1 00:00:21,793 --> 00:00:24,504 Awak masih tak dapat dia selepas tiga hari. 2 00:00:25,547 --> 00:00:26,965 Terima kasih. Saya hargainya. 3 00:00:27,924 --> 00:00:30,802 Walaupun saya tak mahu awak di sini, saya tetap ada adab. 4 00:00:33,764 --> 00:00:34,765 Dia takkan datang. 5 00:00:36,183 --> 00:00:38,226 Saya ajar Dale supaya jadi bijak. 6 00:00:40,604 --> 00:00:45,359 Saya tak faham dia larikan diri. Dia mengaku bersalah. 7 00:00:45,359 --> 00:00:47,861 Mungkin dia rasa penjara tak sesuai dengannya. 8 00:00:48,528 --> 00:00:49,696 Itu perkara biasa. 9 00:00:50,989 --> 00:00:54,534 Ada banyak lebam padanya setiap kali saya melawat. 10 00:00:56,203 --> 00:00:59,706 Awak tak tahu apa-apa tentang itu, bukan? 11 00:01:01,083 --> 00:01:04,710 Dia selalu menjengkelkan hati orang lain. 12 00:01:06,964 --> 00:01:09,424 Kenapa awak begitu bencikan Dale? 13 00:01:18,892 --> 00:01:21,770 Saya membesar di Otway. Awak tahu Otway? 14 00:01:21,770 --> 00:01:22,854 Ya. 15 00:01:25,524 --> 00:01:26,858 Ayah saya... 16 00:01:27,859 --> 00:01:29,778 Dia bukan lelaki paling bijak. 17 00:01:30,487 --> 00:01:31,863 Dia juga tak besar. 18 00:01:32,364 --> 00:01:35,033 Namun, dia bekerja lebih rajin daripada orang lain. 19 00:01:35,993 --> 00:01:38,370 Ya. Menggali arang selama 30 tahun. 20 00:01:39,204 --> 00:01:42,082 Dia nekad untuk tak benarkan saya kerja di situ. 21 00:01:42,791 --> 00:01:44,459 Tidak. 22 00:01:45,127 --> 00:01:48,463 Saya ada peluang untuk ke universiti seperti Dale. 23 00:01:49,881 --> 00:01:51,508 Supaya jadi berjaya. 24 00:01:52,509 --> 00:01:55,470 Dia mati pada usia 50 tahun 25 00:01:56,430 --> 00:01:58,432 sebab semua habuk arang dalam paru-parunya. 26 00:01:58,432 --> 00:02:01,768 Kerja yang jujur, tapi ia membunuhnya. 27 00:02:02,811 --> 00:02:04,521 Saya tak dapat ke universiti. 28 00:02:08,025 --> 00:02:13,030 Jadi, saya benci semua budak 29 00:02:13,030 --> 00:02:15,824 yang buat keputusan ia amat sukar. 30 00:02:15,824 --> 00:02:19,745 Rompak orang atau jual dadah 31 00:02:20,454 --> 00:02:22,831 dan marah pada semua orang. 32 00:02:24,625 --> 00:02:25,834 Seperti Dale. 33 00:02:29,630 --> 00:02:32,799 Saya sedih sebab tak dapat jumpa dia lagi. 34 00:02:33,967 --> 00:02:36,136 Namun, saya akan teruskan hidup tanpa ucap selamat tinggal 35 00:02:36,928 --> 00:02:39,222 jika dia boleh hidup 36 00:02:40,599 --> 00:02:43,060 jauh daripada lelaki tak guna seperti awak. 37 00:02:43,060 --> 00:02:44,394 Awak akan jumpa dia lagi. 38 00:02:45,270 --> 00:02:48,398 Di tempat kali terakhir awak jumpa dia. Percayalah. 39 00:05:03,992 --> 00:05:07,329 Dr. Lin, saya tak boleh buat begini. 40 00:05:07,329 --> 00:05:09,081 Awak doktor, bukan saya. 41 00:05:09,081 --> 00:05:11,708 Saya bukan doktor. Saya tak pernah jadi doktor. 42 00:05:11,708 --> 00:05:15,045 Awak tahu hampir semua perkara yang saya tahu, Parvati. 43 00:05:15,045 --> 00:05:17,714 Dia cakap tak pernah nampak doktor seperti awak. 44 00:05:17,714 --> 00:05:19,633 Awak akan jadi doktor yang hebat untuk Sagar Wada, 45 00:05:19,633 --> 00:05:22,511 dan orang akan datang dari jauh untuk jumpa awak. 46 00:05:22,511 --> 00:05:25,097 Semua lelaki pasti gembira dapat isteri begini. 47 00:05:25,097 --> 00:05:26,890 Jangan main-main. Ini bukan gurauan. 48 00:05:26,890 --> 00:05:29,601 Awak pandai, Parvati. Awak pandai merawat. 49 00:05:29,601 --> 00:05:32,688 Saya perempuan. Orang tak dengar cakap saya... 50 00:05:32,688 --> 00:05:34,731 Jika mereka mahu sihat, mereka perlu dengar. 51 00:05:35,649 --> 00:05:37,567 Prabhu dan Qasim akan tolong awak. 52 00:05:42,406 --> 00:05:44,491 Saya harap awak tak pergi. 53 00:05:45,075 --> 00:05:48,537 Awak takkan apa-apa. - Bukan saja sebab jadi doktor. 54 00:06:00,215 --> 00:06:02,259 Sekarang saya perlukan pembalut. 55 00:06:02,259 --> 00:06:04,469 Dia kenakan awak? Bagaimana rasanya? - Ya. 56 00:06:04,469 --> 00:06:06,471 Saya akan kenakan kamu berdua. 57 00:06:07,681 --> 00:06:08,932 Saya cuma bergurau. 58 00:06:09,766 --> 00:06:11,810 Bergurau. 59 00:06:18,567 --> 00:06:19,568 Hei. 60 00:06:20,277 --> 00:06:23,530 Nampaknya Khaderbhai tunaikan janji. 61 00:06:24,364 --> 00:06:26,742 Inshallah, kita akan dapat sistem perpaipan sendiri. 62 00:06:27,492 --> 00:06:29,369 Saya tahu awak fikir saya tipu awak. 63 00:06:31,413 --> 00:06:35,208 Awak buat yang awak sangka perlu dan saya tahu awak buat demi kami. 64 00:06:36,084 --> 00:06:37,502 Awak tetap harap saya tak buat. 65 00:06:38,795 --> 00:06:40,922 Orang yang lapar tak pedulikan masa lalu, Lin. 66 00:06:43,258 --> 00:06:45,969 Ini pertemuan terakhir kita? 67 00:06:48,805 --> 00:06:51,558 Jika tidak, kenapa awak ajar Parvati tentang perubatan? 68 00:06:51,558 --> 00:06:53,644 Serta beri semua bekalan makanan awak kepada jiran? 69 00:06:54,227 --> 00:06:55,729 Ya, rasanya betul. 70 00:06:57,064 --> 00:07:00,192 Saya mahu cakap yang saya tahu saya patut dengar cakap awak, Qasim. 71 00:07:00,192 --> 00:07:04,237 Ya. Awak dan semua orang di sini sebab saya sangat bijak. 72 00:07:05,906 --> 00:07:09,117 Awak pula, En. Lin, awak amat menjengkelkan. 73 00:07:12,245 --> 00:07:14,039 Namun, saya tetap akan rindukan awak. 74 00:07:27,386 --> 00:07:29,179 Saya sudah cakap, dia tiada di sini. 75 00:07:31,098 --> 00:07:32,516 Awak tak tahu apa-apa? 76 00:07:34,226 --> 00:07:35,686 Jika saya tahu, saya akan ada di sini? 77 00:07:38,647 --> 00:07:41,817 Jika dia tak kembali ke sini, dia tiada pasportnya. 78 00:07:44,653 --> 00:07:45,779 Jadi, di mana pasport itu? 79 00:07:54,121 --> 00:07:56,081 Saya tahu awak tipu, Lisa. 80 00:08:16,310 --> 00:08:18,603 Tepi! 81 00:08:22,316 --> 00:08:25,944 Hei, awak tak boleh ambil itu. Maurizio. - Maksud awak, semua ini? 82 00:08:27,571 --> 00:08:28,739 Tak boleh? - Maurizio, tolonglah. 83 00:08:28,739 --> 00:08:30,198 Dengar cakap saya. 84 00:08:31,950 --> 00:08:33,994 Saya boleh buat apa-apa saja saya suka. 85 00:08:34,661 --> 00:08:35,662 Okey? 86 00:08:36,997 --> 00:08:40,584 Awak bijak, Lisa. Lebih bijak berbanding dia. 87 00:08:41,627 --> 00:08:44,212 Faham? Kita boleh baiki keadaan ini. Kita semua, bersama-sama. 88 00:08:44,212 --> 00:08:47,132 Beritahu Modena. Okey? 89 00:08:47,883 --> 00:08:51,136 Masih ada masa untuk kita bertiga lari, tapi dia perlu... 90 00:08:52,596 --> 00:08:55,724 dia perlu bawakan saya duit itu, faham? 91 00:09:00,437 --> 00:09:03,565 Apa kita akan lihat, Prabhu? Saya ada urusan. 92 00:09:03,565 --> 00:09:05,484 Masa depan, En. Lin. 93 00:09:07,611 --> 00:09:08,946 Itu teksi Arun. - Bukan! 94 00:09:10,113 --> 00:09:12,366 Sekarang ia teksi saya, separuh masa. 95 00:09:12,366 --> 00:09:14,660 Dia tak boleh memandu 24 jam tanpa tidur. 96 00:09:14,660 --> 00:09:16,745 Semasa dia tak memandu, saya akan pandu. 97 00:09:16,745 --> 00:09:20,123 Dia akan ambil sedikit daripada pendapatan saya. 98 00:09:20,123 --> 00:09:24,044 Siang, saya pemandu pelancong. Malam, saya bawa penumpang. 99 00:09:24,044 --> 00:09:25,671 Hei! - Bila awak tidur? 100 00:09:26,296 --> 00:09:27,589 Selepas kahwin. 101 00:09:28,173 --> 00:09:31,718 Saya takkan dapat banyak untung jadi pemandu pelancong selepas awak pergi. 102 00:09:32,552 --> 00:09:34,763 Tanpa awak, saya akan jadi sama seperti yang lain. 103 00:09:34,763 --> 00:09:37,349 Awak tetap jadi... "pemandu pelancong nombor satu di Bombay." 104 00:09:40,686 --> 00:09:41,812 Saya ada berfikir, 105 00:09:42,896 --> 00:09:45,232 selepas dapat dokumen daripada Didier, 106 00:09:45,232 --> 00:09:47,818 bagaimana jika kita pergi ke kampung awak? 107 00:09:47,818 --> 00:09:49,069 Jumpa keluarga awak. 108 00:09:49,569 --> 00:09:51,530 Awak cakap kampung awak cantik, bukan? 109 00:09:51,530 --> 00:09:54,825 Lin, kalau saya balik, ayah saya yang kolot 110 00:09:54,825 --> 00:09:57,244 akan tahu saya memikat Parvati dan mahukan mas kahwin. 111 00:09:57,244 --> 00:10:00,831 Ibu bapa Parvati benarkan saya memikat dia, 112 00:10:00,831 --> 00:10:03,458 tapi saya tak mahu mereka berubah fikiran. 113 00:10:03,458 --> 00:10:05,669 Sebab itu saya mahu perkahwinan itu cepat berlangsung. 114 00:10:05,669 --> 00:10:09,506 Saya akan beritahu ayah Parvati saya tak perlukan mas kahwin. Saya moden. 115 00:10:09,506 --> 00:10:12,551 Dia akan gembira dengan pandangan moden ini. 116 00:10:13,093 --> 00:10:14,261 Ya, saya pasti. 117 00:10:15,887 --> 00:10:18,682 Awak tak rasa awak tergesa-gesa? 118 00:10:18,682 --> 00:10:21,601 Awak dan Parvati belum luangkan banyak masa bersama. 119 00:10:21,601 --> 00:10:23,687 Kami ada banyak masa selepas berkahwin. 120 00:10:23,687 --> 00:10:27,566 Malam ini malam janji temu rasmi kami yang pertama, En. Lin. 121 00:10:27,566 --> 00:10:28,900 Tak perlu curi-curi jumpa lagi. 122 00:10:30,652 --> 00:10:32,779 Lin, ini pilihan yang sangat sukar untuk saya. 123 00:10:32,779 --> 00:10:34,906 Awak kawan baik saya, tapi Parvati, dia... 124 00:10:34,906 --> 00:10:36,366 Saya faham. 125 00:10:37,409 --> 00:10:38,952 Saya gembira untuk awak. 126 00:10:42,748 --> 00:10:44,249 Reynaldo's? - Ya. 127 00:10:45,542 --> 00:10:46,543 Bukan. 128 00:10:47,919 --> 00:10:50,047 Saya perlu jumpa seseorang dulu. 129 00:10:54,843 --> 00:10:56,011 Siapa? 130 00:10:56,511 --> 00:10:58,305 Awak boleh teka tiga kali. 131 00:11:07,105 --> 00:11:10,609 Saya duduk bersendirian selama dua hari dalam pondok saya, 132 00:11:12,027 --> 00:11:15,656 kemudian saya sedar awak takkan datang, jadi saya ke sini. 133 00:11:17,616 --> 00:11:18,742 Awak di sini. 134 00:11:22,245 --> 00:11:24,331 Saya ada urusan penting. 135 00:11:25,165 --> 00:11:26,667 Awak masih uruskannya? 136 00:11:26,667 --> 00:11:28,543 Ya. 137 00:11:28,543 --> 00:11:30,629 Saya ada tanggungjawab, Lin. Sama seperti awak. 138 00:11:30,629 --> 00:11:31,713 Sudah tiada. 139 00:11:33,298 --> 00:11:34,841 Saya akan pergi esok. 140 00:11:37,010 --> 00:11:38,303 Jadi, saya mahu awak tahu, 141 00:11:39,471 --> 00:11:40,973 saya maksudkannya. 142 00:11:42,140 --> 00:11:45,143 Jika saya tahu awak akan mengelak daripada saya, 143 00:11:46,269 --> 00:11:48,897 saya tetap akan cakap. - Saya bukan pergi sebab itu. 144 00:11:49,523 --> 00:11:51,441 Sebab itu awak tak kembali? 145 00:11:58,573 --> 00:12:02,119 Saya tak mahu pergi tanpa ucap selamat tinggal. 146 00:12:03,662 --> 00:12:05,163 Selamat tinggal penting. 147 00:12:06,665 --> 00:12:08,292 Jadi ini selamat tinggal? 148 00:12:10,711 --> 00:12:12,004 Selama-lamanya. 149 00:12:14,923 --> 00:12:17,718 Kecuali awak mahu makan malam bersama. - Apa? Aduhai! 150 00:12:17,718 --> 00:12:20,012 Ini malam terakhir saya di Bombay. Makan malam dengan saya. 151 00:12:20,012 --> 00:12:22,347 Seperti dua orang biasa. 152 00:12:22,347 --> 00:12:25,309 Awak boleh beri saya satu senarai topik untuk saya elakkan. 153 00:12:31,064 --> 00:12:32,190 Baiklah. 154 00:12:33,358 --> 00:12:34,943 Ya? - Ya. 155 00:12:34,943 --> 00:12:37,904 Awak perlu pilih kedai sebab saya tak tahu. 156 00:12:47,831 --> 00:12:48,957 Teruskan berjalan. 157 00:12:49,458 --> 00:12:53,295 Kenapa awak cuba tipu Raheem dan Zhou? 158 00:12:54,338 --> 00:12:55,714 Maurizio geledah rumah kita. 159 00:12:56,840 --> 00:12:58,008 Saya takut, Sebastian. 160 00:12:58,008 --> 00:13:00,886 Maurizio mahu tinggalkan awak, jadi padan muka dia. 161 00:13:00,886 --> 00:13:02,220 Saya ambil semuanya. 162 00:13:02,220 --> 00:13:05,474 Lisa, kita boleh pergi sekarang. - Bagaimana? 163 00:13:06,058 --> 00:13:08,644 Maurizio ambil pasport kita, bagaimana kita mahu pergi? 164 00:13:09,269 --> 00:13:13,023 Dia akan cari kita ke mana saja. Mereka akan bunuh awak. 165 00:13:13,023 --> 00:13:14,983 Mereka akan sangka saya sebahagian rancangan ini. 166 00:13:15,567 --> 00:13:17,569 Lisa, awak mahu saya jadi kuat. 167 00:13:17,569 --> 00:13:20,614 Bukan begini. Awak patut pergi sebelum mereka cederakan awak. 168 00:13:20,614 --> 00:13:22,157 Lisa, dengar cakap saya. 169 00:13:22,741 --> 00:13:25,494 Lisa, tolong ikut saya. 170 00:13:26,078 --> 00:13:27,287 Maaf, tak boleh. 171 00:13:36,338 --> 00:13:38,590 KAFE REYNALDO'S 172 00:13:38,590 --> 00:13:41,760 All those red notices and not one match. 173 00:13:42,260 --> 00:13:44,972 Mungkin Lin Ford orang kulit putih biasa 174 00:13:44,972 --> 00:13:48,392 menyorok di Bombay daripada hutang atau isteri yang marah. 175 00:13:48,392 --> 00:13:51,687 Semua wartawan terbaik saya kenal ada satu persamaan. 176 00:13:52,187 --> 00:13:54,356 Sentiasa tak berhenti. 177 00:13:54,356 --> 00:13:55,941 Betul? 178 00:13:57,734 --> 00:14:00,487 Apa? Saya tak cakap begitu. - Awak tak fikir saya boleh? 179 00:14:00,487 --> 00:14:02,114 Apa? Awak cuma menghiburkan saya? 180 00:14:02,114 --> 00:14:04,324 Ada cara lain untuk kenal pasti dia. 181 00:14:09,621 --> 00:14:11,915 Lin. Apa khabar? 182 00:14:13,125 --> 00:14:14,209 Baik saja. 183 00:14:15,627 --> 00:14:17,504 Saya Lin. - Ini Nishant. 184 00:14:17,504 --> 00:14:20,299 Dia kekasih saya. - Saya kawan... kekasih dia. 185 00:14:20,299 --> 00:14:23,135 Saya kekasih Kavita. Gembira dapat berkenalan, Lin. 186 00:14:23,844 --> 00:14:25,137 Ya, saya juga. 187 00:14:25,804 --> 00:14:28,015 Awak ada nampak Didier? 188 00:14:28,015 --> 00:14:29,891 Sudah beberapa hari tak nampak. 189 00:14:29,891 --> 00:14:31,143 Baiklah. 190 00:14:31,143 --> 00:14:32,728 Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 191 00:14:40,819 --> 00:14:42,529 Didier ada datang sini? 192 00:14:42,529 --> 00:14:44,781 Didier? Tidak. 193 00:15:01,840 --> 00:15:03,342 Hei, ini Lin. 194 00:15:09,097 --> 00:15:10,098 Didier? 195 00:15:10,098 --> 00:15:13,435 Lin. Saya tak ada pasport awak. 196 00:15:16,605 --> 00:15:17,606 Okey. 197 00:15:19,983 --> 00:15:21,610 Apa berlaku, Didier? 198 00:15:26,490 --> 00:15:29,201 Saya takkan pergi selagi awak tak buka pintu. 199 00:15:39,753 --> 00:15:40,754 Hai. 200 00:15:43,256 --> 00:15:45,467 Awak ada keluar sejak kali terakhir kita jumpa? 201 00:15:45,968 --> 00:15:49,137 Seorang jiran saya sanggup bawakan makanan dan minuman. 202 00:15:49,137 --> 00:15:51,556 Saya tak perlu keluar. 203 00:15:56,019 --> 00:15:58,647 Awak mahu gambar awak dan duit untuk dapatkan pasport. 204 00:15:58,647 --> 00:16:01,984 Saya ada kedua-duanya di sini. 205 00:16:01,984 --> 00:16:04,403 Awak tak dapatkan pasport saya. 206 00:16:05,612 --> 00:16:06,697 Bagus. 207 00:16:50,324 --> 00:16:54,202 Ini bahaya. Kenapa awak ke sini? 208 00:16:54,202 --> 00:16:56,622 Didi jual hutang saya ke tempat ini. 209 00:16:56,622 --> 00:16:58,832 Apa saya boleh buat, menolak? 210 00:16:59,833 --> 00:17:01,543 Bila awak boleh pergi? 211 00:17:03,003 --> 00:17:05,338 Saya di sini sehingga hutang dibayar. 212 00:17:06,339 --> 00:17:08,967 Awak tak patut hubungi pejabat saya. 213 00:17:09,968 --> 00:17:12,179 Apa lagi pilihan saya ada? Saya sudah buntu. 214 00:17:12,179 --> 00:17:13,722 Saya tak faham apa-apa. 215 00:17:13,722 --> 00:17:16,141 Saya bukan dungu, Akash. 216 00:17:16,141 --> 00:17:19,560 Saya tahu perbualan kita untuk lari, kehidupan kita di Kanada, 217 00:17:19,560 --> 00:17:21,646 semua itu tak benar. 218 00:17:21,646 --> 00:17:24,482 Saya tahu saya hanya boleh jadi perempuan simpanan awak. 219 00:17:24,482 --> 00:17:25,651 Cuma sekarang... 220 00:17:26,568 --> 00:17:32,574 saya mahu lihat jika awak cintakan saya seperti saya cintakan awak. 221 00:17:32,574 --> 00:17:34,242 Lelaki di kedudukan saya... 222 00:17:34,242 --> 00:17:39,414 Sebab kedudukan ini, Walidbhai beri awak banyak duit untuk Sagar Wada. 223 00:17:39,414 --> 00:17:40,999 Guna duit itu... 224 00:17:40,999 --> 00:17:43,919 Guna duit Sagar Wada itu untuk bebaskan saya. 225 00:17:45,837 --> 00:17:48,048 Jika Walidbhai tahu awak masih hidup, 226 00:17:48,048 --> 00:17:49,758 orang dia akan bunuh awak. 227 00:17:49,758 --> 00:17:51,843 Saya tetap akan mati di sini. 228 00:17:51,843 --> 00:17:55,639 Awak tetap tak boleh bercakap tentang urusan saya dengannya. 229 00:17:55,639 --> 00:17:57,766 Ia tak selamat untuk awak. 230 00:18:00,060 --> 00:18:01,770 Ini terbaik untuk awak. 231 00:18:02,854 --> 00:18:06,191 Awak tak guna. Saya tak selamat di sini. 232 00:18:09,278 --> 00:18:12,281 Guna duit Walid untuk beli saya daripada Pn. Zhou. 233 00:18:13,240 --> 00:18:14,574 Cakap dengan dia sekarang. 234 00:18:16,493 --> 00:18:19,788 Semua boleh kembali seperti dulu. 235 00:18:22,541 --> 00:18:26,628 Akash? Awak juga mahu begitu, bukan? 236 00:18:32,718 --> 00:18:36,221 Ya, sudah tentu. 237 00:18:39,474 --> 00:18:42,102 Saya akan buat seperti yang perlu. 238 00:18:58,118 --> 00:18:59,953 Menteri Pandey. 239 00:19:05,584 --> 00:19:06,793 Silakan. 240 00:19:15,844 --> 00:19:19,473 Apa? Awak tak boleh biarkan saja saya mabuk dan tertekan? 241 00:19:20,307 --> 00:19:24,102 Karla pernah cakap tekanan hanya berlaku pada orang yang tak pandai bersedih. 242 00:19:26,939 --> 00:19:29,232 Apa maksud awak? 243 00:19:29,232 --> 00:19:32,986 Karla akan lebih gembira jika dia kurang berfikir dan lebihkan perasaan. 244 00:19:32,986 --> 00:19:34,905 Ya, awak betul. 245 00:19:36,239 --> 00:19:37,407 Apa berlaku? 246 00:19:39,201 --> 00:19:40,786 Bagaimana saya mahu mula? 247 00:19:43,330 --> 00:19:48,377 Ayah saya guru yang hebat kecuali satu kegagalan. Saya. 248 00:19:49,711 --> 00:19:54,007 Kegagalan akademik saya buat dia amat marah. 249 00:19:56,760 --> 00:19:59,096 Tangannya, semasa kecil saya rasa 250 00:19:59,096 --> 00:20:03,433 tangannya sangat besar sehingga apabila dia pukul saya, seluruh badan saya lebam. 251 00:20:03,433 --> 00:20:05,394 Saya hidup dalam ketakutan sebab dipukul 252 00:20:05,394 --> 00:20:09,147 dan perasaan tak berguna sebab itu. 253 00:20:10,107 --> 00:20:12,234 Saya lari dari rumah pada umur 16 tahun. 254 00:20:12,234 --> 00:20:16,321 Budak dengan kebijaksanaan dan daya penarik. 255 00:20:19,700 --> 00:20:22,869 Tiada sesiapa pernah pukul saya sejak itu, sehinggalah hari itu. 256 00:20:22,869 --> 00:20:24,204 Polis itu juga sama. 257 00:20:24,204 --> 00:20:26,290 Mereka pandang saya dan nampak saya tak bernilai. 258 00:20:26,290 --> 00:20:28,292 Siapa peduli pendapat mereka? 259 00:20:28,292 --> 00:20:31,628 Saya tahu mereka betul. 260 00:20:37,968 --> 00:20:39,177 Apa itu? 261 00:20:42,431 --> 00:20:43,640 Peringatan. 262 00:20:45,309 --> 00:20:49,229 Saya simpannya untuk ingat yang saya manusia teruk. 263 00:20:51,440 --> 00:20:55,319 Saya pernah ada kekasih di Genova semasa muda. 264 00:20:56,653 --> 00:20:59,615 Lelaki yang kacak dan baik. Dia banyak ajar saya. 265 00:20:59,615 --> 00:21:00,866 Alberto. 266 00:21:02,034 --> 00:21:05,621 Tulis surat paling indah untuk saya. 267 00:21:05,621 --> 00:21:08,999 Saya hidup semula dengannya. 268 00:21:10,000 --> 00:21:11,918 Apa berlaku dengan Alberto? 269 00:21:13,086 --> 00:21:14,129 Dia cintakan saya. 270 00:21:17,257 --> 00:21:18,467 Saya cintakan dia. 271 00:21:19,301 --> 00:21:23,221 Kemudian dia buat satu kesilapan. 272 00:21:23,221 --> 00:21:24,306 Dia... 273 00:21:25,349 --> 00:21:28,143 buat keputusan untuk uji cinta itu. 274 00:21:29,436 --> 00:21:33,065 Walaupun dia bijak, dia tak tahu cinta tak boleh diuji. 275 00:21:33,065 --> 00:21:36,818 Mungkin uji kejujuran dan kesetiaan, tapi bukan cinta. 276 00:21:36,818 --> 00:21:38,987 Cinta berterusan selama-lamanya, 277 00:21:38,987 --> 00:21:41,406 walaupun kita benci orang kita pernah cinta. 278 00:21:41,406 --> 00:21:44,409 Kita boleh cinta seseorang dan buat perkara buruk kepada mereka, 279 00:21:44,409 --> 00:21:46,328 semuanya pada masa yang sama. 280 00:21:47,079 --> 00:21:48,372 Jadi, 281 00:21:50,123 --> 00:21:54,002 Alberto biarkan saya tahu tempat dia simpan duit, 282 00:21:54,002 --> 00:21:57,673 jadi saya curi semuanya dan larikan diri. 283 00:21:59,341 --> 00:22:01,718 Cinta juga bermaksud dia maafkan awak. 284 00:22:05,013 --> 00:22:06,932 Awak tak jumpa dia lagi? 285 00:22:09,726 --> 00:22:12,104 Lima belas tahun kemudian, saya nampak dia di taman, 286 00:22:13,313 --> 00:22:15,023 saya bergegas melepasinya. 287 00:22:15,941 --> 00:22:16,942 Saya... 288 00:22:18,527 --> 00:22:21,780 Saya bergegas melepasi lelaki baik dan bijak yang mencintai saya, 289 00:22:21,780 --> 00:22:24,616 hanya sebab dia tua dan sudah tak kacak. 290 00:22:28,370 --> 00:22:31,373 Kelemahan, kesunyiannya menakutkan saya. 291 00:22:31,915 --> 00:22:33,750 Saya tak mahu jadi sebahagiannya. 292 00:22:35,252 --> 00:22:39,339 Sekarang saya jadi sepertinya. 293 00:22:40,924 --> 00:22:44,469 Semasa saya dipukul di lokap, rasa seperti ayah saya yang memukul saya. 294 00:22:44,469 --> 00:22:46,096 Tak bernilai, tak berguna. 295 00:22:46,096 --> 00:22:51,059 Seolah-olah seluruh kehidupan saya cuma satu fantasi. 296 00:22:53,770 --> 00:22:55,939 Hanya jika awak terus begini. 297 00:22:55,939 --> 00:22:58,191 Awak sudah terlepas daripada masa lampau awak. 298 00:22:58,191 --> 00:22:59,401 Polis itu ada di sini. 299 00:22:59,401 --> 00:23:01,486 Setiap kali saya jalan di luar, saya akan ketakutan. 300 00:23:05,407 --> 00:23:07,034 Saya perompak bank, Didier. 301 00:23:08,744 --> 00:23:10,245 Saya lari dari penjara. 302 00:23:11,246 --> 00:23:13,624 Saya lelaki paling dikehendaki di Australia. 303 00:23:16,001 --> 00:23:18,837 Polis yang tangkap saya mahu saya mati. 304 00:23:18,837 --> 00:23:23,884 Kenapa beritahu saya? Ini satu ujian? Saya sentiasa gagal ujian. 305 00:23:23,884 --> 00:23:25,385 Bukan. 306 00:23:26,553 --> 00:23:28,555 Saya mahu awak tahu saya faham. 307 00:23:29,640 --> 00:23:32,643 Saya bangun setiap hari dan fikir mereka masih mengejar saya. 308 00:23:34,019 --> 00:23:36,772 Rasa takut itu tak hilang sama ada awak terus di sini atau tidak. 309 00:23:39,483 --> 00:23:40,943 Namun, setiap hari kita bebas 310 00:23:42,110 --> 00:23:44,696 ialah satu tamparan buat mereka. 311 00:23:58,752 --> 00:23:59,795 Barry, 312 00:24:01,088 --> 00:24:02,965 awak tahu saya tak suka berita buruk. 313 00:24:10,013 --> 00:24:12,474 Ia sepadan. Inilah harinya, sarjan. 314 00:24:13,558 --> 00:24:14,601 Ayuh. 315 00:24:46,133 --> 00:24:49,428 Charlie. Charlie Pendergast, dia beri saya pistol itu. 316 00:24:49,428 --> 00:24:52,764 Dia tak beri kepada saya, tapi itu pistolnya. Saya pinjam. 317 00:24:52,764 --> 00:24:54,558 Sebenarnya, dia tak beri kepada saya. 318 00:24:54,558 --> 00:24:56,810 Saya ambil tanpa pengetahuan dia, tapi itu pistolnya. 319 00:24:56,810 --> 00:24:59,813 Charlie Pendergast. - Saya sumpah. 320 00:25:08,655 --> 00:25:10,991 Kami ada gambar dan rakaman 321 00:25:11,575 --> 00:25:14,328 hari ini dan semasa awak di Khandala dengan Sunita. 322 00:25:15,996 --> 00:25:17,664 Kehidupan awak akan berakhir, 323 00:25:17,664 --> 00:25:21,376 reputasi awak rosak, isteri dan anak awak akan malu. 324 00:25:22,961 --> 00:25:25,172 Kami bukan musuh awak. 325 00:25:25,172 --> 00:25:27,674 Kami hanya minta awak dengar kemahuan orang ramai. 326 00:25:29,885 --> 00:25:33,597 Jika undian mereka menyokong Khader Khan, biarkan saja. 327 00:25:33,597 --> 00:25:37,726 Jika Walid tak menang di sana, dia akan bunuh saya seperti Rujul. 328 00:25:37,726 --> 00:25:41,855 Walid tak bunuh Rujul. Dia mati sebab khianati Khader Khan. 329 00:25:43,690 --> 00:25:45,275 Bagaimana dengan Sunita? 330 00:25:45,859 --> 00:25:48,070 Jika awak tak tolong kami, awak fikir apa akan jadi padanya? 331 00:25:48,862 --> 00:25:51,073 Dia cakap awak cintakan dia. - Ya. 332 00:25:51,073 --> 00:25:54,368 Ia pasti lebih mudah jika saya tak cintakan dia. 333 00:25:55,077 --> 00:25:56,995 Namun, saya juga sayangkan keluarga saya. 334 00:25:57,871 --> 00:25:59,957 Saya ada kedudukan dan status. 335 00:26:00,457 --> 00:26:03,043 Keluarga isteri saya dihormati. 336 00:26:03,627 --> 00:26:06,088 Sunita cuma pelacur Kamathipura. 337 00:26:09,383 --> 00:26:11,009 Saya dungu 338 00:26:12,135 --> 00:26:14,429 sebab fikir dapat bersamanya. 339 00:26:14,429 --> 00:26:16,848 Awak mahu semua mengikut kemahuan awak tanpa apa-apa kesan. 340 00:26:16,848 --> 00:26:18,308 Sudah tentu. 341 00:26:19,017 --> 00:26:20,727 Jadi percayakan Khaderbhai. 342 00:26:28,318 --> 00:26:30,153 Baiklah. 343 00:26:32,072 --> 00:26:36,493 Kami akan simpan rahsia awak. Sunita akan dibebaskan hari ini. 344 00:26:39,997 --> 00:26:41,206 Mungkin... 345 00:26:42,374 --> 00:26:44,334 Mungkin lebih baik jika dia tinggal di sini. 346 00:26:45,585 --> 00:26:47,504 Awak mahu tinggalkan dia di sini? 347 00:26:47,504 --> 00:26:51,383 Awak bawa dia ke sini, bukan saya. 348 00:26:56,388 --> 00:26:59,099 Nampaknya semua ke arah Sagar Wada. 349 00:27:02,394 --> 00:27:04,813 Jika sesiapa tahu tentang Menteri Pandey, 350 00:27:04,813 --> 00:27:07,399 kami akan fikir awak yang beritahu dan Khader akan bunuh awak. 351 00:27:09,151 --> 00:27:11,695 "Kami." "Khader." 352 00:27:12,571 --> 00:27:13,697 Maksud awak, awak. 353 00:27:19,661 --> 00:27:22,080 Saya nampak ketakutan Didier hari itu, 354 00:27:22,080 --> 00:27:25,667 saya tahu perasaan diburu dan ketakutan. 355 00:27:25,667 --> 00:27:31,632 Saya juga tahu cara untuk lepasinya ialah mengambil peluang. 356 00:27:32,841 --> 00:27:35,969 Mereka ikut? - Tak. Awak tak apa-apa. 357 00:27:41,266 --> 00:27:43,352 Sedia untuk ini? - Masalahnya polis. 358 00:27:44,019 --> 00:27:45,228 Awak dulu. 359 00:27:50,776 --> 00:27:51,902 Hei, bos! 360 00:27:52,611 --> 00:27:54,613 Didier, selamat kembali. - Gembira jumpa awak. 361 00:27:56,239 --> 00:27:57,991 Hei! - Hei. Apa khabar? 362 00:27:57,991 --> 00:28:01,161 Ya, maaf. Saya tiada agak lama, tapi saya dah kembali. Ya. 363 00:28:01,161 --> 00:28:02,829 Ya. Kami okey. 364 00:28:02,829 --> 00:28:04,498 Hei. 365 00:28:04,498 --> 00:28:06,333 Namaste. Saya okey. 366 00:28:09,127 --> 00:28:11,588 Awak mungkin tak mahu kawan, tapi awak ada kawan. 367 00:28:11,588 --> 00:28:13,465 Ya, saya ada seorang sahabat sebenar. 368 00:28:16,593 --> 00:28:18,011 Wiski dan bir. 369 00:28:20,722 --> 00:28:22,307 Mari duduk. 370 00:28:22,307 --> 00:28:24,434 Tak elok minum sambil berdiri. 371 00:28:24,434 --> 00:28:26,311 Hei. - Saya mahu buang air kecil. 372 00:28:36,238 --> 00:28:38,323 Hei, Maurizio. 373 00:28:40,701 --> 00:28:42,286 Mana awak pergi? 374 00:28:42,286 --> 00:28:45,330 Saya ada urusan peribadi. 375 00:28:46,707 --> 00:28:48,458 Modena ada hubungi awak? 376 00:28:49,293 --> 00:28:52,671 Tak. Kenapa dia mahu cari saya? 377 00:28:52,671 --> 00:28:54,006 Pasport. 378 00:28:56,591 --> 00:28:59,803 Jika dia cari, tinggalkan mesej untuk saya di bar atau hubungi nombor ini. 379 00:29:01,138 --> 00:29:03,932 Jadi dia tak boleh tahu awak mahu tahu keadaannya? 380 00:29:04,558 --> 00:29:05,559 Tak. 381 00:29:08,228 --> 00:29:09,646 Awak di kerusi saya. 382 00:29:14,359 --> 00:29:16,445 Awak fikir saya tak tahu apa awak buat? 383 00:29:16,445 --> 00:29:18,071 Awak lebih tahu daripada saya. 384 00:29:18,071 --> 00:29:20,198 Namun, saya gembira jika ia buat awak marah. 385 00:29:22,618 --> 00:29:24,661 Awak akan terima balasannya nanti. 386 00:29:33,378 --> 00:29:34,588 Apa berlaku? 387 00:29:37,799 --> 00:29:39,801 Saya tak tahu. - Gila. 388 00:29:41,553 --> 00:29:42,596 Mari minum. 389 00:29:49,144 --> 00:29:50,354 Bagaimana? 390 00:29:50,354 --> 00:29:52,564 Pandey menyerah lebih cepat berbanding pelacur 50 rupee. 391 00:29:53,148 --> 00:29:54,816 Karla hancurkan dia. 392 00:29:54,816 --> 00:29:56,360 Bagus. Ini berita hebat. 393 00:29:56,902 --> 00:29:57,903 Karla? 394 00:30:00,530 --> 00:30:01,865 Kerja dah selesai. 395 00:30:08,538 --> 00:30:10,749 Pandey pasti sangat cintakan wanita ini. 396 00:30:11,333 --> 00:30:13,752 Pandey takut Walid akan bunuhnya jika dia dapat tahu. 397 00:30:13,752 --> 00:30:14,878 Dia mungkin bunuh. 398 00:30:14,878 --> 00:30:16,588 Namun, ia pasti dah terlambat. 399 00:30:16,588 --> 00:30:18,590 Saya harap boleh jadi seperti lalat di dinding 400 00:30:18,590 --> 00:30:21,718 untuk lihat muka Walid apabila dengar berita ini. 401 00:30:22,427 --> 00:30:25,806 Ini yang awak mahu? - Tak, tapi menghukum kebiadabannya, 402 00:30:25,806 --> 00:30:28,976 itu bonus yang saya pasti nikmati. 403 00:30:29,726 --> 00:30:31,979 Karla, saya tahu ini tak mudah untuk awak. 404 00:30:31,979 --> 00:30:34,022 Keadaan Sunita lebih sukar. 405 00:30:34,564 --> 00:30:36,024 Awak kasihankan dia. 406 00:30:36,024 --> 00:30:40,195 Dia cintakan Pandey tak minta balasan kecuali cintanya dibalas. 407 00:30:40,195 --> 00:30:43,532 Kita pergunakan cintanya dan Pandey mencemuhnya. 408 00:30:43,532 --> 00:30:45,909 Sekarang dia tahu tak boleh percayakan ahli politik. 409 00:30:45,909 --> 00:30:48,662 Saya sangka ini sesuatu yang patut diraikan. Kita menang. 410 00:30:48,662 --> 00:30:50,872 Nikmatinya. Ia jarang berlaku. 411 00:30:54,751 --> 00:30:58,422 Saya akan tinggalkan kamu berdua. 412 00:30:58,422 --> 00:30:59,506 Karla. 413 00:31:00,757 --> 00:31:05,387 Apa saya boleh buat supaya awak kembali gembira? 414 00:31:08,056 --> 00:31:10,225 Saya mahu beri Sunita kebebasannya 415 00:31:10,851 --> 00:31:13,020 dan duit yang cukup untuk dia buat apa-apa saja. 416 00:31:13,020 --> 00:31:16,023 Baiklah, tapi apa awak perlukan? 417 00:31:18,942 --> 00:31:21,111 Hei. Saya tak perlukan ini. 418 00:31:21,945 --> 00:31:24,406 Awak boleh simpan atau berkongsinya. 419 00:31:25,532 --> 00:31:27,409 Awak rasa saya patut pakai yang mana? 420 00:31:27,909 --> 00:31:29,036 Kemeja ini? 421 00:31:30,454 --> 00:31:31,538 Atau yang ini? 422 00:31:32,539 --> 00:31:33,832 Kemeja itu. 423 00:31:33,832 --> 00:31:35,917 Saya fikir kemeja ini. 424 00:31:35,917 --> 00:31:38,170 Teruk betul, saya sangat gemuruh, En. Lin. 425 00:31:38,170 --> 00:31:40,047 Lebih mudah semasa kami curi jumpa. 426 00:31:40,756 --> 00:31:42,841 Bagus jika awak gemuruh. Maksudnya ia penting. 427 00:31:43,884 --> 00:31:45,260 Saya juga gemuruh. 428 00:31:46,470 --> 00:31:47,888 Kenapa awak gemuruh? 429 00:31:47,888 --> 00:31:51,266 Saya keliru kenapa awak belanja Pn. Karla makan malam begitu 430 00:31:51,266 --> 00:31:52,601 jika awak mahu pergi? 431 00:31:53,935 --> 00:31:57,147 Awak mahu ajak dia pergi bersama awak? Itu rancangan awak? 432 00:31:58,941 --> 00:32:02,819 Saya suka, En. Lin. Lebih bagus berbanding kongsi pondok dengan... 433 00:32:05,697 --> 00:32:08,408 Arre, wira! 434 00:32:08,408 --> 00:32:10,661 Bagaimana mereka nak elak daripada cintakan kita? 435 00:32:10,661 --> 00:32:13,121 Lihatlah kita! Kita kacak. 436 00:32:13,914 --> 00:32:17,042 Awak boleh pinjam kemeja elok saya yang lain jika awak mahu. 437 00:32:18,043 --> 00:32:19,127 Saya sudah ada baju. 438 00:32:20,087 --> 00:32:24,132 Baiklah, saya ada permintaan untuk awak. 439 00:32:26,259 --> 00:32:28,095 Sangat serius. - Apa awak mahu? 440 00:32:30,806 --> 00:32:35,978 Jika awak bawa Pn. Karla untuk berasmara di sini malam ini, 441 00:32:35,978 --> 00:32:39,273 boleh saya tengok supaya saya boleh belajar cara terbaik berasmara? 442 00:32:45,487 --> 00:32:46,822 Awak tertipu, bukan? 443 00:32:47,364 --> 00:32:48,699 Awak tertipu! Mengaku. 444 00:33:07,342 --> 00:33:09,428 Kenapa awak tak pergi dengan Modena? 445 00:33:12,931 --> 00:33:14,933 Maurizio menakutkan saya. 446 00:33:16,310 --> 00:33:18,854 Semua ini terlalu sukar. 447 00:33:23,609 --> 00:33:26,278 Modena buat begitu untuk buktikan cintanya pada awak. 448 00:33:27,738 --> 00:33:29,364 Saya menolak dia. 449 00:33:30,198 --> 00:33:32,159 Dia pasti takkan tunggu. 450 00:33:34,911 --> 00:33:36,913 Awak patut jumpa saya dulu. 451 00:33:38,040 --> 00:33:41,335 Saya boleh sediakan pasport dan dokumen untuk kamu berdua. 452 00:33:44,254 --> 00:33:45,756 Saya takut, Karla. 453 00:33:47,257 --> 00:33:49,926 Saya tak mahu balik rumahnya. - Jadi tinggal di sini. 454 00:33:52,596 --> 00:33:53,805 Awak okey? 455 00:33:54,514 --> 00:33:55,807 Entahlah. 456 00:33:57,684 --> 00:33:59,353 Saya tak tahu. 457 00:34:11,322 --> 00:34:14,284 Pn. Zhou mengaku dia bunuh Ahmed. 458 00:34:15,077 --> 00:34:17,411 Seolah-olah saya patut faham. 459 00:34:17,411 --> 00:34:20,248 Pn. Zhou seorang yang teruk. - Bagaimana dengan saya? 460 00:34:28,215 --> 00:34:30,342 Semasa saya ke Sagar Wada untuk jumpa Lin, 461 00:34:32,135 --> 00:34:33,719 dia hampir mati sebab taun. 462 00:34:34,429 --> 00:34:36,098 Saya cemburu. 463 00:34:37,139 --> 00:34:39,726 Dia tahu risikonya. Ia berbaloi. 464 00:34:45,315 --> 00:34:47,067 Dia cakap dia cintakan saya. 465 00:34:48,025 --> 00:34:49,235 Apa awak jawab? 466 00:34:50,362 --> 00:34:51,571 Tidak. Biar saya teka. 467 00:34:52,864 --> 00:34:56,368 Awak cakap awak tak percayakan cinta. - Kemudian saya lari. 468 00:34:58,453 --> 00:35:00,580 Mungkin dia jawapan yang awak perlukan, Karla. 469 00:35:04,167 --> 00:35:09,006 Saya tipu dia dari awal tentang Rujul, Khader, semua sekali. 470 00:35:10,924 --> 00:35:12,259 Dia berhak dapat lebih baik. 471 00:35:15,304 --> 00:35:17,556 Mungkin awak patut biarkan dia tentukan sendiri. 472 00:36:22,204 --> 00:36:23,205 Okey. 473 00:36:25,332 --> 00:36:27,960 Okey. Saya tahu apa awak fikirkan dan saya tak salahkan... 474 00:36:27,960 --> 00:36:31,546 Saya fikir berapa lama awak akan jatuh 475 00:36:31,546 --> 00:36:33,465 selepas kami campak awak dari tingkap. 476 00:36:33,465 --> 00:36:36,385 Hei, pembekal saya tipu kita berdua. Okey? 477 00:36:38,053 --> 00:36:40,764 Kali ini dia hilangkan diri selepas saya beri duit awak. 478 00:36:41,473 --> 00:36:43,558 Saya sedang cari dia, tapi belum jumpa. 479 00:36:43,558 --> 00:36:45,686 Sebab itu awak berkemas untuk pergi? 480 00:36:45,686 --> 00:36:47,354 Awak fikir saya dungu? 481 00:36:48,146 --> 00:36:49,606 Buka pintu. 482 00:36:49,606 --> 00:36:52,818 Saya sumpah itu yang berlaku sebenarnya. 483 00:36:54,152 --> 00:36:56,613 Raheem, jika saya ada duit awak, saya tetap akan ada di sini? 484 00:36:59,199 --> 00:37:00,951 Siapa nama pembekal awak? 485 00:37:03,036 --> 00:37:04,663 Saya akan cari dia. Saya janji. 486 00:37:07,082 --> 00:37:10,585 Jangan! 487 00:37:11,837 --> 00:37:13,463 Jangan, Raheem! 488 00:37:13,463 --> 00:37:20,137 Lin Ford. Nama dia Lin Ford. Okey? 489 00:37:20,721 --> 00:37:22,264 Dia selalu ada di Reynaldo's. 490 00:37:22,848 --> 00:37:25,392 Saya tak nampak dia sejak beri duit itu, tapi jika saya jumpa... 491 00:37:25,392 --> 00:37:28,729 Saya akan cari dia. Selepas itu saya akan jumpa awak di hotel awak. 492 00:37:28,729 --> 00:37:31,231 Sebab kita berdua kawan baik? 493 00:37:32,816 --> 00:37:34,318 Awak nampak penat, Maurizio. 494 00:37:34,318 --> 00:37:37,404 Semua ini buat awak nampak penat. Awak berehat, okey? 495 00:37:38,280 --> 00:37:40,073 Kami akan cari Lin Ford. 496 00:37:41,575 --> 00:37:43,327 Ayuh. - Tunggu. 497 00:37:43,327 --> 00:37:45,370 Dia tak boleh tinggalkan tempat ini... - Saya kenal orang... 498 00:37:45,370 --> 00:37:47,581 ...sehingga saya benarkan. - Awak perlukan saya di sana! Raheem! 499 00:37:47,581 --> 00:37:49,625 Jika dia cuba lari, patahkan kaki. - Raheem! 500 00:37:50,208 --> 00:37:51,918 Okey. 501 00:38:11,438 --> 00:38:13,148 Kawan. 502 00:38:13,148 --> 00:38:15,901 Mari sini, cepat. 503 00:38:15,901 --> 00:38:19,279 Kami lapar. Cepat. Mari sini! 504 00:38:19,279 --> 00:38:21,281 Mak cik mahu apa? 505 00:38:21,281 --> 00:38:22,783 Pilih saja yang mak cik mahu. 506 00:38:25,619 --> 00:38:27,704 Pattice dan samosa nampak sedap, bukan? 507 00:38:27,704 --> 00:38:29,748 Ya, beri dia satu pattice. 508 00:38:36,338 --> 00:38:39,508 Mak cik juga suka kacang sira, Prabhu. Sangat sedap. 509 00:38:39,508 --> 00:38:43,428 Ya, kawan, kacang sira. Kami mahu semuanya. 510 00:38:58,443 --> 00:39:00,195 Terima kasih. 511 00:39:32,644 --> 00:39:33,645 Terima kasih. 512 00:39:42,696 --> 00:39:46,783 Semasa duduk di sana, saya rasa seperti boleh dapat semua yang saya mahu, 513 00:39:47,743 --> 00:39:50,537 saya boleh dapat kebebasan dan masa depan yang berbaloi, 514 00:39:51,747 --> 00:39:53,332 yang ada Karla di dalamnya. 515 00:40:01,256 --> 00:40:02,883 Awak nampak sangat bergaya. 516 00:40:02,883 --> 00:40:04,384 Awak juga nampak menarik. 517 00:40:05,302 --> 00:40:07,012 Tak perlu. Saya ada. Terima kasih. 518 00:40:07,012 --> 00:40:08,221 Baik, tuan. 519 00:40:08,221 --> 00:40:10,724 Tiada apa-apa untuk dilihat di sini. 520 00:40:10,724 --> 00:40:13,143 Tiada apa-apa di sini. 521 00:40:14,144 --> 00:40:15,354 Langsung tak cuai. 522 00:40:19,066 --> 00:40:20,400 Begitulah. 523 00:40:33,246 --> 00:40:34,414 Charlie. 524 00:40:34,414 --> 00:40:37,000 Charlie! Ada seseorang di luar. - Apa? 525 00:40:37,834 --> 00:40:38,835 Dengar cakap saya. 526 00:40:51,932 --> 00:40:52,975 Siapa di luar? 527 00:40:52,975 --> 00:40:55,310 Detektif Senior Walter Nightingale, 528 00:40:55,310 --> 00:40:57,270 Polis Persekutuan Australia. 529 00:40:57,270 --> 00:41:00,607 Tak guna! Sorok semua itu. - Kami cuma mahu berbual. 530 00:41:02,401 --> 00:41:06,613 Charlie, dengar cakap saya. Kami akan masuk sekarang. 531 00:41:17,207 --> 00:41:19,835 Berhenti menangis, Missy! Boleh sorok semua itu? 532 00:41:19,835 --> 00:41:21,044 Missy, pergi! 533 00:41:24,464 --> 00:41:25,465 Tak guna. 534 00:41:28,885 --> 00:41:31,179 Pergi ke belakang perlahan-lahan. 535 00:41:32,139 --> 00:41:33,181 Tak guna. 536 00:41:33,807 --> 00:41:34,808 Tak guna. 537 00:41:38,061 --> 00:41:40,230 Charlie, mereka datang ke belakang! 538 00:41:41,064 --> 00:41:42,649 Jangan harap, tak guna. 539 00:41:51,617 --> 00:41:53,660 Tak guna! 540 00:41:59,207 --> 00:42:03,629 Baiklah! Saya berhenti! 541 00:42:03,629 --> 00:42:07,132 Hei, semua jangan tembak! 542 00:42:08,091 --> 00:42:10,802 Jangan tembak! - Saya akan keluar. 543 00:42:10,802 --> 00:42:11,887 Jangan tembak. 544 00:42:11,887 --> 00:42:14,097 Baring di lantai, okey? 545 00:42:14,097 --> 00:42:16,975 Tidak. - Baring di lantai, okey? 546 00:42:16,975 --> 00:42:18,518 Jangan risau. Saya cintakan awak. 547 00:42:20,437 --> 00:42:21,855 Baiklah! 548 00:42:21,855 --> 00:42:25,150 Baiklah. Saya keluar. Jangan tembak saya. 549 00:42:25,150 --> 00:42:26,401 Awak dengar? 550 00:42:28,779 --> 00:42:29,780 Saya cintakan awak. 551 00:42:37,120 --> 00:42:38,288 Nampak pistol saya? 552 00:42:39,957 --> 00:42:43,293 Pistol atas kereta. Okey? 553 00:42:47,714 --> 00:42:49,341 Saya cuma mahu berbual. 554 00:42:51,134 --> 00:42:54,221 Boleh letak pistol awak, Charlie? 555 00:43:00,268 --> 00:43:04,982 Tak guna! 556 00:43:13,907 --> 00:43:17,619 Awak tembak saya, tak guna. 557 00:43:19,579 --> 00:43:21,540 Panggil ambulans. - Saya akan panggil. 558 00:43:21,540 --> 00:43:24,501 Saya mahu tahu. 559 00:43:24,501 --> 00:43:25,585 Ya? 560 00:43:25,585 --> 00:43:26,670 Rompakan bank itu... 561 00:43:26,670 --> 00:43:29,381 Ya? - Awak tembak Pegawai Floris? 562 00:43:29,381 --> 00:43:31,466 Ya. Saya yang tembak. 563 00:43:31,466 --> 00:43:34,636 Sekarang dapatkan bantuan untuk saya. 564 00:43:34,636 --> 00:43:36,513 Mana Dale Conti? - Dale? 565 00:43:36,513 --> 00:43:39,474 Mana Dale Conti? Tidak. 566 00:43:39,474 --> 00:43:41,685 Awak rasa itu? 567 00:43:46,565 --> 00:43:47,399 Ya? 568 00:43:52,362 --> 00:43:55,824 Dengar. 569 00:43:55,824 --> 00:43:56,908 Awak sedang nazak. 570 00:43:56,908 --> 00:43:58,368 Awak sedang nazak 571 00:43:58,368 --> 00:44:01,204 dan saya saja yang boleh halangnya. 572 00:44:01,204 --> 00:44:02,539 Beritahu saya. 573 00:44:02,539 --> 00:44:04,416 Beritahu saya, di mana dia? 574 00:44:05,834 --> 00:44:07,502 Awak tak dapat buat Dale bercakap. 575 00:44:09,212 --> 00:44:10,839 Itu buat awak marah? 576 00:44:14,968 --> 00:44:18,639 Okey. Jika saya senyap, siapa yang menang? 577 00:44:23,894 --> 00:44:27,648 Okey. Saya akan beritahu. 578 00:44:31,109 --> 00:44:33,820 Saya akan beritahu. 579 00:44:35,739 --> 00:44:37,449 Inilah kehidupan. 580 00:44:41,119 --> 00:44:42,955 Lelaki tak guna. 581 00:44:59,304 --> 00:45:01,139 Dia pandang saya tanpa perasaan... Terima kasih. 582 00:45:01,139 --> 00:45:02,933 Dia cakap, "Boleh saya tengok 583 00:45:02,933 --> 00:45:05,894 supaya saya boleh belajar cara terbaik berasmara?" 584 00:45:07,187 --> 00:45:08,188 Saya percaya. 585 00:45:09,815 --> 00:45:11,525 Dia suka merapu, 586 00:45:11,525 --> 00:45:15,112 tapi dia lelaki paling baik dan bijak saya kenal. 587 00:45:15,112 --> 00:45:16,405 Saya sangat sayang dia. 588 00:45:18,573 --> 00:45:19,574 Mereka semua. 589 00:45:26,999 --> 00:45:28,750 Saya begini sebab wain ini. - Sudah tentu. 590 00:45:30,752 --> 00:45:32,671 Mungkin awak beritahu saya kisah Prabhu 591 00:45:32,671 --> 00:45:37,634 supaya dapat cakap tentang berasmara semasa malam terakhir awak di Bombay. 592 00:45:41,054 --> 00:45:42,514 Awak sama teruk sepertinya. 593 00:45:43,265 --> 00:45:48,645 Kecuali awak cakap begitu supaya awak dapat berasmara. 594 00:45:53,609 --> 00:45:54,610 Bertenang. 595 00:45:55,611 --> 00:45:57,738 Tak, walaupun awak minta... 596 00:45:59,323 --> 00:46:00,532 Saya tak maksudkan awak minta... 597 00:46:00,532 --> 00:46:02,618 Saya takkan sanggup buat begitu dan tetap pergi. 598 00:46:04,745 --> 00:46:06,163 Saya perlu pergi. 599 00:46:07,706 --> 00:46:09,207 Awak tak perlu pergi. 600 00:46:11,418 --> 00:46:12,628 Mari ikut saya. 601 00:46:13,962 --> 00:46:17,215 Hei. Tanpa apa-apa janji. 602 00:46:17,215 --> 00:46:21,845 Hanya kita berdua selagi kita gembira. 603 00:46:25,265 --> 00:46:27,059 Sebab itu awak ajak saya ke sini? - Ya. 604 00:46:27,059 --> 00:46:30,395 Untuk buat begini, ketawa, berbual. 605 00:46:30,395 --> 00:46:32,731 Lihat betapa mudahnya dan betapa gembiranya begini. 606 00:46:35,567 --> 00:46:37,861 Saya tak mahu berpisah dengan awak. 607 00:46:39,655 --> 00:46:42,032 Saya tak mahu pergi sebab saya cintakan awak. 608 00:46:48,497 --> 00:46:50,499 Ia tak semudah itu, Lin. 609 00:46:50,499 --> 00:46:51,708 Ia boleh jadi semudah itu. 610 00:46:53,835 --> 00:46:55,337 Kenapa awak masih di sini? 611 00:46:56,088 --> 00:46:58,298 Apa yang begitu penting yang takkan ada di sini 612 00:46:58,298 --> 00:47:00,258 jika awak kembali nanti? 613 00:47:00,759 --> 00:47:02,177 Saya mungkin salah, Karla, 614 00:47:02,177 --> 00:47:04,429 tapi awak seperti seseorang awak pernah cakap 615 00:47:04,429 --> 00:47:07,891 duduk sendirian dalam bot yang sedang karam, takut untuk keluar. 616 00:47:07,891 --> 00:47:10,477 Mungkin saya tak mahu orang lain karam dengan saya. 617 00:47:11,353 --> 00:47:12,896 Saya pandai berenang. 618 00:47:18,026 --> 00:47:19,152 Saya tak boleh. - Awak boleh. 619 00:47:29,746 --> 00:47:31,290 Saya akan rindukan awak, Lin. 620 00:47:32,416 --> 00:47:33,417 Sangat rindukan awak. 621 00:47:41,925 --> 00:47:43,593 Jika saya mengejar dia, 622 00:47:43,593 --> 00:47:46,471 adakah dia akan ubah fikiran, setuju untuk ikut saya? 623 00:47:47,097 --> 00:47:48,682 Saya takkan tahu. 624 00:47:48,682 --> 00:47:51,977 Saya cuma tahu keadaan selepas itu pasti berbeza. 625 00:48:05,574 --> 00:48:06,742 Awak Didier Levy? 626 00:48:08,577 --> 00:48:10,454 Saya tak kenal awak. 627 00:48:10,454 --> 00:48:12,873 Saya dengar awak kawan Lin Ford. 628 00:48:12,873 --> 00:48:15,083 Saya perlu cari dia. Kami ada urusan bersama-sama. 629 00:48:17,836 --> 00:48:21,632 Ya, Lin. Dia sudah lama tak ke sini. 630 00:48:21,632 --> 00:48:25,510 Kali terakhir saya dengar, dia ada kekasih Sweden yang cantik 631 00:48:25,510 --> 00:48:27,763 dalam suite di hotel Taj. 632 00:48:27,763 --> 00:48:31,350 Mereka rancang nak lawat Varanasi. 633 00:48:31,350 --> 00:48:33,560 Awak sudah terlepasnya. 634 00:48:33,560 --> 00:48:35,604 Namun, saya boleh tolong urusan awak... 635 00:48:35,604 --> 00:48:36,688 Awak tak boleh. 636 00:48:47,074 --> 00:48:49,201 Lisa. Ini saya, Sebastian. 637 00:48:52,329 --> 00:48:54,915 Sebastian, apa awak buat di sini? Ini bahaya. 638 00:48:54,915 --> 00:48:56,375 Saya pastikan tiada sesiapa ikut saya. 639 00:49:01,838 --> 00:49:03,131 Saya sangka awak sudah pergi. 640 00:49:06,635 --> 00:49:07,928 Awak patut pergi. 641 00:49:07,928 --> 00:49:09,388 Saya takkan pergi tanpa awak. 642 00:49:11,473 --> 00:49:13,266 Saya cintakan awak, Lisa. 643 00:49:16,645 --> 00:49:17,771 Maafkan saya. 644 00:49:18,939 --> 00:49:22,859 Maaf sebab kata-kata saya sebelum ini. Saya mahu ikut awak. 645 00:49:22,859 --> 00:49:25,487 Karla mahu tolong. Dia boleh dapatkan dokumen baharu. 646 00:49:27,531 --> 00:49:28,907 Kita akan berjaya lari. 647 00:49:33,620 --> 00:49:34,621 Hei. 648 00:49:36,665 --> 00:49:40,419 Pergi Sagar Wada dan cari doktor kulit putih, En. Lin. Okey? 649 00:49:40,419 --> 00:49:43,714 Cakap Didier suruh tunggu sana dan jangan pergi dari sana. 650 00:49:43,714 --> 00:49:47,801 Jika dia tiada, cari Prabhu dan suruh Prabhu cari saya di sini. 651 00:49:47,801 --> 00:49:50,137 Okey? Pergi. - Okey. 652 00:49:55,600 --> 00:49:57,894 Hei, jika awak tak lepaskan saya, saya akan buang air di sini. 653 00:50:23,253 --> 00:50:26,506 Saya akan patahkan kaki awak kalau awak tipu. 654 00:50:37,893 --> 00:50:40,062 Saya ada di sini. Cepat. 655 00:51:17,224 --> 00:51:19,434 Awak masih tulis artikel tentang Lin? 656 00:51:21,812 --> 00:51:22,813 Dia tahu? 657 00:51:25,691 --> 00:51:27,109 Dia hantar awak ke sini? 658 00:51:27,109 --> 00:51:28,986 Saya datang untuk suruh awak berhenti. 659 00:51:35,742 --> 00:51:38,996 Lindsay Ford nama lelaki yang sudah mati. 660 00:51:38,996 --> 00:51:40,330 Awak sudah tahu? 661 00:51:40,330 --> 00:51:42,082 Lin yang dulu tak penting. 662 00:51:42,082 --> 00:51:45,794 Lin yang sekarang penting, serta usahanya di Sagar Wada. 663 00:51:46,670 --> 00:51:49,089 Jika awak terbitkan artikel itu, dia perlu tinggalkan Bombay. 664 00:51:49,089 --> 00:51:50,841 Dia tak patut perlu buat begitu. 665 00:51:53,343 --> 00:51:56,513 Ramai yang patut dihukum sebab buat silap, 666 00:51:56,513 --> 00:51:57,931 tapi bukan Lin. 667 00:52:01,601 --> 00:52:03,437 Apa yang awak buat, Karla? 668 00:52:03,437 --> 00:52:06,898 Kita bersama di Reynaldo's dan berseronok. 669 00:52:07,441 --> 00:52:12,112 Kita mesra, tapi kita bukan kawan. 670 00:52:16,658 --> 00:52:20,829 Saya suka Lin, tapi ini tugas saya. 671 00:52:21,413 --> 00:52:24,875 Saya wartawan dan Lin topik saya. 672 00:52:27,628 --> 00:52:29,463 Saya selesaikan urusan yang tak patut berlaku. 673 00:52:33,342 --> 00:52:36,678 Jika awak berhenti tulis tentang Lin, saya beri awak kisah lebih bagus. 674 00:52:38,597 --> 00:52:39,598 Kisah apa? 675 00:52:40,724 --> 00:52:44,895 Penyelewengan, rasuah, seks dan pembunuhan. 676 00:52:49,399 --> 00:52:53,820 Saya boleh beri awak kisah cara gengster Bombay gunakan semua itu 677 00:52:53,820 --> 00:52:56,365 untuk cuba dapatkan Sagar Wada. 678 00:52:57,950 --> 00:52:59,117 Baiklah. 679 00:52:59,910 --> 00:53:00,911 Saya mendengar. 680 00:53:02,245 --> 00:53:05,290 Pertama, awak perlu janji untuk lupakan Lin. 681 00:53:05,999 --> 00:53:09,544 Walau apa yang berlaku, dia tetap boleh tinggal di Bombay. 682 00:53:17,094 --> 00:53:18,095 Mari masuk. 683 00:53:36,655 --> 00:53:38,323 Saya tak apa-apa. 684 00:53:48,500 --> 00:53:50,043 Maaf saya tembak dia, Sarjan. 685 00:53:50,877 --> 00:53:53,755 Saya juga sama. 686 00:53:56,008 --> 00:53:58,385 Kita masih ada tangkapan yang bagus malam ini, bukan? 687 00:53:58,385 --> 00:54:00,762 Kita masih berjaya. 688 00:54:01,805 --> 00:54:04,391 Malam ini teruk. 689 00:54:05,934 --> 00:54:09,563 Polis bunuh lelaki begitu jadikan dia wira pada penyangak lain. 690 00:54:11,648 --> 00:54:16,028 Sekarang, Pendergast tak boleh beritahu kita mana Dale. 691 00:54:17,029 --> 00:54:18,030 Saya tak tahu... 692 00:54:18,030 --> 00:54:20,824 Awak fikir itu satu kejayaan. 693 00:54:43,180 --> 00:54:46,099 Ini satu jenaka? 694 00:55:04,910 --> 00:55:07,746 Jangan cakap awak mahu pergi. Saya perlu seseorang untuk minum bersama. 695 00:55:07,746 --> 00:55:09,915 Lin, kita berdua perlu pergi. 696 00:55:09,915 --> 00:55:12,084 Saya baru sampai. Saya mahu minum sampai mabuk. 697 00:55:12,084 --> 00:55:14,586 Lin, mari pergi. Kita boleh minum di rumah saya. 698 00:55:24,680 --> 00:55:27,015 Ada sesuatu berlaku? - Saya akan beritahu nanti. 699 00:55:33,772 --> 00:55:36,275 Apa berlaku? - Saya ada masalah kecil. 700 00:55:36,275 --> 00:55:38,485 Saya perlukan bantuan awak, tapi di tempat lain. 701 00:55:38,485 --> 00:55:40,153 Mari pergi. - Masalah lagi? 702 00:55:40,153 --> 00:55:42,906 Saya tinggalkan awak selama enam jam. Apa berlaku? 703 00:55:44,283 --> 00:55:45,284 Mari pergi. 704 00:55:59,381 --> 00:56:01,550 Dia ikut awak? - Mari cepat. 705 00:56:04,261 --> 00:56:05,262 Mari. 706 00:56:15,731 --> 00:56:18,150 Apa yang awak mahu? Kenapa awak ikut dia? 707 00:56:18,150 --> 00:56:20,944 Lepaskan saya... - Kenapa awak... 708 00:56:21,820 --> 00:56:23,822 Kenapa awak ikut dia? - Bukan saya. Dia. 709 00:56:23,822 --> 00:56:26,283 Dia ikut awak, Lin! - Kenapa awak ikut dia? 710 00:56:26,283 --> 00:56:27,909 Ada ramai lagi! 711 00:56:40,631 --> 00:56:41,840 Apa berlaku? 712 00:56:42,799 --> 00:56:44,217 Apa awak dah buat, En. Lin? 713 00:56:45,802 --> 00:56:46,803 Apa saya dah buat? 714 00:56:49,222 --> 00:56:50,599 Aduhai! 715 00:57:01,610 --> 00:57:03,528 BERDASARKAN NOVEL SHANTARAM OLEH GREGORY DAVID ROBERTS 716 00:58:23,609 --> 00:58:25,611 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman