1 00:00:06,000 --> 00:00:09,000 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:11,000 --> 00:00:14,720 Saya Uhtred, anak kepada Uhtred. 3 00:00:14,800 --> 00:00:17,560 Berita buruk sudah sampai ke Eoferwic. 4 00:00:17,640 --> 00:00:20,000 - Aelfwynn ditangkap dalam perjalanan. - Oleh siapa? 5 00:00:20,080 --> 00:00:21,800 Kami percaya mereka orang upahan. 6 00:00:21,880 --> 00:00:24,600 Kami syak mereka ada kaitan dengan Lord Aethelhelm. 7 00:00:24,680 --> 00:00:27,280 Nasib saya berubah. 8 00:00:27,360 --> 00:00:31,320 Lord Aethelhelm telah mula memberontak. Dia buat pakatan dengan Constantin 9 00:00:31,400 --> 00:00:34,600 dan menawarkan perkahwinan dengan Lady Aelfwynn. 10 00:00:34,680 --> 00:00:37,360 - Di mana kita mahu cari dia? - Di dalam kubu utara di sini. 11 00:00:37,439 --> 00:00:39,000 Dipanggil Bebbanburg. 12 00:00:39,080 --> 00:00:43,360 Hak saya dirampas oleh sepupu saya, Wihtgar. 13 00:00:43,440 --> 00:00:45,680 Nama awak akan dilupakan! 14 00:00:48,360 --> 00:00:50,640 Sekarang saya berpeluang untuk dapatkannya semula. 15 00:00:50,720 --> 00:00:53,960 Saya akan ketuai orang Wessex dan paksa orang Scotland ke sempadan. 16 00:00:54,040 --> 00:00:56,760 Aethelhelm akan terpaksa menyerah dan Aelfwynn akan kembali. 17 00:00:56,840 --> 00:00:59,080 Namun, Raja Edward ada rancangan lain. 18 00:00:59,160 --> 00:01:02,680 Sebagai ganti untuk kahwini Aelfwynn dan memulaukan Lord Aethelhem, 19 00:01:02,760 --> 00:01:04,320 bahagi Northumbria kepada dua. 20 00:01:04,400 --> 00:01:07,200 Tanah di Bebbanburg jadi milik orang Scotland 21 00:01:07,280 --> 00:01:09,160 dan Aethelhelm disingkirkan. 22 00:01:09,239 --> 00:01:11,440 Namun, tiada siapa menyokongnya. 23 00:01:11,520 --> 00:01:14,800 Saya janji dengan kakak awak untuk menjaga Aelfwynn. 24 00:01:14,880 --> 00:01:18,440 - Saya sokong Uhtred. - Saya sokong Uhtred. 25 00:01:18,520 --> 00:01:21,080 Aethelstan, apa pendapat kamu? 26 00:01:21,160 --> 00:01:23,440 Saya akan ikut Lord Uhtred. 27 00:01:23,520 --> 00:01:26,640 Tuanku tak boleh dapat semua yang tuanku mahu. 28 00:01:28,160 --> 00:01:30,280 Saya takkan biar ada tentangan lagi. 29 00:01:30,360 --> 00:01:33,080 Mereka yang pergi akan dihukum bunuh! 30 00:01:34,160 --> 00:01:35,960 Takdir telah ditentukan. 31 00:01:46,640 --> 00:01:50,440 Ayuh, cepat! Matahari akan terbit. 32 00:01:50,520 --> 00:01:54,000 Hei, jangan buat saya mati sebelum bertolak. 33 00:01:54,080 --> 00:01:55,400 Ke tepi! 34 00:01:56,400 --> 00:02:00,000 - Adakah baginda akan berlembut? - Semua kata penasihatnya diabaikan. 35 00:02:00,280 --> 00:02:03,080 Dah tentu baginda takkan berpaling tadah daripada orang Saxon. 36 00:02:03,160 --> 00:02:05,960 Beritahu kepada Ealdorman Mercia. 37 00:02:08,280 --> 00:02:10,800 Kita akan bertolak apabila matahari terbit. 38 00:02:18,280 --> 00:02:20,280 Orang-orangnya masih berjaga-jaga? 39 00:02:20,360 --> 00:02:24,000 Ya, orang Mercia akan bertolak. 40 00:02:24,080 --> 00:02:26,800 Tiada sesiapa pun mahu berundur. 41 00:02:36,320 --> 00:02:39,560 Awak pun tak boleh tidur? 42 00:02:42,840 --> 00:02:46,640 Baginda tak mahu tidur dengan saya malam ini. 43 00:02:47,720 --> 00:02:49,800 Saya melarangnya daripada berpaling tadah 44 00:02:49,880 --> 00:02:52,440 daripada Northumbria dan baginda tak suka. 45 00:02:52,520 --> 00:02:59,440 Tiada lelaki yang suka dengar kebenaran daripada wanita yang dia cintai. 46 00:03:03,520 --> 00:03:07,080 Namun, jika ia perlu dilakukan, 47 00:03:07,280 --> 00:03:10,600 Tuhan akan bersama kita. 48 00:03:24,080 --> 00:03:27,040 Titah saya tetap ditentang. 49 00:03:27,120 --> 00:03:30,720 Persiapkan orang-orang Wessex. Semua mesti berkumpul di pintu gerbang. 50 00:03:30,800 --> 00:03:32,160 Baik, tuanku. 51 00:03:33,160 --> 00:03:34,840 Tuanku. 52 00:03:34,920 --> 00:03:40,040 Edward, jangan berpaling tadah terhadap orang Saxon lain. 53 00:03:40,120 --> 00:03:44,800 Eadgifu, awak patut kembali ke Winchester. 54 00:03:44,920 --> 00:03:47,200 Sekarang bukan masanya untuk jadi sekutu. 55 00:03:47,280 --> 00:03:50,960 Kami bukan sekutu, cuma wanita yang sayangkan tuanku. 56 00:03:51,040 --> 00:03:58,040 Bonda bersumpah untuk bercakap benar sebelum pergi. 57 00:03:58,120 --> 00:04:01,360 Rancangan kamu untuk abaikan Aelfwynn 58 00:04:01,440 --> 00:04:05,880 dan berunding dengan orang Scotland bukanlah sia-sia. 59 00:04:05,960 --> 00:04:09,520 Ia mampu membawa keamanan. 60 00:04:09,600 --> 00:04:13,400 Namun, ia memecah-belahkan orang Saxon. 61 00:04:13,480 --> 00:04:18,160 Jangan bahagikan Mercia daripada Wessex. 62 00:04:18,240 --> 00:04:22,480 - Bonda patut menasihati Lord Aldhelm. - Namun, bonda takkan buat begitu. 63 00:04:22,560 --> 00:04:25,640 Bonda setuju dengan Lord Aldhelm. 64 00:04:27,800 --> 00:04:31,320 Aethelflaed akan ikut Uhtred. 65 00:04:31,400 --> 00:04:35,720 Saya seorang raja, bukan pengikut. 66 00:04:42,080 --> 00:04:46,120 Kamu raja yang memilih untuk tidak mengetuai. 67 00:04:46,200 --> 00:04:52,240 Pilihan yang aneh. Bonda tertanya-tanya akan puncanya. 68 00:04:53,240 --> 00:04:55,720 Bonda hanya ada satu kesimpulan… 69 00:04:57,760 --> 00:04:59,000 ketakutan. 70 00:04:59,600 --> 00:05:01,960 Saya tak takut akan Aethelhelm, Constantin atau… 71 00:05:02,040 --> 00:05:06,360 Tidak, tapi kamu takut akan Alfred dan legasinya. 