1 00:00:44,293 --> 00:00:45,584 Kita berdua akhirnya. 2 00:00:50,001 --> 00:00:51,126 Hebatnya malam ini. 3 00:00:52,709 --> 00:00:55,459 Ada bahan pembangkit syahwat dalam wain. 4 00:00:56,459 --> 00:00:57,584 Kau terkejutkah? 5 00:01:09,334 --> 00:01:11,584 Kau nampak tak pakaian Sabrina tadi? 6 00:01:12,959 --> 00:01:15,084 - Dia lebih tua… - Yen. 7 00:01:18,501 --> 00:01:19,834 Syukurlah ia dah berakhir. 8 00:01:36,084 --> 00:01:37,501 Betulkah kau nak buat? 9 00:01:38,543 --> 00:01:39,543 Kau bagaimana? 10 00:01:48,543 --> 00:01:51,668 Entah yang mana aku lagi teringin buat, buang baju ini 11 00:01:51,751 --> 00:01:54,293 atau tusuk Stregobor dengan ukiran ais. 12 00:01:54,376 --> 00:01:56,168 Lihatlah Yen menempel padanya. 13 00:01:59,293 --> 00:02:00,293 Serigala Putih. 14 00:02:20,959 --> 00:02:22,209 Terima kasih kerana datang. 15 00:02:26,168 --> 00:02:28,709 - Selalukah mereka renung begini? - Tidak. 16 00:02:29,376 --> 00:02:31,043 Mereka cuma renung kita. 17 00:02:31,126 --> 00:02:34,126 Biasakan diri. Mereka akan buat sepanjang malam. 18 00:02:34,209 --> 00:02:35,793 Seronoknya. 19 00:02:35,876 --> 00:02:38,751 Kau patut kenal semua orang terlebih dulu. 20 00:02:39,251 --> 00:02:43,459 Di situ, Sabrina Glevissig dan Marti Sodergren. 21 00:02:43,543 --> 00:02:44,959 Mereka penuh berahi. 22 00:02:48,168 --> 00:02:49,626 Di tepi air pancut itu, 23 00:02:49,709 --> 00:02:53,168 pengetua kami, Margarita Laux-Antille 24 00:02:53,251 --> 00:02:54,668 bersama Keira Metz. 25 00:02:54,751 --> 00:02:56,084 Garang orangnya. 26 00:02:56,584 --> 00:03:01,251 Itu Carduin, Bianca, Marquard, Detmold dan adiknya, Drithelm, 27 00:03:01,334 --> 00:03:02,834 Radcliffe yang Keji, 28 00:03:03,876 --> 00:03:07,334 Artaud Terranova, cekap, lagi cekap apabila mabuk. 29 00:03:07,418 --> 00:03:10,626 Vilgefortz, yang makin lama makin aku suka, 30 00:03:10,709 --> 00:03:12,834 Tissaia de Vries, kau kenal dia 31 00:03:12,918 --> 00:03:16,418 dan Gerhart dari Aelle, ahli sihir tertua yang masih hidup. 32 00:03:17,793 --> 00:03:20,084 Kau nak aku ingat semua nama itu? 33 00:03:20,626 --> 00:03:22,251 Kau bekas pelajar Oxenfurt, bukan? 34 00:03:30,751 --> 00:03:32,334 Jangan lakukannya. 35 00:03:37,043 --> 00:03:38,418 Aku dah janji. 36 00:03:39,543 --> 00:03:41,543 Dia selamat di Loxia hingga fajar. 37 00:03:42,376 --> 00:03:45,293 Apabila majlis ini tamat dan persidangan bermula, 38 00:03:46,251 --> 00:03:47,751 barulah kita bertindak. 39 00:03:48,501 --> 00:03:51,334 Malam ini, kita perlu hilangkan ketegangan 40 00:03:51,418 --> 00:03:54,543 dan menggalakkan semua tetamu beramah mesra. 41 00:03:55,376 --> 00:03:57,834 - Jaga adab. - Aku memang beradab. 42 00:03:57,918 --> 00:03:59,959 Kau dah lupa majlis aku di Rinde, 43 00:04:00,584 --> 00:04:03,584 atau waktu kau jumpa manusia landak dan Hukum Kejutan itu? 44 00:04:04,709 --> 00:04:07,543 - Itu susah aku nak cakap. - Tapi kali ini mudah. 45 00:04:08,126 --> 00:04:11,543 Majlis ini perlu berjalan lancar, jadi, sayang, tolonglah, 46 00:04:12,334 --> 00:04:15,001 jangan melahap macam hantu tak cukup makan. 47 00:04:16,459 --> 00:04:20,459 Kalau orang nak bercakap dengan kau, layanlah, tapi jangan lama-lama 48 00:04:22,251 --> 00:04:26,501 dan jangan renung orang, tak kira betapa peliknya pakaiannya. 49 00:04:27,334 --> 00:04:28,459 Yennefer. 50 00:04:32,626 --> 00:04:33,959 Bersama witchernya. 51 00:04:35,126 --> 00:04:37,168 Kita belum sempat berkenalan. 52 00:04:40,251 --> 00:04:44,334 Ini Sabrina Glevissig dari Ard Carraigh, kami belajar bersama. 53 00:04:44,418 --> 00:04:48,418 Kami pernah sambut perisik, pencuri dan pembunuh di Aretuza, 54 00:04:48,918 --> 00:04:50,709 tapi kau witcher pertama kami. 55 00:04:52,418 --> 00:04:55,459 Lama betul Yen sembunyikan kau. 56 00:05:03,501 --> 00:05:05,209 Kau nampak lapar. 57 00:05:05,959 --> 00:05:07,543 Nak rasa sikit? 58 00:05:09,293 --> 00:05:11,584 Bagaimana, witcher? 59 00:05:14,834 --> 00:05:18,918 Aku rasa Yen nampak jelita sangat malam ini. Bukan begitu? 60 00:05:22,709 --> 00:05:24,834 Dia langsung tak tipu. Bosan betul. 61 00:05:24,918 --> 00:05:29,959 Sabrina, tak baik layan tetamu begitu. Dia tak biasa dengan telepati. 62 00:05:30,043 --> 00:05:33,459 Tapi untuk apa kau bawa dia ke sini kalau bukan untuk kami… 63 00:05:35,209 --> 00:05:36,293 bermain-main dengannya? 64 00:05:36,834 --> 00:05:38,876 Sayang, pergilah minum. 65 00:05:38,959 --> 00:05:40,209 Bagus cadangan itu. 66 00:05:42,334 --> 00:05:44,959 Apa yang kau cuba buat? 67 00:05:45,043 --> 00:05:48,126 - Yen, tahu apa lagi bagus daripada seks? - Apa? 68 00:05:48,209 --> 00:05:50,751 Buat Penyelamat Sodden sakit hati. 69 00:05:53,751 --> 00:05:55,126 Semuanya 70 00:05:55,751 --> 00:05:57,251 Ilusi 71 00:05:57,793 --> 00:06:00,043 Siang ayu 72 00:06:00,126 --> 00:06:01,959 Bibir mulus 73 00:06:02,043 --> 00:06:05,543 Suaranya buluh perindu 74 00:06:05,626 --> 00:06:07,668 Malam ganas 75 00:06:07,751 --> 00:06:09,418 Aku waswas 76 00:06:09,501 --> 00:06:12,668 Dia menyeringai, aku cemas 77 00:06:13,293 --> 00:06:15,668 Kukucup dia dan jantungku… 78 00:06:15,751 --> 00:06:18,126 Philippa, tak sangka kau datang. 79 00:06:19,918 --> 00:06:21,418 Ada tangkap tikus malam ini? 80 00:06:22,418 --> 00:06:24,793 Vilgefortz. Tissaia. 81 00:06:24,876 --> 00:06:27,876 Kau datang pun. Syukurlah. 82 00:06:27,959 --> 00:06:30,293 - Mestilah aku datang. - Selamat pulang. 83 00:06:30,959 --> 00:06:34,334 Ingat, kita juga perlu berbaik-baik dengan Artorius, 84 00:06:34,418 --> 00:06:35,626 selain Stregobor. 85 00:06:36,209 --> 00:06:40,001 Alang-alang bercakap tentang berdamai, kau dah berbaik dengannya? 86 00:06:42,001 --> 00:06:43,918 Sama seperti semua hadirin… 87 00:06:44,834 --> 00:06:48,501 Tolong suruh dia jaga kelakuannya. Semuanya perlu lancar. 88 00:06:48,584 --> 00:06:50,126 - Tissaia… - Apa? 89 00:06:50,209 --> 00:06:51,793 Yakinilah dia. 90 00:06:53,084 --> 00:06:56,209 Sebentar lagi, Yen pasti buat semua orang marah. 91 00:06:56,293 --> 00:06:57,626 Minta diri sebentar. 92 00:06:57,709 --> 00:06:59,376 - Dijkstra. - Ke tepi. 93 00:07:00,793 --> 00:07:02,501 Tentu ada sebabnya. 94 00:07:04,209 --> 00:07:08,584 Philippa, aku patut tegur kau kerana ganggu witcher ini terlalu lama. 95 00:07:10,209 --> 00:07:13,751 Geralt dari Rivia, syukurlah kau juga bukan ahli sihir 96 00:07:13,834 --> 00:07:16,751 dan orang biasa macam aku. 97 00:07:18,126 --> 00:07:19,084 Semuanya 98 00:07:19,876 --> 00:07:20,793 Ilusi… 99 00:07:20,876 --> 00:07:23,584 Philippa, aku perlu berbual dengan witcher ini. 100 00:07:24,418 --> 00:07:25,334 Hanya antara lelaki. 101 00:07:32,584 --> 00:07:33,793 Hanya antara lelaki. 102 00:07:34,459 --> 00:07:36,001 Dijkstra selalu macam itu. 103 00:07:36,626 --> 00:07:39,376 Mereka berdua tentu buat hal esok. 104 00:07:39,459 --> 00:07:43,293 Mestilah. Orang bodoh saja yang percaya pengintip dan ahli sihirnya. 105 00:07:43,793 --> 00:07:47,751 - Tak berbaloi pun undang mereka. - Mereka tentu rancang sesuatu. 106 00:07:48,543 --> 00:07:50,459 Sudah tentu, tapi kami harap 107 00:07:50,543 --> 00:07:53,459 mereka boleh beri maklumat agar kami tak menyesal undang mereka. 108 00:07:59,459 --> 00:08:01,168 Aku suka tengok kau berfikir. 109 00:08:02,293 --> 00:08:04,168 Tapi banyak yang aku nak kata. 110 00:08:06,418 --> 00:08:08,418 Kita boleh sambung selepas ini. 111 00:08:08,918 --> 00:08:10,168 Semuanya 112 00:08:10,876 --> 00:08:12,418 Ilusi 113 00:08:15,834 --> 00:08:18,126 …di Kontinen dan juga di Aretuza. 114 00:08:18,834 --> 00:08:21,209 Semua ahli sihir akan bersidang, 115 00:08:21,293 --> 00:08:23,626 tapi takdir takkan dapat dielak. 116 00:08:23,709 --> 00:08:27,084 Tinggalkan sikap berkecuali dan pilih salah satu pihak. 117 00:08:27,168 --> 00:08:30,418 Redania boleh memastikan keselamatan Anak Singa terjaga. 118 00:08:31,209 --> 00:08:33,293 Gunalah bahasa mudah, Dijkstra. 119 00:08:34,501 --> 00:08:36,418 Jangan lupa, aku orang biasa. 120 00:08:38,251 --> 00:08:41,751 Dalam erti kata mudah, serahkan gadis itu sebelum terlambat. 121 00:08:41,834 --> 00:08:43,168 Tidak. Aku minta diri. 122 00:08:43,918 --> 00:08:47,126 - Semuanya ilusi… - Celaka betul. 123 00:08:47,209 --> 00:08:48,834 Semuanya 124 00:08:49,626 --> 00:08:50,834 Ilusi… 125 00:08:50,918 --> 00:08:52,793 Terima kasih kerana datang. 126 00:08:54,084 --> 00:08:55,043 Kami menghargainya. 127 00:09:00,001 --> 00:09:03,459 Gembiranya aku dapat jumpa kau. Kita perlu berbincang. 128 00:09:14,959 --> 00:09:17,751 Tissaia kata mereka bercinta semasa muda. 129 00:09:20,334 --> 00:09:21,251 Cinta pertama. 130 00:09:22,043 --> 00:09:23,584 Sukar dilupakan, bukan? 131 00:09:27,209 --> 00:09:28,418 Aku minta diri dulu. 132 00:09:29,334 --> 00:09:30,459 Silakan. 133 00:09:31,918 --> 00:09:34,751 Semoga berjaya di persidangan esok, witcher. 134 00:09:48,126 --> 00:09:50,084 - Kau ke mana? - Apa kata Istredd? 135 00:09:51,126 --> 00:09:52,126 Kita bincang kemudian. 136 00:09:52,209 --> 00:09:55,209 Melange akan bermula! 137 00:09:57,334 --> 00:09:58,584 - Ayuh. - Ini saatnya! 138 00:10:03,709 --> 00:10:05,043 - Artaud. - Keira. 139 00:10:05,876 --> 00:10:06,709 Yennefer. 140 00:10:11,543 --> 00:10:13,918 - Apa itu "Melange"? - Ia sejenis tarian. 141 00:10:14,959 --> 00:10:16,043 Ia acara wajib. 142 00:10:24,751 --> 00:10:25,584 Geralt. 143 00:10:46,001 --> 00:10:47,793 Kau seronok malam ini? 144 00:10:50,334 --> 00:10:51,168 Bagus. 145 00:10:54,918 --> 00:10:56,126 Witcher. 146 00:10:57,209 --> 00:11:00,376 Tak sabarnya aku nak dakap kau malam ini. 147 00:11:01,459 --> 00:11:03,751 Aku belajar seni meliuk badan. 148 00:11:03,834 --> 00:11:05,168 Aku mudah lentur. 149 00:11:05,251 --> 00:11:07,793 Aku harap kau sokong kami esok, Artorius. 150 00:11:07,876 --> 00:11:11,043 Mungkin, tapi aku tak lupa perbuatan lampau kau. 151 00:11:11,126 --> 00:11:14,084 Raja-raja yang menantikan puteri itu juga tak lupa. 152 00:11:14,168 --> 00:11:17,626 Ya, tapi perkara lain lebih penting. Aku nak membantu. 153 00:11:18,126 --> 00:11:19,084 Tengoklah nanti. 154 00:11:19,168 --> 00:11:24,334 Pengalaman mengajar aku supaya tak cuba meramal tindakan Yennefer dari Vengerberg. 155 00:11:25,959 --> 00:11:27,376 Mereka membimbangkan. 156 00:11:38,293 --> 00:11:41,459 - Kau dah cuba wain di sini? - Aku tak haus. 157 00:12:06,084 --> 00:12:06,959 Geralt. 158 00:12:08,459 --> 00:12:09,334 Istredd. 159 00:12:11,126 --> 00:12:14,501 Tak sangka. Kau bawa pengiring ganas itu. 160 00:12:14,584 --> 00:12:16,834 Aku tahu. Aku memang patut minta maaf. 161 00:12:17,459 --> 00:12:19,959 - Apa kata kita minum bersama? - Tak boleh. 162 00:12:20,959 --> 00:12:23,084 Aku nak cuba hamil malam ini. 163 00:12:24,584 --> 00:12:27,001 Masa depan pasti mengujakan, bukan? 164 00:12:45,043 --> 00:12:46,793 Aku gembira jumpa kau, Triss. 165 00:12:48,459 --> 00:12:49,543 Aku pun. 166 00:12:59,418 --> 00:13:00,251 Apa khabar Ciri? 167 00:13:01,251 --> 00:13:03,251 Dia selamat. Buat masa ini. 168 00:13:57,918 --> 00:13:59,793 - Hebatnya kau. - Terima kasih. 169 00:14:06,084 --> 00:14:07,543 Mengagumkan. 170 00:14:08,209 --> 00:14:09,209 Geralt. 171 00:14:10,709 --> 00:14:11,543 Seronoknya! 172 00:14:13,376 --> 00:14:16,126 Artaud, kau dah rasa arak malam ini? 173 00:14:16,209 --> 00:14:19,043 - Kau faham benar minat aku. - Minumlah lagi. 174 00:14:19,126 --> 00:14:22,209 Jangan cuba nafikan yang kau cuba rampas Yen semula. 175 00:14:22,293 --> 00:14:24,126 Apa yang nak dinafikan? 176 00:14:24,626 --> 00:14:27,876 - Dia pun tahu aku tak sekeji itu! - Buktikanlah. 177 00:14:34,834 --> 00:14:35,751 Melampau betul. 178 00:14:40,168 --> 00:14:41,001 Pengecut. 179 00:15:04,209 --> 00:15:05,209 Witcher! 180 00:15:05,918 --> 00:15:08,626 Aku dah janji dengan Yen aku takkan buat kacau. 181 00:15:08,709 --> 00:15:09,876 Belasah dia! 182 00:15:09,959 --> 00:15:11,001 Aku perlu tepati janji. 183 00:15:13,209 --> 00:15:14,084 Kita berdamai? 184 00:15:14,168 --> 00:15:15,334 Alamak! 185 00:15:18,376 --> 00:15:19,543 Siapa bagi dia champagne? 186 00:15:23,126 --> 00:15:24,626 Artaud mabuk lagi! 187 00:15:30,668 --> 00:15:33,459 Kau pura-pura bergaduh, kreatifnya. 188 00:15:33,543 --> 00:15:35,334 Mengaku sajalah yang kau suka. 189 00:15:36,376 --> 00:15:40,084 Bergaduh kerana aku, mestilah aku suka. 190 00:15:40,168 --> 00:15:41,709 Aku rasa bertuah 191 00:15:41,793 --> 00:15:44,668 dapat merebut hati Yennefer dari Vengerberg. 192 00:15:45,918 --> 00:15:49,334 Aku harap dapat sama-sama bertarung dengan kau, sayang. 193 00:15:50,334 --> 00:15:52,459 Dengan atau menentang aku? 194 00:15:53,459 --> 00:15:54,626 Bergantung pada malamnya. 195 00:15:58,084 --> 00:15:59,959 Aku tak mahu kehilanganmu. 196 00:16:02,626 --> 00:16:04,001 Tapi aku milikmu. 197 00:16:06,334 --> 00:16:07,459 Malam ini akan berakhir. 198 00:16:12,084 --> 00:16:13,251 Semuanya pasti berakhir. 199 00:16:13,334 --> 00:16:17,001 Sekarang, untuk menamatkan malam yang indah ini, 200 00:16:17,084 --> 00:16:18,543 mari ucap selamat! 201 00:16:22,251 --> 00:16:25,543 Untuk perdamaian antara ahli sihir negara-negara Utara! 202 00:16:26,376 --> 00:16:29,043 Untuk perdamaian! 203 00:16:31,418 --> 00:16:33,834 Kita ada banyak kerja esok. 204 00:16:33,918 --> 00:16:37,918 Tapi aku dan Tissaia yakin dengan masa depan Kontinen 205 00:16:38,001 --> 00:16:40,293 berdasarkan suasana malam ini. 206 00:16:40,918 --> 00:16:42,043 Untuk perdamaian! 207 00:16:42,126 --> 00:16:43,626 Untuk perdamaian! 208 00:16:46,751 --> 00:16:50,751 Semuanya berkat usaha Yennefer dari Vengerberg. 209 00:17:00,959 --> 00:17:01,834 Untuk kita… 210 00:17:04,209 --> 00:17:06,459 dan malam yang hampir sempurna. 211 00:17:07,043 --> 00:17:08,418 - …semua. - Bagus ucapan kau. 212 00:17:09,001 --> 00:17:10,793 Jadi, apa nak buat sekarang? 213 00:17:12,834 --> 00:17:14,793 Hebatnya malam ini. 214 00:17:17,168 --> 00:17:19,001 Tak sangka mereka terpedaya. 215 00:17:19,501 --> 00:17:21,793 Aku rasa lakonan kita agak meyakinkan. 216 00:17:21,876 --> 00:17:26,084 Baguslah. Philippa mengawasi dewan sampai tak berkelip matanya. 217 00:17:26,584 --> 00:17:28,168 Dia memang macam itu. 218 00:17:28,251 --> 00:17:30,626 Bukan kita saja yang ada rancangan. 219 00:17:30,709 --> 00:17:33,084 Aku tahu dari saat kita melangkah masuk. 220 00:17:37,126 --> 00:17:38,876 Lilac dan gusberi. 221 00:17:38,959 --> 00:17:40,543 Bau itu aku boleh tahan. 222 00:17:41,709 --> 00:17:43,209 Betulkah kau nak buat? 223 00:17:44,459 --> 00:17:45,543 Kau bagaimana? 224 00:17:51,959 --> 00:17:53,626 Dah sorok jampi itu? 225 00:17:53,709 --> 00:17:54,709 Untuk jaga adab. 226 00:17:56,084 --> 00:17:57,876 Mereka dah sampai. 227 00:18:01,251 --> 00:18:03,043 Entah yang mana aku lagi teringin buat, 228 00:18:03,126 --> 00:18:07,043 buang baju ini atau tusuk Stregobor dengan ukiran ais. 229 00:18:07,126 --> 00:18:12,001 Aku pun benci bangsat itu macam kau. Tapi kita perlu guna strategi lain. 230 00:18:12,084 --> 00:18:13,959 Baiklah, aku guna garpu. 231 00:18:14,668 --> 00:18:18,584 Atau daripada kau bunuh ahli penting Persaudaraan 232 00:18:18,668 --> 00:18:20,376 di depan semua negara Utara, 233 00:18:21,459 --> 00:18:22,376 kita tunggu. 234 00:18:23,001 --> 00:18:24,876 Kita cari bukti malam ini. 235 00:18:24,959 --> 00:18:27,668 Kita dedahkan Stregobor di persidangan esok. 236 00:18:28,876 --> 00:18:30,001 Dia akan dibicara. 237 00:18:30,584 --> 00:18:33,084 Sementara itu, kita perlu jaga perangai 238 00:18:33,168 --> 00:18:36,501 kalau kita mahu orang kesayangan kita diterima di sini. 239 00:18:36,584 --> 00:18:38,584 Aku lihat nasib gadis-gadis itu. 240 00:18:39,293 --> 00:18:41,709 Aku takkan pergi selagi dia tak selamat. 241 00:18:42,584 --> 00:18:43,626 Aku faham. 242 00:18:43,709 --> 00:18:44,543 Tapi, Geralt, 243 00:18:45,834 --> 00:18:46,793 percayalah aku. 244 00:19:06,709 --> 00:19:07,959 Witcher. 245 00:19:10,376 --> 00:19:12,084 Selalukah mereka renung begini? 246 00:19:12,793 --> 00:19:15,168 Tidak. Mereka cuma renung kita. 247 00:19:15,793 --> 00:19:18,584 Biasakan diri. Mereka akan buat sepanjang malam. 248 00:19:19,376 --> 00:19:20,209 Seronoknya. 249 00:19:23,334 --> 00:19:24,626 Semuanya 250 00:19:25,334 --> 00:19:26,793 Ilusi 251 00:19:27,543 --> 00:19:29,626 Siang ayu 252 00:19:29,709 --> 00:19:31,418 Bibir mulus 253 00:19:31,501 --> 00:19:34,834 Suaranya buluh perindu 254 00:19:35,334 --> 00:19:37,126 Malam ganas 255 00:19:37,209 --> 00:19:39,168 Aku waswas 256 00:19:39,251 --> 00:19:42,751 Dia menyeringai, aku cemas 257 00:19:42,834 --> 00:19:45,668 Kukucup dia dan jantungku… 258 00:19:45,751 --> 00:19:47,668 Philippa, tak sangka kau datang. 259 00:19:49,501 --> 00:19:51,168 Ada tangkap tikus malam ini? 260 00:19:52,376 --> 00:19:56,793 Kau pun tahu aku tak hebahkan kejayaan aku. 261 00:19:56,876 --> 00:19:58,501 Jaskier dah beritahu aku. 262 00:19:58,584 --> 00:20:00,251 Itu cubaan yang baik. 263 00:20:00,751 --> 00:20:04,334 - Aku tak mudah terpedaya. - Aku tahu. 264 00:20:06,043 --> 00:20:10,168 Oh, ya. Marti Sodergren bubuh bahan pembangkit syahwat dalam wain. 265 00:20:14,251 --> 00:20:15,168 Nak kaviar? 266 00:20:15,251 --> 00:20:18,084 Kaviar di atas pinggan itu cuma ilusi. 267 00:20:19,376 --> 00:20:22,334 Sama seperti semua hadirin penipu yang angkuh ini. 268 00:20:22,418 --> 00:20:24,459 Sepatutnya kau kata hadirin yang gila syahwat. 269 00:20:25,043 --> 00:20:28,751 Aku terkena penangan Sabrina Glevissig sebentar tadi. 270 00:20:30,876 --> 00:20:33,876 Kuasa Sabrina itu belum apa-apa. 271 00:20:34,501 --> 00:20:35,376 Mari. 272 00:20:36,043 --> 00:20:39,043 Kau nak rasa puncak syahwat yang bertalu-talu? 273 00:20:40,168 --> 00:20:41,168 Semuanya 274 00:20:42,084 --> 00:20:43,459 Ilusi 275 00:20:45,334 --> 00:20:48,043 Kau mengawasi witcher itu. 276 00:20:48,543 --> 00:20:50,709 Aku sedih mendengar 277 00:20:51,334 --> 00:20:54,168 tentang kematian Codringher dan Fenn. 278 00:20:57,584 --> 00:21:00,626 Tak sangka kau tak tahu tentangnya 279 00:21:01,209 --> 00:21:04,168 memandangkan kau giat menjejaki ahli sihir itu. 280 00:21:04,668 --> 00:21:05,918 Maksud kau, Rience? 281 00:21:06,793 --> 00:21:08,418 Mungkinkah tuannya di sini? 282 00:21:10,126 --> 00:21:11,834 Cubaan yang baik, Geralt. 283 00:21:12,459 --> 00:21:14,626 Tapi aku bukan mulut tempayan. 284 00:21:15,293 --> 00:21:16,543 Tapi kau datang juga. 285 00:21:17,043 --> 00:21:18,876 Tentu ada tujuan tertentu. 286 00:21:19,501 --> 00:21:21,293 Kau pun sama. 287 00:21:23,793 --> 00:21:28,459 Philippa, aku patut tegur kau kerana ganggu witcher ini terlalu lama. 288 00:21:29,459 --> 00:21:33,251 Geralt dari Rivia, syukurlah kau juga bukan yang ahli sihir. 289 00:21:33,334 --> 00:21:35,959 - Semuanya perlu lancar. - Tissaia… 290 00:21:39,626 --> 00:21:41,001 Yakinilah dia. 291 00:21:41,626 --> 00:21:44,001 Sebentar lagi, Yen pasti buat semua orang marah. 292 00:21:45,043 --> 00:21:46,168 Aku tak janji. 293 00:21:48,459 --> 00:21:49,709 Baru saja kita sebut. 294 00:21:50,668 --> 00:21:51,793 Dia terus muncul. 295 00:21:55,876 --> 00:21:56,709 Philippa. 296 00:21:57,668 --> 00:21:58,501 Tissaia. 297 00:21:59,584 --> 00:22:00,418 Vilgefortz. 298 00:22:02,626 --> 00:22:04,501 Yennefer dari Vengerberg. 299 00:22:05,376 --> 00:22:07,334 Gembiranya aku berjumpa kau sekali lagi. 300 00:22:07,959 --> 00:22:10,334 Jom kita ambil angin, bersama. 301 00:22:12,918 --> 00:22:15,376 Semua ahli sihir akan bersidang, 302 00:22:15,459 --> 00:22:17,376 tapi takdir takkan dapat dielak. 303 00:22:17,459 --> 00:22:18,543 Suasana bergolak. 304 00:22:18,626 --> 00:22:21,834 Di Kontinen dan juga di Aretuza. 305 00:22:22,959 --> 00:22:27,626 Ada pembelot yang akan sokong Nilfgaard, dan tinggalkan pakatan negara Utara. 306 00:22:27,709 --> 00:22:31,001 Tinggalkan sikap berkecuali dan pilih salah satu pihak 307 00:22:31,084 --> 00:22:33,209 sebelum kau hilang segalanya. 308 00:22:33,293 --> 00:22:36,876 Redania boleh memastikan keselamatan Anak Singa terjaga. 309 00:22:37,876 --> 00:22:42,209 Gunalah bahasa mudah, Dijkstra. Jangan lupa, aku orang biasa. 310 00:22:42,918 --> 00:22:46,418 Dalam erti kata mudah, serahkan gadis itu sebelum terlambat. 311 00:22:46,501 --> 00:22:48,209 Tidak. Aku minta diri. 312 00:22:49,376 --> 00:22:51,126 Celaka betul. 313 00:22:51,209 --> 00:22:54,334 Kau pekerja, jadi, sedarlah sikit diri… 314 00:22:57,168 --> 00:22:58,126 Penyembelih. 315 00:23:02,126 --> 00:23:04,251 Aku memang harap kita berjumpa lagi. 316 00:23:04,876 --> 00:23:07,418 Aku pun harap jumpa kepala kau dipancang. 317 00:23:07,918 --> 00:23:09,293 Pedihnya kata-kata kau. 318 00:23:09,918 --> 00:23:13,793 Padahal bukan aku yang tikam Renfri. 319 00:23:14,543 --> 00:23:17,084 Aku akan pastikan kau terima balasan atas perbuatan kau. 320 00:23:17,668 --> 00:23:19,543 Aku cuba selamatkan Kontinen. 321 00:23:20,459 --> 00:23:24,876 Dengan menghapuskan makhluk jahanam yang mengancam kita, samalah macam kau. 322 00:23:26,709 --> 00:23:27,959 Aku tak sama langsung 323 00:23:28,709 --> 00:23:29,751 macam kau. 324 00:23:30,793 --> 00:23:32,418 Buktikanlah, witcher. 325 00:23:34,084 --> 00:23:36,876 Aku nak sangat tengok perbezaan kita. 326 00:23:48,001 --> 00:23:49,251 Semuanya 327 00:23:49,876 --> 00:23:51,376 Ilusi 328 00:23:51,918 --> 00:23:54,418 Terima kasih kerana datang. Kami menghargainya. 329 00:23:57,876 --> 00:24:00,376 Gembiranya aku dapat jumpa kau. Kita perlu berbincang. 330 00:24:00,459 --> 00:24:01,459 Ada apa? 331 00:24:01,543 --> 00:24:03,376 Ada satu artifak, 332 00:24:03,459 --> 00:24:06,043 teks purba bunian bertajuk Kitab Tugu. 333 00:24:07,043 --> 00:24:08,126 Aku tak tahu pula. 334 00:24:08,209 --> 00:24:10,459 Itu kerana mereka tak ajar di Aretuza. 335 00:24:10,543 --> 00:24:13,793 Tapi ia membolehkan pemiliknya merentasi ruang dan masa. 336 00:24:13,876 --> 00:24:16,668 - Bagaimana? - Entahlah. Ia sepatutnya mustahil. 337 00:24:16,751 --> 00:24:20,876 Tapi daripada siasatan aku dan Triss, ia ada dengan Stregobor. 338 00:24:21,543 --> 00:24:23,126 Kami tahu tempat dia menyoroknya. 339 00:24:23,668 --> 00:24:26,543 Aku beritahu Istredd kau diserang dalam bayangan. 340 00:24:27,293 --> 00:24:30,626 Ini peluang kita, Yen. Untuk hukum dia atas kejahatannya. 341 00:24:30,709 --> 00:24:32,918 Seseorang perlu masuk ke pejabatnya… 342 00:24:33,001 --> 00:24:33,918 Silakan. 343 00:24:34,001 --> 00:24:36,293 …dan ambil sebelum dia guna kitab itu. 344 00:24:36,376 --> 00:24:38,626 Semoga berjaya di persidangan esok. 345 00:24:45,376 --> 00:24:47,251 - Kau ke mana? - Apa kata Istredd? 346 00:24:47,334 --> 00:24:48,668 Kita bincang kemudian. 347 00:24:50,251 --> 00:24:51,584 Lupakan kata-kata aku. 348 00:24:51,668 --> 00:24:54,168 Stregobor curi buku yang amat berbahaya 349 00:24:54,251 --> 00:24:56,793 dan akan buat sesuatu dengannya dan terhadap Ciri. 350 00:24:56,876 --> 00:25:00,168 Melange akan bermula! 351 00:25:00,876 --> 00:25:03,543 Kita perlu tumpaskan dia malam ini. 352 00:25:06,668 --> 00:25:09,168 - Apa itu "Melange"? - Ia sejenis tarian. 353 00:25:09,751 --> 00:25:10,876 Ia acara wajib. 354 00:25:17,334 --> 00:25:18,418 Walaupun bagi aku? 355 00:25:19,459 --> 00:25:20,418 Terutamanya bagi kau. 356 00:25:26,293 --> 00:25:27,168 Geralt. 357 00:25:46,084 --> 00:25:49,001 - Apa khabar Ciri? - Dia selamat. Buat masa ini. 358 00:25:49,751 --> 00:25:52,293 Bagaimana jika ada orang rampas kuasanya? 359 00:25:52,793 --> 00:25:56,084 Kuasanya semula jadi. Kau pun tahu. 360 00:25:56,168 --> 00:25:58,376 Tapi dia boleh hidup normal. 361 00:25:58,876 --> 00:26:01,376 Entah apa yang dia mungkin anggap "normal". 362 00:26:02,209 --> 00:26:04,168 Aku cuma mahu dia harungi semua ini. 363 00:26:11,876 --> 00:26:14,001 Kita perlu halang Stregobor. 364 00:26:16,751 --> 00:26:19,751 Aku akan buat gangguan supaya kau boleh keluar. 365 00:26:31,751 --> 00:26:33,501 Kata isyaratnya, "Kita berdamai." 366 00:26:38,668 --> 00:26:40,376 Aku akan beritahu Artaud. 367 00:26:41,293 --> 00:26:42,501 Kita mampu buat. 368 00:26:43,001 --> 00:26:44,001 Semoga berjaya. 369 00:26:56,293 --> 00:26:57,834 Geralt, maafkan aku. 370 00:26:57,918 --> 00:27:00,626 - Aku dan Yen ada hal pen… - Layan aksi aku. 371 00:27:03,459 --> 00:27:07,126 Jangan cuba nafikan yang kau cuba rampas Yen semula. 372 00:27:08,209 --> 00:27:09,918 Apa yang nak dinafikan? 373 00:27:10,876 --> 00:27:12,918 Dia pun tahu aku tak sekeji itu! 374 00:27:13,001 --> 00:27:13,959 Buktikanlah. 375 00:27:15,084 --> 00:27:16,001 Melampau betul. 376 00:28:07,251 --> 00:28:08,084 Aduh! 377 00:28:12,084 --> 00:28:13,584 - Tumbuk aku. - Tolonglah… 378 00:28:26,501 --> 00:28:27,334 Kita berdamai? 379 00:28:27,418 --> 00:28:28,626 Alamak! 380 00:28:28,709 --> 00:28:30,709 KACUKAN NISSA - TERYN - ELISABET 381 00:28:32,668 --> 00:28:34,709 MANUSIA SEPARA BUNIAN 382 00:28:34,793 --> 00:28:36,959 Artaud mabuk lagi! 383 00:28:49,376 --> 00:28:51,459 Aku nak kalung kau, budak kacukan! 384 00:28:59,793 --> 00:29:01,709 Kau tak layak berada di sini! 385 00:29:01,793 --> 00:29:02,959 Maaf kerana mengganggu. 386 00:29:04,501 --> 00:29:06,251 Stregobor, kau memang setan. 387 00:29:06,876 --> 00:29:09,501 Kau bukannya nak kita semua bersatu, bukan? 388 00:29:09,584 --> 00:29:13,126 Semua itu cuma tipu helah supaya kau dapat capai matlamat kau 389 00:29:13,209 --> 00:29:14,876 untuk menghancurkan Aretuza. 390 00:29:16,168 --> 00:29:18,209 Kaum kau tak pernah berubah. 391 00:29:18,293 --> 00:29:20,918 Tapi ketua kita baik dan pemaaf. 392 00:29:21,001 --> 00:29:23,418 Tapi aku tak pemaaf. 393 00:29:23,501 --> 00:29:24,751 Aku pun. 394 00:29:26,084 --> 00:29:27,668 Kau bersungguh-sungguh 395 00:29:27,751 --> 00:29:30,793 rosakkan lawang, culik murid. 396 00:29:30,876 --> 00:29:35,251 - Seksa gadis untuk mendapatkan Ciri. - Ini tak melibatkan kau, witcher. 397 00:29:35,334 --> 00:29:38,251 Aku langsung tak peduli pasal budak Cintra itu. 398 00:29:38,334 --> 00:29:41,001 Entah-entah, dia dah kojol sekarang. 399 00:29:41,084 --> 00:29:43,918 Kehebatan kuasanya tak terjangkau dek otak kau. 400 00:29:44,543 --> 00:29:48,709 Otak kau pun tak terjangkau ancaman yang kau hadapi sekarang. 401 00:29:49,293 --> 00:29:51,876 Kau berbahaya sebab darah kau yang kotor itu 402 00:29:51,959 --> 00:29:55,334 dan maut akan menjemput kau tak lama lagi, tapi gadis itu… 403 00:29:56,876 --> 00:30:00,918 Besar kemungkinan dia akan mati 404 00:30:01,001 --> 00:30:03,376 di tangan kau, penyembelih. 405 00:30:03,459 --> 00:30:05,168 - Aku akan bunuh kau. - Cukup! 406 00:30:08,084 --> 00:30:10,709 Kami datang apabila kami sedar kamu tiada. 407 00:30:12,084 --> 00:30:14,501 - Sekarang, beri penjelasan. - Ya. 408 00:30:15,126 --> 00:30:15,959 Jelaskanlah. 409 00:30:17,126 --> 00:30:20,959 Stregobor simpan senarai murid bunian 410 00:30:21,459 --> 00:30:22,876 dan barang mereka. 411 00:30:22,959 --> 00:30:25,959 Murid yang hilang bulan ini. Nissa. 412 00:30:27,251 --> 00:30:28,626 - Elisabet. - Teryn. 413 00:30:29,209 --> 00:30:31,626 Dia jalankan uji kaji ke atas mereka. 414 00:30:31,709 --> 00:30:33,209 Dia kawal minda mereka. 415 00:30:33,293 --> 00:30:35,376 Apa? Mengarutlah! 416 00:30:35,459 --> 00:30:37,959 Dia cuba bunuh aku dengan lawang yang dirosakkan. 417 00:30:40,876 --> 00:30:43,126 Kau percaya cakap dia? 418 00:30:43,209 --> 00:30:46,626 Kami percaya dia cuma mahu culik Cirilla dari Cintra. 419 00:30:48,334 --> 00:30:49,251 Kamu ada bukti? 420 00:30:50,084 --> 00:30:51,001 Ada. 421 00:30:55,626 --> 00:30:57,543 Kau ingat apa yang ada di situ? 422 00:31:12,251 --> 00:31:13,584 Kitab Tugu. 423 00:31:13,668 --> 00:31:14,709 Buku bunian purba 424 00:31:14,793 --> 00:31:18,251 yang dikatakan mengandungi ilmu sebelum Gabungan berlaku. 425 00:31:18,751 --> 00:31:21,834 Ini ada rahsia pertembungan dunia bunian dan manusia. 426 00:31:21,918 --> 00:31:25,001 Terutamanya cara untuk manusia hapuskan bunian. 427 00:31:25,501 --> 00:31:27,293 Kau curi kitab ini, bukan? 428 00:31:27,376 --> 00:31:30,959 Ya, aku nak halau kau dan kaum kau dari menara ini. 429 00:31:31,043 --> 00:31:33,418 - Tapi menuduh yang aku… - Tidak. 430 00:31:34,168 --> 00:31:36,459 Ini tuduhan serius. 431 00:31:38,251 --> 00:31:39,626 Stregobor patut ditahan 432 00:31:39,709 --> 00:31:42,793 sehingga persidangan tamat untuk dibicarakan. 433 00:31:42,876 --> 00:31:45,876 - Aku setuju. - Mestilah kau setuju. 434 00:31:45,959 --> 00:31:47,043 Artorius? 435 00:31:51,709 --> 00:31:55,293 Kau khianati rakan seperjuangan ketika kita cuba bersatu. 436 00:31:56,293 --> 00:31:57,543 Aku tak dapat sokong kau. 437 00:31:58,251 --> 00:32:00,501 Lepaskan aku! Kau dah gila! 438 00:32:01,709 --> 00:32:03,126 Kamu semua dah gila! 439 00:32:03,209 --> 00:32:05,168 Semua ini pembohongan! 440 00:32:05,251 --> 00:32:07,126 Aku akan simpan kitab ini. 441 00:32:08,084 --> 00:32:10,626 Agar ia tak lagi jatuh ke tangan yang salah. 442 00:32:17,834 --> 00:32:18,793 Kau wira malam ini. 443 00:32:21,626 --> 00:32:22,668 Kau pun. 444 00:32:23,251 --> 00:32:25,084 Ayuh, mari kita nikmati majlis. 445 00:32:34,834 --> 00:32:36,209 Rantai tangannya tercicir. 446 00:32:40,209 --> 00:32:41,251 Aku perlu segelas arak. 447 00:32:42,834 --> 00:32:43,751 Atau 12 gelas. 448 00:32:46,459 --> 00:32:47,293 Ucap selamat! 449 00:32:48,334 --> 00:32:51,584 Untuk perdamaian antara ahli sihir negara-negara Utara! 450 00:32:51,668 --> 00:32:54,793 - Untuk perdamaian! - Untuk perdamaian! 451 00:32:55,376 --> 00:32:57,709 Kita ada banyak kerja esok, 452 00:32:57,793 --> 00:33:01,584 tapi aku dan Tissaia yakin dengan masa depan Kontinen 453 00:33:01,668 --> 00:33:03,959 berdasarkan suasana malam ini. 454 00:33:04,834 --> 00:33:05,834 Untuk perdamaian! 455 00:33:05,918 --> 00:33:08,084 Untuk perdamaian! 456 00:33:11,126 --> 00:33:14,126 Semuanya berkat usaha Yennefer dari Vengerberg. 457 00:33:15,876 --> 00:33:16,709 Untuk Yen! 458 00:33:27,001 --> 00:33:27,918 Untuk kita… 459 00:33:29,209 --> 00:33:31,501 dan malam yang hampir sempurna. 460 00:33:35,126 --> 00:33:36,126 Aku cintakan kau. 461 00:33:41,334 --> 00:33:43,293 Ini kali pertama kau kata begitu. 462 00:33:45,584 --> 00:33:46,543 Mustahil. 463 00:33:47,293 --> 00:33:48,543 Kau rasakannya dalam hati. 464 00:33:49,834 --> 00:33:51,626 Tapi kau luahkannya malam ini. 465 00:33:56,376 --> 00:33:57,709 Ciumlah aku sekarang. 466 00:33:59,709 --> 00:34:01,043 Di depan semua orang. 467 00:34:15,334 --> 00:34:17,543 Ini malam pertama kita keluar bersama 468 00:34:18,043 --> 00:34:20,251 tapi aku cuma mahu kita berdua-duaan. 469 00:34:30,043 --> 00:34:31,876 Yang ini, aku boleh tahan. 470 00:34:33,501 --> 00:34:36,626 Lama sangat aku tunggu sebelum berjaya ajak kau mandi. 471 00:34:40,376 --> 00:34:42,043 Kita berjaya tak? 472 00:34:43,168 --> 00:34:44,334 Susah aku nak kata. 473 00:34:46,751 --> 00:34:50,084 - Aku asyik teringat Philippa. - Kenapa? 474 00:34:51,543 --> 00:34:55,334 Semasa aku di Redania, katanya aku salah seorang daripada mereka. 475 00:34:55,918 --> 00:34:58,876 Tapi tadi, dia macam mahu aku sokong pihaknya. 476 00:35:00,001 --> 00:35:01,293 Pihak apa? 477 00:35:01,376 --> 00:35:02,584 Dia tak kata. 478 00:35:05,168 --> 00:35:06,376 Ceritakan semuanya. 479 00:35:06,459 --> 00:35:09,043 Jom kita ambil angin, bersama. 480 00:35:14,751 --> 00:35:16,084 - Tissaia. - Margarita. 481 00:35:19,751 --> 00:35:23,126 Aku suka sangat malam sebegini. 482 00:35:25,751 --> 00:35:28,501 Kalau kau mahukan Ciri, lupakan saja. 483 00:35:30,459 --> 00:35:32,293 Tunggu masa saja, Yen. 484 00:35:33,376 --> 00:35:36,626 Tapi bukan itu tujuan aku ajak kau keluar. 485 00:35:40,876 --> 00:35:41,876 Kasihan dia. 486 00:35:42,584 --> 00:35:43,959 Lydia van Bredevoort? 487 00:35:45,751 --> 00:35:47,918 Aku baru tahu dia sedang bersedih. 488 00:35:48,793 --> 00:35:53,126 Mati pun dia sanggup hadapi kalau itulah yang kekasihnya minta. 489 00:35:54,334 --> 00:35:56,709 Kau tahukah kejadian yang berlaku? 490 00:35:58,751 --> 00:36:00,876 Antara aku dan Tissaia. 491 00:36:02,168 --> 00:36:04,543 Tissaia kata kalian cuma makin renggang. 492 00:36:04,626 --> 00:36:06,168 Setakat itu saja. 493 00:36:08,459 --> 00:36:13,209 Kesetiaannya sukar diperoleh dan malanglah kita jika kehilangannya. 494 00:36:14,084 --> 00:36:16,709 Kami hanya rapat setelah lama berkawan. 495 00:36:16,793 --> 00:36:19,584 Sehinggalah ke ambang perang Utara yang pertama. 496 00:36:19,668 --> 00:36:20,543 Sodden? 497 00:36:22,084 --> 00:36:25,043 Aku cuba pujuk Tissaia supaya tak pergi. 498 00:36:26,043 --> 00:36:28,043 Supaya tak sertai Vilgefortz. 499 00:36:28,626 --> 00:36:32,168 Biar Kontinen perjuangkan perang yang pasti kalah. Tapi dia tolak. 500 00:36:32,251 --> 00:36:34,334 - Kami menang. - Tapi apa korbannya? 501 00:36:36,001 --> 00:36:39,376 Mereka pun nyaris tumpas sehinggalah kau guna sihir api. 502 00:36:40,459 --> 00:36:43,543 Kita kehilangan ramai ahli sihir sebelum itu berlaku. 503 00:36:44,459 --> 00:36:49,126 - Kau pun terima akibatnya, bukan? - Tissaia bukan ikut telunjuk Vilgefortz. 504 00:36:50,043 --> 00:36:52,251 Dia berjuang demi Persaudaraan. 505 00:36:52,334 --> 00:36:54,293 Kerajaan Utara, seperti sekarang. 506 00:36:54,376 --> 00:36:56,751 Perjuangan kau ini sia-sia. 507 00:36:57,959 --> 00:37:01,501 Persaudaraan takkan wujud dalam masa depan Kontinen. 508 00:37:02,376 --> 00:37:03,709 Niat Tissaia baik, 509 00:37:03,793 --> 00:37:07,834 tapi kesetiaannya kepada pertubuhan ini akan menghancurkan hidupnya. 510 00:37:08,501 --> 00:37:09,334 Hidup aku juga. 511 00:37:10,459 --> 00:37:14,793 Apa sebenarnya tujuan kau datang kalau kau yakin Aretuza akan musnah? 512 00:37:15,293 --> 00:37:19,293 Kita bukan macam Tissaia. 513 00:37:20,959 --> 00:37:23,626 Kita langgar peraturan dan tak takut kuasa. 514 00:37:24,751 --> 00:37:26,251 Harapan masih ada untuk kau. 515 00:37:27,293 --> 00:37:29,584 Pembelot dah bekerjasama dengan Nilfgaard. 516 00:37:29,668 --> 00:37:32,543 - Macam biasa. - Suka hati kaulah. 517 00:37:33,709 --> 00:37:36,543 Tapi jika kau dan Tissaia teruskan rancangan ini, 518 00:37:36,626 --> 00:37:39,709 nasib kalian pun akan sama seperti nasib Lydia. 519 00:37:40,209 --> 00:37:43,001 Mencintai racun yang akhirnya membawa maut. 520 00:37:44,293 --> 00:37:45,543 Hei, aku faham. 521 00:37:46,584 --> 00:37:47,543 Aku tak tipu. 522 00:37:47,626 --> 00:37:51,209 Tapi aku dan Tissaia dah hadapi banyak pertelagahan dalam Persaudaraan. 523 00:37:52,793 --> 00:37:55,876 Kami akan berjaya esok. Seperti di Sodden. 524 00:37:56,376 --> 00:37:59,959 Walaupun aku harap kau berjuang bersama pada hari itu, 525 00:38:01,126 --> 00:38:02,834 kami akan berjuang lagi tanpa kau. 526 00:38:04,834 --> 00:38:06,543 Selepas negara Utara bersatu esok, 527 00:38:06,626 --> 00:38:10,709 semoga kau sedar yang sesetengah perkara masih wajar dipertahankan. 528 00:38:13,001 --> 00:38:14,626 Terima kasih kerana datang. 529 00:38:16,043 --> 00:38:17,168 Kami menghargainya. 530 00:38:21,126 --> 00:38:23,793 Malam ini juga berharga bagi kami. 531 00:38:27,293 --> 00:38:29,709 Mungkin dia sengaja nak kita cemas. 532 00:38:30,376 --> 00:38:31,876 Macamlah dia tak biasa. 533 00:38:32,501 --> 00:38:37,043 Jika ya, patutlah Dijkstra kata begitu. Mereka rahsiakan sesuatu. 534 00:38:38,584 --> 00:38:39,709 Kenapa dia diam saja? 535 00:38:40,459 --> 00:38:43,459 Tuduhan kita terhadap Stregobor tiada kaitan dengan Nilfgaard. 536 00:38:43,543 --> 00:38:46,084 Apa kaitan ahli sihir yang tak bercakap itu? 537 00:38:46,168 --> 00:38:47,126 Entahlah. 538 00:38:48,709 --> 00:38:50,251 Kenapa Lydia tak bercakap? 539 00:38:50,876 --> 00:38:53,668 Rahang bawahnya cuma jelmaan yang pintar. 540 00:38:54,418 --> 00:38:58,168 Mukanya cedera teruk, dan sekarang dia tak boleh bercakap. 541 00:38:58,876 --> 00:39:02,959 - Dia cuma guna telepati. - "Wanita bersuara pelik." 542 00:39:04,543 --> 00:39:06,001 Teryn ada kata begitu. 543 00:39:06,084 --> 00:39:09,293 - Mana rantai tangan Tissaia? - Di sini. 544 00:39:13,543 --> 00:39:16,459 Aku berselisih dengan Lydia semasa aku ke Balai Kegemilangan. 545 00:39:17,251 --> 00:39:19,584 Anting-antingnya guna batu yang sama. 546 00:39:19,668 --> 00:39:21,168 Kenapa kau ke sana? 547 00:39:21,251 --> 00:39:23,501 Kerana aku hampir bunuh Stregobor. 548 00:39:23,584 --> 00:39:24,459 Apa? 549 00:39:24,543 --> 00:39:25,501 Hampir. 550 00:39:27,959 --> 00:39:30,168 Aku ke sana untuk tenangkan fikiran. 551 00:39:31,376 --> 00:39:32,584 Semuanya 552 00:39:33,251 --> 00:39:34,668 Ilusi 553 00:39:35,168 --> 00:39:36,418 Semuanya 554 00:39:37,126 --> 00:39:38,459 Ilusi 555 00:39:47,459 --> 00:39:48,626 Ketibaan Pertama. 556 00:39:49,459 --> 00:39:52,126 Semasa Jan Bekker guna kuasa menurut kehendaknya. 557 00:39:53,334 --> 00:39:57,459 Dia meredakan ombak, bukti yang sihir tak semestinya jahat dan dahsyat. 558 00:39:57,543 --> 00:40:01,584 Dia tubuhkan persatuan yang kini dikenali sebagai Persaudaraan. 559 00:40:02,876 --> 00:40:04,543 Ini lukisan kegemaran aku. 560 00:40:05,043 --> 00:40:07,793 Golongan tersisih, di bawah payung yang sama. 561 00:40:09,876 --> 00:40:11,126 Sesuai dengan situasi kita. 562 00:40:12,334 --> 00:40:16,334 Bahagian yang sesuai cuma kejadian yang berlaku malam ini. 563 00:40:17,543 --> 00:40:20,168 Memang sesuai dijadikan subjek lukisan, 564 00:40:21,293 --> 00:40:22,459 yang bertajuk, 565 00:40:23,418 --> 00:40:27,168 "Geralt Tinggalkan Pulau Thanedd Sambil Ketawa Terbahak-bahak." 566 00:40:29,001 --> 00:40:30,251 Walaupun begitu, 567 00:40:31,251 --> 00:40:34,126 aku harap kita dapat berbual malam ini, Geralt. 568 00:40:34,918 --> 00:40:37,834 Aku yakin kita ada banyak persamaan. 569 00:40:38,709 --> 00:40:42,126 Aku tak sependapat dengan kau. 570 00:40:46,043 --> 00:40:47,584 Kita berdua tersisih. 571 00:40:55,584 --> 00:41:00,043 Macam kau, aku tak boleh anggap diri aku manusia, ahli sihir atau druid. 572 00:41:02,668 --> 00:41:04,043 Yang pasti, 573 00:41:04,626 --> 00:41:05,668 aku anak yatim. 574 00:41:06,543 --> 00:41:08,918 Dibiarkan mati di jalanan di Lan Exeter. 575 00:41:10,043 --> 00:41:14,543 Aku sertai segala macam makhluk dahsyat di dunia yang kejam ini. 576 00:41:15,043 --> 00:41:16,251 Kebanyakan manusia. 577 00:41:17,084 --> 00:41:18,584 Sehinggalah aku juga jadi kejam. 578 00:41:19,918 --> 00:41:22,459 Tapi daripada jadi mutan yang dibenci, 579 00:41:23,418 --> 00:41:25,418 aku pilih untuk jadi ahli sihir. 580 00:41:26,543 --> 00:41:27,668 Kerana rasa dendam. 581 00:41:28,168 --> 00:41:29,668 Hati-hati, Vilgefortz. 582 00:41:30,376 --> 00:41:33,418 Jangan sampai persamaan yang kau cuba cari itu 583 00:41:33,501 --> 00:41:34,834 buat kau terpesong. 584 00:41:34,918 --> 00:41:39,251 Jangan risau. Kita masih ada satu persamaan. 585 00:41:39,334 --> 00:41:43,709 Aku bukan lagi budak yang semberono itu selepas aku mencintai Tissaia. 586 00:41:43,793 --> 00:41:47,418 Hubungan rapat itu mengubah aku. 587 00:41:47,501 --> 00:41:51,209 Perasaan kau jika bersama Yennefer dari Vengerberg pasti sama. 588 00:41:54,209 --> 00:41:56,751 Kau macam serba tahu. 589 00:41:58,251 --> 00:41:59,876 Cakaplah kalau aku salah. 590 00:42:00,751 --> 00:42:05,209 Makin lama Yennefer di Aretuza, makin kuat pengaruh Persaudaraan. 591 00:42:05,918 --> 00:42:09,459 Maka, lagi mudahlah kami menentang ancaman terhadap Kontinen. 592 00:42:11,209 --> 00:42:15,209 Kau tak pernahkah tertarik kepada seni kuasa sihir? 593 00:42:16,459 --> 00:42:18,543 Kau tak mahu sertai dia di sini? 594 00:42:19,334 --> 00:42:21,668 Untuk melindungi orang yang kau sayang, 595 00:42:21,751 --> 00:42:24,251 sertailah kami dalam perang yang mendatang. 596 00:42:27,459 --> 00:42:30,459 Budak itu takkan selamat selamanya 597 00:42:30,543 --> 00:42:33,543 dan sifat pasif kau takkan dapat melindungi dia. 598 00:42:34,751 --> 00:42:38,418 Ramai betul orang marah kerana aku tak pilih mana-mana pihak. 599 00:42:40,126 --> 00:42:43,168 Ramai yang tawarkan pakatan dan perjanjian 600 00:42:43,251 --> 00:42:47,918 serta syarahan tentang kewajipan untuk aku memilih pihak yang benar. 601 00:42:49,793 --> 00:42:54,709 Status kita dalam permainan ini berbeza. Jadi, biar aku pilih haluan sendiri. 602 00:42:55,959 --> 00:42:57,626 Aku akan bertindak, 603 00:42:57,709 --> 00:43:00,084 menyesuaikan diri mengikut keadaan. 604 00:43:00,751 --> 00:43:04,418 Aku faham. Tapi itu mungkin tak mencukupi. 605 00:43:05,501 --> 00:43:08,209 Ada satu saja cara agar kau tak kehilangannya. 606 00:43:10,626 --> 00:43:12,459 Apa jadi jika aku tak sertai kau? 607 00:43:15,668 --> 00:43:17,959 Ke mana saja kau pergi, apa yang kau buat, 608 00:43:18,918 --> 00:43:21,876 musuh akan sedia menanti. 609 00:43:28,418 --> 00:43:31,293 Tissaia kata mereka bercinta semasa muda. 610 00:43:33,876 --> 00:43:34,876 Cinta pertama. 611 00:43:36,334 --> 00:43:37,834 Sukar dilupakan, bukan? 612 00:43:43,001 --> 00:43:44,209 Aku minta diri dulu. 613 00:43:45,126 --> 00:43:46,251 Silakan. 614 00:43:47,668 --> 00:43:50,751 Semoga berjaya di persidangan esok, witcher. 615 00:43:54,001 --> 00:43:55,418 "Perang yang mendatang?" 616 00:43:56,418 --> 00:43:58,876 Vilgefortz sokong persidangan ini demi keamanan. 617 00:44:00,709 --> 00:44:02,418 Mungkin dia tak rasa ia akan berjaya. 618 00:44:05,334 --> 00:44:06,501 Ammonite merah. 619 00:44:07,459 --> 00:44:10,959 - Kononnya ia lindungi cinta hati. - Atau harta berharga. 620 00:44:11,043 --> 00:44:14,668 Ia hanya ada di lombong sekitar Redania Barat. 621 00:44:16,376 --> 00:44:18,668 Di sanalah aku jumpa gadis di istana itu. 622 00:44:18,751 --> 00:44:21,376 Geralt, lukisan itu. Ketibaan Pertama. 623 00:44:21,459 --> 00:44:24,001 Di sanalah aku diserang ketika aku memasuki lawang itu. 624 00:44:24,084 --> 00:44:26,293 Ada gunung hitam dan air jauh di bawah. 625 00:44:26,376 --> 00:44:27,918 Vilgefortz suka lukisan itu. 626 00:44:28,001 --> 00:44:31,584 Dia bagi Tissaia rantai tangan itu. Tentu dia bagi Lydia anting-anting itu. 627 00:44:34,543 --> 00:44:35,709 Lydia mencintainya. 628 00:44:36,459 --> 00:44:38,418 "Racun yang membawa maut." 629 00:44:39,584 --> 00:44:42,584 - Stregobor bukan orangnya. - Tapi Vilgefortz. 630 00:44:45,751 --> 00:44:47,751 - Apa kau buat? - Aku cari Tissaia. 631 00:44:47,834 --> 00:44:50,584 - Untuk pastikan dia selamat. - Masa suntuk. 632 00:44:50,668 --> 00:44:53,876 Aku tak boleh tinggalkan dia. Tolong buka laluan. 633 00:45:29,793 --> 00:45:32,043 Kau sepatutnya pilih salah satu pihak. 634 00:47:57,293 --> 00:48:02,293 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin