1 00:00:53,960 --> 00:00:55,880 Suatu masa dahulu, 2 00:00:56,040 --> 00:00:58,280 ada seorang anak gadis bernama Ella. 3 00:01:00,400 --> 00:01:02,600 Dia melihat dunia ini bukan seperti seadanya, 4 00:01:02,720 --> 00:01:07,240 tetapi seperti apa yang mungkin, dengan sedikit keajaiban. 5 00:01:10,560 --> 00:01:11,720 Sayang! 6 00:01:11,840 --> 00:01:15,000 Bagi ibu dan ayahnya, dia bagaikan seorang puteri. 7 00:01:15,200 --> 00:01:18,840 Benar, dia tak mempunyai gelaran, mahkota mahupun istana, 8 00:01:19,000 --> 00:01:22,160 tapi dialah pemerintah kerajaan kecilnya sendiri, 9 00:01:22,320 --> 00:01:25,800 yang bersempadankan rumah dan padang rumput di pinggir hutan itu, 10 00:01:25,880 --> 00:01:28,800 tempat tinggal keluarganya sejak turun-temurun. 11 00:01:30,240 --> 00:01:31,160 Bersama En. Angsa 12 00:01:33,000 --> 00:01:36,000 serta seluruh keluarga haiwan mereka. 13 00:01:36,840 --> 00:01:39,680 Helo, kamu. Apa yang kamu buat? 14 00:01:39,880 --> 00:01:41,640 Berilah peluang kepada si kecil untuk makan juga. 15 00:01:41,960 --> 00:01:45,080 Nanti kamu sakit perut. 16 00:01:45,680 --> 00:01:48,640 Gus-Gus, kamu tikus rumah, bukan tikus kebun. 17 00:01:48,760 --> 00:01:50,280 Betul tak, Jacqueline? 18 00:01:50,440 --> 00:01:53,080 Kamu tak boleh makan makanan En. Angsa. 19 00:01:53,240 --> 00:01:54,160 Betul tak, Mak? 20 00:01:54,280 --> 00:01:56,600 Kamu masih percaya bahawa ia faham kata-kata kamu? 21 00:01:56,800 --> 00:01:57,960 Tidakkah begitu, Mak? 22 00:01:58,160 --> 00:01:59,120 Ya. 23 00:01:59,800 --> 00:02:02,280 Mak percaya bahawa haiwan mendengar dan bercakap dengan kita, 24 00:02:02,480 --> 00:02:04,080 kalaulah kita ingin mendengarnya. 25 00:02:05,760 --> 00:02:07,080 Itulah cara kita belajar untuk menjaganya. 26 00:02:07,160 --> 00:02:08,400 Siapa yang menjaga kita? 27 00:02:08,680 --> 00:02:11,000 Tentulah ibu pari-pari. 28 00:02:11,160 --> 00:02:12,600 Mak percaya bahawa mereka wujud? 29 00:02:12,720 --> 00:02:13,800 Mak mempercayai segalanya. 30 00:02:13,920 --> 00:02:16,000 Jadi saya pun mempercayai segalanya. 31 00:02:18,800 --> 00:02:21,840 Bapanya seorang pedagang yang merantau ke luar negara 32 00:02:22,000 --> 00:02:25,640 dan membawa pulang hadiah dari semua kawasan jajahan Ella. 33 00:02:25,720 --> 00:02:27,160 Ella! 34 00:02:27,880 --> 00:02:31,120 Di mana gadis-gadis ayah yang cantik itu? 35 00:02:32,480 --> 00:02:34,760 Di mana buah hati ayah sekalian? 36 00:02:35,040 --> 00:02:37,560 Ella amat merindui bapanya apabila dia pergi merantau. 37 00:02:37,760 --> 00:02:39,600 Tapi dia tahu bapanya akan tetap pulang. 38 00:02:39,800 --> 00:02:41,560 -Itu pun dia! -Ayah, selamat pulang! 39 00:02:41,800 --> 00:02:43,320 Kamu apa khabar? 40 00:02:44,160 --> 00:02:45,080 Kamu dah besar! 41 00:02:49,160 --> 00:02:50,480 Apa itu? 42 00:02:51,000 --> 00:02:52,080 Benda ini? 43 00:02:52,200 --> 00:02:54,160 Ayah terjumpa ia tergantung di sebatang pokok. 44 00:02:54,320 --> 00:02:58,280 Rasanya ada sesuatu di dalamnya. 45 00:03:03,800 --> 00:03:05,600 Ia sungguh cantik. 46 00:03:06,520 --> 00:03:09,320 Dalam bahasa Perancis, ia dipanggil papillon. 47 00:03:17,000 --> 00:03:18,080 Aduh. 48 00:03:19,520 --> 00:03:20,760 Kamu memijak kaki ayah. 49 00:03:22,560 --> 00:03:23,480 Boleh kita mula? 50 00:03:25,720 --> 00:03:27,800 Tengoklah, Mak! Saya sedang menari! 51 00:03:40,240 --> 00:03:42,200 Si papillon yang kecil. 52 00:03:44,320 --> 00:03:46,480 Hidup mereka aman dan sejahtera. 53 00:03:46,640 --> 00:03:50,360 Mereka rasa merekalah yang paling bahagia, kerana dapat hidup sebegini 54 00:03:50,520 --> 00:03:52,440 dan begitu saling mengasihi. 55 00:03:52,600 --> 00:03:55,160 Apabila aku jadi raja 56 00:03:55,320 --> 00:03:57,960 Kaulah ratunya 57 00:03:58,160 --> 00:04:00,880 Lavender hijau 58 00:04:01,040 --> 00:04:03,680 Lavender biru 59 00:04:03,840 --> 00:04:06,080 Cintailah aku 60 00:04:06,200 --> 00:04:08,840 Sebab aku mencintaimu 61 00:04:14,760 --> 00:04:17,880 Tapi duka mungkin melanda mana-mana kerajaan 62 00:04:18,400 --> 00:04:20,880 walau betapa bahagianya ia. 63 00:04:26,880 --> 00:04:29,400 Maka ia telah melanda rumah Ella. 64 00:04:32,800 --> 00:04:34,000 Saya amat bersimpati. 65 00:04:34,160 --> 00:04:35,800 Terima kasih, Doktor. 66 00:04:36,560 --> 00:04:38,280 Ia pasti amat sukar bagi kamu. 67 00:04:41,320 --> 00:04:42,560 Mari. 68 00:04:42,880 --> 00:04:44,040 Ella. 69 00:04:58,760 --> 00:05:00,920 Ella, sayang. 70 00:05:01,400 --> 00:05:03,520 Mak nak beritahu kamu satu rahsia. 71 00:05:04,160 --> 00:05:06,840 Satu rahsia penting yang akan membantu kamu mengharungi 72 00:05:07,000 --> 00:05:08,720 semua cabaran yang bakal ditempuhi dalam hidup. 73 00:05:10,200 --> 00:05:12,240 Ingatlah ini sentiasa. 74 00:05:13,520 --> 00:05:16,200 Tabahkan diri dan berhati baik sentiasa. 75 00:05:18,080 --> 00:05:20,400 Kebaikan yang ada dalam jari kelingking kamu lebih banyak 76 00:05:20,560 --> 00:05:23,520 berbanding apa yang ada dalam seluruh tubuh kebanyakan orang. 77 00:05:23,680 --> 00:05:28,240 Ia memiliki kuasa di luar jangkaan kamu. 78 00:05:29,680 --> 00:05:31,560 -Serta kuasa ajaib. -Kuasa ajaib? 79 00:05:31,720 --> 00:05:32,560 Betul. 80 00:05:34,480 --> 00:05:38,160 Tabahkan diri dan berhati baik sentiasa, sayang. 81 00:05:39,240 --> 00:05:40,320 Boleh kamu berjanji kepada Mak? 82 00:05:40,720 --> 00:05:41,880 Saya berjanji. 83 00:05:42,440 --> 00:05:43,280 Bagus. 84 00:05:44,080 --> 00:05:45,080 Bagus. 85 00:05:45,240 --> 00:05:46,080 Serta 86 00:05:48,920 --> 00:05:51,720 Mak akan pergi tak lama lagi, sayang. 87 00:05:53,160 --> 00:05:55,360 Tolong maafkan mak. 88 00:05:55,800 --> 00:05:58,360 Tentulah saya memaafkan mak. 89 00:06:05,360 --> 00:06:06,680 Mak sayangkan kamu. 90 00:06:09,000 --> 00:06:11,360 Mak sayangkan kamu. 91 00:06:11,560 --> 00:06:12,680 Mak sayangkan kamu. 92 00:06:28,320 --> 00:06:33,320 Masa berlalu, dan kedukaan berubah menjadi kenangan. 93 00:06:45,040 --> 00:06:48,000 Di dalam jiwanya, Ella tetap sama. 94 00:06:48,520 --> 00:06:51,840 Sebab dia masih mengingati janjinya kepada ibunya. 95 00:06:52,000 --> 00:06:55,080 Tabahkan diri dan berhati baik sentiasa. 96 00:06:59,120 --> 00:07:01,720 Namun, bapanya telah banyak berubah. 97 00:07:01,920 --> 00:07:04,440 Tapi dia mengharapkan masa yang lebih baik. 98 00:07:05,960 --> 00:07:07,800 "Kemudian pulang ke rumah, 99 00:07:08,120 --> 00:07:11,280 dan aku bersama isteriku menyanyi sepuas-puas hati, 100 00:07:11,960 --> 00:07:14,520 dan jika ada orang lain yang lebih bahagia disebabkan rezekinya, 101 00:07:14,600 --> 00:07:16,560 aku tak kenal siapa orangnya." 102 00:07:17,280 --> 00:07:19,560 Maka berakhirlah kisah "En. Pepys" untuk hari ini. 103 00:07:19,960 --> 00:07:21,920 Saya suka penghabisan yang gembira, betul tak ayah? 104 00:07:22,400 --> 00:07:24,720 Itulah penghabisan kegemaran ayah. 105 00:07:25,280 --> 00:07:26,640 Memang patut pun begitu. 106 00:07:27,040 --> 00:07:27,880 Ella, 107 00:07:28,680 --> 00:07:33,960 ayah rasa mungkin dah tiba masanya 108 00:07:34,600 --> 00:07:36,400 untuk memulakan babak baru. 109 00:07:36,880 --> 00:07:38,560 Ya, ayah? 110 00:07:38,720 --> 00:07:40,480 Kamu tahu agak lama dahulu, semasa ayah merantau, 111 00:07:40,640 --> 00:07:42,920 ayah berkenalan dengan Sir Francis Tremaine. 112 00:07:43,120 --> 00:07:44,160 Ya. 113 00:07:44,280 --> 00:07:46,920 Beliau Ketua Kesatuan Mercer, bukan? 114 00:07:47,080 --> 00:07:48,160 Bekas. 115 00:07:48,560 --> 00:07:50,200 Beliau telah meninggal dunia. 116 00:07:50,960 --> 00:07:52,360 Balunya, 117 00:07:53,960 --> 00:07:55,800 seorang wanita yang berpekerti mulia, 118 00:07:55,960 --> 00:07:58,080 kini hidup kesepian 119 00:07:58,240 --> 00:08:00,520 meskipun masih berada di puncak kehidupannya. 120 00:08:02,760 --> 00:08:04,800 Ayah tak berani beritahu saya. 121 00:08:05,440 --> 00:08:07,280 Tapi ayah tak perlu takut. 122 00:08:07,960 --> 00:08:10,360 Selagi ia mendatangkan kebahagiaan kepada ayah. 123 00:08:10,520 --> 00:08:11,760 Ya. 124 00:08:12,400 --> 00:08:13,920 Kebahagiaan. 125 00:08:14,600 --> 00:08:19,200 Kamu rasa masih adakah peluang terakhir untuk ayah, 126 00:08:19,600 --> 00:08:21,800 walaupun ayah menyangkakan ia tak mungkin lagi ada? 127 00:08:22,960 --> 00:08:25,680 Tentulah, ayah. 128 00:08:28,960 --> 00:08:30,960 Dia hanya akan menjadi ibu tiri kamu. 129 00:08:31,160 --> 00:08:34,200 Kamu juga akan mendapat dua orang kakak yang baik sebagai teman. 130 00:08:42,480 --> 00:08:45,080 Tabahkan diri, berhati baik sentiasa. 131 00:08:54,120 --> 00:08:56,800 Selamat datang, semua! 132 00:08:57,320 --> 00:08:58,360 Dia kurus macam batang penyapu! 133 00:08:58,520 --> 00:09:00,080 Tengoklah rambutnya yang kusut itu! 134 00:09:00,600 --> 00:09:01,760 Kamu sungguh baik. 135 00:09:01,920 --> 00:09:03,680 Selamat datang. Saya gembira bertemu dengan kamu. 136 00:09:03,840 --> 00:09:05,760 Cantik sungguh rambut kamu. 137 00:09:05,920 --> 00:09:07,560 -Terima kasih. -Kamu patut mendandannya. 138 00:09:07,720 --> 00:09:09,240 Saya pasti betul cakap kamu itu. 139 00:09:09,360 --> 00:09:10,920 -Nak tengok sekeliling rumah? -Apa katanya? 140 00:09:11,040 --> 00:09:12,720 Dia nak bawa kita mengelilingi rumah ladangnya. 141 00:09:12,880 --> 00:09:15,560 -Agaknya dia bangga dengannya. -Mereka ada bela haiwan di sini? 142 00:09:18,960 --> 00:09:22,280 Sungguh menawan. 143 00:09:23,280 --> 00:09:24,200 Lucifer. 144 00:09:26,040 --> 00:09:30,920 Bakal ibu tirinya seorang wanita yang berkeinginan dan bercitarasa tinggi. 145 00:09:31,080 --> 00:09:33,880 Dia juga pernah mengenali rasa duka. 146 00:09:34,000 --> 00:09:36,960 Tapi dia pandai menyembunyikannya. 147 00:10:05,040 --> 00:10:08,080 Kamu tak pernah beritahu bahawa anak kamu begitu cantik. 148 00:10:08,240 --> 00:10:09,560 Dia mewarisi rupa 149 00:10:11,040 --> 00:10:12,480 Ibunya. 150 00:10:14,160 --> 00:10:15,480 Begitu. 151 00:10:15,720 --> 00:10:17,240 Apa maksud mak? Apa yang menawan sangat? 152 00:10:17,400 --> 00:10:19,080 Mak berbohong saja. Saja nak tunjuk sopan. 153 00:10:19,240 --> 00:10:20,320 Diamlah. 154 00:10:20,480 --> 00:10:22,680 Sudah berapa lama keluarga kamu tinggal di sini? 155 00:10:22,880 --> 00:10:23,880 Lebih 200 tahun. 156 00:10:24,040 --> 00:10:25,840 Selama itu, mereka tak terfikir untuk menghiasnya? 157 00:10:26,040 --> 00:10:29,160 Anastasia, diam. 158 00:10:29,600 --> 00:10:31,920 Mereka akan ingat kamu bercakap serius. 159 00:10:32,880 --> 00:10:36,040 Ibu tiri Ella, memandangkan dia seorang wanita yang bersemangat, 160 00:10:36,200 --> 00:10:39,880 berusaha untuk mengembalikan keceriaan ke dalam rumah itu. 161 00:10:42,600 --> 00:10:45,000 Teruklah kamu ini, Baron. 162 00:10:47,440 --> 00:10:50,160 Nasib menyebelahi saya lagi. 163 00:10:56,600 --> 00:10:59,880 Tengoklah siapa yang juga ada partinya sendiri. 164 00:11:00,040 --> 00:11:03,960 Jacqueline, Teddy, Matilda, Gus-Gus yang tamak. 165 00:11:04,720 --> 00:11:05,760 Alamak. 166 00:11:07,440 --> 00:11:10,040 Apa pula 167 00:11:10,200 --> 00:11:13,320 Ya, apa yang kamu cuba nak buat, Lucifer? 168 00:11:13,440 --> 00:11:17,440 Jacqueline tetamu saya, dan memakan tetamu adalah tak dibenarkan. 169 00:11:18,560 --> 00:11:22,160 Pergilah. Ada banyak lagi makanan kucing untuk memuaskan hati kamu. 170 00:11:22,800 --> 00:11:24,880 Kaum wanita mesti saling tolong-menolong. 171 00:11:29,600 --> 00:11:31,240 Ayah terlepas parti kita. 172 00:11:31,400 --> 00:11:33,800 Ayah rasa ia sama saja seperti semua parti kita yang lain. 173 00:11:35,400 --> 00:11:36,840 Ayah akan bertolak awal pagi esok, El. 174 00:11:37,000 --> 00:11:38,400 Tidak. Tapi ayah 175 00:11:38,520 --> 00:11:41,040 Ayah baru saja pulang. 176 00:11:42,520 --> 00:11:43,640 Perlukah ayah pergi? 177 00:11:43,800 --> 00:11:45,720 Hanya untuk beberapa bulan, sayang. 178 00:11:48,280 --> 00:11:50,280 Apa yang kamu nak ayah bawa pulang dari seberang? 179 00:11:50,440 --> 00:11:51,680 Kakak-kakak kamu, 180 00:11:51,840 --> 00:11:54,160 kakak-kakak tiri kamu, telah meminta 181 00:11:54,320 --> 00:11:57,160 payung dan kain renda. 182 00:11:57,440 --> 00:11:58,640 sApa yang kamu mahukan? 183 00:12:00,240 --> 00:12:04,440 Bawakan saya ranting pertama yang terkena bahu ayah semasa perjalanan. 184 00:12:04,800 --> 00:12:07,040 Itu satu permintaan yang aneh. 185 00:12:07,160 --> 00:12:10,480 Tapi, ayah mesti membawanya bersama sepanjang perjalanan, 186 00:12:10,640 --> 00:12:13,160 dan kenanglah saya apabila ayah melihatnya. 187 00:12:13,840 --> 00:12:17,640 Apabila ayah membawanya pulang, bermakna ayah ada bersamanya. 188 00:12:18,520 --> 00:12:20,760 Itulah sebenarnya yang saya mahu. 189 00:12:21,840 --> 00:12:23,880 Supaya ayah kembali. 190 00:12:24,040 --> 00:12:25,080 Walau apa jua sekalipun. 191 00:12:28,680 --> 00:12:30,120 Baiklah. 192 00:12:32,800 --> 00:12:35,960 Ella, sepanjang pemergian ayah, 193 00:12:36,040 --> 00:12:38,360 layanlah ibu tiri kamu dengan baik, 194 00:12:38,520 --> 00:12:40,680 kakak-kakak tiri kamu juga, walaupun mereka 195 00:12:40,840 --> 00:12:43,680 kadangkalanya menyusahkan. 196 00:12:44,680 --> 00:12:46,280 -Saya berjanji. -Terima kasih. 197 00:12:46,440 --> 00:12:49,040 Kenangan ayah akan sentiasa kekal di rumah ini, Ella. 198 00:12:50,400 --> 00:12:51,720 Ingat itu. 199 00:12:52,520 --> 00:12:57,520 Ibu kamu pun ada di sini, walaupun kamu tak nampak. 200 00:12:57,920 --> 00:12:59,640 Dialah jiwa tempat ini. 201 00:13:00,880 --> 00:13:04,360 Sebab itulah kita mesti sentiasa menjaga rumah ini untuknya. 202 00:13:07,960 --> 00:13:09,680 Saya merindui mak. 203 00:13:10,640 --> 00:13:12,000 Adakah ayah pun sama? 204 00:13:13,920 --> 00:13:15,440 Teramat sangat. 205 00:13:28,880 --> 00:13:31,160 Jangan lupa kain renda itu! Saya mesti memilikinya! 206 00:13:31,320 --> 00:13:32,720 Payung saya juga! 207 00:13:32,840 --> 00:13:34,720 Untuk melindungi wajah saya! 208 00:13:34,880 --> 00:13:37,800 Maksudnya kulit muka saya, jika ayah tak tahu! 209 00:13:40,000 --> 00:13:40,920 Jumpa lagi! 210 00:13:41,800 --> 00:13:43,440 Jumpa lagi, Ella! 211 00:13:43,600 --> 00:13:44,440 Saya sayang ayah! 212 00:13:44,600 --> 00:13:46,600 Ayah pun sayangkan kamu! 213 00:13:49,760 --> 00:13:51,320 Jumpa lagi! 214 00:14:11,800 --> 00:14:13,280 Ella, sayang. 215 00:14:21,920 --> 00:14:24,560 Sabar. Jangan menangis. 216 00:14:25,760 --> 00:14:26,840 Ya, Ibu Tiri. 217 00:14:27,160 --> 00:14:28,880 Tak perlu panggil saya begitu. 218 00:14:30,040 --> 00:14:31,680 "Puan" dah memadai. 219 00:14:31,840 --> 00:14:33,760 Tak cukup ruang untuk saya dan semua pakaian kakak! 220 00:14:33,920 --> 00:14:35,920 Jadi, kecilkanlah diri kamu! 221 00:14:36,120 --> 00:14:38,760 Anastasia dan Drisella berkongsi bilik selama ini. 222 00:14:39,000 --> 00:14:41,320 Mereka gadis-gadis yang begitu baik dan penyayang. 223 00:14:42,160 --> 00:14:44,840 Lebih baik kalau kamu lenyap terus! 224 00:14:45,040 --> 00:14:46,160 Kakak pasti suka, bukan? 225 00:14:46,320 --> 00:14:48,040 Kadangkala saya rasa nak korek biji mata Kakak! 226 00:14:48,600 --> 00:14:52,240 Agaknya mereka merasakan bilik tidur mereka agak sempit. 227 00:14:53,000 --> 00:14:56,560 Bilik saya yang paling besar selepas bilik puan dan ayah. 228 00:14:56,720 --> 00:14:58,360 Mungkin mereka sudi berkongsi bilik itu. 229 00:14:59,080 --> 00:15:00,720 Itu idea yang cukup bagus. 230 00:15:00,840 --> 00:15:03,040 Kamu memang gadis yang baik. 231 00:15:04,080 --> 00:15:05,120 Saya boleh tinggal di 232 00:15:05,240 --> 00:15:06,560 Di loteng. 233 00:15:06,840 --> 00:15:08,080 Betul. 234 00:15:10,640 --> 00:15:11,640 Di loteng? 235 00:15:11,760 --> 00:15:12,600 Ya. 236 00:15:12,960 --> 00:15:17,480 Hanya untuk seketika, sementara saya menghias semula bilik-bilik lain. 237 00:15:17,640 --> 00:15:19,160 Loteng kita begitu selesa dan berangin 238 00:15:19,360 --> 00:15:22,480 dan kamu akan berada jauh dari perkelahian dan gangguan kami. 239 00:15:22,560 --> 00:15:28,320 Kamu akan rasa lebih selesa jika membawa benda-benda ini bersama. 240 00:15:28,680 --> 00:15:30,760 Sebagai penghibur hati. 241 00:16:04,960 --> 00:16:06,120 Apa-apa pun, 242 00:16:07,880 --> 00:16:10,280 tiada siapa yang akan mengganggu saya di sini. 243 00:16:27,800 --> 00:16:29,320 Helo, Gus-Gus. 244 00:16:37,440 --> 00:16:39,400 Ayuh, Gus-Gus, kamu boleh melakukannya. 245 00:16:41,400 --> 00:16:42,840 Di sini rupanya tempat kalian berteduh. 246 00:16:45,240 --> 00:16:46,720 Tempat saya juga, nampaknya. 247 00:16:48,280 --> 00:16:49,120 Baiklah. 248 00:16:50,280 --> 00:16:51,240 Siapa nak tolong saya? 249 00:16:51,320 --> 00:16:52,160 Dungu. 250 00:16:52,320 --> 00:16:53,440 Itu memang dah keterlaluan. 251 00:16:53,600 --> 00:16:56,200 Adik kita di atas sana, bercakap dengan ulat kayu. 252 00:16:57,960 --> 00:16:59,640 Seronoknya. 253 00:17:00,440 --> 00:17:02,000 Tiada kucing, 254 00:17:03,400 --> 00:17:05,600 dan tiada kakak-kakak tiri. 255 00:17:06,520 --> 00:17:07,880 Kita ada seorang adik yang dungu. 256 00:17:08,040 --> 00:17:09,200 Kakak ada dua orang. 257 00:17:09,320 --> 00:17:10,760 Saya boleh dengar cakap kakak itu. 258 00:17:10,920 --> 00:17:13,680 -Dia bercakap dengan siapa itu? -Dia dah gila. 259 00:17:17,480 --> 00:17:20,640 Nyanyikanlah, wahai perindu malam 260 00:17:20,880 --> 00:17:22,400 -Selamat pagi. -Selamat pagi, Cik Ella. 261 00:17:22,560 --> 00:17:23,880 Selamat pagi, Tom! 262 00:17:27,840 --> 00:17:29,040 Nyanyikanlah, wahai 263 00:17:29,200 --> 00:17:31,600 Helo. Izinkan saya 264 00:17:31,760 --> 00:17:34,400 Telur Chantecler yang cantik. Syabas. 265 00:17:34,600 --> 00:17:35,680 Terima kasih. 266 00:17:36,080 --> 00:17:37,480 -Selamat pagi. -Selamat pagi. 267 00:17:40,920 --> 00:17:41,920 Terima kasih, Cik Ella. 268 00:17:42,160 --> 00:17:43,360 Sama-sama. 269 00:17:47,960 --> 00:17:49,320 Ella! 270 00:17:49,760 --> 00:17:52,400 Bangun, anak-anak! Dah tiba waktu makan tengahari! 271 00:17:52,520 --> 00:17:56,000 Kakak-kakak tiri Ella tak suka bangun pagi. 272 00:18:00,240 --> 00:18:03,840 Mereka juga tak berkebolehan dalam seni rumah tangga seperti mengemas. 273 00:18:05,200 --> 00:18:07,880 Malah, mereka tak berkebolehan dalam segala bentuk seni. 274 00:18:09,200 --> 00:18:14,320 Ada seorang kekasih dan gadisnya 275 00:18:14,440 --> 00:18:16,880 Dengan hei dan ho 276 00:18:17,040 --> 00:18:19,480 dan hei nonino 277 00:18:19,680 --> 00:18:25,160 Melepasi ladang jagung menghijau 278 00:18:25,440 --> 00:18:28,160 Pasangan kekasih amat menyukai 279 00:18:28,320 --> 00:18:30,360 musim bunga 280 00:19:05,000 --> 00:19:07,280 Pasangan kekasih amat menyukai 281 00:19:07,440 --> 00:19:10,800 musim bunga 282 00:19:15,480 --> 00:19:17,040 Tolonglah diam. 283 00:19:19,120 --> 00:19:23,440 Ella mengubat hati dengan surat-surat Ayahnya yang dikirim dari perantauan. 284 00:19:23,560 --> 00:19:25,560 Minggu berganti bulan, 285 00:19:25,800 --> 00:19:29,160 tetapi setiap hari akan membawa khabar Ayahnya dari tempat yang jauh. 286 00:19:29,320 --> 00:19:30,480 Cik Ella, kereta kuda pos dah datang! 287 00:19:30,560 --> 00:19:32,560 Sehinggalah pada suatu tengah hari... 288 00:19:34,280 --> 00:19:35,840 Peladang John? 289 00:19:37,280 --> 00:19:38,520 Cik Ella. 290 00:19:38,680 --> 00:19:40,360 Ini tentang bapa kamu, Cik. 291 00:19:41,360 --> 00:19:43,560 Dia jatuh sakit semasa dalam perjalanan. 292 00:19:45,560 --> 00:19:47,360 Dia telah meninggal dunia, Cik. 293 00:19:48,640 --> 00:19:50,120 Dia dah tiada. 294 00:19:51,600 --> 00:19:55,080 Hingga saat terakhirnya, dia hanya bercakap tentang Cik. 295 00:19:55,240 --> 00:19:56,360 Tentang ibu kamu juga. 296 00:19:58,000 --> 00:20:00,360 Saya diminta untuk menyerahkan benda ini kepada kamu. 297 00:20:01,400 --> 00:20:03,200 Tapi bagaimana dengan kain renda saya? 298 00:20:03,400 --> 00:20:05,120 Payung saya? 299 00:20:05,760 --> 00:20:08,520 Kamu tak sedarkah? Semua itu tak penting lagi. 300 00:20:09,960 --> 00:20:11,400 Habislah kita. 301 00:20:13,120 --> 00:20:15,000 Bagaimana kita boleh teruskan kehidupan? 302 00:20:21,680 --> 00:20:23,080 Terima kasih. 303 00:20:25,480 --> 00:20:28,080 Ia tentu amat sukar bagi kamu. 304 00:21:14,560 --> 00:21:16,400 Bagaimanalah untuk meneruskan kehidupan. 305 00:21:16,560 --> 00:21:18,520 Langkah berjimat cermat terpaksa diambil. 306 00:21:18,640 --> 00:21:22,360 Ibu tiri Ella memberhentikan semua pekerja di rumah itu. 307 00:21:38,000 --> 00:21:40,080 Ibu tiri dan kakak-kakak tirinya 308 00:21:40,360 --> 00:21:42,160 sentiasa menderanya. 309 00:21:43,040 --> 00:21:45,280 Lambat laun mereka menganggap Ella 310 00:21:45,640 --> 00:21:48,960 lebih seperti seorang orang gaji berbanding seorang adik. 311 00:21:49,880 --> 00:21:52,760 Maka terpaksalah Ella membuat semua kerja. 312 00:21:54,880 --> 00:21:59,280 Ia ada kebaikannya, kerana bolehlah dia melupakan kesedihannya. 313 00:21:59,400 --> 00:22:01,640 Bak kata ibu tirinya. 314 00:22:04,120 --> 00:22:07,280 Dia dan dua anak gadisnya dengan sukacitanya 315 00:22:07,440 --> 00:22:11,440 memberikan banyak kerja untuk mengubat hati Ella. 316 00:22:18,600 --> 00:22:23,160 Tapi mereka ada juga berkongsi makanan mereka dengan Ella, 317 00:22:23,320 --> 00:22:26,400 yang sebenarnya apa-apa sisa mereka yang tinggal di atas meja. 318 00:22:27,280 --> 00:22:28,600 Bilangan kawannya amatlah kecil. 319 00:22:29,240 --> 00:22:31,800 Malah, kawan-kawannya memang sangat kecil. 320 00:22:32,000 --> 00:22:33,720 Itu pun kamu. 321 00:22:34,600 --> 00:22:36,240 Jemput makan bersama saya? 322 00:22:39,120 --> 00:22:42,680 Tapi kawan-kawannya yang ada, dilayannya dengan hati yang terbuka 323 00:22:42,840 --> 00:22:44,640 dan tangan yang terbuka. 324 00:22:48,200 --> 00:22:49,840 Ini meja kamu. 325 00:23:08,040 --> 00:23:10,880 Kadangkalanya, di penghujung hari, 326 00:23:11,160 --> 00:23:14,120 loteng yang berangin itu terlalu sejuk untuk dijadikan tempat bermalam, 327 00:23:14,240 --> 00:23:17,000 maka dia pun berbaring berdekatan bara malap di perdiangan 328 00:23:17,160 --> 00:23:18,920 untuk memanaskan badan. 329 00:23:35,520 --> 00:23:38,040 Saya ingat sarapan dah sedia. 330 00:23:38,160 --> 00:23:39,320 Sudah, puan. 331 00:23:39,440 --> 00:23:40,960 Saya cuma sedang menjaga api. 332 00:23:41,800 --> 00:23:44,800 Lain kali, boleh jangan panggil kami sehinggalah kerja dah selesai? 333 00:23:44,960 --> 00:23:46,280 Baiklah. 334 00:23:47,320 --> 00:23:49,320 Ella, apa di muka kamu itu? 335 00:23:51,680 --> 00:23:53,240 Apa? 336 00:23:54,800 --> 00:23:56,560 Abu perdiangan. 337 00:23:57,440 --> 00:23:58,960 Tolong bersihkan diri. 338 00:23:59,240 --> 00:24:00,600 Nanti abu itu termasuk dalam teh kami. 339 00:24:00,760 --> 00:24:03,800 Saya ada nama baru untuknya! Cinderwench. 340 00:24:03,960 --> 00:24:05,600 Saya tak sanggup kalau kotor sebegini. 341 00:24:05,960 --> 00:24:07,040 Ella Comot. 342 00:24:07,440 --> 00:24:09,280 Cinder-ella! 343 00:24:09,600 --> 00:24:10,800 Kami akan panggil kamu dengan nama itu. 344 00:24:10,920 --> 00:24:11,760 anak-anak, 345 00:24:11,920 --> 00:24:13,120 pandainya kalian. 346 00:24:15,520 --> 00:24:17,200 Hidangan ini untuk siapa? 347 00:24:18,520 --> 00:24:20,840 Kita ada tertinggal sesiapakah? 348 00:24:21,600 --> 00:24:22,600 Ini tempat saya. 349 00:24:22,760 --> 00:24:25,400 Agak keterlaluan untuk meminta kamu menyediakan sarapan, 350 00:24:25,600 --> 00:24:27,840 menghidangkannya dan duduk bersama kami pula. 351 00:24:28,080 --> 00:24:30,760 Bukankah lebih baik kamu makan selepas semua kerja dah selesai, Ella? 352 00:24:30,880 --> 00:24:33,360 Atau patutkah saya kata, "Cinderella"? 353 00:25:17,520 --> 00:25:19,040 Cinderella. 354 00:25:19,560 --> 00:25:23,080 Nama julukan ada kuasanya, umpama jampi serapah. 355 00:25:23,720 --> 00:25:28,000 Secara tiba-tiba, baginya, ibu tiri dan kakak-kakak tirinya 356 00:25:28,120 --> 00:25:31,800 telah menukarkannya menjadi sekadar satu makhluk kotor 357 00:25:31,960 --> 00:25:33,360 hanya untuk diperhambakan. 358 00:26:10,280 --> 00:26:11,120 Lari! 359 00:26:11,280 --> 00:26:12,640 Cepat, nanti mereka akan tangkap kamu! 360 00:26:13,320 --> 00:26:14,280 Pergi! 361 00:26:16,840 --> 00:26:18,480 Bertenang! 362 00:26:20,880 --> 00:26:24,040 Mungkin mujur juga kakak-kakak tiri Ella bertindak kejam. 363 00:26:24,200 --> 00:26:26,200 Jika tak kerana dia melarikan diri ke hutan, 364 00:26:26,320 --> 00:26:28,280 dia mungkin takkan bertemu dengan putera itu. 365 00:26:30,320 --> 00:26:33,320 Bertenang! 366 00:26:33,480 --> 00:26:34,760 Bertenang! 367 00:26:34,920 --> 00:26:36,280 Tolonglah, perlahan sikit! 368 00:26:37,800 --> 00:26:38,680 Cik! 369 00:26:38,880 --> 00:26:40,440 Cik! Kamu tak apa-apa? 370 00:26:40,600 --> 00:26:41,880 Tunggu! 371 00:26:42,560 --> 00:26:44,040 Saya tak apa-apa, terima kasih! 372 00:26:51,440 --> 00:26:52,600 Kamu tak apa-apa? 373 00:26:52,800 --> 00:26:55,640 Saya tak apa-apa, tapi kamu telah benar-benar menakutkannya. 374 00:26:56,000 --> 00:26:56,880 Siapa? 375 00:26:56,960 --> 00:26:58,000 Rusa jantan tadi. 376 00:26:58,600 --> 00:26:59,720 Apa dosanya terhadap kamu, 377 00:26:59,880 --> 00:27:01,280 sehingga kamu mengejarnya di merata tempat? 378 00:27:02,440 --> 00:27:05,280 Saya akui saya tak pernah berjumpa dengannya sebelum ini. 379 00:27:05,440 --> 00:27:06,760 Ia kawan kamukah? 380 00:27:06,880 --> 00:27:08,360 Sekadar kenalan. 381 00:27:08,520 --> 00:27:10,000 Kami baru bertemu tadi. 382 00:27:11,200 --> 00:27:12,280 Saya merenung matanya, 383 00:27:13,680 --> 00:27:14,680 dan ia merenung mata saya, 384 00:27:14,840 --> 00:27:17,400 dan rasanya banyak lagi perkara yang belum ia kecapi dalam hidupnya. 385 00:27:17,560 --> 00:27:18,480 Itu saja. 386 00:27:18,640 --> 00:27:21,320 Cik, kamu dipanggil apa? 387 00:27:22,200 --> 00:27:23,680 Tak kisahlah saya dipanggil apa. 388 00:27:24,200 --> 00:27:26,680 Kamu tak patut merayau jauh ke dalam hutan bersendirian. 389 00:27:27,040 --> 00:27:30,000 Saya bukan bersendirian. Saya bersama kamu, Encik... 390 00:27:30,160 --> 00:27:31,960 Siapa nama kamu? 391 00:27:32,560 --> 00:27:34,160 Kamu tak kenal siapa saya? 392 00:27:34,320 --> 00:27:35,440 Nama saya... 393 00:27:36,080 --> 00:27:36,960 Saya biasa dipanggil Kit. 394 00:27:37,120 --> 00:27:38,600 Bapa saya memanggil saya dengan nama itu, 395 00:27:38,760 --> 00:27:40,280 apabila anginnya baik. 396 00:27:41,240 --> 00:27:44,680 Kamu tinggal di mana, En. Kit? 397 00:27:44,840 --> 00:27:45,680 Di istana. 398 00:27:46,080 --> 00:27:48,360 Bapa saya sedang mengajar saya tentang bidangnya. 399 00:27:48,560 --> 00:27:49,720 Kamu seorang pelatih? 400 00:27:50,040 --> 00:27:51,280 Lebih kurang begitu. 401 00:27:51,600 --> 00:27:52,960 Baguslah begitu. 402 00:27:53,120 --> 00:27:54,760 Adakah kamu dilayan dengan baik? 403 00:27:55,080 --> 00:27:57,240 Mungkin lebih daripada yang sepatutnya. 404 00:27:57,760 --> 00:27:58,800 Kamu pula? 405 00:28:00,200 --> 00:28:02,480 Mereka melayan saya sebaik yang termampu. 406 00:28:03,800 --> 00:28:05,280 Saya bersimpati. 407 00:28:05,720 --> 00:28:07,520 Ia bukan salah kamu. 408 00:28:08,680 --> 00:28:10,520 Saya pasti ia juga bukan salah kamu. 409 00:28:12,440 --> 00:28:14,000 Ia taklah teruk sangat. 410 00:28:14,280 --> 00:28:16,600 Saya pasti ada orang lain yang lebih malang. 411 00:28:16,680 --> 00:28:17,840 Kita hanya perlu 412 00:28:18,720 --> 00:28:22,960 menabahkan diri dan berhati baik sentiasa, bukan? 413 00:28:23,440 --> 00:28:24,600 Ya. 414 00:28:25,800 --> 00:28:27,080 Betul cakap kamu. 415 00:28:28,360 --> 00:28:30,280 Saya pun berasa begitu. 416 00:28:34,720 --> 00:28:36,520 Tolong jangan biarkan mereka mencederakannya. 417 00:28:36,720 --> 00:28:39,400 Tapi kamu tahu kami sedang memburu. Itu satu kebiasaan. 418 00:28:39,560 --> 00:28:42,640 Meskipun ia satu kebiasaan tak bermakna ia patut dilakukan. 419 00:28:43,200 --> 00:28:44,480 Betul sekali lagi. 420 00:28:45,280 --> 00:28:46,400 Jadi, 421 00:28:47,120 --> 00:28:49,160 kamu takkan mengganggunya, bukan? 422 00:28:52,240 --> 00:28:53,400 Ya. 423 00:28:55,120 --> 00:28:58,480 Terima kasih banyak, En. Kit. 424 00:29:00,320 --> 00:29:01,600 Itu pun Tuan... 425 00:29:01,720 --> 00:29:03,000 Ini Kit! Kit! 426 00:29:03,160 --> 00:29:05,440 Kit! Saya Kit. Saya pergi sekarang. 427 00:29:05,960 --> 00:29:08,160 Jadi, baik kita berangkat sekarang, 428 00:29:08,400 --> 00:29:10,440 En. Kit. 429 00:29:10,560 --> 00:29:12,000 Saya dah kata. 430 00:29:12,200 --> 00:29:13,480 Saya pergi sekarang. 431 00:29:27,680 --> 00:29:29,480 Saya harap kita dapat berjumpa lagi, Cik. 432 00:29:31,680 --> 00:29:33,280 Saya pun sama. 433 00:30:11,480 --> 00:30:14,040 Macamlah Anakanda orang pertama dapat berjumpa dengan gadis cantik. 434 00:30:14,120 --> 00:30:15,560 Dia bukan sekadar "gadis cantik." 435 00:30:15,800 --> 00:30:17,120 Memang, dia seorang gadis yang cantik, 436 00:30:17,280 --> 00:30:18,640 tapi dia jauh lebih daripada itu. 437 00:30:18,800 --> 00:30:20,320 Lebih apa lagi? Kalian baru bertemu sekali. 438 00:30:21,120 --> 00:30:22,280 Di mana Anakanda tahu apa-apa tentangnya? 439 00:30:22,360 --> 00:30:24,280 Ayahanda kata Ayahanda terus tahu apabila bertemu Bonda. 440 00:30:24,440 --> 00:30:26,120 Itu lain. Bonda kamu seorang puteri. 441 00:30:26,320 --> 00:30:27,440 Ayahanda tetap akan mencintainya. 442 00:30:27,600 --> 00:30:28,600 Ayahanda takkan dapat jumpa dia pun, 443 00:30:28,760 --> 00:30:30,480 kerana itu bukan perkara yang elok. 444 00:30:30,640 --> 00:30:34,040 Nenda kamu akan beritahu Ayahanda apa yang Ayahanda cakap sekarang ini 445 00:30:34,120 --> 00:30:34,960 dan Ayahanda akan ikut cakapnya. 446 00:30:35,040 --> 00:30:35,920 -Taklah. -Yalah. 447 00:30:36,080 --> 00:30:36,920 -Taklah. -Yalah. 448 00:30:37,080 --> 00:30:38,080 -Taklah. -Betul cakap Anakanda. 449 00:30:43,920 --> 00:30:45,360 Jadi, bagaimana keadaan baginda? 450 00:30:47,360 --> 00:30:48,760 Tuanku... 451 00:30:50,480 --> 00:30:51,680 Tak apa. 452 00:30:52,680 --> 00:30:55,800 Jika kamu perlu berfikir panjang untuk berkata-kata, beta dah tahu. 453 00:30:59,200 --> 00:31:00,320 Ayahanda... 454 00:31:02,440 --> 00:31:04,360 Yang hidup pasti akan mati, nak. 455 00:31:05,920 --> 00:31:06,960 Mari. 456 00:31:07,120 --> 00:31:08,400 Nanti kita terlewat. 457 00:31:11,280 --> 00:31:13,160 Ketepatan masa menandakan 458 00:31:13,320 --> 00:31:15,160 -kesopanan putera raja. -Kesopanan putera raja. 459 00:31:15,240 --> 00:31:16,480 Duli Yang Teramat Mulia, Baginda Raja! 460 00:31:16,640 --> 00:31:18,960 Pasti Ayahanda Tuanku dah menegur tindakan Tuanku di hutan. 461 00:31:19,160 --> 00:31:20,640 Adakah itu urusan kamu, Grand Duke? 462 00:31:20,800 --> 00:31:23,680 Urusan Tuanku ialah urusan patik jua, Tuanku. 463 00:31:23,800 --> 00:31:25,680 Rusa jantan itu tak boleh dibiar terlepas. 464 00:31:25,840 --> 00:31:28,400 Meskipun ia satu kebiasaan tak bermakna ia patut dilakukan. 465 00:31:28,560 --> 00:31:29,560 Lebih kurang begitulah. 466 00:31:29,920 --> 00:31:32,800 Tuan Phineus, pakar seni lukis, sabar menunggu. 467 00:31:32,880 --> 00:31:34,880 Buatkan baginda nampak layak berkahwin, Tuan Phineus. 468 00:31:35,040 --> 00:31:36,960 Demi menarik perhatian calon isteri yang sesuai, 469 00:31:37,160 --> 00:31:39,280 walaupun baginda enggan mendengar sepatah pun cakap beta. 470 00:31:39,360 --> 00:31:41,800 Patik akan memastikan agar Tuanku berpuas hati. 471 00:31:42,160 --> 00:31:43,920 Tapi patik tak boleh melakukan keajaiban. 472 00:31:44,080 --> 00:31:45,960 Kanvas yang cantik, Tuan Phineus. 473 00:31:46,040 --> 00:31:46,920 Terima kasih. 474 00:31:47,080 --> 00:31:48,720 Macamlah dia tahu apa-apa tentang seni lukis. 475 00:31:48,920 --> 00:31:50,080 Jadi, semua potret ini 476 00:31:50,240 --> 00:31:51,520 benar-benar akan dihantar ke seberang? 477 00:31:51,680 --> 00:31:55,200 Supaya golongan ternama menghadiri majlis yang Ayahanda nak sangat itu. 478 00:31:55,360 --> 00:31:57,400 Ia satu tradisi. Yang digemari. 479 00:31:57,480 --> 00:31:59,840 Semasa itulah Anakanda akan memilih seorang isteri. 480 00:31:59,920 --> 00:32:00,760 Menarik. 481 00:32:00,840 --> 00:32:04,600 Jika perlu berkahwin, tak bolehkah beta memilih seorang gadis desa yang baik? 482 00:32:04,720 --> 00:32:08,560 Berapa daerah yang "gadis desa yang baik" ini boleh tawarkan kepada kita? 483 00:32:08,720 --> 00:32:10,560 Bagaimana dia akan mengukuhkan kerajaan ini? 484 00:32:10,640 --> 00:32:14,480 Kita kerajaan kecil di kalangan negara-negara besar, Tuanku. 485 00:32:14,640 --> 00:32:15,960 Ini dunia yang bahaya. 486 00:32:17,680 --> 00:32:18,960 Dengarlah, nak. 487 00:32:19,120 --> 00:32:20,640 -Menaikkan kamu, Tuan Phineus. -Bagus. 488 00:32:20,960 --> 00:32:24,520 Ayahanda ingin melihat Anakanda dan kerajaan ini selamat. 489 00:32:25,200 --> 00:32:26,680 Baiklah, Ayahanda, 490 00:32:27,840 --> 00:32:29,400 dengan satu syarat. 491 00:32:30,720 --> 00:32:34,400 Jemputlah semua orang, bukan setakat golongan bangsawan. 492 00:32:34,520 --> 00:32:36,360 Peperangan telah membawa kesedihan kepada kita semua. 493 00:32:36,560 --> 00:32:37,720 Apa pendapat kamu? 494 00:32:37,960 --> 00:32:39,360 Adakah itu akan menggembirakan rakyat? 495 00:32:39,520 --> 00:32:41,600 Itu tak tercapai dek akal patik, Tuanku. 496 00:32:41,800 --> 00:32:44,960 Tapi patik tak kisah kalau dapat berpesta sikit. 497 00:32:46,040 --> 00:32:47,240 Patik rasa kita dah ada persetujuan. 498 00:32:49,000 --> 00:32:51,000 Majlis tari-menari untuk rakyat jelata, 499 00:32:51,080 --> 00:32:52,640 dan seorang puteri untuk putera kita. 500 00:32:52,840 --> 00:32:55,520 Bunyinya seperti langkah yang betul, pada pendapat... 501 00:32:55,680 --> 00:32:57,320 Kami tak meminta pendapat kamu. 502 00:32:57,440 --> 00:33:00,080 Ampunkan patik. Jahat cat ini, jahat berus ini. 503 00:33:00,240 --> 00:33:01,520 Tolong turunkan saya, Samson. 504 00:33:01,960 --> 00:33:03,440 Kusyen pun tiada. 505 00:33:03,680 --> 00:33:05,320 Baik, turun, turun. Jangan terlalu... 506 00:33:05,480 --> 00:33:07,160 Saya berada di atas lantai. 507 00:33:07,320 --> 00:33:10,720 Saya benar-benar terbaring di atas lantai. Maaf. 508 00:33:11,000 --> 00:33:12,840 Sebenarnya Tuanku nampak tampan dari sudut ini. 509 00:33:13,040 --> 00:33:15,240 Lubang hidung yang cantik. Ada berus yang lebih panjang? 510 00:33:28,120 --> 00:33:29,960 Kamu tak nampak ceria, cik. 511 00:33:30,440 --> 00:33:31,920 Langsung tidak. 512 00:33:32,640 --> 00:33:35,240 Mengapa masih tinggal di situ sedangkan kamu dilayan sebegitu? 513 00:33:36,160 --> 00:33:38,240 Sebab saya telah berjanji kepada ibu bapa saya 514 00:33:38,360 --> 00:33:40,720 untuk terus menjaga rumah tempat kami begitu bahagia dahulu. 515 00:33:40,920 --> 00:33:42,800 Mereka amat menyayangi rumah kami, 516 00:33:44,160 --> 00:33:46,640 dan setelah pemergian mereka, saya menyayanginya untuk mereka. 517 00:33:47,200 --> 00:33:48,520 Ia rumah saya. 518 00:33:48,680 --> 00:33:51,240 Perhatian! 519 00:33:52,000 --> 00:33:53,120 Diam! 520 00:33:53,560 --> 00:33:54,560 "Bahawasanya 521 00:33:54,920 --> 00:33:57,640 pada hari ini, dua minggu dari sekarang, 522 00:33:57,800 --> 00:34:00,600 akan berlangsungnya di istana 523 00:34:00,760 --> 00:34:03,040 sebuah Majlis Tari-menari Diraja. 524 00:34:03,200 --> 00:34:06,120 Di majlis tersebut, 525 00:34:06,280 --> 00:34:09,280 sejajar dengan adat-istiadat lama, 526 00:34:09,480 --> 00:34:13,440 putera raja akan memilih calon isteri baginda. 527 00:34:13,640 --> 00:34:15,120 Di samping itu, 528 00:34:15,280 --> 00:34:17,120 atas titah putera raja, 529 00:34:17,280 --> 00:34:21,520 maka diisytiharkan di sini bahawa semua gadis di negeri ini, 530 00:34:21,680 --> 00:34:24,640 baik golongan bangsawan mahupun rakyat marhaen, 531 00:34:25,960 --> 00:34:29,720 dijemput hadir. 532 00:34:29,880 --> 00:34:35,480 Demikianlah titah raja kita yang teramat mulia." 533 00:34:36,000 --> 00:34:37,000 Maaf, puan. 534 00:34:37,120 --> 00:34:41,680 Ella amat teruja untuk berjumpa Kit, si pelatih itu. 535 00:34:42,520 --> 00:34:46,960 Kakak-kakak tirinya pun agak berminat untuk berjumpa putera raja. 536 00:34:48,120 --> 00:34:50,600 Saya akan memperdayakan dia supaya mencintai saya. Tengoklah! 537 00:34:50,800 --> 00:34:53,200 Inilah berita paling menggemparkan! 538 00:34:53,280 --> 00:34:55,440 Bertenang. 539 00:34:55,600 --> 00:34:56,720 Sekarang dengar cakap Mak. 540 00:34:56,800 --> 00:34:58,680 Seorang daripada kamu mesti menawan hati putera itu. 541 00:34:58,840 --> 00:35:01,360 Jika berjaya, langsailah semua hutang yang membelenggu kita 542 00:35:01,520 --> 00:35:02,960 sejak kita datang ke tempat terceruk ini! 543 00:35:03,120 --> 00:35:05,080 Saya, seorang puteri? 544 00:35:05,240 --> 00:35:06,240 Atau saya, 545 00:35:06,440 --> 00:35:07,760 seorang puteri? 546 00:35:09,200 --> 00:35:10,560 Setelah menyampaikan berita ini, 547 00:35:10,720 --> 00:35:12,520 mengapa kamu masih berada di sini? 548 00:35:12,680 --> 00:35:14,160 Kamu harus segera kembali ke pekan 549 00:35:14,320 --> 00:35:17,520 dan meminta tukang jahit menyiapkan tiga pasang gaun tarian yang cantik. 550 00:35:17,720 --> 00:35:18,800 Tiga pasang? 551 00:35:19,880 --> 00:35:21,640 Puan sungguh bertimbang rasa. 552 00:35:21,920 --> 00:35:23,080 Apa maksud kamu? 553 00:35:23,240 --> 00:35:24,800 Sebab teringatkan saya. 554 00:35:24,960 --> 00:35:26,080 Teringatkan kamu? 555 00:35:26,280 --> 00:35:28,320 Mak, dia ingat gaun yang lagi sepasang itu untuknya. 556 00:35:28,480 --> 00:35:31,240 Kesian si Cinder yang lembab. Malunya. 557 00:35:31,560 --> 00:35:33,200 Kamu terlalu kuat berangan-angan. 558 00:35:33,320 --> 00:35:36,000 Bukan. Saya cuma nak berjumpa dengan kawan saya. 559 00:35:36,680 --> 00:35:38,520 Biar saya jelaskan betul-betul. 560 00:35:38,880 --> 00:35:41,120 Sepasang gaun untuk Anastasia, 561 00:35:41,280 --> 00:35:42,560 sepasang untuk Drisella, 562 00:35:42,720 --> 00:35:44,760 dan sepasang untuk saya! 563 00:35:46,640 --> 00:35:48,440 Dia tak faham apa maksudnya. 564 00:35:54,880 --> 00:35:56,160 Bagus. Baiklah. 565 00:35:56,320 --> 00:35:57,400 Segalanya dah jelas. 566 00:35:57,640 --> 00:35:58,640 Pergi sekarang! 567 00:35:58,840 --> 00:36:00,840 Semua gadis di negeri ini akan mengejar putera itu. 568 00:36:01,000 --> 00:36:04,560 Kamu harus tiba di sana dahulu sebelum tukang jahit itu dibebani kerja! 569 00:36:04,680 --> 00:36:05,840 Apa yang dia kata tadi, Drisella? 570 00:36:06,000 --> 00:36:08,040 Saya tahu berbahasa Perancis, bukan bahasa Itali! 571 00:36:24,560 --> 00:36:26,400 Tumpukan perhatian, Tuanku. Tuanku sedang bingung. 572 00:36:26,560 --> 00:36:27,680 Maaf. 573 00:36:27,840 --> 00:36:28,840 Tuanku berubah sejak pemburuan itu. 574 00:36:29,040 --> 00:36:31,880 Disebabkan gadis yang menawan itu. Beta tak boleh melupakannya. 575 00:36:32,080 --> 00:36:33,520 Tapi ada ramai lagi gadis lain. 576 00:36:33,640 --> 00:36:36,200 Tapi semangatnya, kebaikannya... 577 00:36:36,360 --> 00:36:37,720 Agaknya dia ada kakak tak? 578 00:36:37,880 --> 00:36:38,920 Entahlah. 579 00:36:39,120 --> 00:36:40,680 Beta tak tahu apa-apa tentangnya. 580 00:36:40,840 --> 00:36:44,200 Mungkin gadis misteri kita akan datang ke majlis tari-menari itu. 581 00:36:44,480 --> 00:36:46,560 Itu sebabnya Tuanku menjemput semua orang, bukan? 582 00:36:46,720 --> 00:36:47,600 Kapten. 583 00:36:47,760 --> 00:36:48,960 Ia demi kebaikan rakyat. 584 00:36:49,120 --> 00:36:49,960 Tentulah. 585 00:36:50,120 --> 00:36:51,120 Ceteknya pemikiran patik. 586 00:36:51,280 --> 00:36:52,760 Jika dia datang, bagaimana? 587 00:36:52,920 --> 00:36:54,480 Beritahulah dia bahawa Tuanku seorang putera. 588 00:36:54,640 --> 00:36:57,400 Seorang putera boleh memilih sesiapa saja sebagai isteri. 589 00:36:58,040 --> 00:36:58,960 Ya. 590 00:36:59,120 --> 00:37:02,120 Ayahanda beta dan Grand Duke hanya mahu beta mengahwini seorang puteri. 591 00:37:02,280 --> 00:37:05,680 Tapi jika gadis dari hutan ini sebaik yang Tuanku gambarkan, 592 00:37:05,800 --> 00:37:07,040 mungkin mereka akan berubah fikiran. 593 00:37:10,400 --> 00:37:12,440 Hari majlis tari-menari itu menjelang tiba, 594 00:37:12,600 --> 00:37:14,600 dan seluruh negeri 595 00:37:14,760 --> 00:37:17,080 tak sabar-sabar lagi menantikannya. 596 00:37:17,160 --> 00:37:18,320 Tuanku nak patik jadi permaisuri Tuanku? 597 00:37:18,680 --> 00:37:20,200 Siapa? Patik? 598 00:37:21,440 --> 00:37:22,280 Ketat lagi. 599 00:37:23,520 --> 00:37:24,560 Ketat lagi! 600 00:37:25,440 --> 00:37:26,280 Ketat lagi. 601 00:37:26,840 --> 00:37:28,080 Begitu! 602 00:37:28,400 --> 00:37:29,840 Cantik sekali, Adik. 603 00:37:30,040 --> 00:37:31,200 Kakak juga. 604 00:37:31,360 --> 00:37:32,880 Kita harus bersaing untuk menawan hati putera. 605 00:37:32,960 --> 00:37:35,240 Tapi tak bererti kita berniat jahat antara satu sama lain. 606 00:37:35,400 --> 00:37:36,960 Tentulah tidak, wahai kakak tersayang. 607 00:37:37,800 --> 00:37:41,160 Saya takkan terfikir untuk meracuni Kakak sebelum kita ke majlis itu. 608 00:37:41,240 --> 00:37:43,800 Kakak pun takkan menolak kamu keluar dari kereta kuda nanti. 609 00:37:44,000 --> 00:37:48,160 Saya pun takkan hentak kepala Kakak di tangga istana apabila tiba nanti. 610 00:37:48,280 --> 00:37:49,480 Lagipun, kita adik-beradik. 611 00:37:50,040 --> 00:37:52,640 Air yang dicincang tak akan putus. 612 00:37:52,840 --> 00:37:54,640 Biar si putera yang membuat keputusan. 613 00:37:54,840 --> 00:37:56,600 Bagaimana putera itu agaknya? 614 00:37:57,600 --> 00:37:59,240 Mengapa peduli tentang bagaimana orangnya? 615 00:37:59,400 --> 00:38:01,520 Dia kaya tak terhingga. 616 00:38:02,640 --> 00:38:05,360 Tak mahukah kamu mengenalinya sedikit sebelum mengahwininya? 617 00:38:05,520 --> 00:38:07,880 Memang tidak. Ia mungkin akan mengubah fikiran saya. 618 00:38:08,080 --> 00:38:10,680 Kamu pasti belum pernah bercakap dengan orang lelaki. 619 00:38:10,800 --> 00:38:12,720 Betul tak, si muka bulan? 620 00:38:13,200 --> 00:38:14,760 Pernah, sekali. 621 00:38:14,920 --> 00:38:16,320 Dengan seorang lelaki yang beradab. 622 00:38:16,640 --> 00:38:18,120 Seorang kuli, agaknya. 623 00:38:18,600 --> 00:38:19,720 Seorang pelatih. 624 00:38:19,880 --> 00:38:21,120 Dia seorang pelatih, ya. 625 00:38:21,280 --> 00:38:23,680 Lelaki semuanya dungu, kata mak. 626 00:38:23,840 --> 00:38:25,040 Lebih cepat kamu menyedarinya, lebih baik. 627 00:38:25,120 --> 00:38:27,240 Tarian pertama, cik puan? 628 00:38:27,680 --> 00:38:30,120 Putera Tampan, kamu sungguh nakal! 629 00:38:37,120 --> 00:38:38,720 -Saya nak cuba. -Tak boleh, Kakak nak pakai. 630 00:38:38,880 --> 00:38:39,880 -Jangan! -Jangan! 631 00:38:43,120 --> 00:38:44,440 Ini bukan kali pertama 632 00:38:44,640 --> 00:38:47,960 Ella sebenarnya berasa simpati terhadap dua beradik licik ini, 633 00:38:48,120 --> 00:38:52,360 yang berperwatakan buruk walaupun cantik pada luarannya. 634 00:38:53,280 --> 00:38:54,120 Puteraku! 635 00:38:54,240 --> 00:38:55,160 Dia akan mencintai saya! 636 00:38:55,360 --> 00:38:57,800 Tapi saya yang akan menjadi permaisurinya! 637 00:38:59,920 --> 00:39:02,880 Jika ibu tirinya enggan menempah gaun yang keempat, 638 00:39:03,040 --> 00:39:05,640 nampaknya bagi Ella, tiada sebab mengapa 639 00:39:05,880 --> 00:39:08,600 dia tidak boleh cuba menjahitnya sendiri. 640 00:39:10,600 --> 00:39:13,920 Lagipun, dia juga telah mendapat sedikit bantuan. 641 00:39:31,640 --> 00:39:34,080 Anak-anak gadis kesayangan Mak. 642 00:39:34,480 --> 00:39:36,560 Melihat kamu begini, 643 00:39:37,200 --> 00:39:41,320 Mak yakin salah seorang daripada kamu akan berjaya memikat hati putera. 644 00:39:41,480 --> 00:39:44,880 Siapa sangka Mak ada dua orang calon yang bertanding! 645 00:39:45,400 --> 00:39:49,880 Mak berani jamin tiada siapa di negeri ini dapat menandingi anak-anak Mak. 646 00:39:52,840 --> 00:39:54,080 Cinderella? 647 00:39:54,200 --> 00:39:55,760 Saya tak membelanjakan duit puan. 648 00:39:56,560 --> 00:39:58,760 Ia sebenarnya gaun lama ibu saya. 649 00:39:58,920 --> 00:40:00,200 Saya telah mengubahsuainya sendiri. 650 00:40:01,240 --> 00:40:02,520 Cinderella di majlis tari-menari! 651 00:40:02,680 --> 00:40:04,720 Tiada siapa yang mahukan orang gaji sebagai isteri. 652 00:40:04,880 --> 00:40:06,280 Setelah segala apa yang saya lakukan... 653 00:40:06,440 --> 00:40:07,600 Saya tak mahu merosakkan apa-apa. 654 00:40:07,760 --> 00:40:08,960 Malah saya tak mahu jumpa putera itu pun. 655 00:40:09,080 --> 00:40:12,040 Memang kamu takkan jumpa, kerana kamu tak boleh pergi. 656 00:40:12,200 --> 00:40:15,360 Tapi semua gadis di negeri ini dijemput hadir 657 00:40:15,440 --> 00:40:16,680 atas titah raja. 658 00:40:16,840 --> 00:40:19,400 Memang baginda rajalah yang sedang saya fikirkan. 659 00:40:19,680 --> 00:40:21,600 Akan menjadi satu penghinaan kepada kerabat diraja 660 00:40:21,760 --> 00:40:24,200 kerana membawa kamu ke istana memakai kain buruk ini. 661 00:40:25,000 --> 00:40:26,360 Kain buruk? 662 00:40:26,840 --> 00:40:28,240 Gaun ini milik ibu saya. 663 00:40:29,360 --> 00:40:32,520 Malangnya saya perlu katakan 664 00:40:32,760 --> 00:40:35,360 bahawa cita rasa ibu kamu harus dipersoalkan. 665 00:40:35,440 --> 00:40:38,600 Benda ini begitu ketinggalan zaman 666 00:40:39,040 --> 00:40:41,400 sehingga dah hampir terkoyak rabak. 667 00:40:42,680 --> 00:40:43,680 Bahunya dah tertanggal. 668 00:40:44,680 --> 00:40:46,160 -Ia dah mula terlerai. -Ini juga! 669 00:40:46,520 --> 00:40:48,440 Ia benda dungu yang ketinggalan zaman! 670 00:40:51,160 --> 00:40:52,680 Sampai hati kamu? 671 00:40:52,840 --> 00:40:53,960 Takkanlah saya tak sampai hati? 672 00:40:54,400 --> 00:40:58,160 Saya takkan membiarkan anak-anak saya dikaitkan dengan kamu. 673 00:40:58,320 --> 00:40:59,480 Punahlah harapan mereka 674 00:40:59,640 --> 00:41:02,200 jika dilihat tiba bersama orang gaji yang compang-camping. 675 00:41:02,400 --> 00:41:05,080 Sebab itulah diri kamu sebenarnya. 676 00:41:05,240 --> 00:41:07,360 Itulah diri kamu sampai bila-bila. 677 00:41:07,520 --> 00:41:09,360 Sekarang dengar sini! 678 00:41:09,520 --> 00:41:11,520 Kamu tak boleh pergi ke majlis tari-menari itu! 679 00:41:11,840 --> 00:41:13,400 Ayuh, jalan! 680 00:41:41,920 --> 00:41:43,680 Maafkan saya, Mak. 681 00:41:45,640 --> 00:41:47,120 Maafkan saya. 682 00:41:48,360 --> 00:41:50,880 Saya kata saya akan menabahkan diri, tapi tak mampu. 683 00:41:51,040 --> 00:41:52,720 Tidak lagi. 684 00:41:53,880 --> 00:41:55,680 Saya tak percaya lagi. 685 00:42:13,960 --> 00:42:15,000 Tumpang tanya. 686 00:42:16,120 --> 00:42:17,800 Boleh saya minta tolong, cik? 687 00:42:18,080 --> 00:42:22,360 Cuma sekeping roti, atau lebih elok lagi jika ada secawan susu? 688 00:42:22,640 --> 00:42:23,800 Ya. 689 00:42:24,360 --> 00:42:25,520 Ya. 690 00:42:25,680 --> 00:42:27,600 Rasanya saya boleh mendapatkan sesuatu untuk kamu. 691 00:42:35,600 --> 00:42:36,920 Mengapa kamu menangis? 692 00:42:37,200 --> 00:42:38,400 Tiada apa-apa. 693 00:42:42,080 --> 00:42:42,920 Tiada apa-apa? 694 00:42:43,640 --> 00:42:44,680 Tiada apa-apa. 695 00:42:44,840 --> 00:42:47,480 Apalah semangkuk susu? Tiada apa-apa. 696 00:42:48,520 --> 00:42:50,760 Tapi kebaikan hati menjadikannya cukup bermakna. 697 00:43:01,040 --> 00:43:05,000 Saya tak mahu menggesa kamu, tapi kamu tak banyak masa, Ella. 698 00:43:05,680 --> 00:43:07,080 Bagaimana kamu mengenali saya? 699 00:43:07,840 --> 00:43:08,840 Siapa kamu? 700 00:43:09,000 --> 00:43:10,200 Siapa saya? 701 00:43:10,480 --> 00:43:12,440 Saya ingat kamu dah boleh teka siapa saya. 702 00:43:14,120 --> 00:43:15,800 Saya ubi hari-hari kamu. 703 00:43:16,000 --> 00:43:17,720 Maksud saya, ibu pari-pari kamu. 704 00:43:19,400 --> 00:43:20,560 Tak mungkin. 705 00:43:20,880 --> 00:43:21,800 Mengapa pula? 706 00:43:22,040 --> 00:43:23,840 Mereka tak wujud. 707 00:43:24,640 --> 00:43:26,720 Mereka cuma rekaan untuk kanak-kanak. 708 00:43:26,880 --> 00:43:28,880 Bukankah ibu kamu sendiri percaya bahawa mereka wujud? 709 00:43:29,000 --> 00:43:30,160 Usah menafikannya, dia pernah cakap. 710 00:43:30,920 --> 00:43:31,920 Kamu pernah dengar kata-katanya? 711 00:43:32,320 --> 00:43:34,040 Alahai. 712 00:43:34,200 --> 00:43:36,480 Baiklah! Terlebih dahulu. 713 00:43:37,160 --> 00:43:39,680 Biar saya bertukar pakaian kepada yang lebih selesa. 714 00:43:56,240 --> 00:43:57,080 Lebih elok begitu. 715 00:43:58,600 --> 00:44:00,520 Baik, saya di takat mana tadi? 716 00:44:00,680 --> 00:44:01,640 Bagaimana kamu... 717 00:44:01,720 --> 00:44:02,560 Ya. 718 00:44:02,880 --> 00:44:03,920 Mari kita tengok. 719 00:44:04,080 --> 00:44:07,840 Apa yang kita perlu ialah sesuatu yang nampak seperti kereta kuda. 720 00:44:10,000 --> 00:44:11,160 Palung itu? 721 00:44:11,720 --> 00:44:13,200 Ia tak menggambarkan "kereta kuda." 722 00:44:13,960 --> 00:44:16,280 Tak, saya mencari buah-buahan dan sayur-sayuran. 723 00:44:16,440 --> 00:44:17,880 Kalian ada menanam tembikai? 724 00:44:18,000 --> 00:44:18,840 Tidak. 725 00:44:18,920 --> 00:44:19,760 Tembikai wangi? 726 00:44:19,880 --> 00:44:20,960 Saya tak tahu pun apa benda itu. 727 00:44:21,120 --> 00:44:22,160 Articok? 728 00:44:22,360 --> 00:44:23,560 Limau kumkuat? 729 00:44:23,760 --> 00:44:24,760 Tomato besar? 730 00:44:25,520 --> 00:44:27,480 Kami ada menanam labu. 731 00:44:30,000 --> 00:44:31,000 Labu? 732 00:44:31,160 --> 00:44:32,440 Ini kali pertama saya menggunakannya. 733 00:44:32,600 --> 00:44:33,800 Itu sentiasa menarik. 734 00:44:34,800 --> 00:44:36,200 Biasanya saya tak menggunakan labu. 735 00:44:36,360 --> 00:44:37,440 Ia terlalu lembik. 736 00:44:40,000 --> 00:44:41,320 Yang mana, ya. Yang itu patut memadai. 737 00:44:41,480 --> 00:44:42,840 Ya. Pisau? 738 00:44:44,040 --> 00:44:44,880 Itu dia. 739 00:44:45,040 --> 00:44:46,360 Terima kasih, sayang. 740 00:44:47,040 --> 00:44:49,760 Helo, wahai sayur yang berwarna jingga yang ganjil. 741 00:44:49,840 --> 00:44:50,680 Cantas sedikit. 742 00:44:51,600 --> 00:44:52,480 Cantik! 743 00:44:52,960 --> 00:44:53,800 Labu yang berat! 744 00:44:54,400 --> 00:44:55,480 Awas, tikus-tikus! 745 00:44:57,880 --> 00:44:58,880 Tak apalah. 746 00:44:59,040 --> 00:45:00,120 Mari kita melakukannya di sini. 747 00:45:00,280 --> 00:45:01,400 Melakukan apa di sini? 748 00:45:01,640 --> 00:45:03,160 Menukarkan labu ini menjadi kereta kuda. 749 00:45:05,360 --> 00:45:06,440 Kamu membuat saya rasa gementar. 750 00:45:06,640 --> 00:45:08,360 -Patutkah saya menutup mata? -Lebih baik begitu. 751 00:45:10,360 --> 00:45:11,800 Tolonglah. Buat saja. 752 00:45:16,320 --> 00:45:18,000 Nampaknya sesuatu memang sedang berlaku. 753 00:45:18,240 --> 00:45:19,560 Rahsianya ialah... 754 00:45:20,240 --> 00:45:22,200 Saya dah lupa apa rahsianya. 755 00:45:24,560 --> 00:45:26,120 Saya cuma terfikir, jika ia... 756 00:45:26,280 --> 00:45:27,880 Jika ia menjadi semakin besar... 757 00:45:27,960 --> 00:45:28,800 Ya? 758 00:45:29,880 --> 00:45:30,760 Hati-hati. 759 00:45:34,480 --> 00:45:35,760 Adakah ini tujuan asal kamu? 760 00:45:35,920 --> 00:45:37,960 Kamu rasa inikah tujuan asal saya? 761 00:45:38,080 --> 00:45:38,920 Lari! 762 00:45:46,200 --> 00:45:47,400 Berlindung! 763 00:46:06,040 --> 00:46:06,880 Itu dia! 764 00:46:07,080 --> 00:46:08,880 Sebuah kereta kuda. 765 00:46:09,160 --> 00:46:11,960 Memang benar kamu ibu pari-pari saya. 766 00:46:12,120 --> 00:46:13,000 Tentulah. 767 00:46:13,160 --> 00:46:15,480 Saya bukannya akan menukar labu untuk sesiapa saja. 768 00:46:16,240 --> 00:46:18,120 Sekarang, di mana tikus-tikus itu? 769 00:46:18,240 --> 00:46:19,080 Tikus? 770 00:46:19,160 --> 00:46:20,000 Ya. 771 00:46:20,160 --> 00:46:21,400 Tikus. 772 00:46:21,480 --> 00:46:22,600 Itu pun ia. 773 00:46:35,000 --> 00:46:36,800 Empat ekor kuda putih yang gagah. 774 00:46:36,960 --> 00:46:39,120 Gus-Gus, betapa segaknya rupa kamu! 775 00:46:39,280 --> 00:46:40,920 Tapi bagaimana kamu...? 776 00:46:41,080 --> 00:46:42,280 Apa kita nak buat sekarang? 777 00:46:42,440 --> 00:46:45,960 Kereta kuda, kudanya dah ada. Pengiring! 778 00:46:46,640 --> 00:46:47,480 Pengiring? 779 00:46:48,440 --> 00:46:50,960 Helo, Encik Cicak yang baik. 780 00:46:55,400 --> 00:46:56,720 Helo! 781 00:47:01,360 --> 00:47:02,840 Cik puan memanggil saya? 782 00:47:05,240 --> 00:47:06,720 Sekarang, saya memerlukan pemandu pula. 783 00:47:06,920 --> 00:47:07,920 Pemandu? 784 00:47:08,120 --> 00:47:10,000 Adakah saya kata "pemandu"? Saya maksudkan "angsa". 785 00:47:17,040 --> 00:47:19,040 Saya tak tahu memandu. Saya seekor angsa. 786 00:47:20,720 --> 00:47:22,200 Sekarang, pergi! 787 00:47:22,560 --> 00:47:25,240 Semua ambil tempat, jangan buang masa! 788 00:47:25,800 --> 00:47:27,320 Ayuh! 789 00:47:29,240 --> 00:47:30,280 Ibu pari-pari! 790 00:47:31,080 --> 00:47:32,320 Ya, apa? 791 00:47:32,920 --> 00:47:34,160 Gaun saya. 792 00:47:34,600 --> 00:47:36,000 Saya tak boleh pergi berpakaian sebegini. 793 00:47:36,160 --> 00:47:37,720 -Boleh kamu membaikinya? -Membaikinya? 794 00:47:37,880 --> 00:47:39,480 Tidak, saya akan tukarkan menjadi yang baru. 795 00:47:39,640 --> 00:47:41,400 Tidak, tolong jangan. 796 00:47:41,560 --> 00:47:43,520 Ia milik ibu saya. 797 00:47:44,320 --> 00:47:46,640 Saya ingin memakainya apabila pergi ke istana. 798 00:47:48,520 --> 00:47:50,840 Seolah-olah saya membawanya bersama saya. 799 00:47:51,160 --> 00:47:52,480 Saya faham. 800 00:47:54,040 --> 00:47:56,960 Tapi dia tak kisah jika saya memperbaikinya sedikit? 801 00:47:57,200 --> 00:47:58,920 Tak kisah kalau ia biru yang cantik? 802 00:47:59,080 --> 00:48:00,320 Tidak. 803 00:48:40,160 --> 00:48:41,160 Itu dia. 804 00:48:41,480 --> 00:48:43,280 Cantiknya. 805 00:48:43,640 --> 00:48:45,080 Mak pasti menyukainya. 806 00:48:46,120 --> 00:48:48,080 Sekarang, ayuh. Pergi. Cepat! 807 00:48:48,160 --> 00:48:49,520 Kamu akan terlewat nanti! 808 00:48:50,960 --> 00:48:53,320 Saya baru saja belajar memandu! 809 00:48:53,480 --> 00:48:54,760 Aduhai. 810 00:48:55,960 --> 00:48:58,200 Hentikan kereta kuda itu! 811 00:49:04,680 --> 00:49:05,960 Terima kasih. 812 00:49:06,560 --> 00:49:07,680 Sebentar! 813 00:49:09,120 --> 00:49:10,640 Itukah kasut kamu yang paling elok? 814 00:49:11,280 --> 00:49:12,880 Tak apa. Tak siapa yang akan nampak. 815 00:49:13,040 --> 00:49:14,760 Tidak, ia merosakkan seluruh gaya kamu. Cepat. 816 00:49:15,080 --> 00:49:17,000 Tanggalkannya. Ia agak hodoh. 817 00:49:17,200 --> 00:49:19,560 Mari kita hasilkan sesuatu yang baru kali ini. 818 00:49:19,720 --> 00:49:20,600 Saya agak mahir dengan kasut. 819 00:49:30,240 --> 00:49:31,440 Tapi... 820 00:49:32,360 --> 00:49:34,520 Ia diperbuat daripada kaca? 821 00:49:34,680 --> 00:49:35,840 Ya. 822 00:49:36,160 --> 00:49:38,040 Kamu akan mendapati ia amat selesa. 823 00:49:38,480 --> 00:49:40,320 Ella, kamu mesti pergi sekarang. 824 00:49:40,840 --> 00:49:41,840 Ibu pari-pari? 825 00:49:42,040 --> 00:49:43,280 Apa? 826 00:49:43,440 --> 00:49:44,720 Ibu tiri dan kakak-kakak tiri saya? 827 00:49:44,880 --> 00:49:45,840 Jangan risau. 828 00:49:46,040 --> 00:49:48,720 Saya akan memastikan mereka takkan cam kamu. 829 00:49:49,360 --> 00:49:50,400 Sekarang, pergilah. 830 00:49:50,920 --> 00:49:53,120 Sebab kamu akan menghadiri majlis itu. 831 00:50:04,200 --> 00:50:05,040 Ella! 832 00:50:05,200 --> 00:50:06,200 Saya hampir terlupa. 833 00:50:06,360 --> 00:50:09,640 Ingat, jampi ini hanya akan bertahan untuk seketika. 834 00:50:09,800 --> 00:50:13,720 Setelah loceng terakhir berbunyi, pada detik terakhir tengah malam, 835 00:50:13,840 --> 00:50:15,880 jampi itu akan berakhir, 836 00:50:16,040 --> 00:50:18,400 dan segalanya akan kembali seperti yang asal. 837 00:50:18,760 --> 00:50:19,800 Tengah malam? 838 00:50:19,960 --> 00:50:21,080 Tengah malam. 839 00:50:21,240 --> 00:50:23,120 Masa itu sudah lebih daripada mencukupi. 840 00:50:23,720 --> 00:50:25,400 -Pergilah. -Terima kasih. 841 00:50:25,560 --> 00:50:26,440 Terima kasih. 842 00:50:27,520 --> 00:50:29,600 Angsa, jalan! 843 00:50:32,240 --> 00:50:33,360 Selamat tinggal! 844 00:51:39,400 --> 00:51:43,040 Puteri Mei Mei dari Fujian. 845 00:51:45,040 --> 00:51:49,120 Puteri Shahrzad dari dinasti Seljuqs. 846 00:51:51,480 --> 00:51:55,520 Puteri Chelina dari Zaragosa! 847 00:51:55,680 --> 00:51:59,120 Puteri Imani dari Shona! 848 00:52:01,880 --> 00:52:06,080 Puteri Hiina dari Takhta Chrysanthemum! 849 00:52:10,120 --> 00:52:12,960 Cik Puan Tremaine dan anak-anak gadisnya. 850 00:52:14,920 --> 00:52:18,520 Cik Puan Tremaine dan anak-anak gadisnya. 851 00:52:18,680 --> 00:52:19,520 Saya Drisella. 852 00:52:19,680 --> 00:52:20,680 Saya pula Anastasia. 853 00:52:20,840 --> 00:52:21,960 -Orang nak tahu. -Saya yang bijak. 854 00:52:22,120 --> 00:52:23,600 Saya sangat cantik. 855 00:52:23,840 --> 00:52:26,920 Cik Drisella yang bijaksana, 856 00:52:27,080 --> 00:52:30,520 dan Anastasia yang sangat cantik. 857 00:52:31,000 --> 00:52:32,840 Marilah cepat! 858 00:52:38,120 --> 00:52:39,920 Lord Veneering. 859 00:52:40,320 --> 00:52:42,280 Anakanda mencari siapa? 860 00:52:43,520 --> 00:52:44,680 Tiada sesiapa. 861 00:52:45,560 --> 00:52:47,920 Gadis dari hutan itu, bukan? 862 00:52:48,240 --> 00:52:50,640 Sebab itu Anakanda tidak lokek dengan jemputan majlis ini. 863 00:52:50,800 --> 00:52:52,160 Ayahanda, ini untuk rakyat jelata. 864 00:52:52,320 --> 00:52:54,960 Ayahanda tahu Anakanda menyayangi rakyat. 865 00:52:56,080 --> 00:52:58,760 Tapi Ayahanda juga tahu, hati Anakanda telah ditambat. 866 00:52:59,200 --> 00:53:02,720 Tapi Anakanda baru bertemu dengannya sekali, dalam hutan. 867 00:53:02,880 --> 00:53:05,800 Ayahanda nak saya mengahwini orang yang saya baru temui malam ini. 868 00:53:05,960 --> 00:53:07,360 Seorang puteri. 869 00:53:07,520 --> 00:53:09,960 Seorang puteri atau tak boleh kahwin langsung. 870 00:53:15,520 --> 00:53:17,320 Tahan pintu itu! Seorang lagi baru tiba. 871 00:53:28,240 --> 00:53:33,600 Mempersembahkan Yang Teramat Mulia Puteri Chelina dari Zaragosa. 872 00:53:37,840 --> 00:53:39,800 Kamu tampan seperti dalam gambar kamu. 873 00:53:40,480 --> 00:53:43,040 Negeri kecil kamu juga amat menawan. 874 00:53:44,200 --> 00:53:48,360 Diharap tuan puteri tak merasakan "negeri kecil" kami terlalu sempit. 875 00:53:53,480 --> 00:53:55,000 Cik Ella. 876 00:53:55,560 --> 00:53:57,080 Terima kasih. 877 00:54:08,840 --> 00:54:10,560 Saya takut, En. Cicak. 878 00:54:12,360 --> 00:54:15,560 Saya hanyalah gadis biasa, bukan seorang puteri. 879 00:54:15,920 --> 00:54:18,920 Saya pula hanyalah seekor cicak, bukan seorang pengiring. 880 00:54:20,200 --> 00:54:22,000 Nikmatilah saat ini, selagi masih ada. 881 00:54:45,360 --> 00:54:47,680 Duli-duli Yang Teramat Mulia, 882 00:54:48,080 --> 00:54:50,760 para Lord, tuan-tuan dan puan-puan, 883 00:54:51,440 --> 00:54:55,680 para hadirin yang dihormati dan rakyat sekalian, 884 00:54:55,880 --> 00:55:00,080 putera kita akan memilih pasangan baginda untuk tarian pertama. 885 00:55:00,160 --> 00:55:03,760 Maka bermulalah majlis tari-menari ini! 886 00:55:33,440 --> 00:55:35,520 Minta diri dahulu. 887 00:55:36,120 --> 00:55:38,320 Beribu-ribu ampun, Tuanku. 888 00:55:38,480 --> 00:55:40,080 Patik tak tahu apa telah berlaku. 889 00:56:42,280 --> 00:56:43,800 En. Kit. 890 00:56:46,280 --> 00:56:47,760 Ini benar-benar kamu, 891 00:56:49,200 --> 00:56:50,040 bukan? 892 00:56:50,640 --> 00:56:52,560 Betul. 893 00:56:53,880 --> 00:56:55,760 Tuanku... 894 00:56:58,080 --> 00:56:59,160 Jika boleh, 895 00:56:59,320 --> 00:57:00,680 yakni, 896 00:57:02,760 --> 00:57:05,480 sukacita sekiranya 897 00:57:05,640 --> 00:57:09,160 Tuanku dapat memberi penghormatan kepada beta memimpin Tuanku untuk 898 00:57:09,320 --> 00:57:10,600 memulakan... 899 00:57:13,920 --> 00:57:15,360 Tarian? 900 00:57:15,800 --> 00:57:17,560 Ya, tarian. 901 00:57:18,320 --> 00:57:19,600 Betul itu. 902 00:57:40,480 --> 00:57:42,360 Mereka semua memandang kamu. 903 00:57:42,520 --> 00:57:46,680 Percayalah, mereka semua memandang kamu. 904 00:58:52,520 --> 00:58:54,320 Siapakah dia? 905 00:58:54,480 --> 00:58:56,000 Patik langsung tak tahu. 906 00:59:56,200 --> 00:59:57,400 Siapa itu, mak? 907 00:59:57,560 --> 01:00:00,000 Mak tak berapa pasti, tapi ini bukan petanda baik. 908 01:00:00,200 --> 01:00:01,360 Cantik sungguh gaunnya. 909 01:00:01,520 --> 01:00:03,320 -Betapa cantiknya dia. -Tumpukan perhatian! 910 01:00:03,480 --> 01:00:06,080 Kamu mesti pikat hati putera itu, dungu! Sekarang, keluar ke sana! 911 01:00:06,280 --> 01:00:07,720 Tapi tiada sesiapa mengajak kami menari. 912 01:00:07,880 --> 01:00:12,040 Tuan-tuan, memperkenalkan anak-anak saya, Anastasia, Drisella. 913 01:00:12,240 --> 01:00:14,280 Pergi! 914 01:00:26,480 --> 01:00:27,960 Senyum. 915 01:00:33,160 --> 01:00:35,440 Ikut saya. 916 01:00:35,640 --> 01:00:37,800 Pergi ke sana. Senyum. 917 01:00:42,320 --> 01:00:43,960 Rupa-rupanya, kamu putera raja itu! 918 01:00:45,560 --> 01:00:48,200 Bukan satu-satunya putera raja. 919 01:00:48,360 --> 01:00:49,560 Ada ramai putera di seluruh dunia. 920 01:00:49,720 --> 01:00:50,760 Saya cuma salah seorang daripadanya. 921 01:00:51,680 --> 01:00:53,760 Tapi Kit bukan nama sebenar kamu. 922 01:00:53,920 --> 01:00:55,960 Bapa saya masih memanggil saya dengan nama itu 923 01:00:56,160 --> 01:00:58,320 terutamanya jika dia tak marah dengan saya. 924 01:00:58,440 --> 01:01:00,680 Tapi kamu bukan seorang pelatih. 925 01:01:00,880 --> 01:01:02,280 Saya seorang pelatih. Raja pelatih. 926 01:01:02,440 --> 01:01:03,960 Saya masih mempelajari bidang saya. 927 01:01:04,520 --> 01:01:05,640 Ya, Tuhan! 928 01:01:05,800 --> 01:01:07,440 Tolong maafkan saya. 929 01:01:07,600 --> 01:01:09,560 Saya takut cara kamu melayan saya berubah jika tahu. 930 01:01:09,720 --> 01:01:11,920 Saya ingat kamu seorang gadis desa yang baik dan jujur, 931 01:01:12,080 --> 01:01:15,280 rupa-rupanya kamu tak ingin terlalu mengagumkan seorang askar biasa. 932 01:01:15,480 --> 01:01:16,880 Itu takkan berlaku. 933 01:01:16,960 --> 01:01:18,600 Tiada kejutan lagi? 934 01:01:20,360 --> 01:01:21,880 Tiada kejutan lagi. 935 01:01:23,920 --> 01:01:25,240 Kamukah itu? 936 01:01:25,400 --> 01:01:27,720 Saya benci melihat diri saya dalam lukisan. Betul tak? 937 01:01:28,200 --> 01:01:29,960 Tiada siapa pernah melukis potret saya. 938 01:01:30,120 --> 01:01:32,680 Ya? Mereka patut melukisnya. 939 01:01:35,640 --> 01:01:36,600 Siapakah dia? 940 01:01:36,760 --> 01:01:37,880 Dia tak beritahu namanya, Yang Mulia. 941 01:01:38,040 --> 01:01:39,040 Kamu tak tanya? 942 01:01:39,240 --> 01:01:40,320 Saya dah semput, Yang Mulia, 943 01:01:40,480 --> 01:01:43,000 memperkenalkan Puteri Blodwyn dari Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyr... 944 01:01:43,080 --> 01:01:44,200 Diam, boleh tak? 945 01:01:44,360 --> 01:01:45,280 "Diam". Baiklah. 946 01:01:49,240 --> 01:01:51,200 Tak sangka sungguh! 947 01:01:53,160 --> 01:01:54,800 Bukan dia! 948 01:01:59,120 --> 01:02:01,040 Mereka takkan bertanya tentang kamu di majlis itu? 949 01:02:02,320 --> 01:02:03,520 Mungkin. 950 01:02:03,960 --> 01:02:05,840 Tapi usahlah kita balik dahulu. 951 01:02:09,280 --> 01:02:10,640 Mengapa? 952 01:02:12,480 --> 01:02:16,480 Setelah kembali, saya akan dipadankan dengan gadis pilihan mereka. 953 01:02:16,640 --> 01:02:19,200 Mereka mahu saya berkahwin demi kepentingan. 954 01:02:19,520 --> 01:02:20,720 Kepentingan siapa? 955 01:02:20,880 --> 01:02:22,840 Itu satu soalan yang bagus. 956 01:02:23,840 --> 01:02:26,920 Kamu pasti mempunyai hak untuk mengikut gerak hati sendiri. 957 01:02:27,240 --> 01:02:29,680 Saya juga harus mengambil kira kehendak raja. 958 01:02:29,840 --> 01:02:33,680 Baginda seorang pemerintah yang bijaksana dan bapa yang penyayang. 959 01:02:34,080 --> 01:02:37,040 Mungkin baginda akan berubah fikiran. 960 01:02:41,440 --> 01:02:43,920 Malangnya baginda tak mempunyai banyak masa lagi. 961 01:02:45,560 --> 01:02:47,240 Kasihannya Kit. 962 01:02:49,000 --> 01:02:51,440 Kata orang, dia seorang puteri. 963 01:02:51,600 --> 01:02:53,880 Putera kita nampak amat tertarik kepadanya. 964 01:02:54,080 --> 01:02:55,800 Dia terus pergi mendekati putera raja. 965 01:02:56,000 --> 01:02:58,040 Tuan harus mengakui kecekapannya. 966 01:02:58,200 --> 01:03:02,080 Tapi, jika benarlah dia seorang puteri, ini mungkin perkara yang baik. 967 01:03:03,240 --> 01:03:07,520 Saya sudah menjanjikan baginda kepada Puteri Chelina. 968 01:03:08,200 --> 01:03:09,320 Tapi... 969 01:03:11,400 --> 01:03:13,120 Maafkan saya, Yang Mulia. 970 01:03:13,280 --> 01:03:15,560 Saya tak berniat untuk mengganggu. 971 01:03:16,160 --> 01:03:19,560 Tidak, saya yang harus meminta maaf kepada kamu, puan. 972 01:03:20,320 --> 01:03:22,440 Saya akan menyimpan rahsia kamu. 973 01:03:34,560 --> 01:03:36,720 Saya tak pernah menunjukkan tempat ini kepada sesiapa. 974 01:03:42,560 --> 01:03:44,400 Sebuah taman rahsia. 975 01:03:47,240 --> 01:03:48,680 Saya amat menyukainya! 976 01:03:56,240 --> 01:03:57,240 Silakan. 977 01:03:57,640 --> 01:03:59,280 Tidak, saya tak patut. 978 01:03:59,560 --> 01:04:00,400 Kamu patut. 979 01:04:00,520 --> 01:04:01,520 -Saya tak patut. -Kamu patut. 980 01:04:01,680 --> 01:04:02,840 -Saya tak patut. -Kamu patut. 981 01:04:03,040 --> 01:04:04,240 Baiklah. 982 01:04:13,200 --> 01:04:14,360 Izinkan saya? 983 01:04:14,520 --> 01:04:15,760 Silakan. 984 01:04:42,280 --> 01:04:43,760 Ia diperbuat daripada kaca. 985 01:04:44,120 --> 01:04:45,600 Apa salahnya? 986 01:04:46,120 --> 01:04:47,120 Izinkan saya. 987 01:04:47,360 --> 01:04:49,120 Terima kasih. 988 01:05:00,080 --> 01:05:01,000 Itu dia. 989 01:05:01,680 --> 01:05:02,800 Itu dia. 990 01:05:07,120 --> 01:05:09,760 Boleh tolong beritahu siapa diri kamu sebenarnya? 991 01:05:10,120 --> 01:05:13,200 Jika saya beritahu, rasanya segalanya akan berubah. 992 01:05:13,440 --> 01:05:16,440 Saya tak faham. Sekurang-kurangnya beritahulah nama kamu? 993 01:05:17,400 --> 01:05:18,840 Nama saya... 994 01:05:23,680 --> 01:05:25,280 Saya harus pergi. 995 01:05:25,680 --> 01:05:27,240 Sukar untuk saya menjelaskannya. 996 01:05:27,760 --> 01:05:31,000 Perihal cicak dan labu, dan sebagainya. 997 01:05:33,520 --> 01:05:34,720 Nanti! 998 01:05:36,560 --> 01:05:37,680 Kamu nak ke mana? 999 01:05:37,960 --> 01:05:39,840 Kamu sungguh baik. 1000 01:05:40,040 --> 01:05:42,120 Terima kasih kerana malam yang indah ini. Saya menyukainya. 1001 01:05:42,320 --> 01:05:43,320 Setiap detik! 1002 01:05:51,720 --> 01:05:54,400 "Cicak dan labu." 1003 01:06:13,320 --> 01:06:14,560 Tumpang lalu. 1004 01:06:14,760 --> 01:06:16,760 Maaf! Maafkan saya. 1005 01:06:17,040 --> 01:06:18,000 Alamak! 1006 01:06:20,480 --> 01:06:22,120 Puteraku! 1007 01:06:23,400 --> 01:06:24,400 Kamu dah tersalah orang! 1008 01:06:24,880 --> 01:06:25,840 Kamu dah tersalah orang! 1009 01:06:26,920 --> 01:06:27,760 Dia nak tahu namanya! 1010 01:06:27,960 --> 01:06:28,840 Saya tahu dia nak tahu namanya. 1011 01:06:29,040 --> 01:06:30,960 Nama dia, dungu. Dapatkan namanya! 1012 01:06:31,240 --> 01:06:32,760 Sakit sungguh! 1013 01:06:33,720 --> 01:06:34,600 Tuanku. 1014 01:06:34,800 --> 01:06:35,720 Cik puan. 1015 01:06:35,880 --> 01:06:36,720 Ampunkan patik. 1016 01:06:36,800 --> 01:06:39,040 Tak apa, nak. 1017 01:06:40,440 --> 01:06:42,040 Tuanku, patik ingin memberitahu, 1018 01:06:42,240 --> 01:06:44,720 anakanda Tuanku ialah orang paling budiman pernah patik temui. 1019 01:06:44,880 --> 01:06:46,640 Baginda begitu baik dan berani. 1020 01:06:47,160 --> 01:06:49,560 Patik harap Tuanku tahu betapa baginda menyayangi Tuanku. 1021 01:06:50,600 --> 01:06:52,120 Patik minta diri dahulu! 1022 01:07:10,840 --> 01:07:12,280 Nanti! 1023 01:07:16,440 --> 01:07:18,000 Nanti! 1024 01:07:18,520 --> 01:07:19,360 Kamu nak ke mana? 1025 01:07:20,000 --> 01:07:20,920 Cepat! 1026 01:07:23,160 --> 01:07:24,840 Kembalilah ke sini! 1027 01:07:27,120 --> 01:07:28,000 Cepat! 1028 01:07:30,880 --> 01:07:32,080 Tolong cepat, En. Angsa! 1029 01:07:33,960 --> 01:07:35,320 Nanti! 1030 01:07:38,920 --> 01:07:40,960 Hati-hati! 1031 01:07:46,200 --> 01:07:47,200 Kapten, bawakan kuda beta. 1032 01:07:47,360 --> 01:07:48,360 Jangan! 1033 01:07:48,520 --> 01:07:51,400 Ini mungkin helah untuk mengumpan Tuanku supaya keluar dari istana. 1034 01:07:51,600 --> 01:07:53,520 Ayahanda Tuanku memerlukan Tuanku di sini. 1035 01:07:54,400 --> 01:07:55,600 Kapten! 1036 01:07:55,760 --> 01:07:57,040 Patik sedang sibuk berseronok tadi. 1037 01:07:57,200 --> 01:07:59,600 Tuanku nak juga memilih gadis yang itu, ya? 1038 01:08:01,160 --> 01:08:02,960 Ya, betul. 1039 01:08:28,000 --> 01:08:29,240 Cepat, En. Angsa! 1040 01:08:29,400 --> 01:08:30,640 Cepat! 1041 01:08:34,360 --> 01:08:36,000 Hati-hati, En. Angsa! 1042 01:08:39,960 --> 01:08:40,920 Alamak! 1043 01:08:49,920 --> 01:08:50,800 Kamu di sana! 1044 01:08:50,880 --> 01:08:52,360 Berhenti atas perintah raja! 1045 01:08:53,240 --> 01:08:54,760 Ini masa yang tak sesuai langsung. 1046 01:08:59,240 --> 01:09:00,080 Berhenti! 1047 01:09:00,160 --> 01:09:01,000 Saya tahu apa perlu dibuat! 1048 01:09:01,760 --> 01:09:02,600 Ya! 1049 01:09:02,800 --> 01:09:03,680 Ya! 1050 01:09:05,000 --> 01:09:06,160 Buka pintu ini! 1051 01:09:11,360 --> 01:09:12,520 Alamak! 1052 01:09:23,160 --> 01:09:24,440 Tidak. 1053 01:10:34,480 --> 01:10:36,040 Maafkan saya. 1054 01:10:36,960 --> 01:10:39,720 Kamu akan mendapatinya amat selesa. 1055 01:11:03,800 --> 01:11:05,600 Tolonglah diam! 1056 01:11:07,600 --> 01:11:08,760 Cinderella! 1057 01:11:08,920 --> 01:11:11,800 Cinderella! Kita perlu kejutkan dia. 1058 01:11:12,800 --> 01:11:14,120 Cinderella! 1059 01:11:14,200 --> 01:11:15,920 Bangunlah, pemalas! 1060 01:11:16,080 --> 01:11:17,960 Bawakan teh dan sepinggan biskut. 1061 01:11:18,080 --> 01:11:19,280 Selamat pulang! 1062 01:11:19,440 --> 01:11:21,360 -Kamu nampak ceria! -Dan basah! 1063 01:11:21,880 --> 01:11:24,000 Saya berjalan dalam hujan untuk menceriakan diri. 1064 01:11:24,160 --> 01:11:25,040 Biasalah itu. 1065 01:11:25,200 --> 01:11:26,160 Teh. 1066 01:11:26,520 --> 01:11:28,400 Kami bukan sekadar berhubung melalui kata-kata. 1067 01:11:28,560 --> 01:11:29,640 Jiwa kami telah bertemu. 1068 01:11:29,800 --> 01:11:32,160 Tepat sekali. Jiwa saya dengan jiwa putera itu. 1069 01:11:32,280 --> 01:11:33,720 Jiwa kamu tertumpu kepada meja jamuan. 1070 01:11:33,800 --> 01:11:35,480 Kakak tak nampak baginda menari bersama saya. 1071 01:11:35,640 --> 01:11:36,640 Menari bersama kamu? 1072 01:11:36,800 --> 01:11:38,920 Baginda langsung tak bercakap dengan kamu. 1073 01:11:39,080 --> 01:11:41,400 Itu bukan salah kami, Mak. Itu salah gadis itu. 1074 01:11:41,560 --> 01:11:43,000 Puteri misteri itu. 1075 01:11:43,080 --> 01:11:44,760 Puteri misteri? 1076 01:11:44,960 --> 01:11:46,440 Menariknya cerita itu. 1077 01:11:46,520 --> 01:11:48,120 Dia bukan seorang puteri. 1078 01:11:48,200 --> 01:11:51,240 Dia tetamu tak diundang yang sombong yang telah memalukan diri sendiri. 1079 01:11:52,680 --> 01:11:54,640 Seorang perempuan biadap telah menceroboh majlis itu, 1080 01:11:55,040 --> 01:11:57,040 tanpa ditemani pula itu, 1081 01:11:57,280 --> 01:11:59,480 lalu menyorong-nyorongkan dirinya pada putera itu. 1082 01:11:59,680 --> 01:12:01,800 Baginda tergamak pula menari dengan gadis hodoh itu. 1083 01:12:01,880 --> 01:12:02,840 -Ya? -Ya. 1084 01:12:03,000 --> 01:12:04,040 Ia disebabkan rasa simpati. 1085 01:12:04,200 --> 01:12:06,920 Baginda terlalu sopan untuk menghalaunya di depan semua orang. 1086 01:12:07,000 --> 01:12:10,400 Tapi untuk tidak terus mendedahkan kami kepada gadis tak senonoh itu, 1087 01:12:10,520 --> 01:12:12,200 -baginda mengasingkannya. -Serta memarahinya. 1088 01:12:12,360 --> 01:12:13,560 Tapi dia enggan pergi, 1089 01:12:13,760 --> 01:12:16,680 lalu pengawal istana menghalaunya daripada parti itu! 1090 01:12:17,160 --> 01:12:19,240 Kasihan putera itu. Citarasa baginda amat teruk. 1091 01:12:19,400 --> 01:12:20,800 Mereka amat secocok. 1092 01:12:20,920 --> 01:12:22,240 Itu tak penting, anak-anak. 1093 01:12:22,440 --> 01:12:24,760 Majlis itu hanyalah untuk mengalihkan perhatian. 1094 01:12:24,920 --> 01:12:26,640 Putera itu tak dibenarkan berkahwin kerana cinta. 1095 01:12:27,280 --> 01:12:30,600 Baginda sudah dijanjikan kepada Puteri Chelina dari Zaragosa. 1096 01:12:31,160 --> 01:12:33,120 Grand Duke sendiri telah memberitahu Mak. 1097 01:12:33,280 --> 01:12:35,240 Tak adilnya. 1098 01:12:35,480 --> 01:12:37,040 Ya. 1099 01:12:37,440 --> 01:12:39,840 Itulah lumrah dunia. 1100 01:12:44,040 --> 01:12:45,760 Helo sekali lagi. 1101 01:12:56,760 --> 01:12:58,520 Terima kasih atas bantuan kamu. 1102 01:12:58,920 --> 01:13:00,880 Ia memang bagaikan mimpi. 1103 01:13:01,320 --> 01:13:03,320 Lebih baik daripada mimpi. 1104 01:13:18,600 --> 01:13:22,000 Ella tak sabar-sabar untuk menulis tentang segala yang telah berlaku 1105 01:13:22,160 --> 01:13:25,360 agar dapat mengingati setiap saat dan setiap detik, 1106 01:13:25,920 --> 01:13:28,560 seolah-olah dia sedang bercerita kepada ibu bapanya 1107 01:13:28,720 --> 01:13:33,040 tentang majlis itu serta masa yang diluangkan bersama putera itu. 1108 01:13:36,880 --> 01:13:39,600 Terutamanya putera itu. 1109 01:14:02,280 --> 01:14:03,880 Anakanda dah datang. 1110 01:14:04,800 --> 01:14:05,680 Bagus. 1111 01:14:07,080 --> 01:14:08,560 Ayahanda. 1112 01:14:09,520 --> 01:14:10,920 Janganlah pergi. 1113 01:14:12,120 --> 01:14:13,480 Ayahanda terpaksa. 1114 01:14:14,200 --> 01:14:16,320 Anakanda tak perlu bersendirian. 1115 01:14:17,040 --> 01:14:19,000 Nikahilah seseorang. 1116 01:14:19,240 --> 01:14:21,440 Puteri Chelina. 1117 01:14:21,840 --> 01:14:24,880 Bagaimana jika Ayahanda menitahkan Anakanda untuk buat begitu? 1118 01:14:26,440 --> 01:14:29,640 Anakanda mengasihi dan menghormati Ayahanda, tapi Anakanda takkan buat. 1119 01:14:31,400 --> 01:14:35,560 Anakanda percaya kita tak perlu melihat jauh di luar sempadan kita 1120 01:14:35,760 --> 01:14:37,960 untuk mencari kekuatan atau pedoman. 1121 01:14:38,520 --> 01:14:40,880 Apa yang kita perlukan berada di depan mata kita. 1122 01:14:41,640 --> 01:14:46,920 Kita hanya perlu memiliki ketabahan dan kebaikan hati untuk melihatnya. 1123 01:14:49,840 --> 01:14:51,280 Benar. 1124 01:14:53,600 --> 01:14:56,000 Anakanda telah memiliki pendirian sendiri. 1125 01:14:56,360 --> 01:14:57,600 Bagus. 1126 01:14:59,560 --> 01:15:02,640 Mungkin, dengan saki-baki hidup Ayahanda yang ada ini, 1127 01:15:02,880 --> 01:15:05,800 Ayahanda boleh menjadi bapa Anakanda yang sepatutnya. 1128 01:15:09,040 --> 01:15:11,960 Janganlah berkahwin atas dasar kepentingan. 1129 01:15:14,640 --> 01:15:16,880 Berkahwinlah atas dasar cinta. 1130 01:15:20,520 --> 01:15:22,480 Carilah gadis itu. 1131 01:15:22,840 --> 01:15:24,200 Cari dia. 1132 01:15:24,440 --> 01:15:26,960 Gadis yang sedang hangat diperkatakan itu. 1133 01:15:27,120 --> 01:15:28,240 Gadis pelupa itu, 1134 01:15:28,400 --> 01:15:30,760 -yang tertinggal kasutnya. -...tertinggal kasutnya. 1135 01:15:36,280 --> 01:15:38,600 Bergembiralah, nak. 1136 01:15:40,920 --> 01:15:43,080 Terima kasih, Ayahanda. 1137 01:15:43,480 --> 01:15:45,480 Terima kasih, Kit. 1138 01:15:50,120 --> 01:15:52,040 Ayahanda sayangkan Anakanda. 1139 01:15:53,720 --> 01:15:55,600 Anakanda sayangkan Ayahanda. 1140 01:16:27,560 --> 01:16:32,560 Setelah tempoh berkabung berakhir, satu perisytiharan telah dikeluarkan. 1141 01:16:32,760 --> 01:16:36,400 Perhatian! 1142 01:16:36,560 --> 01:16:38,800 Perhatian! 1143 01:16:43,720 --> 01:16:45,840 Bahawasanya raja baru kita 1144 01:16:46,000 --> 01:16:49,680 dengan ini mengisytiharkan cintanya terhadap 1145 01:16:51,640 --> 01:16:54,360 puteri misteri 1146 01:16:54,840 --> 01:16:55,760 yang telah memakai 1147 01:16:56,160 --> 01:16:59,240 kasut kaca ke majlis tari-menari itu. 1148 01:16:59,400 --> 01:17:04,600 Baginda menitahkan beliau untuk masuk mengadap ke istana, 1149 01:17:04,760 --> 01:17:09,000 dan seterusnya, atas kerelaan hati beliau, 1150 01:17:09,120 --> 01:17:14,160 baginda akan memperisterikan beliau 1151 01:17:14,960 --> 01:17:18,640 dalam majlis yang penuh adat istiadat. 1152 01:17:53,400 --> 01:17:54,400 Inikah yang kamu sedang cari? 1153 01:17:56,360 --> 01:17:58,760 Tentu ada cerita menarik di sebaliknya. 1154 01:17:58,920 --> 01:18:00,360 Boleh ceritakan kepada saya? 1155 01:18:00,840 --> 01:18:02,000 Tak mahu? 1156 01:18:02,560 --> 01:18:03,880 Baiklah. 1157 01:18:04,040 --> 01:18:06,480 Biar saya ceritakan sebuah kisah. 1158 01:18:07,040 --> 01:18:08,880 Suatu masa dahulu, 1159 01:18:09,040 --> 01:18:12,000 ada seorang gadis muda yang cantik 1160 01:18:12,160 --> 01:18:14,320 yang telah berkahwin atas dasar cinta. 1161 01:18:14,480 --> 01:18:17,240 Dia juga mempunyai dua orang anak gadis yang penyayang. 1162 01:18:17,360 --> 01:18:19,280 Segalanya aman dan damai, 1163 01:18:19,440 --> 01:18:23,120 hinggalah pada suatu hari, suaminya, 1164 01:18:23,280 --> 01:18:25,960 pelita hidupnya, meninggal dunia. 1165 01:18:26,320 --> 01:18:27,800 Untuk kali yang seterusnya, 1166 01:18:27,960 --> 01:18:30,840 dia berkahwin demi kepentingan kedua-dua anak gadisnya. 1167 01:18:30,920 --> 01:18:34,640 Tapi lelaki itu juga telah dirampas daripadanya. 1168 01:18:34,760 --> 01:18:40,520 Terpaksalah dia melihat anak kesayangan suaminya setiap hari. 1169 01:18:42,040 --> 01:18:43,200 Dia berharap agar dapat mengahwinkan 1170 01:18:43,360 --> 01:18:47,720 salah seorang anak gadisnya yang cantik dan dungu itu kepada si putera. 1171 01:18:47,800 --> 01:18:51,640 Tetapi hati baginda ditawan pula oleh seorang gadis yang berkasut kaca. 1172 01:18:52,080 --> 01:18:53,440 Maka, 1173 01:18:53,600 --> 01:18:57,600 saya pun hidup merana untuk selama-lamanya. 1174 01:18:59,440 --> 01:19:02,160 Nampaknya kisah saya sudah berakhir. 1175 01:19:02,560 --> 01:19:05,400 Sekarang, ceritakanlah kisah kamu. 1176 01:19:06,080 --> 01:19:07,560 Adakah kamu telah mencurinya? 1177 01:19:08,480 --> 01:19:09,560 Tidak. 1178 01:19:10,080 --> 01:19:11,120 Ia telah dihadiahkan kepada saya. 1179 01:19:11,280 --> 01:19:12,280 Dihadiahkan kepada kamu? 1180 01:19:12,480 --> 01:19:14,200 Dihadiahkan konon. Tiada apa yang percuma. 1181 01:19:14,280 --> 01:19:16,240 Untuk apa-apa saja, pasti ada bayarannya. 1182 01:19:16,400 --> 01:19:17,760 Itu tak benar. 1183 01:19:18,640 --> 01:19:21,320 Berbuat baik adalah percuma. Kasih sayang adalah percuma. 1184 01:19:21,400 --> 01:19:23,400 Kasih sayang bukan percuma. 1185 01:19:23,960 --> 01:19:27,800 Sekarang, ini bayaran kamu kepada saya, 1186 01:19:27,960 --> 01:19:30,000 jika mahu memiliki apa yang kamu inginkan. 1187 01:19:31,040 --> 01:19:35,640 Tiada siapa akan mempercayai kamu, gadis kuli comot yang tak berkeluarga, 1188 01:19:35,800 --> 01:19:37,880 jika kamu mengaku telah menambat hati putera raja itu. 1189 01:19:37,960 --> 01:19:40,440 Tapi dengan sokongan daripada seorang wanita yang dihormati, 1190 01:19:40,600 --> 01:19:42,240 kamu takkan diabaikan. 1191 01:19:42,800 --> 01:19:43,880 Setelah kamu diperisterikan, 1192 01:19:43,960 --> 01:19:47,480 kamu akan melantik saya sebagai ketua keluarga diraja. 1193 01:19:47,560 --> 01:19:50,680 Anastasia dan Drisella, kita kahwinkan dengan para pembesar yang kaya. 1194 01:19:50,880 --> 01:19:54,040 Saya yang akan menguruskan budak itu. 1195 01:19:54,200 --> 01:19:56,120 Tapi dia bukan seorang budak. 1196 01:19:56,600 --> 01:19:58,200 Kamu pula siapa? 1197 01:19:58,560 --> 01:20:00,720 Bagaimana kamu akan memerintah sebuah kerajaan? 1198 01:20:01,080 --> 01:20:01,920 Serahkan saja kepada saya. 1199 01:20:02,520 --> 01:20:05,160 Dengan cara itu kita semua akan mendapat kehendak kita. 1200 01:20:06,240 --> 01:20:07,320 Tidak. 1201 01:20:11,080 --> 01:20:12,400 Tidak? 1202 01:20:13,360 --> 01:20:15,200 Saya tak dapat melindungi ayah saya daripada kamu, 1203 01:20:15,360 --> 01:20:17,880 tapi saya akan melindungi putera dan kerajaan ini 1204 01:20:18,480 --> 01:20:20,200 tak kira apa pun terjadi kepada saya. 1205 01:20:21,640 --> 01:20:24,280 Itu satu kesilapan besar. 1206 01:20:24,520 --> 01:20:25,520 Jangan! 1207 01:20:25,720 --> 01:20:26,760 Mengapa? 1208 01:20:28,280 --> 01:20:30,720 Mengapa kamu begitu kejam? 1209 01:20:31,520 --> 01:20:33,200 Saya tak faham. 1210 01:20:33,360 --> 01:20:35,200 Saya telah cuba melayan kamu dengan baik. 1211 01:20:35,520 --> 01:20:36,920 Kamu? Melayan saya dengan baik? 1212 01:20:37,080 --> 01:20:38,240 Ya. 1213 01:20:38,600 --> 01:20:42,480 Walaupun tiada siapa berhak dilayan sepertimana kamu melayan saya. 1214 01:20:42,640 --> 01:20:44,200 Mengapa kamu buat begitu? 1215 01:20:45,840 --> 01:20:46,760 Mengapa? 1216 01:20:46,960 --> 01:20:48,160 Mengapa? 1217 01:20:48,680 --> 01:20:53,680 Sebab kamu begitu muda, berhati suci, dan baik. 1218 01:20:53,840 --> 01:20:55,440 Saya pula... 1219 01:20:59,680 --> 01:21:00,840 Jangan! 1220 01:21:01,000 --> 01:21:02,120 Jangan! 1221 01:21:07,160 --> 01:21:08,920 Boleh saya tahu dari mana kamu mendapatnya? 1222 01:21:09,080 --> 01:21:11,680 Daripada gadis pembantu rumah comot di rumah saya. 1223 01:21:12,720 --> 01:21:15,720 Puteri misteri itu seorang rakyat biasa. 1224 01:21:16,520 --> 01:21:20,640 Bayangkan betapa terperanjatnya saya setelah mendapat tahu rancangannya. 1225 01:21:21,400 --> 01:21:22,600 Kamu tak memberitahu sesiapa? 1226 01:21:23,080 --> 01:21:25,440 Anak-anak perempuan saya sendiri pun tidak. 1227 01:21:25,920 --> 01:21:28,800 Tiada siapa pun perlu tahu perkara sebenar. 1228 01:21:28,960 --> 01:21:32,560 Kamu telah mengelakkan kerajaan ini daripada menanggung malu besar. 1229 01:21:33,080 --> 01:21:36,000 Saya mahu mengekalkannya sebegitu. 1230 01:21:36,320 --> 01:21:37,960 Adakah kamu sedang mengugut saya? 1231 01:21:38,480 --> 01:21:39,760 Ya. 1232 01:21:46,200 --> 01:21:47,560 Jadi apa yang kamu mahu? 1233 01:21:48,320 --> 01:21:50,480 Saya ingin menjadi seorang countess. 1234 01:21:51,200 --> 01:21:55,200 Saya juga mahu anak-anak gadis saya dikahwinkan dengan orang kenamaan. 1235 01:21:56,280 --> 01:21:57,120 Baiklah. 1236 01:22:00,080 --> 01:22:01,160 Gadis itu pula bagaimana? 1237 01:22:02,120 --> 01:22:04,360 Buatlah sesuka hati kamu dengannya. 1238 01:22:05,320 --> 01:22:06,800 Saya langsung tak peduli tentangnya. 1239 01:22:08,320 --> 01:22:09,280 Di mana? 1240 01:22:09,360 --> 01:22:10,440 Ditinggalkan di tepi jalan. 1241 01:22:10,520 --> 01:22:11,880 -Kamu dah menjumpainya? -Gadis itu? 1242 01:22:12,040 --> 01:22:13,440 Tidak, dia telah menghilang. 1243 01:22:13,720 --> 01:22:15,720 Tentu ada sebab mengapa dia menghilang. 1244 01:22:15,880 --> 01:22:17,440 Mungkin dia telah dihalang daripada bersuara. 1245 01:22:17,640 --> 01:22:18,680 Jangan berputus asa, Kit. 1246 01:22:18,840 --> 01:22:21,680 Sebaliknya, lupakannya saja dan jadikan ia satu iktibar. 1247 01:22:22,040 --> 01:22:24,880 Rakyat pasti ingin diyakinkan bahawa kerajaan ini selamat. 1248 01:22:24,960 --> 01:22:28,160 Bahawa raja mereka ada permaisurinya dan negeri ini ada pewarisnya. 1249 01:22:28,400 --> 01:22:30,120 Mereka nak menghadapi masa depan dengan kepastian! 1250 01:22:30,280 --> 01:22:32,240 Setuju! Jadi marilah kita memastikannya. 1251 01:22:32,320 --> 01:22:33,640 Betalah raja. 1252 01:22:33,800 --> 01:22:36,280 Beta titahkan kita mencari puteri misteri itu, 1253 01:22:36,360 --> 01:22:38,000 walaupun dia enggan ditemui. 1254 01:22:38,200 --> 01:22:39,880 Beta perlu bertemu dengannya lagi. 1255 01:22:39,960 --> 01:22:41,760 Tapi jika dia tak ditemui, 1256 01:22:42,000 --> 01:22:46,200 demi kesejahteraan negeri ini, Tuanku perlu mengahwini Puteri Chelina. 1257 01:22:46,800 --> 01:22:48,320 Demi kesejahteraan negeri ini. 1258 01:22:59,680 --> 01:23:01,360 Baiklah, setuju. 1259 01:23:01,520 --> 01:23:02,760 Tapi Tuanku... 1260 01:23:08,040 --> 01:23:09,640 Tapi kamu mesti mencuba sedaya upaya. 1261 01:23:09,920 --> 01:23:11,520 Tentu sekali, Tuanku. 1262 01:23:11,640 --> 01:23:12,880 Patik berjanji. 1263 01:23:32,080 --> 01:23:33,040 Seterusnya. 1264 01:23:38,200 --> 01:23:41,360 Kasut itu telah dibawa ke serata pelosok negeri, 1265 01:23:42,360 --> 01:23:46,800 menemui setiap gadis kaya atau miskin, dan bermacam ragam. 1266 01:23:47,320 --> 01:23:48,160 Ya, Tuhan! 1267 01:23:48,240 --> 01:23:49,120 Kamu dulu, puan. 1268 01:23:49,280 --> 01:23:51,840 Baiklah, saya akan cuba. 1269 01:23:52,000 --> 01:23:54,440 Baiklah. Kamu nak saya duduk di mana? 1270 01:23:55,800 --> 01:23:57,160 Naik! Naik ke atas. 1271 01:23:57,680 --> 01:23:59,560 Hati-hati, kaki saya bengkak sikit. 1272 01:23:59,720 --> 01:24:00,640 Saya... 1273 01:24:03,320 --> 01:24:05,320 Ia disebabkan yis. 1274 01:24:05,680 --> 01:24:08,440 Grand Duke telah mengotakan janjinya. 1275 01:24:08,520 --> 01:24:11,880 Dia mencuba sedaya-upaya untuk menunjukkan kepada si putera 1276 01:24:11,960 --> 01:24:14,680 bahawa puteri misteri itu tidak boleh ditemui. 1277 01:24:14,800 --> 01:24:15,640 Ia muat! 1278 01:24:15,800 --> 01:24:17,280 -Ia tak muat! -Ia muat! 1279 01:24:17,360 --> 01:24:18,640 -Ia tak muat. -Ia milik saya! 1280 01:24:18,800 --> 01:24:21,120 -Sayalah puteri misteri itu. -Pulangkan kasut itu. 1281 01:24:21,200 --> 01:24:22,040 Ambil kasut itu daripadanya! 1282 01:24:22,200 --> 01:24:23,400 Jangan ambil kasut ini daripada saya! 1283 01:24:23,560 --> 01:24:24,720 Tolonglah, ia kasut saya! 1284 01:24:25,360 --> 01:24:27,000 Beri laluan untuk kasut ini! 1285 01:24:36,000 --> 01:24:37,080 Boleh cuba pada kaki yang lagi satu? 1286 01:24:37,240 --> 01:24:38,480 Rasanya tak perlu. 1287 01:24:38,960 --> 01:24:40,800 Tetapi walau apa pun yang mereka cuba, 1288 01:24:40,920 --> 01:24:44,680 kasut ajaib itu tetap tidak padan walau dengan gadis-gadis yang terbaik. 1289 01:24:44,840 --> 01:24:47,520 Ini dia puteri misteri kamu itu! 1290 01:24:57,480 --> 01:24:59,240 Mengapa, Kapten? 1291 01:25:00,000 --> 01:25:01,880 Kita belum menemui gadis itu. 1292 01:25:02,200 --> 01:25:03,680 Saya kecewa bagi pihak raja kita. 1293 01:25:03,840 --> 01:25:06,040 Ayuh! Jangan putus-asa. 1294 01:25:06,200 --> 01:25:07,840 Ada sebuah rumah lagi. 1295 01:25:08,240 --> 01:25:10,880 Kita mesti mencari dengan teliti. 1296 01:25:11,880 --> 01:25:13,120 -Ada kuda! -Ada kuda! 1297 01:25:13,320 --> 01:25:15,080 Mak, inilah peluang kita! 1298 01:25:19,480 --> 01:25:21,240 Biarkan mereka masuk! 1299 01:25:33,200 --> 01:25:36,480 Tuan-tuan! Sungguh tak disangka. 1300 01:25:36,640 --> 01:25:38,160 Tolong luangkan sedikit masa, cik puan. 1301 01:25:38,240 --> 01:25:40,120 Tentu sekali, Yang Mulia. 1302 01:25:40,280 --> 01:25:42,280 Silakan. Ikut sini. 1303 01:25:43,280 --> 01:25:45,800 Ella tidak tahu siapa berada di bawah. 1304 01:25:46,000 --> 01:25:47,520 Dia juga tidak peduli. 1305 01:25:48,240 --> 01:25:49,800 Sebab tentu tiada siapa akan datang mencarinya. 1306 01:25:49,880 --> 01:25:50,960 Jacqueline, hentikan! 1307 01:25:58,080 --> 01:25:59,760 Ia telah mengecut. 1308 01:26:00,360 --> 01:26:01,480 Cubalah sekali lagi. 1309 01:26:10,280 --> 01:26:11,600 Cukuplah! 1310 01:26:13,280 --> 01:26:14,400 Cintailah aku 1311 01:26:14,600 --> 01:26:17,880 Walaupun Ella berasa sedih, semangatnya belum patah. 1312 01:26:17,960 --> 01:26:19,360 Dia tahu bahawa majlis tari-menari itu 1313 01:26:19,440 --> 01:26:20,600 serta waktunya bersama si putera 1314 01:26:20,760 --> 01:26:23,280 bakal menjadi kenangan silam yang indah, 1315 01:26:23,440 --> 01:26:25,720 seperti kenangan tentang ibu dan bapanya 1316 01:26:25,840 --> 01:26:28,440 serta zaman kanak-kanaknya yang bahagia. 1317 01:26:35,160 --> 01:26:39,760 Ia padan dengan kaki saya! 1318 01:26:39,880 --> 01:26:41,040 Malang sekali, cik. 1319 01:26:41,400 --> 01:26:44,520 Lavender hijau 1320 01:26:44,680 --> 01:26:47,280 Lavender biru 1321 01:26:48,560 --> 01:26:51,360 Cintailah aku 1322 01:26:51,520 --> 01:26:54,720 Sebab aku mencintaimu 1323 01:26:54,800 --> 01:26:55,800 Baiklah. 1324 01:26:55,880 --> 01:26:57,200 Tugas kita sudah selesai, Kapten. 1325 01:26:57,880 --> 01:27:01,560 Tapi takdir masih menyebelahi kita, anak-anak. 1326 01:27:03,440 --> 01:27:04,520 Memang benar, puan! 1327 01:27:04,680 --> 01:27:07,520 Apabila aku jadi raja 1328 01:27:07,680 --> 01:27:09,880 Kaulah ratunya 1329 01:27:10,040 --> 01:27:12,520 Lavender hijau 1330 01:27:12,680 --> 01:27:14,880 Lavender biru 1331 01:27:16,440 --> 01:27:18,400 Jika kau mencintaiku 1332 01:27:19,760 --> 01:27:22,200 Aku akan mencintaimu 1333 01:27:23,080 --> 01:27:26,000 Biar burung berkicau 1334 01:27:26,200 --> 01:27:28,760 Bebiri bercengkerama 1335 01:27:29,240 --> 01:27:31,920 Kita akan selamat, dadi dadi 1336 01:27:32,640 --> 01:27:34,280 Kamu dengarkah, Yang Mulia? 1337 01:27:35,080 --> 01:27:36,080 Mari kita bertolak, Kapten. 1338 01:27:36,280 --> 01:27:37,440 Tunggu sebentar. 1339 01:27:40,640 --> 01:27:41,720 Puan, 1340 01:27:41,960 --> 01:27:45,080 tiada gadis lain di dalam rumah Puan? 1341 01:27:46,960 --> 01:27:48,360 Tiada. 1342 01:27:49,480 --> 01:27:51,520 Jadi kucing Puankah yang sedang menyanyi itu? 1343 01:27:58,240 --> 01:28:01,240 Cukuplah sandiwara kita untuk hari ini, Kapten. Mari kita pergi. 1344 01:28:01,320 --> 01:28:03,120 Tapi dia menipu, Yang Mulia. 1345 01:28:03,280 --> 01:28:05,840 Karutlah! Saya percayakan wanita itu. Kita bertolak sekarang. 1346 01:28:06,040 --> 01:28:07,080 Grand Duke! 1347 01:28:12,040 --> 01:28:14,120 Tuanku. 1348 01:28:14,200 --> 01:28:17,800 Indah sungguh nyanyian itu. Teringin beta untuk tunggu seketika lagi. 1349 01:28:18,480 --> 01:28:19,400 Tuanku, patik tak tahu... 1350 01:28:19,480 --> 01:28:21,880 Kapten, boleh tolong pergi menyiasat? 1351 01:28:22,080 --> 01:28:25,600 Patik berbesar hati, Tuanku. 1352 01:28:27,240 --> 01:28:29,640 Jika kau mencintaiku 1353 01:28:29,800 --> 01:28:31,640 Aku akan mencintaimu 1354 01:28:33,200 --> 01:28:35,280 Itu dia! Tengok? 1355 01:28:35,440 --> 01:28:37,520 Saya dah kata dia bukan seseorang yang penting. 1356 01:28:37,680 --> 01:28:39,400 Kita tengoklah nanti. 1357 01:28:41,160 --> 01:28:42,080 Cik. 1358 01:28:44,520 --> 01:28:48,280 Kamu diminta dan dikehendaki untuk mengadap raja kamu. 1359 01:28:48,440 --> 01:28:50,280 Saya melarang kamu daripada melakukannya! 1360 01:28:50,440 --> 01:28:52,680 Saya melarang kamu daripada melarangnya! 1361 01:28:53,360 --> 01:28:55,040 Siapa kamu untuk menghalang pegawai raja? 1362 01:28:55,600 --> 01:28:57,200 Kamu seorang ratu? 1363 01:28:57,760 --> 01:28:58,760 Santa? 1364 01:28:59,080 --> 01:29:00,480 Seorang dewa? 1365 01:29:01,000 --> 01:29:02,560 Saya ibunya. 1366 01:29:07,880 --> 01:29:09,760 Kamu tak pernah 1367 01:29:11,000 --> 01:29:13,960 dan takkan sekali-kali menjadi ibu saya. 1368 01:29:17,880 --> 01:29:19,480 Mari, cik. 1369 01:29:23,880 --> 01:29:27,280 Ingat siapa diri kamu, budak jahanam! 1370 01:29:40,840 --> 01:29:45,160 Adakah siapa dia sebelum ini, dan siapa dia sebenarnya, akan memadai? 1371 01:29:45,240 --> 01:29:48,040 Tiada lagi jampi serapah untuk membantunya kali ini. 1372 01:29:48,120 --> 01:29:51,560 Ini mungkin risiko terbesar yang sanggup diambil oleh seseorang. 1373 01:29:51,640 --> 01:29:55,240 Untuk mendedahkan diri kita yang sebenar. 1374 01:29:55,920 --> 01:29:59,960 Tabahkan diri, dan berhati baik sentiasa. 1375 01:30:38,320 --> 01:30:39,840 Siapakah kamu? 1376 01:30:41,680 --> 01:30:43,480 Patik Cinderella. 1377 01:30:46,080 --> 01:30:47,680 Tuanku, 1378 01:30:49,960 --> 01:30:51,720 patik bukanlah seorang puteri. 1379 01:30:52,920 --> 01:30:54,720 Patik tiada kereta kuda, 1380 01:30:55,760 --> 01:30:57,360 tiada ibu bapa, 1381 01:30:58,280 --> 01:31:00,080 dan tiada hantaran kahwin. 1382 01:31:00,960 --> 01:31:03,920 Malah patik tak tahu sama ada kasut cantik itu akan padan. 1383 01:31:04,080 --> 01:31:05,520 Tapi, 1384 01:31:07,400 --> 01:31:09,000 jika ia benar-benar padan, 1385 01:31:10,320 --> 01:31:12,760 sanggupkah Tuanku menerima patik seadanya? 1386 01:31:14,280 --> 01:31:16,760 Seorang gadis desa yang ikhlas mencintai Tuanku. 1387 01:31:16,920 --> 01:31:18,920 Sudah tentu. 1388 01:31:19,880 --> 01:31:23,000 Tetapi asalkan kamu menerima beta seadanya. 1389 01:31:23,160 --> 01:31:25,160 Seorang pelatih yang masih mempelajari bidangnya. 1390 01:31:27,040 --> 01:31:27,960 Silakan. 1391 01:32:12,040 --> 01:32:13,120 Cinderella! 1392 01:32:13,280 --> 01:32:14,440 Ella! 1393 01:32:15,280 --> 01:32:18,600 Adik kesayangan Kakak! Maafkan Kakak. 1394 01:32:18,760 --> 01:32:20,600 Minta maaf banyak-banyak. 1395 01:32:36,000 --> 01:32:37,280 Mari? 1396 01:33:16,600 --> 01:33:18,000 Saya memaafkan kamu. 1397 01:33:26,920 --> 01:33:27,920 Sama ada dimaafkan atau tidak, 1398 01:33:28,000 --> 01:33:30,480 ibu tiri Cinderella dan dua orang anaknya 1399 01:33:30,560 --> 01:33:32,320 telah pergi bersama grand duke 1400 01:33:32,480 --> 01:33:36,360 dan tidak pernah menjejakkan kaki ke negeri itu lagi. 1401 01:33:44,040 --> 01:33:46,040 Mereka pasti akan saling menyukai. 1402 01:33:46,200 --> 01:33:48,520 Kita mesti mengaturkan supaya potret Adinda dilukis. 1403 01:33:48,600 --> 01:33:51,040 Jangan. Adinda benci melihat diri Adinda dalam lukisan. 1404 01:33:51,120 --> 01:33:52,680 Berhati baik. 1405 01:33:53,440 --> 01:33:54,960 Tabahkan diri. 1406 01:33:55,120 --> 01:33:57,240 Segalanya akan berjalan dengan lancar. 1407 01:34:04,000 --> 01:34:05,280 Kakanda dah sedia? 1408 01:34:05,440 --> 01:34:08,240 Untuk apa saja, asalkan Adinda ada bersama. 1409 01:34:18,640 --> 01:34:20,120 Permaisuri Kakanda. 1410 01:34:20,640 --> 01:34:22,120 Kit Adinda. 1411 01:34:32,960 --> 01:34:36,480 Maka Kit dan Ella pun berkahwin 1412 01:34:36,760 --> 01:34:39,680 dan saya boleh katakan, sebagai ibu pari-parinya, 1413 01:34:39,840 --> 01:34:41,160 bahawa mereka telah dianggap sebagai 1414 01:34:41,320 --> 01:34:45,960 pemerintah paling adil dan pemurah dalam sejarah negeri ini. 1415 01:34:46,040 --> 01:34:50,680 Jadi Ella terus melihat dunia bukan seperti seadanya, 1416 01:34:50,840 --> 01:34:52,720 tetapi seperti apa yang mungkin, 1417 01:34:52,880 --> 01:34:55,360 kalaulah kita percaya akan ketabahan 1418 01:34:55,440 --> 01:34:58,560 dan kebaikan hati serta sekali-sekalanya 1419 01:34:58,640 --> 01:35:02,960 sedikit keajaiban. 1420 01:35:03,120 --> 01:35:09,760 TAMAT 1421 01:35:14,200 --> 01:35:21,400 Diterjemahkan oleh Siti Aliyya