1 00:00:05,005 --> 00:00:07,173 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:10,135 --> 00:00:11,803 MEMPERSEMBAHKAN 3 00:00:12,554 --> 00:00:17,475 LELAKI LAIN 4 00:00:48,006 --> 00:00:49,966 Mangsa jangkitan dah hampir! 5 00:00:50,800 --> 00:00:53,636 Bergurau saja. Awak selamat di bahagian makanan. 6 00:00:53,720 --> 00:00:56,431 - Colin Salmon. - Hai, saya Dev, peminat awak. 7 00:00:57,599 --> 00:01:00,018 Awak tambah tenaga untuk babak itu. Bagus. 8 00:01:00,101 --> 00:01:02,812 Tapi jangan ambil banyak produk tenusu. Tak elok untuk suara. 9 00:01:02,896 --> 00:01:05,648 Saya dah makan dua. Tak sabar untuk babak hari ini. 10 00:01:05,732 --> 00:01:06,816 Saya juga. 11 00:01:07,067 --> 00:01:09,360 Tapi hari ini juga hari ulang tahun 12 00:01:09,444 --> 00:01:11,654 kehilangan kucing saya, Shakespeare, 13 00:01:12,072 --> 00:01:13,907 jadi langit terasa mendung hari ini. 14 00:01:15,450 --> 00:01:16,993 Saya bersimpati. Apa yang jadi? 15 00:01:17,327 --> 00:01:20,288 Saya bawa ia ke tayangan perdana Alien vs. Predator di Swiss. 16 00:01:20,371 --> 00:01:23,208 Kami berkelah di Tasik Geneva, tiba-tiba burung hantu datang. 17 00:01:23,291 --> 00:01:25,210 Ia menyambar Shakespeare. 18 00:01:25,502 --> 00:01:28,505 Ia terbang entah ke mana. Lepas itu kami tak berjumpa lagi. 19 00:01:28,755 --> 00:01:32,842 Memori peristiwa kejam dibayangi gunung semasa matahari terbenam itu, 20 00:01:33,510 --> 00:01:35,386 takkan saya lupakan. 21 00:01:39,599 --> 00:01:40,683 Baiklah, 22 00:01:41,267 --> 00:01:42,769 gembira dapat berkenalan. 23 00:01:43,686 --> 00:01:45,814 Saya nak makan bagel kismis kulit kayu manis. 24 00:01:45,980 --> 00:01:47,023 Jumpa di set. 25 00:01:49,150 --> 00:01:50,151 Okey. 26 00:01:54,697 --> 00:01:58,076 Dalam babak ini, kamu akan dihurung oleh segerombolan mangsa. 27 00:01:58,159 --> 00:01:59,869 Kamu akan pakai sut mekanikal. 28 00:01:59,953 --> 00:02:02,705 Kalau kamu nak tahu, inilah rupa sut itu. 29 00:02:03,540 --> 00:02:06,292 Tapi sebenarnya, babak ini akan dibuat dalam pasca penerbitan. 30 00:02:06,376 --> 00:02:09,337 Macam tak bermakna. Kami tak perlukan kamu pun. 31 00:02:09,420 --> 00:02:11,631 Babak ini 99 peratus guna IJK. 32 00:02:12,215 --> 00:02:13,508 Walaupun begitu, 33 00:02:14,008 --> 00:02:15,969 pergi ambil tempat masing-masing. 34 00:02:18,972 --> 00:02:19,806 Mula! 35 00:02:19,889 --> 00:02:22,517 Mereka dah dekat! Bersedia. 36 00:02:26,688 --> 00:02:29,899 Mereka terlalu ramai. Kita takkan dapat keluar dari sini. 37 00:02:30,650 --> 00:02:33,111 Bukan kita, tapi awak akan keluar. 38 00:02:40,493 --> 00:02:41,411 Berhenti. 39 00:02:43,163 --> 00:02:45,081 - Bagus. - Berhenti. Sepuluh minit. 40 00:02:45,165 --> 00:02:45,999 Rasanya. 41 00:02:46,082 --> 00:02:50,295 Lepas buat IJK baru kita tahu hasilnya, itu pun makan masa lebih setahun. 42 00:02:52,172 --> 00:02:53,715 Supaya lebih faham babak ini, 43 00:02:53,798 --> 00:02:56,384 berapa jarak mangsa dari kami sebelum mereka menghampiri? 44 00:02:57,093 --> 00:02:58,469 Itu tak penting. 45 00:02:58,553 --> 00:02:59,554 Okey. 46 00:03:01,097 --> 00:03:04,601 Perlukah saya cakap sesuatu untuk galakkan watak Colin keluar dari situ? 47 00:03:04,684 --> 00:03:06,102 Mungkin macam, 48 00:03:06,686 --> 00:03:08,313 "Keluar dari sini, bedebah! 49 00:03:08,438 --> 00:03:10,815 Saya akan halang! Ceritakan kisah saya!" 50 00:03:10,982 --> 00:03:12,984 Bagus sekali. Saya suka. 51 00:03:13,067 --> 00:03:15,153 - Saya suka! - Cakaplah apa awak nak. 52 00:03:15,236 --> 00:03:17,071 Filem ini bukan tentang ayat. 53 00:03:20,783 --> 00:03:22,202 Awak pandai reka dialog. 54 00:03:22,660 --> 00:03:24,204 Awak bukan penulis, bukan? 55 00:03:24,287 --> 00:03:27,624 Pernah terfikir nak tulis skrip lakon layar. Jadi, lebih kuranglah. 56 00:03:27,707 --> 00:03:31,294 Saya ada idea untuk buat filem dan saya perlukan orang untuk beri idea. 57 00:03:31,461 --> 00:03:33,713 Nak datang ke treler saya untuk bincang? 58 00:03:34,422 --> 00:03:35,590 Ya, boleh juga. 59 00:03:35,673 --> 00:03:38,092 Kenapa treler awak selalu berbau Cinnabon? 60 00:03:38,176 --> 00:03:39,719 Sebab saya buat roti Cinnabon. 61 00:03:39,802 --> 00:03:40,929 - Betulkah? - Ya. 62 00:03:41,304 --> 00:03:43,640 Saya ada ketuhar kecil. Ia menakjubkan. 63 00:03:44,057 --> 00:03:46,392 Datanglah lepas makan tengah hari esok. 64 00:03:46,476 --> 00:03:48,394 Jangan makan banyak, ada pencuci mulut. 65 00:03:49,395 --> 00:03:51,481 Ada Cinnabon yang kita sebut tadi. 66 00:03:51,564 --> 00:03:52,690 Okey. 67 00:03:54,776 --> 00:03:58,947 - Kenapa kau bawa aku? - Sebab kau geng aku. Kawan aku. 68 00:03:59,030 --> 00:04:01,491 - Nak kenalkan dengan rakan sekerja. - Baiknya kau. 69 00:04:01,574 --> 00:04:03,034 Aku cuba pikat seseorang 70 00:04:03,117 --> 00:04:05,703 dan kalau aku datang seorang, nampak menyedihkan. 71 00:04:06,037 --> 00:04:06,955 Aku faham. 72 00:04:07,080 --> 00:04:09,207 Aku ajak orang lain dan semua tak nak. 73 00:04:09,290 --> 00:04:10,291 Bagus, terima kasih. 74 00:04:10,708 --> 00:04:12,335 Ada champagne. Saya nak. 75 00:04:12,794 --> 00:04:13,753 Terima kasih. 76 00:04:15,129 --> 00:04:17,048 Jadi, siapa wanita bertuah itu? 77 00:04:18,091 --> 00:04:18,967 Itu dia. 78 00:04:19,259 --> 00:04:21,261 Carla Meyers, ketua editor baharu. 79 00:04:21,344 --> 00:04:23,346 - Cantik, bukan? - Yang mana? 80 00:04:23,429 --> 00:04:26,474 - Sana, yang bertulang merah itu. - Tak ada bertulang merah pun. 81 00:04:26,933 --> 00:04:28,393 Maksudnya berkulit cerah. 82 00:04:28,476 --> 00:04:30,728 Itu gelaran orang negro yang berkulit cerah. 83 00:04:30,812 --> 00:04:34,023 - Jadi, Halle Berry itu bertulang merah? - Tak, dia karamel. 84 00:04:34,107 --> 00:04:36,317 Jadi, ini masalahnya. Dia suka lelaki, 85 00:04:36,401 --> 00:04:38,444 tapi kebelakangan ini aku dapat rasa aura dia. 86 00:04:38,528 --> 00:04:40,363 Aura yang dia nak jadi lesbian? 87 00:04:40,446 --> 00:04:43,408 Tak, macam dia berminat untuk pengembaraan dengan Denise. 88 00:04:43,491 --> 00:04:45,618 Aku bukan nak ubah kecenderungan seksual wanita, Dev. 89 00:04:45,702 --> 00:04:47,870 Cuma nak ke syurga satu malam. 90 00:04:47,954 --> 00:04:50,665 - Aku sediakan perkhidmatan. - Perkhidmatan apa? 91 00:04:50,748 --> 00:04:53,501 Aku boleh puaskan wanita dalam masa 20 minit. 92 00:04:53,584 --> 00:04:56,170 Bagus perkhidmatan kau. Aku jadi orang kanan kau. 93 00:04:56,796 --> 00:04:57,922 Alamak. Dia datang. 94 00:04:59,173 --> 00:05:00,508 Buat macam biasa. 95 00:05:00,591 --> 00:05:03,469 - Denise! - Hei, Carla! Apa khabar? 96 00:05:03,553 --> 00:05:05,054 - Cantik sut awak. - Terima kasih. 97 00:05:05,138 --> 00:05:07,682 - Awak menyerlah. - Terima kasih. Dia siapa? 98 00:05:07,765 --> 00:05:09,684 Saya tak kenal. Mari kita minum. 99 00:05:10,935 --> 00:05:12,145 Terima kasih. 100 00:05:17,900 --> 00:05:18,818 Maafkan saya. 101 00:05:18,901 --> 00:05:21,779 Hei, Vineet, saya Nina. Gembira dapat jumpa awak. 102 00:05:21,863 --> 00:05:23,781 Awak salah orang. Saya bukan Vineet. 103 00:05:23,865 --> 00:05:24,699 Saya tahu. 104 00:05:24,782 --> 00:05:27,243 Saya cuma nak lari dari dia. Buat-buat bercakap dengan saya. 105 00:05:27,327 --> 00:05:28,536 Okey. 106 00:05:29,078 --> 00:05:31,706 Saya perlu lakonkan watak Vineet atau jadi diri sendiri? 107 00:05:31,789 --> 00:05:33,708 Awak boleh jadi diri sendiri. 108 00:05:34,292 --> 00:05:36,919 Macam mana kalau jadi Darwish, yang jual traktor? 109 00:05:37,003 --> 00:05:38,880 Okey, Darwish. 110 00:05:38,963 --> 00:05:41,049 Macam mana perniagaan traktor awak? 111 00:05:41,716 --> 00:05:42,759 Tak bagus. 112 00:05:42,842 --> 00:05:46,095 - Saya tak dapat jual sebuah pun. - Aduhai. 113 00:05:46,179 --> 00:05:48,306 Ya, rupa-rupanya tiada tanah ladang di Manhattan. 114 00:05:48,389 --> 00:05:50,433 Tempat ini tak sesuai untuk buka kedai. 115 00:05:51,017 --> 00:05:53,394 - Saya Dev. - Nina Stanton, pengkritik makanan. 116 00:05:53,478 --> 00:05:54,353 Apa? 117 00:05:54,437 --> 00:05:57,482 Bukankah itu pekerjaan yang sangat hebat dan mudah? 118 00:05:57,565 --> 00:06:00,401 Apa restoran terbaik yang awak pergi baru-baru ini? 119 00:06:00,485 --> 00:06:02,653 - Dirty French. - Apa hidangan kesukaan awak? 120 00:06:03,112 --> 00:06:04,072 Ayam dan crepes. 121 00:06:04,447 --> 00:06:06,991 Tulis apa yang awak cakap. Itu satu ulasan. 122 00:06:08,910 --> 00:06:11,412 Jadi, bila awak buat tempahan di restoran, 123 00:06:11,496 --> 00:06:13,706 awak guna nama palsu atau nama sebenar? 124 00:06:13,790 --> 00:06:15,833 Orang dah kenal muka saya, 125 00:06:15,917 --> 00:06:18,377 tapi bila buat tempahan, saya guna nama palsu. 126 00:06:18,461 --> 00:06:21,672 Saya boleh jadi pengkritik yang bagus. Saya ada banyak nama palsu. 127 00:06:22,006 --> 00:06:23,341 Bartholomew Cubbins, 128 00:06:24,175 --> 00:06:25,510 Yahweh Manchester 129 00:06:25,968 --> 00:06:28,638 dan yang paling saya suka, Essence. 130 00:06:29,597 --> 00:06:30,973 Tengok? Awak ada bakat. 131 00:06:31,057 --> 00:06:33,142 Kalau saya perlukan perantis, saya hubungi awak. 132 00:06:33,226 --> 00:06:34,060 Baiklah. 133 00:06:34,936 --> 00:06:36,646 Awak nak kerja di bawah saya? 134 00:06:38,106 --> 00:06:40,274 Jujurnya. Ya, boleh juga. 135 00:06:47,698 --> 00:06:49,617 Semua ini hebat. Awak hebat. 136 00:06:57,041 --> 00:06:59,669 Ada orang cakap tak yang ciuman awak lancar? 137 00:07:00,795 --> 00:07:02,505 Hei, awak nak ganja? 138 00:07:02,755 --> 00:07:06,592 Perisa nanas ungu. Saya selalu hisap sebelum berasmara. 139 00:07:06,676 --> 00:07:08,719 Alamak! Awak hisap sekarang! 140 00:07:09,971 --> 00:07:11,347 Hebatnya. 141 00:07:11,973 --> 00:07:13,266 Sangat menakjubkan. 142 00:07:13,683 --> 00:07:15,101 Saya suka semua ini. 143 00:07:19,522 --> 00:07:21,315 Nina, awak sangat hebat. 144 00:07:21,399 --> 00:07:23,234 Saya suka aura awak. 145 00:07:25,445 --> 00:07:26,654 Saya tak tahu pun... 146 00:07:29,907 --> 00:07:32,368 Ini perkara paling hebat pernah berlaku pada saya. 147 00:07:32,452 --> 00:07:35,455 Boleh kita berhenti sekejap untuk mengakui kehebatan ini? 148 00:07:38,916 --> 00:07:39,792 Apa? 149 00:07:40,168 --> 00:07:42,378 Awak ada pangsapuri yang cantik juga? 150 00:07:42,795 --> 00:07:46,340 Gila betullah. Adakah saya sedang bermimpi? 151 00:07:46,841 --> 00:07:49,302 Saya dah jadi macam Vanilla Sky? 152 00:07:49,385 --> 00:07:50,845 Saya nak minum wain. Awak nak? 153 00:07:50,928 --> 00:07:51,929 Ya. 154 00:07:52,972 --> 00:07:54,515 Tengoklah pemandangan ini! 155 00:07:54,599 --> 00:07:57,101 Awak dapat sejuta dolar untuk satu ulasan? 156 00:07:58,060 --> 00:07:59,395 Ya, lebih kurang. 157 00:07:59,770 --> 00:08:03,191 "Landak laut dengan wasabi. Konsepnya bercita-cita tinggi, 158 00:08:03,274 --> 00:08:05,151 namun rasanya mengecewakan." 159 00:08:05,234 --> 00:08:06,944 Satu juta dolar. 160 00:08:14,160 --> 00:08:15,244 Awak ada kondom? 161 00:08:16,120 --> 00:08:17,497 Ya, ada. 162 00:08:20,583 --> 00:08:21,709 Hei. 163 00:08:23,628 --> 00:08:25,463 Siapa lelaki di pantai itu? 164 00:08:26,088 --> 00:08:27,089 Itu abang saya. 165 00:08:28,966 --> 00:08:33,221 Kenapa awak nampak macam awak dah kahwin dengan abang awak? 166 00:08:35,306 --> 00:08:37,058 Okey, saya dah kahwin. 167 00:08:37,141 --> 00:08:39,143 - Jahanam! Tolonglah! - Tidak. 168 00:08:39,227 --> 00:08:41,103 Saya dah agak ini mustahil untuk saya. 169 00:08:41,187 --> 00:08:42,855 Nina, tak boleh. 170 00:08:42,980 --> 00:08:44,607 Saya tak boleh buat begini. 171 00:08:44,690 --> 00:08:46,734 Tak apa. 172 00:08:46,817 --> 00:08:48,361 Tidak! 173 00:08:48,444 --> 00:08:50,279 Saya tak nak suami awak bunuh saya. 174 00:08:50,363 --> 00:08:51,948 Saya tak nak jadi perosak rumah tangga. 175 00:08:52,031 --> 00:08:53,824 Tak, bukan awak yang curang. 176 00:08:54,492 --> 00:08:56,160 Rumah tangga saya, hal saya. 177 00:08:56,244 --> 00:08:58,579 Kalau saya tak kisah, awak tak perlu risau. 178 00:09:00,081 --> 00:09:00,957 Maksud saya... 179 00:09:02,458 --> 00:09:05,127 Saya nak berasmara dengan awak, tapi... 180 00:09:06,587 --> 00:09:08,798 Tak, saya tak boleh. Ini kerja bodoh. 181 00:09:12,218 --> 00:09:13,803 Awak kisah tentang alam sekitar? 182 00:09:14,595 --> 00:09:16,055 Syarikat suami saya 183 00:09:16,639 --> 00:09:18,724 ialah pencemar nombor satu di Sungai Hudson. 184 00:09:18,808 --> 00:09:21,394 Dia yang bertanggungjawab atas kematian 185 00:09:21,477 --> 00:09:24,438 beribu-ribu ekor itik di situ. 186 00:09:26,315 --> 00:09:30,319 Jadi, kalau awak sayang tasik dan sungai di negara kita, 187 00:09:30,987 --> 00:09:33,072 kita mesti berasmara sekarang. 188 00:09:33,155 --> 00:09:36,534 Nina, awak sangat menarik 189 00:09:36,701 --> 00:09:41,205 dan saya kasihan dengan itik-itik itu. 190 00:09:42,582 --> 00:09:44,250 Saya rasa saya patut pergi. 191 00:09:44,667 --> 00:09:45,668 Baiklah. 192 00:09:45,835 --> 00:09:48,296 Biar saya letak nombor saya dalam telefon awak. 193 00:09:48,671 --> 00:09:51,841 Bila awak berubah fikiran, mesej saya. 194 00:09:53,050 --> 00:09:54,969 Awak sangat berkeyakinan. 195 00:09:56,012 --> 00:09:57,763 Hebat. Ini bilik bersih. 196 00:09:57,847 --> 00:09:59,724 Di sinilah kami rakam babak virus itu tersebar. 197 00:09:59,807 --> 00:10:01,767 - Okey. - Jangan begitu. Terujalah sikit. 198 00:10:01,851 --> 00:10:03,978 - Ini keajaiban filem. - Okey. 199 00:10:04,061 --> 00:10:06,355 Hebat betul dan cemburunya aku dengan kau. 200 00:10:07,773 --> 00:10:10,568 Kenapa dengan kau malam tadi? Kau balik dulu sebelum aku. 201 00:10:10,651 --> 00:10:11,652 Ya. 202 00:10:11,736 --> 00:10:15,197 Si kulit cerah Carla dapat pengalaman Denise malam tadi. 203 00:10:15,281 --> 00:10:16,532 Apa? Apa maksud kau? 204 00:10:16,616 --> 00:10:18,409 Aku berasmara dengan dia. 205 00:10:18,492 --> 00:10:20,411 Dia capai syahwat lapan kali dalam 30 minit. 206 00:10:20,494 --> 00:10:22,997 Dia cuba buat pada aku, tapi dia tak tahu cara, 207 00:10:23,080 --> 00:10:24,707 jadi aku dapat tiga kali saja. 208 00:10:24,790 --> 00:10:25,708 Comel betul. 209 00:10:25,916 --> 00:10:28,878 Lapan kali dalam 30 minit? Macam mana boleh jadi begitu? 210 00:10:28,961 --> 00:10:31,172 Aku tak ada masa nak terangkan pada kau. 211 00:10:31,255 --> 00:10:34,592 Kami dapat kepuasan lebih dari orang lain. Apa jadi pada kau malam tadi? 212 00:10:34,675 --> 00:10:36,802 Pengkritik makanan, Nina, bawa aku balik. 213 00:10:36,886 --> 00:10:38,512 Kejap. Nina? Dia dah kahwin. 214 00:10:38,596 --> 00:10:39,430 Teruklah kau. 215 00:10:39,513 --> 00:10:41,849 Aku tak buat apa-apa. Aku tak tahu dia isteri orang. 216 00:10:41,932 --> 00:10:44,810 Lepas tahu, aku balik. Cari masalah saja nanti. 217 00:10:44,894 --> 00:10:45,978 Ya, betul. 218 00:10:46,520 --> 00:10:48,939 Melainkan perkahwinan dia jenis terbuka. 219 00:10:49,023 --> 00:10:51,067 Kau tahulah, macam Will dan Jada. 220 00:10:51,275 --> 00:10:53,819 Tak, setahu aku tak ada perancangan begitu. 221 00:10:54,153 --> 00:10:56,530 Tapi dia nampak macam tak kisah. 222 00:10:56,614 --> 00:11:00,326 Kalau cuma untuk tujuan seksual, kau rasa itu betul atau salah? 223 00:11:00,409 --> 00:11:02,745 Aku bukan nak bina keluarga dengan dia. 224 00:11:03,245 --> 00:11:06,457 Kau tak nampak gambar budak comel di mana-mana, bukan? 225 00:11:07,792 --> 00:11:10,002 Ya. Ada gambar Jonathan Taylor Thomas 226 00:11:10,086 --> 00:11:11,754 masa tengah popular. 227 00:11:11,837 --> 00:11:13,089 Tiada gambar budak-budak. 228 00:11:13,172 --> 00:11:16,008 Kalau begitu, kau bebas berasmara dengan dia. 229 00:11:17,510 --> 00:11:20,012 Tetap berisiko untuk berasmara dengan dia. 230 00:11:20,513 --> 00:11:23,432 Aku tak nak jadi macam lelaki dalam Unfaithful. 231 00:11:23,516 --> 00:11:24,350 Tahu tak? 232 00:11:24,433 --> 00:11:27,520 Si suami, Richard Gere dalam situasi ini, curiga dengan isterinya. 233 00:11:27,603 --> 00:11:29,688 Dia upah jurugambar untuk ikut isterinya. 234 00:11:29,772 --> 00:11:33,692 Tahu-tahu saja, suami Nina tengok gambar aku dan dia... 235 00:11:35,361 --> 00:11:38,072 Kemudian cakap, "Inilah dia. Dialah orangnya!" 236 00:11:38,155 --> 00:11:40,825 Tahu-tahu, dia pukul aku dengan bola salji sampai mati, 237 00:11:40,908 --> 00:11:43,828 gulung mayat aku dalam ambal dan buang ke tempat pelupusan sampah. 238 00:11:43,911 --> 00:11:45,287 Filem Unfaithful hebat. 239 00:11:45,913 --> 00:11:46,831 Kau dah tengok? 240 00:11:46,914 --> 00:11:48,707 Buat penat aku ceritakan pada kau. 241 00:11:48,791 --> 00:11:51,377 - Aku menikmati imbasan semula kau. - Okey, terima kasih. 242 00:11:56,340 --> 00:11:57,299 RASA SERIAU 243 00:11:57,925 --> 00:12:00,386 Tapi sebenarnya, semua orang curang. 244 00:12:00,803 --> 00:12:01,887 Tengok lelaki itu. 245 00:12:01,971 --> 00:12:03,806 Dia dah tua dan lesu. 246 00:12:04,223 --> 00:12:06,225 Mesti dia curang dengan isterinya. 247 00:12:06,308 --> 00:12:07,810 Atau isteri dia yang curang. 248 00:12:08,102 --> 00:12:09,854 Senario kedua lebih berkemungkinan. 249 00:12:09,937 --> 00:12:11,021 Taklah. Kau silap. 250 00:12:11,105 --> 00:12:12,231 Itu kawan aku, Benjamin. 251 00:12:12,314 --> 00:12:13,691 Dia cintakan isterinya. 252 00:12:13,816 --> 00:12:14,984 Hei, Benjamin! 253 00:12:15,067 --> 00:12:17,445 Ini kawan saya, Denise. Dia datang melawat set. 254 00:12:18,404 --> 00:12:19,238 Hai. 255 00:12:19,321 --> 00:12:20,698 Pernah curang dengan isteri awak? 256 00:12:20,781 --> 00:12:23,200 - Denise, agak-agaklah sikit. - Tak apa. 257 00:12:23,284 --> 00:12:24,368 Soalan yang bagus. 258 00:12:24,660 --> 00:12:25,911 Saya pernah terfikir. 259 00:12:25,995 --> 00:12:27,746 Semua orang pernah terfikir. 260 00:12:30,040 --> 00:12:32,293 Pernah sekali. 261 00:12:32,835 --> 00:12:35,212 Ada pengendali kamera di Winnipeg. 262 00:12:36,046 --> 00:12:37,089 Kru sampingan. 263 00:12:37,173 --> 00:12:39,800 Saya selalu luangkan masa dengan dia di set. 264 00:12:39,967 --> 00:12:42,219 Hubungan kami mula rapat. 265 00:12:42,928 --> 00:12:46,891 Satu malam, kami berdua saja ada di sebuah bar hotel murah 266 00:12:47,141 --> 00:12:48,809 dan kami berkaraoke. 267 00:12:49,435 --> 00:12:52,897 Saya tahu dia nak saya memulakan langkah pertama. 268 00:12:53,522 --> 00:12:56,358 Betul-betul masa saya nak buat keputusan... 269 00:12:58,235 --> 00:12:59,320 Apa yang berlaku? 270 00:12:59,862 --> 00:13:02,948 Saya masuk ke bilik, puaskan diri sendiri, tertidur. 271 00:13:03,032 --> 00:13:04,074 Kelainan. 272 00:13:04,158 --> 00:13:06,160 Itu yang kita perlu buat dalam situasi begitu. 273 00:13:06,243 --> 00:13:08,621 Kadar kejayaan 100 peratus dari segi 274 00:13:08,704 --> 00:13:11,957 tak rasa nak berasmara lagi lepas puaskan diri sendiri. 275 00:13:12,041 --> 00:13:14,210 Awak kata awak selalu peluk isteri dan tengok drama. 276 00:13:14,293 --> 00:13:17,505 - Saya ingat perasaan awak kukuh. - Saya suka buat semua itu. 277 00:13:17,588 --> 00:13:20,716 Tapi dah terlalu lama saya kahwin dengan isteri saya. 278 00:13:21,300 --> 00:13:23,469 Paling lama awak bersama seseorang? 279 00:13:24,386 --> 00:13:25,221 Dua tahun. 280 00:13:25,513 --> 00:13:27,807 Saya dah bersama isteri selama 23 tahun. 281 00:13:27,890 --> 00:13:29,808 Lebih 20 tahun dari itu, bukan? 282 00:13:30,059 --> 00:13:32,102 Kami banyak berasmara. 283 00:13:32,353 --> 00:13:35,231 Beribu-ribu kali. 284 00:13:35,314 --> 00:13:38,025 Kami buat macam-macam cara untuk berasmara. 285 00:13:38,108 --> 00:13:40,611 Setiap kali berasmara, lain-lain cara. 286 00:13:40,694 --> 00:13:43,739 Kami dah buat semua. Sampai dah kering idea. 287 00:13:44,698 --> 00:13:45,616 Itu dia. 288 00:13:46,242 --> 00:13:47,993 Tapi kenapa awak tanya saya? 289 00:13:48,077 --> 00:13:50,246 Ada isteri orang nak berasmara dengan Dev. 290 00:13:51,038 --> 00:13:52,456 Dengan Dev? 291 00:13:53,499 --> 00:13:55,543 Baguslah. Awak nak buat? 292 00:13:55,626 --> 00:13:59,338 Entahlah. Awak tak marah kalau isteri awak curang dengan awak? 293 00:14:00,464 --> 00:14:02,550 Ya, mungkin saya akan sedih sikit. 294 00:14:03,259 --> 00:14:05,344 Tapi macam mana kalau awak tak tahu 295 00:14:05,427 --> 00:14:08,222 dan dia tak ada perasaan terhadap lelaki itu? 296 00:14:08,305 --> 00:14:11,141 Atau wanita, kalau dalam situasi Denise. 297 00:14:11,642 --> 00:14:13,936 Maknanya awak mainan dia saja. 298 00:14:14,019 --> 00:14:17,815 Kalau boleh saya tak nak, tapi kalau saya tak tahu, tak apalah. 299 00:14:18,399 --> 00:14:19,525 Tepat sekali. 300 00:14:19,608 --> 00:14:23,362 Jadi sama macam dia ke kedai untuk beli mainan seks, 301 00:14:23,445 --> 00:14:26,031 tapi dalam bungkusan itu kemaluan saya 302 00:14:26,115 --> 00:14:28,158 dan bersambung dengan badan saya. 303 00:14:28,826 --> 00:14:30,661 Saya cuma barang mainan. 304 00:14:35,791 --> 00:14:36,792 Masuk. 305 00:14:39,753 --> 00:14:41,005 Dev. 306 00:14:41,338 --> 00:14:42,590 Baguslah awak datang. 307 00:14:43,132 --> 00:14:45,342 Selamat datang ke treler Shakespeare. 308 00:14:45,426 --> 00:14:47,136 Muzik yang menarik. 309 00:14:48,178 --> 00:14:50,848 Saya akan terangkan filem itu dengan pantas. 310 00:14:50,931 --> 00:14:51,765 Okey. 311 00:14:54,018 --> 00:14:55,019 Jadi, 312 00:14:55,811 --> 00:14:58,355 benda apa yang semua orang ada? 313 00:14:58,939 --> 00:15:00,190 Entah. 314 00:15:00,274 --> 00:15:01,191 Kereta. 315 00:15:01,483 --> 00:15:03,027 Jadi, saya nak buat filem 316 00:15:03,611 --> 00:15:05,195 di mana saya jadi kereta. 317 00:15:06,405 --> 00:15:09,617 Macam Knight Rider dan awak jadi suaranya? 318 00:15:09,700 --> 00:15:12,036 Bukan! Sayalah kereta itu. 319 00:15:12,620 --> 00:15:15,372 Batman ada Batmobile. Thor ada Thor-mobile. 320 00:15:15,456 --> 00:15:17,041 Thor tak ada kereta. 321 00:15:17,124 --> 00:15:20,169 Tapi dalam filem ini, saya tak ada kereta. 322 00:15:20,669 --> 00:15:22,338 Sayalah kereta itu. 323 00:15:23,631 --> 00:15:26,133 Macam mana awak dapat kuasa untuk bertukar jadi kereta? 324 00:15:27,551 --> 00:15:29,470 Itulah tugas awak, penulis. 325 00:15:30,721 --> 00:15:31,805 Apa pendapat awak? 326 00:15:32,598 --> 00:15:36,018 Macam mana kalau awak duduk dalam kereta dan disambar petir? 327 00:15:36,185 --> 00:15:37,186 Bagus sekali. 328 00:15:37,770 --> 00:15:39,104 Sangat bagus. 329 00:15:39,188 --> 00:15:40,272 Cadangan saja. 330 00:15:40,356 --> 00:15:44,109 Mungkin itu satu-satunya idea hebat yang saya pernah dengar. 331 00:15:44,193 --> 00:15:45,235 Yakah? 332 00:15:45,319 --> 00:15:46,570 Sampai sekarang. 333 00:15:47,154 --> 00:15:50,991 Awak beri saya inspirasi dan saya dapat rasa tenaga awak. 334 00:15:51,075 --> 00:15:52,868 Saya dah tahu tajuk filem ini. 335 00:15:53,911 --> 00:15:55,037 OrangKereta. 336 00:15:55,871 --> 00:15:56,914 Bukan, kejap. 337 00:15:59,708 --> 00:16:01,168 ManusiaKereta. 338 00:16:02,336 --> 00:16:04,129 Kenapa tak letak LelakiKereta? 339 00:16:04,213 --> 00:16:07,257 "Colin Salmon ialah LelakiKereta." 340 00:16:07,841 --> 00:16:10,094 Dev, awak buat lagi! Bijak sekali! 341 00:16:10,386 --> 00:16:13,681 Kita raikan dengan makan Cinnabon dan awak tak boleh tolak. 342 00:16:13,764 --> 00:16:14,890 Okey, saya makan satu. 343 00:16:14,974 --> 00:16:15,891 Bagus! 344 00:16:17,267 --> 00:16:19,812 Kita cuma kena tunggu sadurannya cair. 345 00:16:20,396 --> 00:16:21,981 Ambil masa beberapa jam. 346 00:16:22,064 --> 00:16:23,941 Malam nanti siaplah. 347 00:16:25,567 --> 00:16:29,405 AISKRIM TERBAIK 348 00:16:29,738 --> 00:16:32,825 - Kamu ada hidangan istimewa? - Ya, aiskrim banana split King Kong. 349 00:16:32,908 --> 00:16:35,119 Kami letak aiskrim, pisang, nanas 350 00:16:35,202 --> 00:16:37,913 dan tambah karamel bijan serta Luxardo. 351 00:16:37,997 --> 00:16:39,081 Rasanya sedap. 352 00:16:40,332 --> 00:16:41,917 - Saya nak. - Okey. 353 00:16:42,001 --> 00:16:43,877 Clark. Ya. 354 00:16:44,211 --> 00:16:45,462 Tunggu kejap, Greg. 355 00:16:46,296 --> 00:16:48,799 Saya nak apa yang si gemuk ini pesan. Nampak sedap. 356 00:16:49,466 --> 00:16:51,468 Ya, saya pun nak pesan yang itu. 357 00:16:51,552 --> 00:16:53,303 Maaf. Itu stok terakhir. 358 00:16:53,387 --> 00:16:55,139 Tapi giliran saya lepas dia. 359 00:16:57,349 --> 00:16:58,517 Hei. Maafkan saya. 360 00:16:58,726 --> 00:17:00,811 Giliran saya lepas dia. Awak potong barisan. 361 00:17:00,894 --> 00:17:04,064 Itu aiskrim banana split terakhir. Awak kena beri pada saya. 362 00:17:05,816 --> 00:17:08,277 - Entah. Ada orang bercakap. - Dia orangnya. 363 00:17:14,616 --> 00:17:15,784 BANANA SPLIT KING KONG 364 00:17:19,621 --> 00:17:21,749 Tunggu kejap. Apa awak mengarut? 365 00:17:22,124 --> 00:17:25,210 - Lepas dia, saya. Awak potong barisan. - Ada banyak aiskrim lain. 366 00:17:25,544 --> 00:17:27,254 Saya tak ada masa nak layan awak. 367 00:17:30,674 --> 00:17:31,884 Tak sedap langsung. 368 00:17:33,469 --> 00:17:35,846 Suruh saja dia sain dokumen itu, Greg! 369 00:17:56,825 --> 00:17:59,453 Jadi, aku berasmara dengan Nina. 370 00:17:59,870 --> 00:18:01,872 Aduhai. Kau tak patut buat begitu. 371 00:18:01,955 --> 00:18:03,332 Apa? Kau yang suruh. 372 00:18:03,415 --> 00:18:04,583 Kau kata bukan masalah besar. 373 00:18:04,666 --> 00:18:06,460 Ya, tapi itu perbualan abstrak. 374 00:18:06,543 --> 00:18:07,878 Abstrak apa pula? 375 00:18:07,961 --> 00:18:09,421 Dia orang yang betul. 376 00:18:09,505 --> 00:18:12,883 Kalau terbongkar, kau mungkin hancurkan hidup mereka. 377 00:18:12,966 --> 00:18:15,052 - Aku nak ingatkan, hati-hati. - "Hati-hati"? 378 00:18:15,135 --> 00:18:18,097 Bukankah kau yang berasmara dengan bos kau? 379 00:18:18,180 --> 00:18:20,140 Ya, tapi apa yang kami buat itu betul. 380 00:18:20,224 --> 00:18:22,226 Jangan kutuk tindakan kami. 381 00:18:22,309 --> 00:18:25,354 Maksud aku, kau ganggu ikatan serius dalam hidup dia. 382 00:18:25,729 --> 00:18:29,024 - Itu tak boleh dipandang ringan. - Kenapa tak cakap lebih awal? 383 00:18:29,108 --> 00:18:30,484 Aku tak sangka kau akan buat. 384 00:18:30,567 --> 00:18:32,694 - Kenapa? - Sebab kau berpegang pada prinsip. 385 00:18:32,778 --> 00:18:34,738 Itulah sikap kau yang aku hormati. 386 00:18:34,822 --> 00:18:37,282 - Baiknya. - Tapi aku dah tak fikir begitu. 387 00:18:37,366 --> 00:18:38,408 Lepas apa kau buat. 388 00:18:38,492 --> 00:18:40,452 Apa-apalah. Aku buat sekali saja. 389 00:18:40,828 --> 00:18:43,539 Benda kecil saja. Suami dia takkan bunuh aku. 390 00:18:47,584 --> 00:18:50,003 Colin Salmon nak FaceTime dengan aku. 391 00:18:50,546 --> 00:18:52,673 Aku kena jawab. Mungkin tentang LelakiKereta. 392 00:18:52,756 --> 00:18:54,800 Apa benda LelakiKereta? Kedengaran bodoh. 393 00:18:54,883 --> 00:18:56,635 COLIN - bersambung 394 00:18:56,718 --> 00:18:57,594 Helo? 395 00:18:58,053 --> 00:18:59,263 Helo? Dev? 396 00:18:59,888 --> 00:19:00,973 Ini Colin Salmon. 397 00:19:01,390 --> 00:19:03,934 Saya nak awak ke pangsapuri saya sekarang. 398 00:19:04,393 --> 00:19:08,272 Ada sesuatu yang sangat penting, jadi datang secepat mungkin. 399 00:19:08,355 --> 00:19:10,107 Okey. Tentang LelakiKereta? 400 00:19:10,649 --> 00:19:12,985 Tak. Lebih penting daripada itu. 401 00:19:13,610 --> 00:19:16,655 Hantar alamat awak pada saya. Saya akan ke sana. 402 00:19:17,364 --> 00:19:18,532 Jumpa kejap lagi. 403 00:19:20,075 --> 00:19:22,411 Apa hal? Macam serius saja. 404 00:19:22,828 --> 00:19:24,830 - Kau boleh bayar? Nanti aku datang. - Apa? 405 00:19:24,913 --> 00:19:27,332 Aku takkan datang balik. Tapi kau boleh bayar, bukan? 406 00:19:27,416 --> 00:19:29,084 Apa hal? Boleh rasanya. 407 00:19:29,168 --> 00:19:32,171 - Nanti aku belanja kau. - Kau selalu cakap begitu. 408 00:19:34,506 --> 00:19:35,382 Colin? 409 00:19:44,224 --> 00:19:45,851 Hei, Colin? 410 00:19:46,435 --> 00:19:48,645 Biar saya habiskan soneta ini kejap. 411 00:20:05,245 --> 00:20:07,497 Dev, selamat datang. 412 00:20:08,457 --> 00:20:10,417 Cantiknya pangsapuri awak. 413 00:20:10,751 --> 00:20:12,336 Ya, betul. 414 00:20:12,669 --> 00:20:14,338 Awak datang tepat pada masa. 415 00:20:14,588 --> 00:20:17,090 Ada sesuatu yang istimewa saya nak tunjuk. 416 00:20:27,601 --> 00:20:28,435 Haram jadah! 417 00:20:29,436 --> 00:20:30,687 Awak buat sendiri? 418 00:20:31,480 --> 00:20:33,440 Ini projek yang saya suka. 419 00:20:33,523 --> 00:20:37,069 Tak ramai orang tahu, tapi saya pemain domino amatur. 420 00:20:38,403 --> 00:20:40,822 Awak nak mulakan kesan domino ini? 421 00:20:41,073 --> 00:20:43,951 Saya? Awak tak nak jatuhkan? 422 00:20:44,034 --> 00:20:46,328 Mesti awak habiskan berjam-jam untuk siapkan. 423 00:20:46,411 --> 00:20:48,038 Sebenarnya berminggu. 424 00:20:48,205 --> 00:20:50,582 Tapi dapat siapkan pun, saya dah puas. 425 00:20:50,958 --> 00:20:51,917 Kejap. 426 00:20:56,546 --> 00:20:59,591 Ambillah tongkat tolak ini dan mulakan turutannya. 427 00:21:39,756 --> 00:21:42,175 Itu untuk Shakespeare. 428 00:21:44,219 --> 00:21:45,470 Sangat luar biasa. 429 00:21:45,846 --> 00:21:46,763 Ya. 430 00:21:47,723 --> 00:21:49,266 Terima kasih sebab datang. 431 00:21:50,767 --> 00:21:52,185 Kita jumpa di set nanti. 432 00:21:52,894 --> 00:21:53,854 Selamat malam. 433 00:21:58,567 --> 00:22:00,152 Tahu apa saya fikir hari itu? 434 00:22:00,235 --> 00:22:01,820 Ramai penghibur dalam kereta api. 435 00:22:02,446 --> 00:22:05,741 Tapi mana ahli silap mata? Lelaki itu mungkin untung. 436 00:22:05,907 --> 00:22:07,242 "Hentian seterusnya, Jalan 42." 437 00:22:07,326 --> 00:22:09,328 Kemudian dia kata, "Tak, kita di Brooklyn." 438 00:22:09,411 --> 00:22:11,580 Menarik betul. Maaf, boleh saya jawab? 439 00:22:11,663 --> 00:22:14,166 - Kawan saya, Steve, telefon. - Ya, pergilah. 440 00:22:19,504 --> 00:22:20,380 Hei. 441 00:22:21,048 --> 00:22:22,132 Hei. 442 00:22:22,215 --> 00:22:24,343 Saya Nina, ingat lagi? 443 00:22:24,426 --> 00:22:26,595 Kita berasmara baru-baru ini. 444 00:22:26,678 --> 00:22:28,847 Saya hebat dan awak boleh tahan. 445 00:22:28,930 --> 00:22:30,474 Hei, boleh perlahan sikit? 446 00:22:30,557 --> 00:22:33,018 Kita di tempat awam. Saya datang dengan seseorang. 447 00:22:33,101 --> 00:22:35,228 Dia pun dah kahwin? Itu hobi awak? 448 00:22:35,312 --> 00:22:36,980 Tak! Diam! 449 00:22:37,064 --> 00:22:39,024 Ini janji temu untuk berasmara? 450 00:22:39,107 --> 00:22:40,400 Ya, mungkin. 451 00:22:40,859 --> 00:22:43,403 Tolonglah, ini bukan janji temu. 452 00:22:43,737 --> 00:22:45,030 Kenapa awak cakap begitu? 453 00:22:45,113 --> 00:22:48,533 Awak nampak dia pakai apa? Baju sejuk berhud dan kasut sukan? 454 00:22:49,117 --> 00:22:51,119 Dia suka berpakaian kasual. 455 00:22:51,203 --> 00:22:54,372 Perempuan takkan pakai begitu bila nak berasmara. 456 00:22:54,456 --> 00:22:57,376 Mereka pakai begitu bila duduk di rumah dan makan biskut. 457 00:22:57,542 --> 00:22:58,752 Mana awak jumpa dia? 458 00:22:58,835 --> 00:23:01,296 Di laman web jodoh yang sangat eksklusif. 459 00:23:01,379 --> 00:23:04,591 Sebelum dipadankan, kami kena ada sekurang-kurangnya satu minat yang sama. 460 00:23:04,674 --> 00:23:05,926 Kami berdua suka filem. 461 00:23:06,510 --> 00:23:08,553 Okey. Patutlah. 462 00:23:08,637 --> 00:23:12,140 Dia jenis perempuan yang keluar dengan lelaki untuk makan percuma. 463 00:23:12,224 --> 00:23:13,975 Tak guna. Dia pesan dua pembuka selera. 464 00:23:14,893 --> 00:23:18,063 Mark akan ke LA malam ini, jadi mesej saya nanti. 465 00:23:25,112 --> 00:23:26,780 - Semua okey dengan Steve? - Ya. 466 00:23:26,863 --> 00:23:28,740 Dia cuma beritahu cerita yang lucu. 467 00:23:29,699 --> 00:23:31,243 Nak berbual tentang filem? 468 00:23:35,831 --> 00:23:38,458 Saya seronok malam ini. Awak nak keluar minum? 469 00:23:38,542 --> 00:23:39,668 Saya letih. 470 00:23:39,751 --> 00:23:42,212 Ikan bass ini pun kena simpan dalam peti sejuk. 471 00:23:42,295 --> 00:23:44,089 Ya. Tulang rusuk itu juga. 472 00:23:44,464 --> 00:23:45,799 Serta ayam dan crepes. 473 00:23:46,425 --> 00:23:49,553 Saya seronok malam ini. Kita boleh keluar makan lagi minggu depan. 474 00:23:49,636 --> 00:23:52,430 Ada satu kedai susyi yang saya nak cuba. 475 00:23:52,931 --> 00:23:54,516 Okey. Menarik juga. 476 00:23:55,100 --> 00:23:57,102 - Seronok lepak dengan awak. - Ya. 477 00:24:01,231 --> 00:24:02,816 Okey. Selamat tinggal. 478 00:24:02,899 --> 00:24:03,900 Selamat tinggal. 479 00:24:09,447 --> 00:24:10,365 Pergi matilah. 480 00:24:19,583 --> 00:24:21,710 Tak guna, itu Mark. Menyorok. 481 00:24:21,793 --> 00:24:23,044 - Apa... - Cepat! 482 00:24:23,128 --> 00:24:25,088 - Belakang teleskop? - Tak guna! 483 00:24:25,172 --> 00:24:27,340 Masuk dalam almari dan jangan bising. 484 00:24:27,424 --> 00:24:28,258 Jahanam. 485 00:24:32,470 --> 00:24:34,181 - Hei. - Hei, sayang. 486 00:24:35,056 --> 00:24:37,184 - Kenapa awak balik? - Rupa-rupanya, 487 00:24:37,851 --> 00:24:39,895 penerbangan saya esok. 488 00:24:40,562 --> 00:24:43,481 Greg si tolol itu rosakkan jadual saya. 489 00:24:47,027 --> 00:24:49,487 Jangan lari! Nina, siapa ini? 490 00:24:49,571 --> 00:24:51,656 - Mark, bertenang. - Siapa dia? 491 00:24:51,740 --> 00:24:53,575 Saya kontraktor, datang nak betulkan almari! 492 00:24:53,658 --> 00:24:55,785 Saya ingat nak sewakan pangsapuri. 493 00:24:55,869 --> 00:24:59,331 Dia ialah orang yang tidur dengan saya. Saya tidur dengan dia. 494 00:24:59,498 --> 00:25:01,791 Awak curang dengan lelaki India pendek? 495 00:25:01,875 --> 00:25:04,127 Tak perlu sebut kaum atau ketinggian saya. 496 00:25:04,211 --> 00:25:06,004 Nanti kejap. Saya kenal awak. 497 00:25:06,087 --> 00:25:07,506 Macam mana saya boleh kenal? 498 00:25:10,300 --> 00:25:12,594 Awak potong barisan saya di kedai aiskrim. 499 00:25:12,677 --> 00:25:14,429 - Ingat tak? - Apa? 500 00:25:14,679 --> 00:25:16,556 Jadi awak berasmara dengan isteri saya? 501 00:25:16,640 --> 00:25:19,851 Itu aiskrim banana split terakhir! Awak buang dalam tong sampah. 502 00:25:19,935 --> 00:25:23,271 - Sampai hati awak buat saya begini? - Tolonglah, Mark. 503 00:25:23,355 --> 00:25:25,941 Macamlah awak tak meniduri pelatih awak sebaik mendarat. 504 00:25:26,024 --> 00:25:26,858 Saya dah tak tahan. 505 00:25:26,942 --> 00:25:28,777 Saya akan keluar dan kali ini, selama-lamanya! 506 00:25:32,072 --> 00:25:33,615 Kenapa tercegat lagi? 507 00:25:33,698 --> 00:25:35,033 Awak kata nak keluar. 508 00:25:35,116 --> 00:25:37,911 Jadi mungkin pelik kalau kita naik lif bersama. 509 00:25:38,161 --> 00:25:41,164 - Awak nak keluar dulu? - Berambus dari rumah saya! 510 00:25:41,248 --> 00:25:43,583 Okey, saya keluar dulu. Maaf! Pergi dulu! 511 00:25:47,045 --> 00:25:48,129 Seluar tertinggal. 512 00:25:51,174 --> 00:25:52,926 SEBULAN KEMUDIAN 513 00:25:53,009 --> 00:25:55,720 Sebenarnya, aku rasa mesin pengering mengarut. 514 00:25:55,971 --> 00:25:58,932 Ada tetapan tanpa kedut, bukan? Jelaskan pada aku. 515 00:25:59,015 --> 00:26:00,517 Suhunya sama saja, bukan? 516 00:26:00,600 --> 00:26:03,395 Semua orang tahu tetapan tanpa kedut itu tak wujud. 517 00:26:03,478 --> 00:26:07,732 Keluarkan baju bila dah siap dan lipat secepat mungkin. 518 00:26:08,024 --> 00:26:10,193 Kalau tak, nanti kedutnya kekal. 519 00:26:10,277 --> 00:26:12,696 Ya, tapi... Tak guna. 520 00:26:12,779 --> 00:26:13,905 Kenapa dengan kau? 521 00:26:13,989 --> 00:26:16,241 Itu Mark. Aku tidur dengan isteri dia. 522 00:26:16,616 --> 00:26:18,785 Aku terlupa kau meniduri isteri orang. 523 00:26:18,868 --> 00:26:20,578 Kelakar betul. 524 00:26:20,662 --> 00:26:21,913 Hei, diamlah! 525 00:26:22,747 --> 00:26:25,041 Kau betul-betul buat atau tipu sebab nak berlagak? 526 00:26:25,125 --> 00:26:26,418 Dev, itu awak? 527 00:26:26,501 --> 00:26:27,877 Hei, saya tak nak cari masalah. 528 00:26:27,961 --> 00:26:29,337 Tak apa. Kita okey. 529 00:26:31,214 --> 00:26:32,048 - Betul? - Ya. 530 00:26:32,132 --> 00:26:34,467 Sayang, pasangan Gellar boleh makan malam dengan kita. 531 00:26:35,218 --> 00:26:36,094 Hei. 532 00:26:36,886 --> 00:26:37,762 Hei. 533 00:26:38,555 --> 00:26:41,474 Saya tak tahu nak cakap apa. Maafkan saya. 534 00:26:41,558 --> 00:26:43,393 Saya tak patut terlibat... 535 00:26:43,476 --> 00:26:47,022 Sebenarnya, kejadian itu mendedahkan masalah besar 536 00:26:47,105 --> 00:26:49,649 yang kami takkan tahu kalau bukan sebab awak. 537 00:26:49,733 --> 00:26:52,569 Ya, saya menilai semula seluruh hidup saya. 538 00:26:52,652 --> 00:26:56,740 Saya minta turun pangkat di firma. Kami baru balik dari Jamaica. 539 00:26:56,865 --> 00:26:58,116 Percutian yang hebat. 540 00:26:59,159 --> 00:27:01,244 Saya ada banyak masa untuk diri sendiri. 541 00:27:01,328 --> 00:27:03,580 Awak tahu saya berminat dalam kerja kayu? 542 00:27:03,705 --> 00:27:04,748 Saya tak tahu. 543 00:27:05,165 --> 00:27:07,167 Sekarang saya ada hobi yang bagus. 544 00:27:07,626 --> 00:27:11,338 Minggu lepas saya buatkan meja untuk Nina. Saya rasa puas hati. 545 00:27:12,380 --> 00:27:14,466 Meja itu sangat cantik. 546 00:27:16,926 --> 00:27:17,802 Okey. 547 00:27:18,219 --> 00:27:20,013 Jadi awak takkan belasah saya? 548 00:27:20,096 --> 00:27:21,848 Taklah. 549 00:27:22,599 --> 00:27:25,310 Apa yang awak buat memang teruk. 550 00:27:25,435 --> 00:27:28,647 Kami bersikap buruk antara satu sama lain dengan berlaku curang. 551 00:27:28,730 --> 00:27:29,564 Ya. 552 00:27:29,647 --> 00:27:33,401 Saya tak kata yang curang itu bagus, 553 00:27:34,069 --> 00:27:35,487 tapi rumah tangga 554 00:27:36,363 --> 00:27:38,740 ialah perkara indah yang dibina bersama. 555 00:27:40,075 --> 00:27:42,619 Ia ada banyak bahagian, salah satunya monogami. 556 00:27:42,702 --> 00:27:44,496 Tapi bagi kami, kita tak boleh 557 00:27:44,954 --> 00:27:47,082 bakar kelambu kalau marahkan nyamuk. 558 00:27:47,165 --> 00:27:48,875 Tapi kita cuba betulkan. 559 00:27:48,958 --> 00:27:51,586 Kalau salah satu kaki meja yang saya buat untuk Nina tak betul, 560 00:27:51,669 --> 00:27:54,506 saya takkan buang meja itu. Tapi, betulkan kakinya. 561 00:27:55,090 --> 00:27:56,883 - Betul tak, sayang? - Ya. 562 00:27:56,966 --> 00:27:59,177 Ia tak sempurna, 563 00:28:00,136 --> 00:28:02,305 tapi ia benar, ia satu kehidupan. 564 00:28:02,389 --> 00:28:04,391 - Sangat benar. - Ya. 565 00:28:05,350 --> 00:28:06,893 Mujurlah dalam pengakhiran ini, 566 00:28:06,976 --> 00:28:09,104 awak tak bunuh saya macam filem-filem Richard Gere. 567 00:28:09,187 --> 00:28:11,898 Dia takkan pukul awak dengan bola salji sampai mati, 568 00:28:11,981 --> 00:28:15,318 kemudian balut mayat awak dengan ambal dan buang di tapak pelupusan. 569 00:28:15,402 --> 00:28:16,444 - Unfaithful. - Ya! 570 00:28:17,028 --> 00:28:18,113 Filem yang bagus. 571 00:28:18,405 --> 00:28:19,531 Filem terbaik Gere. 572 00:28:19,614 --> 00:28:20,615 Filem yang bagus. 573 00:28:21,408 --> 00:28:24,452 Saya juga minta maaf sebab potong barisan di kedai aiskrim. 574 00:28:24,536 --> 00:28:28,081 Otak saya berserabut waktu itu. Tapi sekarang saya dah okey. 575 00:28:28,665 --> 00:28:29,499 Eloklah. 576 00:28:29,833 --> 00:28:30,667 Bagus. 577 00:28:31,042 --> 00:28:32,794 Okey, baiklah. 578 00:28:32,877 --> 00:28:34,337 - Gembira jumpa kamu. - Okey. 579 00:28:34,421 --> 00:28:35,964 Kita jumpa di pejabat nanti. 580 00:28:39,676 --> 00:28:41,010 Apa yang berlaku tadi? 581 00:28:41,761 --> 00:28:43,763 Terjemahan sari kata oleh Sharifah Salwa