1 00:00:06,131 --> 00:00:07,632 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:14,973 --> 00:00:16,975 ADAPTASI THE KINGDOM OF THE GODS OLEH YLAB 3 00:01:38,932 --> 00:01:40,433 Apa yang patut kita buat? 4 00:01:43,228 --> 00:01:46,523 Kami akan usahakan sesuatu, tuanku perlu selamatkan diri. 5 00:01:47,065 --> 00:01:50,235 Selamatkan beta sementara kamu terkorban? 6 00:01:50,819 --> 00:01:51,653 Tidak. 7 00:01:51,736 --> 00:01:53,196 Tuanku. 8 00:01:54,322 --> 00:01:56,574 Seseorang mesti keluar dari istana ini 9 00:01:58,493 --> 00:02:00,078 dan dedahkan kebenaran. 10 00:02:30,567 --> 00:02:32,986 Api! Makhluk itu takut api! 11 00:03:10,773 --> 00:03:12,567 Adakah ayah sedang melihat? 12 00:03:17,197 --> 00:03:18,198 Saya 13 00:03:22,118 --> 00:03:23,995 masih duduk di atas takhta. 14 00:04:49,998 --> 00:04:53,001 Tidak jauh di belakang istana ada taman tasik. 15 00:04:54,335 --> 00:04:56,170 Pintu utama nampaknya mustahil. 16 00:04:56,254 --> 00:04:58,464 Jika ke sana, tuanku boleh selamatkan diri. 17 00:04:59,090 --> 00:05:02,302 Kita kesuntukan masa. Mari ke belakang istana. 18 00:05:09,600 --> 00:05:10,852 Taman tasik? 19 00:05:19,277 --> 00:05:20,528 Berapa peluru yang tinggal? 20 00:05:20,611 --> 00:05:23,740 Jumlahnya terlalu sedikit untuk tewaskan mereka. 21 00:05:26,576 --> 00:05:28,286 Bukan untuk mereka. 22 00:05:41,549 --> 00:05:43,134 Jadikan diri sebagai umpan 23 00:05:43,593 --> 00:05:45,386 dan kita mungkin akan berjaya. 24 00:06:49,492 --> 00:06:51,202 Jangan pandang ke bawah! 25 00:07:21,858 --> 00:07:22,900 Larikan diri! 26 00:09:44,125 --> 00:09:45,876 Semua pintu istana ditutup. 27 00:09:49,672 --> 00:09:50,756 Apa 28 00:09:51,799 --> 00:09:54,093 yang berlaku di dalam istana? 29 00:10:45,978 --> 00:10:49,065 Dongnae dan Sangju 30 00:10:50,316 --> 00:10:51,984 gagal dipertahankan. 31 00:10:53,778 --> 00:10:55,446 Kali ini pasti berjaya. 32 00:10:56,906 --> 00:10:58,699 Ia pasti dihalang. 33 00:12:32,626 --> 00:12:34,795 Sekarang! Tembak! 34 00:13:19,256 --> 00:13:21,550 Pergi! 35 00:13:22,510 --> 00:13:25,888 Jangan dekat! 36 00:18:53,507 --> 00:18:55,551 Kenapa kita masih hidup? 37 00:18:55,717 --> 00:18:57,636 Patik yakin patik telah digigit. 38 00:18:57,886 --> 00:19:00,264 Beta juga tak pasti apa yang berlaku. 39 00:19:46,435 --> 00:19:49,229 Ampun, tuanku. 40 00:19:51,398 --> 00:19:54,860 - Ampun, tuanku. - Ampun, tuanku. 41 00:19:56,862 --> 00:19:58,363 Bagaimana keadaan tuanku? 42 00:19:59,323 --> 00:20:01,867 Apa sebenarnya yang berlaku di dalam istana? 43 00:20:02,201 --> 00:20:05,746 Arahkan semua tentera untuk perkukuhkan keselamatan istana. 44 00:20:06,288 --> 00:20:07,706 Bertindak segera. 45 00:20:17,883 --> 00:20:20,010 Semua mayat sudah dibawa keluar? 46 00:20:20,761 --> 00:20:21,678 Ya. 47 00:20:45,786 --> 00:20:46,745 Seo-bi... 48 00:20:58,590 --> 00:21:01,718 Wabak tersebar di dalam istana? 49 00:21:01,802 --> 00:21:03,220 Ada yang terselamat? 50 00:21:05,305 --> 00:21:08,558 Semuanya mati kecuali mereka yang bersama tuanku? 51 00:21:12,145 --> 00:21:13,272 Begitu juga dengan 52 00:21:14,147 --> 00:21:16,066 Paduka Permaisuri dan yang lain? 53 00:21:16,149 --> 00:21:17,818 Ya. 54 00:21:20,821 --> 00:21:21,738 Ada apa? 55 00:21:23,073 --> 00:21:25,784 Mayat putera Paduka Permaisuri masih belum ditemui. 56 00:21:27,786 --> 00:21:29,162 Kita perlu cari. 57 00:21:30,289 --> 00:21:31,873 Mayatnya perlu dicari. 58 00:21:31,957 --> 00:21:35,294 Tentera yang terperangkap di luar kota masih ada di sana. 59 00:21:35,377 --> 00:21:39,756 Kebanyakan Majistret ialah pengikut Puak Haewon Cho. 60 00:21:39,881 --> 00:21:41,425 Sekiranya dibiarkan hidup, 61 00:21:41,591 --> 00:21:44,761 pengikut kuat Puak Haewon Cho akan bangun menentang. 62 00:21:45,595 --> 00:21:47,014 Demi keselamatan tuanku, 63 00:21:47,973 --> 00:21:49,016 bayi itu 64 00:21:49,766 --> 00:21:51,476 perlu dibunuh. 65 00:22:42,527 --> 00:22:44,196 PINTU GERBANG YEONGYEONG 66 00:23:00,045 --> 00:23:01,171 Bilik ini 67 00:23:05,092 --> 00:23:07,177 menyimpan potret paduka raja-raja, 68 00:23:09,054 --> 00:23:11,890 leluhur kerabat diraja. 69 00:23:12,933 --> 00:23:14,142 Potret mereka 70 00:23:15,644 --> 00:23:17,604 diletak di atas singgahsana 71 00:23:18,188 --> 00:23:20,273 dan di sini juga upacara peringatan 72 00:23:22,567 --> 00:23:24,194 diadakan untuk mereka. 73 00:23:24,903 --> 00:23:27,239 Hanya tinggal dua ruang di sini. 74 00:23:30,867 --> 00:23:34,121 Satu untuk ayahanda beta. 75 00:23:35,038 --> 00:23:36,498 Dan yang terakhir 76 00:23:40,627 --> 00:23:42,754 adalah untuk beta. 77 00:23:47,342 --> 00:23:48,301 Jadi, 78 00:23:51,096 --> 00:23:52,931 keluarlah dari situ. 79 00:24:18,915 --> 00:24:20,292 Tunjukkan kepada beta. 80 00:24:24,045 --> 00:24:25,380 Tunjukkan anak itu. 81 00:24:35,891 --> 00:24:37,184 Adakah dia turut digigit? 82 00:24:37,684 --> 00:24:40,103 Ya, tapi anak ini tidak dijangkiti wabak. 83 00:24:41,521 --> 00:24:42,355 Benar, tuanku. 84 00:24:42,439 --> 00:24:44,649 Dia tidak dijangkiti wabak. 85 00:24:45,775 --> 00:24:47,486 Tuanku tidak boleh bunuh dia. 86 00:24:49,654 --> 00:24:53,074 Bukankah tuanku juga ingin selamatkan anak ini? 87 00:24:53,909 --> 00:24:56,620 Begitulah titah tuanku. 88 00:24:58,038 --> 00:24:59,998 Supaya patik melindungi anak ini. 89 00:25:00,123 --> 00:25:02,042 Pergi ke istana Paduka Permaisuri 90 00:25:02,501 --> 00:25:03,960 dan lindungi anak itu. 91 00:25:04,461 --> 00:25:07,464 Tuanku maksudkan putera Paduka Permaisuri? 92 00:25:08,006 --> 00:25:09,799 Patik ingin maklumkan sesuatu. 93 00:25:10,342 --> 00:25:12,844 Berkenaan Paduka Permaisuri dan puteranya. 94 00:25:14,846 --> 00:25:15,847 Baginda putera... 95 00:25:15,931 --> 00:25:17,265 Beta tahu 96 00:25:19,726 --> 00:25:22,562 anak Mu-yeong dibawa ke istana Paduka Permaisuri. 97 00:25:23,647 --> 00:25:24,689 Jadi, 98 00:25:27,067 --> 00:25:28,944 lindungilah anak itu. 99 00:25:30,695 --> 00:25:34,699 Tuanku nekad agar tiada lagi yang terkorban. 100 00:25:35,492 --> 00:25:38,328 Jadi, selamatkanlah anak ini. 101 00:25:39,037 --> 00:25:40,956 Wabak ini juga akan berakhir. 102 00:25:41,414 --> 00:25:43,083 Apabila musim bunga tiba, 103 00:25:43,833 --> 00:25:45,210 semua mimpi ngeri ini 104 00:25:46,002 --> 00:25:47,462 akan berakhir. 105 00:25:58,640 --> 00:25:59,766 Tidak. 106 00:26:01,935 --> 00:26:03,311 Selagi anak ini hidup, 107 00:26:05,814 --> 00:26:07,524 ia takkan berakhir. 108 00:26:12,237 --> 00:26:15,490 PINTU GERBANG HONGCHI 109 00:26:16,491 --> 00:26:18,660 KUBU KOTA SANGJU 110 00:26:18,743 --> 00:26:22,914 3 BULAN KEMUDIAN 111 00:26:32,215 --> 00:26:34,050 Sudah berakhir. 112 00:27:00,243 --> 00:27:04,539 TOKONG JONGMYO, 7 TAHUN KEMUDIAN 113 00:27:11,838 --> 00:27:13,590 Mulakan! 114 00:28:40,802 --> 00:28:41,886 Tuanku. 115 00:28:47,684 --> 00:28:49,519 Masa untuk berangkat ke istana. 116 00:29:01,906 --> 00:29:05,869 Patik diberitahu tuanku mahu melihat catatan rasmi tujuh tahun lalu. 117 00:29:06,995 --> 00:29:08,788 Semestinya tuanku sedia maklum 118 00:29:09,456 --> 00:29:13,752 catatan rasmi itu sulit walaupun buat Paduka Raja. 119 00:29:13,835 --> 00:29:15,879 Tiada siapa ingin beritahu beta. 120 00:29:18,631 --> 00:29:22,010 Ayahanda, bonda dan satu-satunya kakanda beta 121 00:29:23,762 --> 00:29:26,014 mangkat akibat wabak tujuh tahun lalu. 122 00:29:26,097 --> 00:29:29,350 Begitu juga dengan semua yang melindungi mereka di istana. 123 00:29:29,726 --> 00:29:32,437 Pengasuh Diraja dan pak cik... 124 00:29:33,480 --> 00:29:36,274 Tiada siapa yang ingin beritahu beta, 125 00:29:37,734 --> 00:29:39,944 jadi kepada siapa beta patut bertanya? 126 00:29:46,618 --> 00:29:48,745 Sudah hampir waktu untuk bersidang. 127 00:29:51,706 --> 00:29:55,001 Semua yang tuanku lihat dan dengar ialah demi negara ini. 128 00:29:55,126 --> 00:29:57,670 Dengan pengetahuan yang luas, barulah tuanku boleh 129 00:29:57,754 --> 00:29:59,756 ketuai kerajaan dan lindungi rakyat jelata. 130 00:30:07,096 --> 00:30:08,431 Iringi Paduka Raja. 131 00:30:16,940 --> 00:30:20,235 Baginda semakin merindui ayahanda dan bondanya. 132 00:30:20,610 --> 00:30:25,073 Jika baginda tahu bagaimana kedua-duanya mangkat, 133 00:30:25,156 --> 00:30:26,825 tentu baginda tak boleh terima. 134 00:30:26,908 --> 00:30:29,661 Hal ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan baginda. 135 00:30:37,502 --> 00:30:40,630 HANYANG 136 00:30:48,805 --> 00:30:50,682 Berhenti! 137 00:30:52,600 --> 00:30:55,395 Yeong-sin? Itu tuan hamba, bukan? 138 00:30:55,603 --> 00:30:57,063 Sudah lama tak berjumpa. 139 00:30:58,314 --> 00:30:59,566 Datuk. 140 00:31:07,532 --> 00:31:09,534 Tak perlu panggil hamba "datuk". 141 00:31:09,868 --> 00:31:11,494 Tak perlu. 142 00:31:11,661 --> 00:31:14,330 Jangan minum lagi. Datuk dah mabuk. 143 00:31:14,831 --> 00:31:17,750 Inilah peluang untuk hamba minum. Bukannya selalu. 144 00:31:19,377 --> 00:31:21,170 Jangan panggil hamba "datuk". 145 00:31:23,298 --> 00:31:24,340 Baiklah. 146 00:31:24,674 --> 00:31:26,384 Jika itu kemahuan tuan hamba. 147 00:31:27,635 --> 00:31:29,053 Hamba Bendahara Ketiga. 148 00:31:29,762 --> 00:31:33,016 Pengawal, dia biadab dengan hamba! 149 00:31:34,100 --> 00:31:35,310 Betul. 150 00:31:35,852 --> 00:31:38,813 Tuan hamba pembesar negara, tapi lihatlah makanan ini. 151 00:31:38,980 --> 00:31:40,565 Menyedihkan sungguh. 152 00:31:43,067 --> 00:31:46,696 Betul kata tuan hamba. Siapa sangka hamba jadi pembesar? 153 00:31:47,280 --> 00:31:50,199 Jawatan majistret Dongnae dulu, hamba ke sana pun 154 00:31:50,408 --> 00:31:54,662 setelah pak cik ugut untuk jadikan hamba sida-sida jika hamba tolak jawatan itu. 155 00:31:54,746 --> 00:31:57,707 Siapa sangka hamba jadi Bendahara Ketiga? 156 00:31:58,541 --> 00:32:01,085 Bukan saja ia jawatan yang berat, 157 00:32:01,586 --> 00:32:03,421 hamba juga perlu jaga kelakuan. 158 00:32:03,504 --> 00:32:05,381 Hamba tak ada masa untuk minum. 159 00:32:08,343 --> 00:32:09,719 Kerana jasa tuan hamba, 160 00:32:10,011 --> 00:32:11,638 negara ini kembali makmur. 161 00:32:11,930 --> 00:32:13,514 Dan rakyat Gyeongsang juga 162 00:32:14,057 --> 00:32:15,892 tak lagi merana dan hidup aman. 163 00:32:16,976 --> 00:32:18,686 Hamba telah saksikan sendiri. 164 00:32:19,395 --> 00:32:20,563 Sudahlah. 165 00:32:21,189 --> 00:32:24,692 Perlukah hamba berbual perkara rumit dengan tuan hamba juga? 166 00:32:25,360 --> 00:32:26,986 Marilah minum. 167 00:32:33,117 --> 00:32:34,243 Paduka Raja 168 00:32:34,702 --> 00:32:35,578 sihat? 169 00:32:40,541 --> 00:32:42,251 Baginda membesar dengan baik. 170 00:32:42,335 --> 00:32:45,838 Pada usia muda begitu, baginda telah menguasai kitab ajaran Confucius. 171 00:32:45,922 --> 00:32:49,425 Baginda akan jadi raja yang baik dan bijaksana. 172 00:32:52,679 --> 00:32:54,180 Kita perlu bantu baginda. 173 00:32:55,390 --> 00:32:57,558 Bukankah itu hajat Putera Mahkota? 174 00:33:23,710 --> 00:33:26,045 Bolehkah beta percaya kata-kata kamu? 175 00:33:27,296 --> 00:33:28,631 Benarkah anak ini 176 00:33:29,799 --> 00:33:31,426 tak dijangkiti wabak? 177 00:33:32,093 --> 00:33:33,386 Benar, tuanku. 178 00:33:34,303 --> 00:33:37,223 Setelah hamba rendam tangan dan kaki yang digigit, 179 00:33:37,557 --> 00:33:39,392 ulat-ulat itu dah keluar. 180 00:33:39,559 --> 00:33:41,519 Anak ini tidak dijangkiti wabak. 181 00:33:41,686 --> 00:33:42,603 Jangan, tuanku. 182 00:33:43,896 --> 00:33:46,691 Baginda putera ialah zuriat yang sah. 183 00:33:47,608 --> 00:33:49,444 Jika tuanku biar baginda hidup, 184 00:33:50,028 --> 00:33:52,363 negara ini akan huru-hara. 185 00:33:55,408 --> 00:33:58,494 Hanya seorang saja yang layak bersemayam di takhta. 186 00:33:59,162 --> 00:34:00,955 Bunuhlah putera itu segera. 187 00:34:05,668 --> 00:34:07,295 Benarlah kata-kata Datuk. 188 00:34:09,797 --> 00:34:11,049 Seorang daripada kami 189 00:34:12,800 --> 00:34:14,761 perlu mati. 190 00:34:18,973 --> 00:34:19,932 Tapi 191 00:34:23,728 --> 00:34:25,730 siapakah yang patut mati? 192 00:34:27,690 --> 00:34:30,026 Anak ini ialah zuriat yang sah. 193 00:34:31,152 --> 00:34:32,195 Beta 194 00:34:34,447 --> 00:34:35,907 anak gundik dan pembelot 195 00:34:38,159 --> 00:34:40,328 yang membunuh ayahanda. 196 00:34:43,706 --> 00:34:45,833 Sekiranya kita perlu memilih 197 00:34:49,879 --> 00:34:52,840 dan sekiranya ditanya siapakah raja yang diperlukan 198 00:34:52,924 --> 00:34:55,301 untuk negara yang dilanda perang dan wabak ini, 199 00:34:57,386 --> 00:34:59,972 siapakah yang Datuk akan pilih? 200 00:35:05,019 --> 00:35:06,062 Anak ini 201 00:35:07,271 --> 00:35:09,440 ialah harapan terakhir negara ini. 202 00:35:10,233 --> 00:35:11,109 Semua pihak 203 00:35:11,192 --> 00:35:15,071 yang ingin menggunakan anak ini untuk kepentingan mereka dah pun lenyap. 204 00:35:17,240 --> 00:35:18,324 Datuk, jadikanlah 205 00:35:21,786 --> 00:35:23,246 anak ini 206 00:35:25,873 --> 00:35:28,376 seorang raja yang baik. 207 00:35:42,140 --> 00:35:43,307 Beta percaya 208 00:35:46,394 --> 00:35:47,895 kepada Datuk 209 00:35:49,605 --> 00:35:51,858 dan para pembesar yang jujur. 210 00:36:06,247 --> 00:36:07,123 Tidak, tuanku. 211 00:36:07,456 --> 00:36:08,916 Bagaimana kalau anak ini 212 00:36:09,584 --> 00:36:11,586 bukan anak Paduka Raja? 213 00:36:13,963 --> 00:36:15,047 Anak ini 214 00:36:17,300 --> 00:36:18,384 ialah zuriat 215 00:36:20,887 --> 00:36:23,556 kepada ayahanda beta. 216 00:36:26,184 --> 00:36:28,603 Catatkan bahawa ayahanda, 217 00:36:31,397 --> 00:36:34,066 Paduka Permaisuri 218 00:36:36,819 --> 00:36:38,446 dan juga beta 219 00:36:41,574 --> 00:36:43,367 mangkat kerana wabak penyakit. 220 00:36:46,913 --> 00:36:49,665 Itulah perkara terakhir yang boleh beta lakukan 221 00:36:52,460 --> 00:36:54,503 sebagai ahli kerabat diraja. 222 00:38:03,364 --> 00:38:05,449 Putera Mahkota tentu sihat, bukan? 223 00:38:06,575 --> 00:38:10,788 Sudah tentu. Dengan Seo-bi di sisi baginda, tentu baginda baik saja. 224 00:38:21,090 --> 00:38:22,300 Apa ini? 225 00:38:22,383 --> 00:38:25,469 Catatan Seo-bi berkenaan wabak penyakit itu. 226 00:38:31,684 --> 00:38:35,730 Wabak bermula dengan pokok kebangkitan yang membangkitkan si mati. 227 00:38:36,897 --> 00:38:40,151 Telur ulat pada pokok kebangkitan menguasai otak manusia 228 00:38:40,276 --> 00:38:42,069 dan membangkitkan semula si mati 229 00:38:42,403 --> 00:38:46,824 menjadikan mangsa tidak waras dan kebal terhadap kesakitan. 230 00:38:47,116 --> 00:38:50,745 Ia turut menjadikan mangsa ketagihan darah dan daging manusia. 231 00:38:51,245 --> 00:38:53,622 Mereka yang digigit oleh mangsa 232 00:38:53,789 --> 00:38:55,541 tidak mengalami perubahan 233 00:38:55,708 --> 00:38:57,752 walaupun badan mereka dimasuki ulat. 234 00:38:58,294 --> 00:39:00,296 Namun, tubuh menjadi sejuk 235 00:39:00,546 --> 00:39:03,215 dan mereka akan sakit tenat sehingga mati. 236 00:39:04,592 --> 00:39:06,969 Jangkitan penyakit mula tersebar 237 00:39:07,261 --> 00:39:09,597 di Jiyulheon, Dongnae. 238 00:39:10,056 --> 00:39:12,016 Mangsa yang mati setelah digigit 239 00:39:12,308 --> 00:39:14,935 dimasak menjadi hidangan buat para pesakit. 240 00:39:15,019 --> 00:39:19,023 Pesakit mati akibat kekejangan otot dan bertukar menjadi mayat hidup. 241 00:39:19,607 --> 00:39:22,651 Bermula dari sini, mereka yang digigit 242 00:39:23,110 --> 00:39:24,445 turut sama bertukar. 243 00:39:25,905 --> 00:39:29,408 Tapi tidak semua mangsa yang digigit akan alami perubahan. 244 00:39:30,409 --> 00:39:34,038 Jika mangsa yang digigit direndam dalam air dengan segera, 245 00:39:34,288 --> 00:39:37,917 ulat yang tidak berkesempatan untuk merayap ke otak akan keluar 246 00:39:38,000 --> 00:39:39,668 dan mangsa akan selamat. 247 00:39:40,211 --> 00:39:44,340 Bayi yang baharu lahir pula tidak akan dijangkiti 248 00:39:44,423 --> 00:39:47,885 kerana otak mereka masih berkembang. 249 00:39:49,261 --> 00:39:51,472 Ulat ini cuma berkembang ketika musim sejuk 250 00:39:51,555 --> 00:39:54,475 kerana ia cuma boleh hidup dalam suhu yang rendah. 251 00:39:54,558 --> 00:39:56,560 Keadaan akan selamat selagi mana ada matahari 252 00:39:56,644 --> 00:39:58,729 pada musim luruh dan awal musim sejuk. 253 00:39:59,188 --> 00:40:02,108 Antara kemuncak musim sejuk dan awal musim bunga, 254 00:40:02,525 --> 00:40:05,152 ulat-ulat ini kembali cergas. 255 00:40:06,153 --> 00:40:07,321 Tapi ada sesuatu 256 00:40:07,905 --> 00:40:09,907 yang masih belum dapat dijelaskan. 257 00:40:11,242 --> 00:40:14,453 Jelas sekali ulat ini gemar suhu sejuk, 258 00:40:14,662 --> 00:40:18,541 tapi ia berkembang dengan suhu panas dan menyebabkan jangkitan. 259 00:40:19,125 --> 00:40:20,418 POKOK KEBANGKITAN 260 00:40:20,501 --> 00:40:24,964 Masih terdapat rahsia besar pada pokok kebangkitan. 261 00:40:28,175 --> 00:40:30,803 Seo-bi masih mengkaji penyakit ini? 262 00:40:34,890 --> 00:40:36,892 Wabak itu berakhir tujuh tahun lalu. 263 00:40:36,976 --> 00:40:38,769 Masih belum berakhir lagi. 264 00:40:39,812 --> 00:40:41,897 Selain dari Sangju, tumbuhan ini 265 00:40:41,981 --> 00:40:43,649 turut terdapat di tempat lain. 266 00:40:43,732 --> 00:40:44,817 Di mana? 267 00:40:45,276 --> 00:40:46,694 Bukan satu kawasan saja. 268 00:40:46,819 --> 00:40:49,655 Dari Gyeongsang, Chungcheong, Jeolla, Gyeonggi, Gangwon 269 00:40:49,738 --> 00:40:52,825 dan Hwanghae, tumbuhan ini ditemui di seluruh negara. 270 00:40:53,576 --> 00:40:55,369 POKOK KEBANGKITAN 271 00:41:26,817 --> 00:41:28,360 Ini pokok kebangkitan. 272 00:41:35,868 --> 00:41:36,911 Tuan! 273 00:41:46,003 --> 00:41:48,714 Ini penghulu di kampung berdekatan dan anaknya. 274 00:41:50,799 --> 00:41:51,717 Pokok ini... 275 00:41:52,593 --> 00:41:54,261 Sejak bila pokok ini tumbuh di sini? 276 00:41:54,678 --> 00:41:55,888 Itu... 277 00:41:56,722 --> 00:41:57,640 Ia... 278 00:41:59,266 --> 00:42:00,809 Kami yang tanam. 279 00:42:01,894 --> 00:42:04,480 Apa maksud kamu? Kamu yang tanam? 280 00:42:05,481 --> 00:42:07,274 Dari mana kamu dapat benihnya? 281 00:42:07,650 --> 00:42:08,776 Sebenarnya, 282 00:42:09,527 --> 00:42:12,613 anak hamba mengikut seorang pedagang 283 00:42:12,780 --> 00:42:14,990 dan ketika pulang dari China, 284 00:42:15,491 --> 00:42:17,618 dia dapat benih ini di Sungai Yalu. 285 00:42:17,701 --> 00:42:21,205 Kami tanam sebab kami fikir ia boleh membawa keuntungan. 286 00:42:22,331 --> 00:42:23,290 Benarkah? 287 00:42:23,582 --> 00:42:24,583 Benar. 288 00:42:25,543 --> 00:42:27,545 Katanya ia boleh hidupkan si mati, 289 00:42:27,962 --> 00:42:29,922 jadi hamba beli untuk keuntungan, 290 00:42:30,464 --> 00:42:33,592 tapi tiada siapa percaya, jadi hamba buang di sini. 291 00:42:44,311 --> 00:42:46,939 Ada orang yang menjual tumbuhan ini di utara? 292 00:42:47,356 --> 00:42:48,482 Benar. 293 00:42:49,066 --> 00:42:51,277 Dia juga tahu kaedah membangkitkan si mati 294 00:42:51,360 --> 00:42:52,695 dengan pokok ini. 295 00:42:53,112 --> 00:42:55,656 Itulah yang penjual itu beritahu kepada dia. 296 00:42:59,952 --> 00:43:01,370 Siapa yang menjual... 297 00:43:01,453 --> 00:43:05,457 Putera Mahkota arahkan hamba untuk memaklumkan Datuk tentang hal ini. 298 00:43:05,916 --> 00:43:07,751 Baginda turut serahkan buku ini 299 00:43:07,835 --> 00:43:09,628 supaya kita boleh bersedia. 300 00:43:11,714 --> 00:43:14,133 Di mana baginda sekarang? 301 00:43:15,009 --> 00:43:16,635 Baginda telah ke utara 302 00:43:19,430 --> 00:43:21,098 untuk menangkap orang itu. 303 00:43:22,182 --> 00:43:23,767 WILAYAH HWANGHAE 304 00:43:25,519 --> 00:43:26,562 WILAYAH HAMGYONG 305 00:43:41,368 --> 00:43:43,078 - Di mana? - Inilah tempatnya. 306 00:43:43,162 --> 00:43:46,707 Tempat ini pernah diduduki, tapi mereka dah lenyap. 307 00:44:59,947 --> 00:45:01,740 Patik jumpa pokok kebangkitan. 308 00:45:07,996 --> 00:45:09,707 "Masih terdapat 309 00:45:11,959 --> 00:45:15,045 rahsia besar pada pokok kebangkitan." 310 00:51:26,291 --> 00:51:29,419 LEE JINHYUK DALAM KENANGAN 311 00:51:36,051 --> 00:51:38,178 Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali