1 00:00:06,506 --> 00:00:08,758 "Puan Presiden, ketua-ketua jabatan, 2 00:00:09,009 --> 00:00:10,218 Perdana Menteri Cho, 3 00:00:10,677 --> 00:00:13,763 saya berbesar hati dapat berada di Pejabat Oval ini, 4 00:00:14,139 --> 00:00:17,142 walaupun saya berharap ia kerana alasan yang lebih baik. 5 00:00:17,225 --> 00:00:20,395 Saya baru pulang dari mesyuarat bersama saintis terkenal dunia. 6 00:00:21,104 --> 00:00:22,439 Mereka semua dah mati. 7 00:00:22,814 --> 00:00:24,941 Virus itu menyerang mereka semua. 8 00:00:25,025 --> 00:00:28,737 Saya berjaya dapatkan sampel, tapi saya tak letak dalam bebuli. 9 00:00:30,864 --> 00:00:32,157 Ia dalam darah saya." 10 00:00:32,949 --> 00:00:37,328 "Dr. Vincent, kalau ada dalam darah awak, maknanya virus itu... Oh Tuhan." 11 00:00:37,912 --> 00:00:38,872 "Ya. 12 00:00:40,081 --> 00:00:40,999 Rasa seriau... 13 00:00:46,087 --> 00:00:47,464 sudah bermula." 14 00:00:47,547 --> 00:00:50,341 Terima kasih, Ben. Wah. 15 00:00:50,425 --> 00:00:52,218 Sangat bagus, Dev. 16 00:00:52,302 --> 00:00:55,513 Masa awak berhenti lepas cakap "rasa seriau" itu memang hebat. 17 00:00:55,597 --> 00:00:58,850 Sangat bagus, antara yang terbaik hari ini. 18 00:00:58,933 --> 00:01:01,269 Terima kasih banyak kerana datang. 19 00:01:01,352 --> 00:01:02,353 Terima kasih... 20 00:01:03,146 --> 00:01:04,439 kerana luangkan masa. 21 00:01:06,816 --> 00:01:07,942 Saya berhenti lagi. 22 00:01:09,527 --> 00:01:11,488 Awak memang bagus. 23 00:01:11,571 --> 00:01:13,448 Minggu depan pengarah kami datang. 24 00:01:13,531 --> 00:01:17,160 Saya nak awak jumpa dia. Pejabat saya akan hubungi awak. 25 00:01:17,327 --> 00:01:20,580 Bagus. Awak dah tahu siapa pelakon utama filem ini? 26 00:01:21,247 --> 00:01:22,665 Saya cuma beritahu awak, 27 00:01:22,749 --> 00:01:26,294 mereka nak dapatkan Colin Salmon dan Kerry Washington. 28 00:01:26,377 --> 00:01:30,632 Mungkin 50 Cent akan berlakon sebagai senator jahat yang tak jujur. 29 00:01:31,716 --> 00:01:34,719 Jadi, ini filem virus orang kulit hitam? 30 00:01:34,803 --> 00:01:35,929 RASA SERIAU PEMILIHAN PELAKON 31 00:01:36,012 --> 00:01:37,847 Ya, tepat sekali. 32 00:01:38,139 --> 00:01:40,809 Penerbit filem virus kulit hitam itu panggil saya semula. 33 00:01:40,892 --> 00:01:41,768 Mungkin saya dapat. 34 00:01:41,851 --> 00:01:44,062 Tak guna. 35 00:01:44,145 --> 00:01:45,814 - Tak guna. - Kenapa? 36 00:01:47,482 --> 00:01:48,733 Ayah baru perasan 37 00:01:48,817 --> 00:01:50,944 kalendar ini tak kemas kini sendiri. 38 00:01:51,152 --> 00:01:52,612 Dr. Ramusami nak datang. 39 00:01:52,695 --> 00:01:55,240 Ayah lupa nak ambil dia di stesen kereta api. 40 00:01:55,323 --> 00:01:56,741 Alamak. Teruknya. 41 00:01:56,825 --> 00:01:59,452 Kalau kawan datang dari India, ayah kena jemput dia. 42 00:01:59,536 --> 00:02:01,913 Ayah simpan semua janji temu dalam kalendar ini. 43 00:02:01,996 --> 00:02:04,207 Pagi-pagi akan ada bunyi. 44 00:02:04,457 --> 00:02:06,876 "Ding, ding." Ayah akan rancang hari itu. 45 00:02:06,960 --> 00:02:09,587 "Ding, ding." Ayah tahu apa ayah perlu buat. 46 00:02:09,671 --> 00:02:11,673 Hari ini tiada bunyi "ding, ding". 47 00:02:11,756 --> 00:02:14,634 Sebab ayah beli iPad baru. Ayah kena pindahkan semua. 48 00:02:15,927 --> 00:02:18,429 Kenapa bunyi "ding" itu tak pindah sendiri? 49 00:02:18,513 --> 00:02:21,224 "Ding" itu bukan perkataan. Jangan sebut "ding" lagi. 50 00:02:21,307 --> 00:02:24,144 Ia tak pindah secara automatik. Ayah kena pindahkan sendiri. 51 00:02:24,227 --> 00:02:27,856 Ayah telefon kamu untuk buat tetapan. Kamu tak telefon balik. 52 00:02:28,022 --> 00:02:31,776 Entah-entah Dr. Ramusami sedang merayau di Stesen Penn sekarang 53 00:02:31,860 --> 00:02:33,153 sambil makan pretzel. 54 00:02:33,236 --> 00:02:35,947 Mana ayah tahu dia makan pretzel? Lagi satu, 55 00:02:36,030 --> 00:02:39,659 itu taklah teruk sangat bagi orang yang sesat di New York. 56 00:02:39,742 --> 00:02:43,329 Ayah nak jemput dia. Boleh tak kamu betulkan iPad ini? 57 00:02:43,413 --> 00:02:46,207 Boleh saya buat kemudian? Saya nak tengok X-Men. 58 00:02:46,291 --> 00:02:48,501 Saya tak nak terlepas gazet. Saya nak keluar. 59 00:02:48,585 --> 00:02:50,378 Saya bukan budak IT peribadi ayah. 60 00:03:07,145 --> 00:03:08,438 Apa benda itu? 61 00:03:08,521 --> 00:03:09,564 Sempoa saya! 62 00:03:09,731 --> 00:03:10,773 Beri pada saya. 63 00:03:10,857 --> 00:03:12,233 Saya rasa benda ini rosak. 64 00:03:12,317 --> 00:03:13,985 Tak rosaklah. 65 00:03:14,068 --> 00:03:16,696 Tak, mesti dah rosak. Biar saya betulkan. 66 00:03:22,911 --> 00:03:25,246 Alamak... 67 00:03:26,497 --> 00:03:28,833 Ayah, saya nak belajar bidang perubatan 68 00:03:28,917 --> 00:03:30,501 dan jadi doktor. 69 00:03:31,085 --> 00:03:33,755 Ramesh, kita tak ada duit untuk itu. 70 00:03:33,838 --> 00:03:37,508 Kerjalah di kilang itu dulu. Kita tengok macam mana nanti. 71 00:03:47,060 --> 00:03:49,854 Ini pula bilik pemeriksaan. 72 00:03:50,438 --> 00:03:53,858 Okey, jadi itu sajalah untuk lawatan di hospital ini. 73 00:03:54,400 --> 00:03:57,820 Awak faham semua yang saya cakap? 74 00:03:58,988 --> 00:04:02,742 Ya. Ada orang beritahu saya, bila doktor baru masuk kerja, 75 00:04:02,825 --> 00:04:05,620 tuan akan bawa dia dan keluarga dia makan stik. 76 00:04:05,912 --> 00:04:07,247 Kita pergi malam ini? 77 00:04:07,455 --> 00:04:09,207 Boleh saya jemput isteri saya? 78 00:04:11,459 --> 00:04:12,460 Tak. 79 00:04:12,835 --> 00:04:14,379 Kami tak buat makan malam. 80 00:04:14,921 --> 00:04:17,674 Awak boleh makan di kafeteria saja. 81 00:04:35,817 --> 00:04:37,568 - Kamu tutup mata tak? - Ya. 82 00:04:37,652 --> 00:04:38,987 - Tutup tak? - Ya. 83 00:04:39,570 --> 00:04:40,697 Sekarang, buka! 84 00:04:41,072 --> 00:04:42,532 Komputer! 85 00:04:47,120 --> 00:04:48,621 Terima kasih, ayah. 86 00:04:51,874 --> 00:04:54,252 Boleh saya buat kemudian? Saya nak tengok X-Men. 87 00:04:54,335 --> 00:04:56,421 Saya tak nak terlepas gazet. Saya nak keluar. 88 00:04:56,504 --> 00:04:58,339 Saya bukan budak IT peribadi ayah. 89 00:04:58,423 --> 00:04:59,465 Okey. 90 00:05:00,883 --> 00:05:03,469 Aku dah nak bertolak. 91 00:05:05,888 --> 00:05:08,224 Okey. Ayah, saya nak keluar. 92 00:05:08,933 --> 00:05:11,853 Dah baca artikel Economist yang ayah e-mel pada kamu? 93 00:05:12,437 --> 00:05:14,147 Tak, belum sempat baca lagi. 94 00:05:14,522 --> 00:05:18,735 Ia menceritakan bagaimana subsidi ladang akan perlahan-lahan menyebabkan 95 00:05:18,818 --> 00:05:21,654 kemarau di seluruh negara dalam masa sepuluh tahun. 96 00:05:21,738 --> 00:05:22,905 Menarik bunyinya. 97 00:05:23,656 --> 00:05:27,076 Saya kena pergi dulu, tapi saya gembira dapat jumpa ayah. 98 00:05:27,243 --> 00:05:31,164 Sebelum kamu keluar, boleh tak kamu belikan ayah sekampit beras? 99 00:05:32,206 --> 00:05:33,583 Maaf, tak boleh. 100 00:05:33,666 --> 00:05:35,543 Saya nak jumpa kawan, kami nak tengok wayang 101 00:05:35,626 --> 00:05:38,880 dan saya suka jawab soalan trivia filem yang mereka tunjuk sebelum tayangan. 102 00:05:38,963 --> 00:05:41,299 Jadi, saya pergi dululah. 103 00:05:48,306 --> 00:05:49,307 Ayam! 104 00:06:08,534 --> 00:06:10,870 Toku. Pergi ambil beras. 105 00:06:16,709 --> 00:06:17,710 Ayah. 106 00:06:18,294 --> 00:06:19,587 Cuci beras ini. 107 00:06:21,714 --> 00:06:24,634 Malam ini kita nak makan daging. Pergi tangkap ayam itu. 108 00:06:28,096 --> 00:06:28,971 Pergilah. 109 00:07:08,052 --> 00:07:11,472 Toku, kalau kamu pergi Amerika, kamu tak kenal sesiapa. 110 00:07:11,556 --> 00:07:13,057 Kamu tak ada apa-apa pun. 111 00:07:13,599 --> 00:07:15,810 Saya akan dapat peluang di sana. 112 00:07:16,185 --> 00:07:18,604 Saya boleh ada kehidupan yang lebih baik. 113 00:07:29,115 --> 00:07:31,492 Maaf, semua meja penuh. 114 00:07:35,746 --> 00:07:39,000 Saya rasa mereka tak terima kita sebab kita orang Asia. 115 00:07:56,476 --> 00:07:58,978 - Terima kasih kerana datang. - Selamat tinggal. 116 00:08:04,400 --> 00:08:06,444 Ramai pelanggan hari ini, bagus. 117 00:08:08,404 --> 00:08:12,241 Semua pengorbanan kita berbaloi. Dia akan dapat hidup yang baik. 118 00:08:13,534 --> 00:08:15,953 Di sini, dia boleh buat apa saja dia nak. 119 00:08:22,001 --> 00:08:23,085 Maaf, tak boleh. 120 00:08:23,169 --> 00:08:25,004 Saya nak jumpa kawan, kami nak tengok wayang 121 00:08:25,087 --> 00:08:28,925 dan saya suka jawab soalan trivia filem yang mereka tunjuk sebelum tayangan. 122 00:08:29,008 --> 00:08:30,968 Jadi, saya pergi dululah. 123 00:08:32,303 --> 00:08:34,597 Ayah faham. Berseronoklah, ya. 124 00:08:34,680 --> 00:08:36,849 SIRI ASLI NETFLIX 125 00:08:39,727 --> 00:08:41,687 MEMPERSEMBAHKAN 126 00:08:42,271 --> 00:08:46,817 IBU BAPA 127 00:09:11,717 --> 00:09:14,470 Daripada 15 filem X-Men yang aku dah tengok, 128 00:09:14,554 --> 00:09:17,265 filem tadi masuk dalam sembilan yang terbaik. 129 00:09:18,099 --> 00:09:21,018 Ya. Dalam cerita itu ada 30 wira dan 40 penjahat. 130 00:09:21,102 --> 00:09:23,479 Filem zaman sekarang, ramai sangat pelakon. 131 00:09:25,815 --> 00:09:27,191 Ayah aku hantar mesej. 132 00:09:27,275 --> 00:09:30,486 "Datang betulkan iPad ayah. Asyik berbunyi dari tadi." 133 00:09:30,861 --> 00:09:33,406 Ayah kau selalu hantar mesej suruh kau betulkan barang? 134 00:09:33,489 --> 00:09:37,326 Ayah aku tak pandai hantar mesej. Lagipun dia tak suka cakap dengan orang. 135 00:09:37,410 --> 00:09:39,912 Dia cuma cakap tiga perkataan saja seminggu. 136 00:09:40,121 --> 00:09:41,497 Ayah kita memang pelik. 137 00:09:41,581 --> 00:09:44,125 Aku beritahu dia, penerbit Rasa Seriau panggil aku... 138 00:09:44,208 --> 00:09:46,377 Filem virus kulit hitam itu? Baguslah. 139 00:09:46,460 --> 00:09:47,420 Terima kasih. 140 00:09:47,712 --> 00:09:51,007 Aku beritahu dia, tapi dia cakap, "Okey. Boleh tolong baiki iPad ayah?" 141 00:09:51,090 --> 00:09:55,094 Tak bolehkah dia cakap, "Syabas, nak." Atau, "Ayah bangga dengan kamu"? 142 00:09:55,219 --> 00:09:58,139 Aku tak pernah dengar ayah aku sebut perkataan "bangga". 143 00:09:58,222 --> 00:10:01,559 Dia selalu cakap, "Itu saja? Itu saja yang kamu buat?" 144 00:10:01,851 --> 00:10:06,022 Kalau aku pergi ke bulan, dia akan tanya, "Bila kamu nak ke Marikh?" 145 00:10:06,105 --> 00:10:08,024 Ya. "Brian, kamu pergi ke bulan? 146 00:10:08,107 --> 00:10:09,859 Macam tamat belajar dari kolej komuniti. 147 00:10:09,942 --> 00:10:12,862 Bila kamu nak tamat belajar dari Harvard, iaitu ke Pluto?" 148 00:10:12,945 --> 00:10:15,990 Aku rasa ibu bapa orang Asia tak tahu cara nak cakap 149 00:10:16,073 --> 00:10:18,075 mereka bangga dengan kita. 150 00:10:18,159 --> 00:10:20,286 Kau pernah berbual dengan ibu bapa orang putih? 151 00:10:20,369 --> 00:10:21,495 - Mereka baik. - Ya. 152 00:10:21,579 --> 00:10:24,081 Aku pernah makan malam dengan ibu kekasih aku 153 00:10:24,165 --> 00:10:26,876 dan bila kami nak balik, dia peluk aku lebih kerap 154 00:10:26,959 --> 00:10:29,378 daripada keluarga aku pernah peluk aku. 155 00:10:29,462 --> 00:10:33,090 Betul. Kebanyakan keluarga orang putih mesti nak ambil aku jadi anak angkat. 156 00:10:35,217 --> 00:10:39,597 Alamak. Ayah aku ajak aku minum teh dengan dia dan kawannya, Dr. Ramusami. 157 00:10:39,680 --> 00:10:42,350 Boleh kau ikut supaya aku ada alasan nak balik cepat? 158 00:10:42,433 --> 00:10:45,770 Kau ajak aku melepak dengan ayah kau dan seorang lagi lelaki tua India? 159 00:10:45,978 --> 00:10:47,688 Tak naklah. Cuaca bagus. 160 00:10:47,772 --> 00:10:52,234 Aku nak lepak di taman sambil tengok khabar angin pertukaran NBA di telefon. 161 00:10:52,318 --> 00:10:53,903 Jomlah, kawan. Tolonglah. 162 00:10:54,654 --> 00:10:56,197 Okey. Tapi... 163 00:10:56,822 --> 00:10:58,366 kau kena ikut aku 164 00:10:58,449 --> 00:11:01,035 pergi majlis suai kenal golongan profesional Asia-Amerika 165 00:11:01,118 --> 00:11:03,120 yang sepupu aku, James anjurkan minggu depan. 166 00:11:03,204 --> 00:11:05,081 - Okey, setuju. - Okey. 167 00:11:05,665 --> 00:11:08,125 Brian, kamu nak rasa snek India? 168 00:11:08,209 --> 00:11:10,419 Mysore pak? Muruku? 169 00:11:10,711 --> 00:11:12,797 Mirchi? Umapodi? 170 00:11:13,089 --> 00:11:14,548 Nak rasa popadom? 171 00:11:14,757 --> 00:11:16,842 Tak, saya dah kenyang, terima kasih. 172 00:11:16,926 --> 00:11:18,677 Nak popadom mini? 173 00:11:18,761 --> 00:11:20,846 Okey, yang mini boleh... 174 00:11:21,597 --> 00:11:24,892 - Dev, kerjaya lakonan kamu macam mana? - Berjalan lancar. 175 00:11:24,975 --> 00:11:27,144 Saya pergi uji bakat, ia hebat. 176 00:11:27,228 --> 00:11:28,562 Saya kerap berlakon iklan. 177 00:11:28,646 --> 00:11:31,148 Tapi baru-baru ini, saya fikir nak berlakon filem pula. 178 00:11:31,232 --> 00:11:33,359 Itu uji bakat filem pertama saya. 179 00:11:33,442 --> 00:11:36,237 Kalau uji bakat pertama itu berjalan lancar, bagus. 180 00:11:36,320 --> 00:11:37,988 Terima kasih. Beritahu ayah saya. 181 00:11:38,072 --> 00:11:40,074 Dia tanya kenapa saya tak berlakon Iron Man. 182 00:11:40,157 --> 00:11:44,703 Filem-filem Iron Man memang bagus. Lelaki itu kuat dan kelakar. 183 00:11:45,496 --> 00:11:47,665 Macam mana kamu boleh mula berlakon? 184 00:11:47,748 --> 00:11:50,626 Memang kamu minat berlakon dari dulu? 185 00:11:50,709 --> 00:11:54,130 Tak. Satu hari saya bersiar-siar di Taman Washington Square, 186 00:11:54,213 --> 00:11:58,175 kemudian ada lelaki cakap dia nak cari model kaum minoriti untuk buat iklan. 187 00:11:58,259 --> 00:12:01,220 Saya setuju dan bayarannya pun tinggi, jadi saya teruskan saja. 188 00:12:01,303 --> 00:12:03,431 Lepas itu, baru saya minat berlakon. 189 00:12:03,514 --> 00:12:05,599 Baguslah. Kamu sedang bina hidup sendiri. 190 00:12:05,683 --> 00:12:09,645 Masa ayah kamu sebaya kamu, dia baru berhenti dari kilang zip. 191 00:12:10,229 --> 00:12:11,063 Kilang zip? 192 00:12:11,147 --> 00:12:14,150 Ya. Ayah kerja di kilang zip selama dua tahun 193 00:12:14,233 --> 00:12:16,527 untuk kumpul duit dan sambung belajar bidang perubatan. 194 00:12:16,610 --> 00:12:20,489 - Ayah tak pernah cerita pun. - Ya, ayah kamu rajin bekerja. 195 00:12:20,573 --> 00:12:24,285 Di hujung zip ada pemegang kecil yang kita akan tarik, bukan? 196 00:12:24,368 --> 00:12:26,412 Kerja dia tebuk lubang pada pemegang itu. 197 00:12:26,495 --> 00:12:27,788 Dia yang terbaik. 198 00:12:28,289 --> 00:12:30,124 Kalau dia tak ke Amerika, 199 00:12:30,207 --> 00:12:34,503 entah-entah sekarang kamu pun kerja di kilang zip itu juga 200 00:12:34,587 --> 00:12:35,880 dan tebuk lubang. 201 00:12:36,046 --> 00:12:37,756 Tapi, Dev tinggal di Amerika 202 00:12:37,840 --> 00:12:40,426 dan masalah terbesar dia ialah Wi-Fi yang teruk. 203 00:12:40,509 --> 00:12:41,886 Hei, itu masalah besar. 204 00:12:41,969 --> 00:12:44,597 Ingat tak masa kita tengok video lelaki yang jatuh dalam kek? 205 00:12:44,680 --> 00:12:47,766 - Lama nak tunggu video itu. - Pak cik dah tengok video itu! 206 00:12:47,850 --> 00:12:49,226 Kelakar betul! 207 00:12:49,727 --> 00:12:51,896 Brian, boleh hantar pautannya kepada pak cik? 208 00:12:51,979 --> 00:12:53,105 Boleh. 209 00:12:53,189 --> 00:12:55,858 - Kenapa tak suruh saya? - Ayah suka Brian. 210 00:13:12,124 --> 00:13:15,044 Mason kata, "Happy Endings memang hebat." 211 00:13:15,127 --> 00:13:16,670 Dia yang cakap. Nak pergi tak? 212 00:13:16,754 --> 00:13:17,588 Ya. 213 00:13:17,671 --> 00:13:19,757 Tak sangka apa yang ayah aku cerita tadi. 214 00:13:19,840 --> 00:13:22,092 Kerja di kilang zip? Aku tak tahu pun. 215 00:13:22,176 --> 00:13:24,470 Kau tahu cerita ayah kau masa dulu-dulu? 216 00:13:24,553 --> 00:13:26,555 Aku tahu sikit-sikit. 217 00:13:26,722 --> 00:13:29,433 Dia miskin. Duduk di negara lain. 218 00:13:29,517 --> 00:13:32,061 Hidup susah. Kemudian berhijrah ke sini. 219 00:13:32,353 --> 00:13:34,063 Aku boleh bayangkan. 220 00:13:34,146 --> 00:13:36,899 Bukankah semua cerita imigran sama? Mereka hidup susah. 221 00:13:36,982 --> 00:13:39,276 Kau sepatutnya tanya lagi, sebab dia ayah kau. 222 00:13:39,360 --> 00:13:41,362 Yalah, tapi dia pun berat mulut. 223 00:13:41,445 --> 00:13:45,115 Aku jumpa gambar dia jadi askar. Dia cuma kata, "Memang susah" 224 00:13:45,199 --> 00:13:47,201 kemudian dia pergi bilik lain. 225 00:13:47,284 --> 00:13:48,536 Tak sangka betul. 226 00:13:48,661 --> 00:13:51,622 Anak-anak generasi pertama yang hidup senang-lenang 227 00:13:51,705 --> 00:13:54,083 sebab ibu bapa kita dah banyak berkorban. 228 00:13:54,166 --> 00:13:57,795 Kita tak pernah ucap terima kasih. Tak buat apa-apa sebagai penghargaan. 229 00:13:57,878 --> 00:13:59,630 Kita patut buat sesuatu, bukan? 230 00:13:59,713 --> 00:14:03,175 Maksud kau, beri hadiah? Aku nak beri apa untuk ayah aku? 231 00:14:03,259 --> 00:14:04,885 Dia tiada hobi atau minat pun. 232 00:14:04,969 --> 00:14:08,055 Dia cuma suka minum air supaya dia terhidrat. 233 00:14:08,222 --> 00:14:10,307 Aku boleh beri dia empat liter air. 234 00:14:11,725 --> 00:14:14,103 Kau rasa ada kelab "air bulanan" tak? 235 00:14:14,186 --> 00:14:16,522 Apa kata kita bawa mereka keluar makan malam 236 00:14:16,605 --> 00:14:19,817 dan dengar kisah hidup mereka serta ucap terima kasih? 237 00:14:20,234 --> 00:14:23,195 Ya. Boleh juga. Mesti ayah aku nak. 238 00:14:23,279 --> 00:14:25,573 Tahu tak dia akan minum apa lepas makan? 239 00:14:25,865 --> 00:14:26,907 Air. 240 00:14:28,826 --> 00:14:30,828 - Helo? - Hei, Dev. 241 00:14:30,911 --> 00:14:33,998 Pengarah kami tak dapat datang ke sini esok. 242 00:14:34,081 --> 00:14:35,875 Tapi dia suka uji bakat awak 243 00:14:35,958 --> 00:14:39,128 dan dia tanya boleh tak awak buat semula melalui Skype. 244 00:14:40,671 --> 00:14:43,340 Wi-Fi di rumah saya tak berapa bagus. 245 00:14:43,424 --> 00:14:46,760 Boleh tak kita buat beberapa jam lagi? Saya boleh tumpang rumah kawan. 246 00:14:46,844 --> 00:14:50,264 Jadual mereka penuh. Boleh awak cari tempat lain cepat? 247 00:14:51,557 --> 00:14:54,685 Ya. Saya akan ambil komputer dan cari mana-mana tempat. 248 00:14:54,768 --> 00:14:57,313 Saya telefon lagi 15 minit, okey? Terima kasih. 249 00:15:01,984 --> 00:15:04,069 Hei, kamu semua boleh dengar tak? 250 00:15:04,153 --> 00:15:05,738 Ya, boleh, Dev. 251 00:15:05,821 --> 00:15:08,616 Awak akan baca skrip babak 22, bahagian Dr. Vincent. 252 00:15:09,199 --> 00:15:11,785 Ya, okey. "Saya dah asingkan sampel-sampel. 253 00:15:11,869 --> 00:15:14,496 Jika betul kiraan saya, rasa seriau itu boleh menjangkiti 254 00:15:14,580 --> 00:15:16,957 satu bilion orang dalam tempoh 12 jam lagi." 255 00:15:17,041 --> 00:15:18,083 Oh Tuhan. 256 00:15:18,167 --> 00:15:21,086 "Kejap. Salah satu sampel dah hilang. 257 00:15:21,170 --> 00:15:23,797 Oh Tuhan. Bebuli itu telah tercemar." 258 00:15:23,881 --> 00:15:26,717 "Dr. Vincent, patogen itu tersebar melalui udara." 259 00:15:27,343 --> 00:15:29,887 "Rasa seriau itu! Ia sudah berlaku!" 260 00:15:29,970 --> 00:15:31,972 Okey, awak boleh berhenti di situ 261 00:15:32,056 --> 00:15:34,516 sebab pada babak inilah virus itu mula menguasai. 262 00:15:34,600 --> 00:15:36,435 Saya nak awak berdiri. Awak tengah duduk? 263 00:15:36,518 --> 00:15:40,397 Boleh tak awak bangun, seolah-olah ia menguasai badan awak? 264 00:15:40,856 --> 00:15:43,233 "Rasa seriau itu! Ia sudah berlaku! 265 00:15:43,317 --> 00:15:45,444 Virus ini memakan badan saya! 266 00:15:45,527 --> 00:15:47,029 Mata saya rasa terbakar!" 267 00:15:49,949 --> 00:15:51,617 "Apa jadi dalam makmal?" 268 00:15:51,700 --> 00:15:55,079 "Bilik ini tercemar! Virus itu akan bunuh kita semua! 269 00:15:55,162 --> 00:15:58,290 Semua keluar dari sini sekarang! Keluar lekas! 270 00:15:58,374 --> 00:15:59,833 Tunggu! Dah terlewat! 271 00:15:59,917 --> 00:16:01,335 Kunci pintu itu! 272 00:16:01,418 --> 00:16:02,586 Jangan bergerak! 273 00:16:02,670 --> 00:16:05,047 Kita perlu berkorban untuk halang virus ini merebak! 274 00:16:05,130 --> 00:16:07,091 - Tidak!" - Encik. 275 00:16:07,174 --> 00:16:10,761 Awak tak boleh buat semua itu di sini. Baik awak keluar. 276 00:16:10,844 --> 00:16:14,098 Saya sedang uji bakat. Boleh tunggu saya habiskan? Sikit lagi. 277 00:16:14,181 --> 00:16:15,265 Sikit saja lagi. 278 00:16:15,349 --> 00:16:16,850 Boleh tak? Okey? 279 00:16:16,934 --> 00:16:19,019 Maaf. Saya akan sambung. 280 00:16:19,603 --> 00:16:22,481 "Tak mungkin! Tidak!" 281 00:16:24,400 --> 00:16:25,484 Okey, dah habis. 282 00:16:27,152 --> 00:16:28,487 Terima kasih. 283 00:16:28,570 --> 00:16:31,532 Terima kasih, Dev. Bagus. Nanti kami hubungi awak. 284 00:16:34,451 --> 00:16:38,414 Apa yang dia buat di kedai kopi? Oh Tuhan, dia gelandangankah? 285 00:16:39,289 --> 00:16:41,875 Tuan, video masih berjalan. 286 00:16:41,959 --> 00:16:44,169 Alamak. Maaf. Tak ada masalah. 287 00:16:46,130 --> 00:16:48,340 Terima kasih banyak sebab datang. 288 00:16:48,549 --> 00:16:52,344 Saya dan Brian nak belanja kamu semua untuk ucap terima kasih. 289 00:16:52,469 --> 00:16:55,097 Mak dan ayah bekerja keras, datang ke negara ini, 290 00:16:55,180 --> 00:16:58,684 beri kami kehidupan yang baik, tapi kami tak pernah hargai. 291 00:16:58,976 --> 00:17:00,936 Jadi, untuk ibu bapa kami. 292 00:17:03,313 --> 00:17:04,690 Maafkan saya, encik. 293 00:17:04,857 --> 00:17:07,234 Boleh kami pesan ayam dengan brokoli? 294 00:17:07,317 --> 00:17:09,153 Maaf, dia nak ayam dan brokoli. 295 00:17:09,236 --> 00:17:12,781 Bawa makanan mewah yang restoran ini hidangkan kepada orang Cina. 296 00:17:12,865 --> 00:17:16,744 Baiklah. Saya tak sangka mereka fikir itu yang kita makan di Taiwan. 297 00:17:16,827 --> 00:17:18,245 Boleh bayangkan tak? 298 00:17:19,580 --> 00:17:22,833 Ayam pedas Szechuan istimewa luar biasa ini macam mana? 299 00:17:23,542 --> 00:17:26,920 Ramesh, kenapa awak tanya? Awak bukannya makan pedas pun. 300 00:17:27,504 --> 00:17:30,215 Ada tulis istimewa luar biasa. Mestilah sedap. 301 00:17:35,554 --> 00:17:38,932 Dev, kamu bawa gambar-gambar masa kita ke New Zealand tak? 302 00:17:39,516 --> 00:17:41,518 Saya terlupa. Maaf. 303 00:17:41,602 --> 00:17:45,898 Dia banyak ambil gambar, tapi sekeping pun kami tak tengok lagi. 304 00:17:46,273 --> 00:17:48,901 Saya banyak ambil gambar guna iPad. 305 00:17:48,984 --> 00:17:51,653 Bukanlah. Awak ambil video panjang. 306 00:17:51,737 --> 00:17:54,740 Tapi saya rakam sepanjang percutian itu. 307 00:17:54,865 --> 00:17:56,283 Kita dapat tengok semua. 308 00:17:56,366 --> 00:17:58,577 Mak, kenapa makan nasi saja? 309 00:17:58,660 --> 00:18:02,122 Suka hati maklah nak makan apa. Mak tak tanya kamu pun. 310 00:18:02,206 --> 00:18:04,958 - Mak tak suka makanan Cina. - Kenapa tak cakap? 311 00:18:05,042 --> 00:18:06,710 Kita boleh ke tempat lain. 312 00:18:07,002 --> 00:18:08,337 Ayah suka restoran ini. 313 00:18:08,420 --> 00:18:10,589 Ayah pernah bawa mak kamu, tapi dia tak makan apa-apa. 314 00:18:10,672 --> 00:18:12,549 Ya, sebab dia tak suka makanan Cina. 315 00:18:12,633 --> 00:18:14,676 Ayah suka. Sedap. 316 00:18:14,760 --> 00:18:17,137 Satu lagi sebab kami ajak kamu semua keluar 317 00:18:17,221 --> 00:18:20,224 ialah sebab kami nak tahu cerita ayah dan macam mana ayah datang ke sini. 318 00:18:20,307 --> 00:18:23,310 Ayah, ada apa-apa cerita yang ayah nak kongsikan? 319 00:18:24,186 --> 00:18:26,772 Tak ada apa-apa yang ayah nak ceritakan. 320 00:18:28,899 --> 00:18:30,859 Takkan tak ada? Mesti ada cerita menarik. 321 00:18:30,943 --> 00:18:33,946 Contohnya, masa ayah di Taiwan dulu, ayah buat apa? 322 00:18:34,738 --> 00:18:36,240 Ayah bekerja keras. 323 00:18:37,699 --> 00:18:40,619 Okey. Ada apa-apa peristiwa menarik yang berlaku? 324 00:18:44,915 --> 00:18:45,791 Tak ada. 325 00:18:47,501 --> 00:18:48,919 Mak dan ayah macam mana? 326 00:18:49,002 --> 00:18:51,338 Apa kamu buat di New York masa sebaya kami? 327 00:18:51,421 --> 00:18:53,715 Mak bekerja serta jaga kamu dan ayah kamu. 328 00:18:53,799 --> 00:18:55,467 Mak ada pergi berseronok? 329 00:18:55,551 --> 00:18:58,554 - Kami tak buat apa-apa untuk berseronok. - Kamu tahu 330 00:18:58,637 --> 00:19:00,430 berseronok ialah perkara baharu, bukan? 331 00:19:00,514 --> 00:19:03,475 Cuma generasi kamu yang berpeluang untuk berseronok. 332 00:19:03,559 --> 00:19:06,478 Macam mana dengan masa ayah kecil? Ayah buat apa untuk berseronok? 333 00:19:09,523 --> 00:19:10,566 Alamak. 334 00:19:10,649 --> 00:19:13,944 Ayah! Tengok gitar ini! Boleh tak kita beli? 335 00:19:14,027 --> 00:19:15,612 Benda itu mengarut. 336 00:19:15,696 --> 00:19:19,783 Kamu nak kena rotan? Kita tak ada masa untuk itu. 337 00:19:24,621 --> 00:19:26,915 Hei, tengok. Ayah belikan kamu gitar. 338 00:19:28,292 --> 00:19:30,752 Ayah, saya tengah main permainan video. 339 00:19:34,214 --> 00:19:36,008 Kamu ada banyak mainan. 340 00:19:36,258 --> 00:19:38,594 Dulu kami bawa kamu berlatih main bola, 341 00:19:38,677 --> 00:19:40,262 kelas gitar, Nintendo. 342 00:19:40,345 --> 00:19:43,056 Ayah hanya ulang kaji, main di luar, 343 00:19:43,348 --> 00:19:45,267 makan nasi, kemudian tidur. 344 00:19:45,601 --> 00:19:47,644 Macam mana hari pertama mak di Amerika? 345 00:19:47,728 --> 00:19:49,062 - Mesti teruja. - Tak. 346 00:19:49,146 --> 00:19:53,150 Ayah kamu ambil mak dari lapangan terbang dan dia pergi kerja. 347 00:19:53,233 --> 00:19:56,278 Mak tak kenal sesiapa dan mak baru kenal ayah kamu. 348 00:19:56,904 --> 00:19:58,488 Perkahwinan kami diatur 349 00:19:58,572 --> 00:20:01,366 dan saya baru kenal dia seminggu dua. 350 00:20:01,450 --> 00:20:03,869 Masa hari pertama di sini? Mak bersiar-siar tak? 351 00:20:03,952 --> 00:20:06,496 Tak, mak duduk dan menangis di sofa. 352 00:20:06,580 --> 00:20:07,664 Sedihnya. 353 00:20:07,748 --> 00:20:11,710 - Kamu yang tanya tadi! - Apa lagi yang mak ingat? 354 00:20:11,793 --> 00:20:14,796 Oh ya. Mak takut nak jawab telefon 355 00:20:14,880 --> 00:20:18,550 sebab semua orang tak faham apa mak cakap kerana loghat mak. 356 00:20:18,634 --> 00:20:21,053 Saya pun takut nak jawab telefon. 357 00:20:21,595 --> 00:20:24,806 Mereka asyik tengking saja. "Apa?" "Lagi sekali?" 358 00:20:24,890 --> 00:20:27,100 Masa itu ayah baru sampai negara ini. 359 00:20:27,517 --> 00:20:28,894 Kenapa mereka marah? 360 00:20:28,977 --> 00:20:31,104 Gilalah. Bahasa Inggeris ayah bagus. 361 00:20:32,147 --> 00:20:36,526 Ada apa-apa cerita yang ayah ingat masa sampai di sini atau masa kecil? 362 00:20:46,453 --> 00:20:48,330 Ayah makan ayam kesayangan ayah? 363 00:20:49,039 --> 00:20:50,749 - Ya. - Hei. 364 00:20:50,832 --> 00:20:53,418 Awak ada ayam lagi tak yang boleh dibunuh? 365 00:20:53,502 --> 00:20:58,006 Dah 45 minit saya tunggu. Mana ayam dan brokoli saya? 366 00:20:59,883 --> 00:21:03,845 Ada sekali, masa itu Brian masih kecil, kami di sebuah restoran 367 00:21:03,929 --> 00:21:06,348 dan mereka letak sepinggan pencuci mulut. 368 00:21:06,431 --> 00:21:09,768 Brian ambil sepotong kek coklat dan lumurkan ke mukanya. 369 00:21:10,310 --> 00:21:12,854 Saya nak jelaskan, saya baru tujuh tahun. 370 00:21:12,938 --> 00:21:14,106 "Sedapnya!" 371 00:21:15,732 --> 00:21:18,026 Saya pernah bawa Dev ke Pizza Hut. 372 00:21:18,110 --> 00:21:21,571 Ada budak perempuan buli dia. Budak itu tolak dia masuk lubang. 373 00:21:21,655 --> 00:21:25,033 Dia jerit, "Ayah! Wendy tolak saya!" 374 00:21:25,117 --> 00:21:27,911 Budak itu tua setahun dari saya. Badan dia besar. 375 00:21:32,457 --> 00:21:33,834 Seronok berbual begini. 376 00:21:34,251 --> 00:21:35,419 Ayah seronok. 377 00:21:39,131 --> 00:21:42,426 Hari itu memang seronok. Aku tak pernah dengar cerita-cerita itu. 378 00:21:42,509 --> 00:21:43,969 Perjalanan mereka mengagumkan. 379 00:21:44,052 --> 00:21:45,846 Dulu ayah aku mandi dalam sungai, 380 00:21:45,929 --> 00:21:48,181 tapi sekarang dia bawa kereta yang bercakap. 381 00:21:48,265 --> 00:21:51,476 Aku rasa semua imigran ada kisah gila seperti itu. 382 00:21:51,560 --> 00:21:53,937 Aku gembira kita buat begitu. Aku baru tahu 383 00:21:54,021 --> 00:21:56,898 yang ayah aku bela kerbau bernama Ting Ting. 384 00:21:56,982 --> 00:21:59,359 Ya, mak aku ada kawan nama Kunjilikaka. 385 00:21:59,443 --> 00:22:00,360 Hebat nama itu. 386 00:22:02,529 --> 00:22:05,115 Wah. Kau masuk kumpulan mesej dengan ibu bapa kita? 387 00:22:05,198 --> 00:22:07,617 - Ayah aku ada sekali? - Rasanya ada. 388 00:22:07,701 --> 00:22:10,245 Mungkin mereka bertukar nombor lepas makan malam itu. 389 00:22:10,329 --> 00:22:13,040 - Kenapa aku tak ada? - Ada seorang lagi Brian. 390 00:22:13,123 --> 00:22:15,125 Brian Donkers. Mesti dia tersilap. 391 00:22:15,208 --> 00:22:17,586 Mereka nak keluar makan bersama lagi malam ini. 392 00:22:17,669 --> 00:22:20,297 Ayah aku: "Jom makan di restoran En. Chow." 393 00:22:20,630 --> 00:22:23,967 Ayah kau: "Mesti seronok. Saya akan hadir." 394 00:22:24,051 --> 00:22:27,137 - Kejap. Apa yang jadi? - Kita tak boleh makan dengan mereka lagi. 395 00:22:27,220 --> 00:22:30,182 - Aku bukan nak keluar selalu. - Aku cuma nak keluar sekali saja. 396 00:22:30,265 --> 00:22:32,559 Aku tak nak hubungan serius dengan ayah aku. 397 00:22:32,642 --> 00:22:34,352 - Cakap kita tak boleh pergi. - Okey. 398 00:22:34,436 --> 00:22:37,439 "Maaf. Saya dan Brian dah ada hal lain." 399 00:22:39,566 --> 00:22:43,278 Peter Chang: "Dev, jangan risau. Wendy si pembuli itu tak ada." 400 00:22:43,862 --> 00:22:46,573 Habislah. Peter Chang dah pandai melawak. 401 00:22:48,200 --> 00:22:50,368 Brian Donkers: "Saya nak pergi." 402 00:22:53,288 --> 00:22:56,083 AYAH: KASIHAN KAMU TAK DAPAT PERGI. TELEFON AYAH. 403 00:22:58,835 --> 00:23:02,422 Saya minta maaf sangat tentang uji bakat Skype itu. 404 00:23:02,506 --> 00:23:04,841 Kalau saya dapat peluang lagi, saya boleh buat lebih baik. 405 00:23:04,925 --> 00:23:08,345 Saya setuju, sebab itu saya dapatkan sesi studio untuk awak. 406 00:23:08,845 --> 00:23:10,680 - Bagus. - Tapi ini masalahnya. 407 00:23:11,223 --> 00:23:14,309 Kami baru pilih pelakon lain untuk jadi Dr. Vincent. 408 00:23:14,559 --> 00:23:15,936 Ejen dia baru telefon 409 00:23:16,561 --> 00:23:19,397 sepuluh minit lepas untuk beri persetujuan. 410 00:23:19,481 --> 00:23:24,611 Jadi, daripada suruh awak uji bakat dan membazir masa semua orang, 411 00:23:24,694 --> 00:23:26,655 saya rasa baik saya terus terang. 412 00:23:26,738 --> 00:23:28,949 Tapi sekarang saya menyesal pula. 413 00:23:29,241 --> 00:23:32,160 Tak kisahlah, tak apa. Saya pun tak buat apa-apa. 414 00:23:32,536 --> 00:23:33,870 Jadi, saya balik dulu. 415 00:23:35,038 --> 00:23:36,039 Saya nak air ini. 416 00:23:36,414 --> 00:23:39,960 Sebenarnya air itu untuk orang yang tengah menunggu. 417 00:23:40,043 --> 00:23:42,420 Bukan untuk dibawa balik. 418 00:23:43,088 --> 00:23:46,049 - Awak seriuskah? - Air itu bukan untuk sesiapa 419 00:23:46,133 --> 00:23:47,509 ambil dan bawa balik. 420 00:23:47,592 --> 00:23:49,177 Kita bukan di New Orleans. 421 00:23:53,765 --> 00:23:56,476 AYAH: TENTU KAMU SIBUK. TELEFON BILA ADA MASA. 422 00:24:00,981 --> 00:24:01,982 Helo. 423 00:24:02,566 --> 00:24:04,317 Hai, ayah. Apa cerita? 424 00:24:04,401 --> 00:24:07,946 Ayah baru hantar Dr. Ramusami ke stesen kereta api. 425 00:24:08,530 --> 00:24:09,823 Kamu apa cerita? 426 00:24:10,323 --> 00:24:11,449 Tak ada apa sangat. 427 00:24:12,033 --> 00:24:13,285 Kamu okey? 428 00:24:14,286 --> 00:24:18,331 Tadi saya jumpa orang-orang filem itu, saya tak dapat watak itu. 429 00:24:18,415 --> 00:24:19,624 Tak apalah. 430 00:24:19,958 --> 00:24:23,003 Mak dan ayah dah tengok iklan Go-Gurt kamu. 431 00:24:23,086 --> 00:24:24,588 Kamu bagus, nak. 432 00:24:25,130 --> 00:24:26,923 Kamu dah tunjuk video YouTube kamu? 433 00:24:27,007 --> 00:24:30,469 Tak, selalunya orang tak tunjuk video YouTube dalam uji bakat, 434 00:24:30,552 --> 00:24:31,636 tapi terima kasih. 435 00:24:32,470 --> 00:24:35,140 Tak apalah. Lain kali mungkin ada rezeki. 436 00:24:36,183 --> 00:24:39,102 - Okey. Nanti kita borak lagi. - Selamat tinggal. 437 00:24:39,186 --> 00:24:40,145 Selamat tinggal. 438 00:24:49,821 --> 00:24:51,907 - Dah tutup mata? - Ya. 439 00:24:55,202 --> 00:24:56,411 Okey, boleh buka. 440 00:24:57,037 --> 00:24:58,038 Tengoklah! 441 00:24:58,997 --> 00:25:01,374 - Hadiah untuk ayah. - Cantiknya. 442 00:25:01,458 --> 00:25:04,085 Ayah kata datuk tak nak belikan, jadi saya beli untuk ayah. 443 00:25:04,169 --> 00:25:06,046 Saya dah daftarkan kelas selama sebulan. 444 00:25:06,129 --> 00:25:07,589 Terima kasih, Dev. 445 00:25:08,006 --> 00:25:09,883 Untuk itu, kamu dapat pelukan. 446 00:25:10,842 --> 00:25:13,470 - Terima kasih. - Tak ada hadiah untuk mak? 447 00:25:13,678 --> 00:25:15,513 Ya. Mestilah ada untuk mak. 448 00:25:16,306 --> 00:25:18,767 - Gambar! - Wah, cantiknya. 449 00:25:18,850 --> 00:25:21,394 Terima kasih banyak. Mak sayang kamu. 450 00:25:21,811 --> 00:25:23,021 Saya pun sayang mak. 451 00:25:23,104 --> 00:25:25,273 Okey. Kita nak makan di mana? 452 00:25:25,899 --> 00:25:27,275 Restoran En. Chow. 453 00:25:27,359 --> 00:25:29,361 Ramesh, tak naklah. 454 00:25:29,444 --> 00:25:31,279 Awak tahu saya tak suka makanan Cina. 455 00:25:31,363 --> 00:25:34,699 - Mak nak masak di rumah? - Ya, nanti mak masak kurma. 456 00:25:34,783 --> 00:25:36,826 - Betul tak nak makan di luar? - Tak nak. 457 00:25:36,910 --> 00:25:39,871 Kamu tak perlu bawa kami keluar makan di tempat mewah. 458 00:25:40,121 --> 00:25:42,958 Telefon kami seminggu sekali. Itu pun dah cukup. 459 00:25:43,291 --> 00:25:44,501 Beri saya iPad ayah. 460 00:25:46,169 --> 00:25:48,880 Panggilan mingguan dengan Dev. 461 00:25:48,964 --> 00:25:50,924 Maaf, En. Chow 462 00:25:52,008 --> 00:25:55,387 Kami tak boleh datang ke restoran awak 463 00:25:55,470 --> 00:25:57,555 Hari ini 464 00:25:58,390 --> 00:25:59,641 Janganlah nyanyi. 465 00:26:01,810 --> 00:26:03,812 IMIGRAN DALAM BOT DI EROPAH 466 00:26:08,400 --> 00:26:09,442 Betul cakap ayah. 467 00:26:10,110 --> 00:26:11,278 Habislah kita. 468 00:26:12,153 --> 00:26:13,238 Ayah dah kata. 469 00:26:14,864 --> 00:26:16,074 Hei. 470 00:26:16,366 --> 00:26:18,910 Orang di kelas gitar itu kata ayah berhenti. 471 00:26:18,994 --> 00:26:22,372 Ya, ayah cuba belajar. Tapi ayah tak suka. 472 00:26:22,455 --> 00:26:24,791 Jari ayah sakit bila pegang tali gitar. 473 00:26:24,874 --> 00:26:28,837 Tapi ayah kata ayah sedih bila datuk tak nak belikan ayah gitar. 474 00:26:28,920 --> 00:26:30,839 Entahlah. Jangan ganggu ayah. 475 00:26:30,922 --> 00:26:33,091 Ayah nak main permainan komputer. 476 00:26:39,097 --> 00:26:41,099 Terjemahan sari kata oleh Nurul Nadiah Roslan