1 00:00:12,595 --> 00:00:16,099 Manusia perlukan tiga perkara asas untuk kelangsungan hidup. 2 00:00:16,683 --> 00:00:19,811 Makanan, tempat tinggal dan air. 3 00:00:22,147 --> 00:00:23,523 Awak dah bersedia? 4 00:00:24,899 --> 00:00:26,943 Pengebumian dia pasti indah. 5 00:00:27,027 --> 00:00:28,570 Mari kita pergi saja. 6 00:00:31,823 --> 00:00:36,244 Kemudian, norma masyarakat diterapkan untuk bantu kita mempertahankannya 7 00:00:36,327 --> 00:00:38,329 agar kesinambungannya berkekalan. 8 00:00:38,830 --> 00:00:39,664 Jadi? 9 00:00:40,623 --> 00:00:42,417 Ini bukan budaya Clayton. 10 00:00:43,001 --> 00:00:45,879 Protes? Kenapa tak bincang saja dengan saya? 11 00:00:46,463 --> 00:00:51,259 Saya tak pernah terfikir ada pelajar yang tak puas hati dengan uniform kita. 12 00:00:51,342 --> 00:00:53,720 Tapi percayalah, saya pasti akan pertimbangkannya. 13 00:00:53,803 --> 00:00:54,971 Kami dah hantar petisyen. 14 00:00:56,681 --> 00:00:58,266 Kami tak baca petisyen. 15 00:00:58,892 --> 00:01:01,603 Kamu berdua ialah atlet yang menerima biasiswa. 16 00:01:01,686 --> 00:01:03,772 Kalau kamu hilang sokongan Clayton, 17 00:01:04,272 --> 00:01:07,692 kamu akan dibuang dari sekolah yang menakjubkan ini. 18 00:01:07,776 --> 00:01:08,693 Kami tahu. 19 00:01:09,402 --> 00:01:11,946 Niat kami baik. Kami cuma mahu didengari. 20 00:01:12,030 --> 00:01:14,282 Saya dah dengar dengan kuat dan jelas. 21 00:01:14,908 --> 00:01:18,995 Sekarang, kamu dalam pemantauan. Jadi, kamu akan terima hukumannya. 22 00:01:19,079 --> 00:01:20,747 Tuan nak sebut kelima-lima deria? 23 00:01:20,830 --> 00:01:22,415 - Casey. - Maaf. 24 00:01:22,499 --> 00:01:24,834 Sindiran kamu menyinggung saya. 25 00:01:25,794 --> 00:01:29,631 Saya tak tahu bentuk hukumannya. Pihak sekolah akan tentukannya. 26 00:01:31,257 --> 00:01:33,218 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 27 00:01:40,725 --> 00:01:43,853 Saya tertekan. Boleh saya main dengan kapak awak? 28 00:01:43,937 --> 00:01:46,564 Tiada alasan untuk saya melarang. 29 00:01:54,489 --> 00:01:57,575 Boleh main diam-diam? Abang cuba tumpukan perhatian. 30 00:01:58,827 --> 00:02:00,495 - Hei! - Jangan! Itu salah! 31 00:02:00,578 --> 00:02:02,705 - Awak diharamkan pegang kapak. - Tak adil. 32 00:02:02,789 --> 00:02:04,791 Saya cuma nak mencacatkan, bukan membunuh. 33 00:02:07,127 --> 00:02:07,961 Hai. 34 00:02:08,878 --> 00:02:10,713 Tolong hulurkan kapak saya. 35 00:02:12,298 --> 00:02:13,925 Sam, boleh kita bercakap? 36 00:02:14,008 --> 00:02:14,884 Baiklah. 37 00:02:17,512 --> 00:02:19,848 Malam tadi, saya balik rumah, 38 00:02:19,931 --> 00:02:23,268 duduk di dalam kereta dan marah akan diri sendiri. 39 00:02:23,852 --> 00:02:26,521 Saya jerit sekuat hati dan mengganggu jiran. 40 00:02:27,021 --> 00:02:29,607 Kasihan Encik Lang kerana terdengar amukan Petunia. 41 00:02:29,691 --> 00:02:31,442 Itu alter ego amarah saya. 42 00:02:31,526 --> 00:02:33,027 Tapi Sam, saya cuma… 43 00:02:33,111 --> 00:02:36,489 Saya malu dengan kelakuan saya di parti awak. 44 00:02:36,990 --> 00:02:40,702 Kita semua ada kelemahan dan saya harus muhasabah diri. 45 00:02:41,327 --> 00:02:42,162 Tak mengapa. 46 00:02:42,787 --> 00:02:43,621 Betulkah? 47 00:02:43,705 --> 00:02:44,581 Betulkah? 48 00:02:44,664 --> 00:02:47,750 Ya. Malah, keraguan awak menyedarkan saya. 49 00:02:47,834 --> 00:02:52,005 Saya catat semua kelemahan itu untuk mulakan senarai semak saya. 50 00:02:54,465 --> 00:02:58,428 Syukurlah kata-kata keji yang saya luahkan itu berguna. 51 00:02:59,012 --> 00:03:01,055 Tapi Sam, saya percaya akan awak. 52 00:03:01,723 --> 00:03:04,559 Sebab itu saya beli benda ini untuk awak. 53 00:03:10,565 --> 00:03:12,942 But pepaku untuk pengembaraan awak! 54 00:03:13,026 --> 00:03:15,862 But ini paling praktikal untuk suhu bawah sifar. 55 00:03:15,945 --> 00:03:18,198 Ini but pepaku C3 dan berwarna kuning, 56 00:03:18,281 --> 00:03:20,825 jadi ia masih kelihatan walaupun ribut salji melanda. 57 00:03:20,909 --> 00:03:23,703 Ia juga mempunyai bau untuk halau binatang buas. 58 00:03:23,786 --> 00:03:26,122 Bau apa yang menakutkan binatang buas? 59 00:03:28,082 --> 00:03:29,042 Saya tersekat. 60 00:03:29,626 --> 00:03:31,294 - Awak… - Goyangkan badan. 61 00:03:31,377 --> 00:03:33,713 Goyangkan punggung. 62 00:03:34,297 --> 00:03:35,131 Ya. 63 00:03:35,215 --> 00:03:37,133 Sekurang-kurangnya, kita tahu ia berfungsi. 64 00:03:38,009 --> 00:03:39,719 Sam, awak maafkan saya? 65 00:03:39,802 --> 00:03:40,678 Ya. 66 00:03:41,262 --> 00:03:44,557 Saya perlu cari program yang sesuai untuk ke Antartika. 67 00:03:44,641 --> 00:03:48,186 Ia tak semudah menaiki penerbangan, kapal, bot, feri, 68 00:03:48,269 --> 00:03:51,231 penerbangan lain dan kenderaan serba rupa bumi. 69 00:03:51,314 --> 00:03:52,982 Kalaulah ia semudah itu. 70 00:03:53,066 --> 00:03:55,652 Denton tentu ada pejabat Aktiviti Pelajar. 71 00:03:55,735 --> 00:03:56,736 Bowdoin ada. 72 00:03:56,819 --> 00:04:00,156 Saya selalu cari aktiviti di sana untuk isi masa lapang. 73 00:04:01,032 --> 00:04:03,701 Ia tak menjadi, tapi awak patut tanya mereka. 74 00:04:03,785 --> 00:04:07,330 Bagus idea itu. Saya akan cari di tapak web Denton. 75 00:04:09,666 --> 00:04:13,503 Bagi seorang pelajar yang tercicir, awak agak arif tentang kolej. 76 00:04:15,171 --> 00:04:16,005 Terima kasih. 77 00:04:16,923 --> 00:04:17,966 Menarik. 78 00:04:18,508 --> 00:04:19,509 Apa? 79 00:04:19,592 --> 00:04:21,302 Dia maafkan awak secepat itu. 80 00:04:21,386 --> 00:04:22,720 Saya tak semulia dia. 81 00:04:23,263 --> 00:04:24,555 Kenapa? 82 00:04:25,056 --> 00:04:29,936 Saya tak puas hati kerana awak nampak seperti seorang pemusnah impian. 83 00:04:30,687 --> 00:04:32,772 Awak Gretchen. 84 00:04:32,855 --> 00:04:36,401 Okey, saya bukan Gretchen. Gretchen jahat. 85 00:04:37,110 --> 00:04:39,445 Mungkin saya keterlaluan tempoh hari, 86 00:04:39,529 --> 00:04:41,781 tapi saya bukan Gretchen. 87 00:04:42,490 --> 00:04:45,285 Kalau nak dibandingkan, saya Lady Shackleton. 88 00:04:45,368 --> 00:04:46,369 Siapa? 89 00:04:46,452 --> 00:04:49,163 Lady Shackleton, isteri Ernest Shackleton, 90 00:04:49,247 --> 00:04:52,834 yang sering taja ekspedisi suaminya dan seorang wanita hebat. 91 00:04:53,334 --> 00:04:56,129 Saya baca tentang kajian Antartika kerana rasa bersalah. 92 00:04:56,879 --> 00:04:58,381 Saya tetap kata Gretchen. 93 00:04:58,464 --> 00:04:59,590 Shackleton. 94 00:04:59,674 --> 00:05:05,596 - Gretchity Gretch Gretch. - Mungkin ada cara untuk tentukannya. 95 00:05:06,306 --> 00:05:09,892 Contohnya, awak, Casey, boleh merangka sebuah siri ujian 96 00:05:09,976 --> 00:05:11,936 untuk menentukan sama ada Paige 97 00:05:12,437 --> 00:05:15,440 ialah Shackleton atau Gretchen. 98 00:05:15,523 --> 00:05:16,899 Mengarut betul. 99 00:05:17,400 --> 00:05:21,112 Apa masalahnya, PP? Awak takut? 100 00:05:28,328 --> 00:05:29,912 Saya tinggal bersama ibu bapa saya. 101 00:05:29,996 --> 00:05:33,166 Saya tidur awal dan bersenam sepuluh kali seminggu. 102 00:05:33,249 --> 00:05:35,001 Saya lebih daripada bersedia. 103 00:05:35,918 --> 00:05:36,753 Ayuh. 104 00:05:37,295 --> 00:05:38,963 Okey, baiklah. 105 00:05:39,047 --> 00:05:40,465 Tugas pertama awak? 106 00:05:41,090 --> 00:05:45,011 Cari sekuntum bunga dandelion yang tercantik di dunia, 107 00:05:45,511 --> 00:05:48,681 yang paling putih dan gebu. 108 00:05:48,765 --> 00:05:51,100 Dandelion? Sekarang musim sejuk di Connecticut. 109 00:05:51,184 --> 00:05:53,853 Saya faham. Awak tak berani sahut cabaran ini. 110 00:05:53,936 --> 00:05:56,564 Tidak, saya sahut cabaran ini. 111 00:05:57,190 --> 00:05:58,441 Saya akan carinya. 112 00:05:58,524 --> 00:06:03,446 Saya akan cari dandelion paling cantik, gebu dan putih yang awak pernah lihat. 113 00:06:10,953 --> 00:06:11,913 Hai, Sam! 114 00:06:12,497 --> 00:06:15,792 Hei, Evelyn Teruja. Apa awak buat di sini? 115 00:06:15,875 --> 00:06:17,293 Panggil Evelyn saja. 116 00:06:17,377 --> 00:06:19,212 Saya bekerja sambil belajar. 117 00:06:19,295 --> 00:06:20,671 Apa saya boleh bantu? 118 00:06:20,755 --> 00:06:23,341 Saya nak mengembara dan cari program seni. 119 00:06:23,424 --> 00:06:25,093 Inilah tempatnya. 120 00:06:25,176 --> 00:06:29,305 Universiti Denton berdaftar dengan pelbagai program di serata dunia. 121 00:06:29,389 --> 00:06:32,392 Awak nak ke mana? Asia? Afrika? 122 00:06:32,475 --> 00:06:33,393 Antartika. 123 00:06:34,727 --> 00:06:36,771 Luar biasa. Biar saya semak dulu. 124 00:06:39,982 --> 00:06:41,067 Baiklah. 125 00:06:41,734 --> 00:06:42,902 Amsterdam… 126 00:06:42,985 --> 00:06:44,529 Bukan. 127 00:06:47,990 --> 00:06:49,200 Ini programnya. 128 00:06:49,909 --> 00:06:53,287 Kalau awak berminat, ada banyak syarat untuk sertainya. 129 00:06:53,371 --> 00:06:56,332 Surat perakuan, permohonan, cadangan projek… 130 00:06:56,416 --> 00:06:57,750 Saya perlukan khemah. 131 00:06:58,376 --> 00:07:01,337 - Hei, apa awak buat? - Bersiap untuk pergi kerja. 132 00:07:01,421 --> 00:07:03,423 - Ayah kerja? - Nampak gayanya. 133 00:07:03,923 --> 00:07:06,342 - Ayah patut ambil cuti. - Ayah tak nak ponteng kerja. 134 00:07:06,426 --> 00:07:07,260 Ayah. 135 00:07:07,802 --> 00:07:09,887 Kami tak nak awak rasa tertekan. 136 00:07:09,971 --> 00:07:12,473 Saya nak awak luangkan masa yang secukupnya 137 00:07:12,557 --> 00:07:15,810 untuk meratapi pemergiannya dengan cara awak sendiri. 138 00:07:15,893 --> 00:07:19,522 Contohnya, cara saya ialah memasak untuk Donna 139 00:07:19,605 --> 00:07:21,858 dan mendaftar untuk enam hari pertama. 140 00:07:21,941 --> 00:07:24,527 - Cara gila. - Kami sedang buat ratatouille. 141 00:07:24,610 --> 00:07:26,362 Saya boleh pergi kerja, okey? 142 00:07:26,446 --> 00:07:28,948 Lagipun, ada majlis hujung minggu ini 143 00:07:29,031 --> 00:07:33,202 sempena memperingati Chuck, jadi saya akan guna masa itu. 144 00:07:36,122 --> 00:07:39,208 Ambil semula perkakasan ibu. Tiada sesiapa nak beli. 145 00:07:39,876 --> 00:07:42,420 Abang nak jual pinggan itu 500 dolar? 146 00:07:42,503 --> 00:07:43,754 Atau tawaran terbaik. 147 00:07:43,838 --> 00:07:47,967 Mungkin kamu belum tahu, tapi kawan baik ayah kamu baru meninggal. 148 00:07:48,551 --> 00:07:50,219 - Siapa? - Chuck. 149 00:07:52,096 --> 00:07:54,307 Saya tak tahu dia kawan baik ayah. 150 00:07:54,807 --> 00:07:56,684 Takziah saya ucapkan. 151 00:07:56,767 --> 00:07:58,769 Terima kasih, tapi dia bukan kawan baik ayah. 152 00:07:58,853 --> 00:07:59,896 Ayah dah dewasa. 153 00:08:00,480 --> 00:08:01,856 Ayah tiada kawan baik. 154 00:08:02,815 --> 00:08:05,693 Okey. Ayah perlu ajar saya cara pasang khemah. 155 00:08:05,776 --> 00:08:08,946 Ayah nak pergi kerja. Ambil khemah di garaj dan pasang sendiri. 156 00:08:09,030 --> 00:08:11,157 Saya nak ayah ajar cara memasangnya. 157 00:08:11,240 --> 00:08:13,993 Ia rumit dan arahan berbeza mengikut model. 158 00:08:14,076 --> 00:08:16,412 Kamu bijak, Sam. Fikirlah sendiri. 159 00:08:20,166 --> 00:08:22,418 - Bingung saya dibuatnya. - Saya pun. 160 00:08:22,502 --> 00:08:27,381 Tapi saya sedang khayal dan tak tahu benda yang kita cuba pasang. 161 00:08:32,637 --> 00:08:33,638 Apa ini? 162 00:08:34,764 --> 00:08:36,307 Tiada e-mel baru. 163 00:08:36,390 --> 00:08:38,309 Tiada apa-apa berita daripada Clayton. 164 00:08:38,392 --> 00:08:39,977 Ya. Risau saya dibuatnya. 165 00:08:40,061 --> 00:08:42,480 Saya lega kita adakan protes itu, 166 00:08:42,563 --> 00:08:46,317 tapi kalau kita dihukum, terkuburlah impian kita untuk ke UCLA. 167 00:08:46,400 --> 00:08:48,444 Itulah yang saya cuba beritahu. 168 00:08:48,528 --> 00:08:52,823 Saya tak pernah cakap awak salah, tapi keadilan lebih penting. 169 00:08:54,909 --> 00:08:57,662 Hei, jangan risaulah. 170 00:08:59,872 --> 00:09:02,625 Mereka datang untuk buang kita dari sekolah? 171 00:09:04,585 --> 00:09:05,545 Tidak. 172 00:09:08,214 --> 00:09:09,465 Saya simpan di dalam resin. 173 00:09:11,717 --> 00:09:14,971 - Adakah itu dandelion? - Bukan sembarangan dandelion. 174 00:09:15,054 --> 00:09:20,851 Itu dandelion terbaik di dunia. Ia besar, bulat dan masih sempurna. 175 00:09:20,935 --> 00:09:24,605 Cantiknya. Macam mana awak lakukannya? 176 00:09:24,689 --> 00:09:28,651 Saya bayar 63 dolar termasuk kos penghantaran kepada sepupu saya di Florida 177 00:09:28,734 --> 00:09:30,903 untuk cari, balut dan kirimkannya. 178 00:09:31,529 --> 00:09:36,033 Kemudian, saya pergi ke Michaels dan belajar mengawet bunga resin. 179 00:09:36,117 --> 00:09:37,618 Mengagumkan sungguh. 180 00:09:37,702 --> 00:09:39,620 Jadi, semuanya okey sekarang? 181 00:09:40,121 --> 00:09:42,331 Mengakulah yang saya Lady Shackleton. 182 00:09:42,415 --> 00:09:45,334 Malangnya, ini baru tugasan pertama. 183 00:09:45,960 --> 00:09:48,879 Apa yang berlaku? Apa rancangan awak, si licik? 184 00:09:48,963 --> 00:09:52,383 Saya cuma beri Paige beberapa tugas rawak yang mustahil 185 00:09:52,466 --> 00:09:53,801 untuk buktikan keupayaan dia. 186 00:09:53,884 --> 00:09:55,678 Ia kedengaran bodoh dan kejam. 187 00:09:55,761 --> 00:09:56,637 Betul itu. 188 00:09:57,638 --> 00:09:59,849 - Saya akan buktikannya. - Bagus! 189 00:10:00,766 --> 00:10:01,601 Sekarang… 190 00:10:05,146 --> 00:10:07,398 - saya nak seekor khinzir hidup. - Apa? 191 00:10:07,481 --> 00:10:08,316 Jumpa lagi. 192 00:10:24,915 --> 00:10:26,125 Oh, Tuhan. 193 00:10:26,208 --> 00:10:28,419 Jangan cakap itu bekal makanan awak. 194 00:10:28,502 --> 00:10:31,255 Tak, ini ibu roti Chuck. Dia tinggalkannya. 195 00:10:31,339 --> 00:10:34,467 - Donna kata saya boleh simpannya. - Baguslah. 196 00:10:35,051 --> 00:10:36,761 Ya, bagus. Awak nak? 197 00:10:37,553 --> 00:10:40,640 - Saya tak tahu pun gunanya. - Bahan untuk buat roti. 198 00:10:40,723 --> 00:10:42,350 Saya tak nak simpannya. 199 00:10:43,726 --> 00:10:45,811 Saya tahu semua ini sangat sukar, 200 00:10:45,895 --> 00:10:49,065 jadi kalau awak perlukan teman, saya sentiasa ada. 201 00:10:54,028 --> 00:10:56,906 Maafkan saya tentang ibu roti itu. 202 00:11:00,576 --> 00:11:02,953 Antara ketiga-tiga keperluan asas hidup, 203 00:11:03,454 --> 00:11:05,456 makanan, air dan tempat tinggal, 204 00:11:06,207 --> 00:11:09,085 di Antartika, air bukan satu masalah 205 00:11:09,669 --> 00:11:13,589 dan manusia boleh bertahan beberapa hari atau berminggu-minggu tanpa makanan. 206 00:11:14,715 --> 00:11:18,886 Tapi kalau anda bermalam di Antartika tanpa tempat berlindung, 207 00:11:18,969 --> 00:11:19,804 nampaknya, 208 00:11:20,680 --> 00:11:22,348 anda akan mati. 209 00:11:22,431 --> 00:11:25,059 Tiada arahan, ia ada banyak zip 210 00:11:25,142 --> 00:11:28,187 dan ketiak saya nyaris tercucuk batang kaca gentian. 211 00:11:28,979 --> 00:11:31,273 Awak nak cari penyelesaian atau merungut? 212 00:11:31,357 --> 00:11:32,316 Penyelesaian. 213 00:11:32,900 --> 00:11:34,402 Awak tak perlukan khemah. 214 00:11:34,485 --> 00:11:38,406 Tapi tempat tinggal ialah salah satu keperluan asas manusia. 215 00:11:38,489 --> 00:11:41,325 Percayalah, Sam. Saya ahli Pengakap Perempuan. 216 00:11:41,409 --> 00:11:44,829 Jualan biskut terlalu laris sehingga kilang terpaksa tingkatkan pengeluaran. 217 00:11:44,912 --> 00:11:47,331 Saya dapat untung dan beli kereta Mazda. 218 00:11:47,415 --> 00:11:48,332 Wah. 219 00:11:48,416 --> 00:11:50,751 Ya, Thin Mints buat saya kaya-raya. 220 00:11:50,835 --> 00:11:54,755 Sejak itu, saya sering lakukan aktiviti luar yang menarik. 221 00:11:54,839 --> 00:11:57,299 - Jadi, saya tak perlukan khemah? - Tidak. 222 00:11:57,383 --> 00:11:59,385 Awak cuma perlukan beg bermalam. 223 00:11:59,468 --> 00:12:02,972 Ia kalis air, tebal dan selesa. 224 00:12:03,055 --> 00:12:05,224 Seolah-olah tidur di dalam burrito. 225 00:12:05,307 --> 00:12:08,018 - Itu gaya tidur kesukaan saya. - Itulah dia. 226 00:12:08,102 --> 00:12:11,105 Seorang lagi budak lelaki diselamatkan oleh Pengakap Perempuan. 227 00:12:20,656 --> 00:12:23,242 Dah masak! 228 00:12:23,325 --> 00:12:24,744 Sedapnya bau. 229 00:12:24,827 --> 00:12:26,036 Ini untuk Donna. 230 00:12:27,163 --> 00:12:29,123 Tiga dah siap, tinggal tiga lagi. 231 00:12:29,749 --> 00:12:30,624 Hei. 232 00:12:31,125 --> 00:12:33,294 Bukankah ada majlis minum-minum? 233 00:12:33,377 --> 00:12:34,962 Saya ponteng. 234 00:12:35,045 --> 00:12:36,630 - Ayah ponteng minum? - Ya. 235 00:12:36,714 --> 00:12:39,341 Dengar sini, berhenti pandang ayah macam itu. 236 00:12:40,050 --> 00:12:44,388 Percayalah, ayah okey. Ayah cuma perlukan ruang. 237 00:12:44,472 --> 00:12:46,182 Okey, saya cuma nak tolong. 238 00:12:46,766 --> 00:12:49,894 Beritahu saya kalau ayah nak lepaskan perasaan. 239 00:12:49,977 --> 00:12:53,063 Kita boleh hancurkan barang ibu. Mungkin lasagna itu? 240 00:12:53,147 --> 00:12:55,191 Atau hancurkan barang Casey. 241 00:12:55,274 --> 00:12:57,526 Mana-mana satu yang kita beli. Biar saya fikir. 242 00:12:57,610 --> 00:12:59,111 Segala-galanya. 243 00:12:59,195 --> 00:13:01,989 Abaikan sindiran ibu. Saya ada untuk ayah. 244 00:13:02,072 --> 00:13:02,907 Saya serius. 245 00:13:02,990 --> 00:13:05,701 Apa-apa saja, bila-bila masa, siang atau malam. 246 00:13:08,412 --> 00:13:09,246 Saya pergi dulu. 247 00:13:12,917 --> 00:13:15,961 Hai! Awak dapat e-mel itu, bukan? Awak dah baca? 248 00:13:16,045 --> 00:13:17,129 Siapa ini? 249 00:13:17,213 --> 00:13:19,048 Diam. Awak dah baca e-mel itu? 250 00:13:19,131 --> 00:13:23,010 Daripada Naib Pengetua Patrick? Dia sayang kita. Kita tak digantung. 251 00:13:23,093 --> 00:13:24,178 Kita tak digantung? 252 00:13:24,261 --> 00:13:25,888 Tidak. Kita dapat amaran. 253 00:13:25,971 --> 00:13:27,765 Apa? Baguslah itu! 254 00:13:27,848 --> 00:13:29,099 Saya tahu, bukan? 255 00:13:29,183 --> 00:13:31,685 Tak sangka saya teruja nak ke sekolah. 256 00:13:32,561 --> 00:13:35,648 Saya belum dapat e-mel. Kenapa saya tak dapat e-mel? 257 00:13:35,731 --> 00:13:38,234 Mungkin ikut abjad. Gardner sebelum Taylor. 258 00:13:38,317 --> 00:13:40,861 Siapa peduli? Kita tak digantung sekolah. 259 00:13:40,945 --> 00:13:42,613 Kita tak digantung sekolah. 260 00:13:43,697 --> 00:13:46,242 Saya akan raikannya dengan cara Clayton 261 00:13:46,325 --> 00:13:50,830 iaitu buat seribu jam kerja sekolah dan beberapa jam latihan, jadi… 262 00:13:51,956 --> 00:13:53,290 Hantar swafoto seksi? 263 00:13:53,374 --> 00:13:55,209 Jangan harap. Berseronoklah. 264 00:13:55,292 --> 00:13:57,127 Saya nak makan Twinkie. 265 00:13:57,878 --> 00:13:59,505 Okey, selamat tinggal. 266 00:13:59,588 --> 00:14:00,464 Selamat tinggal. 267 00:14:07,388 --> 00:14:11,141 Saya rasa idea ini bagus, Sam. Semuanya akan baik-baik saja. 268 00:14:11,225 --> 00:14:12,226 Saya setuju. 269 00:14:12,726 --> 00:14:14,645 Semuanya ada di dalam beg awak? 270 00:14:14,728 --> 00:14:16,313 Ya, saya rasa semua ada. 271 00:14:16,397 --> 00:14:20,651 Saya juga belikan sesuatu untuk awak di jualan pembubaran Techtropolis, 272 00:14:20,734 --> 00:14:21,569 sekiranya perlu. 273 00:14:21,652 --> 00:14:22,611 Walkie-talkie? 274 00:14:22,695 --> 00:14:26,198 Ya, kalau-kalau awak takut atau perlukan snek. 275 00:14:26,282 --> 00:14:28,033 - Awak nak ujinya? - Ya. 276 00:14:33,497 --> 00:14:34,832 Hei, Sam. Over. 277 00:14:35,708 --> 00:14:36,959 Hai, Zahid. Over. 278 00:14:37,459 --> 00:14:40,629 Awak tahu gelaran walkie-talkie di Perancis? Over. 279 00:14:41,213 --> 00:14:42,298 Tidak. Over. 280 00:14:42,798 --> 00:14:44,842 Talkie-walkie. Over. 281 00:14:46,677 --> 00:14:48,304 Peliknya. Over. 282 00:14:48,387 --> 00:14:49,305 Pelik, bukan? 283 00:14:49,805 --> 00:14:52,766 Selamat malam. Semoga tak ditikam gelandangan. Over. 284 00:14:53,851 --> 00:14:55,269 Selamat malam, Zahid. Over. 285 00:15:13,954 --> 00:15:14,788 Alamak! 286 00:15:21,337 --> 00:15:22,963 Terima kasih sajalah. 287 00:15:23,047 --> 00:15:24,840 Bertenanglah. Ini cuma tepung. 288 00:15:24,924 --> 00:15:28,677 Ia campuran tepung putih dan sesuatu. 289 00:15:28,761 --> 00:15:32,306 Ini campuran istimewa Beth sebagai makanan ibu roti awak. 290 00:15:33,015 --> 00:15:33,933 Makanan? 291 00:15:34,642 --> 00:15:36,894 Saya perlu bawa ia bersiar-siar juga? 292 00:15:37,645 --> 00:15:39,772 Dia tulis caranya pada kad di dalam. 293 00:15:39,855 --> 00:15:42,650 Beth pesan kalau awak nak buat roti, jangan beri Casey makan 294 00:15:42,733 --> 00:15:44,401 dan itu memang pelik. 295 00:15:53,994 --> 00:15:55,162 Awak okey? 296 00:15:56,705 --> 00:16:01,377 Awak tahu ini tempat kerja, bukan? Ini bukan bar atau kumpulan sokongan. 297 00:16:02,795 --> 00:16:03,671 Ini tempat kerja. 298 00:16:09,510 --> 00:16:10,594 Mari pergi. 299 00:16:12,137 --> 00:16:12,972 Okey. 300 00:16:17,851 --> 00:16:18,852 Helo. 301 00:16:19,770 --> 00:16:22,064 - Comelnya khinzir ini. - Terima kasih. 302 00:16:22,564 --> 00:16:26,318 Saya mengaku yang saya kagum. Cepatnya awak jumpa khinzir. 303 00:16:26,402 --> 00:16:28,821 Ya. Jadi, boleh kita berhenti sekarang? 304 00:16:28,904 --> 00:16:31,198 Saya dah carikan dandelion dan khinzir untuk awak. 305 00:16:31,699 --> 00:16:35,494 Saya dah buktikan keupayaan diri dan beli but itu untuk Sam. 306 00:16:35,577 --> 00:16:38,956 Itu memang gaya Lady Shackleton. Dia sentiasa bersedia. 307 00:16:40,332 --> 00:16:42,167 Ada satu perkara lagi. 308 00:16:45,004 --> 00:16:47,006 Berapa lama saya perlu tercegat di sini? 309 00:16:47,089 --> 00:16:48,507 Tiga hari saja. 310 00:16:49,299 --> 00:16:50,300 Baiklah. 311 00:16:51,176 --> 00:16:54,680 Saya pernah tangguhkan mesyuarat sekolah menengah kerajaan 312 00:16:54,763 --> 00:16:56,432 selama tujuh jam. 313 00:16:57,349 --> 00:16:59,309 Nasib baik saya bawa kerja sekolah. 314 00:17:02,604 --> 00:17:06,066 Lain kali, tolong ingatkan yang lima sajian ialah had saya. 315 00:17:06,150 --> 00:17:07,151 Baiklah. 316 00:17:09,737 --> 00:17:10,571 Hei. 317 00:17:11,655 --> 00:17:15,117 Awak nampak benda lekit berwarna coklat yang ada di sini? 318 00:17:15,200 --> 00:17:16,035 Apa? 319 00:17:16,118 --> 00:17:18,829 Oh, ya. Benda lekit macam yogurt basi itu? 320 00:17:19,663 --> 00:17:22,666 - Saya dah buang. Busuk betul baunya. - Apa? 321 00:17:22,750 --> 00:17:24,126 Apa? Apa dah berlaku? 322 00:17:24,209 --> 00:17:25,711 Itu ibu roti Chuck. 323 00:17:25,794 --> 00:17:27,755 - Apa dia? - Ibu roti dia. 324 00:17:27,838 --> 00:17:30,049 Dia beri ia makan dan pastikan ia terus hidup. 325 00:17:30,924 --> 00:17:31,884 Sejak bila? 326 00:17:31,967 --> 00:17:33,010 Tiga belas tahun. 327 00:17:33,093 --> 00:17:35,721 Oh, Tuhan. Awak patut beritahu saya. 328 00:17:35,804 --> 00:17:37,890 Saya tak sangka awak akan buangnya. 329 00:17:37,973 --> 00:17:41,143 - Baunya busuk. Saya perlukan ruang. - Itu legasi dia. 330 00:17:41,226 --> 00:17:43,812 - Chuck's Crusts. - Ya, saya tak sengaja. 331 00:17:45,773 --> 00:17:46,899 Itu pun ayah. 332 00:17:46,982 --> 00:17:50,027 Malam tadi, saya bertentang mata dengan oposum. 333 00:17:50,110 --> 00:17:53,113 Perasaannya tak sama seperti pandang mata Stumpy. 334 00:17:53,197 --> 00:17:55,074 Ia sebaliknya. 335 00:17:55,157 --> 00:17:58,327 Semua ini kerana ayah enggan ajar saya pasang khemah. 336 00:17:58,410 --> 00:17:59,953 Ini semua salah ayah. 337 00:18:00,037 --> 00:18:02,956 Kamu pandang mata oposum dan salahkan ayah pula? 338 00:18:03,040 --> 00:18:04,291 Apa kamu merepek? 339 00:18:05,250 --> 00:18:07,377 Apa maksud kamu, Sam? 340 00:18:07,461 --> 00:18:08,921 Tolong berhenti, okey? 341 00:18:09,004 --> 00:18:13,092 Saya cuma nak letak tepung ini ke dalam balang ibu roti kawan saya. 342 00:18:13,675 --> 00:18:14,510 Itu saja. 343 00:18:15,010 --> 00:18:16,261 Jadi, tolonglah! 344 00:18:17,805 --> 00:18:21,266 Awak nak saya beremosi. Sekarang, saya memang beremosi. 345 00:18:24,311 --> 00:18:25,938 Maine, Augusta. 346 00:18:26,021 --> 00:18:27,689 Maryland, Annapolis. 347 00:18:27,773 --> 00:18:29,817 Massachusetts, Boston. 348 00:18:30,442 --> 00:18:32,069 Michigan, Lansing. 349 00:18:33,654 --> 00:18:35,364 Okey, saya nak kencing. 350 00:18:35,447 --> 00:18:36,657 Tak boleh. 351 00:18:37,324 --> 00:18:39,034 Saya nak kencing. 352 00:18:40,577 --> 00:18:41,537 Casey, saya… 353 00:18:44,456 --> 00:18:46,500 Maafkan saya, tapi cukuplah. Okey? 354 00:18:47,126 --> 00:18:49,503 Ini keterlaluan. Saya dah hilang sabar. 355 00:18:49,586 --> 00:18:53,632 Awak berpura-pura seolah-olah ia tentang Sam, tapi bukan. 356 00:18:53,715 --> 00:18:55,801 Awak tertekan dan lepaskannya kepada saya. 357 00:18:55,884 --> 00:18:57,511 Saya tak tertekan. 358 00:18:57,594 --> 00:18:59,638 Betulkah? Tengoklah kuku awak. 359 00:19:00,472 --> 00:19:02,057 Biasanya, ia bersih. 360 00:19:02,141 --> 00:19:03,934 Tapi sekarang, ia menjijikkan. 361 00:19:04,017 --> 00:19:07,020 Okey, awak buli saya untuk sedapkan hati awak 362 00:19:07,104 --> 00:19:09,022 dan itu sangat biadab. 363 00:19:09,106 --> 00:19:10,858 Awak tak tahu apa-apa. 364 00:19:10,941 --> 00:19:12,943 Awak tahu? Mungkin saya tak tahu. 365 00:19:13,026 --> 00:19:15,445 Tapi sekurang-kurangnya, saya berani muhasabah diri 366 00:19:15,529 --> 00:19:17,948 dan berusaha ubah perangai buruk saya. 367 00:19:18,031 --> 00:19:21,952 Okey? Tapi awak asyik lepaskannya kepada orang lain macam… 368 00:19:22,870 --> 00:19:25,289 Macam bulu bunga dandelion. 369 00:19:26,915 --> 00:19:30,836 Maafkan saya, tapi saya harus balik dan lihat keadaan khinzir saya. 370 00:19:30,919 --> 00:19:32,087 Awak nak belanya? 371 00:19:33,714 --> 00:19:36,717 Orang gila beli-belah tak sepatutnya ke zoo haiwan jinak. 372 00:19:37,217 --> 00:19:39,136 Ia tempat paling comel di dunia. 373 00:19:39,219 --> 00:19:41,722 Saya juga bercadang nak beli seekor ilama. 374 00:20:01,325 --> 00:20:02,701 Betul cakap awak, saya… 375 00:20:05,495 --> 00:20:07,331 Saya tertekan kebelakangan ini. 376 00:20:08,332 --> 00:20:09,166 Saya tahu. 377 00:20:12,252 --> 00:20:13,503 Maaf kerana mengamuk. 378 00:20:15,005 --> 00:20:15,839 Saya faham. 379 00:20:19,176 --> 00:20:20,177 Ia sukar. 380 00:20:22,512 --> 00:20:23,347 Saya faham. 381 00:20:28,644 --> 00:20:29,478 Awak tahu, 382 00:20:30,354 --> 00:20:32,773 bukan saya yang awak patut pujuk. 383 00:20:35,859 --> 00:20:36,693 Saya tahu. 384 00:20:43,909 --> 00:20:44,743 Sam? 385 00:20:54,753 --> 00:20:56,380 Ayah nak tunjuk sesuatu. 386 00:20:58,298 --> 00:20:59,258 Marilah. 387 00:21:23,782 --> 00:21:27,202 Boleh tahan, bukan? Kamu nak cuba bermalam di dalam khemah? 388 00:21:30,580 --> 00:21:31,748 Ia selesa. 389 00:21:31,832 --> 00:21:34,793 Saya akan cuba pasang sendiri apabila balik nanti. 390 00:21:36,378 --> 00:21:38,672 Khemah ini buat kamu tertekan, bukan? 391 00:21:38,755 --> 00:21:39,589 Ya. 392 00:21:40,257 --> 00:21:42,884 Saya baru pindah dan tinggal bersama Zahid. 393 00:21:42,968 --> 00:21:46,138 Itu satu-satunya tempat yang selesa bagi saya selain rumah ini. 394 00:21:47,180 --> 00:21:49,558 Saya tahu saya nak pergi ke Antartika, 395 00:21:49,641 --> 00:21:54,146 tapi macam mana kalau saya tak boleh tidur di sana dan tak dapat biasakan diri? 396 00:21:54,229 --> 00:21:55,105 Kamu? 397 00:21:56,023 --> 00:21:59,151 Tak boleh tidur bersama penguin? Mustahillah. 398 00:21:59,901 --> 00:22:01,570 Jadi, kenapa kamu nak pergi? 399 00:22:01,653 --> 00:22:03,572 Itu memang impian saya. 400 00:22:04,114 --> 00:22:08,660 Ini kali pertama saya terfikir yang ia mungkin akan jadi kenyataan. 401 00:22:09,870 --> 00:22:10,829 Jadi, pergilah. 402 00:22:11,955 --> 00:22:14,333 Kita patut buat betul-betul. Kamu harus bersedia. 403 00:22:14,416 --> 00:22:18,253 Kamu tak boleh berhenti belajar. Kamu patut tangguhkan pengajian. 404 00:22:18,920 --> 00:22:19,796 Okey. 405 00:22:20,339 --> 00:22:23,717 Ayah juga nak minta maaf kerana tengking kamu tadi. 406 00:22:25,635 --> 00:22:26,970 Ayah sedih Chuck mati. 407 00:22:27,596 --> 00:22:30,932 Kamu tahu? Dia seorang pendengar yang setia. 408 00:22:32,601 --> 00:22:35,812 Kalau sudi, ayah boleh kongsi dengan saya. 409 00:22:37,064 --> 00:22:37,898 Terima kasih. 410 00:22:40,025 --> 00:22:42,027 Saya ganggu perjumpaan Pengakap? 411 00:22:46,239 --> 00:22:47,783 Apa yang kamu bualkan? 412 00:22:47,866 --> 00:22:48,700 Ajal. 413 00:22:49,576 --> 00:22:53,580 Kamu tahu apabila kru meninggal dunia ketika ekspedisi Antartika, 414 00:22:53,663 --> 00:22:56,666 mereka ada upacara pengebumian tanpa mengira tempat? 415 00:22:57,167 --> 00:22:58,877 - Betulkah? - Ya. 416 00:22:58,960 --> 00:23:00,921 Mereka kambus mayat dengan salji, 417 00:23:01,004 --> 00:23:02,756 letak tanda pada tapak itu 418 00:23:02,839 --> 00:23:06,301 dan tinggalkan nota tentang si mati dan cara kematiannya. 419 00:23:08,387 --> 00:23:10,680 Di sini bersemadinya ibu roti Chuck, 420 00:23:11,348 --> 00:23:12,766 dibunuh oleh Elsa. 421 00:23:12,849 --> 00:23:15,310 Dibunuh tanpa niat oleh Elsa. 422 00:23:16,686 --> 00:23:18,397 Kamu ibu roti yang berjasa. 423 00:23:19,314 --> 00:23:23,402 Berusia 13 tahun semasa dibuang dengan tragis oleh tukang masak kejam. 424 00:23:24,653 --> 00:23:27,406 Keenakan roti kamu turut terkubur. 425 00:23:27,906 --> 00:23:29,282 Kerak yang rangup 426 00:23:29,908 --> 00:23:32,744 dengan isi mampung yang disapu mentega, 427 00:23:32,828 --> 00:23:34,788 jeli atau hummus, 428 00:23:35,372 --> 00:23:38,875 atau sapuan avokado lazat dengan lada dan garam. 429 00:23:40,585 --> 00:23:41,503 Bersemadilah. 430 00:23:43,130 --> 00:23:44,089 Ini bagus. 431 00:23:44,172 --> 00:23:46,007 Tidak, ini tak masuk akal. 432 00:23:47,134 --> 00:23:50,053 - Ada sesiapa lagi nak berucap? - Tidak. 433 00:23:53,056 --> 00:23:54,766 Sebenarnya, ada. 434 00:23:56,268 --> 00:23:58,145 Sam, ayah silap. 435 00:24:00,605 --> 00:24:01,940 Dia kawan baik ayah. 436 00:24:05,652 --> 00:24:07,654 Baiklah. Semua dah selesai? 437 00:24:08,989 --> 00:24:10,198 Apa maksud ibu roti? 438 00:24:12,951 --> 00:24:16,830 Rupa-rupanya, Paige memang gila. Siapa sangka? 439 00:24:16,913 --> 00:24:20,709 Sebab dia rasa awak kejam kerana cuba memalukan dia? 440 00:24:20,792 --> 00:24:21,793 Tepat sekali. 441 00:24:22,377 --> 00:24:24,504 Saya tak boleh salahkan dia. 442 00:24:24,588 --> 00:24:27,424 Saya memang tertekan tentang Clayton. 443 00:24:27,507 --> 00:24:29,676 Ini pelik, 444 00:24:30,552 --> 00:24:34,848 tapi hakikatnya, saya harap saya akan dibuang sekolah. 445 00:24:35,640 --> 00:24:36,475 Apa? 446 00:24:37,058 --> 00:24:40,604 Saya tak pernah dapat sesuaikan diri, tahun ini amat mencabar 447 00:24:40,687 --> 00:24:44,441 dan itu jalan keluar paling mudah daripada semua tekanan ini. 448 00:24:46,151 --> 00:24:48,403 Tapi saya lega kita dah selamat. 449 00:24:50,071 --> 00:24:51,072 Saya tak selamat. 450 00:24:51,573 --> 00:24:52,616 Apa? 451 00:24:53,742 --> 00:24:54,993 Saya dah dapat e-mel. 452 00:24:56,244 --> 00:24:57,579 Saya digantung sekolah. 453 00:24:58,371 --> 00:24:59,206 Apa? 454 00:24:59,998 --> 00:25:01,750 Apa? Saya cuma dapat amaran. 455 00:25:02,501 --> 00:25:03,627 Ya. Nampaknya, 456 00:25:04,586 --> 00:25:05,795 saya bukan awak. 457 00:25:16,890 --> 00:25:18,475 Baiknya hati awak. 458 00:25:19,059 --> 00:25:21,728 Asalkan awak tak tidur di dalam khemah lagi. 459 00:25:21,811 --> 00:25:24,689 - Jangan buat lagi. - Tidak, saya dah serik. 460 00:25:25,732 --> 00:25:30,111 Tapi kita masih menunggu masa untuk dia berputus asa, bukan? 461 00:25:32,489 --> 00:25:33,573 Sebenarnya, tidak. 462 00:25:35,116 --> 00:25:37,661 Saya baru sedar yang hidup ini singkat. 463 00:25:38,870 --> 00:25:41,831 Kalau Sam nak pergi ke Antartika, dia patut pergi… 464 00:25:44,042 --> 00:25:45,168 sebelum terlambat. 465 00:26:42,976 --> 00:26:44,894 Terjemahan sari kata oleh Saffura