1 00:00:06,049 --> 00:00:07,550 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:15,641 --> 00:00:17,852 ADAPTASI KINGDOM OF THE GODS OLEH YLAB 3 00:01:35,346 --> 00:01:39,684 PANGKALAN LIMA PASUKAN DIRAJA DI MUNGYEONG SAEJAE 4 00:04:37,820 --> 00:04:38,988 Ada yang tak kena. 5 00:04:39,697 --> 00:04:41,115 Jumlahnya terlalu kecil. 6 00:04:41,657 --> 00:04:43,576 Kita perlu jumpa Putera Mahkota. 7 00:07:07,011 --> 00:07:08,262 Apa yang tuan hamba 8 00:07:09,513 --> 00:07:11,307 lakukan kepada Putera Mahkota? 9 00:07:11,390 --> 00:07:13,601 Tuan hamba panggil pengkhianat negara 10 00:07:14,268 --> 00:07:15,269 "Putera Mahkota"? 11 00:07:15,352 --> 00:07:17,730 Putera Mahkota bukan pengkhianat negara. 12 00:07:18,189 --> 00:07:19,273 tapi tuan hamba! 13 00:07:19,440 --> 00:07:21,275 Paduka Raja sendiri 14 00:07:22,526 --> 00:07:24,445 akan dedahkan siapa pengkhianat. 15 00:07:27,072 --> 00:07:29,909 Demi menghukum sendiri pengkhianat tersebut, 16 00:07:31,410 --> 00:07:34,622 Paduka Raja telah mencemar duli ke sini. 17 00:07:47,426 --> 00:07:48,719 Ke tepi. 18 00:07:48,969 --> 00:07:52,181 Hamba takkan maafkan sesiapa yang menghalang hamba. 19 00:07:54,558 --> 00:07:55,684 Tiga tahun lalu, 20 00:07:56,143 --> 00:08:00,105 tuan hamba telah menyelamatkan rakyat Gyeongsang. 21 00:08:00,272 --> 00:08:03,234 Tuan hamba sangat bijaksana dan berani, 22 00:08:04,860 --> 00:08:06,862 kenapa memihak dengan pengkhianat? 23 00:08:07,488 --> 00:08:11,200 Tuan hamba enggan khianati ikatan antara guru dan anak muridnya. 24 00:08:13,285 --> 00:08:15,913 Tapi jika tuan hamba akui jenayah tuan hamba, 25 00:08:17,081 --> 00:08:19,917 hamba akan pastikan tuan hamba terselamat. 26 00:08:36,767 --> 00:08:37,601 Ayahanda. 27 00:09:14,638 --> 00:09:16,390 Mereka yang ayahanda kasihi, 28 00:09:17,057 --> 00:09:19,059 semuanya mati atau tersisih. 29 00:09:20,144 --> 00:09:22,229 Kamu satu-satunya putera ayahanda 30 00:09:22,980 --> 00:09:24,982 dan paling berharga buat ayahanda. 31 00:09:27,026 --> 00:09:29,153 Maka, pastikan kamu terus hidup. 32 00:09:30,529 --> 00:09:33,282 Tunjukkan yang kamu berbeza daripada mereka, 33 00:09:33,866 --> 00:09:35,451 berbeza daripada ayahanda, 34 00:09:36,201 --> 00:09:38,162 dan tunjukkan juga 35 00:09:38,871 --> 00:09:40,831 apa itu seorang raja sejati. 36 00:09:44,752 --> 00:09:45,961 Ayahanda. 37 00:09:48,172 --> 00:09:49,882 Ini saya, Chang. 38 00:10:01,560 --> 00:10:03,187 Kerana tuan hamba, 39 00:10:04,313 --> 00:10:07,066 hamba hidup merana selama tiga tahun ini. 40 00:10:07,733 --> 00:10:12,029 Hamba takkan terpengaruh lagi dengan tuan hamba. 41 00:10:14,615 --> 00:10:15,949 Paduka Raja 42 00:10:17,868 --> 00:10:19,787 telah pun mangkat. 43 00:10:20,829 --> 00:10:22,039 Namun, 44 00:10:22,373 --> 00:10:24,625 demi ketamakan kuasa, 45 00:10:24,750 --> 00:10:27,378 Cho Hak-ju telah membangkitkan semula baginda 46 00:10:29,254 --> 00:10:32,299 menjadi makhluk yang memakan daging manusia. 47 00:10:33,550 --> 00:10:35,594 Dengan kemangkatan Paduka Raja 48 00:10:36,887 --> 00:10:38,138 takhta, 49 00:10:39,348 --> 00:10:41,141 mengikut undang-undang negara, 50 00:10:41,684 --> 00:10:43,811 menjadi milik Tuanku Putera Mahkota. 51 00:10:54,655 --> 00:10:57,366 Kamu tunggu apa? Tembak. 52 00:11:10,212 --> 00:11:12,464 Jika kamu enggan, kamu akan mati. 53 00:11:38,741 --> 00:11:39,950 Tembak! 54 00:13:11,625 --> 00:13:13,001 Beta... 55 00:13:15,754 --> 00:13:17,130 dah penggal 56 00:13:19,800 --> 00:13:22,135 ayahanda beta. 57 00:13:24,388 --> 00:13:25,889 Tuanku... 58 00:13:28,350 --> 00:13:31,061 Tuanku tidak bersalah. 59 00:13:33,188 --> 00:13:34,523 Tuanku. 60 00:13:36,817 --> 00:13:38,151 Tuanku 61 00:13:40,279 --> 00:13:43,991 ialah raja negara ini. 62 00:14:21,737 --> 00:14:23,947 Tuanku! 63 00:15:02,861 --> 00:15:03,946 Semua tentera 64 00:15:05,447 --> 00:15:08,367 diarahkan menahan pengkhianat dan para pengikutnya 65 00:15:09,868 --> 00:15:12,788 yang telah membunuh Paduka Raja! 66 00:15:29,304 --> 00:15:33,016 HANYANG 67 00:15:34,643 --> 00:15:38,814 HULUBALANG DIRAJA 68 00:15:43,527 --> 00:15:47,364 Benarkah kamu ingin siasat kediaman peribadi Paduka Permaisuri? 69 00:15:47,447 --> 00:15:51,034 Tompok darah ditemui dari anak sungai tempat mayat ditemui 70 00:15:51,493 --> 00:15:53,662 hinggalah ke Naeseonjae. 71 00:15:54,121 --> 00:15:57,290 Hamba yakin wanita itu melarikan diri dari Naeseonjae. 72 00:15:57,833 --> 00:16:00,752 Dan menurutnya, masih ramai yang dikurung di sana. 73 00:16:01,003 --> 00:16:02,671 Kita perlu siasat Naeseonjae. 74 00:16:02,796 --> 00:16:03,755 Hal ini 75 00:16:04,423 --> 00:16:06,675 melibatkan Puak Haewon Cho. 76 00:16:07,926 --> 00:16:09,928 Mampukah kita hadapi kuasa mereka? 77 00:16:11,555 --> 00:16:12,723 Ya. 78 00:16:14,307 --> 00:16:16,518 Memang benar Puak Haewon Cho 79 00:16:18,520 --> 00:16:21,523 merupakan keluarga terbilang yang memimpin negara ini, 80 00:16:22,441 --> 00:16:26,570 tapi jika berlaku kejadian tak diingini, bukankah mereka perlu buktikan 81 00:16:27,988 --> 00:16:29,698 mereka tak bersalah? 82 00:16:34,536 --> 00:16:38,206 Paduka Permaisuri, ketua hulubalang ingin memeriksa Naeseonjae. 83 00:16:41,835 --> 00:16:44,129 NAESEONJAE 84 00:16:52,929 --> 00:16:53,972 Lekas. 85 00:17:12,365 --> 00:17:14,201 Aduhai, apa ini... 86 00:17:14,451 --> 00:17:16,369 Apa ini? 87 00:17:16,578 --> 00:17:19,623 Tuan hamba minum sampai mabuk, sudahnya muntah pula? 88 00:17:19,998 --> 00:17:22,250 Baju hamba dah kotor. 89 00:17:22,459 --> 00:17:24,086 Aduhai. 90 00:17:24,169 --> 00:17:25,462 Aduhai. 91 00:17:29,758 --> 00:17:32,969 Apa urusan tuan datang lewat malam begini? 92 00:17:33,762 --> 00:17:36,306 Kami dimaklumkan berlaku pembunuhan di sini. 93 00:17:36,723 --> 00:17:39,518 Kami akan periksa di dalam. Sila beri kerjasama. 94 00:17:40,560 --> 00:17:42,312 Berpecah dan periksa! 95 00:17:42,395 --> 00:17:45,398 Ini kediaman peribadi Paduka Permaisuri. 96 00:17:45,899 --> 00:17:47,067 Semua di sini 97 00:17:47,150 --> 00:17:50,237 berusaha sebaik mungkin untuk menjaga nama baik baginda. 98 00:17:50,320 --> 00:17:53,281 Tak mungkin kejadian sekejam ini boleh berlaku di sini. 99 00:17:53,365 --> 00:17:54,741 Periksa dengan teliti! 100 00:18:16,429 --> 00:18:18,098 Siapa tinggal di situ? 101 00:18:18,181 --> 00:18:22,102 Itu kediaman tetamu, tapi dah lama ia tak digunakan. 102 00:19:03,560 --> 00:19:06,229 Tuan, tuan perlu lihat ini! 103 00:19:14,112 --> 00:19:15,238 Di sini. 104 00:19:17,699 --> 00:19:21,411 Berbeza dengan tanah lain yang beku, tanah di sini masih lembut. 105 00:19:22,579 --> 00:19:24,998 Seperti sesuatu ditanam dan digali semula. 106 00:19:46,061 --> 00:19:48,104 Ke sini, sini! 107 00:19:59,241 --> 00:20:01,743 Tangkap semua pengusung tandu! 108 00:20:01,826 --> 00:20:02,953 Tangkap semuanya! 109 00:20:03,036 --> 00:20:04,079 Tangkap! 110 00:20:04,162 --> 00:20:05,872 Pastikan tiada yang terlepas! 111 00:20:14,256 --> 00:20:15,966 Mereka lari ke sana! 112 00:20:17,634 --> 00:20:18,843 Sekat jalan! 113 00:20:19,719 --> 00:20:20,804 Berhenti! 114 00:20:20,887 --> 00:20:22,973 - Berhenti! - Berhenti! 115 00:20:36,319 --> 00:20:37,487 Semua ini 116 00:20:38,154 --> 00:20:39,948 ditemui di Naeseonjae? 117 00:20:40,532 --> 00:20:43,034 Ya, tujuh mayat ibu mengandung 118 00:20:43,451 --> 00:20:45,412 dan bayi-bayi yang baru lahir. 119 00:20:46,246 --> 00:20:49,791 Wanita ini mati ditikam, tapi kematian bayi ini mencurigakan. 120 00:20:50,583 --> 00:20:52,919 Semua bayi perempuan mati dicekik, 121 00:20:53,003 --> 00:20:55,422 tapi tiada kesan ditemui pada bayi lelaki. 122 00:20:57,340 --> 00:20:59,509 Bayi-bayi lelaki ini lahir mati. 123 00:21:00,176 --> 00:21:03,596 Bagaimana kejadian ini... 124 00:21:06,474 --> 00:21:08,518 Tapi tuan tak rasa aneh? 125 00:21:09,477 --> 00:21:11,896 Kenapa cuma bayi perempuan saja dibunuh, 126 00:21:12,605 --> 00:21:14,899 tapi tidak bayi lelaki? 127 00:21:15,692 --> 00:21:16,568 Apa 128 00:21:17,402 --> 00:21:19,029 maksud kamu? 129 00:21:21,031 --> 00:21:23,283 Hamba tak tahu ini angkara siapa, 130 00:21:23,366 --> 00:21:24,617 tapi hamba percaya 131 00:21:26,161 --> 00:21:28,204 si penjenayah mahu bayi lelaki. 132 00:21:40,425 --> 00:21:42,093 Bukankah itu bunyi semboyan? 133 00:21:44,679 --> 00:21:47,724 Paduka Raja... Paduka Raja telah mangkat. 134 00:21:57,942 --> 00:22:00,070 Apa yang berlaku? 135 00:22:03,365 --> 00:22:05,992 Ini utusan yang dihantar oleh Datuk Bendahara 136 00:22:06,659 --> 00:22:07,827 dari Joryeong. 137 00:22:10,955 --> 00:22:13,792 Demi menewaskan wabak yang tersebar di Gyeongsang 138 00:22:13,875 --> 00:22:15,960 dan menghukum pengkhianat, Chang, 139 00:22:16,503 --> 00:22:18,254 walaupun dalam keadaan nazak, 140 00:22:18,797 --> 00:22:21,174 Paduka Raja mencemar duli ke Joryeong. 141 00:22:22,050 --> 00:22:25,011 Wabak penyakit di Gyeongsang telah berjaya dikawal, 142 00:22:25,470 --> 00:22:30,225 namun di tengah kehuru-haraan, Chang dan pengikutnya menyerang. 143 00:22:30,558 --> 00:22:34,187 Paduka Raja mangkat dibunuh Chang. 144 00:22:34,729 --> 00:22:37,440 - Tuanku! - Tuanku! 145 00:22:37,982 --> 00:22:39,442 - Tuanku! - Tuanku! 146 00:22:40,360 --> 00:22:41,569 - Tuanku! - Tuanku! 147 00:22:41,653 --> 00:22:45,031 Mohon kembali! 148 00:22:45,115 --> 00:22:47,700 Mohon kembali! 149 00:23:40,712 --> 00:23:43,047 Macam mana dengan mayat Datuk Ahn Hyeon? 150 00:23:47,886 --> 00:23:52,056 Walaupun dia memihak kepada pengkhianat, tapi dia pernah berbakti kepada negara. 151 00:23:53,558 --> 00:23:55,810 Kebumikan mayatnya dengan penuh hormat. 152 00:23:56,603 --> 00:23:57,562 Baiklah. 153 00:23:59,772 --> 00:24:01,274 Istiadat pemakaman diuruskan oleh 154 00:24:01,357 --> 00:24:02,525 DEWAN PERSIDANGAN HANYANG 155 00:24:02,609 --> 00:24:03,943 Penghulu Bendahari dan Menteri Istiadat. 156 00:24:04,360 --> 00:24:08,406 Urusan pemasangan dan pemulihan jambatan dan laluan ke makam 157 00:24:09,407 --> 00:24:11,910 akan ditugaskan kepada Datuk Wali Kota. 158 00:24:12,952 --> 00:24:15,580 Bukankah kita ada urusan lebih penting? 159 00:24:17,040 --> 00:24:18,416 Takhta tidak dihuni. 160 00:24:18,750 --> 00:24:20,919 Waris baharu perlu dilantik segera. 161 00:24:21,169 --> 00:24:24,130 Paduka Permaisuri ialah Pemangku Takhta. 162 00:24:25,423 --> 00:24:27,884 Tambahan pula, baginda bakal bersalin. 163 00:24:29,260 --> 00:24:31,095 Jika seorang putera dilahirkan, 164 00:24:31,304 --> 00:24:33,556 sudah tentu waris akan menaiki takhta. 165 00:24:33,640 --> 00:24:35,475 Bagaimana jika sebaliknya? 166 00:24:36,809 --> 00:24:39,687 Kerabat raja yang terdekat perlu buat persiapan. 167 00:24:40,647 --> 00:24:43,066 Ada anakanda-anakanda Putera Noseong yang dibuang negeri ke Ganghwa. 168 00:24:43,149 --> 00:24:44,984 Tuanku Putera meninggalkan waris. 169 00:24:45,068 --> 00:24:48,780 Waris Putera Noseong bukan waris sezuriat. 170 00:24:49,197 --> 00:24:51,199 Tuan hamba ingin lantik raja boneka? 171 00:24:51,282 --> 00:24:53,117 Benar kata Datuk. 172 00:24:53,201 --> 00:24:55,954 Menurut undang-undang, takhta diwarisi oleh Putera Mahkota. 173 00:24:56,037 --> 00:24:59,207 Kita tunggu berita dari Junggungjeon. 174 00:24:59,582 --> 00:25:01,668 Hamba dari Dapur Istana. 175 00:25:03,545 --> 00:25:06,214 Ada utusan dari Bilik Bidan. 176 00:25:07,757 --> 00:25:11,594 Paduka Permaisuri telah mula gering bersalin. 177 00:25:13,304 --> 00:25:15,807 Setelah dibanjiri dengan berita penuh dukacita, 178 00:25:15,932 --> 00:25:18,268 nampaknya inilah permulaan tuah kita. 179 00:25:18,685 --> 00:25:23,106 Mari kita sama-sama berharap baginda melahirkan seorang putera. 180 00:25:23,481 --> 00:25:24,440 Betul. 181 00:25:24,524 --> 00:25:26,901 BILIK BIDAN DI ISTANA PADUKA PERMAISURI 182 00:25:29,445 --> 00:25:30,655 Paduka Permaisuri 183 00:25:31,447 --> 00:25:34,242 sedang menunggu kehadiran tuan dan Tabib Diraja. 184 00:25:38,162 --> 00:25:39,247 Mari masuk. 185 00:25:48,631 --> 00:25:51,175 Tuanku Paduka Permaisuri. 186 00:26:04,689 --> 00:26:07,442 Tabib Diraja berada di bilik sebelah. 187 00:26:18,578 --> 00:26:20,997 Bagaimana dengan ibu mengandung yang lain? 188 00:26:21,623 --> 00:26:24,292 Seperti tuanku titahkan, patik telah uruskan. 189 00:26:34,218 --> 00:26:36,846 Tuan ingin teruskan siasatan di Naeseonjae? 190 00:26:37,430 --> 00:26:38,306 Benar. 191 00:26:39,015 --> 00:26:41,559 Ia perlu dilaksanakan secara sulit. 192 00:26:42,018 --> 00:26:43,019 Baiklah. 193 00:26:43,436 --> 00:26:46,731 Kita kesuntukan masa. Sebelum Paduka Permaisuri bersalin, 194 00:26:47,565 --> 00:26:49,859 kita mesti dedahkan hal sebenar. 195 00:26:53,029 --> 00:26:54,739 PANGKALAN DI MUNGYEONG SAEJAE 196 00:26:57,742 --> 00:26:58,910 Ada apa? 197 00:26:58,993 --> 00:27:00,953 Hamba diarahkan oleh Tuan Cho 198 00:27:01,037 --> 00:27:03,206 untuk memeriksa keadaan Putera Mahkota. 199 00:27:03,289 --> 00:27:05,583 Itu arahan Tuan Cho? 200 00:27:06,292 --> 00:27:07,210 Ya. 201 00:27:08,836 --> 00:27:10,630 CHO BEOM-PAL 202 00:27:42,245 --> 00:27:43,413 Tuanku. 203 00:27:44,622 --> 00:27:46,124 Bagaimana keadaan tuanku? 204 00:27:49,961 --> 00:27:52,213 Perjalanan ke Hanyang pasti sukar. 205 00:27:53,715 --> 00:27:56,676 Izinkan patik rawat kecederaan tuanku. 206 00:28:37,759 --> 00:28:39,886 Mereka tahu tentang kedatangan kita. 207 00:28:40,803 --> 00:28:43,723 Kita telah diperangkap oleh seseorang. 208 00:28:44,974 --> 00:28:46,017 Di kalangan kita 209 00:28:47,435 --> 00:28:48,770 ada pengintip. 210 00:28:51,439 --> 00:28:53,858 Ini bukan masanya untuk saling mencurigai. 211 00:28:56,360 --> 00:28:57,695 Apa maksud tuan hamba? 212 00:28:57,779 --> 00:29:00,239 Hamba tak bercadang untuk mati di sini. Tak... 213 00:29:01,741 --> 00:29:05,161 Kalau pun mati, hamba akan balas dendam untuk keluarga dulu. 214 00:29:06,037 --> 00:29:09,248 Bukankah tuan hamba juga ingin tebus kematian Datuk Ahn Hyeon? 215 00:29:09,791 --> 00:29:11,709 Jika kami boleh balas dendam, 216 00:29:12,084 --> 00:29:13,878 kami sanggup lakukan apa saja. 217 00:29:15,046 --> 00:29:16,506 Tuan hamba ada jalan? 218 00:29:18,299 --> 00:29:19,967 Jika sanggup bergadai nyawa, 219 00:29:22,845 --> 00:29:25,097 kita pasti boleh jatuhkan Cho Hak-ju. 220 00:29:28,726 --> 00:29:30,520 Sebelum perjalanan ke Hanyang, 221 00:29:31,229 --> 00:29:33,022 itu satu-satunya peluang kita. 222 00:29:59,715 --> 00:30:00,883 Pindahkan ke sana. 223 00:30:10,977 --> 00:30:12,186 Baiklah. 224 00:30:14,689 --> 00:30:17,567 Kenapa? Ada yang tak kena? 225 00:30:20,736 --> 00:30:22,530 Semua persiapan telah selesai. 226 00:30:25,449 --> 00:30:27,577 Bawa semua penjenayah itu keluar. 227 00:30:48,306 --> 00:30:49,557 Bangun, semua! 228 00:31:45,488 --> 00:31:47,114 Segerakan hukuman. 229 00:31:47,448 --> 00:31:48,449 Bunuh semua, 230 00:31:49,867 --> 00:31:51,535 kecuali Putera Mahkota. 231 00:31:56,374 --> 00:31:57,375 Lindungi hamba! 232 00:32:36,580 --> 00:32:38,374 Tangkap si bedebah itu segera! 233 00:32:57,268 --> 00:32:58,102 Tuanku... 234 00:33:10,698 --> 00:33:12,366 Hantu! 235 00:33:17,288 --> 00:33:18,748 Hantu! 236 00:34:13,469 --> 00:34:14,887 Tembak kepalanya. 237 00:34:15,805 --> 00:34:17,181 Sasarkan kepalanya. 238 00:34:34,990 --> 00:34:37,034 Ada satu cara saja 239 00:34:38,869 --> 00:34:41,122 untuk tuanku selamatkan diri. 240 00:34:41,622 --> 00:34:42,873 Sekiranya patik mati, 241 00:34:44,959 --> 00:34:46,377 bangkitkan patik semula. 242 00:34:47,962 --> 00:34:50,506 Jadikan patik makhluk itu. 243 00:34:52,675 --> 00:34:54,009 Mohon perkenan. 244 00:34:55,427 --> 00:34:58,430 Tuanku perlu dedahkan kebenaran. 245 00:38:50,621 --> 00:38:52,664 LEE JINHYUK DALAM KENANGAN 246 00:39:00,339 --> 00:39:03,425 Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali