48,110 --> 00:17:51,988 Pejabatnya tak kelihatan ada rahsia yang tersembunyi. 235 00:17:56,118 --> 00:17:58,578 Tiada apa-apa dalam fail kerja atau sejarah carian. 236 00:17:58,662 --> 00:18:01,623 Tiada "kamu" langsung di sini. 237 00:18:01,706 --> 00:18:04,709 Ertinya, saya perlu lebih berusaha mencari. 238 00:18:07,337 --> 00:18:08,797 JADUAL PERJUMPAAN PEMULIHAN 239 00:18:08,880 --> 00:18:11,633 "Pemulihan". Ini satu kejutan. 240 00:18:11,716 --> 00:18:15,595 Ia buat saya lebih ingin tahu dan saya perlukan lebih banyak maklumat. 241 00:18:25,397 --> 00:18:26,690 "Membahayakan kanak-kanak"? 242 00:18:26,773 --> 00:18:28,066 ADUAN LANGSUNG 243 00:18:28,150 --> 00:18:29,359 "Pengabaian." 244 00:18:29,442 --> 00:18:30,443 "Penderaan." 245 00:18:30,527 --> 00:18:32,362 Tak mungkin. 246 00:18:33,196 --> 00:18:34,656 PEMINTA PERTOLONGAN 247 00:18:34,739 --> 00:18:36,283 Pasti bekas suaminya. 248 00:18:37,868 --> 00:18:41,913 Semakin banyak yang saya tahu, semakin kurang saya faham. 249 00:18:41,997 --> 00:18:44,124 Siapa kamu yang sebenarnya? 250 00:18:44,666 --> 00:18:48,295 Perkara yang saya tahu adalah masalah kamu serius. 251 00:18:48,378 --> 00:18:52,257 Teruknya hidup kamu. Saya ada isteri dan anak lelaki. 252 00:18:52,340 --> 00:18:55,010 Saya tak nak ada kaitan dengan masalah kamu. 253 00:18:55,093 --> 00:18:57,637 Saya dah hilang minat. 254 00:19:00,182 --> 00:19:04,477 "Apa yang saya nak? Perkahwinan yang sentiasa perlu diperbaiki? 255 00:19:04,561 --> 00:19:09,482 Keluarga yang menyusahkan saya? Tak, saya berhak dapat yang lebih baik. 256 00:19:09,566 --> 00:19:12,110 Saya tahu bagaimana rupanya." 257 00:19:12,194 --> 00:19:13,737 Bagaimana rupanya? 258 00:19:14,529 --> 00:19:16,740 "Saya sedar saya ada banyak potensi." 259 00:19:19,951 --> 00:19:21,578 Jadi, saya mula menulis. 260 00:19:21,661 --> 00:19:25,749 Akhirnya, saya tubuhkan syarikat sendiri dan ia sukar. 261 00:19:25,832 --> 00:19:27,209 Ia amat meletihkan. 262 00:19:27,834 --> 00:19:30,378 Namun, jika saya boleh buat, kamu pun boleh. 263 00:19:30,962 --> 00:19:33,423 Itu saja? 264 00:19:33,924 --> 00:19:36,259 Baiklah. Siapa yang ada soalan? 265 00:19:37,177 --> 00:19:40,222 - Ya, kamu. - Pencapaian kamu sangat tinggi. 266 00:19:40,305 --> 00:19:42,098 Bagaimana kamu boleh tetap rendah hati? 267 00:19:42,182 --> 00:19:43,725 Biar betul? 268 00:19:43,808 --> 00:19:48,438 Saya mulakan setengah jam pertama setiap pagi meluahkan rasa bersyukur. 269 00:19:49,022 --> 00:19:52,609 Ingat, tiada sesiapa boleh lalui hidup ini tanpa bantuan. 270 00:19:54,027 --> 00:19:55,654 Baiklah. Siapa lagi? 271 00:19:56,404 --> 00:20:00,867 Apakah rahsia kegembiraan itu? 272 00:20:02,577 --> 00:20:05,747 Kamu tak beritahu kami cara ibu profesional abad ke-21 273 00:20:05,830 --> 00:20:07,832 boleh mencari kebahagiaan. 274 00:20:08,416 --> 00:20:09,542 Mudah saja. 275 00:20:09,626 --> 00:20:11,586 Jika kita fokus pada diri, 276 00:20:11,670 --> 00:20:13,880 tak perlu tertanya-tanya tentang orang lain. 277 00:20:13,964 --> 00:20:17,759 Apa maksudnya? Saya fokus pada diri dan saya tak… 278 00:20:17,842 --> 00:20:20,679 - Okey, seterusnya. - Tiada masalah. Teruskan. 279 00:20:20,762 --> 00:20:24,057 Kamu rasa kamu sendiri adalah hebat? 280 00:20:24,140 --> 00:20:26,101 Adakah sebenarnya kamu tak nak berjaya? 281 00:20:26,184 --> 00:20:30,313 Kamu rasa bersalah dan kamu sabotaj kebahagiaan kamu sendiri? 282 00:20:34,651 --> 00:20:38,321 Muhasabah diri kamu dan baca buku saya. 283 00:20:38,405 --> 00:20:41,491 Tentang perjalanan kejayaan kamu yang narsisistik 284 00:20:41,574 --> 00:20:45,829 dan kamu rasa kamu layak mendapatnya? Kehidupan kamu tak pernah susah. 285 00:20:52,002 --> 00:20:53,086 Saya tak rasa bersalah. 286 00:20:53,169 --> 00:20:57,841 Dia tak tahu apa yang dia cakapkan. Tentulah saya nak berjaya, bukan? 287 00:20:57,924 --> 00:21:01,469 Kamu kuat. Kamu disayangi. Kamu dimaafkan. 288 00:21:03,263 --> 00:21:04,097 Terima kasih. 289 00:21:04,806 --> 00:21:06,891 Saya minta maaf. 290 00:21:06,975 --> 00:21:10,687 - Kami dah lupakannya. - Kamu masih boleh berseronok. 291 00:21:10,770 --> 00:21:14,482 Sherry ada idea hebat. Kami akan buat temu bual IGTV dengan satu sama lain. 292 00:21:14,566 --> 00:21:16,234 Kami nak kamu sertainya. 293 00:21:17,819 --> 00:21:19,946 - Temu bual untuk apa? - Jenama kami. 294 00:21:20,030 --> 00:21:22,991 Namun, untuk membalas kata-kata kamu tadi juga. 295 00:21:25,035 --> 00:21:26,953 Kamu betul tentang satu perkara. 296 00:21:27,912 --> 00:21:30,957 Wanita perlu lihat wanita lain yang berjaya saling menyokong. 297 00:21:31,041 --> 00:21:34,336 Lebih baik gunakan kelebihan kita, bukan? 298 00:21:34,836 --> 00:21:37,422 Tanda pagar "Kamu boleh duduk bersama kami." 299 00:21:38,631 --> 00:21:39,466 Baiklah. 300 00:21:45,597 --> 00:21:46,890 Helo, semua. 301 00:21:47,057 --> 00:21:48,808 Saya di Persidangan W.O.M.B. 302 00:21:48,933 --> 00:21:51,353 dengan pencipta Heart-Shaped Mistakes 303 00:21:51,436 --> 00:21:55,106 dan ibu kembar, Sherry Conrad. 304 00:21:55,648 --> 00:21:56,566 Sherry, 305 00:21:57,317 --> 00:21:59,152 blog kamu buat saya terharu. 306 00:21:59,778 --> 00:22:02,405 Namun, hati kamu yang menyentuh saya. 307 00:22:02,489 --> 00:22:03,907 Dottie. 308 00:22:03,990 --> 00:22:05,200 Aduhai! 309 00:22:05,283 --> 00:22:08,119 Kamu bagaikan cahaya yang menerangi kami semua. 310 00:22:08,620 --> 00:22:11,748 - Kamulah kakak sejiwa saya. - Jijiknya. 311 00:22:11,831 --> 00:22:13,375 Dan juga, 312 00:22:13,458 --> 00:22:17,003 kebanggaan dan kegembiraan saya, Love Quinn-Goldberg. 313 00:22:18,254 --> 00:22:22,717 Saya sangat bangga membesarkan anak perempuan yang hampir sama dengan saya. 314 00:22:22,801 --> 00:22:25,095 - Hampir sama? - Dia serba boleh. 315 00:22:25,178 --> 00:22:29,391 Jaga suami, perniagaan, anak berusia setahun dan mungkin juga anak baru. 316 00:22:29,474 --> 00:22:30,392 Ya Tuhan, mak. 317 00:22:30,475 --> 00:22:32,811 - Ya Tuhan, Love! Hebat! - Apa ini? 318 00:22:32,894 --> 00:22:35,146 - Apa yang kamu buat? - Sherry, beri kami seminit. 319 00:22:35,230 --> 00:22:36,439 Love, saya cuma… 320 00:22:36,523 --> 00:22:37,899 Pergi dari sini. 321 00:22:39,109 --> 00:22:39,943 Terima kasih. 322 00:22:41,277 --> 00:22:45,115 Kenapa mak buat begitu? Saya belum pasti. Saya belum beritahu Joe. 323 00:22:45,824 --> 00:22:50,036 Mak tak hairan. Masalah rumah tangga kamu semakin bertambah. 324 00:22:50,120 --> 00:22:52,414 Mak, ini tiada kaitan dengan mak. 325 00:22:52,497 --> 00:22:55,291 Hidup, perkahwinan dan rahim saya 326 00:22:55,375 --> 00:22:58,378 bukan urusan mak dan tak patut dikongsikan di media sosial. 327 00:22:58,461 --> 00:23:00,964 - Jangan cakap begitu. - Seseorang patut cakap begitu. 328 00:23:01,631 --> 00:23:04,008 Maklah punca saya dan Forty jadi begini. 329 00:23:04,092 --> 00:23:07,053 - Jangan cakap tentang dia. - Patutlah hidup kita jadi begini. 330 00:23:07,137 --> 00:23:09,931 Mak hanya ajar saya untuk memikat lelaki, 331 00:23:10,014 --> 00:23:12,434 bina keluarga, kemudian musnah semuanya. 332 00:23:12,517 --> 00:23:16,020 Kami dah beri kamu banyak keistimewaan ketika kamu dibesarkan. 333 00:23:16,104 --> 00:23:18,148 Kamu masih merungut. 334 00:23:18,231 --> 00:23:21,734 Mak dah beri kamu segalanya, anak tak kenang budi. 335 00:23:21,818 --> 00:23:24,863 Kamu langsung tak tahu pengorbanan mak. 336 00:23:25,405 --> 00:23:28,199 Kamu nak berasmara dengan anak jiran atau musnahkan hidup 337 00:23:28,283 --> 00:23:33,079 tiada kena-mengena dengan mak cuma kamu dimanjakan dan berasa bosan. 338 00:23:33,163 --> 00:23:36,875 Mak bersalah sebab memanjakan kamu. Namun, punca kamu tak bahagia? 339 00:23:36,958 --> 00:23:41,087 Cermin diri sendiri dulu sebelum nak salahkan orang lain. 340 00:24:19,417 --> 00:24:21,503 Ayah, saya bawakan makan malam. 341 00:24:25,340 --> 00:24:26,174 Ayah? 342 00:24:31,554 --> 00:24:35,058 Ayah boleh marah saya, tapi makanlah sikit. 343 00:25:04,128 --> 00:25:05,296 Apa ini? 344 00:25:09,133 --> 00:25:12,845 JIRAN-JIRAN 345 00:25:14,806 --> 00:25:16,516 Dah siap, Goldberg? 346 00:25:16,599 --> 00:25:18,810 Pergilah dulu. Saya akan tutup perpustakaan. 347 00:25:18,893 --> 00:25:22,188 Bau minyak wangi kamu boleh buat saya lupakan semuanya. 348 00:25:22,272 --> 00:25:26,276 - Lebih baik saya jauhi daripada kamu. - Tak. Kamu tahu peraturannya. 349 00:25:33,074 --> 00:25:35,743 Boleh tunggu di sana sekejap? 350 00:25:35,827 --> 00:25:37,036 Kamu upah peguam? 351 00:25:37,120 --> 00:25:39,163 - Mari bercakap di luar. - Tak. 352 00:25:39,247 --> 00:25:42,792 - Itu bekas suami kamu? - Kamu tiada hak, si penagih. 353 00:25:42,875 --> 00:25:44,502 Keadaan tak kedengaran baik. 354 00:25:44,586 --> 00:25:46,713 - Dengar sini… - Jangan sentuh saya… 355 00:25:46,796 --> 00:25:50,341 - Jangan sentuh saya! - Tak. Kita belum selesai. 356 00:25:50,425 --> 00:25:51,259 Hei! 357 00:25:52,385 --> 00:25:55,513 - Apa yang sedang berlaku di sini? - Hei, maaf. 358 00:25:56,472 --> 00:25:59,892 Jangan salah faham. Saya tak sengaja jatuhkannya. 359 00:25:59,976 --> 00:26:01,686 Tentu kedengaran macam kami bergaduh. 360 00:26:02,478 --> 00:26:03,896 Saya Ryan Goodwin. 361 00:26:03,980 --> 00:26:06,858 Jika kamu rasa-rasa kenal muka saya, saya dari Berita Saluran 3. 362 00:26:07,442 --> 00:26:11,112 Saya kenal kamu. Saya rasa kamu patut pergi, Ryan. 363 00:26:12,155 --> 00:26:13,114 Ya, dah tentu. 364 00:26:13,823 --> 00:26:14,657 Baiklah. 365 00:26:15,241 --> 00:26:18,828 Biasalah, bekas kekasih. 366 00:26:19,871 --> 00:26:24,042 - Saya masih menghormati dia. - Jangan pandang dia. Pergilah. 367 00:26:26,669 --> 00:26:27,503 Ya. 368 00:26:29,380 --> 00:26:30,506 Jumpa lagi, Mare. 369 00:26:34,218 --> 00:26:36,095 - Kamu okey? - Kamu tak patut buat begitu. 370 00:26:36,179 --> 00:26:37,472 Saya tak minta bantuan kamu. 371 00:26:37,555 --> 00:26:40,141 Kenapa kamu masih masuk campur? 372 00:26:40,224 --> 00:26:41,893 Susah sangat? 373 00:26:41,976 --> 00:26:43,978 Perlukah kamu selamatkan saya 374 00:26:44,062 --> 00:26:46,147 dan masuk campur hal saya? 375 00:26:46,230 --> 00:26:47,607 Kamu dah gila! 376 00:26:47,690 --> 00:26:51,027 Ia langsung bukan urusan kamu, Joe! 377 00:26:51,110 --> 00:26:53,988 - Kamu gila! - Saya dah nampak sekarang. 378 00:26:54,072 --> 00:26:58,409 Sebab inilah saya tertarik kepada kamu. Kamu semua sama saja. 379 00:26:58,493 --> 00:27:02,538 - Mak sangka dia lebih baik kali ini. - Cuainya saya. 380 00:27:02,622 --> 00:27:04,957 Saya tertarik pada wanita begini. 381 00:27:05,041 --> 00:27:07,251 - Saya berasa begini… - Biar saya uruskan. 382 00:27:07,335 --> 00:27:12,131 Bukan sebab kamu istimewa. Tunggu dulu. Saya ada masalah ibu. 383 00:27:12,215 --> 00:27:14,008 Akhirnya, saya dah sedar. 384 00:27:15,176 --> 00:27:16,511 Saya lucu? 385 00:27:16,594 --> 00:27:18,513 Tak. 386 00:27:19,389 --> 00:27:21,516 Maaf. Namun, saya tak rasa bersalah. 387 00:27:21,599 --> 00:27:24,811 Saya takkan biarkan pembuli membuli. Saya akan selamatkan sesiapa saja. 388 00:27:26,020 --> 00:27:26,854 Okey. 389 00:27:46,874 --> 00:27:49,377 Dottie boleh pergi mati. 390 00:27:50,670 --> 00:27:53,673 Apa yang dia tahu? Kami bagaikan alat tambahannya. 391 00:27:53,756 --> 00:27:56,008 Kami bagaikan anjing yang dia beri makan. 392 00:27:56,092 --> 00:27:58,886 Kemudian, dia menjerit apabila kami rosakkan beg Gucci dia. 393 00:27:58,970 --> 00:28:02,056 Dottie boleh pergi mati. Saya bencikan dia. 394 00:28:15,403 --> 00:28:18,948 Saya bencikan kamu juga. Sebab tinggalkan saya dengan dia. 395 00:28:19,031 --> 00:28:22,869 Kamu patut makan saja saya ketika dalam kandungan, Forty. 396 00:28:44,891 --> 00:28:47,435 Kamu balas mesej saya? 397 00:28:50,021 --> 00:28:51,564 Apa ini? 398 00:28:51,647 --> 00:28:52,774 Forty? 399 00:28:54,984 --> 00:28:56,027 Ya Tuhan. 400 00:28:59,280 --> 00:29:01,240 Saya mabuk. 401 00:29:08,581 --> 00:29:10,708 Sangat mabuk. 402 00:29:12,293 --> 00:29:14,462 Ya Tuhan. Forty! 403 00:29:15,922 --> 00:29:17,048 Tunggu. 404 00:29:18,299 --> 00:29:20,176 Betulkah kamu ada di sini? 405 00:29:22,261 --> 00:29:24,847 Ya, dah tentu, Lovey. 406 00:29:25,348 --> 00:29:29,185 Saya tinggal dalam diri kamu. Saya sentiasa ada di sini. 407 00:29:29,685 --> 00:29:34,440 Panggil saja nama saya dan saya akan datang 408 00:29:36,150 --> 00:29:37,693 Sekarang masa serius. 409 00:29:38,611 --> 00:29:42,949 Saya satu-satunya benda yang hidup dalam badan kamu. 410 00:29:44,826 --> 00:29:46,035 Nyaris-nyaris lagi. 411 00:29:46,869 --> 00:29:49,080 - Syabas, vagina. - Betul? 412 00:29:49,163 --> 00:29:50,790 Nyaris-nyaris? Maksud saya… 413 00:29:51,749 --> 00:29:52,959 Saya lega, 414 00:29:53,042 --> 00:29:58,548 tapi saya tertanya-tanya sama ada seorang lagi bayi akan tenangkan saya. 415 00:29:59,590 --> 00:30:03,052 - Mungkin saya boleh fokus. - Pertama sekali, tak. 416 00:30:03,135 --> 00:30:04,387 Kedua… 417 00:30:05,388 --> 00:30:08,099 kamu benar-benar fikir kamu perlu fokus? 418 00:30:08,182 --> 00:30:10,268 Saya sangka saya perlu berkahwin. 419 00:30:11,102 --> 00:30:15,398 Kemudian, pindah dan mula semula. Kemudian, kedai roti. 420 00:30:17,525 --> 00:30:20,027 Kemudian, seseorang yang bukan suami saya. 421 00:30:20,111 --> 00:30:25,449 Saya faham. Budak itu agak hebat. Dia mengingatkan saya pada diri saya. 422 00:30:30,329 --> 00:30:32,623 Forty, saya tak tahu apa yang terjadi. 423 00:30:34,292 --> 00:30:36,669 Saya jatuh cinta dengan Joe. 424 00:30:37,753 --> 00:30:40,047 Namun sekarang, saya tak… 425 00:30:42,341 --> 00:30:43,384 sukakan dia… 426 00:30:44,552 --> 00:30:45,469 lagi. 427 00:30:46,345 --> 00:30:49,599 Dia buat saya rasa teruk sebab jadi diri sendiri. 428 00:30:52,935 --> 00:30:55,605 Teman sejiwa tak patut buat kamu rasa begitu, bukan? 429 00:31:03,070 --> 00:31:05,323 Saya sabotaj diri, bukan? 430 00:31:06,073 --> 00:31:06,949 Ya. 431 00:31:10,536 --> 00:31:13,581 - Kenapa saya tak boleh bahagia? - Lovey. 432 00:31:15,082 --> 00:31:18,794 Kamu tak bahagia sebab Joe bukan teman sejiwa kamu. 433 00:31:22,006 --> 00:31:23,591 Sayalah teman sejiwa kamu. 434 00:31:24,133 --> 00:31:26,344 Ada seorang 435 00:31:26,427 --> 00:31:29,597 yang memahami perkara yang kamu lalui. 436 00:31:29,680 --> 00:31:34,852 Saya juga tidur di atas tilam-tilam itu. Kacang pis itu buat saya rasa nak gila. 437 00:31:36,062 --> 00:31:38,731 Saya minta maaf. 438 00:31:39,899 --> 00:31:43,194 Jangan rasa bersalah sebab terus hidup. 439 00:31:46,238 --> 00:31:48,199 Kamu lebih tabah daripada saya. 440 00:31:49,158 --> 00:31:55,331 Kamu tahu keadaan akan jadi begini. Sebab itulah kamu peluk saya dengan erat. 441 00:32:09,553 --> 00:32:11,889 Saya akan datang 442 00:32:12,598 --> 00:32:14,642 Saya akan datang 443 00:32:16,394 --> 00:32:22,858 Panggil saja nama saya dan saya akan datang 444 00:32:37,873 --> 00:32:40,209 Masalah ibu. 445 00:32:40,292 --> 00:32:43,546 Tak sangka saya ambil masa selama ini. Saya semakin matang. 446 00:32:43,629 --> 00:32:47,591 "Ketiadaan beban menyebabkan seseorang menjadi lebih ringan daripada udara, 447 00:32:47,675 --> 00:32:51,345 terbang ke tempat tinggi, tinggalkan dunia dan bebas. 448 00:32:51,429 --> 00:32:54,974 Jadi, apa patut kita pilih? Berat atau keringanan?" 449 00:33:00,104 --> 00:33:00,938 Hei, apa… 450 00:33:01,022 --> 00:33:02,398 Hei. Ada kecemasan. 451 00:33:02,481 --> 00:33:04,483 Maaf sebab hubungi lewat begini. 452 00:33:30,092 --> 00:33:31,218 - Hei. - Hei. 453 00:33:32,011 --> 00:33:34,972 - Apa yang berlaku? - Sistem pemercik rosak. 454 00:33:36,474 --> 00:33:40,352 Saya dah suruh orang membaikinya. Sekarang, ribuan buku dah musnah… 455 00:33:41,645 --> 00:33:43,147 dan saya akan dipecat. 456 00:33:43,272 --> 00:33:44,356 Kamu takkan dipecat. 457 00:33:44,440 --> 00:33:48,736 Bukan salah kamu yang daerah ini terlalu kedekut untuk menjaga bangunan. 458 00:33:50,571 --> 00:33:53,407 Saya doktor buku terbaik di dunia. 459 00:33:53,491 --> 00:33:56,160 Mari lihat buku mana yang boleh diselamatkan. 460 00:33:56,577 --> 00:33:57,661 Jangan risau. 461 00:33:58,704 --> 00:34:02,208 Okey. Saya akan percayakan kamu. 462 00:34:10,174 --> 00:34:11,675 Ini tentang buku. 463 00:34:11,759 --> 00:34:13,594 Demi cinta terhadap buku. 464 00:34:13,677 --> 00:34:15,846 Saya juga akan ke sini jika Dante hubungi saya. 465 00:34:16,430 --> 00:34:17,389 Maafkan saya. 466 00:34:19,016 --> 00:34:22,770 Tentang tadi. Saya tahu kamu cuma nak membantu. 467 00:34:24,355 --> 00:34:26,440 Saya tahu ia bukan alasan, 468 00:34:27,858 --> 00:34:30,194 tapi bekas suami saya tunjukkan sisi buruk saya. 469 00:34:30,778 --> 00:34:31,612 Tiada masalah. 470 00:34:32,363 --> 00:34:34,073 Semua orang tak sempurna. 471 00:34:35,199 --> 00:34:37,868 "Apabila kita memperbaiki sesuatu sejak sekian lama, 472 00:34:37,952 --> 00:34:39,787 kita takkan tahu yang kita dah siap." 473 00:34:40,955 --> 00:34:42,248 Jericho Brown. 474 00:34:43,624 --> 00:34:45,126 Kamu tahu karya dia? 475 00:34:45,209 --> 00:34:48,587 Kenapa saya cuba memikat kamu? Saya bukan lagi begitu. 476 00:34:49,380 --> 00:34:54,552 Saya baca karyanya dalam The New Yorker dan saya ingatnya sampai bila-bila. 477 00:34:54,635 --> 00:34:57,680 Namun, saya tak tahu karyanya yang lain. 478 00:35:09,066 --> 00:35:12,153 Cara kamu kendalikan buku-buku itu. Penjagaan kamu. 479 00:35:12,236 --> 00:35:13,237 Cuma seorang ibu… Ya. 480 00:35:13,320 --> 00:35:15,447 Sudah. Okey, berhenti. 481 00:35:15,865 --> 00:35:18,367 Namun, hanya untuk menceriakan suasana… 482 00:35:18,450 --> 00:35:22,413 Ini soalan peribadi, tapi ini bukan waktu bekerja. 483 00:35:22,496 --> 00:35:25,708 - Tanyalah. - Anak kamu bagaimana orangnya? 484 00:35:30,254 --> 00:35:31,213 Hebat. 485 00:35:32,673 --> 00:35:34,341 Baik, kelakar, 486 00:35:34,425 --> 00:35:38,262 suka keluar mencari cincin pari-pari di taman. 487 00:35:38,345 --> 00:35:40,431 Dia pandai mencarinya. 488 00:35:40,514 --> 00:35:43,309 - Dia suka melukis. - Seperti ibunya. 489 00:35:43,392 --> 00:35:46,437 Tiada apa-apa di dunia ini yang setanding dengan… 490 00:35:46,520 --> 00:35:48,689 Melihat anak kita 491 00:35:48,772 --> 00:35:51,525 menjadi lebih baik daripada kita. 492 00:35:51,609 --> 00:35:55,821 Tak mungkin kamu cederakan anak kamu. Kamu sayangkan anak kamu. 493 00:35:55,905 --> 00:35:56,989 Giliran kamu. 494 00:35:57,406 --> 00:36:00,034 - Bagaimana dengan Henry? - Dia sangat nakal. 495 00:36:00,784 --> 00:36:05,623 Tak, dia comel dan baik. Dia minat Hemingway dan Fitzgerald. 496 00:36:05,706 --> 00:36:07,750 Dia kuat minum susu. 497 00:36:09,043 --> 00:36:11,503 Saya harap dia lebih baik daripada saya. 498 00:36:12,838 --> 00:36:14,256 Kenapa rupa kamu begitu? 499 00:36:20,262 --> 00:36:26,185 Saya ada bayangan tentang keluarga bahagia. 500 00:36:26,268 --> 00:36:29,647 Keluarga sempurna, pagar pancang. Saya dah memilikinya. 501 00:36:29,730 --> 00:36:34,360 Saya nak yang terbaik untuk anak saya. Saya cuma risau kehidupan subbandar… 502 00:36:35,527 --> 00:36:37,863 tak sesuai. Saya tahu nasib kamu lebih malang. 503 00:36:37,947 --> 00:36:40,157 - Saya tak patut merungut. - Saya faham. 504 00:36:40,241 --> 00:36:43,118 Membesarkan anak-anak sukar apabila kita ada rekod jenayah. 505 00:36:46,247 --> 00:36:50,584 Apabila kamu cakap yang keluarga kamu tak kaya, saya faham perasaan kamu. 506 00:36:52,419 --> 00:36:56,590 Ya, saya pernah tinggal di banyak rumah kebajikan sebelum berusia 18 tahun. 507 00:36:57,466 --> 00:37:00,511 Walaupun saya tahu ia tak masuk akal… 508 00:37:02,388 --> 00:37:06,016 saya sentiasa fikir yang mak saya akan datang selamatkan saya. 509 00:37:06,600 --> 00:37:11,855 Dia tak pernah datang, tapi ia buat saya menjadi ibu yang lebih baik. 510 00:37:13,941 --> 00:37:15,776 Saya masih berharap. 511 00:37:17,528 --> 00:37:18,612 Selama bertahun-tahun. 512 00:37:19,280 --> 00:37:22,741 Saya juga sering dibelasah disebabkan hal itu. 513 00:37:22,825 --> 00:37:25,160 Ia buat saya teruskan hidup. 514 00:37:26,120 --> 00:37:28,914 Namun, dia juga tak pernah kembali. 515 00:37:30,332 --> 00:37:34,753 Saya tak pernah cakap tentang hal ini dengan sesiapa, termasuklah Love. 516 00:37:36,839 --> 00:37:40,426 Walaupun dia berniat baik, dia takkan faham sepenuhnya. 517 00:37:40,509 --> 00:37:42,594 Namun, kamu faham sepenuhnya. 518 00:37:48,183 --> 00:37:52,604 - Kita patut sambung kerja. - Apa yang terjadi dengan Ryan? 519 00:37:54,481 --> 00:37:55,357 Maafkan saya. 520 00:37:56,025 --> 00:37:58,027 Saya tak suka kejadian tadi 521 00:37:58,110 --> 00:38:01,739 dan saya nak tahu sebabnya orang yang layan kamu begitu 522 00:38:01,822 --> 00:38:04,241 boleh dapat hak penjagaan anak kamu. 523 00:38:26,013 --> 00:38:29,641 Kami berdua penagih semasa Juliette masih bayi. 524 00:38:31,185 --> 00:38:35,606 Pada suatu malam, saya melanggar lampu isyarat merah. 525 00:38:36,148 --> 00:38:38,859 Pemandu lain cedera teruk 526 00:38:38,942 --> 00:38:42,905 dan berdasarkan cara kami berlanggar, jika Juliette di sebelah sana… 527 00:38:42,988 --> 00:38:44,656 Membahayakan kanak-kanak. 528 00:38:44,740 --> 00:38:46,742 Ryan mendapat hak penjagaan penuh 529 00:38:46,825 --> 00:38:49,745 disebabkan kemalangan itu dan dia bebas dadah sebelum saya. 530 00:38:52,081 --> 00:38:55,167 Dia dapat terus menjaga anak kami dengan penipuannya. 531 00:38:55,250 --> 00:38:56,293 Penipuan? 532 00:38:56,377 --> 00:38:58,587 Dia kaya. 533 00:38:58,670 --> 00:39:01,590 Lelaki kulit putih yang terkenal. 534 00:39:01,673 --> 00:39:05,260 Lelaki kulit putih selalu diberi peluang. 535 00:39:05,344 --> 00:39:10,224 Jadi, apabila dia tuduh saya abaikan anak dan tak datang melawatnya, 536 00:39:10,307 --> 00:39:11,767 mereka percayakan dia. 537 00:39:11,850 --> 00:39:15,187 Walaupun saya bersumpah dia beri saya alamat yang salah. 538 00:39:15,270 --> 00:39:18,774 Dia boleh penjarakan saya atas kemusnahan harta benda 539 00:39:18,857 --> 00:39:22,945 sebab mencalarkan kereta dia. Saya calarkan sedikit saja sebab saya takut. 540 00:39:23,028 --> 00:39:28,534 Dia juga dakwa saya atas penderaan lisan dan emosi sebab gelar dia jahat. 541 00:39:31,036 --> 00:39:34,289 Dia dah bertahun-tahun bina kes untuk menentang saya. 542 00:39:34,373 --> 00:39:40,963 Semua orang percayakan dia sebab siapa saya? 543 00:39:42,047 --> 00:39:43,090 Saya bersimpati. 544 00:39:43,715 --> 00:39:47,594 Saya bersimpati atas kesusahan kamu lalui selama ini. 545 00:39:50,722 --> 00:39:53,725 Tiada siapa yang paksa saya memandu pada malam itu. 546 00:39:53,809 --> 00:39:57,438 Saya perlu terima hakikatnya. 547 00:39:57,521 --> 00:40:02,109 Namun, Ryan memanipulasi sistem keadilan. Seseorang patut halang dia. 548 00:40:02,192 --> 00:40:06,363 - Saya tawarkan diri dengan gembira. - Saya sedang usahakannya. 549 00:40:06,447 --> 00:40:09,324 Saya baru jumpa peguam baru semasa makan malam semalam. 550 00:40:09,867 --> 00:40:12,411 Peguam. Kamu bukannya berjanji temu. 551 00:40:12,494 --> 00:40:14,913 Dia rasa hak penjagaan bersama boleh diperoleh 552 00:40:14,997 --> 00:40:19,877 jika saya boleh tunjukkan keadaan saya sekarang kepada hakim. 553 00:40:20,711 --> 00:40:26,842 Kalaulah Ryan tak dapat cari kami, saya akan bawa Juliette lari ke Paris. 554 00:40:28,051 --> 00:40:31,180 Kami akan melukis di luar Sacre Coeur. 555 00:40:33,765 --> 00:40:35,100 Ia kedengaran ajaib. 556 00:40:35,184 --> 00:40:36,393 Bagi kamu. 557 00:40:36,477 --> 00:40:39,146 Nasib saya pula tragik sebab kehilangan kamu. 558 00:40:39,229 --> 00:40:43,317 Saya tak patut samakan kamu dengan masalah saya. Kamu bukan ibu saya. 559 00:40:43,400 --> 00:40:47,905 Kamu sangat sayangkan anak kamu dan dia patut bersama kamu. Itulah diri kamu. 560 00:40:48,572 --> 00:40:51,909 Kamu tak sembunyikan rasa malu, kamu akui kesilapan kamu 561 00:40:51,992 --> 00:40:55,996 dan pertahankan diri apabila diserang. Kamu memang… 562 00:40:59,541 --> 00:41:01,710 Tak! Tolonglah, tak! 563 00:41:03,504 --> 00:41:07,216 Jangan risau, tengok. Cuma di sini yang basah. 564 00:41:56,431 --> 00:41:57,474 Alamak! 565 00:41:58,016 --> 00:41:59,393 Love akan bunuh kamu. 566 00:42:20,247 --> 00:42:22,958 Angin kamu kurang baik pada hujung minggu ini. 567 00:42:24,376 --> 00:42:27,004 - Kamu mengandung? - Ini pening akibat mabuk. 568 00:42:28,130 --> 00:42:29,631 Saya tak mengandung. 569 00:42:30,173 --> 00:42:31,883 Saya bersimpati mendengarnya. 570 00:42:33,885 --> 00:42:35,012 Jangan risau. 571 00:42:35,095 --> 00:42:36,638 Jadi, apa yang berlaku? 572 00:42:36,722 --> 00:42:37,889 Entahlah. 573 00:42:40,517 --> 00:42:43,478 Saya cuma tak bahagia. 574 00:42:45,689 --> 00:42:47,232 Ia bukan salah Joe. 575 00:42:47,816 --> 00:42:50,819 Dia bukan teman sejiwa saya. 576 00:42:50,902 --> 00:42:55,032 Apabila ada kembar, tiada orang lain boleh menandinginya kasih sayangnya. 577 00:42:55,115 --> 00:42:58,577 Saya juga ada kembar. Betul cakap kamu. 578 00:42:58,660 --> 00:43:03,373 Namun, hal teman sejiwa itu mengarut. 579 00:43:03,457 --> 00:43:05,917 Kita yang pilih teman sejiwa sendiri. 580 00:43:06,001 --> 00:43:10,047 Saya dan Cary ada masalah sendiri. 581 00:43:10,130 --> 00:43:12,215 Saya pernah tak suka dia buat sementara waktu. 582 00:43:12,883 --> 00:43:17,429 Namun, saya putuskan yang dia teman sejiwa saya 583 00:43:17,512 --> 00:43:18,930 dan saya jayakannya. 584 00:43:19,514 --> 00:43:22,225 Cinta ialah bahan kimia. 585 00:43:22,309 --> 00:43:26,480 Dopamin, oksitosin, serotonin. Untuk aktifkan ketiga-tiganya, 586 00:43:26,563 --> 00:43:29,399 bersenam, makan protein, peluk lapan kali sehari. 587 00:43:30,025 --> 00:43:31,860 Apabila kita gembira dan sihat, 588 00:43:31,943 --> 00:43:34,279 barulah kita boleh buat pilihan yang betul. 589 00:43:34,363 --> 00:43:37,866 Termasuklah memilih teman hidup kamu. 590 00:43:37,949 --> 00:43:39,117 Semudah itu saja? 591 00:43:39,201 --> 00:43:40,702 Ia tak mudah. 592 00:43:42,621 --> 00:43:44,539 Namun, ia sangat berbaloi. 593 00:43:46,124 --> 00:43:51,004 Kepada Forty, kamu kawan baik saya sejak sebelum kita lahir lagi. 594 00:43:51,880 --> 00:43:53,423 Separuh diri saya. 595 00:43:53,507 --> 00:43:56,718 Namun, saya tak boleh menahan diri hanya sebab saya rindukan kamu. 596 00:43:56,802 --> 00:43:59,638 Saya tak boleh besarkan keluarga dengan hati yang terluka. 597 00:43:59,721 --> 00:44:01,390 Saya perlu pilih Joe sekarang. 598 00:44:07,062 --> 00:44:11,650 Saya akan sentiasa cintakan kamu. Namun, saya perlu ucap selamat tinggal. 599 00:44:12,484 --> 00:44:13,819 Kali ini, benar-benar. 600 00:44:15,320 --> 00:44:17,072 Walaupun ia menyakiti saya. 601 00:44:18,323 --> 00:44:21,201 Selamat tinggal. 602 00:44:25,914 --> 00:44:27,165 PADAM NOMBOR TELEFON 603 00:44:35,257 --> 00:44:36,633 Apa kamu buat di sini? 604 00:44:38,927 --> 00:44:42,764 Kamu hubungi saya pukul 4:00 pagi semasa mabuk. 605 00:44:42,848 --> 00:44:46,017 Saya risau, jadi saya menaiki kenderaan Uber ke sini. 606 00:44:46,101 --> 00:44:48,645 Maaf. Saya tak ingat perkara itu. 607 00:44:50,147 --> 00:44:52,816 Itu bukti yang saya ada dalam minda separa sedar kamu. 608 00:44:52,899 --> 00:44:53,817 Okey. 609 00:44:54,985 --> 00:44:57,571 Saya boleh hantar kamu balik, tapi saya nak kamu dengar. 610 00:44:57,654 --> 00:45:03,618 - Saya sangat ambil berat tentang kamu. - Maaf. Boleh saya cakap sesuatu? 611 00:45:04,286 --> 00:45:05,120 Baiklah. 612 00:45:05,203 --> 00:45:06,955 Ayah saya sangat teruk. 613 00:45:07,038 --> 00:45:11,752 Saya masuk ke pejabatnya dan dapat tahu dia upah penyiasat untuk menghendap orang. 614 00:45:11,835 --> 00:45:16,798 Dia ada teori konspirasi 615 00:45:16,882 --> 00:45:19,134 tentang pembunuhan Natalie 616 00:45:19,217 --> 00:45:22,971 dengan nama penduduk Madre Linda, 617 00:45:23,054 --> 00:45:25,056 termasuklah kamu dan Joe. 618 00:45:26,892 --> 00:45:27,809 Apa? 619 00:45:41,615 --> 00:45:44,910 Jururawat Fiona, saya rasa kamu akan suka buku ini. Ia… 620 00:45:51,458 --> 00:45:52,876 Saya akan tunggu kamu di luar. 621 00:46:01,343 --> 00:46:02,385 Hei, budak. 622 00:46:03,220 --> 00:46:04,721 Saya suka buku itu. 623 00:46:13,855 --> 00:46:16,358 Maaf, hari ini bukan hari yang baik. Saya perlu… 624 00:46:16,441 --> 00:46:18,527 Dia sering marah dan menyakiti kamu. 625 00:46:19,194 --> 00:46:22,072 Dia minta maaf, cakap ia takkan berulang lagi 626 00:46:22,155 --> 00:46:24,533 dan dia beri kamu bunga, bukan? 627 00:46:27,828 --> 00:46:29,704 Ada ramai lelaki jahat di luar sana 628 00:46:29,788 --> 00:46:33,291 dan kadangkala, kita tak tahu sehinggalah ia terlambat. 629 00:46:33,375 --> 00:46:35,335 Pergi makan dengan budak-budak lain. 630 00:46:50,433 --> 00:46:52,352 PELETAKAN JAWATAN SECARA RASMI 631 00:46:52,435 --> 00:46:54,896 Marienne, saya tahu sebabnya saya tertarik kepada kamu. 632 00:46:54,980 --> 00:46:56,481 Ia bukan disebabkan corak. 633 00:46:57,190 --> 00:46:59,693 Namun hari ini, bermulalah fasa diri saya yang 634 00:46:59,776 --> 00:47:03,905 seterusnya untuk tahu kamu wujud, untuk melihat kamu, mencintai kamu 635 00:47:04,364 --> 00:47:05,907 dan tak boleh memiliki kamu. 636 00:47:05,991 --> 00:47:09,661 Sebab selagi saya cintakan kamu, kamu dalam bahaya. 637 00:47:11,204 --> 00:47:13,373 Hai. Boleh kita bercakap sekejap? 638 00:47:13,456 --> 00:47:16,418 - Kita ada banyak kerja. - Kamu nak lupakannya. 639 00:47:16,501 --> 00:47:18,628 Buat macam biasa. Saya tak boleh. 640 00:47:18,712 --> 00:47:22,340 Saya akan buat kotak barangan kamu dan Love akan menemuinya. 641 00:47:22,424 --> 00:47:24,801 - Marienne… - Saya sukakan kamu. 642 00:47:24,885 --> 00:47:27,012 Saya tahu tiada apa yang akan berlaku. 643 00:47:27,095 --> 00:47:30,932 Kamu dah berkahwin dan ada anak yang sangat comel. 644 00:47:31,016 --> 00:47:34,477 Saya nak kamu tahu yang saya tak nak memisahkan keluarga. 645 00:47:36,146 --> 00:47:39,816 Saya tahu kamu tak pernah curang sebab… 646 00:47:41,026 --> 00:47:42,569 kamu cintakan isteri kamu. 647 00:47:42,652 --> 00:47:47,365 Kita pula cuma penat dan dipengaruhi suasana itu. 648 00:47:47,449 --> 00:47:50,619 Jadi, jangan risau, saya tak nak apa-apa. 649 00:47:50,702 --> 00:47:51,578 Saya cuma… 650 00:47:52,287 --> 00:47:56,249 Perasaan ini boleh hilang. Okey? 651 00:47:56,875 --> 00:47:57,709 Kamu faham? 652 00:47:58,668 --> 00:47:59,502 Tunggu. 653 00:48:00,086 --> 00:48:03,381 Bukan tiada apa-apa. 654 00:48:04,090 --> 00:48:06,301 Saya tak nak hancurkan keluarga kamu. 655 00:48:07,761 --> 00:48:10,138 - Saya tak nak sakiti Henry. - Saya tahu. 656 00:48:11,932 --> 00:48:14,768 Saya takkan ganggu kamu bersatu dengan anak kamu. 657 00:48:16,269 --> 00:48:18,772 - Saya takkan sakiti Juliette. - Saya tahu. 658 00:48:28,031 --> 00:48:29,032 Alamak! 659 00:48:30,951 --> 00:48:33,411 - Kita tak boleh buat begini. - Saya tahu. 660 00:48:33,495 --> 00:48:34,746 Tak guna. 661 00:48:40,168 --> 00:48:41,378 Tak, kamu… 662 00:48:41,461 --> 00:48:44,005 - Kamu perlu pergi sebelum… - Saya tahu. Kita tak boleh. 663 00:48:44,089 --> 00:48:45,924 Saya datang untuk letak jawatan. 664 00:48:46,007 --> 00:48:48,385 Saya rasa ia akan memudahkan keadaan. 665 00:48:48,468 --> 00:48:51,554 Kamu tak perlu buat begini. 666 00:48:52,138 --> 00:48:56,851 Namun, kita patut bercakap apabila kita lebih tenang. 667 00:49:02,732 --> 00:49:05,068 Saya tak pernah rasa lebih tenang. 668 00:49:05,151 --> 00:49:08,530 Namun, saya perlukan masa untuk fikirkan apa saya nak buat tentang Love. 669 00:49:10,699 --> 00:49:14,744 Saya takkan biarkan dia atau sesiapa cederakan kamu, Marienne. 670 00:49:14,828 --> 00:49:17,539 Saya akan mendahului dia kali ini. 671 00:49:18,123 --> 00:49:19,541 - Awalnya kamu balik. - Hei. 672 00:49:19,624 --> 00:49:22,002 Itu pun kamu. Kamu tak dapat mesej saya? 673 00:49:22,919 --> 00:49:23,962 Kita perlu berbincang. 674 00:49:24,045 --> 00:49:25,964 Dia tahu. Bagaimana dia boleh tahu? 675 00:49:26,047 --> 00:49:27,465 - Semuanya okey? - Tak. 676 00:49:27,549 --> 00:49:30,593 Theo beritahu saya yang Matthew upah penyiasat untuk siasat orang. 677 00:49:30,677 --> 00:49:32,804 Dia tak fikir yang kes Natalie ditutup. 678 00:49:32,887 --> 00:49:34,597 Okey. Apa maklumat yang dia ada? 679 00:49:34,681 --> 00:49:36,516 Entah, tapi saya boleh siasat. 680 00:49:36,599 --> 00:49:39,102 - Bagaimana? - Kita tahu Theo sukakan saya. 681 00:49:41,312 --> 00:49:43,523 - Kamu nak mempergunakannya? - Lebih kurang. 682 00:49:43,606 --> 00:49:46,693 Saya akan cakap. Kamu boleh bantah. 683 00:49:46,776 --> 00:49:51,781 Saya boleh buatkan dia fikir yang dia ada peluang. 684 00:49:51,865 --> 00:49:55,160 Budak 19 tahun akan buat apa-apa saja jika mereka sangka akan dapat seks. 685 00:49:55,243 --> 00:49:57,078 Tak sangka jadi begini, 686 00:49:57,162 --> 00:50:01,249 tapi jika Love fokus pada Theo, dia takkan perasan akan kami. 687 00:50:01,332 --> 00:50:05,545 Saya tahu ini idea gila dan saya minta kamu percayakan saya, tapi… 688 00:50:05,628 --> 00:50:07,047 Ini idea yang bagus. 689 00:50:09,883 --> 00:50:12,802 Saya percayakan kamu. Kita sepasukan. 690 00:50:13,344 --> 00:50:14,554 Pasukan terbaik. 691 00:50:20,852 --> 00:50:22,520 Kami memang pasukan terbaik. 692 00:50:22,604 --> 00:50:26,608 Walaupun kami bukan teman sejiwa, ia tetap sejenis cinta. 693 00:50:26,691 --> 00:50:32,072 Dia sibuk dengan benda lain, jadi saya boleh fokus pada kamu. 694 00:50:32,155 --> 00:50:35,075 Ini memanfaatkan semua orang. 695 00:51:38,054 --> 00:51:40,557 Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri