1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 3 00:00:55,222 --> 00:00:58,225 Jiwa yang lembut dan bijak. 4 00:01:06,233 --> 00:01:07,442 Adakah awak masih ingat... 5 00:01:11,738 --> 00:01:13,448 ketika kita mempunyai segalanya? 6 00:01:18,662 --> 00:01:19,746 Adakah awak bermimpi... 7 00:01:22,583 --> 00:01:24,126 tentang waktu kita terpaksa beredar? 8 00:01:52,112 --> 00:01:53,405 Ketika awak membimbing kami keluar... 9 00:01:58,869 --> 00:02:00,913 dan bagaimana segalanya bermula. 10 00:02:04,458 --> 00:02:07,794 DICERITAKAN OLEH CHIWETEL EJIOFOR 11 00:02:10,964 --> 00:02:15,969 RATU GAJAH 12 00:03:37,509 --> 00:03:42,764 Kisah kami bermula di tebing lopak air yang dipenuhi akibat ribut. 13 00:03:52,316 --> 00:03:56,778 Di kalangan kelompok besar di sini ialah gajah bergading gergasi terakhir di dunia. 14 00:03:59,406 --> 00:04:04,036 Keturunan mulia yang dahulunya meliputi seluruh Afrika. 15 00:04:19,927 --> 00:04:22,513 Ratu bagi semua gajah itu adalah Athena. 16 00:04:32,940 --> 00:04:37,611 Athena yang berumur 50 tahun ialah ketua bagi keluarga luasnya. 17 00:04:40,614 --> 00:04:43,033 Seperti kebanyakan daripada kita, Athena mempunyai jiran. 18 00:04:44,034 --> 00:04:45,661 Ini adalah kisah mereka juga. 19 00:04:51,041 --> 00:04:55,087 Keluarga Athena terdiri daripada gajah-gajah betina dan anak-anaknya. 20 00:05:08,809 --> 00:05:13,897 Gajah-gajah itu sangat rapat sehingga anak-anak gajah itu seperti adik-beradik. 21 00:05:21,613 --> 00:05:25,492 Keluarga Athena bergantung kepada pengalaman dan kebijaksanaannya 22 00:05:26,076 --> 00:05:29,496 kerana Athena membuat keputusan yang menentukan kelangsungan hidup semua. 23 00:05:32,499 --> 00:05:36,170 Anak gajah betina Athena yang terbaru, Princess, berumur setahun. 24 00:05:36,670 --> 00:05:38,589 Tenang seperti ibunya. 25 00:05:43,844 --> 00:05:45,387 Kemudian ada pula Wewe, 26 00:05:46,096 --> 00:05:47,514 anak gajah jantan yang nakal dalam kumpulan itu. 27 00:05:59,359 --> 00:06:01,653 Wewe sentiasa cuba untuk berkawan dengan Princess. 28 00:06:02,613 --> 00:06:07,075 Tapi cubaannya agak melampau dan Wewe sentiasa ditimpa masalah. 29 00:06:19,713 --> 00:06:23,258 Sebagai anak gajah jantan, Wewe akan tinggal bersama keluarga sehingga remaja 30 00:06:24,343 --> 00:06:27,179 dan selepas itu meninggalkan kumpulannya untuk menyertai kumpulan gajah jantan. 31 00:06:30,057 --> 00:06:32,768 Mimi adalah anak gajah yang paling muda dalam keluarga itu. 32 00:06:33,393 --> 00:06:34,937 Mimi dilahirkan semasa cuaca ribut. 33 00:06:38,065 --> 00:06:41,401 Ia adalah hari pertama untuk pembelajaran seumur hidupnya. 34 00:06:51,036 --> 00:06:54,831 Untuk dua tahun berikutnya, Mimi akan bergantung sepenuhnya kepada susu ibunya. 35 00:07:00,087 --> 00:07:04,216 Ibunya, Mala, melahirkan anak hanya sekali dalam masa lima tahun, 36 00:07:04,842 --> 00:07:07,094 menjadikan setiap anak itu berharga. 37 00:07:12,850 --> 00:07:15,060 Walaupun Mala adalah ibu yang menyusukannya, 38 00:07:15,769 --> 00:07:17,855 Mimi akan dijaga dengan baik oleh semua gajah itu 39 00:07:18,397 --> 00:07:21,066 kerana satu kumpulan diperlukan untuk membesarkan anak gajah. 40 00:07:36,790 --> 00:07:39,251 Ini adalah tanah Athena. 41 00:07:39,877 --> 00:07:42,504 Buat masa sekarang, ia mempunyai segala-galanya yang kumpulan itu perlukan. 42 00:07:46,466 --> 00:07:49,511 Setiap hari, Athena membawa keluarganya ke lopak air utama 43 00:07:51,305 --> 00:07:53,307 dan itu mengganggu jiran-jirannya. 44 00:07:56,768 --> 00:07:58,145 Tapi jiran-jirannya memerlukan gajah-gajah itu 45 00:07:59,897 --> 00:08:03,650 kerana gajah-gajah itu yang membuat lopak air dan sekarang mengekalkannya. 46 00:08:12,993 --> 00:08:17,664 Tapi bagi katak kuak, kerja pembinaan itu seperti takkan berakhir. 47 00:08:32,346 --> 00:08:36,058 Kebanyakan jiran-jiran keluarga itu hanya setinggi kuku kaki gajah. 48 00:08:39,811 --> 00:08:45,025 Walau bagaimanapun, semua haiwan itu bergantung kepada kawan gergasi mereka. 49 00:08:55,953 --> 00:08:58,664 Lopak air itu adalah kediaman semua binatang itu. 50 00:08:59,706 --> 00:09:01,583 Tapi sebaik saja matahari terbit, 51 00:09:02,960 --> 00:09:04,169 ia mula mengecil. 52 00:09:04,795 --> 00:09:07,256 Jadi perlumbaan untuk membesarkan keluarga bagi setiap binatang bermula. 53 00:09:10,050 --> 00:09:12,261 Katak kuak memulakannya dengan segera 54 00:09:13,220 --> 00:09:15,305 dan tak lama lagi akan ada berudu-berudu. 55 00:09:20,394 --> 00:09:23,897 Di bawah semua binatang itu, ikan killi tak tahu 56 00:09:23,981 --> 00:09:27,150 bagaimana atau bilakah keluarga Athena akan membantunya. 57 00:09:28,193 --> 00:09:31,154 Buat masa ini, ikan killi hanya memberi tumpuan kepada satu sama lain. 58 00:09:36,326 --> 00:09:40,038 Setiap kali ikan jantan memeluk ikan betina, ikan betina bertelur... 59 00:09:42,082 --> 00:09:43,125 dan kemudian menanamnya. 60 00:10:02,269 --> 00:10:05,981 Menjelang senja, Athena tahu dirinya harus sentiasa berjaga-jaga. 61 00:10:06,773 --> 00:10:11,195 Jadi keluarganya akan tidur berdiri untuk melindungi Wewe dan Mimi dengan baik. 62 00:10:22,706 --> 00:10:24,041 Tapi untuk sesetengah jirannya, 63 00:10:26,627 --> 00:10:28,670 keseronokan baru saja bermula. 64 00:10:45,312 --> 00:10:50,192 Jika anda adalah katak buih betina, seekor pasangan adalah tak mencukupi. 65 00:10:50,943 --> 00:10:53,904 Katak betina itu mengajak sekumpulan besar katak ke satu parti buih. 66 00:10:58,992 --> 00:11:02,329 Ia adalah acara pertama untuk musim ini di lopak air Athena. 67 00:11:06,416 --> 00:11:09,253 Katak betina itu akan bertelur di dalam buih yang dikeluarkan oleh katak jantan 68 00:11:10,295 --> 00:11:12,256 dan telur-telur itu akan membesar dengan selamat di dalamnya. 69 00:11:21,974 --> 00:11:25,269 Di atas, seekor angsa Mesir dah mendahului. 70 00:11:28,522 --> 00:11:30,691 Angsa itu bertelur beberapa minggu yang lalu. 71 00:11:36,196 --> 00:11:39,074 Ia akan memakan masa dua bulan sebelum anak-anak angsa itu sedia untuk terbang. 72 00:11:41,368 --> 00:11:44,663 Sehingga itu, lopak air ini adalah kediaman anak-anak angsa ini. 73 00:12:02,723 --> 00:12:06,310 Disebabkan Mimi masih muda, Athena takkan berpindah jauh dari air. 74 00:12:07,477 --> 00:12:12,232 Athena sentiasa berwaspada sehingga anak gajah mula membesar dan lebih kuat. 75 00:12:15,986 --> 00:12:18,488 Ia adalah kali pertama Wewe bertemu dengan anak gajah yang lebih muda 76 00:12:19,406 --> 00:12:21,533 dan Wewe buat yang terbaik untuk berkawan. 77 00:12:44,598 --> 00:12:46,850 Sementara beberapa haiwan baru mula membuat sarang, 78 00:12:47,434 --> 00:12:48,977 yang lain pula hampir siap. 79 00:12:50,187 --> 00:12:52,189 Ia adalah malam yang panjang bagi katak-katak buih itu 80 00:12:53,398 --> 00:12:54,858 dan katak-katak itu mula letih. 81 00:12:59,947 --> 00:13:03,075 Tapi bagi seekor katak, sekurang-kurangnya ada sebuah teksi untuk pulang. 82 00:13:18,131 --> 00:13:21,218 Kadangkala, katak buih dibawa berjalan 83 00:13:21,718 --> 00:13:22,970 sama ada dengan rela atau tidak. 84 00:13:49,246 --> 00:13:51,498 Katak buih rasa gembira dapat duduk di bawah cahaya matahari. 85 00:13:54,001 --> 00:13:55,794 Tapi ia boleh menyebabkan kulit anak gajah terselar, 86 00:13:56,503 --> 00:13:59,673 jadi Wewe tunjukkan kepada Mimi tempat paling baik untuk berteduh. 87 00:14:13,687 --> 00:14:15,272 Sementara kehidupan masih senang, 88 00:14:15,355 --> 00:14:18,817 Athena boleh bertenang dan membenarkan anak-anak gajah berehat. 89 00:14:22,279 --> 00:14:24,865 Tapi Wewe tak berehat dengan lama. 90 00:14:25,866 --> 00:14:27,826 Wewe teruja dengan kedatangan Mimi 91 00:14:28,285 --> 00:14:30,746 dan cuba mengejut kawan barunya untuk bermain. 92 00:14:38,462 --> 00:14:40,214 Mimi perlu berehat sementara masih ada masa. 93 00:14:41,715 --> 00:14:45,260 Mimi perlu menjadi kuat supaya dapat mengikut keluarganya. 94 00:14:54,478 --> 00:14:58,190 Ibu Angsa mahu membawa anak-anaknya ke lopak air yang selamat. 95 00:15:00,734 --> 00:15:02,319 Ia juga adalah hari pertama untuk ibu angsa dan anak-anaknya. 96 00:15:02,736 --> 00:15:06,073 Selepas malam yang memenatkan, angsa-angsa itu tak mahu tergesa-gesa. 97 00:15:10,202 --> 00:15:15,249 Lagipun, apa yang ibu angsa cadangkan memerlukan keyakinan yang tinggi. 98 00:15:26,760 --> 00:15:28,512 Anak-anak angsa itu mempunyai naluri yang bercanggah 99 00:15:28,595 --> 00:15:32,057 di antara tinggal bersama-sama dan menyertai ibu dan bapa. 100 00:16:13,724 --> 00:16:15,809 Ia hanya memerlukan lintasan terbang untuk meyakinkan anak-anak angsa itu 101 00:16:16,476 --> 00:16:20,898 yang peluang terbaik untuk hidup adalah dengan berada berhampiran ibu dan bapa. 102 00:16:27,946 --> 00:16:31,491 Dalam mana-mana keluarga, sentiasa ada seorang yang lambat dan terakhir. 103 00:16:32,409 --> 00:16:33,619 Kita akan memanggilnya Stephen. 104 00:16:35,495 --> 00:16:37,998 Ibu bapa bergantung kepada anak-anak untuk mengikut mereka 105 00:16:38,498 --> 00:16:41,001 jadi mereka tak tahu yang Stephen dah ketinggalan. 106 00:17:45,232 --> 00:17:49,319 Kadangkala, yang terakhir dan terlewat juga bertuah. 107 00:17:57,911 --> 00:17:59,830 Pengetahuan Athena tentang tanah ini 108 00:17:59,913 --> 00:18:03,500 telah diturunkan daripada ibu kepada anak betina selama berabad-abad. 109 00:18:05,836 --> 00:18:08,422 Gadingnya adalah yang terbesar di antara semua ketua. 110 00:18:14,595 --> 00:18:17,890 Takuk itu hasil daripada mengoyakkan rumput dan pokok menjalar selama bertahun. 111 00:18:26,940 --> 00:18:31,111 Pokok menjalar yang paling disukai Athena berbunga beberapa hari saja dalam setahun. 112 00:18:31,778 --> 00:18:33,572 Athena tahu di mana mahu mencarinya. 113 00:18:36,533 --> 00:18:39,536 Peluang menikmati jamuan besar mengalihkan perhatian keluarga itu 114 00:18:39,620 --> 00:18:41,538 daripada apa yang berlaku pada ketinggian kuku jari kaki 115 00:18:42,539 --> 00:18:44,958 jadi terpulang kepada jiran-jirannya untuk beralih. 116 00:18:57,221 --> 00:19:00,307 Kameleon bergantung kepada penyamarannya untuk perlindungan. 117 00:19:12,819 --> 00:19:15,781 Tapi ada masanya di mana memilih untuk kekal dan menyamar 118 00:19:16,657 --> 00:19:18,408 adalah keputusan paling teruk untuk dibuat. 119 00:19:29,336 --> 00:19:30,963 Kameleon itu mungkin tak pernah 120 00:19:33,507 --> 00:19:35,217 rasa sebegitu cemas sebelum ini. 121 00:20:04,872 --> 00:20:06,290 Bagi keluarga Athena, 122 00:20:06,373 --> 00:20:09,877 kehidupan di tempat tinggal semasa musim hujan memerlukan rentak yang lembut. 123 00:20:11,545 --> 00:20:13,505 Athena akan membiarkan gajah-gajah itu makan sehingga cuaca menjadi panas 124 00:20:14,047 --> 00:20:15,924 dan kemudian membawa gajah-gajah itu minum. 125 00:20:21,972 --> 00:20:24,141 Baru empat hari saja ribut berlalu 126 00:20:25,475 --> 00:20:28,187 tapi sarang katak buih itu telah dibakar di bawah cahaya matahari. 127 00:20:29,146 --> 00:20:30,105 Berudu-berudu itu dah bersedia. 128 00:20:49,499 --> 00:20:54,254 Untuk beberapa minggu seterusnya, lopak air ini adalah kediaman berudu itu. 129 00:20:59,259 --> 00:21:02,596 Berudu-berudu itu menetas tanpa disedari oleh keluarga Athena 130 00:21:05,265 --> 00:21:06,517 tapi ia akan disedari 131 00:21:06,600 --> 00:21:09,353 oleh ikan killi dan tuntung yang hidup di bawahnya. 132 00:21:23,784 --> 00:21:25,619 Hanya tuntung yang paling besar saja dapat mencapainya. 133 00:21:35,712 --> 00:21:40,467 Hadiahnya ialah meringue dengan isi berudu yang lembut. 134 00:22:11,665 --> 00:22:13,584 Ia adalah kali pertama Mimi berada di dalam air. 135 00:22:14,418 --> 00:22:16,086 Jadi Mimi bermula di tempat yang cetek 136 00:22:16,920 --> 00:22:18,881 dan Mimi tak perlukan galakan. 137 00:22:27,598 --> 00:22:31,101 Bagi keluarga Athena, ini adalah syurga. 138 00:22:36,690 --> 00:22:41,069 Tapi lopak air ini takkan bertahan lama melainkan hujan turun semula. 139 00:22:45,324 --> 00:22:49,161 Jika itu terjadi, Athena tahu keluarganya terpaksa keluar dari tanah itu. 140 00:22:50,579 --> 00:22:53,332 Jadi gajah-gajah itu harus makan dan minum dengan banyak sementara ia masih ada. 141 00:23:02,674 --> 00:23:05,469 Princess belajar apa yang boleh dimakan dengan mengikut ibunya. 142 00:23:06,887 --> 00:23:08,639 Tapi anak-anak gajah masih menyusu 143 00:23:09,389 --> 00:23:13,227 dan ia memberikan Wewe masa untuk berlatih kemahiran kaki dan belalainya. 144 00:23:19,650 --> 00:23:23,153 Tapi ia akan ambil masa berbulan sebelum Wewe mencapai tahap kawalan seperti ini. 145 00:23:32,371 --> 00:23:35,040 Athena sedar musim kering akan tiba. 146 00:23:35,999 --> 00:23:38,710 Satu-satunya cara untuk menghadapinya ialah dengan menambah berat. 147 00:23:39,837 --> 00:23:41,713 Itu bermakna makan dengan banyak. 148 00:23:47,261 --> 00:23:50,180 Tapi apa yang dimakan, harus dikeluarkan. 149 00:23:54,101 --> 00:23:57,396 Bagi kumbang tinja, ia adalah pemberian daripada Tuhan. 150 00:24:45,485 --> 00:24:47,779 Mesej itu sudah tersebar luas. 151 00:24:48,488 --> 00:24:49,865 Sebab kumbang tinja lain mula menuju ke sana, 152 00:24:50,824 --> 00:24:52,993 tiada masa untuk makan tengah hari yang santai. 153 00:24:54,244 --> 00:24:57,789 Kumbang tinja itu perlu menjadikannya bola dan bergolek dari situ dengan segera 154 00:24:58,665 --> 00:25:00,459 kerana ada perompak di luar sana. 155 00:25:58,976 --> 00:26:03,021 Pemenangnya sekarang harus mencari tanah yang cukup lembut untuk menanam bolanya 156 00:26:03,647 --> 00:26:05,524 supaya kumbang ini dapat makan tanpa gangguan. 157 00:26:13,657 --> 00:26:15,242 Selain memberi kumbang tinja makan, 158 00:26:15,993 --> 00:26:19,371 keluarga Athena memberikan perkhidmatan berkebun percuma kepada tanah ini. 159 00:26:23,000 --> 00:26:26,128 Kebanyakan benih yang dimakan tak dihadam 160 00:26:27,087 --> 00:26:30,632 dan ditanam di dalam bebola kompos ke mana saja gajah-gajah itu pergi. 161 00:26:39,892 --> 00:26:41,768 Kura-kura sedang menunggu seseorang. 162 00:26:43,687 --> 00:26:48,400 Kura-kura ini ada rancangan, jadi ia perlu makan sementara masih boleh. 163 00:26:56,283 --> 00:27:01,830 Dengan tiada tanda untuk hujan, setiap hari semakin panas dan haiwan mula tegang. 164 00:27:10,214 --> 00:27:13,217 Disebabkan gajah-gajah semakin dekat dan anak-anak yang masih muda, 165 00:27:14,927 --> 00:27:17,012 angsa-angsa ini perlu mengekalkan jarak yang selamat. 166 00:27:18,555 --> 00:27:22,184 Tapi dengan paras air semakin menurun dan sekumpulan gajah yang panas, 167 00:27:22,267 --> 00:27:23,644 ia menjadi sukar. 168 00:27:38,033 --> 00:27:40,661 Angsa-angsa itu mengelak daripada bertindak balas terhadap pembuli. 169 00:27:47,835 --> 00:27:52,047 Untuk menutup malunya, gajah itu memukul seekor burung merpati. 170 00:28:24,746 --> 00:28:27,916 Sekali lagi, Stephen keluar dengan lewat. 171 00:28:28,542 --> 00:28:29,793 Stephen ditinggalkan. 172 00:28:55,986 --> 00:28:58,322 Kali ini Stephen dah tersesat. 173 00:29:08,207 --> 00:29:10,375 Bagi si kura-kura, keadaan semakin baik. 174 00:29:11,084 --> 00:29:13,212 Seekor kura-kura betina datang untuk minum. 175 00:29:14,129 --> 00:29:16,673 Kura-kura jantan itu boleh memintasnya dengan mudah. 176 00:29:17,216 --> 00:29:21,386 Tapi untuk menarik minatnya, kura-kura jantan itu harus membuktikan staminanya. 177 00:29:24,056 --> 00:29:25,682 Itu bermakna pergi berjalan-jalan. 178 00:29:28,352 --> 00:29:30,062 Berjalan jauh. 179 00:29:39,821 --> 00:29:42,783 Stephen tak pernah melihat makhluk seperti itu sebelum ini. 180 00:29:49,581 --> 00:29:51,750 Tapi Stephen harus belajar sendiri 181 00:29:51,834 --> 00:29:55,170 jika mahu mempunyai harapan untuk bertemu semula dengan keluarganya. 182 00:30:44,136 --> 00:30:45,929 Daripada yang terakhir dan terlewat, 183 00:30:46,388 --> 00:30:49,224 Stephen dah berubah menjadi sesat dan bertuah. 184 00:31:08,911 --> 00:31:13,040 Beberapa jiran Athena singgah hanya ketika padang rumput mula kering 185 00:31:13,498 --> 00:31:14,666 dan makanan boleh didapati. 186 00:31:17,586 --> 00:31:20,881 Burung berek-berek menyertai keluarga Athena hanya untuk beberapa hari 187 00:31:21,673 --> 00:31:24,593 ketika belalang di tanah itu cukup sedap untuk dimakan. 188 00:31:26,261 --> 00:31:28,597 Burung-burung itu bergantung kepada keluarga itu untuk mengeluarkan belalang. 189 00:31:52,955 --> 00:31:57,251 Persahabatan burung berek-berek hanya bertahan selagi ada belalang di situ. 190 00:32:01,797 --> 00:32:04,758 Sebaik saja belalang habis dimakan, burung-burung itu akan pergi. 191 00:32:11,139 --> 00:32:14,601 Stephen teruja dengan belalang sama seperti yang lain. 192 00:32:18,897 --> 00:32:22,734 Stephen mungkin kurang kemampuan tapi bukan cita-cita. 193 00:32:29,408 --> 00:32:33,245 Pada paras kuku kaki, kumbang tinja masih meneruskan misinya. 194 00:32:34,580 --> 00:32:37,332 Kumbang ini mungkin kelihatan seperti menolak bolanya ke hadapan 195 00:32:37,416 --> 00:32:41,086 tapi sebenarnya kumbang itu terbalik dan menggeleceknya ke belakang. 196 00:32:43,338 --> 00:32:46,466 Kumbang itu tak nampak ke mana hala tujunya tapi ia tak risau. 197 00:32:48,177 --> 00:32:52,014 Kegigihannya luar biasa berbanding saiznya. 198 00:32:53,765 --> 00:32:57,144 Dengan memiliki bola itu sekarang ini, sukar untuk kumbang itu melepaskannya, 199 00:33:00,105 --> 00:33:02,608 tak kira betapa besarnya pihak lawan. 200 00:33:49,821 --> 00:33:51,823 Kumpulan Athena masih belum menjaringkan skor 201 00:33:51,907 --> 00:33:53,784 tapi gajah-gajah itu dah menendang bola itu keluar, 202 00:33:54,493 --> 00:33:57,788 dan ini membenarkan kumbang tinja itu memilikinya semula. 203 00:34:12,177 --> 00:34:15,304 Keluarga Athena jarang dapat berjumpa dengan sesetengah jiran mereka. 204 00:34:18,976 --> 00:34:22,603 Tuntung melarikan diri apabila mendengar gajah-gajah itu menghampiri. 205 00:34:42,875 --> 00:34:44,501 Tapi ribut itu berlaku beberapa minggu yang lalu 206 00:34:45,460 --> 00:34:49,547 dan air begitu cetek sehingga tiada tempat untuk menyorok. 207 00:35:03,645 --> 00:35:06,273 Ikan killi juga mendapati dirinya tersadai. 208 00:35:08,400 --> 00:35:10,694 Lopak air itu adalah dunianya sebelum ini. 209 00:35:11,570 --> 00:35:15,824 Tapi dengan air yang begitu sedikit, masanya hampir tamat. 210 00:35:24,917 --> 00:35:26,710 Dengan parti di lopak menjadi semakin lasak, 211 00:35:27,836 --> 00:35:29,338 semua haiwan berisiko untuk menjadi penyek. 212 00:35:33,008 --> 00:35:35,636 Jadi haiwan yang boleh beredar terus berlari keluar. 213 00:35:43,268 --> 00:35:45,479 Itu hanya menarik perhatian. 214 00:36:09,795 --> 00:36:11,672 Gajah hidup dengan sentuhan. 215 00:36:12,965 --> 00:36:16,927 Gajah menggunakan belalai yang sensitif dan kaki untuk meneroka sesuatu yang baru. 216 00:36:18,554 --> 00:36:21,932 Tiada niat jahat di sini, hanya sifat ingin tahu. 217 00:36:36,405 --> 00:36:39,449 Di kalangan gajah, sifat agresif jarang dilihat. 218 00:36:42,911 --> 00:36:44,413 Walaupun dengan gajah-gajah jantan 219 00:36:44,496 --> 00:36:47,624 yang menyertai keluarga Athena di jenut garam tanah itu. 220 00:36:51,253 --> 00:36:54,173 Sebaliknya, terdapat sapaan, 221 00:36:54,256 --> 00:36:56,300 pengiktirafan status secara senyap 222 00:36:58,135 --> 00:36:59,303 dan kemudian berkongsi. 223 00:37:24,703 --> 00:37:27,789 Melombong tanah yang kaya dengan garam memerlukan latihan. 224 00:37:28,832 --> 00:37:32,961 Ia tentang koordinasi antara kaki dan belalai dan kemudian mengawal nafas. 225 00:37:40,636 --> 00:37:42,638 Bagi Wewe, ia satu cabaran. 226 00:37:44,556 --> 00:37:48,185 Jika Wewe bernafas terlalu kuat, habuk yang gatal terus naik ke dalam hidungnya. 227 00:37:49,895 --> 00:37:52,648 Tapi Wewe cuba menahan daripada bersin. 228 00:38:08,205 --> 00:38:13,168 Ia sungguh mengganggu sehingga Wewe terlupa kawannya untuk seketika. 229 00:38:30,769 --> 00:38:32,521 Mimi sentiasa kelihatan lapar 230 00:38:33,564 --> 00:38:35,107 tapi Mimi tak menyusu dengan lama. 231 00:38:41,113 --> 00:38:43,782 Waktu itulah kakaknya, Milly, campur tangan 232 00:38:45,033 --> 00:38:46,994 dan cuba menjauhkan Wewe. 233 00:38:51,957 --> 00:38:53,917 Mala tak menghasilkan susu yang cukup 234 00:38:56,795 --> 00:38:58,964 dan Mimi perlukan susu sebanyak yang boleh. 235 00:39:15,147 --> 00:39:18,275 Pada penghujung setiap hari, semua haiwan sudah kepenatan. 236 00:39:25,407 --> 00:39:29,244 Ibu Angsa tak tahu yang Stephen masih hilang. 237 00:40:01,443 --> 00:40:05,280 Di seluruh tanah itu, kebanyakan lopak air dah mengering 238 00:40:06,031 --> 00:40:08,075 dan Athena merasa gelisah. 239 00:40:09,368 --> 00:40:11,537 Athena tahu kumpulannya harus bergerak sekarang 240 00:40:12,371 --> 00:40:16,458 tapi Athena bimbang Mimi mungkin tak cukup kuat untuk melakukan perjalanan. 241 00:40:19,628 --> 00:40:21,964 Mimi nampaknya agak gementar dengan situasi 242 00:40:22,047 --> 00:40:24,341 yang kebanyakan anak gajah boleh menghadapi dengan mudah. 243 00:40:36,895 --> 00:40:40,816 Bagi kawan-kawannya, sukar untuk mengetahui sama ada Mimi dalam masalah 244 00:40:40,899 --> 00:40:42,484 atau hanya amat penat. 245 00:40:52,995 --> 00:40:55,247 Tapi apabila Athena berbunyi, "Teruskan," 246 00:40:55,831 --> 00:40:57,666 semua gajah harus mengikut. 247 00:41:01,753 --> 00:41:04,631 Bagi anak gajah, tiada yang lebih teruk 248 00:41:04,715 --> 00:41:07,176 daripada mengetahui dirinya akan ditinggalkan. 249 00:41:18,770 --> 00:41:22,816 Bukan Athena saja yang rasa perubahan akan tiba. 250 00:41:28,363 --> 00:41:32,034 Dalam tempoh semalaman, keluarga baru katak kuak dah mempunyai kaki 251 00:41:33,285 --> 00:41:36,747 dan sekarang bersemangat untuk tinggalkan air untuk mulakan hidup di darat. 252 00:41:43,545 --> 00:41:47,674 Katak-katak itu bernasib baik kerana tulang barunya masih sangat lembut. 253 00:42:14,076 --> 00:42:17,538 Tapi katak-katak itu tak berani mengambil risiko dengan gajah seberat tiga tan. 254 00:42:49,361 --> 00:42:52,739 Athena masih belum bergerak ke tempat perlindungan musim kemarau lagi 255 00:42:53,699 --> 00:42:55,701 kerana ia masih sukar bagi Mimi. 256 00:43:02,708 --> 00:43:04,543 Mimi perlukan galakan daripada ibunya. 257 00:43:29,985 --> 00:43:33,363 Sebab musim kering sudah bermula, tak boleh berpatah balik lagi. 258 00:43:35,407 --> 00:43:38,535 Tapi kadangkala, alam semula jadi bermurah hati 259 00:43:38,994 --> 00:43:41,038 dan memulangkan semula apa yang telah diambil. 260 00:44:11,443 --> 00:44:14,029 Harap-harap malam Stephen keseorangan 261 00:44:14,112 --> 00:44:17,324 telah menunjukkan padanya betapa keluarganya amat diperlukan. 262 00:44:25,707 --> 00:44:28,126 Anak-anak katak yang terakhir sudah bersedia untuk naik ke darat. 263 00:44:29,711 --> 00:44:32,464 Tapi anak katak yang muncul dahulu lebih besar. 264 00:44:33,632 --> 00:44:34,633 Dan sedang menunggu. 265 00:44:59,950 --> 00:45:02,202 Untuk katak kuak dapatkan permulaan hidup yang terbaik, 266 00:45:03,620 --> 00:45:07,249 mempunyai mulut yang besar dan saudara yang kecil dapat membantu. 267 00:45:22,514 --> 00:45:25,684 Di tanah itu, tempoh berminggu tanpa hujan telah mula menunjukkan kesannya. 268 00:45:26,351 --> 00:45:28,812 Tapi jika Athena ragu-ragu tentang apa yang bakal mendatang, 269 00:45:29,271 --> 00:45:31,940 ketibaan kawanan besar burung mengesahkannya. 270 00:45:53,212 --> 00:45:57,549 Disebabkan tanah berhampiran telah kering, burung quelea terpaksa berpindah. 271 00:46:17,694 --> 00:46:20,822 Ketibaan burung-burung itu secara mendadak boleh jadi menakutkan. 272 00:46:28,830 --> 00:46:33,001 Burung-burung itu minum dalam sehari apa yang keluarga Athena minum dalam seminggu. 273 00:47:02,614 --> 00:47:06,201 Setelah burung-burung itu pergi, lopak air itu telah diminum sehingga kering. 274 00:47:18,380 --> 00:47:20,966 Keluarga Athena akan menggunakan lumpur sebagai pelindung daripada matahari. 275 00:47:22,092 --> 00:47:24,011 Ini sangat penting bagi ikan killi 276 00:47:24,887 --> 00:47:27,306 kerana ikan killi menyembunyikan telur-telurnya di dalam lumpur. 277 00:47:31,143 --> 00:47:33,979 Telur-telur itu menjadi ikan kecil tanpa menetas. 278 00:47:35,480 --> 00:47:37,733 Ikan-ikan kecil itu dapat bertahan selama berminggu tanpa air. 279 00:47:38,984 --> 00:47:41,069 Jadi apabila keluarga Athena berpindah, 280 00:47:41,486 --> 00:47:43,780 gajah-gajah itu akan membawa penumpang-penumpang kecil bersama. 281 00:47:48,410 --> 00:47:52,539 Dengan cara ini, anak-anak ikan killi dapat berpindah di antara lopak-lopak air 282 00:47:53,165 --> 00:47:54,499 dengan menunggang gajah. 283 00:48:14,770 --> 00:48:16,855 Athena sepatutnya sudah bergerak sekarang 284 00:48:17,523 --> 00:48:21,360 tapi sumber air kekal yang terdekat hampir 161 kilometer jauhnya. 285 00:48:23,362 --> 00:48:27,366 Athena menunggu dengan harapan Mimi akan menjadi lebih kuat. 286 00:48:32,955 --> 00:48:37,084 Sekarang Mala bersifat sangat melindungi sehingga Wewe juga tak dialu-alukan. 287 00:48:43,382 --> 00:48:46,134 Kakak Mimi, Milly, dapat memberikannya hiburan 288 00:48:46,218 --> 00:48:49,137 tapi bukan susu yang Mimi sangat perlukan. 289 00:48:52,516 --> 00:48:56,103 Hanya masa menentukan sama ada keputusan Athena untuk tunggu adalah betul. 290 00:48:59,231 --> 00:49:00,649 Sekarang Athena tak mempunyai pilihan. 291 00:49:01,900 --> 00:49:03,360 Tanah itu tak mempunyai air 292 00:49:04,653 --> 00:49:06,655 dan di hadapan gajah-gajah itu lopak air semakin kering. 293 00:49:08,240 --> 00:49:10,450 Gajah-gajah itu harus pergi ke tempat perlindungan. 294 00:49:48,697 --> 00:49:51,575 Sekarang Mala dan Milly bekerjasama. 295 00:50:36,828 --> 00:50:38,580 Walau sebanyak mana Athena inginkannya, 296 00:50:39,164 --> 00:50:43,961 sebagai ketua, Athena tak boleh melebihkan keperluan Mimi daripada gajah-gajah lain. 297 00:51:18,620 --> 00:51:20,956 Sementara Mala dan Mimi pergi menghilangkan dahaga, 298 00:51:21,790 --> 00:51:23,959 Athena akan membawa gajah-gajah lain untuk makan 299 00:51:24,543 --> 00:51:27,045 kerana Athena harus cuba seimbangkan keperluan semua gajah. 300 00:52:21,266 --> 00:52:26,021 Mimi yang terdesak untuk minum bermakna susu Mala sudah kering. 301 00:52:27,606 --> 00:52:28,774 Tapi Mala tak tahu tentangnya. 302 00:52:29,942 --> 00:52:33,445 Mala tahu anak gajah yang lemah mudah terperangkap di dalam lumpur 303 00:52:34,279 --> 00:52:37,824 dan nalurinya membuatkan Mala cuba menjauhkan Mimi dengan apa cara sekalipun. 304 00:53:24,329 --> 00:53:25,956 Mimi masih lagi belum bercerai susu. 305 00:53:26,498 --> 00:53:28,500 Jadi jika Mimi tak mendapat susu, 306 00:53:29,168 --> 00:53:30,752 Mimi tak mendapat makanan. 307 00:54:03,285 --> 00:54:06,413 Ada masanya seorang ibu memerlukan sokongan anaknya. 308 00:54:19,510 --> 00:54:21,136 Itulah fungsi keluarga. 309 00:55:04,680 --> 00:55:06,473 Keesokan harinya lebih panas 310 00:55:07,015 --> 00:55:09,601 dan keadaan Athena yang susah bertambah buruk. 311 00:55:13,939 --> 00:55:16,149 Athena tak mahu meninggalkan Mimi 312 00:55:16,233 --> 00:55:19,069 tapi Athena juga tak boleh membiarkan seluruh keluarganya menanggung risiko. 313 00:55:30,789 --> 00:55:33,041 Athena tahu kumpulannya telah tiba di kolam yang terakhir. 314 00:55:34,126 --> 00:55:36,170 Yang akan menjadi kering hari ini. 315 00:55:39,798 --> 00:55:44,303 Seekor tuntung dapat merasakannya juga dan akan mengorek sedalam yang boleh. 316 00:55:46,221 --> 00:55:50,309 Tuntung itu lebih rela dipijak daripada terperangkap dalam musim kering. 317 00:56:03,238 --> 00:56:05,365 Mala takkan berputus asa. 318 00:56:41,610 --> 00:56:46,573 Tapi akhirnya, jantung Mimi yang kecil tak mampu meneruskannya lagi. 319 00:59:35,617 --> 00:59:38,412 Bagi seorang ibu, tiada perasaan yang lebih teruk. 320 01:00:00,559 --> 01:00:04,897 Kadangkala, walaupun menyedihkan, kematian dapat melegakan penderitaan. 321 01:00:21,496 --> 01:00:25,667 Tapi bagi Wewe, kehilangan seorang kawan amat sukar baginya. 322 01:00:38,931 --> 01:00:41,558 Athena tahu perjalanannya tak boleh ditangguh lagi. 323 01:00:42,601 --> 01:00:45,687 Ia akan mengambil masa tiga hari untuk tiba tempat perlindungan musim kering. 324 01:00:46,605 --> 01:00:48,106 Sudah lama sangat Athena menangguh 325 01:00:49,107 --> 01:00:51,527 sehingga tiada tempat untuk berhenti minum sepanjang perjalanan. 326 01:01:10,879 --> 01:01:13,674 Tiada masa untuk berhenti dan memujuk Wewe. 327 01:01:36,822 --> 01:01:38,991 Di belakang kumpulan itu, di mana terdapatnya sebuah lopak air sebelum ini 328 01:01:39,491 --> 01:01:42,536 telah menjadi tanah lembut yang dicari oleh kumbang tinja. 329 01:01:49,918 --> 01:01:52,129 Ikan killi hanya tinggal kenangan. 330 01:01:58,093 --> 01:02:02,598 Katak kuak menggali untuk menghabiskan beberapa bulan seterusnya di dalam tanah. 331 01:02:08,187 --> 01:02:10,522 Sudah dua bulan sejak Stephen menetas. 332 01:02:11,190 --> 01:02:13,525 Anak-anak angsa itu sudah dewasa. 333 01:02:27,039 --> 01:02:29,249 Angsa-angsa itu juga akan menuju ke tempat perlindungan. 334 01:02:40,219 --> 01:02:43,263 Mengikut laluan yang sama seperti gajah-gajah itu. 335 01:02:47,809 --> 01:02:51,563 Setiap hari, Athena berhenti seketika supaya kumpulannya dapat makan. 336 01:02:55,984 --> 01:02:57,528 Kumpulannya melayan Wewe dengan lebih lembut sekarang. 337 01:02:58,487 --> 01:03:00,280 Malah Princess juga lebih bersabar. 338 01:03:15,587 --> 01:03:17,506 Milly tiada susu untuk diberi 339 01:03:18,173 --> 01:03:20,759 tapi penyusuan Wewe memberikan keselesaan kepada keduanya. 340 01:03:38,777 --> 01:03:43,031 Jalan keluar Athena dari tanah itu ialah peta minda laluan gajah 341 01:03:43,824 --> 01:03:47,286 yang dipelajari daripada ibunya dan tak pernah dilupakan. 342 01:03:53,834 --> 01:03:55,711 Ada tanah tandus untuk diseberangi. 343 01:05:02,986 --> 01:05:04,446 Tapi gajah-gajah itu tak bersendirian. 344 01:05:05,906 --> 01:05:08,325 Semua haiwan menuju ke tempat perlindungan itu. 345 01:05:35,018 --> 01:05:38,063 Tempat perlindungan itu ialah lopak air daripada sumber air bawah tanah. 346 01:05:39,189 --> 01:05:42,860 Walaupun pada kemuncak musim kering, ada air yang cukup untuk semua. 347 01:06:18,061 --> 01:06:21,648 Bersama-sama dengan kumpulan gajah itu, keluarga Stephen akan menjadi pelarian, 348 01:06:23,233 --> 01:06:26,403 yang menunggu di sini sehingga hujan turun dan semua haiwan dapat pulang. 349 01:07:13,867 --> 01:07:16,578 Athena datang ke sini hanya pada tahun kemarau yang paling teruk. 350 01:07:18,205 --> 01:07:22,042 Ia adalah satu keadaan di mana statusnya sebagai ketua dapat ditandingi. 351 01:07:56,994 --> 01:08:01,206 Ini adalah Satao, raja bagi semua gajah. 352 01:08:03,083 --> 01:08:05,586 Gajah dengan gading yang sangat besar. 353 01:08:14,845 --> 01:08:17,305 Satao ialah gergasi yang lembut 354 01:08:19,057 --> 01:08:20,975 yang dihormati semua gajah. 355 01:09:15,738 --> 01:09:17,866 Satao berada di tanah gersang sepanjang tahun 356 01:09:18,825 --> 01:09:22,203 dan akan gunakan peluang ini untuk cari gajah betina yang sedia untuk mengawan. 357 01:09:34,508 --> 01:09:37,135 Nusu ialah gajah betina muda dalam keluarga Athena. 358 01:09:38,428 --> 01:09:39,763 Tapi Nusu sedang sarat mengandung. 359 01:10:01,201 --> 01:10:04,955 Buat kali pertama sejak Mimi mati, Wewe berseronok. 360 01:10:08,166 --> 01:10:10,836 Ia adalah peluang baginya untuk bertemu anak gajah daripada keluarga lain. 361 01:10:18,969 --> 01:10:23,056 Apabila Wewe dah penat bermain, keluarganya sentiasa ada untuk membantu. 362 01:10:41,992 --> 01:10:46,413 Ketika musim kering berterusan, makanan di tempat perlindungan sukar didapati. 363 01:10:52,669 --> 01:10:56,507 Jadi setiap petang, keluarga Athena harus berjalan lebih jauh untuk makan. 364 01:11:20,030 --> 01:11:23,909 Selepas setiap perjalanan keluar, semua gajah itu harus kembali ke lopak air. 365 01:11:38,465 --> 01:11:39,675 Ia adalah tali keselamatan kumpulan itu. 366 01:11:40,717 --> 01:11:43,136 Tapi ia menambat kumpulan itu kepada tempat perlindungan 367 01:11:43,220 --> 01:11:45,347 dan keadaan menjadi semakin sulit. 368 01:11:55,148 --> 01:11:58,902 Gajah-gajah itu kekurangan tenaga kerana hampir semua benda telah dimakan. 369 01:12:01,572 --> 01:12:05,909 Apa yang bermula sebagai tempat perlindungan dah bertukar menjadi penjara. 370 01:12:17,629 --> 01:12:19,173 Apabila hujan tak turun, 371 01:12:19,756 --> 01:12:22,968 cuaca yang bermula sebagai musim kering bertukar menjadi kemarau. 372 01:12:23,760 --> 01:12:27,639 Kesan dan kematian daripadanya mula meningkat. 373 01:12:55,042 --> 01:12:56,543 Athena tak berani untuk pergi 374 01:12:57,211 --> 01:13:00,130 kerana tiada punca air lain yang berhampiran. 375 01:13:17,981 --> 01:13:23,028 Dalam kemarau seperti ini, kelaparan ialah punca kematian, bukan kehausan. 376 01:13:27,324 --> 01:13:31,036 Bagi semua gajah itu, hanya menunggu masa untuk mati. 377 01:14:07,531 --> 01:14:12,244 Sepanjang hayatnya selama 50 tahun, Athena tak pernah mengalami kemarau begitu teruk. 378 01:14:17,541 --> 01:14:21,420 Keputusan yang harus dibuatnya sekarang sangat kritikal. 379 01:14:31,471 --> 01:14:34,975 Kali ini, nyawa seluruh keluarganya dalam bahaya. 380 01:14:36,643 --> 01:14:39,271 Jika Athena kekal di sana, gajah-gajah itu akan kebuluran. 381 01:14:40,647 --> 01:14:42,608 Tapi jika Athena pergi pada waktu yang salah, 382 01:14:43,567 --> 01:14:44,985 semua gajah itu akan mati kehausan. 383 01:14:49,573 --> 01:14:54,369 Walau apa pun keputusannya, itu adalah tanggungjawabnya sendiri. 384 01:15:13,096 --> 01:15:14,598 Gajah-gajah itu begitu mempercayainya 385 01:15:15,516 --> 01:15:19,811 sehingga tiada gajah yang teragak-agak ketika Athena mahu kembali ke tanahnya. 386 01:15:25,943 --> 01:15:27,986 Kerana Athena ialah ketua kumpulan itu. 387 01:15:29,613 --> 01:15:31,281 Gajah-gajah itu akan mengikutnya ke mana saja. 388 01:16:21,498 --> 01:16:24,543 Di tanah Athena, keadaannya sama. 389 01:16:54,531 --> 01:17:00,704 Di mana ada lopak air sebelum ini, haiwan yang tertanam masih hidup tapi terkubur. 390 01:17:04,458 --> 01:17:07,294 Terperangkap dalam keadaan hibernasi. 391 01:17:19,640 --> 01:17:22,476 Bagi semua haiwan yang ada, untuk memulihkan keadaan, 392 01:17:23,602 --> 01:17:24,686 hujan harus turun. 393 01:17:43,497 --> 01:17:44,873 Ketika berada di tanah tandus, 394 01:17:45,499 --> 01:17:48,335 keluarga itu cuba yang terbaik untuk melindungi Wewe daripada matahari. 395 01:18:03,642 --> 01:18:06,395 Tapi Wewe harus berjalan dua langkah untuk menyamai satu langkah gajah-gajah itu. 396 01:18:12,526 --> 01:18:14,444 Itu memberikan kesan yang buruk. 397 01:18:53,567 --> 01:18:55,444 Apabila Athena akhirnya berhenti, 398 01:18:56,361 --> 01:19:01,074 ia bukan untuk mencari makanan tapi untuk memperingati salah seekor gajah. 399 01:19:27,935 --> 01:19:30,771 Untuk seketika, kemarau dilupakan 400 01:19:31,522 --> 01:19:34,441 ketika gajah-gajah itu memahami apa yang terjadi. 401 01:19:35,734 --> 01:19:38,570 Apa maknanya menjadi seekor gajah. 402 01:20:12,646 --> 01:20:15,691 Tempat yang dituju masih lagi dilanda kemarau. 403 01:21:08,285 --> 01:21:10,704 Tanah itu hanya sehari perjalanan jauhnya 404 01:21:11,538 --> 01:21:15,042 dan satu perkara saja yang boleh membuat Athena berhenti. 405 01:21:24,843 --> 01:21:27,471 Selepas mengandung bayinya selama hampir dua tahun, 406 01:21:29,056 --> 01:21:30,724 Nusu melahirkan anaknya. 407 01:21:35,646 --> 01:21:37,314 Bayinya adalah betina. 408 01:21:45,239 --> 01:21:47,491 Bayi itu tak tahu keadaan ketika dilahirkan. 409 01:21:50,536 --> 01:21:53,163 Keutamaannya ialah mencari makanannya yang pertama. 410 01:22:03,006 --> 01:22:06,218 Seperti biasa, Wewe berminat untuk berkawan. 411 01:22:44,715 --> 01:22:47,342 Ia kelihatan seperti waktu paling teruk untuk dilahirkan. 412 01:22:52,639 --> 01:22:54,349 Tapi Athena tahu ia bukan begitu. 413 01:22:57,269 --> 01:23:01,190 Selama beribu tahun, spesisnya dianggap berkebolehan untuk memanggil hujan. 414 01:23:03,483 --> 01:23:07,237 Sebenarnya ialah Athena dapat rasakan hujan akan turun 415 01:23:07,321 --> 01:23:09,406 ketika ia masih 161 kilometer jauhnya. 416 01:23:39,686 --> 01:23:43,065 Hanya ada satu cara untuk mengimbangkan semula tanah itu. 417 01:24:37,369 --> 01:24:39,538 Sudah setahun sejak gajah-gajah itu melihat air mengalir 418 01:24:40,038 --> 01:24:41,415 dan ia memang mengejutkan. 419 01:25:05,189 --> 01:25:09,735 Di Afrika, lahir pada waktu peralihan hujan ialah tanda bertuah. 420 01:25:12,696 --> 01:25:14,990 Kerana hujan sentiasa diraikan. 421 01:25:57,241 --> 01:26:01,912 Sekali lagi, laluan gajah akan menyalurkan air untuk mengisi lopak-lopak air. 422 01:26:17,177 --> 01:26:19,972 Di bawah tanah, hujan adalah panggilan untuk bangun. 423 01:28:03,617 --> 01:28:06,703 Sama seperti setiap senyuman yang meninggalkan kesan pada muka, 424 01:28:07,704 --> 01:28:11,124 setiap perjalanan meninggalkan bekasnya pada benua ini. 425 01:28:18,131 --> 01:28:20,259 Angsa-angsa muda itu masih lagi satu kumpulan yang rapat. 426 01:28:21,301 --> 01:28:24,513 Tapi tak lama lagi angsa-angsa itu akan mula mencari pasangan sendiri. 427 01:28:38,402 --> 01:28:42,739 Seperti biasa, Stephen yang terakhir dan lewat. 428 01:29:04,303 --> 01:29:07,097 Cubaan untuk memikat kura-kura adalah perlahan tapi berterusan 429 01:29:08,348 --> 01:29:10,267 tapi akhirnya kura-kura jantan itu diterima. 430 01:29:37,794 --> 01:29:41,632 Sekali lagi, lopak air itu akan menjadi tali keselamatan bagi semua haiwan. 431 01:30:00,484 --> 01:30:03,779 Bagi Wewe, kediaman sendiri paling selesa. 432 01:30:07,407 --> 01:30:10,953 Lebih-lebih lagi apabila dapat mengongsikannya dengan kawan baru. 433 01:30:25,759 --> 01:30:28,762 Kemarau yang teruk membawa hujan yang lebat. 434 01:30:30,264 --> 01:30:34,309 Tumbuhan baru yang meluas di tanah itu menarik keluarga-keluarga lain 435 01:30:34,393 --> 01:30:36,854 dengan cara yang tak pernah terjadi selama berdekad. 436 01:30:53,954 --> 01:30:58,625 Untuk beberapa hari, satu kumpulan besar dengan 1,000 ekor gajah terbentuk. 437 01:30:59,418 --> 01:31:02,713 Perhimpunan gajah yang terbesar di dunia. 438 01:31:32,326 --> 01:31:35,454 Perjalanan itu membuatkan Wewe dan Princess semakin rapat 439 01:31:36,455 --> 01:31:39,166 dan langkah pertama untuk memperoleh pengetahuan 440 01:31:39,249 --> 01:31:41,251 yang akan membantu kedua gajah itu sepanjang hidup. 441 01:31:44,296 --> 01:31:46,465 Tiada lagi kemarau untuk ditempuhi 442 01:31:47,591 --> 01:31:51,803 tapi keluarga Athena takkan lupakan ketua luar biasa 443 01:31:52,471 --> 01:31:55,641 yang membimbing keluarga itu keluar dan membawanya pulang. 444 01:32:20,958 --> 01:32:24,127 Hanya sedikit gajah bergading gergasi seperti itu yang masih hidup. 445 01:32:29,883 --> 01:32:34,596 Hari ini, satu sudut kecil di benua ini masih milik gajah-gajah ini. 446 01:32:39,226 --> 01:32:42,354 Ia mengingatkan kita bagaimana keadaan zaman dahulu... 447 01:32:45,148 --> 01:32:48,193 ketika seluruh Afrika adalah milik gajah-gajah itu. 448 01:33:06,920 --> 01:33:13,010 UNTUK MEMPERINGATI SATAO & ATHENA 449 01:33:14,178 --> 01:33:18,515 DIBUNUH OLEH PEMBURU HARAM KETIKA PEMBIKINAN FILEM INI 450 01:33:18,599 --> 01:33:21,602 SATAO ADALAH GAJAH BERGADING TERBESAR DI DUNIA 451 01:33:23,896 --> 01:33:30,903 KALI TERAKHIR DILIHAT MEMBAWA KELUARGANYA KELUAR DARI TANAH ITU 452 01:33:32,946 --> 01:33:38,785 KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG GAJAH & CARA ANDA DAPAT MEMBANTUNYA 453 01:35:48,165 --> 01:35:54,171 DITUJUKAN SEMPENA MEMPERINGATI KAWAN & MENTOR KAMI ALAN ROOT 454 01:36:05,390 --> 01:36:07,392 Terjemahan sari kata oleh: Nazri Yusof