1 00:00:05,213 --> 00:00:07,924 Sepatutnya ada aplikasi yang boleh analisis perut kita 2 00:00:08,008 --> 00:00:09,551 dan beritahu apa yang kita nak makan. 3 00:00:09,634 --> 00:00:12,429 Ya, tapi kalau aplikasi boleh buat begitu, 4 00:00:12,512 --> 00:00:14,639 maknanya ia boleh baca fikiran kita. 5 00:00:14,723 --> 00:00:15,724 Ya, lebih kurang. 6 00:00:15,807 --> 00:00:19,185 Tapi kau rasa itu idea yang bijak? Macam mana kalau orang jahat dapat? 7 00:00:19,269 --> 00:00:20,645 Mungkin boleh datangkan bahaya. 8 00:00:20,729 --> 00:00:24,023 Fikirkan aspek ketenteraan, pengintipan syarikat korporat. 9 00:00:24,107 --> 00:00:25,483 Kau nak ambil semua risiko itu? 10 00:00:25,567 --> 00:00:26,526 Ya. 11 00:00:26,609 --> 00:00:29,404 Fikirkan kesengsaraan yang ia boleh ubati. Macam sekarang. 12 00:00:29,487 --> 00:00:31,197 Aku nak makan, tapi tak tahu nak makan apa. 13 00:00:31,281 --> 00:00:32,699 Aku pun lapar. Jom makan. 14 00:00:32,782 --> 00:00:33,950 Apa-apa pun boleh. 15 00:00:34,034 --> 00:00:36,411 Kenapa orang suka cakap begitu? Tak membantu. 16 00:00:36,494 --> 00:00:39,456 "Aku tak kisah" bermaksud "Aku tak pandai buat keputusan". 17 00:00:39,539 --> 00:00:43,418 Aku sedang cuba gaya hidup baru di mana aku nak jalani hidup macam air. 18 00:00:43,501 --> 00:00:46,713 Aku tak tahu kapal apa yang akan lalu... 19 00:00:47,422 --> 00:00:48,757 atau apa yang ia bawa. 20 00:00:49,382 --> 00:00:51,259 - Nak makan taco? - Boleh. 21 00:00:51,342 --> 00:00:54,137 - Kita nak beli di mana? - Mana-mana pun boleh. 22 00:00:54,721 --> 00:00:55,555 Tolonglah. 23 00:00:55,638 --> 00:00:58,308 Ada banyak gerai taco. Pastikan kita beli yang terbaik. 24 00:00:58,391 --> 00:00:59,768 - Aku akan cari. - Bagus. 25 00:00:59,851 --> 00:01:01,144 Aku nak duduk goyang kaki. 26 00:01:03,104 --> 00:01:04,731 Gerai taco terbaik di NY 27 00:01:10,111 --> 00:01:11,529 Di mana gerai taco terbaik? 28 00:01:20,080 --> 00:01:22,040 KECEMASAN: Tak tahu nak makan taco di mana! 29 00:01:22,123 --> 00:01:22,957 Tolong! 30 00:01:23,041 --> 00:01:24,250 26 TACO TERBAIK NY 31 00:01:27,504 --> 00:01:28,588 Tacos Morelos? 32 00:01:29,297 --> 00:01:30,423 Boleh juga. 33 00:01:30,507 --> 00:01:31,633 Ya! 34 00:01:32,217 --> 00:01:33,092 Ya. 35 00:01:34,552 --> 00:01:35,678 Taco! 36 00:01:36,095 --> 00:01:38,348 Oh Tuhan. Banyak pilihan yang sedap. 37 00:01:39,265 --> 00:01:40,183 Hai. 38 00:01:41,392 --> 00:01:44,229 Apa yang paling banyak dipesan di sini? 39 00:01:44,604 --> 00:01:47,148 - Saya paling suka barbacoa. - Okey. 40 00:01:47,732 --> 00:01:49,609 Selera kita mungkin berbeza. 41 00:01:49,692 --> 00:01:51,694 Yang mana satu paling popular? 42 00:01:53,279 --> 00:01:56,366 Mungkin ayam atau daging. Entahlah. 43 00:01:56,533 --> 00:01:59,119 Antara dua itu, yang mana pelanggan paling suka? 44 00:01:59,202 --> 00:02:01,579 Bila awak tengok wajah mereka, siapa nampak lebih gembira? 45 00:02:01,663 --> 00:02:04,040 Yang beli daging atau yang beli ayam? 46 00:02:04,124 --> 00:02:06,835 Saya tak tengok muka pelanggan masa mereka makan. 47 00:02:06,918 --> 00:02:09,254 Selalunya saya layan pelanggan lain, 48 00:02:09,337 --> 00:02:12,715 dengar radio gusti atau pandang jalan. 49 00:02:13,299 --> 00:02:14,175 Baiklah. 50 00:02:14,467 --> 00:02:16,386 Beginilah. Saya nak dua daging. 51 00:02:16,469 --> 00:02:18,138 Maaf. Taco dah habis. 52 00:02:18,221 --> 00:02:19,347 - Tidak! - Ya. 53 00:02:19,430 --> 00:02:21,015 Roti tortilla dah habis. 54 00:02:21,099 --> 00:02:22,517 Jadi kenapa kita berbual? 55 00:02:22,600 --> 00:02:25,770 Sebab awak banyak tanya, jadi saya jawablah. 56 00:02:25,854 --> 00:02:28,648 Saya nak dengar temu bual CM Punk. 57 00:02:28,731 --> 00:02:31,401 Ini sepatutnya gerai taco terbaik. Sekarang macam mana? 58 00:02:31,484 --> 00:02:33,862 Pergi ke gerai kedua terbaik macam orang tak berguna? 59 00:02:36,406 --> 00:02:37,782 Okey. Baguslah. 60 00:02:38,408 --> 00:02:39,367 Tak guna! 61 00:02:39,701 --> 00:02:40,994 Macam mana boleh habis? 62 00:02:41,703 --> 00:02:42,662 Dah pukul 3:00. 63 00:02:42,745 --> 00:02:45,123 45 minit kau cuba cari gerai terbaik. 64 00:02:45,248 --> 00:02:46,583 Baiklah. Kalau begitu, 65 00:02:47,250 --> 00:02:49,627 apa kata kau cari gerai yang masih buka? 66 00:02:49,711 --> 00:02:51,004 Ya, boleh juga. 67 00:02:51,254 --> 00:02:53,006 Sekejap. Ada mesej. 68 00:02:54,299 --> 00:02:55,425 Cassidy. 69 00:02:55,550 --> 00:03:00,054 "Hei, Arnold, datanglah ke rumah saya. Kita boleh berseronok tengah hari ini." 70 00:03:00,138 --> 00:03:02,015 Mungkin dia maksudkan berasmara. 71 00:03:02,098 --> 00:03:02,974 Apa? 72 00:03:03,057 --> 00:03:06,060 Kau nak berasmara dengan dia berbanding cari gerai taco? 73 00:03:06,227 --> 00:03:08,521 Maaf, kawan. Tapi Arnie ada kerja. 74 00:03:08,605 --> 00:03:10,481 - Nanti kita jumpa lagi. - Okey. 75 00:03:10,565 --> 00:03:12,942 Teksi! 76 00:03:13,026 --> 00:03:15,153 SIRI ASLI NETFLIX 77 00:03:18,197 --> 00:03:19,866 MEMPERSEMBAHKAN 78 00:03:20,950 --> 00:03:24,078 EPISOD AKHIR 79 00:03:54,234 --> 00:03:56,027 - Terima kasih. - Terima kasih. 80 00:03:57,570 --> 00:03:58,613 Helo, Dev. 81 00:03:58,780 --> 00:04:00,573 Helo, Encik Ryan. Apa khabar? 82 00:04:00,740 --> 00:04:02,825 Arthur Ryan, bapa pengantin lelaki. 83 00:04:02,909 --> 00:04:04,702 Helo, Encik Ryan. Saya Rachel. 84 00:04:05,161 --> 00:04:06,079 Comelnya. 85 00:04:06,162 --> 00:04:08,248 Saya suka tengok pasangan berlainan kaum. 86 00:04:08,331 --> 00:04:10,458 Kamu berdua nampak sepadan. 87 00:04:10,541 --> 00:04:11,626 Terima kasih. 88 00:04:11,960 --> 00:04:15,088 Kamu pernah bercinta dengan lelaki kaum lain, Rachel? 89 00:04:15,546 --> 00:04:16,547 Tak pernah. 90 00:04:17,006 --> 00:04:18,549 Dulu saya sangat gementar. 91 00:04:18,633 --> 00:04:22,136 Kebanyakan kekasih saya orang putih. Semuanya orang putih. 92 00:04:22,303 --> 00:04:24,597 Kemudian satu hari saya terfikir, 93 00:04:24,764 --> 00:04:28,309 "Rachel, awak mesti keluar dan cari kekasih dari kaum lain." 94 00:04:28,393 --> 00:04:29,811 Jadi, inilah kami. 95 00:04:29,894 --> 00:04:31,562 - Hubungan kami baik. - Hebat. 96 00:04:32,146 --> 00:04:35,566 Upacara dah nak mula. Gembira dapat jumpa kamu. 97 00:04:35,650 --> 00:04:37,986 - Gembira jumpa awak juga. - Jaga diri. 98 00:04:39,862 --> 00:04:42,407 Saya tahu niat dia baik, 99 00:04:42,532 --> 00:04:44,742 tapi tak perlulah asyik sebut "kaum". 100 00:04:45,451 --> 00:04:48,079 Apa pecahan kaum sebenar bekas kekasih awak? 101 00:04:48,955 --> 00:04:51,582 Orang putih, putih, putih, 102 00:04:51,666 --> 00:04:53,751 putih, campuran Asia, kemudian awak. 103 00:04:54,294 --> 00:04:57,046 Jadi lelaki campuran Asia itu macam pengenalan sebelum saya? 104 00:04:57,130 --> 00:04:59,590 Lebih kurang. Entah siapa pula lepas ini. 105 00:05:00,174 --> 00:05:01,009 Saya tahu. 106 00:05:01,301 --> 00:05:02,135 Orang putih. 107 00:05:03,386 --> 00:05:06,264 Larry dan Andrea telah menulis ikrar sendiri 108 00:05:06,347 --> 00:05:08,474 yang mereka akan kongsikan sekarang. 109 00:05:10,852 --> 00:05:12,186 Andrea, 110 00:05:12,478 --> 00:05:14,856 saya masih ingat kali pertama saya jumpa awak. 111 00:05:15,189 --> 00:05:17,525 Saya tahu serta-merta yang saya dilamun cinta 112 00:05:17,608 --> 00:05:19,527 dan cinta ini takkan pudar. 113 00:05:20,111 --> 00:05:23,823 Sejak itu saya tak pernah ragu-ragu, takut atau menyesal. 114 00:05:25,783 --> 00:05:26,743 Larry, 115 00:05:27,785 --> 00:05:30,913 awak boleh menerima segalanya dalam hidup 116 00:05:30,997 --> 00:05:34,500 dan menjadikannya indah melalui awak. 117 00:05:34,584 --> 00:05:37,754 Awak macam prisma yang menyerap cahaya 118 00:05:37,837 --> 00:05:40,673 dan menukarnya menjadi warna-warna cantik. 119 00:05:41,424 --> 00:05:43,426 Setiap kali saya lihat wajah awak, 120 00:05:43,509 --> 00:05:46,846 saya rasa bahagia dan seronok, 121 00:05:46,929 --> 00:05:50,266 inilah orang yang akan bersama saya seumur hidup 122 00:05:51,142 --> 00:05:55,021 dan saya tak sabar nak merasainya sepanjang hidup saya. 123 00:06:00,443 --> 00:06:01,360 Rachel, 124 00:06:02,153 --> 00:06:03,196 saya... 125 00:06:03,988 --> 00:06:05,990 tak yakin tentang perkahwinan ini. 126 00:06:06,574 --> 00:06:08,826 Adakah awak jodoh saya selama-lamanya? 127 00:06:09,494 --> 00:06:10,703 Saya tak tahu. 128 00:06:11,204 --> 00:06:13,039 Apa pilihan lain? Kita putus? 129 00:06:13,122 --> 00:06:14,499 Itu pun nampak teruk. 130 00:06:15,333 --> 00:06:17,043 Saya cintakan awak. Betul. 131 00:06:17,126 --> 00:06:18,836 Saya sangat cintakan awak, 132 00:06:19,253 --> 00:06:21,464 tapi tak macam Larry cintakan Andrea. 133 00:06:21,547 --> 00:06:22,632 Tak guna. 134 00:06:22,882 --> 00:06:24,926 Biar betul? Cinta macam itu wujud? 135 00:06:25,009 --> 00:06:26,594 Tak ragu-ragu atau takut langsung? 136 00:06:26,677 --> 00:06:28,012 Tolonglah. 137 00:06:29,013 --> 00:06:30,264 Entahlah. Mungkin... 138 00:06:31,891 --> 00:06:35,228 perkahwinan ialah pilihan selamat pada peringkat ini. 139 00:06:43,778 --> 00:06:47,198 Maaf. Saya sedang fikir jalan lain yang mungkin ada untuk saya. 140 00:06:47,782 --> 00:06:48,616 Dev, 141 00:06:49,408 --> 00:06:51,369 awak lelaki yang hebat. 142 00:06:52,328 --> 00:06:53,329 Betul. 143 00:06:55,081 --> 00:06:56,582 Tapi betul cakap awak. 144 00:06:56,707 --> 00:06:59,043 Adakah kita ditakdirkan bersama selamanya? 145 00:07:00,336 --> 00:07:02,004 Saya tak tahu. 146 00:07:02,088 --> 00:07:05,508 Teruk betul sebab saya rasa macam semuanya diatur sekarang. 147 00:07:05,591 --> 00:07:07,593 Dah tak ada kejutan lagi. 148 00:07:08,052 --> 00:07:10,388 Kita akan berkahwin, dapat anak, 149 00:07:10,471 --> 00:07:13,391 meningkat usia, kemudian mati. 150 00:07:14,100 --> 00:07:16,811 Saya dah habiskan 151 00:07:16,894 --> 00:07:19,439 dua tahun kemuncak saya dengan awak, 152 00:07:19,522 --> 00:07:22,024 jadi saya patut teruskan saja. 153 00:07:22,650 --> 00:07:23,943 Semuanya dah jelas. 154 00:07:24,527 --> 00:07:26,529 Jadi, mari kita kahwin. 155 00:07:27,155 --> 00:07:28,197 Cepat. 156 00:07:28,948 --> 00:07:31,909 Adakah kamu, Dev, menerima Rachel sebagai pasangan 157 00:07:31,993 --> 00:07:35,037 dalam tradisi yang sudah lapuk 158 00:07:35,288 --> 00:07:38,124 untuk menjalani kehidupan "normal"? 159 00:07:38,666 --> 00:07:40,668 Adakah kamu bersedia untuk lupakan 160 00:07:40,751 --> 00:07:43,504 pencarian teman sejiwa 161 00:07:43,754 --> 00:07:48,134 dan cuba hidup dengan Rachel supaya kamu boleh teruskan hidup? 162 00:07:51,262 --> 00:07:52,263 Ya. 163 00:07:53,139 --> 00:07:55,183 Adakah kamu, Rachel, berjanji 164 00:07:55,266 --> 00:07:58,853 untuk mengikat hubungan gila selama-lamanya dengan jejaka ini 165 00:07:58,936 --> 00:08:02,273 yang kebetulan bercinta dengan kamu pada tahap ini dalam hidup kamu 166 00:08:02,356 --> 00:08:05,193 di mana kebanyakan orang berkahwin? 167 00:08:06,194 --> 00:08:07,153 Ya. 168 00:08:07,862 --> 00:08:11,115 Saya isytiharkan kamu berdua orang yang mungkin sedar 169 00:08:11,199 --> 00:08:13,784 mereka telah melakukan kesilapan 170 00:08:13,868 --> 00:08:15,661 selama lebih kurang tiga tahun. 171 00:08:33,304 --> 00:08:35,264 Kamu tak pasti tentang Rachel? 172 00:08:35,681 --> 00:08:37,600 Ayah ingat kamu tinggal serumah. 173 00:08:38,059 --> 00:08:40,937 Semuanya berjalan lancar. Apa masalahnya? 174 00:08:42,063 --> 00:08:44,482 Entahlah. Keadaan ini memeningkan kepala. 175 00:08:44,607 --> 00:08:47,944 Saya mungkin perlu hidup dengan sesiapa yang bercinta dengan saya sekarang. 176 00:08:48,027 --> 00:08:49,654 Ini keputusan penting. Susah. 177 00:08:51,906 --> 00:08:54,116 Kamu yang tak boleh buat pilihan. 178 00:08:54,283 --> 00:08:58,204 Masa kecil, kamu tanya, "Ayah, boleh tak saya main bola? 179 00:08:58,287 --> 00:09:01,666 Boleh saya main tenis? Bola keranjang?" 180 00:09:01,832 --> 00:09:04,043 Ayah pula tahu apa yang ayah nak. 181 00:09:04,126 --> 00:09:07,004 Ayah main golf. Ayah pilih mak kamu. 182 00:09:07,380 --> 00:09:09,006 Kami terus kahwin. 183 00:09:09,465 --> 00:09:10,758 Tak ada masalah. 184 00:09:11,133 --> 00:09:13,761 Ya, tapi ayah lain. Ayah dan mak dijodohkan. 185 00:09:13,844 --> 00:09:16,097 Ayah jumpa berapa calon sebelum pilih mak? 186 00:09:16,180 --> 00:09:18,224 - Dua. - Dua orang saja? 187 00:09:18,307 --> 00:09:19,976 Apa yang tak kena dengan calon pertama? 188 00:09:20,059 --> 00:09:21,477 Dia terlalu tinggi. 189 00:09:21,727 --> 00:09:24,564 Bila dia berdiri, ayah terus tak jadi pilih dia. 190 00:09:25,273 --> 00:09:27,608 Kamu kena belajar buat keputusan. 191 00:09:27,942 --> 00:09:30,903 Kamu macam perempuan yang duduk di depan pokok ara, 192 00:09:30,987 --> 00:09:34,073 merenung dahan-dahannya sampai pokok itu mati. 193 00:09:34,156 --> 00:09:36,033 Perempuan mana? Pokok mana? 194 00:09:36,117 --> 00:09:38,286 Sylvia Plath, Bell Jar. 195 00:09:38,369 --> 00:09:41,455 Kamu malas membaca. Asyik tengok YouTube saja. 196 00:09:41,539 --> 00:09:44,083 Main telefon. 197 00:09:44,667 --> 00:09:47,211 - Baiklah. - Kamu masih muda. 198 00:09:47,545 --> 00:09:49,922 Banyak yang kamu boleh buat dalam hidup. 199 00:09:50,131 --> 00:09:53,217 Berkerjaya, kekasih, melancong. 200 00:09:53,467 --> 00:09:55,219 Malah berkeluarga. 201 00:09:55,803 --> 00:09:57,972 Tapi kamu mesti buat keputusan 202 00:09:58,055 --> 00:09:59,849 dan bertindak. 203 00:10:00,474 --> 00:10:02,476 Kalau tak, duduk melangut saja 204 00:10:02,810 --> 00:10:04,353 dan lama-lama pokok mati. 205 00:10:05,104 --> 00:10:07,648 Pergi cari buku itu di kedai buku. 206 00:10:08,482 --> 00:10:11,193 Bila kamu ke sana, boleh belikan buku-buku Harry Potter? 207 00:10:11,611 --> 00:10:14,196 Bukankah dah terlambat untuk baca buku Harry Potter? 208 00:10:14,280 --> 00:10:16,115 Ayah dengar ceritanya bagus. 209 00:10:16,782 --> 00:10:17,742 Baiklah. 210 00:10:18,451 --> 00:10:20,911 Alamak. Ayah kena pergi hospital. 211 00:10:20,995 --> 00:10:22,663 Ada orang tercekik tulang ayam. 212 00:10:23,331 --> 00:10:24,957 Okey. Semoga berjaya. 213 00:10:25,041 --> 00:10:26,709 Jumpa di majlis tayangan perdana. 214 00:10:27,376 --> 00:10:28,586 RASA SERIAU 215 00:10:28,669 --> 00:10:30,212 Ceritalah sikit watak awak. 216 00:10:30,296 --> 00:10:34,300 Dr. Vincent boleh dikatakan tunjang dalam filem ini. 217 00:10:34,383 --> 00:10:35,968 Dia suarakan apa penonton fikir. 218 00:10:36,052 --> 00:10:39,347 Dia macam korus Greek atau korus India sebab saya India. 219 00:10:40,348 --> 00:10:42,099 Terima kasih. Selamat menonton. 220 00:10:43,726 --> 00:10:45,519 Lawak korus India itu menjadi. 221 00:10:46,103 --> 00:10:47,730 Apa khabar, kaki perempuan? 222 00:10:48,522 --> 00:10:50,107 Hei, majlis ini hebat. 223 00:10:50,191 --> 00:10:52,902 Aku terlanggar Morris Chestnut, lepas itu dia suruh aku ke tepi. 224 00:10:52,985 --> 00:10:54,779 - Seronoknya. - Sahabat! 225 00:10:55,029 --> 00:10:58,324 Tahniah. Aku bangga dengan kau. 226 00:10:58,741 --> 00:11:01,744 Jadi aku ada hadiah untuk raikan hari penting kau. 227 00:11:02,203 --> 00:11:03,496 Majalah Us Weekly? 228 00:11:04,163 --> 00:11:05,498 Kau dah jadi bintang Hollywood. 229 00:11:05,581 --> 00:11:07,667 Kau kena tahu apa orang cakap tentang kau. 230 00:11:07,750 --> 00:11:08,668 Aku masuk majalah ini? 231 00:11:08,751 --> 00:11:13,381 Tak, tapi ada artikel tentang sepuluh betis paling hodoh di Hollywood. 232 00:11:13,547 --> 00:11:15,591 Jadi kau punya taklah buruk sangat. 233 00:11:16,258 --> 00:11:17,093 Terima kasih. 234 00:11:17,176 --> 00:11:19,136 Mereka buat majlis besar-besaran dan meriah 235 00:11:19,220 --> 00:11:22,098 untuk filem yang tiada kesan khas, ada watak kadbod dan tanpa plot. 236 00:11:22,181 --> 00:11:25,393 Hei, jangan jadi pengkritik filem dan jadi kawan aku. 237 00:11:25,476 --> 00:11:27,645 Aku buat pengecualian untuk kau. 238 00:11:27,812 --> 00:11:30,523 Gilalah. Ada bertih jagung percuma. 239 00:11:30,606 --> 00:11:31,565 Biar betul, Brian? 240 00:11:31,649 --> 00:11:33,275 Kawan kau berlakon filem buat kali pertama, 241 00:11:33,442 --> 00:11:35,695 tapi kau seronok tengok bertih jagung percuma? 242 00:11:35,778 --> 00:11:37,029 Aku seronok untuk dua-dua. 243 00:11:37,530 --> 00:11:38,948 Aku pun. Jom ambil satu. 244 00:11:41,617 --> 00:11:43,035 Mesti hebat. 245 00:11:44,078 --> 00:11:46,914 Alamak, nanti kejap. Aku rasa tak sihat. 246 00:11:47,957 --> 00:11:50,376 Aku rasa aku dah kena seriau! 247 00:11:52,461 --> 00:11:54,046 Mari kita masuk! 248 00:11:55,923 --> 00:11:57,007 Ayuh! 249 00:12:07,435 --> 00:12:08,310 Haram jadah! 250 00:12:08,394 --> 00:12:09,979 Mereka potong watak saya sepenuhnya? 251 00:12:10,062 --> 00:12:11,147 Jahat betul. 252 00:12:11,230 --> 00:12:13,274 Sepatutnya mereka beritahu sebelum tayangan perdana. 253 00:12:13,357 --> 00:12:15,526 Kenapa mereka biar Billy Bush temu bual awak? 254 00:12:15,609 --> 00:12:17,069 Hei, apa yang dah jadi? 255 00:12:17,153 --> 00:12:18,863 Kita salah filem? Mana kau? 256 00:12:18,946 --> 00:12:20,573 Mereka potong bahagian aku. 257 00:12:20,740 --> 00:12:21,949 Mari sini aku peluk. 258 00:12:23,159 --> 00:12:25,536 Boleh peluk kuat-kuat. Aku takkan cedera. 259 00:12:28,956 --> 00:12:29,915 RASA SERIAU 260 00:12:29,999 --> 00:12:31,333 Tapi, ada hikmahnya. 261 00:12:31,417 --> 00:12:33,252 Sekurang-kurangnya bayaran kau tinggi. 262 00:12:33,377 --> 00:12:34,211 Tak juga. 263 00:12:34,295 --> 00:12:36,756 Aku berlakon pun sebab nak dapat pendedahan. 264 00:12:36,839 --> 00:12:39,842 Tapi kau boleh minta babak kau, jadi itu pun bagus. 265 00:12:40,259 --> 00:12:42,511 Tak. Aku tiada akses pada rakaman itu. 266 00:12:42,595 --> 00:12:44,305 Aku tak tahu macam mana nak cari. 267 00:12:44,388 --> 00:12:45,264 Tahu tak? 268 00:12:45,347 --> 00:12:47,892 Filem ini tetap akan ada dalam laman IMDb kau, jadi... 269 00:12:48,142 --> 00:12:50,728 Aku rasa tak ada sebab aku tak keluar dalam filem. 270 00:12:51,729 --> 00:12:54,565 Okey, aku dah tak tahu nak cakap apa dengan kau. 271 00:12:54,648 --> 00:12:55,566 Maaf. 272 00:12:57,860 --> 00:12:59,653 - Mana mak? - Dia rasa loya. 273 00:13:00,070 --> 00:13:01,739 Tajuk filem ini Rasa Seriau. 274 00:13:01,822 --> 00:13:04,033 Dia betul-betul tak sihat dan balik. 275 00:13:05,326 --> 00:13:08,204 Tak apalah, tak rugi. Watak saya dipotong terus. 276 00:13:08,287 --> 00:13:09,413 Tak apa. 277 00:13:09,580 --> 00:13:12,541 Kamu boleh buat iklan Go-Gurt lain. 278 00:13:12,625 --> 00:13:13,459 Iklan itu bagus. 279 00:13:13,542 --> 00:13:15,669 Ya, tapi itu lima tahun lepas. 280 00:13:15,753 --> 00:13:18,881 Kalau kamu betul-betul minat berlakon, kamu kena fokus. 281 00:13:19,632 --> 00:13:21,884 Mungkin minat saja tak cukup. 282 00:13:21,967 --> 00:13:23,803 Jadi kenapa tak nak jadi peguam? 283 00:13:24,053 --> 00:13:25,888 Apa? Saya tak nak jadi peguam. 284 00:13:25,971 --> 00:13:27,306 Habis, nak jadi apa? 285 00:13:28,265 --> 00:13:29,350 Saya tak tahu. 286 00:13:31,602 --> 00:13:32,978 Unit kecemasan telefon. 287 00:13:34,396 --> 00:13:36,357 Hai, John. Ada apa? 288 00:13:37,399 --> 00:13:38,275 Biar betul? 289 00:13:38,901 --> 00:13:40,402 Timun? Di mana? 290 00:13:40,653 --> 00:13:42,988 Dubur? Aduhai. 291 00:13:43,614 --> 00:13:45,282 Saya akan datang. 292 00:13:45,866 --> 00:13:46,909 Kenapa? 293 00:13:46,992 --> 00:13:49,119 Ada orang tersangkut timun dalam dubur. 294 00:13:49,203 --> 00:13:51,830 Ayah kena keluarkan. Jumpa lagi. 295 00:13:54,583 --> 00:13:55,918 Awak nak minum lagi? 296 00:13:56,085 --> 00:13:58,212 Tak nak. Nanti saya rasa lemah esok. 297 00:14:00,673 --> 00:14:02,925 Alamak. Itu Todd, pengarah filem. 298 00:14:04,468 --> 00:14:06,679 - Awak dah cakap dengan dia? - Belum. 299 00:14:06,762 --> 00:14:08,639 Mungkin saya patut berbual walaupun kekok 300 00:14:08,722 --> 00:14:10,266 dan tanya apa sebenarnya berlaku. 301 00:14:10,349 --> 00:14:11,183 Ya. 302 00:14:11,267 --> 00:14:14,019 Sepatutnya dia beritahu kenapa dia potong bahagian awak. 303 00:14:16,939 --> 00:14:17,815 Hai. 304 00:14:18,357 --> 00:14:19,733 Hai. Ada apa? 305 00:14:20,526 --> 00:14:22,736 Dr. Vincent tak masuk filem, ya? 306 00:14:22,820 --> 00:14:24,238 Ya, maafkan saya. 307 00:14:24,321 --> 00:14:26,740 Awak bagus, tapi kami kena buat suntingan. 308 00:14:26,824 --> 00:14:30,244 Teruklah sebab saya ajak kawan-kawan dan keluarga datang. 309 00:14:30,327 --> 00:14:31,912 Kenapa tak beritahu saya lebih awal? 310 00:14:33,122 --> 00:14:35,624 Saya patut beritahu, tapi saya tak buat. 311 00:14:36,375 --> 00:14:40,379 Itu saja yang awak boleh cakap? Awak memang tak guna. 312 00:14:40,462 --> 00:14:42,464 - Sudahlah. - Kenapa awak potong babak dia? 313 00:14:42,548 --> 00:14:46,218 Hei, bertenang. Itu perkara biasa. 314 00:14:46,302 --> 00:14:49,263 Dev bukan pelakon pertama yang dipotong dari filem. 315 00:14:49,972 --> 00:14:52,016 Saya gembira babak dia dipotong 316 00:14:52,099 --> 00:14:55,019 sebab filem awak macam sampah. 317 00:14:55,102 --> 00:14:57,688 - Hei, jangan begitu. - Hei! Sebenarnya, 318 00:14:58,272 --> 00:15:00,399 filem ini sangat teruk. 319 00:15:00,482 --> 00:15:02,234 Bertenang. 320 00:15:02,318 --> 00:15:04,737 - Sangat teruk. - Sudahlah. 321 00:15:04,820 --> 00:15:06,447 Comelnya awak. Selamat berjumpa. 322 00:15:06,530 --> 00:15:09,867 Silalah minum di bar, walaupun saya rasa kamu dah minum. 323 00:15:09,950 --> 00:15:11,869 Saya nak peluk Dulé Hill 324 00:15:12,036 --> 00:15:14,663 sebab dia baik, tak macam kamu. 325 00:15:16,540 --> 00:15:18,751 - Kenapa dengan awak? - Apa? 326 00:15:23,631 --> 00:15:25,299 Saya tak percaya awak masak. 327 00:15:26,175 --> 00:15:28,469 Tengok? Saya tahu awak cef yang berbakat. 328 00:15:30,763 --> 00:15:31,639 Hei. 329 00:15:32,389 --> 00:15:33,223 Kenapa? 330 00:15:34,058 --> 00:15:35,017 Tak ada apa. 331 00:15:35,351 --> 00:15:36,477 Betul? Awak pasti? 332 00:15:37,102 --> 00:15:39,647 Rasa macam awak tiada di sini. Awak cuma... 333 00:15:41,231 --> 00:15:42,650 Awak nak saya makan macam mana? 334 00:15:42,733 --> 00:15:43,651 Macam ini? 335 00:15:45,611 --> 00:15:48,197 Tak, saya cuma nak ajak awak berbual 336 00:15:48,280 --> 00:15:50,282 dan dengar bila saya bercakap. 337 00:15:50,366 --> 00:15:51,825 Mungkin saya nak lupakan 338 00:15:51,909 --> 00:15:54,620 malam dahsyat yang berlaku pada saya. 339 00:15:55,162 --> 00:15:56,455 Ingat lagi tak? 340 00:15:56,538 --> 00:15:59,124 Saya pergi ke tayangan perdana filem pertama saya, 341 00:15:59,208 --> 00:16:00,834 tapi bahagian saya dipotong semuanya? 342 00:16:00,918 --> 00:16:03,796 Kemudian awak pula mabuk dan mengamuk dengan pengarahnya? 343 00:16:04,380 --> 00:16:05,714 Okey, saya minta maaf. 344 00:16:06,465 --> 00:16:08,217 Niat saya baik. 345 00:16:08,509 --> 00:16:10,594 Saya bersimpati babak awak dipotong. 346 00:16:10,678 --> 00:16:11,762 Tak apa. 347 00:16:14,932 --> 00:16:17,434 Tapi sebelum itu pun, awak asyik senyap. 348 00:16:17,518 --> 00:16:18,727 Awak ada masalah? 349 00:16:19,853 --> 00:16:20,771 Baiklah. 350 00:16:21,063 --> 00:16:23,232 Kalau awak nak cakap tentang itu, boleh. 351 00:16:23,315 --> 00:16:24,984 Saya akan berterus terang, 352 00:16:25,067 --> 00:16:27,820 tapi janji jangan marah saya, barulah kita boleh bincang. 353 00:16:28,112 --> 00:16:29,989 Saya janji. Terus-terang dengan saya. 354 00:16:35,077 --> 00:16:39,039 Saya betul-betul takut masa kita di majlis kahwin Larry dan Andrea. 355 00:16:40,124 --> 00:16:42,042 Bila dengar ikrar mereka, 356 00:16:42,960 --> 00:16:46,046 fikir tentang perkahwinan dan semua itu buat saya... 357 00:16:47,131 --> 00:16:48,340 Buat saya takut. 358 00:16:48,841 --> 00:16:50,384 - Kenapa? - Saya tak tahu. 359 00:16:50,467 --> 00:16:53,095 Seolah-olah macam masa kita berusia 20-an, 360 00:16:54,430 --> 00:16:57,307 jalan yang ada dalam hidup kita tak jelas. 361 00:16:57,391 --> 00:16:58,976 Kita tak tahu hala tuju kita. 362 00:16:59,059 --> 00:17:01,437 Ada selekoh yang kita tak jangka. Ada kejutan. 363 00:17:01,520 --> 00:17:03,147 Kemudian bila makin tua, 364 00:17:03,522 --> 00:17:06,984 jalan itu makin jelas dan kita tahu kita nak ke mana. 365 00:17:07,067 --> 00:17:09,028 Kejutan dan keseronokan dah kurang. 366 00:17:09,111 --> 00:17:10,821 Kita dah nampak apa di depan. 367 00:17:10,946 --> 00:17:14,324 Jadi, apa maksud awak? Hubungan kita tak cukup seronok? 368 00:17:14,575 --> 00:17:16,326 Tak. Maksud saya, 369 00:17:17,036 --> 00:17:19,455 di umur begini, semuanya penting. 370 00:17:19,538 --> 00:17:21,874 Apa yang kita buat dalam hidup, dengan siapa kita bersama, 371 00:17:21,957 --> 00:17:24,251 mungkin itulah takdirnya, bukan? 372 00:17:24,418 --> 00:17:26,962 Tekanannya juga banyak. 373 00:17:27,129 --> 00:17:28,464 Okey, saya faham. 374 00:17:28,797 --> 00:17:31,925 Tapi maksud awak, awak tak pasti sama ada nak bersama saya? 375 00:17:32,342 --> 00:17:35,637 - Bukan itu maksud saya. - Bunyi macam itu maksud awak. 376 00:17:35,721 --> 00:17:39,767 Awak tak pasti nak bersama saya, awak tak suka jalan itu 377 00:17:39,850 --> 00:17:43,520 dan awak tak nak teruskan hubungan ini. 378 00:17:44,146 --> 00:17:45,230 Bukan. 379 00:17:45,564 --> 00:17:48,358 Tapi kalau betul, adakah bermakna saya jahat? 380 00:17:48,442 --> 00:17:50,527 Atau awak sendiri 100 peratus pasti? 381 00:17:50,611 --> 00:17:52,237 Awak tak ragu-ragu, tak takut? 382 00:17:52,321 --> 00:17:54,448 Tak, saya tak 100 peratus pasti. 383 00:17:54,531 --> 00:17:56,241 Berapa peratus yang awak pasti? 384 00:17:58,660 --> 00:18:01,038 Apa kata kita tulis? 385 00:18:01,121 --> 00:18:02,956 Menarik juga eksperimen begitu. 386 00:18:03,165 --> 00:18:05,334 Betulkah? Awak nak tulis? 387 00:18:05,417 --> 00:18:07,920 Berapa peratus saya rasa kita akan bersama? 388 00:18:08,003 --> 00:18:10,839 Itu idea bodoh. Kenapa kita tak bincang saja? 389 00:18:11,423 --> 00:18:14,968 Saya dah cuba berbincang dan awak tiba-tiba marah saya. 390 00:18:15,052 --> 00:18:16,887 Okey, baik kita tulis saja. 391 00:18:31,068 --> 00:18:31,985 80. 392 00:18:33,320 --> 00:18:34,154 70. 393 00:18:34,696 --> 00:18:36,198 Apa? 70 itu cukup banyak. 394 00:18:36,824 --> 00:18:38,534 Tak sebanyak saya tulis, 80. 395 00:18:38,617 --> 00:18:41,578 Saya gembira awak tulis banyak itu, tapi 70 pun sama banyak. 396 00:18:41,662 --> 00:18:44,706 Tak. Kalau filem di Rotten Tomatoes dapat 70 peratus, 397 00:18:44,790 --> 00:18:46,542 orang kata ada ulasan baik dan buruk. 398 00:18:46,625 --> 00:18:48,168 Saya takkan tengok filem itu. 399 00:18:48,252 --> 00:18:51,380 Jadi kalau hubungan kita ini filem, awak takkan pergi tengok. 400 00:18:51,463 --> 00:18:52,631 Saya konservatif. 401 00:18:52,714 --> 00:18:54,883 Saya tak nak letak terlalu banyak dan awak letak sikit. 402 00:18:55,467 --> 00:18:56,301 Itu penting? 403 00:18:56,385 --> 00:18:59,680 Bukankah kita sepatutnya tulis 100 peratus tanpa berfikir panjang? 404 00:18:59,805 --> 00:19:01,682 Larry dan Andrea 100 peratus. Ia wujud. 405 00:19:01,765 --> 00:19:05,561 Kalau kita tak 100 peratus pasti, kenapa kita nak teruskan lagi? 406 00:19:06,145 --> 00:19:09,314 Nampaknya awak dah yakin dengan tahap hubungan kita. 407 00:19:13,318 --> 00:19:16,280 Saya rasa baik saya tumpang rumah Melinda sekejap. 408 00:19:16,363 --> 00:19:18,157 Kejap. Jadi awak nak pergi? 409 00:19:18,240 --> 00:19:19,449 Keluar dari pangsapuri ini? 410 00:19:19,533 --> 00:19:22,536 Ya, saya 100 peratus yakin tak nak dekat dengan awak sekarang. 411 00:19:25,122 --> 00:19:27,291 Oh Tuhan. Permainan itu bunyi teruk. 412 00:19:27,374 --> 00:19:28,834 Kenapa kau buat begitu? 413 00:19:28,917 --> 00:19:31,503 Entahlah. Nampak macam okey waktu itu. 414 00:19:31,587 --> 00:19:34,339 Bila difikirkan balik, aku bersungguh-sungguh waktu itu. 415 00:19:34,423 --> 00:19:36,884 Mungkin aku boleh buat begitu kalau nak putuskan hubungan. 416 00:19:36,967 --> 00:19:39,344 Yang pasti, ia buat Rachel cepat naik angin. 417 00:19:39,720 --> 00:19:41,722 Jadi kamu berdua memang dah putus? 418 00:19:42,347 --> 00:19:44,266 Aku tak pasti. Penamatnya kabur. 419 00:19:44,349 --> 00:19:46,768 Dia tumpang rumah kawan dia untuk beberapa hari. 420 00:19:46,894 --> 00:19:49,646 Tapi sebenarnya, niat kau tak salah. 421 00:19:49,730 --> 00:19:51,231 Kau bukan 22 tahun lagi. 422 00:19:51,315 --> 00:19:53,442 Ini masa untuk serius dalam perhubungan. 423 00:19:53,525 --> 00:19:56,820 Dah tak boleh main-main. Mungkin bagus juga jadi begini. 424 00:19:58,071 --> 00:19:58,906 Mungkin. 425 00:19:59,031 --> 00:20:02,159 Aku cuma perlukan beberapa hari, lepas itu kami boleh bincang. 426 00:20:02,326 --> 00:20:05,120 Bila kau tutup mata, kau nampak bayangan Dev dan Rachel 427 00:20:05,204 --> 00:20:08,165 dalam rumah yang selesa dengan anak-anak yang berlari-lari 428 00:20:08,248 --> 00:20:11,752 atau kau nampak Dev melancong dengan wanita lain? 429 00:20:14,713 --> 00:20:15,923 Aku nampak gelap. 430 00:20:16,423 --> 00:20:18,675 Oh Tuhan. Dunia nak kiamat. 431 00:20:22,054 --> 00:20:24,556 "Aku melihat kehidupan tumbuh depan mataku 432 00:20:24,723 --> 00:20:27,351 seperti pokok ara dalam kisah itu. 433 00:20:29,144 --> 00:20:32,564 Dari hujung setiap dahan seperti buah ara ungu yang gemuk, 434 00:20:32,648 --> 00:20:35,025 masa depan yang indah menyapa. 435 00:20:36,985 --> 00:20:38,904 Sebiji buah ara adalah si suami, 436 00:20:38,987 --> 00:20:40,948 rumah dan anak-anak yang gembira. 437 00:20:41,615 --> 00:20:44,243 Sebiji buah ara lagi ialah penyair terkenal. 438 00:20:44,326 --> 00:20:47,079 Sebiji lagi, pensyarah yang bijak. 439 00:20:48,413 --> 00:20:50,332 Sebiji lagi Eropah, 440 00:20:50,415 --> 00:20:52,793 Afrika dan Amerika Selatan. 441 00:20:53,460 --> 00:20:57,422 Sebiji lagi Constantine, Socrates, Attila 442 00:20:57,506 --> 00:20:59,174 dan pasangan-pasangan lain 443 00:20:59,258 --> 00:21:01,969 dengan nama yang pelik dan kerjaya luar biasa. 444 00:21:02,803 --> 00:21:04,888 Jauh di atas buah-buah ara ini, 445 00:21:05,222 --> 00:21:08,016 ada banyak lagi buah ara yang aku tak tahu apa. 446 00:21:09,476 --> 00:21:12,813 Aku melihat diriku duduk di pangkal pokok ara ini, 447 00:21:12,896 --> 00:21:16,316 kebuluran, sebab aku tak dapat memilih 448 00:21:16,400 --> 00:21:18,360 buah ara mana yang ingin dipetik. 449 00:21:18,944 --> 00:21:20,654 Aku mahu semuanya sekali, 450 00:21:20,779 --> 00:21:23,782 tapi jika aku pilih satu, aku akan terlepas yang lain. 451 00:21:24,408 --> 00:21:26,994 Sambil aku duduk, masih belum memilih, 452 00:21:27,244 --> 00:21:29,496 buah-buah itu mula mengecut dan lebam. 453 00:21:30,330 --> 00:21:31,456 Satu persatu, 454 00:21:31,540 --> 00:21:34,459 ia gugur ke tanah, di kakiku." 455 00:21:48,515 --> 00:21:50,475 - Hei. - Hei, apa khabar? 456 00:21:51,393 --> 00:21:54,062 Boleh tak kita jumpa dan bincang? 457 00:21:54,438 --> 00:21:56,857 Ya, saya rasa kita patut jumpa. 458 00:22:02,154 --> 00:22:03,071 Hei. 459 00:22:03,655 --> 00:22:04,531 Hei. 460 00:22:04,990 --> 00:22:06,116 Rambut awak merah. 461 00:22:07,034 --> 00:22:09,661 Dev, saya nak pindah ke Tokyo. 462 00:22:11,121 --> 00:22:11,955 Apa? 463 00:22:13,123 --> 00:22:14,499 Kenapa awak nak pindah? 464 00:22:15,751 --> 00:22:17,461 Saya ingat semuanya okey. 465 00:22:17,753 --> 00:22:20,547 Kemudian saya mula terfikir apa yang awak cakap 466 00:22:20,630 --> 00:22:22,424 tentang perjalanan hidup kita 467 00:22:22,507 --> 00:22:24,718 dan betul juga cakap awak. 468 00:22:24,801 --> 00:22:28,347 Kemudian saya teringat kakak saya yang teringin nak tinggal di Paris, 469 00:22:28,430 --> 00:22:30,807 tapi sekarang dia tak boleh. 470 00:22:30,932 --> 00:22:34,102 Kalau saya tak buat sekarang, saya takkan buat langsung. 471 00:22:34,186 --> 00:22:37,522 Awak dah fikir masak-masak? Awak nak kerja apa? 472 00:22:37,606 --> 00:22:39,441 Awak tak tahu cakap bahasa Jepun. 473 00:22:39,524 --> 00:22:41,318 Entahlah, nanti saya fikirkan. 474 00:22:41,860 --> 00:22:45,530 Saya cintakan awak, tapi saya nak pergi. 475 00:22:45,614 --> 00:22:48,533 Ini penting buat saya. Saya tak nak tertanya-tanya, 476 00:22:48,617 --> 00:22:50,744 "Macam mana kalau saya ke Jepun dulu?" 477 00:22:52,204 --> 00:22:53,997 Saya asyik ambil jalan selamat 478 00:22:54,081 --> 00:22:56,166 dan saya dah serik. 479 00:22:56,792 --> 00:23:00,504 Zaman kita untuk buat kerja gila dalam hidup dah makin singkat. 480 00:23:00,712 --> 00:23:05,217 Saya tak nak bangun satu hari nanti dan sedar yang peluang itu dah tertutup. 481 00:23:06,051 --> 00:23:07,552 Maafkan saya. 482 00:23:08,678 --> 00:23:10,472 Saya betul-betul minta maaf. 483 00:23:15,394 --> 00:23:18,563 Saya tak sangka mereka potong semua bahagian kita berdua. 484 00:23:18,647 --> 00:23:19,481 Ya. 485 00:23:19,564 --> 00:23:21,650 Saya dah pernah kena dalam The Cookout 3. 486 00:23:21,983 --> 00:23:26,238 Plot sampingan saya kalahkan Marquise dalam pertandingan makan pai kena buang. 487 00:23:27,322 --> 00:23:28,615 Macam mana keadaan awak? 488 00:23:29,741 --> 00:23:30,575 Sebenarnya, 489 00:23:31,118 --> 00:23:34,371 selain masalah filem itu, kekasih saya tinggalkan saya. 490 00:23:34,579 --> 00:23:35,789 Dia pindah ke Jepun. 491 00:23:36,623 --> 00:23:38,959 Dia pergi sejauh yang boleh, ya. 492 00:23:39,543 --> 00:23:40,377 Ya. 493 00:23:41,670 --> 00:23:43,505 Teruk betul. 494 00:23:45,173 --> 00:23:49,427 Saya beri idea di mana kami kena tulis berapa peratus 495 00:23:49,511 --> 00:23:52,389 kami rasa yang kami ditakdirkan bersama. 496 00:23:53,014 --> 00:23:54,307 Tak berakhir dengan baik. 497 00:23:54,391 --> 00:23:56,810 Dah tentulah. Itu idea yang bodoh. 498 00:23:56,893 --> 00:23:57,894 Kenapa awak buat begitu? 499 00:23:58,478 --> 00:24:02,023 - Saya tak tahu. - Sangat kurang bijak. 500 00:24:02,232 --> 00:24:03,400 Sangat bodoh. 501 00:24:06,903 --> 00:24:07,904 Dia tulis berapa? 502 00:24:08,864 --> 00:24:10,157 70. 503 00:24:10,240 --> 00:24:11,199 Boleh tahan. 504 00:24:11,283 --> 00:24:12,701 70 itu tak bagus. 505 00:24:13,201 --> 00:24:14,870 Itu gred C tolak. Teruk. 506 00:24:14,953 --> 00:24:16,830 Kalau 20 atau 30 barulah teruk. 507 00:24:16,913 --> 00:24:18,415 70 itu baik. 508 00:24:18,498 --> 00:24:20,625 Maksudnya lulus. 509 00:24:21,251 --> 00:24:22,752 Sepatutnya 100, bukan? 510 00:24:22,836 --> 00:24:24,963 Saya ke majlis perkahwinan kawan. 511 00:24:25,422 --> 00:24:28,133 Mereka baca ikrar dan ikrar mereka luar biasa. 512 00:24:28,216 --> 00:24:33,638 Saya tahu, memanglah semua ikrar romantik. 513 00:24:34,598 --> 00:24:36,183 Tapi saya rasa mereka capai 100. 514 00:24:36,266 --> 00:24:38,810 Menarik, tapi tiada siapa capai 100. 515 00:24:38,894 --> 00:24:42,272 Rumah tangga saya pun bahagia, tapi kadangkala kami cuma 90 peratus. 516 00:24:42,355 --> 00:24:44,691 Sekali-sekala 20 atau 30. 517 00:24:45,025 --> 00:24:46,026 Ada naik turun. 518 00:24:46,109 --> 00:24:48,111 Ia takkan kekal sama sepanjang masa. 519 00:24:48,195 --> 00:24:49,905 Oh Tuhan. 520 00:24:50,238 --> 00:24:52,324 Awak berlakon iklan Mucinex, bukan? 521 00:24:52,949 --> 00:24:55,118 - Ya, saya. - Biar betul? 522 00:24:55,744 --> 00:24:57,954 Oh Tuhan. Awaklah tahi hidung itu. 523 00:24:58,038 --> 00:24:59,623 "Tidak, bukan Mucinex!" 524 00:25:01,124 --> 00:25:02,083 Seronoknya. 525 00:25:03,501 --> 00:25:05,128 Saya berborak dengan kawan, jadi... 526 00:25:05,212 --> 00:25:07,047 Baguslah. Okey. 527 00:25:11,885 --> 00:25:14,221 Dia ambil gambar saya tanpa minta izin. 528 00:25:14,304 --> 00:25:15,472 Biadab betul. 529 00:25:18,225 --> 00:25:21,061 Saya simpati tentang kekasih awak. Kasihan awak. 530 00:25:21,645 --> 00:25:23,939 Memang susah. Saya tak tahu nak buat apa. 531 00:25:24,022 --> 00:25:25,565 Hubungan jangka panjang memang susah. 532 00:25:26,608 --> 00:25:30,362 Kita tak boleh harap api akan terus membara, bukan? 533 00:25:30,987 --> 00:25:33,114 Kita tak boleh bercita-cita tinggi. 534 00:25:33,198 --> 00:25:36,618 Kita kena mula dengan benda kecil. Contohnya, menyalakan api itu, betul tak? 535 00:25:36,701 --> 00:25:40,121 Kemudian masukkan ranting kecil, diikuti dengan kayu yang lebih besar. 536 00:25:40,205 --> 00:25:42,249 Barulah dapat api yang membara. 537 00:25:42,540 --> 00:25:45,585 Itu barulah hubungan yang baik, bukan? 538 00:25:46,211 --> 00:25:47,337 Tapi hati-hati. 539 00:25:48,088 --> 00:25:50,257 Kadangkala susah nak cari pencetus. 540 00:25:50,340 --> 00:25:51,841 Macam kayu yang sesuai. 541 00:25:52,217 --> 00:25:53,093 Jadi, 542 00:25:53,718 --> 00:25:55,220 jangan berhenti berusaha. 543 00:26:08,233 --> 00:26:11,569 MENEMPAH PENERBANGAN 544 00:26:11,653 --> 00:26:13,071 DEV, ANDA DAH SEDIA UNTUK PERGI! 545 00:26:28,878 --> 00:26:31,006 - Encik nak selimut? - Terima kasih. 546 00:26:39,347 --> 00:26:40,974 Awak pernah pergi? 547 00:26:41,600 --> 00:26:43,310 Tak pernah. Ini kali pertama. 548 00:26:45,061 --> 00:26:47,230 Jadi, kenapa awak nak ke Itali? 549 00:26:49,899 --> 00:26:50,775 Pasta? 550 00:26:51,276 --> 00:26:55,280 Saya suka sangat makan dan buat pasta. 551 00:26:55,530 --> 00:26:57,991 Beberapa hari lepas, saya kemas barang-barang 552 00:26:58,074 --> 00:27:00,577 dan mahu pindah ke Itali untuk belajar di kelas pasta. 553 00:27:01,161 --> 00:27:02,662 Berapa lama awak di sana? 554 00:27:03,538 --> 00:27:04,497 Saya tak tahu. 555 00:27:05,123 --> 00:27:06,333 Langkah yang berani. 556 00:27:06,875 --> 00:27:09,169 Awak buat keputusan begitu saja? 557 00:27:10,170 --> 00:27:11,379 Begitu saja. 558 00:27:15,633 --> 00:27:17,635 Terjemahan sari kata oleh Sharifah Salwa