1 00:00:08,469 --> 00:00:12,598 Saya rasa saya akan mati tak lama lagi. Saya cakap macam orang gila.̈ 2 00:00:12,681 --> 00:00:15,434 Tak. Saya faham, percayalah. 3 00:00:15,559 --> 00:00:16,810 SEBELUM INI DALAM GOLIATH 4 00:00:16,894 --> 00:00:19,104 Jiran-jiran menggerudi di sini, 5 00:00:19,188 --> 00:00:23,567 sedut air di semua tempat, maka tanah jadi tak stabil. 6 00:00:23,609 --> 00:00:24,526 Gene! 7 00:00:25,319 --> 00:00:28,739 Seseorang mesti bertanggungjawab. Isteri saya meninggal. 8 00:00:28,822 --> 00:00:30,449 Saya tak suka rancangan ini. 9 00:00:30,532 --> 00:00:33,619 Adik awak menggerudi tanah kerajaan pusat. 10 00:00:33,702 --> 00:00:35,829 Wheeler dah jadi satu masalah. 11 00:00:35,913 --> 00:00:39,249 Gagak hitam kecil boleh selesaikan masalah ini. 12 00:00:39,333 --> 00:00:42,002 Dia suka berperang. Awak patut jauhi dia. 13 00:00:42,085 --> 00:00:44,087 Kematian awak sebenarnya lebih dekat, 14 00:00:44,171 --> 00:00:48,509 dan orang terakhir awak lihat ialah diri awak. 15 00:00:48,592 --> 00:00:50,886 Sejauh mana saya perlu risau tentang awak? 16 00:00:50,969 --> 00:00:51,970 Kerisauan biasa. 17 00:00:52,054 --> 00:00:54,264 Sebab berminggu-minggu awak menyorok di sini. 18 00:00:54,348 --> 00:00:55,974 Saya tak menyorok. Saya bekerja. 19 00:00:56,058 --> 00:00:57,059 Tahniah. 20 00:00:57,142 --> 00:00:58,936 -Kenapa? -Awak mengandung. 21 00:00:59,019 --> 00:00:59,895 Ya. 22 00:01:00,813 --> 00:01:01,814 Yalah. 23 00:01:01,897 --> 00:01:04,566 Yang Arif, tindakan satu pihak ini tak sah. 24 00:01:04,650 --> 00:01:08,695 Saya akan berpihak kepada defendan dan terima usul penolakan. 25 00:01:08,779 --> 00:01:11,114 -Perlakuan begini... -Saya buat percuma. 26 00:01:11,198 --> 00:01:13,992 Tiada larangan ke atas pengambilan pro bono, 27 00:01:14,076 --> 00:01:15,244 jadi saya buat percuma. 28 00:01:15,327 --> 00:01:20,374 Saya tak pasti kalau awak nak jumpa ibu kandung awak. 29 00:01:20,457 --> 00:01:21,333 Tak sesuai. 30 00:01:21,416 --> 00:01:22,709 Christina Lukin? 31 00:01:22,793 --> 00:01:24,962 Awak ejen harta tanah dan peguam? 32 00:01:25,045 --> 00:01:27,548 -Begitulah. Ya. -Hebat. 33 00:01:27,631 --> 00:01:28,799 -Terima kasih. -Ya. 34 00:01:30,759 --> 00:01:34,012 Billy McBride tahu tentang terowong itu. 35 00:01:34,096 --> 00:01:36,014 Awak akan masuk penjara persekutuan. 36 00:01:38,767 --> 00:01:41,395 Kalau saya jadi awak, saya akan fikir elok-elok 37 00:01:41,478 --> 00:01:44,022 sebelum beri klien saya cek yang besar nilainya. 38 00:01:44,106 --> 00:01:47,359 -Maaf, berapa penyelesaian itu? -Nilainya $500 juta. 39 00:01:47,442 --> 00:01:49,236 Saya akan terima duit? 40 00:01:49,319 --> 00:01:50,153 Ya. 41 00:01:50,863 --> 00:01:52,155 Saya pindah ke Chicago. 42 00:01:52,239 --> 00:01:53,991 Abang saya ada rumah di sana. 43 00:01:54,074 --> 00:01:55,701 Paling tidak, saya jumpa awak. 44 00:01:55,784 --> 00:01:56,785 Denise juga. 45 00:01:56,869 --> 00:01:57,744 Dia budak baik. 46 00:01:57,828 --> 00:01:59,037 Dia perlukan ayahnya. 47 00:01:59,121 --> 00:01:59,997 IBLIS TAK GUNA 48 00:02:00,080 --> 00:02:01,874 Kenapa dengan "Iblis Tak Guna" ini? 49 00:02:01,957 --> 00:02:03,917 -Dia penjenayah. -Lupakannya. 50 00:02:04,001 --> 00:02:06,587 Bagaimana awak boleh lupakan? Kita tak buat apa-apa? 51 00:02:06,670 --> 00:02:09,172 Peletakan jawatan Marisol Silva diperkatakan 52 00:02:09,256 --> 00:02:14,428 sebagai langkah awal mengelak akibat berita LA Times yang baru diterbitkan, 53 00:02:14,511 --> 00:02:19,099 mengaitkannya dengan perjanjian air kerajaan negeri yang mula didedahkan. 54 00:02:19,182 --> 00:02:20,100 Hai, Billy. 55 00:02:21,935 --> 00:02:22,895 Diana, tunggu! 56 00:02:22,978 --> 00:02:24,187 SNUKER DEWAN - BAR 57 00:02:24,271 --> 00:02:27,900 Awak tahu awak dalam masalah kalau awak nampak tulisan di dinding. 58 00:02:27,941 --> 00:02:29,610 Apa maksud awak? 59 00:02:29,693 --> 00:02:32,863 Awak ada pekerjaan dan keluarga yang menarik. 60 00:02:32,946 --> 00:02:36,783 Mungkin awak nampak cermin atau petanda buruk, 61 00:02:36,867 --> 00:02:38,076 mungkin awak dah capai 62 00:02:38,201 --> 00:02:41,038 segalanya yang awak patut capai dalam hidup. 63 00:02:41,121 --> 00:02:44,499 Setahu saya, saya belum capai apa-apa. 64 00:02:51,214 --> 00:02:52,633 TRUE BELIEVER DITERBIT OLEH MARK SCHAFER 65 00:02:52,716 --> 00:02:54,801 Saya Mark Schafer, dan ini Column One. 66 00:02:54,885 --> 00:02:58,013 Sejak 1996, lebih 100 bilion pil opioid 67 00:02:58,096 --> 00:03:00,015 diedarkan ke seluruh negara. 