1 00:00:06,549 --> 00:00:09,969 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:10,053 --> 00:00:12,263 Oh, helo! Hai! 3 00:00:12,346 --> 00:00:13,890 Sampai pun. Masuklah. 4 00:00:13,973 --> 00:00:17,977 Inilah Nailed It! di mana kek mahu menjadi penyeri parti 5 00:00:18,061 --> 00:00:19,979 tapi akhirnya menyakitkan hati. 6 00:00:20,063 --> 00:00:23,191 Saya pelayan terbaik anda, Nicole Byer. 7 00:00:23,274 --> 00:00:27,779 Kita dah buat banyak rancangan musim cuti, Krismas, Tahun Baru, Hanukkah… 8 00:00:27,862 --> 00:00:28,905 Bukan Kwanzaa. 9 00:00:28,988 --> 00:00:29,822 Jahat. 10 00:00:29,906 --> 00:00:32,033 Kita ada tiga jurukek amatur 11 00:00:32,116 --> 00:00:36,412 yang akan tiru pencuci mulut profesional bertemakan musim cuti lain! 12 00:00:36,496 --> 00:00:41,667 Pemenang bakal membawa pulang 10,000 dolar dan trofi Nailed It! 13 00:00:41,751 --> 00:00:44,629 Jurukek mana yang akan memeriahkan parti ini? 14 00:00:44,712 --> 00:00:45,713 Mari kita lihat! 15 00:00:46,923 --> 00:00:49,634 Banyaknya payung! 16 00:00:53,513 --> 00:00:54,931 Nama saya Maddy Wojdak. 17 00:00:55,014 --> 00:00:56,724 Dari Los Angeles, California. 18 00:00:56,808 --> 00:00:58,976 Saya selalu buat saja apa saya nak. 19 00:00:59,060 --> 00:01:00,770 Saya ada banyak hobi. 20 00:01:00,853 --> 00:01:04,482 Setiap minit jadual saya biasanya dipenuhi dengan aktiviti. 21 00:01:04,565 --> 00:01:07,652 Buat kek buat tekanan dan serabut kepala saya hilang. 22 00:01:07,735 --> 00:01:10,029 Setiap kali buat kek, saya akan buat benda berbeza. 23 00:01:10,113 --> 00:01:11,489 Saya suka cuba benda baru 24 00:01:11,572 --> 00:01:14,117 dan Nailed It! memang benda baru bagi saya. 25 00:01:14,909 --> 00:01:15,993 Saya Adam Bourque. 26 00:01:16,077 --> 00:01:18,663 Saya berusia 39 tahun. Muda lagi. 27 00:01:18,746 --> 00:01:21,249 Tahap kemahiran buat kek saya ialah empat. 28 00:01:21,332 --> 00:01:23,209 Saya nak tengok kebolehan saya, 29 00:01:23,292 --> 00:01:25,586 walaupun saya nampak tolol di TV. 30 00:01:25,670 --> 00:01:26,796 Saya ada kembar. 31 00:01:26,879 --> 00:01:28,214 Nama dia Josh. 32 00:01:28,297 --> 00:01:31,134 Dia seminit lebih tua jadi saya panggil dia datuk 33 00:01:31,217 --> 00:01:33,845 dan dia akan jadi lawan saya hari ini. 34 00:01:36,097 --> 00:01:37,098 Ini dia! 35 00:01:38,432 --> 00:01:39,809 Nama saya Josh Bourque. 36 00:01:39,892 --> 00:01:41,352 Saya tinggal di LA. 37 00:01:41,435 --> 00:01:43,646 Saya dah lama suka buat kek. 38 00:01:43,729 --> 00:01:47,692 Waktu kecil dulu pun saya selalu buat kek dengan nenek di Kanada. 39 00:01:47,775 --> 00:01:50,236 Saya selalu buat biskut mentega di sekolah tinggi. 40 00:01:50,319 --> 00:01:52,655 Kawan-kawan gelar saya Budak Biskut Kedai 41 00:01:52,738 --> 00:01:56,826 sebab biskut saya sedap, mereka tak percaya saya buat sendiri. 42 00:01:57,410 --> 00:01:58,411 Selamat datang. 43 00:01:58,494 --> 00:02:02,582 Baiklah, Josh, saya keliru sebab ada orang lain yang rupa macam awak. 44 00:02:02,665 --> 00:02:03,958 Cuba ceritakan. 45 00:02:04,041 --> 00:02:05,168 Siapa kamu berdua? 46 00:02:07,086 --> 00:02:08,379 Adam kembar saya. 47 00:02:08,462 --> 00:02:10,423 Adam, siapa yang akan menang? 48 00:02:10,506 --> 00:02:11,716 Sudah tentulah saya. 49 00:02:11,799 --> 00:02:13,342 Atau Maddy. Josh boleh… 50 00:02:14,760 --> 00:02:17,597 - Saya suka. Bukan Josh saja. - Saya rasa Maddy. 51 00:02:17,680 --> 00:02:21,350 Mesti kelakar kita nak bezakan yang mana Adam, yang mana Josh. 52 00:02:21,434 --> 00:02:24,520 Saya akan tengok baju, seorang hijau, seorang kelabu. 53 00:02:24,604 --> 00:02:26,606 Harapnya senang sikit nak bezakan. 54 00:02:27,732 --> 00:02:30,401 Baiklah semua, ini dia penyeri setiap acara. 55 00:02:30,484 --> 00:02:35,865 Sila alu-alukan pakar cef pastri dan coklat kita, sayangku. 56 00:02:35,948 --> 00:02:37,158 Jacques Torres! 57 00:02:37,241 --> 00:02:38,868 Terima kasih, Nicole. 58 00:02:38,951 --> 00:02:42,663 Saya gembira kamu semua meraikan cuti bersama kami. 59 00:02:42,747 --> 00:02:43,748 Pasti seronok. 60 00:02:43,831 --> 00:02:46,375 Kita juga ada tetamu istimewa hari ini. 61 00:02:46,459 --> 00:02:49,378 Dia pelawak dan pemuzik, Reggie Watts! 62 00:02:49,462 --> 00:02:50,296 Ya! 63 00:02:51,380 --> 00:02:53,007 - Awaklah! - Maaf. Hai. 64 00:02:54,217 --> 00:02:58,512 Baiklah, semua. Mari kita mulakan cabaran pertama. Pilihan Jurukek. 65 00:02:59,555 --> 00:03:03,226 Kenapa raikan satu hari cuti kalau boleh raikan tiga hari? 66 00:03:03,809 --> 00:03:06,771 Kamu akan jadi tetamu berpakaian tercantik apabila buat… 67 00:03:08,272 --> 00:03:10,900 kek mini topi hari cuti! 68 00:03:11,525 --> 00:03:15,238 Setiap kek ini diilhamkan oleh sambutan tahunan. 69 00:03:16,072 --> 00:03:18,032 Sama ada Hari St. Patrick, 70 00:03:18,115 --> 00:03:20,284 Mardi Gras atau 4 Julai. 71 00:03:20,368 --> 00:03:22,954 Apabila kamu makan, kamu akan kata, 72 00:03:23,037 --> 00:03:25,498 "Wah! Ada parti dalam mulut saya!" 73 00:03:26,666 --> 00:03:30,294 Kek mini topi hari cuti ini adalah kek yang disusun, 74 00:03:30,378 --> 00:03:35,091 setiap lapisan berlainan warna dengan perisa yang berbeza. 75 00:03:35,174 --> 00:03:37,176 Pudina untuk St. Patrick, 76 00:03:37,260 --> 00:03:41,097 rum untuk Mardi Gras dan gula-gula getah untuk 4 Julai. 77 00:03:41,180 --> 00:03:43,724 Kek ini ada krim mentega dan dilitupi fondan 78 00:03:43,808 --> 00:03:47,687 dan coklat liat digunakan untuk buat patung dan hiasan. 79 00:03:47,770 --> 00:03:50,231 Persoalannya, awak nak yang mana Josh? 80 00:03:50,314 --> 00:03:51,399 Mardi Gras! 81 00:03:51,482 --> 00:03:53,359 Mardi Gras, okey. 82 00:03:53,442 --> 00:03:56,237 - Maddy, awak pula? - Saya pilih Hari St. Paddy. 83 00:03:56,320 --> 00:03:58,072 Ya! 84 00:03:58,155 --> 00:04:00,491 Maknanya awak dapat 4 Julai! 85 00:04:00,574 --> 00:04:02,743 Orang Kanada dapat 4 Julai. 86 00:04:03,536 --> 00:04:07,164 Jurukek sekalian, kamu ada 45 minit 87 00:04:07,248 --> 00:04:09,750 dan saya rasa ia bermula sekarang. 88 00:04:10,251 --> 00:04:11,294 Pergi! 89 00:04:13,004 --> 00:04:14,714 Okey, mari kita tengok. 90 00:04:14,797 --> 00:04:16,841 Saya gementar, tapi teruja. 91 00:04:16,924 --> 00:04:18,634 "Satu bekas campuran kek." 92 00:04:18,718 --> 00:04:20,052 Di mana campuran kek? 93 00:04:20,136 --> 00:04:22,388 Saya tak tahu di mana campuran kek. 94 00:04:22,972 --> 00:04:28,602 Jadi Jacques, macam mana nak buat kek mini topi hari cuti ini? 95 00:04:28,686 --> 00:04:32,189 Perkara pertama, tentulah buat bater kek dulu. 96 00:04:32,273 --> 00:04:36,402 Masukkan perisa rum, pudina atau gula-gula getah. 97 00:04:36,485 --> 00:04:40,072 Kemudian bahagikan bater dan warnakan tiga lapisan berbeza. 98 00:04:40,156 --> 00:04:45,161 Sementara kek masak, buat krim mentega dan patung hari cuti untuk letak di atas. 99 00:04:45,244 --> 00:04:49,332 Apabila kek sejuk, susun kek dengan krim mentega. Balut dengan fondan. 100 00:04:49,415 --> 00:04:53,794 Tambah hiasan lain untuk menambah seri hari keraian. 101 00:04:54,587 --> 00:04:55,921 Tak boleh buang masa. 102 00:04:56,505 --> 00:04:58,758 Wah. Rasa macam perlumbaan pula. 103 00:04:59,342 --> 00:05:00,551 Lapan biji telur. 104 00:05:02,178 --> 00:05:04,555 Mak, jangan marah kalau ada kulit telur. 105 00:05:04,638 --> 00:05:08,267 Saya dan adik kembar saya, Adam dah biasa buat kek sama-sama. 106 00:05:08,684 --> 00:05:10,978 Saya agak takut sebab kami terpisah 107 00:05:11,062 --> 00:05:14,273 tapi saya rasa ini ujian yang baik untuk kami berdua. 108 00:05:14,357 --> 00:05:16,484 Apa kata buat benda yang kita takut? 109 00:05:16,567 --> 00:05:19,195 Saya rasa rum ialah perisa yang kuat 110 00:05:19,278 --> 00:05:22,198 jadi saya akan guna satu sudu teh saja. 111 00:05:22,698 --> 00:05:24,450 Tak nak rasanya kuat sangat. 112 00:05:24,533 --> 00:05:28,412 Saya nampak Josh masukkan satu sudu teh perisa ke dalam bater. 113 00:05:28,496 --> 00:05:30,289 - Mungkin tak cukup. - Alamak. 114 00:05:30,373 --> 00:05:32,958 - Saya nak rum! - Awak tahu saya suka rum. 115 00:05:34,168 --> 00:05:37,088 Rahsia bater elok ialah jangan adun lama sangat. 116 00:05:37,171 --> 00:05:38,964 Josh dah putar benda itu lama, 117 00:05:39,048 --> 00:05:42,176 itu buat kek jadi pejal, bukannya… 118 00:05:42,968 --> 00:05:45,471 - kek yang cair dan lembap. - Aduhai. 119 00:05:46,138 --> 00:05:47,681 Baiklah. Mari kita tengok. 120 00:05:49,100 --> 00:05:50,684 Okey. Kuning. 121 00:05:51,185 --> 00:05:53,104 Dia masukkan warna dalam loyang. 122 00:05:53,187 --> 00:05:58,567 Warna takkan rata. Jangan buat begitu. Tak nampak warna pun dalam bater ini. 123 00:05:58,651 --> 00:06:01,112 Rasanya kita takkan nampak banyak warna. 124 00:06:01,195 --> 00:06:02,279 Menarik. 125 00:06:02,363 --> 00:06:07,076 Siapa lambat kena hukum, gilalah. 126 00:06:10,329 --> 00:06:11,747 Masukkan dalam ketuhar. 127 00:06:14,291 --> 00:06:16,335 Perisanya akan jadi kuat. 128 00:06:16,419 --> 00:06:18,796 Saya tak pernah lawan buat kek 129 00:06:18,879 --> 00:06:24,135 tapi saya rasa jumlah rancangan memasak dan Nailed It! yang saya pernah tonton 130 00:06:24,218 --> 00:06:25,386 akan bantu saya. 131 00:06:28,389 --> 00:06:30,808 Rasa kek. Saya nak ambil pewarna makanan. 132 00:06:30,891 --> 00:06:33,853 Alamak. Dia pergi. Seronok jumpa awak. Jumpa lagi. 133 00:06:35,938 --> 00:06:38,065 Maddy akan warnakannya dengan betul. 134 00:06:38,149 --> 00:06:41,235 - Dia asingkan jadi tiga mangkuk. - Dia asingkan… Ya. 135 00:06:41,318 --> 00:06:44,738 - Dia akan warnakan dengan betul. - Itu kuning. Okey. 136 00:06:46,198 --> 00:06:47,116 Masuk ketuhar. 137 00:06:47,199 --> 00:06:48,409 Biar betul? 138 00:06:48,492 --> 00:06:50,494 Pak Cik Sam inilah paling comel. 139 00:06:50,578 --> 00:06:52,496 Tak sabar nak siapkan. 140 00:06:53,622 --> 00:06:56,208 Saya gementar nak buat topi 4 Julai. 141 00:06:56,292 --> 00:07:00,504 Biasanya, saya ada 45 minit untuk buat kek dalam kotak. 142 00:07:00,588 --> 00:07:02,214 Perisa gula-gula getah. 143 00:07:02,965 --> 00:07:05,926 Kita masukkan… Saya tak nak perisanya terlalu kuat. 144 00:07:06,010 --> 00:07:07,887 Semua orang tak cukup perisa. 145 00:07:08,554 --> 00:07:09,430 Oh, Tuhanku! 146 00:07:09,513 --> 00:07:11,056 - Oh, Tuhanku! - Apa? 147 00:07:13,434 --> 00:07:16,812 Tinggal 27 minit lagi! 148 00:07:19,356 --> 00:07:21,442 Nampak macam okey. 149 00:07:21,525 --> 00:07:25,029 Tahu tak Adam belum letak kek dalam ketuhar lagi? 150 00:07:25,112 --> 00:07:28,240 Berusahalah hingga kau berjaya 151 00:07:28,324 --> 00:07:29,533 Saya geram! 152 00:07:29,617 --> 00:07:32,786 Saya jauh ketinggalan daripada yang lain. 153 00:07:32,870 --> 00:07:34,455 Masukkan kek dalam ketuhar! 154 00:07:34,538 --> 00:07:37,166 - Kek dalam ketuhar! - Kek dalam ketuhar! 155 00:07:37,249 --> 00:07:39,877 - Awak kena masukkan ke dalam ketuhar - Aduh. 156 00:07:39,960 --> 00:07:42,796 Kek dalam ketuhar, Adam Kek dalam ketuhar! 157 00:07:42,880 --> 00:07:45,716 Masukkanlah dengan penuh kasih sayang 158 00:07:46,967 --> 00:07:49,094 Aduhai. 159 00:07:49,178 --> 00:07:50,846 Okey. "Buat krim mentega." 160 00:07:50,930 --> 00:07:52,431 "Dua buku mentega. Susu." 161 00:07:52,515 --> 00:07:55,309 Saya akan letak dalam ketuhar supaya suhu turun. 162 00:07:55,392 --> 00:07:57,686 Kenapa Maddy letak susu dalam ketuhar? 163 00:07:57,770 --> 00:08:01,357 Saya rasa tak perlu, lainlah kalau dia nak minum susu suam? 164 00:08:01,941 --> 00:08:03,275 Saya tak tahu. 165 00:08:03,359 --> 00:08:06,195 Ini mungkin konsistensi yang baik. 166 00:08:07,112 --> 00:08:08,405 Ya. Bagus. 167 00:08:09,990 --> 00:08:12,034 Ingat, semua ini dirakam. 168 00:08:14,703 --> 00:08:15,538 Ia nampak… 169 00:08:16,497 --> 00:08:17,665 Nampak bagus. 170 00:08:18,249 --> 00:08:19,333 Dua puluh minit! 171 00:08:21,252 --> 00:08:24,505 Okey, sekarang saya kena mula buat patung saya pula. 172 00:08:24,588 --> 00:08:27,925 Merah, putih dan biru. Ambil sajalah semua. 173 00:08:28,008 --> 00:08:29,593 Aduhai. Banyaknya warna. 174 00:08:33,597 --> 00:08:34,682 Montaj buat kek 175 00:08:38,644 --> 00:08:41,438 - Tak tahu macam mana nak siapkan. - Alamak! 176 00:08:42,231 --> 00:08:44,358 Tak sangka saya akan lencun begini. 177 00:08:44,441 --> 00:08:45,317 Montaj buat kek 178 00:08:52,866 --> 00:08:54,410 Oh, Tuhan. Takutnya. 179 00:08:54,493 --> 00:08:55,536 Montaj buat kek 180 00:08:56,662 --> 00:08:58,622 - Kelakarlah. - "Putih terang." 181 00:08:58,706 --> 00:09:00,457 "Merah-merah". "Biru." 182 00:09:00,541 --> 00:09:05,296 Saya tak nampak coklat liat warna hitam atau coklat pun. 183 00:09:05,379 --> 00:09:07,673 Macam mana nak buat patung berwarna? 184 00:09:07,756 --> 00:09:09,466 Nicole, saya minta maaf. 185 00:09:09,550 --> 00:09:11,302 Saya tahu awak akan lihat ini 186 00:09:11,385 --> 00:09:13,804 dan cakap, "Apa yang Josh buat?" 187 00:09:13,887 --> 00:09:16,974 Saya tak nampak coklat liat warna yang lebih gelap. 188 00:09:18,017 --> 00:09:20,769 Dia akan jadi wanita kulit Putih rambut merah. 189 00:09:20,853 --> 00:09:22,104 Tolong maafkan saya. 190 00:09:22,855 --> 00:09:24,315 Oh, Tuhanku. Macam mana… 191 00:09:24,398 --> 00:09:27,693 Nak buat patung lelaki pun tak pandai apatah lagi patung wanita. 192 00:09:27,776 --> 00:09:28,694 Okey. 193 00:09:29,236 --> 00:09:33,032 Sepuluh minit 35 saat! 194 00:09:33,115 --> 00:09:34,908 Oh, Tuhan. Biar betul? 195 00:09:35,951 --> 00:09:36,952 Nampak bagus! 196 00:09:38,120 --> 00:09:40,789 - Tentu cantik. - Josh, kek dah masak? 197 00:09:42,499 --> 00:09:43,500 Yang ini… 198 00:09:46,045 --> 00:09:48,631 - Pandai, Nicole. - Saya nak kek yang masak. 199 00:09:48,714 --> 00:09:51,383 Saya tak boleh hidang kek itu. 200 00:09:51,467 --> 00:09:53,802 Jadi, saya akan buat dua lapisan. 201 00:09:53,886 --> 00:09:57,014 Kek ini sangat panas dan akan cairkan krim mentega. 202 00:09:57,598 --> 00:10:00,643 Sangat cantik. Rasanya saya tak letak cukup pewarna. 203 00:10:02,061 --> 00:10:03,937 Oh, Tuhan. Kek masih panas. 204 00:10:04,438 --> 00:10:05,356 Saya… 205 00:10:05,439 --> 00:10:08,359 Maddy, laju sikit! Okey? 206 00:10:08,442 --> 00:10:12,446 - Tapi kek panas! Krim mentega saya! - Laju sikit. Pantas sikit. 207 00:10:13,197 --> 00:10:14,031 Saya cuba! 208 00:10:14,114 --> 00:10:15,949 Maddy, jangan hampakan saya! 209 00:10:16,033 --> 00:10:18,285 Saya takkan kecewakan awak. 210 00:10:18,869 --> 00:10:20,204 Tiga minit lagi! 211 00:10:20,287 --> 00:10:23,040 Kami nak lihat patung di atas topi. 212 00:10:23,123 --> 00:10:25,125 Jadi biar nampak rupa patung. 213 00:10:25,209 --> 00:10:27,670 Saya perlu keluarkan kek ini. 214 00:10:28,545 --> 00:10:31,423 Adam cuba keluarkan kek dari loyang lama. 215 00:10:31,507 --> 00:10:32,508 Aduhai. 216 00:10:33,050 --> 00:10:34,927 Alamak! 217 00:10:35,010 --> 00:10:36,970 Okey, krim mentega. 218 00:10:37,054 --> 00:10:39,390 Tengoklah kek dia. Nampak hebat. 219 00:10:40,641 --> 00:10:42,726 Dia takkan sempat buat fondan. 220 00:10:42,810 --> 00:10:44,812 Entah macam mana dia nak siapkan. 221 00:10:44,895 --> 00:10:47,022 - Saya pun tak tahu. - Oh, Tuhan. 222 00:10:47,106 --> 00:10:48,399 Aduhai. 223 00:10:48,482 --> 00:10:50,943 Bukan mudah nak baiki. 224 00:10:52,152 --> 00:10:54,488 Naiklah. Saya tahu awak cair dan sedih. 225 00:10:54,571 --> 00:10:55,739 Banyak masa lagi. 226 00:10:57,074 --> 00:10:57,908 Wah. 227 00:10:57,991 --> 00:11:01,453 Ini akan jadi bingkai. Sebab kek saya jadi lebar, 228 00:11:01,537 --> 00:11:03,038 ini dah jadi topi fedora. 229 00:11:03,122 --> 00:11:05,249 Kenapa? Kenapa saya buat begini? 230 00:11:05,332 --> 00:11:07,376 Ini mesti jadi topi. 231 00:11:08,877 --> 00:11:10,921 Saya terpaksa buat begini. 232 00:11:11,004 --> 00:11:13,549 Oh, Tuhanku! 233 00:11:14,758 --> 00:11:15,926 Ini dia. 234 00:11:17,928 --> 00:11:20,055 Kami nak kek yang siap! 235 00:11:20,139 --> 00:11:22,266 Ya, bukan kek tertiarap. 236 00:11:24,351 --> 00:11:27,020 Pandai awak melawak. 237 00:11:27,104 --> 00:11:28,313 Terima kasih. 238 00:11:28,397 --> 00:11:29,857 Tinggal 49 saat! 239 00:11:29,940 --> 00:11:31,567 Itu tangannya yang hebat. 240 00:11:31,650 --> 00:11:35,821 Pak Cik Sam saya macam hantu dengan tangan besar. 241 00:11:35,904 --> 00:11:37,239 Satu bintang kecil. 242 00:11:37,322 --> 00:11:40,743 Dia macam tak berbaju, kita sopankan sikit. 243 00:11:40,826 --> 00:11:42,911 Sambung buat hiasan, Maddy! 244 00:11:42,995 --> 00:11:44,163 Maddy! 245 00:11:44,246 --> 00:11:46,331 Josh, risaukan diri sendiri. 246 00:11:47,499 --> 00:11:49,460 Tali pinggang! Mari kita cat. 247 00:11:52,087 --> 00:11:54,298 Alamak! 248 00:11:54,381 --> 00:11:55,716 Tak apa. 249 00:11:55,799 --> 00:12:00,304 - Lima, empat, tiga, dua, satu! - Lima, empat, tiga, dua, satu! 250 00:12:00,387 --> 00:12:01,430 Masa dah tamat! 251 00:12:02,097 --> 00:12:04,475 Oh, Tuhan. Teruknya. 252 00:12:06,643 --> 00:12:08,061 Baiklah, Josh. 253 00:12:08,145 --> 00:12:10,814 Ini kek mini topi hari cuti awak cuba tiru. 254 00:12:10,898 --> 00:12:12,232 Mari lihat hasilnya! 255 00:12:13,901 --> 00:12:14,860 Berjaya! 256 00:12:15,986 --> 00:12:17,446 - Okey. - Wah. 257 00:12:17,529 --> 00:12:19,490 Dia seronok sangat di Mardi Gras. 258 00:12:20,032 --> 00:12:21,992 Kek awak tak tinggi. 259 00:12:22,075 --> 00:12:22,951 Kek tak tinggi 260 00:12:23,035 --> 00:12:26,830 jadi itu agak malang sebab kita tak nampak bentuk topi itu. 261 00:12:26,914 --> 00:12:29,583 Kami beri kek wanita kulit Hitam yang cantik. 262 00:12:29,666 --> 00:12:32,669 - Ya. - Tapi awak buat wanita kulit Putih bogel. 263 00:12:32,753 --> 00:12:34,797 Saya gagal. Saya minta maaf. 264 00:12:34,880 --> 00:12:35,881 Baiklah, Jacques. 265 00:12:35,964 --> 00:12:37,716 - Ayuh rasa kek ini. - Ayuh. 266 00:12:38,300 --> 00:12:41,178 Kita hanya ada dua warna, bukan tiga warna. 267 00:12:41,678 --> 00:12:43,472 - Terima kasih. - Terima kasih. 268 00:12:43,555 --> 00:12:46,600 Kek ini macam poliuretana ingatan. 269 00:12:47,267 --> 00:12:49,102 Susah nak potong. 270 00:12:49,186 --> 00:12:50,521 Saya tak rasa rum pun. 271 00:12:50,604 --> 00:12:51,980 Kami bertiga suka rum! 272 00:12:52,064 --> 00:12:56,693 Lain kali lebihkan perisa supaya kami boleh rasa. 273 00:12:56,777 --> 00:12:58,570 - Baiklah. - Okey. 274 00:12:58,654 --> 00:13:01,198 Terima kasih. Kami nak tengok kek topi lain. 275 00:13:01,281 --> 00:13:02,825 Ayuh! 276 00:13:04,409 --> 00:13:05,702 Ayuh, Reggie! 277 00:13:06,954 --> 00:13:11,667 Maddy, mari kita ingat kek mini topi hari cuti yang awak cuba tiru 278 00:13:11,750 --> 00:13:13,836 dan lihat apa awak buat, Maddy. 279 00:13:13,919 --> 00:13:15,879 - Berjaya! - Kek ini… 280 00:13:15,963 --> 00:13:17,881 Ini… Saya… 281 00:13:17,965 --> 00:13:20,676 Kek ini sangat kelakar. Maddy! 282 00:13:20,759 --> 00:13:23,679 - Macam lubang Hobbit. - Kek ini sepatutnya tinggi 283 00:13:23,762 --> 00:13:26,473 - dan hanya patung yang… - Maddy, tak membantu. 284 00:13:27,266 --> 00:13:29,142 Saya rasa warnanya dah betul. 285 00:13:29,226 --> 00:13:30,310 - Ya! - Seronoknya. 286 00:13:30,394 --> 00:13:32,145 Awak tak buat semua butiran. 287 00:13:32,855 --> 00:13:34,690 Itu lereng bukit, ya? 288 00:13:34,773 --> 00:13:36,942 - Sepatutnya topi. - Oh, topi. 289 00:13:37,025 --> 00:13:39,111 - Maaf, tak macam topi. - Alamak. 290 00:13:39,194 --> 00:13:40,404 - Ya. - Maaf. 291 00:13:40,487 --> 00:13:42,030 Mari kita rasa kek itu. 292 00:13:42,531 --> 00:13:44,908 Awak bahagikan bater dan warnakan dengan 293 00:13:44,992 --> 00:13:46,743 - tiga warna berbeza. - Ya. 294 00:13:46,827 --> 00:13:48,328 - Bagus. - Terima kasih. 295 00:13:48,912 --> 00:13:50,539 Teksturnya… 296 00:13:52,499 --> 00:13:56,003 Bagus. Tak macam poliuretana ingatan tadi sangat. 297 00:13:56,086 --> 00:13:58,714 - Alamak. - Tapi perisanya tak rasa sangat. 298 00:13:58,797 --> 00:14:00,966 Saya harap parti dalam mulut saya. 299 00:14:01,049 --> 00:14:02,009 Tak jumpa parti. 300 00:14:02,092 --> 00:14:05,053 Ini macam santai di rumah hirup teh, bukan parti. 301 00:14:05,137 --> 00:14:06,263 Betul. 302 00:14:06,722 --> 00:14:09,349 - Reginald. Jacques! Ayuh! - Ya! 303 00:14:14,354 --> 00:14:17,190 Adam. Awak rasa awak lebih baik daripada Josh? 304 00:14:17,274 --> 00:14:18,567 Seribu peratus. 305 00:14:18,650 --> 00:14:19,860 Dengar tak? 306 00:14:20,360 --> 00:14:24,990 Baik. Mari kita ingat kek mini topi hari cuti yang awak cuba tiru 307 00:14:25,073 --> 00:14:27,284 dan lihat apa yang awak buat! 308 00:14:28,076 --> 00:14:28,952 Berjaya! 309 00:14:29,995 --> 00:14:30,871 Wah. 310 00:14:30,954 --> 00:14:34,374 Saya sangat suka awak yakin awak buat lebih baik daripada kembar awak. 311 00:14:34,958 --> 00:14:35,834 Ini gaya Dali. 312 00:14:35,918 --> 00:14:37,794 Ini gaya Salvador Dali. 313 00:14:37,878 --> 00:14:40,213 Butiran hilang. Banyak butiran hilang. 314 00:14:40,297 --> 00:14:43,425 - Rim ada. Di bawah. - Kepada yang paling penting. 315 00:14:43,508 --> 00:14:45,677 Kalau awak kata itu butiran, ya. 316 00:14:45,761 --> 00:14:50,140 Awak ada kek. Awak ada patung. Ada warna biru, merah dan warna itu. 317 00:14:50,223 --> 00:14:51,767 Jadi, mari kita cuba rasa. 318 00:14:51,850 --> 00:14:54,561 - Saya tak tahu. - Jacques kali pertama begini. 319 00:14:55,020 --> 00:14:56,730 Ayat dia pedas! 320 00:14:57,606 --> 00:15:00,233 Mari tengok kek ini selamat atau tak! 321 00:15:00,984 --> 00:15:02,653 - Reggie. - Terima kasih! 322 00:15:07,324 --> 00:15:08,492 Tak habis lagi? 323 00:15:08,575 --> 00:15:10,077 Saya cuba cari perisa. 324 00:15:12,162 --> 00:15:13,997 Apa perisa yang sepatutnya? 325 00:15:14,081 --> 00:15:15,374 Gula-gula getah. 326 00:15:15,457 --> 00:15:16,875 Saya tak jumpa rasa itu. 327 00:15:16,959 --> 00:15:19,461 Kek ini masak. Masak elok. 328 00:15:19,544 --> 00:15:23,590 Saya suka kek awak ada tiga warna. Semua warna nampak jelas. 329 00:15:23,674 --> 00:15:25,258 - Menarik. - Sama-sama. 330 00:15:25,759 --> 00:15:27,886 Kita kena buat keputusan yang sukar. 331 00:15:27,970 --> 00:15:29,471 Rasanya kita patut pergi. 332 00:15:29,554 --> 00:15:33,266 - Okey. Mari kita pergi. - Jacques, Reginald, ayuh berarak! 333 00:15:34,768 --> 00:15:36,436 Baiklah, Jacques. 334 00:15:36,520 --> 00:15:42,109 Topi mini hari cuti jurukek mana yang paling mencuri tumpuan? 335 00:15:42,651 --> 00:15:43,819 Pemenangnya ialah… 336 00:15:49,574 --> 00:15:51,326 - Maddy! - Oh, Tuhanku! 337 00:15:52,244 --> 00:15:54,121 Tahniah! 338 00:15:54,204 --> 00:15:56,707 Apabila awak pulang, parti takkan berhenti 339 00:15:56,790 --> 00:16:00,752 sebab awak akan membawa pulang set membuat kek 263 alatan dan 340 00:16:00,836 --> 00:16:02,421 pengadun berdiri putih! 341 00:16:02,504 --> 00:16:06,133 Ya, awak juga dapat topi teragung. 342 00:16:06,216 --> 00:16:09,970 Awak dapat topi emas jurukek Nailed It! 343 00:16:10,053 --> 00:16:11,304 Tahniah! 344 00:16:11,388 --> 00:16:12,723 - Syabas! - Terima kasih. 345 00:16:12,806 --> 00:16:13,974 Parti belum tamat. 346 00:16:14,057 --> 00:16:17,519 Mari kita beralih ke parti Pusingan Dua. 347 00:16:17,936 --> 00:16:20,647 BERJAYA ATAU GAGAL 348 00:16:20,731 --> 00:16:23,066 Tetamu istimewa kita, Reggie Watts, 349 00:16:23,150 --> 00:16:25,569 akan jelaskan cabaran Berjaya atau Gagal. 350 00:16:26,153 --> 00:16:27,154 Reggie! 351 00:16:27,237 --> 00:16:29,364 Setahun sekali, pada 2 Februari, 352 00:16:29,448 --> 00:16:33,577 ada satu peristiwa yang paling aneh akan berlaku. 353 00:16:33,660 --> 00:16:39,124 Jika kamu suka kejutan menyeronokkan, saya rasa kamu akan seronok buat ini! 354 00:16:41,209 --> 00:16:42,627 Tunggul pokok? 355 00:16:43,420 --> 00:16:45,589 Tidak. Bukan itu saja! 356 00:16:45,672 --> 00:16:47,632 - Ini dia! - Kejutan! 357 00:16:47,716 --> 00:16:48,633 Comelnya! 358 00:16:48,717 --> 00:16:51,303 Kamu akan buat kek kejutan marmot tanah! 359 00:16:51,386 --> 00:16:52,304 Alamak! 360 00:16:52,387 --> 00:16:53,805 - Saya suka. - Biar betul? 361 00:16:54,389 --> 00:16:57,684 Kek kejutan marmot tanah ini ada kejutan lain. 362 00:16:57,768 --> 00:16:59,811 Ada kek jagung pedas 363 00:16:59,895 --> 00:17:04,149 yang diperbuat daripada jagung dan jalapeño untuk kejutkan deria rasa. 364 00:17:04,232 --> 00:17:05,275 Oh, Tuhan. 365 00:17:05,358 --> 00:17:07,319 Kek ini dibuat bentuk tunggul pokok 366 00:17:07,402 --> 00:17:09,988 menggunakan krim mentega dan fondan sebagai hiasan. 367 00:17:10,072 --> 00:17:11,281 - Ya. - Bagus. 368 00:17:11,364 --> 00:17:14,576 Adam, memandangkan awak bergelut pada pusingan lepas, 369 00:17:14,659 --> 00:17:17,037 kami akan bantu awak. 370 00:17:17,120 --> 00:17:20,123 Awak ada butang Tuan Tanah. 371 00:17:20,207 --> 00:17:22,709 Kalau awak tekan, lawan-lawan awak 372 00:17:22,793 --> 00:17:25,504 perlu melepaskan geram selama tiga minit 373 00:17:25,587 --> 00:17:28,340 bermain Pukul Marmot Itu! Gunalah dengan baik. 374 00:17:28,423 --> 00:17:29,633 Baiklah. Saya janji. 375 00:17:30,300 --> 00:17:33,261 Kamu ada 90 minit dan masa bermula sekarang. 376 00:17:33,887 --> 00:17:36,014 Ya! Pergi! 377 00:17:37,182 --> 00:17:39,810 Okey. "Satu bekas campuran kek." Baiklah. 378 00:17:39,893 --> 00:17:42,229 "Dua cawan mentega cair. Jalapeño cincang." 379 00:17:42,813 --> 00:17:44,356 Ambil semua bahan kering. 380 00:17:44,439 --> 00:17:49,402 Jacques, macam mana nak buat kek ini? 381 00:17:49,486 --> 00:17:52,280 Pertama sekali, buat bater kek jagung 382 00:17:52,364 --> 00:17:54,908 sambil tambah jalapeño secukupnya. 383 00:17:54,991 --> 00:17:57,119 Apabila kek dah masuk dalam ketuhar, 384 00:17:57,202 --> 00:18:00,455 buat krim mentega dan buat marmot tanah yang comel itu. 385 00:18:00,539 --> 00:18:03,083 Apabila kek yang dah masak itu sejuk, 386 00:18:03,166 --> 00:18:06,753 susun dan tutup dengan fondan untuk buat bentuk tunggul. 387 00:18:06,837 --> 00:18:11,049 Kemudian, tambah cendawan, bunga, letakkan marmot tanah dan siap! 388 00:18:11,133 --> 00:18:13,468 Siaplah kek kejutan marmot tanah. 389 00:18:14,511 --> 00:18:15,679 - Wah. - Amboi! 390 00:18:15,762 --> 00:18:17,264 Ya, agak sukarlah. 391 00:18:17,347 --> 00:18:19,182 Pusingan tadi tak cukup perisa, 392 00:18:19,266 --> 00:18:21,518 kita tengok dua jalapeño cukup tak. 393 00:18:21,601 --> 00:18:24,229 Buat kek dengan jalapeño memang berbeza. 394 00:18:25,897 --> 00:18:27,607 Buka jagung kisar! 395 00:18:27,691 --> 00:18:29,609 Saya suka pedas sikit, 396 00:18:29,693 --> 00:18:32,988 tapi saya percaya pencuci mulut patut manis. 397 00:18:33,071 --> 00:18:35,866 Memikirkan kek jagung-jalapeño, saya terkejut. 398 00:18:36,449 --> 00:18:38,618 Mereka nak jalapeño, kita berilah. 399 00:18:38,702 --> 00:18:41,496 Tapi mungkin jalapeño beri perisa yang enak. 400 00:18:42,080 --> 00:18:43,999 Wah. Jalapeño segar. 401 00:18:44,082 --> 00:18:45,375 Jalapeño segar pedas. 402 00:18:46,960 --> 00:18:48,795 Harapnya sedap dan pedas untuk juri. 403 00:18:48,879 --> 00:18:50,255 Oh, Tuhanku. 404 00:18:50,922 --> 00:18:53,091 Kalau makan banyak, dua kali sakit perut. 405 00:18:53,175 --> 00:18:55,135 - Hari ini dan esok. Hati-hati. - Jacques, 406 00:18:55,218 --> 00:18:57,429 kadangkala seronok rasa sakit begitu. 407 00:18:57,512 --> 00:18:58,555 Okey. 408 00:18:58,638 --> 00:18:59,556 Dia sunyi. 409 00:19:00,682 --> 00:19:01,850 - Josh. - Ya. 410 00:19:01,933 --> 00:19:04,144 Awak rasa kembar awak boleh buat tak? 411 00:19:04,227 --> 00:19:06,855 Harapnya lebih bagus dari tadi. 412 00:19:06,938 --> 00:19:09,024 - Sudah-sudahlah. - Wah. 413 00:19:09,900 --> 00:19:13,195 Betul-betul boleh rasakan persaingan adik-beradik. 414 00:19:17,199 --> 00:19:18,033 Saya suka. 415 00:19:18,533 --> 00:19:22,204 Saya harap mereka akan sibuk bergaduh 416 00:19:22,287 --> 00:19:25,790 supaya saya tak ada saingan dan menang. 417 00:19:25,874 --> 00:19:26,791 Saya akan okey. 418 00:19:29,711 --> 00:19:32,047 Jadilah lebih bijak daripada tin, Adam. 419 00:19:32,923 --> 00:19:33,798 Hei, Adam. 420 00:19:33,882 --> 00:19:36,635 Pandai tak guna pembuka tin yang mudah itu? 421 00:19:36,718 --> 00:19:39,846 Benda ini tumpul atau saya yang tak pandai. Entahlah. 422 00:19:43,058 --> 00:19:45,435 - Mungkin salah cara saya. - Dia berjaya. 423 00:19:45,518 --> 00:19:46,770 Dia berjaya! 424 00:19:48,438 --> 00:19:52,651 Saya rasa jalapeño tin pilihan yang lebih baik daripada yang segar, 425 00:19:52,734 --> 00:19:56,154 sebab yang segar lebih pedas tapi kurang berperisa? 426 00:19:56,655 --> 00:19:59,324 Adam dan Maddy menggunakan jalapeño dalam tin. 427 00:19:59,407 --> 00:20:00,867 Saya akan guna jalapeño segar. 428 00:20:00,951 --> 00:20:03,703 Kalau ada peluang untuk guna yang segar, 429 00:20:03,787 --> 00:20:05,830 - guna yang segar. - Tepat sekali. 430 00:20:06,414 --> 00:20:07,916 Kita letak sikit dulu. 431 00:20:08,792 --> 00:20:11,336 Alamak. Buat-buat tak nampak sajalah. 432 00:20:11,419 --> 00:20:14,047 Dah hampir 30 minit. Mana kek dalam ketuhar? 433 00:20:14,130 --> 00:20:15,382 Dah nak masuk! 434 00:20:15,465 --> 00:20:17,175 Maddy, buat cepat! 435 00:20:17,259 --> 00:20:21,137 Jangan ingat awak ada topi emas awak boleh malas. 436 00:20:23,848 --> 00:20:24,683 Masukkan ini. 437 00:20:25,976 --> 00:20:26,810 Okey. 438 00:20:26,893 --> 00:20:28,186 Kita akan masukkan. 439 00:20:28,270 --> 00:20:29,604 Krim mentega pula. 440 00:20:29,688 --> 00:20:31,731 Saya tahu cara pukul mentega. Apa? 441 00:20:32,232 --> 00:20:34,192 Saya akan perlahankan sikit. 442 00:20:35,986 --> 00:20:38,571 Nampak bagus. Nampak macam aising. 443 00:20:40,323 --> 00:20:42,284 Saya akan warnakan krim ini hijau 444 00:20:42,367 --> 00:20:45,745 sebab kalau ada yang terkeluar, nampak macam disengajakan. 445 00:20:46,997 --> 00:20:50,041 Aduhai! Telefon gergasi saya berdering! 446 00:20:50,125 --> 00:20:52,544 - Jason! - Helo, Nicole? 447 00:20:52,627 --> 00:20:55,046 Jacques, ini juri tetamu kegemaran kami, 448 00:20:55,130 --> 00:20:56,298 Jason Mantzoukas. 449 00:20:56,756 --> 00:20:57,590 Mati! 450 00:20:59,759 --> 00:21:01,303 - Bertenang, Rob! - Rob. 451 00:21:01,386 --> 00:21:03,430 - Tengoklah dia. - Awak biar betul? 452 00:21:03,930 --> 00:21:05,265 Kenapa awak telefon? 453 00:21:05,348 --> 00:21:06,933 Saja telefon tanya khabar. 454 00:21:07,017 --> 00:21:08,601 Buat kek apa hari ini? 455 00:21:08,685 --> 00:21:12,230 Hari ini mereka buat kek jagung-jalapeño. 456 00:21:12,314 --> 00:21:14,149 Kek jagung pedas? Tak apalah. 457 00:21:16,651 --> 00:21:18,528 Reggie! Bagus! 458 00:21:18,611 --> 00:21:21,239 Apa khabar semua? Tengoklah mereka. Rob mana? 459 00:21:21,323 --> 00:21:22,157 Rob! 460 00:21:22,240 --> 00:21:24,951 - Jason Mantzoukas tanya! - Tengok betis dia. 461 00:21:25,035 --> 00:21:27,370 Rob, awak boleh sabar untuk laluinya? 462 00:21:27,454 --> 00:21:30,665 - Rob menangis dan berpeluh. - Menangis depan kamera! 463 00:21:30,749 --> 00:21:34,169 Dia akan dipecat! 464 00:21:34,627 --> 00:21:35,837 Dia kerja main-main? 465 00:21:39,674 --> 00:21:42,010 - Habislah produksi. - Keluar dari sini! 466 00:21:44,346 --> 00:21:46,389 Wes baru beritahu saya kena letak. 467 00:21:46,473 --> 00:21:47,474 Alahai! 468 00:21:47,557 --> 00:21:50,310 - Okey. - Jumpa lagi Jason. Seronok berbual! 469 00:21:50,393 --> 00:21:51,519 Selamat tinggal! 470 00:21:52,604 --> 00:21:53,480 Kek. 471 00:21:55,273 --> 00:21:58,234 Kek Josh dah keluar ketuhar! 472 00:21:59,569 --> 00:22:01,946 Sementara Maddy dan Adam masih belum. 473 00:22:02,030 --> 00:22:03,698 Harap-harap kek nampak okey. 474 00:22:03,782 --> 00:22:06,159 Saya cuma ada satu tangan, jadi… 475 00:22:07,577 --> 00:22:09,913 Jangan letak di atas kek contoh! 476 00:22:10,705 --> 00:22:13,583 - Jangan kotorkan contoh! - Jangan nilai saya! 477 00:22:13,666 --> 00:22:15,085 "Jangan nilai saya." 478 00:22:15,168 --> 00:22:16,961 Tapi itulah kerja kita. 479 00:22:17,045 --> 00:22:18,880 Ya, kita juri. 480 00:22:19,422 --> 00:22:22,926 Nampak cantik. Saya akan letakkan dalam pendingin bagas. 481 00:22:26,513 --> 00:22:28,390 Saya akan buat kawan kita pula. 482 00:22:28,473 --> 00:22:30,642 Pusingan tadi hiasan saya teruk. 483 00:22:30,725 --> 00:22:31,643 Hai! 484 00:22:32,143 --> 00:22:34,104 Maddy, awak jatuhkan marmot awak? 485 00:22:34,187 --> 00:22:35,647 Tidak! 486 00:22:35,730 --> 00:22:38,066 - Ya. - Baru betul kembali ke tanah. 487 00:22:38,149 --> 00:22:39,484 Ya. 488 00:22:39,567 --> 00:22:42,278 Tak apa, saya pernah buat. Saya boleh buat laju. 489 00:22:42,362 --> 00:22:45,156 Tiga puluh satu minit lagi! 490 00:22:45,240 --> 00:22:47,242 Biar betul? 491 00:22:47,325 --> 00:22:49,702 Pada tahap ini saya rasa ketinggalan. 492 00:22:50,286 --> 00:22:51,204 Itu bentuk… 493 00:22:51,287 --> 00:22:52,205 Ketinggalan jauh. 494 00:22:52,288 --> 00:22:54,749 Aduhai. Mereka dah jauh di depan. 495 00:22:55,667 --> 00:22:56,668 Beginilah. 496 00:22:58,086 --> 00:22:59,003 Pukul Marmot Itu! 497 00:22:59,838 --> 00:23:02,382 Wah! Kita ada permainan Pukul Marmot Itu! 498 00:23:02,465 --> 00:23:03,758 Oh, Tuhan! 499 00:23:03,842 --> 00:23:05,176 Pukul marmot itu! 500 00:23:06,761 --> 00:23:09,222 Mereka kena main selama tiga minit? 501 00:23:09,305 --> 00:23:10,682 Matilah mereka nanti. 502 00:23:10,765 --> 00:23:13,768 Harap awak seronok Adam sementara kami pukul marmot. 503 00:23:13,852 --> 00:23:15,937 Jangan risau, tak. Saya tertekan. 504 00:23:16,020 --> 00:23:18,898 Ini marmot atau llamas yang diwarnakan coklat? 505 00:23:18,982 --> 00:23:21,443 Awak menghina jabatan seni kami? 506 00:23:22,944 --> 00:23:25,238 - Aduhai… - Adam dah keluarkan kek dia. 507 00:23:27,240 --> 00:23:28,783 Saya teruja kek dah masak. 508 00:23:28,867 --> 00:23:31,119 - Tiga minit jadi lama main benda ini. - Ya. 509 00:23:31,202 --> 00:23:32,871 Buat kek rasa sekejap pula. 510 00:23:32,954 --> 00:23:34,581 Baiklah! Masa tamat! 511 00:23:34,664 --> 00:23:36,583 Ketahuilah saya tetap sayang awak! 512 00:23:36,666 --> 00:23:37,625 PUKUL MARMOT ITU 513 00:23:39,252 --> 00:23:42,046 - Marmot itu hidup! - Kelakar! 514 00:23:43,089 --> 00:23:45,008 Saya akan buat marmot kecil itu. 515 00:23:46,342 --> 00:23:48,219 Kita buat matanya. 516 00:23:48,303 --> 00:23:49,262 Senyuman kecil. 517 00:23:49,345 --> 00:23:51,890 Ini mungkin patung terbaik saya pernah buat. 518 00:23:53,391 --> 00:23:56,352 Kita letak mata di sini. 519 00:23:56,436 --> 00:23:58,480 Seperti puntianak marmot tanah. 520 00:24:00,064 --> 00:24:00,940 Wah! 521 00:24:01,024 --> 00:24:03,818 Tinggal 15 minit lagi! 522 00:24:04,819 --> 00:24:06,321 Hampir… 523 00:24:07,030 --> 00:24:09,782 4. SUSUN & HIAS KEK 524 00:24:10,825 --> 00:24:13,036 Oh. Tidak, Adam. Apa saya buat ini? 525 00:24:13,536 --> 00:24:15,580 Jangan lupa krim mentega. Apalah. 526 00:24:16,998 --> 00:24:19,042 - Sepatutnya… - Tengok itu. 527 00:24:19,125 --> 00:24:21,753 - Kek dia cantik. - Kek dia tinggi. 528 00:24:22,545 --> 00:24:25,715 Saya akan buat sikit-sikit. 529 00:24:26,216 --> 00:24:27,217 Macam kulit kayu. 530 00:24:27,967 --> 00:24:29,052 Itu disengajakan. 531 00:24:29,636 --> 00:24:31,429 Bukan sebab saya tak sempat. 532 00:24:31,513 --> 00:24:36,267 Ini akan buat nampak macam bentuk pergunungan. Sebab ia di atas bukit. 533 00:24:36,351 --> 00:24:39,145 Semua orang dah letak marmot dalam lubang? 534 00:24:39,229 --> 00:24:40,104 Belum lagi! 535 00:24:41,147 --> 00:24:42,190 Alamak! 536 00:24:44,567 --> 00:24:45,610 Tidak! 537 00:24:46,402 --> 00:24:47,445 Dah letak. 538 00:24:49,864 --> 00:24:51,616 Begitulah ia masuk. 539 00:24:51,699 --> 00:24:54,744 Tinggal dua minit lagi! 540 00:24:56,746 --> 00:24:59,165 Ia sepatutnya nampak berbatu, jadi… Hei. 541 00:24:59,666 --> 00:25:00,542 Ini dia. 542 00:25:01,918 --> 00:25:03,461 Koyakkan saja. 543 00:25:03,962 --> 00:25:05,129 Aduhai. 544 00:25:05,755 --> 00:25:07,674 Buat bunga kecil. 545 00:25:07,757 --> 00:25:10,134 Bukan bunga tapi titik kecil pada kek. 546 00:25:10,718 --> 00:25:12,345 Saya harap ia boleh keluar. 547 00:25:12,428 --> 00:25:15,682 Tak mungkin haiwan boleh menembusi batang pokok begitu. 548 00:25:16,432 --> 00:25:19,227 - Sakitlah ia nanti. - Ya, tak begitu realistik. 549 00:25:19,310 --> 00:25:25,191 Ya. Saya perlu bercakap dengan mereka. 550 00:25:27,402 --> 00:25:28,903 Saya ada dua cendawan. 551 00:25:33,283 --> 00:25:35,868 Sempurna. Saya sangka ia mustahil. 552 00:25:36,411 --> 00:25:40,540 - Lima, empat, tiga, dua, satu! - Lima, empat, tiga, dua, satu! 553 00:25:40,623 --> 00:25:41,833 Masa dah tamat! 554 00:25:42,417 --> 00:25:44,460 Harapnya kek saya boleh dimakan kali ini. 555 00:25:47,463 --> 00:25:50,800 Baiklah, Josh. Ini kek marmot tanah yang awak cuba tiru. 556 00:25:50,883 --> 00:25:52,135 Mari tengok hasilnya! 557 00:25:53,845 --> 00:25:55,680 - Berjaya! - Aduhai. 558 00:25:56,973 --> 00:25:59,934 Mata marmot tanah awak. 559 00:26:00,018 --> 00:26:02,979 Ia nampak takut nampak orang. 560 00:26:03,062 --> 00:26:05,732 - Ia ada satu gigi kecil. - Ia bergaduh tadi. 561 00:26:07,191 --> 00:26:09,068 Kek ini agak rendah, 562 00:26:09,152 --> 00:26:11,946 tapi awak ada cendawan, bunga dan marmot tanah. 563 00:26:12,030 --> 00:26:16,159 Nampaknya ada sejenis makhluk yang sedang tidur di dalam dan 564 00:26:16,242 --> 00:26:17,994 ada parti liar berlangsung. 565 00:26:21,623 --> 00:26:25,418 Kemudian ia kata, "Hei, apa bising-bising? Saya nak tidurlah!" 566 00:26:25,501 --> 00:26:27,754 - Saya rasa ini cantik. - Terima kasih. 567 00:26:27,837 --> 00:26:31,299 Awak boleh kembali ke stesen, kami nak tengok kek lain. 568 00:26:32,383 --> 00:26:35,678 Baiklah, Maddy. Giliran awak pula. Mari tengok hasilnya. 569 00:26:37,764 --> 00:26:38,640 Berjaya! 570 00:26:41,184 --> 00:26:42,518 Saya suka kejutan itu! 571 00:26:42,602 --> 00:26:45,938 Anehnya saya rasa ia macam kartun. 572 00:26:46,022 --> 00:26:48,691 - Itu mulutnya? - Ya, sepatutnya giginya. 573 00:26:48,775 --> 00:26:50,193 Okey. 574 00:26:50,276 --> 00:26:53,237 Saya nampak ia macam kenyit mata sambil terkejut. 575 00:26:55,823 --> 00:26:57,825 Mungkin burung hantu atau marmot. 576 00:26:58,868 --> 00:27:00,745 Tapi kek ini sangat kemas 577 00:27:00,828 --> 00:27:03,206 dan awak ada cendawan di sebelah pokok, 578 00:27:03,289 --> 00:27:04,207 jadi saya suka. 579 00:27:04,290 --> 00:27:05,875 Ya, bagus. 580 00:27:05,958 --> 00:27:07,043 Terima kasih. 581 00:27:07,126 --> 00:27:10,088 Ia nampak hebat. Cuma marmot itu agak pelik. 582 00:27:10,171 --> 00:27:14,050 Tapi kita fahamlah sebab ia terkunci dalam kek. 583 00:27:15,176 --> 00:27:18,346 Baiklah, Maddy. Kami ada satu lagi kek untuk dilihat. 584 00:27:18,429 --> 00:27:19,389 Baiklah, Adam. 585 00:27:19,472 --> 00:27:21,808 Mari ke mari. Mari tengok hasilnya. 586 00:27:23,810 --> 00:27:24,644 Berjaya! 587 00:27:24,727 --> 00:27:28,481 Okey. Lubang itu sangat sempit! 588 00:27:28,564 --> 00:27:30,650 Oh, Tuhanku! 589 00:27:32,777 --> 00:27:33,653 BERJAYA! 590 00:27:33,736 --> 00:27:36,864 Sejujurnya, saya tak sangka begitu rupanya. 591 00:27:38,074 --> 00:27:40,910 Ini marmot paling menakutkan pernah saya tengok. 592 00:27:40,993 --> 00:27:41,828 Saya pun. 593 00:27:41,911 --> 00:27:43,996 Saya suka hidungnya, matanya kecil. 594 00:27:44,080 --> 00:27:46,708 Saya suka marmot awak. Ia sangat kelakar. 595 00:27:46,791 --> 00:27:49,127 Harapnya sedap secantik rupanya. 596 00:27:49,210 --> 00:27:52,255 Jacques, saya harap ia lebih sedap daripada rupanya. 597 00:27:53,673 --> 00:27:58,886 Baiklah, saya akan minta kamu bertiga potongkan kami kek marmot tanah kamu. 598 00:28:03,099 --> 00:28:05,810 Melihat hasil kek ini, 599 00:28:05,893 --> 00:28:09,689 kek ini penuh dengan semua ciri yang diminta. 600 00:28:09,772 --> 00:28:13,526 Tapi marmot tanah Josh lebih baik daripada saya punya. 601 00:28:13,609 --> 00:28:16,028 Saya rasa dia saingan rapat saya. 602 00:28:16,612 --> 00:28:19,198 Saya tak sabar nak rasa 603 00:28:19,282 --> 00:28:23,703 kek jagung-jalapeño marmot tanah ini. 604 00:28:23,786 --> 00:28:26,330 Josh, giliran awak dulu. 605 00:28:31,294 --> 00:28:33,296 - Saya sangat terkejut. - Ya. 606 00:28:33,379 --> 00:28:36,382 Saya dapat rasa jalapeño dan saya dapat rasa jagung. 607 00:28:36,466 --> 00:28:38,968 Krim mentega larut elok. Ia sangat lembap. 608 00:28:40,303 --> 00:28:42,472 - Saya nak sesuap lagi. - Tengok itu! 609 00:28:42,555 --> 00:28:44,015 Saya teruja ia boleh dimakan. 610 00:28:44,098 --> 00:28:45,850 Sangat sedap sebenarnya. 611 00:28:45,933 --> 00:28:47,810 Ini jenis kek yang saya suka. 612 00:28:47,894 --> 00:28:50,229 - Awak guna jalapeño segar, bukan? - Ya. 613 00:28:50,313 --> 00:28:53,357 Saya rasa itu langkah bijak. Rasanya sangat sedap. 614 00:28:53,441 --> 00:28:54,442 Hore! 615 00:28:54,525 --> 00:28:56,778 - Baiklah, Maddy. Awak pula! - Hai. 616 00:29:03,367 --> 00:29:05,453 Saya rasa saya dapat rasa jagung. 617 00:29:05,536 --> 00:29:07,580 Tapi saya tak dapat rasa jalapeño. 618 00:29:07,663 --> 00:29:10,833 Ya. Macam orang berbisik tapi sangat perlahan… 619 00:29:12,043 --> 00:29:13,961 - Macam itulah rasa jalapeño awak. - Faham. 620 00:29:14,045 --> 00:29:15,254 Kalau boleh saya nak 621 00:29:15,338 --> 00:29:17,381 - betul-betul rasa jalapeño. - Ya. 622 00:29:17,465 --> 00:29:19,217 Saya guna jalapeño dalam tin, 623 00:29:19,300 --> 00:29:21,719 bukan yang segar. Saya rasa itu sebabnya. 624 00:29:21,803 --> 00:29:26,224 Tapi saya tetap suka. Saya rasa ini kek yang enak dan ringan. 625 00:29:26,307 --> 00:29:27,141 Baguslah. 626 00:29:27,225 --> 00:29:28,935 Baiklah. Adam. 627 00:29:29,018 --> 00:29:31,270 - Baiklah. - Akhir sekali. 628 00:29:36,859 --> 00:29:38,402 Kek ini sangat kenyal. 629 00:29:38,486 --> 00:29:41,656 Kek jenis itu, kurang diadun, kurang kenyal. 630 00:29:41,739 --> 00:29:42,782 Itu caranya. 631 00:29:42,865 --> 00:29:45,368 Campur bahan, masukkan dalam loyang. Siap. 632 00:29:45,451 --> 00:29:47,662 Ya. Memang saya adun lama tadi. 633 00:29:48,246 --> 00:29:50,248 Rasa jagung itu ada, sedap, 634 00:29:50,832 --> 00:29:52,291 tapi tak rasa jalapeño. 635 00:29:52,792 --> 00:29:54,126 Saya nak rasa jalapeño. 636 00:29:54,210 --> 00:29:56,254 Saya pun guna jalapeño dalam tin. 637 00:29:56,337 --> 00:29:58,089 Tapi saya dapat banyak rasa jagung. 638 00:29:58,172 --> 00:29:59,799 - Okey. - Maka, 639 00:29:59,882 --> 00:30:02,593 ini keklah. 640 00:30:02,677 --> 00:30:03,845 "Ini keklah." 641 00:30:03,928 --> 00:30:06,013 Kami dah rasa tiga kek yang boleh dimakan. 642 00:30:06,597 --> 00:30:09,267 Para juri, kita dah sedia nak umum pemenang? 643 00:30:09,350 --> 00:30:10,476 Ya, Nicole. 644 00:30:10,560 --> 00:30:13,020 Ingat, sesiapa yang menang cabaran ini 645 00:30:13,104 --> 00:30:18,192 bakal mendapat 10,000 dolar dan juga 646 00:30:18,276 --> 00:30:20,069 trofi Nailed It! 647 00:30:20,152 --> 00:30:21,195 Wes! 648 00:30:26,075 --> 00:30:27,493 Wah. 649 00:30:29,787 --> 00:30:32,540 Apa ini? Biasanya ada kejutan. 650 00:30:34,876 --> 00:30:36,043 Wes? 651 00:30:37,086 --> 00:30:39,422 Saya tak… 652 00:30:39,505 --> 00:30:42,008 Awak tahu tak? Berbaloi. 653 00:30:45,595 --> 00:30:49,015 Aduhai. Reggie. Awak dah sedia untuk tembak duit itu? 654 00:30:49,098 --> 00:30:51,183 Ya, saya dah sedia nak tembak. 655 00:30:51,267 --> 00:30:53,269 Okey. Jacques. 656 00:30:54,729 --> 00:30:56,439 Pemenangnya ialah… 657 00:31:02,111 --> 00:31:03,279 Josh! 658 00:31:03,362 --> 00:31:04,697 - Tak mungkin! - Ya! 659 00:31:05,990 --> 00:31:09,577 Tahniah! Pergi ambil trofi awak! 660 00:31:10,494 --> 00:31:12,830 Mereka sayang saya! Mereka sangat sayang saya! 661 00:31:12,914 --> 00:31:14,999 Oh, Tuhan. Tak sangka saya menang. 662 00:31:15,082 --> 00:31:16,542 Ini psikotik. 663 00:31:16,626 --> 00:31:17,877 Hebatnya, Josh. 664 00:31:17,960 --> 00:31:21,797 Ia dah bangkitkan semangat buat kek dalam diri saya dan adik saya. 665 00:31:21,881 --> 00:31:24,842 Adam, saya tak sabar nak buat kek dengan awak lagi 666 00:31:24,926 --> 00:31:26,844 tapi siapa yang menang sekarang? 667 00:31:27,845 --> 00:31:29,889 Parti dah tamat tapi ia tak perlu berakhir. 668 00:31:29,972 --> 00:31:33,142 Tekan saja ulang tayang dan teruskan berparti! 669 00:31:33,225 --> 00:31:35,603 Jumpa lagi! Sekarang, semua lompat! 670 00:32:00,294 --> 00:32:02,672 Terjemahan sari kata oleh Hazleen Hamdan