1 00:00:19,770 --> 00:00:21,772 ALAT MAINAN ORANG DEWASA 2 00:01:19,580 --> 00:01:20,706 Cepat! Masuk! 3 00:01:28,463 --> 00:01:29,339 TUTUP 4 00:03:11,608 --> 00:03:14,194 Maaf sekali lagi, tapi disebabkan kerosakan alatan, 5 00:03:14,278 --> 00:03:16,822 kereta api ini akan berhenti di High Wycombe. 6 00:03:16,905 --> 00:03:19,241 Perkhidmatan bas gantian akan bawa anda ke Oxford Parkway 7 00:03:19,324 --> 00:03:21,493 untuk teruskan perjalanan anda. 8 00:03:21,577 --> 00:03:22,578 Terima kasih. 9 00:04:03,827 --> 00:04:06,163 Penumpang lain yang tiba dari Marylebone, 10 00:04:06,246 --> 00:04:10,209 perkhidmatan bas gantian ke Oxford Parkway boleh digunakan dari tempat letak kereta. 11 00:04:10,292 --> 00:04:13,253 Di sini. Perkhidmatan bas gantian. 12 00:05:38,255 --> 00:05:40,424 Lari dengan menunduk! 13 00:05:49,224 --> 00:05:50,559 Hei, kita sudah tiba. 14 00:05:52,853 --> 00:05:54,188 Aduhai! 15 00:05:59,276 --> 00:06:02,112 Ayuh. Bangunlah! 16 00:06:59,628 --> 00:07:01,547 BERDASARKAN BUKU OLEH MICK HERRON 17 00:07:22,109 --> 00:07:24,194 EJEN LAPANGAN YANG SUDAH BERSARA 18 00:07:25,654 --> 00:07:27,531 SUDAH MATI 19 00:07:29,449 --> 00:07:31,243 Selamat datang ke High Wycombe. 20 00:07:31,326 --> 00:07:34,872 Kereta api yang berada di platform dua… 21 00:07:35,914 --> 00:07:40,085 …Bicester Village, Oxford Parkway dan Oxford. 22 00:07:51,346 --> 00:07:53,307 Ya, saya tak bekerja pada hari itu. 23 00:07:53,390 --> 00:07:55,350 Mereka jangkakan 100,000 orang. 24 00:07:55,434 --> 00:07:57,102 Tandas akan jadi sangat kotor. 25 00:07:57,186 --> 00:07:59,980 Saya tak mahu bekerja pada hari itu. 26 00:08:00,063 --> 00:08:01,315 Tunggu sebentar. 27 00:08:03,192 --> 00:08:04,860 - Boleh saya bantu? - Ya. 28 00:08:04,943 --> 00:08:08,739 Boleh beritahu saya di mana bas gantian? 29 00:08:08,822 --> 00:08:11,408 Tiada bas gantian hari ini. Semuanya beroperasi. 30 00:08:11,491 --> 00:08:13,577 Jadi awak beritahu ibu pejabat, ya… 31 00:08:15,662 --> 00:08:17,748 Saya perlu bas itu kerana… 32 00:08:17,831 --> 00:08:20,709 Abang saya meninggal dunia pada waktu malam baru-baru ini. 33 00:08:20,792 --> 00:08:22,586 Saya tak tahu jika awak ada dengar. 34 00:08:23,212 --> 00:08:24,213 Ya… 35 00:08:24,296 --> 00:08:26,507 Hei, saya akan hubungi awak nanti. 36 00:08:27,466 --> 00:08:30,093 Ya, saya ada dengar. Takziah. 37 00:08:30,177 --> 00:08:32,554 Bas-bas itu diuruskan oleh syarikat lain. 38 00:08:32,638 --> 00:08:35,599 Mungkin awak boleh beritahu saya nama syarikat itu. 39 00:08:36,517 --> 00:08:38,727 Kami guna syarikat berbeza. Saya tak pasti… 40 00:08:38,809 --> 00:08:44,399 Tolonglah. Saya ingin lihat tempat dia meninggal dunia. 41 00:08:46,735 --> 00:08:47,736 Baiklah… 42 00:08:49,613 --> 00:08:52,866 Biar saya buat beberapa panggilan dan lihat jika saya boleh bantu awak. 43 00:08:53,825 --> 00:08:54,826 Okey. 44 00:09:51,049 --> 00:09:52,259 Standish. 45 00:09:56,555 --> 00:09:57,848 Ini tak berkesan. 46 00:09:58,515 --> 00:09:59,933 Apa maksud awak? 47 00:10:00,017 --> 00:10:02,561 Sebagai senior, saya patut ada pejabat sendiri. 48 00:10:02,644 --> 00:10:05,564 Tempoh perkhidmatan di tempat teruk ini bukan simbol status. 49 00:10:05,647 --> 00:10:06,815 Banduan ada hierarki. 50 00:10:06,899 --> 00:10:08,901 Manusia mengatur diri mereka berdasarkan kuasa. 51 00:10:08,984 --> 00:10:11,111 Saya akan turun sebentar lagi dengan tugas hari ini. 52 00:10:11,195 --> 00:10:14,740 Cepat. Jika awak tak beri saya tugas, saya mungkin akan bunuh dia. 53 00:10:14,823 --> 00:10:16,450 Atau mencacati dia. 54 00:10:25,876 --> 00:10:27,002 Selamat pagi. 55 00:10:46,522 --> 00:10:48,357 Ada sesiapa nampak Lamb? 56 00:10:51,318 --> 00:10:53,779 Pemandu ambulans kata ia disebabkan serangan penyakit jantung. 57 00:10:54,571 --> 00:10:55,822 Kematian yang cepat. 58 00:10:56,657 --> 00:10:59,868 Daripada bernyawa dan terus berada di syurga. 59 00:11:01,161 --> 00:11:03,956 Saya jumpa dia di sana, kerusi kedua dari belakang. 60 00:11:04,998 --> 00:11:06,500 Saya sangka dia sedang tidur. 61 00:11:08,126 --> 00:11:10,295 Dia memang sedang tidur, bukan? 62 00:11:14,383 --> 00:11:18,136 Ada perkara yang luar biasa? 63 00:11:19,388 --> 00:11:20,597 Selain daripada dia. 64 00:11:22,140 --> 00:11:23,725 Ada apa-apa berhampiran dia? 65 00:11:24,226 --> 00:11:26,687 Sesuatu yang dia tinggalkan? 66 00:11:26,770 --> 00:11:28,897 Ada topi di sebelah tempat duduk dia. 67 00:11:28,981 --> 00:11:30,691 Itu mungkin topi dia. 68 00:11:30,774 --> 00:11:34,278 Boleh saya lihatnya? Saya mahu simpan sebagai kenangan. 69 00:11:34,361 --> 00:11:36,029 Ya, ia ada di tempat barang hilang. 70 00:11:37,281 --> 00:11:40,033 Saya akan ke sana selepas saya selesai di sini. 71 00:11:42,077 --> 00:11:44,413 Abang awak nampak tenang. 72 00:11:45,789 --> 00:11:48,292 Dia mahu mati begitu. 73 00:11:50,544 --> 00:11:52,129 Dia suka bas. 74 00:11:54,381 --> 00:11:59,011 Saya tak percaya pada kuasa yang membuat kita bertenaga. 75 00:12:00,762 --> 00:12:03,974 Tapi saya juga tak pasti jika saya tak percayakannya. 76 00:12:05,976 --> 00:12:07,269 Jika awak faham. 77 00:12:09,229 --> 00:12:11,523 Saya akan beri awak masa sebentar. 78 00:12:50,729 --> 00:12:53,649 - Maaf kerana ganggu, tapi… - Oh, ya. 79 00:12:53,732 --> 00:12:55,025 Awak perlu masa lagi? 80 00:12:57,861 --> 00:12:58,862 Saya… 81 00:13:00,739 --> 00:13:04,034 Saya sudah ucap kata-kata terakhir saya. 82 00:13:04,117 --> 00:13:07,371 Kami baru terima panggilan. Bas ini perlu digunakan. 83 00:13:08,622 --> 00:13:09,623 Baiklah. 84 00:13:21,009 --> 00:13:22,511 NOTA RIANG-RIANG 85 00:13:23,971 --> 00:13:24,972 Tak guna. 86 00:13:41,780 --> 00:13:43,740 Ada sesiapa nampak River? 87 00:13:44,783 --> 00:13:48,036 Ya, saya sangat teruja untuk gunakan pengetahuan saya daripada risikan kerajaan 88 00:13:48,120 --> 00:13:50,956 ke dalam bidang yang lebih komersial dan khusus… 89 00:13:51,456 --> 00:13:53,166 Gunakan pengetahuan saya daripada risikan kerajaan 90 00:13:53,250 --> 00:13:56,962 pada matlamat yang lebih komersial dan khusus. Ia sesuatu yang saya… 91 00:13:57,045 --> 00:13:58,797 Mereka sudah bersedia, En. Cartwright. 92 00:13:58,881 --> 00:14:00,424 ELESSAR PAKAR RISIKAN 93 00:14:03,760 --> 00:14:08,015 Dengan keadaan geopolitik yang tak menentu sekarang ini, 94 00:14:08,098 --> 00:14:12,519 syarikat risikan swasta boleh membantu agensi negara. 95 00:14:12,603 --> 00:14:13,729 Kamu faham? 96 00:14:13,812 --> 00:14:15,063 Ya. 97 00:14:15,147 --> 00:14:18,442 Itu sangat menarik bagi saya 98 00:14:18,525 --> 00:14:22,905 dan biasanya saya lebih sesuai dengan kerja lapangan yang tak ortodoks. 99 00:14:22,988 --> 00:14:24,114 Di CV awak 100 00:14:24,198 --> 00:14:27,701 tertulis awak dipinjamkan ke sebuah unit berhampiran Aldersgate. 101 00:14:28,493 --> 00:14:30,454 Ya. Betul. 102 00:14:31,246 --> 00:14:32,664 Ia sebuah unit yang unik. 103 00:14:32,748 --> 00:14:36,418 Ia lebih banyak menggunakan cara analog untuk mengumpulkan risikan 104 00:14:36,502 --> 00:14:39,880 dan ia banyak membantu saya dalam pangkalan data… 105 00:14:39,963 --> 00:14:44,885 Ya. Hebat. Awak bekerja di Slough House? 106 00:14:46,261 --> 00:14:47,262 Ya. 107 00:14:48,055 --> 00:14:51,433 Saya faham ia bukan pilihan pertama bagi semua orang. 108 00:14:51,517 --> 00:14:54,520 Sebenarnya, ia bermakna bagi saya. 109 00:14:54,603 --> 00:14:56,104 Awak bekerja dengan Jackson Lamb? 110 00:14:57,981 --> 00:14:59,191 Ya. 111 00:14:59,274 --> 00:15:00,484 Bagaimana orangnya? 112 00:15:07,741 --> 00:15:10,077 Mana semua orang? 113 00:15:16,458 --> 00:15:18,377 Min, tolonglah duduk. 114 00:15:19,461 --> 00:15:21,922 Maaf, saya cuba cukupkan langkah. 115 00:15:22,005 --> 00:15:24,383 Saya tak patut beri awak itu. 116 00:15:28,262 --> 00:15:29,680 Lamb akan bunuh kita. 117 00:15:29,763 --> 00:15:31,890 Tak mengapa. Dia tiada di pejabat pagi ini. 118 00:15:31,974 --> 00:15:34,643 Ya. Dia mungkin sedang memuaskan nafsu di bilik mayat. 119 00:15:36,603 --> 00:15:37,855 Okey. Bagaimana dengan ini? 120 00:15:42,818 --> 00:15:44,027 Tiga ratus ribu. 121 00:15:44,111 --> 00:15:45,112 Tiga ratus? 122 00:15:45,904 --> 00:15:46,905 Min, ia ada taman. 123 00:15:46,989 --> 00:15:48,156 Okey, 310. 124 00:15:48,240 --> 00:15:51,410 Ia "pangsapuri taman di Leytonstone." 125 00:15:51,493 --> 00:15:52,619 Ia tentu tak mahal. 126 00:15:53,453 --> 00:15:54,872 - Harganya 520. - Oh Tuhanku. 127 00:15:54,955 --> 00:15:56,123 Itu mahal. 128 00:15:56,206 --> 00:15:57,583 - Tak. - Dia sudah tiba. 129 00:16:04,673 --> 00:16:05,966 Marilah. 130 00:16:06,049 --> 00:16:07,092 Ia tentu seronok. 131 00:16:11,763 --> 00:16:13,640 Baiklah. Saya akan terangkan secara ringkas. 132 00:16:14,433 --> 00:16:15,809 Kamu akan diberi tugas sementara. 133 00:16:16,810 --> 00:16:18,228 Tak lama, mungkin selama seminggu. 134 00:16:19,021 --> 00:16:20,480 Kamu akan melapor pada saya. 135 00:16:21,190 --> 00:16:22,441 Tugas apa? 136 00:16:22,983 --> 00:16:24,318 Pengawal keselamatan. 137 00:16:24,401 --> 00:16:25,777 Untuk perjumpaan rahsia. 138 00:16:26,278 --> 00:16:28,614 Okey. Sebab itu kita bertemu di sini dan bukan di ibu pejabat. 139 00:16:29,114 --> 00:16:31,783 Ya dan juga kerana kamu dilarang memasuki pejabat. 140 00:16:32,284 --> 00:16:33,577 Siapa akan menghadirinya? 141 00:16:33,660 --> 00:16:35,078 Saya dan Arkady Pashkin. 142 00:16:35,579 --> 00:16:37,164 Wakil Ilya Nevsky. 143 00:16:37,831 --> 00:16:38,832 Oligarki itu? 144 00:16:38,916 --> 00:16:40,375 Tak, dia hanya boneka. 145 00:16:40,876 --> 00:16:42,085 Ya, oligarki itu. 146 00:16:42,794 --> 00:16:45,088 Saya fikir kita tak boleh menghampiri dia. 147 00:16:46,298 --> 00:16:47,925 Kalau begitu awak tak patut menghampiri sesiapa. 148 00:16:48,759 --> 00:16:50,928 Saya maksudkan MI5. Dia seorang penentang. 149 00:16:51,011 --> 00:16:53,722 Dia menentang rejim di Moscow dan kita tak patut memihak kepada sesiapa. 150 00:16:53,805 --> 00:16:57,518 Kerajaan UK bersedia untuk jadi pragmatik dalam hal ini. 151 00:16:58,018 --> 00:17:01,772 Nevsky menjadi kaya dengan minyak dan gas. Kami bimbang tentang keselamatan tenaga. 152 00:17:01,855 --> 00:17:06,484 Orang kanan Nevsky, Pashkin, dan orang kanan Taverner, saya, 153 00:17:07,027 --> 00:17:09,570 akan mengadakan satu perjumpaan. 154 00:17:10,321 --> 00:17:14,742 Perjumpaan secara berdepan akan diadakan di lokasi selamat yang dipersetujui 155 00:17:14,826 --> 00:17:16,578 dan saya mahu kamu memeriksanya 156 00:17:17,454 --> 00:17:19,122 serta pastikan ia selamat. Rutin biasa. 157 00:17:19,873 --> 00:17:21,040 Siapa yang hubungi dahulu? 158 00:17:21,124 --> 00:17:24,962 Pashkin. Melalui orang tengah. Pekerja bebas bernama Krimov. 159 00:17:25,045 --> 00:17:26,797 Krimov memenuhi syaratnya? 160 00:17:28,173 --> 00:17:30,843 Saya sudah periksa latar belakang dia. Semuanya ada di sini. 161 00:17:34,513 --> 00:17:37,391 Perjumpaan itu pada Sabtu ini di Glasshouse. 162 00:17:37,474 --> 00:17:39,434 Hari yang sama dengan Perarakan Anti-Kapitalis. 163 00:17:39,518 --> 00:17:43,355 Itu satu masalah? Awak mahu buat pelekat dan menyertainya? 164 00:17:43,438 --> 00:17:45,357 Tak. Saya cuba memahaminya. 165 00:17:45,440 --> 00:17:48,277 Bagus. Saya harap ia tak sukar. 166 00:17:49,361 --> 00:17:50,821 Tapi jika kamu fikir kamu tak mampu 167 00:17:50,904 --> 00:17:53,866 atau gembira dengan tugasan diberi oleh Lamb, beritahu saja… 168 00:17:54,867 --> 00:17:56,451 dan kembali ke Slough House. 169 00:17:57,369 --> 00:18:00,414 - Kita patut terima tugasan itu? - Kita sudah terima. 170 00:18:00,497 --> 00:18:04,042 Ya, saya tahu. Tapi Lamb akan marah apabila dia tahu. 171 00:18:04,126 --> 00:18:07,087 - Kita tiada pilihan. - Kita ada pilihan. Kita boleh menolak. 172 00:18:07,838 --> 00:18:09,339 Awak takut pada Lamb. 173 00:18:10,382 --> 00:18:11,675 Saya tak takut pada Lamb. 174 00:18:13,343 --> 00:18:15,554 Ya, saya takut pada Lamb. 175 00:18:18,307 --> 00:18:21,935 Awak sedang melihatnya. Saya buat tanpa disuruh. 176 00:18:22,019 --> 00:18:25,397 Bagus jika awak boleh buat tanpa saya memukul awak. 177 00:18:25,480 --> 00:18:27,858 - Jangan kata apa-apa. - Ya, okey. 178 00:18:29,067 --> 00:18:32,154 - Apa ini? - Rakaman kamera jalanan Soho. 179 00:18:32,237 --> 00:18:34,239 Ini Soho? 180 00:18:34,323 --> 00:18:37,242 Mana semua pelacur dan penagih dadah? 181 00:18:37,326 --> 00:18:38,994 - Soho sudah berubah. - Diamlah, Mike. 182 00:18:39,077 --> 00:18:40,329 Marcus. 183 00:18:40,412 --> 00:18:42,539 Ya, saya perlu enam bulan untuk ingat nama awak 184 00:18:42,623 --> 00:18:45,083 dan jika saya lakukan tugas saya, awak sudah tiada sebelum itu. 185 00:18:45,167 --> 00:18:49,004 Dia menuju ke Marylebone. Awak boleh cari dia di situ? 186 00:19:04,561 --> 00:19:06,146 Mana dia? Dia sudah hilang. 187 00:19:06,230 --> 00:19:08,440 Kita perlu tukar ke kamera lain. 188 00:19:09,191 --> 00:19:11,443 - Punca kematian? - Apa yang terjadi? 189 00:19:11,527 --> 00:19:14,154 Bekas ejen perkhidmatan ditemui mati dalam bas di Oxford Parkway. 190 00:19:14,238 --> 00:19:15,739 Baru dapat laporan koroner. 191 00:19:15,822 --> 00:19:16,907 Guy! 192 00:19:17,699 --> 00:19:18,700 Kegagalan jantung. 193 00:19:19,535 --> 00:19:20,702 Itu mengarut. 194 00:19:20,786 --> 00:19:24,081 Dia berumur 60-an, merokok, minum alkohol. Ia mungkin sebabnya. 195 00:19:24,164 --> 00:19:28,043 Tapi saya juga begitu dan saya masih gagah. 196 00:19:28,794 --> 00:19:30,379 Kenapa ada orang mahu bunuh dia? 197 00:19:30,462 --> 00:19:33,465 Mungkin dia menghadiri temu duga kerja tanpa memberitahu bos dia. 198 00:19:33,549 --> 00:19:35,175 Itu sebab untuk dibunuh. 199 00:19:36,593 --> 00:19:37,845 Awak pasti ia pembunuhan? 200 00:19:37,928 --> 00:19:40,639 Dia tinggalkan nota di telefon dia yang buat saya pasti ia pembunuhan. 201 00:19:41,849 --> 00:19:42,975 Awak akan beritahu kami kandungannya? 202 00:19:43,058 --> 00:19:46,186 Ya, saya akan beritahu jika awak ada sebarang maklumat. 203 00:19:46,728 --> 00:19:48,522 Ini kamera di pagar tiket. 204 00:19:53,819 --> 00:19:55,904 Dickie melepasi pagar tanpa membeli tiket. 205 00:19:55,988 --> 00:19:58,907 - Ia bukan perjalanan yang dirancang. - Ya, putar semula. 206 00:19:58,991 --> 00:20:01,076 - Dickie? - Nama sebenar dia ialah Richard Bough. 207 00:20:01,159 --> 00:20:04,413 Dia askar sampingan di Berlin dan diberhentikan sebelum dinding itu runtuh. 208 00:20:05,664 --> 00:20:07,749 Dia mengekori seseorang. 209 00:20:08,250 --> 00:20:11,753 Saya mahu lihat mereka menaiki bas di stesen High Wycombe. 210 00:20:14,047 --> 00:20:17,301 Tunggu. Bas itu lebih dekat, tapi dia menuju ke bas lain. 211 00:20:17,384 --> 00:20:19,052 Rasanya dia mengekori lelaki bertopi itu. 212 00:20:19,136 --> 00:20:22,139 Topi ini ditemui berhampiran tempat Dickie mati di rak bagasi. 213 00:20:22,222 --> 00:20:26,476 Kamu semua, bas itu tiba di stesen Oxford Parkway. 214 00:20:29,354 --> 00:20:30,898 Tiada orang memakai topi. 215 00:20:31,732 --> 00:20:34,359 Itu kerana dia tinggalkan topi dalam bas, dungu. 216 00:20:34,443 --> 00:20:35,819 Saya sedang memegangnya. 217 00:20:37,654 --> 00:20:39,698 Tunjukkan rakaman dari kedua-dua platform. 218 00:20:41,325 --> 00:20:42,784 Lelaki botak itu. 219 00:20:42,868 --> 00:20:43,869 Lelaki botak mana? 220 00:20:43,952 --> 00:20:45,996 Di tengah skrin, di platfrom ke utara. 221 00:20:46,079 --> 00:20:48,415 Dia membelakangi kamera. Dia tak mahu dirakam. 222 00:20:52,377 --> 00:20:53,837 Mana dia pergi? 223 00:20:53,921 --> 00:20:54,922 Tentu dia menaiki kereta api. 224 00:20:55,005 --> 00:20:58,509 Tak, dia masih ada di platform. Mara laju ke kereta api seterusnya, Roddy. 225 00:21:06,892 --> 00:21:11,230 Baik. Saya mahu rakaman dari dalam kereta api Oxford Parkway itu 226 00:21:11,313 --> 00:21:13,899 supaya kita tahu di mana dia turun, okey? 227 00:21:13,982 --> 00:21:17,277 Saya ingin tahu identiti dia dan ke mana dia pergi. 228 00:21:17,361 --> 00:21:19,488 Rakaman dalam kereta api disimpan dalam cakera keras 229 00:21:19,571 --> 00:21:22,533 yang ditukar sekali dalam seminggu dan dibawa ke pusat data. 230 00:21:22,616 --> 00:21:24,910 Saya mahu tertidur. 231 00:21:24,993 --> 00:21:27,996 Tempat ia disalin dan dipadam, kemudian dipasang semula ke kereta api. 232 00:21:28,080 --> 00:21:29,331 Ia memenatkan. 233 00:21:29,414 --> 00:21:31,667 Saya terlalu bagus untuk buat kerja begitu. 234 00:21:31,750 --> 00:21:34,962 Awak, Ho, seorang yang menjengkelkan. 235 00:21:35,045 --> 00:21:38,215 Tapi betul kata awak. Saya perlu seseorang untuk ambil cakera keras itu. 236 00:21:38,298 --> 00:21:39,299 Harper. 237 00:21:41,468 --> 00:21:42,719 Kamu nampak itu? 238 00:21:42,803 --> 00:21:43,971 - Apa? - Tak. 239 00:21:44,054 --> 00:21:47,057 Harper memandang teman wanita dia. 240 00:21:47,140 --> 00:21:48,517 Saya ingin tahu apa maksudnya. 241 00:21:49,518 --> 00:21:51,186 Kami ada tugas sementara. 242 00:21:51,270 --> 00:21:53,021 Oleh siapa? Si dungu? 243 00:21:54,064 --> 00:21:55,691 - Webb. - Apa… Webb? 244 00:21:55,774 --> 00:21:57,860 Awak mahu bekerja dengan dia selepas dia mengkhianati saya? 245 00:21:57,943 --> 00:22:00,404 Saya tak tahu. Saya rasa ia pilihan yang bagus. 246 00:22:00,487 --> 00:22:04,783 Apa tugasannya dan tolonglah kata awak tak boleh beritahu butirannya? 247 00:22:05,659 --> 00:22:07,995 Pengawal keselamatan untuk perjumpaan rahsia dengan pihak Rusia. 248 00:22:08,078 --> 00:22:09,079 Aduhai, Min! 249 00:22:09,162 --> 00:22:12,165 Awak pilihan yang ke-549? 250 00:22:12,249 --> 00:22:16,712 Jika orang lain mengupah kamu, saya akan marah, tapi saya benci Webb 251 00:22:16,795 --> 00:22:20,132 dan awak akan gagal, jadi saya anggap itu sesuatu yang bagus. 252 00:22:20,215 --> 00:22:23,760 Saya akan dapatkan cakera keras itu. Mereka sibuk bekerja dengan musuh. 253 00:22:23,844 --> 00:22:26,180 Awak boleh berambus. Awak mahu sertai Elessar. 254 00:22:26,263 --> 00:22:28,682 Jangan berlagak kerana awak mahu sertai syarikat swasta. 255 00:22:28,765 --> 00:22:30,184 Awak mahu ke mana? 256 00:22:32,060 --> 00:22:33,478 Saya menolak. Saya tak mahu sertai. 257 00:22:33,562 --> 00:22:35,981 Kami baru sediakan hadiah perpisahan awak. 258 00:22:36,064 --> 00:22:37,065 Di sini. 259 00:22:37,983 --> 00:22:39,902 Apa saya patut buat dengan ini sekarang? 260 00:22:41,236 --> 00:22:42,988 Saya takkan beri tugas menarik pada awak. 261 00:22:43,071 --> 00:22:46,575 Saya masih anggap Shelby itu… 262 00:22:46,658 --> 00:22:47,659 Shirley. 263 00:22:47,743 --> 00:22:50,162 …tak seteruk orang lain. 264 00:22:50,245 --> 00:22:51,246 Dia akan pergi. 265 00:22:51,330 --> 00:22:53,999 Kenapa hantar dia sedangkan awak tahu saya boleh lakukannya? 266 00:22:54,666 --> 00:22:57,169 Maaf, ini kemahiran saya. Saya tak tahu apa kita… 267 00:22:57,252 --> 00:22:59,254 - Awak ada kemahiran? - Ya, saya ada kemahiran. 268 00:22:59,338 --> 00:23:03,175 Awak tahu sebab dia berada di Slough House? 269 00:23:03,258 --> 00:23:04,426 Tak. 270 00:23:04,510 --> 00:23:06,970 Anggaplah awak bertuah semasa awak pilih untuk berhenti. 271 00:23:08,388 --> 00:23:09,598 Jadi apa saya patut buat? 272 00:23:09,681 --> 00:23:12,684 Awak boleh pergi mencari kerja baru. 273 00:23:34,623 --> 00:23:36,583 Datuk boleh mengupah tukang kebun. 274 00:23:37,417 --> 00:23:38,585 Terlalu sukar bagi awak? 275 00:23:38,669 --> 00:23:40,087 Tak, saya cuma beri cadangan. 276 00:23:41,255 --> 00:23:43,340 Mungkin upah seseorang untuk lakukan kerja di rumah. 277 00:23:44,883 --> 00:23:46,176 Jika awak mahu kata, 278 00:23:46,260 --> 00:23:47,761 "Lebih baik datuk ada di rumah orang tua," 279 00:23:47,845 --> 00:23:51,306 awak patut tahu yang datuk pernah bunuh orang dengan gunting. 280 00:23:54,685 --> 00:23:55,769 Tunggu, betulkah? 281 00:23:55,853 --> 00:23:58,230 Tak, tapi ia masih belum terlambat. 282 00:24:00,899 --> 00:24:02,442 Bagaimana dengan temu duga itu? 283 00:24:03,360 --> 00:24:04,903 Aduhai! 284 00:24:06,071 --> 00:24:09,074 Ejen pengintipan tak bersara, bukan? Bagaimana datuk tahu? 285 00:24:09,783 --> 00:24:11,743 Pengarahnya hubungi datuk. 286 00:24:12,452 --> 00:24:15,747 Datuk kata awak lebih suka dinilai berdasarkan kebolehan sendiri. 287 00:24:17,332 --> 00:24:20,002 Ya dan saya tak berjaya. Baguslah. 288 00:24:20,085 --> 00:24:23,213 Rasanya mereka panggil saya untuk dengar kisah tentang Lamb. 289 00:24:23,297 --> 00:24:25,841 Datuk tak boleh bayangkan awak bekerja di syarikat swasta. 290 00:24:25,924 --> 00:24:28,218 Syarikat swasta juga fikir begitu 291 00:24:28,302 --> 00:24:29,720 kerana bagi mereka saya masih bedebah 292 00:24:29,803 --> 00:24:32,014 yang musnahkan Stansted semasa latihan. 293 00:24:34,558 --> 00:24:36,351 Saya sangka ia akan dilupakan selepas saya selamatkan Hassan, 294 00:24:36,435 --> 00:24:39,146 tapi saya masih lagi diketepikan. 295 00:24:40,105 --> 00:24:41,940 Peluang akan muncul. 296 00:24:42,524 --> 00:24:45,194 Ia sudah muncul, tapi Lamb tetap mengetepikan saya. 297 00:24:45,777 --> 00:24:47,613 Menjejaki skuad pembunuh FSB. 298 00:24:47,696 --> 00:24:48,697 Siapa mangsanya? 299 00:24:48,780 --> 00:24:50,199 Richard Bough. 300 00:24:50,908 --> 00:24:52,326 Oh Tuhan. 301 00:24:53,076 --> 00:24:54,244 Apa? 302 00:24:55,579 --> 00:24:56,955 Tiada apa-apa. Datuk cuma… 303 00:24:58,498 --> 00:25:00,876 Datuk terkejut kerana dia masih hidup. 304 00:25:02,127 --> 00:25:03,462 Bagaimana dia mati? 305 00:25:04,546 --> 00:25:06,798 Rekod rasmi mengatakan serangan sakit jantung. 306 00:25:06,882 --> 00:25:09,384 Mungkin ia memang disebabkan serangan sakit jantung. 307 00:25:09,927 --> 00:25:13,388 Tiada sebab seseorang mahu membunuh Dickie Bow. 308 00:25:15,057 --> 00:25:16,391 Jadi datuk kenal dia? 309 00:25:17,017 --> 00:25:18,477 Ya. 310 00:25:19,686 --> 00:25:20,687 Oh Tuhan. 311 00:25:23,482 --> 00:25:26,193 Ayuh. Datuk perlu minuman untuk semua ini. 312 00:26:22,958 --> 00:26:24,001 Alamak! Maaf. 313 00:26:24,084 --> 00:26:25,252 Tak mengapa. 314 00:26:38,265 --> 00:26:40,559 - Ada orang tercicir dompet ini. - Terima kasih. 315 00:26:48,984 --> 00:26:50,027 Ya? 316 00:26:50,110 --> 00:26:53,030 Saya mahu awak matikan bekalan elektrik bangunan Datalok pada pukul sembilan. 317 00:26:53,530 --> 00:26:56,408 - Saya ada janji temu dalam 30 minit. - Tak. 318 00:26:56,491 --> 00:26:59,703 Saya sudah curi kad pegawai keselamatan dan saya perlu masuk sebelum dia sedar. 319 00:27:00,204 --> 00:27:02,497 Kenapa awak mahu saya matikan kuasa jika awak ada kad dia? 320 00:27:02,581 --> 00:27:04,041 Itu hanya untuk pintu pagar luar. 321 00:27:04,124 --> 00:27:06,418 Ia untuk pengecaman wajah di pintu bangunan. 322 00:27:07,419 --> 00:27:08,420 Apa yang saya dapat? 323 00:27:09,296 --> 00:27:10,797 Kematian dengan segera. 324 00:27:22,017 --> 00:27:23,227 Riang-riang. 325 00:27:24,811 --> 00:27:27,439 Ejen rahsia menyorok di kalangan rakyat British. 326 00:27:27,523 --> 00:27:30,984 Ia dinamakan sempena riang-riang yang menetas selepas bertahun dalam tanah. 327 00:27:31,068 --> 00:27:34,404 Awak ingat bagaimana kita putuskan yang mereka satu penipuan? 328 00:27:34,488 --> 00:27:36,573 Ya. Ketua pengintip yang mengawal mereka 329 00:27:36,657 --> 00:27:37,950 rupa-rupanya hanyalah khayalan. 330 00:27:38,033 --> 00:27:42,037 Alexander Popov. Musuh ditakuti yang setaraf dengan datuk. 331 00:27:42,120 --> 00:27:44,790 Dicipta oleh pihak Rusia untuk menyibukkan kita. 332 00:27:44,873 --> 00:27:46,166 Ya. 333 00:27:46,250 --> 00:27:50,420 Saat penting Dickie ialah semasa dia hilangkan diri sebelum dinding itu runtuh. 334 00:27:50,504 --> 00:27:53,298 Kami fikir dia membelot dan… 335 00:27:53,382 --> 00:27:56,134 sejujurnya, pihak Jerman mengalu-alukan dia. 336 00:27:57,135 --> 00:28:00,556 Kemudian dia kembali, dalam keadaan sangat mabuk, 337 00:28:00,639 --> 00:28:04,142 mendakwa Popov dan seorang samseng menculik dia, 338 00:28:04,226 --> 00:28:07,688 menyoal siasat dia dan memaksa dia minum brandi. 339 00:28:08,355 --> 00:28:11,316 Dia memang minum dengan banyak. 340 00:28:12,150 --> 00:28:15,571 Dia memberi alasan yang paling teruk. 341 00:28:16,154 --> 00:28:17,406 Jadi kami singkirkan dia. 342 00:28:19,324 --> 00:28:22,536 Jadi tiada kemungkinan Dickie beritahu perkara sebenar? 343 00:28:23,203 --> 00:28:25,539 Tiada. Popov tak wujud. 344 00:28:25,622 --> 00:28:27,791 Kami tak pernah jumpa riang-riang. 345 00:28:27,875 --> 00:28:30,085 Ia membuat Lamb bersemangat. 346 00:28:30,169 --> 00:28:33,589 Dia mungkin menyiasat dengan teliti untuk ejen lama, tapi… 347 00:28:34,756 --> 00:28:37,968 kematian Dickie hanya kematian biasa. 348 00:28:39,845 --> 00:28:41,680 Dia mengekori seseorang sebelum dia mati. 349 00:28:42,306 --> 00:28:43,891 Mungkin dia nampak seseorang yang tak disangka. 350 00:28:43,974 --> 00:28:45,392 Tak, di Berlin. 351 00:28:45,475 --> 00:28:47,144 Kemudian dia nampak di London. 352 00:28:47,227 --> 00:28:48,854 Datuk tahu awak dihalang hari ini 353 00:28:48,937 --> 00:28:50,689 dan awak harap sesuatu berlaku. 354 00:28:50,772 --> 00:28:53,150 Tapi percayalah, ini bukan sesuatu. 355 00:28:53,233 --> 00:28:54,234 Kenapa? 356 00:28:54,318 --> 00:28:57,196 Kegagalan jantung bukan gaya FSB. 357 00:28:57,279 --> 00:29:00,449 Semua pembunuhan mereka baru-baru ini meninggalkan tanda yang jelas. 358 00:29:00,532 --> 00:29:02,284 Biasanya radioaktif. 359 00:29:03,202 --> 00:29:05,412 Mereka mahu kita lihat perbuatan mereka 360 00:29:06,538 --> 00:29:10,000 dan mencabar kita memberi respons yang takkan berlaku. 361 00:29:10,501 --> 00:29:12,669 - Bagaimana kalau ini bukan FSB? - Apa? 362 00:29:13,212 --> 00:29:15,130 - Bagaimana kalau ia KGB? - Oh. Tidak. 363 00:29:16,006 --> 00:29:17,841 Sekarang awak hanya mengarut. 364 00:29:17,925 --> 00:29:20,469 Ya, tapi mereka tak meninggalkan tanda. 365 00:29:20,552 --> 00:29:23,680 Kita tak sedar kemunculan mereka. Mereka langgar dan cucuk dengan payung. 366 00:29:23,764 --> 00:29:26,558 Tak. Dickie tak mengganggu sesiapa. 367 00:29:29,269 --> 00:29:30,479 Ya. Mungkin tidak. 368 00:29:34,107 --> 00:29:35,234 Baik, saya harus pergi. 369 00:29:35,317 --> 00:29:38,278 Awak tak mahu makan malam bersama? 370 00:29:38,362 --> 00:29:40,572 Tak mengapa. Saya sudah makan tadi. 371 00:29:41,281 --> 00:29:42,616 Saya akan bersihkan semua itu. 372 00:29:42,699 --> 00:29:46,161 Tak perlu. Datuk akan bersihkan nanti. Datuk suka menikmati angin malam. 373 00:29:47,913 --> 00:29:49,081 Berhati-hati, River. 374 00:29:52,251 --> 00:29:53,627 Kenapa datuk kata begitu? 375 00:29:55,295 --> 00:29:57,714 Ada lampu yang rosak di hujung lorong itu. 376 00:29:58,549 --> 00:30:01,635 Dari situ ke jalan utama agak gelap. 377 00:30:03,262 --> 00:30:07,266 Baik. Jangan minum terlalu banyak. 378 00:30:36,461 --> 00:30:40,048 Baik. Inilah Glasshouse, tempat pertemuan Webb dan Pashkin. 379 00:30:40,132 --> 00:30:42,801 Pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah ada di jalan belakang. 380 00:30:44,344 --> 00:30:46,305 Untuk perjumpaan itu, kita guna lif 381 00:30:46,388 --> 00:30:49,016 untuk naik ke bilik lembaga dan matikan kamera. 382 00:30:49,099 --> 00:30:51,727 Kita perlu mengimbas peranti pepijat pada malam sebelumnya. 383 00:30:51,810 --> 00:30:53,812 Kita boleh periksanya sekarang. Pemandangannya tentu menarik. 384 00:30:53,896 --> 00:30:56,106 Tak. Kita tak boleh masuk tanpa kebenaran Webb. 385 00:30:56,190 --> 00:30:57,608 Kita boleh guna bangunan di depannya. 386 00:30:57,691 --> 00:30:59,943 Kita boleh berkelah di bumbung. Meninjau dari sana. 387 00:31:00,027 --> 00:31:01,612 - Berkelah? - Ya. 388 00:31:02,571 --> 00:31:05,532 Bagaimana Lamb tahu tentang temu duga River? 389 00:31:05,616 --> 00:31:08,660 Catherine kata mereka hubungi untuk meminta surat perakuan. 390 00:31:09,161 --> 00:31:11,246 Alamak! Teruklah. 391 00:31:11,747 --> 00:31:13,957 Jadi dia buang angin melalui telefon? 392 00:31:14,041 --> 00:31:16,043 Tak. Sebenarnya ia agak bagus. 393 00:31:16,126 --> 00:31:17,794 - Betulkah? - Ya. 394 00:31:20,547 --> 00:31:22,382 Pashkin akan bertemu Webb di bilik lembaga 395 00:31:22,466 --> 00:31:25,552 di atas pejabat Nevsky yang terletak di tingkat 42. 396 00:31:26,053 --> 00:31:28,055 Apa itu… Almaz Trust? 397 00:31:28,680 --> 00:31:30,015 Syarikat Nevsky. 398 00:31:30,891 --> 00:31:34,770 Perkataan Rusia untuk berlian. Dia jadi jutawan sebagai peniaga permata. 399 00:31:37,731 --> 00:31:41,485 Tingkat 42 ialah satu, dua, tiga, 400 00:31:41,568 --> 00:31:45,113 empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, 11, 12… 401 00:31:45,197 --> 00:31:47,115 Min, kira dari atas. 402 00:31:47,199 --> 00:31:49,868 Ia 50 tingkat, bilik lembaga tingkat 47, syarikat Nevsky lima tingkat di bawah… 403 00:31:49,952 --> 00:31:52,329 Baiklah. Okey. Ya. Saya boleh mengira. 404 00:31:53,205 --> 00:31:55,999 Sebab itu dia mahu berjumpa di bangunan ini? 405 00:31:56,083 --> 00:31:58,043 Ya. Selepas kita pastikan bilik lembaga selamat, 406 00:31:58,126 --> 00:32:00,629 kita boleh menyelinap ke atas dan tiada orang akan tahu. 407 00:32:00,712 --> 00:32:03,590 Ya. Bukannya ada orang akan lihat melalui tingkap, bukan? 408 00:32:04,091 --> 00:32:05,551 Apa yang ada di atas dan di bawahnya? 409 00:32:06,593 --> 00:32:07,636 Tiada apa-apa di atas. 410 00:32:08,637 --> 00:32:11,348 Selain syarikat Nevsky, di bawahnya ada bank swasta, 411 00:32:11,431 --> 00:32:15,644 syarikat pelaburan dan 20 tingkat hotel mewah. 412 00:32:16,311 --> 00:32:19,398 Mungkin kita patut tinggal di hotel untuk operasi ini. 413 00:32:19,481 --> 00:32:20,691 Mahu jadikan itu syarat? 414 00:32:20,774 --> 00:32:22,234 - Awak mahu? - Ya. 415 00:33:23,670 --> 00:33:26,673 WAKTU JALAN SELESAI TERUSKAN? 416 00:33:27,508 --> 00:33:29,801 Habislah awak, Ho. 417 00:33:30,344 --> 00:33:31,595 Saya kata pukul sembilan! 418 00:33:38,227 --> 00:33:39,853 PANAS & SEDAP 419 00:33:46,693 --> 00:33:47,945 Alamak! 420 00:34:04,711 --> 00:34:06,338 YA 421 00:34:28,318 --> 00:34:29,610 MASUKKAN LOG MASUK TAULIAH CAL FENTON 422 00:34:29,695 --> 00:34:33,031 Saya sedar apabila tiba di rumah. Dia mencuri dompet saya dan serahkannya. 423 00:34:33,114 --> 00:34:36,201 Kad saya hilang. Sukar dipercayai. 424 00:34:46,128 --> 00:34:47,588 CARIAN PERANTI 425 00:35:42,684 --> 00:35:43,894 Awak pergi ke sana. 426 00:36:51,461 --> 00:36:53,255 - Awak sudah dapatkannya? - Ya. 427 00:36:55,632 --> 00:36:56,633 Syabas. 428 00:36:57,885 --> 00:36:59,720 Nampaknya saya tak begitu teruk? 429 00:36:59,803 --> 00:37:01,805 Tak. Awak tak teruk. 430 00:37:01,889 --> 00:37:04,057 Ya. Memusnahkan Stansted paling teruk. 431 00:37:05,392 --> 00:37:08,353 Sebenarnya itu cuma latihan, jadi… Lupakannya. 432 00:37:10,230 --> 00:37:12,733 Awak dihantar ke sini kerana menumbuk pegawai atasan awak? 433 00:37:13,525 --> 00:37:14,693 Tak. 434 00:37:15,444 --> 00:37:17,529 Saya menumbuk dia selepas dia menggoda saya, 435 00:37:17,613 --> 00:37:20,407 tapi saya boleh terlepas dengan amaran dan nota dalam fail saya. 436 00:37:21,033 --> 00:37:24,494 Saya ada di sini kerana tumbukan kedua selepas dia kata saya lemah. 437 00:37:25,162 --> 00:37:26,413 Dia tak bangun selepas itu. 438 00:37:28,540 --> 00:37:29,833 Baiklah. 439 00:37:32,419 --> 00:37:36,507 Dia menaiki kereta api dari Oxford Parkway ke Stroud, Cotswolds. 440 00:37:39,176 --> 00:37:40,511 Saya sudah periksa CCTV stesen. 441 00:37:40,594 --> 00:37:43,013 Dia berjalan melepasi kamera ke tempat menunggu teksi. 442 00:37:43,805 --> 00:37:45,974 Baik. Kita tak tahu dia ke mana selepas itu? 443 00:37:47,601 --> 00:37:51,063 Ia mungkin pelik, tapi ada orang berpayung menghampiri Dickie? 444 00:37:51,146 --> 00:37:52,439 Ya. Ramai orang berpayung. 445 00:37:52,523 --> 00:37:54,566 - Hujan sebelum itu. - Tak. Maksud saya… 446 00:37:54,650 --> 00:37:56,735 Maksud awak seperti pembunuhan Markov. 447 00:37:56,818 --> 00:37:57,819 Ya. 448 00:37:57,903 --> 00:38:00,989 Orang suka cara pembunuhan lama, tapi tiada orang cucuk dia dengan payung. 449 00:38:03,742 --> 00:38:04,952 Bagaimana dengan lelaki botak itu? 450 00:38:05,452 --> 00:38:07,871 Saya sudah kata, dia hilang di tempat menunggu teksi. 451 00:38:08,580 --> 00:38:10,666 Ya, tapi dia dapat menghampiri Dickie? 452 00:38:29,518 --> 00:38:30,727 Ada orang duduk di situ. 453 00:38:30,811 --> 00:38:32,521 Ya? Siapa? 454 00:38:32,604 --> 00:38:34,481 Gillian Anderson ada di tandas. 455 00:38:35,107 --> 00:38:37,860 Dia tentu ambil masa untuk muntah selepas melihat cara awak makan. 456 00:38:42,447 --> 00:38:47,244 Awak tahu sukar bagi saya untuk menulis surat perakuan yang agak baik untuk awak? 457 00:38:48,287 --> 00:38:51,039 Semuanya sia-sia. Awak masih ada di sini. 458 00:38:51,790 --> 00:38:55,502 Awak buang air besar dalam tong sampah semasa temu duga? 459 00:38:55,586 --> 00:38:58,714 Masalahnya ialah tiada perkara menarik boleh dikatakan tentang awak. 460 00:38:58,797 --> 00:39:01,216 Saya patut beritahu mereka cara awak makan menjijikkan. 461 00:39:03,093 --> 00:39:05,387 Saya bersalah jika tiada orang mahu mengupah awak? 462 00:39:08,974 --> 00:39:10,517 Dickie dibunuh. 463 00:39:10,601 --> 00:39:11,977 Saya tahu, si dungu. 464 00:39:12,060 --> 00:39:13,520 Ya, tapi awak tak tahu caranya. 465 00:39:15,022 --> 00:39:16,023 Jika awak… 466 00:39:18,567 --> 00:39:19,943 Boleh saya duduk di sana? Saya akan… 467 00:39:20,027 --> 00:39:21,028 Saya tak boleh lihat. 468 00:39:25,908 --> 00:39:28,744 Shirley dapat rakaman dalam kereta api yang awak minta. 469 00:39:30,370 --> 00:39:31,371 Lihat. 470 00:39:33,665 --> 00:39:35,209 Dickie paling hampir dengan pintu, bukan? 471 00:39:35,292 --> 00:39:38,504 Bermakna dia perlu keluar dahulu jika dia tak mahu menarik perhatian. 472 00:39:38,587 --> 00:39:41,507 Itu membuatkan lelaki yang dia ekori berada di belakang dia 473 00:39:41,590 --> 00:39:43,008 semasa mereka turun di High Wycombe. 474 00:39:43,091 --> 00:39:45,677 Lihat. Dia menyentuh lengan Dickie. 475 00:39:46,220 --> 00:39:49,473 Jika awak lihat rakaman di dalam stesen pula… 476 00:39:52,100 --> 00:39:53,477 Dickie menggosok lengan dia. 477 00:39:53,560 --> 00:39:55,938 Dia tentu menyuntik Dickie dengan sesuatu yang tak dapat dikesan 478 00:39:56,021 --> 00:39:57,481 dan jadikannya seperti serangan sakit jantung. 479 00:39:58,607 --> 00:40:00,025 Kecuali awak mahu buat beberapa 480 00:40:00,108 --> 00:40:02,486 ujian rumit dan rahsia yang saya rasa ibu pejabat 481 00:40:02,569 --> 00:40:04,863 tak peduli tentangnya walaupun ia diperlukan. 482 00:40:04,947 --> 00:40:06,198 Sekarang… 483 00:40:08,575 --> 00:40:12,496 Saya bertaruh 50 paun yang saya tahu mesej di telefon Dickie. 484 00:40:13,080 --> 00:40:14,081 Hanya satu perkataan. 485 00:40:15,123 --> 00:40:16,166 Riang-riang. 486 00:40:33,183 --> 00:40:34,309 RIANG-RIANG 487 00:40:40,566 --> 00:40:41,567 Boleh tahan. 488 00:40:42,943 --> 00:40:44,653 Kata-kata saya atau mi awak? 489 00:40:46,113 --> 00:40:47,364 Ya. Simpan bakinya. 490 00:40:47,447 --> 00:40:48,866 Terima kasih, En. Lamb. 491 00:40:50,325 --> 00:40:52,578 Saya betul, jadi awak perlu beri saya 50 paun. 492 00:40:52,661 --> 00:40:54,663 Biasanya begitulah cara pertaruhan. 493 00:40:55,455 --> 00:40:58,250 Anggap itu bayaran kerana menulis surat perakuan untuk awak. 494 00:41:00,502 --> 00:41:04,047 Okey, si bijak, apa maksudnya? 495 00:41:05,424 --> 00:41:08,468 Maknanya Dickie tak menipu dahulu. 496 00:41:09,303 --> 00:41:11,388 Maknanya dia diculik, dipaksa minum sehingga mabuk 497 00:41:11,471 --> 00:41:14,558 dan disoal oleh orang yang mahu sebarkan khabar angin tentang Popov. 498 00:41:17,477 --> 00:41:18,937 Ia masih khabar angin. 499 00:41:19,021 --> 00:41:21,899 Ya, Popov tak wujud, tapi mungkin riang-riang wujud sebelum ini. 500 00:41:21,982 --> 00:41:25,235 Sekarang. Mungkin mereka sembunyikan kebenaran dalam penipuan. 501 00:41:26,486 --> 00:41:28,780 Dickie ternampak seseorang, dia mengekori mereka, 502 00:41:28,864 --> 00:41:30,908 mereka tak sukakannya, jadi mereka bunuh dia. 503 00:41:30,991 --> 00:41:34,703 Mungkin mereka diaktifkan semula dan mungkin lebih ramai orang akan mati. 504 00:41:52,596 --> 00:41:53,597 Awak mahu ke mana? 505 00:41:55,098 --> 00:41:56,517 Cotswolds. 506 00:41:58,644 --> 00:41:59,645 Bagus. 507 00:42:00,395 --> 00:42:02,481 Siasat apa lelaki botak itu buat di sana, 508 00:42:03,190 --> 00:42:05,943 siapa bercakap dengan dia dan jika dia masih ada di sana. 509 00:42:07,819 --> 00:42:08,820 Ya. 510 00:42:18,163 --> 00:42:19,331 Terima kasih, En. Lao. 511 00:42:21,166 --> 00:42:24,086 Boleh beri saya beberapa sandwic udang untuk dibawa pulang? 512 00:42:34,346 --> 00:42:37,850 KAL BIGGINS DALAM KENANGAN, KAWAN DAN RAKAN SEKERJA YANG DISAYANGI 513 00:43:47,336 --> 00:43:49,338 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof