1 00:00:48,320 --> 00:00:49,160 Terima kasih. 2 00:01:09,440 --> 00:01:10,720 Nak muesli? 3 00:01:12,560 --> 00:01:13,680 Sedap. 4 00:01:48,280 --> 00:01:49,480 Ayah suka lagu ini. 5 00:01:56,120 --> 00:01:57,080 Kamu suka tak? 6 00:02:15,960 --> 00:02:17,840 Kamu pasti kamu dah sedia? 7 00:02:20,920 --> 00:02:23,520 Ayah cadangkan kepada guru rumah kamu 8 00:02:23,520 --> 00:02:26,040 agar kamu ke sekolah tanpa duduk asrama. 9 00:02:26,040 --> 00:02:27,000 Kenapa? 10 00:02:27,960 --> 00:02:30,880 Sampai keadaan lebih tenang. 11 00:02:32,200 --> 00:02:34,160 Tinggal dengan ayah di Highgrove. 12 00:02:35,000 --> 00:02:35,920 Saya okey. 13 00:02:36,560 --> 00:02:38,400 Duduk dengan nenda di Windsor? 14 00:02:41,760 --> 00:02:42,960 Itu pilihan kamu. 15 00:02:42,960 --> 00:02:46,160 Ayah cuma mahu kamu ikut masa yang kamu selesa. 16 00:02:46,160 --> 00:02:47,320 Saya selesa. 17 00:02:49,040 --> 00:02:51,720 Saya nak semua kembali normal secepat mungkin. 18 00:02:55,600 --> 00:02:56,480 Tuanku. 19 00:03:04,160 --> 00:03:05,360 Apa khabar, William? 20 00:03:06,320 --> 00:03:07,440 Gembira jumpa awak. 21 00:03:10,080 --> 00:03:13,360 - Kami gembira awak kembali. - Terima kasih. 22 00:03:24,960 --> 00:03:26,000 Helo? 23 00:03:26,000 --> 00:03:27,080 Bagaimana? 24 00:03:27,640 --> 00:03:28,600 Awak baik hati. 25 00:03:29,760 --> 00:03:31,800 Sejujurnya, tak begitu selesa. 26 00:03:32,680 --> 00:03:34,920 Dia macam tak puas hati dengan saya. 27 00:03:35,880 --> 00:03:38,880 Beri masa. 28 00:03:38,880 --> 00:03:40,440 Itu yang saya beritahu dia. 29 00:03:40,440 --> 00:03:42,400 Semua orang akan faham, tapi... 30 00:03:44,280 --> 00:03:47,520 dia tak sabar nak balik sekolah dan jauh daripada saya. 31 00:03:49,720 --> 00:03:51,560 Dia suka guru rumahnya? 32 00:03:51,560 --> 00:03:53,200 Ya, Dr. Gailey. 33 00:03:53,200 --> 00:03:54,600 Itu tanda positif. 34 00:03:54,600 --> 00:03:58,120 Tentu zaman ini mereka lebih pandai tangani hal begini. 35 00:03:58,120 --> 00:03:59,560 Harap-harap begitulah. 36 00:03:59,560 --> 00:04:02,200 Gordonstoun zaman saya tak bagus untuk dia. 37 00:04:02,720 --> 00:04:07,200 Mereka suruh atasi kesedihan dengan mandi air sejuk dan berjalan. 38 00:04:07,200 --> 00:04:08,360 Apa salahnya? 39 00:04:08,360 --> 00:04:11,400 Lebih baik daripada orang kecoh dan dikasihani. 40 00:04:11,400 --> 00:04:14,320 Ya, persepsi kita berbeza. 41 00:04:15,480 --> 00:04:17,160 Dia ada kawan di sekolah? 42 00:04:17,680 --> 00:04:20,040 Tentulah. Apa punya soalanlah. 43 00:04:20,040 --> 00:04:21,440 Kenapa? Awak tak ada. 44 00:04:22,280 --> 00:04:23,160 Benar. 45 00:04:26,040 --> 00:04:28,160 Lebih baik dia bersama kawan-kawan. 46 00:04:29,480 --> 00:04:30,840 Mereka akan jaga dia. 47 00:04:32,720 --> 00:04:34,720 Kadangkala, sebagai ibu bapa, 48 00:04:34,720 --> 00:04:36,920 kita perlu mengaku kalah. 49 00:04:40,960 --> 00:04:43,720 - Kita cakap lain kali. - Baiklah. 50 00:05:02,320 --> 00:05:04,360 Ada dua penghantaran. 51 00:05:04,360 --> 00:05:05,600 Ini dari sekolah. 52 00:05:06,080 --> 00:05:09,360 Lebih 600 rakan sekolah mahu ucapkan takziah. 53 00:05:10,560 --> 00:05:11,480 Baiknya. 54 00:05:13,160 --> 00:05:14,080 Ini pula 55 00:05:14,680 --> 00:05:16,720 surat dari serata dunia. 56 00:05:18,200 --> 00:05:20,320 Saya rasa daripada gadis muda. 57 00:05:22,400 --> 00:05:24,840 Kalau perlukan apa-apa, saya ada. 58 00:05:58,680 --> 00:06:01,400 Kepada William. Kita tak kenal satu sama lain. 59 00:06:01,400 --> 00:06:04,440 Saya senior awak dua tahun dari rumah sukan lain, 60 00:06:04,440 --> 00:06:07,120 tapi saya ingin ucap takziah. 61 00:06:07,640 --> 00:06:09,880 Saya tak dapat bayang apa awak lalui. 62 00:06:10,400 --> 00:06:13,640 {\an8}Kami semua di blok B menyokong awak. 63 00:06:14,120 --> 00:06:15,560 Andrew Hartley Potts. 64 00:06:17,120 --> 00:06:18,120 Wills, 65 00:06:19,560 --> 00:06:21,520 takziah atas kematian bonda awak. 66 00:06:22,280 --> 00:06:26,120 Kami di ALHG ada kalau awak perlukan apa-apa. 67 00:06:26,760 --> 00:06:31,040 Termasuklah cop main PlayStation dan sebanyak mana teh awak nak. 68 00:06:32,200 --> 00:06:36,000 William, pasukan polo air tumpang simpati 69 00:06:36,000 --> 00:06:38,880 dan harap awak sertai kami semula apabila dah bersedia. 70 00:06:40,280 --> 00:06:41,960 Lagi cepat lagi bagus, 71 00:06:41,960 --> 00:06:44,360 sebab Kindersley tak sehandal awak. 72 00:06:48,920 --> 00:06:49,920 Kepada William. 73 00:06:50,760 --> 00:06:53,320 Saya rasa sedih atas kehilangan awak. 74 00:06:53,320 --> 00:06:56,480 Ibu saya sayang keluarga diraja dari dulu lagi, 75 00:06:56,480 --> 00:06:58,520 terutamanya Puteri Diana. 76 00:06:58,520 --> 00:07:02,520 Ibu kata dia bidadari dan saya tahu awak pun sama. 77 00:07:03,120 --> 00:07:06,760 Saya lampirkan gambar saya. Kawan-kawan kata saya cantik... 78 00:07:06,760 --> 00:07:10,600 William, awak nampak comel memakai sut dan tali leher. 79 00:07:10,600 --> 00:07:14,240 Tentu awak akan nampak seksi apabila ada mahkota di kepala. 80 00:07:14,240 --> 00:07:17,680 Tentu badan awak tegap, sebab awak main banyak sukan. 81 00:07:18,400 --> 00:07:20,360 Terimalah beruang teddy kegemaran saya. 82 00:07:21,040 --> 00:07:23,040 Ia lembut dan sedap dipeluk macam saya. 83 00:07:23,040 --> 00:07:25,600 Peluk kuat-kuat apabila awak tidur 84 00:07:25,600 --> 00:07:26,880 dan fikirkan saya. 85 00:07:26,880 --> 00:07:28,800 Saya harap ia menenangkan awak. 86 00:07:28,800 --> 00:07:33,080 William, awak begitu berani berjalan belakang keranda ibu awak. 87 00:07:33,080 --> 00:07:34,720 Saya masih teringat-ingat. 88 00:07:35,920 --> 00:07:38,280 Ibu saya mati akibat kanser tahun lepas. 89 00:07:38,280 --> 00:07:41,080 Saya fikirkan dia setiap masa. 90 00:07:41,720 --> 00:07:43,360 Saya faham perasaan awak. 91 00:07:44,320 --> 00:07:45,680 Awak tak keseorangan. 92 00:07:46,880 --> 00:07:48,800 Mereka menunggu untuk melihat 93 00:07:49,920 --> 00:07:52,760 puteri kesayangan rakyat lalu buat kali terakhir. 94 00:07:53,880 --> 00:07:57,280 Keluarga diraja berada di pintu Istana Buckingham 95 00:07:57,280 --> 00:07:59,560 sama-sama menunggu. 96 00:09:18,480 --> 00:09:20,480 - Cantik. - Pukulan bagus. 97 00:09:20,480 --> 00:09:21,560 Ayuh! 98 00:09:24,280 --> 00:09:27,240 Wales, Dr. Gailey nak jumpa di bilik bacaannya. 99 00:09:27,240 --> 00:09:29,280 Okey. Ambillah. 100 00:09:29,280 --> 00:09:34,200 Buat sementara ini, orang akan asyik tanya keadaan awak. 101 00:09:34,680 --> 00:09:37,200 Tapi sebagai guru rumah, 102 00:09:38,280 --> 00:09:39,800 itulah tugas saya. 103 00:09:39,800 --> 00:09:40,760 Saya okey. 104 00:09:41,680 --> 00:09:43,520 - Awak pasti? - Ya. 105 00:09:47,200 --> 00:09:49,760 Saya tanya sebab sekolah terima permintaan 106 00:09:49,760 --> 00:09:52,240 untuk awak hadiri upacara rasmi. 107 00:09:54,240 --> 00:09:56,280 Ratu dan Duke Edinburgh 108 00:09:56,280 --> 00:09:59,680 raikan ulang tahun perkahwinan jubli emas tahun ini. 109 00:09:59,680 --> 00:10:03,000 Akan ada banyak acara peringatan. 110 00:10:06,440 --> 00:10:09,040 Saya berkeras awak diberi pilihan untuk menolak. 111 00:10:10,120 --> 00:10:13,960 Mereka yakinkan saya yang semua orang akan faham jika awak tolak. 112 00:10:13,960 --> 00:10:14,880 Tak mengapa. 113 00:10:15,440 --> 00:10:16,400 Saya akan hadir. 114 00:10:18,240 --> 00:10:19,080 Betul? 115 00:10:24,880 --> 00:10:26,120 Berita baiknya, 116 00:10:26,720 --> 00:10:28,680 ia cuma separuh hari, 117 00:10:28,680 --> 00:10:30,240 bermula dengan 118 00:10:31,640 --> 00:10:35,080 sesi fotografi rasmi di Istana Buckingham, 119 00:10:35,760 --> 00:10:38,880 kemudian upacara doa di Westminster Abbey 120 00:10:38,880 --> 00:10:42,680 dan makan tengah hari di Kolej Tentera Laut Diraja di Greenwich. 121 00:10:47,520 --> 00:10:49,720 Saya dah bercakap dengan tutor awak. 122 00:10:50,560 --> 00:10:52,680 Dia kata awak desak diri. 123 00:10:53,840 --> 00:10:57,480 Berjam-jam di perpustakaan. Macam-macam mesyuarat persatuan. 124 00:11:05,680 --> 00:11:07,360 Saya tahu gangguan membantu. 125 00:11:09,680 --> 00:11:13,080 Beberapa tahun lalu, isteri saya terima berita buruk. 126 00:11:14,360 --> 00:11:15,960 Dia hidap leukemia. 127 00:11:17,000 --> 00:11:18,560 Puan Gailey dah sembuh. 128 00:11:19,440 --> 00:11:20,440 Tapi waktu itu, 129 00:11:21,480 --> 00:11:24,440 kami berdua enggan berhenti sejenak, 130 00:11:25,560 --> 00:11:27,000 ambil masa untuk... 131 00:11:28,600 --> 00:11:29,720 perlahankan diri... 132 00:11:30,600 --> 00:11:32,480 dan memproses hal yang berlaku. 133 00:11:37,680 --> 00:11:40,200 Ada apa-apa lagi, cikgu? 134 00:11:48,080 --> 00:11:48,920 Tiada. 135 00:11:53,000 --> 00:11:54,360 Tiga, dua, satu. 136 00:11:56,000 --> 00:11:56,960 Terima kasih. 137 00:11:58,800 --> 00:12:00,240 Tiga, dua, satu. 138 00:12:00,920 --> 00:12:03,120 Terima kasih. Tiga, dua, satu. 139 00:12:04,680 --> 00:12:06,680 William, terus senyum. 140 00:12:07,320 --> 00:12:08,920 Tiga, dua, satu. 141 00:12:21,800 --> 00:12:23,720 - Seronok sungguh. - Ya. 142 00:12:24,920 --> 00:12:25,800 Nah. 143 00:12:25,800 --> 00:12:28,080 - Tak nak. - Saya tuang champagne. 144 00:12:28,960 --> 00:12:30,520 Abang tahu abang nak. 145 00:12:33,720 --> 00:12:37,920 Setiap hari saya makan pepermin sejak 1978. Bayangkan! 146 00:12:40,720 --> 00:12:44,320 Semuanya baik-baik saja jika ada krim fondan pepermin... 147 00:12:51,640 --> 00:12:52,800 Sekolah okey? 148 00:12:52,800 --> 00:12:53,760 Teruk. 149 00:12:55,520 --> 00:12:56,360 Samalah. 150 00:13:01,080 --> 00:13:02,840 - Semua orang amat... - Pelik. 151 00:13:03,440 --> 00:13:05,520 Sebenarnya, saya nak kata "baik". 152 00:13:05,520 --> 00:13:06,800 Itu yang pelik. 153 00:13:07,520 --> 00:13:09,080 Betapa baiknya mereka. 154 00:13:10,760 --> 00:13:13,640 Abang harap semua orang kembali normal. 155 00:13:20,160 --> 00:13:21,600 Ayah, dari arah jam dua. 156 00:13:22,960 --> 00:13:24,520 Okey, mari. 157 00:13:31,080 --> 00:13:33,240 Ada beberapa nama dan wajah 158 00:13:33,240 --> 00:13:36,040 kamu perlu pura-pura ingat jika mereka menyapa. 159 00:13:36,040 --> 00:13:38,200 Jean, Grand Duke Luxembourg, 160 00:13:38,200 --> 00:13:40,120 hujung 70-an, misai putih. 161 00:13:40,120 --> 00:13:42,600 Albert II, Raja Belgium, 162 00:13:42,600 --> 00:13:45,320 cermin mata besar, rupa macam pengurus bank. 163 00:13:45,320 --> 00:13:48,400 Isterinya, Ratu Paola, orang Itali, berambut perang, 164 00:13:48,400 --> 00:13:52,240 dan ayah pasti akan datang memakai topi besar berwarna-warni. 165 00:13:52,760 --> 00:13:55,200 Raja Harald dari Norway pula 166 00:13:55,200 --> 00:13:58,520 botak dan bentuk kepalanya macam telur. 167 00:13:58,520 --> 00:13:59,960 Tentera Diraja! 168 00:13:59,960 --> 00:14:02,120 Tunjuk hormat! 169 00:14:57,880 --> 00:15:01,240 Kecoh betul. Seperti ketibaan bintang pop. 170 00:15:01,240 --> 00:15:02,760 Saya tak terkejut. 171 00:15:03,800 --> 00:15:05,280 Dia budak yang tampan. 172 00:15:05,880 --> 00:15:08,360 Keluarga saya terpinga-pinga. 173 00:15:09,400 --> 00:15:12,520 Terasa deja vu pula. 174 00:15:13,320 --> 00:15:14,600 Maksud awak Diana? 175 00:15:14,600 --> 00:15:17,040 Rupanya macam ibunya. 176 00:15:17,040 --> 00:15:18,160 Ya. 177 00:15:18,160 --> 00:15:22,760 Perit melihatnya sebab Will pemalu, tak macam Diana. 178 00:15:23,520 --> 00:15:25,760 Dia tak selesa dapat perhatian begitu. 179 00:15:25,760 --> 00:15:27,080 Siapa selesa? 180 00:15:27,080 --> 00:15:28,880 Dia perlu sokongan awak. 181 00:15:28,880 --> 00:15:32,360 Saya sedang cuba, tapi dia tak memudahkannya. 182 00:15:32,880 --> 00:15:36,360 Cakap sepatah-sepatah, macam marah. 183 00:15:36,360 --> 00:15:38,520 Ini bukan tentang tindak balas dia. 184 00:15:38,520 --> 00:15:41,360 Contoh yang saya dapat pun bukan elok sangat. 185 00:15:41,360 --> 00:15:43,960 Duke Edinburgh bukannya bercakap sangat 186 00:15:43,960 --> 00:15:46,880 atau ayah penyayang kepada saya. 187 00:15:46,880 --> 00:15:50,400 Tak mengejutkan sebab ayahnya pun sama. 188 00:15:50,400 --> 00:15:54,280 Dalam keluarga ini, hubungan anak lelaki dan ayah tak mesra. 189 00:15:54,280 --> 00:15:56,480 Awak tahu pendapat saya tentang itu. 190 00:15:58,920 --> 00:15:59,920 Itu bukan alasan. 191 00:15:59,920 --> 00:16:01,160 Benar. 192 00:16:01,760 --> 00:16:04,000 Mereka amat perlukan awak. 193 00:16:04,000 --> 00:16:05,440 Jika saya boleh cakap... 194 00:16:05,440 --> 00:16:06,600 Cakaplah. 195 00:16:06,600 --> 00:16:08,240 Awak juga perlukan mereka. 196 00:16:11,320 --> 00:16:15,920 Ayah jenis apa boleh terima dirinya jika dia sedar dia gagal jadi ayah? 197 00:16:39,200 --> 00:16:40,080 Boleh kita berbual? 198 00:16:48,400 --> 00:16:50,560 Orang pejabat Putera Wales telefon 199 00:16:50,560 --> 00:16:52,640 kerana ayah awak nak jumpa awak. 200 00:16:54,400 --> 00:16:55,240 Di sini? 201 00:16:55,800 --> 00:16:57,720 Saya benarkan guna pejabat saya. 202 00:17:09,120 --> 00:17:10,080 Hari Valentine. 203 00:17:13,000 --> 00:17:13,840 Ya. 204 00:17:16,960 --> 00:17:17,920 Awak nak... 205 00:17:19,600 --> 00:17:21,120 Awak nak saya buang? 206 00:17:24,280 --> 00:17:25,240 Terima kasih. 207 00:17:26,400 --> 00:17:27,880 Tahun depan ada lagi. 208 00:17:42,240 --> 00:17:43,080 Tuanku. 209 00:17:55,400 --> 00:17:57,840 Ayah harap ayah tak ganggu aktiviti kamu. 210 00:18:00,400 --> 00:18:01,600 Ayah cuma nak tahu 211 00:18:02,600 --> 00:18:03,600 keadaan kamu. 212 00:18:05,400 --> 00:18:06,280 Baik. 213 00:18:09,880 --> 00:18:10,880 Sekolah? 214 00:18:12,680 --> 00:18:13,680 Baik. 215 00:18:15,120 --> 00:18:16,120 Kawan-kawan? 216 00:18:16,800 --> 00:18:17,680 Baik. 217 00:18:19,720 --> 00:18:22,920 Ayah dengar kamu pecahkan rekod sekolah 218 00:18:22,920 --> 00:18:25,040 dalam acara renang 50 meter. 219 00:18:25,040 --> 00:18:26,360 Rekod junior. 220 00:18:26,360 --> 00:18:27,440 Syabas. 221 00:18:37,760 --> 00:18:40,440 Ayah cakap dengan Harry semalam... 222 00:18:42,160 --> 00:18:44,800 Ayah cadangkan kepadanya kita semua 223 00:18:45,800 --> 00:18:47,080 lawat pusara bonda kamu. 224 00:18:49,680 --> 00:18:50,840 Letak bunga. 225 00:19:05,800 --> 00:19:07,640 Mungkin terlalu awal. 226 00:19:18,320 --> 00:19:19,720 Ada lagi satu. 227 00:19:20,920 --> 00:19:26,120 Ayah nak kamu berdua ikut ayah lawat Kanada waktu Easter nanti. 228 00:19:27,480 --> 00:19:30,600 Kita gabungkan beberapa acara rasmi 229 00:19:30,600 --> 00:19:33,920 dengan percutian main ski selama empat hari di Whistler. 230 00:19:35,160 --> 00:19:39,080 - Kita bertiga saja. - Saya ada rancangan nak jumpa kawan. 231 00:19:43,200 --> 00:19:45,720 Ayah rasa ia bagus untuk kita. 232 00:19:46,760 --> 00:19:47,880 Sebagai keluarga. 233 00:19:49,200 --> 00:19:50,400 Untuk kamu juga. 234 00:19:50,400 --> 00:19:51,520 Serta Harry. 235 00:19:54,560 --> 00:19:55,800 Menyakitkan sungguh. 236 00:19:56,600 --> 00:20:00,280 - Setidaknya awak berusaha. - Ya, dan dia menolak. 237 00:20:00,280 --> 00:20:01,760 Itu hak dia. 238 00:20:02,960 --> 00:20:05,160 Bayangkan saya cakap begitu dengan ayah saya. 239 00:20:05,160 --> 00:20:06,760 Generasi berbeza. 240 00:20:06,760 --> 00:20:08,680 Tercalar emosi saya. 241 00:20:08,680 --> 00:20:11,760 Itulah tugas seorang ayah. 242 00:20:11,760 --> 00:20:15,640 Saya rasa itu tugas awak yang paling penting. 243 00:20:16,240 --> 00:20:17,560 Saya tahu. 244 00:20:17,560 --> 00:20:19,000 Awak tak tahu. 245 00:20:20,600 --> 00:20:25,000 Awak rasa awak tahu, tapi jelas tak tahu. Saya akan beritahu apabila awak tahu. 246 00:20:26,680 --> 00:20:27,520 Yalah! 247 00:20:30,280 --> 00:20:31,920 Saya rindu awak. 248 00:20:33,760 --> 00:20:34,960 Bila boleh jumpa? 249 00:20:35,760 --> 00:20:36,760 Belum lagi. 250 00:20:37,440 --> 00:20:38,720 - Ya. - Terlalu awal. 251 00:20:38,720 --> 00:20:39,800 Ya. 252 00:20:40,400 --> 00:20:42,520 Penjara pendapat umum. 253 00:20:44,520 --> 00:20:46,840 Bagaimana keadaan awak? Okey? 254 00:20:47,880 --> 00:20:49,800 Tak perlu risaukan saya. 255 00:20:50,920 --> 00:20:52,280 Awak begitu sabar. 256 00:20:52,960 --> 00:20:53,960 Begitu berani. 257 00:20:55,600 --> 00:20:58,240 Betapa awak sengsara lalui semua ini. 258 00:20:58,240 --> 00:20:59,680 Kasihan saya. 259 00:21:01,120 --> 00:21:03,160 Ini situasi luar biasa. 260 00:21:06,080 --> 00:21:07,080 Saya okey. 261 00:21:07,680 --> 00:21:08,840 Kita cakap esok. 262 00:21:24,200 --> 00:21:25,840 Okey, itu nampak bagus. 263 00:21:25,840 --> 00:21:28,960 Ya, dalam dokumen ada jadual. 264 00:21:28,960 --> 00:21:34,000 Ada masa tuanku boleh rehat. 265 00:21:34,000 --> 00:21:36,440 Siapa lelaki Itali itu? 266 00:21:37,280 --> 00:21:38,240 Massimo Bueno. 267 00:21:38,240 --> 00:21:39,160 Nganga. 268 00:21:39,160 --> 00:21:42,120 - Kita jumpa dia di Highgrove. - Balinglah. 269 00:21:44,800 --> 00:21:46,360 Dia agak bagus, bukan? 270 00:21:46,360 --> 00:21:50,240 Saya rasa dia sangat peka dan nampaknya mereka merancang... 271 00:21:52,080 --> 00:21:56,440 program untuk beri peluang kerja... 272 00:21:58,280 --> 00:21:59,200 di luar negara... 273 00:22:01,880 --> 00:22:04,760 kepada anak muda yang kurang bernasib baik. 274 00:22:04,760 --> 00:22:07,200 Mereka mahu Prince's Trust jadi rakan utama. 275 00:22:07,200 --> 00:22:09,000 - Itu bagus. - Ya. 276 00:22:09,000 --> 00:22:10,080 Negara... 277 00:22:12,120 --> 00:22:15,160 Negara mana mereka rancang? 278 00:22:15,760 --> 00:22:19,320 Ini inisiatif bersama Itali dan Sweden, jadi saya rasa... 279 00:22:38,040 --> 00:22:40,680 {\an8}DIANA SAYANG AWAK! DIA PASTI BANGGA! 280 00:22:46,400 --> 00:22:47,520 KESAYANGAN KANADA 281 00:22:47,520 --> 00:22:50,120 - Gembira berjumpa tuanku. - Terima kasih. 282 00:22:50,840 --> 00:22:53,080 - Terima kasih, tuanku. - Terima kasih. 283 00:22:54,680 --> 00:22:56,320 - Selamat datang. - Terima kasih. 284 00:22:57,000 --> 00:22:59,520 - Apa semua ini? - Maaf, ayah tak tahu. 285 00:22:59,520 --> 00:23:01,320 - Awak tahu? - Tidak, tuanku. 286 00:23:01,320 --> 00:23:02,480 Charles, Putera Wales, 287 00:23:02,480 --> 00:23:04,600 dan anak-anaknya, Putera William dan Harry, 288 00:23:04,600 --> 00:23:07,320 sampai di Vancouver malam ini untuk lawatan enam hari 289 00:23:07,320 --> 00:23:08,360 ke British Columbia. 290 00:23:08,360 --> 00:23:12,000 Ketiga-tiga putera akan buat penampilan umum selama dua hari 291 00:23:12,000 --> 00:23:15,080 sebelum bercuti untuk main ski di Whistler. 292 00:23:15,080 --> 00:23:17,160 Colin Gray melaporkan untuk CTV. 293 00:23:17,160 --> 00:23:18,840 Gin dan tonik atau wiski? 294 00:23:19,840 --> 00:23:20,800 Bir. 295 00:23:20,800 --> 00:23:22,920 Alu-alukan pemain kita hari ini... 296 00:23:24,960 --> 00:23:26,200 - Apa khabar? - Helo. 297 00:23:26,200 --> 00:23:27,840 - Salam perkenalan. - Helo. 298 00:23:28,560 --> 00:23:30,840 Wendy Goodson, lahir di Peru. 299 00:23:31,480 --> 00:23:35,400 Sertai tentera udara selama lima tahun. Sebagai apa? 300 00:23:35,400 --> 00:23:37,640 - Kargo penghantaran. - Ya. 301 00:23:38,520 --> 00:23:40,600 Awak berkhidmat dalam Desert Storm. 302 00:23:40,600 --> 00:23:44,920 Selamat datang. Lawan awak, Matt Sutherland baru kahwin... 303 00:23:44,920 --> 00:23:46,040 Untuk bonda. 304 00:23:46,040 --> 00:23:48,400 - Kekasih waktu sekolah? - Ya. 305 00:23:48,400 --> 00:23:50,440 Dia dah habis sekolah. 306 00:23:51,480 --> 00:23:52,360 Untuk bonda. 307 00:24:01,920 --> 00:24:04,760 Dia jadualkan lawatan rasmi untuk kita esok. 308 00:24:04,760 --> 00:24:06,440 - Siapa? - Ayah. 309 00:24:07,120 --> 00:24:10,160 Abang tahu. Sekolah orang pekak pagi esok. 310 00:24:10,920 --> 00:24:14,160 Serta lawatan ke pusat angkasa pada waktu petang. 311 00:24:14,840 --> 00:24:17,480 Ayah jamin mereka akan tutup tempat itu. 312 00:24:18,000 --> 00:24:19,360 Halang gadis masuk. 313 00:24:20,200 --> 00:24:22,880 "Kahwini saya, William! Saya cintakan awak!" 314 00:24:22,880 --> 00:24:24,000 Sudahlah. 315 00:24:26,400 --> 00:24:27,640 Saya cemburu. 316 00:24:29,800 --> 00:24:33,760 Dalam sejarah manusia, orang tak jerit untuk orang berambut merah. 317 00:24:39,360 --> 00:24:42,400 Kini ada idola remaja baru. 318 00:24:42,400 --> 00:24:46,000 Tinggi, berambut perang dan mewarisi rupa ibunya, 319 00:24:46,000 --> 00:24:48,760 Putera William kini sensasi. 320 00:24:49,400 --> 00:24:51,920 Dunia dilanda demam Willsmania. 321 00:24:51,920 --> 00:24:54,240 Dengan pipi memerah dan senyuman malu, 322 00:24:54,240 --> 00:24:57,840 putera muda itu ada masanya nampak segan dengan perhatian. 323 00:24:57,840 --> 00:25:00,680 Namun, bagi gadis-gadis yang menyerbu dan meneriak namanya, 324 00:25:00,680 --> 00:25:03,120 itu buat putera lebih menarik. 325 00:25:03,120 --> 00:25:06,000 - Dia saja putera menawan! - Saya cinta dia. 326 00:25:06,000 --> 00:25:08,280 Dia sapa saya, kemudian salam saya. 327 00:25:08,280 --> 00:25:09,480 Saya salam dia! 328 00:25:12,760 --> 00:25:17,200 Bulan kekal dalam orbit disebabkan daya tarikan graviti. 329 00:25:17,200 --> 00:25:21,520 Jadi ia sentiasa terhubung dengan bumi. 330 00:25:21,520 --> 00:25:25,040 Namun, kita tak boleh ambil mudah hubungan ini 331 00:25:25,040 --> 00:25:30,160 kerana hakikatnya, bulan ada kehendaknya sendiri... 332 00:26:05,280 --> 00:26:07,200 {\an8}DIANA SAYANG AWAK! 333 00:26:27,440 --> 00:26:31,840 Ayah cadang kita mula dengan laluan Matthew's Traverse. 334 00:26:32,360 --> 00:26:35,680 Kemudian, sama ada turun ke Saddle yang lebih rumit, 335 00:26:36,440 --> 00:26:41,280 atau kalau kita rasa yakin, ada Couloir Extreme. 336 00:26:42,160 --> 00:26:43,320 Disifatkan sebagai 337 00:26:43,320 --> 00:26:46,840 "penurunan sejauh 762 meter yang amat mencabar". 338 00:26:46,840 --> 00:26:48,080 Ya! 339 00:26:49,240 --> 00:26:50,440 Okey, Couloir. 340 00:26:50,440 --> 00:26:54,480 Ayah beritahu semua orang, untuk beberapa hari ini, jangan ganggu. 341 00:26:54,480 --> 00:26:58,200 Kita bertiga sahaja. Percutian keluarga. 342 00:27:00,400 --> 00:27:02,640 Cuma ada satu saja 343 00:27:02,640 --> 00:27:05,320 yang kita perlu selesaikan dahulu. 344 00:27:05,920 --> 00:27:08,400 Sesi bergambar dengan beberapa jurugambar. 345 00:27:08,400 --> 00:27:09,320 Tidak. 346 00:27:10,080 --> 00:27:11,680 Kemudian kita pergi. 347 00:27:14,240 --> 00:27:15,920 Willy, begitulah caranya. 348 00:27:16,920 --> 00:27:18,520 Bergambar dulu, baru tak diganggu. 349 00:27:18,520 --> 00:27:20,960 - Saya bencikannya. - Sikit saja. 350 00:27:20,960 --> 00:27:23,400 Itu lebih daripada yang saya persetujui. 351 00:27:23,880 --> 00:27:26,520 Ayah cuba lindungi kamu sedaya upaya ayah, 352 00:27:26,520 --> 00:27:29,720 tapi kita perlu belajar untuk menerimanya. 353 00:27:29,720 --> 00:27:30,760 Tapi saya benci. 354 00:27:31,600 --> 00:27:34,080 Saya benci media. Saya benci orang kerumun. 355 00:27:34,600 --> 00:27:37,960 Kata nak bercuti, tapi kenapa paksa kami jumpa orang yang kami benci? 356 00:27:38,520 --> 00:27:41,720 Ayah tahu ia sukar, tapi marah-marah 357 00:27:41,720 --> 00:27:45,720 dan enggan keluar kalau orang menunggu takkan buat orang suka kamu. 358 00:27:45,720 --> 00:27:49,040 Saya tak perlu buat orang suka saya. Bukan saya yang ada masalah imej. 359 00:28:11,080 --> 00:28:12,560 Kata-kata itu amat pedas. 360 00:28:13,440 --> 00:28:17,120 Ayah selalu kata kita perlu gabungkan tugas rasmi dengan cuti. 361 00:28:17,120 --> 00:28:18,200 Abang tak peduli. 362 00:28:19,520 --> 00:28:20,400 Ia kenyataan. 363 00:28:20,960 --> 00:28:22,040 Ayah perlu dengar. 364 00:28:52,720 --> 00:28:54,000 Di sini, William! 365 00:28:54,520 --> 00:28:55,720 Senyum! 366 00:28:56,320 --> 00:28:59,120 - William! - Di sini, tuanku! 367 00:28:59,120 --> 00:29:00,800 - William! - Di sini! 368 00:29:00,800 --> 00:29:03,280 - Putera William! - William! 369 00:29:09,760 --> 00:29:12,040 Itu perkataan yang dia guna? "Benci"? 370 00:29:12,600 --> 00:29:13,760 Berulang kali. 371 00:29:15,080 --> 00:29:16,920 Benci media satu hal. 372 00:29:16,920 --> 00:29:19,600 Lepas tragedi ibunya, tak boleh salahkan dia. 373 00:29:20,120 --> 00:29:22,960 Tapi bersikap begitu terhadap orang awam... 374 00:29:23,560 --> 00:29:26,040 Tak ideal untuk bakal pewaris takhta. 375 00:29:26,040 --> 00:29:30,320 Kita perlu ingat, dia seorang remaja. 376 00:29:30,320 --> 00:29:33,840 Ya, tapi dia remaja yang terus ke sekolah lepas pengebumian 377 00:29:33,840 --> 00:29:37,680 dan bergelut untuk luah perasaan tentang kematian ibunya. 378 00:29:37,680 --> 00:29:40,840 Itu bukan sesuatu yang kamu boleh paksa. 379 00:29:40,840 --> 00:29:42,760 Tapi kita boleh galakkan. 380 00:29:45,000 --> 00:29:47,000 Ada risiko dia akan pendam 381 00:29:48,240 --> 00:29:49,520 segalanya dalam hati 382 00:29:50,360 --> 00:29:52,800 dengan akibat buruk di kemudian hari. 383 00:29:52,800 --> 00:29:57,280 Menangis dan kasihankan diri bukan kelakuan biasa dalam keluarga ini. 384 00:29:57,280 --> 00:30:00,760 Ini bukan kasihankan diri. Ia rasa pilu. 385 00:30:01,840 --> 00:30:04,880 Dia perlu meluahkannya untuk kebaikan diri. 386 00:30:06,280 --> 00:30:07,800 Bonda boleh nasihatkan? 387 00:30:08,320 --> 00:30:11,080 Kadangkala lebih mudah jika bukan ibu bapa. 388 00:30:11,720 --> 00:30:13,480 Bonda tahu dia sayang bonda. 389 00:30:13,480 --> 00:30:17,640 Bukankah ini masanya anak paling perlukan ayah? 390 00:31:13,400 --> 00:31:15,600 KE HADAPAN PHILIP... 391 00:31:20,320 --> 00:31:24,000 AYAHANDA 392 00:31:32,320 --> 00:31:34,960 KE HADAPAN AYAH... 393 00:32:04,760 --> 00:32:06,640 - Saya nak lada sumbat. - Okey. 394 00:32:08,360 --> 00:32:09,240 Nah. 395 00:32:10,760 --> 00:32:12,000 Nak apa? 396 00:32:12,000 --> 00:32:13,280 Ada panggilan telefon. 397 00:32:13,800 --> 00:32:17,600 Ratu dan Duke Edinburgh nak minum petang dengan awak Ahad ini. 398 00:32:17,600 --> 00:32:19,600 - Okey, terima kasih. - Kentang? 399 00:32:23,600 --> 00:32:24,680 Nak apa? 400 00:32:36,800 --> 00:32:37,680 Tuanku. 401 00:32:52,520 --> 00:32:54,200 Putera William, tuanku. 402 00:32:59,120 --> 00:33:00,240 Nenda dan datuk? 403 00:33:02,560 --> 00:33:04,280 Mereka nak biar kita bincang. 404 00:33:06,000 --> 00:33:09,240 Sebenarnya, mereka suruh ayah bincangkannya dengan kamu. 405 00:33:10,680 --> 00:33:12,240 Ayah setuju itu yang terbaik. 406 00:33:12,880 --> 00:33:13,760 Kenapa? 407 00:33:15,360 --> 00:33:17,720 - Sebab kita perlu berbincang. - Perihal? 408 00:33:22,600 --> 00:33:24,520 Kamu marah ayah. 409 00:33:24,520 --> 00:33:25,640 Tidak. 410 00:33:27,160 --> 00:33:29,360 Jelas sangat. Ayah boleh rasa. 411 00:33:30,880 --> 00:33:35,040 Media dan perhatian tak diingini yang kamu dapat 412 00:33:35,800 --> 00:33:37,040 buat kamu susah hati, 413 00:33:37,040 --> 00:33:40,760 tapi sebenarnya kamu kecewa dengan ayah. 414 00:33:40,760 --> 00:33:41,720 Ayah hairan? 415 00:33:42,200 --> 00:33:43,640 Ya, ayah hairan. 416 00:33:44,560 --> 00:33:46,320 Sejujurnya, ayah buntu. 417 00:33:48,600 --> 00:33:50,360 Jangan senyum sinis. 418 00:33:50,960 --> 00:33:52,360 Jelaskan kepada ayah. 419 00:33:57,440 --> 00:33:58,520 Sebagai permulaan, 420 00:33:59,440 --> 00:34:02,080 ayah tak cakap tentang bonda, kita tak cakap tentang bonda. 421 00:34:02,080 --> 00:34:05,160 Ayah setuju. Kita patut cakap. Lagi banyak lagi bagus. 422 00:34:05,680 --> 00:34:07,200 Tentang hidupnya, 423 00:34:08,160 --> 00:34:09,400 kenangan dengannya. 424 00:34:10,240 --> 00:34:11,960 Kenapa fikir ayah tak nak? 425 00:34:11,960 --> 00:34:15,080 Sebab ayah tak suka ingat punca kita jadi begini. 426 00:34:16,600 --> 00:34:20,360 Ayah tak fikir ada kaitan antara keadaan kita dan peranan ayah? 427 00:34:23,760 --> 00:34:26,120 Ayah harap kamu tak menuduh ayah. 428 00:34:35,480 --> 00:34:37,280 Mari kita jelaskan sesuatu. 429 00:34:38,800 --> 00:34:41,560 Kematian bonda kamu satu tragedi yang dahsyat, 430 00:34:42,680 --> 00:34:46,280 disebabkan lelaki tak bertanggungjawab yang banyak minum, 431 00:34:46,960 --> 00:34:51,240 kemudian memandu dengan terlalu laju untuk lari daripada jurugambar. 432 00:34:52,120 --> 00:34:54,640 Kita berdua tahu dia selalu galakkan. 433 00:34:54,640 --> 00:34:56,080 Hakikat bonda di Paris? 434 00:34:56,080 --> 00:34:58,160 - Pilihannya. - Dengan dia? Mereka? 435 00:34:58,160 --> 00:35:00,640 - Pilihannya juga. - Tanpa perlindungan! 436 00:35:00,640 --> 00:35:04,200 Itu bukan ayah. Ayah dah suruh dia dilindungi. 437 00:35:04,200 --> 00:35:07,120 Tapi dia tak patut dekat keluarga Fayed langsung! 438 00:35:07,880 --> 00:35:11,520 Dia sepatutnya selamat dengan kita, tapi dia tiada di sini dan itu salah ayah. 439 00:35:14,200 --> 00:35:18,280 Memang bukan ayah yang pandu malam itu, tapi ayah buat dia ikut mereka 440 00:35:19,880 --> 00:35:21,880 dengan mengecewakan bonda. 441 00:35:23,360 --> 00:35:25,040 Dengan mencintai orang lain. 442 00:35:36,080 --> 00:35:37,880 Kalau kamu nak buat 443 00:35:38,960 --> 00:35:40,000 kaitan begitu... 444 00:35:42,240 --> 00:35:43,680 itu hak kamu, tapi... 445 00:35:45,680 --> 00:35:47,560 tuduhan itu dahsyat 446 00:35:48,480 --> 00:35:50,080 dan amat kejam. 447 00:35:52,240 --> 00:35:56,320 Tanggungjawab ayah terhadapnya tamat lama sebelum dia tiba di Paris. 448 00:35:58,520 --> 00:36:02,200 Kemalangan itu bukan salah ayah. 449 00:36:03,800 --> 00:36:06,880 Mengatakannya begitu amat keterlaluan. 450 00:36:06,880 --> 00:36:07,800 Yakah? 451 00:36:08,400 --> 00:36:09,240 Ya. 452 00:36:09,760 --> 00:36:11,560 Ayah tersinggung dengan tuduhan itu. 453 00:36:11,560 --> 00:36:14,280 Selain semua yang ayah tak suka tentang saya? 454 00:36:16,960 --> 00:36:21,200 Apa maksud kamu? Ayah amat bangga dengan kamu. 455 00:36:21,680 --> 00:36:25,960 Bangga kamu dapat atasi semua ini, bangga kamu dah dewasa, 456 00:36:25,960 --> 00:36:27,480 bangga dengan populariti kamu. 457 00:36:27,480 --> 00:36:32,040 Sejak bila ayah suka orang lain popular? 458 00:36:33,240 --> 00:36:35,800 - Ayah tak suka perhatian dirampas. - Karut. 459 00:36:35,800 --> 00:36:36,840 Memang benar. 460 00:36:36,840 --> 00:36:40,800 Ayah dan bonda saling berlumba tarik perhatian. 461 00:36:40,800 --> 00:36:44,320 Kisah dalam media. Saling curi tajuk utama. 462 00:36:44,320 --> 00:36:47,880 - Asyik atasi satu sama lain. - Tiada siapa boleh atasi dia. 463 00:36:47,880 --> 00:36:51,160 Ayah fikir saya macam bonda. Sebab itu ayah benci saya. 464 00:36:53,040 --> 00:36:56,000 William, ayah akui, ayah... 465 00:36:58,480 --> 00:37:00,920 Memang pelik melihatnya. 466 00:37:02,080 --> 00:37:05,880 Persamaan itu menggentarkan. 467 00:37:07,680 --> 00:37:08,680 Cara... 468 00:37:09,760 --> 00:37:12,360 orang ramai mesra dengan kamu, sayang kamu, 469 00:37:12,360 --> 00:37:15,520 cara kamu menyentuh perasaan mereka. 470 00:37:17,680 --> 00:37:21,640 Ya, ayah masih cuba biasakan diri kerana... 471 00:37:25,040 --> 00:37:26,960 ayah nampak dia dalam diri kamu. 472 00:37:28,960 --> 00:37:32,040 Tapi itu bukan tak bagus. Sebenarnya ia amat bagus. 473 00:37:34,520 --> 00:37:35,800 Itu hubungan istimewa 474 00:37:36,880 --> 00:37:38,800 antara anak dan ibunya. 475 00:37:40,520 --> 00:37:41,360 Ayah tahu... 476 00:37:42,960 --> 00:37:46,840 tak semua tindakan ayah betul, bapa mana yang begitu? 477 00:37:46,840 --> 00:37:50,320 Kalaulah ayah faham emosi sebaik bonda kamu. 478 00:37:51,760 --> 00:37:53,320 Ayah kesal kerana 479 00:37:54,360 --> 00:37:55,760 tak memenuhi jangkaan 480 00:37:56,760 --> 00:37:58,760 seperti yang kamu mahu, 481 00:38:00,640 --> 00:38:04,200 tapi orang tak faham yang ayah juga turut sedih. 482 00:38:07,160 --> 00:38:08,040 Betulkah? 483 00:38:09,480 --> 00:38:12,920 Ayah sedih? Ayah nak cakap yang ayah sedih? 484 00:38:12,920 --> 00:38:14,520 Ya, sudah tentu. 485 00:38:16,040 --> 00:38:18,280 Kamu fikir hati ayah tak hancur luluh? 486 00:38:19,400 --> 00:38:22,120 Ayah dan bonda kamu baru saja berbaik dan kami... 487 00:38:22,120 --> 00:38:23,560 Kamu berbaik? 488 00:38:25,080 --> 00:38:26,520 Ayah buta? 489 00:38:28,160 --> 00:38:29,520 Bonda masih sayang ayah 490 00:38:30,120 --> 00:38:32,200 dan mahu berada di selatan Perancis 491 00:38:32,200 --> 00:38:35,480 untuk jauhkan diri waktu ayah raikan hari jadi si dia. 492 00:39:50,120 --> 00:39:53,600 Datuk harap kamu tak kisah. Dr. Gailey benarkan datuk masuk. 493 00:39:56,320 --> 00:39:57,160 Maaf. 494 00:39:57,760 --> 00:39:59,560 Tak perlu malu. 495 00:40:00,040 --> 00:40:01,160 Mereka ada nama? 496 00:40:05,520 --> 00:40:09,560 Itu Claudia Schiffer, Cindy Crawford dan Naomi Campbell. 497 00:40:10,600 --> 00:40:14,320 Pada zaman datuk, Rita Hayworth, Betty Grable dan Lana Turner. 498 00:40:15,000 --> 00:40:16,240 Kamu kenal mereka? 499 00:40:16,760 --> 00:40:18,240 - Tidak. - Sudah tentulah. 500 00:40:40,760 --> 00:40:41,960 Itu tindakan melulu. 501 00:40:43,160 --> 00:40:46,040 Kamu menyerbu seperti Viking yang gila. 502 00:40:52,880 --> 00:40:55,120 - Lagi sekali. - Alamak. 503 00:40:55,640 --> 00:40:56,520 Jaga adab. 504 00:41:04,880 --> 00:41:06,000 Balas dendam? 505 00:41:06,000 --> 00:41:07,000 Tidak. 506 00:41:08,120 --> 00:41:10,040 Bukan dalam keadaan kamu begini. 507 00:41:11,480 --> 00:41:14,280 Kita tak patut bermain catur dengan emosi. 508 00:41:19,520 --> 00:41:20,720 Apa hal dengan kamu? 509 00:41:24,880 --> 00:41:25,880 Keluarga. 510 00:41:25,880 --> 00:41:27,280 Keluarga, ya? 511 00:41:29,600 --> 00:41:31,840 Ada ahli psikologi yang fikir 512 00:41:31,840 --> 00:41:36,240 anak tak patut dipisahkan daripada keluarga 513 00:41:36,240 --> 00:41:40,640 dan ada fikir lagi cepat mereka dipisahkan lagi bagus. 514 00:41:41,160 --> 00:41:42,760 Bukan semua ahli keluarga. 515 00:41:44,000 --> 00:41:45,200 Datuk tahu siapa. 516 00:41:46,880 --> 00:41:47,800 Yalah. 517 00:41:48,480 --> 00:41:50,960 Sebelum cakap hal kamu dan ayah kamu... 518 00:41:51,600 --> 00:41:53,320 Datuk andaikan ayah kamu. 519 00:41:55,040 --> 00:41:56,920 Datuk nak cakap pasal hal lain. 520 00:41:58,080 --> 00:41:59,000 Sakit belakang. 521 00:42:00,400 --> 00:42:02,400 - Apa? - Datuk kena dari masa ke masa. 522 00:42:02,400 --> 00:42:06,240 Kalau kena, lebih mudah panggilnya begitu. 523 00:42:07,640 --> 00:42:10,120 Sakit belakang, leher atau bahu. 524 00:42:11,480 --> 00:42:14,440 Datuk takkan sebut puncanya. 525 00:42:17,480 --> 00:42:18,880 Kemarahan tak terlerai. 526 00:42:20,480 --> 00:42:21,680 Rasa bersalah. 527 00:42:22,760 --> 00:42:24,920 - Atau geram. - Saya tak geram dengan ayah. 528 00:42:26,800 --> 00:42:27,880 Ayah geram dengan saya. 529 00:42:28,400 --> 00:42:31,760 Tidak, datuk tak fikir itu benar. 530 00:42:33,120 --> 00:42:35,120 Mungkin kamu marah ayah kamu 531 00:42:35,120 --> 00:42:37,880 sebab itu boleh diterima berbanding mengaku 532 00:42:38,960 --> 00:42:40,680 marahkan orang sebenar. 533 00:42:46,400 --> 00:42:51,320 Datuk tersedar semasa lihat kamu di Greenwich dengan gadis-gadis. 534 00:42:52,520 --> 00:42:53,720 Kemudian di Toronto. 535 00:42:53,720 --> 00:42:54,720 Vancouver. 536 00:42:55,640 --> 00:42:59,400 Tiba-tiba kamu jadi terkenal. Harta awam. 537 00:43:00,840 --> 00:43:02,040 Itu tak mudah. 538 00:43:03,320 --> 00:43:04,320 Saya benci. 539 00:43:07,280 --> 00:43:10,360 Segala pekikan, jeritan dan perhatian. 540 00:43:16,000 --> 00:43:18,240 Mereka fikir sebab rupa saya 541 00:43:19,720 --> 00:43:21,760 macam dia, saya macam dia. 542 00:43:22,480 --> 00:43:24,200 Kamu langsung tak macam dia. 543 00:43:25,400 --> 00:43:26,400 Datuk tahu. 544 00:43:27,600 --> 00:43:32,440 Mungkinkah kamu marahkan dia kerana dia berbeza dengan kamu? 545 00:43:33,720 --> 00:43:35,440 Selesa dengan perhatian. 546 00:43:36,200 --> 00:43:38,560 Yakin depan orang ramai yang sayang dia, 547 00:43:38,560 --> 00:43:41,720 dan kini kamu fikir kamu perlu jadi begitu. 548 00:43:41,720 --> 00:43:42,920 Dan benci. 549 00:43:45,920 --> 00:43:48,840 Mungkinkah kamu marahkan dia 550 00:43:50,400 --> 00:43:52,160 sebab tinggalkan kamu? 551 00:43:53,880 --> 00:43:56,160 Paksa kamu hadapi legasi itu? 552 00:44:01,320 --> 00:44:05,760 Tapi takkanlah anak marah dengan ibunya? 553 00:44:10,600 --> 00:44:13,920 Terutamanya apabila si anak bersedih kerana kehilangannya 554 00:44:15,840 --> 00:44:17,520 dan amat merinduinya. 555 00:44:23,320 --> 00:44:25,520 Jadi kamu lepaskan kepada orang lain. 556 00:44:27,800 --> 00:44:28,960 Salahkan ayah kamu 557 00:44:29,800 --> 00:44:31,520 kerana bonda kamu dah tiada. 558 00:44:38,680 --> 00:44:43,240 Datuk pasti ayah kamu salahkan dirinya beratus kali. 559 00:44:45,680 --> 00:44:46,840 Kami semua juga. 560 00:44:49,680 --> 00:44:51,240 Tapi itu bukan salah kami. 561 00:44:53,800 --> 00:44:55,280 Itu juga bukan salah dia. 562 00:45:03,000 --> 00:45:04,000 Suatu hari nanti, 563 00:45:05,360 --> 00:45:06,720 apabila kamu jadi ayah, 564 00:45:08,080 --> 00:45:12,200 dan anak kamu merenung kamu dengan renungan benci, 565 00:45:12,960 --> 00:45:15,280 dan kamu ingin dia maafkan kamu, 566 00:45:16,080 --> 00:45:18,960 seperti ayah kamu ingin kamu maafkan dia, 567 00:45:20,560 --> 00:45:21,880 seperti datuk sendiri 568 00:45:22,920 --> 00:45:25,960 yang kesal kerana tak minta dia maafkan datuk... 569 00:45:30,280 --> 00:45:31,120 kalau berlaku... 570 00:45:34,880 --> 00:45:36,560 ingatlah perbualan ini. 571 00:46:18,560 --> 00:46:19,560 Pergilah. 572 00:46:22,960 --> 00:46:25,680 - Ayahanda di bilik bacaan? - Di taman, tuanku. 573 00:46:25,680 --> 00:46:26,680 Terima kasih. 574 00:47:23,000 --> 00:47:23,840 Hai, ayah. 575 00:47:24,960 --> 00:47:25,800 Willy. 576 00:47:27,400 --> 00:47:29,200 Apa kamu buat di sini? 577 00:47:32,440 --> 00:47:34,040 Ayah ingat kamu di sekolah. 578 00:50:58,240 --> 00:51:01,840 Terjemahan sari kata oleh NNorhan