1 00:00:53,720 --> 00:00:54,888 Tumpang lalu. 2 00:01:00,477 --> 00:01:02,896 ARAS TIGA AKSES ISTIMEWA 3 00:01:03,856 --> 00:01:05,065 Awak bekerja untuk siapa? 4 00:01:10,195 --> 00:01:11,697 Saya nampak awak di sana, 5 00:01:12,447 --> 00:01:14,366 mengetuai kerja pembersihan itu, jadi saya tahu. 6 00:01:15,242 --> 00:01:18,120 Semua burung mati yang muncul di bandar? 7 00:01:20,873 --> 00:01:24,710 Saya rasa air kolam itu yang meracun burung itu dan ikan. 8 00:01:25,711 --> 00:01:28,130 Dan juga orang seperti Pop-pop saya. 9 00:01:28,213 --> 00:01:32,301 Saya takkan berhenti sehingga saya tahu kebenarannya. 10 00:01:40,601 --> 00:01:42,728 Saya tak takut pada awak! 11 00:01:57,201 --> 00:01:59,578 ARAS TIGA AKSES ISTIMEWA 12 00:02:02,331 --> 00:02:05,501 IA BELUM BERAKHIR SIAPA LAGI? 13 00:02:11,632 --> 00:02:13,967 Cuba teka apa yang berlaku di stesen minyak hari ini. 14 00:02:14,051 --> 00:02:18,180 Saya mahu membeli air dan dia ada di belakang saya. 15 00:02:18,263 --> 00:02:20,224 Orang yang mengekori saya. 16 00:02:20,307 --> 00:02:22,059 Tunggu. Ada orang mengekori awak? 17 00:02:22,142 --> 00:02:25,562 Tak juga tetapi saya nampak dia di kolam sebelum ini. 18 00:02:25,646 --> 00:02:27,356 Saya terserempak dengan dia di stesen minyak. 19 00:02:27,439 --> 00:02:28,982 Dia ada kata apa-apa pada awak? 20 00:02:29,066 --> 00:02:32,152 Hanya, "Tumpang lalu," dan dia membeli air. 21 00:02:32,236 --> 00:02:33,862 Alamak! Bunyinya seperti dia orang jahat. 22 00:02:33,946 --> 00:02:36,448 Tetapi saya tahu dia cuba menakutkan saya. 23 00:02:36,532 --> 00:02:38,325 Apa, kerana dia membeli air? 24 00:02:38,408 --> 00:02:40,744 - Ayah? - Iz, biar dia bercakap. 25 00:02:40,827 --> 00:02:43,330 Hilde, kami hanya cuba memahami perkara yang berlaku. 26 00:02:43,413 --> 00:02:46,667 Inilah orangnya. Dia cuba beritahu saya yang dia mengawasi saya. 27 00:02:46,750 --> 00:02:48,627 Dia ada mengugut awak? 28 00:02:48,710 --> 00:02:50,629 Dia baru kata lelaki itu tak pedulikan dia. 29 00:02:50,712 --> 00:02:52,381 Ia cara menakutkan saksi yang klasik. 30 00:02:52,464 --> 00:02:56,510 Majikan dia bertanggungjawab kerana menyorokkan bukti di kolam itu. 31 00:02:56,593 --> 00:02:59,638 Ya, okey. Boleh kita berhenti seketika 32 00:02:59,721 --> 00:03:01,932 sehingga makan malam disediakan? 33 00:03:02,015 --> 00:03:04,601 Hilde. Awak seperti orang tua yang merungut di Reddit 34 00:03:04,685 --> 00:03:06,687 - tetapi di dalam rumah saya. - Hei. 35 00:03:06,770 --> 00:03:08,230 - Maksud saya… - Jaga-jaga. 36 00:03:09,064 --> 00:03:12,526 Bukankah ramai orang gembira kerana awak dah bersihkan kolam itu? 37 00:03:12,609 --> 00:03:15,612 Awak tak boleh menikmatinya untuk sementara 38 00:03:15,696 --> 00:03:17,573 sebelum awak beralih ke konspirasi lain? 39 00:03:28,292 --> 00:03:29,293 Tak. 40 00:03:29,376 --> 00:03:33,088 Kerana setiap hari datuk jadi lebih teruk dan tiada siapa membantu. 41 00:03:34,298 --> 00:03:35,716 Kamera saya! 42 00:03:35,799 --> 00:03:38,635 - Tak mengapa. - Ayah, saya dah rosakkannya. 43 00:03:39,136 --> 00:03:42,014 - Saya minta maaf. Saya tak sengaja. - Tak mengapa. Ia okey. 44 00:03:42,097 --> 00:03:44,558 - Mari lihatnya. - Kami tahu awak tak sengaja. 45 00:03:44,641 --> 00:03:46,560 Tak mengapa. Ia hanya perlu kanta baru. 46 00:03:46,643 --> 00:03:49,146 Beri ayah beberapa hari. Ayah akan fikirkan sesuatu. 47 00:03:49,229 --> 00:03:51,940 Beberapa hari? Itu terlalu lama. 48 00:03:52,024 --> 00:03:53,233 Ambil. 49 00:03:54,151 --> 00:03:55,819 Baik, lihatlah itu. 50 00:03:55,903 --> 00:03:57,905 Lihatlah itu. Terima kasih, ayah. 51 00:03:58,697 --> 00:04:00,073 Terima kasih, Pop-pop. 52 00:04:00,157 --> 00:04:01,658 Hei, apa pendapat awak? 53 00:04:02,242 --> 00:04:03,827 Mana skrinnya? 54 00:04:03,911 --> 00:04:04,953 - Tak, ia… - Tak. 55 00:04:05,037 --> 00:04:07,789 Tiada skrin, sayang. Ini istimewa. 56 00:04:07,873 --> 00:04:09,541 Ini ialah kamera filem, 57 00:04:09,625 --> 00:04:11,877 dan awak perlu mengolah filemnya selepas awak ambil gambar. 58 00:04:11,960 --> 00:04:13,587 Sebelum ini, kami ambil gambar 59 00:04:13,670 --> 00:04:15,547 dan setelah kami gunakan segulung filem, 60 00:04:15,631 --> 00:04:18,591 kami bawanya ke farmasi dan mereka akan mengolahnya. 61 00:04:18,675 --> 00:04:21,595 Ya, beberapa minggu selepas itu, kami pergi ambilnya. 62 00:04:21,678 --> 00:04:24,515 Kami rasa sangat teruja untuk pergi ambil gambar. 63 00:04:24,598 --> 00:04:26,558 Ya, pada waktu itu, setelah sekian lama, 64 00:04:26,642 --> 00:04:29,603 kami tak ingat kenapa kami ambil gambar itu. 65 00:04:29,686 --> 00:04:32,314 Jangan risau. Ayah akan tunjuk cara untuk mengolah filem. 66 00:04:33,190 --> 00:04:34,525 Okey? Ia tentu seronok. 67 00:04:36,235 --> 00:04:37,903 Apa yang kamu katakan? 68 00:04:41,281 --> 00:04:43,784 Tak, saya minta maaf, dia tak sebut tentang itu. 69 00:04:45,410 --> 00:04:48,997 Tak, tentulah. Tak mengapa. Saya boleh ke sana. Ya. 70 00:04:50,165 --> 00:04:52,709 Ya, okey. Baiklah. Terima kasih. 71 00:04:52,793 --> 00:04:53,794 Terima kasih. 72 00:04:55,087 --> 00:04:56,088 Siapa itu? 73 00:04:56,797 --> 00:04:59,466 Itu ialah penjaga pelabuhan. 74 00:05:00,342 --> 00:05:03,762 Ya, nampaknya ayah saya masih menyewa tempat letak bot di marina. 75 00:05:04,263 --> 00:05:06,181 Saya akan ke sana dan uruskannya. 76 00:05:07,850 --> 00:05:12,187 Dia nampak lebih baik semasa makan malam tadi. 77 00:05:12,271 --> 00:05:13,272 Awak rasa begitu? 78 00:05:15,315 --> 00:05:16,316 Ya. 79 00:05:17,025 --> 00:05:19,194 Ya, dia okey. 80 00:05:20,529 --> 00:05:21,530 Apa? 81 00:05:25,200 --> 00:05:26,201 Dengar, ia… 82 00:05:27,494 --> 00:05:28,495 Saya tak patut kata begini tetapi… 83 00:05:28,579 --> 00:05:34,418 Saya tak pasti jika fikiran Syl yang semakin jelas dapat membantu kita. 84 00:05:35,419 --> 00:05:37,254 Maksud saya, dengan Hilde. 85 00:05:38,505 --> 00:05:40,757 Apa? Awak rasa ia memberi Hilde harapan palsu? 86 00:05:41,258 --> 00:05:46,013 Ya. Hilde rasa jika dia boleh selesaikan misteri keracunan ini, 87 00:05:46,096 --> 00:05:51,059 dia dapat mencari rawatan untuk Syl yang boleh mengubah keadaan dia. 88 00:05:52,102 --> 00:05:55,772 Ya, tetapi awak mahu beritahu dia yang ia takkan berjaya? 89 00:05:56,398 --> 00:05:59,443 Tak. Awak? 90 00:06:00,110 --> 00:06:02,196 Saya tak mahu beritahu. 91 00:06:02,279 --> 00:06:03,572 Saya mahu Hilde… 92 00:06:04,865 --> 00:06:09,578 percaya yang dia akan hidup lama. 93 00:06:11,079 --> 00:06:12,289 Kita juga. 94 00:06:17,878 --> 00:06:19,087 Sayang. 95 00:06:21,798 --> 00:06:24,718 SEKOLAH ERIE HARBOR 96 00:06:27,596 --> 00:06:30,182 Hei. Mari sini sebentar. 97 00:06:32,601 --> 00:06:36,146 Saya mahu beli hadiah untuk teman wanita tetapi dia sangat cerewet. 98 00:06:36,230 --> 00:06:38,815 Awak suka bergaya. Apa saya patut beli untuk dia? 99 00:06:38,899 --> 00:06:42,027 Awak boleh belikan aksesori. 100 00:06:42,945 --> 00:06:45,614 Pengikat rambut besar ialah trend terkini. 101 00:06:45,697 --> 00:06:47,783 Ramai gadis memakainya. 102 00:06:47,866 --> 00:06:50,285 Mungkin pengikat rambut warna pastel untuk musim bunga? 103 00:06:50,369 --> 00:06:53,622 Ya. Apa sajalah. 104 00:06:54,248 --> 00:06:55,582 Apa semua itu? 105 00:06:55,666 --> 00:06:56,917 Tiada apa-apa. Ada apa? 106 00:06:57,417 --> 00:07:00,128 Kamu dah lihat siaran akhbar dikeluarkan oleh majlis perbandaran? 107 00:07:00,212 --> 00:07:01,213 Mm-mmm. 108 00:07:01,296 --> 00:07:04,466 Mereka kata ujian mengesahkan ada alga biru-hijau dalam air kolam. 109 00:07:04,550 --> 00:07:07,302 Baguslah. Maknanya Walter akan okey, bukan? 110 00:07:07,386 --> 00:07:08,929 Syukurlah. Saya suka burung itu. 111 00:07:09,012 --> 00:07:11,765 Kita patut terima saja kenyataan siaran akhbar, 112 00:07:11,849 --> 00:07:13,058 tanpa sebarang soalan? 113 00:07:13,141 --> 00:07:16,436 Ya, mungkin Walter akan pulih tetapi bagaimana dengan datuk saya? 114 00:07:16,937 --> 00:07:19,523 Kita perlu siasat siapa yang hilangkan kolam itu. 115 00:07:19,606 --> 00:07:21,984 Selepas itu kita boleh tahu tujuan mereka lakukannya. 116 00:07:26,947 --> 00:07:28,991 Siapa yang bayar untuk kerja pembersihan itu? 117 00:07:29,074 --> 00:07:30,075 KAWASAN DITUTUP ORANG AWAM DILARANG MASUK 118 00:07:30,158 --> 00:07:32,202 Ada banyak peralatan di sana. Ia tentu mahal. 119 00:07:32,286 --> 00:07:34,037 Majlis perbandaran kata ia daripada penderma tanpa nama. 120 00:07:34,121 --> 00:07:36,248 Orang kaya bertopeng, seperti Batman. 121 00:07:36,331 --> 00:07:39,126 - Mereka tak mahu diketahui. - Betul. 122 00:07:39,209 --> 00:07:41,044 Apa tindakan kita seterusnya? 123 00:07:41,128 --> 00:07:43,672 Siasat duit itu. Awak sentiasa boleh siasat duit itu. 124 00:07:43,755 --> 00:07:46,258 Majlis perbandaran mungkin dah sorokkan penderma duit itu, 125 00:07:46,341 --> 00:07:48,343 tetapi kita masih boleh pergi ke sumbernya. 126 00:07:48,427 --> 00:07:51,555 Orang yang bayar syarikat pembinaan itu tentu penderma tanpa nama itu. 127 00:07:51,638 --> 00:07:53,098 Kita perlu cari seseorang yang sanggup bersuara. 128 00:07:53,182 --> 00:07:54,183 SYARIKAT KONKRIT ERIE HARBOR KESELAMATAN ANDA PENTING 129 00:07:54,975 --> 00:07:56,101 Terima kasih. 130 00:07:57,686 --> 00:07:59,479 - Saya dah dapat satu. - Akhirnya. 131 00:08:02,274 --> 00:08:06,528 Kebanyakannya dibayar oleh majlis perbandaran kecuali kontraktor ini. 132 00:08:06,612 --> 00:08:10,282 Mereka kata mereka dibayar oleh syarikat bernama Industri Strata Tech. 133 00:08:10,365 --> 00:08:13,118 - Tak mungkin. Ayah saya kerja di sana. - Yakah? 134 00:08:13,202 --> 00:08:14,828 Dia baru mula kerja baru di sana. 135 00:08:14,912 --> 00:08:17,748 - Awak boleh bawa kita ke pejabat dia? - Ya. 136 00:08:28,050 --> 00:08:30,761 KEADAAN DI SINI TAK SAMA TANPA AWAK. 137 00:08:38,477 --> 00:08:39,477 Hei. 138 00:08:40,020 --> 00:08:41,063 Awak mahu tumpang saya? 139 00:08:41,145 --> 00:08:42,147 Emma. 140 00:08:43,690 --> 00:08:45,108 Saya ada kelas tahanan. 141 00:08:45,859 --> 00:08:47,319 Malangnya. 142 00:08:47,402 --> 00:08:49,947 Tetapi awak boleh tak menghadirinya. 143 00:08:50,030 --> 00:08:51,907 Ya dan dapat kelas tahanan lagi? 144 00:08:52,449 --> 00:08:55,327 Saya boleh buat begitu tetapi saya dah buat banyak masalah. 145 00:08:55,410 --> 00:08:56,411 Baik. 146 00:08:57,120 --> 00:09:00,332 Awak okey? Saya bersimpati tentang awak dan Jessica. 147 00:09:01,124 --> 00:09:04,378 Saya sangat rindukan dia. Dia perkara terbaik di tempat ini. 148 00:09:04,461 --> 00:09:06,964 Ya. Saya ada di sini. 149 00:09:13,720 --> 00:09:15,389 - Saya jumpa awak nanti. - Ya. 150 00:09:18,642 --> 00:09:20,269 Hai, Pengetua Collins. 