1 00:00:11,032 --> 00:00:14,035 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:20,082 --> 00:00:22,168 - Oh, Tuhan. - Ya. 3 00:00:22,251 --> 00:00:23,878 Sepuluh juta. 4 00:00:23,961 --> 00:00:24,795 Ya. 5 00:00:25,504 --> 00:00:28,174 - Norman tinggalkan untuk ayah? - Untuk kita. 6 00:00:28,758 --> 00:00:30,259 - Untuk kita? - Ya. 7 00:00:32,011 --> 00:00:33,637 Jadi lima juta milik saya? 8 00:00:34,722 --> 00:00:36,182 Semuanya milik kamu. 9 00:00:36,724 --> 00:00:37,683 Apa maksud ayah? 10 00:00:38,559 --> 00:00:42,688 Sebelum dia mati, dia halalkan duit yang dia pinjamkan ayah untuk LHDN. 11 00:00:44,440 --> 00:00:48,527 Ayah dah tak boleh ambil ini. Ayah rasa bersalah, ayah nak kamu ambil. 12 00:00:50,404 --> 00:00:51,405 Oh, Tuhan. 13 00:00:51,989 --> 00:00:52,823 Ya. 14 00:00:53,407 --> 00:00:55,743 Oh, Tuhan. 15 00:00:55,826 --> 00:00:57,369 Ya. 16 00:00:58,954 --> 00:01:02,458 Ayah pasti ayah tak nak beli benda gila untuk diri sendiri? 17 00:01:02,541 --> 00:01:03,375 Benda apa? 18 00:01:04,001 --> 00:01:06,921 Entahlah, kereta Rolls Royce? 19 00:01:07,004 --> 00:01:08,130 Aduh, tak naklah. 20 00:01:08,214 --> 00:01:11,509 Mesti ayah benci tengok diri sendiri dalam Rolls Royce. 21 00:01:11,592 --> 00:01:16,555 Okey. Kalau Porsche atau Ferrari? Ayah boleh guna untuk goda wanita. 22 00:01:16,639 --> 00:01:20,726 Yalah. Lelaki tua terkial-kial nak keluar dari kereta memang seksi. 23 00:01:23,646 --> 00:01:25,481 Sayang, ayah nak kamu ambil. 24 00:01:26,190 --> 00:01:29,443 Melabur dengan bijak. Supaya sentiasa ada wang simpanan. 25 00:01:30,194 --> 00:01:31,403 Wajib ada simpanan. 26 00:01:32,154 --> 00:01:32,988 Terima kasih. 27 00:01:33,614 --> 00:01:34,782 Sama-sama. 28 00:01:38,994 --> 00:01:41,247 Sekejap. Kenapa tak beri saya terus? 29 00:01:41,330 --> 00:01:43,541 Kenapa Norman beri semua kepada ayah? 30 00:01:44,250 --> 00:01:47,795 Ya, itulah yang rumitnya. 31 00:01:49,672 --> 00:01:53,300 Norman risau ia akan tersilap tangan. 32 00:01:54,009 --> 00:01:55,010 Saya tak faham. 33 00:01:55,094 --> 00:01:57,721 Kekasih kamu. Norman tak yakin dengan dia. 34 00:01:57,805 --> 00:02:00,850 Dia tak yakin? Apa yang dia tak yakin? 35 00:02:00,933 --> 00:02:03,853 Mungkin dia jenis yang tak setia. 36 00:02:04,436 --> 00:02:06,647 Apa? Martin sangat setia. 37 00:02:06,730 --> 00:02:10,693 Dia lelaki yang baik, ayah sangat suka dia tapi wang ini banyak. 38 00:02:10,776 --> 00:02:13,529 Norman rasa duit ini mesti dijaga. Untuk kamu. 39 00:02:13,612 --> 00:02:16,365 Ayah rasa begitu? Mesti dijaga dengan selamat? 40 00:02:16,448 --> 00:02:18,409 Yalah, duit ini banyak. 41 00:02:18,492 --> 00:02:20,286 Ayah tak percayakan Martin? 42 00:02:20,369 --> 00:02:21,871 Dengan duit sebanyak ini? 43 00:02:21,954 --> 00:02:25,207 Mak ayah pun ayah tak percaya. Semoga rohnya tenang. 44 00:02:27,459 --> 00:02:31,797 Kalau kamu tak kisah, ayah akan masukkan dana ini bersama, mungkin bon. 45 00:02:31,881 --> 00:02:34,049 Di tempat yang kamu tak perlu risau. 46 00:02:36,927 --> 00:02:39,513 Saya mungkin akan mengahwini Martin. 47 00:02:39,597 --> 00:02:41,557 Baguslah, kahwin memang bagus. 48 00:02:41,640 --> 00:02:44,894 Ayah akan iringi kamu ke altar dan dengan tangisan, 49 00:02:44,977 --> 00:02:46,687 ayah akan serahkan kamu. 50 00:02:48,022 --> 00:02:50,316 Lepas itu baru boleh beritahu dia? 51 00:02:51,108 --> 00:02:53,694 Ayah tak tahu. Ayah tak boleh halang kamu. 52 00:02:54,612 --> 00:02:56,572 - Tapi… - Kenapa dia perlu tahu? 53 00:02:57,907 --> 00:03:00,159 Jadi saya kena berahsia dengan suami? 54 00:03:00,743 --> 00:03:03,704 - Tapi jangan anggap itu rahsia. - Habis itu apa? 55 00:03:03,787 --> 00:03:06,832 Kamu dapat sepuluh, kalau kamu beritahu dia, lima. 56 00:03:09,460 --> 00:03:11,587 Hei. Adakah saya mengganggu? 57 00:03:12,296 --> 00:03:14,465 - Tak. - Okey. Sedia nak makan malam? 58 00:03:14,548 --> 00:03:17,259 - Ya. Dah sedia. - Okey. Sandy, awak nak ikut? 59 00:03:17,343 --> 00:03:19,762 - Tak apa. Kamu pergilah. - Baiklah. 60 00:03:19,845 --> 00:03:21,347 - Selamat malam. - Ya. 61 00:03:21,430 --> 00:03:22,348 Tengok ini. 62 00:03:22,431 --> 00:03:25,100 Saya beli 20 kertas gores di stesen minyak, 63 00:03:25,184 --> 00:03:27,394 yang pertama dapat dua dolar. 64 00:03:29,188 --> 00:03:31,857 - Hebat. - Kita boleh gores waktu makan malam. 65 00:03:40,741 --> 00:03:42,451 BABAK 18. 66 00:03:42,534 --> 00:03:44,828 AWAK CUMA BERI AKU BAHAGIAN KELAKAR 67 00:03:44,912 --> 00:03:46,789 BERTUAH HADIAH UTAMA $50,000 68 00:03:48,499 --> 00:03:50,125 - Dapat tak? - Tak. 69 00:03:50,209 --> 00:03:54,713 Tak apa. Kita menang tiga, itu dah bagus. 70 00:03:55,339 --> 00:03:58,884 Kenapa belanja 20 dolar untuk dapat 6 dolar itu bagus pula? 71 00:03:58,968 --> 00:04:02,263 Awak tak kira nilai hiburan kita dapat sebab menggores. 72 00:04:02,346 --> 00:04:06,850 Itu cuma lima dolar setiap satu, setiap orang. 73 00:04:08,394 --> 00:04:10,187 Alah, duit saja. 74 00:04:13,732 --> 00:04:16,235 Makaroni keju dan udang karang langostino? 75 00:04:16,318 --> 00:04:17,152 Saya punya. 76 00:04:18,862 --> 00:04:21,115 - Salad ikan tongkol. - Terima kasih. 77 00:04:21,198 --> 00:04:22,741 - Silakan. - Terima kasih. 78 00:04:24,076 --> 00:04:27,079 Tahu tak udang karang langostino bukan udang karang? 79 00:04:27,162 --> 00:04:29,540 Ia lebih dekat dengan keluarga ketam. 80 00:04:31,792 --> 00:04:33,460 Ada yang tak kena? 81 00:04:33,544 --> 00:04:34,420 Taklah. 82 00:04:34,920 --> 00:04:35,754 Mindy. 83 00:04:36,338 --> 00:04:39,049 Saya hairan awak selamat serangan jantung 84 00:04:39,133 --> 00:04:41,802 tapi makan makaroni keju dan udang langostino. 85 00:04:41,885 --> 00:04:43,721 Ketamlah. Ini ketam sebenarnya. 86 00:04:43,804 --> 00:04:45,556 Awak tak bertanggungjawab. 87 00:04:46,223 --> 00:04:48,434 Nak saya pulangkan? Saya pulangkan. 88 00:04:48,517 --> 00:04:52,563 - Buatlah keputusan yang baik. - Saya akan pesan salad dan keropok. 89 00:04:52,646 --> 00:04:55,774 Kenapa awak habiskan 20 dolar untuk kertas gores? 90 00:04:55,858 --> 00:04:58,235 Kad saya tak boleh guna di stesen minyak 91 00:04:58,319 --> 00:05:03,407 jadi saya masuk untuk bayar wang tunai, saya rasa bertuah. 92 00:05:04,408 --> 00:05:05,993 Rasa bertuah? 93 00:05:06,827 --> 00:05:07,828 Ya. 94 00:05:07,911 --> 00:05:11,165 Rasa yang saya takkan dapat malam ini dalam bilik kita. 95 00:05:12,958 --> 00:05:17,004 Beginilah. Buat dan makan ikut suka awak. Saya bukan mak awak. 96 00:05:19,590 --> 00:05:22,634 Okey. Maafkan saya, maaf kerana mengganggu. 97 00:05:23,552 --> 00:05:26,180 Boleh saya tukar ini dengan salad hijau? 98 00:05:26,263 --> 00:05:28,515 - Ada yang tak kena? - Bukan. 99 00:05:28,599 --> 00:05:33,187 Saya pernah kena serangan jantung, ini mungkin bukan pilihan yang sihat. 100 00:05:34,229 --> 00:05:35,647 Baru sekarang awak tahu? 101 00:05:35,731 --> 00:05:37,733 Janganlah buat saya rasa bersalah. 102 00:05:38,359 --> 00:05:39,777 Saya akan bawakan salad. 103 00:05:40,444 --> 00:05:41,278 Terima kasih. 104 00:05:41,987 --> 00:05:43,072 Keropok sekali. 105 00:05:44,907 --> 00:05:47,117 Wah. Siapa patahkan hatinya? 106 00:05:51,663 --> 00:05:53,457 Okey. Sekarang jujur. 107 00:05:53,540 --> 00:05:57,795 Ayah dan datuk kamu tinggalkan banyak duit, 108 00:05:57,878 --> 00:06:00,547 tak termasuk rumah dan semua karya seni ini. 109 00:06:00,631 --> 00:06:02,466 - Ada lukisan Hockney. - Ya. 110 00:06:02,549 --> 00:06:05,636 - Itu saja dah berjuta dolar. - Betul. 111 00:06:05,719 --> 00:06:08,722 Saya tak peduli lukisan itu, jadi apa, betul tak? 112 00:06:09,306 --> 00:06:10,349 Betul. 113 00:06:10,432 --> 00:06:13,644 Apa pun, sebelum dia mati, dia buat satu tabung amanah. 114 00:06:13,727 --> 00:06:15,687 Apa itu? Adakah itu satu wasiat? 115 00:06:15,771 --> 00:06:18,774 Lebih kuranglah tapi ini untuk elak cukai tanah. 116 00:06:18,857 --> 00:06:21,777 Bijak. Ayah saya memang bijak. 117 00:06:22,903 --> 00:06:25,406 Dia jadikan saya wasi tabung amanah itu. 118 00:06:25,489 --> 00:06:28,242 Baguslah. Memang masuk akal. 119 00:06:28,784 --> 00:06:33,330 Dia buat begitu sebab dia tak percayakan kamu untuk uruskan wang dengan bijak. 120 00:06:33,414 --> 00:06:35,040 - Ayah tak guna. - Tak guna. 121 00:06:37,626 --> 00:06:41,588 Sementara itu, saya aturkan kamu berdua untuk terima elaun bulanan. 122 00:06:41,672 --> 00:06:42,673 Berapa? 123 00:06:43,257 --> 00:06:44,508 Biar saya habiskan. 124 00:06:45,843 --> 00:06:50,722 Tabung ini turut membiayai semua perbelanjaan penyelenggaraan rumah ini. 125 00:06:50,806 --> 00:06:54,476 Cukai, kemudahan, insurans, berkebun, pengurusan rumah… 126 00:06:54,560 --> 00:06:55,561 Sandy. 127 00:06:57,604 --> 00:07:01,650 Awak kawan lama ayah saya dan dah macam ayah kedua bagi saya, 128 00:07:01,733 --> 00:07:05,487 jadi saya harap awak tahu saya ini memahami orangnya 129 00:07:05,571 --> 00:07:10,325 kalau saya beritahu khidmat wasi awak tak diperlukan lagi. 130 00:07:10,409 --> 00:07:11,243 Awak dipecat. 131 00:07:11,326 --> 00:07:13,036 Awak tak boleh pecat saya. 132 00:07:13,120 --> 00:07:14,705 Jangan yakin sangat. 133 00:07:15,330 --> 00:07:16,707 Saya memang yakin. 134 00:07:17,374 --> 00:07:20,419 - Telefon peguam ayah awak, tanya dia. - Baiklah. 135 00:07:23,922 --> 00:07:25,090 Silakan. 136 00:07:28,802 --> 00:07:31,972 Mungkin saya akan minta peguam saya hubungi dia. 137 00:07:32,055 --> 00:07:32,973 Siapa dia? 138 00:07:34,641 --> 00:07:37,060 - Orang yang tak patut dikacau. - Bagus. 139 00:07:37,603 --> 00:07:38,729 Berapa elaun saya? 140 00:07:38,812 --> 00:07:40,564 Lima ribu dolar sebulan. 141 00:07:41,148 --> 00:07:44,485 Okey. Kalau 5,000 dolar seminggu macam mana? 142 00:07:44,568 --> 00:07:45,402 Tak boleh. 143 00:07:45,986 --> 00:07:48,405 - Ayuh. Berunding dengan saya. - Tak nak. 144 00:07:49,031 --> 00:07:50,282 Kita perlukan peguam. 145 00:07:50,365 --> 00:07:53,452 Awak patut tahu jika awak cabar syarat tabung amanah, 146 00:07:53,535 --> 00:07:55,162 duit itu akan disedekahkan. 147 00:07:55,954 --> 00:07:59,166 Baiklah, kalau begitu. Kita akan buat amal. 148 00:07:59,750 --> 00:08:01,210 Norman, tolong. Aduhai. 149 00:08:01,293 --> 00:08:02,920 Sandy, dia tiada di syurga. 150 00:08:03,003 --> 00:08:06,465 Dia terperangkap dalam psikodrama kematian dan kelahiran 151 00:08:06,548 --> 00:08:08,509 berterusan selama berbilion tahun 152 00:08:08,592 --> 00:08:12,554 hingga L. Ron Hubbard temui teknologi rohani untuk bebaskan manusia. 153 00:08:13,263 --> 00:08:15,349 - Terima kasih. - Itu kebenarannya. 154 00:08:15,432 --> 00:08:17,643 Okey. Saya kena pergi. 155 00:08:22,231 --> 00:08:25,776 Jika lukisan Hockney hilang, saya serahkan kamu kepada polis. 156 00:08:27,861 --> 00:08:29,363 Kenapa sebut lukisan itu? 157 00:08:29,446 --> 00:08:31,657 Kenapa sebut peguam yang tak ada itu? 158 00:08:31,740 --> 00:08:34,660 STUDIO LAKONAN SANDY KOMINSKY 159 00:08:54,763 --> 00:08:56,515 RATU KESAKITAN 160 00:08:57,808 --> 00:08:58,850 Oh, Tuhan. 161 00:09:02,646 --> 00:09:04,189 Helo, bekas isteri. 162 00:09:04,273 --> 00:09:05,983 Helo, bekas suami. 163 00:09:06,066 --> 00:09:07,359 Saya salah masa? 164 00:09:07,442 --> 00:09:10,404 Tak apa. Saya cuma berehat sekejap. 165 00:09:10,487 --> 00:09:11,530 Jack dan Pepper. 166 00:09:11,613 --> 00:09:13,490 Awak memang kenal saya. 167 00:09:13,574 --> 00:09:15,784 Makin kenal makin benci. 168 00:09:15,867 --> 00:09:17,327 Untuk apa awak… 169 00:09:17,911 --> 00:09:19,580 "Hai. Apa khabar? " 170 00:09:19,663 --> 00:09:20,789 Ada dua perkara. 171 00:09:20,872 --> 00:09:24,001 Pertama sekali, saya nak ucap takziah 172 00:09:24,084 --> 00:09:25,586 atas pemergian Norman. 173 00:09:26,837 --> 00:09:29,923 - Terima kasih. - Saya tahu kamu berdua sangat rapat. 174 00:09:30,007 --> 00:09:30,841 Ya. 175 00:09:31,425 --> 00:09:34,094 Sayangnya awak bukan gay. 176 00:09:34,177 --> 00:09:36,555 Kamu berdua pasangan yang baik. 177 00:09:36,638 --> 00:09:39,057 Dah ramai yang cakap begitu. 178 00:09:39,141 --> 00:09:40,976 Awak baik-baik saja, bukan? 179 00:09:41,810 --> 00:09:43,020 Tak berapa. 180 00:09:44,104 --> 00:09:45,939 Seperit-perit kehilangan kawan, 181 00:09:46,023 --> 00:09:48,525 lebih perit nak uruskan hal dia. 182 00:09:48,609 --> 00:09:49,735 Oh, tidak. 183 00:09:49,818 --> 00:09:52,696 Ya. Dia jadikan saya wasi hartanya. 184 00:09:53,280 --> 00:09:54,906 - Jadi awak tersepit. - Ya. 185 00:09:55,490 --> 00:09:56,450 Maaf. 186 00:09:56,533 --> 00:09:58,285 Awak tak boleh mengelak? 187 00:09:58,368 --> 00:10:01,788 Boleh, tapi saya sangat marah pada anaknya dan cucunya, 188 00:10:01,872 --> 00:10:03,457 jadi saya akan sabar saja. 189 00:10:04,333 --> 00:10:06,960 Awak kata ada dua perkara. Apa yang kedua? 190 00:10:07,044 --> 00:10:09,004 Saya akan ke Los Angeles. 191 00:10:13,925 --> 00:10:14,760 Helo? 192 00:10:16,219 --> 00:10:17,387 Ya, saya di sini. 193 00:10:17,471 --> 00:10:20,599 Baguslah. Ada urusan apa? 194 00:10:20,682 --> 00:10:23,060 Saya nak luangkan masa dengan anak kita. 195 00:10:23,894 --> 00:10:25,312 Baguslah. 196 00:10:25,395 --> 00:10:28,315 Saya rasa kita mungkin kena rancang perkahwinan. 197 00:10:28,940 --> 00:10:29,775 Yakah? 198 00:10:30,484 --> 00:10:31,860 Lagi bagus. 199 00:10:31,943 --> 00:10:34,029 Alah. Tentu awak dah tahu. 200 00:10:34,112 --> 00:10:36,365 Dia agak berahsia dengan saya. 201 00:10:36,448 --> 00:10:37,741 Awak restu, bukan? 202 00:10:37,824 --> 00:10:40,369 Ya, saya suka dia. Kami dah jadi kawan baik. 203 00:10:40,452 --> 00:10:42,371 - Kenapa? - Tak ada apa-apa. 204 00:10:42,454 --> 00:10:45,832 Apabila suara awak jadi tinggi, saya tahu awak tipu. 205 00:10:45,916 --> 00:10:48,627 Suara saya tak jadi tinggi. 206 00:10:48,710 --> 00:10:51,004 Ceritalah. Mungkin saya boleh tolong. 207 00:10:51,588 --> 00:10:55,467 Roz, betul, tiada apa nak cerita. Saya kena letak dulu. 208 00:10:55,550 --> 00:10:58,136 Mungkin apabila awak sampai, kita jumpa. 209 00:10:58,220 --> 00:11:02,307 Lagipun, kalau permulaan ayat awak ialah "betul", saya tahu awak tipu. 210 00:11:02,391 --> 00:11:03,642 Selamat tinggal, Roz. 211 00:11:08,397 --> 00:11:11,942 Dia itu, gajah depan mata pun tak nampak. 212 00:11:14,403 --> 00:11:15,737 Awak apa cerita? 213 00:11:18,156 --> 00:11:19,950 Ya, silakan masuk. 214 00:11:20,617 --> 00:11:22,452 Sandy, ada masa? 215 00:11:22,536 --> 00:11:24,538 Ya. Kenapa? 216 00:11:25,122 --> 00:11:27,624 Saya cuma nak kongsi berita baik. 217 00:11:27,708 --> 00:11:30,085 Bagus. Saya perlukan berita baik. 218 00:11:30,168 --> 00:11:32,671 Saya dapat kerja dalam siri televisyen. 219 00:11:32,754 --> 00:11:35,382 Margaret. Hebatnya. 220 00:11:36,383 --> 00:11:39,219 Terima kasih. Semuanya sebab awak. 221 00:11:39,302 --> 00:11:42,431 Tak, awak berbakat. Tanpa saya pun awak akan berjaya. 222 00:11:42,514 --> 00:11:44,641 Mari duduk. Ceritakan kepada saya. 223 00:11:46,601 --> 00:11:48,061 Ingat rancangan Quincy? 224 00:11:48,895 --> 00:11:52,190 Dengan Jack Klugman, ya. Dia jadi koroner? 225 00:11:52,274 --> 00:11:54,568 - Ya. Ini pembikinan semula. - Begitu. 226 00:11:54,651 --> 00:11:57,195 - Saya jadi pembantu Quincy. - Baguslah. 227 00:11:57,279 --> 00:12:01,575 Saya ingat lagi dia selesaikan jenayah dengan kaedah autopsi. 228 00:12:02,284 --> 00:12:04,619 Dulu saya panggil rancangan itu Queasy. 229 00:12:05,203 --> 00:12:08,957 - Ada banyak aksi dalam episod pertama. - Siapa jadi Quincy? 230 00:12:09,624 --> 00:12:11,126 Morgan Freeman? 231 00:12:11,209 --> 00:12:13,378 - Wah. Dia hebat. - Ya. 232 00:12:13,462 --> 00:12:16,506 Watak itu dikemas kini, Quincy sekarang fleksibel. 233 00:12:17,257 --> 00:12:18,800 - Apa dia? - Bukan binari? 234 00:12:19,384 --> 00:12:20,677 Jantina minoriti? 235 00:12:20,761 --> 00:12:23,555 Bukan lelaki atau wanita. 236 00:12:23,638 --> 00:12:26,808 Begitu. Ya. Saya tahu. Dia bukan itu atau ini, ya? 237 00:12:26,892 --> 00:12:27,726 - Betul. - Ya. 238 00:12:27,809 --> 00:12:31,396 Morgan Freeman, koroner fleksibel. 239 00:12:31,480 --> 00:12:33,440 Katanya dia mungkin digantikan. 240 00:12:33,523 --> 00:12:36,818 Syarikat itu bawah tekanan untuk cari pelakon BB sebenar. 241 00:12:36,902 --> 00:12:37,819 BB? 242 00:12:37,903 --> 00:12:38,779 Bukan binari. 243 00:12:38,862 --> 00:12:40,113 Ya. 244 00:12:41,323 --> 00:12:45,202 Leonard hampir tak jadi En. Spock sebab mereka nak Vulcan sebenar. 245 00:12:46,036 --> 00:12:47,704 Awak bergurau, bukan? 246 00:12:47,788 --> 00:12:48,955 Harapnya fahamlah. 247 00:12:49,623 --> 00:12:52,209 - Dah beritahu pelajar lain? - Belum lagi. 248 00:12:52,292 --> 00:12:54,795 Mari kita umumkan pada hujung kelas. 249 00:12:54,878 --> 00:12:56,338 Mesti mereka nak raikan. 250 00:12:56,421 --> 00:12:58,757 - Yakah? - Sudah tentu. Betul tak? 251 00:13:00,300 --> 00:13:04,137 Masa Lane dapat iklan Super Glue, mereka ucap tahniah tapi 252 00:13:04,221 --> 00:13:05,889 boleh nampak mereka cemburu. 253 00:13:05,972 --> 00:13:08,975 Ya. Sampai tak habis sampel percuma dia. 254 00:13:09,684 --> 00:13:11,937 Itu tak penting. Kita sama-sama usaha. 255 00:13:12,020 --> 00:13:15,649 Pelakon mesti saling menyokong tak kira berjaya atau gagal. 256 00:13:15,732 --> 00:13:17,776 Begitukah cara awak bermula dulu? 257 00:13:17,859 --> 00:13:19,986 - Ya. - Sekarang bukan begitu. 258 00:13:26,159 --> 00:13:30,539 Okey, sebelum kita tamatkan, kami ada berita baik untuk dikongsi. 259 00:13:30,622 --> 00:13:31,456 Margaret? 260 00:13:32,332 --> 00:13:33,166 Okey. 261 00:13:35,126 --> 00:13:39,589 Saya uji bakat untuk satu watak dalam sebuah siri TV baru 262 00:13:40,799 --> 00:13:41,967 dan saya dapat. 263 00:13:43,510 --> 00:13:45,178 Watak jemputan? 264 00:13:45,262 --> 00:13:47,013 Watak tetap. 265 00:13:49,432 --> 00:13:50,934 Tahniah. 266 00:13:52,477 --> 00:13:54,354 Bunyinya hebat. 267 00:13:54,437 --> 00:13:55,772 Baguslah. 268 00:13:58,483 --> 00:13:59,317 Tahniah. 269 00:14:00,527 --> 00:14:01,611 Syabas, sayang. 270 00:14:02,988 --> 00:14:03,822 Syabas. 271 00:14:14,541 --> 00:14:17,419 - Saya tikam ke lehernya… - Dalam. 272 00:14:24,050 --> 00:14:26,386 Sekejap. Sandy, boleh kita berbual? 273 00:14:26,469 --> 00:14:27,679 Ya, boleh. Masuklah. 274 00:14:34,102 --> 00:14:35,228 Apa cerita? 275 00:14:35,312 --> 00:14:39,232 Saya cuma nak ucap terima kasih benarkan saya audit kelas awak. 276 00:14:39,316 --> 00:14:40,442 - Sama-sama. - Ya. 277 00:14:40,525 --> 00:14:43,445 Ya, saya ingat awak cuma hafal ucapan panjang, 278 00:14:43,528 --> 00:14:45,155 menangis dan menjerit saja. 279 00:14:45,238 --> 00:14:47,407 Itu pun dah boleh menang Oscar. 280 00:14:47,490 --> 00:14:48,366 Ya. Mungkin. 281 00:14:48,450 --> 00:14:51,202 Tapi cara awak ajar sangat mendalam. 282 00:14:51,286 --> 00:14:52,704 Seperti psikoanalisis. 283 00:14:52,787 --> 00:14:53,914 Terima kasih. 284 00:14:53,997 --> 00:14:55,498 Pernah jalani terapi? 285 00:14:56,499 --> 00:14:59,210 Sandy, saya selalu jalani terapi. 286 00:14:59,836 --> 00:15:01,671 - Yakah? - Ya. Sejak saya kecil. 287 00:15:04,132 --> 00:15:05,550 Macam mana keadaan awak? 288 00:15:06,092 --> 00:15:08,345 Saya rasa dah mula nampak perubahan. 289 00:15:11,264 --> 00:15:13,224 Dah alang-alang, nak tanyalah. 290 00:15:13,308 --> 00:15:16,728 Mindy ada beritahu awak tentang dia dan saya? 291 00:15:18,438 --> 00:15:20,106 Dia nak beritahu apa? 292 00:15:20,190 --> 00:15:23,109 Saya tak tahu. Tapi ada sesuatu yang tak kena. 293 00:15:23,735 --> 00:15:25,695 Tak kena? Tak kena macam mana? 294 00:15:26,321 --> 00:15:31,117 Saya tak tahu. Dia jadi dingin sekarang. 295 00:15:31,201 --> 00:15:32,035 Macam kejam. 296 00:15:32,118 --> 00:15:33,954 Apabila saya tanya dia kenapa, 297 00:15:34,788 --> 00:15:37,290 dia pandang saya macam saya orang bodoh, 298 00:15:37,374 --> 00:15:38,708 lepas itu dia marah. 299 00:15:39,584 --> 00:15:43,797 Mungkinkah awak memang bodoh? 300 00:15:43,880 --> 00:15:45,507 Saya takkan tolak ansur. 301 00:15:45,590 --> 00:15:49,427 Tapi saya boleh rasa ada sesuatu berlaku. 302 00:15:50,136 --> 00:15:51,763 Ya, susah nak teka. 303 00:15:51,846 --> 00:15:54,391 - Ya. - Teka apa dia? 304 00:15:54,474 --> 00:15:57,060 - Nak? - Boleh juga. 305 00:15:57,560 --> 00:15:58,728 Hei, tengok ini. 306 00:16:00,814 --> 00:16:02,023 Pemetik api rokok. 307 00:16:02,607 --> 00:16:04,442 - Bekas abu pun ada. - Gilalah. 308 00:16:04,526 --> 00:16:07,821 - Di pintu awak pun ada. - Tak sangka. 309 00:16:08,321 --> 00:16:10,907 - Saya beli kereta Heinrich Hemler. - Yakah? 310 00:16:10,991 --> 00:16:13,994 - Dia tak guna sangat, pergi kerja saja. - Begitu. 311 00:16:15,036 --> 00:16:17,163 Dah tiga kali awak buat jenaka itu. 312 00:16:17,247 --> 00:16:18,206 Yakah? 313 00:16:18,999 --> 00:16:20,917 Itu agak membimbangkan. 314 00:16:26,381 --> 00:16:28,883 Tolong jangan beritahu Mindy saya khayal. 315 00:16:28,967 --> 00:16:31,594 Maaf, tiada rahsia antara kami. 316 00:16:32,595 --> 00:16:34,514 Tapi berahsia dengan orang lain? 317 00:16:35,473 --> 00:16:37,684 Apa maksud awak? 318 00:16:38,476 --> 00:16:39,644 Saya bergurau saja. 319 00:16:40,228 --> 00:16:41,396 Saya pun sama. 320 00:16:42,772 --> 00:16:43,815 Okey. 321 00:16:46,401 --> 00:16:48,403 Berapa kerap awak pergi ke terapi? 322 00:16:48,486 --> 00:16:49,571 Dua kali seminggu. 323 00:16:49,654 --> 00:16:51,906 Berapa kali awak beritahu jenaka Nazi? 324 00:16:53,491 --> 00:16:56,327 Terima kasih terima saya untuk beberapa hari ini. 325 00:16:56,411 --> 00:16:58,663 Apalah sangat. Saya suka awak datang. 326 00:16:58,747 --> 00:17:00,540 Duduklah selama mana awak nak. 327 00:17:00,623 --> 00:17:03,668 Mi casa es su "Sussudio". 328 00:17:04,502 --> 00:17:06,379 - Phil Collins. - Ya. Awak suka. 329 00:17:06,463 --> 00:17:09,507 Saya cuba buat Mindy minat dia. Tak berjaya. 330 00:17:09,591 --> 00:17:11,676 Sebab bukan muzik zaman dia. 331 00:17:11,760 --> 00:17:14,387 Ya, tapi awak tahu tak? Dia buka minda saya 332 00:17:14,471 --> 00:17:16,389 pada banyak benda yang dia suka. 333 00:17:16,890 --> 00:17:18,850 Awak kenal Megan Thee Stallion? 334 00:17:18,933 --> 00:17:19,976 Tak kenal. 335 00:17:20,060 --> 00:17:21,770 Dia memang hebat. Dia… 336 00:17:21,853 --> 00:17:24,230 Kami selalu dengar lagu dia. Ya. 337 00:17:24,314 --> 00:17:26,941 Jangan percaya gerak helah wanita 338 00:17:27,817 --> 00:17:29,861 Mereka hanya bersandiwara 339 00:17:30,695 --> 00:17:33,740 Aku kasari mereka, ya gila 340 00:17:33,823 --> 00:17:36,201 Kemudian aku ajar 341 00:17:37,035 --> 00:17:39,454 Kemudian aku ajar mereka secukupnya 342 00:17:39,537 --> 00:17:41,915 Aku memang jahat dan licik 343 00:17:41,998 --> 00:17:44,000 Kau dekat, kau nahas 344 00:17:44,084 --> 00:17:46,628 Sudah aku tahu kelemahanmu 345 00:17:46,711 --> 00:17:49,380 Kau takkan sedar aku mengintipmu 346 00:17:49,464 --> 00:17:52,217 - Betulkah awak suka? - Tak. 347 00:17:52,842 --> 00:17:55,678 Saja ikut perkembangan. Demi Mindy. Faham, bukan? 348 00:17:56,429 --> 00:17:57,847 - Baiknya awak. - Ya. 349 00:17:57,931 --> 00:18:01,392 Susah nak menyanyi apabila Megan guna perkataan rasis itu. 350 00:18:01,476 --> 00:18:04,020 - Okey. Bilik dah sedia. - Terima kasih. 351 00:18:04,104 --> 00:18:07,982 Ada tuala di bilik air, syampu, perapi, semua yang mak perlukan. 352 00:18:08,066 --> 00:18:12,529 Saluran pam tandas itu bocor, awak goyang pemegangnya, nanti air berhenti. 353 00:18:12,612 --> 00:18:14,739 - Baiklah. - Mesti mak penat. 354 00:18:15,281 --> 00:18:17,659 Agak penatlah. 355 00:18:17,742 --> 00:18:20,537 Naik kapal terbang pun dah tak macam dulu. 356 00:18:20,620 --> 00:18:23,748 Itulah. Dulu kita bersiap nak naik kapal terbang. 357 00:18:23,832 --> 00:18:25,250 - Aduhai. - Betul tak? 358 00:18:25,333 --> 00:18:27,836 Ya. Mereka layan kita macam kerabat diraja. 359 00:18:27,919 --> 00:18:31,214 Ya. Pramugari sentiasa tersenyum… 360 00:18:31,297 --> 00:18:32,549 Kru kabin. 361 00:18:33,049 --> 00:18:34,592 Mereka ialah kru kabin. 362 00:18:35,677 --> 00:18:38,721 Okey. Tapi mereka selalu senyum, bukan? 363 00:18:38,805 --> 00:18:41,766 Dulu kapten selalu datang ke tempat duduk penumpang 364 00:18:41,850 --> 00:18:43,143 untuk berbual-bual. 365 00:18:43,226 --> 00:18:46,729 Mereka datang letak sayap plastik atas riba kanak-kanak. 366 00:18:46,813 --> 00:18:49,941 Ya. Saya masih simpan dalam kotak. Sayap itu ada lagi. 367 00:18:50,024 --> 00:18:52,735 Terbang adalah pengalaman yang indah. 368 00:18:52,819 --> 00:18:55,321 Betul. Tapi ini punca jadi tak indah. 369 00:18:55,405 --> 00:18:56,447 Keganasan. 370 00:18:57,323 --> 00:18:58,283 Rampasan Cuba. 371 00:18:58,366 --> 00:19:01,369 Okey. Ini kisah benar. 372 00:19:01,452 --> 00:19:05,915 Pada 1968, mak cik saya, Patty, awak tak kenal dia. Dia dah mati. 373 00:19:05,999 --> 00:19:11,713 Dia menang percutian tiga hari ke Hotel Barcelona, Miami. 374 00:19:11,796 --> 00:19:14,507 Ada lencongan, dia berhujung minggu di Havana. 375 00:19:14,591 --> 00:19:16,676 - Apa? - Tak terbang dah lepas itu. 376 00:19:16,759 --> 00:19:18,011 -Aduhai. - Betul. 377 00:19:18,094 --> 00:19:23,224 Dia pernah lawat saya dari New York naik kapal pelayaran melalui Terusan Panama. 378 00:19:23,308 --> 00:19:24,142 Hebatnya. 379 00:19:24,225 --> 00:19:27,437 Dia belikan topi kapten kecil. Saya ingat lagi. 380 00:19:27,520 --> 00:19:29,397 Itu pun masih ada rasanya. 381 00:19:30,356 --> 00:19:31,900 - Awak okey? - Ya. 382 00:19:33,109 --> 00:19:36,404 Awak pasti? Awak nampak monyok. 383 00:19:37,405 --> 00:19:39,824 Awak selalu buat begini dengan ayah saya. 384 00:19:40,825 --> 00:19:41,993 Saya buat apa? 385 00:19:42,076 --> 00:19:45,079 Menguasai perbualan, cerita benda-benda lama, 386 00:19:45,163 --> 00:19:47,207 sengaja tak endahkan saya. 387 00:19:47,290 --> 00:19:49,918 Tak. Mana ada saya… Tak sengajalah. 388 00:19:50,001 --> 00:19:51,836 Kami cuma ada banyak persamaan. 389 00:19:52,337 --> 00:19:54,797 Kita pula tiada persamaan. 390 00:19:55,882 --> 00:19:56,925 Mana ada begitu. 391 00:19:57,008 --> 00:19:59,844 Kita suka Megan Thee Stallion di Staples Centre. 392 00:20:00,470 --> 00:20:01,596 Betul tak? 393 00:20:03,973 --> 00:20:05,183 Kenapa dengan dia? 394 00:20:05,683 --> 00:20:06,768 Saya tak tahu. 395 00:20:07,560 --> 00:20:10,855 Cuma keadaan agak tegang kebelakangan ini. 396 00:20:11,898 --> 00:20:14,901 - Boleh saya cakap dengan dia? - Tolonglah, silakan. 397 00:20:20,657 --> 00:20:24,410 Tengoklah aku sendiri Sekarang baru mengerti 398 00:20:24,494 --> 00:20:27,997 Aku terpaksa putuskan Aku tak mahu terluka 399 00:20:28,081 --> 00:20:30,291 Aku tak tarik tali Aku tak main-main 400 00:20:30,375 --> 00:20:33,044 Biar dia main sendiri Kepuasan itu 401 00:20:34,629 --> 00:20:37,257 - Apa masalahnya, sayang? - Maafkan saya. 402 00:20:37,340 --> 00:20:39,509 Kami tak patut bertengkar depan mak. 403 00:20:40,009 --> 00:20:42,595 Ya, betul. Apa yang berlaku? 404 00:20:43,179 --> 00:20:45,848 Dia selalu buat begitu. 405 00:20:45,932 --> 00:20:49,394 Tak habis-habis pasal zaman kegemilangan rock 'n' roll 406 00:20:49,477 --> 00:20:52,981 zaman kegemilangan filem, zaman kegemilangan kapal terbang. 407 00:20:54,190 --> 00:20:57,652 "Mindy, awak tak tahu. Dunia ini bukan begini sebenarnya. 408 00:20:57,735 --> 00:20:59,112 Dulu lagi seronok." 409 00:20:59,195 --> 00:21:00,196 Memang betul. 410 00:21:00,780 --> 00:21:02,073 Mak jangan nak mula. 411 00:21:02,156 --> 00:21:07,745 Okey, kamu jatuh cinta dengan lelaki yang dah lalui zamannya. 412 00:21:08,538 --> 00:21:10,248 Apa lagi yang dia nak cerita? 413 00:21:10,331 --> 00:21:13,293 Masa depan. Masa depan kami. 414 00:21:14,627 --> 00:21:17,588 - Berapa usia dia? - Enam puluh tujuh. 415 00:21:21,467 --> 00:21:22,552 Seks okey? 416 00:21:24,387 --> 00:21:25,596 Sekali seminggu? 417 00:21:27,098 --> 00:21:28,182 Baiklah. 418 00:21:29,809 --> 00:21:31,185 Ada apa-apa lagi? 419 00:21:32,395 --> 00:21:35,148 Ya. Saya tersangat kaya. 420 00:21:35,231 --> 00:21:38,985 Adakah itu salah satu lirik rap? 421 00:21:39,485 --> 00:21:40,611 Tak. Saya kaya. 422 00:21:41,529 --> 00:21:44,240 Norman tinggalkan saya sepuluh juta dolar. 423 00:21:46,701 --> 00:21:47,535 Aduhai. 424 00:21:48,369 --> 00:21:52,290 Dia beri saya lima dan ayah lima, tapi ayah beri saya bahagiannya. 425 00:21:52,874 --> 00:21:53,708 Yakah? 426 00:21:54,417 --> 00:21:57,337 Mak mungkin kena tarik balik kutukan mak pada dia. 427 00:21:58,296 --> 00:22:01,132 Apa masalahnya? Kamu dan Martin patut raikannya. 428 00:22:01,215 --> 00:22:03,801 - Saya belum beritahu Martin. - Kenapa? 429 00:22:04,385 --> 00:22:07,472 Ayah tak percayakan dia dan suruh saya rahsiakannya. 430 00:22:07,555 --> 00:22:08,931 Tak jadi tarik balik. 431 00:22:10,475 --> 00:22:11,934 Duit itu jadi masalah. 432 00:22:12,643 --> 00:22:14,270 Kamu mesti beritahu Martin. 433 00:22:14,354 --> 00:22:16,647 Kalau tak, kamu tak percayakan dia. 434 00:22:16,731 --> 00:22:21,152 Kalau kamu tak percayakan dia, hubungan ini akan musnah. 435 00:22:21,778 --> 00:22:24,947 Saya sangka saya percayakan dia. Sekarang tak pasti. 436 00:22:25,782 --> 00:22:26,949 Ikut mak. 437 00:22:27,033 --> 00:22:28,701 - Ke mana? - Ikut sajalah. 438 00:22:31,871 --> 00:22:34,999 - Malam yang indah. Udara segar. - Masuk dalam kereta. 439 00:22:35,083 --> 00:22:37,168 - Kita nak ke mana? - Masuk sajalah. 440 00:22:37,251 --> 00:22:38,211 Okey. 441 00:22:38,294 --> 00:22:40,088 Kata dah berhenti hisap ganja. 442 00:22:40,171 --> 00:22:42,507 Hei, saya dah kurangkan. 443 00:22:42,590 --> 00:22:44,384 - Jangan tipu saya. - Okey. 444 00:22:57,271 --> 00:22:58,981 Ya, Margaret. Ada apa? 445 00:22:59,065 --> 00:23:02,026 Semua orang keluar makan malam tapi tak ajak saya. 446 00:23:02,110 --> 00:23:03,820 Tiba-tiba saya jadi musuh. 447 00:23:03,903 --> 00:23:06,406 Perlahan-lahan. Semua orang itu siapa? 448 00:23:06,489 --> 00:23:09,534 Darshani, Breana, Lane, Jude. 449 00:23:09,617 --> 00:23:12,120 Mereka suka saya ketika saya tak laku 450 00:23:12,203 --> 00:23:13,621 tapi sekarang dah tak. 451 00:23:13,704 --> 00:23:15,248 Alahai. Tak mungkinlah. 452 00:23:15,331 --> 00:23:16,707 Betul. 453 00:23:18,459 --> 00:23:20,420 Saya terpaksa berhenti kelas. 454 00:23:23,297 --> 00:23:26,592 Awak cuma kena sabar. Mereka akan faham nanti. 455 00:23:26,676 --> 00:23:29,137 - Awak rasa begitu? - Mestilah. 456 00:23:29,220 --> 00:23:31,180 Sandy, buka pintu. 457 00:23:31,264 --> 00:23:34,475 Jangan berhenti kelas saya. Itu pengecut namanya. 458 00:23:34,559 --> 00:23:36,102 Ayah? Saya tahu ayah ada! 459 00:23:36,185 --> 00:23:38,563 Kita kena hadapi masalah kita. 460 00:23:38,646 --> 00:23:41,023 Itu beza yang menang dengan yang kalah. 461 00:23:41,107 --> 00:23:43,443 Sandy, saya tak tahu apa yang berlaku. 462 00:23:43,526 --> 00:23:46,195 Terima kasih. Awak memang pandai beri nasihat. 463 00:23:46,279 --> 00:23:48,322 Itu lumrah menjadi pelakon. 464 00:23:48,406 --> 00:23:50,408 Kita kaji tingkah laku manusia. 465 00:23:50,491 --> 00:23:52,326 Sandy, saya bawa peguam. 466 00:23:52,410 --> 00:23:54,745 Dia bekerja dengan Kirstie Alley! 467 00:24:37,413 --> 00:24:39,790 Terjemahan sari kata oleh Hazleen Hamdan