72 00:05:15,360 --> 00:05:17,840 Bonda akan beritahu kamu satu perkara. 73 00:05:17,920 --> 00:05:23,880 Kamu cukup kuat untuk menjadi lelaki yang memenuhi impian ayahanda kamu. 74 00:05:23,960 --> 00:05:27,760 Tak perlu serahkannya kepada anak cucu kamu. 75 00:05:27,840 --> 00:05:32,880 Kamu layak untuk hidup dalam babad 76 00:05:32,960 --> 00:05:36,240 sebagai orang yang menyatukan England. 77 00:05:36,320 --> 00:05:38,080 Bukan ketakutan yang halang saya. 78 00:05:38,160 --> 00:05:40,160 Bonda ialah ibu kamu… 79 00:05:42,560 --> 00:05:46,600 dan bonda tahu apabila kamu takut. 80 00:05:46,680 --> 00:05:48,680 Jadi, bonda akan beritahu 81 00:05:48,760 --> 00:05:53,040 yang bonda percaya kamu layak untuk saat ini. 82 00:05:53,120 --> 00:05:56,840 Kamu baik, jujur 83 00:05:56,920 --> 00:06:00,280 dan setia seperti ayahanda kamu. 84 00:06:00,360 --> 00:06:06,360 Dengan itu, Tuhan akan membantu kamu. 85 00:06:14,120 --> 00:06:16,760 Inilah takdir kamu. 86 00:06:17,760 --> 00:06:20,880 Gunakan peluang ini. 87 00:06:37,360 --> 00:06:40,920 Tinggalkan tempat kamu, sertai tentera semula! 88 00:06:46,920 --> 00:06:48,600 Wessex sudah berhenti. 89 00:06:48,680 --> 00:06:52,000 Orang-orang Raja Edward tak lagi mempertahankan kubu ini. 90 00:07:11,080 --> 00:07:14,520 - Kita akan bertolak. Buka pintu gerbang. - Baik, tuan. 91 00:07:44,840 --> 00:07:47,200 Menuju ke Bebbanburg, Lord Uhtred? 92 00:07:47,280 --> 00:07:49,600 Biar baginda rasai kejayaannya. 93 00:07:53,480 --> 00:07:55,400 Jika itu arahan awak. 94 00:07:55,480 --> 00:07:59,920 Saya perlukan orang yang setia untuk memegang tanah sempadan di Northumbria. 95 00:08:06,440 --> 00:08:08,920 Kita tentang Raja Scotland di tengah jalan! 96 00:08:09,000 --> 00:08:11,560 Putuskan pakatannya dengan Lord Aethelhelm 97 00:08:11,640 --> 00:08:14,800 dan buat perjanjian untuk anak perempuan Aethelflaed. 98 00:08:15,800 --> 00:08:18,840 Kekalkan Northumbria untuk orang Saxon! 99 00:08:31,040 --> 00:08:32,520 Ke Bebbanburg! 100 00:09:15,200 --> 00:09:17,000 BERDASARKAN NOVEL OLEH BERNARD CORNWELL 101 00:09:41,480 --> 00:09:43,880 KERAJAAN NORTHUMBRIA 102 00:09:50,320 --> 00:09:53,640 Adakah kita menanti untuk dikepung? 103 00:09:53,720 --> 00:09:57,240 Tidak, kita akan berangkat dan bertempur ke selatan. 104 00:09:57,320 --> 00:10:03,480 Kita tak perlukan layanan orang Northumbria lagi. 105 00:10:04,200 --> 00:10:06,640 Sebaik saja tentera Constantin tiba 106 00:10:06,720 --> 00:10:10,200 dan perkahwinan ini disempurnakan, 107 00:10:11,280 --> 00:10:14,680 kita akan pergi dengan bekalan kita. 108 00:10:14,760 --> 00:10:18,960 Bila tentera ini akan tiba? 109 00:10:22,360 --> 00:10:23,480 Tak lama lagi. 110 00:10:29,520 --> 00:10:31,640 Dia tak tahu. 111 00:10:31,720 --> 00:10:36,200 Dia bercakap besar, tapi tak tahu waktu ketibaan orang Scotland. 112 00:10:36,280 --> 00:10:38,480 Dia cuma mengharap kedatangan mereka. 113 00:10:38,920 --> 00:10:42,320 Sepupu awak, Uhtred masih berjuang untuk raja Saxon? 114 00:10:42,400 --> 00:10:43,480 Ya. 115 00:10:44,480 --> 00:10:46,600 Sebab itulah kita takkan keluar dari sini 116 00:10:46,680 --> 00:10:50,440 walau apa pun perjanjian dan pakatan yang kita buat. 117 00:10:58,520 --> 00:11:00,720 Lihat orang yang saya jumpa di jalan. 118 00:11:00,800 --> 00:11:02,480 Cynlaef! Awak lewat! 119 00:11:02,560 --> 00:11:05,760 Perjalanan saya sungguh menarik dan banyak yang perlu diceritakan. 120 00:11:05,840 --> 00:11:08,000 Mulanya, saya sesat di jambatan rosak… 121 00:11:08,080 --> 00:11:10,440 Tidak! Bukan sekarang, Cynlaef. 122 00:11:12,400 --> 00:11:14,280 Berita apa yang awak bawa? 123 00:11:15,440 --> 00:11:17,840 Kejadian yang dilihat oleh peninjau dua malam lalu. 124 00:11:17,920 --> 00:11:21,400 Orang-orang Constantin menyiapkan bot di pelabuhan Dynbaer. 125 00:11:22,360 --> 00:11:24,280 Sebuah bot tak dapat mengangkut tentera. 126 00:11:24,360 --> 00:11:28,320 Mungkin tentera awal yang berlayar dengan Constantin sendiri? 127 00:11:28,400 --> 00:11:30,560 Constantin ialah Raja Agung. 128 00:11:30,640 --> 00:11:34,040 Dia tak akan tiba ke kubu di pintu masuk laut seperti pedagang. 129 00:11:34,120 --> 00:11:38,000 Mungkin dia bawa hadiah untuk jamuan perkahwinan? 130 00:11:38,080 --> 00:11:41,720 Tidak, cubaan ini menunjukkan kekuatan. 131 00:11:41,800 --> 00:11:44,120 Dia akan kumpulkan orang dalam perjalanan. 132 00:11:44,200 --> 00:11:47,560 Saya setuju, tak mungkin dia akan tiba ke selatan melalui laut. 133 00:11:47,640 --> 00:11:50,640 Constantin strategik, dia akan tahu betapa mudah keadaan berubah, 134 00:11:50,720 --> 00:11:52,320 risiko ribut musim panas. 135 00:11:52,400 --> 00:11:54,480 Baiklah, kita ikut rancangan. 136 00:11:54,560 --> 00:11:58,440 Jika kita bertuah, tenteranya akan ambil masa untuk dikumpulkan. Bergerak. 137 00:12:07,640 --> 00:12:10,920 Setiap orang perlu beri laporan tiga kali sehari. 138 00:12:11,000 --> 00:12:16,920 Apabila tentera Raja Constantin muncul, bakar gereja itu. 139 00:12:24,560 --> 00:12:26,040 Bonda. 140 00:12:28,800 --> 00:12:32,200 Bonda tinggal di sini. Jangan lepasi bahagian ini. 141 00:12:32,280 --> 00:12:36,880 Edward, nyawa bonda tak penting. 142 00:12:36,960 --> 00:12:41,680 Keturunan kamu selamat. Itu saja yang penting. 143 00:12:45,400 --> 00:12:47,080 Berapa jauh lagi Bebbanburg? 144 00:12:49,000 --> 00:12:52,720 Lima batu lagi, tapi perjalanan kita jauh. 145 00:12:52,800 --> 00:12:56,640 Subuh nanti, kita akan ke barat menyusuri hutan, kelilingi kubu dari jauh. 146 00:12:56,720 --> 00:12:58,560 Buat serangan hendap di jalan. 147 00:12:58,640 --> 00:13:02,960 Saya bukan jenis yang bertanya soalan tentera, 148 00:13:03,040 --> 00:13:08,160 tapi pasti khabar angin akan tersebar jika ada tentera besar berkhemah berdekatan. 149 00:13:09,800 --> 00:13:13,160 Ada satu tahap apabila kita tak boleh bersembunyi. 150 00:13:13,240 --> 00:13:16,040 Kita hanya perlu berdoa agar Tuhan menyebelahi kita. 151 00:13:17,440 --> 00:13:20,880 Patutkah kita tinggal di sini saja dan tak ke medan perang? 152 00:13:22,080 --> 00:13:25,720 - Jika yang cedera perlukan bantuan saya… - Jangan berganjak. 153 00:13:25,800 --> 00:13:27,640 Kita tahu peranan kita dalam hal ini. 154 00:13:27,720 --> 00:13:31,800 Dalam masa seperti ini, biar lelaki hadapinya sendiri. Kamu juga. 155 00:13:50,280 --> 00:13:52,320 Maklumkan tuan kita. 156 00:14:03,040 --> 00:14:04,360 Baginda raja dah tiba. 157 00:14:04,440 --> 00:14:07,240 Seorang raja akan pilih kapal yang lebih bagus. 158 00:14:09,200 --> 00:14:11,240 Kecuali raja ini. 159 00:14:11,320 --> 00:14:13,600 Tentera saya turun dari pintu masuk laut. 160 00:14:13,680 --> 00:14:16,720 Seorang raja tiba di sebuah kubu dari hadapan. 161 00:14:34,920 --> 00:14:38,320 Beri perhatian kepada Raja Scotland! 162 00:14:39,760 --> 00:14:42,600 Tuanku tiba lebih awal daripada yang dirancang. 163 00:14:42,680 --> 00:14:45,280 Saya suka buat orang terkejut. 164 00:14:49,160 --> 00:14:55,840 Saya mengharapkan tuanku datang secara rahsia. 165 00:14:55,920 --> 00:14:59,160 Saya tak jadi raja untuk bersembunyi di dalam hutan. 166 00:14:59,240 --> 00:15:03,760 Namun, kita akan ada aset yang paling berharga 167 00:15:03,840 --> 00:15:08,000 dalam peperangan iaitu kejutan. 168 00:15:08,080 --> 00:15:12,200 Jika kita sia-siakannya, Raja Edward akan tahu… 169 00:15:12,280 --> 00:15:16,600 Ada perisik di mana-mana, dia akan tahu tak lama lagi. 170 00:15:16,680 --> 00:15:21,280 Betul, tapi kelemahannya ialah tindakannya yang terburu-buru. 171 00:15:21,360 --> 00:15:23,920 Apabila dia tahu pakatan kita, dia akan… 172 00:15:24,000 --> 00:15:27,920 Saya takkan tunggu saja serangan itu. 173 00:15:28,920 --> 00:15:30,520 Itu cara pengecut. 174 00:15:32,840 --> 00:15:36,640 Bukankah kita sudah setuju yang serangan akan bermula 175 00:15:36,720 --> 00:15:39,120 sebaik saja tuanku kukuhkan hubungan dengan Mercia? 176 00:15:39,200 --> 00:15:42,280 Saya juga lelaki yang berpegang pada janji. 177 00:15:47,320 --> 00:15:49,640 Itukah bakal raja Saxon? 178 00:15:49,720 --> 00:15:53,560 Betul. Aelfweard, mari menghadap Raja Constantin… 179 00:15:53,640 --> 00:15:58,160 Nasihat daripada seorang raja kepada bakal raja. 180 00:15:58,240 --> 00:16:01,400 Jangan percaya sesiapa saja yang beri nasihat. 181 00:16:06,240 --> 00:16:10,400 - Baiklah. - Mari makan. 182 00:16:10,480 --> 00:16:13,240 Minta Lady Aelfwynn sertai kita. 183 00:16:19,800 --> 00:16:21,400 Tidak! 184 00:16:23,920 --> 00:16:27,200 Saya mahu bertemunya sendiri selepas kita makan. 185 00:16:29,880 --> 00:16:32,880 Jangan jumpa pengantin ketika perut kosong. 186 00:16:35,760 --> 00:16:37,080 Betul? 187 00:17:04,280 --> 00:17:07,680 Apa pendapat tuan? 188 00:17:07,760 --> 00:17:10,599 Tinggalkan yang tak berguna, naik kuda, 189 00:17:10,680 --> 00:17:15,760 bergerak ke pintu gerbang, cuma kita bertiga, ajar sepupu awak? 190 00:17:15,839 --> 00:17:19,800 Saya pernah cuba bergerak ke pintu gerbang. 191 00:17:23,440 --> 00:17:28,440 Mungkin cara awak lebih baik daripada membahayakan nyawa mereka semua. 192 00:17:31,880 --> 00:17:34,240 Marilah, mereka mahu sertai awak. 193 00:17:34,320 --> 00:17:36,640 Inilah yang mereka nantikan. 194 00:17:36,720 --> 00:17:39,200 Kisah sebegini diceritakan sepanjang hidup mereka. 195 00:17:39,280 --> 00:17:43,080 "Bebbanburg, bahagian saya dalam penaklukan ini." 196 00:17:46,160 --> 00:17:48,200 Hei. 197 00:17:48,280 --> 00:17:53,080 Tuan, berita buruk. Kita tersalah masa untuk menyerang hendap. 198 00:17:53,160 --> 00:17:56,760 Constantin sudah tiba di kubu itu. 199 00:18:03,720 --> 00:18:06,280 Pengintip mengatakan dia datang dari laut. 200 00:18:08,760 --> 00:18:12,040 - Saya yang bersalah. Ini saranan saya. - Tak. 201 00:18:12,120 --> 00:18:15,400 Kita yang tersalah penilaian. 202 00:18:21,240 --> 00:18:24,040 Berapa ramai orang dalam bot itu? 203 00:18:24,120 --> 00:18:28,040 Kami cuma fikir seorang pengawal biasa. 204 00:18:28,120 --> 00:18:30,880 Seperti yang dijangka oleh Uhtred. 205 00:18:30,960 --> 00:18:33,840 Jangan anggap ini satu petanda. Buat saja rancangan lain. 206 00:18:33,920 --> 00:18:35,400 Ini tandanya kita patut serang. 207 00:18:35,480 --> 00:18:37,840 - Sebelum tenteranya sampai… - Tidak. 208 00:18:37,920 --> 00:18:39,720 Semua sasaran berada di satu tempat. 209 00:18:39,800 --> 00:18:42,920 Serang kubu itu sekarang, perangkap Aethelhelm dan Constantin. 210 00:18:43,000 --> 00:18:45,080 Aelfwynn berada di kubu itu. 211 00:18:45,160 --> 00:18:47,800 Dia akan dipaksa berkahwin. Mereka akan mengugutnya. 212 00:18:47,880 --> 00:18:50,200 Ya, mereka akan gunakannya untuk berunding, tapi… 213 00:18:50,280 --> 00:18:53,160 Tuanku rasa Aethelhem akan bertindak wajar apabila dia terdesak? 214 00:18:57,280 --> 00:19:00,000 Jika kita jumpa Constantin, kita boleh berunding. 215 00:19:00,080 --> 00:19:03,040 - Sekarang dia tak rugi apa-apa. - Kita ada ratusan orang. 216 00:19:03,120 --> 00:19:06,760 Pertahanan Bebbanburg memang ketat, tapi kita pasti dapat atasi mereka… 217 00:19:06,840 --> 00:19:09,960 Anaknya sendiri mati kerana akibat rancangannya. 218 00:19:10,600 --> 00:19:15,800 Jangan biar anak Aethelflaed terkorban dalam kekecohan yang akan berlaku. 219 00:19:16,960 --> 00:19:18,440 Ada cara lain. 220 00:19:21,920 --> 00:19:23,840 Saya akan pergi dengan beberapa orang saya. 221 00:19:23,920 --> 00:19:26,280 Tunggu sehingga tuanku dapat berita daripada kami. 222 00:19:26,360 --> 00:19:29,320 Kami akan selamatkan Aelfwynn, kemudian tuanku boleh menyerang. 223 00:19:29,400 --> 00:19:32,360 - Bagaimana? - Pintu masuk laut, tuan? 224 00:19:32,440 --> 00:19:36,400 Tidak. Ada laluan ke Bebbanburg… 225 00:19:38,200 --> 00:19:41,800 yang tak boleh dilalui sebuah bala tentera mahupun enam orang. 226 00:19:41,880 --> 00:19:44,640 Laluan itu sangat berbahaya tapi… 227 00:19:46,160 --> 00:19:49,360 jika tak ramai, mungkin boleh… 228 00:19:49,440 --> 00:19:53,560 Apa akan jadi jika sekumpulan kecil orang ini bertembung para pengawal Bebbanburg? 229 00:19:55,760 --> 00:19:58,760 Pyrlig, adakah awak cukup kuat untuk menyertai kami? 230 00:19:59,520 --> 00:20:01,160 Awak cukup kuat untuk halang saya? 231 00:20:02,480 --> 00:20:06,560 Tuan, benarkan saya ikut. Saya sudah cukup bersedia untuk hadapi segala bahaya. 232 00:20:06,640 --> 00:20:09,920 Empat orang saja sudah cukup sejak dulu bagi kami. 233 00:20:10,000 --> 00:20:14,720 Tahan mereka semua. Jangan serang sehingga saya beri isyarat. 234 00:20:14,800 --> 00:20:17,040 Jangan berdolak-dalih. Apa rancangan awak? 235 00:20:18,120 --> 00:20:21,160 Kalau ia menjadi, kami akan kembali dengan Aelfwynn. 236 00:20:21,560 --> 00:20:22,520 Kalau tidak? 237 00:20:24,720 --> 00:20:28,000 Jadi, ini kali terakhir kita bercakap bersama. 238 00:20:32,680 --> 00:20:36,920 Kita akan ke utara, melepasi Bebbanburg dan bergerak ke suak seterusnya. 239 00:20:38,200 --> 00:20:40,600 Kita akan minta bantuan orang yang saya kenal. 240 00:20:40,680 --> 00:20:42,760 Bagaimana kalau bantuan tak datang? 241 00:20:42,840 --> 00:20:46,520 - Jadi, Finan perlu fikirkan sesuatu. - Apa? 242 00:21:14,720 --> 00:21:17,320 Kita ada kerja. Jangan bermain cinta dengan biarawati. 243 00:21:17,400 --> 00:21:20,640 Biar awak saja yang bermain cinta dengan mereka, Uhtred. 244 00:21:58,880 --> 00:22:01,360 Kalau awak hantar surat, kami boleh buatkan ale. 245 00:22:01,440 --> 00:22:03,840 - Awak dah sampai! - Awak bertuah. 246 00:22:03,920 --> 00:22:06,160 Sepanjang bulan saya berada di pulau. 247 00:22:06,240 --> 00:22:09,440 - Awak patut hantar pesanan. - Saya tak tahu saya akan datang. 248 00:22:09,520 --> 00:22:12,520 - Namun, para dewa ada rancangan lain. - Awak datang untuk Aalys? 249 00:22:12,600 --> 00:22:17,200 Dia lebih sihat walaupun masih bermimpi tentang kematian baginda ratu. 250 00:22:17,280 --> 00:22:19,920 Saya datang untuk merampas Bebbanburg. 251 00:22:20,000 --> 00:22:23,040 Inikah masanya? Ramaikah tentera awak? 252 00:22:23,120 --> 00:22:25,640 Edward ada tentera di selatan. 253 00:22:25,960 --> 00:22:27,800 Biasanya, tentu kami dah dengar khabar. 254 00:22:27,880 --> 00:22:29,800 Pertama, saya mesti masuk ke kubu 255 00:22:29,880 --> 00:22:33,760 dengan beberapa orang untuk selamatkan Lady Aelfwynn. 256 00:22:33,840 --> 00:22:37,120 - Awak ada rancangan? - Ya, tapi saya perlukan bantuan. 257 00:22:38,240 --> 00:22:40,160 Bukan daripada awak, saya perlukan bantuan… 258 00:22:40,400 --> 00:22:43,240 Tak boleh, dia terlalu muda. 259 00:22:44,760 --> 00:22:47,960 Bukan bantuan dia. 260 00:22:48,040 --> 00:22:51,840 Adakah pedagang Haesten itu masih berada di sini? 261 00:22:52,840 --> 00:22:57,160 Uhtred, awak memang bertuah. Mari. 262 00:23:05,240 --> 00:23:09,200 Dia tak mahu pergi kerana perniagaannya menguntungkan di sini. 263 00:23:10,200 --> 00:23:13,840 - Tempat ini jadi pasar terkenal. - Kita jumpa lagi nanti. 264 00:23:28,080 --> 00:23:30,680 Curi daripada saya dan awak akan menyesal! 265 00:23:34,760 --> 00:23:37,560 - Uhtred! - Saya datang beri wang, bukan ambil. 266 00:23:37,640 --> 00:23:40,240 Saya tak perlukannya dan saya dah ikut arahan awak. 267 00:23:40,320 --> 00:23:43,360 Ya, saya tahu. Sekarang saya mahu lagi. 268 00:23:45,400 --> 00:23:46,920 Saya akan masuk Bebbanburg 269 00:23:47,000 --> 00:23:50,480 dan awak harus menolong saya mengalihkan perhatian pengawal. 270 00:23:50,560 --> 00:23:56,560 Tidak sama sekali. Bukan hari ini atau bila-bila masa pun. 271 00:23:57,560 --> 00:24:00,400 Pilihan yang tidak bijak. 272 00:24:00,480 --> 00:24:02,200 Saya akan ambil semula tanah saya 273 00:24:02,280 --> 00:24:05,920 dan kami akan kembali untuk hukum awak atas penolakan ini. 274 00:24:15,800 --> 00:24:18,080 Ugut saya dan saya akan ke Bebbanburg malam ini 275 00:24:18,160 --> 00:24:20,200 dan beri amaran tentang serangan awak. 276 00:24:22,040 --> 00:24:23,800 Awak takkan buat begitu. 277 00:24:25,560 --> 00:24:29,040 Saya sibuk buat keuntungan. 278 00:24:29,120 --> 00:24:31,160 Beritahu saya. 279 00:24:31,240 --> 00:24:33,440 Adakah Valhalla mengalu-alukan orang yang menjual 280 00:24:33,520 --> 00:24:35,600 barang relik kepada orang yang dungu? 281 00:24:38,400 --> 00:24:42,680 Nenek moyang saya datang ke negara ini untuk jadi kaya, Uhtred. 282 00:24:42,760 --> 00:24:44,920 Saya cuma ikut resam mereka. 283 00:24:45,000 --> 00:24:47,080 Awak tak perlu bertarung pun. 284 00:24:47,160 --> 00:24:50,640 Saya cuma minta awak bawa para pengawal ke tepi pantai. 285 00:24:50,720 --> 00:24:54,600 Untuk itu, saya akan beri bayaran yang lumayan kepada awak. 286 00:24:55,600 --> 00:24:56,960 Awak tiada wang. 287 00:24:57,040 --> 00:25:00,320 Namun, awak tahu saya akan ada wang setelah merampas Bebbanburg semula. 288 00:25:03,320 --> 00:25:07,520 Dalam pertembungan antara Wihtgar dan saya, awak pihak yang akan menang. 289 00:25:09,920 --> 00:25:13,360 Saya tak terkenal dengan kesetiaan saya, Uhtred. 290 00:25:13,440 --> 00:25:16,480 Awak tak patut serahkannya kepada saya. 291 00:25:20,720 --> 00:25:25,400 Ia tak mudah untuk mengumpan pengawal daripada tempat mereka berkawal. 292 00:25:28,080 --> 00:25:31,120 - Bayarannya mahal. - Ya, saya tahu. 293 00:25:32,400 --> 00:25:35,840 Finan ada di luar. Dia akan jelaskan rancangannya. 294 00:25:40,400 --> 00:25:42,520 Pyrlig boleh pinjam bot kami yang paling kecil. 295 00:25:42,600 --> 00:25:44,240 Kalau mereka nampak dia di atas air, 296 00:25:44,320 --> 00:25:47,200 mereka akan anggap dia sebahagian daripada penziarah itu. 297 00:25:48,640 --> 00:25:50,120 Pastikan awak pulangkannya. 298 00:25:51,440 --> 00:25:53,240 Saya akan cuba sedaya upaya. 299 00:25:55,520 --> 00:25:57,160 Semoga berjaya. 300 00:26:03,040 --> 00:26:06,120 Mungkin saya patut ikut awak. 301 00:26:06,760 --> 00:26:09,920 Jangan. Banyak yang awak perlu lindungi di sini. 302 00:26:14,560 --> 00:26:16,560 Saya tak pasti jika Haesten boleh dipercayai. 303 00:26:20,800 --> 00:26:22,920 Adakah saya buat pilihan yang betul? 304 00:26:24,360 --> 00:26:26,480 Tak salah untuk melindungi Lady Aelfwynn 305 00:26:26,560 --> 00:26:28,600 atau mencari tempat tinggal untuk anak-anak. 306 00:26:28,680 --> 00:26:31,320 Jika ini masa yang telah dipilih untuk awak, 307 00:26:32,400 --> 00:26:36,000 saya pun tak pasti. Saya harap begitulah. 308 00:26:38,160 --> 00:26:42,920 Namun, motif awak suci dan Tuhan akan menyebelahi awak. 309 00:26:46,200 --> 00:26:48,760 Selesaikan kerja itu sebelum subuh. 310 00:26:48,840 --> 00:26:53,680 Esok akan menjadi hari pertama bagi dunia yang baharu. 311 00:27:04,000 --> 00:27:07,080 - Adakah semua orang faham rancangan ini? - Ya! 312 00:27:07,160 --> 00:27:11,240 - Ya. - Hei, buatlah untuk dia. 313 00:27:11,320 --> 00:27:14,320 Dia umpan pengawal ke pantai sebelum arus berubah 314 00:27:14,400 --> 00:27:16,680 supaya awak ada peluang kecil dan 315 00:27:16,760 --> 00:27:20,720 berbahaya untuk masuk ke bilik pengawal sebelum mereka kembali. 316 00:27:21,360 --> 00:27:23,760 Awak terlupa tentang peranan awak. 317 00:27:25,440 --> 00:27:27,520 Saya akan tunggu di dalam bot. 318 00:27:27,600 --> 00:27:30,120 Bawa mereka keluar apabila terima isyarat. 319 00:27:30,200 --> 00:27:33,400 Bagus, kita semua setuju. 320 00:28:02,600 --> 00:28:05,640 Malam semakin hampir dan masih tiada khabar berita daripada Uhtred. 321 00:28:05,720 --> 00:28:08,400 Tuanku, bersabarlah. 322 00:28:10,360 --> 00:28:11,800 Dia tak pernah hampakan tuanku. 323 00:28:11,880 --> 00:28:14,920 Dia tak pernah cuba mendapatkan tanah semula sendiri. 324 00:28:15,000 --> 00:28:18,400 Walaupun dia bercakap tentang penyatuan Saxon, kita tahu tujuan dia ke sini. 325 00:28:19,040 --> 00:28:21,080 - Saya tak rasa itu adil… - Mungkin tidak. 326 00:28:21,480 --> 00:28:23,920 Namun siapa yang lebih mementingkan orang Saxon? 327 00:28:24,000 --> 00:28:27,440 - Uhtred atau saya? Saya tak akan… - Tuanku… 328 00:28:30,320 --> 00:28:32,280 Pengintip di utara mengatakan orang Scotland 329 00:28:32,360 --> 00:28:34,720 telah meninggalkan kem dan menuju ke arah ini. 330 00:28:38,720 --> 00:28:40,760 Berapa lama sebelum mereka tiba di Bebbanburg? 331 00:28:41,000 --> 00:28:41,960 Tak pasti. 332 00:28:42,840 --> 00:28:45,160 Sama ada mereka berhenti untuk jumpa pasukan bantuan 333 00:28:45,240 --> 00:28:47,240 atau jika memang itu saja tentera mereka. 334 00:28:47,320 --> 00:28:48,480 Bagaimana dengan Uhtred? 335 00:28:52,000 --> 00:28:54,080 Tiada berita atau kelibat. 336 00:28:55,760 --> 00:28:57,240 Kami gagal menjejakinya. 337 00:29:05,640 --> 00:29:08,480 Apa yang sedang dibincangkan dan kami patut tahu? 338 00:29:08,560 --> 00:29:11,160 Apa yang dirahsiakan daripada saya? 339 00:29:11,240 --> 00:29:13,200 Saya rasa baginda akan menyerang. 340 00:29:13,920 --> 00:29:16,000 Tanpa Lord Uhtred? 341 00:29:16,080 --> 00:29:20,080 Dia tak peduli kalau ayah saya masih hidup atau mati. 342 00:29:20,160 --> 00:29:22,440 Bercakap dengannya tentang Aelfwynn tak beri kesan, 343 00:29:22,520 --> 00:29:25,160 dan dia tak fikirkan tentang Lord Aelfweard. 344 00:29:26,520 --> 00:29:28,480 Edward tak berfikiran wajar lagi. 345 00:29:28,560 --> 00:29:31,760 Hanya kerana marah dengan pengkhianatan Aethelhelm, 346 00:29:31,840 --> 00:29:34,520 dia sanggup bahayakan nyawa anak sendiri? 347 00:29:34,600 --> 00:29:36,440 Sesuatu telah mengawal dirinya. 348 00:29:40,120 --> 00:29:43,480 Seolah-olah dia percaya bahawa dia telah mendapat rahmat. 349 00:29:48,520 --> 00:29:49,760 Saya minta diri dulu. 350 00:29:50,680 --> 00:29:51,920 Saya minta diri dulu. 351 00:29:55,000 --> 00:29:59,360 Mungkin saya terlalu memberi galakan kepada baginda. 352 00:30:03,400 --> 00:30:08,160 - Ikut saya ke selatan. - Saya takkan lari dari medan tempur. 353 00:30:08,240 --> 00:30:11,640 Saya akan tunggu di sini untuk merawat mereka yang cedera. 354 00:30:11,720 --> 00:30:14,000 Saya bukannya mahu kita lari, 355 00:30:14,080 --> 00:30:17,360 tapi jika awak tak mahu mati, ikut saya. 356 00:30:33,040 --> 00:30:35,320 Awak mahu terjun dan berenang pergi? 357 00:30:36,920 --> 00:30:38,400 Mungkin. 358 00:30:38,480 --> 00:30:40,840 Jangan terpedaya dengan air yang tenang. 359 00:30:41,240 --> 00:30:44,080 Arus di sini cepat berubah. Awak mungkin akan ditolak ke batu. 360 00:30:44,240 --> 00:30:46,920 Saya tak peduli, hidup saya dah berakhir. 361 00:30:49,360 --> 00:30:52,720 - Adakah awak raja Scotland? - Adakah awak pengantinnya? 362 00:30:52,800 --> 00:30:54,120 Itulah yang orang kata. 363 00:30:56,480 --> 00:30:59,360 Kenapa awak tak berkahwin? Awak lebih tua daripada ayah saya. 364 00:30:59,440 --> 00:31:01,320 Ayah yang mana? 365 00:31:10,400 --> 00:31:13,800 Maafkan saya, jenaka itu tak wajar. 366 00:31:15,600 --> 00:31:18,160 - Awak dah benci saya? - Ya. 367 00:31:18,240 --> 00:31:19,880 Kenapa? 368 00:31:19,960 --> 00:31:22,360 Saya tak mahu kahwin dengan awak! 369 00:31:23,480 --> 00:31:28,600 Kebenarannya mudah, saya dipaksa. 370 00:31:32,960 --> 00:31:35,960 Saya juga tak mahu mengahwini awak. 371 00:31:36,040 --> 00:31:39,160 - Kalau begitu, bebaskan saya. - Tidak. 372 00:31:39,240 --> 00:31:42,800 - Saya dah berjanji. - Saya menjadi alat pertukaran. 373 00:31:46,680 --> 00:31:51,000 Itulah lumrahnya. Awak akan jadi kaya dan dijaga dengan baik. 374 00:31:51,080 --> 00:31:54,880 - Ia bukan sumpahan yang teruk… - Awak langsung tak tahu! 375 00:32:07,320 --> 00:32:09,600 Siapa yang awak suka? 376 00:32:10,680 --> 00:32:11,520 Apa? 377 00:32:11,600 --> 00:32:14,240 Siapa pemilik hati awak hingga awak rasa benci begini? 378 00:32:14,320 --> 00:32:16,440 Tuanku, saya masih suci. 379 00:32:16,520 --> 00:32:18,640 Bukan itu maksud saya. 380 00:32:20,240 --> 00:32:22,840 Saya takkan berkongsi isi hati saya. 381 00:32:24,800 --> 00:32:25,880 Sebenarnya… 382 00:32:29,880 --> 00:32:32,160 memandangkan kita akan berkahwin, 383 00:32:34,000 --> 00:32:37,320 saya rasa saya patut tawarkan kepercayaan saya kepada awak. 384 00:32:42,120 --> 00:32:43,440 Saya dilamun cinta. 385 00:32:45,720 --> 00:32:47,840 Wanita itu sendiri telah berkahwin, 386 00:32:49,720 --> 00:32:50,920 tapi dia milik saya. 387 00:32:52,960 --> 00:32:57,560 Saya tak ingin khianatinya dengan meniduri gadis bangsawan. 388 00:33:00,400 --> 00:33:01,320 Jadi… 389 00:33:03,680 --> 00:33:05,280 awak akan jadi isteri saya, 390 00:33:06,160 --> 00:33:10,120 awak akan hidup selesa di mana saja kubu yang awak suka. 391 00:33:11,240 --> 00:33:13,840 Saya akan nikmati kekayaan tanah awak dengan Mercia. 392 00:33:13,920 --> 00:33:15,200 Saya mungkin akan melawat, 393 00:33:16,080 --> 00:33:17,600 tapi bukan ke kamar awak. 394 00:33:19,560 --> 00:33:20,920 Kesimpulannya, 395 00:33:21,760 --> 00:33:23,680 perkahwinan itu tak memberi makna 396 00:33:25,200 --> 00:33:27,080 dan saya takkan mencintai awak. 397 00:33:34,000 --> 00:33:35,280 Tuanku… 398 00:33:36,240 --> 00:33:40,360 Itu kali pertama seseorang jujur dengan saya sejak sekian lama. 399 00:33:58,000 --> 00:34:01,000 Nenek moyang awak kurus-kurus belaka, bukan? 400 00:34:03,880 --> 00:34:06,440 Berapa lama lagi kita perlu keluar masuk? 401 00:34:06,840 --> 00:34:10,240 Kalau Haesten berjaya mengumpan dan rancangan berjalan lancar, 402 00:34:10,320 --> 00:34:11,680 cukup lama. 403 00:34:18,639 --> 00:34:19,719 Tuan. 404 00:34:23,840 --> 00:34:26,880 Nampaknya, ada kapal yang tenggelam dalam laut lagi. 405 00:34:48,159 --> 00:34:51,159 Pantai ini di tanah milik Wihtgar dari Bebbanburg. 406 00:34:51,719 --> 00:34:52,880 Awak pun tahu. 407 00:34:52,960 --> 00:34:55,560 Kami bukannya mahu datang tanpa kebenaran, 408 00:34:55,639 --> 00:34:59,040 kami hanya menunggu barang kami dan selamatkannya. 409 00:34:59,840 --> 00:35:01,320 Siapa yang bersama awak, rahib? 410 00:35:01,400 --> 00:35:03,960 Pedagang yang membawa relik ke Lindisfarne. 411 00:35:05,000 --> 00:35:06,000 Siapa nama awak? 412 00:35:08,800 --> 00:35:11,760 Haesten. Izinkan kami menunggu air surut 413 00:35:12,480 --> 00:35:14,600 dan awak boleh ambil sedikit barangan kami. 414 00:35:18,320 --> 00:35:19,600 Tunggu di sini. 415 00:35:38,680 --> 00:35:40,120 Laluan itu sudah tiada. 416 00:35:40,200 --> 00:35:43,280 Ada cara lainkah, boleh kita balik sendiri? 417 00:35:43,360 --> 00:35:47,720 Tiada masa, arus akan berubah. Mereka akan tinggalkan tempat berkawal. 