1 00:00:05,922 --> 00:00:07,924 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:15,181 --> 00:00:16,808 ADAPTASI THE KINGDOM OF THE GODS 3 00:02:54,591 --> 00:02:56,301 Jangan sesekali kamu 4 00:02:57,135 --> 00:02:58,887 melihat tempat peraduan tuanku. 5 00:02:59,512 --> 00:03:00,597 Kamu faham? 6 00:03:02,181 --> 00:03:03,683 Ya, tuan. 7 00:05:53,102 --> 00:05:56,981 RAJA TELAH MANGKAT. ANGIN BARU BERTIUP. 8 00:06:05,114 --> 00:06:06,949 - Kami patut mati! - Kami patut mati! 9 00:06:07,450 --> 00:06:09,994 Lebih 100 pengumuman yang sama ditampal 10 00:06:10,078 --> 00:06:11,829 di seluruh Hanyang malam tadi. 11 00:06:12,705 --> 00:06:14,332 Paduka Raja, yang sihat walafiat 12 00:06:15,041 --> 00:06:16,417 telah mangkat? 13 00:06:24,509 --> 00:06:26,052 Tangkap orang-orang yang menampal, 14 00:06:26,135 --> 00:06:27,428 menulis, 15 00:06:27,512 --> 00:06:28,971 atau memberi arahan menulisnya. 16 00:06:29,055 --> 00:06:31,182 Tangkap semua sekali. 17 00:06:31,682 --> 00:06:33,392 Hamba akan hapuskan keluarganya. 18 00:06:38,731 --> 00:06:40,024 Sama juga dengan 19 00:06:41,275 --> 00:06:44,403 orang-orang yang hanya melihat semasa pengumuman ini ditampal 20 00:06:45,988 --> 00:06:46,906 di seluruh ibu kota. 21 00:06:46,989 --> 00:06:49,242 Tuan, jangan bunuh hamba. 22 00:06:49,325 --> 00:06:51,160 Tuan, tolonglah! 23 00:06:51,244 --> 00:06:52,995 Ampunkan hamba, tuan. 24 00:06:53,704 --> 00:06:54,705 - Tolong, tuan! - Tuan! 25 00:06:54,789 --> 00:06:56,249 Jangan bunuh hamba! 26 00:07:04,132 --> 00:07:07,260 Puak Haewon Cho sedang mengumpulkan semua sarjana muda. 27 00:07:11,013 --> 00:07:12,932 Jangan. Oh, Tuhan! Apa yang tuan lakukan? 28 00:07:13,015 --> 00:07:15,268 Tidak! Gyeong-seok! 29 00:07:15,351 --> 00:07:17,186 Gyeong-seok! Oh, Tuhan! 30 00:07:17,270 --> 00:07:19,272 Gyeong-seok! 31 00:07:25,945 --> 00:07:27,155 Tangkap mereka! 32 00:07:34,328 --> 00:07:37,457 Sudah sepuluh hari berlalu sejak tuanku gering sakit cacar. 33 00:07:37,832 --> 00:07:41,502 Dua orang yang pernah melihat tuanku sepanjang sepuluh hari ini 34 00:07:41,586 --> 00:07:44,505 hanya Bendahara Negeri Cho Hak-ju dan anaknya, Permaisuri kedua. 35 00:07:45,006 --> 00:07:47,383 Sebab itulah banyak khabar angin 36 00:07:47,467 --> 00:07:49,844 tuanku telah mangkat tersebar. 37 00:08:07,445 --> 00:08:08,529 Berhenti! 38 00:08:10,948 --> 00:08:15,953 Kami menerima laporan 89 sarjana dari pelbagai pertubuhan di Hanyang 39 00:08:16,037 --> 00:08:18,581 bekerjasama untuk menyebarkan pengumuman ini. 40 00:08:18,664 --> 00:08:20,249 Lekas mengaku! 41 00:08:20,333 --> 00:08:24,670 Orang pertama yang mengaku, nyawanya akan selamat! 42 00:08:24,837 --> 00:08:28,257 Siapa pengkhianat sebenar negeri kita? 43 00:08:28,341 --> 00:08:31,219 Dengan pemerintahan kucar-kacir dan ugutan, 44 00:08:32,470 --> 00:08:37,266 keluarga Permaisuri yang jahat sibuk memenuhkan perut sendiri. 45 00:08:38,309 --> 00:08:39,435 Pengkhianat? 46 00:08:41,687 --> 00:08:43,731 Carilah dalam Puak Haewon Cho! 47 00:08:43,814 --> 00:08:46,150 Biadab! Tutup mulut kamu! 48 00:08:46,234 --> 00:08:48,444 Orang-orang Puak Haewon Cho umpama nyamuk 49 00:08:49,695 --> 00:08:51,822 yang menghisap darah rakyat. 50 00:08:52,532 --> 00:08:55,535 Apa beza mereka dengan babi makan najis? 51 00:08:55,618 --> 00:08:58,579 Mungkin ada baiknya Paduka Raja mangkat. 52 00:08:58,996 --> 00:09:01,916 Baginda ialah raja lemah yang menyerahkan negeri 53 00:09:02,375 --> 00:09:05,878 kepada Datuk Cho Hak-ju, ketua babi-babi itu! 54 00:09:05,962 --> 00:09:07,129 Kurang ajar! 55 00:09:07,755 --> 00:09:11,050 Kamu kata lebih baik tuanku mangkat? 56 00:09:11,425 --> 00:09:13,427 Kamu mengaku telah khianat? 57 00:09:27,233 --> 00:09:29,402 Jadi "angin baru" itu merujuk kepada siapa? 58 00:09:29,944 --> 00:09:33,030 Kamu mahu berkhidmat dengan raja mana? 59 00:09:34,240 --> 00:09:37,285 Putera Mahkota? 60 00:09:38,369 --> 00:09:40,413 TONGMYEONGJEON 61 00:10:11,861 --> 00:10:12,862 Tuanku Putera Mahkota. 62 00:10:13,696 --> 00:10:15,865 Sudah beberapa hari kamu menunggu di sini 63 00:10:15,948 --> 00:10:18,492 walaupun kita tak boleh bergerak. 64 00:10:19,076 --> 00:10:21,787 Sudah sepuluh hari ayahanda gering, 65 00:10:22,705 --> 00:10:24,915 tetapi kita tak mampu berbuat apa-apa. 66 00:10:25,958 --> 00:10:28,461 Kita kecewa tak dapat jalankan tugas sebagai puteranya. 67 00:10:30,755 --> 00:10:33,257 Izinkan kita masuk ke istana ayahanda 68 00:10:33,758 --> 00:10:35,760 dan berada di samping ayahanda. 69 00:10:35,843 --> 00:10:38,471 Ayahandamu gering kerana sakit cacar. 70 00:10:38,554 --> 00:10:42,391 Jika kamu berjangkit dan sakit semasa menjaga tuanku, 71 00:10:42,475 --> 00:10:44,769 siapa yang akan mentadbir negeri? 72 00:10:44,852 --> 00:10:47,605 Sebagai kerabat diraja tertinggi, kita tak akan izinkan, 73 00:10:48,189 --> 00:10:49,565 jadi berangkatlah dari sini. 74 00:10:52,109 --> 00:10:53,903 Jika begitu, beritahu kita. 75 00:10:56,614 --> 00:10:58,157 Benarkah 76 00:10:58,991 --> 00:11:00,409 ayahanda masih hidup? 77 00:11:09,168 --> 00:11:13,673 Mungkin kamu belajar untuk taat kepada ayahandamu, 78 00:11:14,298 --> 00:11:16,842 tetapi tidak kepada bondamu. 79 00:11:17,176 --> 00:11:20,554 Sanggup kamu ingkar kepada kita di depan semua hamba istana? 80 00:11:20,638 --> 00:11:22,723 Begitu sekali kamu membenci kita? 81 00:11:24,266 --> 00:11:28,104 Atau kamu membenci 82 00:11:30,064 --> 00:11:31,899 adindamu yang belum lahir ini? 83 00:11:33,317 --> 00:11:35,277 Tuanku, kita tak berani... 84 00:11:35,361 --> 00:11:36,487 Jika bukan begitu, 85 00:11:38,155 --> 00:11:39,490 silalah berangkat pulang. 86 00:11:41,784 --> 00:11:44,036 Apa yang kamu semua tunggu? Iringi Putera Mahkota. 87 00:12:10,855 --> 00:12:12,898 Beta mesti bertemu ayahanda. 88 00:12:13,858 --> 00:12:15,317 Beta akan ke istana Raja. 89 00:12:19,071 --> 00:12:20,990 Ampun tuanku, tuanku sudah lupa? 90 00:12:21,073 --> 00:12:25,077 Paduka Permaisuri menitahkan tuanku dijauhkan dari istana Raja. 91 00:12:25,161 --> 00:12:26,078 Ke tepi. 92 00:12:27,288 --> 00:12:28,706 Beta kata ke tepi! 93 00:12:31,208 --> 00:12:32,418 Tolong fahami keadaan ini. 94 00:12:33,002 --> 00:12:34,503 Kamu berkhidmat dengan siapa? 95 00:12:36,338 --> 00:12:38,048 Kamu anggap siapa raja negeri ini? 96 00:12:38,757 --> 00:12:40,801 Ayahanda beta atau Puak Haewon Cho? 97 00:12:41,719 --> 00:12:44,013 Ada sesiapa dalam istana ini 98 00:12:44,680 --> 00:12:47,892 yang tak menurut arahan Puak Haewon Cho? 99 00:12:48,350 --> 00:12:49,643 Tuanku Putera. 100 00:12:50,269 --> 00:12:52,480 - Tolong fahami keadaan! - Tolong fahami keadaan! 101 00:12:57,776 --> 00:12:59,153 Panggil Mu-yeong. 102 00:13:24,637 --> 00:13:25,930 Ampun, tuanku. 103 00:13:42,488 --> 00:13:45,866 Mengapa tuanku buang sesuatu yang lebih bernilai dari gaji tahunan patik? 104 00:13:48,577 --> 00:13:50,704 Jika tuanku mahu mengamuk, 105 00:13:51,664 --> 00:13:53,916 tujukanlah kepada Paduka Permaisuri. 106 00:13:53,999 --> 00:13:56,418 Kemurnian putera mahkota ialah taat kepada ibu bapa. 107 00:13:56,961 --> 00:13:59,713 Beta mesti menunaikannya. Jika tidak, beta akan digulingkan. 108 00:14:00,005 --> 00:14:02,424 Perempuan itu memang masih muda, 109 00:14:03,092 --> 00:14:04,802 tetapi dia tetap bonda beta. 110 00:14:04,885 --> 00:14:05,928 Oh, begitu. 111 00:14:06,679 --> 00:14:08,681 Tuanku Putera memang anak yang taat. 112 00:14:08,764 --> 00:14:10,432 Beta ada tugas untuk kamu. 113 00:14:16,063 --> 00:14:16,939 Adakah... 114 00:14:18,607 --> 00:14:22,194 Adakah patik perlu ke istana Raja dan melihat Paduka Raja? 115 00:14:23,237 --> 00:14:25,114 Ambil catatan di Rumah Sakit Diraja. 116 00:14:25,197 --> 00:14:28,742 Pengawal istana menjaga catatan itu siang dan malam. 117 00:14:28,951 --> 00:14:30,703 Bagaimana patik mampu mengambilnya? 118 00:14:30,786 --> 00:14:34,123 Buah pear dari Naju, buah delima dari Gochang 119 00:14:34,206 --> 00:14:37,084 dan manisan halia yang disediakan khas oleh Dapur Istana... 120 00:14:39,128 --> 00:14:41,589 Kamu sudah lupa apa yang kamu curi daripada beta? 121 00:14:41,672 --> 00:14:42,923 Ampun, tuanku. 122 00:14:43,007 --> 00:14:44,592 Ingat isteri kamu yang menyokong 123 00:14:44,675 --> 00:14:46,427 sehingga kamu lulus peperiksaan 124 00:14:46,510 --> 00:14:47,803 pada usia 40 tahun. 125 00:14:49,430 --> 00:14:53,017 Kamu mencuri dari meja manisan beta untuk diberi kepada isterimu 126 00:14:53,601 --> 00:14:55,019 yang mengandung 127 00:14:55,102 --> 00:14:56,979 setelah sepuluh tahun berkahwin, bukan? 128 00:14:57,062 --> 00:14:59,189 Ampun, tuanku. Tuanku tahu keadaan patik. 129 00:15:00,149 --> 00:15:02,484 Sampai bila tuanku nak gunakannya untuk ugut patik? 130 00:15:04,361 --> 00:15:06,614 Jika mereka tahu kamu mencuri, 131 00:15:08,032 --> 00:15:09,116 kamu akan dipecat. 132 00:15:09,199 --> 00:15:12,119 Sama juga jika patik ditangkap mencuri catatan itu. 133 00:15:12,202 --> 00:15:13,579 Baiklah. 134 00:15:15,080 --> 00:15:17,833 Beta dengar meja manisan malam ini ada lempeng daging. 135 00:15:20,252 --> 00:15:23,172 Tapi beta tak boleh memaksa kamu. 136 00:15:30,471 --> 00:15:33,849 Jika patik masuk sebelum matahari terbit apabila pengawal bertukar, 137 00:15:35,267 --> 00:15:37,019 mungkin patik boleh ambil catatan itu. 138 00:15:42,650 --> 00:15:46,070 Sebelum matahari terbit, para pengawal tak begitu peka. 139 00:15:46,403 --> 00:15:49,490 Mungkin patik boleh ambil jika patik masuk ketika pengawal bertukar. 140 00:17:24,084 --> 00:17:25,586 Paduka Raja hilang? 141 00:17:25,836 --> 00:17:27,171 Ampunkan hamba. 142 00:17:27,254 --> 00:17:29,006 Hamba cuma keluar sebentar... 143 00:17:29,131 --> 00:17:31,008 Jika mahu hidup lama, cari baginda. 144 00:17:31,508 --> 00:17:32,342 Sekarang! 145 00:17:37,389 --> 00:17:39,058 Ayahanda 146 00:17:39,850 --> 00:17:40,934 hilang? 147 00:20:03,744 --> 00:20:05,662 Tuanku buat apa di sini, Tuanku Putera? 148 00:20:08,415 --> 00:20:09,374 Ada 149 00:20:10,375 --> 00:20:11,752 sesuatu yang seram. 150 00:20:12,336 --> 00:20:13,420 Sesuatu yang seram? 151 00:20:14,004 --> 00:20:15,339 Bunyinya seperti binatang. 152 00:20:16,673 --> 00:20:19,009 Ia ada bau darah dan baunya sangat busuk. 153 00:20:19,885 --> 00:20:22,846 Ia bukan manusia. Bentuknya seperti hantu. 154 00:20:23,555 --> 00:20:24,932 Itu tak benar. 155 00:20:25,641 --> 00:20:27,309 Hantu di dalam istana Raja? 156 00:20:28,101 --> 00:20:29,519 Pasti tuanku tersilap. 157 00:20:29,603 --> 00:20:31,271 Kamu tidak percaya? 158 00:20:31,355 --> 00:20:35,108 Pasti tuanku letih kerana melutut dalam sesalan berhari-hari. 159 00:20:35,692 --> 00:20:37,486 Sila kembali ke kamar tuanku 160 00:20:37,569 --> 00:20:41,198 dan minta tabib memeriksa tuanku. 161 00:20:42,407 --> 00:20:44,618 Panggil pembantu Putera Mahkota mengiringinya. 162 00:20:59,174 --> 00:21:00,509 Ayahanda beta sudah ditemui? 163 00:21:01,093 --> 00:21:02,970 Apa maksud tuanku? 164 00:21:06,473 --> 00:21:07,516 Paduka Raja 165 00:21:08,850 --> 00:21:10,894 sedang berehat di peraduannya sekarang. 166 00:21:11,478 --> 00:21:13,021 Ada di peraduannya? 167 00:21:15,482 --> 00:21:18,360 Baik, beta mahu lihat sendiri. 168 00:21:22,572 --> 00:21:25,158 Ampun, Tuanku Putera. Sila berhenti. 169 00:21:25,242 --> 00:21:27,077 Ayahanda, ini Chang. 170 00:21:27,369 --> 00:21:28,745 Berhenti, Tuanku Putera. 171 00:21:28,829 --> 00:21:30,289 - Buka pintu. - Tidak! 172 00:21:30,372 --> 00:21:31,581 Buka sekarang juga! 173 00:21:37,379 --> 00:21:39,339 Berani kamu mengacukan 174 00:21:40,424 --> 00:21:42,009 pedangmu kepada beta? 175 00:21:42,592 --> 00:21:44,594 Ini arahan Paduka Permaisuri. 176 00:21:45,053 --> 00:21:46,972 Patik cuma menurut undang-undang istana. 177 00:21:47,055 --> 00:21:49,099 Bolehkah hulubalang biasa Tentera Diraja 178 00:21:50,100 --> 00:21:52,144 menitiskan darah kerabat diraja? 179 00:21:55,522 --> 00:21:56,857 Jika boleh, 180 00:21:59,359 --> 00:22:00,444 silakan. 181 00:22:13,874 --> 00:22:15,709 Di mana ayahanda? 182 00:22:17,377 --> 00:22:18,253 Mengapa? 183 00:22:18,837 --> 00:22:21,673 Tuanku bimbang tentang keselamatan ayahanda tuanku? 184 00:22:22,090 --> 00:22:23,300 Beta nampak 185 00:22:24,926 --> 00:22:27,429 hantu yang hodoh di dalam istana Raja. 186 00:22:28,680 --> 00:22:30,223 Patik juga nampak. 187 00:22:38,315 --> 00:22:41,610 Seorang anak berpura-pura risaukan bapanya 188 00:22:42,069 --> 00:22:45,906 sedangkan dalam hati, dia mahu bapanya mangkat 189 00:22:46,782 --> 00:22:49,117 untuk memastikan dirinya selamat dan mendapat kuasa. 190 00:22:49,951 --> 00:22:52,370 Itu hantu yang patik nampak. 191 00:22:53,371 --> 00:22:54,623 Bukan itu sahaja, 192 00:22:54,706 --> 00:22:56,583 patik nampak hantu 193 00:22:57,209 --> 00:22:58,710 yang penuh kejahatan 194 00:22:59,544 --> 00:23:02,881 dan mahu menggunakan anak itu untuk membunuh Paduka Raja 195 00:23:02,964 --> 00:23:04,633 dan mengambil alih negeri ini. 196 00:23:04,883 --> 00:23:06,635 Darah hantu-hantu itu memenuhi halaman 197 00:23:06,718 --> 00:23:08,929 Balai Siasatan Diraja. 198 00:23:09,221 --> 00:23:12,808 Apabila darah itu melimpah, ketua rancangan jahat itu, 199 00:23:14,851 --> 00:23:19,064 raja baru yang mahu ditabalkan, akan diketahui. 200 00:23:20,315 --> 00:23:21,441 Apabila tiba masanya, 201 00:23:22,734 --> 00:23:25,112 hulubalang biasa Tentera Diraja juga 202 00:23:25,821 --> 00:23:28,406 mungkin menitiskan darah kerabat diraja. 203 00:23:30,992 --> 00:23:35,122 Tuanku Putera boleh terus menunggu, tetapi Paduka Raja tidak akan kembali. 204 00:23:35,288 --> 00:23:39,084 Sakitnya sudah berkurangan, jadi baginda ke istana Permaisuri. 205 00:23:41,670 --> 00:23:42,712 Beom-il, 206 00:23:44,214 --> 00:23:45,924 iringi Paduka Putera Mahkota keluar. 207 00:23:46,716 --> 00:23:47,968 Ya, ayah. 208 00:24:18,415 --> 00:24:21,376 Pasti Tuanku Putera terkejut. 209 00:24:21,668 --> 00:24:23,628 Bawakan ubat supaya baginda bertenang. 210 00:24:39,811 --> 00:24:40,812 Ampun, tuanku. 211 00:24:43,106 --> 00:24:44,316 Dapat? 212 00:24:45,025 --> 00:24:45,859 Ya. 213 00:24:45,942 --> 00:24:49,321 Patik hampir tertangkap, tapi patik berjaya lari. 214 00:24:55,327 --> 00:24:57,704 Ayahanda rebah sepuluh hari lalu, 215 00:24:58,288 --> 00:24:59,497 pada hujung bulan. 216 00:25:04,294 --> 00:25:07,172 "Seram sejuk, demam 217 00:25:07,839 --> 00:25:08,882 dan sakit kepala. 218 00:25:10,800 --> 00:25:14,179 Diberi air rebusan untuk ruam beberapa kali, tapi tak berkesan. 219 00:25:16,556 --> 00:25:19,309 Demam terlalu panas, bukan cacar air. 220 00:25:21,228 --> 00:25:23,104 Tanda-tandanya parah. 221 00:25:25,732 --> 00:25:27,108 Mungkin tiada penawar." 222 00:25:29,402 --> 00:25:30,528 Tuanku Putera, 223 00:25:30,612 --> 00:25:32,364 mengapa tiada catatan lagi? 224 00:25:32,447 --> 00:25:33,615 Ini mustahil. 225 00:25:34,241 --> 00:25:37,535 Pekerja Rumah Sakit Diraja mesti buat catatan setiap hari. 226 00:25:38,995 --> 00:25:41,706 Tambahan pula, keadaan ayahanda teruk. 227 00:25:47,879 --> 00:25:49,631 Kecuali mereka sembunyikan sesuatu 228 00:25:51,383 --> 00:25:53,593 dan sengaja tidak buat catatan... 229 00:25:56,846 --> 00:25:59,599 Apa yang berlaku kepada ayahanda beta 230 00:26:00,642 --> 00:26:02,602 di istananya sendiri? 231 00:26:04,521 --> 00:26:05,522 Ampun, tuanku. 232 00:26:08,733 --> 00:26:10,527 Siapa Tabib Lee Seung-hui? 233 00:26:12,904 --> 00:26:16,032 Dia tabib diraja, tapi letak jawatan tiga tahun lalu. 234 00:26:16,908 --> 00:26:18,201 Bagaimana kamu kenal dia? 235 00:26:19,160 --> 00:26:22,664 Namanya ditulis dalam catatan terakhir tentang Paduka Raja. 236 00:26:25,000 --> 00:26:28,169 TABIB LEE SEUNG-HUI DARI JIYULHEON DI DONGNAE DIPANGGIL KE ISTANA 237 00:26:32,507 --> 00:26:33,883 Beta mesti menyamar. 238 00:26:34,426 --> 00:26:36,720 Ampun, tuanku. Menyamar? 239 00:26:37,137 --> 00:26:40,348 Jangan. Entah apa yang Paduka Permaisuri akan lakukan... 240 00:26:40,432 --> 00:26:42,350 Dia kata jangan masuk ke istana Raja. 241 00:26:42,767 --> 00:26:44,769 Dia tidak melarang beta meninggalkan istana. 242 00:26:45,020 --> 00:26:46,271 Tuanku Putera! 243 00:26:46,688 --> 00:26:47,856 Buat persiapan. 244 00:26:48,606 --> 00:26:51,026 Hanya kamu dan beta sahaja. 245 00:26:52,485 --> 00:26:53,737 Tapi bagaimana dengan 246 00:26:54,946 --> 00:26:56,323 lempeng daging? 247 00:27:04,289 --> 00:27:07,959 DONGNAE 248 00:27:09,502 --> 00:27:14,549 JIYULHEON 249 00:27:28,021 --> 00:27:31,733 Makan lebih sikit. Barulah pak cik lekas sembuh. 250 00:27:31,816 --> 00:27:33,485 Nanti pak cik makan. 251 00:27:35,403 --> 00:27:36,863 Tuan hamba panggil itu makanan? 252 00:27:37,781 --> 00:27:41,201 Mereka akan mati kebuluran sebelum penyakit membunuh mereka. 253 00:27:44,329 --> 00:27:48,041 Kerajaan sudah berjanji akan hantar beras kepada kita, 254 00:27:48,124 --> 00:27:49,751 jadi tunggulah sedikit lagi. 255 00:27:49,834 --> 00:27:51,378 Hamba tak percayakan mereka. 256 00:27:52,003 --> 00:27:53,755 Berpuluh orang mati setiap hari 257 00:27:53,838 --> 00:27:56,132 menunggu beras kerajaan. 258 00:28:00,595 --> 00:28:01,930 Berehatlah. 259 00:28:21,282 --> 00:28:22,826 Apa yang tuan hamba buat? 260 00:28:23,410 --> 00:28:27,163 Mereka semua akan lebih sakit jika mereka tak makan, 261 00:28:27,622 --> 00:28:28,998 jadi jaga mulut tuan hamba. 262 00:28:39,217 --> 00:28:40,718 Oh, ya, 263 00:28:40,802 --> 00:28:42,720 bila Tabib Lee itu akan pulang? 264 00:28:42,804 --> 00:28:45,056 Sudah hamba katakan, dia ke Hanyang. 265 00:28:45,181 --> 00:28:47,183 Jadi bila dia akan pulang? 266 00:28:47,267 --> 00:28:49,686 Hamba datang dari jauh sebab dia tabib terbaik. 267 00:28:51,229 --> 00:28:52,522 Luka itu boleh sembuh cepat 268 00:28:53,690 --> 00:28:56,317 kalau tuan hamba tutup mulut. 269 00:28:57,068 --> 00:28:58,486 Jadi, diam. 270 00:29:00,572 --> 00:29:01,614 Apa tuan hamba cakap... 271 00:29:03,408 --> 00:29:04,701 Apa... 272 00:29:08,705 --> 00:29:09,914 Kamu pandang apa? 273 00:29:21,050 --> 00:29:23,762 Ubat ini tak mujarab sebab mereka tak boleh makan banyak. 274 00:29:24,345 --> 00:29:25,472 Susahlah jika begini. 275 00:29:27,015 --> 00:29:29,058 - Tabib Lee sudah pulang! - Lekas! 276 00:29:29,225 --> 00:29:30,477 Tabib Lee sudah pulang! 277 00:29:34,981 --> 00:29:36,316 Itu dia! 278 00:30:01,090 --> 00:30:02,383 Selamat pulang, tuan. 279 00:30:06,513 --> 00:30:09,390 Ada masalah, tuan? 280 00:30:16,439 --> 00:30:17,690 Buat persiapan pengebumian. 281 00:30:18,858 --> 00:30:19,818 Apa? 282 00:30:20,276 --> 00:30:22,821 Pengebumian untuk siapa? 283 00:30:30,787 --> 00:30:31,830 Di sini. 284 00:30:34,624 --> 00:30:36,584 Tolong hamba. 285 00:30:39,379 --> 00:30:40,547 Mari kita buka. 286 00:30:48,805 --> 00:30:49,931 - Oh, Dan-i. - Ini Dan-i! 287 00:30:50,014 --> 00:30:51,850 - Oh, Tuhan. Dan-i! - Aduhai. 288 00:30:51,933 --> 00:30:53,393 - Apa yang terjadi? - Kenapa? 289 00:30:55,645 --> 00:30:57,647 - Oh, Tuhan. - Dan-i... 290 00:30:58,189 --> 00:30:59,566 Apa yang terjadi kepada Dan-i? 291 00:31:00,191 --> 00:31:01,442 Bagaimana dia jadi begini? 292 00:31:04,904 --> 00:31:06,239 Tuan! 293 00:31:06,489 --> 00:31:10,159 Tuan, apa yang terjadi? Cakaplah! 294 00:31:10,702 --> 00:31:13,454 Apa yang terjadi di Hanyang 295 00:31:14,205 --> 00:31:17,208 sehingga Dan-i pulang dalam keadaan begitu? 296 00:31:19,168 --> 00:31:20,837 Beritahulah hamba, tuan. 297 00:31:27,760 --> 00:31:29,095 Tak ada apa-apa terjadi. 298 00:31:30,889 --> 00:31:32,015 Tak ada. 299 00:31:33,933 --> 00:31:35,268 Tak ada apa-apa terjadi. 300 00:31:45,862 --> 00:31:47,864 HANYANG 301 00:31:47,989 --> 00:31:49,782 Katanya mereka akan gulingkan Raja, 302 00:31:49,866 --> 00:31:52,660 mahu Putera Mahkota naik takhta 303 00:31:53,369 --> 00:31:56,372 dan bentuk negeri baru. 304 00:31:57,373 --> 00:32:00,960 Ini bukti kukuh pengkhianatan. 305 00:32:02,128 --> 00:32:05,256 Kita mesti bawa Putera Mahkota ke Balai Siasatan Diraja 306 00:32:05,340 --> 00:32:07,300 dan soal baginda serta-merta. 307 00:32:07,383 --> 00:32:12,013 Di mana dan bagaimana datuk temui surat itu? 308 00:32:12,597 --> 00:32:15,099 Ada orang laporkan salah seorang sarjana 309 00:32:15,183 --> 00:32:17,977 yang ditangkap menyimpan surat ini di rumah. 310 00:32:18,061 --> 00:32:20,271 Bagus pemberi maklumat itu. 311 00:32:20,355 --> 00:32:24,400 Dia tahu setiap seorang daripada 89 orang sarjana yang khianat 312 00:32:24,484 --> 00:32:27,695 dan di mana surat rahsia yang tak diketahui kewujudannya disimpan. 313 00:32:28,613 --> 00:32:30,365 Siapa pemberi maklumat itu? 314 00:32:30,865 --> 00:32:33,284 Pentingkah soal itu? 315 00:32:36,287 --> 00:32:40,541 Semua 89 sarjana tidak mengaku ke atas tuduhan khianat. 316 00:32:40,625 --> 00:32:41,584 Tetapi 317 00:32:42,377 --> 00:32:45,713 datuk menuduh mereka khianat daripada kata-kata seorang pemberi maklumat. 318 00:32:46,506 --> 00:32:48,883 Ini satu penghinaan kepada sarjana Confucius, 319 00:32:48,967 --> 00:32:50,176 asas kepada negara ini. 320 00:32:53,096 --> 00:32:57,058 Adakah sarjana Confucius benar-benar asas negara ini? 321 00:32:58,768 --> 00:33:00,061 Apa yang sarjana Confucius 322 00:33:01,270 --> 00:33:03,606 telah lakukan demi negara? 323 00:33:03,690 --> 00:33:04,816 Apa maksud datuk? 324 00:33:07,402 --> 00:33:09,445 Dua perang yang dahsyat 325 00:33:10,655 --> 00:33:12,824 melanda tanah air kita. 326 00:33:14,659 --> 00:33:15,952 Tahukah datuk 327 00:33:16,661 --> 00:33:19,539 mengapa kita kalah dengan teruk? 328 00:33:21,416 --> 00:33:23,251 Kerana sarjana Confucius yang lemah 329 00:33:23,918 --> 00:33:26,337 hanya tahu membaca analek dan tulisan Mencius 330 00:33:26,671 --> 00:33:29,298 tetapi tidak bertindak, mereka mengetuai negara ini. 331 00:33:30,508 --> 00:33:32,135 Sama juga seperti sekarang. 332 00:33:32,218 --> 00:33:34,887 Datuk benar-benar melampau, Datuk Bendahara Negeri. 333 00:33:37,306 --> 00:33:39,100 Apa yang datuk lakukan? 334 00:33:39,183 --> 00:33:40,601 Datuk tak nampak? 335 00:33:41,936 --> 00:33:43,563 Mahu hamba bantu lihat lebih jelas? 336 00:33:45,648 --> 00:33:48,901 Sekarang datuk nampak apa katanya? 337 00:33:48,985 --> 00:33:51,487 Katanya mereka akan jatuhkan Raja, 338 00:33:51,946 --> 00:33:53,740 melanggar peraturan 339 00:33:53,823 --> 00:33:57,118 dan memulakan kekacauan, seterusnya menghancurkan negeri ini. 340 00:33:57,201 --> 00:33:58,911 Selepas membaca surat ini, 341 00:33:58,995 --> 00:34:02,915 wajarkah kita semua duduk sahaja dan bertengkar tentang 342 00:34:02,999 --> 00:34:07,378 apa patut dilakukan dan tidak bertindak seperti dalam perang terdahulu? 343 00:34:07,920 --> 00:34:09,005 Datuk Cho, 344 00:34:09,922 --> 00:34:11,215 cukup. 345 00:34:22,727 --> 00:34:26,522 Tangkap Putera Mahkota dan bawa dia ke Balai Siasatan Diraja. 346 00:34:37,033 --> 00:34:38,367 Di mana Putera Mahkota? 347 00:34:38,910 --> 00:34:40,203 Kami tidak tahu. 348 00:34:45,666 --> 00:34:49,587 Jika kamu jawab begitu lagi, kepalamu akan dipancung. 349 00:34:51,672 --> 00:34:53,257 Di mana Putera Mahkota? 350 00:34:54,383 --> 00:34:57,512 - Hamba benar-benar... - Izinkan hamba menjawab, 351 00:34:57,804 --> 00:35:00,139 kami telah mencari baginda seharian, 352 00:35:00,223 --> 00:35:02,725 tetapi baginda tiada di dalam istana Putera Mahkota. 353 00:35:03,267 --> 00:35:05,103 Tuan sendiri nampak, bukan? 354 00:35:08,314 --> 00:35:09,190 Cari Putera! 355 00:35:09,273 --> 00:35:11,275 Cari di setiap ceruk istana dan Hanyang 356 00:35:11,359 --> 00:35:13,194 dan heret dia ke Balai Siasatan Diraja. 357 00:35:14,362 --> 00:35:15,947 Putera Mahkota bukan lagi 358 00:35:17,073 --> 00:35:18,950 waris takhta diraja. 359 00:35:19,367 --> 00:35:21,661 Dia penjenayah yang bersubahat untuk khianat. 360 00:35:48,938 --> 00:35:51,023 Aduhai. 361 00:35:56,279 --> 00:35:57,155 Ada orang tak? 362 00:36:02,994 --> 00:36:03,911 Ia sedang mandi. 363 00:36:07,957 --> 00:36:09,208 Ada sesiapa di sini? 364 00:36:09,292 --> 00:36:10,334 Ya, ya. 365 00:36:11,043 --> 00:36:12,587 Tuan hamba Park Jong-yeong, 366 00:36:12,670 --> 00:36:15,548 - pekerja di Rumah Sakit Diraja? - Ya, hamba. 367 00:36:18,259 --> 00:36:22,597 Apa hajat pengawal peribadi Putera Mahkota datang? 368 00:36:22,680 --> 00:36:25,141 Hamba mencari Tabib Lee Seung-hui dari Dongnae. 369 00:36:25,474 --> 00:36:26,809 Dia masuk ke istana 370 00:36:26,893 --> 00:36:29,020 pada hari ketiga semasa tuan hamba bertugas. 371 00:36:29,645 --> 00:36:32,190 Hamba tidak tahu namanya, 372 00:36:32,273 --> 00:36:35,526 tetapi tabib dari Dongnae sudah pergi dari sini. 373 00:36:35,902 --> 00:36:37,820 Pemuda yang datang bersamanya sakit teruk, 374 00:36:37,904 --> 00:36:39,405 jadi mereka terpaksa pulang. 375 00:36:41,115 --> 00:36:42,617 Tanya apa tanda-tanda sakitnya. 376 00:36:45,203 --> 00:36:47,330 Mengapa pemuda itu boleh sakit teruk? 377 00:36:48,122 --> 00:36:49,207 Dia terkena cacar? 378 00:36:49,957 --> 00:36:52,835 Otak udang seperti hamba kurang pasti, 379 00:36:53,252 --> 00:36:54,921 tetapi bukan kerana penyakit. 380 00:36:55,004 --> 00:36:57,089 Seluruh badannya luka-luka parah. 381 00:36:57,924 --> 00:37:02,220 Seolah-olah dia telah digigit oleh binatang buas. 382 00:37:11,479 --> 00:37:14,273 Tuanku, kita mesti cepat. 383 00:37:14,774 --> 00:37:16,984 Kita akan tertangkap nanti. Kita mesti pulang. 384 00:37:17,985 --> 00:37:21,656 Ke sana menuju ke selatan, jadi Dongnae ke arah sana. 385 00:37:23,032 --> 00:37:24,659 Beta perlu tahu 386 00:37:25,243 --> 00:37:28,037 apa yang terjadi kepada ayahanda dan keluarga diraja 387 00:37:29,121 --> 00:37:30,665 negeri ini. 388 00:37:30,748 --> 00:37:32,124 Apa maksud tuanku? 389 00:37:33,292 --> 00:37:34,418 Beta mesti ke Dongnae. 390 00:37:35,002 --> 00:37:36,087 Ke Dongnae? 391 00:37:37,630 --> 00:37:38,464 Sekarang? 392 00:37:41,884 --> 00:37:45,054 Tanpa sida-sida atau dayang istana untuk melayan tuanku? 393 00:37:45,137 --> 00:37:46,806 Hanya tuanku dan patik? 394 00:37:47,223 --> 00:37:48,140 Tidak, tuanku. 395 00:37:48,224 --> 00:37:49,600 Beta mesti pergi. 396 00:37:49,684 --> 00:37:52,603 Tahukah tuanku berapa jarak dari Hanyang ke Dongnae? 397 00:37:53,646 --> 00:37:55,022 Tuanku hampir muntah 398 00:37:55,106 --> 00:37:57,066 dalam perjalanan ke sini 399 00:37:57,149 --> 00:37:58,693 kerana tak tahan bau busuk. 400 00:37:58,776 --> 00:38:00,861 Bagaimana tuanku mahu ke Dongnae 401 00:38:01,487 --> 00:38:04,699 dengan jalannya yang berliku-liku? Jaraknya lebih 217 batu. 402 00:38:04,782 --> 00:38:08,494 Hidup beta selama ini lebih sukar daripada itu. 403 00:38:08,577 --> 00:38:10,079 Bagaimana dengan makanan? 404 00:38:10,871 --> 00:38:13,916 Tuanku tak akan jumpa lagi makanan kesukaan tuanku di istana. 405 00:38:14,000 --> 00:38:15,084 Beta tak peduli. 406 00:38:15,167 --> 00:38:17,420 Kita mungkin bertemu penyangak atau pemberontak. 407 00:38:18,045 --> 00:38:19,297 Mungkin kita akan dibunuh. 408 00:38:20,006 --> 00:38:21,590 Beta tetap akan mati 409 00:38:22,758 --> 00:38:24,010 jika beta terus di sini. 410 00:38:24,093 --> 00:38:26,137 Kerana tuduhan khianat itu? 411 00:38:26,846 --> 00:38:29,724 Ampun, tuanku, Puak Haewon Cho sekalipun 412 00:38:29,807 --> 00:38:32,893 tidak boleh apa-apakan tuanku jika tuanku tidak bersalah. 413 00:38:35,521 --> 00:38:36,605 Beta memang lakukannya. 414 00:38:37,648 --> 00:38:38,649 Apa? 415 00:38:40,526 --> 00:38:41,610 Ampun, tuanku. Apa dia? 416 00:38:41,694 --> 00:38:42,611 Beta 417 00:38:44,030 --> 00:38:45,531 bersubahat mengkhianati ayahanda. 418 00:38:47,908 --> 00:38:49,035 Mengapa? 419 00:38:51,162 --> 00:38:51,996 Bagaimana... 420 00:38:53,497 --> 00:38:57,376 Tuanku ialah Putera Mahkota. Takhta itu tetap milik tuanku. 421 00:38:57,460 --> 00:38:58,669 Jadi mengapa? 422 00:38:59,170 --> 00:39:03,049 IA MEMILIKI MAKNA DALAM MEWUJUDKAN DUNIA BARU 423 00:39:07,345 --> 00:39:10,848 LEE CHANG 424 00:39:24,653 --> 00:39:26,030 Putera Mahkota... 425 00:39:27,448 --> 00:39:28,491 Benar. 426 00:39:29,784 --> 00:39:31,660 Beta ialah Putera Mahkota negeri ini. 427 00:39:33,371 --> 00:39:35,164 Beta satu-satunya putera ayahanda, 428 00:39:35,664 --> 00:39:38,459 tapi beta mati jika Permaisuri melahirkan putera yang sah. 429 00:39:39,043 --> 00:39:41,712 Beta hanya Putera Mahkota tidak sah, anak seorang gundik. 430 00:39:43,714 --> 00:39:45,174 Itulah sebabnya. 431 00:39:45,883 --> 00:39:47,301 Kerana beta mahu hidup. 432 00:39:52,640 --> 00:39:55,059 - Ya, tapi... - Beta tetap rasa begitu. 433 00:39:56,477 --> 00:40:00,106 Ramai sarjana hampir mati di Balai Siasatan Diraja untuk lindungi beta. 434 00:40:00,189 --> 00:40:02,274 Cara selamatkan mereka dan beta 435 00:40:03,567 --> 00:40:05,444 berada di selatan, di Dongnae. 436 00:40:06,737 --> 00:40:09,031 Beta mesti ke Dongnae, bertemu Tabib Lee Seung-hui 437 00:40:10,116 --> 00:40:12,076 dan siasat apa yang terjadi 438 00:40:12,743 --> 00:40:14,203 kepada ayahanda. 439 00:40:36,225 --> 00:40:37,977 Hamba cuma kata dia bawa 440 00:40:38,727 --> 00:40:41,647 pemuda itu pulang kerana keadaannya parah. 441 00:40:41,730 --> 00:40:45,401 Ampunkan hamba, datuk! 442 00:40:45,609 --> 00:40:46,610 Saya pasti 443 00:40:47,361 --> 00:40:50,030 Putera Mahkota pergi ke Dongnae untuk mencari Tabib Lee. 444 00:40:50,114 --> 00:40:52,408 Saya sudah beritahu ayah, bukan? 445 00:40:53,117 --> 00:40:55,453 Sepatutnya kita bunuh Lee Seung-hui supaya dia diam. 446 00:40:57,746 --> 00:40:58,956 Tabib Lee 447 00:41:00,166 --> 00:41:02,293 masih berharga untuk kita. 448 00:41:02,376 --> 00:41:03,335 Tetapi 449 00:41:05,129 --> 00:41:06,672 Putera Mahkota sudah tak berguna. 450 00:41:17,057 --> 00:41:20,352 Utusan kita tidak akan tiba lebih awal daripada Putera Mahkota. 451 00:41:21,353 --> 00:41:24,398 Kamu mesti pergi menghalangnya sendiri. 452 00:41:25,107 --> 00:41:28,194 Kavalri sepuluh tentera berkuda akan bergerak dahulu 453 00:41:28,652 --> 00:41:32,239 dan 50 orang askar Tentera Diraja yang mahir akan menyusul. 454 00:41:32,990 --> 00:41:34,366 Kamu mesti halang dia 455 00:41:34,783 --> 00:41:36,410 sebelum dia tiba di Dongnae 456 00:41:36,994 --> 00:41:38,579 dan Jiyulheon. 457 00:41:39,246 --> 00:41:41,457 Walaupun kamu terpaksa bunuh dia. 458 00:41:42,124 --> 00:41:45,294 HANYANG, DONGNAE 459 00:41:46,003 --> 00:41:50,633 DONGNAE 460 00:42:06,065 --> 00:42:07,316 Hamba asyik teringat 461 00:42:10,027 --> 00:42:11,070 luka-luka aneh 462 00:42:12,154 --> 00:42:13,572 pada mayat Dan-i. 463 00:42:19,328 --> 00:42:20,204 Mari kita pulang. 464 00:42:32,091 --> 00:42:33,842 Ada asap dari cerobong. 465 00:42:36,845 --> 00:42:37,846 Apa yang berlaku? 466 00:42:43,727 --> 00:42:45,354 Sudah lama tidak makan daging. 467 00:42:55,239 --> 00:42:56,490 Hamba rasa lebih sihat. 468 00:42:57,116 --> 00:42:59,785 - Enak sekali! - Boleh minta semangkuk lagi? 469 00:43:02,955 --> 00:43:04,415 Sedap betullah. 470 00:43:04,498 --> 00:43:06,292 - Apa ini? - Tak sangka ia sesedap ini! 471 00:43:28,606 --> 00:43:29,607 Apa semua ini? 472 00:43:30,441 --> 00:43:32,026 Tuan hamba tak nampak? 473 00:43:33,402 --> 00:43:35,404 Mereka semua hampir mati kebuluran, 474 00:43:36,447 --> 00:43:38,907 tapi tabib itu berkurung dalam biliknya. 475 00:43:40,492 --> 00:43:43,787 Hamba perlu makan, jadi hamba buru rusa. 476 00:43:43,871 --> 00:43:45,080 Rusa? 477 00:43:46,248 --> 00:43:48,459 Tuan hamba jumpa rusa di gunung ini? 478 00:43:50,169 --> 00:43:51,962 Dapat kebenaran pihak berkuasa? 479 00:43:52,379 --> 00:43:54,798 Nak mati pun perlu kebenarankah? 480 00:43:56,008 --> 00:43:58,385 Hamba bawa makanan pun ada orang merungut. 481 00:44:21,575 --> 00:44:22,701 Cik. 482 00:44:22,785 --> 00:44:26,664 Maaf kerana bertanya, tapi bolehkah hamba minta lagi? 483 00:44:27,039 --> 00:44:29,958 Isteri hamba mahu menyusukan anak kami, tetapi agak susah... 484 00:44:30,042 --> 00:44:31,794 - Baik. - Terima kasih. 485 00:44:54,650 --> 00:44:56,860 Tak apa. Jangan menangis. 486 00:45:51,832 --> 00:45:52,958 Apa? 487 00:45:54,710 --> 00:45:57,171 Sanggup tuan hamba buat begini? 488 00:45:57,963 --> 00:46:00,340 - Sampai hati tuan hamba? - Apa maksud tuan hamba? 489 00:46:00,716 --> 00:46:01,925 Hamba nampak. 490 00:46:03,469 --> 00:46:04,553 Hamba nampak. 491 00:46:06,722 --> 00:46:08,557 Sanggup tuan hamba buat begitu? 492 00:46:09,016 --> 00:46:10,309 Sampai hati tuan hamba... 493 00:46:10,976 --> 00:46:13,395 Dia seperti ahli keluarga kami. 494 00:46:13,479 --> 00:46:15,147 Peduli apa dia siapa? 495 00:46:17,649 --> 00:46:19,943 Manusia apabila dah mati, dia hanya sekadar daging. 496 00:46:21,737 --> 00:46:23,238 Tuan hamba dah gila? 497 00:46:24,907 --> 00:46:27,701 Dia orang, sama macam kita. 498 00:46:28,660 --> 00:46:30,204 Takkanlah orang 499 00:46:30,871 --> 00:46:33,749 - nak makan orang lain? - Jadi? 500 00:46:36,793 --> 00:46:38,545 Tuan hamba nak kami mati kebuluran, 501 00:46:40,005 --> 00:46:42,257 bertengkar tentang apa yang manusia patut buat? 502 00:46:44,009 --> 00:46:45,052 Kalau semua begitu, 503 00:46:45,135 --> 00:46:47,679 separuh penduduk Dongnae dah lama mati kebuluran. 504 00:46:47,846 --> 00:46:49,139 Apa maksud tuan hamba? 505 00:46:49,515 --> 00:46:52,184 Tuan hamba rasa bagaimana orang di selatan hidup? 506 00:46:53,852 --> 00:46:55,938 Tuan hamba fikir Raja selamatkan mereka? 507 00:46:56,021 --> 00:46:59,233 Tidak. Yang selamatkan mereka 508 00:47:00,526 --> 00:47:03,445 adalah daging dan tulang jiran-jiran yang mati kebuluran. 509 00:47:07,908 --> 00:47:08,992 Itu tak benar. 510 00:47:10,202 --> 00:47:12,037 Kita hidup mengikut acuan kita. 511 00:47:13,539 --> 00:47:15,874 Hamba akan buat apa saja untuk terus hidup. 512 00:47:19,086 --> 00:47:20,045 Sedapnya. 513 00:47:24,383 --> 00:47:25,509 Jong-gu! 514 00:47:25,884 --> 00:47:26,885 Kamu tak apa-apa? 515 00:47:26,969 --> 00:47:28,428 Kenapa? Sakit di mana? 516 00:47:30,931 --> 00:47:32,182 Jong-gu! 517 00:47:33,559 --> 00:47:34,643 Jong-gu! 518 00:47:35,519 --> 00:47:36,436 Jong-gu! 519 00:47:37,854 --> 00:47:40,399 Jong-gu! 520 00:47:50,242 --> 00:47:52,327 Jong-gu! 521 00:47:58,500 --> 00:47:59,710 Jong-gu. 522 00:48:00,210 --> 00:48:01,295 Jong-gu! 523 00:48:38,165 --> 00:48:39,166 Pak cik! 524 00:49:30,717 --> 00:49:31,843 Pak cik. 525 00:49:32,636 --> 00:49:33,637 Pak cik! 526 00:49:34,888 --> 00:49:36,181 Pak cik, sekejap. 527 00:49:41,395 --> 00:49:42,396 Pak cik! 528 00:50:39,327 --> 00:50:40,620 Ada apa-apa lagi? 529 00:52:19,302 --> 00:52:26,309 GO GEUN-HEE DALAM KENANGAN 530 00:56:12,452 --> 00:56:14,496 Terjemahan sari kata oleh Hazniza Ramli