1 00:00:06,006 --> 00:00:08,883 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:14,723 --> 00:00:18,018 ARENA SUKAN ALL VALLEY 3 00:00:20,395 --> 00:00:23,189 Selamat datang ke mesyuarat lembaga Kejohanan All Valley. 4 00:00:23,273 --> 00:00:25,191 En. Daniel LaRusso tidak hadir 5 00:00:25,275 --> 00:00:28,194 kerana sensei yang aktif tidak boleh menjadi ahli. 6 00:00:28,278 --> 00:00:30,321 Banyak yang kita perlu bincangkan. 7 00:00:30,822 --> 00:00:35,076 Kejohanan tahun lepas sangat hebat. Ayuh jadikan tahun ini lebih lagi. 8 00:00:35,160 --> 00:00:37,704 Kita ingin pastikan karate di Valley 9 00:00:37,787 --> 00:00:41,166 mendapat penghormatan yang sewajarnya. 10 00:00:41,833 --> 00:00:45,086 Boleh semua bertenang dan bertindak profesional? 11 00:00:45,170 --> 00:00:49,424 - Kita tak cukup dana. - Hentikan benda karut ini! 12 00:00:49,507 --> 00:00:50,967 Mungkin karut bagi kamu 13 00:00:51,051 --> 00:00:53,094 tapi orang lain sayangkan tradisi. 14 00:00:53,178 --> 00:00:54,763 Aduhai, ke situ lagi. 15 00:00:54,846 --> 00:00:57,849 Tikar alas biru merancakkan kehadiran. 16 00:00:57,932 --> 00:01:00,018 - Aduhai! - Kenapa nak merah? 17 00:01:00,101 --> 00:01:04,272 Seperti dilihat, sasaran kita ialah golongan bapa dan anak lelaki. 18 00:01:04,355 --> 00:01:08,193 Tapi kita mendapati, golongan gadis juga semakin berminat. 19 00:01:08,276 --> 00:01:10,487 Kita perlu ambil hati mereka. 20 00:01:10,570 --> 00:01:13,198 Apa kata gantikan karate dengan kelas kek? 21 00:01:13,281 --> 00:01:16,076 Padanlah tiga kali awak bercerai. 22 00:01:18,286 --> 00:01:21,456 Dah lama saya cakap dan saya nak ulang. 23 00:01:21,539 --> 00:01:24,542 Ada golongan selebriti dalam komuniti kita. 24 00:01:24,626 --> 00:01:27,712 Apa kata lantik marsyal atau adakan persembahan muzikal? 25 00:01:27,796 --> 00:01:30,757 Bapa kepada kawan anak saya ejen pencarian bakat. 26 00:01:30,840 --> 00:01:34,010 Ini macam kes Malcolm-Jamal Warner dulu. 27 00:01:34,094 --> 00:01:36,137 Buat malu muka kita saja. 28 00:01:36,221 --> 00:01:38,348 Tunggu dulu, ini tak sama. 29 00:01:38,431 --> 00:01:40,683 Saya ikut saluran yang betul kali ini… 30 00:01:40,767 --> 00:01:43,770 Louie Anderson pun awak gagal jemput untuk makan percuma. 31 00:01:43,853 --> 00:01:45,814 - Saya tolak. - Kamu bukan hakim. 32 00:01:45,897 --> 00:01:47,524 - Tukul ada pada saya. - Dah tiada. 33 00:01:47,607 --> 00:01:49,484 - Pulangkan. - Letak tukul itu. 34 00:01:49,567 --> 00:01:52,487 Lepaskan benda ini sekarang! Lepaskannya! 35 00:01:59,077 --> 00:02:00,370 Saya nak jelaskan. 36 00:02:00,453 --> 00:02:03,456 Kita luluskan acara yang galakkan budak-budak lelaki 37 00:02:03,540 --> 00:02:05,416 pukul budak-budak perempuan. 38 00:02:06,543 --> 00:02:11,297 Pernahkah kamu terfikir bahawa amalan ini bermasalah? 39 00:02:20,640 --> 00:02:21,474 Ingat, 40 00:02:22,350 --> 00:02:24,644 cadangan ini akan mengubah kejohanan. 41 00:02:25,603 --> 00:02:26,729 Ini legasi kita. 42 00:02:28,231 --> 00:02:31,651 Dengan mengangkat tangan, adakah kita semua bersetuju? 43 00:02:50,837 --> 00:02:53,381 Usul dipersetujui sebulat suara. 44 00:02:54,048 --> 00:02:55,884 Masa untuk melangkah ke depan. 45 00:02:57,427 --> 00:02:58,678 Edarkan surat. 46 00:02:59,971 --> 00:03:01,181 Ya Tuhan, tolonglah. 47 00:03:08,188 --> 00:03:10,148 {\an8}Tenang. Simpan sedikit untuk Cobra Kai. 48 00:03:10,231 --> 00:03:12,317 {\an8}Ya, kalau kita dibenarkan berentap. 49 00:03:14,736 --> 00:03:17,030 {\an8}Semua berkumpul. Saya ada berita. 50 00:03:17,822 --> 00:03:21,075 {\an8}Jawatankuasa All Valley baru umumkan perubahan besar. 51 00:03:21,159 --> 00:03:22,452 {\an8}Perubahan apa? 52 00:03:22,535 --> 00:03:26,122 {\an8}Lihat sendiri. Memang benar-benar berbeza. 53 00:03:26,706 --> 00:03:29,209 {\an8}- Mereka wujudkan pertandingan kemahiran? - Ya. 54 00:03:29,292 --> 00:03:32,212 {\an8}Kata, pematahan papan, pameran senjata? 55 00:03:32,295 --> 00:03:35,757 {\an8}Dan ada pengasingan jantina. Jadi maksudnya… 56 00:03:35,840 --> 00:03:37,342 {\an8}Ada dua juara All Valley. 57 00:03:38,176 --> 00:03:40,720 {\an8}Tunggu. Apa jadi pada pertaruhan dengan Cobra Kai? 58 00:03:40,803 --> 00:03:44,557 {\an8}Ada piala Juara Utama bagi dojo dengan mata terbanyak. 59 00:03:44,641 --> 00:03:46,726 {\an8}Yang pasti, kategori perempuan milik saya. 60 00:03:47,393 --> 00:03:51,564 {\an8}Selain itu adalah kategori kemahiran dan lelaki. Saya harapkan kamu. 61 00:03:52,523 --> 00:03:53,775 {\an8}Siapa? Kami? 62 00:03:53,858 --> 00:03:56,152 {\an8}Kami semua mentah. 63 00:03:56,236 --> 00:03:59,155 {\an8}Yalah, kami berguna juga sesekali 64 00:03:59,239 --> 00:04:01,741 {\an8}tapi kami bukanlah tonggak harapan. 65 00:04:01,824 --> 00:04:05,536 {\an8}- Bagusnya kalau ada Miguel dan Hawk. - Ya, atau si dia. 66 00:04:06,037 --> 00:04:07,580 {\an8}Namanya macam "Dobby". 67 00:04:08,081 --> 00:04:11,042 {\an8}Ya, saya tahu ada kawan kamu yang tiada. 68 00:04:11,918 --> 00:04:13,628 {\an8}Saya pun harap Robby ada 69 00:04:14,212 --> 00:04:16,798 {\an8}tapi kita harus lupakan perkara lepas. 70 00:04:16,881 --> 00:04:17,924 {\an8}Jangan risau. 71 00:04:18,007 --> 00:04:19,842 {\an8}Apabila kejohanan ini tiba, 72 00:04:19,926 --> 00:04:22,470 {\an8}kamu akan sedar inilah yang terbaik. 73 00:04:22,553 --> 00:04:24,055 {\an8}KARATE EAGLE FANG 74 00:04:24,138 --> 00:04:25,765 {\an8}Ini perkara paling malang. 75 00:04:26,432 --> 00:04:28,601 {\an8}Pertandingan kemahiran? Mengarut. 76 00:04:28,685 --> 00:04:30,603 {\an8}Kata bukan karate, ia tarian. 77 00:04:30,687 --> 00:04:33,856 {\an8}Ada kategori khusus perempuan? Ini pemerkasaan wanita? 78 00:04:33,940 --> 00:04:36,234 {\an8}Mereka patut bertumbuk macam orang lain. 79 00:04:36,317 --> 00:04:38,903 {\an8}Sensei, kita perlukan murid perempuan. 80 00:04:39,737 --> 00:04:40,571 {\an8}Baiklah. 81 00:04:42,031 --> 00:04:43,491 {\an8}Kenal mana-mana perempuan? 82 00:04:46,035 --> 00:04:47,495 {\an8}Tentulah tidak. 83 00:04:48,204 --> 00:04:50,790 {\an8}- Ada seorang budak bahas. - Budak bahas? 84 00:04:51,291 --> 00:04:53,459 {\an8}Kita nak pembaham, bukan pembahas. 85 00:04:54,127 --> 00:04:57,130 {\an8}Okey, pergi lari. Mungkin kamu akan dapat idea. 86 00:04:57,213 --> 00:05:00,008 {\an8}Bernafas berpada-pada, ada kulat di hujung sana. 87 00:05:02,093 --> 00:05:04,595 {\an8}Sensei, memang keadaan tegang di Miyagi-Do 88 00:05:04,679 --> 00:05:08,182 {\an8}tapi saya rasa tentu bagus kalau Sam masuk pasukan kita. 89 00:05:08,683 --> 00:05:10,351 {\an8}Sensei hubungi En. LaRu… 90 00:05:10,435 --> 00:05:13,313 {\an8}Tiada apa-apa nak dikata. Lagi bagus dia tiada. 91 00:05:13,396 --> 00:05:15,523 {\an8}Kita uruskan hal kita sendiri. 92 00:05:16,524 --> 00:05:18,151 {\an8}Kita cari juara perempuan. 93 00:05:19,277 --> 00:05:21,446 {\an8}- Okey, pergi lari. - Ya. 94 00:05:24,032 --> 00:05:25,199 {\an8}Aduhai, semua ini… 95 00:05:25,283 --> 00:05:26,284 {\an8}Bagus! 96 00:05:26,784 --> 00:05:30,413 {\an8}Mula-mula, LaRusso dan Lawrence berpecah. Sekarang, ini pula. 97 00:05:30,997 --> 00:05:32,498 {\an8}Rezeki jatuh dari langit. 98 00:05:32,582 --> 00:05:35,376 {\an8}Mereka tiada peserta untuk kedua-dua kategori. 99 00:05:35,460 --> 00:05:37,587 {\an8}Kita akan menang sebelum bertanding. 100 00:05:37,670 --> 00:05:40,798 {\an8}- Di mana saya nak letak, En. Silver? - Apa semua ini? 101 00:05:41,382 --> 00:05:45,219 {\an8}Kelengkapan terbaik untuk peralatan terkini kita. 102 00:05:45,303 --> 00:05:48,598 {\an8}Budak-budak ini perlu lihat kita tak main-main. 103 00:05:49,098 --> 00:05:52,852 {\an8}Sekarang masa untuk buktikan kekuatan dan kukuhkannya. 104 00:05:53,936 --> 00:05:54,771 {\an8}Bagi saya. 105 00:05:55,813 --> 00:06:00,902 {\an8}Cobra Kai akan jadi satu-satunya pusat karate di Valley. 106 00:06:00,985 --> 00:06:04,447 {\an8}Aku nak logo kita di papan iklan, baju… 107 00:06:04,530 --> 00:06:07,283 {\an8}Dan di belakang dua juara All Valley. 108 00:06:07,367 --> 00:06:08,659 {\an8}Barulah menarik. 109 00:06:22,757 --> 00:06:24,425 Susahnya nak cari kamu. 110 00:06:24,926 --> 00:06:28,554 Mengelak mak cik sendiri? Abaikan panggilan mak cik? 111 00:06:28,638 --> 00:06:30,014 Ya, mak cik nak apa? 112 00:06:30,098 --> 00:06:31,557 Nak jumpa kamulah. 113 00:06:32,558 --> 00:06:35,645 Dan nak tanya kalau elaun OKU dah masuk. 114 00:06:35,728 --> 00:06:39,148 Perlukan duit untuk menipu lagi? Itu duit kami. 115 00:06:39,232 --> 00:06:42,735 Mak kamu janji untuk jaga mak cik. Dia tak ajar kamu begini. 116 00:06:42,819 --> 00:06:44,987 Dia ajar saya cara kenal parasit. 117 00:06:45,613 --> 00:06:47,073 Jaga mulut kamu. 118 00:06:47,907 --> 00:06:50,076 Apabila dia mati, siapa yang kamu… 119 00:06:52,370 --> 00:06:53,371 Panas baran. 120 00:06:54,163 --> 00:06:55,706 Sama macam ayah kamu. 121 00:06:58,793 --> 00:07:04,006 Apabila ibu kamu meninggal dunia, dengan aman, kemudian bagaimana? 122 00:07:04,090 --> 00:07:06,843 Kamu fikir ayah kamu akan muncul tiba-tiba? 123 00:07:07,760 --> 00:07:08,970 Mak cik saja yang ada. 124 00:07:09,053 --> 00:07:11,722 Mak cik tak peduli, cuma mahu pampasannya. 125 00:07:11,806 --> 00:07:15,101 Mak cik ada di parti hari jadi Bobby yang keempat tahun lepas. 126 00:07:15,184 --> 00:07:17,311 Brandon lapan tahun. 127 00:07:18,062 --> 00:07:19,605 Tahun depan saya 18 tahun. 128 00:07:23,067 --> 00:07:25,903 Hei. Rasanya siapa yang akan dapat hak penjagaan? 129 00:07:25,987 --> 00:07:28,531 Kamu penjenayah yang tak habis sekolah. 130 00:07:28,614 --> 00:07:31,325 - Mak cik pun sama. - Tapi mak cik tahu selok-beloknya. 131 00:07:32,577 --> 00:07:35,037 Sekilas saja hakim pandang kamu, 132 00:07:35,121 --> 00:07:37,457 dia akan gelak saja sampai kamu keluar. 133 00:07:38,291 --> 00:07:40,293 Jumpa lagi di kubur, sayang. 134 00:07:41,252 --> 00:07:42,170 Tik tok. 135 00:07:48,759 --> 00:07:52,096 Okey, di sinilah banyak pasukan perempuan berlatih. 136 00:07:53,890 --> 00:07:56,434 - Sensei boleh yakinkan mereka? - Tolonglah. 137 00:07:56,517 --> 00:07:59,437 Di sekolah, perkara yang saya lebih mahir 138 00:07:59,520 --> 00:08:02,190 daripada karate adalah mengurat awek. 139 00:08:02,273 --> 00:08:04,484 Tengok dan belajar, Diaz. 140 00:08:06,944 --> 00:08:08,196 Gadis diperlukan. 141 00:08:08,988 --> 00:08:11,240 Bawah 18 tahun, atas 18 tak boleh. 142 00:08:13,618 --> 00:08:15,036 Tak, bukan begitu! 143 00:08:16,412 --> 00:08:18,539 Sedang berkongsi gambar di Facebook? 144 00:08:18,623 --> 00:08:20,708 Nak tahu gambar apa yang menarik? 145 00:08:20,791 --> 00:08:23,002 Gambar kamu menendang muka seseorang. 146 00:08:24,128 --> 00:08:26,547 Kami berlatih di gudang lama Webber Industrial. 147 00:08:26,631 --> 00:08:28,758 Kami mencari gadis gagah macam kamu. 148 00:08:28,841 --> 00:08:29,759 Kilang lama 149 00:08:29,842 --> 00:08:33,554 di antara kilang paip dan Chuck E. Cheese yang terbakar… 150 00:08:37,099 --> 00:08:40,061 - Tentu awek suka. - Banyak sangat! 151 00:08:40,144 --> 00:08:41,938 Kamu kena ratakannya. 152 00:08:42,522 --> 00:08:45,191 Kita nak tayang setiap lekuk badan. 153 00:08:45,274 --> 00:08:47,777 Hai, nak berpeluh hingga lencun? 154 00:08:47,860 --> 00:08:48,694 Mana bola? 155 00:08:49,904 --> 00:08:51,239 Ini bolanya. 156 00:08:51,739 --> 00:08:55,243 {\an8}Cubalah Karate Eagle Fang, dojo terhebat 157 00:08:56,494 --> 00:08:57,328 di Valley. 158 00:08:57,411 --> 00:09:01,082 Paling menarik, kami ada budak-budak lelaki terhangat, 159 00:09:01,165 --> 00:09:02,875 macam Miguel di sana. 160 00:09:04,502 --> 00:09:07,880 Berminat? Kamu belum tengok yang lebih kacak. 161 00:09:07,964 --> 00:09:10,633 Ada juga gadis cantik kalau kamu suka. 162 00:09:10,716 --> 00:09:11,884 Saya aseksual. 163 00:09:11,968 --> 00:09:15,054 Okey, dia seksual juga. Tengoklah. Mantap. 164 00:09:16,514 --> 00:09:19,308 Jadi, bagaimana? Nak jadi helang? 165 00:09:21,602 --> 00:09:25,106 Saya tak faham. Saya fikir gadis zaman ini sepatutnya kuat. 166 00:09:26,399 --> 00:09:28,109 Kenapa tiada yang nak sertai? 167 00:09:28,609 --> 00:09:30,695 Mungkin tak semua nak berkarate, 168 00:09:30,778 --> 00:09:32,947 lagi-lagi yang memang aktif sukan. 169 00:09:33,614 --> 00:09:34,699 Hai, Miguel. 170 00:09:34,782 --> 00:09:35,950 Moon, apa khabar? 171 00:09:36,033 --> 00:09:39,579 Ada lelaki gatal merayau di sini jadi kami berlatih di dalam. 172 00:09:40,246 --> 00:09:43,374 - Kamu buat apa di sini? - Cari ahli baru dojo kami. 173 00:09:43,457 --> 00:09:44,667 Karate Eagle Fang. 174 00:09:44,750 --> 00:09:47,253 Ya. Awak patut sertai kami. 175 00:09:47,336 --> 00:09:50,006 Yakah? Okey, macam menyeronokkan. 176 00:09:51,632 --> 00:09:53,593 Tunggu. Saya perlu pukul orang? 177 00:09:53,676 --> 00:09:54,844 Tentu sekali. 178 00:09:55,428 --> 00:09:59,473 Tak jadilah. Saya tak boleh bertindak ganas. 179 00:10:00,141 --> 00:10:01,434 Ajaklah bekas kekasih saya. 180 00:10:01,517 --> 00:10:02,393 Hawk? Ya… 181 00:10:02,476 --> 00:10:03,936 Bukan, seorang lagi. 182 00:10:04,437 --> 00:10:07,607 Dia atlet terbaik sekolah dan tak takut bertumbuk. 183 00:10:08,649 --> 00:10:10,443 Macam yang kita cari. 184 00:10:10,526 --> 00:10:13,529 Ya, tapi mungkin perlu tukar cara dekati dia. 185 00:10:14,030 --> 00:10:15,448 Nak nasihat? 186 00:10:16,157 --> 00:10:17,074 Sudah tentu. 187 00:10:20,911 --> 00:10:22,455 Sebentar, saya datang! 188 00:10:25,416 --> 00:10:28,711 Oh. Kali ini kamu tahu ketuk pintu. 189 00:10:29,837 --> 00:10:33,007 Pn. LaRusso, saya perlukan bantuan. 190 00:10:36,552 --> 00:10:37,553 Masuklah. 191 00:10:38,512 --> 00:10:39,972 Ingat lagi rumah kami? 192 00:10:43,434 --> 00:10:46,479 Pengetua akan pertimbangkan saya bersekolah semula 193 00:10:46,562 --> 00:10:48,481 kerana keadaan di rumah, 194 00:10:48,564 --> 00:10:50,900 tapi dengan tandatangan keluarga puan. 195 00:10:52,234 --> 00:10:56,155 Saya gembira kamu nak baiki diri kamu. 196 00:10:57,198 --> 00:10:58,908 Kembali ke sekolah bukan mudah. 197 00:11:00,618 --> 00:11:04,372 - Tapi kamu mesti janji. - Saya akan jauhi Sam. Saya janji. 198 00:11:05,039 --> 00:11:06,540 Baguslah, tapi… 199 00:11:09,168 --> 00:11:10,711 Saya nak kamu dapatkan bantuan. 200 00:11:12,254 --> 00:11:13,464 Luah pada seseorang. 201 00:11:14,173 --> 00:11:15,841 Banyak yang kamu lalui. 202 00:11:15,925 --> 00:11:17,843 Banyak dan bukan sekejap. 203 00:11:17,927 --> 00:11:22,056 Kamu patut luahkan pada juruterapi, kaunselor, 204 00:11:22,139 --> 00:11:23,933 Dalai Lama, tak kiralah. 205 00:11:24,016 --> 00:11:26,936 Sesiapa saja yang tak berkaitan karate. 206 00:11:28,270 --> 00:11:30,022 Saya akan buat apa sahaja. 207 00:11:31,732 --> 00:11:32,858 Saya perlu sekolah. 208 00:11:33,526 --> 00:11:36,529 Hari ini merosot sedikit tapi mereka akan bertambah baik. 209 00:11:36,612 --> 00:11:38,823 Kamu akan menentang ramai lawan baru. 210 00:11:38,906 --> 00:11:40,533 - Dan… - Apa? 211 00:11:40,616 --> 00:11:42,410 Apa yang dia buat di sini? 212 00:11:52,920 --> 00:11:55,840 - Ke mana kau pergi? - Macam mana kau masuk? 213 00:11:55,923 --> 00:11:58,843 Mak kau simpan kunci di bawah patung sejak tadika. 214 00:11:59,427 --> 00:12:03,180 Kau kena tingkatkan keselamatan dengan perang karate sekarang. 215 00:12:03,264 --> 00:12:05,975 - Tapi itu tak penting. - Apa yang penting? 216 00:12:06,058 --> 00:12:09,270 Kau belum tahu? All Valley asingkan jantina. 217 00:12:09,353 --> 00:12:12,773 Aku macam ada harapankah untuk kalahkan Robby Keene? 218 00:12:13,357 --> 00:12:17,528 En. LaRusso kata sesiapa boleh jadi wira, tapi aku bukan Batman. 219 00:12:17,611 --> 00:12:20,197 Aku macam Alfred. Kau Batman. 220 00:12:21,574 --> 00:12:23,993 Oh, ya. Aku lupa kau tak minat DC. 221 00:12:24,076 --> 00:12:26,871 Apa-apalah. Lupakan Batman, kau Hawk. 222 00:12:28,456 --> 00:12:30,166 Kini tidak lagi. Jadi… 223 00:12:31,667 --> 00:12:34,754 Hei, rambut kau lebih elok daripada hari itu. 224 00:12:35,296 --> 00:12:38,632 Semua orang di sekolah tahu apa yang berlaku. Memalukan. 225 00:12:38,716 --> 00:12:42,094 Siapa kisah? Lagipun, rambut akan tumbuh semula. 226 00:12:42,178 --> 00:12:43,304 Itu tak penting. 227 00:12:45,723 --> 00:12:48,726 Reputasi aku rosak. Aku cakap besar dan terbukti aku tak guna. 228 00:12:50,436 --> 00:12:51,896 Pada Moon, pada Miguel, 229 00:12:51,979 --> 00:12:53,272 dan terutamanya kau. 230 00:12:54,940 --> 00:12:56,066 Padan muka aku. 231 00:12:56,650 --> 00:12:59,779 Hei, aku maafkan kau. Dah lupa? 232 00:12:59,862 --> 00:13:04,074 Aku tak kisah rambut kau terpacak atau berekor 233 00:13:04,158 --> 00:13:05,910 atau bertocang, 234 00:13:06,410 --> 00:13:07,787 Miyagi-Do perlukan kau. 235 00:13:07,870 --> 00:13:09,705 Aku takkan balik ke Miyagi-Do. 236 00:13:11,081 --> 00:13:14,460 Bagus. Kau pilih Eagle Fang berbanding kawan baik sendiri. 237 00:13:14,543 --> 00:13:16,212 Aku tak masuk Eagle Fang juga. 238 00:13:20,841 --> 00:13:22,468 Aku tak nak berkarate lagi. 239 00:13:24,512 --> 00:13:25,513 Aku nak berhenti. 240 00:13:35,397 --> 00:13:39,151 - Dia tangkas, kuat… - Gadis itu memang macam helang. 241 00:13:39,235 --> 00:13:40,486 Mana satu awak punya? 242 00:13:41,237 --> 00:13:44,323 Yang itu cantik juga tapi kami belum bertegur lagi. 243 00:13:44,406 --> 00:13:47,243 Saya masih cari jalan untuk dekati. Ada idea? 244 00:13:49,995 --> 00:13:53,332 - Sensei ingat Moon cakap apa? - Ya, saya akan berjaga. 245 00:13:53,415 --> 00:13:54,917 Bukan. Kena berjaga-jaga. 246 00:13:56,877 --> 00:13:59,755 Hai, Piper. Saya nak kenalkan. Ini… 247 00:13:59,839 --> 00:14:02,383 Sensei John Lawrence dari Karate Eagle Fang. 248 00:14:02,967 --> 00:14:06,262 Izinkan saya jelaskan kenapa dojo saya sesuai untuk kamu. 249 00:14:07,096 --> 00:14:09,849 Dalam dunia kini, kita perlu gagah untuk hidup. 250 00:14:09,932 --> 00:14:12,184 Kalau tak belasah, kita dibelasah. 251 00:14:12,268 --> 00:14:13,727 Kita kena jadi jantan. 252 00:14:14,687 --> 00:14:18,357 Di Eagle Fang, kami lawan idea itu dan kami perkasakan semua. 253 00:14:18,440 --> 00:14:22,069 Kami ajar orang perempuan untuk selami kewanitaan mereka 254 00:14:22,152 --> 00:14:26,240 dan runtuhkan hierarki neo-maskulin untuk mencabar seksisme. 255 00:14:26,323 --> 00:14:29,660 Macam inklusif. Bagaimana dengan jantina bendalir? 256 00:14:29,743 --> 00:14:31,036 Bendalir itu penting. 257 00:14:31,120 --> 00:14:33,330 Kalau tak cukup air, rosak prestasi. 258 00:14:33,414 --> 00:14:34,915 Sensei kelakar. 259 00:14:34,999 --> 00:14:37,710 Sebenarnya, saya memang nak sertai dojo. 260 00:14:37,793 --> 00:14:40,337 Saya tak nak ketinggalan belajar karate. 261 00:14:40,421 --> 00:14:42,423 Jadi, ini hari bertuah kamu. 262 00:14:45,926 --> 00:14:47,928 Piper, tengok ini. 263 00:14:48,637 --> 00:14:51,223 - Okey. Baik, saya akan datang. - Baiklah. 264 00:14:53,225 --> 00:14:56,937 Tak sangka sensei berjaya. Sensei fahamkah semua istilah itu? 265 00:14:57,021 --> 00:14:58,981 Kamu fikir saya kencing duduk? 266 00:15:02,985 --> 00:15:06,363 Apa yang mak fikirkan? Tak cukup dia pecah masuk rumah? 267 00:15:06,447 --> 00:15:08,198 Memang ia sukar, tapi kamu… 268 00:15:08,282 --> 00:15:11,535 Mak yang nak dia masuk penjara, sekarang nak dia sekolah pula? 269 00:15:11,619 --> 00:15:14,288 Mak tak nak permusuhan ini kuasai kamu lagi. 270 00:15:14,371 --> 00:15:16,373 Ayah pun tak boleh berbaik dengan musuh. 271 00:15:16,457 --> 00:15:19,335 Tiba-tiba saya kena berkawan dengan si psiko? 272 00:15:19,418 --> 00:15:21,962 Masalah Johnny dengan ayah tiada kaitan. 273 00:15:22,046 --> 00:15:25,090 Ada! Sebab semua orang buat sesuka hati! 274 00:15:25,174 --> 00:15:28,344 Ayah tak fikir pun mungkin saya suka berlatih dengan dia, 275 00:15:28,427 --> 00:15:30,471 atau saya takut muka saya calar lagi. 276 00:15:30,554 --> 00:15:33,182 Selagi dia di sekolah, dia akan berjaga-jaga. 277 00:15:33,265 --> 00:15:34,600 Dia takkan usik kamu. 278 00:15:34,683 --> 00:15:35,851 Mak percayakan dia? 279 00:15:35,935 --> 00:15:39,229 Mak dengar cakap dia, tapi tiada orang dengar cakap saya? 280 00:15:39,855 --> 00:15:40,689 Tolonglah! 281 00:15:44,860 --> 00:15:47,196 - Terima kasih membantu. - Amanda. 282 00:15:48,280 --> 00:15:51,200 Betul kata Sam. Kenapa awak tolong dia? 283 00:15:54,453 --> 00:15:56,163 Saya dah cerita saya ditangkap? 284 00:15:57,164 --> 00:16:00,209 - Ya. Gurauan zaman sekolah. - Ya. 285 00:16:00,292 --> 00:16:05,130 Gurauan dimaksudkan adalah saya ketuk kereta cikgu dengan bet. 286 00:16:06,507 --> 00:16:07,758 Dia di dalam kereta. 287 00:16:09,134 --> 00:16:11,845 Awak… Apa? Kenapa? 288 00:16:12,346 --> 00:16:14,264 Dia berskandal dengan ayah saya. 289 00:16:16,350 --> 00:16:20,312 Perkahwinan ibu bapa saya retak. Dunia saya terasa gelap. 290 00:16:20,396 --> 00:16:23,065 Saya salahkannya kerana rampas kebahagiaan saya. 291 00:16:25,150 --> 00:16:29,154 Saya tahu awak tak baik dengan ayah, tapi saya tak tahu begini. 292 00:16:30,114 --> 00:16:32,866 Saya didakwa atas perbuatan membahayakan. 293 00:16:34,118 --> 00:16:35,786 Saya tak hadiri konvokesyen. 294 00:16:36,495 --> 00:16:38,872 Kemudian, ibu bapa saya pun bercerai. 295 00:16:39,623 --> 00:16:40,958 Kenapa awak tak beritahu? 296 00:16:42,084 --> 00:16:44,044 Saya berusaha lupakan semuanya. 297 00:16:45,754 --> 00:16:49,049 Dan ia tak sesuai diceritakan ketika janji temu pertama. 298 00:16:50,843 --> 00:16:52,803 Atau janji temu bila-bila. 299 00:16:55,222 --> 00:16:57,850 Saya muda dan kecewa. 300 00:16:58,767 --> 00:17:01,020 Nasib baik saya tak hancurkan hidup. 301 00:17:01,603 --> 00:17:04,106 Tory muda dan kecewa. 302 00:17:05,524 --> 00:17:07,651 Mungkin dia tiada harapan tapi… 303 00:17:07,735 --> 00:17:09,611 Kalau tak cuba, kita tak tahu. 304 00:17:09,695 --> 00:17:12,281 Saya cuma nak hentikan kitaran itu. 305 00:17:12,906 --> 00:17:16,493 Budak-budak macam Tory dah dengar perkara sama 306 00:17:16,577 --> 00:17:17,953 berkali-kali. 307 00:17:18,787 --> 00:17:20,956 Mungkin mereka perlukan dorongan 308 00:17:22,249 --> 00:17:23,375 untuk berubah. 309 00:17:24,793 --> 00:17:27,129 Bukan dia sahaja perlukan dorongan itu. 310 00:17:30,799 --> 00:17:32,176 Kau tak boleh berhenti. 311 00:17:33,052 --> 00:17:34,553 Aku dah kata ia muktamad. 312 00:17:35,387 --> 00:17:39,016 Hei, kau yang buat aku masuk karate, ingat? 313 00:17:40,267 --> 00:17:43,562 Dahulu aku seronok saja main Dungeon Lord selepas sekolah 314 00:17:43,645 --> 00:17:46,398 tapi kau buat aku terpaksa sertai dojo. 315 00:17:46,982 --> 00:17:47,983 Kau nak tahu? 316 00:17:48,067 --> 00:17:50,944 Itulah perkara terbaik yang aku pernah lalui. 317 00:17:52,905 --> 00:17:55,365 Aku semakin kuat, semakin yakin, 318 00:17:55,449 --> 00:17:57,493 dapat gadis idaman aku 319 00:17:57,576 --> 00:18:01,080 walau dia mungkin jumpa lelaki lain di Australia nanti. 320 00:18:01,163 --> 00:18:04,500 Aku sebenarnya teruja dengan All Valley. 321 00:18:05,084 --> 00:18:06,668 Tak sangka aku katakannya. 322 00:18:07,169 --> 00:18:09,588 Tapi ia tak seronok tanpa kau. 323 00:18:18,305 --> 00:18:20,140 Okey, aku terpaksa buat begini. 324 00:18:22,893 --> 00:18:24,103 Ke tepi sedikit. 325 00:18:24,978 --> 00:18:26,271 Kau kata dah padam. 326 00:18:26,355 --> 00:18:27,564 Macam-macam aku kata 327 00:18:27,648 --> 00:18:29,650 yang biasanya bercanggah. 328 00:18:34,279 --> 00:18:36,073 NAMA: zer0 329 00:18:36,156 --> 00:18:37,699 SAHABAT BINARI 330 00:18:43,330 --> 00:18:44,957 NAMA: the1 331 00:18:50,170 --> 00:18:53,632 - Kenapa tunjukkan aku? - Sebab ini kau yang sebenar. 332 00:18:54,341 --> 00:18:55,217 Pekalah? 333 00:18:55,300 --> 00:18:56,510 Kawan baik aku. 334 00:18:58,387 --> 00:19:01,390 Aku tahu kau fikir rambut pacak itu diri kau 335 00:19:01,974 --> 00:19:03,225 tapi sebenarnya tak. 336 00:19:04,101 --> 00:19:04,935 Tak, bagi aku. 337 00:19:06,645 --> 00:19:08,438 Eli, Hawk… 338 00:19:08,522 --> 00:19:10,899 Panggillah Cornelius pun, aku tak kisah. 339 00:19:11,525 --> 00:19:14,361 Kau tetap sahabat binari aku. 340 00:19:15,737 --> 00:19:18,448 Sama ada nombor satu atau sifar. 341 00:19:30,294 --> 00:19:31,295 Apa khabar? 342 00:19:44,057 --> 00:19:44,892 Robby. 343 00:19:47,853 --> 00:19:50,063 - Biasalah. - Sekejap saja. 344 00:19:50,147 --> 00:19:51,315 Jangan buang masa. 345 00:19:52,065 --> 00:19:55,485 Sensei sedar murid sensei lembik dan sensei perlukan juara lelaki, bukan? 346 00:19:56,653 --> 00:20:00,490 Ayat pancing sensei tentunya "Saya cuma nak selamatkan kamu." 347 00:20:00,574 --> 00:20:02,951 "Ini bukan diri kamu. Saya boleh bantu." 348 00:20:04,786 --> 00:20:08,332 Saya pernah cakap semua itu. Masa untuk hentikan kitaran itu. 349 00:20:10,500 --> 00:20:12,085 Saya tahu apa kamu buat pada Eli. 350 00:20:13,295 --> 00:20:16,048 - Padan muka dia. - Saya bukan nak menghukum. 351 00:20:16,882 --> 00:20:19,468 Saya nak beritahu kamu apa akan berlaku. 352 00:20:20,552 --> 00:20:22,638 Terry Silver tiba-tiba muncul, bukan? 353 00:20:23,513 --> 00:20:25,182 Itu yang dia buat pada saya. 354 00:20:25,807 --> 00:20:28,477 Dia akan berlagak baik, ajar beberapa langkah, 355 00:20:28,560 --> 00:20:30,229 dapat kepercayaan kamu. 356 00:20:30,312 --> 00:20:33,232 Dia hakis diri kamu, uji kemampuan kamu. 357 00:20:34,024 --> 00:20:35,984 Kamu akan jadi begitu kuat, 358 00:20:36,652 --> 00:20:38,987 tapi Silver takkan berhenti. Okey? 359 00:20:39,071 --> 00:20:41,782 Dia bahaya dan tak betul, 360 00:20:41,865 --> 00:20:44,868 dan selepas dia asuh kamu, kamu takkan jadi diri sendiri. 361 00:20:44,952 --> 00:20:48,121 Tahu-tahu saja nanti, kamu mandi darah membantai orang 362 00:20:48,205 --> 00:20:50,582 dan kamu harap, belum terlambat untuk berubah. 363 00:20:50,666 --> 00:20:52,709 Dia tak berminat, En. LaRusso. 364 00:20:54,962 --> 00:20:57,589 Peralatan baru dah ada. Apa kata kamu tinjau? 365 00:21:10,769 --> 00:21:13,730 Merampas murid adalah tidak beretika. 366 00:21:14,481 --> 00:21:18,735 Kau dah bersama Robby, kini dia bersama kami. Tolong hormat. 367 00:21:18,819 --> 00:21:20,570 Hormat. Hor… 368 00:21:23,156 --> 00:21:24,574 Kau bukan sensei. 369 00:21:25,993 --> 00:21:27,119 Kau penyangak. 370 00:21:27,786 --> 00:21:30,539 Memanipulasi orang hingga mengubah diri mereka. 371 00:21:30,622 --> 00:21:33,125 Aku tak ubah kau, budak Danny. 372 00:21:34,209 --> 00:21:35,961 Aku serlahkan yang terpendam. 373 00:21:36,044 --> 00:21:38,088 Karut. Kau seksa aku. 374 00:21:38,839 --> 00:21:41,466 Tolonglah. Kau yang panas baran. 375 00:21:41,967 --> 00:21:46,513 Aku cuma api-apikan dan angkat kaki. 376 00:21:47,014 --> 00:21:48,015 Dan… 377 00:21:50,350 --> 00:21:52,519 kalau kau jujur dengan diri sendiri, 378 00:21:54,187 --> 00:21:55,564 kau pun tahu kau suka. 379 00:21:56,648 --> 00:22:00,193 Kau hebat, tak terikat. 380 00:22:02,237 --> 00:22:03,447 Kau cuma tak mengaku 381 00:22:03,530 --> 00:22:05,824 ada semangat Cobra Kai dalam jiwa kau. 382 00:22:08,160 --> 00:22:09,828 Kita bereskan di gelanggang. 383 00:22:11,580 --> 00:22:12,789 Apabila kami menang, 384 00:22:12,873 --> 00:22:16,501 Cobra Kai dan kau akan gulung tikar. 385 00:22:18,170 --> 00:22:19,713 Salah seorang antara kita. 386 00:22:22,632 --> 00:22:26,011 Kalau nak bermesyuarat di sini, setidaknya beli sesuatu. 387 00:22:30,390 --> 00:22:31,600 Silakan ambil masa. 388 00:22:35,437 --> 00:22:38,815 Dia lewat sedikit, tiada masalah. Hanya beberapa minit. 389 00:22:39,441 --> 00:22:41,360 Dua puluh minit, sebenarnya. 390 00:22:43,236 --> 00:22:44,780 Okey. Saya mesej dia. 391 00:22:44,863 --> 00:22:45,989 Tanya dia di mana. 392 00:22:46,698 --> 00:22:47,532 Okey. 393 00:22:51,411 --> 00:22:53,497 - Alamak. - Kenapa? 394 00:23:00,420 --> 00:23:01,296 Hebat! 395 00:23:01,922 --> 00:23:05,509 Demi yang terbaik. Tak sabar nak lawan bersama Cobra Kai. 396 00:23:05,592 --> 00:23:07,386 Dia sertai Cobra Kai? 397 00:23:08,637 --> 00:23:11,556 Mereka siapkan kelengkapan mewah untuk murid baru. 398 00:23:11,640 --> 00:23:13,850 - Mereka ada ramai orang baru. - Ya, bagus. 399 00:23:14,351 --> 00:23:16,978 Buang masa saja. Saya siap kaji feminisme. 400 00:23:17,062 --> 00:23:21,066 Kita tak boleh mengalah. Untuk menang, kita perlukan wakil perempuan. 401 00:23:21,149 --> 00:23:24,069 Siapa orangnya? Kita tiada duit macam Cobra Kai. 402 00:23:24,152 --> 00:23:26,113 Mustahil untuk cari wakil perempuan. 403 00:23:28,198 --> 00:23:30,492 Saya bukan juara semasa sensei jumpa saya. 404 00:23:30,575 --> 00:23:32,828 Sensei yang didik dan nampak bakat saya. 405 00:23:33,870 --> 00:23:36,498 Mungkin sensei perlu nampak bakat orang lain. 406 00:23:36,581 --> 00:23:38,708 Kita perlu fikir di luar kotak. 407 00:23:42,337 --> 00:23:44,589 Semua orang lekas fikir di luar kotak! 408 00:23:46,591 --> 00:23:47,801 Entah apa maknanya. 409 00:24:16,329 --> 00:24:17,205 Sam? 410 00:24:17,706 --> 00:24:19,040 Kejutan. 411 00:24:21,710 --> 00:24:24,254 Tak sangka awak datang dari jauh ke Santa Barbara. 412 00:24:24,337 --> 00:24:26,882 Tak sangka awak tinggal di Santa Barbara. 413 00:24:27,674 --> 00:24:29,468 - Cantik rumah ini. - Terima kasih. 414 00:24:29,551 --> 00:24:32,471 UCSB tawarkan ayah kerja yang dia tak boleh tolak. 415 00:24:33,263 --> 00:24:36,266 Tunggu, ia tiada kaitan dengan kes gaduh di sekolah? 416 00:24:36,933 --> 00:24:40,312 Ada kaitannya. Mak dan ayah saya marah. 417 00:24:40,812 --> 00:24:44,774 Saya patahkan hidung budak. Siapa sangka ini senjata bahaya? 418 00:24:45,650 --> 00:24:48,153 Mustahil awak datang untuk dengar kes ini. 419 00:24:48,236 --> 00:24:49,488 Ada apa? 420 00:24:50,405 --> 00:24:53,950 Tiada apa-apa, cuma Tory nak kembali ke West Valley. 421 00:24:55,076 --> 00:24:57,162 Mak dan ayah nak saya terima saja. 422 00:24:57,245 --> 00:24:59,748 Biar betul Encik dan Puan LaRusso 423 00:24:59,831 --> 00:25:02,167 yang terlampau melindungi nak begitu? 424 00:25:02,250 --> 00:25:03,793 Tory jaja kisah sedih. 425 00:25:06,922 --> 00:25:09,341 Saya tak boleh tentukan hidup sendiri. 426 00:25:11,801 --> 00:25:13,678 Apabila saya pindah sekolah, 427 00:25:13,762 --> 00:25:17,140 ada seorang budak pakai warna merah jambu hari-hari 428 00:25:17,224 --> 00:25:19,851 macam baru balik dari rumah Barbie. 429 00:25:21,269 --> 00:25:23,313 Dengan cara dia pandang saya, 430 00:25:23,813 --> 00:25:25,732 saya tahu dia pembuli baru saya. 431 00:25:26,233 --> 00:25:28,693 Tapi saya takkan biar hal itu berulang. 432 00:25:28,777 --> 00:25:30,904 Saya pun hampiri dia. Tahu apa saya buat? 433 00:25:31,738 --> 00:25:33,698 Macam kes seluar dalam terselit? 434 00:25:34,449 --> 00:25:35,659 Saya kenalkan diri. 435 00:25:36,493 --> 00:25:37,953 Saya kata saya suka kasut dia. 436 00:25:38,036 --> 00:25:40,914 Saya pura-pura suka untuk berbahasa. 437 00:25:42,666 --> 00:25:45,377 Saya cakap saya budak baru dan minta dia kenalkan saya. 438 00:25:45,460 --> 00:25:46,545 Kesudahannya? 439 00:25:47,087 --> 00:25:48,296 Dia kawan baik saya. 440 00:25:49,089 --> 00:25:51,383 Kawan baik sekolah baru. Awak tetap yang utama. 441 00:25:53,343 --> 00:25:55,262 Saya bersemuka dengan masalah. 442 00:25:55,971 --> 00:25:57,222 Saya mulakan dulu. 443 00:25:58,932 --> 00:26:00,475 Macam Sensei Johnny ajar. 444 00:26:01,101 --> 00:26:03,853 Kami berpindah ke sini untuk elak drama karate 445 00:26:03,937 --> 00:26:07,190 tapi mereka tak boleh halang saya amalkan ajaran sensei. 446 00:26:07,816 --> 00:26:09,484 Saya tentukan kehendak saya. 447 00:26:09,568 --> 00:26:10,527 Awak buatlah. 448 00:26:18,034 --> 00:26:21,538 Hukuman mati adalah sah di sisi undang-undang California. 449 00:26:21,621 --> 00:26:22,872 Setakat Mac 2019, 450 00:26:22,956 --> 00:26:27,752 hukuman akan datang dibekukan sebagaimana diperintahkan kerajaan. 451 00:26:28,253 --> 00:26:30,338 Kenapa sensei di sini? Bahas untuk nerda. 452 00:26:30,422 --> 00:26:32,591 Ya. Sebab itu kita abaikan. 453 00:26:33,258 --> 00:26:35,844 Kamu betul. Saya takkan mengalah bagi kategori perempuan. 454 00:26:35,927 --> 00:26:39,014 - Saya fikir di luar kotak. Lihat. - Okey. 455 00:26:44,561 --> 00:26:47,105 - Sensei… - Kamu tahu filem Ladybugs? 456 00:26:47,939 --> 00:26:50,233 Saya kena tonton dengan seorang makwe. 457 00:26:50,317 --> 00:26:53,069 Jurulatih lelaki itu tak dihormati, 458 00:26:53,153 --> 00:26:55,864 pasukan bola sepak perempuannya teruk. 459 00:26:55,947 --> 00:26:59,367 Dia pun suruh anak lelakinya berpakaian perempuan dan mereka menang. 460 00:27:01,161 --> 00:27:03,913 - Nak saya pakai baju perempuan? - Apa? Tidak. 461 00:27:03,997 --> 00:27:07,334 Saya nak kamu menang kategori lelaki. Saya fikirkan si Mulut Maung. 462 00:27:07,417 --> 00:27:10,128 Dia tak begitu kuat tapi kalau lawan perempuan, 463 00:27:10,211 --> 00:27:11,671 dia ada harapan. Bagaimana? 464 00:27:12,672 --> 00:27:15,091 Banyak saya fikirkan. Tak tahu nak kata. 465 00:27:15,175 --> 00:27:16,760 Lawan saya sangat teruk. 466 00:27:16,843 --> 00:27:19,554 Buktinya sampah, hujahnya tak masuk akal 467 00:27:19,638 --> 00:27:20,972 dan saya bosan. 468 00:27:21,056 --> 00:27:25,101 Ironinya, sedangkan kita bahaskan hukuman mati. 469 00:27:25,852 --> 00:27:28,104 Tak tolak markah ketertiban? 470 00:27:28,188 --> 00:27:29,522 Mampuslah ketertiban. 471 00:27:29,606 --> 00:27:31,650 Nak tahu pendapat saya tentang hukuman mati? 472 00:27:35,278 --> 00:27:36,196 Hei, buku saya! 473 00:27:37,197 --> 00:27:38,156 Telanlah buku. 474 00:27:40,617 --> 00:27:41,451 Sekian. 475 00:27:43,953 --> 00:27:47,207 Sensei, itu budak yang saya katakan. Dia suka kegiatan luar kelas. 476 00:27:47,290 --> 00:27:48,291 Senyap, Bert. 477 00:27:50,210 --> 00:27:53,004 Saya dah jumpa gadis terhebat Valley. 478 00:28:00,053 --> 00:28:03,556 Hadirin, selamat datang ke Kejohanan All Valley. 479 00:28:04,683 --> 00:28:08,061 Kamu pernah berlawan tapi ia berbeza dengan kejohanan. 480 00:28:08,728 --> 00:28:10,021 Tiada bantuan. 481 00:28:10,105 --> 00:28:14,401 Kamu seorang diri menjadi tumpuan 482 00:28:14,484 --> 00:28:16,528 dengan sorakan penonton. 483 00:28:16,611 --> 00:28:18,446 Demetri, jadi wira. Ayuh. 484 00:28:19,280 --> 00:28:22,534 Mata tertumpu pada kamu. Rakan dan keluarga sokong kamu. 485 00:28:22,617 --> 00:28:25,745 - Saya wira. - Meat! 486 00:28:25,829 --> 00:28:28,873 - Meat! - Sedia? 487 00:28:28,957 --> 00:28:31,543 - Meat! - Lawan! 488 00:28:40,135 --> 00:28:42,637 - Tak guna! - Tidak! Hebat sekali. 489 00:28:42,721 --> 00:28:45,682 Tendangan itu hebat, cuma kamu perlu berhati-hati 490 00:28:45,765 --> 00:28:47,016 supaya tak dedahkan… 491 00:28:50,270 --> 00:28:51,980 Tengok siapa yang kembali. 492 00:28:56,067 --> 00:28:57,694 Gembira kamu kembali, Eli. 493 00:28:59,195 --> 00:29:00,029 Eli atau Hawk? 494 00:29:00,989 --> 00:29:03,992 Tak kisah. Saya cuma datang membantu apa yang boleh. 495 00:29:04,993 --> 00:29:06,035 Baguslah. 496 00:29:06,953 --> 00:29:08,496 Lebih banyak bantuan, lebih baik. 497 00:29:09,372 --> 00:29:10,874 Kamu perlu pakai gi dulu. 498 00:29:13,084 --> 00:29:14,377 Baguslah kau kembali. 499 00:29:21,342 --> 00:29:23,303 Hai, ayah tak tahu kamu di dalam. 500 00:29:23,386 --> 00:29:25,555 Saya tak nak kacau pasukan lelaki. 501 00:29:26,055 --> 00:29:27,307 Hei, Sam. 502 00:29:29,100 --> 00:29:31,478 - Semalam itu… - Tak apa, ayah. Okey. 503 00:29:32,061 --> 00:29:33,229 Mak dan ayah betul. 504 00:29:33,730 --> 00:29:36,107 Masa untuk lupakan cerita lama, bukan? 505 00:29:37,025 --> 00:29:39,694 Ya. Ayah bangga dengan kamu. 506 00:29:40,612 --> 00:29:42,697 Tak mudah untuk berjiwa besar. 507 00:29:49,078 --> 00:29:50,246 Okey, silakan. 508 00:29:58,296 --> 00:29:59,214 Itu dia. 509 00:30:04,469 --> 00:30:08,056 Aku dengar kau benarkan aku kembali. Rasanya aku patut… 510 00:30:08,139 --> 00:30:11,810 Entah apa rancangan kau tapi aku tak takut dengan kau. 511 00:30:11,893 --> 00:30:14,229 Kau tak berkuasa di sini. Aku berkuasa. 512 00:30:15,146 --> 00:30:16,940 Mak ayah aku mungkin terpedaya 513 00:30:18,274 --> 00:30:22,904 tapi kalau kau buat hal, aku belasah kau kali ketiga. 514 00:30:25,198 --> 00:30:26,741 Kau tunggulah, perempuan. 515 00:30:31,913 --> 00:30:35,917 Terjemahan sari kata oleh Nur Amiratullyana Gazali