1 00:00:19,583 --> 00:00:20,834 Lin? 2 00:00:20,834 --> 00:00:23,128 Dia muntah sejak lima jam lepas. 3 00:00:23,128 --> 00:00:25,422 Saya buntu. Hospital tak terima dia. 4 00:00:25,422 --> 00:00:27,758 Mereka cakap rehat tiga hingga empat hari dan beri air yang cukup, 5 00:00:27,758 --> 00:00:30,802 dia akan sihat nanti. - Jitendra, awak dengar? 6 00:00:30,802 --> 00:00:33,013 Lin, mana awak pergi? Cepat. Parvati... 7 00:00:33,013 --> 00:00:35,724 Parvati boleh tunggu! Tengok keadaan suami saya. 8 00:00:35,724 --> 00:00:37,851 Keadaan dia juga sama seperti suami awak. 9 00:00:37,851 --> 00:00:39,436 Pergi, Prabhu! 10 00:00:39,436 --> 00:00:42,064 Bayi saya sampai sebelum Parvati. 11 00:00:42,940 --> 00:00:43,774 Prabhu! 12 00:00:43,774 --> 00:00:46,485 Awak tak nampak Jitendra saya sakit? - Prabhu! 13 00:00:48,820 --> 00:00:51,114 Apa berlaku? Berapa ramai sakit begini? 14 00:00:51,114 --> 00:00:52,199 Semua orang sakit. 15 00:00:52,199 --> 00:00:54,826 Parvati juga sakit. Tolong cepat! Cepat! 16 00:00:54,826 --> 00:00:57,037 Okey. Saya akan pergi. Okey? 17 00:00:58,997 --> 00:01:01,875 Pergi. Keluar, biar ada udara di sini. 18 00:01:03,669 --> 00:01:05,045 Baring, Jitendra. 19 00:01:35,993 --> 00:01:40,038 Awak perlu pastikan ia tak tercabut. 20 00:01:40,956 --> 00:01:41,957 Okey? 21 00:01:50,424 --> 00:01:53,302 Maaf. - Kenapa masih di sini? 22 00:01:53,302 --> 00:01:56,930 Balik! Tunggu di sini... - Okey. Mari ikut saya. 23 00:01:56,930 --> 00:01:58,890 ...takkan sembuhkan dia! - Maaf! 24 00:02:05,188 --> 00:02:07,399 Kenapa Tuhan hukum dia begini? 25 00:02:07,399 --> 00:02:10,027 Ini amaran? "Jauhi haramkhor, Prabhu"? 26 00:02:10,027 --> 00:02:11,320 Itu yang Tuhan sampaikan? 27 00:02:11,320 --> 00:02:13,322 Kami tak patut keluar tanpa pengetahuan mereka. 28 00:02:13,322 --> 00:02:16,241 Semua ini salah saya, Encik Lin. - Bukan dia saja sakit. 29 00:02:16,241 --> 00:02:18,160 Awak bersalah pada mereka? - Tolonglah. 30 00:02:18,160 --> 00:02:20,120 Awak tak boleh cakap begini. Awak akan pergi. 31 00:02:20,120 --> 00:02:22,247 Apa kami akan buat selepas itu? - Saya takkan pergi. 32 00:02:22,247 --> 00:02:23,957 Sebab awak perlukan pasport. 33 00:02:23,957 --> 00:02:26,168 Bagaimana selepas dapat pasport? Awak takkan pergi? 34 00:02:26,168 --> 00:02:28,712 Walau apa pun berlaku, saya akan ada di sini dua hari lagi. 35 00:02:32,591 --> 00:02:34,217 Maaf. 36 00:02:34,217 --> 00:02:35,677 Saya tak faham. 37 00:02:35,677 --> 00:02:38,430 Masak air tugas yang mudah... - Qasim. 38 00:02:38,430 --> 00:02:41,350 Qasim! Ini mungkin taun. 39 00:02:41,350 --> 00:02:43,310 Semua simptom sepadan serta cara ia merebak. 40 00:02:43,310 --> 00:02:46,229 Ya. Ada tiga kejadian lain antara sini dan Thane. 41 00:02:46,229 --> 00:02:49,107 Benda paling penting ialah garam, Johnny. 42 00:02:49,107 --> 00:02:52,402 Garam dan nasi. - Hei. Kita perlu mula merancang. 43 00:02:52,402 --> 00:02:54,488 Bekalan saya tak cukup untuk rawat semua orang. 44 00:02:54,488 --> 00:02:56,657 En. Lin, kami pernah alaminya. 45 00:02:56,657 --> 00:02:58,325 Tunjukkan senarai ini pada abang awak. 46 00:02:58,325 --> 00:03:00,827 Kita sudah ada tugas untuk semua orang, termasuk awak. 47 00:03:02,120 --> 00:03:03,330 Encik Lin, chalo. 48 00:03:03,330 --> 00:03:05,666 Perkara paling penting ialah terangkan 49 00:03:05,666 --> 00:03:08,502 yang semua orang, termasuk orang tua, lakukan tugas mereka. 50 00:03:20,055 --> 00:03:22,891 Mari bersarapan, sayang. 51 00:03:23,850 --> 00:03:25,686 Saya lapar. 52 00:03:26,520 --> 00:03:29,856 Saya akan bersarapan di katil saja. 53 00:03:29,856 --> 00:03:31,608 Katil ini tak cukup besar. 54 00:03:32,567 --> 00:03:34,569 Saya dah sedia untuk sarapan lengkap. 55 00:03:40,951 --> 00:03:45,956 Mentega, roti bakar, jem, dosa. 56 00:03:46,957 --> 00:03:48,417 Chai? Kopi? 57 00:03:48,417 --> 00:03:51,753 Tinggalkan di luar. - Tidak. Ai. 58 00:04:19,156 --> 00:04:22,033 Sunita, sayang, tolong masuk semula. 59 00:04:23,785 --> 00:04:25,037 Jangan risau. 60 00:04:25,037 --> 00:04:28,915 Kita tak boleh dilihat bersama-sama. 61 00:04:29,499 --> 00:04:31,376 Kita sangat jauh dari Bombay. 62 00:04:31,376 --> 00:04:33,795 Awak fikir ada orang di sini tahu atau peduli 63 00:04:33,795 --> 00:04:37,591 rupa awak atau isteri awak, En. Pandey? 64 00:04:38,634 --> 00:04:42,346 Baiklah. Awak tak mahu gosip. 65 00:04:43,263 --> 00:04:46,224 Ambil saya jadi setiausaha awak. 66 00:04:46,224 --> 00:04:47,559 Selepas kita pindah ke Kanada. 67 00:04:48,352 --> 00:04:53,106 Kerjayanya belum bermula, tapi dah cakap tentang pindah ke Kanada. 68 00:04:54,024 --> 00:04:59,446 Awak dah ambil duit Walidbhai, awak akan kekal di India selamanya. 69 00:04:59,446 --> 00:05:02,783 Ia sukar, sayang. 70 00:05:04,159 --> 00:05:06,828 Saya cintakan awak. 71 00:05:07,829 --> 00:05:09,247 Awak tahu, bukan? 72 00:05:10,415 --> 00:05:11,708 Mari berseronok lagi. 73 00:05:20,968 --> 00:05:23,303 Semua penduduk Sagar Wada bekerja 74 00:05:23,303 --> 00:05:25,764 sebab tahu hanya mereka yang akan membantu. 75 00:05:26,264 --> 00:05:29,184 Saya pula dianggap sebagai doktor oleh mereka. 76 00:05:29,184 --> 00:05:32,062 Tahap perubatan di luar bidang saya, seorang paramedik pelarian. 77 00:05:45,701 --> 00:05:47,786 Beri satu kepada Mak Cik Ratna dan satu kepada Lily. 78 00:05:47,786 --> 00:05:49,913 Ravi, beri satu kepada Manu dan Pinky. 79 00:05:50,664 --> 00:05:52,624 Beri satu kepada Jitu. Pergi! 80 00:05:52,624 --> 00:05:54,501 Suruh mereka minumnya. 81 00:06:06,096 --> 00:06:10,350 Satu, dua, tiga. Ambil yang lain. Cepat! 82 00:06:10,934 --> 00:06:12,894 Pulangkan semua botol kosong. 83 00:06:14,354 --> 00:06:18,567 Kenapa pulangkan ini? Lari! - Suruh budak pemalas itu. 84 00:06:19,151 --> 00:06:22,029 Sudahlah, Kumar ji. 85 00:06:22,029 --> 00:06:24,615 Parvati sangat bermakna padanya. 86 00:06:48,347 --> 00:06:50,265 Terima kasih. 87 00:06:55,270 --> 00:06:57,105 Hai. Boleh beri dua? 88 00:07:04,196 --> 00:07:07,407 Saya beli telur hari ini. Saya mahu buat telur dadar. 89 00:07:08,033 --> 00:07:09,284 Awak buat kopi? 90 00:07:11,453 --> 00:07:13,789 Awak mahu berpura-pura tiada masalah? 91 00:07:14,790 --> 00:07:18,418 Jika awak ada masalah, Sebastian, kenapa tak beritahu Maurizio? 92 00:07:18,418 --> 00:07:20,963 Saya cakap awak boleh menolak. 93 00:07:20,963 --> 00:07:23,340 Mungkin saya mahu awak menolak. 94 00:07:25,384 --> 00:07:26,385 Untuk saya. 95 00:07:28,220 --> 00:07:30,639 Apa awak buat? Berdiam diri. 96 00:07:35,310 --> 00:07:36,770 Saya tak pedulikan Raheem. 97 00:07:36,770 --> 00:07:39,273 Saya bertindak sebab salah seorang daripada kita perlu buat begitu. 98 00:07:39,273 --> 00:07:42,025 Jika berasmara dengan dia akan bawa kita keluar dari sini, 99 00:07:42,025 --> 00:07:43,235 jadi teruskan saja. 100 00:07:49,324 --> 00:07:50,701 Saya tidur dengan awak. 101 00:07:52,869 --> 00:07:54,121 Bangun dengan awak. 102 00:07:55,789 --> 00:07:57,457 Bersarapan dengan awak. 103 00:08:03,297 --> 00:08:05,549 Saya takkan cium dia sebab saya tak buat begitu. 104 00:08:06,466 --> 00:08:09,469 Saya buat kerja saya dan balik. 105 00:08:26,486 --> 00:08:27,487 Pergi. 106 00:08:28,405 --> 00:08:31,992 Sebelum saya suruh kereta patah balik dan hantar awak ke Khandala. 107 00:08:34,077 --> 00:08:35,162 Keluar. 108 00:09:03,482 --> 00:09:06,526 Sepuluh kilogram? Itu sangat banyak. 109 00:09:06,526 --> 00:09:10,530 Awak tak boleh beri sebanyak itu? - Jangan lupa awak yang kerja dengan saya. 110 00:09:10,530 --> 00:09:12,074 Saya boleh beri. 111 00:09:12,074 --> 00:09:14,785 Cuma jumlah yang banyak akan tarik perhatian. 112 00:09:16,161 --> 00:09:18,246 Siapa tahu sumber heroin awak? 113 00:09:19,122 --> 00:09:20,666 Rakan saya saja, Modena. 114 00:09:23,710 --> 00:09:26,797 Bagaimana dengan pelacur Amerika, Lisa? 115 00:09:27,422 --> 00:09:29,716 Dia tak tahu apa-apa. Modena hanya suka berasmara dengannya. 116 00:09:30,717 --> 00:09:36,431 Jika saya dibabitkan dalam hal ini, Maurizio, Padma akan kembiri awak. 117 00:09:36,431 --> 00:09:37,557 Ingat. 118 00:09:39,726 --> 00:09:42,854 Jika Khaderbhai tahu, Padma takkan ada peluang. 119 00:09:46,191 --> 00:09:47,734 Jadi boleh beri atau tidak? 120 00:09:57,911 --> 00:10:00,497 Ada lagi? - Sini. 121 00:10:02,541 --> 00:10:06,670 Beri dia dua sudu setiap dua minit. 122 00:10:37,576 --> 00:10:40,203 Sunita, di atas sini! 123 00:10:40,203 --> 00:10:44,541 Awak nampak gembira! Bagaimana? 124 00:10:59,306 --> 00:11:00,515 Dia pelacur. 125 00:11:01,224 --> 00:11:03,143 Saya ikut dia sampai ke rumah pelacuran. 126 00:11:03,143 --> 00:11:05,854 Perempuan simpanan satu hal, tapi pelacur kelas bawahan 127 00:11:05,854 --> 00:11:07,773 beri kita lebih banyak kelebihan. 128 00:11:07,773 --> 00:11:10,776 Jika Walid tahu tentang randi ini, dia akan terus bunuhnya. 129 00:11:11,526 --> 00:11:14,029 Dia tak boleh ambil risiko Pandey dilucutkan jawatan. 130 00:11:14,029 --> 00:11:15,614 Abdullah betul. 131 00:11:15,614 --> 00:11:18,075 Gadis itu perlu di bawa ke tempat selamat dan kawalan kita 132 00:11:18,075 --> 00:11:20,619 jika mahu guna dia lawan Pandey. 133 00:11:20,619 --> 00:11:22,913 Kita perlu lakukannya tanpa menarik perhatian. 134 00:11:23,497 --> 00:11:26,416 Kita perlukan seseorang yang tak dicurigai membeli pelacur. 135 00:11:28,460 --> 00:11:30,504 Gunakan pengaruh awak pada Pn. Zhou. 136 00:11:30,504 --> 00:11:32,339 Suruh dia bawa gadis itu ke The Palace. 137 00:11:32,339 --> 00:11:35,175 Tak. Pasti ada cara lain. 138 00:11:35,175 --> 00:11:37,678 Awak ada idea lebih bagus? Cakaplah. 139 00:11:37,678 --> 00:11:40,722 Kamu sudah bincang hal ini sebelum saya sampai. 140 00:11:40,722 --> 00:11:42,724 Jadi pendapat saya masih penting? 141 00:11:43,850 --> 00:11:45,352 Abdullah ada beri cadangan. 142 00:11:45,352 --> 00:11:47,396 Sekarang kami bincangkan semula dengan awak. 143 00:11:49,481 --> 00:11:53,610 Karla, kami takkan buat tindakan yang awak akan menyesal. 144 00:11:57,197 --> 00:11:59,491 Bila kita dapat air lagi? - Selasa. 145 00:12:02,786 --> 00:12:04,913 Allah bersama orang yang sabar. 146 00:12:05,872 --> 00:12:09,584 Allah gembira buat 30,000 orang tunggu tiga hari untuk air? 147 00:12:09,584 --> 00:12:11,753 Tidak, tapi perbandaran. 148 00:12:12,796 --> 00:12:16,842 En. Lin, kami lawan taun setiap tahun, 149 00:12:16,842 --> 00:12:19,303 kami buat yang termampu untuk selamatkan orang. 150 00:12:20,012 --> 00:12:22,472 Siapa perlukan doktor jika awak ada, bukan? 151 00:12:22,472 --> 00:12:24,599 Saya bukan doktor sebenar, Qasimbhai. 152 00:12:24,599 --> 00:12:26,852 Saya nampak seperti bhai sebenar? 153 00:12:28,103 --> 00:12:31,064 Awak doktor jugaad. 154 00:12:31,732 --> 00:12:34,776 Apa di Sagar Wada bukan jugaad? - Apa itu jugaad? 155 00:12:35,694 --> 00:12:39,781 Jugaad ialah gunakan semua sumber yang ada. 156 00:12:40,282 --> 00:12:43,035 Ia perkataan Bombay untuk kehidupan di Bombay. 157 00:13:12,522 --> 00:13:15,233 Untuk tuah. Kita perlukannya. 158 00:13:38,423 --> 00:13:40,008 Satu kereta saja? 159 00:13:41,385 --> 00:13:44,554 Dia akan datang dengan lebih banyak kereta jika dia tahu tentang heroin. 160 00:13:48,392 --> 00:13:49,893 Jika dia mahu bunuh saya. 161 00:13:58,360 --> 00:14:00,529 Pergi sambut mereka. 162 00:14:15,877 --> 00:14:17,504 Awak okey? 163 00:14:20,674 --> 00:14:23,885 Saya maksudkannya apabila kata boleh cari cara lain. 164 00:14:23,885 --> 00:14:28,140 Ingat perbualan kita. Jika jenayah itu ada terlalu banyak dosa... 165 00:14:31,184 --> 00:14:32,602 Mari selesaikan saja. 166 00:14:42,738 --> 00:14:47,951 Awak mahu saya ambil gadis ini, beri dia bilik yang bagus, makanan sedap, 167 00:14:47,951 --> 00:14:49,328 semua dibayar oleh awak? 168 00:14:49,328 --> 00:14:52,080 Lakukannya dan anggap hutang awak dah lunas. 169 00:14:52,080 --> 00:14:55,083 Bayaran kecil untuk nyawa awak, bukan? 170 00:15:00,047 --> 00:15:03,717 Apa awak tak beritahu saya, Khaderbhai? 171 00:15:03,717 --> 00:15:06,261 Tentang randi ini? 172 00:15:07,054 --> 00:15:09,222 Saya sudah beritahu awak semua yang perlu. 173 00:15:10,223 --> 00:15:12,851 Awak tak mahu sesiapa babitkan awak dengan dia 174 00:15:12,851 --> 00:15:15,479 atau bertanya kenapa dia berpindah? 175 00:15:15,479 --> 00:15:18,398 Awak terkenal dengan pilihan pelbagai. 176 00:15:18,398 --> 00:15:20,943 Kadangkala awak pasti cari rekrut dari Kamathipura? 177 00:15:22,110 --> 00:15:25,530 Awak amat tahu tentang pelacuran di Bombay. 178 00:15:26,657 --> 00:15:29,493 Mungkin seseorang boleh beritahu saya sebab awak di sini. 179 00:15:29,493 --> 00:15:32,162 Awak boleh buat atau tidak? 180 00:15:33,997 --> 00:15:34,998 Boleh. 181 00:15:36,249 --> 00:15:40,545 Cuma Kamathipura terkenal dengan kuantiti bukan kualiti. 182 00:15:40,545 --> 00:15:43,799 Gadis di sana mudah diganti. 183 00:15:44,841 --> 00:15:47,052 Saya cadangkan jika mahu sorokkan niat awak, 184 00:15:47,052 --> 00:15:50,055 kita beli beberapa randi dari sana. 185 00:15:50,055 --> 00:15:52,140 Lebih kurang orang akan tanya soalan. 186 00:15:52,933 --> 00:15:54,935 Baiklah. Jika awak cakap begitu. 187 00:15:56,645 --> 00:15:57,646 Padma. 188 00:16:04,361 --> 00:16:07,155 Karla akan terus ada di sini untuk menyelia. 189 00:16:08,198 --> 00:16:09,408 Dia wakil saya. 190 00:16:09,408 --> 00:16:11,994 Berapa lama dia akan jadi wakil awak? 191 00:16:18,250 --> 00:16:20,210 Awak ada masalah dengan hal itu? 192 00:16:22,170 --> 00:16:23,338 Tidak. 193 00:17:06,464 --> 00:17:09,468 Sebastian, awak boleh pergi sekarang. Tolonglah. 194 00:17:11,428 --> 00:17:15,015 Saya ada di bawah. Saya akan tunggu sehingga awak selesai. 195 00:17:26,693 --> 00:17:28,194 Selamat petang. 196 00:17:42,709 --> 00:17:45,045 Saya tak sabar jumpa awak. 197 00:17:49,049 --> 00:17:51,426 Penantian itu amat berbaloi. 198 00:17:54,388 --> 00:17:57,349 Awak mahu minum sesuatu? Champagne? 199 00:18:02,688 --> 00:18:04,064 Buka pakaian awak. 200 00:18:18,036 --> 00:18:19,037 Jeetu. 201 00:18:19,579 --> 00:18:22,666 Jeetu! 202 00:18:25,794 --> 00:18:27,921 Okey. Biar saya lihat, Ratna. 203 00:18:49,067 --> 00:18:50,819 Jeetu! 204 00:19:51,463 --> 00:19:53,173 Ini Da Hong Pao. 205 00:19:54,341 --> 00:19:57,010 Hanya yang terbaik untuk tetamu terhormat saya. 206 00:19:57,719 --> 00:19:59,846 Awak fikir pelanggan awak peduli tentang teh? 207 00:20:00,806 --> 00:20:03,558 Mereka bayarnya, sama ada mereka minum atau tidak. 208 00:20:05,185 --> 00:20:06,687 Awak fikir saya jual apa di sini? 209 00:20:08,730 --> 00:20:10,607 Sudah tentu seks... 210 00:20:13,819 --> 00:20:15,946 tapi kebanyakannya misteri, 211 00:20:15,946 --> 00:20:17,322 eksotisisme, 212 00:20:18,407 --> 00:20:21,368 rasa yang tak boleh dicapai. 213 00:20:23,745 --> 00:20:25,622 Lelaki datang dari seluruh dunia 214 00:20:25,622 --> 00:20:31,545 untuk rasa nikmati gadis yang dilatih dengan cara tertentu. 215 00:20:33,797 --> 00:20:37,801 Sebab itu saya tak boleh biarkan mereka pergi sesuka hati mereka. 216 00:20:38,802 --> 00:20:42,264 Saya laburkan masa dan sumber pada mereka, 217 00:20:43,056 --> 00:20:46,101 sama seperti Khader pada Rujul. 218 00:20:46,101 --> 00:20:47,185 Mungkin awak juga. 219 00:20:47,185 --> 00:20:49,688 Awak tak perlu beri alasan kepada saya. 220 00:20:50,814 --> 00:20:53,108 Betul. Saya tak perlu beri alasan. 221 00:20:54,943 --> 00:20:57,112 Awak beritahu Khader tentang Rujul. 222 00:20:58,363 --> 00:21:01,366 Lisa beritahu awak dan awak beritahu Khader. 223 00:21:01,366 --> 00:21:02,451 Ya. 224 00:21:05,370 --> 00:21:07,456 Dia berpura-pura tak kenal awak. 225 00:21:08,915 --> 00:21:12,210 Dia bagus. Saya percaya dia. 226 00:21:14,171 --> 00:21:16,632 Saya tertanya penipuan yang dia beritahu awak. 227 00:21:18,884 --> 00:21:21,303 Awak serahkan nyawa saya padanya. 228 00:21:21,887 --> 00:21:23,555 Awak mahu saya minta maaf? 229 00:21:27,225 --> 00:21:30,687 Awak bencikan saya sebab buat perkara sama seperti awak. 230 00:21:30,687 --> 00:21:33,565 Menghukum pengkhianatan. - Saya tak bunuh Rujul. 231 00:21:37,152 --> 00:21:40,113 Saya pula tak bunuh kawan awak, Ahmed. 232 00:21:40,113 --> 00:21:41,323 Bukan secara peribadi. 233 00:21:43,533 --> 00:21:45,369 Mari minum. 234 00:21:46,495 --> 00:21:50,040 Awak boleh benci saya, tapi masih tak bazirkan teh itu. 235 00:22:00,550 --> 00:22:04,346 Saya tak tahan melihat kesedihan, ketakutan dan kesan semuanya. 236 00:22:05,347 --> 00:22:08,100 Rasa malu dan sedih mengancam saya. 237 00:22:08,767 --> 00:22:09,893 Jugaad tak cukup... 238 00:22:09,893 --> 00:22:11,687 Lin! - ...ia takkan cukup. 239 00:22:11,687 --> 00:22:14,940 Lin, dia masih tak pulih. Tolong, mesti ada sesuatu awak boleh buat. 240 00:22:14,940 --> 00:22:17,776 Janji awak akan selamatkan dia... - Saya selamatkan Jitendra? 241 00:22:18,860 --> 00:22:20,279 Saya selamatkan Lakshmi? 242 00:22:21,363 --> 00:22:24,116 Kenapa saya boleh selamatkan Parvati? - Awak boleh cuba. Tolonglah. 243 00:22:24,825 --> 00:22:27,286 Saya sama saja seperti awak. 244 00:22:28,412 --> 00:22:30,205 Hei, awak buta? 245 00:22:30,205 --> 00:22:34,626 Lihatlah kita berdua. Ada yang saya tak boleh buat sebab diri saya 246 00:22:34,626 --> 00:22:36,837 dan ada awak boleh buat sebab diri awak! 247 00:22:41,758 --> 00:22:42,759 Lin? 248 00:22:58,275 --> 00:23:00,152 Tak, awak tak boleh pergi! Bukan sekarang! 249 00:23:00,152 --> 00:23:01,945 Awak mahu ke mana, En. Lin? 250 00:23:07,159 --> 00:23:10,704 Apa gunanya, Qasim? Kita perlukan bantuan sebenar. 251 00:23:11,955 --> 00:23:13,373 Bantuan takkan datang. 252 00:23:13,373 --> 00:23:14,875 Awak masih tak faham? 253 00:23:14,875 --> 00:23:17,711 Ya, saya faham yang cap tangan biru tak beri apa-apa perbezaan. 254 00:23:17,711 --> 00:23:19,212 Maaf. Saya tak boleh... 255 00:23:21,214 --> 00:23:22,883 Saya tak boleh buat begini. 256 00:23:22,883 --> 00:23:25,802 Tak, En. Lin. Saya yang harus minta maaf pada awak. 257 00:23:44,196 --> 00:23:45,530 Kualitinya bagus. 258 00:23:47,199 --> 00:23:49,368 Buatan sendiri, Padma ji. 259 00:23:49,368 --> 00:23:53,121 Khushi kesayangan kami datang dari keluarga pembuat roti, 260 00:23:53,664 --> 00:23:55,916 buatnya di dapur kami. 261 00:23:57,334 --> 00:23:58,835 Makanlah lagi. 262 00:23:58,835 --> 00:24:00,921 Saya perlu jaga berat badan. 263 00:24:02,673 --> 00:24:06,551 Impian kami jadi kenyataan apabila seseorang seperti awak... 264 00:24:08,178 --> 00:24:10,389 beri gadis saya peluang yang besar. 265 00:24:22,401 --> 00:24:24,778 Serta pembuat kuih tadi. 266 00:24:28,615 --> 00:24:31,076 Masa depan yang cerah. 267 00:24:35,706 --> 00:24:39,293 Tidak. Saya tak mahu pergi. 268 00:24:39,293 --> 00:24:41,044 Awak akan buat seperti disuruh. 269 00:24:41,670 --> 00:24:44,798 Awak boleh dapat lebih daripada ini? Tidak, bukan? 270 00:24:44,798 --> 00:24:47,801 Buat saja seperti disuruh. 271 00:25:00,731 --> 00:25:04,318 KAFE REYNALDO'S 272 00:25:05,235 --> 00:25:07,237 Hammad! Hai! 273 00:25:09,489 --> 00:25:10,490 Chan, apa khabar? 274 00:25:11,867 --> 00:25:13,535 Awak mahu kenalkan kawan awak? 275 00:25:15,954 --> 00:25:18,290 Awak juga. - Okey, saya akan hubungi. 276 00:25:18,290 --> 00:25:19,374 Saya akan kembali. 277 00:25:23,962 --> 00:25:25,297 Maurizio, betul? 278 00:25:26,548 --> 00:25:28,925 Awak kenal saya dan majikan saya? 279 00:25:31,595 --> 00:25:34,264 Perniagaan heroin awak perlu berhenti sekarang, Maurizio. 280 00:25:35,015 --> 00:25:37,434 Saya tak faham maksud awak... - Berhenti. Saya tahu. 281 00:25:40,354 --> 00:25:42,773 Ada orang tak mahu awak cederakan sesiapa. 282 00:25:43,857 --> 00:25:46,360 Saya yang akan disuruh bunuh awak, 283 00:25:46,360 --> 00:25:49,988 saya ada banyak hal sekarang. Saya tak mahu kerja tambahan. 284 00:25:52,366 --> 00:25:54,326 Saya beri awak peluang. 285 00:25:55,494 --> 00:25:56,995 Saya terimanya. 286 00:25:57,996 --> 00:25:59,247 Tiada lagi urus niaga. 287 00:26:05,587 --> 00:26:06,922 Perempuan dulu. 288 00:26:06,922 --> 00:26:08,090 Saya tak mahu. 289 00:26:09,174 --> 00:26:10,509 Awak tak perlukannya. 290 00:26:12,719 --> 00:26:14,346 Awak sangat bertenaga. 291 00:26:15,055 --> 00:26:16,431 Awak juga mengagumkan. 292 00:26:19,267 --> 00:26:20,811 Awak mahu ke mana? 293 00:26:20,811 --> 00:26:22,229 Balik. 294 00:26:22,229 --> 00:26:24,564 Tidak. 295 00:26:27,276 --> 00:26:29,194 Saya cakap mahu bermalam dengan awak. 296 00:26:33,824 --> 00:26:35,659 Awak mahu saya beli heroin itu, 297 00:26:37,411 --> 00:26:41,290 awak perlu ikut arahan saya selama yang saya mahu. 298 00:26:53,427 --> 00:26:55,012 Awak ada masa sehingga pagi. 299 00:27:38,388 --> 00:27:39,640 Ya. 300 00:27:58,992 --> 00:28:00,911 Terima kasih sebab jumpa saya lewat begini. 301 00:28:17,094 --> 00:28:19,179 Kali terakhir awak ke sini, 302 00:28:19,179 --> 00:28:23,141 awak cakap Sagar Wada ada peraturan sendiri dan awak perlu ikutnya. 303 00:28:28,647 --> 00:28:31,191 Qasim cakap kami akan lepasinya, 304 00:28:32,234 --> 00:28:33,694 yang mereka pernah laluinya. 305 00:28:35,862 --> 00:28:37,406 Orang yang mati takkan lepasinya. 306 00:28:40,200 --> 00:28:42,661 Jiran saya perlukan air bersih. 307 00:28:42,661 --> 00:28:45,414 Ubat-ubatan juga, tapi paling penting, air yang bersih. 308 00:28:46,206 --> 00:28:49,001 Apa pendapat Qasimbhai tentang awak berjumpa saya? 309 00:28:50,294 --> 00:28:51,420 Dia tak tahu. 310 00:28:52,838 --> 00:28:54,673 Awak sudah langgar peraturan itu. 311 00:28:56,633 --> 00:28:58,635 Saya tiada pilihan. - Sudah tentu ada. 312 00:28:59,720 --> 00:29:03,056 Awak boleh pergi jauh dari sini. Kenapa masih di sini? 313 00:29:08,770 --> 00:29:11,398 Saya mahu jadi orang seperti yang mereka anggap, 314 00:29:11,398 --> 00:29:13,066 bukan yang saya nampak di cermin. 315 00:29:14,985 --> 00:29:17,237 Saya tak boleh buat begitu jika biarkan mereka mati. 316 00:29:21,116 --> 00:29:22,576 Pada masa dulu, 317 00:29:22,576 --> 00:29:25,996 penduduk di sini percaya orang yang beri air 318 00:29:26,872 --> 00:29:29,082 akan capai kepuasan dalam kehidupan. 319 00:29:33,295 --> 00:29:35,547 Air ialah sumber kehidupan. 320 00:29:36,882 --> 00:29:39,718 Ramai orang India tetap akan beri seseorang segelas air 321 00:29:40,594 --> 00:29:43,055 walaupun mereka musuh atau tak dikenali. 322 00:29:44,389 --> 00:29:48,393 Sebab itu, apa lagi pilihan saya ada? 323 00:29:53,148 --> 00:29:54,358 Apa awak akan dapat? 324 00:29:57,736 --> 00:30:00,989 Kita perlu seimbangkan keburukan kita dengan kebaikan, Lin. 325 00:30:02,699 --> 00:30:04,368 Jika saya boleh membantu, 326 00:30:04,993 --> 00:30:07,329 siapa saya jika saya tak membantu? 327 00:30:10,540 --> 00:30:14,044 Bantuan saya tak boleh dirahsiakan. 328 00:30:14,044 --> 00:30:15,253 Awak perlu faham itu. 329 00:30:17,130 --> 00:30:20,133 Awak buat perjanjian untuk semua yang tinggal di sana 330 00:30:20,133 --> 00:30:23,387 dan mereka perlu terimanya. 331 00:30:25,597 --> 00:30:26,723 Mereka akan terima? 332 00:30:32,980 --> 00:30:34,815 Sudah berapa lama awak bersamanya? 333 00:30:35,399 --> 00:30:36,984 Khaderbhai? 334 00:30:40,529 --> 00:30:41,655 Kamu kekasih? 335 00:30:42,531 --> 00:30:43,532 Bukan. 