1 00:00:06,000 --> 00:00:08,375 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:02:47,833 --> 00:02:49,375 Saya ada bahan lagi. 3 00:02:50,458 --> 00:02:54,625 Awak perlu kenal pasti dan dapatkan lokasi tepat kematiannya. 4 00:02:54,708 --> 00:02:55,750 Maksud saya 5 00:02:56,416 --> 00:02:58,083 lokasi tepat di atas lantai. 6 00:02:59,666 --> 00:03:02,666 Beritahu Varney ada bukti kewujudan cermin transmisi 7 00:03:02,750 --> 00:03:05,333 dalam simpanan istana di Targoviste. 8 00:03:05,833 --> 00:03:07,916 Saya sedang mencari maklumat. 9 00:03:15,333 --> 00:03:17,250 Daripada stok peribadi Carmilla. 10 00:03:17,958 --> 00:03:21,166 Sekarang, tunjukkan peta neraka yang awak ceritakan, 11 00:03:21,708 --> 00:03:24,583 jika tidak, saya akan beritahu dia tentang awak dan kasutnya. 12 00:03:44,333 --> 00:03:45,208 Selamat pagi. 13 00:03:46,291 --> 00:03:47,250 Selama petang. 14 00:03:50,791 --> 00:03:51,625 Tak guna! 15 00:03:52,625 --> 00:03:53,625 Awak rosakkannya. 16 00:03:54,166 --> 00:03:56,666 Separuh daripada logam ini tak berkualiti. 17 00:03:56,750 --> 00:04:00,250 Tukang besi puntianak awak tak ikut spesifikasi saya. 18 00:04:00,333 --> 00:04:04,125 Pekerja tak cekap selalu salahkan puntianaknya. 19 00:04:05,583 --> 00:04:07,333 Awak tiada kerja lain? 20 00:04:07,833 --> 00:04:09,041 Sekarang tidak. 21 00:04:09,458 --> 00:04:13,875 Berminggu-minggu Striga dan Morana keluar meninjau kawasan untuk dikuasai. 22 00:04:13,958 --> 00:04:16,416 Carmilla sedang melukis peta. 23 00:04:18,791 --> 00:04:23,166 Nampaknya, kegunaan diplomasi untuk berbuat apa-apa 24 00:04:23,250 --> 00:04:24,541 sudah berlalu. 25 00:04:25,708 --> 00:04:26,916 Jadi, awak bosan. 26 00:04:28,083 --> 00:04:28,916 Tidak. 27 00:04:29,625 --> 00:04:30,583 Awak risau. 28 00:04:31,416 --> 00:04:32,375 Diamlah. 29 00:04:33,041 --> 00:04:35,500 Lenore, mereka mengetepikan awak? 30 00:04:36,000 --> 00:04:36,833 Mereka takā€¦ 31 00:04:38,083 --> 00:04:39,625 Bukan begitu. 32 00:04:39,708 --> 00:04:42,333 Sekurang-kurangnya, mereka tak anggap begitu. 33 00:04:42,416 --> 00:04:44,333 Hidup kami dah masuki fasa baru. 34 00:04:44,416 --> 00:04:47,875 Diplomasi, rundingan, itu semua perkara lama. 35 00:04:48,833 --> 00:04:52,333 Nasib awak pun serupa, dan itu buat awak terganggu. 36 00:04:53,416 --> 00:04:54,416 Begini, 37 00:04:55,291 --> 00:04:58,625 rancangan Carmilla akan menjamin keselamatan kami 38 00:04:58,708 --> 00:05:00,583 untuk beratus tahun. 39 00:05:02,791 --> 00:05:05,375 Saya anak perang, Hector. 40 00:05:06,333 --> 00:05:08,583 Saya dilahirkan di istana seperti ini. 41 00:05:09,125 --> 00:05:13,791 Ibu bapa saya mati waktu askar Inggeris panjat lubang tandas sambil gigit pisau. 42 00:05:15,000 --> 00:05:18,208 Saya saksikan banyak perang sebelum usia lima tahun dan 43 00:05:18,291 --> 00:05:20,291 hidup tak bertambah baik. 44 00:05:22,000 --> 00:05:24,833 Tapi, saya takkan selesa dengan pemikiran 45 00:05:24,916 --> 00:05:27,791 cara terbaik untuk menamatkan perang 46 00:05:27,875 --> 00:05:31,500 adalah membunuh kebanyakan orang dan mengurung yang lain. 47 00:05:32,875 --> 00:05:34,958 Awak seorang diplomat. 48 00:05:36,125 --> 00:05:39,666 Itu semua tak penting jika awak tak hasilkan tukul bodoh itu. 49 00:05:39,750 --> 00:05:43,541 Gunalah jari-jemari macam ahli sihir untuk hidupkan orang mati. 50 00:05:44,125 --> 00:05:46,500 Pakar tempa perlukan alat. 51 00:05:47,083 --> 00:05:51,625 Cara awak terangkan seolah-olah awak bercakap tentang alat kelamin. 52 00:05:51,708 --> 00:05:52,916 Ya Tuhan. 53 00:05:53,000 --> 00:05:55,541 Usia saya 200 tahun. 54 00:05:55,625 --> 00:05:58,166 Dengar sini, saya pakar tempa. 55 00:05:58,250 --> 00:06:01,458 Bukan saya yang beri nama. Itu gelaran yang diberikan. 56 00:06:01,541 --> 00:06:03,791 Sihir harus tertumpu melalui alat, 57 00:06:03,875 --> 00:06:06,416 seperti nafas dihembus melalui seruling. 58 00:06:06,500 --> 00:06:08,833 Penerangan awak tak membantu. 59 00:06:08,916 --> 00:06:11,333 Saya perlukan tukul bodoh. Itu membantu? 60 00:06:11,416 --> 00:06:12,833 Guna sajalah tukul. 61 00:06:12,916 --> 00:06:15,625 Tentu ada banyak tukul di sekitar kita. 62 00:06:15,708 --> 00:06:17,500 Tidak, ia haruslah istimewa. 63 00:06:18,708 --> 00:06:20,500 Tukul istimewa awak. 64 00:06:21,500 --> 00:06:22,625 Boleh berhenti tak? 65 00:06:22,708 --> 00:06:25,916 Ia perlu dihasilkan dari awal, dengan cara khusus, 66 00:06:26,000 --> 00:06:27,500 jika tidak, tak jalan. 67 00:06:27,583 --> 00:06:29,791 Seperti seruling yang tiada lubang. 68 00:06:29,875 --> 00:06:30,750 Betul. 69 00:06:31,250 --> 00:06:32,291 Untuk jari. 70 00:06:33,541 --> 00:06:34,875 Cukup. 71 00:06:34,958 --> 00:06:37,541 Jadi, bila awak tiup, tiada apa yang keluar. 72 00:06:37,625 --> 00:06:39,125 Tolonglah. 73 00:06:39,208 --> 00:06:42,958 Saya bosan. Seronok kacau awak. Layanlah saya. 74 00:06:43,833 --> 00:06:47,666 Fikirkan juga apa nak beritahu Carmilla. Dia semakin bengang. 75 00:06:48,250 --> 00:06:50,166 Aduhai. Sedihnya. 76 00:06:50,250 --> 00:06:51,375 Lantaklah. 77 00:06:52,166 --> 00:06:53,375 Serius. 78 00:06:53,875 --> 00:06:58,250 Sepatutnya dah berminggu awak hasilkan tukul ajaib awak. 79 00:06:58,333 --> 00:07:00,375 Buatlah objek yang lebih ringkas. 80 00:07:00,875 --> 00:07:03,625 Seperti tongkat atau duit syiling. 81 00:07:04,208 --> 00:07:05,958 Kami guna objek berbeza. 82 00:07:06,041 --> 00:07:07,958 Isaac guna pisau. 83 00:07:08,041 --> 00:07:09,750 Saya serasi dengan tukul. 84 00:07:10,333 --> 00:07:12,791 Baik, buat lebih cepat. 85 00:07:13,625 --> 00:07:15,250 Jika Carmilla marah, 86 00:07:15,333 --> 00:07:17,791 saya takkan dapat lindungi awak lagi. 87 00:07:18,375 --> 00:07:20,000 Awak lindungi saya? 88 00:07:20,541 --> 00:07:22,416 Sudah berminggu saya buat. 89 00:07:22,500 --> 00:07:23,875 Ya. 90 00:07:24,958 --> 00:07:26,375 Nampaknya begitulah. 91 00:07:26,458 --> 00:07:29,958 Kalau begitu, terima kasih. Saya sedang berusaha. 92 00:07:31,416 --> 00:07:33,458 Awak tahu apa saya nak cakap. 93 00:07:34,916 --> 00:07:35,875 Lekas. 94 00:07:36,375 --> 00:07:37,625 Ya. 95 00:07:37,708 --> 00:07:41,125 Ya, tapi ia perlu sempurna, jika tidak 96 00:07:41,750 --> 00:07:43,291 tak puas. 97 00:07:44,333 --> 00:07:45,833 Awak menjijikkan. 98 00:07:57,333 --> 00:07:59,541 Tukul Hector dah siap? 99 00:08:00,875 --> 00:08:02,375 Dia masih usahakannya. 100 00:08:02,458 --> 00:08:04,250 Dia berlengah. 101 00:08:04,333 --> 00:08:06,500 Dia jenis yang lurus bendul. 102 00:08:07,833 --> 00:08:09,875 - Tidak. - Tidak? 103 00:08:10,666 --> 00:08:11,708 Tidak. 104 00:08:12,208 --> 00:08:14,083 Dia ada sifat licik. 105 00:08:15,500 --> 00:08:19,750 Awak akan syak anak patung kain rancang curi dompet awak? 106 00:08:20,291 --> 00:08:24,666 Awak fikir dia kelesa dan bodoh macam anak anjing. Awak silap. 107 00:08:25,625 --> 00:08:27,000 Dia boleh membunuh. 108 00:08:27,625 --> 00:08:29,416 Dia pernah cuba. Sekali. 109 00:08:29,958 --> 00:08:31,791 Dia tak sungguh-sungguh pun. 110 00:08:33,333 --> 00:08:34,166 Nampak? 111 00:08:34,250 --> 00:08:36,791 Nampak apa? Awak tiada di situ. 112 00:08:36,875 --> 00:08:40,666 Dia keliru, takut dan tak tahu apa dia buat. 113 00:08:41,625 --> 00:08:43,458 Saya cuma nak ingatkan awak. 114 00:08:43,541 --> 00:08:44,583 Faham? 115 00:08:44,666 --> 00:08:46,708 Saya nak ingatkan saja. 116 00:08:47,208 --> 00:08:50,708 Adakah Dracula akan biarkan dia merayau di istananya 117 00:08:50,791 --> 00:08:52,333 jika dia berbahaya? 118 00:08:54,791 --> 00:08:57,250 Saya pasti suka istana itu. 119 00:08:57,333 --> 00:08:58,708 Istana Dracula? 120 00:08:59,500 --> 00:09:00,500 Ya. 121 00:09:01,166 --> 00:09:03,666 Saya tak sempat tinjau istana itu, 122 00:09:04,208 --> 00:09:08,083 tapi saya pasti ia penuh dengan perkara menarik dan indah. 123 00:09:08,583 --> 00:09:13,041 Saya rasa saya patut ingatkan awak dah ada istana yang cantik. 124 00:09:13,125 --> 00:09:14,750 Kenapa awak nak istana dia? 125 00:09:14,833 --> 00:09:19,000 Sebab saya rampas harta lelaki tua yang bodoh dan jahat. 126 00:09:19,083 --> 00:09:20,416 Itu yang saya lakukan. 127 00:09:20,500 --> 00:09:21,791 Dari dulu. 128 00:09:22,375 --> 00:09:24,791 Mereka berhak kehilangan segalanya. 129 00:09:24,875 --> 00:09:27,833 Saya pula berhak memiliki semua barang mereka. 130 00:09:28,416 --> 00:09:30,500 Awak boleh buat benda baru. 131 00:09:31,208 --> 00:09:33,291 Kenapa saya nak bazirkan masa saya 132 00:09:33,875 --> 00:09:36,625 kalau saya boleh ambil apa saja saya nak 133 00:09:36,708 --> 00:09:39,083 dan bunuh orang yang pernah memilikinya? 134 00:09:41,125 --> 00:09:42,541 Lihat peta saya. 135 00:09:42,625 --> 00:09:44,083 Dari sini ke Braila. 136 00:09:44,666 --> 00:09:48,958 Tanah, kampung dan pekan yang awak lihat milik lelaki tua. 137 00:09:49,041 --> 00:09:50,291 Semuanya. 138 00:09:50,375 --> 00:09:52,125 Saya akan merampasnya. 139 00:09:53,083 --> 00:09:58,083 Istana ini milik lelaki tua yang bodoh dan jahat. 140 00:09:58,666 --> 00:09:59,875 Saya merampasnya. 141 00:09:59,958 --> 00:10:02,708 Tanah dari sini ke Braila, 142 00:10:02,791 --> 00:10:05,125 diperintah oleh lelaki tua bodoh, 143 00:10:05,208 --> 00:10:10,416 dihancurkan oleh seorang lelaki tua bodoh. 144 00:10:11,416 --> 00:10:13,041 Untuk diambil dengan mudah. 145 00:10:13,541 --> 00:10:16,750 Awak akan gembira selepas memiliki itu semua? 146 00:10:18,458 --> 00:10:20,833 Tengoklah ini. 147 00:10:22,291 --> 00:10:23,333 Lihat. 148 00:10:24,083 --> 00:10:28,166 Awak tahu berapa ramai pemerintah puntianak daerah mati di Braila? 149 00:10:28,708 --> 00:10:30,708 Saya tak sangka saya perlu kira. 150 00:10:31,458 --> 00:10:33,083 Awak patut kira. 151 00:10:33,166 --> 00:10:34,500 Jumlahnya banyak. 152 00:10:35,000 --> 00:10:37,333 Ini cuma jumlah yang saya pasti. 153 00:10:37,916 --> 00:10:39,458 Bendera-bendera kecil ini? 154 00:10:39,541 --> 00:10:40,708 Betul. 155 00:10:40,791 --> 00:10:44,333 Semua kawasan ini tiada pemerintah puntianak. 156 00:10:44,416 --> 00:10:47,208 Ia hanya menunggu seseorang untuk menguasainya. 157 00:10:47,833 --> 00:10:51,208 Pasti orang bawahan mereka akan lantik seseorang. 158 00:10:51,291 --> 00:10:54,000 Melainkan kita sampai dulu. 159 00:10:55,000 --> 00:10:56,708 Kenapa kita nak buat begitu? 160 00:10:56,791 --> 00:10:59,125 Inilah dunia, Lenore. 161 00:11:00,041 --> 00:11:03,666 Kita boleh kuasai seluruh dunia untuk diri kita. 162 00:11:04,708 --> 00:11:06,333 Awak tak mahu? 163 00:11:09,750 --> 00:11:11,333 Saya tak tahu. 164 00:11:11,416 --> 00:11:15,000 Saya tak percaya lakonan "gadis manis" awak, Lenore. 165 00:11:15,541 --> 00:11:16,791 Cuba lagi. 166 00:11:16,875 --> 00:11:18,125 Betul, saya tak tahu. 167 00:11:18,208 --> 00:11:21,958 Saya tak pernah terfikir sesuatu yang begitu besar. 168 00:11:22,041 --> 00:11:23,583 Mula. 169 00:11:23,666 --> 00:11:25,625 Jawab soalan saya dulu. 170 00:11:26,583 --> 00:11:30,166 Adakah awak akan gembira selepas memiliki semuanya? 171 00:11:36,458 --> 00:11:40,291 Waktu awal hidup saya, lelaki rampas hak saya. 172 00:11:41,916 --> 00:11:44,625 Kemudian, saya ambil nyawa mereka, 173 00:11:44,708 --> 00:11:47,791 barang mereka dan rumah mereka. 174 00:11:48,625 --> 00:11:53,250 Selepas itu, kita rampas Styria dan kita wujudkan enklaf kita. 175 00:11:53,333 --> 00:11:55,250 Kita cuba tak sakiti orang. 176 00:11:55,333 --> 00:11:56,958 Kita cuba buat diri selesa. 177 00:11:57,583 --> 00:12:00,583 Tapi, orang serigala dari utara, tentera dari barat, 178 00:12:00,666 --> 00:12:02,416 ada saja yang menyerang. 179 00:12:03,708 --> 00:12:05,333 Kita minta bantuan. 180 00:12:06,458 --> 00:12:08,958 Apa puntianak seluruh dunia kata? 181 00:12:09,708 --> 00:12:12,208 "Perempuan tak guna," kata mereka. 182 00:12:12,291 --> 00:12:14,541 "Biar mereka mati," kata mereka. 183 00:12:15,416 --> 00:12:19,166 Jadi, saya akan ambil semuanya daripada semua orang. 184 00:12:19,791 --> 00:12:21,583 Saya berada di istana Dracula. 185 00:12:21,666 --> 00:12:23,958 Saya ke sana untuk lihat apa saya boleh dapat. 186 00:12:24,041 --> 00:12:27,583 Dapatkan kuasa untuk diri saya, lebih jaminan untuk kita. 187 00:12:28,416 --> 00:12:31,375 Tapi, dia dan orangnya cuma merosakkan segalanya. 188 00:12:31,458 --> 00:12:33,083 Saya nampak di situ, 189 00:12:33,166 --> 00:12:36,541 saya boleh merampas dunia daripada dia dan milikinya! 190 00:12:38,541 --> 00:12:40,458 Dunia, Lenore! 191 00:12:44,041 --> 00:12:46,666 Adakah saya akan gembira selepas buat begitu? 192 00:12:47,541 --> 00:12:48,625 Saya tak tahu. 193 00:12:50,041 --> 00:12:52,291 Saya tak tahu jika saya peduli. 194 00:12:54,208 --> 00:12:56,500 Tapi, saya akan miliki semua yang mereka miliki. 195 00:12:56,583 --> 00:12:59,208 Mereka semua akan mati. 196 00:13:00,416 --> 00:13:03,333 Saya akan miliki dunia yang saya mahu, Lenore, 197 00:13:03,958 --> 00:13:04,916 dan itu, 198 00:13:06,125 --> 00:13:07,458 itu sudah cukup. 199 00:13:08,125 --> 00:13:10,125 Memiliki segalanya sudah cukup. 200 00:13:10,916 --> 00:13:12,291 Memiliki dunia. 201 00:13:13,583 --> 00:13:15,500 Serta mereka semua mati. 202 00:13:16,833 --> 00:13:19,666 Inikah tujuannya? 203 00:13:21,208 --> 00:13:24,000 Awak fikir apa tujuan ini semua? 204 00:13:38,625 --> 00:13:40,541 Saya rasa tukulnya dah siap. 205 00:13:51,333 --> 00:13:54,750 Kalau satu malam, taklah teruk sangat. 206 00:13:54,833 --> 00:13:57,250 Tengok, ada tingkap menarik 207 00:13:57,875 --> 00:13:58,750 di bumbung. 208 00:13:59,250 --> 00:14:01,375 Bagus. Tidur di bawah sinar bintang. 209 00:14:03,166 --> 00:14:05,375 Serta disasarkan tahi burung. 210 00:14:05,458 --> 00:14:07,958 Saya tak nampak seekor pun sejak kita tiba. 211 00:14:08,041 --> 00:14:08,916 Betulkah? 212 00:14:09,500 --> 00:14:11,625 Saya boleh dengar sesuatu di kasau. 213 00:14:21,833 --> 00:14:23,416 Sial. 214 00:14:29,375 --> 00:14:30,375 Kena lawan lagi. 215 00:14:31,208 --> 00:14:33,208 Usah bakar bangsal waktu kita di dalam. 216 00:14:34,333 --> 00:14:35,666 Sekali saja saya buat. 217 00:14:38,250 --> 00:14:39,708 Sekali sudah cukup. 218 00:14:40,625 --> 00:14:42,208 Ada labah-labah gergasi. 219 00:14:44,666 --> 00:14:45,875 Ia bukan gergasi. 220 00:14:48,750 --> 00:14:50,291 Ia setinggi sepuluh kaki. 221 00:14:53,416 --> 00:14:54,708 Mungkin lapan. 222 00:14:55,625 --> 00:14:58,083 Ketinggian lapan kaki bukan gergasi? 223 00:15:01,041 --> 00:15:02,333 Tak sangka. 224 00:15:02,416 --> 00:15:03,833 Mereka lagi. 225 00:15:04,375 --> 00:15:06,250 Mereka handal, bukan? 226 00:15:07,125 --> 00:15:08,375 Mereka menjengkelkan. 227 00:15:09,375 --> 00:15:10,416 Dan muda. 228 00:15:11,083 --> 00:15:12,666 Mungkin. 229 00:15:13,625 --> 00:15:14,750 Cantik. 230 00:15:15,583 --> 00:15:17,125 Kulit licin. 231 00:15:17,833 --> 00:15:20,750 Awak nak berasmara dengan mereka? 232 00:15:21,416 --> 00:15:23,500 Saya nak pakai kulit mereka. 233 00:15:35,791 --> 00:15:38,291 Awak pasti awak tak nak saya bakar sesuatu? 234 00:15:39,208 --> 00:15:41,541 Saya fikir ia mungkin satu pilihan. 235 00:18:20,625 --> 00:18:21,541 Terima kasih. 236 00:18:22,250 --> 00:18:24,958 Tak sangka kami akan masuk perangkap. 237 00:18:25,458 --> 00:18:27,083 Ia bukan untuk awak. 238 00:18:27,166 --> 00:18:28,666 Perangkap itu untuk kami. 239 00:18:29,375 --> 00:18:31,083 Saya Trevor Belmont. 240 00:18:31,166 --> 00:18:33,000 Ini Sypha Belnades. 241 00:18:34,041 --> 00:18:38,125 Zamfir. Ketua pengawal Istana Bawah Tanah Targoviste. 242 00:18:38,208 --> 00:18:39,208 Apa? 243 00:18:39,291 --> 00:18:43,208 Keluarga pemerintah Targoviste terselamat serangan pertama Dracula. 244 00:18:43,291 --> 00:18:45,708 Tapi, puntianak dan makhluk malam datang. 245 00:18:45,791 --> 00:18:48,791 Lebih selamat pindahkan mereka ke makam di bawah bandar. 246 00:18:48,875 --> 00:18:52,625 Saya kagum ada yang masih hidup, apatah lagi keluarga diraja. 247 00:18:52,708 --> 00:18:55,416 Saya ketuai kumpulan penentang melawan syaitan. 248 00:18:55,500 --> 00:18:59,583 Neraka cuba menyumpah kota emas kami, 249 00:18:59,666 --> 00:19:02,083 tapi kami takkan benarkan. 250 00:19:02,583 --> 00:19:04,291 Takziah atas kematian mereka. 251 00:19:04,791 --> 00:19:06,208 Terima kasih bantu kami. 252 00:19:06,291 --> 00:19:08,083 Mereka mati demi kerajaan. 253 00:19:09,500 --> 00:19:11,541 Mereka tetap mati. 254 00:19:12,416 --> 00:19:14,000 Mereka kawan awak, bukan? 255 00:19:15,833 --> 00:19:19,625 Kami ikut petunjuk wujudnya rancangan kembalikan Dracula ke Bumi. 256 00:19:19,708 --> 00:19:21,500 Awak tahu apa-apa tentang itu? 257 00:19:22,166 --> 00:19:25,125 Ada sekumpulan puntianak di sini menginginkannya. 258 00:19:25,208 --> 00:19:27,416 Mereka mencari Istana Bawah Tanah, 259 00:19:27,500 --> 00:19:30,708 untuk mencari barang ajaib demi perjuangan mereka. 260 00:19:31,541 --> 00:19:33,791 Kami berminat nak lihat istana itu. 261 00:19:33,875 --> 00:19:35,333 Untuk menilai ancaman. 262 00:19:36,541 --> 00:19:40,250 Kami gembira jika awak sertai perjuangan diraja. 263 00:19:40,791 --> 00:19:42,041 Bagus. 264 00:19:42,125 --> 00:19:44,708 Tolong kami selamatkan Targoviste. 265 00:19:44,791 --> 00:19:45,958 Tentu sekali. 266 00:19:46,041 --> 00:19:47,041 Tapi, belum lagi. 267 00:19:47,625 --> 00:19:51,083 Saya perlu yakin saya boleh percayakan kamu dahulu. 268 00:19:58,250 --> 00:19:59,708 Celaka. 269 00:20:05,708 --> 00:20:08,875 Dia menarik orangnya. 270 00:20:09,500 --> 00:20:11,291 Maksud awak agak gila. 271 00:20:12,500 --> 00:20:13,500 Ya. 272 00:20:14,125 --> 00:20:16,041 Kasihannya kamu. 273 00:20:16,875 --> 00:20:19,333 - Apa awak buat? - Tiada apa-apa. 274 00:20:19,875 --> 00:20:22,541 Jangan merompak orang mati. 275 00:20:22,625 --> 00:20:24,750 Sudah tentu tidak. 276 00:20:36,333 --> 00:20:39,750 Cukuplah dengan batu bersinar. Bawa masalah saja. 277 00:20:40,458 --> 00:20:42,666 Betul juga. Kenapa nak cari masalah? 278 00:20:43,583 --> 00:20:45,416 Kita tak pernah cari masalah. 279 00:22:34,916 --> 00:22:38,833 Terjemahan sari kata oleh Norzaiha Norhan