151 00:09:20,352 --> 00:09:22,479 - Boleh kita bercakap sebentar? - Ya. 152 00:09:22,563 --> 00:09:25,482 Saya ada dalam video berkenaan telur itu. 153 00:09:25,983 --> 00:09:28,527 Saya tak kelihatan dalam video 154 00:09:28,610 --> 00:09:30,320 tetapi saya ada di sana. 155 00:09:30,821 --> 00:09:33,657 Saya nampak Izzy dan Jessica mendapat masalah dan saya… 156 00:09:33,740 --> 00:09:35,993 Saya rasa bersalah tentangnya. 157 00:09:36,577 --> 00:09:40,289 Saya hargai awak mengaku dan cuba bertanggungjawab. 158 00:09:40,372 --> 00:09:41,957 Ia tindakan yang betul. 159 00:09:42,040 --> 00:09:45,377 Tetapi saya agak curiga kenapa awak beritahu ini sekarang. 160 00:09:46,378 --> 00:09:49,089 Saya tak mahu hukum awak kerana ambil tindakan yang betul, 161 00:09:49,173 --> 00:09:52,092 tetapi saya juga tak mahu menetapkan peraturan yang teruk. 162 00:09:52,176 --> 00:09:54,678 Ya. Awak tak patut buat begitu. 163 00:09:54,761 --> 00:09:58,557 Saya tak mahu menambah tetapi awak lewat lagi pagi tadi. 164 00:09:58,640 --> 00:10:00,100 Kali kelima. 165 00:10:00,184 --> 00:10:02,686 Ya, saya sukar untuk bangun pagi. 166 00:10:02,769 --> 00:10:05,230 Kelas tahanan minggu ini. Sama seperti Izzy. 167 00:10:13,447 --> 00:10:16,033 - Kenapa awak buat begitu? - Perpaduan. 168 00:10:27,002 --> 00:10:29,463 Awak mahu menyewa untuk setahun lagi? 169 00:10:29,546 --> 00:10:30,964 Ini dia. 170 00:10:41,517 --> 00:10:43,352 Ayuh, Matty. Mari. 171 00:10:44,102 --> 00:10:45,103 Ikan dah menunggu. 172 00:10:54,613 --> 00:10:55,614 Sedia untuk pergi. 173 00:10:58,825 --> 00:11:01,620 Ya, rasanya saya tak mahu sewa lagi. 174 00:11:01,703 --> 00:11:03,705 Ayah saya dah tak boleh menaiki bot. 175 00:11:03,789 --> 00:11:05,958 Sewa dah dibayar sehingga hujung bulan. 176 00:11:06,041 --> 00:11:09,294 Jika awak bersihkannya, saya akan iklankan yang awak mahu jualnya. 177 00:11:09,378 --> 00:11:12,548 Ya, saya tak tahu cara untuk membersihkan bot ini. 178 00:11:12,631 --> 00:11:13,924 Terpulang kepada awak. 179 00:11:24,476 --> 00:11:25,477 Marilah. 180 00:11:27,062 --> 00:11:30,858 Tunggu, kamu semua. Tunggu. Saya mahu ambil gambar. Baiklah. 181 00:11:31,775 --> 00:11:35,320 Berdiri lebih rapat lagi. Baiklah, senyum. 182 00:12:05,976 --> 00:12:06,977 Terima kasih. 183 00:12:11,356 --> 00:12:14,401 Selamat datang ke Industri Strata Tech. Boleh saya bantu? 184 00:12:14,484 --> 00:12:16,403 Kami dari Babad Detik Ajaib. 185 00:12:17,237 --> 00:12:18,447 Apa? 186 00:12:18,989 --> 00:12:20,157 Kami ada beberapa soalan 187 00:12:20,240 --> 00:12:23,619 tentang derma tanpa nama Strata untuk pembersihan kolam Pinewood. 188 00:12:23,702 --> 00:12:25,954 Awak mahu jumpa seseorang? 189 00:12:26,038 --> 00:12:28,916 Michael Davis ada? Dia seperti ayah saya. 190 00:12:28,999 --> 00:12:31,293 Bukan seperti ayah saya. Dia benar-benar ayah saya. 191 00:12:31,376 --> 00:12:33,128 Hilde Lisko? 192 00:12:33,962 --> 00:12:36,882 Maaf, En. Williams. Saya akan uruskan ini. 193 00:12:36,965 --> 00:12:38,800 Awak tentu tak baca Babad Detik Ajaib, 194 00:12:38,884 --> 00:12:41,428 kalau tidak awak tentu tahu awak bercakap dengan editornya. 195 00:12:41,512 --> 00:12:42,513 Siapa awak? 196 00:12:42,596 --> 00:12:46,517 - Grant Williams, saya uruskan tempat ini. - Seluruh tempat ini? 197 00:12:46,600 --> 00:12:49,978 Ya. Saya ada masa sebentar. Awak mahu lihat sekeliling? 198 00:12:50,062 --> 00:12:51,063 Ya. 199 00:12:51,146 --> 00:12:53,148 Saya sebenarnya mahu menghubungi kamu 200 00:12:53,232 --> 00:12:55,108 untuk beri artikel kepada akhbar kamu. 201 00:12:55,192 --> 00:12:58,153 Kami cuba jadi salah satu syarikat alam sekitar terbaik 202 00:12:58,237 --> 00:13:01,448 di Pacific Northwest dan saya ingat kamu boleh 203 00:13:01,532 --> 00:13:03,742 beritahu semua orang tentang beberapa inisiatif baru kami. 204 00:13:03,825 --> 00:13:07,287 - Kami tak buat cerita begitu. - Awak maksudkan akhbar kami? 205 00:13:10,666 --> 00:13:12,125 Ini perniagaan keluarga saya. 206 00:13:12,209 --> 00:13:14,670 Saya mewarisinya daripada ayah saya dan datuk saya. 207 00:13:14,753 --> 00:13:16,964 Mereka membina kapal terbang sejak dahulu lagi. 208 00:13:18,590 --> 00:13:21,844 - Kamu tak suka snek, bukan? - Itu soalan penuh muslihat? 209 00:13:21,927 --> 00:13:24,555 Periksa kabinet itu. Tempat persembunyian rahsia saya. 210 00:13:24,638 --> 00:13:25,639 Snek! 211 00:13:26,306 --> 00:13:27,641 Donny, masukkan ini dalam beg awak. 212 00:13:30,394 --> 00:13:32,020 Tujuan kami datang… 213 00:13:33,564 --> 00:13:38,151 Kami dapati Strata menderma tanpa nama kepada proses pembersihan kolam Pinewood. 214 00:13:39,486 --> 00:13:41,905 - Betul. - Tetapi mereka tak bersihkan kolam. 215 00:13:42,698 --> 00:13:45,492 - Mereka menurapnya. - Itu yang majlis perbandaran mahu. 216 00:13:45,576 --> 00:13:47,744 Kami cuba menyokong Erie Harbor. 217 00:13:56,670 --> 00:13:58,088 ARAS 3 AKSES ISTIMEWA 218 00:14:00,048 --> 00:14:01,884 Semua orang ada itu? 219 00:14:02,467 --> 00:14:05,888 Kad kunci? Ya, semua pekerja kami ada kad yang sama. 220 00:14:05,971 --> 00:14:08,015 Saya selalu nampak seorang lelaki. 221 00:14:08,098 --> 00:14:12,311 Saya nampak dia semasa kolam dibersihkan dan sekali lagi semalam. 222 00:14:12,394 --> 00:14:14,563 Kelakuan dia sangat pelik, 223 00:14:14,646 --> 00:14:16,857 jadi saya cuba siasat siapa majikan dia. 224 00:14:17,357 --> 00:14:18,901 Dia ada kad seperti itu? 225 00:14:18,984 --> 00:14:22,237 Tak sama tetapi lebih kurang. 226 00:14:22,863 --> 00:14:23,947 Mungkin dia bekerja di sini? 227 00:14:24,031 --> 00:14:26,074 Awak boleh lihat gambar pekerja kami. 228 00:14:26,158 --> 00:14:27,451 Mungkin awak dapat mengecam dia. 229 00:14:27,534 --> 00:14:28,994 Jangan salah faham, 230 00:14:29,077 --> 00:14:32,080 tetapi kenapa awak jawab soalan saya? 231 00:14:32,164 --> 00:14:34,458 Biasanya orang dewasa tak buat begitu. 232 00:14:34,541 --> 00:14:37,252 Saya tahu semua orang bercakap tentang cerita Richie Fife 233 00:14:37,336 --> 00:14:41,215 dan ia cerita yang penting, tetapi saya rasa artikel awak 234 00:14:41,298 --> 00:14:45,302 tentang rawatan beretika pada haiwan di kedai haiwan sangat menarik perhatian. 235 00:14:45,385 --> 00:14:48,597 Saya ingat tiada siapa bacanya. Hanya ada empat orang pembaca. 236 00:14:48,680 --> 00:14:50,974 Empat pembaca itu mungkin saya, 237 00:14:51,058 --> 00:14:54,728 tetapi saya dah derma 20,000 dolar kepada Rumah Perlindungan Haiwan Erie Harbor. 238 00:14:54,811 --> 00:14:55,812 Yakah? 239 00:14:58,398 --> 00:15:00,484 Rasanya kamu ada tertinggal sedikit. 240 00:15:00,567 --> 00:15:01,568 Yakah? 241 00:15:02,194 --> 00:15:03,779 Ada bahagian coklat? 242 00:15:04,571 --> 00:15:08,951 DAERAH HOLMES JABATAN SYERIF 243 00:15:16,834 --> 00:15:19,086 Hei, Frank. Boleh jumpa awak sebentar? 244 00:15:27,469 --> 00:15:29,471 Awak takkan suka apa saya ingin katakan, 245 00:15:30,347 --> 00:15:32,724 tetapi saya mahu awak luaskan kawasan rondaan awak. 246 00:15:32,808 --> 00:15:33,809 Ya, baiklah. 247 00:15:33,892 --> 00:15:36,270 - Saya faham. - Jangan buat perangai begitu. 248 00:15:37,312 --> 00:15:38,647 Perangai apa? 249 00:15:39,523 --> 00:15:42,067 Tak, saya cuma kata, "Saya faham." 250 00:15:42,150 --> 00:15:43,652 "Saya akan lakukannya." 251 00:15:43,735 --> 00:15:45,529 Baiklah. Saya minta maaf, saya cuma… 252 00:15:46,196 --> 00:15:47,990 Entahlah. Rutherford memerhatikan saya. 253 00:15:48,073 --> 00:15:49,783 Dia sentiasa memerhati, 254 00:15:49,867 --> 00:15:52,035 mencatat setiap kali saya ke bilik air. 255 00:15:52,119 --> 00:15:54,746 Seperti saya dah melebihi bilangan yang dibenarkan. 256 00:15:54,830 --> 00:15:56,540 Awak minum banyak kopi. 257 00:15:59,001 --> 00:16:00,627 Okey, apa saya boleh bantu? 258 00:16:00,711 --> 00:16:02,754 Pertanyaan itu dah mencukupi. 259 00:16:02,838 --> 00:16:05,132 Tambahkan rondaan awak. 260 00:16:05,799 --> 00:16:10,095 Mungkin awak boleh uruskan Hilde dan kawannya untuk saya? 261 00:16:10,179 --> 00:16:14,099 Saya boleh sumbat pisang dalam ekzos Rutherford, 262 00:16:14,183 --> 00:16:15,184 jika itu dapat membantu. 263 00:16:15,726 --> 00:16:18,312 Jangan bergurau. Saya mungkin terima tawaran awak itu. 264 00:16:21,565 --> 00:16:22,566 Kurangkan minum kopi. 265 00:16:26,695 --> 00:16:28,155 SUMBER MANUSIA 266 00:16:29,489 --> 00:16:31,825 - Itu dia? - Mm-mmm. 267 00:16:33,869 --> 00:16:36,496 Bukan. Itu orang terakhir? 268 00:16:36,580 --> 00:16:37,581 Nampaknya begitu. 269 00:16:39,208 --> 00:16:40,417 Awak pasti? 270 00:16:41,001 --> 00:16:42,753 Jika awak nampak lelaki ini lagi, 271 00:16:42,836 --> 00:16:44,838 saya hargainya jika awak beritahu saya. 272 00:16:48,050 --> 00:16:50,469 - Awak beritahu ibu bapa awak? - Mereka tahu. 273 00:16:50,552 --> 00:16:51,637 Bagus. 274 00:16:51,720 --> 00:16:53,847 Terima kasih kerana membantu, En. Williams. 275 00:16:53,931 --> 00:16:57,809 Saya harap awak dapat selesaikan semua misteri kehidupan, Hilde Lisko. 276 00:16:58,769 --> 00:16:59,978 Bermula dengan ini. 277 00:17:03,732 --> 00:17:06,026 Saya tahu ia bukan sekadar cerita pembersihan kolam saja, 278 00:17:06,108 --> 00:17:07,778 tetapi setiap petunjuk tak membantu. 279 00:17:07,861 --> 00:17:09,695 Tiada maklumat baru di Strata 280 00:17:09,780 --> 00:17:13,282 dan CEO Strata kata majlis perbandaran yang mahu menurapnya. 281 00:17:13,367 --> 00:17:15,577 Ada sebab mereka menipu? 282 00:17:15,661 --> 00:17:18,454 Tak. Saya dah periksa tempat menyelamatkan haiwan 283 00:17:18,539 --> 00:17:22,917 dan seperti Grant kata ada sumbangan besar dibuat selepas artikel saya keluar. 284 00:17:23,752 --> 00:17:25,796 Begitulah keadaannya, Hilde. 285 00:17:25,878 --> 00:17:29,466 Kadangkala awak mengikut petunjuk yang salah dan ia mengelirukan. 286 00:17:30,133 --> 00:17:31,134 Saya tahu. 287 00:17:31,635 --> 00:17:35,472 Saya fikir kad kunci itu petunjuk besar, 288 00:17:35,556 --> 00:17:37,432 tetapi nampaknya semua orang ada kad itu. 289 00:17:37,516 --> 00:17:38,517 Dan… 290 00:17:41,061 --> 00:17:42,688 Kenapa lampu ini berwarna merah? 291 00:17:42,771 --> 00:17:46,567 Ini ialah bilik gelap. Mari. Lihatlah. 292 00:17:47,568 --> 00:17:51,321 Semua ini ialah peralatan fotografi lama semasa ayah di sekolah tinggi. 293 00:17:51,405 --> 00:17:54,575 Inilah sebab ayah suka kewartawanan dahulu. 294 00:17:54,658 --> 00:17:56,952 Ayah suka mengambil gambar. 295 00:17:57,035 --> 00:17:58,912 Kenapa ia tak dipanggil bilik merah? 296 00:17:58,996 --> 00:18:01,790 Kerana cahaya merosakkan filem sebelum ia diolah, 297 00:18:01,874 --> 00:18:05,794 jadi bilik perlu gelap dan cahaya merah ini tak menjejaskannya. 298 00:18:06,587 --> 00:18:08,714 Baiklah, mari lihat apa yang awak ada. 299 00:18:57,930 --> 00:19:01,350 Ya, awak perlu biasakan diri dengan kamera Pop-pop, bukan? 300 00:19:01,433 --> 00:19:02,768 Awak dah semakin mahir. 301 00:19:14,071 --> 00:19:16,490 Baiklah. Itu gambar yang cantik. 302 00:19:42,474 --> 00:19:43,767 Saya pernah lihat ini sebelum ini. 303 00:19:47,729 --> 00:19:50,649 Ia ada pada pintu tingkat bawah tanah di rumah agam. Lihat. 304 00:19:51,316 --> 00:19:52,901 Di tepi jalan ini juga. 305 00:19:57,072 --> 00:19:58,574 Yakah? Betul kata awak. 306 00:20:02,828 --> 00:20:04,997 Jessica satu-satunya kawan saya di sini. 307 00:20:05,080 --> 00:20:08,417 Sekarang dia dah tiada dan saya akan kesunyian semula. 308 00:20:08,500 --> 00:20:09,793 Saya benci kehidupan saya. 309 00:20:10,377 --> 00:20:11,378 Jangan cakap begitu. 310 00:20:11,461 --> 00:20:13,380 Rasa seperti awak sangat jauh. 311 00:20:13,463 --> 00:20:15,090 Bagaimana hubungan ini akan berjaya? 312 00:20:15,591 --> 00:20:17,885 Jangan risau. Kita akan fikirkannya. 313 00:20:17,968 --> 00:20:21,180 Saya tahu ada gadis dah hantar mesej kepada awak, 314 00:20:21,263 --> 00:20:23,891 dan selepas itu, dia akan sentiasa ada di lokar awak 315 00:20:23,974 --> 00:20:26,268 - setiap hari. - Okey, itu takkan berlaku. 316 00:20:26,351 --> 00:20:27,394 Saya takkan benarkan. 317 00:20:27,477 --> 00:20:30,314 Awak seorang saja… Maksud saya, gadis… 318 00:20:30,898 --> 00:20:32,316 Maksud saya… Awak faham maksud saya. 319 00:20:32,399 --> 00:20:34,276 Awak saja manusia yang saya mahu. 320 00:20:34,359 --> 00:20:35,861 Oh Tuhanku, Ethan. 321 00:20:37,070 --> 00:20:38,071 Siapa Ethan? 322 00:20:39,323 --> 00:20:40,949 Kami baru mahu putuskan panggilan. 323 00:20:41,909 --> 00:20:42,910 Apa yang berlaku? 324 00:20:42,993 --> 00:20:45,120 - Datuk saya datang. Saya harus pergi. - Tetapi… 325 00:20:45,204 --> 00:20:47,289 Kami baru putuskan panggilan. 326 00:20:49,666 --> 00:20:52,961 Awak cintakan budak lelaki itu. Datuk boleh dengar dalam suara awak. 327 00:20:55,047 --> 00:20:56,256 Ya, mungkin. 328 00:20:56,840 --> 00:20:59,843 Saya rasa begitu. Saya tak tahu apa maknanya. 329 00:21:02,262 --> 00:21:03,388 Apa yang datuk buat? 330 00:21:04,223 --> 00:21:09,978 Selepas nenek meninggal dan datuk bersendirian? 331 00:21:10,938 --> 00:21:13,232 Saya tahu ia tak sama, tetapi… 332 00:21:14,399 --> 00:21:19,112 Maksud awak jarak di antara kamu. 333 00:21:19,196 --> 00:21:20,614 - Ya. - Ya. 334 00:21:20,697 --> 00:21:22,366 Datuk harap ada lebih banyak masa. 335 00:21:22,866 --> 00:21:24,368 Datuk tak boleh dapat, tetapi… 336 00:21:25,369 --> 00:21:26,995 itulah yang datuk mahukan. 337 00:21:29,039 --> 00:21:30,040 Untuk buat apa? 338 00:21:32,417 --> 00:21:33,836 Semua perkara kecil, 339 00:21:33,919 --> 00:21:39,383 seperti menyediakan meja atau pergi ke kedai runcit bersama-sama, 340 00:21:39,466 --> 00:21:44,054 atau menyentuh lengan dia semasa dia tidur. 341 00:21:44,555 --> 00:21:46,974 Ia tak romantik, tetapi… 342 00:21:48,600 --> 00:21:50,185 itulah yang datuk rindukan, 343 00:21:50,811 --> 00:21:54,690 datuk sanggup buat apa saja… 344 00:21:58,569 --> 00:21:59,945 untuk dapatkan semula. 345 00:22:01,822 --> 00:22:05,742 Sebab itu datuk datang ke sini kerana datuk dengar awak berbual di telefon. 346 00:22:07,411 --> 00:22:09,121 Datuk mahu duduk dengan awak. 347 00:22:11,164 --> 00:22:13,792 - Saya gembira Pop-pop ada di sini. - Datuk juga. 348 00:22:31,476 --> 00:22:32,477 Apa yang begitu penting? 349 00:22:32,561 --> 00:22:35,022 Awak tahu saya tak suka berpeluh sebelum ke sekolah. 350 00:22:36,773 --> 00:22:37,858 Lihat, Donny. 351 00:22:37,941 --> 00:22:42,571 Saya rasa simbol ini ada maksud tertentu tetapi ia ada di merata tempat. 352 00:22:42,654 --> 00:22:45,908 - Ia ada di separuh kaki lima di bandar. - Saya pernah lihat ini. 353 00:22:46,700 --> 00:22:47,701 Apa maksudnya? 354 00:22:47,784 --> 00:22:52,372 Saya rasa ia logo syarikat Wott atau mungkin ia gencana keluarga. 355 00:22:53,290 --> 00:22:55,000 Saya perlu lihat dengan lebih dekat. 356 00:22:57,419 --> 00:23:00,255 Saya ada gambar lain tingkat bawah tanah di sini. 357 00:23:01,298 --> 00:23:04,301 Tunggu. Patah balik. 358 00:23:07,846 --> 00:23:08,847 Di sana. 359 00:23:10,974 --> 00:23:11,975 Itu dia. 360 00:23:13,435 --> 00:23:15,062 Dia benar-benar mengekori saya. 361 00:23:16,855 --> 00:23:22,236 Jadi pintu, lelaki ini, dan Pengurusan Wott saling berkaitan. 362 00:23:22,319 --> 00:23:24,238 Spoon tentu takkan percaya. 363 00:23:24,321 --> 00:23:26,907 Kita perlu siasat apa mereka sorok di tingkat bawah tanah itu. 364 00:23:37,709 --> 00:23:38,961 Ayah okey? 365 00:23:40,337 --> 00:23:42,881 Apa yang terjadi? Biar saya bantu ayah. 366 00:23:43,674 --> 00:23:44,675 Ayah okey? 367 00:23:44,758 --> 00:23:46,343 Baik, saya dah pegang ayah. 368 00:23:46,426 --> 00:23:48,387 - Kenapa? Ada sesuatu terjatuh? - Tak. 369 00:23:49,263 --> 00:23:51,265 Duduklah. Hei, apa ini? 370 00:23:56,645 --> 00:23:58,146 Siapa mereka? 371 00:23:59,857 --> 00:24:00,858 Siapa ini? 372 00:24:01,358 --> 00:24:02,776 Ayah kenal mereka? 373 00:24:05,070 --> 00:24:06,488 Ayah boleh beritahu saya siapa mereka? 374 00:24:08,031 --> 00:24:10,158 Tak mengapa. Perlahan-lahan. 375 00:24:11,368 --> 00:24:12,870 Dia memaksa ayah bekerja? 376 00:24:12,953 --> 00:24:14,788 Tak, dia tak boleh bayar ayah. 377 00:24:15,330 --> 00:24:16,999 Itu yang saya mahu dengar. 378 00:24:19,001 --> 00:24:20,210 Apa yang awak buat? 379 00:24:21,003 --> 00:24:22,212 Saya jumpa ini pada ayah. 380 00:24:24,381 --> 00:24:25,465 Siapa mereka? 381 00:24:25,549 --> 00:24:27,634 Saya tak tahu. Saya tak kenal mereka. 382 00:24:29,511 --> 00:24:31,513 - Lelaki ini nampak seperti Junior. - Yakah? 383 00:24:32,848 --> 00:24:34,099 Betul kata awak. Itu… 384 00:24:34,183 --> 00:24:36,518 - Itu memang Junior. - Memancing. 385 00:24:37,144 --> 00:24:38,854 Kami pergi memancing. Itu yang ayah ingat. 386 00:24:38,937 --> 00:24:41,398 Tentu Junior kenal orang lain. 387 00:24:41,481 --> 00:24:45,152 Jika mereka masih ada di bandar, kita patut kumpulkan mereka. 388 00:24:45,235 --> 00:24:47,613 Betul? Kita boleh ajak mereka datang untuk makan tengah hari. 389 00:24:47,696 --> 00:24:49,990 - Ayah suka itu? - Ya, Matty. 390 00:24:50,699 --> 00:24:53,368 Ya, atau mungkin pergi memancing bersama kawan lama ayah? 391 00:24:53,452 --> 00:24:55,913 Selepas Matt membaiki bot itu. 392 00:24:55,996 --> 00:24:59,541 Itu idea yang sangat bagus. 393 00:24:59,625 --> 00:25:01,043 - Betul? - Ya. 394 00:25:01,126 --> 00:25:02,669 Okey, betulkan katil semula. 395 00:25:02,753 --> 00:25:04,254 Matty yang buat itu. 396 00:25:04,671 --> 00:25:06,089 Yakah? 397 00:25:06,173 --> 00:25:09,635 Baguslah. Ayah salahkan saya. Terima kasih. 398 00:25:09,718 --> 00:25:11,428 - Ayah okey? - Mm-hmm. 399 00:25:17,142 --> 00:25:18,727 - Hei. - Hei, Frank. 400 00:25:18,810 --> 00:25:19,811 Hei, apa khabar? 401 00:25:20,521 --> 00:25:23,232 Saya ada idea yang mengarut. 402 00:25:23,315 --> 00:25:26,068 Awak berminat untuk bantu saya membaiki bot ayah saya? 403 00:25:26,151 --> 00:25:28,111 Bot yang kita naiki semasa kecil? 404 00:25:28,195 --> 00:25:30,572 Ya, tentulah. Endless Summer berlayar semula. 405 00:25:30,656 --> 00:25:33,992 Baiklah. Biar saya bincang dengan marina dan saya akan hubungi awak. 406 00:25:34,076 --> 00:25:35,577 Baiklah. Jumpa awak nanti. 407 00:25:37,120 --> 00:25:38,163 Hei, Frank. 408 00:25:38,247 --> 00:25:39,998 Hei. Apa khabar, Martin? 409 00:26:05,732 --> 00:26:08,193 BAGAIMANA KEADAAN AWAK? 410 00:26:15,158 --> 00:26:17,578 SAYA SEDANG MENONTON LATIHAN PERTUNJUKAN BAKAT 411 00:26:42,853 --> 00:26:44,104 Apa awak buat di sini? 412 00:26:44,188 --> 00:26:46,607 Apa saya… Latihan pertunjukan bakat? 413 00:26:46,690 --> 00:26:49,693 Okey, saya minta maaf. Saya tak patut menipu. 414 00:26:50,986 --> 00:26:52,613 Kita boleh bincangkan ini nanti? 415 00:26:54,323 --> 00:26:55,449 Ya, jadi… 416 00:26:56,450 --> 00:26:57,659 Apa bakat dia? 417 00:26:57,743 --> 00:27:00,746 Frank, ini ialah temu duga kerja. 418 00:27:00,829 --> 00:27:01,872 Apa? 419 00:27:01,955 --> 00:27:04,875 Selepas apa yang berlaku dengan PIBG, 420 00:27:04,958 --> 00:27:08,837 saya terfikir untuk berpindah ke sekolah di daerah lain 421 00:27:08,921 --> 00:27:11,298 - untuk permulaan baru. - Saya minta maaf. 422 00:27:11,798 --> 00:27:15,469 Awak mahu tinggalkan Erie Harbor? Kenapa awak tak beritahu saya? 423 00:27:16,178 --> 00:27:17,179 Beginilah. 424 00:27:17,930 --> 00:27:19,097 Jangan risau. 425 00:27:19,806 --> 00:27:21,225 Kerana dengan ibu saya di penjara 426 00:27:21,308 --> 00:27:24,811 dan polis menyoal siasat saya semasa temu duga saya, 427 00:27:24,895 --> 00:27:26,980 saya pasti saya takkan dapat jawatan itu. 428 00:27:27,564 --> 00:27:28,649 Masalah selesai. 429 00:27:38,825 --> 00:27:41,537 KELAS TAHANAN TAK BOLEH GUNAKAN TELEFON. YA, BETUL. 430 00:27:54,883 --> 00:27:56,510 Awak popular hari ini. 431 00:27:59,137 --> 00:28:01,306 Tak. Saya… 432 00:28:02,724 --> 00:28:05,686 Itu teman lelaki saya yang tinggal di San Francisco. 433 00:28:06,520 --> 00:28:08,313 Awak dah melawat dia? 434 00:28:08,397 --> 00:28:09,731 Belum, tetapi saya mahu lawat dia. 435 00:28:09,815 --> 00:28:13,151 Saya asyik fikir saya patut tinggalkan tempat ini dan melawat dia. 436 00:28:13,235 --> 00:28:15,112 Tetapi saya tak boleh memandu, jadi… 437 00:28:16,905 --> 00:28:18,907 HEI, AWAK SIBUK? TELEFON AWAK ASYIK MASUK KE MEL SUARA. 438 00:28:18,991 --> 00:28:21,159 Dia selalu hantar banyak mesej seperti itu? 439 00:28:21,243 --> 00:28:22,244 Apa? 440 00:28:23,829 --> 00:28:24,830 Tak. 441 00:28:24,913 --> 00:28:28,333 Kami selalu berbual. Setiap hari. 442 00:28:28,417 --> 00:28:31,128 Tetapi dia tak mengawal saya, dia cuma… 443 00:28:32,546 --> 00:28:33,964 kawan baik saya. 444 00:28:34,047 --> 00:28:35,340 Baguslah. 445 00:28:42,639 --> 00:28:46,602 Okey, sekarang awak fikir dia teman lelaki yang menakutkan 446 00:28:46,685 --> 00:28:47,686 tetapi dia bukan begitu. 447 00:28:47,769 --> 00:28:50,189 Dia lelaki yang sangat baik dan saya cuma… 448 00:28:50,272 --> 00:28:51,315 Tak, Iz. 449 00:28:51,398 --> 00:28:53,525 Saya tak fikir apa-apa tentang dia. 450 00:28:53,609 --> 00:28:55,068 Bunyinya seperti dia orang baik. 451 00:29:00,949 --> 00:29:03,994 Saya takut kerana saya tak tahu bila boleh bertemu dia lagi. 452 00:29:06,955 --> 00:29:08,832 Masa depan itu kelam 453 00:29:08,916 --> 00:29:12,211 dan itulah yang terbaik tentang masa depan. 454 00:29:13,420 --> 00:29:15,547 Apa itu? Lirik lagu? 455 00:29:16,131 --> 00:29:17,341 Virginia Woolf. 456 00:29:17,841 --> 00:29:20,928 Saya baca banyak karya dia semasa ibu bapa saya bercerai. 457 00:29:21,011 --> 00:29:26,058 Ia bermaksud dalam kegelapan sesuatu yang tak diketahui, semuanya berkemungkinan. 458 00:29:26,141 --> 00:29:28,310 - Saya suka itu. - Saya juga. 459 00:29:36,485 --> 00:29:38,195 Saya masih ingat mereka. 460 00:29:38,278 --> 00:29:39,404 Kebanyakannya. 461 00:29:40,906 --> 00:29:43,450 Bagaimana kamu semua kenal? 462 00:29:44,243 --> 00:29:45,869 Rasanya ada pelbagai sebab. 463 00:29:45,953 --> 00:29:48,163 Ada yang berasal dari sini, dari sekolah yang sama. 464 00:29:48,789 --> 00:29:50,165 Ada beberapa orang bekerja di loji. 465 00:29:51,041 --> 00:29:52,459 Ia bandar yang kecil. 466 00:29:53,794 --> 00:29:58,090 Awak boleh tulis nama mereka untuk saya? 467 00:29:58,173 --> 00:29:59,842 Ya. Tiada masalah. 468 00:30:01,009 --> 00:30:03,428 - Ya, bagus. - Ya. 469 00:30:06,056 --> 00:30:07,099 Bagaimana peribadi dia? 470 00:30:08,433 --> 00:30:10,561 - Siapa? - Ayah saya. 471 00:30:11,603 --> 00:30:14,606 Awak nampak mereka ini? Mereka suka bergurau. 472 00:30:15,148 --> 00:30:17,067 Sangat bising dan sentiasa suka bergurau. 473 00:30:17,150 --> 00:30:20,070 Tetapi ayah awak bukan begitu. Dia lebih pendiam. 474 00:30:20,153 --> 00:30:22,072 Sebab itulah dia terlepas. 475 00:30:22,155 --> 00:30:23,824 Terlepas daripada apa? 476 00:30:24,783 --> 00:30:26,076 Gurauan. 477 00:30:26,159 --> 00:30:29,746 Ayah awak buat gurauan paling terperinci saya pernah lihat. 478 00:30:29,830 --> 00:30:31,707 Ayah saya? Awak bergurau? 479 00:30:31,790 --> 00:30:33,959 Ya. Dia rancangnya selama berminggu-minggu. 480 00:30:34,042 --> 00:30:39,214 Dia yakinkan Alan Filana ada beruang semasa perkelahan 481 00:30:39,298 --> 00:30:42,885 sehingga Alan lari keluar berbogel dari khemah dia dan melompat ke tasik. 482 00:30:42,968 --> 00:30:44,178 Tolonglah. 483 00:30:44,678 --> 00:30:47,222 Saya tak pernah lihat lelaki dewasa ketawa seperti itu. 484 00:30:48,098 --> 00:30:49,099 Wau! 485 00:30:49,766 --> 00:30:54,771 Saya rasa Alan masih ada di sini. Ya, saya dah lama tak jumpa dia. 486 00:30:54,855 --> 00:30:56,148 Awak patut tanya dia tentangnya. 487 00:30:57,482 --> 00:31:01,069 Walaupun setelah 40 tahun, dia tentu masih marah ayah awak. 488 00:31:06,742 --> 00:31:11,538 Okey, tetapi saya tiada sebarang hobi atau minat yang menarik. 489 00:31:12,206 --> 00:31:13,749 Saya tak percaya. 490 00:31:13,832 --> 00:31:15,042 Apa? Ia memang benar. 491 00:31:15,918 --> 00:31:18,712 Okey, apa yang awak suka? 492 00:31:18,795 --> 00:31:21,173 Tak. Itulah maksud saya. 493 00:31:21,256 --> 00:31:24,843 Siapa Izzy? Okey, awak mahu jadi wanita yang bagaimana? 494 00:31:24,927 --> 00:31:26,345 - Wanita? Apa? - Ya. 495 00:31:26,929 --> 00:31:28,138 Tak, saya tak… 496 00:31:28,931 --> 00:31:29,932 Hei, Iz. 497 00:31:30,933 --> 00:31:34,228 Oh Tuhanku, Ethan. Bagaimana awak ada di sini? 498 00:31:35,395 --> 00:31:39,274 Sebenarnya, ibu saya hantar saya dan ibu awak benarkan saya masuk. 499 00:31:39,358 --> 00:31:41,568 - Kenapa awak tak kata mahu datang? - Saya cuba beritahu. 500 00:31:41,652 --> 00:31:43,695 Saya hubungi awak lima kali? 501 00:31:43,779 --> 00:31:45,572 Saya hantar banyak mesej. 502 00:31:45,656 --> 00:31:46,949 Saya mahu beri awak kejutan. 503 00:31:47,032 --> 00:31:51,119 Awak kata awak mahu jumpa saya dan saya pun sama, jadi saya datang. 504 00:31:53,914 --> 00:31:56,375 - Hei. - Hei. 505 00:31:56,458 --> 00:31:59,211 Oh Tuhanku. Ya, maaf. Ethan, ini Emma. 506 00:31:59,294 --> 00:32:02,047 Emma, ini teman lelaki saya, Ethan, yang saya cerita pada awak. 507 00:32:02,130 --> 00:32:03,257 Gembira bertemu awak. 508 00:32:03,340 --> 00:32:05,509 Berapa lama awak akan ada di sini? 509 00:32:06,093 --> 00:32:09,888 Ini kejutan sebenar. Ibu saya dapat semula jawatan dia di Strata. 510 00:32:09,972 --> 00:32:13,183 Ibu bapa saya masih berbincang tentang hak penjagaan, 511 00:32:13,267 --> 00:32:16,144 tetapi saya akan kembali bersekolah di sini. 512 00:32:16,228 --> 00:32:17,479 - Yakah? - Ya. 513 00:32:17,563 --> 00:32:19,648 Nampaknya kita akan kerap bertemu selepas ini. 514 00:32:20,858 --> 00:32:23,151 Saya mungkin patut pergi tetapi awak berdua berseronoklah. 515 00:32:25,404 --> 00:32:26,446 Jumpa awak nanti, Ethan. 516 00:32:28,073 --> 00:32:30,242 Ya. Tentulah. 517 00:32:46,508 --> 00:32:47,509 Boleh saya bantu? 518 00:32:49,052 --> 00:32:51,138 Hai. Maaf kerana mengganggu awak. 519 00:32:51,221 --> 00:32:54,808 Saya Matt Lisko. Saya mencari Alan Filana. 520 00:32:54,892 --> 00:32:56,435 Dia masih tinggal di sini? 521 00:32:56,518 --> 00:32:59,855 Tak, maaf. Dia meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. 522 00:33:00,814 --> 00:33:03,942 Saya bersimpati mendengarnya. Jika ini masa yang tak sesuai, 523 00:33:04,026 --> 00:33:05,569 - saya faham. - Tak. Saya… 524 00:33:05,652 --> 00:33:07,571 - Saya boleh cakap tentang dia jika… - Ya? 525 00:33:07,654 --> 00:33:09,031 - Ya. - Ya, awak pasti? 526 00:33:09,114 --> 00:33:10,824 Yakah? Okey. Baiklah. 527 00:33:10,908 --> 00:33:13,410 Sebenarnya, saya cuba cari beberapa orang 528 00:33:13,493 --> 00:33:16,705 dalam gambar ini untuk ayah saya, Sylvester Lisko. 529 00:33:16,788 --> 00:33:19,166 Oh, ya. Syl's Cycles, bukan? 530 00:33:19,249 --> 00:33:20,250 Betul. 531 00:33:21,502 --> 00:33:25,506 Ya, malangnya ingatan dia mula merosot, jadi… 532 00:33:26,173 --> 00:33:28,425 Ya, saya mencari beberapa kawan lama dia. 533 00:33:28,509 --> 00:33:31,512 Ajak mereka datang. Mungkin bantu dia ingat sesuatu. 534 00:33:31,595 --> 00:33:33,514 Awak kenal mereka? 535 00:33:34,181 --> 00:33:36,266 Saya kenal dua orang di hujung ini. 536 00:33:36,350 --> 00:33:38,477 - Mereka main poker bersama-sama. - Yakah? 537 00:33:38,560 --> 00:33:41,855 Hei, ayah awak ada beritahu tentang gurauan beruang itu? 538 00:33:41,939 --> 00:33:43,857 Ya, saya ada dengar tentangnya. 539 00:33:43,941 --> 00:33:45,567 Masuklah dan saya akan beri nombor telefon mereka. 540 00:33:45,651 --> 00:33:47,361 - Ya? Baik, terima kasih. - Ya. 541 00:33:48,779 --> 00:33:50,697 Lihat. Pintu itu tak dikunci. 542 00:33:53,867 --> 00:33:54,993 Saya tak suka ini. 543 00:33:55,077 --> 00:33:56,662 KAKITANGAN SERVIS MAKANAN RUMAH AGAM WOODRUFF SAJA 544 00:33:56,745 --> 00:33:57,955 Langsung tak suka. 545 00:33:58,539 --> 00:34:01,625 Kita perlu cari jalan ke pintu besar yang menakutkan itu. 546 00:34:02,626 --> 00:34:04,962 Kita takkan dapat buka pintu gergasi itu. 547 00:34:05,546 --> 00:34:07,005 Kita perlu jalan masuk lain. 548 00:34:07,840 --> 00:34:09,174 Cari simbol ini. 549 00:34:09,257 --> 00:34:12,177 Jika awak nampak di tempat lain, ia boleh bawa kita ke tingkat bawah tanah. 550 00:34:26,483 --> 00:34:27,693 Lihat, kamu berdua. 551 00:34:29,069 --> 00:34:31,362 Rasanya bilik rahsia itu ada di bawah kita. 552 00:34:31,446 --> 00:34:33,574 Ini boleh bantu kita melepasi pintu berkunci itu. 553 00:34:36,451 --> 00:34:37,744 Tak mungkin. 554 00:34:37,828 --> 00:34:40,496 Tolonglah. Ia takkan rosak. 555 00:34:40,581 --> 00:34:43,125 Lif barang direka untuk bawa banyak makanan. 556 00:34:43,750 --> 00:34:46,962 Saya pasti ada ayam belanda lebih berat daripada kita pernah gunakannya. 557 00:34:47,795 --> 00:34:50,257 Saya rasa lebih baik jika ada batasan 558 00:34:50,340 --> 00:34:53,051 - dan tak buat semuanya bersama-sama. - Mm-hmm. 559 00:34:53,135 --> 00:34:54,136 Baiklah. 560 00:34:54,719 --> 00:34:56,346 Saya akan naikkan lif barang kosong 561 00:34:56,429 --> 00:34:59,266 jika ada sesuatu yang awak perlu lihat! 562 00:36:04,248 --> 00:36:07,251 Tolonglah jangan kosong. 563 00:36:08,877 --> 00:36:10,587 - Baguslah. - Mereka dah selesai? 564 00:36:10,671 --> 00:36:12,589 - Ya, tuan. Semua selamat. - Pergi! 565 00:36:12,673 --> 00:36:15,551 Baik. Periksa untuk kali terakhir dan kunci semuanya. 566 00:36:28,480 --> 00:36:30,732 Saya rasa dia yang mengekori Hilde. 567 00:36:30,816 --> 00:36:32,693 - Kita perlu beritahu dia. - Ayuh. 568 00:36:32,776 --> 00:36:33,861 Pergi. 569 00:36:36,697 --> 00:36:37,739 Jumpa awak di bawah. 570 00:36:41,118 --> 00:36:42,619 Lelaki itu ada di sini. 571 00:36:44,413 --> 00:36:45,414 Lihat. 572 00:36:45,914 --> 00:36:49,459 Bagaimana mereka bawa sebuah kapal terbang ke sini? 573 00:36:50,043 --> 00:36:52,713 Siapa yang letak kapal terbang rosak di tingkat bawah tanah? 574 00:36:52,796 --> 00:36:55,799 Tak. Lelaki dengan kunci kad itu di atas. 575 00:36:55,883 --> 00:36:58,844 - Kita perlu keluar dari sini. - Jadi kita perlu bekerja dengan pantas. 576 00:37:09,563 --> 00:37:12,357 Hai, boleh saya cakap dengan Theo? 577 00:37:16,069 --> 00:37:17,279 Yakah? 578 00:37:18,238 --> 00:37:19,948 Saya bersimpati mendengarnya. 579 00:37:27,122 --> 00:37:28,999 Rasanya saya dah jumpa kotak hitam. 580 00:37:29,082 --> 00:37:31,376 - Awak buta warna? - Tak. 581 00:37:31,460 --> 00:37:32,669 Tunggu, mungkin. 582 00:37:33,170 --> 00:37:35,047 - Bagaimana saya ingin tahu? - Itu bukan hitam. 583 00:37:35,130 --> 00:37:36,340 Kotak hitam tak berwarna hitam. 584 00:37:36,423 --> 00:37:39,718 Mereka catnya dengan warna oren untuk penyiasat mencarinya di tapak nahas. 585 00:37:39,801 --> 00:37:42,888 Ia sebenarnya dipanggil rakaman suara kokpit atau singkatannya, CVR. 586 00:37:42,971 --> 00:37:45,265 Cepatlah, kamu berdua. 587 00:37:46,433 --> 00:37:49,019 - Ada orang datang. - Kita harus pergi dari sini. 588 00:37:50,187 --> 00:37:51,605 Lif barang itu. Ayuh. 589 00:37:58,779 --> 00:37:59,780 Pergi. 590 00:38:02,282 --> 00:38:03,283 Semoga berjaya. 591 00:38:04,243 --> 00:38:05,702 Hilde, kita perlu bersembunyi. 592 00:38:06,286 --> 00:38:09,289 Hai. Boleh saya cakap dengan Kenny Rens? 593 00:38:11,708 --> 00:38:12,876 Okey. 594 00:38:13,961 --> 00:38:14,962 Ya, tentulah. 595 00:38:15,045 --> 00:38:16,463 Tak, saya bersimpati mendengarnya. 596 00:38:32,563 --> 00:38:33,981 Beg galas kita. 597 00:38:46,159 --> 00:38:47,786 Boleh saya tanya berapa umur… 598 00:38:48,287 --> 00:38:49,496 Lima puluh tujuh? 599 00:38:50,163 --> 00:38:51,373 Wau! Ya. 600 00:38:58,714 --> 00:39:00,174 Kita perlu keluar dari sini. 601 00:39:07,014 --> 00:39:08,515 Cepat, Hilde. Masuk. 602 00:39:13,854 --> 00:39:14,855 Hei. 603 00:39:16,315 --> 00:39:17,524 Kenapa? 604 00:39:19,860 --> 00:39:21,153 Mereka semua dah meninggal. 605 00:39:22,154 --> 00:39:23,363 Kawan ayah awak? 606 00:39:24,615 --> 00:39:25,616 Ya. 607 00:39:27,242 --> 00:39:28,368 Ya, semuanya. 608 00:39:41,465 --> 00:39:42,466 DIINSPIRASIKAN DARIPADA LAPORAN SIASATAN WARTAWAN MUDA, 609 00:40:50,450 --> 00:40:52,452 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof