1 00:00:06,040 --> 00:00:09,960 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:16,240 --> 00:00:17,960 - Semua sedia? - Sedia, tuan. 3 00:00:19,120 --> 00:00:21,120 Ya, lekas. 4 00:00:21,200 --> 00:00:22,240 Operator sedia. 5 00:00:22,320 --> 00:00:23,160 Baik. 6 00:00:23,720 --> 00:00:26,360 Semua senyap. 7 00:00:29,840 --> 00:00:31,880 - Cakera kiu. - Rakaman langsung. 8 00:00:33,200 --> 00:00:34,520 Sedia, tuanku? 9 00:00:35,880 --> 00:00:36,920 Lima, 10 00:00:37,000 --> 00:00:37,840 empat, 11 00:00:38,320 --> 00:00:39,200 tiga, 12 00:00:39,280 --> 00:00:40,120 dua, 13 00:00:40,760 --> 00:00:41,720 satu, 14 00:00:41,800 --> 00:00:42,640 dan… 15 00:00:46,920 --> 00:00:47,760 Pada hari 16 00:00:49,040 --> 00:00:51,200 ulang tahun beta yang ke-21. 17 00:00:52,440 --> 00:00:54,320 beta menanti-nanti peluang 18 00:00:54,400 --> 00:00:58,000 untuk bertitah kepada semua ahli Komanwel dan Empayar Britain, 19 00:00:58,760 --> 00:01:00,080 tanpa mengira tempat tinggal, 20 00:01:00,560 --> 00:01:02,280 bangsa, 21 00:01:02,880 --> 00:01:04,840 dan bahasa mereka. 22 00:01:07,720 --> 00:01:10,160 Beta bertitah dari Cape Town, 23 00:01:11,320 --> 00:01:15,120 6,000 batu dari negara kelahiran beta. 24 00:01:17,960 --> 00:01:20,960 Namun beta tidak jauh dari rumah. 25 00:01:23,640 --> 00:01:27,480 Itulah keistimewaan hebat mempunyai tempat 26 00:01:27,560 --> 00:01:29,400 di seluruh Komanwel. 27 00:01:30,880 --> 00:01:35,240 Ada rumah yang sedia menyambut kami di setiap benua. 28 00:01:36,840 --> 00:01:38,400 Sebelum beta tua, 29 00:01:38,480 --> 00:01:40,880 beta harap dapat melawat semuanya. 30 00:01:42,000 --> 00:01:44,640 Semua beta teringin bertemu semua rakyat ayah beta, 31 00:01:44,720 --> 00:01:48,160 tak mengira usia tua atau muda, 32 00:01:49,040 --> 00:01:53,240 namun hari ini beta sedang memikirkan pemuda-pemudi 33 00:01:53,320 --> 00:01:55,960 yang lahir sama waktu seperti beta 34 00:01:56,680 --> 00:01:58,560 dan membesar seperti beta 35 00:01:59,160 --> 00:02:03,120 dalam zaman yang dahsyat dan gemilang Perang Dunia Kedua. 36 00:02:04,000 --> 00:02:07,600 Izinkan beta, pemuda-pemudi keluarga bangsa British, 37 00:02:08,280 --> 00:02:11,640 bertitah sebagai wakil anda? 38 00:02:12,680 --> 00:02:15,320 Kini kita telah dewasa dan matang, 39 00:02:16,200 --> 00:02:20,000 kita tentu gembira kerana kita boleh 40 00:02:20,080 --> 00:02:23,600 meringankan beban orang tua kita, 41 00:02:24,400 --> 00:02:29,360 yang telah berjuang, berusaha dan menderita kerana kita. 42 00:02:30,080 --> 00:02:33,120 Kepada generasi itu, usahlah rasa takut 43 00:02:33,200 --> 00:02:37,040 dengan kegelisahan dan kesusahan tinggalan perang 44 00:02:37,120 --> 00:02:39,320 setiap negara Komanwel kita. 45 00:02:40,240 --> 00:02:44,640 Kita tahu inilah harga yang perlu dibayar 46 00:02:45,240 --> 00:02:49,520 untuk teguh berdiri tujuh tahun lalu 47 00:02:50,320 --> 00:02:52,680 dalam mempertahankan kebebasan dunia. 48 00:02:53,360 --> 00:02:57,600 Jika kita terus maju dengan penuh yakin, 49 00:02:57,680 --> 00:03:00,800 keberanian dan perasaan reda, 50 00:03:01,400 --> 00:03:04,200 kita mampu jadikan Komanwel kuno 51 00:03:04,280 --> 00:03:05,960 yang amat kita sayangi ini, 52 00:03:06,560 --> 00:03:08,080 sesuatu yang lebih hebat. 53 00:03:09,560 --> 00:03:12,320 Lebih bebas, lebih kaya, 54 00:03:12,960 --> 00:03:13,800 lebih gembira, 55 00:03:14,280 --> 00:03:18,400 dan memberi pengaruh lebih baik kepada dunia 56 00:03:18,480 --> 00:03:21,880 daripada yang dicapai pada zaman nenek moyang kita. 57 00:03:22,760 --> 00:03:25,800 Dipersilakan Margaret Roberts. 58 00:03:29,640 --> 00:03:30,720 Bagi mencapainya… 59 00:03:30,800 --> 00:03:31,800 MARGARET ROBERTS 60 00:03:31,880 --> 00:03:33,320 …kita mesti mengorbankan 61 00:03:33,400 --> 00:03:37,240 apa yang ayah beta, Raja George, ketua Komanwel pertama, 62 00:03:37,320 --> 00:03:40,000 sebut sebagai "keseluruhan diri kita". 63 00:03:41,080 --> 00:03:42,040 Selamat malam. 64 00:03:45,240 --> 00:03:49,800 Ada satu cogan kata yang telah digunakan oleh nenek moyang beta. 65 00:03:50,880 --> 00:03:51,960 Cogan kata mulia. 66 00:03:52,760 --> 00:03:53,840 "Beta berkhidmat." 67 00:03:55,080 --> 00:03:57,560 Beta ingin membuat dedikasi itu sekarang. 68 00:03:58,800 --> 00:03:59,680 Ia mudah saja. 69 00:03:59,760 --> 00:04:00,960 Senyum! 70 00:04:01,040 --> 00:04:02,760 Beta berjanji kepada semua 71 00:04:02,840 --> 00:04:04,400 bahawa seluruh hidup beta, 72 00:04:05,520 --> 00:04:07,720 sama ada panjang atau pendek, 73 00:04:08,840 --> 00:04:11,400 akan diabdikan untuk berkhidmat kepada anda… 74 00:04:12,760 --> 00:04:15,320 dan kepada empayar 75 00:04:16,120 --> 00:04:17,760 milik kita semua. 76 00:04:18,720 --> 00:04:20,720 Tuhan bantulah beta menjayakannya, 77 00:04:21,920 --> 00:04:23,360 dan merahmati anda semua 78 00:04:23,840 --> 00:04:25,720 yang sentiasa bersama beta. 79 00:04:34,400 --> 00:04:36,640 - Terima kasih, tuanku. - Terima kasih. 80 00:06:06,120 --> 00:06:09,120 Ia kerana tindakan paling tadah Eurydice, 81 00:06:09,200 --> 00:06:11,480 namun, saya Aristaeus, 82 00:06:11,560 --> 00:06:14,160 memandunya ke arah ular… 83 00:06:14,800 --> 00:06:17,320 Malachi, Maaalachi… 84 00:06:17,920 --> 00:06:20,200 Dua kali nama itu dipanggil, 85 00:06:20,280 --> 00:06:24,240 dan dua kali dia memanggil saya dengan daktilnya yang meleret… 86 00:06:24,320 --> 00:06:27,120 Saya berdiri dalam kelam. Dia dalam cahaya. 87 00:06:27,200 --> 00:06:29,360 Namun di sini saya diurnal, 88 00:06:29,440 --> 00:06:31,280 dan dia krepuskular, 89 00:06:31,360 --> 00:06:36,360 itu pun jika perbezaan kecil itu boleh terjadi. 90 00:06:38,840 --> 00:06:40,520 Aurora menyinari. 91 00:06:41,000 --> 00:06:44,680 Pulau, di kelilingi laut, yang berombak. 92 00:06:44,760 --> 00:06:46,000 Aku melihatnya kembali. 93 00:06:46,080 --> 00:06:49,400 Kulitnya bersinar di bawah sinar matahari, 94 00:06:49,480 --> 00:06:52,560 seperti kulit ikan yang ditarik. 95 00:06:52,640 --> 00:06:54,800 Dia menolehku kembali, 96 00:06:55,360 --> 00:06:56,840 dan melangkah 97 00:06:56,920 --> 00:07:00,000 dan terjun ke dalam air hijau 98 00:07:00,080 --> 00:07:03,000 Ionia… 99 00:07:04,160 --> 00:07:07,720 Nyawamu, hidupku. 100 00:07:09,840 --> 00:07:11,680 Tamat. 101 00:07:23,560 --> 00:07:26,280 Hebat! Umpama buku War and Peace. 102 00:07:26,360 --> 00:07:27,840 Ulysses, lebih sepadan. 103 00:07:27,920 --> 00:07:30,880 RODA IXION; LAGU RATAP OLEH MICHAEL SHEA 104 00:07:31,440 --> 00:07:35,640 Saya akan ambil masa setahun untuk baca buku ini. 105 00:07:36,200 --> 00:07:37,360 - Apa? - Saya berguraulah. 106 00:07:37,440 --> 00:07:39,360 Saya akan habiskannya hujung minggu depan. 107 00:07:39,440 --> 00:07:41,920 - Baiknya awak. - Michael, syabas! 108 00:07:42,520 --> 00:07:44,520 Ucap tahniah setelah habis baca. 109 00:07:44,600 --> 00:07:49,320 Awak perlu dipuji kerana berjaya angkat buku berat ini. Saya bergurau lagi. 110 00:07:51,640 --> 00:07:52,480 Baik… 111 00:07:53,680 --> 00:07:54,720 Saya tak sabar… 112 00:07:55,920 --> 00:07:57,520 mendengar ulasan awak. 113 00:08:02,720 --> 00:08:03,560 Teksi! 114 00:08:09,840 --> 00:08:12,320 - Istana Buckingham. - Baik, tuan. 115 00:08:30,560 --> 00:08:32,400 Bagus. Letak atas meja saya. 116 00:08:32,920 --> 00:08:34,560 - Selamat pagi, James. - Pagi, tuan. 117 00:08:36,040 --> 00:08:37,560 - Pagi, Michael. - Sarah. 118 00:08:37,640 --> 00:08:38,560 Maaf kerana ganggu, 119 00:08:38,640 --> 00:08:41,440 tapi akhbar Today meminta pengesahan 120 00:08:41,520 --> 00:08:45,160 tentang rahsia terbuka dalam kalangan pemerintah Komanwel, 121 00:08:45,240 --> 00:08:48,280 tentang kekecewaan ratu dengan penolakan Thatcher 122 00:08:48,360 --> 00:08:51,840 untuk menyokong sekatan terhadap rejim aparteid di Afrika Selatan. 123 00:08:52,680 --> 00:08:56,920 Kekecewaan yang mengancam hubungannya dengan Perdana Menteri, 124 00:08:57,000 --> 00:08:59,120 kerana ia tanggungjawab ratu, 125 00:08:59,200 --> 00:09:02,840 dan mereka mahu ulasan daripada setiausaha akhbar istana. 126 00:09:03,320 --> 00:09:06,840 Awak tahu semua itu merepek, Sarah. 127 00:09:07,360 --> 00:09:09,360 Selama 33 tahun memegang takhta, 128 00:09:09,440 --> 00:09:13,280 baginda tak pernah mengulas tentang mana-mana perdana menteri, 129 00:09:13,360 --> 00:09:14,440 baik atau buruk, 130 00:09:14,520 --> 00:09:15,560 takkan terjadi. 131 00:09:15,640 --> 00:09:20,120 Kesaksamaan politik dan sokongan terhadap perdana menteri ialah pegangannya. 132 00:09:21,760 --> 00:09:23,480 Kita semua kenal ratu… 133 00:09:24,680 --> 00:09:25,880 dan pegangannya. 134 00:09:25,960 --> 00:09:29,240 …kekerasan yang sering digunakan. 135 00:09:29,320 --> 00:09:32,960 Gas air mata, peluru getah, dan kemudian beberapa tembakan. 136 00:09:33,560 --> 00:09:37,640 Sudah hampir empat dekad sistem pemisahan kaum, 137 00:09:37,720 --> 00:09:41,400 atau aparteid, menjadi dasar rasmi Afrika Selatan. 138 00:09:41,480 --> 00:09:45,200 Penindasan kerajaan terhadap penunjuk perasaan berkulit hitam 139 00:09:45,280 --> 00:09:48,120 menyebabkan kemarahan antarabangsa. 140 00:09:58,600 --> 00:10:01,160 Keadaan semakin teruk, tuanku. 141 00:10:01,240 --> 00:10:04,280 Kekejaman yang berterusan oleh polis Afrika Selatan 142 00:10:04,360 --> 00:10:06,160 terhadap orang awam. 143 00:10:06,240 --> 00:10:09,120 Satu-satunya jalan untuk hentikan kekejaman ini 144 00:10:09,200 --> 00:10:13,520 ialah melalui tekanan ekonomi. Empat puluh lapan negara Komanwel 145 00:10:13,600 --> 00:10:16,680 komited mengenakan dasar sekatan ke atas Pretoria 146 00:10:16,760 --> 00:10:19,160 untuk menjatuhkan rejim aparteid. 147 00:10:19,640 --> 00:10:21,680 Namun, tuanku sedia maklum, 148 00:10:22,440 --> 00:10:24,200 perlaksanaan sekatan itu, 149 00:10:24,280 --> 00:10:26,760 memerlukan sokongan sebulat suara, 150 00:10:26,840 --> 00:10:28,840 dan satu negara masih menentang. 151 00:10:28,920 --> 00:10:30,040 United Kingdom. 152 00:10:30,680 --> 00:10:33,080 Pn. Thatcher tetap menentang. 153 00:10:35,000 --> 00:10:38,440 Beta boleh berbincang dengannya mengenai hal ini nanti 154 00:10:38,880 --> 00:10:42,240 semasa Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel di Bahamas. 155 00:10:44,120 --> 00:10:45,400 Komanwel. 156 00:10:45,480 --> 00:10:47,880 Membuang masa sahaja. 157 00:10:48,360 --> 00:10:50,920 Organisasi merepek. 158 00:10:51,000 --> 00:10:53,800 Malah, kurang ajar. 159 00:10:54,400 --> 00:10:57,280 Mengapa kita membenarkan ratu kita 160 00:10:57,360 --> 00:11:03,880 bersaudara dengan negara-negara seperti Uganda, Malawi, Nigeria, Swaziland… 161 00:11:06,640 --> 00:11:08,320 Negara yang tidak stabil. 162 00:11:09,160 --> 00:11:14,360 Despotisme yang tidak stabil dengan sejarah hak asasi manusia yang dahsyat. 163 00:11:14,440 --> 00:11:16,880 - Baginda juga panggil mereka "keluarga"! - Ya. 164 00:11:17,480 --> 00:11:21,320 Bagaimanapun, dia meminta perjumpaan di atas kapal layar diraja 165 00:11:22,040 --> 00:11:23,720 dan istana menyebutnya 166 00:11:23,800 --> 00:11:26,640 "Perbualan tulus mengenai Afrika Selatan." 167 00:11:26,720 --> 00:11:27,680 Apa-apa sajalah! 168 00:11:28,160 --> 00:11:33,440 Saya akan cakap, jangan buang masa saya. 169 00:11:34,000 --> 00:11:36,000 Maaf telurnya pecah-pecah. 170 00:11:37,800 --> 00:11:41,080 Siapa mahu makan? 171 00:11:41,840 --> 00:11:43,960 Ia bukan hidangan terbaik saya. 172 00:11:45,360 --> 00:11:48,800 Untuk makan malam, gaun sifon mentari ini 173 00:11:48,880 --> 00:11:51,680 sepadan dengan warna kuning bendera Komanwel. 174 00:11:51,760 --> 00:11:52,600 Sedap! 175 00:11:52,680 --> 00:11:57,560 Kerongsang yang diberikan kepada tuanku oleh King Otumfuo Opoku Ware. 176 00:11:57,640 --> 00:11:58,680 Landak? 177 00:11:58,760 --> 00:12:02,040 Ia lambang keberanian dan kekuatan dalam budaya Ashanti. 178 00:12:02,120 --> 00:12:03,720 Kita mungkin memerlukannya. 179 00:12:06,600 --> 00:12:08,600 - Untuk apa semua ini? - CHOGM. 180 00:12:08,680 --> 00:12:09,720 Sudah tentu. 181 00:12:09,800 --> 00:12:11,200 Ada apa? 182 00:12:14,680 --> 00:12:17,960 Saya nak beritahu yang Edward akan jadi pengapit saya. 183 00:12:18,440 --> 00:12:19,280 Bukan Charles? 184 00:12:20,080 --> 00:12:21,000 Tak. 185 00:12:21,080 --> 00:12:23,560 - Orang akan terkejut. - Bagus! 186 00:12:23,640 --> 00:12:26,680 Biar dia tahu perasaan diketepikan dan menjadi… 187 00:12:27,320 --> 00:12:29,560 orang yang tak penting, 188 00:12:29,640 --> 00:12:33,160 kerana itulah pendapatnya tentang monarki sekarang. 189 00:12:33,640 --> 00:12:37,880 Bonda, dia, dan keturunannya. Yang lain tak penting. 190 00:12:39,160 --> 00:12:41,120 Selalu tak yakin dan cemburu. 191 00:12:41,200 --> 00:12:42,480 Cemburukan apa? 192 00:12:43,400 --> 00:12:45,160 Saya! Selalu saja. 193 00:12:45,240 --> 00:12:46,080 Andrew. 194 00:12:47,000 --> 00:12:47,960 Saya dan bonda, 195 00:12:48,640 --> 00:12:49,480 kita… 196 00:12:51,200 --> 00:12:52,480 hubungan rapat kita. 197 00:12:54,160 --> 00:12:56,280 Juga kerana saya pernah berperang, 198 00:12:56,920 --> 00:12:58,000 dan menang pingat. 199 00:12:59,080 --> 00:13:01,600 Atau saya lebih gembira, terkenal. 200 00:13:02,080 --> 00:13:02,920 Dan… 201 00:13:03,960 --> 00:13:07,880 seperti anak lelaki kedua yang lain, saya lebih pandai daripadanya. 202 00:13:07,960 --> 00:13:08,800 Dalam apa? 203 00:13:11,000 --> 00:13:11,840 Pewaris. 204 00:13:13,280 --> 00:13:15,080 Bonda mahu awak semua gembira. 205 00:13:15,520 --> 00:13:20,200 Ada dua keluarga yang bonda ambil peduli. Keluarga bonda dan Komanwel. 206 00:13:20,280 --> 00:13:23,520 Mengukuhkannya tanggungjawab bonda. Bonda mesti pergi. 207 00:13:24,400 --> 00:13:25,240 Bonda. 208 00:13:29,760 --> 00:13:31,280 Untuk sarapan negeri, 209 00:13:31,360 --> 00:13:34,520 gaun berwarna biru pucat dan broked emas. 210 00:13:34,600 --> 00:13:35,440 Sarah! 211 00:13:35,520 --> 00:13:40,640 Sesuai dengan kalung berlian hadiah ulang tahun ke-21 daripada Afrika Selatan. 212 00:13:40,720 --> 00:13:41,560 Bagus. 213 00:13:42,520 --> 00:13:44,920 Bonda setuju Edward sebagai pengapit. 214 00:13:45,000 --> 00:13:46,240 Awak dah tahu. 215 00:13:46,320 --> 00:13:47,480 Baik, ayuh. 216 00:13:56,600 --> 00:13:57,680 Tuanku. 217 00:13:57,760 --> 00:13:59,920 Patik tambah ayat itu. 218 00:14:00,000 --> 00:14:01,560 Beta rasa tak perlu. 219 00:14:02,440 --> 00:14:04,760 - Beta suka yang sebelum ini. - Baik. 220 00:14:14,600 --> 00:14:17,080 Tuanku. Terima kasih sudi hadir. 221 00:14:17,800 --> 00:14:20,560 Terima kasih. Cantiknya. 222 00:14:30,360 --> 00:14:36,240 Mereka yang kenal beta tahu bahawa Negara Komanwel 223 00:14:36,320 --> 00:14:38,200 umpama keluarga kepada beta, 224 00:14:38,880 --> 00:14:40,880 seperti kepada mendiang ayah beta, 225 00:14:40,960 --> 00:14:42,560 Raja George VI. 226 00:14:43,880 --> 00:14:46,360 Selalu ada ketegangan antara negara. 227 00:14:47,040 --> 00:14:49,040 Keamanan global rapuh. 228 00:14:50,200 --> 00:14:56,160 Namun kesatuan ini sesuatu yang jarang berlaku dan berharga. 229 00:14:57,640 --> 00:15:00,280 Keupayaan untuk meraikan perbezaan. 230 00:15:01,360 --> 00:15:04,880 Memilih tolak ansur berbanding konflik. 231 00:15:06,240 --> 00:15:12,640 Mencari jalan menyembuhkan perpecahan demi keamanan dan muhibah. 232 00:15:14,640 --> 00:15:15,480 Terima kasih. 233 00:15:30,120 --> 00:15:31,760 Perhatian! 234 00:15:43,160 --> 00:15:44,160 Perdana Menteri. 235 00:15:46,840 --> 00:15:48,480 Perdana Menteri, tuanku. 236 00:15:53,400 --> 00:15:54,240 Tuanku. 237 00:15:54,320 --> 00:15:56,880 Terima kasih kerana datang. Beta tak lama. 238 00:15:58,040 --> 00:16:00,640 Beta mahu kita bincang isu Afrika Selatan. 239 00:16:00,720 --> 00:16:01,560 Tuanku. 240 00:16:02,360 --> 00:16:06,240 Beta amat berharap Britain dapat bergabung dengan negara Komanwel 241 00:16:06,320 --> 00:16:10,720 dan kenakan sekatan terhadap rejim aparteid yang tak sesuai di dunia moden. 242 00:16:10,800 --> 00:16:12,840 Mari kita fahami perkara ini. 243 00:16:13,600 --> 00:16:17,200 Tiada yang dapat dicapai dengan sekatan. 244 00:16:18,080 --> 00:16:21,400 Yakah? Setahu beta, ia akan menjejaskan kerajaan Afrika Selatan. 245 00:16:21,480 --> 00:16:23,520 Ia akan menjejaskan kita juga. 246 00:16:23,600 --> 00:16:27,600 Perdagangan antara negara kita bernilai tiga bilion paun setahun. 247 00:16:27,680 --> 00:16:30,000 Kita perlu melihatnya dari sudut Afrika Selatan. 248 00:16:30,080 --> 00:16:31,760 Ya, tuanku. 249 00:16:31,840 --> 00:16:35,560 Afrika Selatan hanyalah ekonomi pelaburan negatif. 250 00:16:35,640 --> 00:16:39,320 Afrika Selatan mahu sekatan, bukankah patut sokong mereka? 251 00:16:39,400 --> 00:16:42,720 Orang Hitam Afrika Selatan tak mahu mewarisi tanah gurun. 252 00:16:42,800 --> 00:16:45,040 Mereka mahu jika ia milik mereka. 253 00:16:45,120 --> 00:16:47,640 Presiden Kaunda dari Zambia boleh mengesahkannya. 254 00:16:47,720 --> 00:16:50,760 Bukan urusan seorang perdana menteri British 255 00:16:50,840 --> 00:16:53,120 untuk berunding dengan diktator. 256 00:16:53,200 --> 00:16:57,080 Itu ialah tugas raja kerana mereka sebahagian daripada Komanwel. 257 00:16:58,400 --> 00:16:59,240 Ya. 258 00:17:00,040 --> 00:17:01,440 Komanwel. 259 00:17:02,560 --> 00:17:04,000 Ya, Komanwel. 260 00:17:06,280 --> 00:17:09,880 Patik menyedari bahawa, terutamanya keluarga tuanku, 261 00:17:09,960 --> 00:17:11,960 perubahan negara ini 262 00:17:12,040 --> 00:17:15,960 daripada empayar ke pentas dunia 263 00:17:16,040 --> 00:17:19,400 sukar diterima. 264 00:17:19,480 --> 00:17:25,560 Patik berpendapat bahawa Komanwel bukan cara untuk mengisi jurang itu. 265 00:17:25,640 --> 00:17:28,720 Ada cara lain Britain boleh menjadi hebat lagi, 266 00:17:28,800 --> 00:17:31,800 iaitu melalui ekonomi tercergas, 267 00:17:31,880 --> 00:17:36,640 bukan melalui pergaulan bersama pemimpin suku yang tak boleh diharap 268 00:17:36,720 --> 00:17:38,240 yang berpakaian pelik. 269 00:17:38,320 --> 00:17:40,640 Bukankah itu beta, Perdana Menteri? 270 00:17:40,800 --> 00:17:43,280 Pemimpin suku yang berpakaian pelik? 271 00:17:43,360 --> 00:17:44,680 Tak sama sekali. 272 00:17:45,560 --> 00:17:48,960 Tuanku ketua monarki berperlembagaan yang berkembang 273 00:17:49,040 --> 00:17:51,040 sejak zaman William Sang Penakluk. 274 00:17:51,120 --> 00:17:53,880 Tidak sama langsung. 275 00:17:53,960 --> 00:17:55,480 Itu perbezaan kita. 276 00:17:56,000 --> 00:17:58,480 Beta anggap diri beta sama seperti mereka. 277 00:17:58,920 --> 00:18:01,000 Bagi beta, Ghana, Zambia, Malawi 278 00:18:01,080 --> 00:18:03,760 semuanya bangsa berdaulat hebat dengan sejarah yang hebat. 279 00:18:04,840 --> 00:18:07,080 Beta tahu awak tak setuju. 280 00:18:07,600 --> 00:18:11,280 Bagi awak, Komanwel ialah sesuatu yang mengganggu, 281 00:18:11,360 --> 00:18:12,440 membuang masa. 282 00:18:13,440 --> 00:18:15,880 Tapi beta telah mengabdikan diri padanya. 283 00:18:17,040 --> 00:18:19,760 Itu janji yang beta buat 40 tahun lalu. 284 00:18:19,840 --> 00:18:20,680 Dalam radio? 285 00:18:20,760 --> 00:18:23,720 "Kepada keluarga kami yang hebat…" 286 00:18:23,800 --> 00:18:25,480 Patik ada dengar 287 00:18:25,560 --> 00:18:27,560 semasa belajar di Oxford. 288 00:18:28,160 --> 00:18:32,000 Tetapi kita tidak boleh biarkan nilai-nilai masa lalu 289 00:18:32,080 --> 00:18:35,560 menghalang realiti masa kini, 290 00:18:35,640 --> 00:18:40,080 terutamanya ketika kepentingan ekonomi Britain membimbangkan. 291 00:18:40,160 --> 00:18:43,920 Empat puluh lapan negara Komanwel sedang menyediakan penyataan 292 00:18:44,000 --> 00:18:47,520 mengutuk rejim Afrika Selatan dan mengesyorkan sekatan yang lebih keras. 293 00:18:47,600 --> 00:18:48,560 Apa yang mereka… 294 00:18:49,880 --> 00:18:53,400 Beta mahu awak tandatangan penyataan itu. 295 00:18:54,960 --> 00:18:56,720 Jika patik tak salah, 296 00:18:57,720 --> 00:19:00,960 itu terdengar seperti arahan. 297 00:19:03,160 --> 00:19:04,760 Anggaplah ia soalan. 298 00:19:08,440 --> 00:19:12,120 Suasana riang di pembukaan persidangan Komanwel di Nassau, 299 00:19:12,200 --> 00:19:14,360 CHOGM, tak mempermainkan sesiapa. 300 00:19:14,440 --> 00:19:16,680 Dalam satu jam, Afrika Selatan muncul 301 00:19:16,760 --> 00:19:20,000 bersama perdana menteri India menyatakan sokongannya. 302 00:19:20,720 --> 00:19:21,720 Bagaimana? 303 00:19:21,800 --> 00:19:25,480 Pertemuan saya dengan ratu? Menjengkelkan. 304 00:19:26,280 --> 00:19:29,160 Namun kapalnya cantik. 305 00:19:29,240 --> 00:19:30,080 Kapal layar. 306 00:19:30,760 --> 00:19:32,160 Ia bukan kapal layar. 307 00:19:32,240 --> 00:19:33,960 Ia kapal besar. 308 00:19:34,040 --> 00:19:37,640 Ketika raja berlayar di dalamnya, ia dipanggil kapal layar. 309 00:19:37,720 --> 00:19:39,720 Jangan tunjuk pandai. Tak sesuai. 310 00:19:42,000 --> 00:19:43,440 Kenapa ia dingin? 311 00:19:43,520 --> 00:19:45,720 Saya cakap "menjengkelkan", bukan "dingin." 312 00:19:45,800 --> 00:19:49,280 Namun saya berharap cuaca dingin. Terlalu panas. 313 00:19:50,160 --> 00:19:54,920 Oleh kerana semua ketua kerajaan kini hadir dengan penyataan 314 00:19:55,000 --> 00:19:58,240 mengutuk Afrika Selatan mereka mahu saya menyokongnya. 315 00:19:58,320 --> 00:20:01,200 Saya kata saya takkan terima perkataan "sekatan," 316 00:20:01,280 --> 00:20:03,720 dan mereka sudah mula… 317 00:20:03,800 --> 00:20:05,640 Marah dengan benda remeh? 318 00:20:07,000 --> 00:20:10,280 Berkeras yang mereka takkan terima pilihan lain. 319 00:20:11,120 --> 00:20:16,280 Jadi kami sedang mencari perkataan yang sesuai untuk semua orang. 320 00:20:16,840 --> 00:20:18,640 Semoga berjaya mendapatkannya. 321 00:20:18,720 --> 00:20:20,080 Terima kasih, DT. 322 00:20:30,680 --> 00:20:32,840 Tidak. 323 00:20:33,480 --> 00:20:34,800 CADANGAN 324 00:20:40,480 --> 00:20:43,040 Dia menolak perkataan "cadangan". 325 00:20:46,240 --> 00:20:48,480 Beta mahu menang, Sonny. 326 00:20:49,160 --> 00:20:51,960 Beta jarang bergaduh, jadi beta mahu menang. 327 00:20:52,040 --> 00:20:53,080 Baik, tuanku. 328 00:20:53,720 --> 00:20:57,040 Tuanku tak keseorangan. Empat puluh lapan menentang satu. 329 00:20:57,560 --> 00:20:59,680 Kami akan cari perkataan lain. 330 00:21:01,560 --> 00:21:02,680 "Langkah-langkah." 331 00:21:03,600 --> 00:21:05,920 Tidak. 332 00:21:06,000 --> 00:21:06,960 LANGKAH-LANGKAH 333 00:21:07,000 --> 00:21:07,880 Tidak. 334 00:21:10,960 --> 00:21:11,880 Maaf. 335 00:21:14,240 --> 00:21:15,120 Tidak terima. 336 00:21:15,200 --> 00:21:19,280 Ya, kita guna "tindakan." 337 00:21:19,360 --> 00:21:20,640 Jika gagal? 338 00:21:20,720 --> 00:21:22,200 Kita ada "kawalan." 339 00:21:22,280 --> 00:21:25,000 Ya, beta faham dia mahu mengawal semuanya. 340 00:21:27,960 --> 00:21:29,200 Tidak. 341 00:21:32,480 --> 00:21:34,480 Tidak. 342 00:21:44,040 --> 00:21:45,080 PROTOKOL 343 00:21:46,640 --> 00:21:47,920 Tidak. 344 00:21:50,320 --> 00:21:51,440 Terima kasih. 345 00:21:51,520 --> 00:21:54,040 Tak masuk akal. 346 00:21:54,320 --> 00:21:55,840 Tidak. 347 00:21:58,440 --> 00:21:59,640 Tak sama sekali. 348 00:22:00,560 --> 00:22:01,720 Tidak! 349 00:22:04,320 --> 00:22:05,240 Merepek. 350 00:22:14,440 --> 00:22:17,560 Kita tak perlu ahli politik tak berguna. Maaf, Sonny. 351 00:22:17,640 --> 00:22:18,920 Kita mahu penulis. 352 00:22:19,080 --> 00:22:20,520 Boleh dapatkannya? 353 00:22:25,320 --> 00:22:27,160 …sekatan… 354 00:22:28,160 --> 00:22:29,680 …batasan… 355 00:22:29,760 --> 00:22:31,200 …protokol… 356 00:22:31,280 --> 00:22:32,280 …langkah-langkah… 357 00:22:33,520 --> 00:22:35,240 …cadangan… 358 00:22:35,320 --> 00:22:36,360 …kekangan… 359 00:22:36,920 --> 00:22:38,080 …gerak isyarat… 360 00:22:38,160 --> 00:22:39,160 …kewajaran… 361 00:22:39,240 --> 00:22:40,560 …isyarat… 362 00:23:03,840 --> 00:23:06,280 Ya, saya setuju. 363 00:23:09,520 --> 00:23:10,360 "Isyarat"! 364 00:23:10,440 --> 00:23:12,920 Ya, dia bersetuju dengan "isyarat." 365 00:23:13,000 --> 00:23:15,000 Dan antara isyarat yang dia setuju 366 00:23:15,080 --> 00:23:18,400 sebenarnya ialah beberapa sekatan yang dia ragui 367 00:23:18,480 --> 00:23:19,920 jika dipanggil sekatan. 368 00:23:20,000 --> 00:23:22,400 Terima kasih, Michael. Tahniah. 369 00:23:24,000 --> 00:23:25,760 - Kita dah menang? - Ya. 370 00:23:26,320 --> 00:23:30,160 Kemenangan untuk Komanwel, umat manusia, dan tuanku. 371 00:23:30,720 --> 00:23:34,840 Ketika beradu dengan tuanku, Wanita Besi tewas. 372 00:23:43,840 --> 00:23:47,040 PERDANA MENTERI MARGARET THATCHER UNITED KINGDOM 373 00:23:55,960 --> 00:23:58,640 Bagus, Margaret. Kemenangan untuk akal budi. 374 00:23:58,720 --> 00:24:00,440 Apa maksud awak? 375 00:24:00,520 --> 00:24:04,400 Ketua negara yang lain menghargai kesediaan awak bertolak ansur. 376 00:24:06,720 --> 00:24:11,200 Ada sebabnya jawatan teratas tak sesuai dengan awak, Geoffrey. 377 00:24:12,160 --> 00:24:15,120 Tiada daya untuk menang. 378 00:24:16,680 --> 00:24:21,680 …keluarga kita sekali lagi bersepakat. 379 00:24:22,640 --> 00:24:26,080 Tuan-tuan dan puan-puan, Perdana Menteri Margaret Thatcher. 380 00:24:27,360 --> 00:24:28,800 - Perdana Menteri. - Ya? 381 00:24:28,880 --> 00:24:31,120 Puan dipaksa membuat konsesi penting. 382 00:24:31,200 --> 00:24:33,480 Saya tak tahu pula. 383 00:24:33,560 --> 00:24:37,080 Puan menandatangani dokumen yang disediakan oleh 48 negara 384 00:24:37,160 --> 00:24:38,840 yang menentang puan. 385 00:24:38,920 --> 00:24:40,200 Ya. 386 00:24:40,280 --> 00:24:42,240 Soalannya, 387 00:24:42,320 --> 00:24:46,200 seorang itukah yang mengikut mereka, 388 00:24:46,280 --> 00:24:49,440 atau sebaliknya? 389 00:24:50,680 --> 00:24:53,520 Ya, saya bersetuju dengan "isyarat." 390 00:24:54,040 --> 00:24:55,640 Seperti yang awak tahu, 391 00:24:56,280 --> 00:24:58,800 dengan hanya satu belokan, 392 00:24:58,880 --> 00:25:01,480 isyarat akan menunjukkan 393 00:25:01,560 --> 00:25:06,160 arah yang sangat berbeza. Terima kasih. 394 00:25:06,960 --> 00:25:09,320 - Perdana Menteri! - Perdana Menteri! 395 00:25:10,280 --> 00:25:13,520 Setiausaha Agung, tuan akan berikan kenyataan sekarang? 396 00:25:13,600 --> 00:25:15,200 Apa akan terjadi pada Komanwel? 397 00:25:15,280 --> 00:25:17,440 - Itu katanya? - Ya, tuanku. 398 00:25:17,520 --> 00:25:20,280 - Sebelum beredar. - Yakah? 399 00:25:30,880 --> 00:25:32,120 Sedia? 400 00:25:32,680 --> 00:25:33,960 Kami bersedia. 401 00:25:34,720 --> 00:25:35,560 Jangan gerak. 402 00:25:36,520 --> 00:25:37,360 Sempurna. 403 00:25:39,240 --> 00:25:40,080 Pandang saya. 404 00:25:40,600 --> 00:25:42,720 Tiga, dua, satu… 405 00:26:04,880 --> 00:26:06,880 BEBASKAN MANDELA BEBASKAN AFRIKA SELATAN 406 00:26:06,960 --> 00:26:08,560 TIDAK KEPADA APARTEID 407 00:26:13,320 --> 00:26:19,760 HENTIKAN APARTEID 408 00:26:19,840 --> 00:26:21,360 Semua orang membacanya. 409 00:26:21,440 --> 00:26:24,400 Ada beberapa reaksi yang sangat memberangsangkan. 410 00:26:26,520 --> 00:26:27,480 Baik. 411 00:26:27,560 --> 00:26:30,400 Tapi tiada tawaran lagi? 412 00:26:31,800 --> 00:26:36,680 Belum lagi. Tetapi, tidak kira sama ada kita menerbitkannya, 413 00:26:36,760 --> 00:26:41,400 tak dapat dinafikan yang awak menulis dengan jelas, menarik… 414 00:26:41,480 --> 00:26:42,760 Boleh saya cakap? 415 00:26:43,240 --> 00:26:44,600 …dan komersial. 416 00:26:45,800 --> 00:26:49,840 Ia bukan perkataan lucah, Michael. Awak memang berbakat. 417 00:26:49,920 --> 00:26:51,160 Saya tertanya-tanya, 418 00:26:51,240 --> 00:26:53,480 pernah awak terfikir tentang kisah seram politik? 419 00:26:53,560 --> 00:26:54,400 Apa? 420 00:26:54,480 --> 00:26:57,600 Kerja di dalam Whitehall, Westminster, istana. 421 00:26:57,680 --> 00:27:00,120 Awak sahaja yang mampu menulisnya. 422 00:27:00,200 --> 00:27:04,920 Tak. Jika karya agung ini tak berjaya, saya akan berhenti. 423 00:27:05,000 --> 00:27:07,880 Awak boleh dedahkan semuanya dengan nama samaran. 424 00:27:08,640 --> 00:27:09,480 Boleh. 425 00:27:10,880 --> 00:27:15,200 Malangnya, saya kolot dan takkan mengkhianati kepercayaan 426 00:27:15,280 --> 00:27:17,280 orang yang mempercayai saya. 427 00:27:19,240 --> 00:27:22,600 Saya mesti tanya. Licikkah saya? 428 00:27:24,240 --> 00:27:25,640 Tak licik. 429 00:27:28,960 --> 00:27:30,600 Cuma menyayat hati. 430 00:27:34,920 --> 00:27:37,440 Dengan keganasan di Afrika Selatan, 431 00:27:37,520 --> 00:27:41,440 ketegangan di antara United Kingdom dan negara-negara Komanwel lain 432 00:27:41,520 --> 00:27:42,920 makin meruncing. 433 00:27:43,000 --> 00:27:45,360 Penolakan Pn. Thatcher ke atas sekatan 434 00:27:45,440 --> 00:27:48,000 dipersalahkan kerana kejatuhan Sukan Komanwel… 435 00:27:48,080 --> 00:27:49,080 Mesyuarat baik? 436 00:27:49,160 --> 00:27:50,680 Hebat, terima kasih. 437 00:27:50,760 --> 00:27:54,080 Tak mahu ganggu, tetapi akhbar Today telah maklumkan 438 00:27:54,160 --> 00:27:57,840 tentang kisah muka depan akhbar mengenai hubungan tegang 439 00:27:57,920 --> 00:28:00,680 antara Istana Buckingham dan Jalan Downing 440 00:28:00,760 --> 00:28:02,120 akibat krisis terkini 441 00:28:02,200 --> 00:28:04,600 di Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel. 442 00:28:05,920 --> 00:28:07,560 Kenapa dengan mereka ini? 443 00:28:07,640 --> 00:28:12,480 Dan hubungan di antara kedua wanita itu hampir retak sepenuhnya. 444 00:28:14,640 --> 00:28:17,080 Mujurlah ia hanyalah Today, 445 00:28:17,160 --> 00:28:19,800 jadi ia hanya memberi sedikit kesan. 446 00:28:20,760 --> 00:28:22,160 Malangnya, 447 00:28:22,240 --> 00:28:25,640 tak lama lagi akhbar lebih berpengaruh 448 00:28:25,720 --> 00:28:28,960 akan tahu dan mula memeriksa lebih lanjut. 449 00:28:29,040 --> 00:28:31,120 Jadi patik fikir masa sudah tiba 450 00:28:31,200 --> 00:28:34,960 buat tuanku membuat kenyataan pendahuluan. 451 00:28:35,480 --> 00:28:36,560 Kenyataan apa? 452 00:28:36,640 --> 00:28:38,080 Salah satu sokongan, 453 00:28:38,640 --> 00:28:40,680 seperti… 454 00:28:42,040 --> 00:28:44,280 kasih sayang terhadap Perdana Menteri. 455 00:28:45,400 --> 00:28:47,680 Tentang tugasnya, 456 00:28:47,760 --> 00:28:50,720 sesuatu yang akan melenyapkan gosip sama sekali. 457 00:28:50,800 --> 00:28:52,760 Jika beta tak berpuas hati dengannya? 458 00:28:54,360 --> 00:28:57,960 Bagaimana jika beta mahu orang tahu yang beta memang tak suka? 459 00:28:58,800 --> 00:29:01,800 Bahawa beta prihatin tentang sikap kurang berperikemanusiaan. 460 00:29:01,880 --> 00:29:05,080 Awak tahu beta serius dengan tanggungjawab perlembagaan 461 00:29:05,160 --> 00:29:08,400 dan sentiasa berdiam diri, tapi setiap orang ada hadnya. 462 00:29:09,280 --> 00:29:11,000 Jika orang ramai tahu 463 00:29:11,080 --> 00:29:14,680 tentang perselisihan antara raja dan perdana menteri, 464 00:29:14,760 --> 00:29:16,200 teruk sangatkah? 465 00:29:23,320 --> 00:29:24,160 Baik… 466 00:29:27,120 --> 00:29:30,400 jika itu niat tuanku… 467 00:29:33,000 --> 00:29:37,520 Untuk pengetahuan tuanku, patik rasa ia keputusan yang salah. 468 00:29:38,280 --> 00:29:41,040 Berisiko menjadi bahaya yang tak boleh dibaiki 469 00:29:41,120 --> 00:29:44,040 antara Istana Buckingham dan Jalan Downing. 470 00:29:50,160 --> 00:29:55,200 Jika begitu, Today  bukan akhbar yang patik cadangkan. 471 00:29:56,920 --> 00:29:58,840 patik akan guna akhbar yang berpengaruh, 472 00:29:59,440 --> 00:30:02,760 akhbar yang benar-benar memahami 473 00:30:02,840 --> 00:30:08,720 keadaan yang tak pernah terjadi ini, serta memahami perlembagaan. 474 00:30:08,800 --> 00:30:11,640 Awak boleh uruskannya, Michael? Awak lebih tahu. 475 00:30:12,840 --> 00:30:13,960 - Tuanku. - Tuanku. 476 00:30:23,320 --> 00:30:24,240 Ia melulu. 477 00:30:25,760 --> 00:30:29,560 - Melulu dan tak bertanggungjawab. - Saya juga rasa begitu. 478 00:30:30,320 --> 00:30:33,000 Bertentangan dengan nasihat profesional saya, 479 00:30:33,520 --> 00:30:36,320 dan saya mahu bantahan saya dicatat. 480 00:30:37,120 --> 00:30:37,960 Dicatat? 481 00:30:38,600 --> 00:30:39,920 Dicatat, Martin. 482 00:30:41,120 --> 00:30:41,960 Ia dicatat. 483 00:30:44,480 --> 00:30:45,640 Ia dicatat. 484 00:30:59,360 --> 00:31:02,200 Simon Freeman dari Sunday Times berada di talian. 485 00:31:02,280 --> 00:31:03,840 Dia menelefon tiga kali. 486 00:31:05,440 --> 00:31:06,960 Berkenaan khabar angin 487 00:31:07,040 --> 00:31:11,360 "keretakan yang tak dapat didamaikan antara Ratu dan Pn. Thatcher." 488 00:31:14,520 --> 00:31:15,360 Baik. 489 00:31:16,040 --> 00:31:17,040 Sambung talian. 490 00:31:28,760 --> 00:31:31,680 - Enam paun lima puluh empat sen. - Simpan baki. 491 00:32:00,800 --> 00:32:02,120 - Terima kasih. - Puan. 492 00:32:03,160 --> 00:32:05,680 - Selamat malam, Puan. - Selamat malam, Bernard. 493 00:32:05,760 --> 00:32:07,720 Sunday Times menelefon 494 00:32:07,800 --> 00:32:11,200 memberitahu bahawa akan keluar berita yang mencabar esok. 495 00:32:11,280 --> 00:32:12,120 Tentang apa? 496 00:32:12,200 --> 00:32:13,640 Perselisihan pendapat 497 00:32:13,720 --> 00:32:16,160 antara raja dan perdana menteri. 498 00:32:16,680 --> 00:32:17,520 Apa? 499 00:32:28,960 --> 00:32:31,080 Sunday Times, edisi pertama! 500 00:32:36,760 --> 00:32:39,080 Sunday Times, edisi pertama! 501 00:32:41,600 --> 00:32:42,560 Ini dia. 502 00:32:44,200 --> 00:32:46,720 Sunday Times, edisi pertama! 503 00:32:50,880 --> 00:32:52,240 - Bernard. - Michael. 504 00:33:12,680 --> 00:33:17,040 RATU KECEWA DENGAN THATCHER YANG "TAK PEDULI" 505 00:33:20,600 --> 00:33:25,280 RATU AFRIKA DALAM KONFLIK DENGAN NO.10 506 00:33:31,480 --> 00:33:34,840 Krisis perlembagaan hampir meletus pagi ini 507 00:33:34,920 --> 00:33:39,000 kerana Sunday Times menerbitkan butiran perselisihan sensasi 508 00:33:39,080 --> 00:33:41,800 antara Istana Buckingham dan Jalan Downing. 509 00:33:42,160 --> 00:33:44,840 Cerita ini akan memberi kesan serius 510 00:33:44,920 --> 00:33:47,520 terhadap hubungan mesra 511 00:33:47,600 --> 00:33:49,960 antara raja dan perdana menteri, 512 00:33:50,040 --> 00:33:53,120 memetik keretakan tersebut berpunca daripada pertikaian 513 00:33:53,200 --> 00:33:56,600 atas kegagalan Pn. Thatcher untuk mematuhi dasar sekatan 514 00:33:56,680 --> 00:33:59,160 yang menentang aparteid di Afrika Selatan… 515 00:33:59,240 --> 00:34:00,080 Aduhai! 516 00:34:00,160 --> 00:34:04,320 …kedudukan menyatakan ketidaksetujuan ratu, 517 00:34:04,400 --> 00:34:07,520 menghentikan amalan raja lama 518 00:34:07,600 --> 00:34:10,200 yang tidak mencampuri hal ehwal politik. 519 00:34:10,960 --> 00:34:15,000 Setakat ini, Istana Buckingham belum membuat sebarang kenyataan 520 00:34:15,480 --> 00:34:17,600 dan Jurucakap Istana enggan memberi komen 521 00:34:17,680 --> 00:34:19,000 berkenaan artikel bertajuk… 522 00:34:19,080 --> 00:34:22,160 "Ratu Afrika. Dalam Konflik Dengan Nombor 10." 523 00:34:23,160 --> 00:34:25,840 "Minggu yang penting buat Istana Buckingham." 524 00:34:26,360 --> 00:34:29,760 "Ratu Elizabeth II, seorang tokoh polos politik, 525 00:34:30,320 --> 00:34:33,720 terlibat dengan perselisihan mengenai Afrika Selatan 526 00:34:34,360 --> 00:34:37,200 kerana kedegilan dan ketakpekaan…" 527 00:34:37,280 --> 00:34:38,680 "…perdana menterinya." 528 00:34:40,120 --> 00:34:43,640 "Amat berbeza berbanding rakan senegara yang tidak rumit…" 529 00:34:44,160 --> 00:34:46,240 "…nenek berusia pertengahan usia, 530 00:34:46,320 --> 00:34:49,320 yang lebih selesa bercakap tentang anjing dan kuda…" 531 00:34:49,760 --> 00:34:53,680 "…baginda menunjukkan baginda seorang pejuang politik yang bijak 532 00:34:53,760 --> 00:34:56,240 yang bersedia melawan Jalan Downing…" 533 00:34:56,320 --> 00:34:57,760 "…ketika dicabar." 534 00:35:02,520 --> 00:35:03,560 Yakah? 535 00:35:04,240 --> 00:35:05,520 Itu yang ditulis. 536 00:35:08,320 --> 00:35:11,240 Saya merasakan sesuatu buat pertama kalinya. 537 00:35:12,680 --> 00:35:16,200 - Sesuatu yang saya tak pernah bayangkan. - Apa? 538 00:35:18,480 --> 00:35:21,360 Tidak sabar dengan perjumpaan seterusnya. 539 00:35:22,560 --> 00:35:24,720 - Dia dah tiba! - Pn. Thatcher! 540 00:35:25,400 --> 00:35:26,280 Pandang sini! 541 00:35:28,840 --> 00:35:33,480 Istana Buckingham terus menolak tuduhan yang disiarkan dalam Sunday Times 542 00:35:33,560 --> 00:35:36,080 mengenai perselisihan antara ratu dan Jalan Downing. 543 00:35:37,120 --> 00:35:39,800 Sumber kerajaan menyebut bahawa hubungan tulus 544 00:35:39,880 --> 00:35:44,760 antara raja dan perdana menteri dalam bahaya. 545 00:35:45,320 --> 00:35:46,720 Dia dah tiba, tuanku. 546 00:37:11,600 --> 00:37:13,800 - Tuanku. - Perdana Menteri. 547 00:37:21,040 --> 00:37:22,640 Sebelum patik hadir, 548 00:37:23,200 --> 00:37:25,640 patik periksa dengan setiausaha kabinet, 549 00:37:25,720 --> 00:37:29,320 dan sepanjang tujuh tahun patik menjadi perdana menteri, 550 00:37:29,400 --> 00:37:32,680 kita ada 164 perjumpaan, 551 00:37:32,760 --> 00:37:37,920 sentiasa mesra, produktif dan saling menghormati. 552 00:37:38,000 --> 00:37:40,520 Oleh itu, munasabah 553 00:37:40,600 --> 00:37:43,720 jika wujud masalah terpencil. 554 00:37:43,800 --> 00:37:44,680 Masalah apa? 555 00:37:44,760 --> 00:37:46,000 Patik ada tanggapan 556 00:37:46,080 --> 00:37:51,200 yang tuanku takkan menyatakan pandangan politik secara umum. 557 00:37:52,680 --> 00:37:53,520 Ya. 558 00:37:53,600 --> 00:37:58,320 Wujud kod berdiam diri antara ratu dan perdana menteri. 559 00:37:58,400 --> 00:38:00,240 Jika awak merujuk Sunday Times, 560 00:38:00,320 --> 00:38:03,440 beta selalu pesan sebelum ini agar tak membacanya. 561 00:38:03,520 --> 00:38:04,720 Tak, tuanku. 562 00:38:04,800 --> 00:38:06,720 Mereka salah faham, salah petik, 563 00:38:06,800 --> 00:38:09,280 dan beri gambaran salah. Kemudian semua menggelabah. 564 00:38:09,360 --> 00:38:11,360 Tetapi setiausaha akhbar patik, 565 00:38:11,880 --> 00:38:14,720 dan dia ada hubungan kerja dengan semua editor, 566 00:38:14,800 --> 00:38:19,240 dan editor ini memberi jaminan yang sumber ini boleh dipercayai. 567 00:38:19,880 --> 00:38:21,200 Rapat dengan ratu. 568 00:38:21,280 --> 00:38:23,600 Sangat rapat. 569 00:38:28,120 --> 00:38:30,920 Baik, beta pasti penjelasannya akan tiba nanti. 570 00:38:32,280 --> 00:38:35,280 Sementara itu, boleh kita mulakan urusan minggu ini? 571 00:38:35,360 --> 00:38:37,000 Beta kesuntukan masa. 572 00:38:38,560 --> 00:38:40,720 Inilah urusan penting, tuanku. 573 00:38:41,640 --> 00:38:43,520 Sangat penting. 574 00:38:44,200 --> 00:38:47,440 Patik rasa kita ada rasa hormat terhadap satu sama lain 575 00:38:47,520 --> 00:38:51,080 untuk menanyakan soalan tulus, 576 00:38:51,600 --> 00:38:53,440 wanita ke wanita. 577 00:38:53,520 --> 00:38:55,760 Kita sama usia. 578 00:38:56,280 --> 00:38:57,160 Yakah? 579 00:38:57,240 --> 00:38:59,000 Beza enam bulan sahaja. 580 00:38:59,720 --> 00:39:01,040 Siapa lebih tua? 581 00:39:02,760 --> 00:39:04,840 Patik, tuanku. 582 00:39:11,160 --> 00:39:12,480 "Tidak peduli, 583 00:39:13,240 --> 00:39:16,600 suka membantah, dan berpecah belah secara sosial." 584 00:39:16,680 --> 00:39:20,200 Begitulah sumber rapat tuanku menggambarkan patik. 585 00:39:20,280 --> 00:39:22,760 - Perdana Menteri… - Patik kurang belas kasihan. 586 00:39:22,840 --> 00:39:26,920 Kerajaan patik telah melakukan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki 587 00:39:27,000 --> 00:39:29,560 kepada struktur sosial negara. 588 00:39:35,920 --> 00:39:40,560 Tanggungjawab patik, semasa memerintah, 589 00:39:40,640 --> 00:39:44,160 adalah mengasingkan sikap sentimental 590 00:39:44,240 --> 00:39:46,960 dan menjaga kepentingan negara ini 591 00:39:47,040 --> 00:39:50,240 dengan perspektif kunci kira-kira negara. 592 00:39:50,320 --> 00:39:53,520 Patik mengagumi keadilan tuanku 593 00:39:53,600 --> 00:39:56,240 dan belas kasihan terhadap mereka yang susah… 594 00:39:56,320 --> 00:39:57,480 Yakah? 595 00:39:57,560 --> 00:40:02,360 …jangan kita lupa bahawa antara kita berdua, 596 00:40:02,440 --> 00:40:08,520 patik yang berasal daripada keluarga sederhana 597 00:40:08,600 --> 00:40:11,360 dan ayah patik tak mampu mewariskan gelaran 598 00:40:11,920 --> 00:40:13,320 mahupun Komanwel, 599 00:40:13,400 --> 00:40:14,600 hanya keberanian, 600 00:40:14,680 --> 00:40:17,360 akal waras, dan tekad. 601 00:40:17,440 --> 00:40:22,280 Patik tidak mahu ihsan atau belas kasihan daripada sesiapa. 602 00:40:22,360 --> 00:40:24,240 Ia menghinakan. 603 00:40:25,480 --> 00:40:26,800 Matlamat patik… 604 00:40:27,360 --> 00:40:33,320 adalah untuk mengubah negara ini daripada bergantung kepada berdikari 605 00:40:33,400 --> 00:40:36,000 dan patik rasa, patik berjaya. 606 00:40:36,080 --> 00:40:38,680 Beta banyak belajar daripada pengalaman menjadi ratu. 607 00:40:38,760 --> 00:40:41,920 Orang British baru mula menjaga kepentingan sendiri, 608 00:40:42,000 --> 00:40:43,160 untuk maju, 609 00:40:43,240 --> 00:40:47,920 dan hanya selepas itu, jika mereka mahu, barulah mereka pilih, 610 00:40:48,000 --> 00:40:49,640 untuk menjaga jiran mereka. 611 00:40:50,360 --> 00:40:51,560 Daripada mereka… 612 00:40:51,640 --> 00:40:54,440 Tiada siapa akan ingat orang yang baik hati 613 00:40:54,520 --> 00:40:58,360 jika dia hanya ada niat yang baik. 614 00:40:58,440 --> 00:40:59,560 Hakikatnya, tuanku, 615 00:41:00,200 --> 00:41:03,200 dia mesti ada wang. 616 00:41:03,280 --> 00:41:04,640 …perkara paling sukar 617 00:41:05,200 --> 00:41:09,560 ialah beta wajib menyokong pegangan perdana menteri beta, 618 00:41:09,640 --> 00:41:13,520 termasuklah tentangan sekatan terhadap Afrika Selatan. 619 00:41:16,880 --> 00:41:18,040 Soalan beta, 620 00:41:18,120 --> 00:41:21,800 memandangkan kesannya pada kedudukan politik awak sedikit, 621 00:41:21,880 --> 00:41:24,000 meskipun ia penting buat beta… 622 00:41:25,120 --> 00:41:27,720 tak bolehkah awak sokong beta untuk kali ini? 623 00:41:28,640 --> 00:41:30,480 Ketua-ketua Komanwel beta, 624 00:41:30,560 --> 00:41:32,840 ramai beta anggap sebagai kawan, 625 00:41:33,800 --> 00:41:38,280 merasakan bahawa beta mengkhianati mereka kerana ia isu penting buat mereka. 626 00:41:38,360 --> 00:41:41,480 Jika begitu, mereka hanya perlu membaca Sunday Times. 627 00:41:42,160 --> 00:41:45,480 Mereka takkan meragui pendirian tuanku. 628 00:41:53,640 --> 00:41:54,960 Masa kita dah tamat. 629 00:41:55,040 --> 00:41:56,680 Sekejap sahaja. 630 00:41:59,760 --> 00:42:02,880 Tuanku pasti teruja dengan perkahwinan 631 00:42:02,960 --> 00:42:05,240 Putera Andrew dan Sarah Ferguson esok. 632 00:42:05,320 --> 00:42:06,160 Ya. 633 00:42:07,440 --> 00:42:09,400 Mereka nampak secocok. 634 00:42:09,480 --> 00:42:10,480 Ya. 635 00:42:10,560 --> 00:42:15,480 Anak patik, Mark, ada menyatakan hasrat untuk berkahwin. 636 00:42:15,560 --> 00:42:17,760 Anak kesayangan awak? Penjelajah itu? 637 00:42:18,040 --> 00:42:19,720 Bukan penjelajah, tuanku. 638 00:42:19,800 --> 00:42:21,440 Itu hanya sekali. 639 00:42:21,520 --> 00:42:24,680 Kini dia seorang ahli perniagaan. Di Timur Tengah. 640 00:42:25,680 --> 00:42:26,960 Dan Afrika Selatan. 641 00:42:29,160 --> 00:42:30,000 Sudah tentu. 642 00:42:31,840 --> 00:42:32,880 Tuanku. 643 00:42:45,080 --> 00:42:47,880 Dengar cakap saya. Tidak ada cerita di sini. 644 00:42:47,960 --> 00:42:49,920 Khabar angin ini tidak benar. 645 00:42:50,000 --> 00:42:52,360 Ratu mempunyai hubungan yang baik 646 00:42:52,440 --> 00:42:55,120 dan produktif bersama perdana menteri. 647 00:42:55,200 --> 00:42:59,440 Sunday Times tetap mengatakan cerita itu berasal daripada sumber sahih di istana. 648 00:42:59,520 --> 00:43:00,960 Itu ayat yang kami gunakan. 649 00:43:01,040 --> 00:43:03,040 Kami akan nafi dan awak akan nampak bodoh. 650 00:43:03,120 --> 00:43:04,640 Jangan memarahi saya. 651 00:43:04,720 --> 00:43:07,920 Saya faham awak perlu nafikan, tapi kita berdua tahu, 652 00:43:08,000 --> 00:43:10,760 penafian awak akan menunjukkan kebodohan awak. 653 00:43:15,040 --> 00:43:17,520 Helo? Boleh saya ambil maklumat? 654 00:43:20,320 --> 00:43:24,120 Apa semua ini? Takkan pengantin lelaki rasa ragu-ragu pada saat akhir. 655 00:43:24,200 --> 00:43:28,480 Tidak. Andrew meminta kita menjelaskan mengapa… 656 00:43:28,560 --> 00:43:30,360 Kenapa dengan bonda? 657 00:43:32,200 --> 00:43:35,080 Perkahwinan Duke York harus menjadi acara utama, 658 00:43:35,160 --> 00:43:37,520 di dalam dan luar negara. Sebaliknya, 659 00:43:38,280 --> 00:43:41,920 disebabkan pandangan bonda yang tak masuk akal itu, 660 00:43:42,000 --> 00:43:45,720 perkahwinan saya dan Sarah tak menjadi topik utama, 661 00:43:45,800 --> 00:43:48,400 seperti cerita bonda dan Perdana Menteri! 662 00:43:50,320 --> 00:43:52,480 Ya. Sunday Times. 663 00:43:52,560 --> 00:43:55,600 - Bonda membuat huru-hara. - Apa bonda fikir? 664 00:43:55,680 --> 00:43:58,840 Bonda buat perkara yang dia larang abang buat. 665 00:43:59,360 --> 00:44:01,800 Bonda buka mulut dan menyatakan pendapat. 666 00:44:03,320 --> 00:44:05,320 Dan bonda dicemuh. 667 00:44:06,000 --> 00:44:08,120 Sungguh tak bertimbang rasa. 668 00:44:08,200 --> 00:44:11,080 Awak tak boleh salahkan akhbar menulis sesuatu 669 00:44:11,160 --> 00:44:14,480 selain daripada perkahwinan ahli keluarga yang takkan jadi raja. 670 00:44:15,000 --> 00:44:16,000 Aduh! 671 00:44:16,080 --> 00:44:17,680 Betul, bukan? 672 00:44:19,160 --> 00:44:20,360 Awak waris keempat, 673 00:44:20,440 --> 00:44:23,760 dan ketika William mempunyai waris keturunannya sendiri, awak akan… 674 00:44:25,480 --> 00:44:26,480 dipinggirkan. 675 00:44:29,800 --> 00:44:30,640 Mari? 676 00:44:38,240 --> 00:44:41,840 Sanggup dia cakap begitu? Pada hari perkahwinan saya? 677 00:44:42,760 --> 00:44:44,480 Jahat sekali. 678 00:44:55,280 --> 00:44:57,440 Sukar membayangkan yang 679 00:44:57,520 --> 00:45:01,040 cerita itu boleh mengatasi perkahwinan diraja. 680 00:45:01,800 --> 00:45:03,520 Tetapi peningkatan cerita 681 00:45:03,600 --> 00:45:06,000 tentang perselisihan antara Ratu dan Pn. Thatcher 682 00:45:06,080 --> 00:45:08,280 membayangi perkahwinan. 683 00:45:08,840 --> 00:45:11,640 Ratu telah membuat kesilapan serius, 684 00:45:12,200 --> 00:45:14,880 dan artikel Sunday Times ini mungkin memulakan 685 00:45:14,960 --> 00:45:18,440 krisis perlembagaan besar. 686 00:45:19,440 --> 00:45:22,680 Tujuan sebenar istana sukar dikatakan, 687 00:45:23,360 --> 00:45:26,240 namun mereka telah menyebabkan kekacauan, 688 00:45:26,320 --> 00:45:31,320 dan setakat ini tetap berdiam diri. Cerita ini… 689 00:45:31,400 --> 00:45:32,960 Izinkan patik, tuanku? 690 00:45:35,400 --> 00:45:38,360 Akibat penafian terhadap cerita itu, 691 00:45:38,440 --> 00:45:43,080 editor Sunday Times terus menekan, 692 00:45:43,160 --> 00:45:45,400 walaupun kita boleh terus menafikan, 693 00:45:46,360 --> 00:45:49,280 ia tak lagi menguntungkan kita, 694 00:45:49,800 --> 00:45:53,480 dan kita perlu beri mereka sesuatu. 695 00:45:54,200 --> 00:45:55,080 Apa? 696 00:45:55,160 --> 00:45:56,120 Pesalah. 697 00:45:57,640 --> 00:46:01,600 Untuk menepis kesalahan dan memadamkan api ini secepat mungkin. 698 00:46:03,200 --> 00:46:04,640 Kita perlu berikan nama. 699 00:46:16,280 --> 00:46:17,120 Martin! 700 00:46:17,600 --> 00:46:18,440 Michael. 701 00:46:22,240 --> 00:46:27,520 Situasi tegang antara Istana Buckingham dan Jalan Downing… 702 00:46:28,040 --> 00:46:29,960 Saya dah beri amaran. 703 00:46:31,000 --> 00:46:34,160 Saya fikir awak tahu betapa seriusnya ratu mengambil tanggungjawabnya 704 00:46:34,240 --> 00:46:37,760 dan baginda amat menghargai hubungan rapat antara mereka. 705 00:46:37,840 --> 00:46:38,680 Sudah tentu. 706 00:46:39,280 --> 00:46:41,600 Melihat ia… 707 00:46:42,440 --> 00:46:44,960 terjejas begini 708 00:46:45,800 --> 00:46:47,960 kerana perbuatan awak… 709 00:46:51,560 --> 00:46:52,440 Apa? 710 00:46:54,080 --> 00:46:57,320 Hakikatnya langkah-langkah yang diambil tak profesional. 711 00:46:58,680 --> 00:47:02,320 - Martin, sudahlah. - Menjatuhkan integriti istana dan ratu. 712 00:47:02,400 --> 00:47:04,160 Kita saling mengenali. 713 00:47:05,080 --> 00:47:06,520 Ini tak masuk akal. 714 00:47:09,040 --> 00:47:12,720 Kami berharap awak boleh melakukan perkara yang betul. 715 00:47:27,480 --> 00:47:28,360 Sudah tentu. 716 00:47:43,480 --> 00:47:46,040 PEMBANTU RATU MEMBERI MAKLUMAT ANTI-THATCHER 717 00:47:52,760 --> 00:47:53,680 Michael. 718 00:49:03,960 --> 00:49:08,520 Ada satu cogan kata yang telah digunakan oleh nenek moyang beta. 719 00:49:09,440 --> 00:49:10,520 Cogan kata mulia. 720 00:49:11,840 --> 00:49:12,760 "Beta berkhidmat." 721 00:49:13,840 --> 00:49:16,280 Beta ingin membuat dedikasi itu sekarang. 722 00:49:16,840 --> 00:49:17,840 Ia mudah saja. 723 00:49:18,680 --> 00:49:22,480 Beta berjanji kepada semua bahawa seluruh hidup beta, 724 00:49:23,520 --> 00:49:25,520 sama ada panjang atau pendek, 725 00:49:26,240 --> 00:49:32,000 akan diabdikan untuk berkhidmat kepada anda dan empayar 726 00:49:32,600 --> 00:49:34,080 milik kita semua. 727 00:49:36,000 --> 00:49:38,240 Tuhan bantulah beta menjayakannya, 728 00:49:39,200 --> 00:49:42,960 dan merahmati anda semua yang sentiasa bersama beta. 729 00:49:49,600 --> 00:49:51,080 ISTANA TETAP 730 00:49:51,160 --> 00:49:53,520 MENAFIKAN BAHAWA RATU TAK PERNAH MENYATAKAN PENDAPAT 731 00:49:53,600 --> 00:49:56,200 ATAU MEMBERI KOMEN TENTANG MANA-MANA PERDANA MENTERI. 732 00:50:05,720 --> 00:50:10,720 MICHAEL SHEA BERJAYA 733 00:50:10,800 --> 00:50:16,040 MENJADI PENULIS BUKU TERLARIS CERITA SERAM POLITIK. 734 00:50:18,920 --> 00:50:20,880 PADA TAHUN 1994, APARTEID DIHAPUSKAN 735 00:50:20,960 --> 00:50:26,800 DAN NELSON MANDELA MENJADI PRESIDEN KULIT HITAM PERTAMA AFRIKA SELATAN. 736 00:50:27,480 --> 00:50:33,320 KETIKA DITANYA SAMA ADA SEKATAN BERJAYA MENGHENTIKAN APARTEID, 737 00:50:33,400 --> 00:50:36,560 DIA MENJAWAB "SUDAH TENTU." 738 00:51:50,120 --> 00:51:55,360 Terjemahan sari kata oleh Nadhrah Jamaludin