1 00:00:27,560 --> 00:00:30,640 Perbicaraan syaitan Crowley 2 00:00:30,720 --> 00:00:34,040 akan mula dengan bukti dan akhir dengan penghapusan sepenuhnya. 3 00:00:34,120 --> 00:00:35,360 Kini bersidang. 4 00:00:36,120 --> 00:00:37,520 Bangun semua. 5 00:00:39,200 --> 00:00:41,280 Bawa masuk si pengkhianat itu. 6 00:00:52,520 --> 00:00:53,560 Hai, semua. 7 00:00:54,200 --> 00:00:55,240 Cantik tempat ini. 8 00:00:55,320 --> 00:00:56,880 Ia takkan cantik nanti. 9 00:00:56,960 --> 00:00:58,320 Awak boleh tambah pokok 10 00:00:58,400 --> 00:01:00,960 -atau sebuah meja kopi. -Senyap! 11 00:01:01,040 --> 00:01:02,440 Ke hadapan, banduan. 12 00:01:02,520 --> 00:01:03,680 Boleh sahaja. 13 00:01:05,400 --> 00:01:08,080 Jadi, ada empat orang di sini. 14 00:01:09,200 --> 00:01:11,760 Nak main kad atau kuartet tukang gunting? 15 00:01:11,840 --> 00:01:13,080 Perbicaraan pengkhianat. 16 00:01:13,280 --> 00:01:14,760 Puan Beelzebub, awak... 17 00:01:15,520 --> 00:01:16,640 Sayalah hakim. 18 00:01:16,720 --> 00:01:19,160 Dan saya pendakwa raya. 19 00:01:22,480 --> 00:01:23,920 Jadi, Dagon peguam saya? 20 00:01:24,560 --> 00:01:26,000 Malangnya, bukan. 21 00:01:26,360 --> 00:01:28,840 Tak, saya di sini supaya mereka ingat 22 00:01:28,920 --> 00:01:30,560 semua kesalahan awak. 23 00:01:30,640 --> 00:01:33,120 Kami bina tempat ini khas untuk awak. 24 00:01:34,360 --> 00:01:36,640 Ia bukan sekadar mahkamah perbicaraan, 25 00:01:37,320 --> 00:01:39,600 ia juga tempat pembinasaan awak. 26 00:01:39,920 --> 00:01:42,960 Awak semua tidak perlu bersusah payah. 27 00:01:44,400 --> 00:01:46,200 Apa yang menjadi masalahnya? 28 00:01:59,960 --> 00:02:01,360 PANGKALAN TENTERA UDARA A.S. 29 00:02:02,720 --> 00:02:05,880 Kereta moden tak ada daya tahan panas yang sekuat ini. 30 00:02:05,960 --> 00:02:09,480 -Crowley? -Hai, Aziraphale! Itu jasad baharu awak? 31 00:02:09,560 --> 00:02:11,000 Cantik baju awak. 32 00:02:12,200 --> 00:02:15,440 Anak muda ini tidak mahu bagi kami masuk. 33 00:02:16,560 --> 00:02:17,960 Biar saya uruskan. 34 00:02:19,160 --> 00:02:20,560 Manusia tentera, 35 00:02:20,600 --> 00:02:23,280 saya dan kawan saya datang dari jauh dan... 36 00:02:25,160 --> 00:02:26,240 Ini angkara siapa? 37 00:02:28,600 --> 00:02:30,600 Kanak-kanak ini akan dihukum. 38 00:02:30,680 --> 00:02:32,880 Kamu pun sama. Jangan bergerak! 39 00:03:11,600 --> 00:03:13,560 Awak tak bercalar selama 90 tahun, 40 00:03:13,640 --> 00:03:15,280 sekarang tengoklah awak. 41 00:03:16,960 --> 00:03:19,520 Crowley, dia ada senapang. 42 00:03:20,360 --> 00:03:23,520 Dia mengacukannya kepada kita. Cepat buat sesuatu! 43 00:03:23,600 --> 00:03:25,520 Ini detik penting saya. 44 00:03:26,800 --> 00:03:28,040 Crowley! 45 00:03:28,640 --> 00:03:29,800 Saya pihak yang baik. 46 00:03:30,600 --> 00:03:33,760 Awak tak boleh harapkan saya buat kerja kotor ini. 47 00:03:33,880 --> 00:03:36,680 Saya akan kira sampai tiga sebelum saya guna jari saya. 48 00:03:37,040 --> 00:03:41,880 Puan, saya akan beri awak semua lima saat untuk kosongkan kawasan ini! 49 00:03:58,320 --> 00:03:59,840 Bersemadi dengan aman. 50 00:04:00,840 --> 00:04:02,680 Awak kereta yang baik. 51 00:04:10,480 --> 00:04:12,560 -Syabas, askar itu dah diuruskan. -Tapi... 52 00:04:12,640 --> 00:04:15,840 Saya harap saya tidak hantar dia ke tempat yang buruk. 53 00:04:19,760 --> 00:04:20,600 Okey. 54 00:04:20,680 --> 00:04:22,880 Saya perlu lupakan tentang kereta itu. 55 00:04:22,920 --> 00:04:24,200 Biar saya uruskan ini. 56 00:04:24,240 --> 00:04:25,520 Jangan risau, anak muda. 57 00:04:25,600 --> 00:04:27,120 Jari saya ini senjata. 58 00:04:27,880 --> 00:04:30,720 Awak perlu ayunkan senjata itu, Sarjan Shadwell. 59 00:04:30,800 --> 00:04:32,760 Kita di sini untuk mengampu. 60 00:04:32,800 --> 00:04:34,920 Kita nak "belasah mereka", Aziraphale. 61 00:04:35,000 --> 00:04:36,200 Demi Tuhan. 62 00:04:36,640 --> 00:04:38,320 Terlepas cakap pula saya. 63 00:04:47,240 --> 00:04:48,440 4 JALAN HOGBACK 64 00:04:48,520 --> 00:04:49,360 16 MINIT SEBELUM KIAMAT 65 00:04:49,440 --> 00:04:50,800 Hai, Young. 66 00:04:50,920 --> 00:04:52,040 Ya? 67 00:04:52,120 --> 00:04:55,080 -Adam, anak awak. -Apa yang dia buat kali ini? 68 00:04:55,160 --> 00:04:57,080 Saya nampak dia dan kumpulannya 69 00:04:57,160 --> 00:04:59,080 berbasikal ke pangkalan Tentera Udara. 70 00:04:59,160 --> 00:05:03,600 Mungkin awak rasa tentera bersenjata boleh abaikan kebodohan anak awak, 71 00:05:03,680 --> 00:05:04,920 -tapi bukan saya. -Adam... 72 00:05:05,040 --> 00:05:07,200 Nampak apa dia buat kepada bunga saya. 73 00:05:08,320 --> 00:05:11,360 Jangan salahkan saya kalau dia cetuskan Perang Dunia Ketiga. 74 00:06:57,760 --> 00:06:59,640 Ke mana kita menuju? 75 00:07:07,160 --> 00:07:10,360 Dalam beberapa detik, misil-misil akan dilancarkan. 76 00:07:10,440 --> 00:07:13,160 Kuasa-kuasa Syurga dan Neraka akan menyerang. 77 00:07:13,240 --> 00:07:16,280 Dan semuanya bergantung pada seorang budak lelaki. 78 00:07:16,760 --> 00:07:20,400 Kesunyian menggenggam dunia dengan tangannya. 79 00:07:32,080 --> 00:07:34,920 Awak rasa mereka itu pengganas? 80 00:07:35,280 --> 00:07:37,640 Dalam bahasa mudah dan tepat, 81 00:07:37,920 --> 00:07:38,760 ya. 82 00:07:39,000 --> 00:07:41,080 Awak patut lihat aura mereka. 83 00:07:41,160 --> 00:07:43,320 -Ada masalah dengan mereka? -Negatif. 84 00:07:43,600 --> 00:07:45,240 Seperti lohong hitam. 85 00:07:46,200 --> 00:07:48,080 Saya tidak rasa mereka manusia. 86 00:07:50,560 --> 00:07:52,480 Kalaulah kita faham cakap mereka. 87 00:07:54,360 --> 00:07:58,200 Kami telah hilang kawalan protokol pelancaran nuklear ACME-6. 88 00:07:58,280 --> 00:07:59,440 Kami telah digodam! 89 00:07:59,520 --> 00:08:01,440 Arahan serangan nuklear dikuatkuasakan 90 00:08:01,520 --> 00:08:04,240 terhadap Belgium. Awak yakin idea ini bagus? 91 00:08:07,720 --> 00:08:09,400 Kami cuba mematikannya, 92 00:08:09,480 --> 00:08:11,160 tapi satelit hilang kawalan. 93 00:08:11,240 --> 00:08:12,920 Awak yakin idea ini bagus? 94 00:08:14,960 --> 00:08:16,480 Dunia ini akan kiamat. 95 00:08:16,560 --> 00:08:18,080 Ya, saya faham itu. 96 00:08:19,480 --> 00:08:20,920 Ia telah bermula. 97 00:08:21,320 --> 00:08:23,040 Saya tidak minta ia bermula. 98 00:08:23,120 --> 00:08:27,040 Kewujudan awak yang mendesak pengakhiran dunia. 99 00:08:32,640 --> 00:08:35,320 Awak boleh tamatkan semuanya dengan satu kata. 100 00:08:36,160 --> 00:08:37,600 Memperbaharu dunia ini. 101 00:08:37,640 --> 00:08:39,840 Itu dia, yang berambut ikal itu. 102 00:08:39,880 --> 00:08:41,880 Tembak dia. Selamatkan dunia ini. 103 00:08:42,000 --> 00:08:45,760 Awak sebahagian kami, bukan mereka. Tiada orang akan mengingkari awak. 104 00:08:45,880 --> 00:08:48,480 Apa? Dia cuma budak kecil. Awak tak boleh... 105 00:08:49,040 --> 00:08:50,320 -Demi Tuhan. -Tidak. 106 00:08:50,400 --> 00:08:51,760 Berikannya kepada saya. 107 00:08:54,320 --> 00:08:56,440 Jangan hirau semua yang karut ini. 108 00:08:56,520 --> 00:08:59,240 Dengan satu arahan, saya akan hapuskan mereka. 109 00:08:59,320 --> 00:09:01,880 Awak tidak boleh bunuh kanak-kanak! 110 00:09:02,120 --> 00:09:03,760 Mungkin kita patut tunggu. 111 00:09:03,880 --> 00:09:06,640 Sehingga dia dewasa? Tembak dia, Aziraphale! 112 00:09:16,520 --> 00:09:17,720 Maafkan saya. 113 00:09:19,040 --> 00:09:20,520 Awak tak boleh lakukannya. 114 00:09:20,600 --> 00:09:23,240 Maaf, kenapa ada dua orang dalam awak? 115 00:09:23,880 --> 00:09:25,640 Panjang ceritanya. 116 00:09:25,720 --> 00:09:28,280 -Saya di kedai buku saya... -Itu tidak betul. 117 00:09:28,360 --> 00:09:31,040 Awak patut kembali menjadi dua orang. 118 00:09:36,760 --> 00:09:38,600 Saya rasa berdenyut-denyut. 119 00:09:50,280 --> 00:09:52,240 Namun, kita perlu buat sesuatu. 120 00:09:52,640 --> 00:09:53,840 Ini bukannya filem. 121 00:09:53,880 --> 00:09:56,520 Tiada wayar merah untuk hentikan kiraan masa. 122 00:09:57,600 --> 00:09:59,320 Ada idea lebih baik, Agnes? 123 00:09:59,840 --> 00:10:01,880 Awak tidak boleh mematikan teknologi 124 00:10:01,960 --> 00:10:04,640 dengan ramalan rawak daripada abad ke-17. 125 00:10:05,640 --> 00:10:07,840 "Dia bukan apa yang dia katakan." 126 00:10:07,880 --> 00:10:09,760 Agnes, ini tak membantu langsung. 127 00:10:11,840 --> 00:10:14,520 Pengaktifan senjata dalam dua minit. 128 00:10:14,600 --> 00:10:16,120 Apa maksudnya? 129 00:10:16,520 --> 00:10:17,760 Saya tidak tahu. 130 00:10:18,200 --> 00:10:20,040 -Beritahu saya. -Ia pasal saya. 131 00:10:22,880 --> 00:10:25,880 Secara teknikal, saya bukan 132 00:10:26,000 --> 00:10:28,240 seorang jurutera komputer. 133 00:10:29,080 --> 00:10:30,520 Saya mahu menjadi itu. 134 00:10:31,360 --> 00:10:32,600 Namun, saya cuma... 135 00:10:32,880 --> 00:10:34,040 -Cuma? -Cuma... 136 00:10:34,120 --> 00:10:36,080 -Cuma? Cuma apa? -Cuma sebaliknya. 137 00:10:36,160 --> 00:10:37,280 Tak mahir komputer. 138 00:10:37,400 --> 00:10:39,760 Apabila saya cuba hidupkannya, ia rosak. 139 00:10:40,320 --> 00:10:41,640 Saya minta maaf. 140 00:10:42,520 --> 00:10:43,760 Habislah kita. 141 00:10:43,840 --> 00:10:46,400 Inilah masa untuk tentukan kawan-kawan awak. 142 00:10:46,480 --> 00:10:48,080 Dan Adam dah memutuskan. 143 00:10:48,600 --> 00:10:50,440 Maka Anti-Christ, tiga kanak-kanak 144 00:10:50,520 --> 00:10:52,600 dan bekas Anjing Neraka berdepan Kematian 145 00:10:52,640 --> 00:10:55,640 dengan tiga raksasa yang lahir daripada minda manusia. 146 00:10:57,200 --> 00:11:00,040 Sebenarnya, mereka tidak wujud pun. 147 00:11:00,320 --> 00:11:02,200 Mereka seperti mimpi ngeri. 148 00:11:02,360 --> 00:11:04,160 Budak lelaki kecil dengan mainan. 149 00:11:04,600 --> 00:11:05,600 Saya perempuan. 150 00:11:05,920 --> 00:11:07,440 Saya Peperangan. 151 00:11:08,160 --> 00:11:10,240 Awak harus berkhidmat untuk saya, 152 00:11:10,760 --> 00:11:13,080 harus hidup dan mati dalam saya. 153 00:11:13,160 --> 00:11:16,280 Ibu saya kata peperangan ialah imperialisme maskulin 154 00:11:16,360 --> 00:11:18,440 yang dilaksanakan di peringkat global. 155 00:11:19,520 --> 00:11:21,360 Seorang budak perempuan. 156 00:11:22,200 --> 00:11:24,800 Pulanglah kepada patungmu, budak perempuan. 157 00:11:26,800 --> 00:11:30,760 Saya menentang seksisme harian. 158 00:11:37,880 --> 00:11:39,600 Kami benar-benar kawan Adam. 159 00:11:39,960 --> 00:11:41,440 Bukan kamu semua. 160 00:11:41,840 --> 00:11:43,280 Kamu bahan jenaka. 161 00:11:44,000 --> 00:11:45,960 Katakan kepercayaan awak, Pepper. 162 00:11:50,840 --> 00:11:53,400 Saya percaya pada keamanan, perempuan jalang. 163 00:12:00,720 --> 00:12:02,200 Jatuhkannya cepat, Pepper. 164 00:12:05,240 --> 00:12:07,360 Saya percaya pada dunia yang bersih. 165 00:12:15,840 --> 00:12:18,840 Saya percaya pada makanan dan makan tengah hari berkhasiat. 166 00:12:20,200 --> 00:12:22,560 Itu perkara yang bagus, sebenarnya. 167 00:12:24,200 --> 00:12:26,520 Bukankah dulu pedang itu milik awak? 168 00:12:28,200 --> 00:12:29,640 Betul kata awak. 169 00:12:49,800 --> 00:12:51,280 Bila-bila masa sahaja. 170 00:12:51,800 --> 00:12:53,760 Beri mereka semangat, Dagon. 171 00:12:54,680 --> 00:12:57,160 Baik. Dengar sini semua. 172 00:12:57,800 --> 00:13:00,960 Kita akan tinggalkan Neraka bila-bila saja mulai sekarang 173 00:13:01,040 --> 00:13:04,400 dan kita akan berdepan dengan tentera malaikat. 174 00:13:04,880 --> 00:13:07,560 Dahulu, kamu semua juga malaikat. 175 00:13:07,640 --> 00:13:10,520 Kita telah bertarung dalam revolusi yang megah. 176 00:13:10,960 --> 00:13:13,240 Dan kita tewas. Namun, itu dahulu. 177 00:13:13,480 --> 00:13:15,880 Selepas ribuan tahun, kita sudah 178 00:13:16,080 --> 00:13:18,120 -menjadi lebih kuat. -Lebih kuat! 179 00:13:18,200 --> 00:13:20,080 -Lebih bijak. -Lebih bijak! 180 00:13:20,160 --> 00:13:21,960 Dan lebih berbahaya. 181 00:13:22,040 --> 00:13:23,920 Saya mahu awak ulangi saya. 182 00:13:24,000 --> 00:13:25,360 -Lebih kuat. -Lebih kuat! 183 00:13:25,440 --> 00:13:27,160 -Lebih bijak. -Lebih bijak! 184 00:13:27,240 --> 00:13:28,960 -Dan... -Sesuatu sedang berlaku. 185 00:13:32,480 --> 00:13:34,360 Ada sesuatu yang tidak kena. 186 00:13:35,600 --> 00:13:37,560 -Bodohnya kita. -Tiga puluh saat... 187 00:13:37,640 --> 00:13:40,560 -Baikilah cepat. -Apa? 188 00:13:41,000 --> 00:13:43,120 Pulihkan bilik komputer ini sekarang. 189 00:13:43,200 --> 00:13:45,400 Setiap komputer yang awak baiki rosak, 190 00:13:45,480 --> 00:13:47,880 jadi baikilah. 191 00:13:48,720 --> 00:13:50,560 Dan mempercepat Armageddon nuklear? 192 00:13:50,680 --> 00:13:52,200 Awak boleh mempercepatnya? 193 00:13:52,680 --> 00:13:53,720 Ya. 194 00:13:53,800 --> 00:13:55,840 Senang sahaja. Kalau saya mahu 195 00:13:55,920 --> 00:13:57,680 tingkatkan prestasi komputer ini, 196 00:13:57,760 --> 00:13:59,040 saya hanya buka ia 197 00:13:59,120 --> 00:14:01,120 dan klik pada penyahfragmen cakera. 198 00:14:02,840 --> 00:14:04,520 Di seluruh dunia, 199 00:14:04,600 --> 00:14:06,360 mereka yang melawan musuh 200 00:14:06,440 --> 00:14:07,760 sedar mereka ditukar. 201 00:14:07,840 --> 00:14:09,240 Pemutus litar dibuka. 202 00:14:09,320 --> 00:14:11,400 Komputer berhenti merancang Perang 203 00:14:11,480 --> 00:14:14,320 dan kembali untuk mengimbas stratosfera. 204 00:14:15,280 --> 00:14:17,800 Kematian, ini perlu dihentikan sekarang. 205 00:14:17,880 --> 00:14:20,480 Ia telah dihentikan tapi mereka akan kembali. 206 00:14:20,560 --> 00:14:21,960 Kami tak jauh. 207 00:14:22,600 --> 00:14:24,840 Sayalah bayangan makhluk hidup. 208 00:14:24,920 --> 00:14:26,680 Saya tidak boleh dihapuskan 209 00:14:26,760 --> 00:14:28,760 kerana dunia akan terhapus juga. 210 00:14:29,200 --> 00:14:30,920 Selamat tinggal, tuan-tuan. 211 00:14:31,680 --> 00:14:32,760 Tak malu betul. 212 00:14:33,600 --> 00:14:34,680 Tak malu betul. 213 00:14:36,320 --> 00:14:38,880 Kematian menebarkan sayap-sayap kegelapan. 214 00:14:39,560 --> 00:14:43,080 Sayap-sayap yang dibentuk daripada unsur setiap ciptaan dan 215 00:14:43,160 --> 00:14:45,000 terbang ke kegelapan di bawahnya 216 00:14:45,080 --> 00:14:48,160 di mana cahaya-cahaya bergemerlapan dari jauh. 217 00:14:48,600 --> 00:14:50,680 Mungkin itu cahaya bintang dahulu, 218 00:14:50,760 --> 00:14:53,440 atau mungkin sesuatu yang lain. 219 00:14:54,680 --> 00:14:56,880 Kamu nampak itu, Crowley? 220 00:14:56,960 --> 00:14:59,240 -Seperti yang saya kata... -Belum tamat. 221 00:14:59,600 --> 00:15:00,840 Tiada yang sudah tamat. 222 00:15:01,160 --> 00:15:04,040 Syurga dan Neraka masih mahu peperangan mereka. 223 00:15:05,000 --> 00:15:06,280 Hei, budak. 224 00:15:07,200 --> 00:15:08,680 Anti-Christ, siapa nama awak? 225 00:15:08,760 --> 00:15:09,960 Adam Young. 226 00:15:10,040 --> 00:15:11,640 Kamu semua dah selamatkan dunia. 227 00:15:11,720 --> 00:15:14,960 Nah, satu bintang emas. Tiada perbezaan apa-apa pun. 228 00:15:15,560 --> 00:15:16,400 Hei, awak! 229 00:15:17,480 --> 00:15:19,800 Awak lelaki yang mencuri buku saya. 230 00:15:20,360 --> 00:15:22,280 Nah, tangkap, empunya buku. 231 00:15:31,240 --> 00:15:32,880 PILIH WAJAH DENGAN BIJAK 232 00:15:32,960 --> 00:15:33,960 AKAN BERMAIN API 233 00:15:35,160 --> 00:15:37,040 Apa yang terjadi di sini? 234 00:15:37,120 --> 00:15:38,440 Panjang ceritanya. 235 00:15:38,520 --> 00:15:39,720 Cuba awak beritahu. 236 00:15:41,040 --> 00:15:42,640 Okey, jadi... 237 00:15:43,760 --> 00:15:45,680 Pada mulanya, di Taman, 238 00:15:45,760 --> 00:15:50,440 dia seekor ular tedung yang tua 239 00:15:50,520 --> 00:15:54,440 manakala saya bertugas untuk menjaga pokok epal. 240 00:15:58,800 --> 00:16:01,240 Hai, Adam. Hai, Pepper. Hai, kamu berdua. 241 00:16:01,320 --> 00:16:03,920 Anathema, awak halang dunia daripada musnah? 242 00:16:04,480 --> 00:16:05,640 Saya rasa. 243 00:16:05,720 --> 00:16:07,960 Teman lelaki saya yang lakukan semuanya. 244 00:16:10,360 --> 00:16:11,320 Teman lelaki? 245 00:16:11,840 --> 00:16:14,680 Seorang lagi mangsa patriarki. 246 00:16:40,840 --> 00:16:42,520 Puan Beelzebub. 247 00:16:42,600 --> 00:16:43,800 Berbesar hati saya. 248 00:16:43,880 --> 00:16:45,040 Pengkhianat Crowley. 249 00:16:45,120 --> 00:16:46,360 Itu perkataan teruk. 250 00:16:46,440 --> 00:16:48,160 Ada perkataan lebih teruk. 251 00:16:48,360 --> 00:16:49,760 Di mana budak itu? 252 00:16:52,680 --> 00:16:53,760 Yang itu. 253 00:16:54,720 --> 00:16:56,200 Adam Young. 254 00:16:57,080 --> 00:16:58,280 Hai. 255 00:16:58,720 --> 00:16:59,800 Anak muda... 256 00:17:00,480 --> 00:17:04,200 Armageddon perlu dimulakan semula. 257 00:17:04,840 --> 00:17:05,880 Sekarang. 258 00:17:07,320 --> 00:17:08,960 Satu masalah sementara 259 00:17:09,040 --> 00:17:12,760 tidak boleh menghalang kebaikan utama. 260 00:17:12,800 --> 00:17:15,400 Perihal apa ia halang belum dapat ditentukan. 261 00:17:15,480 --> 00:17:17,960 Namun, pertarungan harus ditentukan sekarang. 262 00:17:18,040 --> 00:17:20,480 Itulah takdir awak yang tertulis. 263 00:17:20,560 --> 00:17:24,000 Sekarang mulakan peperangan ini. 264 00:17:25,400 --> 00:17:29,040 Awak mahu musnahkan dunia untuk menentukan siapa lebih hebat? 265 00:17:29,080 --> 00:17:30,240 Tentulah. 266 00:17:30,320 --> 00:17:31,640 Itulah Rancangan Besar. 267 00:17:32,080 --> 00:17:35,320 Satu-satunya sebab Bumi dicipta. 268 00:17:35,800 --> 00:17:37,320 Biar saya uruskan. Adam, 269 00:17:37,480 --> 00:17:38,800 apabila semua dah tamat, 270 00:17:39,080 --> 00:17:41,200 awak boleh memerintah dunia. 271 00:17:41,280 --> 00:17:43,640 Awak tidak ingin memerintah dunia? 272 00:17:45,240 --> 00:17:47,440 Fikirkan keseronokan untuk Pepper, 273 00:17:47,520 --> 00:17:50,040 Wensley dan Brian saja dah rumit bagi saya. 274 00:17:50,080 --> 00:17:51,640 Saya sudah ada dunia saya. 275 00:17:52,000 --> 00:17:54,560 Awak tidak boleh menolak ketentuan awak. 276 00:17:54,640 --> 00:17:59,080 Kelahiran dan takdir awak merupakan sebahagian Rancangan Besar. 277 00:18:01,080 --> 00:18:05,240 Maafkan saya, awak asyik menyebut tentang Rancangan Besar... 278 00:18:05,320 --> 00:18:07,800 Aziraphale, awak patut senyap sahaja. 279 00:18:07,920 --> 00:18:09,160 Adakah itu 280 00:18:09,560 --> 00:18:11,080 Rancangan Tak Tergambar? 281 00:18:11,160 --> 00:18:13,160 Rancangan Besar! Itu yang tercatat. 282 00:18:13,240 --> 00:18:16,000 Akan ada dunia yang bertahan selama 6,000 tahun 283 00:18:16,080 --> 00:18:17,560 dan musnah dijilat api. 284 00:18:17,680 --> 00:18:20,640 Ya, macam itulah Rancangan Besar. 285 00:18:21,320 --> 00:18:24,520 Adakah itu juga Rancangan Tak Tergambar? 286 00:18:28,560 --> 00:18:29,680 Kedua-duanya sama. 287 00:18:29,760 --> 00:18:33,320 Awak tidak tahu. 288 00:18:33,440 --> 00:18:35,280 Sayangnya kalau awak fikir 289 00:18:35,320 --> 00:18:36,720 awak ikut Rancangan Besar, 290 00:18:36,800 --> 00:18:40,400 sedangkan awak menentang Rancangan Tak Tergambar. 291 00:18:41,440 --> 00:18:43,800 Bukankah semua orang tahu Rancangan Besar? 292 00:18:43,920 --> 00:18:45,440 Rancangan Tak Tergambar 293 00:18:46,560 --> 00:18:48,560 pula sesuatu yang tak tergambar. 294 00:18:48,640 --> 00:18:50,480 Jadi, kita takkan tahu tentangnya. 295 00:18:50,760 --> 00:18:53,320 Namun, ia ada tercatat. 296 00:18:53,880 --> 00:18:56,280 Tuhan tidak main-main dengan alam semesta. 297 00:18:56,320 --> 00:18:57,560 Awak di mana selama ini? 298 00:18:58,240 --> 00:18:59,440 Bolehkah saya... 299 00:19:03,280 --> 00:19:06,800 Saya perlu bercakap dengan ibu pejabat. 300 00:19:08,320 --> 00:19:12,800 Macam mana saya hendak utuskan 10 juta malaikat untuk berundur 301 00:19:12,880 --> 00:19:14,960 daripada posisi peperangan mereka? 302 00:19:15,040 --> 00:19:16,800 Tidak sanggup saya memikirkannya. 303 00:19:16,920 --> 00:19:18,440 Cuba arahkan 10 juta syaitan 304 00:19:18,520 --> 00:19:21,320 untuk letakkan senjata mereka dan kembali bekerja. 305 00:19:22,080 --> 00:19:24,880 Sekurang-kurangnya kita tahu ini salah siapa. 306 00:19:27,480 --> 00:19:28,920 Anak muda... 307 00:19:30,080 --> 00:19:32,800 Awak lahir di Bumi demi satu sebab sahaja. 308 00:19:32,880 --> 00:19:33,960 Demi menamatkannya. 309 00:19:34,040 --> 00:19:36,040 Awaklah anak manja yang derhaka, 310 00:19:36,080 --> 00:19:38,400 saya harap ayah awak tahu tentangnya. 311 00:19:38,480 --> 00:19:39,560 Dia akan tahu. 312 00:19:41,400 --> 00:19:44,640 Dan dia tidak akan berpuas hati dengannya. 313 00:19:50,280 --> 00:19:51,480 Peliknya mereka. 314 00:19:52,480 --> 00:19:54,400 Tidak! 315 00:19:54,720 --> 00:19:56,760 Tidak! 316 00:19:57,640 --> 00:19:59,920 Apakah ini? Saya boleh rasakan sesuatu. 317 00:20:00,000 --> 00:20:01,320 Mereka dah lakukannya. 318 00:20:01,560 --> 00:20:02,880 Mereka beritahu ayahnya. 319 00:20:03,040 --> 00:20:04,080 Tidak. 320 00:20:04,640 --> 00:20:07,680 Dan ayahnya, Satan tidak gembira. 321 00:20:09,560 --> 00:20:11,280 Mungkin itu gunung berapi. 322 00:20:11,440 --> 00:20:13,160 Tiada gunung berapi di England. 323 00:20:13,480 --> 00:20:15,880 Apa pun, ia amat marah. Saya boleh rasainya. 324 00:20:17,320 --> 00:20:18,480 Ia semakin hampir. 325 00:20:22,040 --> 00:20:24,320 -Apa yang berlaku? -Ini kedengaran gila, 326 00:20:24,440 --> 00:20:26,800 tapi nampaknya iblis, Satan akan tiba. 327 00:20:27,160 --> 00:20:28,800 Nampaknya begitulah. 328 00:20:28,880 --> 00:20:32,240 Sesiapa yang nak cederakan wanita ini perlu melawan saya. 329 00:20:33,800 --> 00:20:35,160 Encik Shadwell. 330 00:20:40,320 --> 00:20:42,480 Ya, begitulah nampaknya. 331 00:20:43,080 --> 00:20:44,080 Selamat tinggal. 332 00:20:44,480 --> 00:20:45,560 Jangan putus asa. 333 00:20:45,640 --> 00:20:47,400 Ini Satan. 334 00:20:47,480 --> 00:20:49,800 Ini bukan tentang Armageddon lagi. 335 00:20:49,920 --> 00:20:51,200 Kita dalam bahaya! 336 00:20:56,760 --> 00:20:58,680 Cari jalan lain atau... 337 00:21:02,080 --> 00:21:04,240 JIka tak, kita takkan bercakap lagi. 338 00:21:25,400 --> 00:21:26,760 Dengar sini, Adam. 339 00:21:27,080 --> 00:21:29,280 Ayah awak akan datang untuk hapuskan awak. 340 00:21:29,560 --> 00:21:31,200 Termasuklah kita semua. 341 00:21:31,560 --> 00:21:33,640 Ayah saya takkan cederakan sesiapa. 342 00:21:33,720 --> 00:21:35,320 Bukan ayah Bumi awak. Satan, 343 00:21:35,440 --> 00:21:37,000 yang diusir dari Syurga. 344 00:21:37,080 --> 00:21:38,880 Dia akan datang dan dia marah. 345 00:21:39,040 --> 00:21:40,720 Jadi, apa saya patut buat? 346 00:21:40,800 --> 00:21:42,080 Lawan dia? 347 00:21:43,640 --> 00:21:46,200 Melawan dia tidak akan selesaikan masalah. 348 00:21:46,720 --> 00:21:48,880 Awak perlu cari jalan lain. 349 00:21:48,960 --> 00:21:50,800 Namun, saya cuma seorang budak. 350 00:21:52,200 --> 00:21:55,080 Itu bukanlah perkara teruk, Adam. 351 00:21:55,240 --> 00:21:58,720 Saya risau awak akan menjadi jelmaan Neraka 352 00:21:59,240 --> 00:22:00,800 dan harap awak jelmaan Syurga. 353 00:22:01,080 --> 00:22:03,000 Namun, awak bukan mana-mana pun. 354 00:22:03,280 --> 00:22:04,920 Awak lebih baik. 355 00:22:05,560 --> 00:22:07,760 Awak jelmaan manusia. 356 00:22:11,160 --> 00:22:14,480 Adam, realiti akan mematuhi awak. Awak boleh ubah semuanya. 357 00:22:14,560 --> 00:22:17,680 Apa pun yang terjadi, demi kebaikan atau kejahatan, 358 00:22:19,040 --> 00:22:20,560 kami ada di sisi awak. 359 00:22:21,280 --> 00:22:22,800 Saya akan mulakan masa. 360 00:22:23,240 --> 00:22:25,960 Awak tiada banyak masa untuk lakukannya. 361 00:22:31,400 --> 00:22:32,840 Lakukannya segera. 362 00:22:54,320 --> 00:22:55,800 Di manakah anak saya? 363 00:22:56,320 --> 00:23:00,720 Awaklah anak saya yang derhaka? 364 00:23:00,800 --> 00:23:02,480 Mari sini. 365 00:23:06,080 --> 00:23:07,640 Awak bukan ayah saya. 366 00:23:07,880 --> 00:23:10,000 Ayah tak berhak muncul selepas 11 tahun 367 00:23:10,080 --> 00:23:11,560 hanya untuk marah saya. 368 00:23:11,640 --> 00:23:12,960 Apa? 369 00:23:13,120 --> 00:23:14,880 Kalau saya ada masalah, 370 00:23:17,000 --> 00:23:18,680 itu pun bukan masalah awak. 371 00:23:18,840 --> 00:23:20,840 Itu masalah ayah yang di sisi saya. 372 00:23:22,360 --> 00:23:24,000 Awak bukan ayah saya! 373 00:23:24,240 --> 00:23:25,760 Apa yang awak kata? 374 00:23:26,240 --> 00:23:27,200 Teruskan. 375 00:23:27,520 --> 00:23:30,000 Cakap, Adam. Cakap sekali lagi! 376 00:23:30,080 --> 00:23:31,160 Datang ke sini. 377 00:23:31,240 --> 00:23:33,160 Awak bukan ayah saya. 378 00:23:33,640 --> 00:23:35,200 Awak tak pernah jadi ayah saya. 379 00:23:37,200 --> 00:23:38,360 Tidak. 380 00:23:38,720 --> 00:23:42,560 Tidak! 381 00:23:42,640 --> 00:23:44,480 Tidak! 382 00:24:00,280 --> 00:24:02,200 Adam? Adam? 383 00:24:02,720 --> 00:24:04,640 Itu bukan ayah dia yang sebenar. 384 00:24:04,800 --> 00:24:06,960 -Demi Tuhan, di manakah dia? -Ya. 385 00:24:07,080 --> 00:24:08,680 Dialah ayahnya sekarang. 386 00:24:08,760 --> 00:24:10,640 Sejak dari dulu lagi. 387 00:24:11,800 --> 00:24:13,040 Dia dah berjaya. 388 00:24:13,400 --> 00:24:14,440 Adam! 389 00:24:18,840 --> 00:24:20,840 Ada sesiapa nak jelaskan kepada saya 390 00:24:20,920 --> 00:24:23,360 apa yang sedang berlaku? 391 00:24:30,880 --> 00:24:32,960 Semua berjalan lancar akhirnya. 392 00:24:33,280 --> 00:24:36,880 Bayangkan betapa teruk keadaannya jika kita kurang cekap. 393 00:24:39,080 --> 00:24:40,280 Setuju. 394 00:24:40,560 --> 00:24:41,560 Apakah itu? 395 00:24:43,640 --> 00:24:45,560 Itu daripada buku Agnes Nutter. 396 00:24:46,040 --> 00:24:49,560 "Tidak lama lagi, awak akan bermain dengan api"? 397 00:24:49,640 --> 00:24:51,960 Jadi, inilah ramalan terakhir Agnes? 398 00:24:52,680 --> 00:24:53,720 Setahu saya. 399 00:24:54,080 --> 00:24:56,520 Dan Adam... Dia menjadi manusia semula? 400 00:24:56,600 --> 00:24:58,640 Berdasarkan apa yang berlaku, ya. 401 00:25:04,200 --> 00:25:05,520 Malaikat. 402 00:25:05,840 --> 00:25:08,880 Bagaimana jika ini rancangan Tuhan dari awal lagi? 403 00:25:09,720 --> 00:25:10,920 Dari awal lagi? 404 00:25:12,240 --> 00:25:13,640 Mungkin juga. 405 00:25:14,080 --> 00:25:15,800 Saya tidak akan terkejut. 406 00:25:18,200 --> 00:25:19,560 Awak ada... 407 00:25:21,440 --> 00:25:23,480 Supaya tak jatuh ke tangan yang salah. 408 00:25:25,960 --> 00:25:29,600 Maafkan saya, tuan-tuan. Sepatutnya, ada pedang di sini. 409 00:25:34,280 --> 00:25:35,400 Memang ada. 410 00:25:35,480 --> 00:25:38,800 Ya, saya sedang duduk di atasnya. 411 00:25:39,600 --> 00:25:41,320 Nasib baiklah. 412 00:25:41,640 --> 00:25:44,160 Seronoknya apabila usaha kita diiktiraf 413 00:25:44,240 --> 00:25:47,120 -dalam menyelamatkan... -Saya perlu tandatangan. 414 00:25:47,560 --> 00:25:48,720 Baik. 415 00:25:52,520 --> 00:25:54,320 Awak percaya hidup selepas mati? 416 00:25:55,160 --> 00:25:56,200 Ya, saya percaya. 417 00:25:56,520 --> 00:25:57,680 Ya. 418 00:25:58,080 --> 00:26:01,160 Jika saya beritahu isteri saya apa yang terjadi, 419 00:26:01,240 --> 00:26:02,680 dia tidak akan percaya. 420 00:26:03,440 --> 00:26:04,760 Bukan salah dia pun. 421 00:26:12,280 --> 00:26:13,960 Itu dia. 422 00:26:14,520 --> 00:26:16,240 Ada "Oxford" di depan. 423 00:26:17,600 --> 00:26:19,920 Ya, tapi ia dipandu ke London juga. 424 00:26:20,320 --> 00:26:21,840 Dia tidak tahu sebabnya. 425 00:26:22,600 --> 00:26:25,560 Saya patut tumpang dia untuk ke kedai buku itu. 426 00:26:28,360 --> 00:26:31,000 Bukankah kedai itu dah terbakar? 427 00:26:35,360 --> 00:26:38,600 Kalau awak mahu, awak boleh tinggal di rumah saya. 428 00:26:43,280 --> 00:26:45,840 Saya rasa pihak saya tidak akan bersetuju. 429 00:26:47,600 --> 00:26:49,680 Awak sudah tiada pihak lagi. 430 00:26:51,320 --> 00:26:53,200 Kita berdua dah tiada pihak. 431 00:26:54,880 --> 00:26:56,560 Kita di pihak sendiri. 432 00:26:56,960 --> 00:27:01,560 Seperti Agnes katakan, kita perlu pilih wajah kita dengan bijak. 433 00:27:10,960 --> 00:27:13,000 AHAD - HARI PERTAMA KEHIDUPAN MEREKA 434 00:27:13,080 --> 00:27:13,920 Realiti diubah. 435 00:27:14,000 --> 00:27:17,120 Adam telah mengubah masa lalu dan masa kini. 436 00:27:17,200 --> 00:27:20,920 Pada hari Ahad, manusia bangun dan menyedari dunia ini 437 00:27:21,000 --> 00:27:22,080 sedikit berlainan 438 00:27:22,160 --> 00:27:24,760 dengan dunia yang mereka diami dahulu. 439 00:27:24,840 --> 00:27:27,160 Orang mati dah hidup semula sekarang. 440 00:27:27,240 --> 00:27:31,840 Dan barang yang telah pecah, dengan ajaibnya, telah pulih semula. 441 00:27:37,160 --> 00:27:38,480 Itu tak ada sebelum ini. 442 00:28:20,000 --> 00:28:22,040 Ibu, saya sudah kemaskan bilik. 443 00:28:24,880 --> 00:28:27,480 Bukankah ia senang? Tiada apa atas karpet. 444 00:28:28,080 --> 00:28:30,040 Cuma perlu kekalkan kebersihannya. 445 00:28:30,120 --> 00:28:32,480 Bolehkah saya dan Anjing keluar? 446 00:28:34,720 --> 00:28:36,560 Awak dengar apa yang ayah kata. 447 00:28:37,760 --> 00:28:41,840 Katanya, dia tidak tahu sebab saya ditimpa masalah, tapi saya tahu. 448 00:28:42,200 --> 00:28:43,320 Dan? 449 00:28:44,640 --> 00:28:45,720 Adakah dia betul? 450 00:28:53,280 --> 00:28:55,320 Boleh awak terangkan kepada ibu? 451 00:29:02,840 --> 00:29:06,600 Awak boleh ke taman, 452 00:29:06,680 --> 00:29:09,920 biar Anjing bersenam, tapi itu sahaja. 453 00:29:10,000 --> 00:29:12,760 Terima kasih, ibu. Mari, Anjing. 454 00:29:37,600 --> 00:29:39,040 Selamat pagi. 455 00:29:43,760 --> 00:29:45,840 Saya akan menyesali bertanya ini 456 00:29:46,840 --> 00:29:48,800 tapi saya akan tanya sahaja. 457 00:29:51,120 --> 00:29:53,320 Kenapa nama kereta awak "Dick Turpin"? 458 00:29:56,640 --> 00:29:58,040 Sebenarnya, 459 00:29:58,120 --> 00:30:00,000 Dick Turpin perompak terkenal. 460 00:30:00,080 --> 00:30:01,960 Itu satu jenaka sebenarnya. 461 00:30:02,480 --> 00:30:03,720 Ya? 462 00:30:05,240 --> 00:30:08,440 Ia dipanggil Dick Turpin 463 00:30:08,600 --> 00:30:10,240 kerana di mana ia berada, 464 00:30:10,640 --> 00:30:11,920 jalan akan sesak. 465 00:30:15,040 --> 00:30:16,440 Saya menyesal tanya. 466 00:30:21,800 --> 00:30:23,000 Hei. 467 00:30:24,040 --> 00:30:27,520 Askar Pencari Ahli Sihir Bukan Jurutera Komputer, 468 00:30:29,760 --> 00:30:31,600 semalam kita selamatkan dunia? 469 00:30:34,560 --> 00:30:35,760 Saya tidak tahu. 470 00:30:39,440 --> 00:30:41,720 Awak Pencari Ahli Sihir yang bagus. 471 00:30:41,800 --> 00:30:43,640 Tengoklah, awak temui saya. 472 00:31:23,680 --> 00:31:26,360 Kerajaan British hanya tahu bahawa 473 00:31:26,440 --> 00:31:30,520 penampakan jelas raksasa terkenal, Kraken, 474 00:31:30,600 --> 00:31:32,880 merupakan halusinasi berkelompok. 475 00:31:33,680 --> 00:31:35,880 Ada banyak halusinasi berkelompok 476 00:31:35,960 --> 00:31:37,720 di negara kami juga. 477 00:31:37,800 --> 00:31:41,880 Ya, cuma yang ini telah merosakkan delegasi dagangan. 478 00:31:42,320 --> 00:31:43,360 Aiskrim strawberi 479 00:31:43,440 --> 00:31:45,880 dan aiskrim vanila dengan kepingan coklat, ya. 480 00:31:47,800 --> 00:31:49,400 Kereta awak, bagaimana? 481 00:31:49,480 --> 00:31:51,080 Tiada calar pun. 482 00:31:51,320 --> 00:31:52,960 Kedai buku awak, bagaimana? 483 00:31:53,400 --> 00:31:54,760 Tiada satu calit pun. 484 00:31:54,960 --> 00:31:56,640 Tiada buku yang terbakar. 485 00:31:56,960 --> 00:31:59,640 Semuanya kembali seperti sediakala. 486 00:32:01,360 --> 00:32:03,280 Pihak awak ada apa-apa berita? 487 00:32:05,400 --> 00:32:07,320 -Pihak awak? -Tiada apa-apa. 488 00:32:08,120 --> 00:32:12,080 Fahamkah awak apa yang terjadi semalam? 489 00:32:13,760 --> 00:32:16,000 Saya faham sebahagian daripadanya. 490 00:32:16,760 --> 00:32:17,920 Sebahagian lain... 491 00:32:18,360 --> 00:32:21,320 Ia agak terlalu... 492 00:32:22,160 --> 00:32:23,520 Tidak boleh digambarkan. 493 00:32:23,760 --> 00:32:26,920 Pelik melihat dia di sini. Itulah nasib malang. 494 00:32:29,320 --> 00:32:31,240 Itu sememangnya malang... 495 00:32:35,600 --> 00:32:38,120 Malaikat pembelot yang diikat oleh tali. 496 00:32:38,200 --> 00:32:40,920 Salah satu perkara-perkara kegemaran kami. 497 00:32:42,040 --> 00:32:44,400 -Hentikan mereka! -Mengapa, sayang? 498 00:32:46,360 --> 00:32:47,360 Malangnya, awak. 499 00:32:54,520 --> 00:32:57,360 Tiada apa-apa masalah pun, semua baik sahaja. 500 00:33:02,040 --> 00:33:03,280 Aziraphale. 501 00:33:04,760 --> 00:33:06,480 Lega awak dapat menyertai kami. 502 00:33:06,960 --> 00:33:08,760 Awak boleh hantar mesej saja. 503 00:33:09,160 --> 00:33:11,920 Maksud saya, menculik di siang hari. 504 00:33:12,000 --> 00:33:14,400 Itulah persembahan yang luar biasa. 505 00:33:15,120 --> 00:33:17,160 Ada berita daripada sekutu baharu? 506 00:33:17,240 --> 00:33:18,560 Dia dalam perjalanan. 507 00:33:19,520 --> 00:33:22,600 Dia dalam perjalanan. Saya rasa awak akan sangat suka 508 00:33:23,560 --> 00:33:24,760 dengan perkara ini. 509 00:33:24,960 --> 00:33:27,040 Saya yakin awak tidak menjangkanya. 510 00:33:31,120 --> 00:33:34,160 ...Dan pembunuh seorang anggota syaitan, 511 00:33:34,520 --> 00:33:37,640 jenayah yang saya saksikan sendiri. 512 00:33:38,640 --> 00:33:40,520 Penghuni-Penghuni Neraka, 513 00:33:41,200 --> 00:33:44,160 awak telah dengar bukti yang mengesahkan kesalahan syaitan 514 00:33:44,240 --> 00:33:45,480 yang bernama Crowley. 515 00:33:45,560 --> 00:33:47,360 Apakah keputusan awak semua? 516 00:33:47,440 --> 00:33:50,400 Bersalah! 517 00:33:51,600 --> 00:33:53,320 Ada apa-apa awak mahu katakan 518 00:33:53,400 --> 00:33:55,960 sebelum kami balas dendam terhadap awak? 519 00:33:59,160 --> 00:34:00,720 Apakah hukumannya? 520 00:34:01,720 --> 00:34:03,880 Meringkuk dalam lohong paling dalam? 521 00:34:03,960 --> 00:34:06,040 Hukumannya lebih teruk. 522 00:34:06,360 --> 00:34:08,640 Hukuman yang setimpal dengan jenayahnya. 523 00:34:25,800 --> 00:34:27,400 Malaikat Utama Michael? 524 00:34:27,480 --> 00:34:29,320 Tidak mungkin. 525 00:34:29,400 --> 00:34:31,920 Kerjasama dengan musuh lama kita. 526 00:34:32,520 --> 00:34:34,800 Awak bawa barangnya, si bodoh? 527 00:34:35,120 --> 00:34:36,160 Saya sudah bawa. 528 00:34:36,520 --> 00:34:38,040 Saya akan kembali untuknya. 529 00:34:38,120 --> 00:34:40,880 Tidak, awak yang patut lakukannya. Ia... 530 00:34:41,680 --> 00:34:44,200 Saya telah lihat kebolehan benda itu. 531 00:34:55,120 --> 00:34:57,800 Tiada pemandangan ini di tingkat bawah tanah. 532 00:35:26,640 --> 00:35:27,680 Itu air suci. 533 00:35:27,960 --> 00:35:29,920 Ya, yang paling suci. 534 00:35:30,640 --> 00:35:34,320 Kami tidak percayakan kamu, Michael. 535 00:35:34,400 --> 00:35:36,440 Uji air ini, Hastur. 536 00:35:46,480 --> 00:35:48,800 Apa kamu fikir kamu lakukan ini? 537 00:35:54,000 --> 00:35:56,760 Jangan. Apa salah saya? 538 00:35:56,840 --> 00:35:59,360 -Jangan! Tolonglah! -Nasib malang. 539 00:35:59,440 --> 00:36:01,360 Tolonglah! Jangan! 540 00:36:07,880 --> 00:36:09,000 Syaitan Crowley, 541 00:36:09,080 --> 00:36:13,560 saya jatuhkan hukuman penghapusan dengan air suci ke atas awak. 542 00:36:14,120 --> 00:36:15,920 Ada apa-apa untuk dikata? 543 00:36:17,640 --> 00:36:18,960 Sebenarnya, ya. 544 00:36:22,160 --> 00:36:24,400 Saya tidak mahu jaket baru ini rosak. 545 00:36:24,480 --> 00:36:26,640 Boleh saya tanggalkannya? 546 00:36:34,280 --> 00:36:36,640 Tinggalkan sahaja pinggan itu di luar. 547 00:36:42,200 --> 00:36:43,680 Helo, Encik S. 548 00:36:46,280 --> 00:36:47,600 Ya, Jezebel? 549 00:36:47,640 --> 00:36:49,480 Saya terfikir... 550 00:36:50,320 --> 00:36:53,680 Selepas apa yang kita lalui beberapa hari ini, 551 00:36:54,120 --> 00:36:55,440 tidak wajar kalau saya 552 00:36:55,520 --> 00:36:57,080 tinggalkan ia di luar. 553 00:36:57,160 --> 00:37:01,320 Jadi, saya sudah sediakan meja untuk awak. 554 00:37:05,800 --> 00:37:08,680 Di tempat maksiat awak? 555 00:38:06,160 --> 00:38:08,160 Encik Pull-zifer? 556 00:38:08,640 --> 00:38:10,520 -Pulsifer. -Pulsifer? 557 00:38:11,280 --> 00:38:14,080 Dengan hormatnya, saya bawakan harta peninggalan 558 00:38:14,160 --> 00:38:16,480 untuk awak dan Puan Pulsifer. 559 00:38:16,760 --> 00:38:18,200 Tiada Puan Pulsifer, 560 00:38:18,680 --> 00:38:21,640 selain daripada ibu saya. Tapi dia di Dorking. 561 00:38:21,680 --> 00:38:24,080 Peliknya. Surat ini agak terperinci. 562 00:38:24,360 --> 00:38:25,400 Boleh saya masuk? 563 00:38:27,000 --> 00:38:27,960 Kopi? 564 00:38:28,200 --> 00:38:29,480 Tidak perlu. 565 00:38:29,920 --> 00:38:32,160 Kami semua sangat berminat dengannya. 566 00:38:32,200 --> 00:38:34,000 Encik Bychance hampir datang, 567 00:38:34,080 --> 00:38:36,320 tapi dia sudah tidak mampu keluar. 568 00:38:37,320 --> 00:38:39,440 Saya tidak faham apa-apa langsung. 569 00:38:39,520 --> 00:38:40,880 Harta peninggalan ini. 570 00:38:41,360 --> 00:38:43,680 Kandungan kotak ini serta suratnya. 571 00:38:43,800 --> 00:38:46,160 Lebih 300 tahun firma saya memilikinya. 572 00:38:49,200 --> 00:38:50,400 Tuan Robey? 573 00:38:50,520 --> 00:38:52,920 Ini daripada ibu saya, untuk tuan. 574 00:38:53,000 --> 00:38:55,200 Dan simpan ini baik-baik. 575 00:38:57,160 --> 00:39:00,280 Surat itu mengandungi arahan, sekeping syiling emas, 576 00:39:00,440 --> 00:39:03,640 dan lima fakta tentang sepuluh tahun akan datang 577 00:39:03,680 --> 00:39:06,000 yang membolehkan dia meneruskan 578 00:39:06,080 --> 00:39:08,480 kerjaya guaman yang berjaya. 579 00:39:08,560 --> 00:39:10,920 Dia hanya perlu pastikan kotak itu 580 00:39:11,000 --> 00:39:13,760 terjaga dengan elok selama beberapa abad, 581 00:39:13,840 --> 00:39:16,600 dan dihantar pada pagi Ahad ini. 582 00:39:16,920 --> 00:39:19,400 Maka, inilah ia. 583 00:39:24,600 --> 00:39:25,880 Itu daripada Agnes. 584 00:39:26,480 --> 00:39:28,760 -Awak pasti? -Saya kenal gayanya. 585 00:39:29,360 --> 00:39:31,160 -Saya Anathema. -Baddicombe. 586 00:39:32,360 --> 00:39:34,520 Patutkah kita lihat apa di dalam? 587 00:39:34,600 --> 00:39:37,000 Satu pejabat cuba meneka isinya. 588 00:39:39,400 --> 00:39:41,280 Awak mahu membukanya? 589 00:39:42,120 --> 00:39:45,640 Ini sesuatu untuk disampaikan kepada anak cucu saya. 590 00:39:54,160 --> 00:39:55,320 Sungguh aneh. 591 00:39:55,400 --> 00:39:57,280 Itu nama saya, saya... 592 00:40:11,800 --> 00:40:13,160 Maafkan saya, saya... 593 00:40:20,640 --> 00:40:22,400 "Peguam, ini florin. 594 00:40:22,480 --> 00:40:25,440 "Sekarang, lari, atau satu dunia akan tahu hubungan 595 00:40:25,520 --> 00:40:26,840 "awak dengan Puan Spiddon 596 00:40:26,920 --> 00:40:28,520 "dari majlis perancangan desa." 597 00:40:44,760 --> 00:40:46,640 "Ramalan Agnes Nutter." 598 00:40:46,680 --> 00:40:48,440 RAMALAN AGNES NUTTER LANJUT 599 00:40:48,640 --> 00:40:51,440 BERKENAAN DUNIA AKAN DATANG. 600 00:40:56,920 --> 00:40:58,440 "Hikayat awak bersambung." 601 00:40:58,640 --> 00:41:00,880 HIKAYAT AWAK BERSAMBUNG 602 00:41:01,000 --> 00:41:04,600 Awak tahu, saya ada sedikit simpanan. 603 00:41:05,560 --> 00:41:09,680 Kadangkala saya terfikir elok juga kalau pindah dari London. 604 00:41:10,920 --> 00:41:12,640 Beli banglo kecil. 605 00:41:15,640 --> 00:41:18,760 Dengarnya, dua orang boleh hidup dengan kos seorang. 606 00:41:20,880 --> 00:41:23,480 Elok juga jika ada seorang lelaki di sisi. 607 00:41:26,640 --> 00:41:31,080 Rasanya, Askar Pulsifer tidak akan kembali. 608 00:41:32,800 --> 00:41:34,520 Saya sahaja Pencari Ahli Sihir. 609 00:41:35,160 --> 00:41:36,600 Dan awak telah menemui saya. 610 00:41:38,320 --> 00:41:43,120 Saya bukan ahli sihir hebat, tapi saya dikira ahli sihir juga. 611 00:41:47,120 --> 00:41:48,600 Apa kita nak buat sekarang? 612 00:41:52,120 --> 00:41:53,320 Saya... 613 00:41:54,400 --> 00:41:56,560 Saya rasa sekarang, saya... 614 00:41:57,360 --> 00:41:58,760 Saya tanya soalan itu? 615 00:42:00,840 --> 00:42:03,440 Ya, silakan. 616 00:42:05,440 --> 00:42:06,760 Baiklah. 617 00:42:09,360 --> 00:42:11,520 Awak ada berapa puting, Jezebel? 618 00:42:15,000 --> 00:42:17,600 Jezebel yang sudah bersara, Encik S. 619 00:42:19,800 --> 00:42:21,200 Hanya dua itu sahaja. 620 00:42:23,080 --> 00:42:24,040 Jadi... 621 00:42:26,120 --> 00:42:27,680 Kalau begitu, baiklah. 622 00:42:35,080 --> 00:42:39,080 Jadi, dengan satu perbuatan khianat, 623 00:42:39,160 --> 00:42:41,120 awak gagalkan peperangan itu. 624 00:42:41,160 --> 00:42:42,480 Saya rasa kebaikan... 625 00:42:42,560 --> 00:42:44,640 Jangan terangkan saya tentangnya. 626 00:42:44,680 --> 00:42:46,520 Saya Malaikat Utama Gabriel. 627 00:42:47,840 --> 00:42:50,320 Kebaikan ialah kita menyelesaikan urusan 628 00:42:50,400 --> 00:42:52,960 dengan pihak lawan selama-lamanya. 629 00:42:59,400 --> 00:43:00,400 Bangun. 630 00:43:09,080 --> 00:43:12,200 Boleh saya yakinkan awak untuk pertimbangkannya? 631 00:43:14,040 --> 00:43:16,040 Demi Tuhan, kitalah pihak baik. 632 00:43:16,120 --> 00:43:18,400 Demi Tuhan, kita juga patut 633 00:43:18,560 --> 00:43:20,760 ambil iktibar daripada pengkhianat. 634 00:43:20,840 --> 00:43:24,320 Maka... Masuklah ke dalam api. 635 00:43:36,160 --> 00:43:37,440 Baik. 636 00:43:38,520 --> 00:43:41,040 Selamat tinggal. 637 00:43:43,280 --> 00:43:45,120 Semoga kita bertemu lagi. 638 00:43:45,360 --> 00:43:48,120 Tolong diam dan mati cepat. 639 00:44:08,760 --> 00:44:12,520 Dalam mana-mana sembilan lingkaran Neraka, 640 00:44:12,600 --> 00:44:15,040 tiada itik mainan getah? 641 00:44:15,560 --> 00:44:16,520 Tidak? 642 00:44:31,360 --> 00:44:33,000 Sangkaan kita meleset. 643 00:44:35,560 --> 00:44:37,160 Dia telah menjadi asli. 644 00:44:37,960 --> 00:44:40,320 Dia bukan sebahagian daripada kita lagi. 645 00:44:42,040 --> 00:44:43,880 Siapakah dia? 646 00:44:44,960 --> 00:44:48,280 Awak mesti terfikir, "Kalau dia boleh lakukan ini," 647 00:44:48,880 --> 00:44:50,680 "apa lagi dia boleh buat?" 648 00:44:51,680 --> 00:44:53,480 Dan sebentar lagi, 649 00:44:53,560 --> 00:44:55,680 awak semua ada peluang untuk tahu. 650 00:44:55,760 --> 00:44:58,600 Dia berbohong. Kita boleh tewaskan dia. 651 00:44:58,680 --> 00:45:00,640 Satu syaitan menentang seluruh Neraka? 652 00:45:00,720 --> 00:45:02,560 -Apa yang dia akan buat? -Senyap! 653 00:45:02,640 --> 00:45:05,000 Bawa dia keluar sebelum ada kekecohan. 654 00:45:05,360 --> 00:45:07,040 Apa yang awak semua tengok? 655 00:45:07,120 --> 00:45:08,720 Tiada apa-apa di sini. 656 00:45:13,600 --> 00:45:15,080 Saya kembali dengan... 657 00:45:15,400 --> 00:45:16,520 Oh, Tuhan. 658 00:45:16,600 --> 00:45:18,680 Michael! Kawan. 659 00:45:18,760 --> 00:45:20,720 Boleh awak munculkan tuala mandi? 660 00:45:26,640 --> 00:45:29,480 Saya rasa adalah lebih baik untuk semua 661 00:45:29,560 --> 00:45:32,120 jika saya tidak akan diganggu lagi. 662 00:45:32,200 --> 00:45:33,400 Tidakkah begitu? 663 00:45:43,160 --> 00:45:44,200 Baik. 664 00:45:48,600 --> 00:45:51,000 -Awak pasti? -Ya, saya pasti. 665 00:45:51,080 --> 00:45:54,440 Saya faham tindakan saya, cuma saya tidak suka sangat. 666 00:45:55,320 --> 00:45:57,360 Keajaiban teknologi boleh dirungkai. 667 00:45:58,160 --> 00:46:00,160 Dan awak mungkin akan rosakkan ia. 668 00:46:04,280 --> 00:46:05,720 Cuba fikir begini. 669 00:46:06,080 --> 00:46:08,480 Awak mahu menjadi keturunan selamanya? 670 00:46:30,880 --> 00:46:33,280 Ibu awak tidak mahu kita bertemu. 671 00:46:33,360 --> 00:46:34,840 Apa berlaku semalam, Adam? 672 00:46:34,920 --> 00:46:36,880 Perkara biasa, tidak penting pun. 673 00:46:36,960 --> 00:46:39,280 Saya beri bantuan tetapi saya dihukum. 674 00:46:39,360 --> 00:46:41,040 Bila boleh awak keluar? 675 00:46:41,120 --> 00:46:45,000 Bertahun-tahun lagi saya rasa. 676 00:46:46,040 --> 00:46:47,840 -Esok? -Boleh sahaja. 677 00:46:47,920 --> 00:46:50,040 Mereka akan lupa sebelum esok tiba. 678 00:46:50,120 --> 00:46:51,680 Ada sarkas di Norton. 679 00:46:51,760 --> 00:46:52,960 Kami mahu lihat mereka. 680 00:46:53,040 --> 00:46:55,440 Tidak mengapa, awak pergi sahaja. 681 00:47:22,600 --> 00:47:24,760 Anjing, jauhi pagar tanaman itu. 682 00:47:24,840 --> 00:47:26,480 Kalau awak menembusinya, 683 00:47:26,560 --> 00:47:28,440 saya terpaksa kejar awak, 684 00:47:28,520 --> 00:47:30,240 dan tinggalkan taman ini. 685 00:47:30,320 --> 00:47:31,960 Saya tidak dibenarkan. 686 00:47:32,040 --> 00:47:35,080 Tapi kalau awak lari, saya terpaksa. 687 00:47:38,600 --> 00:47:40,040 Anjing, nakalnya awak. 688 00:47:40,120 --> 00:47:41,640 Berhenti. Mari sini. 689 00:47:48,280 --> 00:47:51,680 Sesuatu memberitahunya yang sesuatu akan tamat. 690 00:47:51,760 --> 00:47:55,760 Bukannya dunia, tapi musim panas itu. 691 00:47:56,720 --> 00:48:01,080 Akan ada musim panas lain, tapi tiada yang seperti ini. 692 00:48:01,560 --> 00:48:03,560 Selama-lamanya. 693 00:48:16,480 --> 00:48:19,760 Adam Young, jauhi epal-epal saya! 694 00:48:20,880 --> 00:48:24,000 Hei, budak! Saya akan lapor kepada ayah awak! 695 00:48:25,160 --> 00:48:27,240 Dia tidak faham mengapa orang kecoh 696 00:48:27,320 --> 00:48:29,480 apabila epal mereka dimakan orang. 697 00:48:29,560 --> 00:48:32,440 Tapi hidup akan bosan jika mereka tidak kecoh. 698 00:48:32,640 --> 00:48:35,040 Pada Adam, tiada satu epal pun 699 00:48:35,120 --> 00:48:38,040 yang tidak berbaloi untuk dimarahi. 700 00:48:44,520 --> 00:48:46,680 Adakah kita sendirian sekarang? 701 00:48:48,440 --> 00:48:51,760 Rasanya, mereka akan berpura-pura tiada apa yang berlaku. 702 00:48:53,880 --> 00:48:56,160 Betul. Ada orang memandang? 703 00:49:02,200 --> 00:49:03,240 Tiada sesiapa. 704 00:49:04,080 --> 00:49:06,240 Baik. Mari tukar semula. 705 00:49:06,480 --> 00:49:08,440 Ia seperti yang Agnes beritahu. 706 00:49:08,600 --> 00:49:09,880 Mereka bermain dengan api 707 00:49:09,960 --> 00:49:12,520 dan perlu pilih wajah mereka dengan bijak. 708 00:49:12,920 --> 00:49:14,440 Mereka berbuat demikian. 709 00:49:20,080 --> 00:49:22,080 Kolar kain tartan? Biar betul? 710 00:49:22,600 --> 00:49:24,040 Tartan amat bergaya. 711 00:49:26,560 --> 00:49:30,120 Jadi, ramalan terakhir Agnes Nutter 712 00:49:30,200 --> 00:49:31,760 tepat sekali. 713 00:49:32,640 --> 00:49:34,920 Saya minta itik mainan getah 714 00:49:35,000 --> 00:49:37,920 dan Malaikat Utama Michael bawakan tuala. 715 00:49:42,760 --> 00:49:46,000 Mereka akan tinggalkan kita... Buat sementara. 716 00:49:49,160 --> 00:49:51,800 Saya yakin kedua-dua pihak akan gunakan ini 717 00:49:51,880 --> 00:49:54,720 sebagai ruang sebelum ramalan paling besar. 718 00:49:55,800 --> 00:49:57,600 Saya sangka itu paling besar. 719 00:49:57,680 --> 00:50:00,400 Bukan. Saya rasa yang paling besar 720 00:50:00,480 --> 00:50:03,040 adalah kita semua menentang mereka. 721 00:50:04,080 --> 00:50:05,240 Apa? 722 00:50:05,560 --> 00:50:09,120 Syurga dan Neraka menentang manusia? 723 00:50:11,000 --> 00:50:14,320 Baik. Masa untuk tinggalkan taman. 724 00:50:14,400 --> 00:50:17,920 Boleh saya pelawa awak untuk makan tengah hari? 725 00:50:18,560 --> 00:50:20,040 Pelawaan diterima. 726 00:50:21,720 --> 00:50:24,040 Bagaimana dengan the Ritz? 727 00:50:24,120 --> 00:50:28,120 Saya rasa dengan ajaibnya ada meja percuma untuk dua orang. 728 00:50:56,920 --> 00:50:59,760 Saya rasa tiada satu pun akan berjalan lancar 729 00:51:00,000 --> 00:51:05,360 jika awak sebenarnya bukan orang yang baik. 730 00:51:06,800 --> 00:51:10,000 Dan jika diri awak sebenarnya bukan 731 00:51:10,280 --> 00:51:13,480 si celaka yang berbaloi dikenali. 732 00:51:18,280 --> 00:51:19,520 Selamat. 733 00:51:21,560 --> 00:51:22,840 Untuk dunia ini. 734 00:51:24,480 --> 00:51:26,160 Untuk dunia ini. 735 00:51:28,200 --> 00:51:30,040 Mungkin usaha yang kini 736 00:51:30,120 --> 00:51:32,160 ada akibat dalam sifat realiti, 737 00:51:32,240 --> 00:51:35,600 kerana semasa mereka makan, buat pertama kalinya, 738 00:51:35,680 --> 00:51:40,240 seekor burung bulbul menyanyi di Dataran Berkeley. 739 00:51:40,320 --> 00:51:42,480 Ia ditenggelami bunyi lalu lintas, 740 00:51:42,560 --> 00:51:45,120 tetapi ia kedengaran, walaupun perlahan. 741 00:51:45,200 --> 00:51:48,560 Malam itu 742 00:51:49,000 --> 00:51:51,560 Malam pertemuan kita 743 00:51:52,040 --> 00:51:57,800 Keajaiban terasa di udara 744 00:51:58,720 --> 00:52:01,360 Terdapat malaikat-malaikat 745 00:52:01,440 --> 00:52:05,800 Bertamu di the Ritz 746 00:52:05,880 --> 00:52:10,640 Sebuah lagu burung bulbul 747 00:52:10,720 --> 00:52:15,080 Di Dataran Berkeley 748 00:52:20,160 --> 00:52:22,880 Mungkin saya betul 749 00:52:23,760 --> 00:52:26,160 Mungkin saya salah 750 00:52:27,000 --> 00:52:30,120 Tapi saya sanggup 751 00:52:30,360 --> 00:52:33,240 Bersumpah 752 00:52:33,520 --> 00:52:37,080 Bila awak pusing 753 00:52:37,160 --> 00:52:40,440 Dan senyum kepada saya 754 00:52:41,120 --> 00:52:44,640 Sebuah lagu burung bulbul 755 00:52:45,480 --> 00:52:50,520 Di Dataran Berkeley 756 00:53:23,560 --> 00:53:26,320 Jalan-jalan di pekan 757 00:53:26,400 --> 00:53:29,800 Dipagari bintang 758 00:53:29,880 --> 00:53:34,960 Ia hubungan romantis 759 00:53:36,760 --> 00:53:40,360 Dan bila kita bercumbu 760 00:53:40,440 --> 00:53:43,720 Mengucapkan selamat malam 761 00:53:43,800 --> 00:53:47,400 Sebuah lagu burung bulbul 762 00:53:48,160 --> 00:53:53,080 Di Dataran Berkeley 763 00:53:55,440 --> 00:54:00,360 Saya tahu kerana saya di situ 764 00:54:04,040 --> 00:54:06,040 Terjemahan sari kata oleh: Balqis 765 00:54:06,120 --> 00:54:08,120 Penyelia Kreatif: Noorsalwati