1 00:00:10,322 --> 00:00:11,657 Awak tak boleh kejar saya. 2 00:00:12,825 --> 00:00:14,076 Saya akan tangkap awak. 3 00:00:14,160 --> 00:00:15,703 - Ya! - Ya! 4 00:00:18,164 --> 00:00:20,666 - Awak lambat. - Saya akan tangkap awak sekarang. 5 00:00:21,333 --> 00:00:23,044 Saya lebih kuat daripada awak. 6 00:00:23,544 --> 00:00:25,963 Berhenti. Awak tak boleh lari daripada Kesatuan. 7 00:00:26,380 --> 00:00:29,842 Yakah? Cubalah tangkap saya dulu, Utopian. 8 00:00:32,011 --> 00:00:33,888 Saya akan tangkap awak, Encik Snow! 9 00:00:33,971 --> 00:00:36,348 Cubalah kalau boleh, Lady Liberty. 10 00:00:36,849 --> 00:00:38,726 - Ya! - Mata laser! 11 00:00:40,770 --> 00:00:42,021 Tak kena! 12 00:00:42,980 --> 00:00:45,983 Tidak, ia mengena. 13 00:00:46,067 --> 00:00:47,401 Ya, awak tersasar. 14 00:00:47,985 --> 00:00:50,905 Tidak, ia mengena! 15 00:01:06,712 --> 00:01:09,590 Saya takkan tersasar. 16 00:01:14,053 --> 00:01:14,887 Chloe? 17 00:01:19,517 --> 00:01:21,685 Brandon, dia tipu. 18 00:01:21,769 --> 00:01:22,937 Tak mengapa. 19 00:01:23,020 --> 00:01:25,064 - Saya dah dapat dia. - Saya tahu. 20 00:01:25,564 --> 00:01:27,817 - Awak pun nampak. - Tak mengapa. 21 00:01:36,408 --> 00:01:37,827 Alamak! 22 00:01:40,830 --> 00:01:41,705 Hai, ayah. 23 00:01:42,540 --> 00:01:44,875 - Kami sedang bermain dan Chloe… - Ayah dengar. 24 00:01:48,170 --> 00:01:49,755 Kamu guna kuasa kamu. 25 00:01:54,343 --> 00:01:57,471 Dia orang jahat. Kita patut tangkap orang jahat. 26 00:01:57,555 --> 00:01:59,390 Ada sebab kita dikurniakan kelebihan. 27 00:01:59,974 --> 00:02:01,225 Semakin berkuasa… 28 00:02:01,308 --> 00:02:02,810 Semakin besar tanggungjawab. 29 00:02:02,893 --> 00:02:03,727 Bukan. 30 00:02:04,228 --> 00:02:05,896 Sebenarnya, ya. 31 00:02:08,065 --> 00:02:08,899 Dengar sini. 32 00:02:08,983 --> 00:02:12,695 Kamu mesti ambil berat tentang masyarakat dan segala-galanya. 33 00:02:12,778 --> 00:02:14,113 Kamu perlu tahu yang… 34 00:02:16,157 --> 00:02:21,537 Mengamuk, menyakiti dan membunuh orang sememangnya lebih mudah. 35 00:02:21,620 --> 00:02:22,454 Tapi penjahat… 36 00:02:22,538 --> 00:02:24,165 Penjahat juga manusia. 37 00:02:25,332 --> 00:02:28,377 Apa kita patut buat? Halang dan penjarakan mereka, 38 00:02:28,460 --> 00:02:30,629 tapi kita takkan ikut nafsu amarah. 39 00:02:30,713 --> 00:02:35,009 Membantu, mengasihani dan bertimbang rasa adalah cogan kata hidup kita. 40 00:02:35,092 --> 00:02:39,180 Itu Kod kita dan ia perkara yang paling penting di dunia ini. 41 00:02:40,973 --> 00:02:42,057 Kamu berdua faham? 42 00:02:49,106 --> 00:02:49,982 Baiklah. 43 00:02:51,984 --> 00:02:54,153 - Siapa nak aiskrim? - Saya! 44 00:02:55,112 --> 00:02:57,114 - Mari makan aiskrim. - Marshmallow? 45 00:03:06,707 --> 00:03:07,833 Ayah mesti pergi. 46 00:03:07,917 --> 00:03:08,834 Tapi ayah kata… 47 00:03:08,918 --> 00:03:09,877 Ayah tahu. 48 00:03:10,753 --> 00:03:12,671 Ada orang perlukan bantuan ayah. 49 00:03:14,590 --> 00:03:15,591 Maafkan ayah. 50 00:03:17,635 --> 00:03:18,636 Tak mengapa. 51 00:03:41,992 --> 00:03:44,161 Berita terkini tengah hari ini. 52 00:03:44,245 --> 00:03:45,913 Dow Jones rugi lapan peratus 53 00:03:45,996 --> 00:03:48,832 seperti ramalan pakar berikutan aliran kemerosotan pasaran 54 00:03:48,916 --> 00:03:51,543 yang paling corot sejak Black Monday 1929. 55 00:03:51,627 --> 00:03:53,754 Kadar pengangguran naik sepanjang 10 bulan lalu 56 00:03:53,837 --> 00:03:56,465 kerana rangsangan ekonomi masih dibahaskan dalam Kongres. 57 00:03:57,675 --> 00:04:02,554 Di Portland, enam pegawai polis tercedera dalam protes Persetiaan Amerika Utara. 58 00:04:02,638 --> 00:04:05,391 Seterusnya, perbicaraan penjenayah terkenal, Blackstar… 59 00:04:05,474 --> 00:04:06,392 Nak kopi? 60 00:04:06,475 --> 00:04:07,685 Musuh ketat… 61 00:04:07,768 --> 00:04:09,061 - Tak mengapa. - Okey. 62 00:04:09,603 --> 00:04:12,940 …Black Star diberkas baru-baru ini, ditahan dan didakwa… 63 00:04:13,023 --> 00:04:14,358 Oh, ya. Keparat itu. 64 00:04:15,150 --> 00:04:16,694 Dia memang celaka. 65 00:04:16,777 --> 00:04:20,906 Bekas saintis yang dihormati, Blackstar, atau William Henry Bendal, 66 00:04:20,990 --> 00:04:22,157 yang sehingga kini… 67 00:04:22,783 --> 00:04:24,118 Betulkah tak nak kopi? 68 00:05:02,948 --> 00:05:05,242 Gerak! Ayuh! 69 00:05:07,494 --> 00:05:11,123 - Ayuh, semua! Kita letupkan trak ini! - Ayuh! 70 00:05:31,518 --> 00:05:32,561 Hei, perempuan! 71 00:05:33,520 --> 00:05:35,147 Berambus dari sini. 72 00:05:35,230 --> 00:05:37,775 - Kami nak rompak trak ini. - Tidak. 73 00:05:37,858 --> 00:05:39,777 Saya yang akan rompak trak ini. 74 00:05:41,737 --> 00:05:43,113 Alamak! 75 00:06:08,222 --> 00:06:10,849 Meniarap dan letak tangan di belakang kepala. 76 00:06:11,350 --> 00:06:12,810 Saya takkan ulang. 77 00:06:15,938 --> 00:06:20,484 Wah! Awak mesti tersesat. Awak takkan mampu halang saya. 78 00:06:20,567 --> 00:06:23,946 - Hei… - Awak Paragon, bukan? 79 00:06:24,029 --> 00:06:26,782 Percayalah, dik. Lebih baik awak balik saja. 80 00:06:26,865 --> 00:06:30,494 Awak tentu tak nak seisi dunia tahu yang saya kalahkan awak. 81 00:06:30,577 --> 00:06:31,537 Buat malu saja. 82 00:06:32,037 --> 00:06:33,872 Apa ayah awak fikir nanti? 83 00:06:38,502 --> 00:06:40,170 Ayuh. Marilah, sayang. 84 00:06:40,921 --> 00:06:44,800 Ya! 85 00:07:00,899 --> 00:07:02,901 Tunggu sekejap. Nanti dulu. 86 00:07:04,653 --> 00:07:05,654 Berambus. 87 00:07:12,786 --> 00:07:13,662 Ayuh. 88 00:07:13,745 --> 00:07:16,540 Awak bukan Utopian mahupun Brainwave. 89 00:07:16,623 --> 00:07:19,501 Awak tak sekuat ibu awak pun. Jadi, jangan bangun. 90 00:07:24,923 --> 00:07:25,757 Atau bangun. 91 00:07:33,932 --> 00:07:35,017 Alamak! 92 00:07:44,943 --> 00:07:46,528 Semuanya terkawal. 93 00:07:46,612 --> 00:07:47,654 Ya, ayah nampak. 94 00:07:48,864 --> 00:07:51,909 Apa kamu buat? Kamu tahu kamu patut minta bantuan. 95 00:07:51,992 --> 00:07:54,745 Kamu mesti jaga diri dan bertindak bijak. 96 00:07:54,828 --> 00:07:56,163 - Ayah, saya… - Tolong 97 00:07:57,706 --> 00:07:59,082 jangan buat silap lagi. 98 00:08:00,083 --> 00:08:00,918 Faham? 99 00:08:04,254 --> 00:08:06,048 Kamu tanggung semua kos ini. 100 00:08:15,933 --> 00:08:17,267 Awak memang teruk. 101 00:08:24,274 --> 00:08:25,442 SIRI ASLI NETFLIX 102 00:09:11,989 --> 00:09:15,450 SAMPSON 103 00:09:50,319 --> 00:09:53,655 Dalam dunia perniagaan, pasaran saham menjunam hari ini. 104 00:09:53,739 --> 00:09:57,200 Tiada sesiapa menjangkakannya, jadi alirannya tak menentu. 105 00:09:57,701 --> 00:09:59,119 Laporan penuh menyusul. 106 00:09:59,620 --> 00:10:03,415 Ada perkembangan terbaru dalam pemburuan Dr. Bendal. 107 00:10:03,498 --> 00:10:09,004 Usul pembubaran kes Dr. Bendal atau Blackstar ditolak mahkamah hari ini. 108 00:10:09,087 --> 00:10:12,007 Drama perundangan ini mungkin akan berlanjutan 109 00:10:12,090 --> 00:10:15,302 berbulan-bulan lamanya sejak dia diberkas oleh Utopian. 110 00:10:15,385 --> 00:10:18,555 Awak ingat awak boleh kurung saya selama-lamanya? 111 00:10:18,639 --> 00:10:21,433 Saya akan bunuh awak! 112 00:10:21,516 --> 00:10:23,852 Dr. Bendal akan dikurung di Supermax 113 00:10:23,935 --> 00:10:26,188 sementara menunggu keputusan dan hukuman. 114 00:11:02,391 --> 00:11:04,142 Sayang, nampak pelecek bawang putih? 115 00:11:04,226 --> 00:11:06,520 - Di dalam laci. - Saya dah cari tadi. 116 00:11:07,396 --> 00:11:08,897 - Betulkah? - Ya. 117 00:11:08,980 --> 00:11:10,691 - Di dalam laci itu? - Ya. 118 00:11:13,443 --> 00:11:15,487 - Awak dah periksa laci ini? - Ya. 119 00:11:20,409 --> 00:11:22,953 Bagi seseorang yang boleh nampak hama di permukaan bulan… 120 00:11:23,036 --> 00:11:25,580 Jangan ejek saya semasa saya sedang memasak. 121 00:11:27,749 --> 00:11:30,419 - Awak nak bir? - Semestinya. 122 00:11:31,545 --> 00:11:33,088 Lagu apa yang awak pasang? 123 00:11:33,171 --> 00:11:34,339 Muzik, Grace. 124 00:11:37,551 --> 00:11:40,220 - Di mana telefon awak? - Di sebelah kentang. 125 00:11:40,929 --> 00:11:41,805 Nah. 126 00:11:42,514 --> 00:11:43,348 Terima kasih. 127 00:11:43,432 --> 00:11:44,266 - Minum. - Minum. 128 00:11:50,939 --> 00:11:52,065 Awak tahu kod saya? 129 00:11:52,149 --> 00:11:54,359 Dah 60 tahun kita berkahwin. 130 00:11:54,443 --> 00:11:55,986 Semuanya dalam kocek saya. 131 00:11:56,069 --> 00:11:56,945 Takutnya saya. 132 00:12:00,073 --> 00:12:02,075 - Elvis Presley. - Betul. 133 00:12:06,663 --> 00:12:10,375 Awak ingat semasa kita terserempak dengan dia di hutan di Jerman pada 1958? 134 00:12:10,459 --> 00:12:12,878 Ya! Kita buat dia takut setengah mati. 135 00:12:12,961 --> 00:12:15,088 Dia ingat kita UFO. 136 00:12:17,716 --> 00:12:19,551 - Ya, dia budak baik. - Ya. 137 00:12:21,052 --> 00:12:22,721 Sebelum jadi penagih dadah. 138 00:12:24,139 --> 00:12:25,640 Dia akan baik-baik saja. 139 00:12:28,059 --> 00:12:30,645 - Mungkin saya patut ajar dia. - Tak usah. 140 00:12:31,271 --> 00:12:34,775 - Dia perlu dengar, Grace. - Sayang, dia takkan dengar. 141 00:12:34,858 --> 00:12:38,820 Saya faham niat baik awak. Tapi dia takkan faham. 142 00:12:38,904 --> 00:12:41,656 - Sekurang-kurangnya, bukan sekarang. - Bila? 143 00:12:42,240 --> 00:12:43,992 Itu terpulang kepada dia. 144 00:12:44,075 --> 00:12:46,411 Bantu saya untuk faham budak 20 tahun. 145 00:12:46,495 --> 00:12:49,873 - Dia buat saya mati kutu. - Itu saja yang saya tahu. 146 00:12:49,956 --> 00:12:51,625 Dia seperti orang asing. 147 00:12:52,167 --> 00:12:54,669 Apa pula khabar Brandon? 148 00:12:55,921 --> 00:12:57,589 Fitz kata dia tak apa-apa. 149 00:12:57,672 --> 00:12:59,466 Bukan itu maksud saya. 150 00:13:02,928 --> 00:13:06,097 Ia mudah, tapi dia biar keadaan jadi tak terkawal. 151 00:13:06,181 --> 00:13:08,183 Kita pun pernah mengalaminya. 152 00:13:08,266 --> 00:13:12,312 Ya, tapi dengan penjahat macam Hobbs, Blackstar dan konco mereka. 153 00:13:13,104 --> 00:13:16,358 Macam mana kalau Brandon ajak adiwira lain bersama dia? 154 00:13:16,858 --> 00:13:19,694 - Mereka boleh terbunuh. - Dia tak ajak, jadi… 155 00:13:19,778 --> 00:13:23,114 - Dia tak faham, Grace. - Dia masih belajar, Sheldon. 156 00:13:23,198 --> 00:13:26,284 Kalau dia nak mewarisinya, dia tak patut belajar saja. 157 00:13:26,368 --> 00:13:27,536 Dia mesti buat. 158 00:13:28,119 --> 00:13:31,832 Okey. Bertenang, Yoda. Awak takkan ke mana-mana. Dia ada masa. 159 00:13:32,415 --> 00:13:34,376 Masa bukan masalahnya. 160 00:13:34,876 --> 00:13:36,086 Budak itu… 161 00:13:37,128 --> 00:13:37,963 Apa? 162 00:13:38,046 --> 00:13:39,798 Dia terlalu ikutkan perasaan. 163 00:13:39,881 --> 00:13:41,258 Dia terganggu. 164 00:13:44,344 --> 00:13:46,263 Dia langsung tak bersedia. 165 00:13:49,558 --> 00:13:53,645 Mungkin dia takkan bersedia. 166 00:13:56,022 --> 00:13:59,526 Minum arak di bumbung. Teruk betul! 167 00:14:00,735 --> 00:14:01,903 Hei, Pak Cik Walt. 168 00:14:04,406 --> 00:14:05,657 Apa kamu buat di sini? 169 00:14:06,366 --> 00:14:07,325 Biasalah. 170 00:14:08,451 --> 00:14:10,120 Muhasabah diri sambil mabuk. 171 00:14:14,249 --> 00:14:15,959 Pak cik dah dengar. 172 00:14:16,042 --> 00:14:17,878 Ya. Siapa yang belum dengar? 173 00:14:19,754 --> 00:14:20,755 Kamu nak berbual? 174 00:14:25,510 --> 00:14:26,428 Apa halnya? 175 00:14:33,476 --> 00:14:35,729 Dia langsung tak bersedia. 176 00:14:36,396 --> 00:14:38,315 Mungkin dia takkan bersedia. 177 00:14:38,940 --> 00:14:41,026 Dia langsung tak bersedia. 178 00:14:41,818 --> 00:14:42,652 Brandon. 179 00:14:50,243 --> 00:14:51,286 Mari makan. 180 00:14:54,456 --> 00:14:56,458 Bagaimana ayah semasa dia muda? 181 00:14:58,501 --> 00:15:00,211 Maksud saya, sebelum dia ada kuasa. 182 00:15:02,213 --> 00:15:04,007 Shel, dia seorang yang… 183 00:15:05,884 --> 00:15:07,761 Dia hidup bebas tanpa kerunsingan. 184 00:15:09,888 --> 00:15:12,974 Tiada apa-apa yang boleh merunsingkan dia. 185 00:15:24,611 --> 00:15:26,404 - Selamat pagi, semua. - Shel. 186 00:15:26,488 --> 00:15:27,906 - Sihat, Clyde? - Sihat! 187 00:15:27,989 --> 00:15:29,950 Bagus! Roscoe, apa gosip terbaru? 188 00:15:30,033 --> 00:15:32,661 - Kahwin! Itu khabar anginnya. - Ia benar. 189 00:15:32,744 --> 00:15:35,288 Saya akan berkahwin. Macam mana dengan kamu? 190 00:15:35,372 --> 00:15:36,247 Hei, Shel. 191 00:15:37,457 --> 00:15:38,917 Dah sampai jodoh, ya. 192 00:15:39,000 --> 00:15:41,753 Saya dah tak sabar nak beristeri, Willie. 193 00:15:41,836 --> 00:15:42,754 Jaga dia. 194 00:15:42,837 --> 00:15:45,215 Kalau awak tak curang, semuanya tenang. 195 00:15:45,298 --> 00:15:46,716 - Hei, ayah! - Apa? 196 00:15:46,800 --> 00:15:48,426 - Maaf, En. Sampson. - Tak! 197 00:15:48,510 --> 00:15:51,304 Jangan panggil saya "Encik Sampson". 198 00:15:51,388 --> 00:15:53,306 Tolonglah, Fitz. Itu ayah saya. 199 00:15:53,390 --> 00:15:54,391 Abaikan saja dia. 200 00:15:55,642 --> 00:15:58,561 - Tahniah, Shel. - Saya hargainya. Terima kasih. 201 00:15:58,645 --> 00:16:01,272 - Ada nampak ayah saya? - Dengan abang awak. 202 00:16:01,773 --> 00:16:04,401 - Baiklah, selamat bertugas. - Awak juga. 203 00:16:06,403 --> 00:16:10,699 Apa yang kamu mengarut? Fisher kata ia dataran tetap. 204 00:16:10,782 --> 00:16:12,283 Selamat pagi, semua. 205 00:16:12,367 --> 00:16:13,910 Shel, pujuk ayah. 206 00:16:14,452 --> 00:16:16,454 Ayah, dengar cakap Walt. 207 00:16:16,538 --> 00:16:19,040 - Apa halnya? - Abang kamu tak setuju. 208 00:16:19,124 --> 00:16:19,958 Apa? 209 00:16:20,041 --> 00:16:22,877 Saya akur saja apabila diminta meneliti usul itu. 210 00:16:22,961 --> 00:16:24,212 Ia memang meragukan. 211 00:16:25,088 --> 00:16:29,551 Semua orang beli saham dengan margin serendah sepuluh peratus. 212 00:16:29,634 --> 00:16:33,722 Nilai saham meningkat 20 peratus setiap tahun sejak 1922. Fisher kata… 213 00:16:33,805 --> 00:16:36,474 Pergi jahanamlah dengan Irving Fisher! 214 00:16:36,558 --> 00:16:38,184 - Jangan mencarut! - Maaf. 215 00:16:39,936 --> 00:16:41,730 - Dia mungkin silap. - Dia alumni Yale. 216 00:16:41,813 --> 00:16:43,314 - Betul? - Ya. 217 00:16:43,398 --> 00:16:45,400 Itu semua angan-angan Mat Jenin. 218 00:16:46,151 --> 00:16:47,902 Sektor pertanian tenat. 219 00:16:48,403 --> 00:16:51,489 Rizab Persekutuan cuma menaikkan kadar faedah. 220 00:16:51,573 --> 00:16:53,283 Hoover sedar tindakan dia. 221 00:16:53,366 --> 00:16:56,494 Semua orang sedar tindakan masing-masing kecuali saya. 222 00:16:56,578 --> 00:16:58,371 Aduhai. Bukan itu maksud kami. 223 00:16:58,455 --> 00:17:02,751 Walt, kami faham. Kamu seorang yang pesimis. 224 00:17:02,834 --> 00:17:07,464 Setiap syarikat perlukan pesimis untuk terus berpijak di bumi yang nyata. 225 00:17:07,547 --> 00:17:10,216 Tapi adakalanya, kamu perlu letak kepercayaan. 226 00:17:10,300 --> 00:17:13,303 Ruyung mesti dipecahkan kalau kita mahukan sagunya. 227 00:17:13,386 --> 00:17:14,721 Betul itu, ayah. 228 00:17:14,804 --> 00:17:17,599 Okey. Apa kata kita… 229 00:17:19,559 --> 00:17:21,936 tunggu beberapa bulan lagi? 230 00:17:23,646 --> 00:17:24,564 Beberapa bulan? 231 00:17:24,647 --> 00:17:27,442 Ahli lembaga sedia menyokongnya sekarang, Walt. 232 00:17:27,525 --> 00:17:29,861 Tiga kilang baru kita bakal beroperasi. 233 00:17:29,944 --> 00:17:31,946 Berapa jumlah kerugian kita nanti? 234 00:17:32,030 --> 00:17:34,157 - Saya dah kira. - Oh, Tuhan! 235 00:17:34,240 --> 00:17:35,867 Itu dah semestinya. 236 00:17:35,950 --> 00:17:39,329 Walt, ini bukan soal duit dan jumlah untung atau rugi. 237 00:17:39,412 --> 00:17:43,333 Kita membangunkan negara dengan keluli dan sokongan orang ramai. 238 00:17:43,416 --> 00:17:44,250 Ayah. 239 00:17:44,334 --> 00:17:46,002 Bagi sesetengah mereka, 240 00:17:46,086 --> 00:17:49,130 semakin kita berkembang, semakin banyak peluang pekerjaan. 241 00:17:49,214 --> 00:17:51,091 Peluang untuk mengubah nasib. 242 00:17:51,174 --> 00:17:52,217 - Ayuhlah. - Shel… 243 00:17:52,300 --> 00:17:56,096 Walt, ini bukan soal ahli lembaga, Fed atau Irving Fisher. 244 00:17:56,179 --> 00:17:59,641 Ini soal masyarakat dan keluarga, Walt. 245 00:18:08,108 --> 00:18:10,360 Okey, ayuh. Sila duduk, semua. 246 00:18:11,319 --> 00:18:13,279 Sedapnya bau! 247 00:18:13,363 --> 00:18:15,615 Suami saya memang pandai memasak. 248 00:18:15,698 --> 00:18:17,033 Ia nampak lazat, ayah. 249 00:18:17,117 --> 00:18:20,787 Ini cuma makan malam hujung minggu. Jangan terlalu berharap. 250 00:18:20,870 --> 00:18:23,456 Ajar ayah kamu terima pujian sekali-sekala. 251 00:18:23,540 --> 00:18:26,209 - Saya rasa dia takkan dengar. - Setuju. 252 00:18:26,292 --> 00:18:29,546 Sekurang-kurangnya, kita sependapat. Walt, awak lupakah? 253 00:18:30,463 --> 00:18:31,840 Maaf. Awak nak minum? 254 00:18:31,923 --> 00:18:34,092 Tak perlu bawa apa-apa. Kami ada banyak wain. 255 00:18:34,175 --> 00:18:37,345 Ia cuma Pinot yang saya beli di Côte de Beaune dalam perjalanan tadi. 256 00:18:37,428 --> 00:18:41,224 Saya tak maksudkan wain itu. Kita akan berdoa sebelum makan. 257 00:18:41,307 --> 00:18:43,309 - Saya sedang minum, jadi… - Ayuh. 258 00:18:44,018 --> 00:18:45,812 Pegang tangan dan tutup mulut. 259 00:18:47,397 --> 00:18:48,773 Kita nak tunggu Chloe? 260 00:18:50,400 --> 00:18:53,778 Dah berkali-kali dia buat kita tertunggu-tunggu. 261 00:18:55,780 --> 00:18:58,616 Wahai Tuhanku, kami bersyukur atas rahmat-Mu. 262 00:19:00,785 --> 00:19:03,705 Kami bersyukur atas nikmat rezeki-Mu pada hari ini. 263 00:19:07,333 --> 00:19:08,168 Dia datang. 264 00:19:12,338 --> 00:19:13,464 Hai. 265 00:19:13,548 --> 00:19:14,632 - Maaf. - Masuklah. 266 00:19:14,716 --> 00:19:17,760 Ejen saya telefon ketika saya nak bertolak dan… 267 00:19:17,844 --> 00:19:19,762 - Tak mengapa. - Pak Cik Walt! 268 00:19:19,846 --> 00:19:21,472 Hei, Chloe. 269 00:19:21,556 --> 00:19:22,849 Seronoknya jumpa pak cik! 270 00:19:22,932 --> 00:19:26,019 - Pak cik sihat? - Kamu boleh buat pak cik lemas. 271 00:19:26,102 --> 00:19:28,313 Maaf. 272 00:19:28,396 --> 00:19:29,564 Sayang… 273 00:19:29,647 --> 00:19:31,357 - Itu wain Pinot? - Ya. 274 00:19:31,441 --> 00:19:33,735 Sayang, ayah kamu sedang berdoa. 275 00:19:33,818 --> 00:19:35,403 Maaf. 276 00:19:35,486 --> 00:19:36,696 Ayah sedang berdoa. 277 00:19:37,488 --> 00:19:39,157 Baiklah, pegang tangan. 278 00:19:39,908 --> 00:19:41,117 Chloe, ayuh. 279 00:19:41,201 --> 00:19:42,076 Pegang tangan. 280 00:19:44,495 --> 00:19:48,416 Syukur atas kesihatan kami. Rahmatilah mereka yang memerlukan. 281 00:19:49,667 --> 00:19:51,920 Buka hati kami untuk terima kasih-Mu. 282 00:19:53,338 --> 00:19:56,007 Berkatilah kami melalui anak-Mu, Jesus Christ. 283 00:19:56,549 --> 00:19:58,593 - Amen. - Amen. 284 00:20:00,303 --> 00:20:01,262 Nah. 285 00:20:01,846 --> 00:20:03,932 Ibu, ini nampak sangat sedap. 286 00:20:04,015 --> 00:20:06,768 Bukan ibu, tapi ayah kamu yang masak semua ini. 287 00:20:06,851 --> 00:20:08,186 Wah, ayah! 288 00:20:09,229 --> 00:20:10,396 Jesus ada tolong? 289 00:20:11,147 --> 00:20:12,774 Tolong roti saja, sayang. 290 00:20:13,858 --> 00:20:15,109 Tolonglah, Chloe. 291 00:20:16,778 --> 00:20:17,904 Itu memang kelakar. 292 00:20:18,696 --> 00:20:21,199 Kalau tak boleh melawak, sila angkat kaki. 293 00:20:22,242 --> 00:20:24,202 Pak cik dah lihat kulit majalah kamu. 294 00:20:25,286 --> 00:20:26,496 Kamu nampak cantik. 295 00:20:26,579 --> 00:20:28,206 Terima kasih, Pak Cik Walt. 296 00:20:29,499 --> 00:20:31,209 Jurugambar itu memang celaka. 297 00:20:31,292 --> 00:20:32,377 Jangan mencarut! 298 00:20:32,460 --> 00:20:34,045 Maaf. 299 00:20:34,128 --> 00:20:36,464 Dia benar-benar teruk. 300 00:20:37,715 --> 00:20:40,260 Adakah itu penggambaran untuk InStyle? 301 00:20:40,343 --> 00:20:41,844 Ia untuk Marie Claire. 302 00:20:46,641 --> 00:20:47,725 Ayah dah tengok? 303 00:20:48,726 --> 00:20:49,602 Dah. 304 00:20:52,480 --> 00:20:56,484 Cantik gambar itu, sayang. 305 00:20:58,236 --> 00:20:59,362 Cantik. 306 00:21:01,281 --> 00:21:04,117 Tapi lebih cantik kalau pakaian kamu lebih sopan. 307 00:21:05,243 --> 00:21:07,704 Saya boleh pakai lebih seksi. 308 00:21:07,787 --> 00:21:09,038 Kalau nak telanjang. 309 00:21:09,122 --> 00:21:12,417 Kalau awak suka pakai sut getah dan but berkilat, 310 00:21:12,500 --> 00:21:13,626 suka hati awaklah. 311 00:21:13,710 --> 00:21:16,546 Abang kamu guna kelebihan dia untuk bantu orang, 312 00:21:16,629 --> 00:21:19,090 bukan tarik perhatian atau sokongan orang. 313 00:21:19,173 --> 00:21:22,510 Saya tak perlukan kuasa untuk dapat perhatian atau kerja, 314 00:21:22,593 --> 00:21:24,262 jadi simpan kebodohan ayah itu. 315 00:21:24,345 --> 00:21:26,639 - Chloe! - Jangan mencarut di rumah ayah. 316 00:21:26,723 --> 00:21:29,976 "Rumah ayah, peraturan ayah dan Kod ayah." 317 00:21:30,852 --> 00:21:32,937 Saya tak minta dilahirkan sebagai anak ayah, 318 00:21:33,021 --> 00:21:35,440 apatah lagi mewarisi kelebihan ayah. 319 00:21:35,523 --> 00:21:37,775 Kelebihan itu bukan untuk kamu, Chloe. 320 00:21:37,859 --> 00:21:41,571 Tapi untuk orang yang nasibnya tak sebaik kamu. 321 00:21:41,654 --> 00:21:46,034 Sayalah orang yang paling malang kerana lahir sebagai anak ayah. 322 00:21:46,117 --> 00:21:46,993 Chloe! 323 00:21:47,785 --> 00:21:50,288 Minta maaf daripada ayah kamu. 324 00:21:50,371 --> 00:21:52,915 - Apa? Ayah yang cari pasal! - Minta maaf. 325 00:21:54,917 --> 00:21:56,127 Sekarang! 326 00:22:00,882 --> 00:22:01,883 Saya minta maaf. 327 00:22:03,301 --> 00:22:04,594 Terima kasih jemput. 328 00:22:10,391 --> 00:22:12,602 Inilah kali terakhir saya datang. 329 00:22:21,778 --> 00:22:22,987 Dia ambil wain itu. 330 00:22:26,032 --> 00:22:28,493 - Hei! - Jangan cakap apa-apa. 331 00:22:28,576 --> 00:22:30,078 Awak belum dengar pun. 332 00:22:30,161 --> 00:22:32,205 Awak taklah rumit sangat. 333 00:22:32,830 --> 00:22:34,665 Itu yang saya suka tentang awak dulu. 334 00:22:36,292 --> 00:22:38,378 Kenapa cakap dengan ayah macam itu? 335 00:22:38,461 --> 00:22:41,339 Awak betul-betul nak menyebelahi ayah? 336 00:22:43,800 --> 00:22:46,552 Mestilah. Awak bayang-bayang ayah. 337 00:22:46,636 --> 00:22:48,388 Hei. 338 00:22:51,057 --> 00:22:54,060 Jangan ingat saya lupa perasaan menjadi anak dia. 339 00:22:54,977 --> 00:22:57,814 - Saya pun terseksa. - Jadi, kenapa awak masih di sini? 340 00:22:58,356 --> 00:23:01,734 Kenapa awak sanggup berdepan dengan ayah setiap hari? 341 00:23:03,027 --> 00:23:07,490 Ayah takkan hidup selama-lamanya. Seseorang harus jadi Utopian seterusnya. 342 00:23:07,573 --> 00:23:09,700 - Kenapa? - Sebabnya, Chloe, 343 00:23:10,284 --> 00:23:13,079 Utopian berpegang pada sesuatu. Dia simbol. Dia… 344 00:23:13,162 --> 00:23:15,873 Dia mitos. 345 00:23:17,125 --> 00:23:21,796 Ayah sedar dia patut ada untuk kita semasa kita kecil, 346 00:23:22,505 --> 00:23:24,841 tapi dia takkan mengakuinya 347 00:23:25,925 --> 00:23:28,928 kerana ia tak ideal. 348 00:23:32,682 --> 00:23:34,934 Seseorang masih perlu mempertahankan sesuatu. 349 00:23:38,896 --> 00:23:44,068 Tiada sesiapa yang cukup bagus di mata Utopian, Brandon… 350 00:23:46,779 --> 00:23:48,072 termasuklah ayah. 351 00:23:49,866 --> 00:23:51,075 Awak tahu? 352 00:23:51,159 --> 00:23:53,953 Awak cemburu kerana ayah pilih saya, bukan awak. 353 00:23:54,036 --> 00:23:55,788 Saya tak cemburu, Brandon. 354 00:23:59,667 --> 00:24:01,169 Saya simpati… 355 00:24:04,088 --> 00:24:07,717 mengenangkan awak terpaksa galas harapan ayah selama 120 tahun 356 00:24:07,800 --> 00:24:09,594 untuk tagih kasih sayang ayah. 357 00:24:13,681 --> 00:24:14,807 Awak ada pilihan. 358 00:24:35,745 --> 00:24:38,623 Awak tahu mesin basuh pinggan mangkuk wujud? 359 00:24:39,373 --> 00:24:40,416 Saya suka cuci pinggan. 360 00:24:40,500 --> 00:24:42,793 Masa terisi dan saya boleh mengelamun. 361 00:24:42,877 --> 00:24:47,089 Tapi saya tak suka lap pinggan mangkuk. Awak nak sambung? 362 00:24:47,715 --> 00:24:48,716 Baiklah. 363 00:24:48,799 --> 00:24:52,261 Saya takkan berada di dapur kalau awak perlukan saya, 364 00:24:52,345 --> 00:24:54,388 jadi jangan cari saya. 365 00:24:55,348 --> 00:24:56,349 Selamat malam. 366 00:25:00,102 --> 00:25:02,271 Dia langsung tak berubah. 367 00:25:02,355 --> 00:25:04,857 Ya, syukurlah ada sesuatu yang kekal sama. 368 00:25:06,901 --> 00:25:08,402 Ke mana Brandon pergi? 369 00:25:09,278 --> 00:25:10,488 Keluar bersama Tectonic. 370 00:25:10,571 --> 00:25:14,492 Mungkin dia dah tak suka melepak dengan saya macam dulu. 371 00:25:15,326 --> 00:25:16,827 Budak itu mengagumi awak. 372 00:25:16,911 --> 00:25:18,788 Dia keras kepala dan bodoh. 373 00:25:18,871 --> 00:25:23,709 - Bapa borek, anak rintik. Betul? - Ya, nampak gayanya. 374 00:25:25,419 --> 00:25:28,214 - Dia budak baik, Shel. - Ya. 375 00:25:29,131 --> 00:25:30,883 Potensi dia besar. 376 00:25:31,968 --> 00:25:33,469 Sesiapa pun boleh nampak. 377 00:25:33,553 --> 00:25:35,930 Dunia ini penuh dengan remaja berpotensi 378 00:25:36,013 --> 00:25:37,098 yang kecundang. 379 00:25:38,182 --> 00:25:41,477 - Sebab awak bukan ayah mereka. - Tapi Chloe tak sedar. 380 00:25:44,355 --> 00:25:47,733 Rendam saja selebihnya. Mari kita pergi bersiar-siar. 381 00:25:47,817 --> 00:25:49,485 - Ke mana? - Bir dah habis. 382 00:25:50,069 --> 00:25:51,320 Ada setengah kotak lagi. 383 00:25:51,404 --> 00:25:53,739 Bir sedap dah habis. Lap tangan awak. 384 00:26:08,379 --> 00:26:09,714 Awak tak kisah? 385 00:26:11,799 --> 00:26:12,675 Brandon? 386 00:26:14,093 --> 00:26:17,722 Bukan setiap hari Paragon keluar. Apa kata awak lambai tangan? 387 00:26:17,805 --> 00:26:20,308 Kita tak boleh masuk bakul angkat sendiri. 388 00:26:20,391 --> 00:26:22,310 Itu bukan contoh yang baik. 389 00:26:22,893 --> 00:26:25,229 Saya tak tahu pula ayah awak pun ikut malam ini. 390 00:26:25,313 --> 00:26:26,480 Berundur, semua. 391 00:26:26,564 --> 00:26:28,816 Lebih baik saya balik saja. 392 00:26:28,899 --> 00:26:30,651 Saya ada latihan pagi esok. 393 00:26:30,735 --> 00:26:34,071 Bertenanglah, okey? Dah beberapa bulan kita tak jumpa. 394 00:26:34,697 --> 00:26:36,991 Minumlah segelas demi saya. Boleh? 395 00:26:41,078 --> 00:26:41,954 Baiklah. 396 00:26:42,830 --> 00:26:45,416 Saya tahu awak nak jadi Utopian seterusnya 397 00:26:45,499 --> 00:26:47,710 dan saya faham pengorbanan awak, 398 00:26:47,793 --> 00:26:50,421 tapi awak tak perlu ikut jejak ayah awak. 399 00:26:51,005 --> 00:26:54,550 Dialah yang paling hebat. Tiada apa-apa yang setanding dia. 400 00:26:54,634 --> 00:26:55,593 Saya tahu. 401 00:26:55,676 --> 00:26:58,596 Ayah awak dan ahli asal Kesatuan benci kita 402 00:26:58,679 --> 00:27:01,515 kerana terpaksa bersusah payah untuk dapat kuasa. 403 00:27:01,599 --> 00:27:03,851 Dah seribu kali saya dengar kisah ini. 404 00:27:04,644 --> 00:27:08,689 Betul cakap awak. Kita tak minta dilahirkan sebagai adiwira. 405 00:27:09,899 --> 00:27:10,733 Ya. 406 00:27:10,816 --> 00:27:12,735 Jadi, kenapa kita patut dihukum? 407 00:27:13,527 --> 00:27:16,739 - Saya takkan mengalah, Barry. - Bukan itu maksud saya. 408 00:27:17,281 --> 00:27:18,240 Maksud saya, 409 00:27:19,784 --> 00:27:23,329 lihatlah nikmat yang awak sia-siakan demi memuaskan hati ayah awak. 410 00:27:23,412 --> 00:27:24,664 Apa awak dapat? 411 00:27:25,164 --> 00:27:27,708 Awak mensia-siakan hidup awak. 412 00:27:28,292 --> 00:27:30,127 Awak tak hargai peminat pun. 413 00:27:30,211 --> 00:27:32,713 Barry! Hai! Saya suka awak! 414 00:27:34,215 --> 00:27:37,802 Entahlah. Adik saya menikmatinya untuk kami berdua. 415 00:27:38,552 --> 00:27:40,221 Tengoklah hidup dia. 416 00:27:41,013 --> 00:27:43,391 Saya cakap kerana saya ambil berat. 417 00:27:44,475 --> 00:27:46,435 Saya nak awak jadi Utopian seterusnya. 418 00:27:46,936 --> 00:27:48,688 Tapi jangan sia-siakan hidup awak. 419 00:27:49,980 --> 00:27:50,815 Minum. 420 00:28:06,539 --> 00:28:07,915 WISMA KELULI SAMPSON 421 00:28:07,998 --> 00:28:08,833 Terima kasih. 422 00:28:10,835 --> 00:28:12,086 Baiklah, Jane. 423 00:28:12,169 --> 00:28:15,005 - Sampaikan salam saya. - Kalau mereka bernasib baik. 424 00:28:17,341 --> 00:28:18,175 Selamat tinggal. 425 00:28:22,847 --> 00:28:26,016 Tolonglah jangan bersiul kuat-kuat. 426 00:28:26,100 --> 00:28:28,936 Nak pecah tengkorak saya dibuatnya. 427 00:28:29,019 --> 00:28:33,107 George! Oh, Tuhan! Ke mana awak menghilang? 428 00:28:33,190 --> 00:28:36,402 Saya dan si kembar Rinsdale terbang ke timur dan belayar. 429 00:28:36,485 --> 00:28:37,528 Sejauh mana? 430 00:28:38,028 --> 00:28:40,531 Nova Scotia, sebelum ia terbakar dan karam. 431 00:28:40,614 --> 00:28:41,490 Apa yang jadi? 432 00:28:41,574 --> 00:28:43,826 Mary rasa saya asyik layan Margaret. 433 00:28:43,909 --> 00:28:45,745 Atau sebaliknya? Entahlah. 434 00:28:45,828 --> 00:28:47,204 Okey. Apa yang berlaku? 435 00:28:48,873 --> 00:28:50,583 - Apa halnya? - Pasaran saham merudum! 436 00:28:50,666 --> 00:28:52,918 Keluarkan semua duit di bank sekarang! 437 00:29:07,141 --> 00:29:09,393 - Turun dua perempat lagi! - Celaka! 438 00:29:09,477 --> 00:29:11,353 Hubungi Greenwald di National First. 439 00:29:11,437 --> 00:29:13,814 - Dia tak jawab. - Hubungi sesiapa saja! 440 00:29:13,898 --> 00:29:15,232 - Walt! - Ke mana awak? 441 00:29:15,316 --> 00:29:16,692 - Kami baru tahu. - Terukkah? 442 00:29:16,776 --> 00:29:18,360 Awak rasa seteruk mana? 443 00:29:18,444 --> 00:29:20,905 Wall Street baru menjahanamkan dunia. 444 00:29:20,988 --> 00:29:22,490 Turun tiga perempat lagi! 445 00:29:22,573 --> 00:29:24,408 Saya dah kata sekarang bukan masanya. 446 00:29:24,492 --> 00:29:28,287 Lihatlah, Shel. Keadaan kita bagai telur di hujung tanduk. 447 00:29:31,290 --> 00:29:32,208 Di mana ayah? 448 00:29:34,043 --> 00:29:34,960 Ayah. 449 00:29:35,961 --> 00:29:36,796 Ayah. 450 00:29:39,298 --> 00:29:40,466 Apa ayah buat di sini? 451 00:29:41,467 --> 00:29:42,968 Tengoklah bandar ini. 452 00:29:44,386 --> 00:29:46,514 Semuanya dibina oleh Syarikat Keluli Sampson. 453 00:29:46,597 --> 00:29:48,390 Okey, ayah. Kita mesti pergi. 454 00:29:48,474 --> 00:29:51,310 Kita dah bina dan cipta sesuatu di sini, Shel. 455 00:29:51,894 --> 00:29:53,270 Bangunan Prendergast. 456 00:29:53,354 --> 00:29:54,396 Kamu masih ingat? 457 00:29:55,731 --> 00:29:57,650 Butch Prendergast. 458 00:29:58,526 --> 00:30:01,111 Dia pasang impian dan minta bantuan kita. 459 00:30:01,195 --> 00:30:04,532 Jadi, kita bekalkan keluli untuk bina loji pertama dia. 460 00:30:04,615 --> 00:30:06,492 "Saya nak bina kotak," katanya. 461 00:30:06,575 --> 00:30:09,912 "Segala-galanya perlukan kotak. Setiap…" 462 00:30:13,582 --> 00:30:16,085 Seumur hidup, kamu cuba bina sesuatu. 463 00:30:17,211 --> 00:30:20,673 Cuba jadikannya lebih besar, lebih bagus dan lebih pantas. 464 00:30:21,715 --> 00:30:23,801 Kamu cuba bina sebuah legasi. 465 00:30:25,594 --> 00:30:27,012 Kemudian, rupa-rupanya, 466 00:30:27,096 --> 00:30:31,100 selama ini, kamu cuma menggali kubur sendiri. 467 00:30:33,394 --> 00:30:35,980 Semuanya berakhir di dalam kotak, Shel. 468 00:30:38,816 --> 00:30:42,611 Okey, ayuh. Kita mesti pergi. Mereka perlukan ayah di bawah sana. 469 00:30:42,695 --> 00:30:43,529 Ya. 470 00:30:44,196 --> 00:30:45,030 Ayuh. 471 00:30:45,990 --> 00:30:47,741 Ayah akan turun sekejap lagi. 472 00:30:47,825 --> 00:30:48,659 Okey. 473 00:30:52,496 --> 00:30:54,748 Tidak! Jangan, ayah! Jangan! 474 00:30:56,917 --> 00:30:58,878 Ayah! 475 00:31:08,178 --> 00:31:12,266 KEBIJAKSANAAN 476 00:31:16,312 --> 00:31:18,939 Bila kali terakhir kita semua duduk semeja, 477 00:31:19,523 --> 00:31:21,191 ahli pasukan asal? 478 00:31:25,279 --> 00:31:27,072 Sekitar tahun 60-an. 479 00:31:28,365 --> 00:31:29,742 Sejurus sebelum George… 480 00:31:32,161 --> 00:31:35,080 Sebelum Skyfox berpaling tadah. 481 00:31:39,460 --> 00:31:41,420 Awak pernah terfikir puncanya? 482 00:31:41,503 --> 00:31:43,255 Saya tahu punca dia belot. 483 00:31:43,339 --> 00:31:44,798 Dia gila. 484 00:31:44,882 --> 00:31:45,799 Bukan. 485 00:31:46,467 --> 00:31:47,718 Dia baik orangnya. 486 00:31:48,302 --> 00:31:52,181 Dia pengganas, Sheldon. Dia jadikan timbalan presiden tebusan. 487 00:31:52,264 --> 00:31:54,266 Dia ingat tindakannya betul. 488 00:31:54,350 --> 00:31:56,143 Samalah macam Charles Manson. 489 00:31:58,103 --> 00:31:59,855 Kesatuan Keadilan. 490 00:32:01,440 --> 00:32:04,276 Semua trofi ini dan perjuangan kita… 491 00:32:05,235 --> 00:32:06,320 Ia menakjubkan. 492 00:32:08,906 --> 00:32:13,869 Dengan menganggap awak gila pada 1929 sehinggalah ke tahap ini. 493 00:32:21,919 --> 00:32:23,253 Sembilan puluh tahun. 494 00:32:24,713 --> 00:32:27,675 Perjuangan 90 tahun menentang ahli sihir dan robot 495 00:32:27,758 --> 00:32:29,760 dan apa yang kita boleh banggakan? 496 00:32:29,843 --> 00:32:31,637 Kita dah buat perubahan, Shel. 497 00:32:32,221 --> 00:32:33,389 Sebenarnya… 498 00:32:35,808 --> 00:32:36,892 Pasir jerlus. 499 00:32:37,476 --> 00:32:38,310 Apa? 500 00:32:39,269 --> 00:32:41,480 Negara ini dah tenat, Walt. 501 00:32:41,981 --> 00:32:43,941 Kongres buntu. 502 00:32:44,024 --> 00:32:46,360 Tiada sesiapa yang mahu mengalah lagi. 503 00:32:46,860 --> 00:32:50,114 Jurang antara orang kaya dan orang miskin semakin luas. 504 00:32:50,197 --> 00:32:54,952 Kanak-kanak mula belajar menembak sebelum mereka pandai membaca. 505 00:32:55,035 --> 00:32:57,496 Nazi bebas membuat kebinasaan, Walt. 506 00:32:57,579 --> 00:32:59,665 Bukan itu julukan mereka sekarang. 507 00:32:59,748 --> 00:33:02,418 Saya tak peduli akan nama julukan Nazi. 508 00:33:05,504 --> 00:33:07,464 Semuanya musnah 509 00:33:09,008 --> 00:33:12,302 selepas semua pengorbanan kita selama ini. 510 00:33:14,179 --> 00:33:15,848 Kita boleh mengubahnya. 511 00:33:18,517 --> 00:33:22,271 - Kalau kita mainkan peranan lebih aktif - Okey. 512 00:33:22,354 --> 00:33:24,732 membantu kerajaan merangka polisi, maka… 513 00:33:24,815 --> 00:33:27,109 - Macam George? Begitukah? - George! 514 00:33:27,192 --> 00:33:29,236 Ia mencabuli Kod. 515 00:33:29,987 --> 00:33:32,448 Kita tak membunuh atau memimpin. Kita mengilhami. 516 00:33:33,615 --> 00:33:35,909 Pilihan di tangan rakyat negara ini. 517 00:33:35,993 --> 00:33:37,786 Ya. Apa kesudahannya? 518 00:33:41,290 --> 00:33:42,541 Sehingga ke hari ini, 519 00:33:43,375 --> 00:33:46,378 saya masih terkilan mengenangkan Perang Dunia Kedua. 520 00:33:48,714 --> 00:33:50,132 Awak cakap tentang Nazi. 521 00:33:52,134 --> 00:33:54,762 Kita boleh tamatkan perang lebih awal, 522 00:33:55,971 --> 00:33:58,849 selamatkan ribuan nyawa di Dachau dan Auschwitz, 523 00:33:59,725 --> 00:34:03,437 halang perbincangan tentang bom atom. 524 00:34:04,021 --> 00:34:05,022 Kemudian, apa? 525 00:34:08,400 --> 00:34:11,653 Terlibat dengan Korea? Vietnam? Timur Tengah? 526 00:34:12,154 --> 00:34:14,907 Mengimlakkan polisi sosial dan ekonomi? 527 00:34:16,784 --> 00:34:18,494 Apa kesudahannya? 528 00:34:19,369 --> 00:34:22,581 Soalan paling penting, siapa yang mampu halang kita? 529 00:34:23,999 --> 00:34:25,709 Melainkan diri kita sendiri. 530 00:34:28,754 --> 00:34:30,631 Sesetengah orang kata kehendak 531 00:34:31,840 --> 00:34:34,343 ialah senjata yang menundukkan dunia. 532 00:34:36,011 --> 00:34:39,932 Zaman menyumbat penjahat super ke penjara dah berakhir, Sheldon. 533 00:34:40,724 --> 00:34:44,770 Kini ia sekadar memorabilia dan nostalgia. 534 00:34:45,896 --> 00:34:48,482 Penjahat pada hari ini masih sama. 535 00:34:50,109 --> 00:34:52,945 Mereka bukan pengedar arak haram atau samseng. 536 00:34:54,613 --> 00:34:57,574 Tapi syarikat dan ahli politik yang pecah amanah, 537 00:34:57,658 --> 00:35:01,703 si kera sumbang di pejabat yang baru saja beli senapang automatik. 538 00:35:02,412 --> 00:35:06,542 Jadi, Kod dah tak relevan? Itu maksud awak? 539 00:35:07,793 --> 00:35:09,586 Saya tak cakap macam itu. 540 00:35:09,670 --> 00:35:15,217 Maksud saya, tidakkah awak rasa sejarah sedang berulang? 541 00:35:15,300 --> 00:35:16,885 Awak benar-benar percaya 542 00:35:16,969 --> 00:35:23,142 dunia ini akan jadi lebih selamat dengan memenjarakan penjahat semata-mata? 543 00:35:28,021 --> 00:35:28,856 Sheldon. 544 00:35:30,274 --> 00:35:34,653 Ada masalah di Nebraska. Blackstar meloloskan diri dari Supermax. 545 00:35:45,581 --> 00:35:46,623 Apa yang berlaku? 546 00:35:47,249 --> 00:35:48,083 Hei, Ruby. 547 00:35:48,625 --> 00:35:50,836 Kesatuan sedang menentang Blackstar. 548 00:35:51,336 --> 00:35:54,464 Blackstar? Macam mana dia boleh lolos dari Supermax? 549 00:35:54,548 --> 00:35:56,258 Mungkin lepas lari. Entahlah. 550 00:35:56,842 --> 00:35:59,011 Kenapa awak tak bantu mereka? 551 00:35:59,595 --> 00:36:02,055 Awak berguraukah? Penumbuk saya berapi. 552 00:36:05,225 --> 00:36:06,894 Jantung Blackstar antijirim. 553 00:36:06,977 --> 00:36:09,646 Saya tunggu masa. Biar mereka bantai dia dulu. 554 00:36:09,730 --> 00:36:11,982 Saya akan pergi untuk bergambar saja. 555 00:36:15,360 --> 00:36:17,571 Okey. Bagus juga rancangan awak. 556 00:36:17,654 --> 00:36:18,822 Ya, semestinya. 557 00:36:19,573 --> 00:36:23,660 - Jadi, siapa yang ada? - Utopian, Lady Liberty dan Brainwave. 558 00:36:24,161 --> 00:36:24,995 Meluat, bukan? 559 00:36:25,078 --> 00:36:28,248 - Siapa lagi? - Flare, Phase Out, Ectoplex, Paragon… 560 00:36:28,332 --> 00:36:29,541 - Brandon pun ada? - Ya. 561 00:36:30,709 --> 00:36:32,252 Saya dengar kamu bercinta. 562 00:36:33,086 --> 00:36:34,713 Kami baru saja berpisah. 563 00:36:39,635 --> 00:36:40,469 Jadi, 564 00:36:42,346 --> 00:36:43,639 apa awak buat selepas ini? 565 00:36:44,223 --> 00:36:45,807 Celaka! Briggs, hati-hati! 566 00:37:13,877 --> 00:37:15,796 Lady Liberty? Puan Sampson! 567 00:37:26,640 --> 00:37:28,684 Puan Sampson, awak mesti bangun. 568 00:37:40,070 --> 00:37:43,073 - Saya nak cari ayah. - Jangan! Ikut misi kita. 569 00:37:43,156 --> 00:37:44,157 Pergi! 570 00:38:18,525 --> 00:38:19,943 Barry, hentam dia! 571 00:38:53,977 --> 00:38:55,062 Barry! 572 00:39:23,006 --> 00:39:25,675 Walt! Masuk dalam minda dia dan kawal! 573 00:39:25,759 --> 00:39:26,843 Saya sedang cuba! 574 00:39:39,231 --> 00:39:40,107 Ayah. 575 00:39:41,942 --> 00:39:42,984 Ayah! 576 00:39:59,960 --> 00:40:01,628 Bagus. Itu lebih baik. 577 00:40:04,589 --> 00:40:07,843 Saya baru saja pisahkan minda dan jasad awak, 578 00:40:09,010 --> 00:40:11,263 memerangkap awak dalam lukisan psikik. 579 00:40:11,972 --> 00:40:13,640 Ini antara kegemaran saya. 580 00:40:13,723 --> 00:40:15,976 Sapa Blackstar, sayang. 581 00:40:16,059 --> 00:40:17,185 Hai, Blackstar. 582 00:40:19,146 --> 00:40:20,021 Bertenanglah. 583 00:40:20,105 --> 00:40:21,523 Tak lama pun. 584 00:40:22,107 --> 00:40:24,401 Saya bawa awak ke tempat yang tenang 585 00:40:24,484 --> 00:40:29,239 sementara adik saya dan adiwira lain belasah awak sehingga lunyai. 586 00:40:37,706 --> 00:40:40,208 Awak nak makan kek sementara menunggu? 587 00:40:43,503 --> 00:40:45,005 Bukan di sini, kawan. 588 00:40:46,673 --> 00:40:47,841 Di sini, 589 00:40:49,050 --> 00:40:50,343 sayalah Tuhan. 590 00:40:51,803 --> 00:40:53,972 Awak pula ialah… 591 00:41:33,720 --> 00:41:35,138 Dia nak letupkan diri! 592 00:41:44,523 --> 00:41:46,608 Dia langsung tak bersedia. 593 00:41:47,526 --> 00:41:49,194 Mungkin dia takkan bersedia. 594 00:42:14,052 --> 00:42:15,428 Apa masalah kamu? 595 00:42:16,137 --> 00:42:17,681 Kita takkan sesekali membunuh! 596 00:42:17,764 --> 00:42:19,432 Dia nak letupkan diri, ayah. 597 00:42:20,016 --> 00:42:22,018 Ayah dan jutaan nyawa akan terkorban. 598 00:42:22,102 --> 00:42:25,855 Jadi, kamu patut matikan sistemnya atau campak dia ke angkasa. 599 00:42:25,939 --> 00:42:28,149 Ada banyak lagi cara lain. 600 00:42:29,109 --> 00:42:30,819 Kamu ambil jalan mudah. 601 00:42:30,902 --> 00:42:33,154 - Adakah ia nampak mudah? - Sheldon! 602 00:42:34,114 --> 00:42:36,491 Pergi! Tunggu ayah di Kesatuan. 603 00:42:43,123 --> 00:42:46,459 Walt, hubungi Supermax. Saya nak tahu cara Blackstar terlepas. 604 00:42:46,543 --> 00:42:47,669 Baiklah. 605 00:42:49,546 --> 00:42:50,422 Awak okey? 606 00:42:52,007 --> 00:42:52,841 Tidak. 607 00:42:55,051 --> 00:42:56,428 Anak kita dah membunuh. 608 00:42:58,471 --> 00:43:01,808 Selepas semua yang kita ajar, dia tetap langgar Kod. 609 00:43:01,891 --> 00:43:02,726 Shel. 610 00:43:05,270 --> 00:43:06,396 Kita ada masalah. 611 00:43:09,107 --> 00:43:12,319 KESATUAN KEADILAN 612 00:43:33,715 --> 00:43:35,050 Apa jadah ini? 613 00:43:36,635 --> 00:43:38,511 Nampaknya, dia ialah awak. 614 00:45:37,589 --> 00:45:39,507 Terjemahan sari kata oleh Saffura