418 00:35:55,360 --> 00:35:57,680 Awak selalu mahu mati di Bebbanburg. 419 00:35:59,920 --> 00:36:02,880 Kurangkan bercakap, mari kita panjat. 420 00:36:15,960 --> 00:36:17,320 Jangan beri bantuan. 421 00:36:17,400 --> 00:36:22,000 Sekarang bukan masa untuk terganggu dengan kebaikan orang tempatan. 422 00:36:23,000 --> 00:36:29,560 Tuanku, kami dah lama memberi layanan baik kepada awak dan Lord Aethelhelm. 423 00:36:29,720 --> 00:36:33,480 Benarkan saya untuk ambil barang yang tersadai sebagai pampasan. 424 00:36:34,960 --> 00:36:36,040 Apakah barang itu? 425 00:36:38,160 --> 00:36:40,040 Garam dan relik. 426 00:36:40,120 --> 00:36:43,040 Apabila air pasang surut, mungkin ada banyak lagi. 427 00:36:43,280 --> 00:36:46,240 Di tanah saya, saya ambil apa yang akan tersadai. 428 00:36:46,400 --> 00:36:49,320 Memang itu caranya, buatlah apa yang awak mahu. 429 00:36:55,080 --> 00:36:56,320 Namun… 430 00:36:59,800 --> 00:37:02,040 saya risau jika ada muslihat di sebaliknya. 431 00:37:02,880 --> 00:37:06,720 Puak Dane menghantar peninjau berminggu-minggu sebelum menyerang. 432 00:37:08,080 --> 00:37:10,240 Apabila kita bertolak ke selatan, 433 00:37:11,200 --> 00:37:13,720 awak mungkin akan berdepan perompak laut. 434 00:37:15,280 --> 00:37:17,200 Waktu itu, barulah awak perlukan kami. 435 00:37:29,640 --> 00:37:33,160 Kamu semua, pergi pantai. Kamu semua, ke depan kubu. 436 00:37:34,400 --> 00:37:37,400 Kamu boleh ambil barang selepas arus berubah. 437 00:37:42,800 --> 00:37:45,960 - Adakah itu sepupunya? - Ya. Tiada persamaan pun. 438 00:37:46,040 --> 00:37:48,560 Saya kenal seorang yang tamak apabila saya nampak. 439 00:37:48,640 --> 00:37:51,920 Tentu kamu berdua ada persamaan, pastikan dia terus bercakap. 440 00:37:53,160 --> 00:37:56,720 Terima kasih kerana benarkan kami mengumpulkan khazanah kami. 441 00:37:56,800 --> 00:38:01,200 Kami akan lihat apa lagi yang tersadai dan tinggalkan tanah kamu. 442 00:38:01,280 --> 00:38:04,720 Tak mengapa, anggaplah diri kamu sebagai tetamu saya. 443 00:38:06,280 --> 00:38:08,120 Masuklah ke kubu, kami ada api. 444 00:38:08,200 --> 00:38:10,800 Awak memang baik tapi kami banyak kerja. 445 00:38:10,880 --> 00:38:13,240 Saya perlu bawa para penziarah ke pulau. 446 00:38:14,120 --> 00:38:16,920 Banyak bahaya yang menanti pengembara di sini. 447 00:38:17,000 --> 00:38:19,080 Masuklah ke kubu kami. 448 00:38:19,160 --> 00:38:23,400 Ada makanan di jamuan kahwin nanti, kami mahu kongsikannya. 449 00:38:29,720 --> 00:38:34,200 Orang saya akan mengumpulkan barangan awak, tapi kami akan ambil sedikit. 450 00:38:49,040 --> 00:38:51,240 Ambillah barangan yang tersadai! 451 00:38:51,320 --> 00:38:54,160 Haesten sangat pemurah. 452 00:39:06,600 --> 00:39:08,040 Oh Tuhan! 453 00:39:09,080 --> 00:39:10,360 Boleh awak percaya? 454 00:39:16,800 --> 00:39:18,840 Hulurkan tangan awak! 455 00:39:18,920 --> 00:39:20,880 Hulurkan tangan lagi satu! 456 00:39:20,960 --> 00:39:23,360 Tarik ke atas! 457 00:39:31,200 --> 00:39:33,320 Terima kasih. 458 00:39:36,960 --> 00:39:40,280 Cepat, ambil apa yang boleh dan kembali ke tempat masing-masing. 459 00:39:42,200 --> 00:39:44,880 Perhatikan lagi kapal-kapal puak Dane. 460 00:39:46,720 --> 00:39:48,840 Saya perlukan tempat yang sunyi untuk bersiap. 461 00:39:48,920 --> 00:39:51,640 Ada bilik perempuan di kubu ini? 462 00:39:52,120 --> 00:39:55,760 Awak boleh ke dapur, ada beberapa orang wanita di sana. 463 00:40:23,080 --> 00:40:24,360 Kayu ini. 464 00:40:26,080 --> 00:40:28,800 Bahagian ini kelihatan paling lemah. Cubalah. 465 00:40:31,720 --> 00:40:33,200 Terlalu cepat dan kuat! 466 00:40:36,120 --> 00:40:37,600 Saya tak dengar sesiapa. 467 00:40:38,120 --> 00:40:40,760 Saya rasa Haesten dah bawa mereka ke pantai. 468 00:41:01,120 --> 00:41:02,040 Haesten! 469 00:41:03,120 --> 00:41:07,520 Inilah wajah yang saya takkan lupa. 470 00:41:09,240 --> 00:41:11,200 Kapal awakkah yang tenggelam? 471 00:41:12,400 --> 00:41:13,360 Ya. 472 00:41:15,080 --> 00:41:18,080 Saya tak ingat awak, tuan. 473 00:41:18,720 --> 00:41:19,800 Tidak. 474 00:41:21,240 --> 00:41:23,520 Nampaknya awak tak ingat saya. 475 00:41:24,560 --> 00:41:26,960 Kali terakhir kita berjumpa, 476 00:41:27,040 --> 00:41:30,840 awak penjarakan saya di makam Alfred. 477 00:41:32,520 --> 00:41:37,440 Tawanan Winchester, ia terpahat dalam ingatan saya. 478 00:41:38,320 --> 00:41:42,880 Namun, awak terus hidup senang selepas itu. 479 00:41:43,800 --> 00:41:45,120 Kita berdua… 480 00:41:46,960 --> 00:41:48,280 masih muda ketika itu. 481 00:41:49,920 --> 00:41:54,480 Selepas itu, bertahun lamanya cucu saya jarang tidur lena. 482 00:41:58,600 --> 00:42:02,160 Saya sudah hangatkan badan 483 00:42:02,240 --> 00:42:04,920 dan saya akan bertolak sekarang. 484 00:42:13,960 --> 00:42:16,120 Duduklah dulu, Haesten. 485 00:42:16,200 --> 00:42:18,760 Kita ada banyak kenangan untuk dikongsi. 486 00:43:25,280 --> 00:43:26,720 Tutup lubang itu. 487 00:43:30,480 --> 00:43:31,600 Cukuplah. 488 00:43:57,080 --> 00:43:57,920 Tuan. 489 00:44:00,040 --> 00:44:01,160 Hei. 490 00:44:03,560 --> 00:44:06,320 Nah, awak mungkin mudah dikenali. 491 00:44:06,800 --> 00:44:09,080 Bagaimana kalau salah seorang daripada kamu dicam? 492 00:44:09,160 --> 00:44:10,640 Saya ada rancangan untuk itu. 493 00:44:10,720 --> 00:44:13,000 Mari kita cari Aelfwynn! 494 00:44:16,360 --> 00:44:19,840 - Tuanku, tunggu isyarat Uhtred. - Kita dah tunggu dan tak dengar apa-apa. 495 00:44:19,920 --> 00:44:22,280 Peluang yang ada semakin tipis. 496 00:44:22,360 --> 00:44:25,840 Namun, bagaimana dengan Uhtred atau Aelfwynn? Mereka akan dibunuh! 497 00:44:26,360 --> 00:44:28,680 - Ini tak masuk akal. - Ya. 498 00:44:30,640 --> 00:44:32,000 Kita mesti menurut. 499 00:45:08,640 --> 00:45:10,120 Adakah itu raja Scotland? 500 00:45:10,720 --> 00:45:11,760 Ya. 501 00:45:20,920 --> 00:45:22,960 Tuan. 502 00:45:26,040 --> 00:45:27,200 Tuan! 503 00:45:42,920 --> 00:45:43,760 Kamu semua! 504 00:45:47,920 --> 00:45:49,640 Duduk di halaman luar. 505 00:45:52,600 --> 00:45:56,160 Kenapa Constantin tempatkan orang-orangnya ke sini? 506 00:45:57,040 --> 00:46:00,880 Kami tak dedahkan rancangan untuk memastikan keselamatan raja kami. 507 00:46:01,520 --> 00:46:02,920 Ya! 508 00:46:04,440 --> 00:46:06,440 Raja Constantin? 509 00:46:07,760 --> 00:46:11,880 Orang awak pergi ke tempat yang terlarang. 510 00:46:11,960 --> 00:46:13,360 Dia bukan orang saya. 511 00:46:25,400 --> 00:46:28,320 Saya rasa awak telah diperbodohkan, Lord Wihtgar. 512 00:46:32,000 --> 00:46:34,520 Bagaimana awak boleh melepasi orang saya? 513 00:46:35,600 --> 00:46:38,600 Adakah awak puak Dane yang kapalnya tenggelam juga? 514 00:46:38,960 --> 00:46:41,080 Seksa mereka untuk dapatkan jawapan. 515 00:46:41,440 --> 00:46:44,440 Tunjukkan mereka apa yang perompak laut akan hadapi. 516 00:46:58,160 --> 00:47:00,160 Awak telah banyak membantu. 517 00:47:00,240 --> 00:47:03,280 Bayar dua kali ganda untuk barang saya seterusnya. 518 00:47:35,600 --> 00:47:37,880 - Lady Aelfwynn? - Ya. 519 00:47:41,040 --> 00:47:42,080 - Mari. - Tidak! 520 00:47:42,160 --> 00:47:44,160 Mari! Saya cuba mahu selamatkan awak! 521 00:47:44,240 --> 00:47:47,400 Saya dah dengar banyak kali dan ia tak pernah benar. 522 00:47:47,480 --> 00:47:51,160 Lady Aelfwynn, saya Lord Haesten. 523 00:47:51,240 --> 00:47:54,280 - Saya kawan ayah kandung awak! - Lord Haesten? 524 00:47:55,520 --> 00:47:58,600 Dia cuba untuk bunuh ibu saya! Tolong! 525 00:47:58,680 --> 00:48:01,640 Tolong saya! Tuanku! 526 00:48:01,720 --> 00:48:03,800 Lelaki ini cuba menculik saya. 527 00:48:05,680 --> 00:48:06,840 Gadis itu tersilap. 528 00:48:11,840 --> 00:48:14,280 Kalau saya menyinggung gadis itu, saya minta maaf. 529 00:48:14,360 --> 00:48:17,600 Cara kami melayan wanita tak sama dengan cara tuanku. 530 00:48:22,160 --> 00:48:25,880 Saya seorang yang bermoral, mungkin saya telah disalah faham. 531 00:48:27,480 --> 00:48:28,720 Awak pembohong. 532 00:48:28,800 --> 00:48:33,920 Rancangan awak diketahui dan orang awak yang lain telah ditangkap. 533 00:48:37,800 --> 00:48:41,480 Beritahu saya tujuan sebenar awak datang ke Bebbanburg 534 00:48:41,920 --> 00:48:44,200 dan saya akan ambil nyawa mereka saja. 535 00:48:53,960 --> 00:48:55,640 Saya akan berterus terang 536 00:48:57,240 --> 00:48:59,800 kerana saya hanya setia kepada diri sendiri. 537 00:49:04,000 --> 00:49:05,800 Saya tiada sekutu di sini 538 00:49:06,480 --> 00:49:08,800 dan saya juga tiada sebarang rancangan. 539 00:49:39,880 --> 00:49:43,120 Buang mayat ini dan panggil paderi itu! 540 00:49:43,200 --> 00:49:44,960 Selesaikan perkahwinan ini! 541 00:50:00,400 --> 00:50:02,680 Mungkin kita dah salah jalan. 542 00:50:03,720 --> 00:50:06,920 Petani cakap ia timur tapi sekarang saya rasa ia barat. 543 00:50:07,000 --> 00:50:11,240 Saya diberitahu ramai orang sudah menyertainya di sini. 544 00:50:22,560 --> 00:50:24,520 Kami tahu awak ada di sini! 545 00:50:24,600 --> 00:50:27,280 Kami dah nampak peninjau awak! 546 00:50:29,120 --> 00:50:30,960 Lady Aelswith. 547 00:50:37,360 --> 00:50:40,320 Seksalah seteruk mana pun, kami takkan buka mulut. 548 00:50:53,400 --> 00:50:55,920 Kamu berdua tak patut ke sini. 549 00:50:56,400 --> 00:50:58,360 Saya bukan kawan kepada orang Kristian. 550 00:50:58,440 --> 00:51:00,400 Mungkin ya. 551 00:51:01,280 --> 00:51:02,480 Namun… 552 00:51:05,160 --> 00:51:06,960 kami perlukan bantuan awak. 553 00:51:13,040 --> 00:51:14,040 Berhenti! 554 00:51:16,120 --> 00:51:18,320 Biar saya beri serangan pertama. 555 00:51:19,560 --> 00:51:20,760 Tuan, 556 00:51:21,000 --> 00:51:22,720 ada askar datang dari selatan. 557 00:51:22,800 --> 00:51:24,760 - Berapa ramai? - Sangat ramai. 558 00:51:28,560 --> 00:51:30,680 Saya akan kembali. Tunggu. 559 00:51:49,200 --> 00:51:51,720 Awak! Kawal pintu gerbang! 560 00:51:56,320 --> 00:51:57,920 Belum lagi. 561 00:53:03,520 --> 00:53:05,560 Jangan datang dekat! 562 00:53:09,080 --> 00:53:10,800 Cakaplah! 563 00:53:10,880 --> 00:53:12,960 Saya bawa pesanan daripada Edward, 564 00:53:13,040 --> 00:53:16,440 raja Saxon dan tanah ini! 565 00:53:17,960 --> 00:53:22,240 Jika kamu serahkan Lord Aethelhelm dan Lady Aelfwynn, kami takkan serang. 566 00:53:22,320 --> 00:53:26,760 Jika kamu menolak, kami akan tawan kubu ini dan bunuh kamu semua! 567 00:53:26,840 --> 00:53:28,760 Tiada siapa yang akan selamat! 568 00:53:42,080 --> 00:53:45,080 Terjemahan sari kata oleh Khanisah