1 00:00:15,162 --> 00:00:19,333 Cepat! Mari guna semua air kita ada! 2 00:00:19,333 --> 00:00:22,836 Cepat! Guna cadar untuk padamkan api. 3 00:00:41,229 --> 00:00:45,567 Robohkan pondok ini. Kita perlu halang api. 4 00:00:47,069 --> 00:00:50,447 Saya benci api ini. Awak mahu bunuh saya? Ayuh! 5 00:01:20,143 --> 00:01:21,395 Apa yang terbakar? 6 00:01:21,979 --> 00:01:25,649 Sagar Wada. Itu tempat Lin tinggal. 7 00:01:27,943 --> 00:01:29,528 Awak cakap dia dah pergi. 8 00:01:32,990 --> 00:01:33,991 Saya sejuk. 9 00:01:54,720 --> 00:01:58,307 Baiklah. Awak perlu pastikan ia bersih. Faham? 10 00:01:58,307 --> 00:01:59,558 Faham. Okey. 11 00:01:59,558 --> 00:02:00,642 Baiklah. Bagus. 12 00:02:07,524 --> 00:02:08,899 Salaam alaikum, En. Lin. 13 00:02:08,983 --> 00:02:10,444 Wa alaikumu assalam. 14 00:02:10,444 --> 00:02:12,696 Saya Qasim Ali, ketua di sini. 15 00:02:13,572 --> 00:02:15,240 Prabhu beritahu saya tentang awak. 16 00:02:15,907 --> 00:02:17,075 Terima kasih, En. Lin. 17 00:02:18,118 --> 00:02:19,661 Terima kasih sebab tolong. 18 00:02:19,745 --> 00:02:21,872 Saya boleh tolong lebih banyak jika ada bekalan lebih baik. 19 00:02:21,872 --> 00:02:23,498 Jika awak beri saya apa-apa awak ada... 20 00:02:23,582 --> 00:02:26,168 Ada yang perlukan hospital, ubat, IV. 21 00:02:26,168 --> 00:02:28,712 Ya, tapi semua itu takkan sampai ke sini. 22 00:02:29,421 --> 00:02:30,964 Awak sudah dapat semua yang kami ada. 23 00:02:32,215 --> 00:02:33,592 Parvati? 24 00:02:34,301 --> 00:02:35,886 Boleh sesiapa tengok Lakshmi? 25 00:02:35,886 --> 00:02:37,638 Apa berlaku, Lakshmi? 26 00:02:37,638 --> 00:02:39,014 Lin, mari sini! 27 00:02:41,850 --> 00:02:42,976 Okey, bawa dia ke sini. 28 00:02:43,894 --> 00:02:45,979 Saya perlukan satu meja lagi untuk baringkan dia. 29 00:02:48,982 --> 00:02:51,068 Perlahan-lahan. 30 00:02:51,985 --> 00:02:55,238 Okey. Awak tak apa-apa. Awak okey. 31 00:02:55,322 --> 00:02:57,574 Awak tak apa-apa. Bertenang. 32 00:03:03,038 --> 00:03:04,998 Tanya jika dia ada masalah pernafasan. 33 00:03:11,630 --> 00:03:13,632 Dia perlu ke hospital untuk cabut besi itu. 34 00:03:13,632 --> 00:03:15,509 Awak tak boleh buat? - Tak. 35 00:03:16,426 --> 00:03:18,095 Ia mungkin tembus paru-parunya. 36 00:03:18,095 --> 00:03:19,930 Mak. - Ravi! 37 00:03:19,930 --> 00:03:23,058 Tidak! Ia keluar. 38 00:03:23,725 --> 00:03:24,893 Ravi! - Mak! 39 00:03:24,977 --> 00:03:27,229 Prabhu! Letakkan tangan di sana, faham? 40 00:03:27,229 --> 00:03:28,730 Tekanan kukuh. 41 00:03:31,942 --> 00:03:34,152 Alihkan tangan awak! 42 00:03:35,946 --> 00:03:37,739 Saya mahu awak pegang dia. Faham? - Okey. 43 00:03:37,823 --> 00:03:39,157 Jangan biarkan dia bergerak. - Okey. 44 00:03:39,950 --> 00:03:41,827 Cakap ini akan bantu dia bernafas. 45 00:03:43,203 --> 00:03:44,329 Jangan sentuh! 46 00:03:56,758 --> 00:03:59,386 Jangan dekati ibu saya! 47 00:03:59,386 --> 00:04:01,054 Qasim, saya perlu dengar. 48 00:04:01,138 --> 00:04:04,391 Ravi, berhenti! Dia cuba bantu ibu awak. 49 00:04:09,604 --> 00:04:11,023 Ravi. - Awak okey? 50 00:04:12,649 --> 00:04:14,860 Ravi. - Mak! 51 00:04:14,860 --> 00:04:16,360 Ravi. 52 00:04:16,444 --> 00:04:18,155 Tak guna. 53 00:04:18,237 --> 00:04:20,282 Apa berlaku? - Dia perlukan doktor sekarang. 54 00:04:21,283 --> 00:04:22,326 Tepi! 55 00:04:22,326 --> 00:04:24,745 Prabhu, tolong saya angkat dia. 56 00:04:24,745 --> 00:04:27,164 Dalam kiraan tiga. Satu, dua, tiga. 57 00:04:29,416 --> 00:04:31,627 Mak. - En. Lin, awak mahu bawa dia ke mana? 58 00:04:32,294 --> 00:04:34,713 Dia perlukan doktor atau dia akan mati cepat. 59 00:04:36,715 --> 00:04:38,925 Jadi biarkan dia mati di kelilingi orang dia sayang. 60 00:04:39,009 --> 00:04:40,886 Saya mahu dia hidup dengan orang dia sayang, 61 00:04:40,886 --> 00:04:42,346 bukan mati dengan mereka. Prabhu? 62 00:04:42,346 --> 00:04:45,557 Ini salah. - Kiraan tiga. Satu, dua, tiga. 63 00:04:45,641 --> 00:04:47,059 Ravi. - Lakshmi, tak apa. 64 00:04:47,059 --> 00:04:49,269 Kami akan bawa awak jumpa doktor. - Pergi! 65 00:04:49,353 --> 00:04:50,771 Ravi! 66 00:04:50,771 --> 00:04:52,940 Jangan risau, Ravi. Mereka tolong ibu awak. 67 00:04:55,317 --> 00:04:56,318 Lin. 68 00:04:58,278 --> 00:05:00,030 Lin, dengar! 69 00:05:00,030 --> 00:05:02,282 Dia takkan mati, Prabhu. Bukan sebab saya. 70 00:05:03,283 --> 00:05:04,576 Hei! Kami perlukan bantuan! 71 00:05:06,787 --> 00:05:08,830 Hei! Berhenti! 72 00:05:08,914 --> 00:05:11,583 Prabhu. - Ada perempuan nazak! 73 00:05:11,667 --> 00:05:13,001 Prabhu. 74 00:05:14,294 --> 00:05:16,046 Hei, berhenti! 75 00:05:17,547 --> 00:05:19,591 Lin, berhenti! Cukup! 76 00:06:11,685 --> 00:06:12,936 Apa dia cakap? 77 00:06:13,729 --> 00:06:15,147 Itu tak penting. 78 00:06:15,897 --> 00:06:17,107 Saya mahu tahu. 79 00:06:18,900 --> 00:06:20,277 Dia minta Ravi. 80 00:06:36,793 --> 00:06:38,211 Mereka akan kembali nanti. 81 00:06:41,381 --> 00:06:43,550 Berapa pondok terbakar? 82 00:06:43,634 --> 00:06:46,762 Tiga puluh termasuk pondok saya. 83 00:06:49,848 --> 00:06:51,058 Mak! 84 00:07:47,447 --> 00:07:50,617 Saya akan ambilkan makanan dan teh. 85 00:07:50,701 --> 00:07:52,202 Saya tak lapar. 86 00:07:52,869 --> 00:07:53,870 Lin. 87 00:07:55,580 --> 00:07:57,833 Awak cuba yang terbaik. Saya tahu. Awak boleh... 88 00:07:57,833 --> 00:07:59,209 Ini salah saya. 89 00:08:01,837 --> 00:08:04,006 Prabhu, jika saya tiada di sini, kebakaran ini takkan berlaku... 90 00:08:04,006 --> 00:08:05,841 Lin, tolonglah. 91 00:08:09,011 --> 00:08:11,138 Kebakaran berlaku di sini. 92 00:08:12,848 --> 00:08:16,226 Awak fikir saya tak marah Lakshmi mati? 93 00:08:17,811 --> 00:08:18,937 Kita bertuah kali ini. 94 00:08:19,021 --> 00:08:22,190 Tahun lepas, kebakaran lebih besar, lebih banyak setinggan terbakar. 95 00:08:22,274 --> 00:08:23,817 Lebih daripada 20 orang mati. 96 00:08:27,863 --> 00:08:29,281 Saya akan bawakan makanan, okey? 97 00:09:00,771 --> 00:09:02,564 Jatuhkan... Tak guna. 98 00:09:02,648 --> 00:09:04,816 Jatuhkan papan klip dan angkat tangan. 99 00:09:04,900 --> 00:09:06,401 Pergi. 100 00:09:08,695 --> 00:09:10,781 Jangan sentuh apa-apa butang penggera, faham? 101 00:09:10,781 --> 00:09:12,824 Boleh tolong isi beg ini? 102 00:09:12,908 --> 00:09:15,327 Semua ada insurans. Tak perlu risaukannya. 103 00:09:15,327 --> 00:09:16,995 Ikut saja katanya. 104 00:09:17,579 --> 00:09:20,165 Tolonglah... Laura. - Okey. 105 00:09:20,165 --> 00:09:21,959 Kenapa tak cari kerja, pemalas tak guna? 106 00:09:21,959 --> 00:09:25,504 Hei! Ini kerja kami, si gemuk. 107 00:09:26,129 --> 00:09:27,839 Jangan cuba halang kami, faham? 108 00:09:27,923 --> 00:09:31,301 Cepat. Semuanya okey. Awak cuma perlu isi beg ini. 109 00:09:31,385 --> 00:09:32,970 Awak tak nampak dia takut? 110 00:09:32,970 --> 00:09:34,596 Isi beg itu! 111 00:09:42,854 --> 00:09:45,148 Ke tepi! 112 00:09:51,071 --> 00:09:52,364 Hati-hati. 113 00:09:52,364 --> 00:09:54,283 Maaf. Salah saya. 114 00:09:57,369 --> 00:10:00,080 Hei. Lepaskan saya. 115 00:10:00,080 --> 00:10:01,290 Letak pistol itu. 116 00:10:02,374 --> 00:10:04,293 Lepaskan saya! Tak guna. Lepaskan pistol! 117 00:10:05,085 --> 00:10:06,420 Lepaskan saya. 118 00:10:06,420 --> 00:10:08,714 Lepaskan pistol! - Okey! 119 00:10:15,595 --> 00:10:16,722 Apa awak buat? 120 00:10:22,102 --> 00:10:23,395 Mari. 121 00:10:24,062 --> 00:10:25,147 Dale. 122 00:10:27,190 --> 00:10:28,567 Dale, bergerak cepat. 123 00:10:29,109 --> 00:10:31,111 Sekarang. Cepat. 124 00:10:32,112 --> 00:10:32,988 Dale. 125 00:10:42,748 --> 00:10:44,666 Tolong hubungi ambulans. 126 00:10:46,126 --> 00:10:48,754 Okey. Hei. Bertahan. 127 00:10:48,754 --> 00:10:51,006 Awak tak apa-apa. 128 00:10:51,673 --> 00:10:53,258 Bertahan. 129 00:10:53,342 --> 00:10:54,760 Jauhi dia! 130 00:11:33,799 --> 00:11:35,467 Salaam alaikum, Walidbhai. 131 00:11:36,259 --> 00:11:37,803 Alaikumu assalam, Khaderbhai. 132 00:11:39,137 --> 00:11:41,139 Pilihan lokasi yang menarik. 133 00:11:42,599 --> 00:11:46,895 Sedih apabila fikir ramai pernah bekerja di sini dulu. 134 00:11:46,979 --> 00:11:49,481 Semuanya akan berakhir, bukan? 135 00:11:50,065 --> 00:11:51,275 Semua orang juga. 136 00:11:52,484 --> 00:11:55,988 Awak mahu bercakap. Ini tempat untuk bercakap. 137 00:12:06,999 --> 00:12:08,834 Rujul Aadekar dah mati. 138 00:12:12,170 --> 00:12:15,841 Saya akan buat perkara sama jika di tempat awak. 139 00:12:16,675 --> 00:12:18,927 Semua syarikat dalam keadaan aman. 140 00:12:19,011 --> 00:12:21,430 Orang kita tak saling membunuh dan menembak di jalan, 141 00:12:21,430 --> 00:12:23,015 dan semua orang puas hati. 142 00:12:23,015 --> 00:12:25,434 Syarikat dalam keadaan aman sebab diuruskan lelaki tua yang penat 143 00:12:25,434 --> 00:12:26,768 dan puas hati dengan status quo. 144 00:12:26,852 --> 00:12:28,228 Kecuali syarikat awak? 145 00:12:28,312 --> 00:12:29,479 Kecuali syarikat saya. 146 00:12:30,731 --> 00:12:33,692 Rujul, dia percaya awak lemah? 147 00:12:34,401 --> 00:12:37,613 Kepastian yang betul tak buat sesiapa lemah, 148 00:12:37,613 --> 00:12:41,700 jika tidak, awak pasti masih kuasai pasaran pasport di Colaba, bukan saya. 149 00:12:42,367 --> 00:12:44,161 Itu sebabnya, Walid? 150 00:12:45,287 --> 00:12:48,540 Awak mahu mulakan perang sebab ego awak tercalar? 151 00:12:48,624 --> 00:12:51,335 Saya tak mulakan apa-apa. Ini perniagaan. 152 00:12:52,252 --> 00:12:57,382 Sagar Wada amat bernilai, jadi saya beri Rujul tawaran lebih baik. 153 00:12:58,133 --> 00:13:00,302 Saya takkan kehilangan Sagar Wada. 154 00:13:01,053 --> 00:13:02,054 Itu satu ancaman? 155 00:13:02,054 --> 00:13:05,140 Satu kenyataan mudah. 156 00:13:06,642 --> 00:13:08,226 Mungkin untuk awak, pak cik? 157 00:13:09,269 --> 00:13:13,357 Seorang lelaki boleh cakap isterinya cantik, 158 00:13:13,357 --> 00:13:15,192 dan orang lain hanya nampak khinzir. 159 00:13:16,193 --> 00:13:19,947 Ia mudah sebab saya ada lebih ramai pengikut dan duit. 160 00:13:19,947 --> 00:13:23,575 Ia mudah sebab wanita dan dadah akan jadi terkenal dan dikehendaki, 161 00:13:24,409 --> 00:13:27,037 tapi awak tetap pilih untuk duduk bawah tempurung. 162 00:13:28,705 --> 00:13:30,624 Awak perlu beri orang yang mereka mahu, Khaderbhai. 163 00:13:30,624 --> 00:13:32,834 Jika tidak, awak akan jadi sejarah. 164 00:13:40,509 --> 00:13:44,262 Mungkin saya akan bina tugu besar awak di pagar Sagar Wada saya? 165 00:13:48,976 --> 00:13:52,479 Seronok berbual dengan awak seperti selalu, Walidbhai. 166 00:14:18,964 --> 00:14:22,467 Awak dah bangun? Bagus. Mari. Ada sesuatu awak perlu tengok. 167 00:14:22,551 --> 00:14:24,344 Baiklah. Tunggu sekejap. 168 00:14:25,262 --> 00:14:26,596 Marilah. 169 00:14:38,900 --> 00:14:39,901 Hei. 170 00:14:40,861 --> 00:14:42,070 Apa mereka buat? 171 00:14:43,864 --> 00:14:45,115 Mereka pesakit awak. 172 00:14:46,450 --> 00:14:47,701 Apa maksud awak? 173 00:14:48,702 --> 00:14:50,954 Mereka tahu awak jadi doktor semalam, 174 00:14:51,038 --> 00:14:52,414 jadi mereka tunggu untuk jumpa awak. 175 00:14:52,414 --> 00:14:54,499 Tidak. Saya bukan... 176 00:14:55,334 --> 00:14:57,794 Tiada masalah, Encik Lin. - Tak boleh. 177 00:14:57,878 --> 00:15:00,797 Mereka dah beratur lebih daripada sejam. Saya cakap awak pasti tidur. 178 00:15:00,881 --> 00:15:01,882 Prabhu. 179 00:15:03,717 --> 00:15:06,428 Jika awak tiada pun, mereka tetap akan tunggu, 180 00:15:06,428 --> 00:15:08,305 tapi tunggu yang sia-sia. 181 00:15:08,305 --> 00:15:09,598 Itu akan buat mereka sedih. 182 00:15:09,598 --> 00:15:11,892 Tunggu sesuatu yang ada itu berbeza, bukan? 183 00:15:11,892 --> 00:15:15,604 Tak boleh. Saya bukan doktor. 184 00:15:17,272 --> 00:15:19,358 Doktor yang teruk lebih baik berbanding tiada doktor. 185 00:15:20,067 --> 00:15:23,153 Saya tak maksudkan awak teruk, cuma jika teruk pun, tiada masalah. 186 00:15:23,153 --> 00:15:25,572 Tolonglah, Lin. 187 00:15:27,115 --> 00:15:29,785 Prabhu. - Lakshmi tetap akan mati. 188 00:15:30,494 --> 00:15:32,120 Kita akan bersedih untuknya. 189 00:15:33,413 --> 00:15:35,332 Namun, kadangkala memang begitu. 190 00:15:39,628 --> 00:15:42,089 Apa khabar, Prabhu? - Okey. 191 00:15:42,089 --> 00:15:43,548 En. Lin. 192 00:15:43,632 --> 00:15:47,135 Saya mahu minta maaf tentang semalam. Awak betul. Saya patut dengar cakap awak. 193 00:15:47,219 --> 00:15:50,055 Qasim, dia akan tolong kami? 194 00:16:04,611 --> 00:16:06,655 Saya sangat mahu larikan diri, 195 00:16:06,655 --> 00:16:10,701 ambil peluang kedua duit yang Karla beri dan keluar dari Bombay, 196 00:16:10,701 --> 00:16:13,370 walaupun setelah apa berlaku kepada mereka selepas tolong saya. 197 00:16:13,996 --> 00:16:15,622 Ia akan jadi bagus, lihat saja. 198 00:16:15,706 --> 00:16:16,873 Semoga begitu. 199 00:16:31,972 --> 00:16:34,516 Banyak duit awak beri, Encik Lin. 200 00:16:37,060 --> 00:16:39,146 Ya, saya akan perlukan banyak perkara. 201 00:16:39,646 --> 00:16:40,897 Kenapa awak buat begini? 202 00:16:41,565 --> 00:16:42,774 Saya ada sebab tersendiri. 203 00:16:44,151 --> 00:16:47,154 Ambillah. Gunanya untuk bina semula rumah yang terbakar. 204 00:16:49,072 --> 00:16:50,198 Ambillah. 205 00:17:03,545 --> 00:17:05,963 Saya akan pastikan semua sen digunakan dengan baik. 206 00:17:09,259 --> 00:17:12,386 Baiklah! Dua minit saja lagi. Okey? 207 00:17:14,431 --> 00:17:15,473 Okey. 208 00:17:30,656 --> 00:17:32,407 Sapu ini, okey? 209 00:17:32,491 --> 00:17:33,825 Saya perlu lakukannya. 210 00:17:34,910 --> 00:17:39,081 Lelaki terlatih seperti saya takkan perlu tinggal di setinggan sebab buat jenayah. 211 00:17:42,042 --> 00:17:44,670 Penjenayah lain takkan ada latihan seperti saya. 212 00:17:46,338 --> 00:17:49,591 Saya tak faham jenaka ini dan takdir tak buat saya ketawa. 213 00:17:50,968 --> 00:17:52,803 Namun, saya tahu saya tak boleh pergi. 214 00:18:03,689 --> 00:18:05,649 Kita ada lebih daripada 20 pesakit. 215 00:18:05,649 --> 00:18:07,401 Okey? Keluar. Okey. 216 00:18:10,904 --> 00:18:12,698 Ayuh. 217 00:18:12,698 --> 00:18:13,782 Hai. 218 00:18:35,721 --> 00:18:36,722 Awak perlu makan. 219 00:18:47,024 --> 00:18:48,400 Sarapan untuk juara. 220 00:18:48,400 --> 00:18:51,069 Kadangkala awak sangat mengada-ngada. 221 00:18:51,570 --> 00:18:53,614 Awak marah sebab saya tolong awak hilang ketagihan? 222 00:18:56,408 --> 00:18:57,784 Awak yang marah. 223 00:18:58,910 --> 00:19:01,747 Awak sangat marah sebab perlu jaga saya? 224 00:19:01,747 --> 00:19:03,874 Saya mahu awak jaga diri, Lisa. 225 00:19:03,874 --> 00:19:06,293 Namun, awak takkan buat begitu sebab awak suka jadi tak berkuasa, 226 00:19:06,293 --> 00:19:09,755 sebab itu buat awak penting dalam apa saja dunia awak. 227 00:19:09,755 --> 00:19:11,965 Ada orang jaga awak sebab mereka sayang awak. 228 00:19:12,049 --> 00:19:13,425 Itu tak teruk. 229 00:19:14,885 --> 00:19:17,971 Apa berlaku jika mereka tiada? 230 00:19:19,598 --> 00:19:21,808 Awak tak boleh luangkan seumur hidup tak mahu jaga sesiapa 231 00:19:21,892 --> 00:19:22,893 jika mereka pergi. 232 00:19:22,893 --> 00:19:25,604 Saya tak boleh berbual hal ini, Lisa. Bukan sekarang. 233 00:19:27,230 --> 00:19:30,442 Saya tak mahu bergaduh dengan awak selepas semua yang berlaku. 234 00:19:34,196 --> 00:19:35,197 Maafkan saya. 235 00:19:38,992 --> 00:19:42,704 Awak betul. Saya pentingkan diri dan manja. 236 00:19:45,666 --> 00:19:46,750 Kenapa? 237 00:19:50,712 --> 00:19:56,134 Semalam, saya cuma fikir tentang tak jadi lemah. 238 00:19:58,428 --> 00:20:02,975 Sekarang, saya hanya nampak Rujul mati setiap kali tutup mata. 239 00:20:02,975 --> 00:20:04,267 Khader tahu. 240 00:20:05,686 --> 00:20:08,063 Dia cuba lindungi saya, tapi lebih banyak dia cuba, 241 00:20:09,606 --> 00:20:12,526 saya lebih mahu buktikan kepada diri sendiri saya boleh urusnya. 242 00:20:14,069 --> 00:20:16,113 Awak tak perlu buktikan apa-apa, Karla. 243 00:20:16,863 --> 00:20:18,657 Jika tidak, perjanjian itu gagal. 244 00:20:18,657 --> 00:20:20,117 Adakah itu teruk? 245 00:20:22,452 --> 00:20:25,080 Bila kali terakhir awak benarkan diri awak bebas dan gembira? 246 00:20:26,999 --> 00:20:28,208 Benar-benar gembira? 247 00:20:31,795 --> 00:20:33,255 Mari rosakkan diri bersama-sama. 248 00:20:35,173 --> 00:20:38,760 Saya janji untuk makan ini sikit dan tak menyusahkan awak, 249 00:20:38,844 --> 00:20:42,723 jika awak janji untuk tinggal sini dan mainkan lagu dengan saya seperti dulu 250 00:20:42,723 --> 00:20:44,516 sampai kita kehabisan arak dan dadah. 251 00:20:47,894 --> 00:20:48,937 Okey. 252 00:21:02,618 --> 00:21:04,953 Awak perlukan rehat? Saya boleh suruh mereka datang esok. 253 00:21:05,037 --> 00:21:06,413 Tak, saya okey. 254 00:21:08,790 --> 00:21:11,585 Berhenti! Dr. Lin akan berehat sekarang. 255 00:21:15,714 --> 00:21:17,758 Ini untuk terima kasih, Dr. Lin. 256 00:21:19,009 --> 00:21:22,054 Sebenarnya ini idea Prabhu. 257 00:21:22,054 --> 00:21:23,597 Ini idea saya. 258 00:21:24,473 --> 00:21:27,184 Dia pujuk Qasim Ali dan benarkan saya guna pondoknya. 259 00:21:27,184 --> 00:21:29,227 Saya pujuk Qasim Ali. 260 00:21:29,936 --> 00:21:32,648 Prabhu yang dapatkan semua bekalan. 261 00:21:32,648 --> 00:21:33,857 Saya dapatkan bekalan. 262 00:21:35,776 --> 00:21:38,195 Prabhu, usaha yang baik. 263 00:21:48,497 --> 00:21:50,582 Awak perlukan bantuan dengan pesakit? 264 00:21:51,917 --> 00:21:53,543 Tidak. Kami okey, terima kasih. 265 00:21:55,170 --> 00:21:56,171 Ini sedap. 266 00:22:01,885 --> 00:22:05,347 Sangat bagus, Encik Lin? Sangat licik 267 00:22:05,931 --> 00:22:07,391 sehingga awak buat dia pergi. Parvati! 268 00:22:11,603 --> 00:22:12,813 Terima kasih? 269 00:22:14,648 --> 00:22:17,985 Saya boleh hantarkan dulang selepas habis makan. 270 00:22:17,985 --> 00:22:19,069 Hantar ke kedai teh. 271 00:22:22,239 --> 00:22:23,573 Awak ada di sana? 272 00:22:25,450 --> 00:22:26,910 Saya ada di sana. 273 00:22:41,216 --> 00:22:44,594 Apa yang kamu pandang? Kamu tak ada kerja? 274 00:22:45,679 --> 00:22:46,763 Ayuh. 275 00:22:49,057 --> 00:22:50,517 Awak suka? 276 00:22:51,184 --> 00:22:52,602 Sedap. 277 00:23:15,083 --> 00:23:18,170 The Palace beroperasi mengikut janji temu sahaja. 278 00:23:18,170 --> 00:23:20,297 The Palace beroperasi sebab kami benarkan. 279 00:23:20,881 --> 00:23:22,633 Pergi beritahu Zhou kami datang. 280 00:23:24,801 --> 00:23:28,180 Saya bukan gadis lemah, Padma, yang akan ikut cakap awak. 281 00:23:28,930 --> 00:23:31,308 Awak perlu tinggalkan semua senjata yang awak bawa di sini. 282 00:23:31,892 --> 00:23:33,685 Saya takkan tinggalkan. 283 00:23:50,994 --> 00:23:55,791 Ini satu penghormatan, Khaderbhai. Awak mahu minuman atau makanan? 284 00:23:55,791 --> 00:23:58,794 Saya ada luangkan masa dengan Rujul Aadekar baru-baru ini. 285 00:23:59,378 --> 00:24:02,381 Pagi ini, saya luangkan masa dengan Walid Shah. 286 00:24:03,298 --> 00:24:04,925 Sekarang, saya datang jumpa awak. 287 00:24:05,676 --> 00:24:08,095 Saya tak setuju dengan perniagaan awak, 288 00:24:08,095 --> 00:24:10,639 tapi saya faham perniagaan ini perlu ada. 289 00:24:10,639 --> 00:24:13,141 Jadi awak dibenarkan ke sini dan berjaya. 290 00:24:14,309 --> 00:24:18,855 Namun, ada satu syarat untuk kejayaan awak. Keberkecualian. 291 00:24:22,442 --> 00:24:24,820 Saya dah buat silap, Khaderbhai. 292 00:24:26,321 --> 00:24:27,990 Saya hanya boleh minta maaf. 293 00:24:29,700 --> 00:24:31,994 Saya sangka awak tahu pada mulanya. 294 00:24:32,661 --> 00:24:36,081 Apabila saya sedar yang sebenarnya, ia dah terlambat. 295 00:24:38,250 --> 00:24:41,795 Seperti awak cakap, kedudukan saya di Bombay mudah terdedah... 296 00:24:41,795 --> 00:24:44,506 Awak tak pandai berlakon jadi mangsa. 297 00:24:45,924 --> 00:24:50,012 Saya harap awak pandai berlakon semasa jadi perempuan simpanan dan pelacur. 298 00:24:51,513 --> 00:24:54,850 Seperti saya cakap, saya dah buat silap. 299 00:24:56,893 --> 00:24:59,104 Namun, jika saya perlu mati sebabnya, 300 00:24:59,104 --> 00:25:03,317 saya tak rasa awak akan datang sendiri untuk lihat ia berlaku. 301 00:25:03,900 --> 00:25:09,531 Awak tak berguna jika mati, tapi mungkin berguna jika hidup. 302 00:25:10,782 --> 00:25:14,369 Awak perlu faham selepas saya tinggalkan tempat ini saya ambil nyawa awak 303 00:25:14,953 --> 00:25:17,372 sebagai cagaran untuk hutang awak. 304 00:25:17,456 --> 00:25:20,292 Awak akan ikut suruhan saya, 305 00:25:20,292 --> 00:25:23,003 atau tempat ini akan dibakar sebagai unggun bakar mayat awak. 306 00:25:28,800 --> 00:25:30,052 Bagaimana awak tahu? 307 00:25:31,094 --> 00:25:32,846 Sebab Karla Saaranen? 308 00:25:32,846 --> 00:25:33,930 Siapa? 309 00:25:34,723 --> 00:25:36,016 Saya tak kenal dia. 310 00:25:38,393 --> 00:25:40,228 Rujul milik saya. 311 00:25:41,396 --> 00:25:43,440 Saya lebih kenal dia berbanding dirinya sendiri. 312 00:25:43,440 --> 00:25:47,319 Jadi saya suruh dia diikuti dan saya tahu semuanya. 313 00:25:48,028 --> 00:25:49,696 Dia bodoh sebab tak fikir begitu. 314 00:25:49,780 --> 00:25:52,157 Kebodohannya buat dia terbunuh. 315 00:25:54,743 --> 00:25:56,578 Saya harap awak tak bodoh. 316 00:26:34,658 --> 00:26:39,162 Encik Lin, kami sedang bina unggun untuk Lakshmi 317 00:26:39,246 --> 00:26:40,831 jika awak mahu ikut. 318 00:26:40,831 --> 00:26:43,750 Maaf, Johnny. Saya tak berhak ada di sana. 319 00:26:45,419 --> 00:26:47,254 Prabhu cakap awak salahkan diri sendiri. 320 00:26:49,298 --> 00:26:50,757 Prabhu bermulut murai. 321 00:26:52,926 --> 00:26:53,927 Ya. 322 00:27:35,719 --> 00:27:40,057 Khaderbhai biarkan awak hidup hari ini. Ini tindakan bijak? 323 00:27:40,057 --> 00:27:43,101 Kehidupan saya bukan milik lelaki. 324 00:27:43,810 --> 00:27:46,355 Saya tahu cara mereka sama seperti mereka. 325 00:27:46,355 --> 00:27:49,191 Mereka semua... Saya tak peduli mereka. 326 00:27:50,359 --> 00:27:52,611 Mungkin sudah masa untuk perempuan berkuasa, Padma. 327 00:27:57,824 --> 00:27:59,826 Kita ada perjanjian. 328 00:28:00,535 --> 00:28:03,288 Jika awak cakap tentang Lisa, saya tunaikan janji saya. 329 00:28:03,372 --> 00:28:04,456 Lisa dah tiada. 330 00:28:05,415 --> 00:28:07,125 Itu bukan salah saya. 331 00:28:07,960 --> 00:28:10,003 Jadi kenapa awak takut, Maurizio? 332 00:28:10,754 --> 00:28:11,755 Saya tak takut. 333 00:28:11,755 --> 00:28:13,256 Saya rasa begitu. 334 00:28:16,677 --> 00:28:21,765 Rasanya mungkin itu saja masa lelaki dan wanita boleh jadi sama, 335 00:28:22,265 --> 00:28:24,476 apabila mereka tak berkuasa dan ketakutan. 336 00:28:26,019 --> 00:28:29,314 Namun, wanita lebih terpaksa merasakannya berbanding lelaki. 337 00:28:30,274 --> 00:28:32,859 Selalunya oleh lelaki. 338 00:28:33,443 --> 00:28:34,444 Kenapa suruh saya ke sini? 339 00:28:36,571 --> 00:28:38,907 Ada cara awak dapatkan kemaafan dari saya. 340 00:28:40,951 --> 00:28:41,952 Cakaplah. 341 00:28:43,120 --> 00:28:46,123 Saya mahu awak jual heroin untuk saya di Colaba. 342 00:28:49,001 --> 00:28:51,086 Colaba kawasan Khaderbhai. 343 00:28:51,878 --> 00:28:53,672 Dia tak jual heroin di sana. 344 00:28:54,256 --> 00:28:55,841 Orang lain pun tak jual. 345 00:28:55,841 --> 00:28:58,593 Saya tak perlu setia padanya. Awak? 346 00:28:58,677 --> 00:28:59,761 Saya? 347 00:29:01,179 --> 00:29:02,431 Saya tak perlu setia pada sesiapa. 348 00:29:03,640 --> 00:29:05,017 Setidaknya awak jujur. 349 00:29:06,601 --> 00:29:08,020 Syarat saya mudah. 350 00:29:08,603 --> 00:29:12,524 Jangan sebut nama saya. Awak dapat 20 peratus keuntungan. 351 00:29:12,608 --> 00:29:14,860 Empat puluh. Saya yang ambil risiko. 352 00:29:14,860 --> 00:29:17,321 Saya bukan berunding dengan awak. 353 00:29:22,951 --> 00:29:24,745 Berapa banyak jumlah awak ada? 354 00:29:24,745 --> 00:29:28,206 Saya boleh dapatkan heroin Afghanistan sebanyak yang awak boleh jual. 355 00:29:32,669 --> 00:29:34,087 Baiklah. Saya setuju. 356 00:29:34,171 --> 00:29:36,131 Jadi awak tak perlu takut. 357 00:29:42,804 --> 00:29:43,847 En. Lin? 358 00:29:50,395 --> 00:29:51,563 Saya Abdullah Taheri. 359 00:29:53,523 --> 00:29:55,150 Ada orang mahu jumpa awak. 360 00:29:56,693 --> 00:29:59,404 Okey. Siapa? 361 00:30:00,781 --> 00:30:01,782 Mari. 362 00:30:18,131 --> 00:30:19,549 En. Lindsay Ford? 363 00:30:21,134 --> 00:30:22,803 Panggil saja "Lin." 364 00:30:22,803 --> 00:30:25,472 Gembira dapat jumpa awak. Saya banyak dengar perkara baik. 365 00:30:25,472 --> 00:30:29,267 Memang seronok dapat dengar perkara baik tentang orang asing di Bombay. 366 00:30:30,352 --> 00:30:34,106 Awak juga mungkin pernah dengar nama saya. Saya Abdel Khader Khan. 367 00:30:37,150 --> 00:30:39,987 Awak doktor di kawasan setinggan ini. 368 00:30:41,571 --> 00:30:44,283 Saya bukan seorang doktor. 369 00:30:44,283 --> 00:30:46,743 Mungkin sebab itu awak bagus. 370 00:30:47,494 --> 00:30:50,414 Doktor tak pergi ke kawasan setinggan dengan rela hati. 371 00:30:50,414 --> 00:30:52,165 Kita boleh paksa orang untuk tak buat jahat, 372 00:30:52,249 --> 00:30:55,127 tapi tak boleh paksa buat kebaikan, bukan? 373 00:30:56,837 --> 00:30:59,214 Saya tak pernah fikirkannya. 374 00:30:59,923 --> 00:31:01,883 Saya terfikir apa yang paksa awak? 375 00:31:03,885 --> 00:31:05,595 Ada apa-apa saya boleh tolong? 376 00:31:05,679 --> 00:31:07,097 Saya belum tahu. 377 00:31:07,973 --> 00:31:09,308 Sebab itu saya ke sini, 378 00:31:09,308 --> 00:31:12,602 untuk jemput awak meluangkan masa dengan saya dan kawan saya, Abdullah. 379 00:31:17,858 --> 00:31:20,944 Baiklah. Maaf, tapi saya akan cakap begini. 380 00:31:22,195 --> 00:31:24,072 Awak ada reputasi menakutkan. 381 00:31:24,156 --> 00:31:28,035 Jadi apabila awak tiba-tiba ke sini, awak pasti faham sebab saya risau 382 00:31:28,035 --> 00:31:31,204 untuk naik kereta awak dan pergi dari sini. 383 00:31:32,205 --> 00:31:35,792 Saya janji awak takkan dicederakan malam ini. 384 00:31:37,294 --> 00:31:38,462 Saya ada pilihan? 385 00:31:38,462 --> 00:31:40,213 Awak sentiasa ada pilihan. 386 00:31:41,423 --> 00:31:44,968 Itu saja yang kita ada akhirnya. 387 00:31:50,307 --> 00:31:51,308 Okey. 388 00:32:31,932 --> 00:32:33,350 Kononnya ada perintah berkurung. 389 00:32:33,350 --> 00:32:34,768 Pihak berkuasa tahu 390 00:32:34,768 --> 00:32:40,148 yang orang beradab di bandar besar perlukan tempat berkumpul dan cari wang. 391 00:32:40,232 --> 00:32:45,112 Jadi tempat begini dibenarkan untuk bayar rasuah dan keadaan jadi tenteram. 392 00:32:45,112 --> 00:32:48,073 Secara rasminya, undang-undang tetap ada. Cuma tak dilaksanakan. 393 00:32:49,700 --> 00:32:52,744 Siapa yang tentukan undang-undang mana yang dilaksanakan atau tidak? 394 00:32:53,745 --> 00:32:58,250 Ada orang pernah cakap perkara terburuk tentang kerosakan sistem kerajaan 395 00:32:58,250 --> 00:32:59,960 ialah ia berjalan lancar. 396 00:33:00,711 --> 00:33:01,712 Ramesh! 397 00:33:12,222 --> 00:33:13,598 Apa khabar ayah awak? 398 00:33:13,682 --> 00:33:16,310 Dia sihat, Khaderbhai. Terima kasih. 399 00:33:16,310 --> 00:33:18,729 Saya ada masalah. 400 00:33:18,729 --> 00:33:19,855 Cakaplah. 401 00:33:19,855 --> 00:33:22,357 Tuan rumah saya. 402 00:33:22,441 --> 00:33:24,568 Dia mahukan sewa dua kali ganda. 403 00:33:24,568 --> 00:33:29,948 Dia mahu halau kami, bukan saja saya, tapi semua keluarga di bangunan saya. 404 00:33:30,032 --> 00:33:33,535 Dia ada gengster dan mereka pukul kami dengan teruk. 405 00:33:33,619 --> 00:33:35,245 Termasuk ayah saya. 406 00:33:36,288 --> 00:33:38,665 Jadi dia tak sihat. 407 00:33:38,749 --> 00:33:43,045 Tak. Dia terlalu ego untuk minta tolong awak 408 00:33:43,045 --> 00:33:45,380 dan tak mahu ganggu awak. 409 00:33:45,464 --> 00:33:47,174 Namun, saya... 410 00:33:47,174 --> 00:33:49,551 Awak anak yang baik. 411 00:33:49,635 --> 00:33:52,012 Kami takkan buat apa-apa untuk rosakkan maruahnya. 412 00:33:52,012 --> 00:33:54,681 Tak perlu cakap dengan ayah awak tentang hal ini 413 00:33:54,765 --> 00:33:56,850 sehingga masalah selesai, inshallah. 414 00:33:56,850 --> 00:33:58,810 Terima kasih. - Okey. Ya. 415 00:34:01,730 --> 00:34:03,231 Berapa banyak awak faham? 416 00:34:05,734 --> 00:34:09,696 Tak banyak. Ada sesuatu tentang rumah dan ayahnya. 417 00:34:10,447 --> 00:34:12,908 Tuan rumah mereka mahu mereka keluar. 418 00:34:12,908 --> 00:34:14,368 Jika perlu, dengan paksaan. 419 00:34:15,577 --> 00:34:17,411 Jadi awak ancam orang yang ancam mereka? 420 00:34:18,246 --> 00:34:19,246 Awak setuju? 421 00:34:20,831 --> 00:34:22,417 Awak tak perlukan persetujuan saya. 422 00:34:23,835 --> 00:34:25,337 Awak Abdel Khader Khan. 423 00:34:27,297 --> 00:34:30,926 Walaupun saya boleh buat sesuatu dengan mudah, tak bermaksud saya patut buat. 424 00:34:30,926 --> 00:34:33,552 Cakap saja. Jika awak di tempat saya? 425 00:34:36,306 --> 00:34:39,976 Jika saya suka Ramesh dan tuan rumah ini melampau, 426 00:34:40,060 --> 00:34:41,686 jadi saya akan cuba tolong. 427 00:34:41,770 --> 00:34:43,355 Walaupun ia melanggar undang-undang? 428 00:34:44,273 --> 00:34:47,150 Siapa yang tentukan undang-undang mana yang dilaksanakan atau tidak? 429 00:34:52,864 --> 00:34:56,952 Akhirnya, walau apa pun undang-undang atau siapa yang pilih, 430 00:34:57,869 --> 00:35:02,291 setiap seorang daripada kita, semua atom di dunia ini, 431 00:35:02,291 --> 00:35:04,167 sedang pergi kepada Tuhan. 432 00:35:07,004 --> 00:35:08,297 Saya tak percayakan Tuhan. 433 00:35:09,881 --> 00:35:13,385 Jadi banyak yang kita perlu bualkan. 434 00:35:14,469 --> 00:35:16,847 Mari pergi. Kita akan bawa dia ke kelab. 435 00:35:31,737 --> 00:35:35,324 Awak cakap nak tunggu. - Tak. Saya cuma tak cakap tidak. 436 00:35:36,950 --> 00:35:38,160 Perjanjian awak. 437 00:35:38,160 --> 00:35:40,912 Saya sudah terlalu jauh, Lisa. Saya tiada pilihan. 438 00:35:41,997 --> 00:35:43,707 Tak boleh kecewakan En. Khader Khan. 439 00:35:47,919 --> 00:35:50,380 Tolong jangan pergi. 440 00:35:52,591 --> 00:35:53,717 Demi kita berdua. 441 00:35:54,676 --> 00:35:56,887 Saya nampak kesannya pada awak. Awak juga tahu. 442 00:35:56,887 --> 00:35:58,388 Awak cuma tak mahu mengaku. 443 00:35:59,681 --> 00:36:02,517 Pilih saya. Duduk di sini dengan saya. 444 00:36:04,811 --> 00:36:06,313 Sebab ini paling penting. 445 00:36:09,066 --> 00:36:12,152 Saya sayangkan awak. Awak pun tahu. 446 00:36:12,736 --> 00:36:14,237 Namun, awak tetap pilih dia. 447 00:37:11,044 --> 00:37:13,547 Kelab ini ada penyanyi ghazal terbaik di Bombay. 448 00:37:14,214 --> 00:37:15,507 Apa itu ghazal? 449 00:37:15,507 --> 00:37:18,593 Lagu cinta untuk Tuhan. 450 00:37:18,677 --> 00:37:22,389 Walau apa pun awak fikir, Tuhan tak perlukan kepercayaan. 451 00:37:22,973 --> 00:37:25,517 Sama ada kita kenal Dia atau tidak. 452 00:37:28,061 --> 00:37:32,107 Saya tak kenal dan rasa Dia mustahil. 453 00:37:32,816 --> 00:37:35,694 Mustahil itu buktikan Dia wujud. 454 00:37:36,862 --> 00:37:39,197 Jadi semua yang mungkin itu tak wujud? 455 00:37:39,281 --> 00:37:41,158 Saya gembira awak faham. 456 00:37:41,158 --> 00:37:42,993 Saya tak faham. 457 00:37:42,993 --> 00:37:44,703 Awak ada masalah. 458 00:37:44,703 --> 00:37:48,749 Semua yang kita nampak tak wujud. Mata kita penipu. 459 00:37:49,333 --> 00:37:51,251 Semua yang nampak benar cuma satu ilusi. 460 00:37:51,335 --> 00:37:52,753 Awak, saya, bilik ini. 461 00:37:54,796 --> 00:37:59,968 Jika semuanya ilusi, bagaimana kita tahu cara untuk hidup? 462 00:38:00,761 --> 00:38:01,845 Kita menipu. 463 00:38:02,929 --> 00:38:05,891 Manusia waras cuma lebih pandai menipu berbanding manusia tak waras. 464 00:38:06,683 --> 00:38:08,268 Mata kita menipu. 465 00:38:08,352 --> 00:38:11,939 Awak sangka bukan begitu, tapi ia benar. 466 00:38:12,731 --> 00:38:16,485 Kita lebih suka penipuan itu sebab ia lebih mudah. 467 00:38:17,903 --> 00:38:19,237 Jadi bagaimana kita kekal waras? 468 00:38:21,198 --> 00:38:26,036 Saya tak berkahwin dan tiada anak. 469 00:38:26,745 --> 00:38:31,208 Namun, jika saya beritahu awak saya nampak jelas awak anak saya, 470 00:38:31,708 --> 00:38:33,919 Abdullah abang awak, saya ayah awak, 471 00:38:33,919 --> 00:38:35,420 awak akan fikir itu tak mungkin. 472 00:38:35,504 --> 00:38:38,840 Awak akan menolaknya. Betul. Saya nampak. 473 00:38:39,675 --> 00:38:43,971 Awak lebih suka untuk percaya penipuan yang kita semua orang asing. 474 00:38:44,471 --> 00:38:46,556 Kita tiada apa-apa hubungan. 475 00:38:48,684 --> 00:38:49,893 Saya ada ayah. 476 00:38:51,311 --> 00:38:53,814 Kita juga saling tak mengenali. 477 00:38:54,606 --> 00:38:56,692 Mungkin saya kenal. 478 00:39:00,612 --> 00:39:03,365 Apa yang awak tipu diri awak, En. Lin? 479 00:39:05,951 --> 00:39:08,370 Saya dah tak menipu diri sendiri. 480 00:39:10,038 --> 00:39:14,251 Saya kenal diri saya serta semua tindakan dan hutang saya. 481 00:39:20,382 --> 00:39:23,010 Saya buat keputusan untuk suka Lin. 482 00:42:55,055 --> 00:42:56,640 Awak suka muzik itu? 483 00:42:56,640 --> 00:43:00,310 Ia menakjubkan. Saya tak pernah dengar lagu begitu. 484 00:43:02,229 --> 00:43:03,772 Boleh saya tanya sesuatu? 485 00:43:05,190 --> 00:43:07,818 Semua ini, malam ini... Kenapa awak bawa saya ke sini? 486 00:43:08,777 --> 00:43:10,153 Apa awak mahu daripada saya? 487 00:43:13,782 --> 00:43:15,117 Apa awak buat di sini? 488 00:43:17,077 --> 00:43:19,454 Dengar muzik, minum teh, 489 00:43:20,163 --> 00:43:22,749 belajar yang dunia ini satu ilusi. 490 00:43:22,833 --> 00:43:24,167 Saya sangat khayal. 491 00:43:24,251 --> 00:43:26,086 Awak sepatutnya tinggalkan Bombay. 492 00:43:28,422 --> 00:43:30,132 Siapa kawan awak, En. Lin? 493 00:43:30,132 --> 00:43:32,259 Ini Karla Saaranen. 494 00:43:34,052 --> 00:43:34,928 Kita kawan? 495 00:43:35,887 --> 00:43:37,055 Entahlah. 496 00:43:37,681 --> 00:43:42,644 Anggap saja Karla sebahagian penting bagi kehidupan saya di Bombay setakat ini. 497 00:43:42,728 --> 00:43:43,812 Benar atau ilusi. 498 00:43:43,812 --> 00:43:45,147 Rasanya dia benar. 499 00:43:46,565 --> 00:43:47,733 Sebenarnya, 500 00:43:49,443 --> 00:43:51,445 Karla buktikan saya betul. 501 00:43:51,445 --> 00:43:53,697 Jika saya cipta dia, dia pasti lebih baik dengan saya. 502 00:43:54,823 --> 00:43:58,285 Karla, perkenalkan Abdullah Taheri, 503 00:43:58,285 --> 00:44:00,287 abang saya berbeza ibu, nampaknya, 504 00:44:00,287 --> 00:44:04,791 baru saja berkenalan dengan rakan terbaharu saya, En. Abdel Khader Khan. 505 00:44:04,875 --> 00:44:06,918 Awak mungkin pernah dengar namanya. - Sudah tentu. 506 00:44:07,002 --> 00:44:09,212 Selamat berkenalan, Cik Saaranen. 507 00:44:09,296 --> 00:44:12,257 Saya juga. Bagaimana kamu semua mengenali? 508 00:44:12,341 --> 00:44:15,010 Takdir satukan kami. 509 00:44:16,303 --> 00:44:17,638 Kelakar apabila jadi begitu. 510 00:44:18,388 --> 00:44:21,558 Ya, "Kesengsaraan menyatukan orang dengan teman tidur yang pelik." 511 00:44:21,642 --> 00:44:22,976 Siapa raksasa itu? 512 00:44:23,769 --> 00:44:24,936 Apa maksud awak? 513 00:44:25,020 --> 00:44:27,522 Itu dialog lelaki yang berbaring dengan raksasa. 514 00:44:27,606 --> 00:44:29,524 Cik Saaranen pandai Shakespeare. 515 00:44:30,525 --> 00:44:31,610 Ada orang beritahu saya 516 00:44:31,610 --> 00:44:34,279 semua soalan dan kebanyakan jawapan dalam kehidupan 517 00:44:34,363 --> 00:44:35,822 boleh ditemui dalam karya Shakespeare. 518 00:44:37,157 --> 00:44:38,784 Awak mahu sertai kami? 519 00:44:38,784 --> 00:44:41,870 Tak boleh. Saya ada tetamu sendiri. 520 00:44:41,954 --> 00:44:45,040 Kami ada perniagaan untuk diuruskan. Saya perlu kembali pada mereka. 521 00:44:45,040 --> 00:44:46,416 Semoga berjaya dengan perniagaan awak. 522 00:44:47,376 --> 00:44:48,377 Inshallah. 523 00:44:48,961 --> 00:44:50,963 Berseronoklah malam ini. 524 00:46:04,661 --> 00:46:05,996 Terima kasih, Lin. 525 00:46:09,207 --> 00:46:10,626 Ini satu ujian? 526 00:46:11,793 --> 00:46:13,629 Kenapa awak membantu di Sagar Wada? 527 00:46:16,006 --> 00:46:17,007 Mereka perlukannya. 528 00:46:17,591 --> 00:46:18,925 Jadi satu tindakan mulia? 529 00:46:19,509 --> 00:46:22,763 Tak, saya tak mulia. Itu yang pasti. 530 00:46:23,513 --> 00:46:25,766 Tiada orang baik dan jahat. 531 00:46:25,766 --> 00:46:30,395 Kecuali tindakan atau yang mereka tak buat, jadikan mereka baik atau jahat. 532 00:46:32,314 --> 00:46:34,274 Tempat ini sangat bermakna kepada saya. 533 00:46:38,987 --> 00:46:41,156 Terima kasih untuk malam ini, En. Khan. 534 00:46:41,156 --> 00:46:44,451 Panggil saja saya Khaderbhai. 535 00:46:45,827 --> 00:46:46,828 Khaderbhai. 536 00:46:48,956 --> 00:46:50,040 Hampir-hampir. 537 00:46:57,089 --> 00:47:00,759 Mungkin takdir satukan saya bersama mereka, ayah dan abang. 538 00:47:01,593 --> 00:47:05,639 Namun, semua yang berlaku selepas itu adalah pilihan saya sendiri, 539 00:47:05,639 --> 00:47:07,265 sama seperti Khader katakan. 540 00:48:30,849 --> 00:48:33,769 Awak rampas dia. Awak rampas ibu saya. 541 00:48:35,062 --> 00:48:36,146 Saya hanya ada dia. 542 00:48:38,857 --> 00:48:39,900 Ya. 543 00:48:41,985 --> 00:48:43,820 Saya tak berniat begitu, tapi betul. 544 00:48:48,909 --> 00:48:53,163 Saya penat, Ravi, sebab selalu salah. 545 00:48:55,874 --> 00:48:57,334 Awak mahu gunanya? 546 00:48:59,461 --> 00:49:00,712 Ravi! 547 00:49:02,089 --> 00:49:05,133 Apa awak buat, Ravi? 548 00:49:08,303 --> 00:49:09,846 Ravi, sayang... 549 00:49:11,473 --> 00:49:13,058 Ibu awak dah tiada. 550 00:49:13,767 --> 00:49:18,146 Awak akan kehilangan diri sendiri jika buat begini. 551 00:49:18,730 --> 00:49:20,148 Faham? 552 00:49:23,610 --> 00:49:25,070 Budak ini tak patut 553 00:49:25,070 --> 00:49:27,281 dibebankan dengan membunuh awak, En. Lin. 554 00:49:27,864 --> 00:49:30,033 Awak si dungu yang pentingkan diri sebab buat begitu. 555 00:49:35,580 --> 00:49:39,418 Pergi ke pondok saya. Awak akan tinggal dengan keluarga saya. 556 00:49:39,418 --> 00:49:41,169 Tak. Tolong, Pak Cik Qasim. Saya takkan cederakan dia, tapi... 557 00:49:41,253 --> 00:49:45,340 Ravi. Ikut cakap saya. 558 00:49:45,424 --> 00:49:46,675 Pergi. 559 00:49:49,428 --> 00:49:50,971 Apa awak beritahu dia? 560 00:49:51,555 --> 00:49:53,557 Dia akan tinggal dengan keluarga saya. 561 00:49:56,768 --> 00:49:59,271 Pondok Lakshmi akan jadi milik awak, En. Lin. 562 00:50:01,523 --> 00:50:05,235 Apabila orang perlukan bantuan awak, mereka akan cari awak di sini. 563 00:50:08,113 --> 00:50:09,906 Saya bukan beri awak hadiah. 564 00:50:11,867 --> 00:50:12,868 Ya. 565 00:50:40,562 --> 00:50:42,481 BERDASARKAN NOVEL SHANTARAM OLEH GREGORY DAVID ROBERTS 566 00:52:02,561 --> 00:52:04,563 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman