1 00:00:01,793 --> 00:00:04,546 Cap jari yang kami jumpa itu ialah cap jari anak awak. 2 00:00:04,880 --> 00:00:06,507 Sumpah. Saya tak bunuh dia. 3 00:00:06,590 --> 00:00:07,591 SEBELUM INI DALAM DEFENDING JACOB 4 00:00:07,674 --> 00:00:08,675 Leonard Patz. 5 00:00:08,759 --> 00:00:12,137 Saya tak kenal pun budak itu. Saya tak pernah tengok atau dengar tentangnya. 6 00:00:12,221 --> 00:00:14,932 Saya mahu pendakwa raya lain. Mereka akan menggantikan awak. 7 00:00:15,015 --> 00:00:16,808 - Pernahkah awak menggunakannya? - Tergamak ayah tanya saya soalan itu? 8 00:00:16,892 --> 00:00:19,728 Ayah perlu pastikan yang ini bukan pisau yang mereka cari itu. 9 00:00:19,811 --> 00:00:21,605 Awak perlu dapatkan peguam untuk Jacob. 10 00:00:21,688 --> 00:00:22,981 Apa saya nak beritahu Laurie nanti? 11 00:00:23,065 --> 00:00:25,275 Ya Tuhan. Awak tahu yang ini akan berlaku, bukan? 12 00:00:25,359 --> 00:00:27,152 - Yang mereka akan mengesyaki Jacob. - Tidak. 13 00:00:27,236 --> 00:00:30,572 Jadi, awak tak bimbang langsung dengan tindakan awak itu? 14 00:00:30,906 --> 00:00:33,325 Tidak. Saya kenal anak saya. 15 00:01:33,761 --> 00:01:36,013 BERDASARKAN NOVEL KARYA WILLIAM LANDAY 16 00:02:26,147 --> 00:02:29,608 Joanna hubungi dan dia mahu kita berjumpa di garaj bangunan mahkamah. 17 00:02:30,526 --> 00:02:31,652 Joanna? 18 00:02:31,736 --> 00:02:33,946 Klein. Peguam bela yang saya beritahu awak. 19 00:02:35,197 --> 00:02:37,241 Dia peguam yang hebat. 20 00:02:55,801 --> 00:02:57,637 TOBY MATIKAN JAWAB 21 00:03:07,146 --> 00:03:08,314 Ya Tuhanku. 22 00:03:08,397 --> 00:03:09,482 POLIS 23 00:03:28,459 --> 00:03:29,502 Andy. 24 00:03:31,837 --> 00:03:34,340 Laurie, saya Joanna Klein. 25 00:03:34,423 --> 00:03:35,716 Gembira bertemu awak. 26 00:03:35,800 --> 00:03:38,302 Saya bersimpati dengan apa yang awak lalui. 27 00:03:39,053 --> 00:03:40,054 Terima kasih. 28 00:03:41,389 --> 00:03:43,641 Saya ada kopi di dalam kereta jika awak mahu. 29 00:03:43,724 --> 00:03:44,976 Tak mengapa. 30 00:03:45,059 --> 00:03:47,395 - Jacob dah tiba? - Dia dalam perjalanan. 31 00:03:47,478 --> 00:03:48,771 Bagaimana keadaan dia pagi ini? 32 00:03:49,480 --> 00:03:52,400 Dia ketakutan tapi dia okey. 33 00:03:54,151 --> 00:03:56,904 Andy, awak pernah mengalaminya sebelum ini tapi bukan di pihak ini. 34 00:03:56,988 --> 00:04:01,117 Laurie, semua ini baru bagi awak, jadi ini arahan kepada awak berdua. 35 00:04:01,826 --> 00:04:02,910 Mulai saat ini, 36 00:04:02,994 --> 00:04:05,705 sehingga awak pulang dan mengunci pintu rumah awak, 37 00:04:05,788 --> 00:04:09,125 saya tak mahu awak tunjukkan sebarang emosi. 38 00:04:09,917 --> 00:04:11,127 Tiada emosi langsung. 39 00:04:11,210 --> 00:04:14,797 Saya tahu ia agak melampau tapi ia penting, okey? 40 00:04:15,423 --> 00:04:16,799 Kami takkan tunjukkan emosi. 41 00:04:16,882 --> 00:04:18,259 Laurie? 42 00:04:19,927 --> 00:04:20,970 Ya. 43 00:04:21,053 --> 00:04:25,516 Malangnya, setiap ekspresi dan reaksi akan ditafsirkan untuk menentang awak. 44 00:04:25,599 --> 00:04:26,600 POLIS NEWTON 45 00:04:26,684 --> 00:04:31,105 Senyum dan mereka akan anggap awak tak serius. 46 00:04:31,856 --> 00:04:35,401 Menangis dan mereka akan kata awak berpura-pura. 47 00:04:35,901 --> 00:04:39,488 Jangan jawab sebarang soalan yang mereka tanya. 48 00:04:40,114 --> 00:04:43,200 Di TV, hanya gambar yang penting. 49 00:04:53,210 --> 00:04:55,003 Dan yang paling penting, 50 00:04:55,087 --> 00:04:59,091 sebarang tanda kemarahan terutamanya daripada Jacob, 51 00:04:59,174 --> 00:05:02,178 akan mengesahkan kesangsian orang ramai. 52 00:05:02,261 --> 00:05:06,932 Awak harus ingat yang pada pandangan mereka, bukan Jacob saja yang bersalah. 53 00:05:07,475 --> 00:05:08,601 Awak semua bersalah. 54 00:05:10,227 --> 00:05:14,357 Mereka mahukan kepastian, jadi jangan berikannya kepada mereka. 55 00:05:15,399 --> 00:05:16,651 Okey. 56 00:05:16,734 --> 00:05:19,195 Ingat, buat muka selamba. 57 00:05:22,782 --> 00:05:23,991 - Awak dah sedia? - Ya. 58 00:05:24,075 --> 00:05:25,076 Okey. 59 00:05:31,457 --> 00:05:32,792 Itu mereka! 60 00:05:32,875 --> 00:05:34,585 Pasangan Barber. Ambil kamera! 61 00:05:34,669 --> 00:05:37,338 En. dan Pn. Barber, bila kali terakhir awak bercakap dengan Jacob? 62 00:05:37,421 --> 00:05:39,298 Kita bersiaran secara langsung! 63 00:05:42,301 --> 00:05:45,137 Pn. Barber, bila kali terakhir awak melihat anak lelaki awak? 64 00:05:47,306 --> 00:05:48,516 Bagaimana dengan keluarga awak? 65 00:05:49,517 --> 00:05:51,644 Bagaimana penangkapan itu menjejaskan keluarga awak? 66 00:05:57,608 --> 00:05:59,193 Bagaimana keadaan awak? 67 00:06:01,404 --> 00:06:03,781 - Ya Tuhanku. - Awak okey? 68 00:06:03,864 --> 00:06:04,949 Ya. 69 00:06:43,654 --> 00:06:45,614 ...dalam lebih kurang sepuluh minit? 70 00:06:45,698 --> 00:06:48,534 Yang ini patut berakhir dengan cepat. Lebih kurang sepuluh minit. 71 00:06:55,583 --> 00:06:56,709 Sekarang, apa kita buat? 72 00:06:57,710 --> 00:06:58,919 Sekarang kita tunggu. 73 00:07:03,799 --> 00:07:05,509 Sila berikan perhatian. 74 00:07:05,593 --> 00:07:09,722 Seperti yang awak tahu, malam tadi tragedi dahsyat yang berlaku dalam komuniti kita 75 00:07:09,805 --> 00:07:13,267 menjadi lebih teruk dengan cara yang sukar untuk difahami. 76 00:07:13,351 --> 00:07:17,188 Saya merujuk kepada penangkapan Jacob Barber, pelajar tingkatan dua di Archer. 77 00:07:19,440 --> 00:07:22,985 Saya mahu menegaskan betapa pentingnya kita tak buat kesimpulan dengan segera. 78 00:07:23,402 --> 00:07:26,781 Ini bermakna jangan pedulikan dan jangan menyebarkan khabar angin. 79 00:07:27,907 --> 00:07:29,909 Dengan itu, 80 00:07:29,992 --> 00:07:34,121 jika awak ada maklumat yang dapat membantu penyiasatan, 81 00:07:34,205 --> 00:07:37,208 pihak polis meminta awak menghubungi mereka dengan segera. 82 00:07:37,291 --> 00:07:40,920 Awak boleh lakukannya sendiri atau melalui pusat kaunseling sekolah. 83 00:08:11,575 --> 00:08:14,328 Perhatian! Semua berdiri. 84 00:08:14,412 --> 00:08:17,873 Yang Berhormat Hakim Rivera akan mengetuai. 85 00:08:17,957 --> 00:08:20,793 Mahkamah bersidang sekarang. Sila duduk. 86 00:08:23,337 --> 00:08:25,464 Selamat pagi. Mari mulakan. 87 00:08:25,548 --> 00:08:27,008 Bawa defendan masuk. 88 00:08:47,486 --> 00:08:51,032 Nombor indikmen 08-44-07. 89 00:08:51,115 --> 00:08:53,326 Kerajaan Negeri lawan Jacob Owen Barber. 90 00:08:54,160 --> 00:08:57,163 Tuduhannya ialah membunuh dengan niat. 91 00:08:57,246 --> 00:08:58,956 Pihak kerajaan negeri dah bersedia? 92 00:08:59,040 --> 00:09:00,791 Ya, Yang Arif. 93 00:09:04,295 --> 00:09:07,840 - Cik Klein, apa akuan defendan? - Jacob. 94 00:09:10,468 --> 00:09:11,968 Tak bersalah, Yang Arif. 95 00:09:12,053 --> 00:09:14,179 Teruskan dengan hujah ikat jamin. Kerajaan Negeri? 96 00:09:14,263 --> 00:09:16,182 Ya, Yang Arif. Saya akan mulakan. 97 00:09:16,265 --> 00:09:19,602 Kita semua kenal ayah defendan yang ada bersama kita hari ini. 98 00:09:19,684 --> 00:09:22,063 Kita semua sukakan En. Barber. 99 00:09:22,146 --> 00:09:24,899 Saya sendiri dah lama menganggap dia sebagai mentor. 100 00:09:24,982 --> 00:09:29,320 En. Logiudice, saya rasa awak tahu En. Barber tak menghadapi pertuduhan. 101 00:09:30,196 --> 00:09:31,405 Sudah tentu, Yang Arif. 102 00:09:31,489 --> 00:09:33,866 Tapi sejarahnya dengan kes ini ada kaitan yang besar 103 00:09:33,949 --> 00:09:36,035 dengan hujah berkenaan ikat jamin yang saya ingin buat. 104 00:09:36,118 --> 00:09:37,536 Teruskan. 105 00:09:37,620 --> 00:09:39,121 Ya, Yang Arif. 106 00:09:39,205 --> 00:09:42,959 Pihak Kerajaan Negeri meminta ikat jamin sebanyak 500,000 tunai, 107 00:09:43,042 --> 00:09:44,335 lima juta sebagai jaminan. 108 00:09:44,418 --> 00:09:46,128 Tolonglah. 109 00:09:46,212 --> 00:09:49,173 Komanwel rasa defendan mungkin melarikan diri ke luar negara 110 00:09:49,256 --> 00:09:50,967 kerana kekejaman jenayahnya 111 00:09:51,050 --> 00:09:53,010 dan kemungkinan besar dia akan disabitkan bersalah. 112 00:09:53,094 --> 00:09:57,264 Yang Arif, defendan tiada kesalahan sebelum ini. Dia tiada sejarah ditangkap. 113 00:09:57,348 --> 00:10:01,268 Mahkamah langsung tak menganggap defendan akan melarikan diri. 114 00:10:01,352 --> 00:10:03,312 Ikat jamin sama seperti yang ditetapkan semalam. 115 00:10:03,396 --> 00:10:05,982 Sepuluh ribu. Jaminan sebanyak seratus ribu. 116 00:10:06,065 --> 00:10:09,151 Saya akan serahkan kes ini kepada Hakim French untuk perbicaraan 117 00:10:09,235 --> 00:10:12,029 dengan prabicara ditetapkan pada 21 Ogos. 118 00:10:13,072 --> 00:10:14,365 Terima kasih, Yang Arif. 119 00:10:20,162 --> 00:10:22,540 - Apa yang berlaku sekarang? - Tak apa. Mereka akan bawa dia. 120 00:10:22,623 --> 00:10:24,917 Ia cuma prosedur. Kita akan jumpa dia sebentar lagi. 121 00:10:25,001 --> 00:10:26,252 Marilah. 122 00:10:28,212 --> 00:10:30,131 CEK TUNAI $10,000.00 123 00:10:31,841 --> 00:10:34,593 Apabila awak pulang, wartawan akan menunggu. 124 00:10:34,677 --> 00:10:37,054 Pembantu saya, Ellen, akan singgah dengan sedikit barang runcit, 125 00:10:37,138 --> 00:10:38,597 tapi awak tak boleh terus terkurung. 126 00:10:38,681 --> 00:10:41,851 Esok, awak akan buat beberapa kerja seperti mengisi minyak atau apa-apa saja. 127 00:10:41,934 --> 00:10:45,062 Biar mereka ambil gambar dan mereka takkan ganggu awak. 128 00:10:47,148 --> 00:10:49,025 Satu lagi borang yang awak perlu tandatangan. 129 00:10:55,656 --> 00:10:58,034 - Tandatangan di sini. - Maaf. 130 00:11:06,626 --> 00:11:08,210 Dekat sedikit. Dia akan keluar. 131 00:11:10,630 --> 00:11:12,006 Jacob! 132 00:11:12,089 --> 00:11:14,925 Hei! Dengar. Sila ke tepi. 133 00:11:15,009 --> 00:11:17,053 Tolong beri kami ruang. 134 00:11:20,056 --> 00:11:23,351 Ke tepi. Beri laluan. 135 00:11:24,185 --> 00:11:26,520 Tolong beri mereka ruang. 136 00:11:33,235 --> 00:11:35,071 Boleh beri komen? 137 00:11:36,405 --> 00:11:38,032 Jacob, beritahu kami bagaimana keadaan awak. 138 00:11:38,115 --> 00:11:39,158 Jadi? 139 00:11:40,618 --> 00:11:43,329 Ini kedengaran seperti kita tak mengenali satu sama lain. 140 00:11:43,788 --> 00:11:45,957 Entahlah. Saya ingat ia ditulis dengan baik. 141 00:11:46,874 --> 00:11:48,876 Pengurus kempen awak rasa ia nada yang baik. 142 00:11:48,960 --> 00:11:51,963 Dia tak peduli siapa yang tercedera, asalkan bukan kita. 143 00:11:53,089 --> 00:11:56,258 Maaf. Ia cuma... 144 00:11:57,385 --> 00:12:00,429 Biasanya saya minta nasihat Andy untuk perkara seperti ini. 145 00:12:01,806 --> 00:12:03,265 Saya tak sangka... 146 00:12:03,766 --> 00:12:05,810 Awak perlu keluarkan satu kenyataan. 147 00:12:05,893 --> 00:12:07,478 Saya tahu. 148 00:12:07,561 --> 00:12:10,523 Jadi, tekan butang hantar? 149 00:12:17,738 --> 00:12:18,990 Itu pasangan Barber. 150 00:12:20,658 --> 00:12:22,368 Mereka dah tiba. Ayuh. 151 00:12:22,451 --> 00:12:27,123 Betul. Jaga-jaga. Mereka datang. Lebih dekat, okey? Ayuh. Awak dah dapat? 152 00:12:45,099 --> 00:12:46,851 Saya tak sampai hati mahu mengejutnya. 153 00:12:52,315 --> 00:12:53,441 Jacob, sayang. 154 00:12:58,863 --> 00:12:59,989 Kita dah sampai rumah. 155 00:13:08,289 --> 00:13:10,958 Awak lapar? Awak mahu mak sediakan sesuatu? 156 00:13:11,042 --> 00:13:12,793 Tak, saya cuma mahu tidur. 157 00:13:12,877 --> 00:13:14,295 Ya. 158 00:13:14,378 --> 00:13:17,340 Hei. Kami sangat bangga dengan awak. 159 00:13:17,840 --> 00:13:20,801 Cara awak berada di sana hari ini memerlukan keberanian. 160 00:13:20,885 --> 00:13:22,428 Ia agak menakutkan. 161 00:13:23,429 --> 00:13:24,930 Semuanya okey sekarang. 162 00:13:25,014 --> 00:13:26,223 Pergilah rehat. 163 00:13:30,978 --> 00:13:35,691 Saya tak dapat telefon saya semula daripada polis. 164 00:13:36,359 --> 00:13:39,862 Tak apa, kami akan beli yang lain. Mungkin komputer riba sekali. 165 00:13:40,946 --> 00:13:42,114 Mereka ambil komputer saya? 166 00:13:42,198 --> 00:13:44,283 Ya. Ia perkara biasa apabila... 167 00:13:45,117 --> 00:13:46,827 Ia perkara biasa. 168 00:13:48,955 --> 00:13:50,122 Okey. 169 00:13:55,920 --> 00:13:56,921 Helo? 170 00:13:59,006 --> 00:14:00,508 Ya Tuhanku. 171 00:14:00,591 --> 00:14:01,759 Siapa ini? 172 00:14:10,017 --> 00:14:13,062 Saya akan hubungi syarikat telefon esok dan minta mereka menukar nombor. 173 00:14:26,409 --> 00:14:28,411 SEKOLAH MENENGAH ARCHER PORTAL KERJA RUMAH 174 00:14:34,125 --> 00:14:35,751 ADUHAI AWAK SEMUA JB ADA DI SEMUA... 175 00:14:35,835 --> 00:14:37,086 DIA AKAN MENJADI TERKENAL DI INTERNET 176 00:14:37,169 --> 00:14:38,796 IBU BAPA SAYA ASYIK BERTANYA SOALAN... 177 00:14:38,879 --> 00:14:41,382 NAMPAKNYA ADA GADIS DI SINI YANG RASA DIA HEBAT KETAWA 178 00:14:41,465 --> 00:14:43,175 KETAWA DENGAN KUAT! 179 00:14:53,436 --> 00:14:56,605 DEREK YOO INGIN MEMBUAT PANGGILAN VIDEO 180 00:14:59,400 --> 00:15:01,736 Hei. Saya perlu bercakap dengan peguam itu lagi hari ini. 181 00:15:01,819 --> 00:15:03,362 Peguam yang menguruskan kes Jacob. 182 00:15:03,946 --> 00:15:05,406 Dia asyik menghubungi saya. 183 00:15:07,366 --> 00:15:09,785 - Sarah, awak ada di sana? - Ya. 184 00:15:10,619 --> 00:15:13,539 Saya ada kerja rumah, jadi saya perlu putuskan panggilan. 185 00:15:20,755 --> 00:15:22,632 Mengikut pengalaman saya, apa yang kita lihat hari ini, 186 00:15:22,715 --> 00:15:25,426 gerakan badannya, renungan yang dingin, mengelakkan hubungan mata... 187 00:15:25,509 --> 00:15:27,511 ANAK PENDAKWA DIDAKWA MEMBUNUH RAKAN SEKELAS DENGAN KEJAM 188 00:15:27,595 --> 00:15:30,306 ...ia bukan rupa yang baik bagi seseorang yang dituduh dengan jenayah seperti ini. 189 00:15:30,389 --> 00:15:33,684 Dia tidur dengan nyenyak. Mungkin tidur sepanjang malam. 190 00:15:34,727 --> 00:15:36,729 Sejujurnya, ia mengesahkan banyak... 191 00:15:36,812 --> 00:15:38,606 Ini bukan idea yang bagus. 192 00:15:39,940 --> 00:15:42,568 Awak dah lihat apa yang mereka kata di dalam talian? Apa mereka panggil dia? 193 00:15:42,652 --> 00:15:44,111 Kita perlu mengabaikan semua ini. 194 00:15:44,195 --> 00:15:46,238 Mereka kata dia kelihatan bangga dan tak menyesal. 195 00:15:46,322 --> 00:15:48,449 - Dia belum 15 tahun lagi. - Sayang. 196 00:15:48,532 --> 00:15:50,201 Ia memang dah dijangka. 197 00:15:50,284 --> 00:15:51,952 Apa akan terjadi jika dia lihat semua ini? 198 00:15:52,036 --> 00:15:54,038 Segala-galanya takkan lagi sama untuk dia. 199 00:15:54,121 --> 00:15:56,624 Ini akan dikaitkan dengan dia sepanjang hidupnya. 200 00:15:56,707 --> 00:15:57,959 Laurie. 201 00:15:59,085 --> 00:16:00,127 Apa? 202 00:16:07,718 --> 00:16:08,970 Apa dia, Andy? 203 00:16:10,012 --> 00:16:11,013 Dengar sini. 204 00:16:14,392 --> 00:16:16,477 Saya perlu beritahu awak sesuatu. 205 00:16:16,560 --> 00:16:18,562 Sesuatu yang akan didedahkan tak lama lagi. 206 00:16:20,147 --> 00:16:21,357 Tentang Jacob? 207 00:16:25,319 --> 00:16:26,445 Tentang saya. 208 00:16:28,406 --> 00:16:29,740 Keluarga saya. 209 00:16:32,118 --> 00:16:33,119 Ayah saya. 210 00:16:47,550 --> 00:16:50,928 Jacob, sebelum kita mulakan, saya mahu jelaskan sesuatu. 211 00:16:51,012 --> 00:16:52,596 Awak ialah klien sekarang ini. 212 00:16:52,680 --> 00:16:56,976 Itu bermakna kebanyakan keputusan dibuat oleh awak. 213 00:16:57,059 --> 00:16:59,520 Bukan ibu bapa awak, bukan saya. Awak. 214 00:17:00,604 --> 00:17:04,191 Jika awak mahu biarkan ibu bapa awak yang membuat keputusan, 215 00:17:04,275 --> 00:17:05,318 itu boleh difahami. 216 00:17:05,401 --> 00:17:07,236 Tapi mengikut undang-undang di Massachusetts, 217 00:17:07,320 --> 00:17:12,033 budak baya awak yang dituduh bunuh dengan niat dibicarakan sebagai orang dewasa. 218 00:17:12,533 --> 00:17:16,412 Jadi saya akan buat yang terbaik untuk melayan awak sebagai orang dewasa, okey? 219 00:17:17,455 --> 00:17:18,831 - Okey. - Baiklah. 220 00:17:19,415 --> 00:17:23,961 Teorinya ialah Ben Rifkin membuli awak. 221 00:17:24,045 --> 00:17:25,212 Awak ada pisau, 222 00:17:25,296 --> 00:17:28,507 dan apabila peluang muncul, awak membalas dendam. 223 00:17:28,591 --> 00:17:30,426 Tunggu, dia membuli awak? 224 00:17:31,177 --> 00:17:33,929 Tak juga. Sedikit, tapi... 225 00:17:34,013 --> 00:17:36,349 - Apa maksud awak, sedikit? - Awak tak pernah kata sehingga sekarang. 226 00:17:36,432 --> 00:17:38,392 - Kenapa awak tak beritahu kami? - Bukan saya... 227 00:17:39,560 --> 00:17:42,063 Dia membuli ramai orang. Bukan saya seorang saja. 228 00:17:42,146 --> 00:17:44,148 Awak masih perlu beritahu kami. Bagaimana dia buli awak? 229 00:17:44,230 --> 00:17:45,940 Andy, Laurie. Tolonglah. 230 00:17:47,735 --> 00:17:50,153 Untuk serangan itu, 231 00:17:50,780 --> 00:17:53,407 nampaknya tiada sebarang saksi. 232 00:17:53,490 --> 00:17:55,910 Awak mengaku awak berada di taman. 233 00:17:55,993 --> 00:17:58,329 Ada pelajar lain mengatakan awak ada sebilah pisau 234 00:17:58,411 --> 00:17:59,956 yang kadangkala awak akan bawa ke sekolah. 235 00:18:00,038 --> 00:18:01,958 Itu ialah Derek. Derek Yoo. 236 00:18:02,041 --> 00:18:05,252 Jadi ia kes yang sangat berdasarkan keadaan. 237 00:18:05,335 --> 00:18:07,171 Sekarang, tentang cap jari itu. 238 00:18:07,254 --> 00:18:10,007 Tapi cap jari ialah bukti yang sangat terbatas. 239 00:18:10,091 --> 00:18:12,301 Kebiasaannya ada penjelasan yang tak memudaratkan. 240 00:18:13,094 --> 00:18:14,553 Jadi, awak rasa yakin? 241 00:18:16,389 --> 00:18:18,015 Ada satu perkara lagi. 242 00:18:18,683 --> 00:18:19,809 Laurie? 243 00:18:22,311 --> 00:18:23,938 Saya perlu beritahu awak sesuatu. 244 00:18:34,031 --> 00:18:37,451 Awak sendiri kata ia akan didedahkan. Kita perlu berhadapan dengannya. 245 00:18:37,535 --> 00:18:39,954 Lebih baik dia dengar daripada kita sekarang daripada lihat di berita. 246 00:18:40,037 --> 00:18:42,331 Maaf. Berhadapan dengan apa? 247 00:18:46,919 --> 00:18:47,920 Mak? 248 00:18:51,674 --> 00:18:54,885 Nampaknya, ada sejarah keganasan dalam keluarga kita. 249 00:18:56,178 --> 00:18:59,307 Sayang, mak minta maaf kerana awak tahu dengan cara ini tapi ia benar. 250 00:19:00,141 --> 00:19:02,351 Maaf tentang ini, Joanna. Ini salah saya. 251 00:19:02,435 --> 00:19:05,313 - Laurie baru tahu tentang ini malam tadi. - Tahu tentang apa? 252 00:19:08,274 --> 00:19:10,484 Bapa ayah, datuk awak... 253 00:19:13,195 --> 00:19:14,280 Dia ada di dalam penjara. 254 00:19:14,739 --> 00:19:16,657 Dah lama dia berada di sana. 255 00:19:16,741 --> 00:19:18,826 Kali terakhir saya melihatnya ialah semasa saya enam tahun. 256 00:19:18,909 --> 00:19:21,454 Ibu saya bawa saya melawatnya di penjara selepas dia ditahan. 257 00:19:21,537 --> 00:19:23,456 Awak kata dia pergi semasa awak masih bayi. 258 00:19:23,539 --> 00:19:27,335 Itulah penipuan yang saya dan ibu saya beritahu semua orang semasa saya membesar. 259 00:19:28,294 --> 00:19:30,838 Ayah kata ayah tak kenal datuk. 260 00:19:30,921 --> 00:19:32,089 Ayah tahu. 261 00:19:33,758 --> 00:19:35,092 Ayah malu dengannya. 262 00:19:36,052 --> 00:19:37,303 Jadi ayah menipu saya. 263 00:19:37,386 --> 00:19:38,846 Jadi awak menipu saya selama ini. 264 00:19:38,929 --> 00:19:40,640 Saya minta maaf, Laurie. 265 00:19:41,807 --> 00:19:44,310 Ayah tak menceritakan semuanya kepada awak. Tak. 266 00:19:48,105 --> 00:19:49,273 Apa yang dia buat? 267 00:19:57,865 --> 00:19:59,116 Dia membunuh seorang gadis. 268 00:20:01,327 --> 00:20:02,828 Siapa dia? 269 00:20:02,912 --> 00:20:04,956 Dia seorang pelajar kolej komuniti. 270 00:20:05,039 --> 00:20:08,542 Mereka menemui mayatnya pada dinding rumah teres di Congress Ave. 271 00:20:09,001 --> 00:20:10,962 Dia telah ditikam sehingga mati. 272 00:20:11,045 --> 00:20:12,421 Apa? 273 00:20:15,800 --> 00:20:18,469 Banyak kali saya cuba beritahu awak, Laurie. Saya bersumpah. 274 00:20:19,762 --> 00:20:20,805 Jadi kenapa awak tak beritahu? 275 00:20:20,888 --> 00:20:23,057 Ia hanya asal usul saya. Ia bukan diri saya. 276 00:20:23,140 --> 00:20:25,726 Tujuh belas tahun, Andy? Awak tak percaya saya akan memahaminya? 277 00:20:25,810 --> 00:20:29,355 Saya takut jika saya kata apa-apa, ia akan ubah pandangan awak terhadap saya. 278 00:20:29,438 --> 00:20:31,857 Ia sia-sia saja kerana ia tak bermakna apa-apa. 279 00:20:31,941 --> 00:20:33,317 Yakah? 280 00:20:44,203 --> 00:20:45,830 Sekarang saya faham. 281 00:20:48,249 --> 00:20:51,752 Saya tak kata Logiudice takkan cuba gunakan ini sebagai bukti, 282 00:20:51,836 --> 00:20:53,462 tapi dia takkan berjaya. 283 00:20:54,005 --> 00:20:56,340 Mungkin pada pendapat orang awam. 284 00:20:56,424 --> 00:20:57,883 Awak pasti? 285 00:20:58,426 --> 00:21:00,803 Laurie bimbang pihak pendakwa akan mempertikaikan 286 00:21:00,886 --> 00:21:03,139 satu kecenderungan genetik. 287 00:21:03,222 --> 00:21:05,308 Saya baca tentangnya dalam talian pagi tadi. 288 00:21:05,850 --> 00:21:07,893 Nampaknya ada beberapa kes seperti ini 289 00:21:07,977 --> 00:21:10,313 di mana benda seperti itu digunakan sebagai bukti. 290 00:21:10,396 --> 00:21:11,605 Mereka panggilnya, "gen pembunuh." 291 00:21:11,689 --> 00:21:13,149 Itu mengarut. 292 00:21:13,232 --> 00:21:15,151 Mak rasa saya ada gen pembunuh? 293 00:21:15,234 --> 00:21:17,028 Tak. Ia cuma ungkapan. 294 00:21:17,445 --> 00:21:20,906 Kami hanya bimbang sesuatu seperti ini boleh digunakan untuk menentang awak. 295 00:21:20,990 --> 00:21:23,075 Saya rasa ia tak boleh diterima. 296 00:21:23,159 --> 00:21:24,577 Itu tak bermakna mereka takkan cuba, 297 00:21:24,660 --> 00:21:26,579 tapi jika mereka cuba, kita akan melawan. 298 00:21:26,662 --> 00:21:29,040 Saya mahu ke bilik air. Saya rasa tak selesa. 299 00:21:29,123 --> 00:21:32,168 Mary, boleh awak tunjukkan bilik air kepada Jacob? 300 00:21:32,251 --> 00:21:33,294 Ya, sudah tentu. 301 00:21:34,920 --> 00:21:36,047 Di sini. 302 00:21:39,759 --> 00:21:42,261 Ya Tuhan. Awak perlu cakap tentangnya sekarang? 303 00:21:43,012 --> 00:21:44,555 Dia berhak untuk tahu perkara sebenar. 304 00:21:45,014 --> 00:21:47,683 Saya tak boleh terima sebarang penipuan lagi daripada awak dan dia. 305 00:21:47,767 --> 00:21:51,270 - Daripada dia? Tentang dibuli itu? - Dia tak pernah kata apa-apa. 306 00:21:51,354 --> 00:21:53,522 Dia kata seperti mereka tak mengenali satu sama lain. 307 00:21:53,606 --> 00:21:55,566 - Cap jari itu... - Dia dah terangkan tentangnya. 308 00:21:55,650 --> 00:21:59,070 - Dia menemui mayat itu dan panik. - Dia juga tak beritahu tentang itu. 309 00:21:59,153 --> 00:22:01,822 Kita semua perlu jujur antara satu sama lain. 310 00:22:02,490 --> 00:22:03,866 Tiada lagi rahsia. 311 00:22:09,747 --> 00:22:12,124 Mungkin ini dah mencukupi untuk hari ini. 312 00:22:18,172 --> 00:22:20,049 - Ini dia. - Terima kasih. 313 00:22:21,133 --> 00:22:22,802 Ayah patut beritahu saya. 314 00:22:23,219 --> 00:22:26,263 Sayang, kami masih fikirkan bagaimana mahu proses semua ini. 315 00:22:26,347 --> 00:22:27,765 Ayah tak beritahu sesiapa, Jake. 316 00:22:28,349 --> 00:22:30,351 Ayah takut pandangan orang lain terhadap ayah. 317 00:22:30,434 --> 00:22:32,395 Seperti ayah takut cara orang memandang awak sekarang. 318 00:22:32,478 --> 00:22:33,813 Kenapa mereka tak pandang begitu? 319 00:22:35,022 --> 00:22:36,107 Itulah diri saya, bukan? 320 00:22:36,190 --> 00:22:37,858 - Jacob. - Tak apa. 321 00:22:38,901 --> 00:22:40,945 Dia marahkan saya dan saya tak salahkan dia. 322 00:22:44,699 --> 00:22:46,033 Itu bukan diri awak. 323 00:22:47,284 --> 00:22:48,828 Bagaimana ayah tahu? 324 00:22:50,246 --> 00:22:52,498 Mungkin betul kata mak. Mungkin saya... 325 00:22:52,581 --> 00:22:54,834 - Mungkin saya ada gen pembunuh. - Mak tak cakap begitu. 326 00:22:54,917 --> 00:22:56,502 Gen pembunuh itu mengarut saja. 327 00:22:56,585 --> 00:22:58,129 Mungkin tidak. Mungkin saya sama sepertinya. 328 00:22:58,212 --> 00:22:59,297 Hei! 329 00:23:00,381 --> 00:23:01,924 Cukup, okey? 330 00:23:02,008 --> 00:23:05,261 Dia seorang yang jahat. Dia tiada kaitan dengan awak. 331 00:23:05,344 --> 00:23:07,388 Awak tak nampak? Inilah yang ayah risaukan. 332 00:23:07,471 --> 00:23:08,931 Sebab inilah ayah rahsiakan daripada awak. 333 00:23:09,015 --> 00:23:10,683 Awak berhak untuk tak mengetahuinya. 334 00:23:10,766 --> 00:23:14,145 Mulakan hidup tanpa risaukan masa lampau. Tak memikirkannya selalu... 335 00:23:15,563 --> 00:23:16,897 Terima kasih. 336 00:23:20,776 --> 00:23:21,777 Terima kasih. 337 00:23:26,699 --> 00:23:27,700 Tak guna. 338 00:23:39,587 --> 00:23:40,630 Abaikannya saja. 339 00:24:12,286 --> 00:24:13,412 Andy. 340 00:24:14,205 --> 00:24:16,499 Maaf. Saya tak... Saya ingat awak bersendirian. 341 00:24:16,582 --> 00:24:18,376 Saya ambilnya setiap dua minggu. 342 00:24:18,793 --> 00:24:20,920 Tak apa, sayang. Dia rakan sekerja mak. 343 00:24:22,004 --> 00:24:23,089 Tunggu di sini. 344 00:24:23,172 --> 00:24:25,716 Marilah masuk ke dalam. Awak boleh tonton TV. 345 00:24:42,358 --> 00:24:43,609 Dia dah besar. 346 00:24:43,693 --> 00:24:45,111 Marilah berbual di belakang. 347 00:24:49,198 --> 00:24:51,534 Apa awak buat di sini? Awak cuba buat saya digantung kerja? 348 00:24:51,617 --> 00:24:53,577 - Saya perlukan bantuan awak. - Untuk apa? 349 00:24:53,661 --> 00:24:54,787 Leonard Patz. 350 00:24:54,870 --> 00:24:56,038 Aduhai, Andy. 351 00:24:56,122 --> 00:24:58,291 Tolonglah, Duff. Kita tahu ada yang tak kena di sana. 352 00:24:58,374 --> 00:24:59,583 Jangan kata begitu. 353 00:24:59,667 --> 00:25:01,252 - Kata apa? - Sesuatu seperti, "kita berdua tahu." 354 00:25:01,335 --> 00:25:03,421 Jika Lynn tak fokus kepada Jacob begitu cepat, 355 00:25:03,504 --> 00:25:06,048 - Patz mungkin masih orang disyaki. - Bagaimana awak tahu dia dah tak disyaki? 356 00:25:07,091 --> 00:25:08,092 Dia masih disyaki? 357 00:25:08,592 --> 00:25:10,845 Saya tak lupakan dia, jika itu maksud awak. 358 00:25:11,345 --> 00:25:13,014 Tapi dia bukan keutamaan. 359 00:25:14,015 --> 00:25:15,224 Bukan lagi. Tidak. 360 00:25:15,308 --> 00:25:17,393 - Dia keutamaan saya. - Saya tak meraguinya. 361 00:25:18,269 --> 00:25:19,770 Apa yang awak cuba katakan? 362 00:25:19,854 --> 00:25:22,523 Saya mahu siasat Leonard Patz dengan lebih lanjut. Saya mahu lihat fail kesnya. 363 00:25:22,606 --> 00:25:23,733 Jadi? 364 00:25:23,816 --> 00:25:25,276 Awak dah rampas komputer saya. 365 00:25:26,193 --> 00:25:27,778 Tiada siapa perlu tahu. 366 00:25:27,862 --> 00:25:29,989 Jika mereka tahu, ia tak salah. Ia cuma kurang baik. 367 00:25:30,072 --> 00:25:32,825 Ya, saya akan ingat itu apabila saya menulis saman di Pike. 368 00:25:32,908 --> 00:25:34,243 - Tolonglah, Duff. - Tidak. 369 00:25:34,327 --> 00:25:35,494 Saya faham kenapa awak buat begini. 370 00:25:35,578 --> 00:25:38,581 Saya mungkin buat benda sama jika saya di tempat awak tapi saya tiada. 371 00:25:40,082 --> 00:25:41,917 Saya minta bantuan awak sebagai kawan. 372 00:25:42,418 --> 00:25:43,753 Saya hanya perlukan failnya. 373 00:25:45,755 --> 00:25:46,922 Kawan? 374 00:25:47,423 --> 00:25:48,507 Apa? 375 00:25:48,591 --> 00:25:51,469 Tolonglah. Kita bekerja bersama. Bukannya kita melepak bersama. 376 00:25:52,053 --> 00:25:54,930 Kali pertama saya memasuki rumah awak ialah dengan waran. 377 00:25:57,433 --> 00:25:58,809 Wah, itu... 378 00:26:00,353 --> 00:26:03,731 Saya ingat kita ialah kawan. Maaf kerana awak tak rasa begitu. 379 00:26:04,440 --> 00:26:06,067 Jangan salah faham. Awak seorang yang baik. 380 00:26:06,150 --> 00:26:08,819 Tapi jika ini yang awak rasa satu persahabatan sebenar, 381 00:26:08,903 --> 00:26:10,905 saya bersimpati dengan awak. 382 00:26:14,617 --> 00:26:15,618 Mak? 383 00:26:16,160 --> 00:26:18,037 - Ya, mak datang, sayang. - Okey. 384 00:26:19,121 --> 00:26:20,206 Itu saja atau... 385 00:26:28,631 --> 00:26:29,632 Andy. 386 00:26:31,384 --> 00:26:32,468 Andy? 387 00:26:34,303 --> 00:26:35,346 Andy. 388 00:26:39,850 --> 00:26:43,854 Saya mahu awak gambarkan beberapa minggu pertama selepas Jacob ditahan. 389 00:26:48,901 --> 00:26:50,277 Marilah lihat. 390 00:26:53,114 --> 00:26:55,324 Saya rasa ia bermula dengan hari Ahad. 391 00:26:55,408 --> 00:26:56,826 Kemudian hari Isnin. 392 00:26:57,785 --> 00:26:59,954 Saya pasti selepas itu hari Selasa. 393 00:27:03,082 --> 00:27:04,250 Awak perlu teliti, Neal. 394 00:27:04,333 --> 00:27:06,961 Skop bagi sebarang pertanyaan sepatutnya dijadikan sekecil yang boleh. 395 00:27:07,044 --> 00:27:09,422 Ya, salah satu daripada pengajaran awak. 396 00:27:10,631 --> 00:27:13,009 Baiklah. Saya akan soal semula. 397 00:27:14,760 --> 00:27:18,264 Boleh awak gambarkan suasana di rumah awak 398 00:27:18,347 --> 00:27:20,057 pada waktu selepas Jacob ditahan? 399 00:27:20,141 --> 00:27:22,560 - Suasana? - Ya Tuhan. 400 00:27:22,643 --> 00:27:25,313 Buat saya kata apa yang awak mahu saya katakan. Ia bukannya susah. 401 00:27:25,396 --> 00:27:28,774 Awak ingin tahu jika Jacob bersalah. Tanyalah dengan berani. 402 00:27:28,858 --> 00:27:31,319 Baiklah. Dia bersalah? 403 00:27:31,402 --> 00:27:32,987 Saya tak tahu. 404 00:27:33,779 --> 00:27:37,283 Dia baru 14 tahun. Kehidupannya dah musnah. 405 00:27:37,366 --> 00:27:41,662 - Kawan sekelasnya, aktiviti... - Maaf. Kawan sekelasnya? 406 00:27:42,204 --> 00:27:43,247 Ya. 407 00:27:43,331 --> 00:27:46,917 Bagi lelaki yang pentingkan ketepatan, saya hairan awak tak sebut kawan. 408 00:27:47,418 --> 00:27:48,794 Tolonglah, Neal. 409 00:27:48,878 --> 00:27:50,796 - Jadi, Jacob ada kawan? - Ya. 410 00:27:52,673 --> 00:27:53,758 Ya, ada beberapa orang. 411 00:27:53,841 --> 00:27:55,468 Adakah Ben Rifkin seorang kawan? 412 00:27:55,551 --> 00:27:58,888 Tak. Dia kata kadangkala Ben akan membulinya. 413 00:27:59,513 --> 00:28:02,600 Cuma memanggil nama. 414 00:28:03,100 --> 00:28:04,602 Nama panggilan apa? 415 00:28:06,562 --> 00:28:08,314 Entahlah. Nama panggilan biasa. 416 00:28:08,731 --> 00:28:10,358 Dia memanggil Jacob seorang "bapuk"? 417 00:28:11,859 --> 00:28:12,902 Ya. 418 00:28:12,985 --> 00:28:14,403 Lebih daripada sekali? 419 00:28:16,530 --> 00:28:18,324 Itu yang saya tahu. 420 00:28:21,243 --> 00:28:25,581 Rutin Jacob yang diganggu merosakkan perilakunya. 421 00:28:25,665 --> 00:28:27,083 - Betul? - Ya. 422 00:28:28,876 --> 00:28:31,212 Ditambah dengan berada di TV dan Internet, 423 00:28:31,879 --> 00:28:36,258 dia menjadi pendiam untuk sementara waktu. 424 00:28:37,343 --> 00:28:38,678 Pada permulaannya. 425 00:28:40,805 --> 00:28:43,391 Jadi dia sedar dia dah menjadi semakin terkenal. 426 00:28:44,141 --> 00:28:45,184 Ya. 427 00:28:46,227 --> 00:28:47,979 Kami menegaskan yang dia tak patut melihatnya. 428 00:28:49,397 --> 00:28:52,942 Dia sibukkan diri dengan kerja sekolah. Ada lapan minggu lagi sebelum cuti. 429 00:28:53,025 --> 00:28:54,193 Sekolah? 430 00:28:56,696 --> 00:28:58,197 Ya, kami mengupah tutor untuknya. 431 00:28:59,198 --> 00:29:00,241 Pn. Mandel. 432 00:29:00,324 --> 00:29:02,326 Bekas guru Jacob semasa darjah dua yang dah bersara. 433 00:29:02,410 --> 00:29:04,495 Kami rasa ia dapat menjadikan keadaan kurang janggal. 434 00:29:04,578 --> 00:29:05,830 Ia berkesan? 435 00:29:05,913 --> 00:29:08,249 Entahlah. Ia mungkin berkesan. 436 00:29:08,332 --> 00:29:11,711 Seperti yang saya kata, dia menjadi lebih pendiam. 437 00:29:11,794 --> 00:29:13,129 Kita semua juga sama. 438 00:29:16,132 --> 00:29:17,842 Ia waktu yang sangat sukar. 439 00:29:19,802 --> 00:29:21,012 Bagi Laurie juga? 440 00:29:27,351 --> 00:29:31,480 Maksud saya jika awak lihat kepada kos sebenar program seperti itu, 441 00:29:31,564 --> 00:29:36,444 bukan saja perbelanjaan utama kita, tapi gaji pekerja, kos tambahan... 442 00:29:37,320 --> 00:29:38,529 Laurie. 443 00:29:44,660 --> 00:29:45,953 Bagaimana keadaan awak, Laurie? 444 00:29:47,872 --> 00:29:51,125 Tak baik tapi lega dapat kembali. 445 00:29:52,877 --> 00:29:54,003 Boleh saya... 446 00:29:55,630 --> 00:29:56,922 Ya. 447 00:29:57,006 --> 00:29:59,091 GALA MUSIM BUNGA 448 00:30:04,597 --> 00:30:06,849 Kami semua fikirkan tentang awak. 449 00:30:06,932 --> 00:30:09,435 Kami tak sangka awak akan kembali dengan begitu cepat. 450 00:30:09,518 --> 00:30:12,313 Ya, saya perlu sesuatu untuk mengalihkan perhatian. 451 00:30:12,980 --> 00:30:17,401 Merenung pada dinding selama separuh hari, lebih baik saya buat sesuatu yang baik. 452 00:30:20,279 --> 00:30:24,200 Kami sedang meninjau semula belanjawan untuk lawatan lapangan kita tahun depan. 453 00:30:24,283 --> 00:30:25,493 Okey. 454 00:30:27,328 --> 00:30:28,579 Apa ini? 455 00:30:35,169 --> 00:30:37,004 GALA MUSIM BUNGA 456 00:30:41,717 --> 00:30:43,803 - Awak ada masa sebentar? - Ya. 457 00:30:51,102 --> 00:30:56,023 Saya baru saja tamat telesidang bersama dengan ahli lembaga 458 00:30:56,107 --> 00:30:58,150 termasuklah penasihat undang-undang. 459 00:30:58,734 --> 00:31:03,781 Mereka semua rasa awak kembali bekerja terlalu awal. 460 00:31:03,864 --> 00:31:05,866 Saya okey. Saya bersumpah. 461 00:31:05,950 --> 00:31:07,660 Awak tak faham maksud saya, Laurie. 462 00:31:09,537 --> 00:31:13,499 Ini tak bagus untuk kita. Bukan sekarang ini. 463 00:31:15,501 --> 00:31:18,421 Awak tahu betapa kami sayangkan awak di sini. 464 00:31:19,088 --> 00:31:25,344 Betapa kami terhutang budi di atas segala yang awak buat selama tujuh tahun ini. 465 00:31:25,428 --> 00:31:26,429 Lapan. 466 00:31:27,471 --> 00:31:28,848 Kita ialah... 467 00:31:29,724 --> 00:31:31,642 Kita ialah tempat perlindungan untuk budak-budak ini. 468 00:31:32,768 --> 00:31:35,438 Kita sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk mereka. 469 00:31:35,521 --> 00:31:38,065 Awak rasa kehadiran saya di sini akan... 470 00:31:38,149 --> 00:31:39,734 Tak. Bukan awak. 471 00:31:40,693 --> 00:31:41,944 Ia lebih kepada... 472 00:31:43,779 --> 00:31:49,160 Ahli lembaga risau tentang sebarang kaitan yang negatif. 473 00:31:50,745 --> 00:31:53,664 Kita mempunyai masalah kewangan sekarang ini. 474 00:31:57,043 --> 00:31:58,169 Saya faham. 475 00:31:59,503 --> 00:32:02,340 Ini bukannya kekal. 476 00:32:02,423 --> 00:32:04,925 Tiada siapa yang memecat awak. 477 00:32:05,009 --> 00:32:08,429 Kami cuma rasa sekarang bukan masanya. 478 00:32:09,597 --> 00:32:10,723 Belum lagi. 479 00:32:15,061 --> 00:32:16,103 Kalau begitu, bila masanya? 480 00:32:18,731 --> 00:32:19,732 Saya... 481 00:32:25,446 --> 00:32:27,531 Saya bersimpati. 482 00:32:28,449 --> 00:32:31,035 Atas segala yang awak lalui. 483 00:32:35,831 --> 00:32:37,124 Terima kasih. 484 00:32:54,850 --> 00:32:56,185 Hai, Pn. Barber. 485 00:33:11,367 --> 00:33:14,286 Baiklah. Saya sedang menembak dia. Masuk. 486 00:33:14,370 --> 00:33:15,871 Matilah awak. 487 00:33:16,956 --> 00:33:18,291 Tembak dia. 488 00:33:19,500 --> 00:33:21,127 Kenapa awak bermain dengan teruk? 489 00:33:22,003 --> 00:33:23,170 Matilah awak. 490 00:33:26,173 --> 00:33:27,258 Hei. 491 00:33:30,803 --> 00:33:33,639 Awak tak mahu berehat? Awak dah main selama beberapa jam. 492 00:33:42,898 --> 00:33:44,066 Jake. 493 00:33:49,572 --> 00:33:52,199 Okey, saya harus pergi. Baiklah. 494 00:33:57,955 --> 00:33:59,915 - Bila mahu makan malam? - Sebaik saja mak pulang. 495 00:33:59,999 --> 00:34:01,542 Awak bermain dengan siapa? 496 00:34:01,626 --> 00:34:03,377 Entahlah. Orang tak dikenali. 497 00:34:03,461 --> 00:34:04,587 Awak tak tahu nama dia? 498 00:34:05,338 --> 00:34:09,884 Rasanya dia kata namanya ialah Tim atau Tom. 499 00:34:09,967 --> 00:34:11,135 Awak beritahu dia nama awak? 500 00:34:12,219 --> 00:34:14,180 Entahlah. Ya, mungkin saya ada beritahu. 501 00:34:17,016 --> 00:34:19,602 Awak perlu berhati-hati dengan apa awak kata di sana. 502 00:34:19,685 --> 00:34:21,312 Ia cuma cakap kosong. 503 00:34:21,395 --> 00:34:24,440 Ayah tahu tapi orang akan gunakan untuk benda lain. Mereka simpan maklumat. 504 00:34:24,523 --> 00:34:26,108 Sebab itu awak tak boleh berada di media sosial. 505 00:34:26,192 --> 00:34:29,195 Semua benda ini disimpan di suatu tempat. Ia disukai oleh pendakwa. 506 00:34:29,278 --> 00:34:30,821 - Kita dah bincang tentang ini. - Saya tahu. 507 00:34:30,905 --> 00:34:32,782 - Awak takkan mainnya? - Ya. 508 00:34:40,539 --> 00:34:41,624 Okey. 509 00:34:43,042 --> 00:34:45,795 Ayah minta maaf. Ayah tahu ini sukar tapi ia sangat penting. 510 00:34:45,878 --> 00:34:48,297 Awak boleh main permainan video tapi awak perlu berhati-hati. 511 00:34:48,756 --> 00:34:50,715 Dengan telefon dan mesej awak. Semuanya. 512 00:34:50,800 --> 00:34:52,718 Ya. Tak apa, saya faham. 513 00:34:55,346 --> 00:34:56,347 Okey. 514 00:34:56,430 --> 00:34:59,058 Dylan kata saya dah terkenal. 515 00:35:01,143 --> 00:35:02,228 Awak berhubung dengan Dylan? 516 00:35:02,311 --> 00:35:03,813 Ya, kami main bersama sebelum ini. 517 00:35:03,896 --> 00:35:09,818 Dia kata ada laman peminat di dalam talian. 518 00:35:09,902 --> 00:35:13,030 Dibuat oleh seorang gadis dari Ohio atau Iowa. 519 00:35:13,114 --> 00:35:14,323 Aduhai. 520 00:35:14,407 --> 00:35:15,866 Saya mahu melihatnya. 521 00:35:15,950 --> 00:35:17,326 Jangan lihat. 522 00:35:17,410 --> 00:35:22,248 Okey? 523 00:35:23,081 --> 00:35:25,126 PAM DUFFY LIHAT PETI MASUK AWAK 524 00:35:28,921 --> 00:35:30,423 Bukankah mak patut dah pulang sekarang? 525 00:35:30,506 --> 00:35:32,717 Ayah akan hubungi mak. Boleh awak sediakan meja? 526 00:36:04,040 --> 00:36:05,958 Saya tertanya-tanya ke mana awak pergi. 527 00:36:06,042 --> 00:36:07,418 Saya sedang memandu. 528 00:36:08,002 --> 00:36:09,003 Apa maksud awak? 529 00:36:09,837 --> 00:36:11,255 Saya cuma mahu... 530 00:36:12,673 --> 00:36:13,758 Entahlah. 531 00:36:15,968 --> 00:36:17,178 Bagaimana keadaan di pejabat awak? 532 00:36:17,637 --> 00:36:19,138 Itu... 533 00:36:20,806 --> 00:36:22,058 Ya Tuhanku. 534 00:36:29,273 --> 00:36:31,233 Awak masuk ke dalam. Biar saya uruskan ini. 535 00:36:38,115 --> 00:36:41,911 PEMBUNUH MASUK KE NERAKA 536 00:36:55,257 --> 00:36:56,425 Hai, mak. 537 00:36:57,426 --> 00:36:58,594 Mak akan turun sebentar lagi. 538 00:38:11,000 --> 00:38:13,210 Baiklah. Saya faham. Mak sayangkan saya. 539 00:38:41,781 --> 00:38:44,659 NERAKA 540 00:38:55,670 --> 00:38:57,880 PEMBUNUH MASUK KE NERAKA 541 00:39:27,994 --> 00:39:30,121 Selamat hari jadi! 542 00:39:41,590 --> 00:39:43,134 Jacob! 543 00:39:56,314 --> 00:39:58,316 TAMAN COLD SPRING 544 00:40:32,808 --> 00:40:35,269 Siapa yang cadangkan untuk berjumpa dengan Dr. Vogel? 545 00:40:36,771 --> 00:40:38,814 Peguam Jacob yang mengesyorkan dia. 546 00:40:38,898 --> 00:40:43,944 Dr. Vogel dianggap sebagai pakar dalam kelakuan yang diwarisi genetik, 547 00:40:44,028 --> 00:40:45,988 - betul? - Betul. 548 00:40:46,072 --> 00:40:50,493 Saya ingat Cik Klein berpendapat yang bukti mengikut keturunan tak bermakna. 549 00:40:50,576 --> 00:40:53,663 Dia rasa kami mungkin perlu menghadapinya jika ia disebut dalam perbicaraan. 550 00:40:53,746 --> 00:40:55,581 Itulah seorang peguam yang bagus. 551 00:40:58,084 --> 00:41:02,421 Sesi permulaannya bersama Jacob ialah pada 25 Mei? 552 00:41:02,505 --> 00:41:03,631 Betul? 553 00:41:04,507 --> 00:41:05,758 Ya, betul. 554 00:41:10,596 --> 00:41:12,348 Kami bertemu dengan dia dulu. 555 00:41:23,859 --> 00:41:26,445 KUMPULAN PENYELIDIKAN BIO-PSYCH 556 00:41:32,535 --> 00:41:35,162 Toby mahu menghantar makan malam untuk kita malam ini. 557 00:41:35,246 --> 00:41:36,539 Yakah? 558 00:41:36,622 --> 00:41:38,457 Itulah yang awak buat apabila ada orang mati. 559 00:41:39,583 --> 00:41:41,335 Dia mahu beri sokongan kepada awak. 560 00:41:41,419 --> 00:41:43,504 Jika awak tak benarkan orang bantu, mereka akan anggap awak tak mahu bantuan. 561 00:41:43,587 --> 00:41:45,006 Saya tahu. 562 00:41:46,757 --> 00:41:49,385 Duffy menunaikan permintaan saya dengan memberi fail Patz. 563 00:41:50,052 --> 00:41:51,721 Dia rasa Patz yang lakukannya? 564 00:41:51,804 --> 00:41:54,265 Dia tak boleh kata begitu tapi kita boleh kata. 565 00:41:54,348 --> 00:41:55,516 Patz padan dengan semuanya. 566 00:41:55,599 --> 00:41:57,560 Kita perlu beri kes yang boleh dipercayai kepada juri. 567 00:41:58,728 --> 00:42:01,314 - Dia memang baik. - Ya. 568 00:42:01,397 --> 00:42:04,608 Ada orang yang menyokong kita. 569 00:42:07,403 --> 00:42:09,238 Andy masih di sekolah undang-undang. 570 00:42:09,322 --> 00:42:11,532 Kami bersama tak sampai setahun. 571 00:42:11,615 --> 00:42:13,492 Jadi kandungan itu tak dirancang? 572 00:42:13,576 --> 00:42:15,703 Ya tapi kami gembira dengannya. 573 00:42:15,786 --> 00:42:17,622 Kami seperti dah bertunang pada waktu itu. 574 00:42:17,705 --> 00:42:19,457 Kami rasa teruja. 575 00:42:19,540 --> 00:42:22,084 Tapi kami masih muda dan banyak yang perlu dipelajari. 576 00:42:24,420 --> 00:42:27,506 Bagaimana gambaran awak terhadap Jacob sebagai seorang bayi? 577 00:42:27,590 --> 00:42:28,758 - Comel. - Sukar. 578 00:42:30,259 --> 00:42:32,678 Sudah tentu dia comel, itu bukan apa yang dia... 579 00:42:33,346 --> 00:42:35,097 Bukan itu yang awak tanya, betul? 580 00:42:35,181 --> 00:42:37,183 Apa maksud awak apabila awak kata sukar? 581 00:42:38,059 --> 00:42:39,769 Dia selalu menangis. 582 00:42:39,852 --> 00:42:41,395 Macam dia sedang didera. 583 00:42:41,896 --> 00:42:45,524 Mula-mula kami ingat ia disebabkan kolik, tapi ia berterusan. 584 00:42:45,608 --> 00:42:47,193 Maksud saya, semasa dia masih bayi. 585 00:42:47,276 --> 00:42:48,861 Dia mudah untuk ditenangkan? 586 00:42:48,944 --> 00:42:50,571 - Ya, kebanyakan masanya. - Tak juga. 587 00:42:53,699 --> 00:42:56,035 Kadangkala dia membuat perangai. Sesuatu seperti itu. Ya. 588 00:42:56,118 --> 00:42:57,662 Ia lebih daripada membuat perangai. 589 00:43:00,831 --> 00:43:02,291 Dia membaling benda kepada kami. 590 00:43:02,375 --> 00:43:06,212 Dia mungkin akan menjerit dengan lama. Awak tak boleh hentikannya. 591 00:43:06,295 --> 00:43:08,172 Itu bunyinya seperti biasa. 592 00:43:08,255 --> 00:43:11,175 Ya. Laurie yang terlalu dramatik. 593 00:43:15,054 --> 00:43:18,474 Bagaimana Jacob dengan kanak-kanak lain semasa kecil? 594 00:43:22,061 --> 00:43:23,145 Laurie? 595 00:43:26,232 --> 00:43:29,068 Okey. Biar saya berhenti sebentar dan menjelaskan sesuatu. 596 00:43:29,151 --> 00:43:30,903 Saya diupah oleh kumpulan pembela awak. 597 00:43:31,487 --> 00:43:32,738 Saya di pihak awak. 598 00:43:32,822 --> 00:43:34,991 - Saya di pihak Jacob. - Kami tahu. 599 00:43:35,074 --> 00:43:37,868 Okey. Jadi awak tahu yang perbualan ini adalah sulit, 600 00:43:37,952 --> 00:43:40,121 jadi tiada sebab awak perlu berahsia. 601 00:43:40,204 --> 00:43:41,205 Tak perlu di dalam bilik ini. 602 00:43:41,289 --> 00:43:44,166 Saya hanya cuba memahami dengan lebih baik. 603 00:43:51,257 --> 00:43:53,134 Dia tak berapa okey di pusat jagaan. 604 00:43:54,135 --> 00:43:57,263 Dia terlalu kasar dengan budak-budak lain. Ada rungutan. 605 00:43:57,346 --> 00:43:59,849 - Rungutan? - Ia cuma beberapa ibu bapa yang neurotik. 606 00:43:59,932 --> 00:44:01,934 Dia pernah tolak seorang budak perempuan jatuh dari tempat permainan. 607 00:44:02,018 --> 00:44:03,644 Lukanya perlu dijahit. 608 00:44:03,728 --> 00:44:06,439 Seorang budak menuduh dia menggigitnya tapi Jacob tak mengaku. 609 00:44:06,522 --> 00:44:08,566 Dia budak berumur empat tahun. Apa semua ini? 610 00:44:08,649 --> 00:44:11,402 Okey, Andy. Biar dia bercakap. Giliran awak lepas ini. Teruskan, Laurie. 611 00:44:11,485 --> 00:44:13,237 Saya cuba bercakap dengan jujur, Andy. 612 00:44:13,321 --> 00:44:15,823 Tak. Awak seperti mahu buat Jacob bertanggungjawab untuk sesuatu. 613 00:44:15,906 --> 00:44:17,033 Dia tak perlu buat begitu. 614 00:44:17,116 --> 00:44:19,160 Dia seorang budak. Awak membesar-besarkannya. 615 00:44:19,243 --> 00:44:20,494 Itu yang awak selalu kata. 616 00:44:20,578 --> 00:44:22,913 Awak tak mahu mengaku ada sesuatu yang tak betul. 617 00:44:22,997 --> 00:44:25,958 Dia cuma budak lelaki biasa dengan masalah biasa. 618 00:44:26,751 --> 00:44:28,210 Sama seperti budak lelaki lain. 619 00:44:29,170 --> 00:44:30,963 Ahli pediatrik kami juga kata begitu. 620 00:44:32,590 --> 00:44:36,052 Dia rasa Jacob masih muda dari segi emosi 621 00:44:36,135 --> 00:44:38,929 dan dia patut mengulang setahun di tadika untuk menjadi normal. 622 00:44:39,013 --> 00:44:41,515 - Dan ia akan berlalu. - Ia dah berlalu. 623 00:44:41,599 --> 00:44:43,267 - Betul kata ahli pediatrik itu. - Yakah? 624 00:44:43,351 --> 00:44:44,810 Sayang, tengoklah keadaan kita sekarang. 625 00:44:49,982 --> 00:44:51,567 Apa yang awak maksudkan dengan itu, Laurie? 626 00:44:53,152 --> 00:44:55,154 Awak ada rasa ragu-ragu yang Toby tak bersalah? 627 00:44:55,237 --> 00:44:57,865 - Tak. Sudah tentu tidak. - Jika awak meraguinya, tak apa. 628 00:44:57,948 --> 00:44:59,867 Sedikit pun saya tak meraguinya. 629 00:44:59,950 --> 00:45:02,119 Saya hanya cuba menjawab soalan awak dengan jujur. 630 00:45:02,203 --> 00:45:03,704 Itu yang awak suruh kami buat. 631 00:45:03,788 --> 00:45:05,247 - Saya faham. - Betul. 632 00:45:05,331 --> 00:45:07,500 Saya tahu apa kemampuan dia. 633 00:45:07,583 --> 00:45:09,543 - Okey. - Seorang ibu kenal anaknya. 634 00:45:35,653 --> 00:45:37,196 Toby dah tiba. 635 00:45:47,707 --> 00:45:49,166 - Hei. - Hai. 636 00:45:51,127 --> 00:45:52,878 Awak memang baik. Terima kasih. 637 00:45:52,962 --> 00:45:53,963 Tak mengapa. 638 00:45:57,717 --> 00:45:58,718 Bagaimana keadaan awak? 639 00:45:59,218 --> 00:46:03,180 Cuba bertahan. Semuanya sangat... 640 00:46:03,264 --> 00:46:04,473 Sudah tentu. 641 00:46:05,725 --> 00:46:07,476 Sayang. 642 00:46:08,894 --> 00:46:09,979 Semuanya akan okey. 643 00:46:10,938 --> 00:46:12,606 Entahlah. 644 00:46:13,232 --> 00:46:14,483 Saya betul-betul tak tahu. 645 00:46:17,445 --> 00:46:19,739 Hei. Apa yang awak belajar hari ini? 646 00:46:20,156 --> 00:46:22,575 Pendidikan global, biologi dan bahasa Sepanyol. 647 00:46:23,284 --> 00:46:24,910 Saya lebih suka dia semasa darjah dua. 648 00:46:24,994 --> 00:46:29,790 Dia memang baik tapi dia ambil masa yang lama untuk terangkan sesuatu. 649 00:46:29,874 --> 00:46:31,542 Saya rasa dia tak tahu bahasa Sepanyol. 650 00:46:32,209 --> 00:46:34,712 Dia sebut años sebagai "anus." 651 00:46:37,214 --> 00:46:38,924 Hei, sayang. Nampaknya Jacob... 652 00:46:40,718 --> 00:46:42,928 - Apa yang berlaku? - Mak? 653 00:46:45,431 --> 00:46:48,684 Apa yang berlaku ialah Gary tak mahu dia berjumpa saya lagi. 654 00:46:49,685 --> 00:46:51,854 Dia mahu beritahu saya sendiri. 655 00:46:52,355 --> 00:46:53,898 Itu sangat mengarut. Dia kawan baik awak. 656 00:46:53,981 --> 00:46:56,192 Ya, Gary ialah suaminya 657 00:46:56,275 --> 00:46:58,819 dan dia belajar di Universiti Cornell bersama Dan Rifkin, jadi... 658 00:47:01,989 --> 00:47:03,658 Ada lebihan makanan dari malam tadi. 659 00:47:36,941 --> 00:47:38,943 PENGUMPULAN DANA KOMUNITI 660 00:47:39,026 --> 00:47:42,321 UNTUK MENYOKONG DANA BIASISWA DEMI MEMPERINGATI BEN RIFKIN 661 00:47:42,405 --> 00:47:44,365 KEDAI PERKAKASAN FREEMAN LEONARD 662 00:47:50,579 --> 00:47:52,039 Awak boleh memandu dengan yang ini. 663 00:47:52,123 --> 00:47:53,916 Tapi saya... Tak, saya cadangkan yang ini. 664 00:47:54,583 --> 00:47:56,544 Sudah tentu. Awak perlu beli sesuatu yang berbaloi. 665 00:48:10,474 --> 00:48:11,642 Hei, Sarah. 666 00:48:11,726 --> 00:48:13,060 SEKOLAH MENENGAH ARCHER 667 00:48:13,144 --> 00:48:14,353 Bagaimana dengan latihan awak? 668 00:48:30,911 --> 00:48:32,663 Ini ialah Detektif Duffy. 669 00:48:33,706 --> 00:48:34,707 Helo? 670 00:48:35,791 --> 00:48:36,876 Helo? 671 00:48:37,293 --> 00:48:39,670 Awak minta kami hubungi jika kami tahu sesuatu tentang pembunuhan Ben. 672 00:48:41,422 --> 00:48:43,299 Ya. Betul. Siapa yang bercakap ini? 673 00:48:46,510 --> 00:48:50,348 Nama saya ialah Sarah. Sarah Grohl. 674 00:48:54,810 --> 00:48:56,145 "Mana topinya?" 675 00:48:57,313 --> 00:48:59,273 Hei, makan malam. 676 00:49:05,863 --> 00:49:08,157 Sayang! Makan malam! 677 00:49:14,705 --> 00:49:15,831 Sayang! 678 00:49:17,583 --> 00:49:19,794 "Lima puluh dolar." 679 00:49:21,253 --> 00:49:23,714 Laurie! Makan malam! 680 00:49:30,846 --> 00:49:32,014 Laurie! 681 00:49:39,981 --> 00:49:41,190 Laurie? 682 00:51:03,022 --> 00:51:05,024 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof