1 00:00:05,965 --> 00:00:07,967 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:15,349 --> 00:00:16,893 ADAPTASI THE KINGDOM OF THE GODS 3 00:01:59,996 --> 00:02:00,872 Ampun, tuanku, 4 00:02:01,706 --> 00:02:03,291 mengapa tuanku membuangnya? 5 00:02:03,374 --> 00:02:05,209 Asyik makan ini saja berhari-hari, 6 00:02:06,169 --> 00:02:07,795 beta sudah muak melihatnya. 7 00:02:10,882 --> 00:02:12,133 Benar. 8 00:02:13,176 --> 00:02:15,678 Mengapa tuanku mengambil tindakan bahaya? 9 00:02:16,137 --> 00:02:17,388 Semberono. 10 00:02:17,847 --> 00:02:19,724 Tuanku tidak perlu lalui semua ini. 11 00:02:21,225 --> 00:02:23,102 Beta buat begini bukan untuk beta. 12 00:02:24,228 --> 00:02:25,938 Jika beta digulingkan, 13 00:02:26,397 --> 00:02:28,107 pengawal peribadi beta akan selamat? 14 00:02:28,191 --> 00:02:31,152 Kemungkinan isteri kamu juga akan dibunuh. 15 00:02:31,986 --> 00:02:33,070 Benar. 16 00:02:33,446 --> 00:02:35,281 Tuanku tidak sepatutnya buat begitu. 17 00:02:35,781 --> 00:02:38,409 Bedebah, mulut kamu terlalu lancang. 18 00:02:39,952 --> 00:02:42,455 Kerabat diraja tidak boleh menyebut "bedebah". 19 00:02:43,039 --> 00:02:45,416 Dari mana tuanku belajar perkataan itu? 20 00:02:45,499 --> 00:02:46,876 Kamu rasa dari mana? 21 00:02:47,543 --> 00:02:50,588 Kamu sahaja orang yang dekat dengan beta yang bercakap begitu. 22 00:02:51,297 --> 00:02:52,131 Yalah. 23 00:02:52,757 --> 00:02:55,134 Patik akui tuanku terang hati dan mudah tangkap... 24 00:02:55,217 --> 00:02:59,013 Mungkin beta terlalu lembut dengan kamu. Kamu tak tahu diam. 25 00:02:59,847 --> 00:03:03,476 Sepatah lagi kamu bercakap, beta akan hapuskan seluruh keluarga kamu. 26 00:03:11,525 --> 00:03:12,526 Beta cuma berseloroh. 27 00:03:14,236 --> 00:03:15,363 Janganlah marah. 28 00:03:16,572 --> 00:03:18,491 Mengapa tuanku berseloroh perkara begitu? 29 00:03:20,409 --> 00:03:22,453 Pengawal peribadi Putera Mahkota apa 30 00:03:22,578 --> 00:03:24,705 yang pengecut begini? Kamu tak berguna. 31 00:03:24,956 --> 00:03:26,415 Takkan patik tidak takut 32 00:03:26,499 --> 00:03:28,292 apabila Putera Mahkota bertitah 33 00:03:28,459 --> 00:03:29,877 untuk hapuskan keluarga patik? 34 00:03:31,504 --> 00:03:32,838 Tuanku geli hati? 35 00:03:35,591 --> 00:03:36,884 Apa yang begitu lucu? 36 00:03:46,686 --> 00:03:48,020 Betulkah ini jalannya? 37 00:03:49,438 --> 00:03:51,232 Mereka suruh kita ke Gunung Geumjeong. 38 00:03:51,899 --> 00:03:54,318 Inilah Gunung Geumjeong, sebentar lagi kita akan tiba. 39 00:03:54,902 --> 00:03:56,070 Kamu sudah katakan tadi. 40 00:03:57,280 --> 00:03:59,282 Jika kita tidak sampai dalam 30 minit, 41 00:03:59,782 --> 00:04:01,742 beta akan hapuskan keluargamu. 42 00:04:04,078 --> 00:04:06,998 Tuanku Putera, tuanku benar-benar suka bergurau soal itu? 43 00:04:07,707 --> 00:04:08,874 Ya. 44 00:04:12,878 --> 00:04:14,463 Berselorohlah begitu 45 00:04:15,214 --> 00:04:17,091 jika itu membuat tuanku gembira. 46 00:04:17,842 --> 00:04:22,138 Sebagai balasan, kurniakan patik rumpai laut Gijang jika kita selamat. 47 00:04:22,221 --> 00:04:24,807 Patik dengar ia bagus untuk wanita mengandung. 48 00:04:24,890 --> 00:04:26,642 Jika ada daging lembu lebih baik. 49 00:04:29,603 --> 00:04:30,646 Pelik benar. 50 00:04:31,147 --> 00:04:32,023 Apa dia, tuanku? 51 00:04:32,857 --> 00:04:33,858 Tuanku Putera, 52 00:04:33,941 --> 00:04:36,193 patik tinggalkan isteri yang akan melahirkan anak. 53 00:04:36,277 --> 00:04:39,280 Pelik benarkah jika patik minta rumpai laut dari Gijang? 54 00:04:39,363 --> 00:04:40,573 Bukan itu. 55 00:04:41,657 --> 00:04:42,867 Kawasan ini senyap sunyi. 56 00:04:44,243 --> 00:04:46,537 Dari tadi beta tidak mendengar bunyi serangga. 57 00:05:03,637 --> 00:05:04,638 Tuanku Putera, 58 00:05:05,848 --> 00:05:07,391 ada sebuah rumah di depan sana. 59 00:05:22,865 --> 00:05:24,116 JIYULHEON 60 00:05:31,624 --> 00:05:33,751 Patik rasa ini tempatnya, 61 00:05:34,627 --> 00:05:36,462 tapi rumah sakit ini nampak aneh. 62 00:05:36,545 --> 00:05:38,714 Apakah benda merah kehitaman pada pancang itu? 63 00:05:40,341 --> 00:05:41,383 Itu darah, bukan? 64 00:05:45,262 --> 00:05:46,514 Tunggu di sini, tuanku. 65 00:06:29,431 --> 00:06:30,474 Tuanku Putera. 66 00:06:31,058 --> 00:06:33,894 Pintu berkunci dari dalam. Patik akan cuba panjat dinding. 67 00:06:57,376 --> 00:06:59,211 Mu-yeong, kamu ada di dalam? 68 00:07:02,464 --> 00:07:04,758 Ada apa-apa masalah di dalam? 69 00:07:06,093 --> 00:07:07,428 Mu-yeong! 70 00:07:09,513 --> 00:07:10,598 Mu-yeong! 71 00:07:11,807 --> 00:07:13,309 Mu-yeong! 72 00:08:14,286 --> 00:08:16,247 Patik rasa sesuatu yang dahsyat 73 00:08:16,830 --> 00:08:18,916 terjadi kepada orang di sini. 74 00:08:18,999 --> 00:08:20,292 Mana Tabib Lee Seung-hui? 75 00:08:21,126 --> 00:08:22,336 Kita datang dari jauh. 76 00:08:22,836 --> 00:08:24,046 Kita mesti mencarinya. 77 00:08:26,006 --> 00:08:27,508 Ada sesiapa di sini? 78 00:08:29,677 --> 00:08:32,471 Di sini bahaya. Ikut patik, tuanku. 79 00:08:37,226 --> 00:08:38,269 Tuanku! 80 00:08:38,352 --> 00:08:39,853 Tuanku tak apa-apa? 81 00:08:40,187 --> 00:08:41,272 Tuanku cedera? 82 00:09:27,985 --> 00:09:29,111 Tarik! 83 00:09:39,538 --> 00:09:41,206 - Mengapa berat sangat? - Ada banyak. 84 00:09:41,290 --> 00:09:42,458 - Apa? - Pegang kuat-kuat! 85 00:09:43,667 --> 00:09:45,419 Satu, dua! 86 00:09:45,711 --> 00:09:47,463 Satu, dua! 87 00:09:47,796 --> 00:09:49,590 Satu, dua! 88 00:10:12,529 --> 00:10:15,532 Apa hajat pegawai tinggi tentera datang ke sini dari Hanyang? 89 00:10:16,116 --> 00:10:19,203 Tabib Lee Seung-hui handal, hamba mahu dia periksa adik hamba. 90 00:10:21,538 --> 00:10:24,208 Adik hamba nampak sihat tapi tidak. 91 00:10:32,591 --> 00:10:36,136 Adik hamba tergesa-gesa keluar dan lupa tanda pengenalannya. Harap tuan faham. 92 00:10:36,220 --> 00:10:37,638 Hamba faham. 93 00:10:39,264 --> 00:10:40,683 Tuan nampak orang mencurigakan 94 00:10:41,183 --> 00:10:43,102 semasa tuan tiba di sini? 95 00:10:43,769 --> 00:10:45,145 Hamba hanya nampak mayat. 96 00:10:49,650 --> 00:10:52,861 Kami temui semua mayat tersembunyi di bawah anjung setiap bangunan. 97 00:10:53,070 --> 00:10:54,446 Ada 48 kesemuanya. 98 00:10:54,530 --> 00:10:56,073 Letak mayat ke atas kereta sorong 99 00:10:56,156 --> 00:10:58,325 - dan bawa ke pejabat majistret. - Baik, tuan. 100 00:11:08,919 --> 00:11:10,087 Mayat dia tiada. 101 00:11:10,504 --> 00:11:11,338 Apa dia, tuanku? 102 00:11:12,214 --> 00:11:13,841 Mayat Tabib Lee tiada di sini. 103 00:11:15,217 --> 00:11:16,260 Pasti dia masih hidup. 104 00:11:18,595 --> 00:11:20,931 Bolehkah hamba segembira begini? 105 00:11:21,014 --> 00:11:23,767 Apa kata kita intai sedikit? 106 00:11:25,352 --> 00:11:27,563 Baik, rakan-rakan! 107 00:11:29,148 --> 00:11:30,774 Ucap selamat untuk majistret baru, 108 00:11:31,358 --> 00:11:34,278 Majistret Cho Beom-pal 109 00:11:34,778 --> 00:11:37,865 daripada Puak Haewon Cho! 110 00:11:38,365 --> 00:11:39,867 Mari minum untuk meraikannya! 111 00:11:41,243 --> 00:11:42,828 - Terima kasih. - Tunggu! 112 00:11:43,745 --> 00:11:44,746 Nanti! Tunggu! 113 00:11:47,666 --> 00:11:50,961 - Pasti tuan minum terlalu banyak! - Tak guna! 114 00:11:58,427 --> 00:12:00,304 Hamba mahu tunduk di depan majistret 115 00:12:00,387 --> 00:12:03,307 - pada hari bersejarah ini. - Bagus. 116 00:12:03,390 --> 00:12:04,516 Baik! 117 00:12:04,600 --> 00:12:06,977 Semoga tuan hidup lama dan makmur! 118 00:12:10,939 --> 00:12:13,192 Datuk! 119 00:12:15,235 --> 00:12:17,029 Datuk! 120 00:12:18,071 --> 00:12:20,032 - Ada perkara buruk terjadi. - Apa? 121 00:12:23,827 --> 00:12:25,621 Bagaimana saya nak percayakan kamu? 122 00:12:37,591 --> 00:12:40,886 Apa semua ini? 123 00:12:40,969 --> 00:12:43,972 Ini semua mayat? 124 00:12:44,139 --> 00:12:45,557 Mayat-mayat ini ditemui 125 00:12:45,807 --> 00:12:47,893 di Jiyulheon di Gunung Geumjeong. 126 00:12:52,314 --> 00:12:54,066 Kenapalah pada hari pertama hamba... 127 00:12:56,652 --> 00:12:59,279 Pelakunya pula? Kamu tahu siapa yang lakukan? 128 00:12:59,863 --> 00:13:01,281 Ada seorang yang disyaki. 129 00:13:01,490 --> 00:13:04,117 Lelaki bernama Yeong-sin yang dirawat di rumah sakit itu, 130 00:13:04,535 --> 00:13:06,620 dia kumpul batang buluh di seluruh Dongnae 131 00:13:06,954 --> 00:13:07,955 sejak beberapa hari. 132 00:13:08,038 --> 00:13:10,290 - Kamu kata... - Buluh? 133 00:13:10,374 --> 00:13:13,502 Ada banyak tombak buluh di atas tembok rumah sakit itu. 134 00:13:13,585 --> 00:13:15,587 Tombak buluh? Mengapa? 135 00:13:15,671 --> 00:13:17,047 Mungkin supaya orang tak masuk 136 00:13:17,172 --> 00:13:18,966 dan temui mayat-mayat ini. 137 00:13:19,675 --> 00:13:22,052 Hamba periksa tanda pengenalannya, ia milik lelaki 138 00:13:22,135 --> 00:13:24,012 yang mati dalam perang tiga tahun lalu. 139 00:13:26,306 --> 00:13:27,641 Lelaki itu mencurigakan! 140 00:13:27,724 --> 00:13:30,435 Kumpulkan hulubalang untuk cari dia! 141 00:13:31,061 --> 00:13:32,813 Lekas! 142 00:13:33,939 --> 00:13:37,234 Apa yang berlaku? 143 00:13:39,278 --> 00:13:42,072 Bagaimana perkara begini boleh berlaku? 144 00:13:43,865 --> 00:13:45,158 Tolonglah, tuan. 145 00:13:45,242 --> 00:13:46,535 Apa salah hamba, tuan? 146 00:13:46,618 --> 00:13:49,496 - Hamba tak buat apa-apa. - Beritahu majistret, bukan hamba! 147 00:13:51,081 --> 00:13:52,874 Hamba bukan orang yang tuan cari. 148 00:13:53,041 --> 00:13:54,793 Dengarlah dulu, tuan. 149 00:14:08,724 --> 00:14:09,850 Bukan dia. 150 00:14:25,282 --> 00:14:26,575 Apa yang berlaku? 151 00:14:26,992 --> 00:14:29,703 Mereka mencari lelaki bernama Yeong-sin, orang yang disyaki. 152 00:14:31,330 --> 00:14:32,331 Tabib Lee pula? 153 00:14:32,414 --> 00:14:36,168 Mereka sibuk mencari lelaki itu dan tak terfikir tentang tabib. 154 00:14:44,468 --> 00:14:45,552 Tuanku mahu ke mana? 155 00:14:45,928 --> 00:14:48,138 Beta tak boleh buang masa menunggu. 156 00:14:49,222 --> 00:14:50,724 Beta mesti cari Tabib Lee 157 00:14:51,308 --> 00:14:53,226 walaupun terbalik Dongnae beta kerjakan. 158 00:14:53,310 --> 00:14:54,561 Patik bersetuju, tuanku. 159 00:14:55,062 --> 00:14:58,690 Kita mesti cari dia supaya patik boleh balik bertemu isteri di Hanyang. 160 00:14:58,774 --> 00:14:59,691 Apa rancangannya? 161 00:15:00,525 --> 00:15:02,152 Tadi tuanku katakan 162 00:15:02,277 --> 00:15:03,946 kita akan terbalikkan Dongnae. 163 00:15:04,363 --> 00:15:07,407 Dongnae lebih kecil berbanding Hanyang. 164 00:15:07,866 --> 00:15:09,701 Pasti tidak sukar mencari tabib itu. 165 00:15:26,134 --> 00:15:27,469 Kita sudah hampir. 166 00:15:27,928 --> 00:15:29,513 Berpecah kepada tiga kumpulan. 167 00:15:30,597 --> 00:15:33,183 Jika nampak Putera Mahkota, bawa dia ke pejabat majistret. 168 00:15:45,278 --> 00:15:47,155 GANGNYEONGJEON 169 00:16:48,633 --> 00:16:51,845 Di mana perjanjian yang terdapat tanda tangan Putera Mahkota itu? 170 00:16:52,054 --> 00:16:53,096 Apa maksud kamu? 171 00:16:53,722 --> 00:16:56,767 Berikannya kepada Datuk Cho Hak-ju. 172 00:16:57,059 --> 00:16:59,895 Dengan itu, datuk boleh halang lebih ramai sarjana mati. 173 00:16:59,978 --> 00:17:01,188 Tuan hamba sudah gila? 174 00:17:01,271 --> 00:17:03,565 Putera Mahkota telah lari tinggalkan kita. 175 00:17:03,940 --> 00:17:05,525 Kita mesti cari jalan untuk hidup. 176 00:17:07,611 --> 00:17:08,695 Sudah. 177 00:17:09,946 --> 00:17:12,491 Tidakkah datuk tahu mengapa Datuk Cho Hak-ju, 178 00:17:12,991 --> 00:17:15,327 yang memburu Putera Mahkota, tidak menangkap datuk? 179 00:17:17,496 --> 00:17:18,830 Dia mahu datuk menyerah. 180 00:17:18,914 --> 00:17:21,291 Jika datuk, ketua Sungkyunkwan, 181 00:17:21,416 --> 00:17:24,419 membawa semua sarjana kepada Puak Haewon Cho, 182 00:17:25,003 --> 00:17:27,547 sekurang-kurangnya dia tidak akan membunuh para sarjana. 183 00:17:27,631 --> 00:17:29,257 Cukuplah. 184 00:17:29,591 --> 00:17:32,469 Datuk, kita tidak tahu bila Tentera Diraja akan menyerbu kita. 185 00:17:34,387 --> 00:17:36,181 Kita serahkan sebelum ia dirampas. 186 00:17:36,264 --> 00:17:37,724 Itu saja cara untuk selamat. 187 00:17:42,854 --> 00:17:46,441 Datuk, ada tetamu. 188 00:17:50,529 --> 00:17:51,696 Bawa dia masuk. 189 00:17:58,578 --> 00:18:02,874 Apa hajat ketua dayang istana Putera Mahkota datang ke sini? 190 00:18:05,460 --> 00:18:06,461 Sila masuk. 191 00:18:09,422 --> 00:18:11,299 Mayat ditemui dalam istana Raja? 192 00:18:12,551 --> 00:18:13,802 Hamba tidak percaya. 193 00:18:14,177 --> 00:18:15,470 Mana mungkin begitu? 194 00:18:16,096 --> 00:18:17,472 Hamba juga rasa begitu. 195 00:18:17,889 --> 00:18:20,851 Hanya kerabat diraja dibenarkan memasuki laman belakang. 196 00:18:21,726 --> 00:18:23,520 Bagaimana tuan hamba masuk? 197 00:18:24,729 --> 00:18:27,691 Selepas mendengar perkara aneh berlaku di istana Raja, 198 00:18:28,024 --> 00:18:30,318 hamba bahayakan nyawa untuk lihat sendiri. 199 00:18:31,653 --> 00:18:32,946 Percayalah kepada hamba. 200 00:18:33,572 --> 00:18:37,242 Tak mungkin hamba menipu dan mempertaruhkan nyawa hamba? 201 00:18:39,536 --> 00:18:40,620 Hamba faham. 202 00:18:41,538 --> 00:18:42,789 Tuan hamba boleh beredar. 203 00:18:53,216 --> 00:18:55,385 Dengan ini, kita ada harapan. 204 00:19:00,432 --> 00:19:02,434 Jika benar apa yang dikatakan, 205 00:19:02,893 --> 00:19:05,437 ini bermakna ada perkara buruk terjadi di istana Raja. 206 00:19:05,937 --> 00:19:09,316 Datuk Cho Hak-ju sembunyikannya daripada kita. 207 00:19:11,318 --> 00:19:12,903 Jika kita tahu apa yang terjadi, 208 00:19:13,612 --> 00:19:16,364 mungkin kita dapat menghancurkan Puak Haewon Cho. 209 00:19:16,448 --> 00:19:21,453 Mungkin kita boleh selamatkan sarjana, Putera Mahkota dan diri kita sendiri. 210 00:19:26,333 --> 00:19:29,294 DONGNAE 211 00:19:51,900 --> 00:19:53,026 Cari siapa? 212 00:19:57,364 --> 00:19:59,741 Tuan hamba Kim, pembekal ubatan herba? 213 00:20:01,576 --> 00:20:02,452 Hamba dengar 214 00:20:03,620 --> 00:20:07,165 tuan hamba bekalkan herba untuk Jiyulheon. 215 00:20:08,291 --> 00:20:10,710 Hamba tak tahu apa-apa. 216 00:20:11,461 --> 00:20:13,672 Tidak. Kami datang atas tujuan lain. 217 00:20:14,714 --> 00:20:17,425 Kami mencari Tabib Lee Seung-hui kerana ada hal mustahak. 218 00:20:17,926 --> 00:20:19,386 Tuan hamba tahu di mana dia? 219 00:20:20,387 --> 00:20:23,265 Hamba hanya membekalkan herba. Hamba tak tahu apa-apa. 220 00:20:24,182 --> 00:20:26,434 Maaf, tapi hamba sibuk. 221 00:20:26,601 --> 00:20:28,395 Dia belum habis berbicara. 222 00:20:28,478 --> 00:20:31,398 Tidakkah orang kebanyakan tahu adab? 223 00:20:36,361 --> 00:20:37,529 Bapa hamba sudah tua 224 00:20:38,446 --> 00:20:40,824 dan tak makan beberapa hari kerana apa yang berlaku. 225 00:20:41,825 --> 00:20:43,910 Sekurang-kurangnya hamba perlu beri air. 226 00:20:45,161 --> 00:20:46,871 Jika tuan hamba mahu pukul, silakan. 227 00:20:47,497 --> 00:20:48,832 Hamba mahu mengambil air. 228 00:20:56,965 --> 00:21:00,635 Maaf. Sahabat hamba itu begitu kerana dia dimanjakan sejak kecil. 229 00:21:01,177 --> 00:21:02,429 Tolonglah faham, 230 00:21:03,054 --> 00:21:04,931 kalau tahu apa-apa, beritahulah hamba. 231 00:21:05,265 --> 00:21:07,350 Hamba akan beri ganjaran. 232 00:21:08,310 --> 00:21:09,936 Sudah hamba katakan. 233 00:21:10,520 --> 00:21:13,481 Hamba tak jumpa dia berbulan-bulan. 234 00:21:17,027 --> 00:21:19,988 Katakanlah apa saja. Beritahulah hamba sesuatu. 235 00:21:23,408 --> 00:21:25,076 Hal ini sangat mustahak. 236 00:21:25,618 --> 00:21:27,537 Hamba tidak akan maklumkan kerajaan. 237 00:21:30,665 --> 00:21:31,624 Semalam, 238 00:21:33,501 --> 00:21:37,922 Seo-bi, seorang tabib di Jiyulheon, datang mencari hamba. 239 00:21:38,965 --> 00:21:41,092 Ada yang selamat di Jiyulheon? 240 00:21:43,428 --> 00:21:45,096 Di mana dia sekarang? 241 00:21:46,639 --> 00:21:47,974 Hamba tak tahu, 242 00:21:48,933 --> 00:21:50,643 tapi mungkin dia ke Lembah Beku. 243 00:21:51,144 --> 00:21:52,520 Dia datang jumpa hamba 244 00:21:53,480 --> 00:21:56,649 dan tanya tentang pokok kebangkitan yang tumbuh di situ. 245 00:21:56,733 --> 00:21:59,194 Orang kata ia boleh menghidupkan semula orang mati. 246 00:21:59,694 --> 00:22:01,112 Tak masuk akal. 247 00:22:02,238 --> 00:22:04,032 Dia nampak tak sihat. 248 00:22:05,950 --> 00:22:07,118 Apa kata kamu? 249 00:22:07,202 --> 00:22:09,162 Pokok yang menghidupkan semula orang mati? 250 00:22:09,245 --> 00:22:10,205 Ya. 251 00:22:10,997 --> 00:22:13,583 Tapi benda begitu tak wujud di dunia ini. 252 00:22:14,584 --> 00:22:16,252 Di mana "Lembah Beku" itu? 253 00:22:19,047 --> 00:22:21,132 Ia dipanggil "Lembah Beku" kerana sangat sejuk 254 00:22:21,216 --> 00:22:22,842 hingga sungai beku sepanjang tahun. 255 00:22:23,218 --> 00:22:26,137 Hamba dengar ia terletak di Gunung Gomi, di utara Dongnae. 256 00:22:37,190 --> 00:22:40,276 Tunggu di sini, tuanku. Patik akan pergi seorang. 257 00:22:40,568 --> 00:22:43,655 Tidak. Beta takut tinggal seorang. 258 00:22:56,209 --> 00:22:57,752 Di sini seolah-olah musim sejuk. 259 00:23:00,046 --> 00:23:01,631 Tuanku, ikut di belakang patik. 260 00:23:03,883 --> 00:23:04,968 Tuanku! 261 00:23:23,945 --> 00:23:25,905 Tuanku, di sini bahaya. 262 00:23:48,344 --> 00:23:50,847 Itu pakaian tabib wanita yang mati di Jiyulheon. 263 00:23:59,689 --> 00:24:03,818 Adakah tuan hamba Seo-bi, tabib dari Jiyulheon? 264 00:24:09,032 --> 00:24:10,283 Keluar. 265 00:24:13,953 --> 00:24:16,331 Jangan takut. Keluarlah. 266 00:24:41,272 --> 00:24:42,690 Di mana Tabib Lee Seung-hui? 267 00:24:46,236 --> 00:24:48,696 Kami datang dari Hanyang untuk mencarinya. 268 00:24:49,197 --> 00:24:50,281 Di mana dia? 269 00:24:52,075 --> 00:24:53,159 Tabib Lee 270 00:24:55,912 --> 00:24:58,748 tidak dapat mengelak malapetaka. 271 00:24:59,707 --> 00:25:01,042 Apa maksud kamu? 272 00:25:02,043 --> 00:25:03,211 Dia sudah mati? 273 00:25:08,216 --> 00:25:09,259 Ia 274 00:25:10,802 --> 00:25:12,220 disebabkan oleh 275 00:25:13,429 --> 00:25:15,139 pokok kebangkitan itu. 276 00:25:16,891 --> 00:25:19,143 Dia kata pokok itu 277 00:25:19,894 --> 00:25:25,191 punca semua yang berlaku di Hanyang dan Jiyulheon. 278 00:25:26,192 --> 00:25:27,402 Apa maksud kamu? 279 00:25:28,361 --> 00:25:29,988 Maksud kamu kematian di Jiyulheon 280 00:25:30,405 --> 00:25:32,323 ada kaitan dengan kejadian di Hanyang? 281 00:25:36,327 --> 00:25:39,247 Bagaimana tuan tahu ada orang mati di Jiyulheon? 282 00:25:41,541 --> 00:25:43,668 Tuan lihat sendiri? 283 00:25:45,586 --> 00:25:46,629 Ya. 284 00:25:48,798 --> 00:25:51,968 Mereka telah bawa mayat-mayat itu ke pejabat majistret untuk disiasat. 285 00:25:54,345 --> 00:25:57,598 Tuan keluarkan mereka dari Jiyulheon? 286 00:25:59,559 --> 00:26:00,768 Tidak. 287 00:26:01,936 --> 00:26:05,106 Tidak. Orang-orang itu belum mati. 288 00:26:05,898 --> 00:26:07,483 Ia mesti dihalang. 289 00:26:15,033 --> 00:26:15,992 Tak guna! 290 00:26:16,075 --> 00:26:17,160 Kamu siapa? 291 00:26:18,828 --> 00:26:19,912 Berhenti! 292 00:26:23,833 --> 00:26:25,209 Hamba tanya kamu siapa! 293 00:26:25,293 --> 00:26:26,461 Di mana mereka? 294 00:26:27,003 --> 00:26:27,962 Mana mereka pergi? 295 00:26:28,046 --> 00:26:29,339 Tak guna... 296 00:26:30,006 --> 00:26:31,257 Di mana mereka 297 00:26:32,050 --> 00:26:33,593 yang berada di sini? 298 00:26:47,148 --> 00:26:49,442 Apa yang terjadi? 299 00:26:51,361 --> 00:26:53,863 Nampak seolah-olah dia diserang binatang, 300 00:26:53,946 --> 00:26:57,492 tetapi kesan gigitan ini terlalu kecil 301 00:26:58,201 --> 00:26:59,494 untuk harimau atau serigala. 302 00:27:01,829 --> 00:27:04,207 Mungkin musang? 303 00:27:05,249 --> 00:27:06,459 Bukan. 304 00:27:08,586 --> 00:27:10,880 Kesan gigitan ini bukan seperti gigitan haiwan. 305 00:27:11,798 --> 00:27:15,593 Tapi ia serupa seperti gigitan manusia. 306 00:27:15,843 --> 00:27:18,096 Apa? Gigitan manusia? 307 00:27:18,304 --> 00:27:21,265 Apa? Mengarut. 308 00:27:21,849 --> 00:27:24,227 Bagaimana pula orang gigit orang hingga mati? 309 00:27:26,729 --> 00:27:27,897 Ke tepi! 310 00:27:28,147 --> 00:27:29,148 Tepi! 311 00:27:35,822 --> 00:27:38,408 Jangan biarkan mereka di sini! Mereka mesti dikurung! 312 00:27:39,117 --> 00:27:42,328 Siapa gerangan kamu yang membuat bising di pejabat majistret? 313 00:27:42,412 --> 00:27:44,080 Hambalah orang 314 00:27:45,206 --> 00:27:46,124 yang kamu cari. 315 00:27:47,333 --> 00:27:48,835 Hamba nampak semuanya! 316 00:27:48,918 --> 00:27:50,378 Mereka ini tak mati! 317 00:27:50,461 --> 00:27:52,171 Dia seperti orang yang dicari. 318 00:27:52,255 --> 00:27:53,131 Apa? 319 00:27:53,548 --> 00:27:54,882 Dialah pelakunya. 320 00:27:55,216 --> 00:27:56,217 Apa? 321 00:27:56,300 --> 00:27:58,094 Tunggu apa lagi? Tangkap dia! 322 00:28:11,774 --> 00:28:13,151 Mereka semua tak mati! 323 00:28:13,234 --> 00:28:15,862 Mereka akan bangun dan menyerang manusia! 324 00:28:16,571 --> 00:28:18,072 Percayalah kepada hamba! 325 00:28:18,156 --> 00:28:20,616 Mengapa masih belum ditangkap si gila itu? 326 00:28:20,700 --> 00:28:21,868 Tangkap dia sekarang! 327 00:28:25,705 --> 00:28:27,790 Aduhai. Mayat-mayat itu akan terbakar. 328 00:28:47,852 --> 00:28:49,103 Jangan! 329 00:29:04,452 --> 00:29:05,870 Tuan hamba mahu ke mana? 330 00:29:06,788 --> 00:29:09,916 Tak ada masa. Mereka akan bangun. 331 00:29:10,333 --> 00:29:11,834 Perempuan ini sudah gila. 332 00:29:11,918 --> 00:29:13,669 Orang dah mati akan bangun? 333 00:29:13,753 --> 00:29:15,963 Tak. Memang benar. 334 00:29:16,047 --> 00:29:17,340 Apa awak kata tadi? 335 00:29:17,965 --> 00:29:20,676 Pokok itu menyebabkan sesuatu di Hanyang dan Jiyulheon. 336 00:29:21,260 --> 00:29:25,431 Kata tuan guru, dia hidupkan orang mati di Hanyang dengan pokok kebangkitan. 337 00:29:26,516 --> 00:29:28,476 Perkara yang sama berlaku di Jiyulheon. 338 00:29:28,559 --> 00:29:31,771 Orang mati hidup semula dan jadi hantu. 339 00:29:31,854 --> 00:29:33,815 Kita mesti halang mereka! 340 00:29:33,898 --> 00:29:36,901 Bagaimana rupa orang yang mati dan hidup semula itu? 341 00:29:37,485 --> 00:29:40,530 Mereka berbau busuk dan berbunyi seperti binatang? 342 00:29:42,949 --> 00:29:44,325 Ya, benar. 343 00:29:46,994 --> 00:29:48,704 Kamu ada bukti atas dakwaan kamu itu? 344 00:29:49,372 --> 00:29:52,959 Catatan harian Tabib Lee disimpan di bangsal ubat di Jiyulheon. 345 00:29:53,042 --> 00:29:55,086 Segala-galanya ada tertulis di situ. 346 00:29:55,169 --> 00:29:57,004 Dia kata kalau jumpa pokok kebangkitan, 347 00:29:57,088 --> 00:29:59,757 kami boleh cari penawar penyakit itu. 348 00:29:59,841 --> 00:30:02,218 Hamba ke sini untuk mencari penawar. 349 00:30:02,301 --> 00:30:03,553 Percayalah kepada hamba. 350 00:30:03,636 --> 00:30:04,637 Hamba tidak ada masa. 351 00:30:04,720 --> 00:30:08,224 Kita mesti pergi sebelum matahari terbenam dan halang lebih banyak kematian. 352 00:30:10,268 --> 00:30:11,602 Beta akan ke Jiyulheon. 353 00:30:11,894 --> 00:30:14,397 Bawa dia ke pejabat majistret dan sahkan dakwaannya. 354 00:30:14,480 --> 00:30:16,983 Tidak. Bagaimana tuanku boleh percaya perempuan gila... 355 00:30:17,066 --> 00:30:18,359 Ini sangat mustahak. 356 00:30:19,527 --> 00:30:21,571 Pergi sahkan ia benar atau tidak. 357 00:30:29,579 --> 00:30:30,705 Tunjukkan jalannya. 358 00:31:58,417 --> 00:32:00,670 Tuanku datang untuk ini? 359 00:32:05,341 --> 00:32:07,885 Datang dari jauh ke Dongnae? 360 00:32:10,596 --> 00:32:12,723 Ini titah Paduka Raja. 361 00:32:19,814 --> 00:32:24,777 "Selepas menyoal 89 orang sarjana yang menyebarkan berita palsu, 362 00:32:25,778 --> 00:32:27,822 didapati bahawa dalang 363 00:32:29,281 --> 00:32:31,242 di sebaliknya ialah Putera Mahkota. 364 00:32:31,742 --> 00:32:34,245 Bawa Putera Mahkota ke Balai Siasatan Diraja 365 00:32:34,328 --> 00:32:35,913 dan siasat cerita sebenar 366 00:32:37,415 --> 00:32:40,376 pakatan jahat tersebut." 367 00:32:45,006 --> 00:32:48,300 Patik akan patuhi titah Paduka Raja dan bawa tuanku ke Hanyang. 368 00:32:48,843 --> 00:32:51,303 Patik tidak akan ikat tuanku kerana tuanku masih 369 00:32:51,387 --> 00:32:52,888 Putera Mahkota negeri ini. 370 00:32:54,682 --> 00:32:56,475 Ikut patik, jangan melawan. 371 00:32:59,562 --> 00:33:00,980 Titah Paduka Raja... 372 00:33:03,566 --> 00:33:05,901 Benarkah negeri ini memiliki raja? 373 00:33:06,861 --> 00:33:08,988 Apa maksud tuanku? 374 00:33:09,572 --> 00:33:11,782 Mengapa panggil Tabib Lee Seung-hui ke Hanyang? 375 00:33:12,408 --> 00:33:15,411 Dia paling handal merawat cacar. 376 00:33:15,494 --> 00:33:16,871 Jadi untuk apa dia gunakan 377 00:33:17,663 --> 00:33:18,914 pokok kebangkitan? 378 00:33:21,000 --> 00:33:23,461 Adakah ayahanda beta telah mangkat? 379 00:33:26,213 --> 00:33:29,925 Sudah tentu tidak, Tuanku Putera Mahkota. 380 00:33:30,760 --> 00:33:31,761 Paduka Raja 381 00:33:32,678 --> 00:33:34,597 masih hidup. 382 00:33:35,890 --> 00:33:39,852 Sebenarnya, baginda sudah tidak boleh berfikir dengan baik. 383 00:33:40,978 --> 00:33:45,066 Tetapi baginda akan sihat sehingga Paduka Permaisuri melahirkan anak. 384 00:33:48,944 --> 00:33:50,488 Sampai begitu kamu inginkannya? 385 00:33:53,657 --> 00:33:56,077 Kamu mahu merampas kuasa sampai begitu? 386 00:33:57,119 --> 00:34:00,581 Kerana itu kamu mengambil tindakan yang salah bagi seorang hamba Raja? 387 00:34:02,500 --> 00:34:04,251 Sampai begitu nafsu kamu? 388 00:34:06,462 --> 00:34:08,839 Apa yang tuanku pernah lakukan? 389 00:34:10,424 --> 00:34:13,010 Tuanku hanya bertuah kerana lahir sebagai putera Raja. 390 00:34:13,886 --> 00:34:15,805 Tuanku tak pernah lakukan apa-apa. 391 00:34:16,388 --> 00:34:20,518 Tetapi tuanku sering memandang patik dan bapa patik 392 00:34:23,020 --> 00:34:25,773 dengan pandangan yang sama macam sekarang. 393 00:34:27,274 --> 00:34:30,194 Seolah-olah mengatakan, "Beta berbeza 394 00:34:31,195 --> 00:34:32,696 daripada kamu, serangga jijik." 395 00:34:34,657 --> 00:34:36,117 Memang benar. 396 00:34:36,617 --> 00:34:37,743 Kamu memang serangga. 397 00:34:38,327 --> 00:34:40,996 Kamu mencemuh Raja dan keluarga diraja. 398 00:34:41,413 --> 00:34:43,707 Kamu menyebabkan rakyat menderita! 399 00:34:44,583 --> 00:34:47,503 Itulah perbuatan kamu, Puak Haewon Cho. 400 00:34:54,510 --> 00:34:56,720 Tuanku mahu patik serang tuanku, bukan? 401 00:34:58,806 --> 00:35:00,432 Patik akan tunaikannya. 402 00:35:08,649 --> 00:35:10,651 Kamu kata beta cuma bertuah? 403 00:35:11,569 --> 00:35:12,486 Tidak. 404 00:35:13,237 --> 00:35:14,905 Beta orang terpilih. 405 00:35:16,198 --> 00:35:18,993 Dengan kuasa yang dikurniakan oleh ayahanda beta, 406 00:35:19,618 --> 00:35:20,953 beta akan 407 00:35:22,997 --> 00:35:24,331 menghukum kamu. 408 00:35:26,917 --> 00:35:29,170 Tuanku tak boleh membunuh dengan pedang itu. 409 00:36:42,826 --> 00:36:45,120 Tuanku tidak patut lahir sebagai Putera Mahkota. 410 00:37:42,761 --> 00:37:44,346 Mengaku sekarang! 411 00:37:44,430 --> 00:37:47,641 - Mengapa kamu bunuh mereka semua? - Cakaplah! 412 00:37:47,725 --> 00:37:49,935 Berapa kali hamba nak cakap? 413 00:37:50,561 --> 00:37:52,938 Itu semua hantu. Mereka tak mati. 414 00:37:53,689 --> 00:37:56,859 Kita mesti lari sebelum matahari terbenam. 415 00:37:57,443 --> 00:37:59,278 Dia sudah hilang akal. 416 00:38:00,029 --> 00:38:01,196 Pukul dia sekali lagi! 417 00:38:11,790 --> 00:38:13,125 Tumpang lalu. 418 00:38:15,711 --> 00:38:16,712 Datuk! 419 00:38:17,296 --> 00:38:18,339 Izinkan hamba masuk! 420 00:38:18,422 --> 00:38:20,341 Hamba tabib di Jiyulheon! 421 00:38:25,804 --> 00:38:27,014 Biar dia masuk! 422 00:38:31,727 --> 00:38:33,145 Semua kata-katanya benar. 423 00:38:33,729 --> 00:38:35,397 Mereka ini tidak mati. 424 00:38:36,023 --> 00:38:39,151 Apabila matahari terbenam, mereka bangkit dan serang manusia. 425 00:38:39,777 --> 00:38:41,820 Datuk mesti kurung mereka sekarang juga. 426 00:38:45,491 --> 00:38:47,743 Mereka sudah hilang akalkah? 427 00:38:47,826 --> 00:38:49,411 Percayalah kepada hamba. 428 00:38:49,495 --> 00:38:51,288 Datuk mesti kurung mereka segera. 429 00:38:51,372 --> 00:38:54,375 Jika tidak, semua penduduk di Dongnae berada dalam bahaya. 430 00:39:03,509 --> 00:39:05,594 Kamu semua mesti lari. Lekas! 431 00:39:14,144 --> 00:39:16,397 Penjarakan orang-orang gila ini sekarang! 432 00:39:16,647 --> 00:39:17,481 Kurung mereka! 433 00:39:18,148 --> 00:39:21,735 Datuk! Datuk mesti arahkan yang lain keluar! 434 00:39:22,319 --> 00:39:24,530 Kamu semua mesti lari sekarang! 435 00:39:24,613 --> 00:39:27,616 Lari! Kamu semua mesti lari! 436 00:39:29,284 --> 00:39:30,536 - Kenapa... - Lari! 437 00:39:30,619 --> 00:39:31,995 Bising betul dia. 438 00:39:33,580 --> 00:39:35,791 Kenapa kita perlu lari daripada mayat? 439 00:39:44,758 --> 00:39:46,051 Ia bergerak. 440 00:40:45,903 --> 00:40:48,322 Benar kata tabib diraja. 441 00:40:48,864 --> 00:40:50,324 Paduka Raja 442 00:40:51,450 --> 00:40:53,160 telah mangkat. 443 00:40:56,622 --> 00:40:59,249 Mangkat? Apa yang kamu mengarut ini? 444 00:41:00,626 --> 00:41:02,085 Paduka Raja masih hidup. 445 00:41:11,512 --> 00:41:12,846 Sebulan dari sekarang... 446 00:41:14,932 --> 00:41:18,227 Sehingga Paduka Permaisuri melahirkan putera, 447 00:41:19,937 --> 00:41:21,980 baginda mesti hidup. 448 00:41:22,898 --> 00:41:25,234 - Datuk Cho. - Mengapa kamu teragak-agak? 449 00:41:26,735 --> 00:41:29,404 Tugas seorang tabib adalah menyelamatkan Raja. 450 00:41:31,240 --> 00:41:34,660 Kamu mesti laksanakan tugas kamu. 451 00:41:37,788 --> 00:41:39,456 Jangan takut apa-apa. 452 00:41:41,333 --> 00:41:43,210 Buat saja apa yang kamu buat 453 00:41:45,546 --> 00:41:47,381 tiga tahun lalu. 454 00:42:31,133 --> 00:42:32,342 Ia bergerak! 455 00:42:32,926 --> 00:42:33,969 Apa yang bergerak? 456 00:42:58,702 --> 00:43:01,163 Hei! 457 00:43:02,581 --> 00:43:05,500 Hei, cuba angkat penutupnya! 458 00:43:06,960 --> 00:43:08,086 Lekas! 459 00:43:26,605 --> 00:43:28,106 - Apa... - Dia ini... 460 00:43:28,190 --> 00:43:29,941 Gunalah tangan kamu. 461 00:43:30,025 --> 00:43:31,777 Mengapa kamu pengecut sangat? 462 00:44:05,310 --> 00:44:06,895 Apa itu... 463 00:44:15,904 --> 00:44:17,906 - Mayat itu... - Sayang! 464 00:44:18,281 --> 00:44:19,366 Sayang! 465 00:44:19,658 --> 00:44:21,910 Lepaskan hamba! Itu isteri hamba! 466 00:44:21,993 --> 00:44:23,161 Dia isteri hamba! 467 00:44:23,245 --> 00:44:25,914 Sayang! Sayangku! 468 00:44:26,498 --> 00:44:28,125 Sayang. 469 00:44:28,208 --> 00:44:30,419 Sayang... 470 00:53:35,129 --> 00:53:40,802 GO GEUN-HEE DALAM KENANGAN 471 00:53:40,969 --> 00:53:43,388 Terjemahan sari kata oleh Hazniza Ramli