68 00:03:00,098 --> 00:03:04,603 Jumlahnya 300 pil untuk setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di negara ini. 69 00:03:04,686 --> 00:03:06,939 Serangan hebat ubat tahan sakit ini 70 00:03:07,022 --> 00:03:11,401 menyebabkan kematian terlebih dos bagi 200,000 rakyat Amerika. 71 00:03:11,485 --> 00:03:15,155 California khususnya, lumpuh teruk disebabkan epidemik ini. 72 00:03:15,238 --> 00:03:18,533 Kini, seorang penyelamat muncul, Tom True. 73 00:03:18,617 --> 00:03:21,912 Saya cuma peguam kecil-kecilan dari Concord, California. 74 00:03:21,995 --> 00:03:26,917 Dia melawan Big Pharma atas peranan mereka dalam krisis opioid. 75 00:03:27,000 --> 00:03:30,504 Syarikat farmaseutikal gergasi ini telah meracuni komuniti kita 76 00:03:30,587 --> 00:03:32,297 dan mendapat keuntungan besar. 77 00:03:32,381 --> 00:03:35,425 -Mereka bunuh orang demi wang. -Bilion. Tak masuk akal. 78 00:03:35,509 --> 00:03:38,428 Cara menghentikannya adalah menyasarkan pendapatan mereka. 79 00:03:38,512 --> 00:03:40,931 -Nak mereka muflis? -Saya nak mereka muflis. 80 00:03:41,014 --> 00:03:43,600 Bagi Tom True, ini juga hal peribadi. 81 00:03:43,684 --> 00:03:45,811 Awak kehilangan anak kerana opioid. 82 00:03:45,894 --> 00:03:47,479 Anak saya ada nama, Amanda. 83 00:03:47,562 --> 00:03:51,024 Awak takkan sangka dia terlebih dos dadah. 84 00:03:51,108 --> 00:03:54,569 Amanda True ialah pelajar cemerlang, presiden kelas dan atlet 85 00:03:54,653 --> 00:03:57,864 sehinggalah kemalangan sorak membuatkan vertebranya teranjak. 86 00:03:57,948 --> 00:04:00,993 Dia diberikan Trimadone. 87 00:04:01,076 --> 00:04:03,328 Dua tahun selepas itu, dia meninggal. 88 00:04:03,412 --> 00:04:06,081 Begitulah opioid. Tiada siapa selamat. 89 00:04:06,206 --> 00:04:08,375 Tom True menyaman tiga syarikat. 90 00:04:08,458 --> 00:04:11,086 Zax Pharma, pengilang Trimadone, 91 00:04:11,169 --> 00:04:13,505 menafikan sifat ketagihan dadah tersebut. 92 00:04:13,588 --> 00:04:17,134 Tillinger Health, pengedarnya, dituduh melakukan pengabaian 93 00:04:17,217 --> 00:04:21,263 sedangkan mereka patut melaporkan penghantaran opioid yang amat besar. 94 00:04:21,346 --> 00:04:25,517 Begitu juga Russell Drug yang gagal melaporkan kenaikan besar 95 00:04:25,600 --> 00:04:28,812 preskripsi opioid dan perlakuan pelanggan yang mencurigakan. 96 00:04:28,895 --> 00:04:31,398 Tom, kenapa tiada siapa menampilkan diri 97 00:04:31,481 --> 00:04:35,485 dengan maklumat yang boleh dedahkan perkara ini? Tukang adu. 98 00:04:35,569 --> 00:04:37,070 Yang saya boleh kata... 99 00:04:37,154 --> 00:04:40,115 Akan ada beberapa kejutan besar bakal tiba. 100 00:04:41,366 --> 00:04:43,243 Kami akan kembali selepas ini. 101 00:04:43,368 --> 00:04:44,244 Pergi matilah. 102 00:05:02,179 --> 00:05:03,221 Siapa? 103 00:05:03,305 --> 00:05:06,725 Hai, Tom. Ini Ken. Awak perlu masuk pejabat. 104 00:05:09,561 --> 00:05:10,479 Sekarang? 105 00:05:10,562 --> 00:05:11,605 Ya, sekarang. 106 00:05:15,901 --> 00:05:17,527 Okey, saya ambil jaket. 107 00:05:17,611 --> 00:05:18,737 Tom! 108 00:05:19,362 --> 00:05:20,906 Ayuh, Tom, tak cerdik. 109 00:05:22,741 --> 00:05:24,367 Jangan main-main, Tom. 110 00:07:59,231 --> 00:08:02,817 PETROL, ARAK & MAKANAN 111 00:08:18,291 --> 00:08:19,251 Hei! 112 00:08:21,670 --> 00:08:23,255 Kereta api tepat masa? 113 00:08:23,338 --> 00:08:24,798 Sepatutnya. 114 00:08:24,881 --> 00:08:27,884 Awak tahu ke mana saya patut serahkan bintang ini? 115 00:08:27,968 --> 00:08:31,221 -Dah tak guna lagi? -Dah sampai masa. 116 00:08:31,304 --> 00:08:32,264 Baiklah. 117 00:09:07,841 --> 00:09:09,259 SYERIF 118 00:09:20,979 --> 00:09:23,148 Saya hantar budak untuk mencari awak. Dia tak datang? 119 00:09:23,982 --> 00:09:25,025 Dia datang. 120 00:09:29,195 --> 00:09:31,531 Awak kawan saya sepanjang hidup... 121 00:09:31,614 --> 00:09:34,951 Jangan duduk dekat sangat dengan TV, jadi bodoh nanti. 122 00:09:35,035 --> 00:09:39,205 ...saya mahu jadi macam awak, Mart. Jadi penguatkuasa seumur hidup awak. 123 00:09:39,289 --> 00:09:43,209 Semua benda ini takkan bantu dia, awak tahu tak? 124 00:09:44,127 --> 00:09:45,128 Ya. 125 00:09:45,211 --> 00:09:48,923 lepaskan mereka supaya mereka boleh kembali tembak awak lagi. 126 00:09:49,007 --> 00:09:51,801 Awak takkan jadi orang tak berguna, bukan? 127 00:09:52,594 --> 00:09:53,470 Tak. 128 00:09:54,679 --> 00:09:55,805 Budak baik! 129 00:09:57,057 --> 00:10:00,268 Sia-sia saja. Untuk bintang besi. 130 00:10:03,813 --> 00:10:05,148 Ayah? 131 00:10:05,231 --> 00:10:06,900 Tunggu. 132 00:10:06,983 --> 00:10:08,485 Dah nak habis. 133 00:10:08,568 --> 00:10:10,695 Semuanya sia-sia,Will. 134 00:10:11,988 --> 00:10:13,323 Semuanya sia-sia. 135 00:10:17,619 --> 00:10:19,496 Tengok apa dia nak, boleh? 136 00:10:23,291 --> 00:10:26,419 Maaf, apa Puan Ramirez... 137 00:10:26,503 --> 00:10:29,172 SALUN 138 00:10:32,384 --> 00:10:34,677 Apa enam abjad untuk sakit hati? 139 00:10:36,304 --> 00:10:37,180 Benci. 140 00:10:37,263 --> 00:10:38,390 TEKA-TEKI 141 00:10:38,473 --> 00:10:40,141 Macam salah. 142 00:10:40,225 --> 00:10:42,894 SYERIF 143 00:10:53,238 --> 00:10:54,906 Kiri. 144 00:10:54,989 --> 00:10:56,491 Kanan. 145 00:10:56,574 --> 00:10:57,700 Atas. 146 00:10:58,034 --> 00:10:58,910 Bawah. 147 00:11:03,706 --> 00:11:06,042 Parut ini amat gatal 148 00:11:06,126 --> 00:11:09,504 dan kadangkala pedih. Ini parut lama, 149 00:11:09,587 --> 00:11:11,798 ada jangkitankah? 150 00:11:11,881 --> 00:11:13,550 Parut itu takkan ada jangkitan. 151 00:11:13,633 --> 00:11:17,095 Masalahnya ialah otak awak. Awak gila. 152 00:11:17,178 --> 00:11:20,932 Saya tak tahu kenapa awak obses dengan parut awak. 153 00:11:21,015 --> 00:11:24,602 Buruk, tapi ini parut saja. 154 00:11:24,686 --> 00:11:28,106 Cuma, jangan buka baju apabila dengan perempuan. 155 00:11:28,189 --> 00:11:31,025 Perempuan tak suka lelaki yang bergaduh. 156 00:11:32,819 --> 00:11:35,822 Saya tak bergaduh. Saya dah cakap. 157 00:11:35,905 --> 00:11:37,907 Awak boleh pulihkan pernafasan saya? 158 00:11:37,991 --> 00:11:42,495 Sebab kadangkala saya sukar tarik nafas penuh pada waktu malam. 159 00:11:42,579 --> 00:11:45,165 Saya dah kata, saya boleh bantu pernafasan awak, 160 00:11:45,248 --> 00:11:47,417 tapi awak kena selalu jumpa saya. 161 00:11:47,500 --> 00:11:50,628 Minum ubat saya berikan. Bangun. 162 00:11:56,968 --> 00:11:58,553 Ini ubat elok. 163 00:14:21,237 --> 00:14:22,155 Apa khabar? 164 00:14:26,326 --> 00:14:27,410 Sama dengan dulu? 165 00:14:30,204 --> 00:14:32,415 -Hampir. -Apa bezanya? 166 00:14:33,166 --> 00:14:34,626 Saya tak boleh beritahu. 167 00:14:34,709 --> 00:14:36,544 Rahsia keluarga Ming? 168 00:14:36,628 --> 00:14:38,004 Awak kena tanya dia. 169 00:14:38,087 --> 00:14:41,007 Ayah awak tak peramah. 170 00:14:41,799 --> 00:14:44,344 Mungkin soalan awak yang salah. 171 00:14:44,427 --> 00:14:45,345 Yakah? 172 00:14:47,305 --> 00:14:48,806 Dia tahu apa dia buat. 173 00:14:48,890 --> 00:14:50,308 Yalah. 174 00:14:51,559 --> 00:14:55,647 Apa jenis daun, ranting dan hidung babi yang ada di dalam air itu? 175 00:14:57,690 --> 00:15:00,943 Tak sia-sia sakit supaya tak perlu minum... 176 00:15:01,027 --> 00:15:02,236 Minum. 177 00:15:02,320 --> 00:15:03,821 Kena minum juga ya. 178 00:15:07,659 --> 00:15:08,868 Tak guna! 179 00:15:09,619 --> 00:15:13,998 Boleh buatkan saya mi dan dan? Beri garfu plastik, ya? 180 00:15:15,416 --> 00:15:16,292 Terima kasih. 181 00:15:16,876 --> 00:15:20,129 -Elvis tak beredar lagi. -Dia tak pernah beredar. 182 00:15:20,213 --> 00:15:24,509 Ada sesuatu mengenainya 183 00:15:26,511 --> 00:15:29,430 Saya tidak tahu apa 184 00:15:29,514 --> 00:15:33,393 Tetapi saya tidak dapat hidup tanpanya 185 00:15:33,935 --> 00:15:36,187 Apalah rasa mi ini. 186 00:16:29,449 --> 00:16:30,283 Okey! 187 00:16:47,759 --> 00:16:48,593 Billy? 188 00:16:49,969 --> 00:16:50,803 Ya? 189 00:16:52,680 --> 00:16:54,307 Awak duduk dalam gelap. 190 00:16:55,266 --> 00:16:57,894 Ya, saya tertidur. Masuklah. 191 00:16:58,519 --> 00:16:59,353 Okey. 192 00:17:05,318 --> 00:17:08,362 Saya bawa hadiah. 193 00:17:08,446 --> 00:17:10,573 -Tak perlulah. -Saya tahu. 194 00:17:11,365 --> 00:17:13,326 Baiknya awak. Terima kasih. 195 00:17:13,409 --> 00:17:14,952 Ya, saya amat baik. 196 00:17:15,661 --> 00:17:20,708 Ada periuk leper di sini, tapi memandangkan awak tak makan, 197 00:17:20,792 --> 00:17:23,669 awak mungkin tak gunakannya, tapi kalau nak, 198 00:17:23,753 --> 00:17:25,713 bolehlah panaskan makanan itu. 199 00:17:25,797 --> 00:17:28,174 -Dapur itu boleh dipakai? -Entah. 200 00:17:28,257 --> 00:17:29,634 Baiklah, nah. 201 00:17:31,052 --> 00:17:33,304 Ambillah. 202 00:17:35,097 --> 00:17:37,058 Baiklah. Apa berlaku di luar? 203 00:17:38,351 --> 00:17:39,852 Seorang lelaki dan kucing. 204 00:17:39,936 --> 00:17:42,647 -Pemandangan menarik. -Ya. 205 00:17:43,231 --> 00:17:44,398 Hebat. 206 00:17:45,817 --> 00:17:46,692 Jadi... 207 00:17:48,402 --> 00:17:51,614 Awak di sini. Awak bersetuju. 208 00:17:51,697 --> 00:17:53,074 Ya, saya setuju. 209 00:17:54,242 --> 00:17:56,494 Bagus. 210 00:17:57,245 --> 00:17:58,162 Ya. 211 00:18:01,958 --> 00:18:04,293 Kes opioid ini agak besar. 212 00:18:04,377 --> 00:18:07,505 Zax Pharma selesaikan dengan 160 juta, 213 00:18:07,588 --> 00:18:10,925 tapi masih ada Tillinger Health dan Russell Drug. 214 00:18:11,008 --> 00:18:12,468 Banyak kerja. 215 00:18:12,552 --> 00:18:15,054 Saya faham awak baru saja sertai saya. 216 00:18:15,137 --> 00:18:17,849 Saya baca semua benda yang awak hantar. Saya tahu. 217 00:18:17,932 --> 00:18:20,518 Okey. Bagus. 218 00:18:22,645 --> 00:18:23,688 Okey. 219 00:18:26,232 --> 00:18:28,359 Ada berita daripada Tom True? 220 00:18:29,402 --> 00:18:30,736 Tak, dah berbulan. 221 00:18:31,904 --> 00:18:33,364 Orang kata dia jadi gila. 222 00:18:33,447 --> 00:18:36,576 Isterinya tinggalkan dia lepas anak mereka meninggal. 223 00:18:37,326 --> 00:18:38,578 Patutlah. 224 00:18:41,998 --> 00:18:43,457 Awak bagaimana? Okey? 225 00:18:43,541 --> 00:18:46,794 Ya. Firma ini agak ketat peraturannya, 226 00:18:46,878 --> 00:18:51,007 agak berpura-pura, tapi Sam bagus. 227 00:18:51,090 --> 00:18:53,926 Awak akan jumpa dia esok. Ada... 228 00:18:54,010 --> 00:18:59,682 Tak, saya maksudkan awak. Awak okey? Bukan kerja. Awak lalui banyak masalah. 229 00:18:59,765 --> 00:19:02,143 Lalui banyak masalah. Ya, betul. 230 00:19:03,185 --> 00:19:04,061 Ya. 231 00:19:13,863 --> 00:19:17,658 Mungkin awak tak nak luahkan, tapi saya di sini. Kalau awak... 232 00:19:17,742 --> 00:19:21,787 Saya akan jumpa awak esok. Okey? 233 00:19:23,414 --> 00:19:27,919 -Terima kasih untuk apartmen ini. -Ya. Jangan lewat esok. 234 00:19:28,002 --> 00:19:29,003 Okey. 235 00:21:04,682 --> 00:21:05,516 Terima kasih. 236 00:21:07,018 --> 00:21:08,394 Awak ada pemandu? 237 00:21:09,353 --> 00:21:10,396 Nak ikut atau tak? 238 00:21:20,364 --> 00:21:25,661 Kecil beg awak sekarang. Awak bawa beban emosi saja? 239 00:21:25,745 --> 00:21:29,498 Aduhai, belum masa itu lagi. 240 00:21:36,589 --> 00:21:38,424 Selamat pagi, Sanya. Terima kasih. 241 00:21:39,633 --> 00:21:44,388 Okey, usul praperbicaraan, penemuan, 242 00:21:44,472 --> 00:21:46,599 ada konsultan juri di sana. 243 00:21:46,682 --> 00:21:47,641 Hai, Patty. 244 00:21:47,725 --> 00:21:50,895 -Saya tak kenal awak. -Awak dah cakap dengan Sam? 245 00:21:50,978 --> 00:21:53,397 Semalam, tapi bukan pagi ini. 246 00:21:53,481 --> 00:21:57,276 -Dia akan datang ke pejabat? -Saya rasa ya. 247 00:21:57,359 --> 00:21:58,527 -Billy McBride? -Ya. 248 00:21:58,611 --> 00:22:01,822 Ava Wallace-Margolis. Selamat datang. Reputasi awak hebat. 249 00:22:01,906 --> 00:22:04,116 Kita buat sesi pengenalan nanti. 250 00:22:04,200 --> 00:22:06,118 Saya kena hadiri mesyuarat. Patty, 251 00:22:06,202 --> 00:22:08,496 pastikan En. McBride dapat semua keperluannya. 252 00:22:08,579 --> 00:22:10,498 Okey. Awak rasa saya sedang buat apa? 253 00:22:10,581 --> 00:22:13,334 Ava pengerusi jawatankuasa eksekutif. 254 00:22:13,417 --> 00:22:15,669 -Nampak baik. -Dia jahat. 255 00:22:15,753 --> 00:22:19,006 Dia juga isteri rakan kongsi, Samuel Margolis. 256 00:22:19,090 --> 00:22:20,716 Namun, dia dah meninggal. Hai. 257 00:22:20,800 --> 00:22:23,427 Janji temu pejabat Griffin Petock esok. 258 00:22:23,511 --> 00:22:24,720 Lambat betul. 259 00:22:24,804 --> 00:22:27,598 Griffin peguam lawan, dan dia berlagak. 260 00:22:27,681 --> 00:22:29,058 -Apa? -Tiada pengenalan... 261 00:22:29,141 --> 00:22:32,269 Rob, Billy. Billy, Rob Bettencourt, peguam sekutu kanan. 262 00:22:32,353 --> 00:22:33,187 Apa khabar? 263 00:22:33,270 --> 00:22:36,816 Rob yang uruskan hal ini dari awal, jadi dia banyak bantu kami. 264 00:22:36,899 --> 00:22:40,778 Saya buat draf soal selidik untuk juri. Nak minta pendapat awak. 265 00:22:40,861 --> 00:22:42,196 -Baiklah. -Bertenang. 266 00:22:42,279 --> 00:22:45,825 Biar saya duduk dulu. Boleh? Ayuh. 267 00:22:50,704 --> 00:22:51,956 -Baiklah. -Silakan. 268 00:22:52,039 --> 00:22:53,707 -Awak dulu, silakan. -Okey. 269 00:22:53,791 --> 00:22:56,502 Ini pusat operasi. 270 00:22:59,171 --> 00:23:03,384 Kalian, minta berhenti sebentar. 271 00:23:03,467 --> 00:23:05,803 Terima kasih, berkumpul di sini. 272 00:23:05,886 --> 00:23:09,348 Ayuh. Awak di belakang itu juga. Terima kasih. 273 00:23:09,431 --> 00:23:13,477 Kalian pun tahu, Tom True dah tinggalkan kita kerana hal peribadi 274 00:23:13,561 --> 00:23:16,230 dan kita bertuah 275 00:23:16,313 --> 00:23:19,441 kerana Billy McBride yang tersohor akan ambil alih. 276 00:23:19,525 --> 00:23:20,484 Saya... 277 00:23:21,610 --> 00:23:25,030 Sudah! Cukup. Berhenti tepuk. 278 00:23:26,448 --> 00:23:29,285 -Billy, awak nak buat ucapan? -Maaf? 279 00:23:29,368 --> 00:23:31,245 Awak nak buat ucapan? 280 00:23:31,328 --> 00:23:32,955 Tak, tak apa. 281 00:23:33,914 --> 00:23:35,916 -Okey, bagus. Patty... -Tak. 282 00:23:36,834 --> 00:23:38,502 Baiklah, kembali bekerja. 283 00:23:46,177 --> 00:23:48,137 Ramai staf untuk kes ini? 284 00:23:48,220 --> 00:23:50,514 -Ya. Hebat, bukan? -Ya. 285 00:23:50,598 --> 00:23:55,186 Semua yang berkaitan Zax Pharma ada di atas meja itu. 286 00:23:55,269 --> 00:23:59,315 Ada juga fail berisi maklumat penyelesaian luar mahkamah Tom. 287 00:23:59,398 --> 00:24:01,650 -Kita fokus pada Tillinger. -Baiklah. 288 00:24:01,734 --> 00:24:04,528 Salah satu pengedar farmaseutikal yang besar. 289 00:24:04,612 --> 00:24:06,989 Dia tahu. Perbicaraan pada hari Isnin, 290 00:24:07,072 --> 00:24:09,241 tapi kita ada perjumpaan esok untuk 291 00:24:09,325 --> 00:24:10,993 bincang kemungkinan penyelesaian. 292 00:24:11,076 --> 00:24:13,037 -Pukul berapa? -10 pagi. 293 00:24:13,120 --> 00:24:17,041 Pejabat Peguam Negeri akan telefon dalam masa 15 minit. 294 00:24:17,124 --> 00:24:21,045 Dia nak cakap dengan awak, bincang strategi. 295 00:24:21,128 --> 00:24:22,254 Perkara biasa. 296 00:24:22,338 --> 00:24:24,340 Saya lupa, saya kena pergi. 297 00:24:25,466 --> 00:24:26,342 Apa? 298 00:24:27,801 --> 00:24:30,930 Tak. Awak tak perlu pergi ke mana-mana. 299 00:24:32,389 --> 00:24:33,265 Billy! 300 00:24:34,516 --> 00:24:38,479 Adakah dia akan kembali? Panggilan itu akan tiba dalam 14 minit. 301 00:24:38,562 --> 00:24:39,939 Saya tahu, Rob. 302 00:24:53,994 --> 00:24:57,289 -Awak nampak teruk. -Saya rasa teruk. Saya penat. 303 00:24:58,958 --> 00:25:00,751 Baru tengah hari. 304 00:25:01,252 --> 00:25:02,544 Saya lebih suka malam. 305 00:25:07,383 --> 00:25:08,926 Seronok hari kerja pertama? 306 00:25:11,512 --> 00:25:15,182 Samantha Margolis, rakan pengurusan di Margolis dan True. 307 00:25:15,266 --> 00:25:17,393 -Panggil saya Sam. -Okey. Hai, Sam. 308 00:25:17,476 --> 00:25:20,187 Kita berdua ponteng kerja nampaknya. 309 00:25:20,562 --> 00:25:22,022 Nampaknya begitulah. 310 00:25:23,274 --> 00:25:28,153 Ayah saya selalu menyambut peguam baharu di pintu pada hari pertama kerja. 311 00:25:28,279 --> 00:25:32,366 Dia kata tiada apa yang lebih penting daripada tanggapan pertama yang baik. 312 00:25:32,449 --> 00:25:36,912 Awak tak boleh ulang benda itu semula. Ayuh raikan kesilapan itu. 313 00:25:37,705 --> 00:25:40,749 Sebenarnya, ini tanggapan pertama yang lebih baik. 314 00:25:42,167 --> 00:25:43,544 Bagus, syukurlah. 315 00:25:49,800 --> 00:25:52,469 -Sebenarnya, saya kenal ayah awak. -Yakah? 316 00:25:52,553 --> 00:25:54,930 Ya, lama dulu. Saya muda lagi ketika itu. 317 00:25:55,014 --> 00:25:56,473 -Boleh saya duduk? -Ya. 318 00:25:58,475 --> 00:26:02,271 Ya. Saya lawan dia di mahkamah. 319 00:26:03,355 --> 00:26:04,815 Bagaimana keputusannya? 320 00:26:04,898 --> 00:26:06,567 Bagus untuk dia. 321 00:26:07,860 --> 00:26:09,069 Dia belasah saya. 322 00:26:09,486 --> 00:26:10,529 Aduhai. 323 00:26:10,612 --> 00:26:12,531 Sejam selepas itu, 324 00:26:12,614 --> 00:26:15,284 dia jumpa saya di bar berdekatan. 325 00:26:16,118 --> 00:26:18,120 Dia salam tangan saya, dan cakap, 326 00:26:18,203 --> 00:26:22,166 "Dah lama saya tak berpeluh di mahkamah." 327 00:26:22,249 --> 00:26:25,294 Dia tak nampak macam dia bergurau. 328 00:26:26,545 --> 00:26:28,881 Bayangkanlah betapa pentingnya kata-kata itu, 329 00:26:28,964 --> 00:26:33,010 orang hebat macam dia ambil kisah tentang sampah macam saya. 330 00:26:33,093 --> 00:26:35,554 Dia memang murah hati. Baik orangnya. 331 00:26:36,472 --> 00:26:38,724 Kita raikan Samuel Margolis. 332 00:26:40,434 --> 00:26:41,435 Ya. 333 00:26:51,320 --> 00:26:54,031 Saya nak berterus terang, 334 00:26:54,114 --> 00:26:55,908 tak perlu rahsiakannya. 335 00:26:55,991 --> 00:27:01,663 Saya jumpa Dr. Ming untuk sklerosis berbilang dan gejalanya. Sakit, penat. 336 00:27:01,747 --> 00:27:04,249 Badan saya biasanya tak seimbang. 337 00:27:04,333 --> 00:27:08,670 Setiap bulan ada gejala baharu yang menyakitkan. 338 00:27:08,754 --> 00:27:11,382 Ada juga hari yang elok. Bergantung. 339 00:27:12,424 --> 00:27:14,843 -Saya bersimpati. -Tak apa. 340 00:27:15,844 --> 00:27:17,221 Dah keadaan begitu. 341 00:27:20,432 --> 00:27:23,435 -Awak jumpa Dr. Ming sebab... -Sebab saya ditembak. 342 00:27:23,519 --> 00:27:26,897 Saya bukan nak kata begitu, tapi Patty ada beritahu. 343 00:27:26,980 --> 00:27:27,940 Ya. 344 00:27:28,023 --> 00:27:31,402 -Bagaimana keadaannya? -Ditembak? 345 00:27:31,485 --> 00:27:33,737 Maksud saya, bagaimana keadaan awak? 346 00:27:33,821 --> 00:27:38,909 Saya cuma ada separuh peparu, tapi eloklah daripada tiada, 347 00:27:38,992 --> 00:27:41,995 jadi saya patut bersyukur, bukan? 348 00:27:43,372 --> 00:27:45,124 Sekurang-kurangnya, awak hidup. 349 00:27:50,629 --> 00:27:54,591 Jantung saya berhenti selama enam minit. 350 00:27:55,175 --> 00:27:56,301 -Yakah? -Ya. 351 00:27:57,261 --> 00:28:00,222 -Wah. -Ya, saya meninggal, dan hidup balik. 352 00:28:02,891 --> 00:28:03,934 Mesti awak... 353 00:28:05,227 --> 00:28:06,770 Awak ingat apa-apa? 354 00:28:08,105 --> 00:28:11,567 Macam cahaya keemasan dan malaikat? 355 00:28:11,650 --> 00:28:14,445 -Ya, benda macam itu. -Tak nampak. 356 00:28:16,196 --> 00:28:17,197 Apa awak nampak? 357 00:28:18,449 --> 00:28:23,078 Macam dalam filem yang pelik. 358 00:28:24,413 --> 00:28:29,334 Macam cebisan hidup saya bercantum secara rawak, 359 00:28:29,418 --> 00:28:31,503 bagaikan susun suai gambar. 360 00:28:32,254 --> 00:28:34,214 Susah nak terangkan, tapi... 361 00:28:38,844 --> 00:28:40,345 Benda itu menerawang. 362 00:28:40,429 --> 00:28:43,724 Macam saya sepatutnya selesaikan sesuatu, 363 00:28:43,807 --> 00:28:45,476 tapi saya tak tahu hal apa. 364 00:28:45,559 --> 00:28:48,312 Awak asyik teringat perkara itu? 365 00:28:48,395 --> 00:28:49,521 Ya, setiap masa. 366 00:28:51,064 --> 00:28:54,151 Kecuali ketika saya fikir tentang kes itu. 367 00:28:54,234 --> 00:28:56,904 Betul juga. Sebab itu saya lantik awak. 368 00:28:56,987 --> 00:28:57,988 Ya. 369 00:29:16,965 --> 00:29:17,966 Aduhai. 370 00:29:18,050 --> 00:29:22,012 Dengarnya Billy McBride tinggalkan taklimat kumpulan. 371 00:29:22,095 --> 00:29:23,931 Ya, betul. 372 00:29:24,014 --> 00:29:27,142 -Itu bukan cara kita. -Betul. 373 00:29:27,226 --> 00:29:29,686 Saya dah lama kerja dengan Billy, 374 00:29:29,770 --> 00:29:32,940 jadi saya tahu nak uruskannya. Dia perlu diberi ruang. 375 00:29:33,023 --> 00:29:36,652 Jangan biarkan dia buat sesuka hati. 376 00:29:36,735 --> 00:29:40,781 -Saya sedar reputasinya. -Reputasi dia adalah dia menang kes. 377 00:29:42,074 --> 00:29:45,369 Belum pernah lagi lepasan Kolej Undang-Undang La Verne 378 00:29:45,452 --> 00:29:47,788 hampir dapat jadi rakan kongsi ekuiti. 379 00:29:47,871 --> 00:29:50,666 Awak tak tunjuk lagak dalam persatuan alumni awak? 380 00:29:50,749 --> 00:29:52,251 -Ya. -Mestilah. 381 00:29:52,334 --> 00:29:54,836 Itu kerja Sam. Dia yakinkan kami 382 00:29:54,920 --> 00:29:59,049 yang awak dan Billy boleh jayakan kes bilion dolar firma kita. 383 00:29:59,132 --> 00:30:01,343 -Tiada tekanan. -Tiada tekanan. 384 00:30:01,426 --> 00:30:05,138 Tak, tapi malangnya kalau McBride buat hal 385 00:30:05,222 --> 00:30:07,391 dan hancurkan rancangan rakan kongsi awak. 386 00:30:07,474 --> 00:30:09,101 Saya undian rakan kongsi, 387 00:30:09,184 --> 00:30:11,436 dan saya tak suka orang buat hal. 388 00:30:11,520 --> 00:30:13,814 Saya tak salahkan awak. 389 00:30:16,066 --> 00:30:17,067 Aduhai! 390 00:30:43,802 --> 00:30:44,678 Hai, awak. 391 00:30:44,761 --> 00:30:47,806 Awak di San Francisco sebagai jururawat hospis? 392 00:30:48,307 --> 00:30:49,141 Apa? 393 00:30:49,224 --> 00:30:52,853 Orang mirip awak berada dekat tingkap di seberang apartmen saya. 394 00:30:53,520 --> 00:30:54,646 Kirim salam kepadanya. 395 00:30:55,647 --> 00:30:56,523 Awak bekerja? 396 00:30:56,607 --> 00:31:00,152 Tiga jam saya tunggu si bedebah itu lawat perempuan simpanannya, 397 00:31:00,235 --> 00:31:01,903 entah datang, entah tak. 398 00:31:01,987 --> 00:31:03,530 Ingatkan awak suka kerja itu. 399 00:31:03,614 --> 00:31:07,326 Saya suka. Cuma saya kena duduk di dalam kereta yang sejuk 400 00:31:07,409 --> 00:31:09,995 dan geledah tong sampah orang. 401 00:31:10,621 --> 00:31:12,122 Di mana apartmen awak? 402 00:31:12,205 --> 00:31:13,790 Chinatown. 403 00:31:13,874 --> 00:31:16,585 Margolis and True yang urus. Dekat dengan doktor saya. 404 00:31:17,252 --> 00:31:19,004 Awak akan balik ke LA? 405 00:31:20,589 --> 00:31:23,800 Saya mungkin mati di pantai kalau Patty tak jumpa saya. 406 00:31:23,884 --> 00:31:25,927 Kenapa tak beritahu awal-awal? 407 00:31:26,011 --> 00:31:28,764 Saya sedang beritahulah. Tak apa. 408 00:31:29,473 --> 00:31:32,643 Saya ada rumah dan pekerjaan. 409 00:31:32,726 --> 00:31:34,686 Awak nak tahu tentang Denise? 410 00:31:36,229 --> 00:31:38,482 Dia bebas menjalani hidupnya di mana-mana. 411 00:31:38,565 --> 00:31:42,069 Tak penting pun kalau saya tahu lebih lanjut. 412 00:31:42,152 --> 00:31:43,695 Aduhai, Billy, sudahlah! 413 00:31:44,446 --> 00:31:47,074 Tak apa. Kami akan usahakannya nanti. 414 00:31:47,741 --> 00:31:49,159 Alamak! Saya pergi dulu. 415 00:32:12,683 --> 00:32:14,267 Kereta api tepat masa? 416 00:32:17,688 --> 00:32:20,524 Sekejap saja lagi. Awak okey? 417 00:32:21,108 --> 00:32:22,234 Maaf? 418 00:32:22,317 --> 00:32:23,318 Awak okey? 419 00:32:24,569 --> 00:32:25,654 Ya. 420 00:33:10,907 --> 00:33:13,410 Ayah buat apa? Ayah dah janji. 421 00:33:23,420 --> 00:33:24,755 Jangan jawab. 422 00:33:50,947 --> 00:33:51,990 Helo? 423 00:33:55,619 --> 00:33:56,495 Helo? 424 00:33:57,329 --> 00:33:59,581 Telefon lama itu masih boleh guna. 425 00:34:00,332 --> 00:34:01,208 Siapa ini? 426 00:34:01,792 --> 00:34:04,961 Sebelah sinki. Laci atas. 427 00:35:53,445 --> 00:35:57,115 Kami jumpa kereta Tom di parkir jangka masa lama lapangan terbang. 428 00:35:57,532 --> 00:35:58,617 Tom? 429 00:35:58,700 --> 00:36:01,036 Tak tahu. Saya tak fikir dia keluar bandar. 430 00:36:01,119 --> 00:36:04,915 Dia tak lalu sekuriti, tiada rekod dia ambil penerbangan. 431 00:36:11,004 --> 00:36:13,214 Apa dia buat di lapangan terbang? 432 00:36:13,298 --> 00:36:17,218 Entah. Dia naik bas ulang-alik selama beberapa jam 433 00:36:17,302 --> 00:36:19,721 sebelum hilang dari kamera sekuriti. 434 00:36:33,902 --> 00:36:35,445 Awak hilang jejak dia. 435 00:36:36,571 --> 00:36:37,489 Dia yang lari. 436 00:37:18,780 --> 00:37:20,699 Ada apa saya boleh tolong? 437 00:37:22,575 --> 00:37:24,703 Bergantung pada siapa awak. 438 00:37:25,996 --> 00:37:26,871 Sekuriti. 439 00:37:26,955 --> 00:37:28,373 Okey, bertenang. 440 00:37:30,625 --> 00:37:33,086 Saya tengok-tengok saja. 441 00:37:33,169 --> 00:37:36,589 Orang jadi sensitif sejak Tom hilang. 442 00:37:37,215 --> 00:37:39,467 Saya faham. Ya. 443 00:37:40,677 --> 00:37:43,138 -Selamat malam. -Awak juga, kawan. 444 00:38:04,951 --> 00:38:06,995 Raksasa halimunan. 445 00:38:07,078 --> 00:38:10,540 Bagaimana awak hidup dengan benda itu setiap hari? 446 00:38:11,166 --> 00:38:13,626 Setiap saat dalam setiap hari? 447 00:38:15,503 --> 00:38:20,800 Maaflah saya kata begini, jawapannya, awak takkan hidup begitu. 448 00:38:23,053 --> 00:38:24,137 Awak tak mampu. 449 00:38:25,764 --> 00:38:28,391 Hidup dalam kesakitan berterusan, 450 00:38:29,100 --> 00:38:32,228 penderitaan yang tak habis-habis, 451 00:38:34,105 --> 00:38:35,774 itu bukan kehidupan. 452 00:38:38,651 --> 00:38:42,864 Kita dah tonton program berita TV tentang pengkritik kami 453 00:38:43,198 --> 00:38:47,994 kata kami dimotivasikan oleh ketamakan. Hanya keuntungan. 454 00:38:48,078 --> 00:38:51,831 Kami ialah perniagaan. Ya, kami dapat untung. 455 00:38:52,791 --> 00:38:55,376 Kami dapat banyak untung. 456 00:38:55,460 --> 00:38:59,339 Dengan menyediakan produk perubatan yang penting. 457 00:38:59,422 --> 00:39:01,341 Tiada apa yang patut dimalukan. 458 00:39:01,966 --> 00:39:05,845 Saya akan kata, "Kalau tak suka, samanlah kami." 459 00:39:05,929 --> 00:39:09,474 Mereka saman kami dan kami menang, jadi... 460 00:39:09,557 --> 00:39:10,934 Di mana bertih jagung? 461 00:39:11,017 --> 00:39:12,685 Namun, saya rasa ralat... 462 00:39:12,769 --> 00:39:16,606 Maaf, kuat sangat? 463 00:39:16,689 --> 00:39:18,733 Kita dah selesaikan Zax Pharma. 464 00:39:19,400 --> 00:39:20,652 Sudah. 465 00:39:20,735 --> 00:39:24,447 Tillinger selepas ini. Saya nak dengar ucapannya. 466 00:39:24,531 --> 00:39:29,619 Dia membosankan, tapi Zax mempesonakan. 467 00:39:29,702 --> 00:39:32,122 Dia pandai berdrama. 468 00:39:33,623 --> 00:39:36,543 Saya nak cari nota asal Tom 469 00:39:36,626 --> 00:39:38,461 tentang Tillinger Health. 470 00:39:39,504 --> 00:39:42,340 Awak dapat maklumat kes di pejabat awak? 471 00:39:42,423 --> 00:39:44,217 Semuanya ada di situ. 472 00:39:44,300 --> 00:39:48,429 Saya tak percayakan transkrip yang bersih. Saya nak mula dari awal. 473 00:39:49,806 --> 00:39:54,978 Tom bekerja di rumah beberapa bulan lepas. 474 00:39:55,061 --> 00:39:57,188 Mungkin di situ notanya. 475 00:39:57,272 --> 00:40:00,191 Dia tak muat naik apa-apa ke dalam sistem komputer kami. 476 00:40:00,733 --> 00:40:02,193 Dia tak percayakan sistem? 477 00:40:03,486 --> 00:40:05,321 Dia tak biasa. 478 00:40:08,074 --> 00:40:09,784 Awak rapat dengan Tom, bukan? 479 00:40:12,203 --> 00:40:13,204 Ya. 480 00:40:13,872 --> 00:40:18,543 Patty ada sebut tentang tekanan anak dan isterinya... 481 00:40:18,626 --> 00:40:20,044 Ya. 482 00:40:20,420 --> 00:40:22,922 -Itu kisahnya. -Ada kisah lain? 483 00:40:24,757 --> 00:40:29,012 Entah, tapi dia takkan tinggalkan kes ini. 484 00:40:29,512 --> 00:40:30,471 Kenapa? 485 00:40:30,972 --> 00:40:32,348 Anaknya terlebih dos. 486 00:40:33,391 --> 00:40:35,143 Kes ini 487 00:40:35,226 --> 00:40:36,936 hal peribadi bagi Tom. 488 00:40:37,562 --> 00:40:39,314 Jadi kenapa dia pergi? 489 00:40:42,066 --> 00:40:43,401 Sesuatu menakutkannya. 490 00:40:44,611 --> 00:40:47,030 -Mungkin seseorang. -Dia cakap apa-apa? 491 00:40:49,365 --> 00:40:51,701 Bukan kepada saya, tapi ada satu kejadian. 492 00:40:52,869 --> 00:40:58,041 Ketika saya jumpa dia di rumahnya, dia tak benarkan saya masuk. 493 00:40:58,917 --> 00:41:01,920 Dia kata terlalu bahaya. 494 00:41:05,840 --> 00:41:08,968 -Awak beritahu sesiapa? -Sam. Mereka rapat. 495 00:41:09,594 --> 00:41:13,389 Saya boleh berikan awak video deposisi. Membantukah? 496 00:41:13,890 --> 00:41:16,184 Ya, terima kasih. 497 00:41:38,873 --> 00:41:40,208 Hai. 498 00:41:40,291 --> 00:41:44,587 Boleh tahan lif? Tolong tahan lif. 499 00:41:46,047 --> 00:41:49,342 Patty Solis-Pa-celaka-pagian. 500 00:41:49,884 --> 00:41:53,304 Dia ada rekod buruk, tapi saya penat ulang perbualan ini. 501 00:41:53,388 --> 00:41:56,891 -Awak takkan nampak apa saya nampak. -Produk rambut berlebihan? 502 00:41:56,975 --> 00:41:58,017 Jangan cari pasal. 503 00:41:59,018 --> 00:42:03,189 Randy Hayes dan kulinya di lembaga pengarah desak saya untuk tunjuk akaun 504 00:42:03,273 --> 00:42:06,901 dan saya tak boleh terus selindung yang kita ada masalah kewangan. 505 00:42:06,985 --> 00:42:10,029 Awak nak kita pindah ke kedai usang di Oakland? 506 00:42:10,113 --> 00:42:11,364 Saya tak nak. 507 00:42:11,447 --> 00:42:14,659 Billy dan Patty akan berikan cek penyelesaian yang besar, 508 00:42:14,742 --> 00:42:16,369 awak bersabar saja. 509 00:42:16,452 --> 00:42:20,373 Aduhai. Ayah awak takkan buat begini. 510 00:42:21,374 --> 00:42:25,878 Kita akan dapat penyelesaian kes ini. Setengah bilion atau lebih. 511 00:42:26,671 --> 00:42:29,465 Awak tak boleh jamin apa-apa. 512 00:42:29,549 --> 00:42:30,842 Saya boleh jamin. 513 00:42:51,529 --> 00:42:53,031 Selama sembilan bulan, 2007, 514 00:42:53,114 --> 00:42:55,491 awak hantar empat juta opioid preskripsi 515 00:42:55,575 --> 00:42:58,036 ke sebuah farmasi di Bellwether, California, 516 00:42:58,119 --> 00:43:00,246 yang penduduknya kurang 1,000 orang. 517 00:43:00,330 --> 00:43:03,124 -Ya. -Kenapa tak buat laporan? 518 00:43:03,207 --> 00:43:07,045 Bukan tugas kami untuk pertikaikan keputusan doktor. 519 00:43:07,128 --> 00:43:10,673 Kami bergantung kepada farmasi untuk mengawasi preskripsi. 520 00:43:10,757 --> 00:43:13,885 Kalau mereka gagal jalankan tugas, itu bukan salah kami. 521 00:43:13,968 --> 00:43:15,762 Kami akan cakap dengan mereka. 522 00:43:17,055 --> 00:43:21,434 -Kita rehat, sambung dalam 15 minit. -Baiklah. Boleh berikan secawan kopi? 523 00:43:21,517 --> 00:43:24,354 -Di mana budak yang bawa kopi itu? -Entah. 524 00:43:24,437 --> 00:43:25,396 Ayuh. 525 00:43:28,191 --> 00:43:29,525 Ini Tom True. 526 00:43:30,568 --> 00:43:32,403 Boleh saya tahu siapa ini? 527 00:43:34,238 --> 00:43:37,492 Tak, saya faham. Maklumat apa yang awak ada? 528 00:43:38,409 --> 00:43:42,288 Kalau awak risau dan nak beritahu sesuatu, kami boleh lindung awak. 529 00:43:42,372 --> 00:43:44,832 Boleh kita jumpa? 530 00:43:44,916 --> 00:43:46,042 TUKANG ADU? 531 00:43:46,125 --> 00:43:49,170 Bila-bila masa, di mana saja. Helo? 532 00:43:50,338 --> 00:43:52,048 Tak, saya seorang saja di sini. 533 00:43:52,632 --> 00:43:54,967 Tak, telefon ini tiada peranti intip. 534 00:43:58,513 --> 00:43:59,389 Helo? 535 00:43:59,472 --> 00:44:02,433 20 OGOS 3:04 PETANG 536 00:44:22,370 --> 00:44:24,831 Tumpang tanya. Awak ada jam? 537 00:44:26,290 --> 00:44:27,417 Maaf? 538 00:44:27,500 --> 00:44:28,835 Sekarang pukul berapa? 539 00:44:28,918 --> 00:44:30,586 Jam. Ya. 540 00:44:41,222 --> 00:44:43,099 Enam minit sebelum pukul 12. 541 00:44:45,977 --> 00:44:51,065 Perasan tak, 11.54 jelas nampak 11.54 apabila kita lihat nombor itu, 542 00:44:51,149 --> 00:44:54,902 tapi apabila lihat jam, kita terfikir enam minit sebelum pukul 12? 543 00:44:58,156 --> 00:44:59,532 Nampaknya begitulah. 544 00:45:06,998 --> 00:45:07,915 Awak okey? 545 00:45:08,583 --> 00:45:09,792 Awak okey? 546 00:45:17,550 --> 00:45:18,926 Selamat malam. 547 00:48:25,613 --> 00:48:27,615 Terjemahan sari kata oleh: Aimee Hidayah Suhairi 548 00:48:27,698 --> 00:48:29,700 Penyelia Kreatif Vincent Lim