336 00:30:44,616 --> 00:30:46,410 Jelas sekali dia percayakan awak. 337 00:30:47,494 --> 00:30:48,829 Percaya yang awak setia. 338 00:30:48,829 --> 00:30:49,913 Saya setia. 339 00:30:53,333 --> 00:30:58,338 Kesetiaan wujud sebab cinta, ketakutan atau hutang. 340 00:30:59,256 --> 00:31:02,426 Jika awak tak cintakan dia, jadi awak takut atau berhutang dengan dia? 341 00:31:02,426 --> 00:31:04,219 Apa Padma akan cakap tentang awak? 342 00:31:08,557 --> 00:31:13,603 Padma sudah lama dengan saya, dia akan cakap ketiga-tiganya. 343 00:31:15,897 --> 00:31:20,402 Tidak, Padma akan berkorban untuk saya. 344 00:31:21,278 --> 00:31:23,196 Kedua-dua pihak perlu setia. 345 00:31:25,907 --> 00:31:26,908 Betul? 346 00:31:33,165 --> 00:31:34,166 Mereka sudah sampai. 347 00:31:55,437 --> 00:31:56,688 Itu mesti dia. 348 00:32:00,609 --> 00:32:03,236 Dia tahu bukan ini yang diberitahunya. 349 00:32:04,404 --> 00:32:07,366 Lihatlah dia, ketakutan. 350 00:32:13,538 --> 00:32:15,415 Awak jauh lebih bagus daripada saya? 351 00:32:17,709 --> 00:32:21,421 Perbezaan kita ialah saya tiada majikan. 352 00:32:22,422 --> 00:32:24,257 Saya bukan bekerja untuk lelaki. 353 00:32:30,764 --> 00:32:32,432 Buka! 354 00:32:34,267 --> 00:32:35,435 Tolong! 355 00:32:36,603 --> 00:32:37,604 Buka! 356 00:32:40,023 --> 00:32:41,942 Buka pintu! 357 00:32:42,526 --> 00:32:44,528 Saya tak mahu tinggal di sini! 358 00:32:45,195 --> 00:32:46,280 Tolong! 359 00:33:11,888 --> 00:33:13,015 Hei, Encik Lin. 360 00:33:20,856 --> 00:33:23,108 Kemudian babak terbaik awak terlepas. 361 00:33:27,779 --> 00:33:29,990 Tiba-tiba, lori itu melanggar tepi jip, 362 00:33:29,990 --> 00:33:34,661 jip itu jatuh ke bawah gunung dan berkecai. 363 00:33:39,875 --> 00:33:42,878 Bachchan Saab dibiarkan mati. 364 00:33:44,755 --> 00:33:51,637 Kaliram yang jahat pergi meraikan dengan minum dan gadis tarian. 365 00:33:51,637 --> 00:33:56,767 Budwha pergi ke kampung, tanpa mereka tahu, 366 00:33:57,601 --> 00:34:03,440 Phulwa yang cantik menjaga Bachchan Saab. 367 00:34:04,066 --> 00:34:07,319 Ya, Bachchan Saab masih hidup. 368 00:34:07,319 --> 00:34:09,487 Bagaimana dia boleh mati? 369 00:34:11,072 --> 00:34:17,161 Jadi malam itu, semasa Kaliram minum dan gadis menari untuknya... 370 00:34:23,918 --> 00:34:26,755 siapa lelaki kacak yang menyanyi 371 00:34:28,715 --> 00:34:32,511 dan menari dengan mereka dalam penyamaran? 372 00:34:44,481 --> 00:34:47,317 Sudah tentu Bachchan Saab. 373 00:34:48,485 --> 00:34:52,531 Kaliram yang dungu terlalu sibuk minum untuk perasan dia. 374 00:34:53,865 --> 00:34:55,324 Jadi Bachchan Saab terus menyanyi... 375 00:35:40,078 --> 00:35:41,079 Sebastian. 376 00:35:42,748 --> 00:35:43,749 Sebastian. 377 00:35:44,666 --> 00:35:45,792 Ayuh. Mari. 378 00:35:57,512 --> 00:36:01,516 Air! Pergi! 379 00:36:10,859 --> 00:36:13,236 Tak perlu baldi! Ia datang dalam botol! Air! 380 00:36:40,472 --> 00:36:43,225 AIR DHIBAR 381 00:36:53,944 --> 00:36:58,991 Semasa tiba di Bombay, saya perlu tinggal di tepi jalan. 382 00:36:59,825 --> 00:37:03,620 Tempat tinggal pertama saya ialah khemah di kawasan setinggan. 383 00:37:03,620 --> 00:37:06,707 Saya pernah alaminya seperti kamu. 384 00:37:08,458 --> 00:37:12,587 Bagaimana saya mahu berdiam diri apabila tahu masalah kamu? 385 00:37:15,299 --> 00:37:17,843 Ini bandar kita, Bombay. 386 00:37:18,677 --> 00:37:21,096 Ini bandar paling sukar di dunia. 387 00:37:22,222 --> 00:37:28,520 Namun, kita tetap ke sini mencari kehidupan lebih baik. 388 00:37:30,063 --> 00:37:31,064 Kenapa? 389 00:37:32,065 --> 00:37:36,111 Sebab kehidupan di Bombay lebih baik berbanding tempat lain. 390 00:37:37,487 --> 00:37:39,489 Saya akan tolong kamu. 391 00:37:40,073 --> 00:37:43,327 Jika kamu terima tanda persahabatan ini, 392 00:37:43,327 --> 00:37:45,245 saya akan bantu kamu. 393 00:37:45,245 --> 00:37:49,583 Kemudian, seperti semua persahabatan, 394 00:37:50,083 --> 00:37:56,673 suatu hari nanti saya pasti perlukan bantuan kamu. 395 00:38:17,569 --> 00:38:19,488 Kamu dengar? 396 00:38:21,657 --> 00:38:23,700 Fikir! - Terima kasih. 397 00:38:23,700 --> 00:38:25,035 Kamu mahu ke mana? 398 00:38:25,619 --> 00:38:29,957 Persahabatan dia bukan percuma. 399 00:38:35,921 --> 00:38:38,882 Saya rampas kuasa Qasim, tapi saya tak peduli. 400 00:38:39,466 --> 00:38:42,552 Saya mahu mereka terus hidup supaya hati saya tenang 401 00:38:42,552 --> 00:38:45,138 sebelum saya lari semula dan tinggalkan mereka. 402 00:38:49,601 --> 00:38:51,645 Tidak. Jangan. 403 00:38:51,645 --> 00:38:53,855 Jangan. Kamu tak patut berterima kasih kepada saya. 404 00:38:54,731 --> 00:38:56,483 Kamu patut berterima kasih kepada dia. 405 00:39:02,614 --> 00:39:03,907 Khaderbhai! 406 00:39:04,700 --> 00:39:06,201 Khaderbhai! 407 00:39:47,492 --> 00:39:49,328 Kenapa pergi pada dia, Lin? 408 00:39:50,245 --> 00:39:52,831 Kenapa? Awak tahu maksudnya? 409 00:39:55,125 --> 00:39:58,378 Orang nazak, Qasim. Saya guna cara yang ada. 410 00:39:59,546 --> 00:40:02,382 Awak tahu itu jugaad yang sangat banyak. 411 00:40:10,182 --> 00:40:11,975 Awak dah tawan hati mereka. 412 00:40:13,185 --> 00:40:14,394 Sebab Lin. 413 00:40:16,396 --> 00:40:17,940 Ya, sebab Lin. 414 00:40:33,622 --> 00:40:34,623 Lin! 415 00:40:36,083 --> 00:40:37,501 Awak tak dengar cakap saya. 416 00:40:38,543 --> 00:40:41,546 Saya cakap, "Jangan dekati samseng." 417 00:40:41,546 --> 00:40:42,756 Awak tak dengar. 418 00:40:47,761 --> 00:40:49,554 Lin! - Apa? 419 00:40:56,019 --> 00:40:59,481 Terima kasih, Encik Lin, sebab tak dengar cakap saya. 420 00:41:04,444 --> 00:41:06,613 Awak kawan yang baik, Encik Lin. 421 00:41:07,948 --> 00:41:10,742 Kawan dan lelaki yang baik. 422 00:41:13,453 --> 00:41:16,707 Maaf sangka awak akan tinggalkan kami. Saya tak patut fikir begitu. 423 00:41:16,707 --> 00:41:18,792 Pergilah tidur. 424 00:41:19,960 --> 00:41:23,547 Saya akan kejut awak petang nanti dan ambil pasport dari En. Didier, okey? 425 00:41:25,465 --> 00:41:28,593 Saya sudah rasa sedih sebab saya akan sangat rindukan awak. 426 00:41:30,137 --> 00:41:31,305 Namun, masa dah tiba, bukan? 427 00:41:32,306 --> 00:41:33,307 Rasanya. 428 00:41:36,101 --> 00:41:38,979 Sebab itu awak beri kami hadiah perpisahan ini 429 00:41:39,730 --> 00:41:42,691 sebelum orang jahat ini cari awak. 430 00:41:59,416 --> 00:42:00,417 Pergi! 431 00:42:48,882 --> 00:42:52,511 Kemudian Kaliram serang Bachchan Saab dengan kayu terbakar. 432 00:42:56,098 --> 00:42:57,849 Bachchan Saab tendang dia. 433 00:42:58,475 --> 00:43:00,769 Kayu itu terbang! 434 00:43:01,979 --> 00:43:05,899 Kaliram tangkap Phulwa dan campak dia pada Bachchan Saab... 435 00:43:07,109 --> 00:43:08,568 lompat dari tingkap... 436 00:43:13,532 --> 00:43:15,200 untuk lari ke troli tali. 437 00:43:17,244 --> 00:43:21,999 Namun, Bachchan Saab kejar dia dengan pantas! 438 00:43:22,916 --> 00:43:25,168 Dia serang pengikut Kaliram... 439 00:43:29,840 --> 00:43:32,759 dan lompat ke udara, 440 00:43:32,759 --> 00:43:35,220 cukup untuk pegang hujung troli itu! 441 00:43:37,222 --> 00:43:41,018 Kaliram tendang tangannya... 442 00:43:43,812 --> 00:43:47,858 tapi Bachchan Saab takkan lepaskan. Tidak. 443 00:43:47,858 --> 00:43:49,067 Hei, Bachchan, 444 00:43:49,067 --> 00:43:53,155 awak fikir dia nampak lakonan awak sebalik dinding ini? 445 00:43:54,448 --> 00:43:57,868 Masuk dan tunjuk pergaduhan awak itu. Ayuh. 446 00:44:09,755 --> 00:44:13,008 Jangan berdiri saja di sana. Awak halang udara masuk. 447 00:44:13,592 --> 00:44:14,593 Masuk. 448 00:45:02,808 --> 00:45:04,768 BERDASARKAN NOVEL SHANTARAM OLEH GREGORY DAVID ROBERTS 449 00:46:24,806 --> 00:46:26,808 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman