1 00:00:11,032 --> 00:00:13,993 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:20,875 --> 00:00:24,295 DALAM KENANGAN 3 00:00:24,378 --> 00:00:27,256 Selamat tengah hari. Terima kasih kerana datang. 4 00:00:28,466 --> 00:00:33,637 Jika kamu semua tertanya-tanya kenapa kita buat upacara di gereja bebas mazhab,  5 00:00:33,721 --> 00:00:35,806 bukannya rumah ibadat dengan rabai, 6 00:00:36,474 --> 00:00:39,727 sebab Norman yang minta begini. 7 00:00:42,104 --> 00:00:44,732 Sebelum dia mati, dia kata kepada saya, 8 00:00:44,815 --> 00:00:49,320 "Sandy, awak nak letak mayat saya atas perahu, hanyutkan ke Sungai LA, 9 00:00:49,403 --> 00:00:51,113 kemudian bakar pun tak apa. 10 00:00:51,989 --> 00:00:54,658 Jangan susahkan semua dengan ceramah agama." 11 00:00:57,536 --> 00:01:00,122 "Ceramah agama". 12 00:01:01,707 --> 00:01:05,669 Seperti yang kamu boleh teka, Norman bekas sekolah pemulihan Yahudi. 13 00:01:07,713 --> 00:01:11,217 Saya cuba cari cara untuk beri penghormatan kepada dia. 14 00:01:12,093 --> 00:01:15,012 Kemudian saya teringat satu pepatah kegemaran dia, 15 00:01:15,805 --> 00:01:18,474 "Kebenaran ialah rancangan sandaran." 16 00:01:18,557 --> 00:01:23,104 Jadi itulah yang saya akan buat. Saya akan kembali kepada kebenaran. 17 00:01:26,482 --> 00:01:28,651 Bukan senang jadi kawan Norman. 18 00:01:29,485 --> 00:01:32,655 Tapi selama lebih 50 tahun, saya dah jadi kawan dia. 19 00:01:34,532 --> 00:01:37,576 Lima puluh tahun dia menyusahkan saya 20 00:01:38,744 --> 00:01:42,206 soal wanita yang saya cintai, wanita yang saya kahwini, 21 00:01:43,332 --> 00:01:46,752 perceraian yang saya lalui, duit yang saya hilang, 22 00:01:46,836 --> 00:01:48,337 duit yang saya tak punya, 23 00:01:49,421 --> 00:01:51,090 malah arak yang saya minum. 24 00:01:52,424 --> 00:01:56,095 Ada saja benda tak kena pada dia dalam setiap aspek hidup saya. 25 00:01:56,720 --> 00:01:58,681 Penghormatan, ayah. Penghormatan. 26 00:01:58,764 --> 00:02:03,060 Dia pinjamkan duit ketika saya suntuk tapi dia sentiasa ingatkan saya. 27 00:02:03,144 --> 00:02:04,895 Tak. 28 00:02:04,979 --> 00:02:07,982 Dia selalu saja ungkit. 29 00:02:08,649 --> 00:02:11,652 Semasa saya melawan kanser tahun lepas, 30 00:02:11,735 --> 00:02:13,821 saya sangat takut. 31 00:02:15,156 --> 00:02:18,242 Kawan baik saya, teman rapat saya, 32 00:02:19,660 --> 00:02:22,288 dia asyik bergurau suruh saya simpan rambut 33 00:02:22,371 --> 00:02:23,831 kalau rambut saya gugur 34 00:02:23,914 --> 00:02:26,584 dan dia suruh guna untuk buat sarung teko teh. 35 00:02:27,626 --> 00:02:28,836 Sarung teko teh. 36 00:02:29,712 --> 00:02:32,006 Terima kasih banyaklah, kawan baik. 37 00:02:32,089 --> 00:02:34,550 Satu helai pun tak gugur. Langsung tak. 38 00:02:35,593 --> 00:02:36,552 Satu pun tak. 39 00:02:37,678 --> 00:02:39,221 Tapi saya kehilangan awak. 40 00:02:40,139 --> 00:02:42,766 Saya tak tahu macam mana saya nak hadapinya. 41 00:02:42,850 --> 00:02:47,479 Saya tak tahu macam mana saya nak teruskan hidup tanpa awak. 42 00:02:50,900 --> 00:02:52,776 Untuk pengetahuan awak, 43 00:02:52,860 --> 00:02:57,406 saya ada hubungi majlis daerah LA minta nak bakar mayat awak atas perahu, 44 00:02:57,489 --> 00:03:01,410 tapi mereka tak benarkan pengebumian begitu. 45 00:03:02,995 --> 00:03:05,915 Mungkin di Daerah Ventura boleh, tapi di sini tak. 46 00:03:13,422 --> 00:03:14,506 Terima kasih. 47 00:03:18,093 --> 00:03:20,054 Tak sangka dia akan cakap begitu. 48 00:03:22,973 --> 00:03:24,558 BABAK 17. 49 00:03:24,642 --> 00:03:27,061 DI TEMPAT LAMA YANG DIKENALI 50 00:03:27,144 --> 00:03:32,233 Kita berkumpul di sini untuk meratapi pemergian jasad datuk saya. 51 00:03:33,067 --> 00:03:38,447 Tapi mayat yang mereput itu bukanlah siapa dia yang dahulu. 52 00:03:39,240 --> 00:03:45,371 Datuk saya merupakan roh abadi yang telah menikmati hidup dia sepenuhnya. 53 00:03:45,955 --> 00:03:46,914 Saintologi. 54 00:03:46,997 --> 00:03:48,999 Seperti semua roh abadi, 55 00:03:49,083 --> 00:03:53,837 dia telah lama mengembara di alam semesta untuk mencari sebuah permainan. 56 00:03:53,921 --> 00:03:55,631 Memang itulah yang kita buat. 57 00:03:56,215 --> 00:03:57,841 Kita bermain permainan. 58 00:03:57,925 --> 00:04:01,637 Permainan terbesar kita adalah melupakan identiti sebenar kita, 59 00:04:01,720 --> 00:04:04,181 agar kita boleh mencari diri sendiri. 60 00:04:04,265 --> 00:04:06,934 Apabila tiba hari kita temui diri kita, 61 00:04:07,017 --> 00:04:11,272 di mana kita yakin bahawa kita dalam kesedaran statik 62 00:04:11,355 --> 00:04:15,150 yang sudah menguasai situasi, tenaga, ruang dan masa, 63 00:04:15,776 --> 00:04:16,986 barulah kita menang. 64 00:04:17,903 --> 00:04:20,114 Saya tahu saya kena jadi diri sendiri 65 00:04:20,656 --> 00:04:22,658 dan sekarang datuk saya pun tahu. 66 00:04:23,575 --> 00:04:27,997 Walaupun tidak berlandaskan kepercayaan LRH tentang kebebasan sebenar, 67 00:04:28,706 --> 00:04:31,458 dia tetap kena terima hakikat bahawa 68 00:04:31,542 --> 00:04:33,585 setiap yang hidup pasti akan mati. 69 00:04:35,254 --> 00:04:36,338 Terima kasih. 70 00:04:40,676 --> 00:04:42,678 Ayah saya tak pernah abaikan saya. 71 00:04:43,595 --> 00:04:44,972 Dia patut abaikan saja. 72 00:04:46,223 --> 00:04:47,099 Tapi tak. 73 00:04:48,892 --> 00:04:54,231 Saya selalu kecewakan dia tapi dia tak pernah putus asa. 74 00:04:56,400 --> 00:04:57,234 Jadi… 75 00:04:57,901 --> 00:04:58,736 sebagai 76 00:04:59,278 --> 00:05:00,529 tanda keinsafan saya, 77 00:05:00,612 --> 00:05:03,782 saya dan mentor saya nak bayar balik 78 00:05:03,866 --> 00:05:06,702 semua kos program pemulihan, ahli terapi 79 00:05:06,785 --> 00:05:09,246 dan percutian ke hutan yang dia bayarkan. 80 00:05:10,456 --> 00:05:15,127 Itu belum termasuk inflasi yang bernilai lebih 900,000 dolar 81 00:05:15,210 --> 00:05:17,796 dan itu tak termasuk 300 ribu yuran guaman 82 00:05:17,880 --> 00:05:20,674 untuk lawan si penipu yang gebang nak jual itu. 83 00:05:20,758 --> 00:05:23,552 Macamlah saya bodoh sangat nak jual harta saya. 84 00:05:24,636 --> 00:05:28,182 Apa-apa pun, saya berhutang dengan ayah saya 1,200,000 dolar. 85 00:05:29,183 --> 00:05:33,020 Saya akan gunakan sebahagian harta warisan saya untuk bayar. 86 00:05:33,687 --> 00:05:35,230 Bukan kepada dialah sebab… 87 00:05:35,981 --> 00:05:37,066 Yalah. 88 00:05:37,608 --> 00:05:41,779 Saya akan bayar balik dengan membina pusat pemulihan dadah 89 00:05:43,322 --> 00:05:44,782 di Kepulauan Galapagos. 90 00:05:45,824 --> 00:05:48,660 Di mana penagih dadah, kaki botol 91 00:05:49,244 --> 00:05:52,873 dan pesakit kecelaruan makan boleh ubah hidup mereka 92 00:05:53,499 --> 00:05:57,669 sambil belajar tentang evolusi dan Charles Darwin. 93 00:05:58,504 --> 00:06:02,549 Jadi, untuk menghormati lelaki yang tak pernah putus asa dengan saya, 94 00:06:03,175 --> 00:06:06,428 pusat pemulihan itu akan dipanggil The Suite Surrender, 95 00:06:07,137 --> 00:06:11,266 kerana kita sememangnya perlu mengabdikan diri untuk menang 96 00:06:11,809 --> 00:06:15,145 dan "suite" akan dieja sebagai S-U-I-T-E 97 00:06:15,229 --> 00:06:18,857 kerana semua bilik adalah suite junior ke atas. Terima kasih. 98 00:06:20,150 --> 00:06:22,528 Waktu suami saya meninggal, saya fikir, 99 00:06:22,611 --> 00:06:24,613 "Habislah, saya dah bersendirian." 100 00:06:26,240 --> 00:06:28,742 Tapi ajaibnya, saya terjumpa seorang lelaki 101 00:06:29,618 --> 00:06:34,498 yang pernah saya curahkan kasih pada tahun 1967. 102 00:06:36,125 --> 00:06:39,420 Lelaki itu ialah ayah dan datuk kamu. 103 00:06:40,754 --> 00:06:44,425 Mula-mula, kami anggap hubungan kali ini 104 00:06:44,508 --> 00:06:45,717 hanya platonik saja. 105 00:06:46,552 --> 00:06:49,096 Biasalah, kawan lama berpegangan tangan, 106 00:06:49,847 --> 00:06:51,181 bersiar-siar di taman, 107 00:06:52,057 --> 00:06:53,350 berkongsi makanan. 108 00:06:54,101 --> 00:06:55,602 Namun, tidak begitu. 109 00:06:57,354 --> 00:06:59,857 Dengan sedikit dorongan daripada saya 110 00:07:01,024 --> 00:07:03,110 dan sedikit bantuan perubatan, 111 00:07:03,610 --> 00:07:08,699 Norman terus berubah menjadi perakus yang meratah saya 112 00:07:08,782 --> 00:07:10,200 sepanjang kami bersama. 113 00:07:10,951 --> 00:07:12,161 Memang hebat. 114 00:07:12,703 --> 00:07:17,416 Nafsunya penuh kelembutan tapi mendesak 115 00:07:17,499 --> 00:07:18,876 dan tepat pada masanya. 116 00:07:19,543 --> 00:07:21,336 Siap boleh tetapkan penggera. 117 00:07:22,629 --> 00:07:27,092 Pukul 7:30 pagi hari Rabu dan Ahad. 118 00:07:27,926 --> 00:07:31,013 Selepas minum secawan kopi dan ke tandas sekejap, 119 00:07:31,096 --> 00:07:36,059 dia akan rangkul saya dari belakang dan buat saya menggigil dan menggeletar 120 00:07:36,143 --> 00:07:38,061 seperti gadis 16 tahun 121 00:07:38,145 --> 00:07:42,399 yang memberontak terhadap ibu bapanya yang terlalu alim. 122 00:07:43,442 --> 00:07:46,737 Pagi Rabu dan Ahad, 123 00:07:47,779 --> 00:07:51,158 Norman Newlander mencurahkan sepenuh kasihnya kepada saya. 124 00:07:51,783 --> 00:07:53,494 Pagi Rabu dan Ahad. 125 00:07:54,995 --> 00:07:57,789 Pukul 7:30 dan 7:45 pagi. 126 00:07:58,457 --> 00:08:00,083 Saya agak gersang sekarang. 127 00:08:03,170 --> 00:08:06,089 Saya jadi pembantu Norman… 128 00:08:06,924 --> 00:08:08,634 selama 22 tahun. 129 00:08:09,760 --> 00:08:14,306 Saya aturkan jadual kerja, jadual peribadinya, 130 00:08:14,389 --> 00:08:16,850 rancangan perjalanannya, percutiannya. 131 00:08:17,851 --> 00:08:22,397 Saya pastikan dia jalani rawatan perubatan, pergigian, 132 00:08:23,357 --> 00:08:27,069 dermatologi dan oftalmologi. 133 00:08:31,073 --> 00:08:34,993 Saya juga uruskan tempahan makan tengah hari dan malamnya, 134 00:08:35,077 --> 00:08:38,163 sentiasa ingatkan restoran yang dia itu orang penting 135 00:08:38,247 --> 00:08:40,040 supaya dia dapat meja terbaik. 136 00:08:40,707 --> 00:08:42,209 Biasalah manusia. 137 00:08:42,960 --> 00:08:48,632 Saya juga pastikan isteri dan anaknya dapat kad hari jadi dan bunga. 138 00:08:48,715 --> 00:08:50,217 Hari Kekasih pun sama. 139 00:08:50,300 --> 00:08:54,137 Lapan kali saya buat persiapan untuk anaknya 140 00:08:54,221 --> 00:08:56,557 pergi ke pusat pemulihan terbaik. 141 00:09:00,644 --> 00:09:02,396 Tapi sepanjang tempoh itu, 142 00:09:05,357 --> 00:09:08,819 saya tak pernah beritahu betapa bermaknanya dia pada saya. 143 00:09:10,946 --> 00:09:13,949 Buat dia gembira adalah kegembiraan saya. 144 00:09:14,032 --> 00:09:17,119 Kebajikan dia adalah keutamaan saya setiap pagi 145 00:09:17,202 --> 00:09:19,705 dan setiap malam sebelum saya tidur. 146 00:09:25,085 --> 00:09:26,169 Terima kasih. 147 00:09:28,255 --> 00:09:31,091 Tidak. 148 00:09:31,174 --> 00:09:33,051 Jangan tinggalkan saya! 149 00:09:34,261 --> 00:09:36,597 Banyak lagi saya nak buat untuk awak! 150 00:09:36,680 --> 00:09:39,182 - Tidak! - Jangan, Jeanine. Aduh, Jeanine… 151 00:09:39,266 --> 00:09:40,976 Dia pegang apa kuat sangat? 152 00:09:44,354 --> 00:09:49,484 Tuhan, beriku ketenangan menerima takdir, keberanian mengubah dan tahu membezakan. 153 00:09:49,568 --> 00:09:54,364 Tuhan, beriku ketenangan menerima takdir, keberanian mengubah dan tahu membezakan. 154 00:09:54,448 --> 00:09:55,991 Tuhan, beriku ketenangan… 155 00:09:56,074 --> 00:09:57,868 Patutkah kita risaukan dia? 156 00:09:57,951 --> 00:09:59,494 Saya lebih risaukan dia. 157 00:10:03,707 --> 00:10:06,460 Dia akan okey. Beri dia masa. 158 00:10:06,543 --> 00:10:08,086 - Harapnya begitulah. - Ya. 159 00:10:08,754 --> 00:10:11,214 Beberapa tahun lalu, kawan baik saya mati 160 00:10:11,298 --> 00:10:12,799 secara mengejut. 161 00:10:12,883 --> 00:10:14,009 Stevie Chartokoff. 162 00:10:14,092 --> 00:10:16,470 - Saya pernah cerita? Dia hebat. - Tak. 163 00:10:16,553 --> 00:10:18,597 Kami rapat sejak gred tiga. 164 00:10:18,680 --> 00:10:20,432 Tahu tak, waktu dia mati, 165 00:10:21,683 --> 00:10:23,644 saya tak rasa apa-apa. Saya kaku. 166 00:10:24,686 --> 00:10:25,604 Dahsyatnya. 167 00:10:26,146 --> 00:10:27,105 Tidak. 168 00:10:27,189 --> 00:10:30,859 Saya rasa itu mekanisme kelangsungan hidup. 169 00:10:30,942 --> 00:10:34,571 Seperti sifat ihsan semula jadi. 170 00:10:35,113 --> 00:10:36,156 Apa maksud awak? 171 00:10:36,239 --> 00:10:38,033 Sebab apabila ia berlaku, 172 00:10:38,992 --> 00:10:41,828 saya boleh rasa… Kesakitan itu tak tertanggung. 173 00:10:41,912 --> 00:10:47,042 Tapi lama-kelamaan, saya dapat merasai kesedihan semakin kuat 174 00:10:47,125 --> 00:10:50,545 sehingga ia menjadi sebahagian daripada diri saya. 175 00:10:50,629 --> 00:10:54,341 Perlahan-lahan saya boleh terima di mana… 176 00:10:55,634 --> 00:10:57,302 saya rasa itu kebijaksanaan. 177 00:10:58,095 --> 00:10:59,930 Bagus juga fikir begitu. 178 00:11:01,181 --> 00:11:02,307 Awak bijak. 179 00:11:04,267 --> 00:11:06,061 Saya ingat waktu sekolah dulu, 180 00:11:06,144 --> 00:11:07,979 sekitar umur 14 atau 15 tahun, 181 00:11:08,063 --> 00:11:12,859 saya dan Stevie hisap ganja, lepas itu kami nyalakan api pada kentut kami. 182 00:11:13,443 --> 00:11:14,820 Ada orang buat begitu? 183 00:11:14,903 --> 00:11:17,948 Ya. Kita terlentang sambil angkat kaki, 184 00:11:18,031 --> 00:11:19,866 dan halakan mancis ke punggung 185 00:11:19,950 --> 00:11:22,577 lepaskan kentut, nanti keluarlah api biru. 186 00:11:23,245 --> 00:11:26,957 Entah macam mana bulu ari-ari Stevie terkena api, 187 00:11:27,040 --> 00:11:28,875 lalu dia menjerit. 188 00:11:28,959 --> 00:11:30,752 Dia menangis suruh saya kebas. 189 00:11:30,836 --> 00:11:33,380 Dia kata, "Kebaskan!" Saya tak nak sentuh. 190 00:11:33,463 --> 00:11:34,798 Dipendekkan cerita, 191 00:11:34,881 --> 00:11:37,509 mak dia terpaksa bawa dia ke unit kecemasan. 192 00:11:38,468 --> 00:11:40,971 Mak dia pun tak nak sentuh. Percayalah. 193 00:11:42,848 --> 00:11:44,683 Lambat jugalah awak jadi bijak. 194 00:11:44,766 --> 00:11:46,518 Memang selepas itu. Ya. 195 00:11:56,403 --> 00:11:57,863 Aduhai, gilalah. 196 00:11:57,946 --> 00:11:59,614 Rugilah kalau tak rasa. 197 00:11:59,698 --> 00:12:00,532 Saya okey. 198 00:12:01,867 --> 00:12:03,201 Churro ini sedap. 199 00:12:09,166 --> 00:12:10,792 Saya nak cakap sesuatu. 200 00:12:11,585 --> 00:12:14,880 - Tak bolehkah saya makan saja? - Tak boleh, kena dengar. 201 00:12:15,464 --> 00:12:18,467 Saya sangat berterima kasih atas persahabatan kita 202 00:12:18,550 --> 00:12:22,262 dan nak awak tahu betapa saya gembira awak ada dalam hidup saya. 203 00:12:22,345 --> 00:12:23,764 Macam mana keadaan awak? 204 00:12:24,264 --> 00:12:25,098 Apa? 205 00:12:26,600 --> 00:12:28,977 Baik, terima kasih. 206 00:12:29,060 --> 00:12:29,895 Bagus. 207 00:12:36,526 --> 00:12:37,652 Awak nak apa-apa? 208 00:12:38,820 --> 00:12:40,906 Saya cuma nak ingatkan yang 209 00:12:40,989 --> 00:12:43,742 saya Juruaudit Kelas Lapan terlatih dari Flag 210 00:12:43,825 --> 00:12:46,328 dan saya boleh bantu awak lalui kesedihan. 211 00:12:46,411 --> 00:12:48,872 Saya tak perlukan bantuan, terima kasih. 212 00:12:48,955 --> 00:12:52,584 Kesakitan emosi terpendam boleh berubah jadi penyakit fizikal. 213 00:12:52,667 --> 00:12:55,879 - Saya okey. - Ketumbuhan berbisa bukan perkara biasa. 214 00:12:55,962 --> 00:13:01,134 Robbie, saya bersyukur Saintologi dah bantu awak "jadi diri sendiri". 215 00:13:01,843 --> 00:13:03,678 Salah, itu slogan Tentera Laut. 216 00:13:03,762 --> 00:13:05,931 Apa-apa pun, jangan ganggu saya. 217 00:13:06,014 --> 00:13:09,768 Okey, itu kemarahan. Lebih tinggi pada skala nada emosi dari… 218 00:13:09,851 --> 00:13:10,685 Pergi! 219 00:13:24,741 --> 00:13:28,119 Saya ingat lagi biopsi pertama saya. Sangat tak selesa. 220 00:13:28,203 --> 00:13:30,330 Gunting dalam punggung, memanglah. 221 00:13:30,413 --> 00:13:34,125 Ya. Sekurang-kurangnya selepas itu, kalau ada darah dalam najis, 222 00:13:34,209 --> 00:13:36,002 saya tahu dari mana ia datang. 223 00:13:36,628 --> 00:13:37,963 Seronok dengar. 224 00:13:38,547 --> 00:13:39,673 Ada apa-apa lagi? 225 00:13:40,841 --> 00:13:41,675 Ya. 226 00:13:42,384 --> 00:13:45,178 Pada pendapat profesional, apa ham terbaik awak? 227 00:13:45,929 --> 00:13:47,264 Entahlah. Semua sedap. 228 00:13:47,347 --> 00:13:49,683 Begini, kita tukar dalam bentuk cerita. 229 00:13:49,766 --> 00:13:52,769 Ini hidangan terakhir sebelum kerajaan bunuh awak. 230 00:13:52,853 --> 00:13:55,522 Awak tambah ham apa pada sandwic ayam belanda 231 00:13:55,605 --> 00:13:57,941 sebelum mereka racun awak sampai mati? 232 00:13:59,693 --> 00:14:00,777 Ham bersalut madu. 233 00:14:01,778 --> 00:14:05,073 En. Deli Man, beri saya setengah paun ham bersalut madu. 234 00:14:07,409 --> 00:14:10,161 Saya sumpah ingatkan dia nak kata ham Virginia. 235 00:14:10,245 --> 00:14:11,788 Dia lelaki yang baik. 236 00:14:14,541 --> 00:14:15,750 Ya, dia memang baik. 237 00:14:17,002 --> 00:14:18,503 Terbaik. 238 00:14:19,087 --> 00:14:20,714 Terhebat. 239 00:14:22,632 --> 00:14:25,176 Awak tahu tak, kami ada bincang soal kahwin. 240 00:14:26,052 --> 00:14:28,513 Tak, saya tak tahu. Saya minta maaf. 241 00:14:29,514 --> 00:14:32,100 Kami ada bincang soal anak juga. 242 00:14:33,768 --> 00:14:34,603 Ya. 243 00:14:34,686 --> 00:14:35,687 Apa yang lucunya? 244 00:14:37,564 --> 00:14:38,481 Awak serius? 245 00:14:39,149 --> 00:14:40,400 Sangat serius. 246 00:14:42,819 --> 00:14:43,987 Okey. 247 00:14:47,949 --> 00:14:51,286 Apabila awak kata "soal anak", maksud awak, anak angkat? 248 00:14:51,953 --> 00:14:53,705 Tak, maksud saya, ada anak. 249 00:14:56,666 --> 00:14:58,335 Ya, faham. 250 00:14:58,418 --> 00:15:02,255 Tapi kami terpaksa tangguh sehingga saya habis makan ubat. 251 00:15:02,339 --> 00:15:05,175 Kami tak mahu Norman Jr. terkesan pula. 252 00:15:05,800 --> 00:15:07,510 Tak, tak boleh begitu. 253 00:15:11,014 --> 00:15:12,933 Saya tak berniat nak menyibuk, 254 00:15:13,475 --> 00:15:15,560 tapi apa ubat yang awak maksudkan? 255 00:15:15,644 --> 00:15:17,437 - Ubat kemurungan - Ya. 256 00:15:17,938 --> 00:15:18,772 dan bipolar. 257 00:15:18,855 --> 00:15:20,190 Bipolar juga? 258 00:15:20,273 --> 00:15:21,775 Serta skizofrenia. 259 00:15:21,858 --> 00:15:23,818 Wah. Tiga serangkai. 260 00:15:23,902 --> 00:15:25,278 Apa dia? 261 00:15:25,904 --> 00:15:29,115 Jangan hiraukan saya, saya sedang bersedih. 262 00:15:32,869 --> 00:15:36,247 Apa pun, awak seorang wanita yang cantik dan bersemangat. 263 00:15:36,331 --> 00:15:39,834 Pasti awak akan jumpa seseorang istimewa dan dapat anak. 264 00:15:40,418 --> 00:15:41,378 Apa maksud awak? 265 00:15:42,754 --> 00:15:44,547 Saya cuma doakan awak saja. 266 00:15:44,631 --> 00:15:46,132 Jangan nak mengurat saya 267 00:15:46,216 --> 00:15:48,885 sedangkan pusara cinta kedua saya masih merah. 268 00:15:48,969 --> 00:15:50,136 Sudah tentu tidak. 269 00:15:50,220 --> 00:15:53,682 Saya rasa tak selamat. Saya nak pergi. 270 00:15:56,017 --> 00:15:57,102 Pergi sajalah. 271 00:15:57,185 --> 00:15:58,728 Oh, Tuhan. 272 00:16:01,898 --> 00:16:04,192 Semasa saya melawan sakit prostat, 273 00:16:04,275 --> 00:16:07,529 saya yakin saya boleh sembuh dengan buat senaman kegel. 274 00:16:07,612 --> 00:16:09,239 - Membantu tak? - Tak. 275 00:16:09,781 --> 00:16:13,326 Tapi alat sulit saya nampak okey, itu pun dah cukup baik. 276 00:16:17,330 --> 00:16:19,582 - Awak buat kegel sekarang? - Ya. 277 00:16:20,625 --> 00:16:21,751 Nak buat jugalah. 278 00:16:27,132 --> 00:16:29,592 - Itu bunyi kalau awak buat kegel? - Ya. 279 00:16:29,676 --> 00:16:30,927 Hei. 280 00:16:31,678 --> 00:16:32,512 Apa lagi? 281 00:16:32,595 --> 00:16:34,723 Saja tengok awak dah sedia atau tak. 282 00:16:34,806 --> 00:16:36,141 - Ya. - Ayuh. 283 00:16:36,725 --> 00:16:38,768 Nampak tak mereka beli susyi Nobu? 284 00:16:39,310 --> 00:16:40,145 Ya. 285 00:16:40,228 --> 00:16:43,023 Tak sangka betul. Dia beli ketam bakar, kod miso 286 00:16:43,106 --> 00:16:45,191 dan ikan aji-aji. Bukan main. 287 00:16:45,275 --> 00:16:46,151 Baguslah. 288 00:16:46,985 --> 00:16:49,279 Orang Yahudi berkabung bukan main, ya? 289 00:16:49,362 --> 00:16:51,031 Berlatih. 290 00:16:51,114 --> 00:16:51,948 Ya. 291 00:17:04,002 --> 00:17:07,005 - Terima kasih tolong pandu. - Gembira dapat tolong. 292 00:17:07,088 --> 00:17:10,133 Bukanlah gembira, tapi awak fahamlah. 293 00:17:11,176 --> 00:17:13,678 Pertimbangkan semula. Banyak masa lagi. 294 00:17:14,512 --> 00:17:15,722 Ayah tak apa-apalah. 295 00:17:15,805 --> 00:17:19,184 Ya, awak tak apa-apa. Cuma, kenapa bersendirian sekarang? 296 00:17:19,267 --> 00:17:20,685 Sebab itu yang saya nak. 297 00:17:20,769 --> 00:17:23,354 Marilah bermalam di sini. Pasti seronok. 298 00:17:23,438 --> 00:17:25,690 Kita buat malam permainan keluarga. 299 00:17:26,274 --> 00:17:29,194 Saya baru hilang kawan baik. Nak berseronok apa? 300 00:17:29,778 --> 00:17:30,612 Awak pasti? 301 00:17:31,237 --> 00:17:33,656 Kita boleh hisap kanabis, main Jenga. 302 00:17:33,740 --> 00:17:34,824 Tak apalah. 303 00:17:35,825 --> 00:17:37,202 Benci perkataan itu. 304 00:17:37,786 --> 00:17:40,580 Apa? "Kanabis"? Kenapa dengan "kanabis"? 305 00:17:40,663 --> 00:17:42,290 Bunyi macam orang tua. 306 00:17:42,373 --> 00:17:43,583 Dia memang tua pun. 307 00:17:43,666 --> 00:17:44,793 Jangan tolong saya. 308 00:17:45,668 --> 00:17:47,712 Baiklah. Saya hantar awak balik. 309 00:17:47,796 --> 00:17:48,797 Ya. 310 00:17:51,466 --> 00:17:53,593 Saya malas cerita sebenarnya tapi 311 00:17:53,676 --> 00:17:57,180 masa kita cuba heret gadis itu dari keranda, dia gigit saya. 312 00:17:57,847 --> 00:17:59,933 Apa? Teruknya. Biar saya tengok. 313 00:18:00,016 --> 00:18:03,144 Ya. Tak tembus kulit tapi masih sakit melampau. 314 00:18:04,229 --> 00:18:05,563 "Sakit melampau"? 315 00:18:06,106 --> 00:18:08,858 Okey, "melampau" dan "kanabis". Baiklah. 316 00:18:15,907 --> 00:18:17,951 Ucapan awak agak menarik. 317 00:18:18,451 --> 00:18:20,161 Norman pasti gembira. 318 00:18:20,787 --> 00:18:22,497 Norman tak pernah gembira. 319 00:18:23,081 --> 00:18:25,917 Ya, dia memang tegas dengan awak, bukan? 320 00:18:27,627 --> 00:18:28,586 Apa maksud awak? 321 00:18:28,670 --> 00:18:31,297 Dalam eulogi, awak kata dia tegas pada awak. 322 00:18:31,381 --> 00:18:32,340 Mana ada. 323 00:18:33,633 --> 00:18:37,053 - Saya yakin awak cakap begitu. - Kami masing-masing tegas. 324 00:18:37,637 --> 00:18:39,681 - Okey. - Kami memang begitu. 325 00:18:39,764 --> 00:18:42,809 - Yalah. - Tak payah beritahu apa saya cakap. 326 00:18:42,892 --> 00:18:44,811 Baiklah, maaf. Saya salah. 327 00:18:47,105 --> 00:18:48,106 Apa? 328 00:18:48,189 --> 00:18:50,191 Orang dah tak cakap begitu lagi. 329 00:18:51,317 --> 00:18:54,279 Maaflah, saya tak diberitahu. 330 00:18:55,655 --> 00:18:57,615 - Bertenang. - Okey. 331 00:18:59,159 --> 00:18:59,993 "Diberitahu"? 332 00:20:08,937 --> 00:20:09,771 Terima kasih. 333 00:20:25,328 --> 00:20:29,415 Jack Daniel's dan Diet Dr. Pepper. 334 00:20:29,499 --> 00:20:30,917 Terima kasih, Alex. 335 00:20:31,000 --> 00:20:34,796 Saya tumpang simpati atas pemergian En. Newlander. 336 00:20:35,713 --> 00:20:36,547 Ya. 337 00:20:37,048 --> 00:20:41,052 Saya minta bar buat martini sebagai penghormatan untuk dia. 338 00:20:44,138 --> 00:20:44,973 Terima kasih. 339 00:20:46,307 --> 00:20:48,351 Dia seorang yang baik dan pemurah. 340 00:20:48,434 --> 00:20:50,270 Saya setuju yang dia pemurah. 341 00:20:51,771 --> 00:20:54,524 Sekejap lagi saya datang ambil pesanan awak. 342 00:21:13,960 --> 00:21:15,169 Jemput minum, kawan. 343 00:21:40,320 --> 00:21:41,279 Irving! 344 00:21:43,406 --> 00:21:44,741 Irving! 345 00:21:45,867 --> 00:21:47,035 - Irving! - Apa? 346 00:21:55,418 --> 00:21:56,336 Irving! 347 00:21:57,086 --> 00:21:58,212 Helo! 348 00:22:00,590 --> 00:22:02,550 Saya rasa saya jumpa anjing awak. 349 00:22:03,092 --> 00:22:04,886 - Helo? - Syukurlah. 350 00:22:04,969 --> 00:22:06,429 Terima kasih banyak. 351 00:22:07,055 --> 00:22:09,766 - Tiada masalah. - Saya takut sangat tadi. 352 00:22:12,769 --> 00:22:14,103 Namanya Irving? 353 00:22:14,187 --> 00:22:17,023 Ya. Pintu itu dibiar terbuka jadi ia terus lari. 354 00:22:17,815 --> 00:22:18,733 Yakah? 355 00:22:19,609 --> 00:22:20,610 Irving? 356 00:22:20,693 --> 00:22:22,195 Ya. Kenapa? 357 00:22:27,408 --> 00:22:28,534 Itu tak penting. 358 00:22:28,618 --> 00:22:31,496 Jarang kita dengar nama itu sekarang. 359 00:22:32,830 --> 00:22:34,374 Saya ambil dompet sekejap. 360 00:22:34,457 --> 00:22:36,834 - Saya nak beri ganjaran. - Tak perlu. 361 00:22:36,918 --> 00:22:39,253 Saya jiran yang baik. 362 00:22:41,714 --> 00:22:43,174 Awak jiran yang hebat. 363 00:22:46,594 --> 00:22:47,845 Yvette. 364 00:22:47,929 --> 00:22:48,846 Sandy. 365 00:22:49,931 --> 00:22:52,475 Saya tinggal di hujung simpang sana. 366 00:22:53,142 --> 00:22:55,520 Rumah untuk dijual itu? Awak dah beli? 367 00:22:55,603 --> 00:22:58,439 Tak. Itu tongkang pecah 3,000 kaki persegi. 368 00:22:59,107 --> 00:23:00,108 Tongkang pecah. 369 00:23:00,191 --> 00:23:02,985 Ya. Saya datang jaga rumah sepupu dan suaminya. 370 00:23:04,237 --> 00:23:05,279 Baguslah. 371 00:23:05,363 --> 00:23:07,865 Kalau anjing hilang, tak tahulah apa nasib. 372 00:23:07,949 --> 00:23:11,244 Mungkin lompat dari balkoni dan harap koyote makan saya. 373 00:23:11,327 --> 00:23:13,663 Ya. Rugilah kalau ia tak makan awak. 374 00:23:16,124 --> 00:23:16,958 Okey. 375 00:23:18,793 --> 00:23:20,253 Selamat malam. 376 00:23:23,423 --> 00:23:27,885 Boleh saya belanja segelas wain? Atau saya buatkan margarita sedap? 377 00:23:28,469 --> 00:23:30,096 Sebagai tanda terima kasih. 378 00:23:35,810 --> 00:23:36,894 Terima kasih. 379 00:23:37,687 --> 00:23:38,938 Awak menunjuk-nunjuk. 380 00:23:39,605 --> 00:23:40,565 Ya. 381 00:23:41,816 --> 00:23:43,443 Hei, tengok kemampuan saya. 382 00:23:43,526 --> 00:23:44,360 Ya. 383 00:23:45,778 --> 00:23:47,905 Ingat saya tak boleh teka umur awak? 384 00:23:49,073 --> 00:23:49,907 Ya. 385 00:23:49,991 --> 00:23:53,786 Tak cukup nampak setua usia, awak juga berasmara macam orang tua. 386 00:23:55,037 --> 00:23:55,872 Ya. 387 00:23:56,998 --> 00:23:58,833 Nanti saya bawakan sayur lagi. 388 00:24:07,467 --> 00:24:08,676 Norman, itu awak? 389 00:24:24,066 --> 00:24:24,984 Selamat pagi. 390 00:24:26,402 --> 00:24:27,695 Apa yang berlaku? 391 00:24:27,778 --> 00:24:30,781 Anak awak yang cantik hantarkan saya jus buah. 392 00:24:30,865 --> 00:24:32,533 Baguslah. 393 00:24:32,617 --> 00:24:35,661 Saya tak perlu cakap. Dia risau tentang ayahnya. 394 00:24:39,540 --> 00:24:40,374 Dia baik. 395 00:24:41,626 --> 00:24:42,919 Dia baik. 396 00:24:43,753 --> 00:24:46,631 - Siapa ini? - Ini Irving. 397 00:24:46,714 --> 00:24:47,632 Irving. 398 00:24:48,174 --> 00:24:49,425 Hai. 399 00:24:49,509 --> 00:24:52,803 Saya ada separuh Vicodin kalau belakang awak sakit lagi. 400 00:24:52,887 --> 00:24:55,181 Maaf. Tak sangka awak ada tetamu. 401 00:24:57,975 --> 00:24:59,477 - Nah. - Apa? 402 00:25:00,269 --> 00:25:01,354 Tutuplah. 403 00:25:01,437 --> 00:25:02,396 Ya. 404 00:25:02,480 --> 00:25:04,232 Martin, ini Yvette. 405 00:25:04,982 --> 00:25:06,400 Yvette, ini Martin. 406 00:25:07,276 --> 00:25:08,694 - Helo. - Helo. 407 00:25:09,529 --> 00:25:10,988 - Orang Rusia? - Ya. 408 00:25:11,906 --> 00:25:13,574 Saya nak mandi. 409 00:25:14,116 --> 00:25:16,077 - Ya, boleh. - Okey. Mari, Irving. 410 00:25:24,252 --> 00:25:25,169 Amboi! 411 00:25:25,253 --> 00:25:26,212 Ya. 412 00:25:26,295 --> 00:25:27,588 Apa cerita? 413 00:25:27,672 --> 00:25:29,340 Saya hantar awak malam tadi, 414 00:25:29,423 --> 00:25:31,551 saya risau awak buat pelik-pelik. 415 00:25:31,634 --> 00:25:33,135 Saya buat benda lain. 416 00:25:33,219 --> 00:25:35,930 Tapi apa cerita sebenarnya? 417 00:25:36,013 --> 00:25:38,766 Beritahu saya. Cerita segalanya. Satu-satu. 418 00:25:38,849 --> 00:25:40,643 Tak ada apa nak diceritakan. 419 00:25:40,726 --> 00:25:43,479 - Tak, ada sesuatu. - Ya. 420 00:25:44,313 --> 00:25:46,399 Nama anjingnya ialah Irving. 421 00:25:47,149 --> 00:25:49,151 Saya tahu. Awak kenalkan kami. 422 00:25:50,111 --> 00:25:52,029 Itu nama tengah Norman. 423 00:25:52,613 --> 00:25:53,531 Okey. Jadi? 424 00:25:54,115 --> 00:25:55,324 Seram, bukan? 425 00:25:55,408 --> 00:25:57,410 Yakah? Mungkin kebetulan saja. 426 00:25:57,493 --> 00:25:59,954 Kebetulan hari kawan baik saya mati, 427 00:26:00,037 --> 00:26:04,250 ada wanita muda cantik datang dengan anjing nama sama dengan dia? 428 00:26:04,333 --> 00:26:08,087 Tengah. Nama tengah. Paling tak pun macam novela Stephen King. 429 00:26:08,170 --> 00:26:11,257 - Saya rasa mungkin macam Twilight Zone. - Ya. 430 00:26:11,799 --> 00:26:13,926 Mungkinlah. Tapi jangan haraplah. 431 00:26:14,468 --> 00:26:16,679 Tapi macam mana awak sakit belakang? 432 00:26:16,762 --> 00:26:19,223 Awak kayuh, awak angkat dia? Ceritalah. 433 00:26:19,307 --> 00:26:20,933 Gunakan imaginasi awak. 434 00:26:21,017 --> 00:26:23,561 Saya memang guna, tapi dah tak macam dulu. 435 00:26:23,644 --> 00:26:25,271 Jangan beritahu Mindy. 436 00:26:25,354 --> 00:26:27,148 Siapa Mindy? Habiskan cerita. 437 00:26:27,773 --> 00:26:29,150 - Anjing itu. - Irving. 438 00:26:29,233 --> 00:26:31,861 Itu bukan anjing dia. Dia datang jaga rumah. 439 00:26:31,944 --> 00:26:36,073 Pendek kata, ia lari, saya jumpa dan dia berterima kasih kepada saya. 440 00:26:38,618 --> 00:26:40,411 Awak cakap "sama-sama" tak? 441 00:26:41,621 --> 00:26:42,830 Dengan cara sayalah. 442 00:26:43,706 --> 00:26:45,875 - Dia kerja apa? - Saya tak tahu. 443 00:26:45,958 --> 00:26:48,711 - Siapa nama terakhirnya? - Saya tak tahu. 444 00:26:50,379 --> 00:26:55,384 - Apa dia nak dengan orang tua macam awak? - Sebenarnya saya tahu apa dia nak. 445 00:26:55,468 --> 00:26:58,638 Ramai wanita muda tertarik dengan lelaki lebih tua 446 00:26:58,721 --> 00:27:02,850 kerana kita lebih canggih dan duniawi berbanding lelaki sebaya mereka. 447 00:27:02,933 --> 00:27:04,518 - Awak tak tahulah? - Tak. 448 00:27:04,602 --> 00:27:05,770 Ya. 449 00:27:06,354 --> 00:27:09,982 Percayalah cakap saya, ini bukan sekadar kebetulan. 450 00:27:10,566 --> 00:27:13,527 Yakah? Macam pesanan dari alam sana? 451 00:27:13,611 --> 00:27:14,695 Bukan. 452 00:27:15,196 --> 00:27:16,072 Mungkin. 453 00:27:17,031 --> 00:27:19,825 Okey, tak sangka saya tanya begini. 454 00:27:19,909 --> 00:27:21,202 Apa pesanannya? 455 00:27:21,786 --> 00:27:22,703 Saya tak pasti. 456 00:27:23,371 --> 00:27:28,000 Nikmati kehidupan, buka hati untuk terima pengalaman baru. 457 00:27:28,584 --> 00:27:30,670 Sandy, ada masalah. Mari cepat. 458 00:27:34,674 --> 00:27:36,634 Boris, kita mesti bunuh Si Tupai. 459 00:27:39,762 --> 00:27:41,013 Tak guna. 460 00:27:41,681 --> 00:27:42,598 Tak guna. 461 00:27:42,682 --> 00:27:44,141 - Apa? Apa dia? - Sial. 462 00:27:44,225 --> 00:27:45,726 - Tak guna. - Apa dia? 463 00:27:45,810 --> 00:27:47,353 Irving berak atas katil. 464 00:27:49,063 --> 00:27:50,690 Terima dengan hati terbuka. 465 00:28:06,706 --> 00:28:11,293 PUNGGAH BARANG SAHAJA 466 00:28:11,377 --> 00:28:12,211 ROSAK 467 00:28:17,550 --> 00:28:18,592 - Hei. - Hei. 468 00:28:19,260 --> 00:28:20,761 Sedap jus ais hancur itu. 469 00:28:20,845 --> 00:28:21,929 Sama-sama. 470 00:28:22,722 --> 00:28:23,973 Belakang ayah kenapa? 471 00:28:24,056 --> 00:28:28,144 Ayah tersentak kuat waktu pakai stoking, boleh percaya tak? 472 00:28:28,227 --> 00:28:29,270 Biar betul? 473 00:28:29,353 --> 00:28:32,148 Ayah rasa dah tiba masa untuk beli benda plastik 474 00:28:32,231 --> 00:28:33,774 yang tolong kita pakai. 475 00:28:34,692 --> 00:28:36,193 Sedihnya. 476 00:28:36,277 --> 00:28:37,570 Itulah pasal. 477 00:28:39,697 --> 00:28:42,199 Kalau ayah nak luahkan apa yang ayah lalui, 478 00:28:42,283 --> 00:28:43,492 saya sudi dengar. 479 00:28:43,576 --> 00:28:45,369 Kamu rasa apa yang ayah lalui? 480 00:28:45,953 --> 00:28:48,622 Ayah hilang orang penting dalam hidup ayah. 481 00:28:48,706 --> 00:28:52,293 Mesti perasaan dan emosi ayah berkecamuk. 482 00:28:52,376 --> 00:28:53,753 Tak seteruk itu. 483 00:28:53,836 --> 00:28:54,754 Ayah… 484 00:28:55,254 --> 00:28:58,758 Tahu tak berapa ramai kawan ayah mati kebelakangan ini? 485 00:28:59,258 --> 00:29:01,427 - Tak. - Ayah pun sama. Tak terkira. 486 00:29:01,510 --> 00:29:04,430 Tapi ayah tetap perlu luahkan kepada orang lain. 487 00:29:04,513 --> 00:29:09,143 Kenapa? Siapa kata kena kongsi perasaan terhadap semua perkara yang kita lalui? 488 00:29:09,226 --> 00:29:11,771 Sebab tak sihat kalau pendam. 489 00:29:11,854 --> 00:29:13,981 Ya, mungkin ayah tak nak sihat. 490 00:29:14,064 --> 00:29:15,232 Macam budak-budak. 491 00:29:15,316 --> 00:29:17,651 Mindy, ayah dah 75 tahun. 492 00:29:17,735 --> 00:29:22,448 Ayah rasa ayah ada hak dan keistimewaan untuk tentukan sendiri tahap kematangan. 493 00:29:22,531 --> 00:29:23,866 Taklah. 494 00:29:23,949 --> 00:29:25,159 Kata kamu. 495 00:29:37,338 --> 00:29:40,883 Masa awak jumpa ayah saya tadi, dia ada sebut tentang Norman? 496 00:29:42,426 --> 00:29:44,887 Saya tak tahu. Dia ada cerita apa-apa? 497 00:29:44,970 --> 00:29:46,764 Dia ada berkelakuan pelik tak? 498 00:29:48,432 --> 00:29:49,934 Kenapa awak mengekek? 499 00:29:50,017 --> 00:29:53,479 Jadi kita buat latihan ini untuk lepaskan emosi 500 00:29:53,562 --> 00:29:57,691 kerana kita semua diajar yang tak semua emosi boleh diterima, 501 00:29:57,775 --> 00:29:59,985 dan perlu dipendam. 502 00:30:00,069 --> 00:30:01,487 Contohnya, lelaki. 503 00:30:01,570 --> 00:30:06,158 Sejak kecil kita belajar untuk tak tunjuk rasa takut, contohnya di taman. 504 00:30:06,242 --> 00:30:09,078 Kalau tunjuk, kita lemah. Kita lembik. 505 00:30:09,161 --> 00:30:12,289 Bagi wanita, mereka selalu dipesan berulang kali 506 00:30:12,373 --> 00:30:14,875 yang tak manis kalau mereka marah-marah. 507 00:30:14,959 --> 00:30:19,255 Mereka akan terus dianggap jahat kalau mereka tegaskan pendirian mereka 508 00:30:19,338 --> 00:30:22,550 atau tinggikan suara mereka. 509 00:30:24,385 --> 00:30:28,639 Tapi macam mana nak jadi pelakon kalau tak boleh rasai emosi itu? 510 00:30:29,473 --> 00:30:31,225 Bukan marah dan takut saja. 511 00:30:31,308 --> 00:30:34,728 Sikap tak endah? Kegembiraan? 512 00:30:34,812 --> 00:30:37,773 Kemarahan yang membunuh? Kesedihan melampau? 513 00:30:38,274 --> 00:30:40,568 - Ya. - Macam mana nak dapatkan ejen? 514 00:30:41,694 --> 00:30:42,528 Apa? 515 00:30:43,153 --> 00:30:46,240 Tiada ejen, tak boleh uji bakat. Tak boleh uji bakat, 516 00:30:46,323 --> 00:30:48,868 apa bezanya kalau saya pendam emosi pun? 517 00:30:48,951 --> 00:30:52,496 - Awak tak ada masalah dengan kemarahan. - Tak, tak ada. 518 00:30:52,580 --> 00:30:54,915 Kalau awak kahwin, takkan kekal lama. 519 00:30:55,499 --> 00:30:58,919 Apa kata kita teruskan latihan emosi dulu? 520 00:31:00,129 --> 00:31:01,672 Ada sesiapa nak cuba? 521 00:31:02,715 --> 00:31:05,509 Saya ada pengurus, tapi entah apa yang dia buat. 522 00:31:06,093 --> 00:31:07,928 Saya tahu apa dia patut buat. 523 00:31:08,512 --> 00:31:12,850 Dia patutnya bekerjasama dengan penerbit dan pengarah dan cari saya kerja. 524 00:31:12,933 --> 00:31:15,227 Tapi saya rasa dia hanya jual kokain. 525 00:31:15,311 --> 00:31:16,645 Ada kesedihan di situ. 526 00:31:17,271 --> 00:31:18,981 Ada sesiapa nak buat latihan? 527 00:31:19,064 --> 00:31:20,649 Nasib baik dia jual dadah. 528 00:31:20,733 --> 00:31:23,402 Pengurus saya nak ambil gambar saya dalam jakuzi. 529 00:31:23,485 --> 00:31:24,612 Emosi marah lagi… 530 00:31:24,695 --> 00:31:27,072 - Pengurus awak Arnie Breedlove? - Ya. 531 00:31:27,156 --> 00:31:29,783 Sama. Dia jual gambar itu. Minta komisen. 532 00:31:29,867 --> 00:31:30,910 Oh, Tuhan. 533 00:31:30,993 --> 00:31:31,911 Sialnya. 534 00:31:32,453 --> 00:31:33,829 Saya patut bunuh dia. 535 00:31:33,913 --> 00:31:38,500 Lemaskan dia dalam jakuzi. Itu balasan setampal. 536 00:31:39,001 --> 00:31:42,129 Setimpal. Balasan setimpal. 537 00:31:42,212 --> 00:31:44,089 Tapi janganlah bunuh sesiapa. 538 00:31:44,173 --> 00:31:47,009 - Dia akan buat macam kemalangan. - Jangan. 539 00:31:47,092 --> 00:31:50,387 Saya faham kekecewaan awak. Saya pernah laluinya. 540 00:31:50,471 --> 00:31:51,805 Kalau nak tahu, 541 00:31:51,889 --> 00:31:55,893 saya sebenarnya nak kawan saya datang cakap dengan kamu tentang ini. 542 00:31:55,976 --> 00:31:57,186 Dia seorang ejen? 543 00:31:57,770 --> 00:31:58,729 Dulu dia ejen. 544 00:31:58,812 --> 00:32:00,773 - Sekarang? - Dah mati. 545 00:32:01,690 --> 00:32:03,025 Baru nak berharap. 546 00:32:03,108 --> 00:32:07,488 Okey, saya janji nanti kita bincang soal ejen. 547 00:32:07,571 --> 00:32:10,616 Tapi buat masa sekarang, latihan lakonan, 548 00:32:10,699 --> 00:32:12,952 bebaskan emosi terpendam, siapa nak… 549 00:32:13,035 --> 00:32:16,288 Apa jadi kalau kita rasa sesuatu dengan sangat mendalam, 550 00:32:16,372 --> 00:32:18,874 sangat kuat sampai takut untuk luahkan? 551 00:32:19,458 --> 00:32:22,586 Perasaan tak boleh cederakan kita, Mindy. 552 00:32:22,670 --> 00:32:26,590 Kadang-kadang nampak macam boleh tapi sebenarnya tak boleh. 553 00:32:27,383 --> 00:32:29,510 Jadi tak perlu takut. 554 00:32:29,969 --> 00:32:30,803 Baguslah. 555 00:32:31,971 --> 00:32:34,390 Okey. Siapa nak cuba? 556 00:32:34,473 --> 00:32:36,225 - Saya nak. - Okey, Jude. 557 00:32:38,394 --> 00:32:40,187 Apa emosi yang awak nak buat? 558 00:32:41,855 --> 00:32:43,983 - Kesedihan? - Pilihan yang baik. 559 00:32:45,693 --> 00:32:48,487 Ada beberapa teknik untuk menzahirkan kesedihan. 560 00:32:48,570 --> 00:32:50,072 Teknik paling mudah ialah 561 00:32:50,155 --> 00:32:53,909 fikirkan kenangan hidup awak yang buat awak sedih 562 00:32:53,993 --> 00:32:57,663 dan biarkan saja perasaan itu mengalir dalam persembahan awak. 563 00:32:57,746 --> 00:33:00,124 Ayah ada kenangan sedih baru-baru ini? 564 00:33:00,207 --> 00:33:03,043 Ayah dah faham, Mindy. Okey? Sudahlah. 565 00:33:05,379 --> 00:33:06,588 Jude, awak nak cuba? 566 00:33:06,672 --> 00:33:07,506 Ya, boleh. 567 00:33:09,383 --> 00:33:10,718 Kalau dah sedia, mula. 568 00:33:21,353 --> 00:33:22,980 Beritahu apa yang berlaku. 569 00:33:23,605 --> 00:33:26,108 Saya sedang ingat perkara yang menyedihkan. 570 00:33:27,526 --> 00:33:28,360 Okey. 571 00:33:28,902 --> 00:33:30,863 Baiklah. Kekal dalam emosi itu. 572 00:33:32,031 --> 00:33:33,073 Oh, Tuhan. 573 00:33:34,116 --> 00:33:35,576 Awak buat dengan baik. 574 00:33:38,078 --> 00:33:38,912 Ini… 575 00:33:40,289 --> 00:33:41,707 Ini sangat menyedihkan. 576 00:33:43,500 --> 00:33:45,627 Boleh kongsikan apa kenangan itu? 577 00:33:48,797 --> 00:33:52,509 Saya biarkan Arnie Breedlove ambil gambar saya dalam jakuzi dia. 578 00:34:06,273 --> 00:34:07,608 10 RAHSIA SAINTOLOGI 579 00:34:10,778 --> 00:34:12,488 Robbie, apa awak buat? 580 00:34:20,454 --> 00:34:21,288 Hai. 581 00:34:21,371 --> 00:34:23,665 Saya beli cadar, selimut dan duvet. 582 00:34:23,749 --> 00:34:25,209 Susah-susah saja. 583 00:34:25,292 --> 00:34:27,544 Tak susah. Okey, selamat tinggal. 584 00:34:27,628 --> 00:34:28,712 Tunggu. 585 00:34:29,296 --> 00:34:31,840 Awak tak nak lepak dulu? 586 00:34:34,134 --> 00:34:37,054 Terima kasih pertama sebab jumpa ia, percuma. 587 00:34:38,388 --> 00:34:40,057 Kali kedua jadi 2,000 dolar. 588 00:34:42,643 --> 00:34:44,436 Oh, tak ada masalah. 589 00:34:46,063 --> 00:34:47,064 Biar saya… 590 00:34:54,154 --> 00:34:55,114 Selamat tinggal. 591 00:34:56,281 --> 00:34:57,533 Saya akan rindu awak. 592 00:35:03,163 --> 00:35:04,289 Selamat tinggal. 593 00:35:05,290 --> 00:35:06,208 Ayuh, Irving. 594 00:35:08,043 --> 00:35:09,002 Selamat tinggal. 595 00:35:12,005 --> 00:35:14,341 Dua ribu? Gila. 596 00:35:57,176 --> 00:36:00,596 Terjemahan sari kata oleh Hazleen Hamdan