1 00:00:09,092 --> 00:00:12,971 BERDASARKAN KHABAR ANGIN BENAR 2 00:00:30,489 --> 00:00:31,865 Matthew. 3 00:00:32,824 --> 00:00:33,992 Matthew. 4 00:00:34,618 --> 00:00:36,954 - Apa. - Tak guna, Wood. 5 00:00:37,037 --> 00:00:39,456 Saya tak boleh tidur, saya teruja tentang esok. 6 00:00:39,540 --> 00:00:43,335 Saya bawa champagne busa mikro rendah glisemik. 7 00:00:43,418 --> 00:00:45,629 Tak mahu. Saya perlu tidur. 8 00:00:45,712 --> 00:00:47,714 Bukan selalu kawan baik kita 9 00:00:47,798 --> 00:00:51,510 umumkan dalam televisyen dia bertanding sebagai gabenor. 10 00:00:51,593 --> 00:00:53,345 Walaupun saya percaya 11 00:00:53,428 --> 00:00:56,265 kerajaan patut ditadbir oleh majlis tetua wanita 12 00:00:56,348 --> 00:01:00,769 dan saya takkan mengundi sehingga semua haiwan berhak mengundi, saya sokong. 13 00:01:00,853 --> 00:01:02,813 Apa saja yang awak perlukan, saya tolong. 14 00:01:02,896 --> 00:01:05,649 - Ya. Terima kasih. - Saya bangga dengan awak. 15 00:01:05,732 --> 00:01:07,818 Woody, awak baik hati, tapi kami penat. 16 00:01:07,901 --> 00:01:09,820 Val. Maaf, saya tak tahu awak belum tidur. 17 00:01:09,903 --> 00:01:11,280 Awak nak champagne? 18 00:01:13,240 --> 00:01:17,077 Beginilah. Saya dapat rasakan yang kamu nak sambung tidur. 19 00:01:17,160 --> 00:01:21,415 Selamat malam, En. Gabenor. 20 00:01:21,498 --> 00:01:23,458 Selamat malam, Pn. Gabenor. 21 00:01:24,209 --> 00:01:26,587 Saya boleh duduk di sini dan tengok kamu tidur. 22 00:01:26,670 --> 00:01:27,671 Jangan, boleh? 23 00:01:28,630 --> 00:01:30,048 Tengoklah kamu berdua. 24 00:01:54,448 --> 00:01:55,449 Okey. 25 00:03:14,695 --> 00:03:17,447 Semuanya akan berubah selepas hari ini. Awak okey? 26 00:03:17,531 --> 00:03:20,158 Ya, saya teruja. Saya tak pernah jumpa Brian Williams. 27 00:03:20,242 --> 00:03:22,452 - Ya. Apa yang awak akan pakai? - Saya akan pakai ini. 28 00:03:22,536 --> 00:03:26,915 Hei. Kalaulah kita boleh keluar hujung minggu dan ubah penampilan awak. 29 00:03:27,416 --> 00:03:29,585 Mula dari awal. 30 00:03:29,668 --> 00:03:32,796 Kalaulah patriarki tak wujud, awak boleh jadi gabenor Texas seterusnya. 31 00:03:32,880 --> 00:03:33,881 Yakah? 32 00:03:34,923 --> 00:03:37,885 Tak. Apabila saya mula cakap, saya macam tak percaya. 33 00:03:37,968 --> 00:03:40,053 Mana jambangan bunga Texas bluebonnet saya? 34 00:03:40,679 --> 00:03:42,681 Nak saya pesan dari Bloom with a View? Boleh saja. 35 00:03:42,764 --> 00:03:45,726 Ibu saya. Dia penjual bunga. Dia memang bodoh. 36 00:03:45,809 --> 00:03:48,729 Kalau mak tak sampai dalam 20 minit, saya akan pecat... 37 00:03:50,689 --> 00:03:52,566 Apa ini? 38 00:03:52,649 --> 00:03:53,942 Alamak. Busuknya. 39 00:03:55,485 --> 00:03:56,486 Apa... 40 00:03:58,280 --> 00:04:00,365 Val, ambil kasut saya! 41 00:04:10,626 --> 00:04:11,668 Woody. 42 00:04:13,337 --> 00:04:14,880 - Wood! - Owen? 43 00:04:16,255 --> 00:04:17,507 Awak bau tak? 44 00:04:20,761 --> 00:04:23,013 Saya memang nak buang sampah malam... 45 00:04:23,889 --> 00:04:26,808 Kai, boleh buangkan sampah? 46 00:04:27,434 --> 00:04:31,188 - Saya sedang tidur. - Boleh buangkan sampah dalam tidur? 47 00:04:31,939 --> 00:04:33,690 Orang tua perlukan rehat. 48 00:04:38,654 --> 00:04:39,988 Hei, Kai! 49 00:04:43,617 --> 00:04:45,202 - Puan. - Wyatt. 50 00:04:45,285 --> 00:04:46,119 Hei, biar saya bawa. 51 00:04:46,203 --> 00:04:47,704 - Tak apa. - Tak, saya berkeras. 52 00:04:47,788 --> 00:04:49,831 Lelaki budiman masih wujud. 53 00:04:49,915 --> 00:04:51,083 Alamak. Maaf. 54 00:04:51,166 --> 00:04:55,128 {\an8}Ini beg boleh kompos. Ia diperbuat daripada kertas tisu. 55 00:04:55,212 --> 00:04:56,672 Antara keseronokan menjadi hipi. 56 00:05:00,300 --> 00:05:02,469 Alamak. Biar betul? Ini surat untuk ayah saya. 57 00:05:02,553 --> 00:05:04,972 Dia menghendap posmen selama berminggu-minggu. 58 00:05:05,055 --> 00:05:08,433 - Pasti dia tak sengaja membuangnya. - Saya boleh hantar kepada dia. 59 00:05:09,017 --> 00:05:10,519 Ya. Jadi wira. 60 00:05:10,602 --> 00:05:11,937 Okey. 61 00:05:12,020 --> 00:05:15,274 Siapa yang penuhkan bangsal dengan najis? 62 00:05:16,942 --> 00:05:21,196 Saya tak suka dipersalahkan dan saya tak suka nada awak, okey? 63 00:05:21,822 --> 00:05:23,615 Siapa tahu perkara yang berlaku? 64 00:05:23,699 --> 00:05:24,867 Ya Tuhan. 65 00:05:24,950 --> 00:05:25,951 Terkejut, bukan? 66 00:05:26,034 --> 00:05:28,829 Ada banyak najis dari bas awak, menuruni bukit ini, 67 00:05:28,912 --> 00:05:32,124 ke bangsal tempat Matthew akan ditemu ramah oleh Brian Williams 68 00:05:32,207 --> 00:05:33,625 dalam masa sejam. 69 00:05:33,709 --> 00:05:35,335 Kenapa awak pakai sebelah kasut saja? 70 00:05:35,419 --> 00:05:37,462 Kenapa awak pakai sepasang kasut? Bukan tiga, empat atau lima? 71 00:05:37,546 --> 00:05:39,590 Seronok? Jangan buat begitu. 72 00:05:40,424 --> 00:05:42,509 - Alamak. Jangan, Woody Kecil! - Woody! 73 00:05:42,593 --> 00:05:45,262 Pergi! Itu najis, bukan air. 74 00:05:45,345 --> 00:05:46,638 Dia sukakannya. 75 00:05:46,722 --> 00:05:48,932 Mak, tengoklah. Woody Kecil sukakannya. 76 00:05:49,016 --> 00:05:50,726 - Ya. Mak nampak. - Pergi, Woody Kecil! 77 00:05:50,809 --> 00:05:52,936 Boleh kita ubah temu ramah itu ke dalam rumah? 78 00:05:53,020 --> 00:05:54,605 Ke dalam rumah awak? Dengan... 79 00:05:54,688 --> 00:05:57,232 hiasan, perabot dan seni yang awak ada? 80 00:05:57,316 --> 00:06:00,027 Itu mungkin sesuai untuk audio siar atau radio. 81 00:06:00,110 --> 00:06:01,987 Temu ramah begitu, tanpa video. 82 00:06:03,530 --> 00:06:04,531 Tapi, maafkan saya. 83 00:06:05,490 --> 00:06:06,783 "Kesempurnaan musuh kebaikan." 84 00:06:07,618 --> 00:06:08,827 "Kesempurnaan musuh kebaikan." 85 00:06:09,745 --> 00:06:11,121 "Kesempurnaan musuh kebaikan." 86 00:06:12,206 --> 00:06:13,207 Hei, Pak Cik Woody. 87 00:06:13,290 --> 00:06:15,167 - Saya jumpa surat pak cik. - Jangan. 88 00:06:15,250 --> 00:06:18,003 Jangan. Letak saja di atas kaunter. 89 00:06:18,086 --> 00:06:19,546 Pak cik akan ambil semasa sarapan. 90 00:06:19,630 --> 00:06:21,256 - Jangan. - Matthew di mana? 91 00:06:22,174 --> 00:06:24,593 Biar saya panggil ayah. Ayah sentiasa tahu penyelesaian. 92 00:06:24,676 --> 00:06:26,637 Siapa masak barbeku? 93 00:06:30,641 --> 00:06:31,642 Ayah? 94 00:06:33,227 --> 00:06:34,228 Ayah? 95 00:06:35,812 --> 00:06:36,813 Hei, ayah? 96 00:06:39,274 --> 00:06:40,692 Tak guna, Woody. 97 00:06:40,776 --> 00:06:43,820 Sebab inilah mereka cipta sistem paip beribu-ribu tahun lalu. 98 00:06:43,904 --> 00:06:46,323 - Mak Mac, saya tak salah. - Selamat pagi! 99 00:06:46,406 --> 00:06:48,575 - Itu pun dia. - Mendaki bukit untuk mulakan 100 00:06:48,659 --> 00:06:50,285 hari penting memang bagus! 101 00:06:50,369 --> 00:06:52,829 Mari sini, Woody Kecil! Mari sini, anjing! 102 00:06:52,913 --> 00:06:54,706 - Jangan! Woody Kecil, jangan! - Mari sini. 103 00:06:54,790 --> 00:06:57,292 - Jangan dekati anjing itu. - Ya, tuan. 104 00:06:57,376 --> 00:06:58,919 - Jangan dekati anjing itu! - Matthew, jangan! 105 00:06:59,002 --> 00:07:01,463 - Cium saya. Terima kasih! - Anjing itu minum air najis! 106 00:07:01,547 --> 00:07:03,674 Ya Tuhan, kasihanilah kami. 107 00:07:03,757 --> 00:07:06,885 Boleh kamu percaya yang tiada sehari pun saya tak sayangkannya? 108 00:07:06,969 --> 00:07:08,554 - Ya. - Saya rasa awak patut 109 00:07:08,637 --> 00:07:10,389 alihkan muka dari lidahnya. 110 00:07:18,230 --> 00:07:19,773 Okey, dia akan keluar. 111 00:07:19,857 --> 00:07:22,025 Cakap saja yang dia nampak kacak dan... 112 00:07:22,568 --> 00:07:23,902 jangan pandang mata dia. 113 00:07:24,570 --> 00:07:25,571 Okey. 114 00:07:27,948 --> 00:07:29,783 - Apa pendapat kamu? - Alamak. 115 00:07:29,867 --> 00:07:32,119 - Ayah! - Ayah nampak kacak! 116 00:07:32,911 --> 00:07:34,329 Tak, ayah nampak sangat teruk. 117 00:07:34,413 --> 00:07:37,791 Okey, ini akan menjejaskan kempen, tapi saya akan hentikan semua. 118 00:07:37,875 --> 00:07:39,543 Sia-sia saja saya melilin bulu punggung. 119 00:07:39,626 --> 00:07:41,086 Ke mana semua orang... 120 00:07:41,170 --> 00:07:45,007 Ya Tuhan, tolong cakap mata awak begitu bukan sebab makanan vegan saya. 121 00:07:45,674 --> 00:07:47,676 Tunggu, semua. Mari kita bertenang. 122 00:07:48,594 --> 00:07:50,596 Jangan membesar-besarkan 123 00:07:50,679 --> 00:07:52,347 keseriusan situasi ini. 124 00:07:52,431 --> 00:07:54,766 Siapa yang tak pernah kena konjunktivitis? 125 00:07:54,850 --> 00:07:57,811 Betul tak? Kamu pasti kamu lihat radang saja? 126 00:07:57,895 --> 00:08:00,105 Mungkin kita patut lihat... 127 00:08:00,981 --> 00:08:01,982 peluang di sini. 128 00:08:02,065 --> 00:08:04,276 Gwen, apa yang awak cakap selama berminggu-minggu? 129 00:08:04,359 --> 00:08:06,653 "Jangan harapkan pada wajah kacak itu saja." 130 00:08:06,737 --> 00:08:08,947 Tengoklah ini? 131 00:08:10,032 --> 00:08:15,579 Inilah wajah lelaki yang sanggup hadapi kesukaran. 132 00:08:15,662 --> 00:08:18,165 - Okey. - Penduduk Texas tak mahu gabenor 133 00:08:18,248 --> 00:08:21,168 yang lari dan bersembunyi setiap kali berdepan krisis. 134 00:08:21,251 --> 00:08:24,171 Tidak. Mereka mahu gabenor yang muncul pada masa yang sukar, 135 00:08:24,254 --> 00:08:25,756 pandang mata semua orang. 136 00:08:25,839 --> 00:08:26,965 - Tidak. - Ya? 137 00:08:27,049 --> 00:08:28,383 - Itu bijak juga! - Ya! 138 00:08:28,467 --> 00:08:29,885 Mata dia terkena najis. 139 00:08:29,968 --> 00:08:31,720 - Apalah sangat? - Dia tak sempurna. 140 00:08:31,803 --> 00:08:33,429 - Dia berjiwa rakyat. - Menawan hati. 141 00:08:33,514 --> 00:08:36,099 Dia mesra, menyeronokkan, hebat, garang, menggoda dan... 142 00:08:36,183 --> 00:08:37,433 Ini satu anugerah. 143 00:08:38,018 --> 00:08:39,019 Ini rampasan kuasa kempen. 144 00:08:39,102 --> 00:08:40,812 Siapa nak pankek? 145 00:08:40,895 --> 00:08:42,063 Saya! 146 00:08:43,023 --> 00:08:45,067 Saya rasa dia tak patut memasak. 147 00:08:45,150 --> 00:08:46,735 Tidak. 148 00:08:46,818 --> 00:08:48,695 Matthew fikir dia boleh buat apa saja, 149 00:08:48,779 --> 00:08:51,156 tapi, dia tak boleh muncul di TV dengan wajah begitu. 150 00:08:51,240 --> 00:08:53,283 Val, jangan bersikap begini sekarang. 151 00:08:53,367 --> 00:08:55,994 Sangat negatif, sangat ketinggalan zaman, sangat... 152 00:08:56,078 --> 00:08:57,996 Konjunktivitis kini pencetus kemenangan. 153 00:08:58,080 --> 00:08:59,456 Kanak-kanak yang menonton akan fikir, 154 00:08:59,540 --> 00:09:02,167 "Kalaulah ada najis pada mata saya supaya muka saya sakit, 155 00:09:02,251 --> 00:09:04,294 macam pelakon kegemaran saya, Matthew McConaughey." 156 00:09:04,378 --> 00:09:07,214 Jadual kempen berdasarkan hari ini. 157 00:09:07,297 --> 00:09:08,549 Kita akan lakukannya. 158 00:09:08,632 --> 00:09:11,593 Brian Williams akan tiba 30 minit lagi. Saya nak awak bersiap. 159 00:09:11,677 --> 00:09:13,095 Saya dah bersiap. 160 00:09:15,138 --> 00:09:16,682 Awak sangat kelakar. 161 00:09:17,808 --> 00:09:19,351 Awak patut jadi pelawak. 162 00:09:19,977 --> 00:09:21,144 Mengembara ke seluruh dunia. 163 00:09:21,895 --> 00:09:22,896 Pergi bersiap. 164 00:09:24,147 --> 00:09:25,816 Kenapa awak biarkan dia cakap begitu? 165 00:09:25,899 --> 00:09:28,277 Itu tak penting. Kita tak boleh biar Matthew ditemu ramah. 166 00:09:28,360 --> 00:09:31,238 - Lindungi dia daripada dirinya. - Biar saya uruskannya. 167 00:09:31,321 --> 00:09:32,406 Bagaimana? 168 00:09:32,489 --> 00:09:37,619 Kalau nak buat temu ramah, perlu ada penemu ramah. 169 00:09:37,703 --> 00:09:39,079 Apa maksud awak? 170 00:09:39,162 --> 00:09:40,789 Apabila saya selesai dengan dia, 171 00:09:40,873 --> 00:09:43,208 Brian Williams pasti berharap dia kena konjunktivitis. 172 00:09:43,292 --> 00:09:45,169 Awak takkan cederakan dia, bukan? 173 00:09:45,252 --> 00:09:46,920 Lebih baik awak tak tahu. 174 00:09:49,047 --> 00:09:50,299 Apa yang saya dah buat? 175 00:09:51,258 --> 00:09:55,262 Bibir, gigi, hujung lidah. 176 00:09:55,345 --> 00:09:57,806 Jam tangan Ireland. 177 00:09:57,890 --> 00:10:00,309 Jam tangan Swiss. 178 00:10:00,392 --> 00:10:04,354 Bibir, gigi, hujung lidah. 179 00:10:04,438 --> 00:10:06,815 Jam tangan Swiss. Jam tangan Ireland. 180 00:10:06,899 --> 00:10:09,943 Boleh ulang semula rancangan itu? Saya tak jelas dengan peranan kita. 181 00:10:10,027 --> 00:10:12,821 Dia sangka kita nak bawa dia ke ladang, 182 00:10:12,905 --> 00:10:16,491 tapi, rasanya tugas kita adalah lengahkan selama yang boleh. 183 00:10:16,575 --> 00:10:17,784 Jadi, kita menculik dia? 184 00:10:17,868 --> 00:10:20,370 - Tak juga. Maksud saya... - Hei, maafkan saya. 185 00:10:20,454 --> 00:10:21,997 - Maaf jika mengganggu. - Tak apa. 186 00:10:22,080 --> 00:10:26,710 Kalau tak buat latihan vokal, saya pasti teruk semasa temu ramah. 187 00:10:26,793 --> 00:10:29,296 Saya Brian Williams. Kamu pula? 188 00:10:29,379 --> 00:10:30,380 Bimmy. 189 00:10:30,923 --> 00:10:32,257 - Okey, salam perkenalan. - Ya. 190 00:10:32,341 --> 00:10:34,384 Ini rakan saya, Bolive. 191 00:10:35,177 --> 00:10:38,347 - Kawan-kawan panggil saya Olive. - Olive. Okey. 192 00:10:38,430 --> 00:10:40,057 Kami pembantu penerbitan. 193 00:10:40,140 --> 00:10:43,977 Pembantu penerbitan ialah orang penting setiap penerbitan. 194 00:10:44,061 --> 00:10:47,397 - Ya. - Berapa jauh ladang itu dari sini? 195 00:10:49,483 --> 00:10:51,860 Ada banyak pembinaan, sedang dijalankan. 196 00:10:51,944 --> 00:10:54,446 - Lalu lintas juga. - Jadi, mungkin ada lencongan. 197 00:10:54,530 --> 00:10:56,990 Tak apa. Bimmy, bukan? Awak, dari kawasan sini? 198 00:10:57,074 --> 00:11:00,160 Tak, saya belajar di California. 199 00:11:00,244 --> 00:11:02,746 USC? UCLA? Stanford? Apa namanya? 200 00:11:02,829 --> 00:11:05,165 - LBBA. - Saya tak tahu kolej itu. 201 00:11:05,249 --> 00:11:06,750 Akademi Pelayan Bar La Brea. 202 00:11:06,834 --> 00:11:08,252 Kedua-dua ibu bapa saya alumni, 203 00:11:08,335 --> 00:11:11,755 jadi saya sering didesak untuk ikut jejak langkah mereka. 204 00:11:11,839 --> 00:11:13,423 Tapi, saya bekas pelajar di sana. 205 00:11:13,507 --> 00:11:16,969 Baru-baru ini, saya berhenti belajar untuk ikut cinta hati saya ke Austin. 206 00:11:17,761 --> 00:11:19,638 Tunggu, apa? Awak berhenti belajar? 207 00:11:19,721 --> 00:11:21,348 Ia perpisahan bersama. 208 00:11:21,431 --> 00:11:23,642 Kami tak sependapat tentang dirty martini. 209 00:11:23,725 --> 00:11:28,814 Bunyinya macam percintaan, bukan cinta situasi. 210 00:11:28,897 --> 00:11:30,440 Jangan biar saya mulakan, Brian. 211 00:11:30,524 --> 00:11:32,734 Tidak. Saya suka drama. 212 00:11:33,569 --> 00:11:36,446 Maaf tentang rumah ini, perjalanan ke sini dan penghuninya. 213 00:11:36,530 --> 00:11:38,740 Ini bukan pilihan saya. Apa pun, kita patut berhubung di LinkedIn. 214 00:11:38,824 --> 00:11:40,367 Apa itu LinkedIn? 215 00:11:40,450 --> 00:11:42,411 Matty! 216 00:11:42,494 --> 00:11:44,830 - Sila panggil dia Matthew. - Perry Singer. 217 00:11:44,913 --> 00:11:47,374 - Helo, Cik Perry. Apa khabar? - Saya penerbit Brian Williams. 218 00:11:47,457 --> 00:11:49,209 Saya dengar mata awak ada masalah. 219 00:11:49,293 --> 00:11:50,752 - Konjunktivitis. - Biar saya lihat. 220 00:11:50,836 --> 00:11:53,088 Jangan sentuh. Jangan sentuh dengan jari awak! 221 00:11:53,172 --> 00:11:54,256 Ada yang lebih teruk. 222 00:11:54,339 --> 00:11:55,924 Emeril Lagasse pun pernah terkena. 223 00:11:56,008 --> 00:11:57,926 Tahun pertama siaran langsungnya, 224 00:11:58,010 --> 00:12:00,429 minyak cili terpercik ke matanya, kami terus merakam. 225 00:12:00,929 --> 00:12:02,598 Ya, itu idea saya. 226 00:12:02,681 --> 00:12:03,682 Baiklah, okey. 227 00:12:03,765 --> 00:12:06,685 Apabila kamera dah sedia, saya juga akan bersedia. Okey. 228 00:12:06,768 --> 00:12:09,104 Bercakap tentang itu, biar saya ke sana. Anak-anak, makanlah. Hari penting! 229 00:12:09,188 --> 00:12:11,481 Kuasa Matthew adalah sikap optimis yang tak terkawal. 230 00:12:11,565 --> 00:12:14,026 Satu lagi persamaan dia dengan Emeril Lagasse. 231 00:12:14,109 --> 00:12:15,777 Boleh suruh budak-budak itu pergi? 232 00:12:15,861 --> 00:12:16,862 Ya, sudah tentu. 233 00:12:16,945 --> 00:12:20,115 Budak sedih, anak tengah, anak comel. Pergi bersiap, pakai baju, mandi. 234 00:12:20,199 --> 00:12:22,075 Cepat. Tolong cepat. Lari. 235 00:12:22,159 --> 00:12:24,828 - Ya. - Lari. Maaf, tumpang lalu. 236 00:12:24,912 --> 00:12:26,246 Itu saya punya. 237 00:12:26,330 --> 00:12:28,624 Apa saja yang hijau untuk Matthew. Hijau untuk Greenlights. 238 00:12:28,707 --> 00:12:30,375 Saya kod warnanya macam untuk kanak-kanak. 239 00:12:30,459 --> 00:12:31,793 Saya tak perlu tahu proses awak. 240 00:12:31,877 --> 00:12:33,962 Apa kata awak pergi ke mana-mana 241 00:12:34,046 --> 00:12:35,631 dan belikan saya Sprite suhu bilik? 242 00:12:35,714 --> 00:12:37,758 Boleh tolong periksa termostat? 243 00:12:37,841 --> 00:12:39,968 Tentu suhu di sini 78 darjah. 244 00:12:40,052 --> 00:12:41,720 Saya kesejukan! 245 00:12:43,180 --> 00:12:45,599 Sebab itu, maaf cakap, 246 00:12:45,682 --> 00:12:50,896 saya rasa awak terperangkap untuk rasa kasih sayang, tapi takut disakiti 247 00:12:50,979 --> 00:12:53,649 - yang biasa dialami, Olive. - Ya. 248 00:12:53,732 --> 00:12:56,860 Maaf cakap, saya rasa saya cuma masuk perangkap 249 00:12:56,944 --> 00:13:00,989 percaya pasangan hantar mesej peribadi kepada pempengaruh kecil astrologi 250 00:13:01,073 --> 00:13:03,659 bernama Gemini Tali-G untuk tanya "pandangan" dia. 251 00:13:03,742 --> 00:13:06,245 Musytari melintasi rumah ketujuh saya, sayang. 252 00:13:06,328 --> 00:13:08,413 Saya tahu awak tak percaya, tapi saya percaya. 253 00:13:08,497 --> 00:13:10,999 Saya cuma mesej peribadi dia untuk bimbingan kerohanian. 254 00:13:11,083 --> 00:13:14,294 Tapi, awak "senyap terus" sebelum saya dapat beri penjelasan. Ada... 255 00:13:14,378 --> 00:13:16,046 - Brian, tahu maksud "senyap terus"? - Ya. 256 00:13:16,129 --> 00:13:20,634 Saya tahu "ada gaya", "mantap", "enam-tujuh", "hidup santai"... 257 00:13:20,717 --> 00:13:23,470 - Semua itu dah lapuk. - Hei, kita dah dekatkah? 258 00:13:23,554 --> 00:13:25,639 Boleh biar kami bercakap sekejap, Brian? 259 00:13:27,057 --> 00:13:30,686 Okey. Yang mana ada gaya "Orang Texas bangga dengan konjunktivitis"? 260 00:13:30,769 --> 00:13:32,896 Tak sangka saya rosakkan hari penting awak. 261 00:13:32,980 --> 00:13:34,439 - Maaf. - Jangan risau. 262 00:13:34,523 --> 00:13:36,316 Pada mulanya, saya marah awak. 263 00:13:36,400 --> 00:13:39,862 Ada saya jangkakan anjing yang awak beri kepada saya 264 00:13:39,945 --> 00:13:43,240 telan kumbahan awak, jilat mata saya, dan beri saya konjunktivitis? 265 00:13:43,323 --> 00:13:45,075 Saya tak jangka, tapi ia dah berlaku. 266 00:13:45,158 --> 00:13:47,202 Inilah kelebihan saya. Hadapi seadanya. 267 00:13:47,286 --> 00:13:48,287 Saya boleh buat. Kita okey. 268 00:13:48,370 --> 00:13:52,666 Dugaan yang muncul takkan menghalang kalau kita tak ambil endah tentangnya. 269 00:13:56,837 --> 00:14:00,841 Awak tahu apa saya fikir tempoh hari? True Detective, episod empat. 270 00:14:00,924 --> 00:14:03,719 - "Who Goes There?" - Rakaman enam minit, sepuluh saat. 271 00:14:03,802 --> 00:14:05,262 Satu rakaman, tiada suntingan. 272 00:14:05,345 --> 00:14:07,556 Kita dah berlatih berbulan-bulan. 273 00:14:07,639 --> 00:14:11,059 Kita nak mulakan penggambaran. Pukul 3:00 pagi, sangat panas. 274 00:14:11,143 --> 00:14:15,898 Dua ratus kru perlu segerak dengan sempurna agar rakaman berjaya. 275 00:14:15,981 --> 00:14:18,483 Saya kata, "Saya tak tahu bagaimana kita nak buat." 276 00:14:18,567 --> 00:14:21,320 "Sebenarnya, Wood. Saya tak tahu bagaimana saya nak buat." 277 00:14:21,403 --> 00:14:24,948 Awak ingat kata-kata awak kepada saya? 278 00:14:26,658 --> 00:14:28,076 "Saya petunjuk awak." 279 00:14:29,328 --> 00:14:31,288 "Saya petunjuk awak." 280 00:14:31,371 --> 00:14:35,292 Jadi, saya tak risau tentang apa-apa yang boleh berlaku hari ini. 281 00:14:35,918 --> 00:14:37,961 Sebab, kalau saya ada masalah, 282 00:14:38,045 --> 00:14:40,047 saya cuma perlu lihat awak. 283 00:14:42,299 --> 00:14:44,134 Petunjuk saya. Sayang awak, sahabat. 284 00:14:44,218 --> 00:14:45,219 Sayang awak, sahabat. 285 00:14:46,637 --> 00:14:47,888 Seronok parti bermalam? 286 00:14:47,971 --> 00:14:49,765 Ini mak kamu. Kamu nak gulungan piza? 287 00:14:50,849 --> 00:14:53,185 Tali leher bolo. Hebat. Saya gemar. Saya suka. 288 00:14:53,268 --> 00:14:54,937 - Tak mahu bolo. - Jangan pakai bolo. Tak suka. 289 00:14:55,020 --> 00:14:56,939 Saya tak suka gayanya. Ada persediaan lagi? 290 00:14:57,022 --> 00:14:58,982 Saya dah sedia untuk beraksi. 291 00:14:59,483 --> 00:15:00,484 - Mereka di luar dah sedia? - Bagus. 292 00:15:00,567 --> 00:15:02,778 Semua orang teruja. Sangat bersemangat. 293 00:15:02,861 --> 00:15:05,948 Suasananya sempurna. Orang menjerit, menari dan ketawa. 294 00:15:06,031 --> 00:15:08,992 Cuma ada satu masalah kecil. Bukan masalah pun. 295 00:15:09,076 --> 00:15:10,077 Cuma satu perkara. 296 00:15:10,160 --> 00:15:13,080 Brian Williams hilang. 297 00:15:15,499 --> 00:15:17,751 Apa maksud awak dia hilang? 298 00:15:17,835 --> 00:15:18,919 Dia mungkin dah mati. 299 00:15:22,506 --> 00:15:24,216 Ya, saya tak patut tidur dengan lampu malam. 300 00:15:24,299 --> 00:15:25,634 Saya terlalu tua dan saya akuinya. 301 00:15:25,717 --> 00:15:27,803 Tapi, sayang, saya cakap sebab sayang... 302 00:15:29,012 --> 00:15:31,682 Awak ada masalah keintiman yang serius. Ingat kelab melukis dan minum? 303 00:15:31,765 --> 00:15:33,684 - Ya. Kenapa? - Ingat? Awak suka mereka. 304 00:15:33,767 --> 00:15:36,186 Enam minggu kamu berkawan baik sehingga salah seorang ajak awak 305 00:15:36,270 --> 00:15:39,189 pergi bercuti dan awak sangat geram kerana mereka kunyah terlalu kuat. 306 00:15:39,273 --> 00:15:41,191 - Ya, sebab... - Sangat geram, malah, 307 00:15:41,275 --> 00:15:44,236 awak terus tinggalkan kelab itu tanpa berbincang. 308 00:15:44,319 --> 00:15:45,821 Itu yang awak buat. Awak lari. 309 00:15:45,904 --> 00:15:47,614 Awak nampak apa yang saya hadapi, Brian? 310 00:15:47,698 --> 00:15:50,534 - Hei, ada isyarat telefon? - Mengaku saja, Brian betul. 311 00:15:50,617 --> 00:15:52,911 Mengaku saja, awak mahu kasih sayang, tapi takut disakiti. 312 00:15:52,995 --> 00:15:54,079 Awak memang degil! 313 00:15:54,162 --> 00:15:58,834 Saya semakin klaustrofobia dan saya nak keluar dari kereta ini. 314 00:15:58,917 --> 00:16:02,254 - Kunci kanak-kanak dipasang? - Cuba fahami situasi, Brian! 315 00:16:02,337 --> 00:16:05,007 Maaf saya mencarut, tapi tak guna. Tolonglah. 316 00:16:08,677 --> 00:16:12,222 Mana Brian Williams? Dia sepatutnya ada di sini 40 minit yang lalu. 317 00:16:12,306 --> 00:16:13,807 Dia ingat dia siapa? Geraldo? 318 00:16:13,891 --> 00:16:15,100 Saya mahu Sprite lagi. 319 00:16:15,976 --> 00:16:21,106 Hei. Siapa yang lebih tahu tentang Matthew daripada saya? 320 00:16:21,190 --> 00:16:23,567 - Saya patut buat temu ramah ini. - Tidak. 321 00:16:23,650 --> 00:16:26,403 - Jangan harap. - Mak akan curi perhatian daripada saya. 322 00:16:26,486 --> 00:16:28,655 - Bukan idea yang baik. - Betul juga. 323 00:16:28,739 --> 00:16:31,200 Mak memang menarik. 324 00:16:32,242 --> 00:16:33,243 Tunggu dulu. 325 00:16:33,327 --> 00:16:35,037 Ayah, Oprah. 326 00:16:35,120 --> 00:16:36,538 Kamu kenal Oprah? 327 00:16:36,622 --> 00:16:38,040 Bukan secara peribadi. 328 00:16:38,624 --> 00:16:39,958 Jadi awak sebut nama saja? 329 00:16:41,502 --> 00:16:43,086 - Ya. - Kalau Hilary Duff? 330 00:16:43,170 --> 00:16:44,880 - Mungkin dia mahu... - Tidak. Saya tahu. 331 00:16:45,464 --> 00:16:47,090 - Kalau Dax Shepy? - Siapa itu? 332 00:16:47,174 --> 00:16:48,634 - Dax Shepard. - Ya. 333 00:16:48,717 --> 00:16:50,928 Saya tetamu audio siarnya minggu lepas. 334 00:16:51,011 --> 00:16:54,014 Dia bijak, popular, dia memahami demografi saya. 335 00:16:54,097 --> 00:16:58,644 Kalau tak silap, dia kata dia di bandar minggu ini, merakam iklan Samsung. 336 00:16:58,727 --> 00:17:01,813 - Tidak. Saya tak... - Tidak. Dax Shepard. Bagus. 337 00:17:01,897 --> 00:17:03,607 - Mungkin sesuai. - Biar saya telefon dia. 338 00:17:03,690 --> 00:17:06,902 Beginilah. Saya suka idea Oprah, Wyatt. 339 00:17:06,984 --> 00:17:08,779 Biar saya hubungi Gayle. 340 00:17:08,862 --> 00:17:11,990 Tapi, saya rasa kita semua patut berfikir bersama-sama 341 00:17:12,074 --> 00:17:14,076 tentang jangan terburu-buru... 342 00:17:14,159 --> 00:17:16,994 ...dan bertenang. Ini tak akan berlaku hari ini. 343 00:17:17,079 --> 00:17:18,829 - Woody. - Apa pun, 344 00:17:18,914 --> 00:17:20,332 Brian Williams mungkin akan muncul. 345 00:17:20,415 --> 00:17:22,334 - Lebih baik begitu. - Pasti orang yang halang dia... 346 00:17:22,416 --> 00:17:24,252 Dia selamat dan terhidrat. 347 00:17:25,462 --> 00:17:26,797 Ya. Saya setuju dengan Woody. 348 00:17:26,880 --> 00:17:28,841 - Tidak. Kita takkan teruskan. - Betul. 349 00:17:28,924 --> 00:17:31,093 Dax setuju. Akan sampai dalam masa sejam. 350 00:17:31,176 --> 00:17:32,177 Ya. 351 00:17:32,261 --> 00:17:33,929 Saya nak pergi bermeditasi. 352 00:17:34,012 --> 00:17:35,848 Awak tahu siapa yang akan suka? 353 00:17:35,931 --> 00:17:37,266 Anak saudara saya, Petey. 354 00:17:37,349 --> 00:17:38,684 Dia sukakan Dax. 355 00:17:38,767 --> 00:17:41,228 Hei, Petey. Ini Mak Cik P. 356 00:17:41,311 --> 00:17:42,604 - Kamu nak tahu? - Kita dah cuba. 357 00:17:42,688 --> 00:17:45,232 Patutkah saya batalkan penculikan itu? 358 00:17:47,609 --> 00:17:48,986 Maaf, apa? 359 00:17:50,904 --> 00:17:52,281 Ayah nak kami bawa dia balik? 360 00:17:52,823 --> 00:17:55,868 Okey. Pasti mengambil masa yang lama. Bual lagi. 361 00:17:57,536 --> 00:17:59,830 Pusing. Kita akan kembali ke ladang. 362 00:17:59,913 --> 00:18:03,166 Tunggu. Kembali ke tempat sepatutnya? 363 00:18:03,250 --> 00:18:04,877 Saya diperdagangkan? 364 00:18:08,505 --> 00:18:10,424 Lebih kepada diculik. 365 00:18:11,717 --> 00:18:12,718 Ya. 366 00:18:12,801 --> 00:18:16,346 Mungkin lebih kepada penahanan sementara. 367 00:18:17,181 --> 00:18:19,057 Saya rasa pemerdagangan agak dramatik. 368 00:18:19,141 --> 00:18:20,851 BIAR SAYA URUSKANNYA. 369 00:18:21,727 --> 00:18:24,396 Alamak. Bendera itu. Pusingkannya supaya semua bintang hala ke sini. 370 00:18:24,479 --> 00:18:26,732 - Perry. - Ya. Kenapa? 371 00:18:27,441 --> 00:18:28,901 Saya tak peduli apa mereka cakap. 372 00:18:28,984 --> 00:18:32,070 Saya tak mahu anak saya muncul dalam televisyen 373 00:18:32,154 --> 00:18:34,531 dengan mata bengkak seperti itu. 374 00:18:34,615 --> 00:18:36,116 Ini permintaan sesama ibu. 375 00:18:36,200 --> 00:18:38,660 Awak seorang saja yang waras di sini. 376 00:18:38,744 --> 00:18:40,412 Seronok bercakap dengan orang dewasa. 377 00:18:40,495 --> 00:18:41,830 - Saya... - Ya, beri kepada saya. 378 00:18:41,914 --> 00:18:44,458 Okey, tukar kad di sana. Ya. Letak Matthew di kerusi perang. 379 00:18:44,541 --> 00:18:45,542 Okey. 380 00:18:55,594 --> 00:18:56,595 Aduhai. 381 00:18:57,804 --> 00:19:00,098 - Saya rindu rambut. - Boleh tinggalkan saya sekejap? 382 00:19:02,518 --> 00:19:06,188 Okey. Boleh ingatkan saya sekali lagi kenapa saya buat begini? 383 00:19:06,855 --> 00:19:08,565 Matthew, saya tak percaya 384 00:19:08,649 --> 00:19:12,694 dengan institusi secara am atau kerajaan teratur secara khusus. 385 00:19:12,778 --> 00:19:16,365 Malah, saya menyokong, penghapusannya. 386 00:19:16,448 --> 00:19:21,203 Tapi, saya percaya awak akan jadi gabenor terbaik di negeri ini. 387 00:19:21,286 --> 00:19:23,497 - Begitulah. - Dax Shepard dah sampai. 388 00:19:23,580 --> 00:19:25,165 Tiada autograf, tiada swafoto. 389 00:19:25,666 --> 00:19:26,667 Okey. 390 00:19:26,750 --> 00:19:29,461 Masa untuk beraksi. 391 00:19:30,712 --> 00:19:35,133 Hei, jika awak buntu di sana, pandang ke arah saya. 392 00:19:35,217 --> 00:19:36,677 Cari petunjuk saya. 393 00:19:38,178 --> 00:19:40,305 - Semoga berjaya, Gabenor. - Tekan rakam. 394 00:19:45,352 --> 00:19:48,981 Dia ada senyuman lesung pipit apabila bercakap tentang infrastruktur... 395 00:19:49,064 --> 00:19:52,067 - Serangan Dax. Kawan. Hei! - Woody, apa khabar? 396 00:19:52,150 --> 00:19:54,736 - Sihat. Aduhai. - Gembira jumpa awak. 397 00:19:54,820 --> 00:19:56,572 Apa yang berlaku? Itu bas awak? 398 00:19:56,655 --> 00:19:58,240 - Ya. Kami tinggal di dalam bas. - Wau. 399 00:19:58,323 --> 00:20:00,993 - Kewangan, semuanya okey? - Ya. 400 00:20:01,076 --> 00:20:03,036 Ada anjing bernama Woody Kecil. 401 00:20:03,120 --> 00:20:06,164 Saya menulis lagu menggunakan nama samaran. Tiada rungutan. 402 00:20:06,248 --> 00:20:08,417 - Okey. Ya. - Tapi, siapa nak dengar, bukan? 403 00:20:08,500 --> 00:20:10,752 - Tapi, saya rasa dia dah bersedia. - Awak boleh. 404 00:20:12,129 --> 00:20:13,547 - Lihatlah si kacak ini. - Hei. 405 00:20:13,630 --> 00:20:15,591 - Apa khabar? - Terima kasih sebab datang. 406 00:20:15,674 --> 00:20:17,217 - Ya. - Kenapa? Mata dicucuk? 407 00:20:17,301 --> 00:20:19,219 Saya terkena konjunktivitis. Ya. 408 00:20:19,303 --> 00:20:20,721 Nasib baik kita berpelukan. 409 00:20:21,638 --> 00:20:23,140 Bahan-bahan. 410 00:20:30,314 --> 00:20:31,899 Okey, ke udara. 411 00:20:33,317 --> 00:20:36,570 - Matthew, sahabat. Gembira bertemu. - Terima kasih kerana datang. 412 00:20:36,653 --> 00:20:37,988 Awak ada banyak bakat. 413 00:20:38,071 --> 00:20:42,534 Awak pemenang Oscar. Dua kali awak tulis buku terlaris. 414 00:20:42,618 --> 00:20:43,911 - Sebenarnya, tiga. Ya. - Tiga? 415 00:20:43,994 --> 00:20:48,207 - Awak profesor pelawat di UT? - Ya, saya cipta dua kelas di sana. 416 00:20:48,290 --> 00:20:51,585 Hebat. Kita boleh berbual sejam tentang mana-mana topik itu. 417 00:20:51,668 --> 00:20:53,295 Tapi, itu bukan tujuan kita hari ini. 418 00:20:53,378 --> 00:20:55,214 Ada aktiviti baharu yang awak nak umumkan? 419 00:20:55,297 --> 00:20:59,927 Ya. Hari ini, saya dengan berbesar hati dan dengan rendah diri ingin mengumumkan 420 00:21:00,010 --> 00:21:04,598 yang saya akan bertanding sebagai gabenor negeri Texas yang hebat. 421 00:21:04,681 --> 00:21:08,310 Daripada Wooderson menjadi calon gabenor. 422 00:21:08,393 --> 00:21:10,020 Saya warga Texas generasi kelima. 423 00:21:10,103 --> 00:21:13,148 Saya tahu pencapaian dulu, sekarang dan hala tuju negeri ini. 424 00:21:13,232 --> 00:21:17,069 Saya tahu orang Texas mahukan pekerjaan yang baik. 425 00:21:17,152 --> 00:21:18,612 Sekolah yang selamat untuk kanak-kanak. 426 00:21:18,695 --> 00:21:21,698 Undang-undang dan ketenteraman yang bertanggungjawab dan paling penting, 427 00:21:21,782 --> 00:21:24,034 mereka mahu gabenor yang boleh dipercayai. 428 00:21:24,117 --> 00:21:26,912 Itu yang saya mahu berikan kepada anda. 429 00:21:26,995 --> 00:21:27,996 Bagus. 430 00:21:28,080 --> 00:21:30,916 Semasa kita berbual selama ini, awak selalu ceritakan 431 00:21:30,999 --> 00:21:35,879 kisah Texas awak sebagai kisah antara awak dan ayah awak, Pak Mac. 432 00:21:35,963 --> 00:21:37,381 Dia orang Texas. 433 00:21:38,215 --> 00:21:44,847 Saya anggap diri saya sebagai anak Texas. 434 00:21:46,348 --> 00:21:51,436 Ya, jadi berdasarkan itu, saya boleh bayangkan reaksi awak 435 00:21:51,520 --> 00:21:55,983 apabila dapat tahu Pak Mac bukan ayah kandung awak. 436 00:21:57,192 --> 00:21:58,235 Apa dia cakap? 437 00:21:58,318 --> 00:22:01,238 Awak baru tahu tentangnya? 438 00:22:02,406 --> 00:22:05,033 Apa yang awak cakap ini? 439 00:22:05,117 --> 00:22:07,286 Ujian DNA yang mereka beri pada saya. 440 00:22:09,496 --> 00:22:10,706 {\an8}UJIAN DNA ROOTS 441 00:22:10,789 --> 00:22:13,876 Mula-mula, awak dapat tahu tentang ayah awak. 442 00:22:13,959 --> 00:22:18,505 Kemudian, dapat tahu awak dan kawan baik awak, 443 00:22:18,589 --> 00:22:19,965 Woody Harrelson, 444 00:22:20,048 --> 00:22:25,179 berkongsi ayah kandung. Pasti sukar dipercayai, bukan? 445 00:22:31,977 --> 00:22:33,937 Boleh kita berhenti sekejap? 446 00:22:48,785 --> 00:22:49,912 Apa yang berlaku? 447 00:22:58,378 --> 00:23:01,048 Apa ini? Betulkah? 448 00:23:01,924 --> 00:23:05,385 Saya pun baru tahu. 449 00:23:05,469 --> 00:23:07,638 - Tapi, awak tahu. - Tak, saya tak tahu. 450 00:23:07,721 --> 00:23:10,015 Woody, nama awak ada dalam analisis ini. 451 00:23:10,098 --> 00:23:12,059 Saya mahu bercakap dengan awak tentangnya. 452 00:23:12,142 --> 00:23:15,103 Tapi, saya tak mahu cakap sehingga saya benar-benar... 453 00:23:16,230 --> 00:23:18,065 - Ayah? - Petunjuk? 454 00:23:19,441 --> 00:23:20,442 Sayang, awak okey? 455 00:23:31,787 --> 00:23:34,456 - Okey. - Matthew. 456 00:23:36,834 --> 00:23:37,835 Mata saya. 457 00:24:58,665 --> 00:25:00,667 Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias