1 00:00:05,000 --> 00:00:13,000 {\an8}ReSync by TuturuNime 2 00:00:11,983 --> 00:00:14,067 Sebelum ini dalam Shogun. 3 00:00:17,358 --> 00:00:19,817 Nama saya John Blackthorne, orang Inggeris. 4 00:00:19,900 --> 00:00:21,983 Nakhoda Erasmus, kapal dagang Belanda. 5 00:00:22,067 --> 00:00:23,692 Bohong! Awak lanun. 6 00:00:23,775 --> 00:00:25,317 Mereka tak tahu tentang kita, ya? 7 00:00:25,692 --> 00:00:26,775 Tuan Toranaga, 8 00:00:26,858 --> 00:00:29,233 dalam tahun sejak kematian Taiko, 9 00:00:29,317 --> 00:00:31,317 kami melihat dengan bimbang 10 00:00:31,317 --> 00:00:34,233 awak bergabung kuasa menentang Majlis. 11 00:00:35,317 --> 00:00:37,775 Jika kita berperang, empat lawan satu, saya akan kalah. 12 00:00:37,858 --> 00:00:41,317 Sebab itu awak harus pergi ke Ajiro bagi pihak saya. 13 00:00:41,400 --> 00:00:44,942 Tuan Toranaga rampas kapal ini dan semua isinya 14 00:00:44,942 --> 00:00:48,067 Izu tanah saya. 15 00:00:48,067 --> 00:00:53,525 Setahu saya, awak setia dengan tuan kita. 16 00:00:53,900 --> 00:00:56,358 Tuan Yoshii Toranaga nak jumpa awak. 17 00:00:56,442 --> 00:00:57,483 Kenapa dia nak jumpa? 18 00:00:57,567 --> 00:00:59,692 Bermain dengan awak. Mana saya tahu? 19 00:00:59,775 --> 00:01:02,025 Saya rasa takdir telah mempertemukan kita. 20 00:01:02,442 --> 00:01:03,775 Awak, saya, 21 00:01:04,192 --> 00:01:08,025 dan orang gasar ini yang boleh mengubah keadaan ini. 22 00:01:27,567 --> 00:01:31,983 OSAKA, SETAHUN YANG LALU 23 00:01:33,858 --> 00:01:37,900 Berehatlah, suami. 24 00:01:38,692 --> 00:01:42,108 Tumpukan fikiran awak kepada Buddha. 25 00:01:42,108 --> 00:01:44,317 Mana anak lelaki saya? 26 00:01:51,442 --> 00:01:56,400 Mata kamu mirip mata ibu kamu. 27 00:01:56,775 --> 00:02:00,108 Tidak berpenghujung. 28 00:02:02,608 --> 00:02:05,192 Jangan takut. 29 00:02:05,442 --> 00:02:10,567 Tak lama lagi ayah akan dilahirkan semula di Tanah Murni. 30 00:02:10,692 --> 00:02:16,067 Bagaimana saya nak cari ayah di sana? 31 00:02:16,733 --> 00:02:20,317 Adakah ayah masih ada bulu mata? 32 00:02:21,358 --> 00:02:23,483 Juga kuku? 33 00:02:28,858 --> 00:02:31,650 Hidup ini sangat aneh… 34 00:02:33,567 --> 00:02:36,858 Hanya mimpi dalam mimpi… 35 00:02:38,108 --> 00:02:40,317 Pergi ikut ibu awak. 36 00:02:47,983 --> 00:02:51,567 Taiko mahu bersendirian. 37 00:03:16,233 --> 00:03:19,067 Jika dia tak menjalani sakramen, 38 00:03:19,067 --> 00:03:21,025 dia tak akan masuk ke Kerajaan Tuhan. 39 00:03:21,858 --> 00:03:26,358 Mungkin Kerajaan Tuhan itu berada di punggung awak. 40 00:03:27,358 --> 00:03:28,942 Pernah awak terfikir? 41 00:03:32,317 --> 00:03:33,483 Toranaga. 42 00:03:35,233 --> 00:03:37,067 Tunggu di sini. 43 00:03:56,150 --> 00:03:58,358 Teringat ada satu ketika 44 00:03:58,358 --> 00:04:02,358 semasa Ochiba sepatutnya jadi isteri awak. 45 00:04:02,650 --> 00:04:06,942 Saya tak pernah hiraukan wanita cantik. 46 00:04:09,483 --> 00:04:12,233 Saya pula terlalu hiraukan. 47 00:04:14,817 --> 00:04:18,108 Pada malam itu kita terlalu mabuk, 48 00:04:18,192 --> 00:04:21,108 awak masih ingat kata-kata saya? 49 00:04:21,733 --> 00:04:26,067 "Kita terlalu kerap buang air besar di dalam tong yang sama 50 00:04:26,067 --> 00:04:29,650 sehingga kita buang air kecil di atas kaki kita." 51 00:04:32,108 --> 00:04:35,983 Kalaulah kita takluki Korea bersama. 52 00:04:36,650 --> 00:04:40,942 Saya mungkin akan serahkan Jepun kepada awak. 53 00:04:41,608 --> 00:04:45,025 Biarlah anak lelaki awak yang menaklukinya untuk saya. 54 00:04:47,358 --> 00:04:49,775 Anak lelaki saya… 55 00:04:51,817 --> 00:04:55,608 Musuh-musuh sedang menunggu. 56 00:04:59,067 --> 00:05:02,442 Apa kata 57 00:05:02,442 --> 00:05:07,733 awak jadi pemangku raja tunggal sehingga dia dewasa? 58 00:05:09,692 --> 00:05:15,817 Jika awak lindungi dia, saya boleh berikan awak jawatan ini. 59 00:05:16,692 --> 00:05:22,400 Memberi sebab untuk musuh-musuh saya bersatu. 60 00:05:23,817 --> 00:05:25,567 Membunuh saya, 61 00:05:25,567 --> 00:05:28,483 kemudian, anak lelaki tuan. 62 00:05:30,317 --> 00:05:35,525 Saya tak mahu hukuman yang sekejam itu berlaku. 63 00:05:38,733 --> 00:05:41,150 Jawapan yang sangat bijak. 64 00:05:42,608 --> 00:05:48,317 Seratus tahun telah berlalu sejak berakhirnya kesyogunan yang sejati. 65 00:05:49,442 --> 00:05:55,317 Sepanjang hayat, saya berusaha untuk menamatkan persaingan sesama sendiri. 66 00:05:56,483 --> 00:06:03,358 Kini saya bimbang perang saudara akan meletus lagi. 67 00:06:04,858 --> 00:06:09,942 Jadi, saya dah arahkan pembentukan Majlis Pemangku Raja. 68 00:06:10,233 --> 00:06:14,025 Ishido, Kiyama, Ohno, Sugiyama 69 00:06:15,608 --> 00:06:17,567 dan awak. 70 00:06:18,525 --> 00:06:25,192 Berkongsi kuasa sehingga Yaechiyo berumur 16 tahun. 71 00:06:26,442 --> 00:06:28,942 Kebuntuan politik. 72 00:06:30,483 --> 00:06:35,567 Tuan sayalah yang paling bijak dalam kerajaan ini. 73 00:06:37,942 --> 00:06:40,067 Saya nak awak lindungi anak lelaki saya 74 00:06:40,067 --> 00:06:44,025 daripada musuh-musuh dan rakan-rakannya. 75 00:06:46,150 --> 00:06:49,025 Ajarkan dia 76 00:06:49,233 --> 00:06:52,233 pelajaran yang paling penting… 77 00:06:54,608 --> 00:06:57,525 Lelaki yang berada di tempat yang paling tinggi… 78 00:06:57,733 --> 00:07:00,567 ialah lelaki yang paling sunyi dalam kerajaan. 79 00:08:16,858 --> 00:08:19,567 {\an8}BERDASARKAN NOVEL 80 00:08:25,400 --> 00:08:27,400 SHOGUN 81 00:08:41,900 --> 00:08:45,233 BAB DUA: HAMBA-HAMBA DUA TUAN 82 00:08:51,500 --> 00:08:55,333 Kenapa awak kata nakhoda Inggeris ini menjelikkan? 83 00:08:57,083 --> 00:08:59,875 Biasalah. Kotor, berpenyakit 84 00:09:00,375 --> 00:09:02,042 dan mulutnya celupar. 85 00:09:02,125 --> 00:09:05,000 Dia seperti pelacur murahan. 86 00:09:05,083 --> 00:09:06,708 Awak faham, Paderi Pelawat? 87 00:09:07,833 --> 00:09:11,458 Jurnal ini jadi bukti kejahatannya. Lihat, Yang Mulia. 88 00:09:12,333 --> 00:09:15,167 Menyogok, membunuh dan menjarah untuk masuk ke Manila. 89 00:09:15,250 --> 00:09:17,292 Dia memang sangat jahat dan buas. 90 00:09:17,375 --> 00:09:19,625 Jika kita tunjukkan ini kepada orang Jepun, 91 00:09:20,167 --> 00:09:22,000 dia akan digantung kerana melanun. 92 00:09:22,583 --> 00:09:24,417 Rasanya tak semudah itu. 93 00:09:25,250 --> 00:09:26,750 Meskipun ada perselisihan Osaka, 94 00:09:26,833 --> 00:09:29,125 Toranaga masih Presiden Hubungan Luar Negeri. 95 00:09:29,917 --> 00:09:31,208 Dia sangat teliti. 96 00:09:31,708 --> 00:09:34,042 Dia tentu mahu terjemahan lengkap jurnal ini. 97 00:09:34,875 --> 00:09:36,292 Mungkin ia terlalu lengkap. 98 00:09:46,625 --> 00:09:47,917 Awak boleh pergi sekarang. 99 00:09:52,333 --> 00:09:55,000 Untuk pengetahuan awak, lanun ini 100 00:09:55,083 --> 00:09:57,208 tak hanya serahkan takdirnya kepada Tuhan. 101 00:09:58,292 --> 00:09:59,750 Harap awak pun begitu. 102 00:10:06,458 --> 00:10:08,500 Jadi dia tahu semuanya tentang Macao. 103 00:10:09,917 --> 00:10:11,375 Christ jadi saksi saya, 104 00:10:12,042 --> 00:10:13,833 dengan busho-busho ini hampir berperang, 105 00:10:14,375 --> 00:10:19,042 kita tak mahu sebarang perbincangan tentang masalah lalu. 106 00:10:20,250 --> 00:10:23,333 Jika begitu, syukur pelawat kita tak tahu berbahasa Jepun. 107 00:10:26,083 --> 00:10:28,667 Saya nak ke istana kota tempat Toranaga diasingkan. 108 00:10:29,375 --> 00:10:31,167 Saya penterjemahnya petang ini. 109 00:10:32,125 --> 00:10:33,125 Martin. 110 00:10:35,167 --> 00:10:37,167 Ini saat-saat genting untuk misi kita. 111 00:10:38,458 --> 00:10:41,458 Awak perlu pastikan lelaki ini bukan satu masalah. 112 00:11:16,000 --> 00:11:19,208 Selamat sejahtera, Tuan Yaechiyo. 113 00:11:20,167 --> 00:11:22,792 Adakah dia kanibal, Tsuji? 114 00:11:23,625 --> 00:11:27,792 Toranaga kata, sesetengah orang gasar makan manusia. 115 00:11:28,208 --> 00:11:30,667 Entahlah, Tuan Muda. 116 00:11:30,667 --> 00:11:35,458 Tapi saya akan jauhkan diri, sebagai langkah berjaga-jaga. 117 00:11:47,125 --> 00:11:48,458 Tak guna. 118 00:11:49,500 --> 00:11:51,958 Maafkan saya, Tuan Toranaga. 119 00:11:52,250 --> 00:11:54,833 Harap saya tak buat tuan menunggu. 120 00:11:58,167 --> 00:12:01,583 Saya harap kehadiran Cik Puan Mariko tak menyinggung. 121 00:12:01,583 --> 00:12:06,125 Saya minta dia ke sini untuk praktikkan bahasa Portugis dia 122 00:12:06,125 --> 00:12:08,458 memandangkan awak gurunya. 123 00:12:08,708 --> 00:12:11,417 Saya berasa bangga, tuan. 124 00:12:11,417 --> 00:12:15,208 Kehadiran Cik Puan Maria sentiasa dialu-alukan. 125 00:12:19,583 --> 00:12:20,917 Selamat pagi. 126 00:12:21,000 --> 00:12:24,292 Nama saya Martin Alvito dari Sosialit Jesus. 127 00:12:24,375 --> 00:12:26,000 Tentu awak anjin itu. 128 00:12:26,083 --> 00:12:27,292 Apa maksudnya? 129 00:12:27,375 --> 00:12:28,833 Maksudnya nakhoda. 130 00:12:28,917 --> 00:12:31,208 Tsuji pula bermaksud penterjemah. 131 00:12:31,292 --> 00:12:34,042 Awak berada di istana kota Tuan Yoshii Toranaga. 132 00:12:34,917 --> 00:12:37,292 Saya penterjemah Majlis Pemangku Raja. 133 00:12:37,375 --> 00:12:40,417 Bolehlah awak putar belit pernyataan saya untuk faedah Portugis. 134 00:12:45,625 --> 00:12:50,167 Nakhoda ini percaya saya tak boleh menterjemah dengan jujur 135 00:12:50,417 --> 00:12:52,125 kerana saya orang Portugis. 136 00:12:52,833 --> 00:12:54,042 Apa awak cakap tadi? 137 00:12:54,125 --> 00:12:57,500 Saya terjemahkan semua kata-kata awak tanpa prejudis. 138 00:12:57,583 --> 00:13:01,083 Memandangkan awak sangat jujur, 139 00:13:01,917 --> 00:13:04,917 mungkin awak boleh beritahu dia yang kita bermusuhan. 140 00:13:05,000 --> 00:13:06,208 Beritahulah sendiri. 141 00:13:06,292 --> 00:13:08,208 "Musuh" dalam bahasa Jepun, teki. 142 00:13:09,125 --> 00:13:10,750 Tunjuk saya dan sebut perkataan itu. 143 00:13:10,833 --> 00:13:12,208 Dia akan faham. 144 00:13:14,333 --> 00:13:15,583 Saya mungkin musuh awak, 145 00:13:15,667 --> 00:13:17,833 John Blackthorne, nakhoda Erasmus, 146 00:13:17,917 --> 00:13:19,583 tapi saya bukan pembunuh awak. 147 00:13:20,750 --> 00:13:22,000 Itu awak akan buat sendiri. 148 00:13:23,667 --> 00:13:27,042 Saya ajar perkataan "musuh" kepadanya, 149 00:13:27,042 --> 00:13:31,917 agar dia boleh tunjukkan kepada tuan yang kami bukan kawan. 150 00:13:32,458 --> 00:13:34,875 Cik Puan Maria setuju? 151 00:13:35,458 --> 00:13:37,958 Paderi itu menterjemah dengan tepat. 152 00:13:40,875 --> 00:13:46,875 Tanya orang gasar itu sebab dia bermusuhan dengan penterjemah saya. 153 00:13:46,958 --> 00:13:49,167 Dia nak tahu sebab kita bermusuhan. 154 00:13:49,250 --> 00:13:50,875 Sebab negara kami berperang. 155 00:13:50,958 --> 00:13:54,167 Dia kata, negara kami mengalami konflik. 156 00:13:54,583 --> 00:13:55,792 Apa negara awak? 157 00:13:55,875 --> 00:13:57,958 - Beritahu dia negara asal awak. - England. 158 00:13:58,458 --> 00:14:01,917 Sebuah kerajaan pulau terletak 1,000 batu di utara Portugal. 159 00:14:02,292 --> 00:14:03,750 Negaranya England. 160 00:14:04,000 --> 00:14:06,750 Seribu batu dari Portugal. 161 00:14:11,542 --> 00:14:13,375 Beritahu saya. 162 00:14:13,500 --> 00:14:17,125 Kenapa awak berperang dengan kerajaan Tsuji? 163 00:14:17,208 --> 00:14:18,792 Kenapa kerajaan awak berperang? 164 00:14:18,875 --> 00:14:21,708 Sebab England enggan tunduk dengan orang Katolik. 165 00:14:23,125 --> 00:14:25,167 Awak bukan orang Katolik? 166 00:14:25,250 --> 00:14:26,417 Awak bukan orang Katolik? 167 00:14:26,500 --> 00:14:28,958 Agama Kristian ada dua. Protestan dan Katolik. 168 00:14:29,875 --> 00:14:31,583 Orang Inggeris menganut Protestan. 169 00:14:32,500 --> 00:14:35,042 Tapi kedua-duanya percaya Jesus itu Tuhan? 170 00:14:35,958 --> 00:14:39,375 Ya. Tapi, saya tak akan pasti sehinggalah saya mati. 171 00:14:40,417 --> 00:14:42,542 Ini sebabnya awak jadi lanun? 172 00:14:43,917 --> 00:14:46,500 Berperang menentang musuh Katolik awak, 173 00:14:46,500 --> 00:14:50,417 atas nama Tuhan yang awak tak begitu percaya? 174 00:14:52,208 --> 00:14:53,750 Saya bukan lanun. 175 00:14:54,875 --> 00:14:57,417 Kenapa awak ada 20 meriam? 176 00:14:58,167 --> 00:15:00,750 Kapal saya memiliki surat izin 177 00:15:01,375 --> 00:15:03,375 daripada pemerintah negara Belanda 178 00:15:04,292 --> 00:15:06,625 mengizinkan kami berdagang di semua lautan 179 00:15:06,708 --> 00:15:09,417 dan mempertahankan diri jika ada yang berani menghalang. 180 00:15:11,500 --> 00:15:14,042 Bagaimana jika kami berani menghalang awak? 181 00:15:16,333 --> 00:15:18,875 Saya tak boleh bayangkan tuan jadi musuh saya. 182 00:15:19,667 --> 00:15:23,250 Saya boleh jadi musuh awak dengan mudah. 183 00:15:24,250 --> 00:15:25,750 Jika begitu, bagaimana? 184 00:15:29,042 --> 00:15:31,208 Saya akan serahkan roh saya kepada Tuhan. 185 00:15:33,000 --> 00:15:38,708 Sebab saya tentu akan mati di tangan musuh seperti tuan. 186 00:15:50,125 --> 00:15:51,292 Ke tepi! 187 00:15:53,417 --> 00:15:54,958 Ini Tuan Jeneral Ishido. 188 00:15:55,042 --> 00:15:56,500 Ketua musuh Toranaga. 189 00:15:56,583 --> 00:15:58,500 Jika awak sayangkan nyawa, jangan bercakap. 190 00:15:59,417 --> 00:16:03,125 Saya diberitahu awak jemput orang gasar ke istana kota ini. 191 00:16:04,667 --> 00:16:06,042 Tunduk. Cepat. 192 00:16:10,333 --> 00:16:13,458 Sungguh hodoh. 193 00:16:13,458 --> 00:16:15,917 Muka macam anjing. 194 00:16:15,917 --> 00:16:18,625 Kita patut pamerkan mereka ke seluruh empayar. 195 00:16:18,625 --> 00:16:20,708 "Orang Aneh Dari Barat." 196 00:16:22,542 --> 00:16:24,583 Saya rasa pelik, 197 00:16:24,792 --> 00:16:27,375 pendakwaan ke atas awak dah dekat, 198 00:16:27,375 --> 00:16:30,250 tapi awak masih menaruh minat pada lelaki ini. 199 00:16:30,250 --> 00:16:34,125 Awak patut habiskan sisa hidup awak dengan hal yang lebih berfaedah. 200 00:16:35,542 --> 00:16:38,750 Orang Kristian tuduh dia pembidaah. Adakah itu benar? 201 00:16:39,083 --> 00:16:40,417 Ya, Tuan Ishido. 202 00:16:41,375 --> 00:16:45,583 Tentu itu kesalahan besar dalam kepercayaan awak. 203 00:16:47,375 --> 00:16:50,625 Pembidaah itu tiada nilai buat saya. 204 00:16:51,000 --> 00:16:55,333 Jika awak mahu, saya akan suruh anak lelaki saya iringi dia ke penjara. 205 00:16:55,917 --> 00:16:58,542 Saya cuma mahu kekalkan keamanan. 206 00:17:02,375 --> 00:17:03,833 Awak akan ditahan. 207 00:17:03,917 --> 00:17:04,917 Berapa lama? 208 00:17:05,000 --> 00:17:07,833 Saya tak tahu, nakhoda. Tapi saya akan doakan awak. 209 00:17:07,917 --> 00:17:09,833 Apa yang awak beritahu dia? 210 00:17:10,333 --> 00:17:11,667 Bagus sangat. 211 00:17:11,750 --> 00:17:13,458 Saya baru nak buat penjelasan. 212 00:17:26,292 --> 00:17:28,667 Tentu ada salah faham. 213 00:17:28,750 --> 00:17:30,208 Awak nak bawa saya ke mana? 214 00:17:30,292 --> 00:17:32,958 Jika saya buat kesalahan, saya minta maaf. 215 00:17:34,125 --> 00:17:37,083 Ada sesiapa yang faham cakap saya? 216 00:17:37,167 --> 00:17:38,958 Awak di depan, saya nak dibawa ke mana? 217 00:17:42,083 --> 00:17:43,792 Saya tak mahu dilayan begini! 218 00:17:45,625 --> 00:17:47,708 Saya tetamu tuan awak, bukan tawanan! 219 00:17:49,042 --> 00:17:51,833 Tak guna. Ini satu kesilapan! 220 00:17:56,208 --> 00:17:59,167 Betulkah matanya biru? 221 00:18:00,250 --> 00:18:03,000 Bayangkan warna ribut yang bergerak. 222 00:18:03,375 --> 00:18:04,417 Juga… 223 00:18:06,000 --> 00:18:09,542 warna rambutnya macam lobak ini? 224 00:18:11,083 --> 00:18:15,500 Rasanya, lebih kepada akar burdock ini. 225 00:18:19,042 --> 00:18:23,000 Awak ketawa bersama anak kita seolah-olah dia istanawati. 226 00:18:38,125 --> 00:18:39,417 Ada apa tentang akar burdock? 227 00:18:40,458 --> 00:18:46,375 Hari ini, Tuan Toranaga jemput ibu bertemu orang gasar. 228 00:18:46,667 --> 00:18:49,333 Kenapa awak dipanggil ke sana? 229 00:18:51,542 --> 00:18:53,792 Tuan kita mahu saya amalkan bahasa Portugis saya. 230 00:18:55,167 --> 00:18:59,292 Kenapa dia minta awak buat begitu? 231 00:19:04,000 --> 00:19:05,083 Mungkin kamu tahu, 232 00:19:05,375 --> 00:19:08,292 sebabnya ibu kamu tak sepatutnya keluar dari rumah. 233 00:19:17,125 --> 00:19:18,000 Ayah. 234 00:19:19,125 --> 00:19:20,250 Ayah nak makan? 235 00:19:20,333 --> 00:19:22,792 Ayah tak ada masa. 236 00:19:22,792 --> 00:19:25,208 Tuan Toranaga dah aturkan satu lagi mesyuarat. 237 00:19:26,708 --> 00:19:28,417 Bukan kamu. 238 00:19:46,317 --> 00:19:48,192 Cik Puan Mariko! 239 00:19:49,233 --> 00:19:53,400 Nampak lebih muda dan cantik. 240 00:19:54,317 --> 00:19:58,233 Cik Puan Kiri, awak bijak, mesra, gembira 241 00:19:58,233 --> 00:20:01,442 dan sangat disayangi oleh Tuan Toranaga. 242 00:20:01,692 --> 00:20:05,233 Sama seperti Cik Puan Shizu yang mengandungkan anaknya. 243 00:20:06,108 --> 00:20:11,192 Cik Puan Mariko langsung tak berubah sejak kami bertemu. 244 00:20:12,192 --> 00:20:14,983 Enam belas tahun yang lalu, 245 00:20:14,983 --> 00:20:18,108 di majlis jamuan anjuran Tuan Kuroda. 246 00:20:18,817 --> 00:20:21,983 Dia baru saja berkahwin. 247 00:20:22,275 --> 00:20:28,317 Sejak masa itu lagi, saya tahu dia istimewa. 248 00:20:28,317 --> 00:20:30,942 Jangan ganggu penterjemah saya, Kiri. 249 00:20:31,942 --> 00:20:34,483 Panggil saya Cik Puan Kiri. 250 00:20:34,817 --> 00:20:36,775 Saya dah tua 251 00:20:36,775 --> 00:20:39,650 dan perlukan banyak penghormatan sebelum saya mati. 252 00:20:40,733 --> 00:20:43,858 Sejak dulu lagi dia suka mengusik saya. 253 00:20:44,275 --> 00:20:47,650 Awak tak boleh dikawal dari dulu sehingga sekarang. 254 00:20:47,733 --> 00:20:49,525 Sama seperti saiz punggung awak. 255 00:20:49,525 --> 00:20:50,733 Awak! 256 00:20:50,733 --> 00:20:53,733 Di depan Tuan Hiromatsu. 257 00:20:53,733 --> 00:20:59,025 Kini saya terpaksa cukur kepala saya dan jadi biarawati. 258 00:21:01,900 --> 00:21:03,942 Maafkan saya, tuan. 259 00:21:10,442 --> 00:21:13,108 Apa penilaian awak hari ini? 260 00:21:13,817 --> 00:21:17,108 Paderi itu jujur. 261 00:21:17,108 --> 00:21:20,942 Terjemahannya bukan berniat untuk memperdayakan kita. 262 00:21:21,483 --> 00:21:23,067 Orang gasar itu pula? 263 00:21:24,692 --> 00:21:28,900 Mengikut gerak hati saya, kita perlu berhati-hati dengan dia. 264 00:21:31,483 --> 00:21:35,733 Awak tersinggung dengan pandangannya tentang kepercayaan awak? 265 00:21:36,733 --> 00:21:40,692 Kepercayaan saya tak kuat jika tak boleh diuji. 266 00:21:42,942 --> 00:21:46,400 Tuan, saya tak sebijak tuan, 267 00:21:46,483 --> 00:21:50,608 itu memang saya tahu. 268 00:21:50,608 --> 00:21:52,942 Tapi, apa kaitan semua ini 269 00:21:52,942 --> 00:21:58,233 dengan pendakwaan tuan? 270 00:21:59,858 --> 00:22:03,650 Cucu saya dilahirkan di Edo pagi tadi 271 00:22:03,650 --> 00:22:07,650 dan Cik Puan Ochiba minta untuk pulang ke Osaka. 272 00:22:08,067 --> 00:22:10,400 Saya tunaikan permintaan itu. 273 00:22:10,400 --> 00:22:12,483 Jika tidak, mungkin akan ada tindakan. 274 00:22:13,608 --> 00:22:16,317 Jadi, kini kita menunggu Majlis 275 00:22:16,317 --> 00:22:20,233 untuk memutuskan kematian kita semua. 276 00:22:20,483 --> 00:22:21,525 Ya. 277 00:22:22,192 --> 00:22:23,983 Tapi, perisik saya beritahu 278 00:22:23,983 --> 00:22:27,858 orang gasar ini membuat orang Portugis gusar. 279 00:22:28,942 --> 00:22:33,275 Tak lama lagi mereka akan minta Pemangku Raja Kristian, Kiyama dan Ohno 280 00:22:33,275 --> 00:22:37,108 untuk membantah kehadirannya di Osaka. 281 00:22:37,108 --> 00:22:41,442 Kenapa kita perlu peduli tentang Pemangku Raja Kristian? 282 00:22:48,525 --> 00:22:51,108 Sebab tuan hanya boleh didakwa 283 00:22:51,108 --> 00:22:55,400 jika undian Majlis sebulat suara. 284 00:22:56,817 --> 00:22:59,650 Dia gunakan orang gasar itu sebagai pemecah 285 00:22:59,650 --> 00:23:04,858 antara Ishido dan dua pembesar Kristian itu. 286 00:23:08,567 --> 00:23:13,233 Awak perlukan gerak hati menantu perempuan awak. 287 00:23:13,567 --> 00:23:16,108 Tuan, adakah tuan yakin… 288 00:23:25,192 --> 00:23:26,275 Sankichi! 289 00:23:29,567 --> 00:23:30,567 Ayuh pergi. 290 00:23:48,317 --> 00:23:49,150 Cepat. 291 00:24:16,442 --> 00:24:17,692 Awak memang wujud? 292 00:24:19,775 --> 00:24:20,775 Awak siapa? 293 00:24:22,983 --> 00:24:26,150 Beri kawan kita ruang. 294 00:24:26,233 --> 00:24:27,858 Awak selamat di sini. 295 00:24:27,942 --> 00:24:29,650 Anak-anak kariah saya. 296 00:24:29,733 --> 00:24:31,442 Dibunuh kerana kepercayaan mereka. 297 00:24:32,525 --> 00:24:35,942 Awak berbahasa Portugis, tapi bukan orang Portugis. 298 00:24:36,442 --> 00:24:38,108 Bercakap jujur di depan Tuhan. 299 00:24:38,650 --> 00:24:40,067 Saya orang Inggeris. 300 00:24:40,817 --> 00:24:42,775 Jika begitu, Jesuit juga penjarakan awak. 301 00:24:42,858 --> 00:24:44,400 Jesuit yang penjarakan awak? 302 00:24:59,817 --> 00:25:01,942 Saya patut berikan awak pengampunan. 303 00:25:03,567 --> 00:25:05,067 Mereka semua akan dihukum bunuh? 304 00:25:06,150 --> 00:25:08,483 Di sini hanya ada hukuman mati. 305 00:25:09,817 --> 00:25:11,650 Paderi, ada satu kesilapan, 306 00:25:11,733 --> 00:25:16,525 saya tetamu Tuan Toranaga. Saya tak sepatutnya di sini. 307 00:25:16,608 --> 00:25:18,775 Toranaga bawa awak ke Osaka? 308 00:25:18,858 --> 00:25:21,358 Ya dan saya perlu dibebaskan. 309 00:25:22,692 --> 00:25:25,192 Oh, Tuhan. Awak tak tahu apa-apa tentang tempat ini. 310 00:25:25,275 --> 00:25:26,942 Awak tak tahu permainan mereka. 311 00:25:29,608 --> 00:25:32,525 Toranaga ialah tawanan di Istana Kota Osaka. 312 00:25:33,525 --> 00:25:36,775 Dipencilkan oleh musuh-musuhnya di Majlis Pemangku Raja. 313 00:25:39,317 --> 00:25:43,483 Ada Sugiyama, keturunan keluarga samurai terkaya di Jepun. 314 00:25:44,150 --> 00:25:46,067 Ohno, pahlawan digeruni 315 00:25:46,150 --> 00:25:49,650 yang memeluk agama Kristian setelah menghidap kusta. 316 00:25:50,150 --> 00:25:51,733 Juga Kiyama, 317 00:25:51,817 --> 00:25:56,192 yang memeluk Kristian kerana ketamakan dan cita-citanya. 318 00:25:57,442 --> 00:26:02,067 Mereka semua dikawal oleh Ishido, penjaga istana kota itu. 319 00:26:02,692 --> 00:26:06,150 Bila-bila masa saja, mereka akan putuskan agar Toranaga dihukum bunuh. 320 00:26:09,317 --> 00:26:10,525 Dengar sini, 321 00:26:11,567 --> 00:26:13,483 percayalah cakap saya. 322 00:26:15,442 --> 00:26:17,733 Jika Toranaga anggap awak sebagai sekutu, 323 00:26:18,442 --> 00:26:20,317 awak tak akan tinggalkan Jepun hidup-hidup. 324 00:28:00,483 --> 00:28:04,692 Kelahiran berjalan lancar, bayi itu sihat, 325 00:28:04,692 --> 00:28:07,567 dan ibu pewaris telah dibenarkan untuk meninggalkan Edo. 326 00:28:07,858 --> 00:28:11,900 Nampaknya Toranaga akan menerima takdirnya. 327 00:28:13,275 --> 00:28:17,358 Terima kasih atas kepimpinan Tuan Ishido. 328 00:28:18,567 --> 00:28:23,400 Berterima kasih selepas kita hapuskan ancaman Toranaga. 329 00:28:25,358 --> 00:28:27,983 Mari kita mengundi. 330 00:28:35,608 --> 00:28:38,400 Tuan Ishido… 331 00:28:38,400 --> 00:28:42,192 Ada satu masalah. 332 00:28:43,942 --> 00:28:45,525 Masalah pembidaah. 333 00:28:45,942 --> 00:28:48,025 Toranaga yang bawa dia ke sini. 334 00:28:49,900 --> 00:28:52,733 Ya, saya nampak dia. 335 00:28:53,067 --> 00:28:57,317 Saya membantah dan Toranaga hantar dia ke penjara. 336 00:28:58,817 --> 00:29:01,983 Malangnya, hukuman penjara saja tak memadai. 337 00:29:03,150 --> 00:29:05,400 Ada khabar yang membimbangkan 338 00:29:05,483 --> 00:29:09,525 tentang lelaki ini membunuh ramai orang Kristian. 339 00:29:11,650 --> 00:29:12,942 Sungguh dahsyat. 340 00:29:13,983 --> 00:29:16,900 Ada bukti? 341 00:29:17,400 --> 00:29:20,650 Paderi memiliki surat peribadi pembidaah itu. 342 00:29:22,192 --> 00:29:26,275 Kita perlu minta supaya lelaki ini dihukum bunuh… 343 00:29:27,817 --> 00:29:29,525 sebelum kita mengundi. 344 00:29:34,733 --> 00:29:40,150 Menarik, semakin lama ia semakin jelas. 345 00:29:41,358 --> 00:29:46,942 Pagi tadi saya bangun dan melihat tanggapan Toranaga terhadap kita. 346 00:29:48,317 --> 00:29:49,525 Birokrat-birokrat. 347 00:29:50,442 --> 00:29:52,858 Semasa kita mengecap dokumen, 348 00:29:53,317 --> 00:29:59,067 Toranaga abaikan peraturan kita dan gunakan ia untuk menentang kita. 349 00:29:59,733 --> 00:30:02,650 Pembidaah itu menghina Tuhan kita. 350 00:30:02,650 --> 00:30:07,233 Tak pasti jika awak akan taat pada Tuhan ini, 351 00:30:07,233 --> 00:30:11,567 andainya tiada kemewahan yang paderinya berikan kepada awak. 352 00:30:15,692 --> 00:30:17,358 Saya tak akan tangguhkan lagi. 353 00:30:17,775 --> 00:30:20,483 Saya mendesak undian terhadap Toranaga. 354 00:30:20,858 --> 00:30:24,150 Atas nama Tuhan Jesus… 355 00:30:26,067 --> 00:30:27,942 pembidaah itu perlu mati dulu. 356 00:30:42,208 --> 00:30:44,375 Toranaga berdarah Minowara, 357 00:30:44,958 --> 00:30:47,292 nama yang sangat besar di Jepun. 358 00:30:48,167 --> 00:30:49,167 Selama berabad-abad, 359 00:30:49,250 --> 00:30:52,083 nenek moyangnya menguasai negara ini, 360 00:30:53,083 --> 00:30:55,583 membawa mandat ketuhanan. 361 00:30:57,292 --> 00:30:58,542 Mandat? 362 00:30:59,250 --> 00:31:02,375 Jawatan yang dihormati berzaman-zaman. 363 00:31:03,333 --> 00:31:06,208 Kedudukan tertinggi yang manusia mampu capai. 364 00:31:07,458 --> 00:31:08,625 Syogun. 365 00:31:11,458 --> 00:31:13,917 Adakah Toranaga mengejar jawatan ini? 366 00:31:15,500 --> 00:31:17,792 Tiada yang tahu isi hati keturunan Minowara ini. 367 00:31:19,625 --> 00:31:20,667 Sobei! 368 00:31:29,958 --> 00:31:32,500 Satu lagi nyawa untuk setiap jam dalam sehari. 369 00:31:35,708 --> 00:31:37,500 Tiada yang perlu awak takutkan sekarang. 370 00:31:38,333 --> 00:31:41,375 Awak akan mati kerana agama, mungkin di atas salib. 371 00:31:43,250 --> 00:31:44,250 Maafkan saya, paderi. 372 00:31:44,333 --> 00:31:47,250 Saya tak datang sejauh ini cuma untuk mati di atas salib. 373 00:31:55,750 --> 00:31:57,167 Jadi, kenapa awak ke sini? 374 00:31:58,708 --> 00:32:00,292 Awak ke sini untuk berperang. 375 00:32:05,333 --> 00:32:06,583 Saya mungkin sokong awak. 376 00:32:07,792 --> 00:32:11,500 Tahun 1972, saya ke sini, menggenggam rosario. 377 00:32:11,583 --> 00:32:13,750 Dengan niat untuk menyelamatkan manusia. 378 00:32:14,833 --> 00:32:17,458 Kemudian saya dapat tahu rukun paderi yang sebenar. 379 00:32:18,125 --> 00:32:20,792 Sutera, emas dan senjata. 380 00:32:21,458 --> 00:32:23,750 Kesemua Jesuit ini tak hiraukan jiwa manusia. 381 00:32:24,333 --> 00:32:26,667 Mereka mempertuhankan kapal hitam itu. 382 00:32:27,250 --> 00:32:29,125 Itu cara mereka menguasai perdagangan. 383 00:32:30,792 --> 00:32:32,458 Orang Cina bencikan Jepun, 384 00:32:33,292 --> 00:32:35,125 jadi, semuanya melalui orang Portugis. 385 00:32:35,208 --> 00:32:36,833 Itu riba. 386 00:32:36,917 --> 00:32:39,500 Mendiang Taiko cuba menghalangnya, 387 00:32:40,292 --> 00:32:42,500 tapi gereja menghasut pemberontakan, 388 00:32:43,125 --> 00:32:45,708 menyeludup senjata dari pangkalan rahsia di Macao. 389 00:32:46,292 --> 00:32:47,167 Macao? 390 00:32:48,958 --> 00:32:51,708 Saya pernah jumpa lelaki yang pernah ke kota itu. 391 00:32:51,792 --> 00:32:53,958 Katanya di sana ada ratusan askar Jepun, 392 00:32:54,875 --> 00:32:56,083 semua beralih jadi Katolik. 393 00:32:56,167 --> 00:32:58,167 Maksud awak, para pembesar di sini tak tahu? 394 00:33:00,458 --> 00:33:02,042 Semuanya dah terlambat. 395 00:33:02,125 --> 00:33:03,750 Saya perlu beritahu mereka! 396 00:33:04,708 --> 00:33:05,708 Itu jalan keluar saya. 397 00:33:06,333 --> 00:33:07,708 Cara mereka berbeza. 398 00:33:08,292 --> 00:33:10,333 Peraturan mereka terlalu samar, 399 00:33:11,000 --> 00:33:12,417 mereka sangat berhati-hati. 400 00:33:13,500 --> 00:33:14,667 Awak tak kenal saya. 401 00:33:15,708 --> 00:33:17,500 Saya kenal ramai orang seperti awak. 402 00:33:37,667 --> 00:33:41,083 Saya tak nak dengar pelbagai alasan yang awak beri. 403 00:33:41,167 --> 00:33:43,208 Inilah masanya! Ayuh pergi! 404 00:33:44,292 --> 00:33:45,292 Tak guna! 405 00:33:47,708 --> 00:33:48,958 Ayuh. 406 00:33:49,042 --> 00:33:50,042 Ayuh pergi. 407 00:33:50,542 --> 00:33:52,458 Harap cakap awak dan Carlos betul. 408 00:33:52,542 --> 00:33:54,250 Awak kata awak ada senarai muatan itu. 409 00:34:00,583 --> 00:34:02,542 Awak mahu ke istana kota, paderi? 410 00:34:04,083 --> 00:34:05,292 Selamat pagi, kapten. 411 00:34:06,208 --> 00:34:08,708 Seperti yang awak tahu, saya tak terima berita. 412 00:34:09,667 --> 00:34:12,875 Sebaik saja Toranaga minta saya benarkan Kapal Hitam belayar, 413 00:34:13,917 --> 00:34:15,292 awak yang pertama akan tahu. 414 00:34:15,792 --> 00:34:17,500 Itulah yang saya risaukan. 415 00:34:17,583 --> 00:34:20,667 Saya dengar tak lama lagi dia akan mati. 416 00:34:20,750 --> 00:34:24,125 Gereja akan pastikan perniagaan awak berjalan tepat pada masanya. 417 00:34:24,750 --> 00:34:26,125 Maksud awak, perniagaan kita. 418 00:34:31,250 --> 00:34:32,958 Paderi tak guna. 419 00:34:48,708 --> 00:34:52,417 Saya gembira melihat awak sentiasa berdoa. 420 00:34:52,958 --> 00:34:54,833 Paderi. 421 00:34:54,833 --> 00:34:56,833 Awak nak melawat Tuan Toranaga? 422 00:34:57,250 --> 00:34:59,208 Menghantar dokumen. 423 00:34:59,708 --> 00:35:02,458 Bila keluarga awak sampai? 424 00:35:03,500 --> 00:35:06,125 Kami dah seminggu di Osaka. 425 00:35:06,583 --> 00:35:07,417 Silakan. 426 00:35:10,500 --> 00:35:12,417 Mana satu yang awak lebih fasih? 427 00:35:13,167 --> 00:35:14,500 Bahasa Portugis atau Latin? 428 00:35:15,167 --> 00:35:17,583 Saya lebih kerap berbahasa Portugis. 429 00:35:17,667 --> 00:35:19,167 Tapi perkembangannya perlahan. 430 00:35:19,833 --> 00:35:21,875 Setakat ini, awak pelajar terbaik saya. 431 00:35:24,875 --> 00:35:28,750 Walau bagaimanapun saya terkejut melihat awak semalam. 432 00:35:28,833 --> 00:35:31,500 Toranaga libatkan awak dalam urusannya. 433 00:35:31,583 --> 00:35:33,125 Saya tak mahu menterjemah lagi. 434 00:35:33,208 --> 00:35:35,500 Saya tak suka cara lelaki itu bercakap dengan awak. 435 00:35:36,458 --> 00:35:40,208 Gerak hati awak selalu betul jika seseorang itu ada niat yang jahat. 436 00:35:43,500 --> 00:35:44,625 Cik Puan Maria. 437 00:35:48,417 --> 00:35:50,917 Fikiran jahat dalam pengakuan awak dahulu, 438 00:35:52,208 --> 00:35:53,375 awak masih memikirkannya? 439 00:35:56,833 --> 00:35:58,958 Saya nak awak tahu saya mendoakan awak. 440 00:36:00,333 --> 00:36:02,000 Tentang hal ini dan yang lain. 441 00:36:03,167 --> 00:36:04,458 Terutamanya pembidaah itu. 442 00:36:05,833 --> 00:36:07,125 Saya dah baca jurnal dia. 443 00:36:07,750 --> 00:36:10,000 Walau apa pun tanggapan awak terhadap dia, 444 00:36:11,208 --> 00:36:12,833 dia memang bersalah. 445 00:36:25,250 --> 00:36:27,208 Tuan, maafkan saya. 446 00:36:27,208 --> 00:36:29,125 Tuan Ishido datang. 447 00:36:29,708 --> 00:36:31,375 - Benarkan dia masuk. - Baik, tuan. 448 00:36:37,542 --> 00:36:40,000 Seorang samurai megah 449 00:36:40,000 --> 00:36:42,708 yang saya tarik keluar dari timbunan mayat orang Korea. 450 00:36:43,500 --> 00:36:49,833 Seorang jeneral megah yang tak akan buat saya melupakannya. 451 00:36:56,042 --> 00:37:02,458 Toranaga belum jemput awak datang ke istana kotanya? 452 00:37:02,458 --> 00:37:04,917 Undangan itu hilang. 453 00:37:05,667 --> 00:37:09,250 Tak tahu sebabnya awak begitu setia kepada Minowara itu. 454 00:37:10,542 --> 00:37:12,542 Dia tak tahu bersyukur. 455 00:37:13,625 --> 00:37:16,250 Nampak dinding itu? 456 00:37:16,250 --> 00:37:19,583 Semasa Taiko membina istana kota ini, 457 00:37:19,583 --> 00:37:22,625 semua pembesar kerajaan ini memberikan batu yang terbaik. 458 00:37:23,292 --> 00:37:28,250 Dia pilih batu saya sebagai batu penjuru 459 00:37:28,458 --> 00:37:33,125 dan berikan saya satu kerusi di Majlis. 460 00:37:33,125 --> 00:37:35,292 Ia batu yang cantik. 461 00:37:36,958 --> 00:37:40,417 Beritahu saya tentang orang gasar yang awak bawa ke Osaka. 462 00:37:42,125 --> 00:37:44,375 Dia seorang lanun. 463 00:37:44,375 --> 00:37:46,125 Lelaki yang biasa saja. 464 00:37:46,125 --> 00:37:48,458 Kasar dan biasa saja. 465 00:37:49,000 --> 00:37:52,667 Kenapa Toranaga berminat dengan dia? 466 00:37:53,250 --> 00:37:55,708 Mungkin pada barang yang dia bawa. 467 00:37:55,792 --> 00:37:58,167 Dua puluh meriam, 500 senapang… 468 00:37:58,542 --> 00:38:01,708 Jepun pun ada semua itu. 469 00:38:03,625 --> 00:38:06,667 …dan kebenciannya kepada orang Portugis. 470 00:38:07,083 --> 00:38:10,792 Dia percaya Pemangku Raja Kristian akan jadi musuh kita. 471 00:38:10,792 --> 00:38:11,667 Mengarut. 472 00:38:12,875 --> 00:38:15,208 Majlis kita bersatu hati. 473 00:38:19,875 --> 00:38:22,875 Tapi, teruskan. 474 00:38:27,750 --> 00:38:33,083 Saya cuma fikirkan masa depan. 475 00:38:33,083 --> 00:38:35,708 Hal yang mungkin berlaku apabila Toranaga didakwa dan mati. 476 00:38:36,333 --> 00:38:39,542 Awak pula bersama dia, sebagai sekutunya. 477 00:38:39,542 --> 00:38:40,792 Ya, itu betul. 478 00:38:40,875 --> 00:38:43,917 Tapi, melihat faktor lain selain saya… 479 00:38:43,917 --> 00:38:48,083 Awak boleh dapat kuasa yang paling banyak. 480 00:38:48,083 --> 00:38:53,083 Namun, awak mungkin perlu bersaing dengan Kiyama dan Ohno 481 00:38:53,167 --> 00:38:55,875 yang mendapat sokongan orang Kristian. 482 00:38:57,833 --> 00:38:59,792 Saya pasti akan kalah. 483 00:39:00,917 --> 00:39:04,250 Tapi, jika awak ada orang gasar ini 484 00:39:04,250 --> 00:39:07,500 dan pemegang tanah untuk mengawal dia, 485 00:39:07,500 --> 00:39:08,958 keadaan mungkin akan berbeza. 486 00:39:13,583 --> 00:39:18,292 Sayangnya saya terpaksa jatuhkan hukuman bunuh ke atas orang gasar itu. 487 00:39:18,292 --> 00:39:21,500 Atas desakan Pemangku Raja Kristian. 488 00:39:22,083 --> 00:39:24,250 Saya tak boleh berbuat apa-apa. 489 00:39:31,792 --> 00:39:35,583 Jika begitu, mungkin ada sesuatu yang saya boleh lakukan. 490 00:39:40,583 --> 00:39:41,708 Nakhoda! 491 00:39:42,167 --> 00:39:44,167 Buat pengakuan awak, cepat. 492 00:39:44,792 --> 00:39:45,917 Ini tak mungkin. 493 00:39:46,000 --> 00:39:47,792 Saya tak sepatutnya mati di sini. 494 00:39:47,875 --> 00:39:50,500 Ibu Jesus sedang melihat awak sekarang. 495 00:39:50,583 --> 00:39:53,208 Buat pengakuan di depan saya semua dosa yang lalu dan kini. 496 00:39:53,292 --> 00:39:55,417 Ikutlah Tuhan awak, paderi. 497 00:40:04,667 --> 00:40:07,125 Awak kini tawanan Tuan Kiyama. 498 00:40:12,708 --> 00:40:16,125 Wahai Tuhan, maaf atas kesombongan aku. 499 00:40:17,417 --> 00:40:19,750 Harap ini bukan pengakhiran aku. 500 00:40:34,667 --> 00:40:35,917 Apa yang awak buat di sini? 501 00:40:39,125 --> 00:40:40,208 Ke tepi! 502 00:40:42,792 --> 00:40:43,875 Perompak! 503 00:41:26,042 --> 00:41:27,167 Syabas. 504 00:41:44,208 --> 00:41:45,333 Terima kasih. 505 00:41:50,875 --> 00:41:52,667 Cuba dengar. 506 00:41:53,167 --> 00:41:55,208 Bercakap seperti orang bertamadun. 507 00:41:55,625 --> 00:41:57,833 Dia anjing yang bijak. 508 00:41:57,833 --> 00:41:59,542 Jika begitu, saya nak ajar awak ini… 509 00:41:59,542 --> 00:42:01,292 "Saya anjing." 510 00:42:01,750 --> 00:42:02,958 Sebut. 511 00:42:02,958 --> 00:42:04,875 "Saya anjing." 512 00:42:05,667 --> 00:42:07,875 Saya anjing. 513 00:42:07,875 --> 00:42:11,042 Ya, betul. Awak bagus. 514 00:42:11,042 --> 00:42:13,833 Sekarang, melutut. Anjing melutut. 515 00:42:14,417 --> 00:42:15,958 Ya, "saya anjing". Ya, betul. 516 00:42:19,292 --> 00:42:20,292 Terima kasih. 517 00:42:21,208 --> 00:42:22,958 Dia cuma mahukan tuan yang bagus. 518 00:42:41,408 --> 00:42:43,492 Saya sangat berterima kasih, Yabushige. 519 00:42:44,033 --> 00:42:47,867 Dah dua kali awak bawa orang gasar ini kepada saya. 520 00:42:48,367 --> 00:42:50,867 Saya cuma bernasib baik. 521 00:42:50,867 --> 00:42:55,492 Dalam perjalanan untuk dihukum bunuh, dia diserang perompak. 522 00:42:55,492 --> 00:42:58,033 Kebetulan saya lalu di situ. 523 00:42:58,033 --> 00:42:59,617 Awak memang selalu berada 524 00:42:59,617 --> 00:43:03,200 di tempat dan masa yang betul. 525 00:43:08,575 --> 00:43:10,950 Dia kotor. 526 00:43:12,742 --> 00:43:15,117 Boleh saya suruh dia mandi? 527 00:43:15,117 --> 00:43:16,908 Sudah tentu, tuan. 528 00:43:16,908 --> 00:43:20,117 Tapi sebelum itu, ayuh sambut penterjemah kita. 529 00:43:35,033 --> 00:43:36,158 Selamat pagi, encik. 530 00:43:36,242 --> 00:43:38,867 Saya akan jadi penterjemah awak hari ini. 531 00:43:39,700 --> 00:43:41,283 Awak tahu berbahasa Portugis? 532 00:43:41,367 --> 00:43:44,325 Satu penghormatan untuk mempelajari bahasa guru Kristian saya. 533 00:43:44,408 --> 00:43:45,992 Guru Katolik. 534 00:43:47,658 --> 00:43:49,658 Saya berkhidmat untuk Yoshii Toranaga-sama. 535 00:43:50,367 --> 00:43:51,867 Nama saya Toda Mariko. 536 00:43:52,908 --> 00:43:55,033 John. Blackthorne. 537 00:43:56,450 --> 00:43:58,367 Awak patut tahu saya bukan Katolik. 538 00:44:00,533 --> 00:44:03,033 Beritahu nakhoda itu, 539 00:44:03,033 --> 00:44:06,033 saya harap masa dia di penjara tak terlalu sukar. 540 00:44:07,033 --> 00:44:10,658 Tuan saya kata dia kesal awak dipenjarakan. 541 00:44:14,325 --> 00:44:15,867 Saya bersyukur dapat hidup. 542 00:44:18,408 --> 00:44:19,992 Dia berterima kasih. 543 00:44:20,492 --> 00:44:24,242 Tuan muda kita nak tahu tentang negaranya. 544 00:44:24,783 --> 00:44:28,158 Pemerintah dan adat resamnya. 545 00:44:28,242 --> 00:44:29,783 Dia tanya tentang negara awak. 546 00:44:29,867 --> 00:44:31,367 Pemerintah dan adat resam awak. 547 00:44:36,408 --> 00:44:41,658 Baru pagi tadi saya dijatuhi hukuman bunuh dan sekarang saya… 548 00:44:43,658 --> 00:44:49,158 Saya tahu saya dianggap musuh di negara awak. 549 00:44:49,242 --> 00:44:53,950 Tapi saya jamin, ratu saya bijak, berfikir dengan teliti 550 00:44:55,200 --> 00:44:57,408 dan tentu mahu jadi sekutu awak. 551 00:44:57,992 --> 00:45:01,033 Dia mendakwa dia bukan musuh kita 552 00:45:01,033 --> 00:45:03,992 dan ratunya mengalu-alukan persahabatan. 553 00:45:06,117 --> 00:45:08,242 Berikan nakhoda itu senduk. 554 00:45:08,658 --> 00:45:11,992 Tuan muda, maafkan kami kerana mencemarkan taman tuan. 555 00:45:12,242 --> 00:45:13,992 Tapi saya nak nakhoda itu 556 00:45:13,992 --> 00:45:16,242 melukis peta dunia yang dia tahu. 557 00:45:16,825 --> 00:45:19,742 Tuan saya minta awak melukis peta dunia. 558 00:45:24,158 --> 00:45:25,158 Terima kasih. 559 00:45:45,950 --> 00:45:49,242 Inilah batas pengetahuan saya. 560 00:45:51,617 --> 00:45:52,742 Bumi ini bulat. 561 00:45:54,658 --> 00:45:55,992 Seperti buah. 562 00:45:59,783 --> 00:46:01,117 Jepun di sini. 563 00:46:01,867 --> 00:46:03,242 Negara saya, England, 564 00:46:04,242 --> 00:46:05,700 berada di dunia sebelah sana. 565 00:46:05,783 --> 00:46:09,617 Dia tunjukkan negara Jepun dan England. 566 00:46:10,617 --> 00:46:12,700 Kami datang melalui Selat Magellan. 567 00:46:13,325 --> 00:46:16,200 Dia datang melalui daratan ini. 568 00:46:17,117 --> 00:46:18,450 Kami orang luar pertama lalu 569 00:46:18,533 --> 00:46:22,325 kerana orang Sepanyol dan Portugis merahsiakannya. 570 00:46:22,658 --> 00:46:25,908 Dia kata itu rahsia orang Portugis dan Sepanyol. 571 00:46:26,408 --> 00:46:29,408 Bagi kami, lebih selamat belayar melalui laluan ini. 572 00:46:31,575 --> 00:46:35,658 Sebab kami perlu elakkan pangkalan Portugis di Macao. 573 00:46:37,158 --> 00:46:41,658 Dia mendakwa ada pangkalan Portugis di Macao. 574 00:46:46,700 --> 00:46:48,867 Ia mengambil askar upahan Jepun. 575 00:46:49,575 --> 00:46:51,033 Mereka dipanggil ronin. 576 00:46:52,075 --> 00:46:54,783 Kubu rahsia Katolik, digunakan untuk menyeludup senjata, 577 00:46:54,867 --> 00:46:57,367 semasa pemberontakan beberapa tahun yang lalu. 578 00:46:58,867 --> 00:47:03,075 Pangkalan rahsia untuk menyeludup senjata. Ada ronin di situ. 579 00:47:03,075 --> 00:47:06,742 Senjata itu digunakan ketika pemberontakan. 580 00:47:07,492 --> 00:47:11,533 Rasanya untuk menentang Taiko. Saya tak pasti. 581 00:47:12,867 --> 00:47:16,200 Beritahu nakhoda itu, saya nak perincian peta ini kemudian. 582 00:47:16,200 --> 00:47:21,075 Bersama tanda semua pangkalan Portugis. 583 00:47:21,158 --> 00:47:24,742 Tuan saya minta awak lukis peta ini dan tandakan pangkalan Portugis. 584 00:47:24,825 --> 00:47:26,367 Saya akan jelaskan sekarang. 585 00:47:31,158 --> 00:47:33,908 Inilah cara Portugal dan Sepanyol membahagikan Dunia Baru. 586 00:47:34,492 --> 00:47:38,408 Mereka meterai perjanjian 70 tahun lalu untuk membahagikan tanah baru. 587 00:47:38,492 --> 00:47:42,783 Negara awak termasuk di dalam bahagian Portugis. 588 00:47:44,825 --> 00:47:46,283 Jadi, ia milik mereka. 589 00:47:47,117 --> 00:47:48,908 Dia percaya Portugis dan Sepanyol 590 00:47:48,908 --> 00:47:52,408 telah membahagikan wilayah ini. 591 00:47:52,408 --> 00:47:54,658 Dia mendakwa Jepun… 592 00:47:55,825 --> 00:47:58,367 milik orang Portugis. 593 00:47:59,158 --> 00:48:03,367 Betulkah dia kata "milik"? 594 00:48:04,158 --> 00:48:05,617 Ya, tuan. 595 00:48:06,742 --> 00:48:07,992 Mengarut… 596 00:48:08,075 --> 00:48:11,033 Kenapa tak bahagikan saja syurga antara kita dan China? 597 00:48:11,033 --> 00:48:12,117 Diam. 598 00:48:13,575 --> 00:48:15,075 Maafkan saya, tuan, 599 00:48:15,658 --> 00:48:17,658 tapi keangkuhan mereka memang luar biasa. 600 00:48:18,450 --> 00:48:19,658 Tolong beritahu dia. 601 00:48:19,742 --> 00:48:21,742 Ia tertulis dalam dokumen yang sah. 602 00:48:21,825 --> 00:48:23,700 Raja Sepanyol dan Portugis ada hak 603 00:48:23,783 --> 00:48:26,492 menuntut mana-mana tanah bukan Katolik yang mereka temui 604 00:48:26,575 --> 00:48:29,075 dan menukar kerajaannya dengan pemerintahan Katolik. 605 00:48:29,158 --> 00:48:30,242 Ini satu pembohongan. 606 00:48:31,533 --> 00:48:32,992 Tak. 607 00:48:34,533 --> 00:48:36,158 Awak bersumpah atas Tuhan awak? 608 00:48:36,825 --> 00:48:38,325 Ya. 609 00:48:42,700 --> 00:48:44,617 Apa yang dia cakap? 610 00:48:48,408 --> 00:48:50,825 Dia kata, orang Portugis… 611 00:48:50,908 --> 00:48:53,908 nak gantikan semua pemerintah bukan Kristian 612 00:48:53,992 --> 00:48:58,950 dengan pemimpin-pemimpin mereka. 613 00:49:01,325 --> 00:49:04,117 Apa yang awak cari di Jepun? 614 00:49:06,325 --> 00:49:08,117 Dia tanya, apa yang awak cari di sini? 615 00:49:10,533 --> 00:49:14,242 Menumpaskan musuh yang sama. 616 00:49:14,325 --> 00:49:18,367 Dapatkan bantuan tuan untuk melawan musuhnya. 617 00:49:20,242 --> 00:49:23,117 Awak perlu lupakan peperangan ini. 618 00:49:23,117 --> 00:49:24,492 Jumlah musuh lebih besar. 619 00:49:24,492 --> 00:49:26,658 Awak tak akan ada harapan. 620 00:49:26,950 --> 00:49:30,408 Tuan saya kata awak tak patut berperang dengan orang Portugis di Jepun. 621 00:49:30,908 --> 00:49:33,075 Jumlah mereka ramai. Tiada harapan. 622 00:49:39,408 --> 00:49:40,575 Melainkan saya menang. 623 00:49:42,200 --> 00:49:46,825 Dia kata, "Melainkan saya menang". 624 00:49:51,825 --> 00:49:56,075 Suruh nakhoda bermalam di Istana Barat malam ini. 625 00:49:56,075 --> 00:50:00,242 Di luar bahaya, ramai perompak yang menunggu peluang. 626 00:50:17,375 --> 00:50:20,917 Toranaga-sama bermurah hati memberikan awak rumah peribadinya. 627 00:50:21,875 --> 00:50:23,417 Ini penghormatan yang besar. 628 00:50:23,500 --> 00:50:25,125 Harap awak menikmatinya. 629 00:50:28,958 --> 00:50:30,042 Itu milik dia? 630 00:50:31,292 --> 00:50:35,458 Perisai perang itu dipesan khas oleh Toranaga-sama berdasarkan mimpinya. 631 00:50:36,750 --> 00:50:41,792 Gaya ini digunakan oleh banyak generasi, sehingga ke zaman kesyogunan Minowara. 632 00:50:44,708 --> 00:50:45,958 Syogun. 633 00:50:52,875 --> 00:50:54,958 Saya nak ucapkan terima kasih 634 00:50:55,042 --> 00:50:57,500 kerana menterjemah dengan jujur untuk saya hari ini. 635 00:50:57,583 --> 00:50:59,375 Tak perlu berterima kasih. 636 00:50:59,458 --> 00:51:01,583 Saya melakukannya untuk tuan saya. 637 00:51:03,417 --> 00:51:05,167 Berapa lama dah berbahasa Portugis? 638 00:51:05,250 --> 00:51:06,375 Empat belas tahun. 639 00:51:06,458 --> 00:51:08,500 Selama saya menganut Kristian. 640 00:51:08,583 --> 00:51:10,333 Awak sangat fasih. 641 00:51:13,292 --> 00:51:15,833 Wanita-wanita ini boleh siapkan permandian awak. 642 00:51:16,667 --> 00:51:19,417 Terima kasih, tapi saya dah mandi. 643 00:51:20,833 --> 00:51:22,167 Di penjara? 644 00:51:22,250 --> 00:51:23,250 Tak, di desa. 645 00:51:24,375 --> 00:51:25,958 Tapi, itu dah lama. 646 00:51:28,042 --> 00:51:29,250 Mandi dua kali seminggu? 647 00:51:30,667 --> 00:51:32,458 Awak nak saya kena disenteri? 648 00:51:33,875 --> 00:51:38,125 Tak tahu sebabnya, nakhoda tak nak mandi. 649 00:51:42,167 --> 00:51:43,833 Tunggu, Mariko. 650 00:51:46,125 --> 00:51:48,125 Saya tahu awak hormati paderi-paderi ini, 651 00:51:48,208 --> 00:51:50,417 tapi saya merayu agar awak fikirkan motif mereka. 652 00:51:50,500 --> 00:51:52,042 Tuan awak dalam bahaya. 653 00:51:54,250 --> 00:51:56,500 Saya pula ada kapal. 654 00:51:59,083 --> 00:52:01,167 Jangan bercakap sesuatu yang bukan hak awak. 655 00:52:03,292 --> 00:52:04,708 - Ya. - Selain itu, 656 00:52:06,167 --> 00:52:09,375 tolong panggil saya Mariko-sama. 657 00:52:23,333 --> 00:52:26,917 Angin tak memihak kepada kita kebelakangan ini. 658 00:52:26,917 --> 00:52:30,917 Jika Kapal Hitam tak dibenarkan untuk belayar ke Nagasaki, 659 00:52:30,917 --> 00:52:33,833 ia tak akan sempat pulang untuk penghantaran berikutnya. 660 00:52:35,083 --> 00:52:40,083 Jadi, sebagai Presiden Hubungan Luar Negeri, 661 00:52:40,083 --> 00:52:44,292 mungkin tiba masanya tuan benarkan ia belayar. 662 00:52:48,000 --> 00:52:52,625 Saya banyak memikirkan tentang keuntungan 663 00:52:52,625 --> 00:52:54,500 negara awak dan saya. 664 00:52:55,500 --> 00:53:00,375 Banyak hal yang saya tak tahu 665 00:53:00,375 --> 00:53:03,417 dan nampaknya banyak yang orang gasar itu tahu. 666 00:53:09,292 --> 00:53:14,000 Saya ingin tangguhkan dulu pelayaran Kapal Hitam buat masa ini. 667 00:53:14,083 --> 00:53:16,667 Keadaan laut kadangkala sangat bahaya. 668 00:53:17,542 --> 00:53:20,708 Mungkin itu sebabnya 669 00:53:20,708 --> 00:53:25,625 gereja awak membina banyak pangkalan rahsia di kawasan kami. 670 00:53:30,583 --> 00:53:33,542 Mungkin kita patut bincang lebih lanjut tentang pangkalan ini 671 00:53:33,542 --> 00:53:37,167 sebelum mengadakan rundingan yang lebih lanjut. 672 00:53:45,083 --> 00:53:48,833 Martin Alvito baru terima berita daripada Toranaga. 673 00:53:49,500 --> 00:53:52,750 Dia tolak permohonan pelepasan Kapal Hitam. 674 00:53:53,667 --> 00:53:58,250 Pembidaah ini tak berniat untuk musnahkan kita perlahan-lahan. 675 00:54:00,708 --> 00:54:03,042 Serahkan tugas ini kepada saya, paderi. 676 00:54:48,417 --> 00:54:50,292 Awak buat apa di sini lewat begini? 677 00:55:06,250 --> 00:55:07,250 Pembunuh! 678 00:55:11,292 --> 00:55:12,542 Lindungi tuan kita! 679 00:55:17,500 --> 00:55:18,375 Apa yang awak buat? 680 00:55:21,542 --> 00:55:22,833 Tuan Toranaga di mana? 681 00:55:22,958 --> 00:55:23,958 Penceroboh! 682 00:55:23,958 --> 00:55:25,417 Ada penceroboh di istana kota! 683 00:55:25,417 --> 00:55:26,667 Dia di rumah tetamu. 684 00:55:27,250 --> 00:55:28,500 Tak, dia di sini. 685 00:55:30,083 --> 00:55:31,292 Itu Kayo, pembantu rumah. 686 00:55:31,625 --> 00:55:33,083 Dia mencari Tuan Toranaga. 687 00:55:53,125 --> 00:55:54,125 Tidak! 688 00:56:28,125 --> 00:56:31,167 Tuan! Tuan cedera? 689 00:56:34,333 --> 00:56:35,500 Ishido dah gila. 690 00:56:36,333 --> 00:56:38,208 - Ini peperangan! - Tidak. 691 00:56:38,583 --> 00:56:40,708 Ini bukan angkara Ishido. 692 00:56:41,667 --> 00:56:45,167 Saya berikan rumah saya kepada nakhoda. 693 00:56:45,708 --> 00:56:49,208 Saya bersembunyi di rumah dia. 694 00:56:50,208 --> 00:56:53,917 Pembunuh ini bukan mencari saya. 695 00:56:53,917 --> 00:56:55,750 Dia mencari nakhoda. 696 00:58:39,083 --> 00:58:41,083 Terjemahan sari kata oleh Aminuddin Buang