1 00:00:06,006 --> 00:00:08,925 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:09,009 --> 00:00:09,968 Tinggal 30 saat. 3 00:00:10,051 --> 00:00:12,095 - Lekas. - Bendanya kupu-kupu. 4 00:00:13,221 --> 00:00:15,181 Tatu kupu-kupu Mariah Carey. 5 00:00:15,265 --> 00:00:16,141 Ya. 6 00:00:17,267 --> 00:00:18,601 Syabas, John. 7 00:00:18,685 --> 00:00:22,063 Awak dah meneka dengan betul, lihat apa akan berlaku. 8 00:00:29,154 --> 00:00:30,572 Saya patut teka lebih awal. 9 00:00:30,655 --> 00:00:32,782 Tesis kolej saya tentang tatu itu. 10 00:00:32,866 --> 00:00:34,242 Ya, dan ingat, 11 00:00:34,325 --> 00:00:37,370 setiap gambar malam ini ada kaitan dengan hidup awak dulu, 12 00:00:37,454 --> 00:00:39,164 dan kalian akan lebih saling mengenali. 13 00:00:39,247 --> 00:00:40,290 Giliran pasukan biru. 14 00:00:40,373 --> 00:00:41,750 Kalahkan mereka. 15 00:00:41,833 --> 00:00:43,084 Giliran awak, Chidi! 16 00:00:44,044 --> 00:00:46,713 Saya pandai melukis tapi tak pandai kawal tekanan. 17 00:00:46,796 --> 00:00:48,423 Masa awak bermula sekarang. 18 00:00:48,506 --> 00:00:50,216 Okey. 19 00:00:51,551 --> 00:00:52,427 Awak boleh buat. 20 00:00:52,510 --> 00:00:54,512 Maaf, saya cuba fikir cara nak mula... 21 00:00:54,596 --> 00:00:56,055 Lukis saja, kawan. 22 00:00:56,139 --> 00:01:00,310 Oh, tidak. 23 00:01:00,393 --> 00:01:02,437 - Tiga puluh saat. - Baiklah. 24 00:01:04,981 --> 00:01:06,566 Adakah itu kapal selam? 25 00:01:06,649 --> 00:01:07,942 Macam brokoli bergigi. 26 00:01:08,818 --> 00:01:11,112 Kuda pakai reben di leher. 27 00:01:11,196 --> 00:01:13,656 - Adakah itu anak kuda saya, Daisy? - Ya! 28 00:01:15,200 --> 00:01:16,201 Oh, tidak. 29 00:01:16,993 --> 00:01:17,952 Tidak! 30 00:01:23,374 --> 00:01:25,877 - Apa saya dah buat? - Makhluk Frankenstein. 31 00:01:25,960 --> 00:01:30,048 Tak apalah. Magic Pictionary dah berakhir, 32 00:01:30,131 --> 00:01:31,591 dan kita boleh pulang dan tidur. 33 00:01:31,674 --> 00:01:32,884 Nak saya bunuhnya? 34 00:01:32,967 --> 00:01:34,093 Saya banyak pengalaman. 35 00:01:35,053 --> 00:01:35,929 Okey. 36 00:01:41,768 --> 00:01:43,770 BAB 43 37 00:01:43,853 --> 00:01:45,647 Aduhai. Teruknya sesi tadi. 38 00:01:45,730 --> 00:01:47,357 Macam mana boleh gagal? 39 00:01:47,440 --> 00:01:50,026 Yang saya tahu, Brent sangat mabuk. 40 00:01:50,109 --> 00:01:51,110 Jangan beri dia bir lagi. 41 00:01:51,194 --> 00:01:54,739 Tiada larangan di Tempat Baik. Jika dia nak bir, saya beri. 42 00:01:54,823 --> 00:01:58,618 Mujurlah dia dah tak ajak saya makan malam untuk bincangkan kerjaya saya. 43 00:01:58,701 --> 00:02:02,455 Teruknya. Dah tiga minggu dan semua aktiviti kita gagal. 44 00:02:02,539 --> 00:02:04,749 Sabarlah. Mereka semakin baik. 45 00:02:04,833 --> 00:02:08,253 Brent dah berhenti cakap "Ayah suka". Itu satu kemajuan. 46 00:02:08,336 --> 00:02:09,754 Ada yang tak kena. 47 00:02:09,838 --> 00:02:11,172 Kita perlukan idea baru. 48 00:02:11,256 --> 00:02:13,842 Kita berkumpul di sini untuk cari ilham. 49 00:02:13,925 --> 00:02:16,427 Nanti dulu. Kita dah puas berusaha. 50 00:02:16,511 --> 00:02:19,889 Sekali-sekala kita mesti rehat atau kita kepenatan. 51 00:02:19,973 --> 00:02:23,726 Apa kata kita rehatkan otak, tonton filem atau... 52 00:02:23,810 --> 00:02:25,478 Kita adakan parti tidur. 53 00:02:26,229 --> 00:02:28,898 KERETA API TIDAK DIKENALI TIBA 54 00:02:28,982 --> 00:02:30,942 Apa halnya? 55 00:02:38,533 --> 00:02:40,368 Tunjukkan diri awak! 56 00:02:46,499 --> 00:02:48,918 Hudnya tersangkut pada cermin mata saya. 57 00:02:51,212 --> 00:02:52,463 Hai! 58 00:02:52,547 --> 00:02:55,049 Saya Glenn dari Tempat Buruk. 59 00:02:55,133 --> 00:02:57,802 - Kenapa awak datang ke mari? - Apa yang awak nak? 60 00:02:57,886 --> 00:03:01,598 Tiada siapa tahu kedatangan saya dan saya ada maklumat penting. 61 00:03:01,681 --> 00:03:03,600 Saya mesti bercakap dengan awak seorang. 62 00:03:03,683 --> 00:03:06,227 Awak boleh cakap apa saja kepada kami. 63 00:03:06,311 --> 00:03:07,687 Rasanya tak wajar. 64 00:03:07,770 --> 00:03:11,232 Boleh menimbulkan situasi yang agak kekok. 65 00:03:11,316 --> 00:03:12,609 Sebut saja. 66 00:03:13,276 --> 00:03:14,402 Itu bukan Michael. 67 00:03:14,485 --> 00:03:20,199 Itu Vicky, setan dalam sut Michael dan dia mensabotaj ujian awak. 68 00:03:22,827 --> 00:03:25,038 Saya dah cakap, kekok. 69 00:03:25,121 --> 00:03:28,333 Duduk di sini sehingga kami uruskan keadaan. 70 00:03:28,416 --> 00:03:31,836 Boleh tak saya nak segelas air kencing khinzir panas? 71 00:03:32,420 --> 00:03:34,255 - Kita perlu berbincang. - Atau... 72 00:03:34,339 --> 00:03:36,966 Saya tak memilih. Air kencing apa pun boleh. 73 00:03:37,050 --> 00:03:41,387 Awak mesti percayakan saya. Sayalah Michael. Dia berbohong. 74 00:03:41,471 --> 00:03:44,474 Sabar. Saya percayakan awak. 75 00:03:44,557 --> 00:03:47,143 Tapi saya nak Glenn fikir saya tak percayakan awak. 76 00:03:47,227 --> 00:03:50,813 Semua ini ada kaitan dengan masalah yang sedang kita hadapi 77 00:03:50,897 --> 00:03:52,273 dan kita mesti bongkar permainan mereka. 78 00:03:52,357 --> 00:03:55,443 Bagus. Saya suka cara pemikiran awak. 79 00:03:56,027 --> 00:03:59,155 Maksudnya, saya tak suka cara awak. 80 00:03:59,239 --> 00:04:01,449 - Glenn percaya? - Dia tak pandang pun. 81 00:04:03,117 --> 00:04:05,745 Saya akan cerita semuanya, tapi bukankah kita patut hubungi Hakim? 82 00:04:05,828 --> 00:04:07,538 Kita takkan hubungi sesiapa sehingga kita tahu cerita sebenar. 83 00:04:07,622 --> 00:04:08,456 Kami ada soalan. 84 00:04:08,539 --> 00:04:11,793 Ya, kalau awak setan, kenapa tak pakai Prada? 85 00:04:13,920 --> 00:04:14,963 Karamel! 86 00:04:15,046 --> 00:04:16,339 Kenapa awak nak bantu kami? 87 00:04:16,422 --> 00:04:20,677 Satu hari awak memenyekkan kemaluan kemudian awak nak jadi cacat? 88 00:04:20,760 --> 00:04:23,429 Sebenarnya, salah satu tugas saya ialah mengembungkan kemaluan semula 89 00:04:23,513 --> 00:04:24,681 supaya boleh dipenyekkan balik. 90 00:04:24,764 --> 00:04:25,723 Tak mengapalah. 91 00:04:25,807 --> 00:04:29,852 Saya suka menyeksa manusia sebab memang wajar. 92 00:04:29,936 --> 00:04:32,605 Mereka kata semua orang di Tempat Buruk jahat dan tak boleh jadi baik. 93 00:04:32,689 --> 00:04:34,899 Saya macam dah tak percaya lagi. 94 00:04:35,483 --> 00:04:38,820 Lagipun Shawn sangat kejam. 95 00:04:38,903 --> 00:04:42,156 Dia selalu herdik saya. Bukannya perlu pun. 96 00:04:42,240 --> 00:04:44,993 Saya faham. Saya sering diherdik dulu. 97 00:04:45,076 --> 00:04:47,537 Orang asyik cakap, 98 00:04:47,620 --> 00:04:49,706 "Awak tak bayar." "Adakah awak mengaku bersalah?" 99 00:04:49,789 --> 00:04:51,457 "Dia dah nazak. Ke tepi!" 100 00:04:51,541 --> 00:04:55,378 Kalau itu Vicky, apa rancangan Tempat Buruk? 101 00:04:55,461 --> 00:04:57,755 Menimbulkan huru-hara supaya kalian bermusuhan, 102 00:04:57,839 --> 00:04:59,257 merosakkan ujian. 103 00:04:59,340 --> 00:05:00,717 Saya ada bukti yang itu bukan Michael. 104 00:05:00,800 --> 00:05:03,886 Ini gambar Vicky memakai sut Michael. 105 00:05:04,470 --> 00:05:05,722 Itu bukan bukti. 106 00:05:05,805 --> 00:05:08,057 Ini mungkin gambar Michael yang sebenar. 107 00:05:08,141 --> 00:05:08,975 Itu gambar betul. 108 00:05:09,058 --> 00:05:11,978 Saya tahu sebab saya yang buat sut itu. 109 00:05:12,061 --> 00:05:15,440 Kami tak tahu cara nak pendamkan diri setan awak, 110 00:05:15,523 --> 00:05:17,817 dan awak terpaksa menyarungnya di atas sut Vicky. 111 00:05:18,318 --> 00:05:22,613 Awak memang teruk. Ayuh, lakukan saja. 112 00:05:22,697 --> 00:05:27,744 Baik, kalau saya mencair, siaplah awak. 113 00:05:33,374 --> 00:05:34,334 Sut yang bagus. 114 00:05:34,417 --> 00:05:39,505 Saya boleh rasa lipatan kulit dan benda tergantung. 115 00:05:39,589 --> 00:05:41,257 Suaranya juga tepat. 116 00:05:41,340 --> 00:05:42,925 Awak dah macam dia, rasa nak tumbuk saja. 117 00:05:43,009 --> 00:05:47,597 Awak pasti rancangan ini okey? Awak nak guna untuk apa? 118 00:05:47,680 --> 00:05:50,224 "Awak nak guna untuk..." Diamlah, Glenn! 119 00:05:50,308 --> 00:05:51,392 Ujian bakal bermula. 120 00:05:51,476 --> 00:05:54,520 Panggil Michael yang betul dan sumbat dia ke lubang tandas 121 00:05:54,604 --> 00:05:56,105 sebagaimana yang sewajarnya. 122 00:05:56,189 --> 00:05:58,691 Kami tahu awak berbohong, 123 00:05:58,775 --> 00:06:02,028 sebab Michael mesti dah beritahu kami 124 00:06:02,111 --> 00:06:04,822 jika Tempat Buruk hubungi dia dan tunjukkan sut Michael yang hebat. 125 00:06:04,906 --> 00:06:06,574 Sudah tentu. 126 00:06:06,657 --> 00:06:09,744 Janet mesti ada rekod telefon. Awak boleh suruh dia keluarkan. 127 00:06:09,827 --> 00:06:12,872 - Ya, saya bohong. Mereka hubungi saya. - Apa? 128 00:06:12,955 --> 00:06:15,291 Saya bohong dan maafkan saya. 129 00:06:15,374 --> 00:06:19,378 - Awak dah tahu? - Ya, tapi saya boleh jelaskan. 130 00:06:19,462 --> 00:06:23,174 Penjelasannya, itulah Vicky dan dia bohong tentang semua. 131 00:06:23,257 --> 00:06:25,426 Hubungi Hakim. Biar kita selesaikan hal ini betul-betul. 132 00:06:25,510 --> 00:06:27,845 Atau, itu yang awak nak kami buat? 133 00:06:27,929 --> 00:06:29,680 Itu yang saya nak awak buat. 134 00:06:30,348 --> 00:06:31,390 Tepat sekali. 135 00:06:31,974 --> 00:06:33,851 Eleanor, eloklah hubungi Hakim. 136 00:06:33,935 --> 00:06:35,520 Glenn bercakap benar. 137 00:06:35,603 --> 00:06:38,106 Tidak. Hakim dah cakap jika ada masalah lagi, 138 00:06:38,189 --> 00:06:39,607 dia akan set semula ujian ini. 139 00:06:39,690 --> 00:06:42,360 Kita takkan hubungi dia melainkan itu pilihan terakhir 140 00:06:42,443 --> 00:06:46,239 dan kamu berdua akan dikunci di bilik yang berasingan 141 00:06:46,322 --> 00:06:47,657 sehingga kami dapat selesaikan masalah ini. 142 00:06:49,659 --> 00:06:52,203 Saya sangat kecewa dengan situasi ini. 143 00:06:52,286 --> 00:06:55,039 Saya tak main-main. Ini yang betul. 144 00:06:57,166 --> 00:07:00,461 Saya kecewa sangat dengan keadaan ini. 145 00:07:02,046 --> 00:07:03,756 Baiklah, apa kita nak buat? 146 00:07:03,840 --> 00:07:07,552 - Saya percayakan Michael. Dia kawan kita. - Dia mungkin kawan kita. 147 00:07:07,635 --> 00:07:10,805 Atau dia mungkin penipu yang kelihatan macam kawan kita. 148 00:07:10,888 --> 00:07:12,557 Cara Mary Kate Olsen yang klasik. 149 00:07:12,640 --> 00:07:15,518 Saya akui, kebelakangan ini rancangan kita kerap tersasar, 150 00:07:15,601 --> 00:07:17,395 dan tindak-tanduk Michael mencurigakan. 151 00:07:17,478 --> 00:07:19,355 Contohnya, malam ini. Saya nak teruskan rancangan, 152 00:07:19,439 --> 00:07:21,524 tapi dia nak adakan parti tidur. 153 00:07:21,607 --> 00:07:23,609 Kalau diikutkan, parti itu bagus juga. 154 00:07:23,693 --> 00:07:26,446 Kenapa kita nak percayakan Glenn? Dia setan. 155 00:07:26,529 --> 00:07:29,031 Begitu juga Michael. Setan boleh jadi baik. 156 00:07:29,115 --> 00:07:31,576 Baiklah, kita setuju yang kita percaya dua-dua. 157 00:07:31,659 --> 00:07:35,496 Dah agak, cara ini tak membantu. 158 00:07:37,457 --> 00:07:38,958 Masuk ke dalam. 159 00:07:40,376 --> 00:07:42,753 Apa semua benda ini? 160 00:07:42,837 --> 00:07:44,338 Adakah semua ini senjata? 161 00:07:45,173 --> 00:07:46,632 Jangan sentuh. 162 00:07:46,716 --> 00:07:48,634 Itu gari bermagnet khas saya. 163 00:07:48,718 --> 00:07:53,139 Gari itu buat saya jadi mereng semasa kami berasmara. 164 00:07:53,222 --> 00:07:55,725 Ini semua alat mainan seks! 165 00:07:55,808 --> 00:07:57,852 Pergilah. Masalah kami dah cukup banyak. 166 00:07:59,103 --> 00:08:02,148 Izinkan saya untuk berbaik-baik. 167 00:08:02,231 --> 00:08:07,778 Selepas but semula, saya dah tak cemburu lagi. 168 00:08:08,821 --> 00:08:10,448 Saya kenal bunyi itu. 169 00:08:10,531 --> 00:08:12,074 Ada orang jumpa lampin seks saya. 170 00:08:12,158 --> 00:08:14,952 Saya akan tinggalkan kalian untuk berseronok. 171 00:08:17,413 --> 00:08:22,043 Sekarang, awak mesti berterus terang dan beritahu siapa diri awak. 172 00:08:22,126 --> 00:08:23,961 Sayalah Michael. 173 00:08:24,045 --> 00:08:27,131 Shawn ada hubungi saya dan saya tengok sut Michael itu. 174 00:08:27,215 --> 00:08:29,008 Katanya, jika ujian ini gagal, 175 00:08:29,091 --> 00:08:32,929 dia sendiri akan guna sut itu supaya kalian ingat saya seksa kalian. 176 00:08:33,012 --> 00:08:34,347 Kenapa awak tak cakap? 177 00:08:34,430 --> 00:08:38,017 Sebab katanya, dia akan padam ingatan kalian tentang hal ini, 178 00:08:38,100 --> 00:08:39,560 maka semua ini tak penting lagi. 179 00:08:39,644 --> 00:08:42,188 Dia ingat yang saya akan mengalah. 180 00:08:42,271 --> 00:08:46,692 Tapi sebulan lalu, awak kata awak hanya olok-olok kecut perut, 181 00:08:46,776 --> 00:08:48,903 supaya saya yang akan ambil alih misi ini. 182 00:08:48,986 --> 00:08:53,699 Itu pun bohong, cuma lebih baik, macam... 183 00:08:53,783 --> 00:08:57,245 "Sukanya dapat bertemu. Kita patut minum kopi bersama," 184 00:08:57,328 --> 00:08:59,956 - Atau kesemua Instagram. - Kesimpulannya, 185 00:09:00,665 --> 00:09:03,543 awak dapat tahu Tempat Buruk buat sut Michael, 186 00:09:03,626 --> 00:09:05,503 terkejut, tak beritahu kami. 187 00:09:05,586 --> 00:09:09,924 Kemudian, awak bohong tentang sebab awak kecut perut. 188 00:09:10,007 --> 00:09:12,552 Baru beberapa minit tadi awak bohong lagi, 189 00:09:12,635 --> 00:09:14,470 cakap awak tak pernah terima panggilan Shawn. 190 00:09:14,554 --> 00:09:18,307 Ya, tapi bohongan itu sebagai menutup dua bohongan awal. 191 00:09:18,391 --> 00:09:21,394 - Tak mengapa, bukan? - Apa? 192 00:09:21,477 --> 00:09:23,020 Takkan awak tak sedar lagi? 193 00:09:23,104 --> 00:09:26,232 Shawn hantar Glenn supaya kita saling syak-wasangka, 194 00:09:26,315 --> 00:09:29,110 dan awak akan hubungi Hakim yang akan buat semula ujian. 195 00:09:29,193 --> 00:09:32,196 Saya tiada sebab tak nak percayakan awak. 196 00:09:32,280 --> 00:09:35,074 Selain tiga contoh yang baru kami sebut. 197 00:09:35,157 --> 00:09:36,450 Masa untuk bermesyuarat. 198 00:09:40,329 --> 00:09:41,330 Maaf. 199 00:09:41,414 --> 00:09:44,709 Saya cuma nak ambil benda ini. Dah tiba masa. 200 00:09:46,586 --> 00:09:49,046 Mesti ada cara nak tentukan yang itu ialah Michael sebenar. 201 00:09:49,130 --> 00:09:52,967 Boleh tak awak buat pengesan bohong setan? 202 00:09:53,050 --> 00:09:54,468 Entahlah. 203 00:09:54,552 --> 00:09:56,345 Saya masih lemah buat bayi Janet, 204 00:09:56,429 --> 00:09:59,223 dan saya baru bunuh Daisy, kuda itu, 205 00:09:59,307 --> 00:10:02,560 yang membuatkan emosi dan fizikal saya lemah. 206 00:10:02,643 --> 00:10:04,145 Daisy melawan. Tak perlu cerita semua. 207 00:10:05,354 --> 00:10:08,524 Saya terpaksa pulas lehernya. Maaf, cukuplah. 208 00:10:08,608 --> 00:10:11,694 - Daisy terbunuh. Maaf. - Okey. 209 00:10:11,777 --> 00:10:14,447 Apa kata kita buat Michael mabuk dan mula merepek? 210 00:10:14,530 --> 00:10:17,700 Apa yang sesuai dengan air kencing khinzir? 211 00:10:17,783 --> 00:10:19,910 - Arak kelapa. - Tak lut pada setan. 212 00:10:19,994 --> 00:10:21,454 Saya cuba buat pengesan bohong. 213 00:10:22,580 --> 00:10:25,374 - Tak guna! - Apa yang tak kena? 214 00:10:25,458 --> 00:10:28,461 - Saya tersentuh lampin itu! - Masuk balik. 215 00:10:29,045 --> 00:10:32,757 Michael lihat sut itu. Saya rasa awak berbohong. 216 00:10:32,840 --> 00:10:36,260 Saya rasa ini macam masa Tempat Buruk hantar Linda 217 00:10:36,344 --> 00:10:38,763 yang sebenarnya lelaki yang kuat menumbuk, 218 00:10:38,846 --> 00:10:40,806 dan macam dia, rahsia awak terbongkar. 219 00:10:40,890 --> 00:10:42,141 Itulah masalahnya. 220 00:10:42,224 --> 00:10:45,853 Rahsia itu tak terbongkar tapi berjalan seperti yang dirancang. 221 00:10:45,936 --> 00:10:49,398 Semua itu untuk alih perhatian supaya Michael sebenar keluar 222 00:10:49,482 --> 00:10:51,567 dan susup penyamar naik kereta api. 223 00:10:51,651 --> 00:10:53,194 Mesti kejadiannya semasa serahan itu. 224 00:10:53,277 --> 00:10:55,571 Semasa Janet menggari Chris, 225 00:10:55,655 --> 00:10:58,574 beberapa setan tangkap Michael dan melarikannya, 226 00:10:58,658 --> 00:11:01,994 kemudian Vicky, yang memakai sut Michael keluar. 227 00:11:02,078 --> 00:11:03,663 Awak takkan perasan perbezaannya. 228 00:11:03,746 --> 00:11:06,999 Selepas Chris balik, saya nampak Shawn dan dia bergembira. 229 00:11:07,083 --> 00:11:09,794 Kenapa mereka suka sangat kalau dia tak sepatutnya tertangkap? 230 00:11:09,877 --> 00:11:11,962 Saya suka sabotaj yang baik. 231 00:11:12,046 --> 00:11:14,715 Atau itu yang awak nak kami fikir? 232 00:11:14,799 --> 00:11:16,008 Tak guna betul. 233 00:11:16,092 --> 00:11:18,469 Saya dah agak. Memang aksi si penumbuk itu pelik. 234 00:11:18,552 --> 00:11:20,137 Saya beritahu Michael... 235 00:11:21,305 --> 00:11:22,556 tapi dia buat tak tahu. 236 00:11:23,307 --> 00:11:25,851 - Awak faham, bukan? - Jangan ke mana-mana. 237 00:11:25,935 --> 00:11:26,894 Tolonglah. 238 00:11:28,896 --> 00:11:31,232 Jika Michael ialah Vicky dalam sut Michael, 239 00:11:31,315 --> 00:11:32,441 kita tanggalkan sut dia. 240 00:11:32,525 --> 00:11:35,903 Mungkin kita boleh menyusup dan tanggalkan sut Michael itu. 241 00:11:35,986 --> 00:11:36,904 Cara itu takkan berjaya. 242 00:11:36,987 --> 00:11:39,865 Tiada orang lain boleh tanggalkan sut setan kecuali setan itu sendiri. 243 00:11:39,949 --> 00:11:41,992 Umpama pakaian dalam yang rumit. 244 00:11:42,076 --> 00:11:44,578 Baiklah. 245 00:11:46,414 --> 00:11:48,165 Buka sut kulit awak. 246 00:11:49,542 --> 00:11:51,252 - Tak boleh. - Mesti boleh. 247 00:11:51,335 --> 00:11:54,338 Sama ada awak setan yang memakai sut Michael, 248 00:11:54,422 --> 00:11:59,635 atau awak setan yang memakai sut Vicky dengan sut Michael di atasnya. 249 00:11:59,718 --> 00:12:03,556 Tanggalkan sut Michael itu dan tunjukkan muslihat awak. 250 00:12:03,639 --> 00:12:05,975 Maaf, saya tak mahu. 251 00:12:06,058 --> 00:12:07,893 - Memang mencurigakan. - Ya. 252 00:12:07,977 --> 00:12:09,103 Tapi saya bukan Vicky. 253 00:12:09,186 --> 00:12:11,355 Saya tak mahu tunjukkan apa yang sebenarnya di sebalik sut ini. 254 00:12:11,439 --> 00:12:13,774 Saya dah tengok macam-macam benda aneh. 255 00:12:13,858 --> 00:12:14,775 Jangan nak mengada-ngada. 256 00:12:14,859 --> 00:12:16,277 Bukan itu masalahnya. 257 00:12:18,195 --> 00:12:19,780 Saya sotong api. 258 00:12:20,948 --> 00:12:22,199 Hebat. 259 00:12:22,283 --> 00:12:25,077 Tak hebat. 260 00:12:25,995 --> 00:12:29,832 Saya sotong berapi setinggi 1800 meter. 261 00:12:29,915 --> 00:12:33,878 Saya ada sesungut yang bergigi. 262 00:12:33,961 --> 00:12:40,593 Saya berapi, berleher panjang, berbau dan banyak lendir. 263 00:12:41,510 --> 00:12:43,053 Sangat banyak, Eleanor. 264 00:12:43,137 --> 00:12:46,849 Saya rasa saya mewakili semua orang apabila saya kata... 265 00:12:46,932 --> 00:12:48,726 saya nak tengok semua itu. 266 00:12:48,809 --> 00:12:53,772 Awak tak mahu tanggalkan sut setan awak sebab awak malu? 267 00:12:53,856 --> 00:12:55,691 Alasan yang lemah. 268 00:12:55,774 --> 00:12:59,612 Jika saya tanggalkan sut, bumbung ini akan musnah, 269 00:12:59,695 --> 00:13:03,908 seluruh kejiranan nampak saya dan ujian akan terbongkar. 270 00:13:04,617 --> 00:13:05,701 Bukan itu sahaja. 271 00:13:05,784 --> 00:13:08,621 Pandangan kalian terhadap saya akan berubah. 272 00:13:08,704 --> 00:13:11,373 Saya bukan Michael saja lagi. 273 00:13:11,457 --> 00:13:18,005 Saya jisim yang buruk dengan sesungut berapi. 274 00:13:18,881 --> 00:13:21,759 Awak nak berkawan dengan makhluk sebegitu? 275 00:13:21,842 --> 00:13:23,761 Ya! Berapa kali saya nak cakap? 276 00:13:23,844 --> 00:13:25,137 Eleanor. 277 00:13:26,847 --> 00:13:28,474 Saya tak tahu jika alat ini akan membantu, 278 00:13:28,557 --> 00:13:31,227 tapi, jika awak halakan kepada setan yang berbohong, 279 00:13:31,310 --> 00:13:32,645 warnanya jadi merah. 280 00:13:32,728 --> 00:13:34,146 Jika dia bercakap benar, warnanya hijau. 281 00:13:34,230 --> 00:13:35,064 Okey. 282 00:13:36,023 --> 00:13:40,486 Ini alat pengesan bohong. Kami akan tunjukkan caranya. 283 00:13:41,612 --> 00:13:42,696 Siapa nama awak? 284 00:13:42,780 --> 00:13:44,865 Semua orang panggil saya Glenn, 285 00:13:44,949 --> 00:13:50,704 tapi nama pada sijil setan saya ialah Ular Tuang Lendir Daripada... 286 00:13:55,292 --> 00:13:57,670 Glenn meletup. 287 00:13:57,753 --> 00:14:00,798 Atau itu yang dia nak kita fikir? 288 00:14:05,594 --> 00:14:08,514 Adakah dengan meletup maknanya dia bercakap benar atau menipu? 289 00:14:08,597 --> 00:14:12,142 Bukan begitu. Hal itu tak sepatutnya terjadi. Saya tak pernah bunuh sesiapa. 290 00:14:12,226 --> 00:14:14,395 Jangan risau, setan tak boleh mati. 291 00:14:14,478 --> 00:14:17,815 Glenn akan kembali kepada asal dalam beberapa bulan, 292 00:14:17,898 --> 00:14:20,985 melalui semua fasa pertumbuhan setan: 293 00:14:21,068 --> 00:14:25,447 lahar, makhluk lembik, gadis seram, remaja, 294 00:14:25,531 --> 00:14:27,616 bebola gergasi lidah besar, 295 00:14:27,700 --> 00:14:31,370 CEO media sosial dan akhirnya setan. 296 00:14:31,453 --> 00:14:34,164 Jangan risau. Semua ini berjalan seperti dirancang. 297 00:14:34,748 --> 00:14:39,128 Maksud saya, untuk kita, bukan Glenn. 298 00:14:39,211 --> 00:14:41,922 Setan yang menipu dah tiada. Kita masih di sini. Semua okey. 299 00:14:42,006 --> 00:14:45,134 Kita belum "semua okey" lagi. 300 00:14:45,217 --> 00:14:49,138 Sama ada awak Michael dan berbohong atau awak Vicky dalam sut Michael. 301 00:14:49,221 --> 00:14:52,641 Saya nak keluar ambil angin. Jangan sesiapa tinggalkan tempat ini. 302 00:14:58,314 --> 00:15:00,316 - Chidi? - Hei. 303 00:15:00,399 --> 00:15:02,776 Tak sangka masih ada orang yang belum tidur. 304 00:15:04,737 --> 00:15:05,863 Awak okey? 305 00:15:05,946 --> 00:15:07,072 Ya. 306 00:15:07,156 --> 00:15:11,744 Saya cuma berlatih melukis kuda. 307 00:15:11,827 --> 00:15:15,456 Jenis yang tak membinasakan alam. 308 00:15:15,539 --> 00:15:17,291 Saya kenal sangat perangai awak yang ini. 309 00:15:18,292 --> 00:15:21,545 Daripada fail awak. 310 00:15:21,629 --> 00:15:25,257 Apa kata awak rehat sekejap dan kita makan? 311 00:15:27,968 --> 00:15:29,428 Baiklah, dah selesai. 312 00:15:29,511 --> 00:15:32,264 Saya dah kutip semua isi Glenn. 313 00:15:32,348 --> 00:15:35,476 Mungkin saya boleh satukan dia. Saya mahir susun suai gambar. 314 00:15:35,559 --> 00:15:38,354 Saya siapkan carian kata dalam 30 saat. 315 00:15:38,437 --> 00:15:39,813 Saya rasa teruk. 316 00:15:39,897 --> 00:15:42,691 Saya tahu dia setan dan dia mungkin dah tipu kita, 317 00:15:42,775 --> 00:15:44,902 tapi dia tak harus berakhir begitu. 318 00:15:44,985 --> 00:15:46,487 Awak cuma nak bantu kami. 319 00:15:46,570 --> 00:15:49,823 Saya tahu ini masa yang tak sesuai, 320 00:15:49,907 --> 00:15:52,910 tapi kalau awak nak berbual, saya sedia mendengar. 321 00:15:53,577 --> 00:15:57,331 Terima kasih. Saya amat menghargainya. 322 00:16:03,295 --> 00:16:04,880 Sebenarnya, 323 00:16:04,964 --> 00:16:08,300 dalam kesemua "hal manusia" yang saya alami di kejiranan ini, 324 00:16:08,384 --> 00:16:10,886 nacho? Nombor satu. Mudah. 325 00:16:10,970 --> 00:16:11,845 Sungguh? 326 00:16:11,929 --> 00:16:13,305 Ya. 327 00:16:13,389 --> 00:16:18,185 Masin, rangup, berkeju dan sedikit rempah. 328 00:16:18,268 --> 00:16:20,562 Apa lagi ciptaan manusia yang lebih baik? 329 00:16:20,646 --> 00:16:23,399 - Gereja Sistine? - Ada cat di silingnya. 330 00:16:23,482 --> 00:16:26,443 Betul, tapi bolehkah dibawa sebagai makanan ke pawagam? 331 00:16:26,527 --> 00:16:27,987 Hebat. 332 00:16:28,070 --> 00:16:31,782 Janganlah berjaga malam kerana melukis kuda. Semuanya okey. 333 00:16:31,865 --> 00:16:37,621 Saya terasa seperti saya memburukkan lagi dunia, 334 00:16:38,205 --> 00:16:41,291 dan saya tak akan lega selagi keadaan tak pulih. 335 00:16:41,375 --> 00:16:45,546 Membuat diri awak runsing untuk melegakan orang lain. 336 00:16:45,629 --> 00:16:47,631 Perkara macam Chidi yang terbaik awak buat. 337 00:16:49,133 --> 00:16:50,676 Kita jumpa lagi. 338 00:16:52,928 --> 00:16:54,680 Awak nak baki nacho ini? 339 00:16:54,763 --> 00:16:55,973 Ya, terima kasih. 340 00:16:58,851 --> 00:17:02,521 Beginilah. Saya tak tahu jika saya boleh percayakan awak lagi. 341 00:17:02,604 --> 00:17:05,315 Saya akan hubungi Hakim. Kita akan mulakan semula. 342 00:17:05,399 --> 00:17:08,193 Kita takkan ada Chidi tetapi dia akan bersama kita semula, 343 00:17:08,277 --> 00:17:09,987 dan itu sudah cukup baik. 344 00:17:10,070 --> 00:17:11,530 Tapi kita dah mengenali manusia itu. 345 00:17:11,613 --> 00:17:14,575 - Penat nak mula semula. - Saya tahu. 346 00:17:14,658 --> 00:17:15,951 Tapi jika itu bukan Michael, 347 00:17:16,035 --> 00:17:19,455 dia boleh sabotaj kita dalam cara yang kita tak boleh jangka. 348 00:17:19,538 --> 00:17:22,166 Kalau itu masih Michael, saya tak boleh percaya dia sepenuhnya, 349 00:17:22,249 --> 00:17:26,253 dan setiap kali berlaku kesilapan, diri kecil saya akan tertanya-tanya. 350 00:17:27,296 --> 00:17:28,172 Kita mesti mula semula. 351 00:17:29,173 --> 00:17:30,632 Saya ada idea yang lebih baik. 352 00:17:31,341 --> 00:17:33,469 - Saya sendiri akan letupkan diri. - Apa? 353 00:17:33,552 --> 00:17:34,636 Saya akan letupkan diri. 354 00:17:34,720 --> 00:17:38,348 Dengan cara itu, awak boleh teruskan ujian dengan Chidi sebagai bahan uji, 355 00:17:38,432 --> 00:17:41,518 dan itu peluang terbaik kita untuk berjaya. 356 00:17:41,602 --> 00:17:45,230 Apa kata kami kurung awak di dalam bilik atau dalam lohong Janet? 357 00:17:45,314 --> 00:17:47,483 Ya, dan buat awak risau kerana takut saya melarikan diri. 358 00:17:47,566 --> 00:17:49,485 Jika saya letupkan diri, awak dah tak perlu risau apa-apa lagi. 359 00:17:49,568 --> 00:17:53,947 Adalah yang akan melekat pada awak, tapi saya rasa awak faham. 360 00:17:54,031 --> 00:17:56,867 - Tunggu dulu, Michael... - Tahani, ini saja caranya. 361 00:17:56,950 --> 00:17:59,828 Tiada apa yang boleh saya kata untuk buat awak sedar 362 00:17:59,912 --> 00:18:01,580 yang saya memang Michael. 363 00:18:02,623 --> 00:18:04,416 Keadaan ini pasti teruk. 364 00:18:04,500 --> 00:18:07,252 Semoga kita dapat jumpa beberapa bulan lagi. Selamat berjaya. 365 00:18:07,336 --> 00:18:11,715 Pastikan awak masukkan semua isi saya ke dalam bekas itu 366 00:18:11,799 --> 00:18:17,137 atau saya mungkin jadi lebih rendah dan saya tak suka. 367 00:18:18,639 --> 00:18:22,810 Alangkah baik jika keadaannya berbeza, tapi... 368 00:18:24,770 --> 00:18:25,813 jangan risau. 369 00:18:25,896 --> 00:18:26,980 Tunggu, Michael! 370 00:18:29,566 --> 00:18:32,152 Alamak! 371 00:18:33,946 --> 00:18:36,573 Bagaimana awak tahu yang itu Janet Jahat? 372 00:18:36,657 --> 00:18:38,700 Michael kata tiada apa yang boleh dia cakap 373 00:18:38,784 --> 00:18:40,911 yang akan buat awak sedar dialah Michael sebenar. 374 00:18:40,994 --> 00:18:43,288 Tapi Janet ada kata-kata yang 375 00:18:43,372 --> 00:18:46,125 buat saya sedar yang itu bukan dia. 376 00:18:46,208 --> 00:18:47,417 Apa? 377 00:18:47,501 --> 00:18:50,212 Saya panggil Janet "gadis", dia tak balas "bukan gadis". 378 00:18:50,295 --> 00:18:53,382 Janet sebenar mesti jawab begitu. 379 00:18:56,552 --> 00:19:00,389 Kesedaran itu saja yang halang saya daripada cair. 380 00:19:01,515 --> 00:19:03,016 Bagaimana awak tahu? 381 00:19:03,100 --> 00:19:05,269 Awak berada di platform sepanjang masa? 382 00:19:05,352 --> 00:19:09,565 Kami bawa dua Janet Jahat, bodoh. 383 00:19:09,648 --> 00:19:12,109 Seorang alih perhatian awak di platform 384 00:19:12,192 --> 00:19:14,486 semasa Janet Baik bawa Chris naik kereta api. 385 00:19:14,570 --> 00:19:19,158 Saya menyusup keluar, buat Janet jadi guli dan ambil alih. 386 00:19:19,241 --> 00:19:21,201 Michael takkan sedar. 387 00:19:21,285 --> 00:19:23,871 Berminggu-minggu kalian tertipu. 388 00:19:23,954 --> 00:19:28,333 Sehingga si pembelot, Glenn, merosakkan semuanya. Teruk betul. 389 00:19:29,168 --> 00:19:31,128 Diam, Glenn. 390 00:19:31,211 --> 00:19:34,715 Nanti. Janet Jahat tak boleh menyamar jadi Janet Baik. 391 00:19:34,798 --> 00:19:36,550 Hal itu pernah dicuba. Kepala mereka cair. 392 00:19:37,551 --> 00:19:38,844 Awak memang bijak. 393 00:19:38,927 --> 00:19:42,973 Beginilah. Shawn but saya semula 40 juta cabang. 394 00:19:43,515 --> 00:19:46,685 Sebentar, kali. 395 00:19:47,352 --> 00:19:48,937 Benda ini memang hebat. 396 00:19:49,021 --> 00:19:52,399 Maknanya, Janet tak tinggalkan saya. Saudaranya yang buat. 397 00:19:52,482 --> 00:19:54,526 Semuanya dah mula lebih logik. 398 00:19:54,610 --> 00:19:57,529 Semua idea Janet tidak berhasil. 399 00:19:57,613 --> 00:19:59,406 Dia hidupkan kuda raksasa. 400 00:19:59,489 --> 00:20:02,117 Dia paksa saya buat John marah. 401 00:20:02,201 --> 00:20:05,412 Dia buat kita meragui kepimpinan Eleanor. 402 00:20:05,495 --> 00:20:07,414 Saya baru nak lancarkan idea 403 00:20:07,497 --> 00:20:10,000 untuk Tahani potong rambutnya senget. 404 00:20:10,584 --> 00:20:13,337 - Awak memang jahat. - Terima kasih. 405 00:20:13,420 --> 00:20:15,339 Kita masih ada masalah. 406 00:20:15,422 --> 00:20:17,841 Kalian belum ada bukti saya Michael sebenar. 407 00:20:17,925 --> 00:20:19,218 Ada. 408 00:20:19,301 --> 00:20:21,929 Awak nak korbankan diri untuk bantu kami. 409 00:20:23,555 --> 00:20:25,307 Itu memang cara Michael. 410 00:20:26,683 --> 00:20:28,435 Di manakah Janet sebenar? 411 00:20:28,518 --> 00:20:30,187 Dia di Tempat Buruk. 412 00:20:30,270 --> 00:20:33,148 Dia mungkin lap punggungnya dengan punggungnya sendiri. 413 00:20:33,857 --> 00:20:37,861 Kasihan. Janet sendirian di sana. 414 00:20:39,154 --> 00:20:40,113 Apa kita nak buat? 415 00:20:40,697 --> 00:20:42,449 Saya tahu apa kita patut buat. 416 00:20:42,532 --> 00:20:44,826 Sama macam kata-kata Glenn, 417 00:20:45,869 --> 00:20:47,746 Shawn seorang pembuli. 418 00:20:47,829 --> 00:20:52,167 Kadangkala, seorang pembuli harus diajar dengan menumbuknya. 419 00:20:52,918 --> 00:20:56,171 Saya akan ke Tempat Buruk dan tumbuk Shawn 420 00:20:56,255 --> 00:20:58,674 dan dapatkan Janet saya balik. 421 00:20:59,383 --> 00:21:01,093 Ada orang dah buat rancangan. 422 00:21:01,176 --> 00:21:02,052 Bodoh. 423 00:21:02,135 --> 00:21:04,263 Siapa? Apakah rancangannya? 424 00:21:04,346 --> 00:21:05,722 Tak apa. 425 00:21:05,806 --> 00:21:07,766 KANDUNGAN: 1 GLENN 426 00:21:08,684 --> 00:21:11,770 - Awak boleh kawal kubu kita? - Tak boleh. 427 00:21:11,853 --> 00:21:14,147 - Awak mampu laksanakan misi? - Tidak. 428 00:21:15,023 --> 00:21:16,984 Kita cuma usaha yang terbaik. 429 00:21:18,318 --> 00:21:20,237 Ayuh kita dapatkan gadis kita. 430 00:21:20,821 --> 00:21:22,281 Bukan gadis. 431 00:21:28,203 --> 00:21:30,205 Terjemahan sari kata oleh Aniza Borhan