1 00:00:06,174 --> 00:00:07,675 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:15,016 --> 00:00:17,018 ADAPTASI THE KINGDOM OF THE GODS OLEH YLAB 3 00:01:38,975 --> 00:01:40,476 Apa yang patut kita buat? 4 00:01:43,271 --> 00:01:46,566 Kami akan usahakan sesuatu, tuanku perlu selamatkan diri. 5 00:01:47,108 --> 00:01:50,278 Selamatkan beta sementara kamu terkorban? 6 00:01:50,862 --> 00:01:51,696 Tidak. 7 00:01:51,779 --> 00:01:53,239 Tuanku. 8 00:01:54,365 --> 00:01:56,617 Seseorang mesti keluar dari istana ini 9 00:01:58,536 --> 00:02:00,121 dan dedahkan kebenaran. 10 00:02:30,610 --> 00:02:33,029 Api! Makhluk itu takut api! 11 00:03:10,816 --> 00:03:12,610 Adakah ayah sedang melihat? 12 00:03:17,240 --> 00:03:18,241 Saya 13 00:03:22,161 --> 00:03:24,038 masih duduk di atas takhta. 14 00:04:50,041 --> 00:04:53,044 Tidak jauh di belakang istana ada taman tasik. 15 00:04:54,378 --> 00:04:56,213 Pintu utama nampaknya mustahil. 16 00:04:56,297 --> 00:04:58,507 Jika ke sana, tuanku boleh selamatkan diri. 17 00:04:59,133 --> 00:05:02,345 Kita kesuntukan masa. Mari ke belakang istana. 18 00:05:09,643 --> 00:05:10,895 Taman tasik? 19 00:05:19,320 --> 00:05:20,571 Berapa peluru yang tinggal? 20 00:05:20,654 --> 00:05:23,783 Jumlahnya terlalu sedikit untuk tewaskan mereka. 21 00:05:26,619 --> 00:05:28,329 Bukan untuk mereka. 22 00:05:41,592 --> 00:05:43,177 Jadikan diri sebagai umpan 23 00:05:43,636 --> 00:05:45,429 dan kita mungkin akan berjaya. 24 00:06:49,535 --> 00:06:51,245 Jangan pandang ke bawah! 25 00:07:21,901 --> 00:07:22,943 Larikan diri! 26 00:09:44,168 --> 00:09:45,919 Semua pintu istana ditutup. 27 00:09:49,715 --> 00:09:50,799 Apa 28 00:09:51,842 --> 00:09:54,136 yang berlaku di dalam istana? 29 00:10:46,021 --> 00:10:49,108 Dongnae dan Sangju 30 00:10:50,359 --> 00:10:52,027 gagal dipertahankan. 31 00:10:53,821 --> 00:10:55,489 Kali ini pasti berjaya. 32 00:10:56,949 --> 00:10:58,742 Ia pasti dihalang. 33 00:12:32,669 --> 00:12:34,838 Sekarang! Tembak! 34 00:13:19,299 --> 00:13:21,593 Pergi! 35 00:13:22,553 --> 00:13:25,931 Jangan dekat! 36 00:18:53,550 --> 00:18:55,594 Kenapa kita masih hidup? 37 00:18:55,760 --> 00:18:57,679 Patik yakin patik telah digigit. 38 00:18:57,929 --> 00:19:00,307 Beta juga tak pasti apa yang berlaku. 39 00:19:46,478 --> 00:19:49,272 Ampun, tuanku. 40 00:19:51,441 --> 00:19:54,903 - Ampun, tuanku. - Ampun, tuanku. 41 00:19:56,905 --> 00:19:58,406 Bagaimana keadaan tuanku? 42 00:19:59,366 --> 00:20:01,910 Apa sebenarnya yang berlaku di dalam istana? 43 00:20:02,244 --> 00:20:05,789 Arahkan semua tentera untuk perkukuhkan keselamatan istana. 44 00:20:06,331 --> 00:20:07,749 Bertindak segera. 45 00:20:17,926 --> 00:20:20,053 Semua mayat sudah dibawa keluar? 46 00:20:20,804 --> 00:20:21,721 Ya. 47 00:20:45,829 --> 00:20:46,788 Seo-bi... 48 00:20:58,633 --> 00:21:01,761 Wabak tersebar di dalam istana? 49 00:21:01,845 --> 00:21:03,263 Ada yang terselamat? 50 00:21:05,348 --> 00:21:08,601 Semuanya mati kecuali mereka yang bersama tuanku? 51 00:21:12,188 --> 00:21:13,315 Begitu juga dengan 52 00:21:14,190 --> 00:21:16,109 Paduka Permaisuri dan yang lain? 53 00:21:16,192 --> 00:21:17,861 Ya. 54 00:21:20,864 --> 00:21:21,781 Ada apa? 55 00:21:23,116 --> 00:21:25,827 Mayat putera Paduka Permaisuri masih belum ditemui. 56 00:21:27,829 --> 00:21:29,205 Kita perlu cari. 57 00:21:30,332 --> 00:21:31,916 Mayatnya perlu dicari. 58 00:21:32,000 --> 00:21:35,337 Tentera yang terperangkap di luar kota masih ada di sana. 59 00:21:35,420 --> 00:21:39,799 Kebanyakan Majistret ialah pengikut Puak Haewon Cho. 60 00:21:39,924 --> 00:21:41,468 Sekiranya dibiarkan hidup, 61 00:21:41,634 --> 00:21:44,804 pengikut kuat Puak Haewon Cho akan bangun menentang. 62 00:21:45,638 --> 00:21:47,057 Demi keselamatan tuanku, 63 00:21:48,016 --> 00:21:49,059 bayi itu 64 00:21:49,809 --> 00:21:51,519 perlu dibunuh. 65 00:22:42,570 --> 00:22:44,239 PINTU GERBANG YEONGYEONG 66 00:23:00,088 --> 00:23:01,214 Bilik ini 67 00:23:05,135 --> 00:23:07,220 menyimpan potret paduka raja-raja, 68 00:23:09,097 --> 00:23:11,933 leluhur kerabat diraja. 69 00:23:12,976 --> 00:23:14,185 Potret mereka 70 00:23:15,687 --> 00:23:17,647 diletak di atas singgahsana 71 00:23:18,231 --> 00:23:20,316 dan di sini juga upacara peringatan 72 00:23:22,610 --> 00:23:24,237 diadakan untuk mereka. 73 00:23:24,946 --> 00:23:27,282 Hanya tinggal dua ruang di sini. 74 00:23:30,910 --> 00:23:34,164 Satu untuk ayahanda beta. 75 00:23:35,081 --> 00:23:36,541 Dan yang terakhir 76 00:23:40,670 --> 00:23:42,797 adalah untuk beta. 77 00:23:47,385 --> 00:23:48,344 Jadi, 78 00:23:51,139 --> 00:23:52,974 keluarlah dari situ. 79 00:24:18,958 --> 00:24:20,335 Tunjukkan kepada beta. 80 00:24:24,088 --> 00:24:25,423 Tunjukkan anak itu. 81 00:24:35,934 --> 00:24:37,227 Adakah dia turut digigit? 82 00:24:37,727 --> 00:24:40,146 Ya, tapi anak ini tidak dijangkiti wabak. 83 00:24:41,564 --> 00:24:42,398 Benar, tuanku. 84 00:24:42,482 --> 00:24:44,692 Dia tidak dijangkiti wabak. 85 00:24:45,818 --> 00:24:47,529 Tuanku tidak boleh bunuh dia. 86 00:24:49,697 --> 00:24:53,117 Bukankah tuanku juga ingin selamatkan anak ini? 87 00:24:53,952 --> 00:24:56,663 Begitulah titah tuanku. 88 00:24:58,081 --> 00:25:00,041 Supaya patik melindungi anak ini. 89 00:25:00,166 --> 00:25:02,085 Pergi ke istana Paduka Permaisuri 90 00:25:02,544 --> 00:25:04,003 dan lindungi anak itu. 91 00:25:04,504 --> 00:25:07,507 Tuanku maksudkan putera Paduka Permaisuri? 92 00:25:08,049 --> 00:25:09,842 Patik ingin maklumkan sesuatu. 93 00:25:10,385 --> 00:25:12,887 Berkenaan Paduka Permaisuri dan puteranya. 94 00:25:14,889 --> 00:25:15,890 Baginda putera... 95 00:25:15,974 --> 00:25:17,308 Beta tahu 96 00:25:19,769 --> 00:25:22,605 anak Mu-yeong dibawa ke istana Paduka Permaisuri. 97 00:25:23,690 --> 00:25:24,732 Jadi, 98 00:25:27,110 --> 00:25:28,987 lindungilah anak itu. 99 00:25:30,738 --> 00:25:34,742 Tuanku nekad agar tiada lagi yang terkorban. 100 00:25:35,535 --> 00:25:38,371 Jadi, selamatkanlah anak ini. 101 00:25:39,080 --> 00:25:40,999 Wabak ini juga akan berakhir. 102 00:25:41,457 --> 00:25:43,126 Apabila musim bunga tiba, 103 00:25:43,876 --> 00:25:45,253 semua mimpi ngeri ini 104 00:25:46,045 --> 00:25:47,505 akan berakhir. 105 00:25:58,683 --> 00:25:59,809 Tidak. 106 00:26:01,978 --> 00:26:03,354 Selagi anak ini hidup, 107 00:26:05,857 --> 00:26:07,567 ia takkan berakhir. 108 00:26:12,280 --> 00:26:15,533 PINTU GERBANG HONGCHI 109 00:26:16,534 --> 00:26:18,703 KUBU KOTA SANGJU 110 00:26:18,786 --> 00:26:22,957 3 BULAN KEMUDIAN 111 00:26:32,258 --> 00:26:34,093 Sudah berakhir. 112 00:27:00,286 --> 00:27:04,582 TOKONG JONGMYO, 7 TAHUN KEMUDIAN 113 00:27:11,881 --> 00:27:13,633 Mulakan! 114 00:28:40,845 --> 00:28:41,929 Tuanku. 115 00:28:47,727 --> 00:28:49,562 Masa untuk berangkat ke istana. 116 00:29:01,949 --> 00:29:05,912 Patik diberitahu tuanku mahu melihat catatan rasmi tujuh tahun lalu. 117 00:29:07,038 --> 00:29:08,831 Semestinya tuanku sedia maklum 118 00:29:09,499 --> 00:29:13,795 catatan rasmi itu sulit walaupun buat Paduka Raja. 119 00:29:13,878 --> 00:29:15,922 Tiada siapa ingin beritahu beta. 120 00:29:18,674 --> 00:29:22,053 Ayahanda, bonda dan satu-satunya kakanda beta 121 00:29:23,805 --> 00:29:26,057 mangkat akibat wabak tujuh tahun lalu. 122 00:29:26,140 --> 00:29:29,393 Begitu juga dengan semua yang melindungi mereka di istana. 123 00:29:29,769 --> 00:29:32,480 Pengasuh Diraja dan pak cik... 124 00:29:33,523 --> 00:29:36,317 Tiada siapa yang ingin beritahu beta, 125 00:29:37,777 --> 00:29:39,987 jadi kepada siapa beta patut bertanya? 126 00:29:46,661 --> 00:29:48,788 Sudah hampir waktu untuk bersidang. 127 00:29:51,749 --> 00:29:55,044 Semua yang tuanku lihat dan dengar ialah demi negara ini. 128 00:29:55,169 --> 00:29:57,713 Dengan pengetahuan yang luas, barulah tuanku boleh 129 00:29:57,797 --> 00:29:59,799 ketuai kerajaan dan lindungi rakyat jelata. 130 00:30:07,139 --> 00:30:08,474 Iringi Paduka Raja. 131 00:30:16,983 --> 00:30:20,278 Baginda semakin merindui ayahanda dan bondanya. 132 00:30:20,653 --> 00:30:25,116 Jika baginda tahu bagaimana kedua-duanya mangkat, 133 00:30:25,199 --> 00:30:26,868 tentu baginda tak boleh terima. 134 00:30:26,951 --> 00:30:29,704 Hal ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan baginda. 135 00:30:37,545 --> 00:30:40,673 HANYANG 136 00:30:48,848 --> 00:30:50,725 Berhenti! 137 00:30:52,643 --> 00:30:55,438 Yeong-sin? Itu tuan hamba, bukan? 138 00:30:55,646 --> 00:30:57,106 Sudah lama tak berjumpa. 139 00:30:58,357 --> 00:30:59,609 Datuk. 140 00:31:07,575 --> 00:31:09,577 Tak perlu panggil hamba "datuk". 141 00:31:09,911 --> 00:31:11,537 Tak perlu. 142 00:31:11,704 --> 00:31:14,373 Jangan minum lagi. Datuk dah mabuk. 143 00:31:14,874 --> 00:31:17,793 Inilah peluang untuk hamba minum. Bukannya selalu. 144 00:31:19,420 --> 00:31:21,213 Jangan panggil hamba "datuk". 145 00:31:23,341 --> 00:31:24,383 Baiklah. 146 00:31:24,717 --> 00:31:26,427 Jika itu kemahuan tuan hamba. 147 00:31:27,678 --> 00:31:29,096 Hamba Bendahara Ketiga. 148 00:31:29,805 --> 00:31:33,059 Pengawal, dia biadab dengan hamba! 149 00:31:34,143 --> 00:31:35,353 Betul. 150 00:31:35,895 --> 00:31:38,856 Tuan hamba pembesar negara, tapi lihatlah makanan ini. 151 00:31:39,023 --> 00:31:40,608 Menyedihkan sungguh. 152 00:31:43,110 --> 00:31:46,739 Betul kata tuan hamba. Siapa sangka hamba jadi pembesar? 153 00:31:47,323 --> 00:31:50,242 Jawatan majistret Dongnae dulu, hamba ke sana pun 154 00:31:50,451 --> 00:31:54,705 setelah pak cik ugut untuk jadikan hamba sida-sida jika hamba tolak jawatan itu. 155 00:31:54,789 --> 00:31:57,750 Siapa sangka hamba jadi Bendahara Ketiga? 156 00:31:58,584 --> 00:32:01,128 Bukan saja ia jawatan yang berat, 157 00:32:01,629 --> 00:32:03,464 hamba juga perlu jaga kelakuan. 158 00:32:03,547 --> 00:32:05,424 Hamba tak ada masa untuk minum. 159 00:32:08,386 --> 00:32:09,762 Kerana jasa tuan hamba, 160 00:32:10,054 --> 00:32:11,681 negara ini kembali makmur. 161 00:32:11,973 --> 00:32:13,557 Dan rakyat Gyeongsang juga 162 00:32:14,100 --> 00:32:15,935 tak lagi merana dan hidup aman. 163 00:32:17,019 --> 00:32:18,729 Hamba telah saksikan sendiri. 164 00:32:19,438 --> 00:32:20,606 Sudahlah. 165 00:32:21,232 --> 00:32:24,735 Perlukah hamba berbual perkara rumit dengan tuan hamba juga? 166 00:32:25,403 --> 00:32:27,029 Marilah minum. 167 00:32:33,160 --> 00:32:34,286 Paduka Raja 168 00:32:34,745 --> 00:32:35,621 sihat? 169 00:32:40,584 --> 00:32:42,294 Baginda membesar dengan baik. 170 00:32:42,378 --> 00:32:45,881 Pada usia muda begitu, baginda telah menguasai kitab ajaran Confucius. 171 00:32:45,965 --> 00:32:49,468 Baginda akan jadi raja yang baik dan bijaksana. 172 00:32:52,722 --> 00:32:54,223 Kita perlu bantu baginda. 173 00:32:55,433 --> 00:32:57,601 Bukankah itu hajat Putera Mahkota? 174 00:33:23,753 --> 00:33:26,088 Bolehkah beta percaya kata-kata kamu? 175 00:33:27,339 --> 00:33:28,674 Benarkah anak ini 176 00:33:29,842 --> 00:33:31,469 tak dijangkiti wabak? 177 00:33:32,136 --> 00:33:33,429 Benar, tuanku. 178 00:33:34,346 --> 00:33:37,266 Setelah hamba rendam tangan dan kaki yang digigit, 179 00:33:37,600 --> 00:33:39,435 ulat-ulat itu dah keluar. 180 00:33:39,602 --> 00:33:41,562 Anak ini tidak dijangkiti wabak. 181 00:33:41,729 --> 00:33:42,646 Jangan, tuanku. 182 00:33:43,939 --> 00:33:46,734 Baginda putera ialah zuriat yang sah. 183 00:33:47,651 --> 00:33:49,487 Jika tuanku biar baginda hidup, 184 00:33:50,071 --> 00:33:52,406 negara ini akan huru-hara. 185 00:33:55,451 --> 00:33:58,537 Hanya seorang saja yang layak bersemayam di takhta. 186 00:33:59,205 --> 00:34:00,998 Bunuhlah putera itu segera. 187 00:34:05,711 --> 00:34:07,338 Benarlah kata-kata Datuk. 188 00:34:09,840 --> 00:34:11,092 Seorang daripada kami 189 00:34:12,843 --> 00:34:14,804 perlu mati. 190 00:34:19,016 --> 00:34:19,975 Tapi 191 00:34:23,771 --> 00:34:25,773 siapakah yang patut mati? 192 00:34:27,733 --> 00:34:30,069 Anak ini ialah zuriat yang sah. 193 00:34:31,195 --> 00:34:32,238 Beta 194 00:34:34,490 --> 00:34:35,950 anak gundik dan pembelot 195 00:34:38,202 --> 00:34:40,371 yang membunuh ayahanda. 196 00:34:43,749 --> 00:34:45,876 Sekiranya kita perlu memilih 197 00:34:49,922 --> 00:34:52,883 dan sekiranya ditanya siapakah raja yang diperlukan 198 00:34:52,967 --> 00:34:55,344 untuk negara yang dilanda perang dan wabak ini, 199 00:34:57,429 --> 00:35:00,015 siapakah yang Datuk akan pilih? 200 00:35:05,062 --> 00:35:06,105 Anak ini 201 00:35:07,314 --> 00:35:09,483 ialah harapan terakhir negara ini. 202 00:35:10,276 --> 00:35:11,152 Semua pihak 203 00:35:11,235 --> 00:35:15,114 yang ingin menggunakan anak ini untuk kepentingan mereka dah pun lenyap. 204 00:35:17,283 --> 00:35:18,367 Datuk, jadikanlah 205 00:35:21,829 --> 00:35:23,289 anak ini 206 00:35:25,916 --> 00:35:28,419 seorang raja yang baik. 207 00:35:42,183 --> 00:35:43,350 Beta percaya 208 00:35:46,437 --> 00:35:47,938 kepada Datuk 209 00:35:49,648 --> 00:35:51,901 dan para pembesar yang jujur. 210 00:36:06,290 --> 00:36:07,166 Tidak, tuanku. 211 00:36:07,499 --> 00:36:08,959 Bagaimana kalau anak ini 212 00:36:09,627 --> 00:36:11,629 bukan anak Paduka Raja? 213 00:36:14,006 --> 00:36:15,090 Anak ini 214 00:36:17,343 --> 00:36:18,427 ialah zuriat 215 00:36:20,930 --> 00:36:23,599 kepada ayahanda beta. 216 00:36:26,227 --> 00:36:28,646 Catatkan bahawa ayahanda, 217 00:36:31,440 --> 00:36:34,109 Paduka Permaisuri 218 00:36:36,862 --> 00:36:38,489 dan juga beta 219 00:36:41,617 --> 00:36:43,410 mangkat kerana wabak penyakit. 220 00:36:46,956 --> 00:36:49,708 Itulah perkara terakhir yang boleh beta lakukan 221 00:36:52,503 --> 00:36:54,546 sebagai ahli kerabat diraja. 222 00:38:03,407 --> 00:38:05,492 Putera Mahkota tentu sihat, bukan? 223 00:38:06,618 --> 00:38:10,831 Sudah tentu. Dengan Seo-bi di sisi baginda, tentu baginda baik saja. 224 00:38:21,133 --> 00:38:22,343 Apa ini? 225 00:38:22,426 --> 00:38:25,512 Catatan Seo-bi berkenaan wabak penyakit itu. 226 00:38:31,727 --> 00:38:35,773 Wabak bermula dengan pokok kebangkitan yang membangkitkan si mati. 227 00:38:36,940 --> 00:38:40,194 Telur ulat pada pokok kebangkitan menguasai otak manusia 228 00:38:40,319 --> 00:38:42,112 dan membangkitkan semula si mati 229 00:38:42,446 --> 00:38:46,867 menjadikan mangsa tidak waras dan kebal terhadap kesakitan. 230 00:38:47,159 --> 00:38:50,788 Ia turut menjadikan mangsa ketagihan darah dan daging manusia. 231 00:38:51,288 --> 00:38:53,665 Mereka yang digigit oleh mangsa 232 00:38:53,832 --> 00:38:55,584 tidak mengalami perubahan 233 00:38:55,751 --> 00:38:57,795 walaupun badan mereka dimasuki ulat. 234 00:38:58,337 --> 00:39:00,339 Namun, tubuh menjadi sejuk 235 00:39:00,589 --> 00:39:03,258 dan mereka akan sakit tenat sehingga mati. 236 00:39:04,635 --> 00:39:07,012 Jangkitan penyakit mula tersebar 237 00:39:07,304 --> 00:39:09,640 di Jiyulheon, Dongnae. 238 00:39:10,099 --> 00:39:12,059 Mangsa yang mati setelah digigit 239 00:39:12,351 --> 00:39:14,978 dimasak menjadi hidangan buat para pesakit. 240 00:39:15,062 --> 00:39:19,066 Pesakit mati akibat kekejangan otot dan bertukar menjadi mayat hidup. 241 00:39:19,650 --> 00:39:22,694 Bermula dari sini, mereka yang digigit 242 00:39:23,153 --> 00:39:24,488 turut sama bertukar. 243 00:39:25,948 --> 00:39:29,451 Tapi tidak semua mangsa yang digigit akan alami perubahan. 244 00:39:30,452 --> 00:39:34,081 Jika mangsa yang digigit direndam dalam air dengan segera, 245 00:39:34,331 --> 00:39:37,960 ulat yang tidak berkesempatan untuk merayap ke otak akan keluar 246 00:39:38,043 --> 00:39:39,711 dan mangsa akan selamat. 247 00:39:40,254 --> 00:39:44,383 Bayi yang baharu lahir pula tidak akan dijangkiti 248 00:39:44,466 --> 00:39:47,928 kerana otak mereka masih berkembang. 249 00:39:49,304 --> 00:39:51,515 Ulat ini cuma berkembang ketika musim sejuk 250 00:39:51,598 --> 00:39:54,518 kerana ia cuma boleh hidup dalam suhu yang rendah. 251 00:39:54,601 --> 00:39:56,603 Keadaan akan selamat selagi mana ada matahari 252 00:39:56,687 --> 00:39:58,772 pada musim luruh dan awal musim sejuk. 253 00:39:59,231 --> 00:40:02,151 Antara kemuncak musim sejuk dan awal musim bunga, 254 00:40:02,568 --> 00:40:05,195 ulat-ulat ini kembali cergas. 255 00:40:06,196 --> 00:40:07,364 Tapi ada sesuatu 256 00:40:07,948 --> 00:40:09,950 yang masih belum dapat dijelaskan. 257 00:40:11,285 --> 00:40:14,496 Jelas sekali ulat ini gemar suhu sejuk, 258 00:40:14,705 --> 00:40:18,584 tapi ia berkembang dengan suhu panas dan menyebabkan jangkitan. 259 00:40:19,168 --> 00:40:20,461 POKOK KEBANGKITAN 260 00:40:20,544 --> 00:40:25,007 Masih terdapat rahsia besar pada pokok kebangkitan. 261 00:40:28,218 --> 00:40:30,846 Seo-bi masih mengkaji penyakit ini? 262 00:40:34,933 --> 00:40:36,935 Wabak itu berakhir tujuh tahun lalu. 263 00:40:37,019 --> 00:40:38,812 Masih belum berakhir lagi. 264 00:40:39,855 --> 00:40:41,940 Selain dari Sangju, tumbuhan ini 265 00:40:42,024 --> 00:40:43,692 turut terdapat di tempat lain. 266 00:40:43,775 --> 00:40:44,860 Di mana? 267 00:40:45,319 --> 00:40:46,737 Bukan satu kawasan saja. 268 00:40:46,862 --> 00:40:49,698 Dari Gyeongsang, Chungcheong, Jeolla, Gyeonggi, Gangwon 269 00:40:49,781 --> 00:40:52,868 dan Hwanghae, tumbuhan ini ditemui di seluruh negara. 270 00:40:53,619 --> 00:40:55,412 POKOK KEBANGKITAN 271 00:41:26,860 --> 00:41:28,403 Ini pokok kebangkitan. 272 00:41:35,911 --> 00:41:36,954 Tuan! 273 00:41:46,046 --> 00:41:48,757 Ini penghulu di kampung berdekatan dan anaknya. 274 00:41:50,842 --> 00:41:51,760 Pokok ini... 275 00:41:52,636 --> 00:41:54,304 Sejak bila pokok ini tumbuh di sini? 276 00:41:54,721 --> 00:41:55,931 Itu... 277 00:41:56,765 --> 00:41:57,683 Ia... 278 00:41:59,309 --> 00:42:00,852 Kami yang tanam. 279 00:42:01,937 --> 00:42:04,523 Apa maksud kamu? Kamu yang tanam? 280 00:42:05,524 --> 00:42:07,317 Dari mana kamu dapat benihnya? 281 00:42:07,693 --> 00:42:08,819 Sebenarnya, 282 00:42:09,570 --> 00:42:12,656 anak hamba mengikut seorang pedagang 283 00:42:12,823 --> 00:42:15,033 dan ketika pulang dari China, 284 00:42:15,534 --> 00:42:17,661 dia dapat benih ini di Sungai Yalu. 285 00:42:17,744 --> 00:42:21,248 Kami tanam sebab kami fikir ia boleh membawa keuntungan. 286 00:42:22,374 --> 00:42:23,333 Benarkah? 287 00:42:23,625 --> 00:42:24,626 Benar. 288 00:42:25,586 --> 00:42:27,588 Katanya ia boleh hidupkan si mati, 289 00:42:28,005 --> 00:42:29,965 jadi hamba beli untuk keuntungan, 290 00:42:30,507 --> 00:42:33,635 tapi tiada siapa percaya, jadi hamba buang di sini. 291 00:42:44,354 --> 00:42:46,982 Ada orang yang menjual tumbuhan ini di utara? 292 00:42:47,399 --> 00:42:48,525 Benar. 293 00:42:49,109 --> 00:42:51,320 Dia juga tahu kaedah membangkitkan si mati 294 00:42:51,403 --> 00:42:52,738 dengan pokok ini. 295 00:42:53,155 --> 00:42:55,699 Itulah yang penjual itu beritahu kepada dia. 296 00:42:59,995 --> 00:43:01,413 Siapa yang menjual... 297 00:43:01,496 --> 00:43:05,500 Putera Mahkota arahkan hamba untuk memaklumkan Datuk tentang hal ini. 298 00:43:05,959 --> 00:43:07,794 Baginda turut serahkan buku ini 299 00:43:07,878 --> 00:43:09,671 supaya kita boleh bersedia. 300 00:43:11,757 --> 00:43:14,176 Di mana baginda sekarang? 301 00:43:15,052 --> 00:43:16,678 Baginda telah ke utara 302 00:43:19,473 --> 00:43:21,141 untuk menangkap orang itu. 303 00:43:22,225 --> 00:43:23,810 WILAYAH HWANGHAE 304 00:43:25,562 --> 00:43:26,605 WILAYAH HAMGYONG 305 00:43:41,411 --> 00:43:43,121 - Di mana? - Inilah tempatnya. 306 00:43:43,205 --> 00:43:46,750 Tempat ini pernah diduduki, tapi mereka dah lenyap. 307 00:44:59,990 --> 00:45:01,783 Patik jumpa pokok kebangkitan. 308 00:45:08,039 --> 00:45:09,750 "Masih terdapat 309 00:45:12,002 --> 00:45:15,088 rahsia besar pada pokok kebangkitan." 310 00:51:26,334 --> 00:51:29,462 LEE JINHYUK DALAM KENANGAN