1 00:00:18,017 --> 00:00:19,436 Sebelum ini dalam You… 2 00:00:19,519 --> 00:00:22,147 Tiada sesiapa mampu tandingi pepatah Brontë. 3 00:00:22,230 --> 00:00:25,400 Mangsa dikenal pasti sebagai Guinevere Beck. 4 00:00:25,483 --> 00:00:27,944 Kenapa mayat dia di laman, doktor? 5 00:00:28,027 --> 00:00:29,112 Aku baca buku Beck. 6 00:00:29,195 --> 00:00:32,866 Aku rasa mungkin Beck tak tulis semuanya. 7 00:00:32,949 --> 00:00:34,993 Kami rasa kekasihnya, Joe, bunuh dia. 8 00:00:35,076 --> 00:00:36,411 Kita kena tangkap dia. 9 00:00:36,494 --> 00:00:38,830 Kalaulah saya bunuh Dr. Nicky. 10 00:00:38,913 --> 00:00:40,999 Takkan pembunuh Beck cakap begitu? 11 00:00:41,082 --> 00:00:43,126 Jangan terpedaya dengan dia. 12 00:00:43,209 --> 00:00:47,297 Saya milik awak. Saya akan menjulang awak ke tengah-tengah dunia ini. 13 00:00:48,506 --> 00:00:50,842 Kau menyamar selama ini? 14 00:00:51,801 --> 00:00:54,387 - Tak layak jaga Henry. - Awak tak boleh rampas dia! 15 00:00:54,471 --> 00:00:56,055 Ayah tak tinggalkan kamu. 16 00:00:56,139 --> 00:00:58,266 - Ayah! - Jumpa nanti. Ayah sayang kamu. 17 00:00:58,349 --> 00:01:00,351 - Awak masih menyamar? - Tak. 18 00:01:00,435 --> 00:01:02,562 - Awak cintakan saya? - Ya. 19 00:01:02,645 --> 00:01:03,980 Siapa awak sebenarnya? 20 00:01:04,064 --> 00:01:05,440 Saya Bronte. 21 00:01:06,191 --> 00:01:09,069 Aku tak ada pilihan. Kate perlu mati. 22 00:01:10,445 --> 00:01:12,197 Dia tak gembira kita bersama. 23 00:01:13,031 --> 00:01:16,367 Saya habiskan seluruh hidup saya menyelamatkan perempuan macam awak. 24 00:01:16,451 --> 00:01:19,746 Awak bukan penyelamat, Joe. 25 00:01:19,829 --> 00:01:23,374 Aku baru jumpa Marienne Bellamy. Dia masih hidup. 26 00:01:23,458 --> 00:01:25,585 Dengarlah cakap orang lain. 27 00:01:25,668 --> 00:01:27,796 Jangan lupa tujuan asal awak. 28 00:01:27,879 --> 00:01:30,924 Guinevere Beck. Awak fikir Joe tak bunuh dia? 29 00:01:31,007 --> 00:01:32,592 Tapi aku dikuasai perasaan. 30 00:01:32,675 --> 00:01:33,676 Lupa satu kunci. 31 00:01:33,760 --> 00:01:35,053 Joe… 32 00:01:37,096 --> 00:01:40,183 - Kenapa awak aniaya Harrison? - Buka pintu. 33 00:01:40,266 --> 00:01:41,351 Pergi jahanam. 34 00:01:41,434 --> 00:01:42,268 Maddie! 35 00:01:43,102 --> 00:01:46,064 Semua isteri awak mati dalam kebakaran. 36 00:01:46,147 --> 00:01:49,234 Love tak mati dalam kebakaran. Saya meracuni dia. 37 00:01:49,317 --> 00:01:50,485 Terima kasih. 38 00:01:50,568 --> 00:01:52,779 Nadia akan serahkannya kepada polis. 39 00:01:53,655 --> 00:01:55,156 Marienne? Kate? 40 00:01:55,240 --> 00:01:58,409 Bronte, awak nak selamatkan saya. 41 00:02:00,495 --> 00:02:03,206 Aku patut tinggalkan kau, lari dan lupakan semuanya. 42 00:02:04,666 --> 00:02:07,669 Bronte Louise Flannery, sudi tak kahwini saya? 43 00:02:07,752 --> 00:02:10,964 Tapi keadilan dan jawapan takkan diperoleh. 44 00:02:11,756 --> 00:02:14,551 Aku seorang saja yang mampu menghentikan kau. 45 00:02:14,634 --> 00:02:15,802 Ya, Joe. 46 00:02:45,790 --> 00:02:46,791 Kau. 47 00:02:46,875 --> 00:02:50,253 Apa kebaikan aku sampaikan aku layak dapat kau? 48 00:02:52,881 --> 00:02:57,385 Hantu-hantu dari masa lalu aku mahu aku percaya aku tak layak dapat kau. 49 00:03:00,805 --> 00:03:03,516 Tapi kau tahu mereka silap tentang aku. 50 00:03:44,515 --> 00:03:46,935 Indahnya. Betul tak? 51 00:03:51,522 --> 00:03:55,193 Mungkin taklah teruk sangat kita tinggalkan New York. 52 00:04:00,573 --> 00:04:03,034 Cantik betul. 53 00:04:13,962 --> 00:04:16,798 Senang saja kalau buat begitu. 54 00:04:21,052 --> 00:04:23,846 Tapi dunia takkan tahu hal sebenar tentang kau. 55 00:04:26,474 --> 00:04:28,977 Aku pula takkan dapat jawapan. 56 00:04:32,647 --> 00:04:35,900 Macam mana aku boleh cintakan kau, padahal aku tahu semuanya? 57 00:04:44,325 --> 00:04:46,411 Apa kau buat kepada Beck? 58 00:04:50,456 --> 00:04:52,875 Persoalan paling penting… 59 00:04:54,919 --> 00:04:56,421 Cantik, bukan? 60 00:04:59,299 --> 00:05:02,427 …apa cara yang selayaknya untuk tamatkan riwayat kau? 61 00:05:35,293 --> 00:05:36,419 Kenapa? 62 00:05:36,502 --> 00:05:40,006 Sekejap, GPS rosak. Rasanya ada peta di dalam but. 63 00:05:40,089 --> 00:05:43,926 Dakwat dan kertas, penyelamat sejak purbakala. 64 00:05:48,431 --> 00:05:51,517 Sikap optimis kau sekadar topeng. Mestilah kau takut. 65 00:05:52,143 --> 00:05:54,312 Kau belum tahu yang lebih teruk. 66 00:06:16,667 --> 00:06:17,710 Hei. 67 00:06:18,586 --> 00:06:19,754 Terus terang saja. 68 00:06:22,965 --> 00:06:26,385 Saya tak rasa kita diekori, tapi tunggu masa saja. 69 00:06:26,469 --> 00:06:30,264 Kate perdayakan saya. Dia beri polis sesuatu yang menjahanamkan. 70 00:06:30,348 --> 00:06:31,432 Teruk sangatkah? 71 00:06:31,516 --> 00:06:33,518 Susah saya nak menafikannya. 72 00:06:33,601 --> 00:06:37,063 Ia agak munasabah, tapi polis tentu ada banyak soalan. 73 00:06:37,146 --> 00:06:38,773 Itu tugas mereka. Saya tak risau. 74 00:06:39,857 --> 00:06:44,737 Proses perundangannya pasti lama dan penuh dengan masalah. 75 00:06:45,696 --> 00:06:46,614 Kita akan selamat, 76 00:06:46,697 --> 00:06:49,826 tapi kita patut bersembunyi sehingga keadaan reda. 77 00:06:50,493 --> 00:06:51,327 Di Kanada? 78 00:06:52,411 --> 00:06:55,331 Kita nak pergi ke sana, bukan? Rentas sempadan? 79 00:06:55,414 --> 00:06:58,709 Hei, saya tak peduli ke mana-mana pun kita pergi 80 00:06:58,793 --> 00:07:01,420 asalkan saya dengan awak dan kita bersama. 81 00:07:02,547 --> 00:07:03,381 Terasing. 82 00:07:05,049 --> 00:07:07,635 Di dalam istana berlumut. Ia agak sukar. 83 00:07:07,718 --> 00:07:10,429 Tapi selagi kita bersama, kita ada harapan. 84 00:07:12,390 --> 00:07:13,516 Awak percaya saya? 85 00:07:15,393 --> 00:07:17,562 Saya ada di sini, bukan? 86 00:07:19,439 --> 00:07:21,023 Saya cuma nak awak, Joe. 87 00:07:24,152 --> 00:07:25,319 Saya… 88 00:07:28,531 --> 00:07:29,907 Saya hanya ada awak. 89 00:07:33,411 --> 00:07:35,705 Kalaulah itu tidak benar. 90 00:07:35,788 --> 00:07:38,082 Kau kini segalanya bagi aku. 91 00:07:38,166 --> 00:07:40,501 Saya perlu buat panggilan sebelum isyarat hilang. 92 00:07:40,585 --> 00:07:43,087 Nah. Boleh awak tolong periksa? 93 00:07:44,088 --> 00:07:47,175 Tapi mungkin itu cara untuk aku bertahan. 94 00:07:47,258 --> 00:07:49,760 Sorok penipuan di sebalik sesuatu yang lagi mendalam. 95 00:07:53,556 --> 00:07:54,724 Justicar! 96 00:07:54,807 --> 00:07:55,850 Will, ini aku. 97 00:07:55,933 --> 00:07:57,477 Aku tahu. Hei, kawan. 98 00:07:57,560 --> 00:07:58,644 Apa khabar? 99 00:07:58,728 --> 00:08:00,730 Aku rasa macam tukang tunai hajat. 100 00:08:00,813 --> 00:08:05,067 Mula-mula kemalangan bot palsu untuk kakak ipar kau yang jahat. 101 00:08:05,151 --> 00:08:08,362 Kemudian kau batalkannya. Sekarang pasport pula. 102 00:08:08,446 --> 00:08:10,531 Ya, aku kawan yang teruk. Maaf. 103 00:08:10,615 --> 00:08:14,035 Aku main-main sajalah. Aku tengah uruskan pasport itu. 104 00:08:14,118 --> 00:08:15,703 Tapi ia akan ambil masa. 105 00:08:15,786 --> 00:08:18,164 Jadi, pergi saja ke arah sempadan. 106 00:08:18,831 --> 00:08:21,959 Okey. Macam mana dengan satu hal lagi? 107 00:08:22,043 --> 00:08:23,961 Itu lebih susah. Aku masih cuba. 108 00:08:24,045 --> 00:08:26,714 Macam mana kau tahu Henry tak dipantau? 109 00:08:28,424 --> 00:08:31,219 Aku tak tahu, tapi aku kena ambil risiko. Dia anak aku. 110 00:08:32,345 --> 00:08:34,680 Aku faham. Berikan aku masa. 111 00:08:34,764 --> 00:08:37,016 Terima kasih. Terima kasih, Will. 112 00:08:39,060 --> 00:08:43,689 Aku perlukan harapan sekarang. Aku kena cakap dengan Henry sebelum pergi. 113 00:08:43,773 --> 00:08:47,276 Aku perlu cakap, apa pun dia dengar, aku tak tinggalkan dia. 114 00:08:47,360 --> 00:08:48,486 Aku akan kembali. 115 00:08:51,072 --> 00:08:51,906 Mari teruskan? 116 00:08:55,243 --> 00:08:56,244 Mari teruskan. 117 00:09:12,426 --> 00:09:14,136 Untuk wanita. 118 00:09:14,762 --> 00:09:15,638 Sinis betul. 119 00:09:16,597 --> 00:09:19,392 Tapi aku pembeli sasaran dalam keadaan sekarang. 120 00:09:33,281 --> 00:09:34,574 POLIS PERONDA NEGERI 121 00:09:36,242 --> 00:09:38,077 Jahanam betul. 122 00:09:40,288 --> 00:09:42,290 Radio tak sebut tentang pemburuan, 123 00:09:42,373 --> 00:09:44,875 tapi kadang-kadang media agak lambat. 124 00:09:44,959 --> 00:09:46,544 Mereka cam muka aku. 125 00:09:47,795 --> 00:09:49,213 Mereka cam muka kau? 126 00:09:56,554 --> 00:09:57,638 Aduhai. 127 00:10:01,726 --> 00:10:02,768 Nah. 128 00:10:03,978 --> 00:10:04,812 Terima kasih. 129 00:10:06,689 --> 00:10:08,608 Hei. Cik perlukan bantuan? 130 00:10:10,318 --> 00:10:11,152 Perlukah? 131 00:10:11,861 --> 00:10:13,904 Semuanya boleh berakhir sekarang. 132 00:10:13,988 --> 00:10:15,615 Apa maksud tuan? Saya okey. 133 00:10:18,743 --> 00:10:21,120 Tapi sebaik saja aku tuding jari, kau akan lari. 134 00:10:21,704 --> 00:10:25,583 Aku takkan dapat jawapan dan orang takkan kenal diri sebenar kau. 135 00:10:25,666 --> 00:10:28,377 Saya ambil macam-macam sampai tak muat tangan. 136 00:10:33,007 --> 00:10:33,883 Cik nak ke mana? 137 00:10:35,092 --> 00:10:36,344 Berkhemah dengan kawan? 138 00:10:37,303 --> 00:10:39,138 Ya, berkhemah dengan kawan. 139 00:10:40,848 --> 00:10:43,434 Hati-hati di luar sana. Ada banyak pemangsa. 140 00:10:46,771 --> 00:10:47,897 Beruang. 141 00:10:49,940 --> 00:10:52,026 Baik. Terima kasih. 142 00:10:57,406 --> 00:10:58,491 Tak mungkin. 143 00:11:02,370 --> 00:11:05,498 THE DARK FACE OF LOVE CERITA & PUISI 144 00:11:11,879 --> 00:11:15,424 Mungkin aku tahu cara mendapatkan jawapan yang diperlukan. 145 00:11:27,395 --> 00:11:28,270 Awak okey? 146 00:11:28,854 --> 00:11:31,023 Ya, dia tak cam saya pun. 147 00:11:32,525 --> 00:11:33,526 Awak menggeletar. 148 00:11:35,653 --> 00:11:36,737 Adrenalina. 149 00:11:37,279 --> 00:11:40,324 Awak akan buat saya ketagih dengan gaya hidup Bonnie dan Clyde. 150 00:11:42,743 --> 00:11:45,871 Semakin hari, saya semakin terpesona dengan awak. 151 00:11:55,297 --> 00:11:56,966 Apa awak… 152 00:11:58,384 --> 00:11:59,927 Ini barang keperluan? 153 00:12:01,720 --> 00:12:03,681 Ini makanan berkhasiat. 154 00:12:04,640 --> 00:12:06,809 Hei. Kita dah tak boleh patah balik. 155 00:12:08,269 --> 00:12:09,353 Jalan sajalah. 156 00:12:39,049 --> 00:12:40,676 Macam bau pain. 157 00:12:40,759 --> 00:12:43,721 Itu bau pokok-pokok di sini. Okey, buka mata awak. 158 00:12:47,099 --> 00:12:48,100 Gilalah. 159 00:12:48,893 --> 00:12:50,728 Rumah kita. Beberapa hari. 160 00:13:00,404 --> 00:13:03,199 Tak ada kamera atau penggera dalam gambar 161 00:13:03,282 --> 00:13:05,784 dan tak ada tempahan di laman web sewaan. 162 00:13:05,868 --> 00:13:07,036 Kita curi masuk? 163 00:13:07,119 --> 00:13:08,329 Kita takkan lama di sini. 164 00:13:09,914 --> 00:13:13,751 Anggaplah ini gambaran awal istana kita. 165 00:13:13,834 --> 00:13:16,170 Dikelilingi tembok. Terpencil. 166 00:13:20,216 --> 00:13:21,717 Lumut saja yang tak ada. 167 00:13:24,803 --> 00:13:26,430 Tunggu di sini sekejap. 168 00:13:37,608 --> 00:13:39,193 Jangan lupa kunci tingkap. 169 00:13:39,276 --> 00:13:42,446 Kalau awak ikut nasihat itu, kita takkan berjumpa. 170 00:13:54,166 --> 00:13:55,084 Cantiknya. 171 00:14:16,772 --> 00:14:17,982 Saya nak ambil beg. 172 00:14:19,733 --> 00:14:22,278 Alamak. Kau dapat rasa. 173 00:14:24,071 --> 00:14:24,989 Tunggu, Joe. 174 00:14:25,865 --> 00:14:28,617 Maaf. Nafas saya ada bau Doritos. 175 00:14:34,081 --> 00:14:35,124 Sempurna. 176 00:14:35,666 --> 00:14:36,917 Kau memang sempurna. 177 00:14:37,001 --> 00:14:39,503 - Saya akan ambil berus gigi awak. - Baik. 178 00:14:57,730 --> 00:15:00,190 Tentulah dia nak. 179 00:15:02,359 --> 00:15:04,695 Aku hampir tertangkap disebabkan satu ciuman. 180 00:15:07,323 --> 00:15:10,534 Maknanya, semua perlu berakhir malam ini. 181 00:15:19,460 --> 00:15:23,297 Lambat sikit. Saya boleh buat. Awak pergilah menulis. 182 00:15:24,006 --> 00:15:24,840 Okey. 183 00:15:38,354 --> 00:15:41,690 Sosiopat saja mampu menulis dalam keadaan terancam. 184 00:15:45,611 --> 00:15:46,445 Tapi baguslah. 185 00:15:47,279 --> 00:15:50,658 Aku ada masa untuk rancang semuanya. 186 00:15:51,492 --> 00:15:54,244 Harap aku takkan berakhir di dasar tasik itu. 187 00:15:57,122 --> 00:15:58,332 Hei, Will. 188 00:15:58,415 --> 00:16:00,668 Berita baik. Ada orang akan hantar pasport 189 00:16:00,751 --> 00:16:02,670 kepada kau di Chippewa Bay malam esok. 190 00:16:03,545 --> 00:16:06,173 Dekat saja. Naik bot merentas sempadan. 191 00:16:06,256 --> 00:16:07,508 Terima kasih banyak. 192 00:16:07,591 --> 00:16:09,426 Kau dah bayarkan rumah aku. 193 00:16:10,970 --> 00:16:11,887 Tentang Henry. 194 00:16:12,554 --> 00:16:15,391 Aku dah tahu server permainan video dia, 195 00:16:15,474 --> 00:16:18,644 jadi kalau dia main nanti, aku boleh cuba sambungkan. 196 00:16:18,727 --> 00:16:20,896 Tapi aku tak janji. 197 00:16:20,980 --> 00:16:22,773 Aku tahu harapannya tipis, 198 00:16:22,856 --> 00:16:26,944 tapi dia perlu hilangkan stres dan trauma dengan buku dan permainan video. 199 00:16:27,027 --> 00:16:31,490 Terima kasih, Will. Nama dalam pasport-pasport itu. 200 00:16:31,573 --> 00:16:35,661 Macam yang kau minta, Ezra dan Ella. 201 00:16:36,453 --> 00:16:39,331 Kau memang terbaik. 202 00:16:46,255 --> 00:16:51,176 Ezra dan Ella protagonis abadi, cereka yang menyerupai kehidupan sebenar. 203 00:16:51,260 --> 00:16:53,804 Ia hampir terlalu sempurna. 204 00:16:54,430 --> 00:16:57,558 Kenapa kekarutan ini tiba-tiba memuncak? 205 00:16:57,641 --> 00:16:59,143 Mereka dalam kepala aku. 206 00:16:59,727 --> 00:17:01,437 Semua perempuan itu. 207 00:17:02,521 --> 00:17:06,066 Menggugat keyakinan aku bahawa aku boleh hidup bahagia selamanya. 208 00:17:08,277 --> 00:17:11,488 Tapi kau pernah ubah identiti sebelum ini demi aku. 209 00:17:12,197 --> 00:17:14,158 Kenapa aku meragui kerelaan kau? 210 00:17:14,241 --> 00:17:15,367 Sedapkah? 211 00:17:18,579 --> 00:17:22,166 Aku menyampah betul kerana kau pandai memasak. 212 00:17:23,584 --> 00:17:26,086 Mungkin mendiang isteri pertama kau ajar. 213 00:17:26,795 --> 00:17:27,921 Awak dapat ilham? 214 00:17:28,797 --> 00:17:31,341 Kesenyapan di sini membantu. 215 00:17:33,302 --> 00:17:36,472 Macam mana dengan buku awak? Awak ada simpan salinan? 216 00:17:37,723 --> 00:17:41,060 Ada satu saja, ditaip mesin dan sudah dimamah api. 217 00:17:41,143 --> 00:17:43,729 Padah menulis dengan cara paling berlagak. 218 00:17:43,812 --> 00:17:46,940 Tak apa, saya akan tulis balik kalau kita dah selamat. 219 00:17:47,483 --> 00:17:50,527 Awak dah fikir tentang pengakhirannya? 220 00:17:52,196 --> 00:17:54,531 Ezra menukar Ella menjadi puntianak. 221 00:17:55,657 --> 00:17:58,494 Mereka mengembara ke seluruh dunia bersama-sama. 222 00:18:00,120 --> 00:18:00,954 Selamanya? 223 00:18:01,038 --> 00:18:03,332 Ya, itulah makna keabadian. 224 00:18:03,415 --> 00:18:05,042 Beritahulah kalau ia teruk. 225 00:18:05,125 --> 00:18:06,418 Cuma… 226 00:18:07,503 --> 00:18:11,882 Awak rasa itu yang selayaknya untuk protagonis awak? 227 00:18:14,051 --> 00:18:15,260 Apa maksud awak? 228 00:18:16,595 --> 00:18:19,973 Biasanya tentu ada balasan, bukan? 229 00:18:24,728 --> 00:18:29,983 Awak rasa tak cukup lagi saya kehilangan anak, rumah dan Mooney's? 230 00:18:30,067 --> 00:18:31,610 Jangan berpura-pura. 231 00:18:31,693 --> 00:18:33,695 Okey, saya takkan berpura-pura. 232 00:18:35,489 --> 00:18:40,828 Keabadian tak wujud, Joe. Jadi, saya risau tentang awak. 233 00:18:43,330 --> 00:18:44,414 Tentang saya juga. 234 00:18:45,707 --> 00:18:47,000 Saya ada rancangan. 235 00:18:47,084 --> 00:18:48,001 Ia boleh gagal. 236 00:18:48,627 --> 00:18:52,131 Impian pun boleh mati, jadi… 237 00:18:54,383 --> 00:18:57,594 Jadi, cuba jujur dengan saya. Adakah saya selamat? 238 00:18:59,555 --> 00:19:00,764 Dalam cerita awak? 239 00:19:01,890 --> 00:19:03,058 Adakah awak… 240 00:19:03,142 --> 00:19:04,935 Bronte, mestilah. 241 00:19:05,894 --> 00:19:10,107 Mestilah. Keutamaan saya ialah kebahagiaan dan keselamatan awak. 242 00:19:10,190 --> 00:19:11,191 Tak, saya… 243 00:19:12,317 --> 00:19:15,237 Hanya budak mentah yang percayakan "selamanya". 244 00:19:16,238 --> 00:19:17,239 Ia satu hajat. 245 00:19:19,241 --> 00:19:20,075 Saya… 246 00:19:20,993 --> 00:19:22,035 Saya minta maaf. 247 00:19:23,370 --> 00:19:27,249 Sebab saya minta awak berkorban. 248 00:19:28,667 --> 00:19:29,877 Saya nampak takut 249 00:19:31,170 --> 00:19:32,379 sebab saya memang takut. 250 00:19:33,338 --> 00:19:35,007 Saya pun takut. 251 00:19:38,218 --> 00:19:40,929 Besar kepercayaan yang kau letakkan pada aku. 252 00:19:41,013 --> 00:19:43,765 Aku janji untuk berikan kau segalanya, 253 00:19:43,849 --> 00:19:47,477 tapi kau perlu ingat yang kita cuma perlukan satu sama lain. 254 00:19:47,561 --> 00:19:52,107 Boleh saya berikan kepada awak secebis rasa masa depan kita malam ini? 255 00:19:52,191 --> 00:19:53,358 Tolong izinkan. 256 00:20:03,452 --> 00:20:08,165 Di luar ini, hanya kau yang wujud. 257 00:20:15,923 --> 00:20:17,049 Berdiri. 258 00:20:18,050 --> 00:20:19,676 - Apa? - Percayakan saya. 259 00:20:21,303 --> 00:20:22,221 Senget sebelah. 260 00:20:22,304 --> 00:20:24,181 Saya jaga. Tengok. 261 00:20:32,648 --> 00:20:34,024 Awak nak pergi ke mana? 262 00:20:42,366 --> 00:20:43,617 Kenapa saya berdiri? 263 00:20:44,534 --> 00:20:46,787 Supaya saya boleh tengok awak begini. 264 00:20:49,414 --> 00:20:52,459 Saya kata saya akan julang awak ke tengah dunia. 265 00:21:00,759 --> 00:21:04,638 Apalah masalah aku sampaikan walaupun aku tahu kau siapa, 266 00:21:04,721 --> 00:21:07,349 secebis hati aku masih boleh rasa bahagia? 267 00:21:09,935 --> 00:21:12,354 Tapi siapa sajalah tak suka dicintai? 268 00:21:13,021 --> 00:21:18,527 Cinta jauh lebih kuat daripada keadilan dan realiti. 269 00:21:19,903 --> 00:21:22,781 Kau pula menjadikannya senjata. 270 00:21:23,573 --> 00:21:26,910 Sebelum kau bunuh Beck, dia rasa bahagia begini juga? 271 00:21:28,745 --> 00:21:33,166 Sebab dengan kau, cinta ada harganya. 272 00:21:34,584 --> 00:21:38,171 Inilah hala tujunya selama ini. Kemuncak cinta. 273 00:21:49,933 --> 00:21:51,226 Cakaplah awak nak. 274 00:21:53,854 --> 00:21:54,688 Ikut saya. 275 00:22:21,089 --> 00:22:21,923 Hei. 276 00:22:43,111 --> 00:22:45,155 Apa jadahnya? 277 00:22:51,036 --> 00:22:53,121 Macam mana awak bunuh Guinevere Beck? 278 00:23:00,629 --> 00:23:01,671 Jawab! 279 00:23:14,351 --> 00:23:16,478 Letakkan pistol. Apa awak buat? 280 00:23:16,561 --> 00:23:18,396 Apa yang patut dibuat dari dulu lagi. 281 00:23:22,651 --> 00:23:23,652 Ada orang hasut awak. 282 00:23:23,735 --> 00:23:26,905 Tak, ada orang sedarkan saya. Berundur, Joe. 283 00:23:26,988 --> 00:23:28,156 Marienne? 284 00:23:28,240 --> 00:23:29,157 Nadia? 285 00:23:29,241 --> 00:23:30,158 Kate juga? 286 00:23:31,118 --> 00:23:35,747 Kate yang awak nak saya benci. Awak cuba meyakinkan saya yang dia gila. 287 00:23:35,831 --> 00:23:38,750 Dia cuba penjarakan saya dan bunuh saya. 288 00:23:38,834 --> 00:23:41,878 Awak terlalu bijak untuk saya kenakan dengan cara begini. 289 00:23:41,962 --> 00:23:43,004 Saya tak bijak. 290 00:23:44,631 --> 00:23:48,260 Tapi saya tak kisah sebab saya akhirnya nampak diri saya dengan jelas. 291 00:23:51,263 --> 00:23:55,517 Joe, awak perlu jawab persoalan yang membawa saya kepada awak. Okey? 292 00:23:56,560 --> 00:23:57,561 Beritahu hal sebenar. 293 00:23:58,145 --> 00:24:05,110 Sebahagian diri aku sedar memang mustahil untuk kau percaya cerita aku tentang Beck. 294 00:24:06,695 --> 00:24:08,655 Guinevere Beck. 295 00:24:09,614 --> 00:24:10,699 Satu-satunya 296 00:24:11,449 --> 00:24:12,534 yang menghantui aku. 297 00:24:13,201 --> 00:24:15,287 Saya tahu awak bunuh dia. Tapi… 298 00:24:17,539 --> 00:24:18,957 macam mana awak buat? 299 00:24:23,003 --> 00:24:24,504 Awak tak nak tahu. 300 00:24:24,588 --> 00:24:26,965 Ya, saya nak tahu! Beritahu saya! 301 00:24:34,931 --> 00:24:39,644 Awak siapkan buku Beck selepas awak bunuh dia, bukan? 302 00:24:43,481 --> 00:24:44,316 Ya. 303 00:24:44,399 --> 00:24:47,903 Ya, sebelum kita jumpa pun saya dah perasan kecuaian penulisan awak. 304 00:24:48,486 --> 00:24:52,699 Tak cukup dengan nyawa, suara dia pun awak rampas? 305 00:24:53,825 --> 00:24:55,994 Kemudian awak jadikannya milik awak. 306 00:25:00,790 --> 00:25:03,501 Betulkan semula. Keluarkan yang awak tambah. 307 00:25:04,836 --> 00:25:05,837 Kemudian? 308 00:25:07,380 --> 00:25:08,465 Misi selesai? 309 00:25:08,548 --> 00:25:11,134 Ini rancangan awak tiga tahun lepas? Sudah. 310 00:25:11,218 --> 00:25:12,969 Tak payahlah jual nama Beck. 311 00:25:13,803 --> 00:25:18,183 Sejak hari kita berjumpa, awak memadamkan diri saya, Joe. 312 00:25:18,892 --> 00:25:23,772 Sedikit demi sedikit, gerak hati saya, kompas moral saya, diri saya. 313 00:25:26,441 --> 00:25:31,363 Sekurang-kurangnya, saya perlu memadamkan diri awak. 314 00:25:34,449 --> 00:25:36,076 - Cepat! - Okey. 315 00:25:45,627 --> 00:25:49,047 Aku gabungkan manuskrip Beck, tapi ini penulisan dia. 316 00:25:53,385 --> 00:25:56,513 Ya, aku tokok tambah sikit supaya hasilnya lebih padu. 317 00:25:56,596 --> 00:26:01,017 Itu tanda minta maaf. Tindakan kasih sayang. 318 00:26:01,726 --> 00:26:02,852 Teruskan! 319 00:26:04,562 --> 00:26:07,774 Aku tak cukup naif untuk fikir yang kau akan percaya, 320 00:26:07,857 --> 00:26:10,860 tapi kau sepatutnya dah boleh akhirinya. 321 00:26:12,279 --> 00:26:13,238 Tapi kau tak buat. 322 00:26:14,447 --> 00:26:19,619 Alam ini berkomplot membawa kita ke sini untuk berdua-duaan. 323 00:26:20,453 --> 00:26:23,999 Cakaplah aku bodoh, tapi dalam tradisi kisah cinta agung, 324 00:26:24,082 --> 00:26:27,711 menangani pengakuan semasa diancam merupakan satu kemestian. 325 00:26:35,302 --> 00:26:37,887 "Tidakkah kau mahukannya? 326 00:26:40,307 --> 00:26:41,391 Dicintai? 327 00:26:41,975 --> 00:26:44,519 Tidakkah kau mahu dimahkotai?" Cerita Bluebeard. 328 00:26:44,602 --> 00:26:46,187 Dia tulis di dalam kurungan. 329 00:26:46,271 --> 00:26:49,816 Kurang kemas, tapi ilhamnya mendalam dan memberikan kesan. 330 00:26:49,899 --> 00:26:51,526 Ya, dengan bantuan awak. 331 00:26:52,944 --> 00:26:55,196 Awak cakap macam orang sakit jiwa. 332 00:26:55,280 --> 00:26:59,159 Saya tak kata, tapi saya tahu kenapa awak takut kalau itu benar. 333 00:26:59,242 --> 00:27:01,870 Saya tak peduli apa pun awak fikir. 334 00:27:04,205 --> 00:27:05,540 Tipu. 335 00:27:05,623 --> 00:27:08,084 Kalau awak dah tetap pendirian, kenapa ikut saya? 336 00:27:08,168 --> 00:27:11,379 Kenapa awak rela ambil risiko berdua-duaan dengan saya? 337 00:27:11,463 --> 00:27:14,466 - Awak boleh biarkan saya mati terbakar. - Boleh diam tak? 338 00:27:14,549 --> 00:27:16,301 Sumbatlah mulut saya. 339 00:27:26,102 --> 00:27:27,896 Sebahagian diri awak perlukan saya. 340 00:27:29,356 --> 00:27:31,358 Sebelum kita jumpa, awak hilang arah. 341 00:27:31,441 --> 00:27:33,318 Itu persamaan awak dengan Beck. 342 00:27:33,401 --> 00:27:35,362 Karya dia mencerminkan perasaan awak. 343 00:27:37,072 --> 00:27:39,115 Awak betul-betul takut 344 00:27:40,867 --> 00:27:41,951 awak tak dihargai. 345 00:27:43,161 --> 00:27:46,247 Awak takut kepada saya. Saya boleh nampak. 346 00:27:47,999 --> 00:27:51,586 Tapi saya rasa awak lebih takut kalau saya tak ada, 347 00:27:51,669 --> 00:27:53,171 sebab kalau saya pergi, 348 00:27:54,464 --> 00:27:58,134 tak ada sesiapa akan mencintai awak macam saya. 349 00:27:59,094 --> 00:27:59,928 Sampai bila-bila. 350 00:28:02,263 --> 00:28:03,681 Awak ada obsesi terhadap saya 351 00:28:03,765 --> 00:28:09,729 sebab awak dah tak tahan menjadi Louise Flannery. 352 00:28:11,064 --> 00:28:13,691 Jadi, awak perdayakan saya berkali-kali. 353 00:28:13,775 --> 00:28:17,195 Tapi apa saya buat? Saya tetap terima diri awak. 354 00:28:18,780 --> 00:28:19,614 Seluruhnya. 355 00:28:23,284 --> 00:28:24,285 Sampai sekarang. 356 00:28:26,538 --> 00:28:27,455 Cukup. 357 00:28:28,957 --> 00:28:29,791 Bronte. 358 00:28:31,334 --> 00:28:35,380 Saya rasa saya cintakan awak lebih daripada awak cintakan diri awak. 359 00:28:58,820 --> 00:28:59,738 Hei! 360 00:28:59,821 --> 00:29:02,490 Itu mungkin Henry, anak saya. 361 00:29:02,574 --> 00:29:03,950 Biar betul? 362 00:29:04,033 --> 00:29:06,369 Ini saja peluangnya. Ini bukan tentang saya. 363 00:29:06,453 --> 00:29:09,456 Dia kecil, sensitif dan kehilangan mak ayahnya. 364 00:29:09,539 --> 00:29:10,665 Apa pun nasib saya, 365 00:29:10,749 --> 00:29:13,042 dia perlu tahu dia tak buat salah. Tolonglah. 366 00:29:16,588 --> 00:29:18,590 - Pembesar suara. - Terima kasih. 367 00:29:24,179 --> 00:29:25,054 Helo? 368 00:29:25,138 --> 00:29:27,724 Hei, Joe. Henry dalam talian. 369 00:29:28,349 --> 00:29:30,518 - Sekarang sesuai? - Ya, sambungkan. 370 00:29:30,602 --> 00:29:32,854 Tunggu beberapa saat, kemudian cakap. 371 00:29:37,692 --> 00:29:39,277 Helo? Henry? 372 00:29:40,695 --> 00:29:41,780 Henry, dengar tak? 373 00:29:42,781 --> 00:29:43,615 Ayah? 374 00:29:44,449 --> 00:29:46,910 Hei, sayang. 375 00:29:49,621 --> 00:29:50,705 Hei, ya. 376 00:29:50,789 --> 00:29:54,209 Ini ayah. Apa khabar? Kamu di mana? 377 00:29:54,292 --> 00:29:55,627 Rumah. Dengan Pak Cik Teddy. 378 00:29:56,419 --> 00:29:58,630 Baguslah. 379 00:30:00,173 --> 00:30:03,635 Ayah betul-betul rindukan kamu. 380 00:30:03,718 --> 00:30:06,179 Kalaulah ayah boleh peluk kamu sekarang. 381 00:30:06,930 --> 00:30:10,683 Ayah cuma nak cakap yang ayah sayangkan kamu. 382 00:30:11,810 --> 00:30:13,895 Ayah perlu uruskan beberapa hal. 383 00:30:15,939 --> 00:30:19,108 Ayah perlu pergi beberapa hari, jadi… 384 00:30:20,151 --> 00:30:22,195 Dengar tak? Henry? Kamu ada lagi? 385 00:30:23,530 --> 00:30:25,365 Apa ayah buat kepada mak? 386 00:30:25,448 --> 00:30:26,407 Apa? 387 00:30:30,453 --> 00:30:31,538 Apa? 388 00:30:31,621 --> 00:30:33,039 Ayah tak buat apa-apa. 389 00:30:34,123 --> 00:30:35,792 Pak Cik Teddy cakap lain. 390 00:30:38,086 --> 00:30:40,755 Mesti Teddy cuma keliru. Apa dia cakap? 391 00:30:43,967 --> 00:30:45,301 Dengar tak, Henry? 392 00:30:52,225 --> 00:30:55,770 Ingat tak dulu ayah cakap tak ada raksasa di bilik saya? 393 00:30:56,354 --> 00:31:01,484 Ya, mestilah ingat. Kamu betul-betul takut waktu itu. 394 00:31:03,611 --> 00:31:04,988 Ayah tipu. 395 00:31:06,489 --> 00:31:07,866 Apa maksud kamu? 396 00:31:10,994 --> 00:31:12,161 Ayahlah. 397 00:31:12,954 --> 00:31:14,163 Ayah raksasa. 398 00:31:28,011 --> 00:31:29,095 Henry, kamu masih ada? 399 00:31:49,741 --> 00:31:53,119 Dia memang bijak sejak dulu lagi. 400 00:31:54,662 --> 00:31:56,414 Mak dia… 401 00:31:58,333 --> 00:32:01,085 dah cakap ini akan berlaku. Kata-kata terakhirnya. 402 00:32:04,005 --> 00:32:06,883 "Dia akan tahu siapa awak sebenarnya." 403 00:32:14,849 --> 00:32:16,142 Saya sayangkan dia. 404 00:32:22,023 --> 00:32:23,566 Mungkin dia patut ada… 405 00:32:26,861 --> 00:32:28,196 ayah yang lagi baik. 406 00:32:28,863 --> 00:32:32,617 Kenapa? Macam mana? Macam mana saya boleh jadi begini? 407 00:32:33,910 --> 00:32:38,081 Saya cuba untuk mencintai, tapi setiap kali semuanya musnah! 408 00:32:42,377 --> 00:32:43,461 Dia anak saya. 409 00:32:51,636 --> 00:32:52,470 Saya puncanya. 410 00:32:53,721 --> 00:32:54,889 Saya tak layak dicintai. 411 00:33:02,981 --> 00:33:04,399 Patutkah nasib saya begini? 412 00:33:06,192 --> 00:33:07,402 Entahlah. 413 00:33:08,861 --> 00:33:10,446 Saya pun tak tahu, Joe. 414 00:33:10,530 --> 00:33:12,949 Bukan saya yang tentukan, tapi ini… 415 00:33:14,117 --> 00:33:15,118 Ini tak masuk akal. 416 00:33:15,201 --> 00:33:17,412 Awak bukan mangsanya. 417 00:33:22,792 --> 00:33:25,878 Saya akan panggil polis. Semua ini perlu berakhir. 418 00:33:25,962 --> 00:33:28,881 Kenapa awak rasa kali ini akan berbeza? 419 00:33:28,965 --> 00:33:31,259 Saya membunuh di depan kamera, tapi saya di sini. 420 00:33:31,342 --> 00:33:33,177 Ya. Awak di sini, Joe. 421 00:33:33,970 --> 00:33:36,222 Melarikan diri. Ketakutan. 422 00:33:38,599 --> 00:33:40,727 Saya tahu kali ini berbeza. 423 00:33:42,478 --> 00:33:45,106 Sebab saya dah berpaling daripada awak, Joe. 424 00:33:47,442 --> 00:33:52,321 Kalau saya boleh sedar, satu dunia pun boleh sedar. 425 00:33:54,699 --> 00:33:57,035 Aku menipu diri selama ini. 426 00:33:57,827 --> 00:33:59,454 Beri telefon itu. 427 00:33:59,537 --> 00:34:03,374 Aku terlalu menaruh kepercayaan terhadap kuasa cinta. 428 00:34:03,916 --> 00:34:05,585 Terhadap kuasa alam. 429 00:34:06,252 --> 00:34:08,171 Terhadap dia. 430 00:34:10,298 --> 00:34:13,426 Bronte celaka. 431 00:34:36,908 --> 00:34:37,742 Tidak. 432 00:36:56,380 --> 00:36:57,215 Sial. 433 00:36:57,924 --> 00:36:58,758 Okey. 434 00:37:06,682 --> 00:37:10,269 Sial. Tolonglah. 435 00:37:14,815 --> 00:37:15,816 Tidak! 436 00:37:19,111 --> 00:37:19,987 Sial. 437 00:37:36,879 --> 00:37:38,965 Tidak, tolonglah. 438 00:37:39,048 --> 00:37:40,132 Tak guna! 439 00:37:59,777 --> 00:38:01,612 911, apa kecemasan anda? 440 00:38:09,704 --> 00:38:11,038 Waktu saya cederakan buku lali awak, 441 00:38:12,248 --> 00:38:14,792 saya cuma nak tahan awak agar kita boleh berbincang. 442 00:38:20,006 --> 00:38:23,217 Saya tak sangka ia akan bantu saya untuk bunuh awak. 443 00:38:25,928 --> 00:38:27,888 Celaka, tak hairanlah. 444 00:38:28,973 --> 00:38:31,100 Memang begini pengakhirannya, bukan? 445 00:38:31,183 --> 00:38:32,768 Tidak, tak perlu jadi begini pun! 446 00:38:32,852 --> 00:38:35,313 Tapi awak tak bersyukur. Awak berdendam. 447 00:38:35,396 --> 00:38:38,274 Saya menjadikan awak istimewa, Bronte, 448 00:38:38,357 --> 00:38:41,277 tapi awak pentingkan diri dan tak sedar awak beruntung. 449 00:38:41,360 --> 00:38:43,779 Itu dia. Itu dia, Joe. 450 00:38:44,780 --> 00:38:46,240 Diri awak yang sebenar. 451 00:38:47,325 --> 00:38:49,618 Awak cuma misoginis yang menyedihkan. 452 00:39:02,048 --> 00:39:04,050 Awak nak tahu macam mana saya bunuh Beck? 453 00:39:06,552 --> 00:39:07,678 Biar saya tunjuk. 454 00:39:08,262 --> 00:39:09,180 Jangan. 455 00:39:30,701 --> 00:39:33,037 Apa? 456 00:40:22,253 --> 00:40:24,964 Selamat tinggal, Bronte. 457 00:41:01,542 --> 00:41:03,210 Kenderaan disahkan. 458 00:41:03,294 --> 00:41:05,546 Saya ulang, kenderaan sudah disahkan. 459 00:41:06,130 --> 00:41:07,965 Orang Adam Enam. Baik. 460 00:41:53,093 --> 00:41:55,513 Beritahu status telefon bimbit. Dapat tak? 461 00:41:56,096 --> 00:41:57,223 Orang Adam Enam. 462 00:41:57,306 --> 00:41:59,016 Baik. Kita dapat telefon bimbit. 463 00:42:01,268 --> 00:42:03,979 Rumah kosong. Saya ulang, rumah kosong. 464 00:42:04,772 --> 00:42:06,065 Ya, ke depan. 465 00:42:09,318 --> 00:42:10,444 Ya, tuan. 466 00:42:15,115 --> 00:42:17,993 Kecilkan perimeter perlahan-lahan. Kecilkan. 467 00:42:26,585 --> 00:42:28,295 Kita perlu kecilkan pencarian. 468 00:42:37,054 --> 00:42:38,556 Semuanya dah berakhir, Joe. 469 00:42:42,518 --> 00:42:43,727 Tolonglah, mereka datang. 470 00:42:45,020 --> 00:42:45,896 Bunuh saya. 471 00:42:45,980 --> 00:42:49,149 Itulah yang mudah bagi awak, bukan? Jangan harap. 472 00:42:49,233 --> 00:42:50,276 Saya patut mati. 473 00:42:52,236 --> 00:42:53,654 Awak tahu awak sanggup! 474 00:42:54,572 --> 00:42:55,406 Tolonglah. 475 00:42:56,615 --> 00:42:59,535 Awak berat nak mengaku yang kita sama. Cepatlah! 476 00:42:59,618 --> 00:43:03,747 Cepatlah! Saya dah ragut banyak nyawa, tapi sekarang awak… 477 00:43:03,831 --> 00:43:06,250 Awak dapat bunuh saya, Bronte. 478 00:43:06,333 --> 00:43:08,752 Beginilah kisah kita berakhir. 479 00:43:11,005 --> 00:43:13,799 Nama saya Louise. 480 00:43:15,384 --> 00:43:17,553 Cukuplah setakat ini, Joe. 481 00:43:17,636 --> 00:43:21,682 Berkali-kali saya tanya kepada diri saya, "Kenapa?" 482 00:43:22,808 --> 00:43:25,394 Akhirnya, saya dah nampak dengan jelas. 483 00:43:26,604 --> 00:43:28,772 Fantasi dengan lelaki macam awak 484 00:43:28,856 --> 00:43:32,693 cuma cara kami bertahan dalam realiti dengan lelaki macam awak. 485 00:43:36,280 --> 00:43:37,948 - Tolong bunuh saya. - Tidak. 486 00:43:38,032 --> 00:43:40,034 Bunuh saya! Tolonglah! 487 00:43:40,117 --> 00:43:45,914 Tak, awak akan menghabiskan sisa hidup awak seorang diri. 488 00:43:45,998 --> 00:43:48,042 Louise, saya tak sanggup. 489 00:43:48,125 --> 00:43:49,960 Tentu menakutkan, bukan? 490 00:43:50,044 --> 00:43:53,589 Perbicaraan, juri dan gambar tempat pembunuhan. 491 00:43:53,672 --> 00:43:58,260 Wajah dan mayat anak-anak orang yang awak dah bunuh selama ini. 492 00:43:59,053 --> 00:44:03,557 Mereka akan lihat diri awak yang sebenar dan awak pun perlu lihat semuanya. 493 00:44:15,569 --> 00:44:17,196 Tembakan dilepaskan. 494 00:45:20,175 --> 00:45:24,972 Akhirnya, Joe Goldberg terpaksa melihat dirinya yang sebenar. 495 00:45:25,055 --> 00:45:27,015 Perbicaraan itu huru-hara, 496 00:45:27,099 --> 00:45:32,354 bukti-buktinya mengerikan dan kebenarannya tidak dapat disangkal. 497 00:45:32,438 --> 00:45:35,649 Tapi aku dapat rasa orang ramai berpaling daripada dia 498 00:45:35,732 --> 00:45:39,069 kerana aku tak sengaja menjadikan dia bahan lawak zakar. 499 00:45:39,820 --> 00:45:41,530 JOE MASUK KE PENJARA BEGINI 500 00:45:41,613 --> 00:45:42,656 TAK LAYAK ADA ZAKAR 501 00:45:42,739 --> 00:45:45,159 ADA RUSA TERJUMPA ZAKAR JOE YANG BERKECAI 502 00:45:45,242 --> 00:45:48,120 DULU SEMPURNA 10 MARKAH SEKARANG CUMA 2…INCI 503 00:45:48,203 --> 00:45:52,624 Selepas disabitkan bersalah membunuh Love Quinn dan Guinevere Beck, 504 00:45:52,708 --> 00:45:56,462 semakin banyak tuduhan dibuat yang akhirnya menjadi sabitan. 505 00:45:56,545 --> 00:46:01,341 Ada satu perkara yang jelas, Joe Goldberg takkan dapat bebas lagi. 506 00:46:03,510 --> 00:46:05,679 Benjamin "Benji" Ashby III, 507 00:46:05,762 --> 00:46:08,265 pembunuhan tahap pertama, seumur hidup tanpa parol. 508 00:46:08,348 --> 00:46:11,852 Peach Salinger, pembunuhan tahap pertama, seumur hidup tanpa parol. 509 00:46:11,935 --> 00:46:15,063 Jangan lupa Dr. Nicky. Sabitannya dibatalkan. 510 00:46:15,147 --> 00:46:16,440 Kami tak buat sendiri. 511 00:46:16,523 --> 00:46:20,569 Ada Louise, mangsa-mangsa lama Joe dan semua detektif Internet. 512 00:46:20,652 --> 00:46:21,653 Kami belum selesai. 513 00:46:22,237 --> 00:46:24,907 Ya, jangan terkejut, ada ramai lagi Joe di luar sana. 514 00:46:25,657 --> 00:46:26,825 Ceritalah lagi. 515 00:46:26,909 --> 00:46:30,370 Selepas ketiadaan Joe, kami cuba hadam impak dia terhadap kami. 516 00:46:31,705 --> 00:46:33,916 Nadia Fareedi kembali menulis 517 00:46:35,292 --> 00:46:37,002 dan mengajar. 518 00:46:37,085 --> 00:46:40,839 Dia gunakan bakatnya untuk bantu wanita lain mengatasi trauma. 519 00:46:41,632 --> 00:46:43,217 Dakwaan terhadap Harrison Jacobs 520 00:46:43,300 --> 00:46:45,594 atas pembunuhan isterinya digugurkan. 521 00:46:45,677 --> 00:46:48,347 Si bebal itu baru duduk 48 jam di penjara, 522 00:46:48,430 --> 00:46:51,225 tapi dia sudah ada tatu penjara. 523 00:46:51,725 --> 00:46:56,063 Maddie Lockwood dibicarakan dalam kes arson dan pembunuhan kembarnya. 524 00:46:56,146 --> 00:46:59,399 Disebabkan faktor keadaan, dia tidak dihukum penjara. 525 00:46:59,483 --> 00:47:01,568 Dia menjalani pemulihan ketagihan 526 00:47:01,652 --> 00:47:06,156 dan mengadakan pengebumian Viking mewah untuk kembarnya di Long Island Sound. 527 00:47:07,324 --> 00:47:10,536 Dia sedang mengandungkan anak kembar. 528 00:47:12,204 --> 00:47:18,627 Selepas terselamat dalam Kebakaran Bronte, tajuk The Post yang salah dan sembarangan, 529 00:47:18,710 --> 00:47:20,837 Kate Lockwood dilahirkan semula. 530 00:47:24,675 --> 00:47:27,511 Parut lamanya ibarat lambang. Bukan kebanggaan. 531 00:47:28,178 --> 00:47:29,346 Penebusan dosa. 532 00:47:29,429 --> 00:47:31,598 Jadi, apa yang kita raikan? 533 00:47:31,682 --> 00:47:33,600 Kira-kira sejam lepas, 534 00:47:33,684 --> 00:47:38,313 Syarikat Lockwood dah menjadi syarikat bukan untung sepenuhnya. 535 00:47:39,606 --> 00:47:40,941 Biar betul? 536 00:47:41,024 --> 00:47:42,776 - Tak tenang roh ayah. - Biarkan dia. 537 00:47:42,859 --> 00:47:44,111 Mari ucap selamat. 538 00:47:44,695 --> 00:47:45,779 Untuk Teddy. 539 00:47:47,239 --> 00:47:48,865 Kerana menjadi diri awak. 540 00:47:49,908 --> 00:47:52,452 - Mari minum. - Minum. 541 00:47:52,536 --> 00:47:57,082 Kadang-kadang, kita perlu berkorban untuk menjadikan dunia ini lebih baik. 542 00:47:57,165 --> 00:48:01,878 Kate meninggalkan pangkatnya yang tinggi dan kembali kepada cinta pertamanya, 543 00:48:01,962 --> 00:48:02,921 seni, 544 00:48:03,005 --> 00:48:07,676 memperjuangkan karya seorang pelukis yang sangat bermakna bagi dia. 545 00:48:07,759 --> 00:48:11,346 Selepas Joe dipenjarakan, Marienne Bellamy mula mendedahkan diri. 546 00:48:11,805 --> 00:48:15,225 Orang ramai menyedari bakatnya dan menyayangi dia. 547 00:48:16,184 --> 00:48:18,562 Kamu ketawakan cara mak sebut "durjana"? 548 00:48:18,645 --> 00:48:20,606 - Tak. - Kamu nampak macam ketawa. 549 00:48:20,689 --> 00:48:24,276 Suatu hari nanti, Henry Goldberg akan minta seseorang mencintai dia. 550 00:48:25,193 --> 00:48:27,654 Percaya bahawa tidak bahaya untuk mencintai dia. 551 00:48:28,947 --> 00:48:31,283 Bukan kerana dia darah daging ayahnya. 552 00:48:32,284 --> 00:48:36,788 Dia cuma perlu menentukan jenis lelaki yang dia hendak jadi. 553 00:48:40,709 --> 00:48:44,087 Sekejap saja diperlukan untuk mengeluarkan "sumbangan" Joe 554 00:48:44,171 --> 00:48:45,339 daripada buku Beck. 555 00:48:48,467 --> 00:48:50,802 Versi yang baru disunting ini lebih popular… 556 00:48:50,886 --> 00:48:51,845 EDISI BAHARU 557 00:48:51,928 --> 00:48:57,184 …lebih dipuji, lebih mendalam dan lebih tidak sempurna. 558 00:48:59,561 --> 00:49:00,729 Lebih Beck. 559 00:49:07,402 --> 00:49:10,781 Tapi seperti ramai orang lain, dia tetap takkan berpeluang 560 00:49:10,864 --> 00:49:13,992 untuk mencapai kemahuannya dalam hidup ini. 561 00:49:14,076 --> 00:49:16,078 Joe merampasnya daripada mereka. 562 00:49:16,161 --> 00:49:19,081 Demi memperingati mereka, kami cuba memanfaatkan hidup kami. 563 00:49:21,041 --> 00:49:23,210 Joe silap tentang aku. 564 00:49:23,293 --> 00:49:27,130 Kehidupan aku bukan sekadar sebelum dan selepas bertemu dia. 565 00:49:27,214 --> 00:49:30,300 Semakin hari, dia semakin lenyap. 566 00:49:31,385 --> 00:49:34,262 Lama-kelamaan, dia hanya bekas kekasih tak guna. 567 00:49:35,222 --> 00:49:41,228 Aku masih tak tahu siapa aku nak jadi, tapi aku tak sabar untuk cari. 568 00:50:50,547 --> 00:50:53,550 Jadi, akhirnya… 569 00:50:55,010 --> 00:50:58,889 hukumannya lebih teruk daripada yang aku bayangkan. 570 00:51:00,348 --> 00:51:03,268 Sunyi betul. Ya Tuhan. 571 00:51:03,935 --> 00:51:05,270 Sunyi betul. 572 00:51:07,272 --> 00:51:09,566 Tak ada harapan untuk dikasihi. 573 00:51:10,901 --> 00:51:14,070 Keadaan akan terus begini selama-lamanya. 574 00:51:15,572 --> 00:51:16,782 Tak adil langsung. 575 00:51:18,033 --> 00:51:20,577 Aku yang disalahkan atas segalanya. 576 00:51:20,660 --> 00:51:22,996 Persekitaran membentuk diri kita, bukan? 577 00:51:23,079 --> 00:51:24,956 Yang disakiti akan menyakiti. 578 00:51:25,040 --> 00:51:27,793 Aku tak pernah berdaya untuk lari daripadanya. 579 00:51:27,876 --> 00:51:29,127 Goldberg. 580 00:51:33,256 --> 00:51:34,633 Ya. 581 00:51:34,716 --> 00:51:35,801 Seorang lagi peminat. 582 00:51:38,094 --> 00:51:41,348 Kenapa aku dikurung sementara orang-orang gila ini menulis 583 00:51:41,431 --> 00:51:44,643 semua perkara keji yang mereka nak aku buat kepada mereka? 584 00:51:45,977 --> 00:51:47,896 KE HADAPAN JOE 585 00:51:47,979 --> 00:51:50,857 SAYA PERCAYAKAN AWAK 586 00:51:51,441 --> 00:51:53,777 Mungkin masyarakat kita bermasalah. 587 00:51:53,860 --> 00:51:55,070 AWAK BOLEH BUAT 588 00:51:55,153 --> 00:51:56,571 SAYA PERCAYA APA-APA 589 00:51:56,655 --> 00:51:57,906 HUKUM SAYA SAYA NAKAL 590 00:51:57,989 --> 00:51:58,824 KAWALLAH SAYA 591 00:51:58,907 --> 00:52:00,617 Mungkin kita patut perbaiki jiwa. 592 00:52:00,700 --> 00:52:01,618 PUASKAN SAYA 593 00:52:01,701 --> 00:52:05,330 DI DALAM KURUNGAN AWAK 594 00:52:07,582 --> 00:52:10,043 Mungkin masalahnya bukan aku. 595 00:52:11,378 --> 00:52:12,254 Mungkin… 596 00:52:15,006 --> 00:52:16,132 masalahnya kamu. 597 00:53:09,644 --> 00:53:14,649 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi